TERKINI :

Wednesday, April 6, 2011

Wajah Sarbani: pegawai kastam yang mati.


sumber dari sini

Mustahil Sarbani boleh bunuh diri, kata rakan-rakannya

Kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini menjadi tumpuan rakan-rakan Ahmad Sarbani Mohamed sebaik sahaja mendengar kematian penolong pengarah Kastam itu, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun kebanyakan mereka yang kelihatan terkejut dan sedih melahirkan satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu (gambar) yang berusia 56 tahun – boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi.

Dengan berpakaian Kastam Diraja Malaysia sejumlah kakitangan agensi itu berhimpun di kawasan hospital sementara menunggu hasil bedah siasat.

Sesetengah pula didapati tidak dapat mengawal perasaan.

Keluarga Ahmad Sarbani pula kelihatan “mengawal” isteri dan lima anaknya, yang diiringi ke bilik menunggu dewan mayat dengan muka mereka ditutup bagi mengelak dirakamkan oleh media.

Saudara-mara juga enggan memberi sebarang komen kepada pemberita yang membanjiri kawasan bilik mayat.

Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.

“Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya merasakan tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan bukti.

“Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil,” katanya.

“Dia hanya dijadikan kambing kerana seseorang,” kata Ridzuan,bekas pemberita ini, yang berusia 46 tahun.

Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

“Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini), untuk menghantar dokumen,” katanya lagi.

Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri.

“Itu yang SPRM mahu berkata, tetapi bagi mereka yang mengenali dia secara peribadi adalah mustahil (boleh membunuh diri),” katanya lagi.

“Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman,” kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini.

Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang pegawai kanan Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan rakaman CCTV kepada umum.

Ashaari, yang memandu dari kampung Ahmad Sarbani di Perak, dengan rasa marah menafikan bunuh diri sebagai punca kematiannya.

“Lelaki dari kampung saya tidak akan membunuh diri, tetapi kami bunuh orang,” katanya dengan nada beremosional.

Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini.

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara.

Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan.

Pada satu sidang media di sini tengah hari tadi, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi.

Ahmad Sarbani telah dibebaskan oleh SPRM selepas diikat jamin Sabtu lalu.

Mustafar berkata mayat pegawai itu ditemui di aras bawah, selepas didapati tidak kelihatan di bilik dia diminta menunggu pada pukul 10.15 pagi.

Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada sidang media itu, SPRM berkata, “antara pukul 10.15 pagi hingga 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur di mana seorang individu telah ditemui meninggal dunia.”

“Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, berumur 56 tahun, seorang Penolong Pengarah Kastam,” kata kenyataan itu.

SPRM mengesahkan bahawa Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang telah ditahan pada 1 April lalu di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Klang.

“Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan Operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada 2 April, pukul 12.30 tengah hari.

“Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut,” kata kenyataan itu lagi.

Katanya, Ahmad Sarbani telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal dan meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.

“Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat, maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga pukul 9.30 pagi.

“Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut. Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan,” katanya lagi.

Kenyataan itu menambah, lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

“Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan,” tambah kenyataan tersebut.

“Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat satu bangunan pejabat ini.

“SPRM telah pun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga si mati dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk mengambil sebarang tindakan,” kata kenyataan itu lagi. -TMI



Takziah: Bawa 'kain putih' kalau disiasat SPRM

Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat kesal dengan kejadian yang berlaku ke atas seorang pegawai kastam yang bertugas di Pelabuhan Klang yang ditemui mati ketika dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.

Sambil menyuarakan rasa kesal dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu, mereka juga turut mengambil kesempatan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas kematiannya yang agak tragis.

Ahli Parlimen Shah Alam (PAS), Khalid Samad berkata, kematian Allahyarham menimbulkan satu tanda tanya yang sama juga dengan mendiang Teoh Beng Hock kerana ia dilaporkan terjatuh ketika dalam proses siatan SPRM.

Menurut beliau, perkataan terjatuh memberikan gambaran tidak sengaja, tetapi yang menimbulkan tanda tanya, yang dikatakan terjatuh itu bukan kanak-kanak tetapi orang dewasa.

"Kalau kanak-kanak yang jatuh mungkin benar tidak sengaja kerana melompat dan sebagainya tetapi kalau orang dewasa, ini mungkin kerana terpaksa melompat atau ditolak," katanya ketika mencelah perbahasan yang sedang disampaikan oleh Ahli Parlimen Indra Mahkota (PKR), Azan Ismail, pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum itu, Azan ketika berucap membahaskan pembentangan Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 bagi bacaan kali kedua, turut menyentuh perkara itu dan turut merakamkan rasa kesal, terharu serta takziah kepada keluarga mangsa bagi pihak dirinya serta kesemua rakan-rakannya ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, beliau turut mendesak Dewan Rakyat agar mengambil perhatian serius mengenai perkara itu supaya mendesak kerajaan jangan membiarkan lagi kejadian seperti itu berlaku pada masa akan datang.

"Kejadian terbaru ini jelas akan lebih menghakiskan lagi kepercayaan rakyat terhadap SPRM. Secara kebetulannya pula mangsa dan SPRM adalah sama-sama dari agensi penting kerajaan yang sama-sama terlibat dengan tugas penguatkuasaan undang-undang," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR), Datuk Johari Abdul ketika bangun mencelah berkata, kejadian terbaru itu ternyata bukan sekadar menghakiskan lagi kepercayaan rakyat terhadap SPRM, tetapi menjadikan SPRM bukan lagi agensi yang boleh diharapkan lagi untuk melakukan penyiasatan, tetapi tempat kematian.

"Selepas ini kalau ada sesiapa lagi yang akan disiasat oleh SPRM termasuk ahli-ahli Parlimen sendiri mestilah turut membawa bersama kain putih," katanya sinis.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang juga dari PKR ketika bangun untuk turut memperkatakan perkara itu turut bersetuju dengan hujahan tersebut, tetapi dihalang oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk diperkatakan dengan lebih jauh.

Sebelum itu, kesemua ahli Parlimen terbabit turut gagal untuk memperkatakan perkara itu dengan lebih jauh kerana dihalang keras oleh beliau, atas alasan perkara itu menyimpang dari tajuk perbahasan.

Ketika membangkitkan perkara itu, mereka turut diganggu oleh wakil BN yang membawa gambaran kejadian itu adalah kejadian amat kecil kepada mereka dan tidak perlu dibangkitkan di Dewan Rakyat. -HD




Ulasan GB

Seperti yang GB ulas sebelum ini, kenyataan/alasan SPRM tidak dapat diterima. Ia semacam sengaja ada satu gap kononnya mangsa bersendirian.

pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

“Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan,” tambah kenyataan tersebut.


Gap itu serupa macam kes Teoh dimana dikatakan Teoh dibiarkan sendirian berbaringan di sofa pejabat SPRM.

Jadi kali ini tidak mungkin rakyat boleh menerima alasan orang yang disiasat "membunuh diri".

SPRM tidak perlu berteori lagi dan polis tidak perlu melakukan cover up sepertimana kes Teoh Beng Hock dan Datuk T.

Rakyat sudah buka mata dengan sebesar-sebesarnya terhadap SPRM dan PDRM

Lokasi Pegawai Kastam Mati Di SPRM, Betulkah Bunuh Diri?

KUALA LUMPUR, 6 April -- Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah ketika sidang akhbar mengenai kes Penolong Pengarah Kastam Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamed,56, yang ditemui meninggal dunia selepas dipercayai membunuh diri di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.

Sarbani datang ke SPRM untuk kes soal siasat melibatkan Operasi 3B, Kesalahan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

Bangunan tingkat satu di mana mayat Penolong Pengarah Jabatan Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed,56, ditemui selepas dipercayai membunuh diri di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.


Lokasi di mana Penolong Pengarah Kastam Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamed,56, yang dipercayai terjun membunuh diri setelah ditemui meninggal dunia di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.


Lokasi tingkat satu bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mana mayat Penolong Pengarah Jabatan Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed,56, ditemui di gelanggang badminton di sini hari ini.


Mayat Penolong Pengarah Kastam Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamed dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Jalan Cheras untuk bedah siasat.


Motosikal milik Penolong Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamed,56, yang ditemui di tempat letak kenderaan di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Wilayah Persekutuan Jalan Cochrane.

Kredit : Bernama

Fuh!..cepatnya akhbar sahkan kematian Pegawai Kastam ini sebagai 'BUNUH DIRI'??. Sudah selesaikah siasatan sehingga Ketua Polis Kuala Lumpur mengeluarkan kenyataan Pegawai Kastam yang mati jatuh dari bangunan SPRM ini sebagai 'BUNUH DIRI'?. Dalam masa kurang 12 jam polis sudah kata kes ini kes BUNUH DIRI sedangkan kes kematian Teoh Beng Hock masih di dalam siasatan dan belum lagi diketahui punca kematiannya....:Author Faethal

http://pulakdah.blogspot.com

AKHBAR PORNO - ADA STAF AKHBAR MULA MENYESAL TERLIBAT?

Oleh: WFAUZDIN NS

ZUNAR seorang kartunis di dalam Twitter beliau menyebut terdapat staf yang bekerja di Utusan Meloya mengirim SMS kepadanya memberitahu betapa dia amat merasa sedih dan malu di atas tindakan akhbar tersebut yang menjadi ejen penyampai bahan lucah dan fitnah.

Staf Utusan Meloya berkenaan meminta agar Zunar menyampaikan permohonan maaf dari beliau kepada DS Anwar, Azizah dan keluarga di atas perbuatan jijik akhbar berkenaan. SMS tersebut berbunyi " Sy dgn rndah diri & sedih mohon maaf krn trlibat akhbar yg fitnah DSAI.Minta Zunar sampai msj ini kpd K Wan & N Izzah (http://twitter.com/#!/zunarkartunis)

Satu lagi SMS yang diterima oleh beliau dari rakannya yang bertugas di akhbar pencacai tersebut berbunyi ," Sejak 30 thn kerja dgn Utusan, hari ini merupakan paling memalukan bg aku. Utusan Jadi Utusan Porno" (Twitter Zunar). Nampaknya seperti sudah tiada keberkatan buat mereka bekerja di akhbar yang selama ini terkenal dengan penyebar fitnah serta pemecah belah masyarakat serta umat Islam di negara ini.

Memang wajar dan tepat sekali tindakan sebuah sekolah Cina di Kuantan yang enggan menerima akhbar tersebut untuk dijadikan bahan bacaan murid-murid di sekolah berkenaan walaupun diberi percuma. Bayangkan jika sekarang ini murid-murid tersebut menatap akhbar berbahasa Melayu yang bersifat seperti majalah porno, lebih dahsyat lagi dengan berita fitnah yang menjijikkan. Betapa cerdiknya kaum Cina sekarang yang lebih tahu dan menilai mana satukah akhbar yang memberi faedah dan mana satukah akhbar yang boleh dijadikan alat untuk `beristinjak'.

Apa kah yang harus atau mungkin wajib buat semua staf terutamanya yang beragama Islam yang masih bertugas di akhbar pencacai itu lakukan? Mereka ada pilihan, samada ingin terus memakan gaji dengan majikan yang sebegini atau mencari peluang pekerjaan lain yang jelas bersih dan halal? Amat membimbangkan jika gaji mereka adalah hasil dari pekerjaan fitnah dan penyebaran bahan lucah.

Sebab itu, akhbar berkenaan tiada keberkatannya dan mendapat kerugian selalu walaupun akhbar tersebut berpuluh tahun wujud di negara ini. Inilah akhbar yang selalu ditatap oleh golongan tua di kampung-kampung terutamanya. Akhbar ini amat efisyen di dalam menyampaikan berita fitnah lagi menyesatkan golongan tersebut. Apakah tidak sedikit pun kita merasa bersalah berada di dalam kumpulan akhbar sedemikian?

Saya cadangkan agar carilah pekerjaan lain yang lebih memberikan ketenangan kepada kita agar rezeki yang diperolehi mendapat keberkatan Illahi. Berhentilah dari merosakkan minda dan akhlak bangsa kita. Cukuplah untuk bersekongkol dengan puak mereka yang tidak pernah takut kepada azab Allah./wfauzdin.blogspot.com

Nak tegoq Jib ngan Nuar sat

Salam semua…

Dua tiga hari ni Pak Long tidoq tak berapa nak jerap laa… bukan panaih nak hujan ka hapa, tapi pasai hingaq bingaq kisah berkelahi adik beradik. Kalau tak kacau Pak Long tu tak pa la jugak, ni dak… dah la tidoq tak boleh nak lena, silap silap berlubang bumbung Pak Long jadi mangsa ketoi batu sesat depa… Kampong Pak Long ni bukan besaq mana pun. Jadi apa apa yang jadi kat hujung kampong tu, sat saja boleh dengaq cerita... isyarat cukup jelaih siap ngan alihbahasa lagi… haha…

Memang keraih hati betoi bebudak nih… Pak Long punya cakap dah jadi macam ceghok ayaq didaun keladi… depa buat tak heran jaa… nak kena maki ngan Mak Long hang kot baru depa sedaq diri… yang meloyanya, jenih berkelahi selak kain nih… hodoh la kan, dok selak kain hang aku dok tunjuk habih panau, kurap ngan songkla… naik muntah hijau dah Mak Long hang dengaq. Habih tok tok imam ngan ustaz dah jadi tak ketahuan… mengaji tinggi tinggi, nak tegoq tak berani…

Buat malu kat Muthu ngan Ah Seng jaa… Tak malu mai mananya dah depa tu Melayu yang mengaku Islam. Bukan sikit dah nama Islam ngan bangsa diheret sama. Adik beradik si Jib tu tuduh si Nuar ni tak bermoral, harap ke rupa saja alim tapi perangai mengalahkan bewak… jenih makan tak pilih mangsa. Yang puak puak si Nuar pulak dok kata keluarga si Jib ni kaki pitnah… konspirasi… syok sangat dok reka reka tuduhan. Bukan nak jaga kebajikan orang kampong… Depa tu dah takut kot nak berdebat berdepan secara ilmiah, pi reka benda yang tak dak pekdah…

Si Nuar lagi bara la bila kaum puak si Jib tu yang rekacipta bideo lucah pi edaq habih satu kampong. Tapi pelik la kan, mana boleh rupa macam Nuar tapi badan dah macam si Jib… haha… Sumpah Pak Long tak tengok lagi, cari Mak Long hang seligi kalau Pak Long gatai gatai dok cari pasai… Tapi tu la yang Pak Long dengaq, kalau lagu tu… mampuih la orang kampong nak percaya… haha…

Tapi tu la kan, depa tu Melayu Islam gak… bila dah dok maki hang aku camtu, Islam dan Melayu habih terpalit sama laa… ni yang Pak Long tak syok sangat tu… depa ni keraih hati…

Pak Long pun teringat gak petua ulamak ulamak dulu cara nak bagi lembut hati nih… Ikut kata Ibnu Masud, “Zikir tu berkhasiat sebagai ubat bagi kekerasan hati”

Dan diikisahkan pulak bahawa ada sorang hamba Allah tanya kat Hasan al-Basri:
“Ya Abu Said, aku ingin mengadu kepada tuan, mengapa hati aku ini menjadi keras begini?”

Lantas kata Hasan:
“Lunakkanlah hatimu itu dengan zikir.”

Hmm… nak kena bagitau kat si Jib ngan Nuar nih… depa kena ajaq diri depa dan semua kaum keluarga depa amalkan zikir kat Tuhan banyak banyak… kot kot la dimakbulkan Tuhan lembutkan sikit hati depa tuu…

Wassalam...
http://paklongonline.blogspot.com/

tempat dimana SPR jadi barua BN semasa penamaan calon siang tadi...


peguam PAS

Jam 1.35 tengah hari ini, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mencatat sejarah baru!

Calon Barisan Najis dari PBB menggelabah mencari penyata kewangan pilihanraya tahun 2006.

Dan setelah dihantar, walaupun dibantah oleh pemimpin PAS yang berada di sana, antaranya Menteri Besar Perak yang sah, Mohammad Nizar Jamaluddin, akhirnya Pegawai Pengurus Pilihanraya DUN tersebut menerima kertas pencalonan adik Taib Mahmud!!

Kekecohan berlaku apabila Mohamad Ali Mahmud gagal menyerahkan penyata kewangan piliharaya DUN Sarawak pada 2006 setelah proses bantahan tamat jam 11 pagi tadi.

Pemimpin PAS membantah keputusan Pengurus Pilihanraya yang masih menunggu Ali menghantar penyata kewangannya walaupun jam sudah melewati 1230 tengah hari!

Dan akhirnya malaon pencaci Umno-APCO ini masih menerima juga kertas pencalonan setelah Ali menyerahkannya hanya pada jam 1.20 tengah hari!

SAH, SPR MEMANG BARUA UMNO-APCO!!

SPR tolak bantahan PAS

Bantahan PAS terhadap calon BN di Dun Muara Tuang, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud kerana didakwa gagal mengemukakan penyata kewangan ditolak oleh SPR.

Ekoran bantahan itu menyebabkan proses penamaan calon di N.15 Dun Muara Tuang lambat selesai.

Pihak SPR mengumumkan pertandingan satu lawan satu di Dun tersebut kira-kira jam 1.30 petang walaupun proses berkaitan penamaan calon tamat jam 12.00 tengah hari.

PAS yang meletakkan Noraini Hamzah sebagai calonnya mendakwa Mohamad Ali gagal mengemukakan penyata kewangannya pada tahun 2006, ketika menjadi calon BN ketika itu.


Dato' Mahfuz bersama Abang Mat

Topeng Perak bertanya sesuatu kepada Dato' Seri Nizar



para petugas PAS
pimpinan tertinggi PAS Perak menunggu diluar



perbincangan pimpinan dengan peguam


Allahuakhbar!!!


sidang tergempar diadakan

http://demokrasi93.blogspot.com

Admin : dah kata pukol 12.30pm umum calon.. dok tunggu apanya sampai jam 1.30pm baru nak umum nak tunggu penyata tu siap dibuat...poyo aihhh kalau kata calon PAS yg tak hantaq kompom jam 12.30 tuu hangpa dah umum menang FREE dah....jadi nganga lagik BERSIH 2 laa tunggu apa lagi....

Menteri Otak Belacan...


Siapa lebih kenal suami kalau bukan isteri?
Kalau isteri tidak layak, siapa yang layak?
Suruhanjaya menghabiskan duit rakyat lebih layak?
Tugas suruhanjaya itu untuk membersihkan nama BN?
Adakah BN punya nama (baik) lagi untuk dibersihkan?

Tolonglah...
Kami tidak mahu lagi menjadi rakyat...
Dalam sebuah negara yang menterinya...
Berotak 'belacan' sebegini...

Tak Jadi Menang FREE... SPR..ohh SPR.....!!!

Mengapa SPR ambil masa sahkan calon BN

KOTA SAMARAHAN, 6 Mac: Bantahan PAS yang mendakwa calon BN-PBB, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud gagal mengemukakan penyata kewangan Pilihan Raya Negeri pada 2006 ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Penolakan ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu satu di antara PAS dan BN-PBB di N15 Dun Muara Tuang.

PAS meletakkan calon wanita, Noraini Hamzah (gambar) manakala BN-PBB diwakili Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud, adik kepada Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sendiri.

Pengumuman itu dibuat pegawai pengurus pilihan raya, Mohd Ainnie Wahab di pusat penamaan calon di Dewan Suarah Kota Samarahan jam 1.30 petang tadi setelah mengambil masa lebih dua jam untuk membuktikan Mohamad Ali telah menyerahkan penyata kewangan tersebut.

Setelah beberapa peguam yang mewakili PAS menggesa SPR membuktikan dakwaan itu, SPR akhirnya menunjukkan warta kerajaan negeri yang mengandungi penyata kewangan tersebut.

Mengulas perkara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kesal dengan kelemahan dokumentasi SPR sehingga mengambil masa yang lama untuk membuktikan penyata kewangan itu telah dihantar.

"Saya terima jawapan SPR bahawa Datuk Mohamad Ali telah menyerahkan penyata kewangan tapi kenapa mereka perlu mengambil masa yang begitu lama untuk membuat pengesahan bahawa penyata telah dihantar," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau juga berkata, situasi yang berlaku ini menggambarkan SPR tidak membuat persiapan rapi untuk menerima sebarang kemungkinan.

"Ini menunjukkan kelemahan rekod dokumentasi yang ada dalam simpanan SPR. Sepatutnya mereka telah membuat persediaan awal.

"Kalau kelemahan ini pun ketara apatah lagi pengurusan pilihan raya yang lain. SPR harus beri tumpuan kepada dokumentasi dan persoalan yang lebih bersifat demokratik dalam proses pilihan raya," katanya.

Terdahulu, Noraini menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi manakala Mohamad Ali menyerahkan borangnya pada jam 9.25 pagi.

Perarakan calon bermula dari Masjid At-Takwa kira-kira 1 kilometer dari pusat penamaan calon.

Selain Mhfuz, turut mengiringi calon pagi tadi ialah AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Perak dan Wilayah Persekutuan, Ustaz Abu Bakar Husain dan Mohammad Nor serta beberapa pimpinan lain.

Kira-kira tiga ratus penyokong menyertai perarakan dan berkumpul di luar pusat penamaan sehingga selesai proses penamaan.

Haris Zalkapli: Utusan Malaysia dan kempen pilihan raya

Haris Zalkapli

Satu senjata utama pemerintah dalam persaingan politik dengan pembangkang ialah media.

Media, sama ada media cetak mahupun elektronik digunakan sepenuhnya untuk membawa mesej pemerintah.

Dalam musim pilihan raya, bentuk dan susunan kandungan akhbar-akhbar dikuasai pemerintah boleh berubah untuk menyampaikan mesej dengan lebih agresif.

Satu contoh paling jelas ialah Utusan Malaysia, akhbar berbahasa Melayu yang menjadi pembawa dan penyebar utama mesej pemerintah.

Sekiranya diperhati dengan teliti, dapat dilihat satu amalan standard yang dilaksanakan untuk mencapai tujuan tersebut.

Muka depan Utusan Malaysia hari ini, April 6, 2011, menjadikan isu video yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai berita utama.

Tajuk utama, Desak Tubuh Suruhanjaya boleh dikod sebagai positif (pada nilai yang agak rendah) kepada pemerintah, kerana tuntutan penubuhan suruhanjaya biasanya disuarakan pihak yang mempunyai kelebihan, ditujukan kepada pihak yang defensif, atas pelbagai sebab, paling utama kerana hamu menyembunyikan sesuatu.

Penilaian nilai penuh untuk berita ini dari segi saiz tajuk kerana menggunakan font besar, dan menjadi berita utama muka depan.

Gambar mendapat nilai moderat kerana bersaiz sederhana, dan diberikan nilai neutral kerana tidak mempunyai kualiti negatif atau positif bagi pembangkang dan juga pemerintah.

Untuk nilai negatif, penilaiannya agak tinggi negatif bagi pembangkang, kerana Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menjadi subjek berita dikemukakan sebagai memberikan alasan yang tidak kukuh menolak implikasi video itu.

Berita ini juga memberi nilai positif kepada pemerintah kerana nilai negatifnya kepada pembangkang, tetapi pada nilai yang rendah.

Muka 2 yang kini dijadikan album gambar, yang boleh menjadi ruang untuk memasukkan gambar bernilai positif kepada pemerintah dan negatif kepada pembangkang.

Muka 3 pula, salah satu muka utama selepas muka depan, meletakkan berita lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak ke Korea Selatan dan mendapat pulangan.

Tajuk mendapai nilai tinggi untuk saiz tulisan dan kedudukan berita, dan memberikan nilai positif kepada pemerintah, tetapi pada tahap sederhana tinggi.

Gambar mendapat nilai tinggi kerana bersaiz besar, dan mengandungi nilai positif sederhana kepada Najib dan pemerintah.

Gambar sedang berjalan bersama pemimpin tertinggi Korea Selatan itu memberi kesan positif kepada Najib kerana menggambarkan penerimaan dan kepentingan beliau.

Tidak ada nilai kepada pembangkang kerana tidak disebut.

Di bahagian bawah, terdapat berita sederhana kecil melibatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mempunyai nilai sederhana bagi saiz tajuk dan rendah dari segi kedudukan dalam halaman.

Nilai positif kepada pemerintah kerana berita berbentuk pelaksanaan tugas dengan baik.

Gambar mempunyai nilai positif kerana memberikan gambaran kejayaan Muhyiddin dan Kementerian Pelajaran, walaupun bersaiz sederhana.

Paparan berita sangat positif bagi kerajaan di muka-muka awal, yang biasanya mesti melibatkan perdana menteri atau pemimpin tertinggi lain pemerintah menjadi amalan akhbar-akhbar dikuasai Umno.

Halaman-halaman ini ialah yang paling dijaga oleh pengendali akhbar-akhbar tersebut.

Berita muka-muka utama dalam amalannya mesti melibatkan dua pemimpin tertinggi dan memberi nilai positif, untuk tujuan membina imej yang baik dan menarik sokongan.

Turut sering dibawa ialah berita bersifat feel good bagi negara seperti kejayaan dalam kejohanan sukan, keputusan cemerlang peperiksaan nasional dan sebagainya yang boleh diolah untuk memberi imej positif kepada pemimpin negara.

Walau bagaimanapun, kempen negatif terhadap pembangkang turut menjadi pilihan untuk muka depan seperti dilakukan semalam.

Berita utama itu kelihatan jelas diolah untuk memberi kesan negatif tertinggi kepada pemimpin pembangkang yang dimaksudkan dan kepada semua komponen gabungan pembangkang.

Tetapi nilai ekstrem negatif tidak semestinya memberi pulangan yang diharapkan kerana mampu mencetuskan kesan negatif akibat reaksi pembaca.

Nilai negatif tinggi bagi pembangkang seperti itu ada kalanya boleh memberi lebih banyak kelebihan kepada pemerintah berbanding berita positif yang tidak diolah dengan baik.

Dalam suasana menjelang pilihan raya kini, berita beserta gambar bernilai positif kepada pemerintah akan lebih banyak dibawa akhbar-akhbar dikuasai mereka.

Malah, seluruh halaman akhbar akan dimasukkan seberapa banyak yang boleh kandungan yang boleh memberi nilai positif kepada pemerintah dan negatif kepada pembangkang.

Dalam tempoh pilihan raya, ruangan rencana, surat pembaca, kartun editorial, wanita, seni, mesej teks pembaca dan sebagainya boleh digunakan untuk tujuan menyampaikan mesej berbentuk positif untuk pemerintah dan negatif untuk pembangkang.

Rencana misalnya akan banyak memuatkan surat, contohnya, daripada seorang “rakyat prihatin” yang bimbang dengan kedudukan bangsa Melayu sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia sebagai kerajaan pusat.

Hal yang sama juga boleh dimuatkan dalam halaman mesej teks telefon, yang boleh mengemukakan pandagan-pandangan ringkas, termasuk kritikan, berhubung pelbagai isu.

Hal ini sangat berbeza berbanding masa lain yang bukan dalam tempoh pilihan raya, walaupun mesej positif sentiasa menjadi agenda utama.

Dalam menangani kempen media dikuasai pemerintah seperti ini, media pembangkang memerlukan tindakan dan amalan tersusun yang dipertimbangkan dengan mendalam terlebih dahulu.

Kandungan yang ekstrem negatif kepada lawan, seperti ditunjukkan dalam kes Utusan semalam, tidak semestinya boleh menjadi senjata yang berkesan.

Usaha menangani kempen secara tersusun itu memerlukan kefahaman dan kebijaksanaan yang sewajarnya.

Tahniah SENATOR SAIFUL IZHAM.. tapi anda jangan ingat kami lupa nooo..!!!


TAHNIAH sahabat...sebab anda di angkat jadi senator.. tapi kawan nak ingatkan anda pasal kelaku anda 2008 dahulu...jangan ingat kami lupa..pasal ketegaq buih anda maka kita terpaksa lawan BN guna lambang BEBAS...ini semua pasai bebal anda tak mau undur diri...sedangkan masa ada sejam lagi dan calon standby sudah pun ada dok tunggu...

tapi hang ketegaq punya pasai nak serah borang jugak maka terimalah nasib bangang anda di mana pencalonan anda di tolak sebab tak sertakan penyata macam zul nordin...nasib baik Arumugam sanggup ganti hang dengan lambang BEBAS tukaq pie ke PKR... jika tak menang FREE jaa kat meraka....

jadi ingat2 laaa nooo bahawa anda ada sejarah dengan kami rakyat jelata....buat kerja elok-elok ada masa kirim salam kat SENATOR EZAM....

BUKTI ni bukan DSAI... Datok T penipu

Analisi-analisi yang diperolehi setakat ini....


1) Dato T kata... CCTV dijumpai dalam Laci... siap kena kumpil lagi...
tetapi bedasarkan link youtube ni...


http://www.youtube.com/watch?v=J4YZLtvlaWgfeature=player_embedded

a) Kamera dari rakaman ni.... nampaknya posisi dia bukan dalam laci... tetapi terletak atas MEJA....
b) Lepas tu ada LAMPU lagi... Tengok bayang2.... Jelas terbukti RAKAMAN dan pelakon kedua2nya TAHU... Takkan DSAI bodoh sangat tak nampak semua tu...

2) DSAI macam superman... boleh pergi siam-kl secepat kilat dan JANGGUT boleh tumbuh cepat...



Pada perbezaan 11 jam... janggut boleh tumbuh cepat...

3) Ada orang lain dalam pergambaran dan ada lebih dari 2 LOKASI kamera (kamera digerakkan)...



Dalam gambar tu... tengok REFLEKSI cermin belakang... Ada sorang lagi mamat sedang berkemban dalam bilik tu.... Takkan ler DSAI nak buat kerja RAMAI-RAMAI.... kantoi ler...

Tadi... gambar kamera... dari posisi lain... kini pada posisi lain... Takkan tak tahu menahu wujudnya kamera atas meja tu?

4) Kamera... HITAM-PUTIH.
Mana pakai video hitam putih? kecuali nak COVER sesuatu yang tak menjadik.... Macam cerita FORREST GUMP plak...

Ini SindiranLah....Bukan Maksud Sebenar.

Kata Mummy Rokiah........

Ustaz Azizan harus menggerakkan penubuhan "Gerakan Kedah Merdeka"

Tun Daim mengakui bahawa MB Kedah DS Ustaz Azizan seorang yang baik, mesra dengan rakyat dan ikhlas. Cuma orang Kedah kerugian kerana memilih PAS memerintah dan Kedah miskin kerana tidak mendapat pertolongan Kerajaan Persekutuan.

Kenyataan ini seperti menunjukkan Kerajaan Persekutuan menghukum rakyat Kedah kerana mereka memilih PAS. Marahkan nyamuk kelambu dibakarnya.

Inilah akibatnya apabila rakyat bangun bersuara menghukum UMNO dan BN kerana kesombongan dan keangkuhan mereka semasa berkuasa, hari ini mereka bakal menjadi rakyat miskin, merempat dan melarat.

Respon kepada kenyataan Daim itu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk mengagihkan kemakmuran Negara ini kepada semua negeri.

“Tak perlu ungkit perkara ini, sebab itu tanggungjawab Pusat sebagai negara persekutuan. Jika mereka enggan salurkan bantuan, dan mahu negeri bawah PR cari dana sendiri, bermakna kita boleh isytihar Kedah keluar daripada Malaysia, tubuh pasukan keselamatan sendiri dan tadbir sebagai sebuah negara,” kata Ustaz Azizan.

Apa kata rakyat Kedah sambut cadangan Ustaz Azizan ini dengan menubuhkan “Gerakan Kedah Merdeka” seperti “Gerakan Acheh Merdeka”?

Depa Hujah Kot Nie Pulak - Muka macam Anwar, badan macam Najib?

Ramai yang marah-marah apabila video yang didakwa sebagai video lucah seorang pimpinan tertinggi pembangkang dimuatnaikkan ke dalam laman video Youtube sehingga semua peringkat umur rakyat Malaysia dapat menontonnya. Jika sebelum ini, hanya wartawan terpilih sahaja yang bertuah mendapat jemputan tayangan video tersebut di sebuah hotel eksklusif.

Ramai juga yang kehairanan dan tertanya-tanya, bagaimana video yang telah diserahkan kepada pihak polis boleh terlepas ke alam maya?

Mungkin segala apa yang berlaku mengenai video lucah tersebut satu persatu berjalan mengikut seperti yang telah dirancang. Jangan ditanya mengapa polis masih tidak mengambil tindakan terhadap trio Datuk T yang lepas bebas sehingga hari ini, bagaimana video tersebut ditayangkan di merata ceruk negara dan kini menyusup masuk ke setiap rumah yang berinternet, bukan sahaja dinegara kita malah seluruh dunia.

Biarpun video yang dimuatnaikkan ke dalam laman youtube itu hanya sebagai 'pembuka selera' sekitar seminit lebih berbanding dengan video asal yang berdurasi selama hampir setengah jam, ianya lebih berbentuk 'rahmat' kepada pihak pembangkang. Terutamanya Anwar sendiri.

Jika sebelum ini, semua penyokong Anwar menghentam 'pembikin filem' lucah ini tanpa menontonnya terlebih dahulu. Hentaman itu pula dilantunkan dimasa faktanya masih di awang-awangan, segalanya menggunakan logik akal. Mana mungkin Anwar berbuat begitu, kata mereka membela.

Dengan adanya 'teaser' video tersebut sedia ditonton di laman youtube, semua rakyat boleh menyaksikannya dengan mata kepala sendiri untuk menilai akan 'ketulenan' dakwaan yang dilemparkan kepada Anwar. Video tersebut telah disahkan tulen oleh pihak polis tetapi apa yang dimahukan oleh orang ramai adalah pengesahan ketulenan pelakon video tersebut. Benarkah Anwar ataupun pelanduk dua serupa?

Tidak dinafikan video tersebut bisa berkesan kepada penonton yang hanya melihat di permukaannya sahaja dan mungkin juga terus mengiyakan bahawa memang Anwarlah yang mereka saksikan bertuala di dalam bilik hotel dengan seorang gadis berkulit putih.

Manakala bagi penonton yang sedikit teliti, dengan sekali tonton sahaja mereka bisa menemui beberapa kejanggalan yang terpapar di video tersebut. Banyak persoalan akan menerjah keminda mereka, mengapa begitu dan mengapa begini. Tidak akan terus menelan bulat-bulat tetapi akan mengunyahnya dahulu.

Rata-rata komentar orang ramai yang menonton video tersebut akan berpusat kepada susuk tubuh 'pelakon' itu berbanding dengan bentuk badan Anwar sendiri. Bahu yang lebar dan bongkok, berbuah dada dan perut yang buncit memang jauh sekali daripada potongan badan Anwar. Tetapi lebih kepada susuk tubuh Najib, ada juga yang mengandaikannya begitu.

Tulisan yang merentang skrin sepanjang video tersebut juga menjadi tanda tanya. Mengapa ada tulisan siam pada video yang dikatakan dirakam dengan kamera cctv disebuah hotel di tengah bandaraya Kuala Lumpur pada bulan Februari yang lalu? Apakah kamera yang digunakan buatan Thailand sehingga tulisan tersebut tersiar sama?

Apabila diterjemahkan tulisan itu, ternyata ianya adalah nama sebuah jalan di bandar Bangkok, Thailand. Apa kena mengena nama jalan di Bangkok dengan rakaman disebuah hotel di Kuala Lumpur? Satu lagi persoalan besar yang perlu dijawab oleh trio Datuk T.

Jika suatu masa dahulu heboh dengan video seks artis-artis Malaysia, tetapi sebenarnya hanyalah video seks daripada Thailand yang muka pelakonnya seiras dengan artis negara ini, lalu digunakan oleh pihak penjual untuk melariskan video seks mereka itu. Gimik orang berniaga.

Mungkin pendekatan yang sama juga digunakan oleh trio Datuk T yang mempunyai motif yang cukup kuat untuk mengenakan Anwar, sayangnya sehingga kini mereka langsung tidak disentuh oleh pihak polis walaupun laporan polis telah dibuat dan pengakuan penglibatan mereka disiarkan semua rangkaian berita negara.

Politik untuk menjatuhkan seseorang pemimpin dinegara ini semakin hilang arah. Tersasar daripada landasan maruah dan moral. Semakin jijik dari hari kehari semata-mata untuk bergayut kepada kuasa yang ada. Generasi sekarang telah runtuh akhlaknya dengan gejala sosial yang menakutkan, apakah politik negara mahu generasi yang akan datang menjadi lebih teruk lagi sehinggakan menonton video lucah itu 'dihalalkan' atas nama 'menegakkan kebenaran'?

http://ajijoi.blogspot.com

Berita Gembira Dari Sarawak : PAS Berkemungkinan menang FREE 1 kerusi jika SPR telus..!!

Bloggers@Sarawak : N.15 - PAS menang tanpa bertanding ?
Oleh : albanjari

N.15 Muara Tualang ? Caturan terkini, calon BN bakal menjadi 'lebai malang'. PAS kemungkinan besar menang tanpa bertanding? Keresahan lebih 3 ribu penyokong BN di pusat penamaan calon di sini semakin cemas. Bakal calon mereka yang mahu bertanding, kisahnya mempunyai masalah kerana tidak menyerahkan dokumen perbelanjaannya penyata kewangannya pada pilihanraya yang ditandinginya lewat tahun 2006 yg lalu.

Isunya samada calon lebai malang itu tidak bawa dokumen tersebut ke pusat penamaan calon hari ini, atau dia memang tak buat langsung dokumen itu dan menyerahkannya ke pihak berkuasa tempatan. berita lanjut akan menyusul..

SPR Menyokong BN di DUN Muara Tuang (N15)

Maklumat terbaru Tulang Besi dapat terus dari N15 Muara Tuang, pegawai SPR masih tidak mahu mengisytiharkan kemenangan kepada calon PAS di situ.

Calon BN, Ali Taib Mahmud tidak menyertakan laporan kewangan sewaktu menyerahkan Borang Pencalonan beliau. Mengikut undang-undang SPR sendiri, Borang pencalonan Ali Taib Mahmud itu secara otomatik dikira tidak sah.

Namun, pegawai SPR masih lagi teragak-agak untuk mengisytiharkan kemenangan kepada calon PAS. Sudah pukul 0115 petang, namun SPR masih lagi belum membuat pengisytiharan.

Ini satu perkara yang memalukan kerana jelas menunjukkan SPR adalah parti komponen Barisan Nasional

Tulang Besi

PAS bantah calon BN Muara Tuang gagal kemuka penyata kewangan

Hazayani Zakaria

KOTA SAMARAHAN, 6 April: Proses penamaan calon di N.15 Dun Muara Tuang masih belum selesai ekoran terdapat satu bantahan terhadap calon BN, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud oleh PAS.

PAS yang meletakkan Noraini Hamzah sebagai calonnya mendakwa Mohamad Ali gagal mengemukakan penyata kewangannya pada tahun 2006, ketika menjadi calon BN ketika itu.

Ketika ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih meneliti bantahan tersebut.

Zionis APCO dan video lucah

gambaq saja-saja....

Tadak pembuka kata, straight to the point, apa cerita video lucah yang dok heboh dikompangkan oleh laman2 web tukang sorak ameno semenjak duamenjak ni?

Semalam, satu laman web picisan ameno menyiarkan sedikit klip yang memaparkan video yang dikatakan mirip musuh ketat mereka yang paling mereka geruni. Dan gegak gempitalah sekejap Tanah Melayu berbicara perihal video ini – dari yang bekerja dengan swasta yang baru habis enjoy duit bonus sehinggalah yang bekerja dengan kerajaan yang sudah bertahun tak dapat bonus.

Dan semalam jugak rakan2 call. Bertalu2. Tanya dah tengok belum? Aku tengah bawak kereta. Aku jawab ringkas “tak tengok. tak dak pekdah”.

Seriously, video2 lucah sebelum ni pun aku tak berminat nak tengok. Untuk apa?

Masa dok tengok teater Lat the Musical malam tadi pun mesej masuk bertalu2. Tanya pandangan. Aku off henpon. Senang. Tweet apa pun dak. Bagi aku, mudah, itu bukan dia dan no point untuk aku buang masa tengok.

Sebab dah banyak sangat tanya, pagi ni aku rasa nak tengok. Sebab kawan kata ada dua part. Satu part tak lucah. Satu part saja yang melucah. Dan yang melucah dah kena remove dari Youtube. So, oklah. Aku pun bukak internet. Tengok. Bukan nak pastikan itu dia, tapi nak tengok apa sangat yang orang dok melompat pasai video ni.

Lepaih tengok, aku tediam. Kening berkerut.

Dan aku tertanya sendiri. “Apa yang samanya?”

Ok, muka ada iras2. Tapi tu sebab minda aku dah set nak cari benda yang seiras dalam video tu. So bila nampak ada yang sama seolah2 seperti, sedikit sebanyak dah nak buat conclusion. Tapi gambaq tak clear. Part yang nampak nak sama tu pulak tak lama. Dan tak jelas sangat pun. Macam aku cakap tadi, kepala hotak dah memang nak set cari benda yang seiras, maka apa saja yang nampak, akan cuba dibandingkan.

Aku teringat siri tivi yang tengah rancak di RTM1 sekarang ni. Azwan Ali pengacaranya. Siri cari manusia yang muka seiras dengan artis2 di Malaysia. Tajuk Tiada Lama Tiada Baru ka hapa ka.

Anyway, bebalik kepada video tadi. Ini kesimpulan yang aku dapat, dibuat dalam bentuk point form ala2 doktor dalam rumah:

  1. Kamera. Ia dibuat dalam keadaan hitam putih untuk kelihatan seolah2 seperti diintip dalam gelap atau cahaya kurang. Kamera dibuat seolah2 mampu berfungsi dalam keadaan gelap. Ini memerlukan kamera infrared. Tetapi dari pemerhatian aku, ia bukan kamera infrared. Kerana tiada bayang2 dibelakang aktor. Bayang2 yang wujud dalam video tersebut datang dari cahaya yang dipercayai TV. Mustahil kamera tu ada night vision, sebab warnanya tak hijau. Kesimpulan : kamera memang hitam putih, bukan infrared. Sengaja dibuat hitam putih untuk kurangkan kejelasan.
  2. Bentuk Badan. Pagi tadi Dato Seri Wan Azizah dan anak2nya telah menafikan orang tersebut sebagai yang dituduh. Mereka lebih arif tentang bentuk tubuh yang dituduh. Dan terus terang aku cakap, aku antara yang selalu bekerja dekat dengan yang dituduh, dan aku rasa aku lebih boroi dari yang dituduh, walaupun aku mengketegorikan diri aku sebagai seorang yang slim shady. :p
  3. Jalan Cerita. Ini yang menarik. Dato Eskey, dalam sidang medianya kata dia pi umrah dan mekah diminta petunjuk. Dalam masa yang sama, pada 21 Februari TAHUN INI jugak, dia masih bawak yang dituduh untuk melanggan pelacur, seperti selalu. Dia dapat instruction, selepas kejadian, untuk kembali ke bilik dapatkan jam Omega yang tertinggal. Sampai di bilik, dia cari, selongkaq habih semua tempat, dan dia bukak laci jumpak DVR dan kamera pabala semua.
  4. Ok, follow me closely here. Dia kata dia kawan baik yang dituduh. Dia baru pi mekah mintak hidayah. Dok bawak jumpa langgan pelacoq like nobody business. Dalam video tu pun dia mengaku dia dok ada. Dia tau yang dituduh memang dok buat kerja tu. Kejadian tu menurut Dato’ Johari Abdul berlaku di KL, 27 Februari TAHUN INI. Tertuduh, yang juga katanya kawan baik dok buat gheja tak senonoh ni, suruh dia pi ambik jam Omega selepas dia dengan tertuduh dok beryak yak ye dalam bilik. Dia tak jumpak, selongkaq laci, jumpak DVR yang ada rekod gambaq kawan baik dia tadi ni, dan dia bawak pi jumpak Rahim Tambi Chik. Dalam sidang media dia kata dia perlu tunjukkan kebenaran dan tidak mahu lagi dipergunakan oleh yang tertuduh.
  5. Kat mana yang hangpa tak paham?
  6. Ok, aku peringkas balik. Dia pi Mekah mintak kat Tuhan tunjuk hidayah. 21 Februari TAHUN INI dia bawak member dia langgan pelacoq, macam selalu. Masih belum dapat hidayah. Member dia suruh dia pi ambik jam Omega dalam bilik. Masih belum temu hidayah. Dia selongkaq laci meja, jumpak DVR, ada gambaq member dia dok main dengan pelacoq, yang dia sendiri supply tadi, dan tiba2 dia dapat hidayah? Dan siapakah yang dia rujuk rakaman tersebut untuk membawanya ke jalan kebenaran yang penuh cahaya keimanan? Dato Rahim Tambi Chik.
  7. Paham dah?
  8. Dalam sidang medianya, dia berkali2 bercakap tentang menunjukkan kebenaran. Video ini telah memberikannya petunjuk bahawa selama ini dia dipermain2kan.
  9. Dipermain2kan? Apa maksudnya? Adakah dia rasa macam macai yang dipermain2kan selepas yang dituduh suruh dia pi cari jam sedangkan sepatutnya dia dah boleh balik berehat? Atau yang dituduh blah meninggalkan dia sorang2 cari jam selepas dia turun, dan dia kena balik naik LRT? Atau adakah selama ini dia percaya bahawa pelacoq perempuan yang disupplynya selama ini hanya untuk mengurut pinggang yang tertuduh dan tidak lebih dari itu? Dan bila didapati service melebihi dari apa yang ditetapkan, maka dia rasa sangat marah sebab akhirnya dia tau kenapa invois yang dibayar olehnya selalu terlebih bajet sebab ada VO – variation order?
  10. Gambaq video tersebut dan cara cerita Eskay jelas menunjukkan bahawa perlakuan itu boleh diulang2 beberapa kali. Maksudnya mereka tidak mempunyai masalah untuk melanggan pelacoq. Kenapakah, selepas dia mendapat ‘hidayah’, dia tidak lagi cuba untuk memerangkap tertuduh dengan menggunakan kamera yang lebih jelas kualitinya?
  11. Eskay dalam sidang media berulang2 kali menyatakan bahawa dia enggan memberikan video ini kepada awam kerana enggan mendedahkan aib yang tertuduh. Maka dia panggil editor media untuk tulis dan buat kesimpulan sendiri. Part ni aku teringat iklan Astro time budak pompuan comel tu cakap “burung unta otak dia keciiiiiiikkk jer sama besar dengan matanya”.
  12. Dulu, Pakatan Rakyat tak perlu mengeluarkan modal sesen pun untuk membuat Chua Soi Lek mengaku bahawa dia adalah pelakon dalam video lucah yang disekat tayangannya oleh Polis dan kerajaan. Dia sendiri tahu dia dah kantoi, dan rakyat pun tahu dia dah kantoi. Tak banyak blogger yang perlu acah isu ni. Tak sampai sebulan, dia letak jawatan.
  13. Isu video lucah kali ni berbeza. Ameno terpaksa menghabiskan wang ringgit untuk tujuan promosi dan marketing. Buat media gimmick. Media perdana diharus melapor. Laman2 blog upahan terpaksa habis2an menyerang menggunakan video ini.

Jadi, kesimpulannya ialah, berapa banyakkah tanah di negeri2 PR yang telah tergadai kepada negara asing? Tadak. Di bawah ameno, apa cerita Kampung Baru sekarang?

Berapa banyakkah syarikat2 zionis yang datang membuka perniagaan di Selangor selepas Anwar menjadi penasihat ekonomi? Tadak. Berapa banyakkah yang ameno bayar kepada syarikat perunding imej zionis bernama APCO?

Berapa banyakkah ulama terkenal dunia yang menentang ‘idea pluralisme’ Anwar bin Ibrahim? Tadak. Berapa banyak anak luar nikah yang dibuang dalam tong sampah sekarang di bawah pemerintahan ameno yang dikatakan sangat Islam itu?

Mereka tak boleh jawab dengan fakta, mereka lempar nista. Pun begitu, kita masih boleh jawab dengan selamba. :)

matkeri

http://www.jahilgoblog.net

Intisari TVSelangor

Selepas Beng Hock kini Pegawai Kastam pulak dijumpai mati jatuh bangunan SPRM

Pegawai kastam mati jatuh bangunan SPRM

http://1.bp.blogspot.com/_gGC5LS0HukA/TPUtiYFxcNI/AAAAAAAABFY/LlBjG9qsSno/s1600/kastam_diraja_malaysia.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-kLNUnbUE_eM/TWdaJiZ4FYI/AAAAAAAAJRg/IoCllD-YMpM/s1600/sprm.jpg

Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, dan dibebaskan dengan ikatjamin dua hari lalu, dipercayai jatuh dari tingkat ketiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane pagi ini.

Mangsa tersebut difahamkan adalah seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia(JKED) Selangor.

Sementara itu, Star Online melaporkan bahawa pegawai berkenaan difahamkan balik semula ke bangunan SPRM hari ini untuk pegawai penyiasat.

Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata pengarah penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Menurutnya, mayat pegawai kastam itu ditemui di tingkat bawah pada jam 10.15 pagi.

http://www.malaysiakini.com/news/160754

Duit GLC KEDAH depa belanja buat program UMNO..!!

2 wanita 3 lelaki dipilih PAS untuk keputusan terbaik

KUCHING, 5 April: PAS mensasarkan untuk menghantar sekurang-kurang seorang hingga tiga wakilnya ke dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak dalam pilihan raya negeri kali ini, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.

Untuk itu, katanya, PAS yakin pilihan raya negeri Sarawak kali ini adalah yang terbaik akan dicapai oleh PAS selepas dua kali menyertai pilihan raya negeri sebelum ini.

(Gambar: Abang Ahmad, Beting Maro [kiri] dan Adam Ahid, Sebuyau [kanan sedang bercakap], dua dari lima calon PAS dalam PRN Sarawak)

Sebelum ini, dalam pilihan raya negeri 2001, PAS bertanding tiga kerusi DUN namun pada tahun 2006 hanya satu kerusi sahaja. Pilihan raya kali ini, PAS bertanding lima kerusi.

Kerusi yang dipertandingkan oleh PAS dalam pilihan raya kali ini adalah Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjung Datu. Rakan PAS, DAP akan bertanding di 15 kerusi manakala PKR akan bertanding di 49 kerusi selepas usaha perundingannya dengan Snap gagal.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi bersama timbalannya, Nasharudin Mat Isa yang menjadi pengarah pilihan raya ini berada di sini sejak beberapa hari lalu.

Dalam pilihan raya ini, PAS meletakkan dua calon wanita manakala tiga calon lelaki.

Calon-calon wanita PAS adalah Puan Hani Shafi di Tanjung Datu dan Puan Noraini Hamzah (gambar kiri) di Muara Tuang.

Tiga lagi calon PAS adalah Pesuruhjaya PAS, Adam Ahid akan bertanding di Sebuyau dalam Parlimen Batang Lupar.

Sementara itu, Abang Ahmad Kardee, seorang peguam muda anak tempatan Beting Maro akan bertanding di situ dalam pilihan raya kali ini. DUN ini juga terletak dalam Parlimen Batang Lupar di Sarawak Tengah.

Seorang lagi calonnya adalah Ketua Pemuda PAS Sarawak, Abang Eddy Allyanni Abang Fauzi yang akan bertanding di Sadong Jaya. Dalam pilihan raya umum 2008, Abang Eddy adalah calon PAS di Parlimen Batang Lupar namun tewas di tangan calon BN, Datuk Ruhani Karim.

Semalam, PAS telah memperkenalkan tiga calonnya kepada penduduk tempatan. Presiden PAS, Abdul Hadi Awang memperkenalkan memperkenalkan Abang Ahmad di Beting Maro, timbalannya, Nasharudin Mat Isa memperkenalkan Adam Ahid di Sebuyau, manakala Mustafa memperkenalkan Nuraini di Muara Tuang.

Ustaz Hadi mengumumkan calon PAS Beting Maro di Kampung Beladin iaitu rumah Haji Alem Din, bekas calon PAS di situ dalam pilihan raya 2006.

Pengumuman itu dibuat ketika beliau menyampaikan amanat kepada jentera dan penyokong PAS DUN Beting Maro.

Pada majlis tersebut beliau telah mengumumkan Abang Ahmad Kardee Bin Abang Masagus, 32 tahun sebagai calon PAS untuk menghadapi pilihanraya Sarawak pada kali ini.

Malam ini, Abdul Hadi dan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan memperkenalkan Puan Hani Shafi yang akan bertanding di Tanjung Datu manakala Mustafa akan memperkenalkan Abang Eddy di Sadong Jaya.

Perebutan kerusi DUN Sarawak bermula

9 pagi hingga 10 pagi: Tempoh penamaan calon
10 pagi hingga 11 pagi: Tempoh bantahan
11 pagi hingga 12 tengahari: Pengumuman calon yang layak bertanding oleh SPR

Pilihan raya negeri Sarawak ke-10 bermula hari ini dengan proses penamaan calon yang dijalankan serentak bagi semua kawasan DUN.

Tempoh kempen ditetapkan selama 10 hari dan tarikh mengundi ditetapkan pada 16 April.

NONEPilihan raya kali ini menjanjikan perkembangan menarik di sudut BN yang berusaha memperbaiki prestasi mereka berbanding pilihan raya negeri terakhir pada 20 Mei, 2006.

Dalam pilihan raya itu BN kehilangan lapan kerusi – sebahagian besarnya di kawasan majoriti Cina di Kuching dan juga di kerusi majoriti Dayak di Engkilili dan Ngemeh.

Sementara itu, Pakatan Rakyat yang berbekalkan pengalaman mentadbir beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pula menawarkan kerajaan alternatif kepada pengundi.

Pertembungan di antara pelbagai parti dijangka akan berlaku khususnya di kawasan majoriti bumiputera, termasuk di antara Parti Kebangsaan Sarawak (Snap), Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS).

batu kawah nominations 060411 dap gangFokus kali ini tertumpu kepada beberapa 'heavyweight' tempatan yang bertanding sebagai calon bebas, termasuk bekas timbalan menteri pelajaran Datuk Salleh Jaffarudin yang akan menentang ketua menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di DUN Balingian.

Penyandang kerusi Padungan, Dominique Ng juga meraih perhatian di Batu Lintang. Beliau mungkin akan bertanding sebagai calon bebas atau terus menentang PKR yang baru ditinggalkannya.

Beberapa kerusi panas juga dikesan di kawasan yang terlibat dengan pentadbiran kerajaan negeri ke atas tanah adat Orang Asal Sarawak, pembukaan kawasan hutan dan pembinaan empangan hidroelektrik.

Di kawasan luar bandar ini, BN dijangka akan memainkan isu 'undi BN untuk pembangunan' bagi menyekat kemaraan pembangkang yang akan membawa isu-isu nasional dan seruan untuk memilih pemimpin baru.

LAPORAN LANGSUNG

8.45am:
Balingian - Kira-kira 300 penyokong PBB berkumpul di sebuah masjid, 11 kilometer dari pusat penamaan calon. Kerusi di Mukah ini dijangka menyaksikan calon PKR, Suriati Abdullah mencabar KM, Taib Mahmud. Turut menjadi tumpuan adalah calon bebas, Salleh Jafaruddin, yang mahu menumbangkan sepupunya Taib.

NONESalleh tiba di pusat penamaan calon bersama isterinya dan lima penyokong pada jam 7.20 pagi.

8.47am: Satok - Kira-kira 250 penyokong BN berkumpul lebih kurang 2.5km dari pusat penamaan calon di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang.

Mereka datang bagi meluahkan sokongan kepada timbalan presiden PBB yang dilihat juga sebagai bakal ketua menteri, Datuk Abang Johari Openg, yang akan mempertahankan kerusinya untuk kali kelapan.

PKR pula menurunkan seorang peguam syarie Ahmad Nazib Johari sebagai calon Pakatan.

8.50am: Batu Kawah - Suasana seakan pesta di Kota Padawan di mana penamaan calon akan diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kota Padawan.

Kira-kira 200 penyokong BN mengiringi calon mereka Tan Joo Phoi dari pusat operasi mereka di pekan kecil yang dihuni majoritinya masyarakat Cina. Ia terletak kira-kira 20km dari selatan Kuching.

NONEPenyokong DAP pula hanya berjumlah 50 orang seperti yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang menemani calon mereka, Christina Chiew ke pusat penamaan calon.

"Saya rasa yakin, Begitu juga ibu bapa saya, Mereka datang dari Sibu untuk menyokong saya,” kata Chiew.

Chew adalah jurutera kimia dan sebelum ini berkhidmat sebagai pembantu ADUN Pending, Violet Yong.

8.55am: Beting Maro - PAS, yang bertanding di lima kerusi dikatakan mempunyai peluang terbaikn di sini. Mewakili parti Islam itu ialah peguam Abang Ahmad Kerdi Abang Magasus. Keputusan tidak menampilkan calon ulama bertujuan memantapkan imej PAS sebagai parti yang moden.

NONESementara itu, BN menurunkan seorang pendatang baru, Razaili Gapor. Keputusan itu dikatakan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan akar umbi yang kecewa bahawa penyandangnya Bolhassan Ahmad Di digugurkan.

Pada pilihan raya negeri yang lalu, PAS tewas tipis dengan 895 undi di kawasan yang majoriti pengundinya adalah Melayu/Melanau. Kerusi ini mempunyai 4,742 pengundi.

9.04am: Batang Ai - Penamaan calon hari ini menyaksikan pergerakkan lalu lintas di pekan kecil Lubok Antu, yang terletak kira-kira 82km dari Sri Aman tersekat.

NONEBN menghantar kira-kira 400 penyokongnya manakala PKR diiringi hanya 50 penyokong.

Pada pilihan raya ini, PKR diwakili oleh Nicholas Bawin, yang menjadi calon pertama mengemukakan borangnya pada jam 9 pagi dan dikuti penyandang kersi itu, Malcolm Mussen Lamoh, pada jam 9.10 pagi.

Ketika ditemui, kedua-dua mereka melahirkan keyakinan memenagi kerusi Batang Ai.

NONEBatang Ai adalah kerusi luar bandar dengan kira-kira 94.7 peratus pengundi Iban voters. Pada pilihan raya negeri yang lalu, Batang Ai menyaksikan pertarungan sengit apabila Bawin, yang bertanding di bawah tiket Snap hanya tewas 806 undi kepada Dublin Unring Ingkut dari BN.

Bagaimanapun pada pilihan raya kecil 2009 BN yang diwakili Lamoh berjaya mendapat majoriti besar 1,854 undi bagi mengalahkan bekas ahli parlimen Lubok Antu Jawah Gerang, yang bertanding di bawah tiket PKR.

9.05am: Padungan - Kira-kira 200 penyokong DAP dan PKR berada di luar bangunan Majlis Perbandaran Kuching Selatan - tempat penamaan calon bagi tiga kersi Padungan, Pending and Batu Lintang. Ketiga-tiga kerusi di Kuching ini mempunyai penduduk majoriti Cina.

NONETidak seperti di Semenajung Malaysia, suasana penyokong agak terkawal - tiada jerit menjerit mengenai slogan parti.

Jumlah penyokong BN yang tiba di pusat penamaan calon jauh lebih besar daripada penyokong Pakatan. Dianggarakan tidak kurang 1,000 yang datang sambil mengibarkan bendera BN.

9.14am: Layar - Calon PKR Stanny Embat, tiba dengan 100 penyokong yang berarak dari pekan Betong ke pejabat daerah yang dijadikan pusat penamaan calon di Layar. Ia sebuah kerusi di pinggir bandar yang majoriti pengundi adalah masyarakat Iban. Kerusi ini telah dipegang oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu untuk selama tujuh penggal.

Penyokong PKR pula diketuai oleh timbalan ketua menteri, Datuk Mansor Othman. Mereka membawa sepanduk dan bendera parti sambil melaungkan"Reformasi!" dan "Tumbang Jabu!".

NONECalon Snap Joe Unggang, diiringi kira-kira 50 penyokong yang berkemeja T kuning, warna rasmi parti itu.

9.15am: Balingian -Ketua Menteri Taib, 74, tiba selepas diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman serta 5,000 penyokong Barisan Nasional (BN).

Turut sama, isteri Taib, Puan Sri Ragad Waleed Taib.

Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak sebelum itu berarak sejauh kira-kira dua kilometer bersama penyokong yang membawa bendera BN dari Masjid Setia Raja ke pusat penamaan calon sebelum menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohamad Nawawi, yang juga Pegawai Daerah Mukah.

Sebelum itu, bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin, 65, menyerahkan borang pencalonan sebaik sahaja pusat penamaan calon dibuka pada 9 pagi.

Salleh, diiringi isterinya, Datin Sharifah Hajijah Syed Jamil dan seorang lagi bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Bujang Ulis, serta dua orang penyokong.

9.20am: Layar - Timbalan Ketua Menteri, Jabu tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan kira-kira 300 penyokong yang mengibarkan bendera BN dan PBB.

Mereka melaungkan "1Malaysia", "1Sarawak" dan "1BN".

Selain Stanny (PKR), Joe (Snap) dan Jabu (BN), terdapat seorang lagi calon Bebas, Tedewin Ngumbang, yang kelihatan di pusat penamaan calon. Keempat-empat mereka dilihat memfailkan borang pencalonan masing-masing.

NONE9.25am: Padungan - Penyandang kerusi Padungan Dominique Ng tiba di pusat penamaan calon bagi kawasan Padungan, Pendingdan Batu Lintang.

Adalah dipercayai beliau akan mempertahankan kerusinya itu dan dijangka berdepan dengan calon DAP Wong King Wei.

Semalam, ketika mengumumkan dirinya keluar PKR, beliau berkata akan bertanding di Padungan ataupun di Batu Lintang.

9.26am: Batu Kawah - Penyandang Tan Joo Phoi, seorang anak tempatan mampu akan dapat mempertahankan kerusinya daripada dicabar oleh gadis kelahiran Sibu, Christina Chiew dari DAP.

batu kawah nominations 060411 shake hands"Mereka masih baru di kawasan ini dan belum melakukan apa-apa pun tetapi kita mesti kerja keras (dalam kempen),” katanya ketika mengemukakan borang pencalonannya.

10.01am: Satok - Pegawai pengurus pilihan raya Onn Abdullah mengumumkan tamatnya tempoh penamaan calon dan bermulanya tempoh bantahan yang akan berakhir pada jam 11 pagi ini.

Hanya Abang Johari (PBB), 61 dan Ahmad Nazib (PKR), 35, yang telah mengemukakan borang pencalonan masing-masing.

10.15am: Bawang Assan - Calon BN-SUPP Wong Soon Koh berkata beliau yakin dapat mempertahankan kerusinya.

"Saya tiada tekanan, ini kali kelima saya bertanding”.

Ditanya mengenai calon muda yang dikemukakan DAP iaitu, Alice Lau, Wong hanya gelak dan bergurau, “ Saya juga handsome.

"Saya juga muda di hati. Saya lawat kawasan rumah panjang dari jam 7 pagi hingga tengah malam. Tiada masalah(di kawasan itu), kata penyandang berusia 69 tahun itu.

Pada pilihan raya 2001, Wong menang selesa dengan 7,096 undi. Bagaimanapun pada 2006, majoriti yang diperolehinya menurun tetapi tetap kekal di kerusi Bawang Assan dengan kelebihan 2,504 undi.

10.03am: Penamaan calon ditutup jam 10 pagi, dan tempoh bantahan sehingga 11 pagi

Mukah - DUN Balingian menyaksikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud berdepan dengan calon PKR, Suriati Abdullah dan calon Bebas Datuk Salleh Jafaruddin PKR.

NONEBatu Kawah - Pertandingan satu lawan satu antara Tan Joo Phoi dari SUPP dan Christina Chiew dari DAP.

Bawang Assan - Hanya Datuk Seri Wong Soon Koh (SUPP) dan Alice Lau (DAP) menyerahkan kertas pencalonan.

Tupong - Datuk Daud Abdul Rahman (BN) dan Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (PKR) serah borang pencalonan.

Bukit Sari - Hanya penyandang Awang Tengah Ali Hassan (BN) dan calon PKR Japar Suyut serah borang pencalonan.

Kota Sentosa - Borang pencalonan calon Bebas Tay Wei Wei ditolak kerana pencadangkanya bukan pengundi berdaftar di DUN tersebut.

10.20am: Jepak - Pengarah pilihan raya PKR Fuziah Salleh di twitter menulis: Sebanyak enam calon mengemukakan borang. Mereka adalah dari PKR, PBB, Snap, PCM, Parti Ekonomi Rakyat dan seorang calon Bebas.

10.35am: Padungan - Dominique Ng, disahkan akan mempertahankan kerusi Padungan sebagai calon Bebas.

Ia adalah pertandingan tiga penjuru - pencabarnya adalah Sim Kiang Chiok (SUPP) dan Wong King Wei (DAP).

Batu Lintang
juga menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan Soo Lina bertanding sebagai calon Bebas bagi bertarung denagn See Chee How (PKR) dan Sih Hua Tong (SUPP).

batu kawah nominations 060411 dap gangAdalah difahamkan bahawa Soo adalah bekas anggota PKR dan penyokong kuat Ng.

Padungan dan Batu Lintang adalah kawasan majoriti Cina di bandaraya Kuching dan kedua-dua kerusi itu adalah kubu kuat Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun pertukaran kerusi antara DAP dan PKR dikatakan telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong kedua-dua parti dan ini mungkin memecahkan undi pembangkang.

Pending, bagaimanapun akan menyaksikan pertandingan terus antara penyandangnya Violet Yong (DAP) dan Sim Kui Hian (SUPP).

10.36am: Belaga - ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai dalam tweet menulis: Pertandingan enam penjuru di Belaga! Kerusi ini terletak di pedalaman Sarawak. Pada pilihan raya lalu, calon BN Liwan Lagang (PRS) menang dengan majoriti 227 undi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...