TERKINI :

Tuesday, April 5, 2011

Sidang DUN : Menjawab Isu "Pelajar Balik Dari Mesir Tak Dapat Duit" [video]



685 anak Kedah dibiayai pulang ke Mesir

ALOR SETAR, 4 Mac 2011 – Seramai 833 orang pelajar-pelajar Kedah telah dibawa pulang oleh kerajaan pusat dalam Ops Piramid berikutan berlakunya rusuhan di Mesir baru-baru ini. Dari jumlah tersebut, seramai 685 orang telah ditanggung pembiayaan penghantaran semula ke Mesir oleh kerajaan negeri.

Kenyataan tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul bagi menjawab soalan ADUN Kubang Rotan, YB Nasir Mustaffa.

YB Nasir telah mengemukakan tiga soalan berkaitan penghantaran pulang pelajar-pelajar Kedah ke Mesir yang melibatkan jumlah, kos dan agensi penyumbang sumbangan.

Bercakap di dalam Mesyuarat Kali Ketiga, Penggal Persidangan Yang Ketiga, Dewan Undangan Negeri Kedah di Wisma Negeri Darul Aman, YB Dato’ Taulan menegaskan 685 pelajar ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1,858,500.

“Kos penghantaran seorang pelajar berjumlah RM2600 termasuk RM2100 tambang dari Kuala Lumpur ke Mesir dan RM500 untuk duit saku,” katanya.

Pembiayaan tersebut hanyalah melibatkan pelajar-pelajar di bawah Yayasan Islam Kedah, Jabatan Zakat Negeri Kedah dan pelajar-pelajar persendirian. Kerajaan negeri tidak menanggung kos pelajar di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) kerana mereka mempunyai peruntukan untuk tujuan tersebut. Sementara itu pelajar-pelajar yang pulang sebelum berlakunya rusuhan juga tidak termasuk dalam pembiayaan kerajaan negeri, tambahnya,

“Kos pembiayaan tersebut disumbang oleh beberapa GLC, antaranya SADA, PKNK, BDB, Kumpulan Ladang Corporation, Yayasan Islam dan MBI,” terang Dato’ Taulan.

Menyentuh soalan tambahan dari ADUN Belantik, YB Tajudin Abdullah yang mengatakan terdapat pelajar yang tercicir dari mendapat wang saku sumbangan kerajaan negeri iaitu Amirah Abd Hamid dari DUN Belantik. Beliau bertanya adakah sumbangan tersebut tidak menyeluruh dan terdapatnya unsur pilih kasih?

Menjawab soalan tersebut Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak menegaskan pelajar tersebut pulang ke Malaysia sebelum Ops Piramid dilancarkan dan tidak termasuk di dalam senarai pembiayaan kerajaan negeri.

Berlaku sedikit kelucuan apabila ADUN Bakar Bata, YB Dato’ Paduka Ahmad Bashah Md Hanifah membidas bidalan yang dikeluarkan oleh YAB Dato’ Seri mengenai tindakan kerajaan pusat ibarat upah beruk panjat kelapa yang dibayar ketika naik dan tidak dibayar ketika turun.

Kekeliruan tersebut berlaku apabila YAB Dato’ Seri mempertikaikan usaha kerajaan pusat mengambil pulang pelajar-pelajar dari Mesir tetapi tidak mengambil tanggungjawab untuk menghantar semula terutama di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

“Mereka pandai ambil tapi tidak mahu hantar pulang, macam orang upah beruk naik nyok (kelapa), naik dibayar tapi turun tidak dibayar,” katanya disambut dengan ketawa oleh hadirin.

Isu Video : Bukti baru pulak blogger bagi.. dulu facebook & twiteer kini misai dan janggut pulak..!!

PENDEDAHAN JAM 4 PETANG : BUKTI SAHIH LELAKI DALAM VIDEO SEKS ITU BUKAN ANWAR IBRAHIM !

anwarjanggut2

GAMBAR DATO SERI ANWAR IBRAHIM DI MAHKAMAH PADA 22 FEBRUARI.

MENGAPA 22 FEBRUARI 2011 PENTING ?

SELAIN MENUNJUKKAN BUKTI TWEETER DATO SERI ANWAR IBRAHIM PADA 21 FEBRUARI.


DATO SERI ANWAR IBRAHIM HADIR DI MAHKAMAH PADA 22 FEBRUARI.

DENGAN BERMISAI DAN BERJANGGUT.


DI BAWAH ADALAH BUKTI TWITTER PADA 22 FEBRUARI.



INI FOOTAGE RASMI DATO SERI ANWAR IBRAHIM PADA 22 FEBRUARI DI MAHKAMAH.

SEHARI SELEPAS KEJADIAN VIDEO DATO T BERTARIKH 21 FEBRUARI

SILA PERHATIKAN MISAI DAN JANGGUT DATO SERI ANWAR IBRAHIM

[klik sini]

'Berahi' Utusan Malaysia Memuncak!!

Hotel 'Berahi' Utusan Malaysia (UM) memuncak hari ini dengan video fitnah. Begitu juga dengan adiknya Kosmo tetapi lebih berkurangan. Berbeza dengan Berita Harian yang bertindak lebih profesional yang manggambarkan akhbar bersifat nasional. Berita Harian hanya dengan tajuk kecil.

Berbeza dengan UM yang memperuntukkan 2 muka untuk video fitnah. Tidak cukup dengan muka hadapan, ditambah dengan helaian penuh di muka surat 3. Syabas UM!! Sedia berkhidmat, pencacai!! Sememangnya kerja UM mengatakan itu Anwar walaupun kononnya wajah itu di'blur'kan. Paparan hadapan pun diwarnakan supaya lebih menyerlah. Inilah nasib kita akhbar nasional kaki belit.

Tercari-cari juga muka Zulkifli Nordin....pengulas utama dan si kaki 110% tu dalam UM...tiada!!
  • http://www.ek-ele.co.cc/2011/04/berahi-utusan-malaysia-memuncak.html

Abang-abang Senior dok Kepung Ceramah Pakatan.. Adik-Adik Junior Dok Kepong Virus di Pusat Latihan...

Pelatih Polis Diserang Virus Adeno, Tutup PUSASDA & Tamatkan Latihan Gelombang Biru!

Port Dickson - Kementerian Pertahanan semalam mengesahkan beberapa pelatih konstabel polis di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Teluk Kemang di sini disyaki dijangkiti tiga virus berlainan iaitu Adenovirus, Influenza A (H1N1) dan Leptospirosis.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, seramai 10 pelatih di Pusat Latihan Polis Port Dickson yang menjalani latihan di Pusasda itu disyaki dijangkiti virus berkenaan.

"Daripada jumlah itu seramai tiga pelatih konstabel polis disahkan positif dijangkiti Adenovirus, seorang positif Leptospirosis dan empat lagi pelatih positif H1N1.

"Lima orang lagi perajurit muda tentera pula mengalami demam kerana suhu badan melebihi suhu 38 darjah celcius," katanya ketika melakukan lawatan mengejut ke pusat latihan berkenaan semalam.

Menurut Ahmad Zahid, wabak terbabit mula dikesan pada 30 Mac lalu apabila seramai 38 orang pelatih di pusat latihan itu jatuh sakit sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson (HPD).

"Kelmarin selepas ujian saringan awal dilakukan pihak hospital mengesahkan bahawa lapan pelatih berkenaan disahkan dijangkiti tiga virus terbabit.

"Semua mereka yang disyaki dijangkiti virus berkenaan kini dirawat di HPD menakala para pelatih yang menunjukkan tanda-tanda dijangkiti pula diasingkan di satu blok khas," ujarnya.

Jelasnya, ekoran masalah virus itu, para pelatih di pusat latihan berkenaan diberi cuti selama tiga hari bermula semalam manakala latihan untuk pelatih perajurit muda diteruskan. -kosmo


11 pelatih PULAPOL Port Dickson dijangkiti Adenovirus, H1N1

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini mengesahkan 11 pelatih PULAPOL Port Dickson, Negari Sembilan dimasukan ke wad Hospital Port Dickson akibat jangkitan Adenovirus dan H1N1, sejak 31 Mac lalu.

Bercakap pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan kementerian itu di sini, beliau berkata 93 pelatih lagi diletakkan di bawah pengasingan di kem terbabit. -BH


Ulasan GB

Adenovirus telah menyebabkan kematian tiga orang pelatih PULAPOL bulan lalu.

Kini 11 pelatih lagi di Pusat Latihan Polis Port Dickson dilaporkan terkena jangkitan pelbagai virus sempena menjalani latihan "Gelombang Biru" yang hendak membantu kempen BN di Sarawak.

Sepatutnya, Pusasda ditutup, dan latihan dihentikan serta-merta untuk mengelakkan jangkitan terus berlaku. Tetapi nampaknya kerajaan teruskan juga latihan itu demi PRN Sarawak.

Nyawa para pelatih dijadikan taruhan menanggung risiko bagi meneruskan program Gelombang Biru.

Ulasan GB yang berkaitan sebelum ini:

Gelombang Biru: ATM Rela Jadi Kuda Tunggangan UMNO BN

Catatan perjumpaan MCA dan kerajaan Kelantan

Wan Nik Wan Yussof

Catatan perjumpaan Presiden MCA dengan pimpinan kerajaan negeri Kelantan berhubung pengharaman judi pada 3 April 2011, Jam 2.30 Petang di Bilik Mesyuarat MMK, Tingkat Bawah Blok 1, Kota Darulnaim, Kota Bharu.

Demi survival politik di kalangan pengundi Cina, MCA sudah bersikap membetul diri sebagai usaha terdesak memaut sokongan pengundi Cina. Perjumpaan MCA dengan Kerajaan Negeri Kelantan adalah suatu engagement untuk memastikan langkah politik MCA tidak kelihatan sumbang.

Justeru pemimpin MCA telah menafikan kesemua sedutan ucapannya yang dilaporkan oleh surat khabar, khususnya berkaitan dakwaan Datuk Seri Chua Soi Lek yang menyifatkan berjudi sebagai budaya Cina dan merupakan sebahagian kepercayaan orang Cina. Justeru, MCA sudah membangkang larangan judi di Kelantan.

Memahami realiti tersebut, berikut diperturunkan kandungan penting ucapan/kata-kata pemimpin MCA dan Kerajaan Negeri semasa perjumpaan antara parti dengan Kerajaan Negeri tersebut.

Majlis dipengerusikan oleh YB Dato' Tuan Haji Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar.

Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan turut disertai YB Dato' Haji Anuar Tan Abdullah, YB Dato’ Haji Takiyudin Hassan, YB Mohd Zaki Ibrahim, YB Ustaz Abdullah Yaakob, YBhg. Dato’ Ustaz Mohamad Daud al-Iraqi. Turut hadir Encik Wan Nik, Setiausaha Politik.

Perjumpaan tersebut dimulakan dengan penerangan oleh YB Dato’ Haji Takiyudin Hassan, Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan. Ringkasan penerangan adalah sebagaimana berikut:

“Asas tindakan Kerajaan Negeri Kelantan bertindak mengharamkan premis perjudian dan penjualan tiket-tiket judi adalah mengikut Undang-undang kecil perniagaan dan perindustrian. Penjualan Big Sweep pula kononnya kami mengambil tindakan selepas 20 tahun PAS memerintah.

Perlu diperbetulkan, sejak PAS memerintah bermula 1990 apa sahaja judi diharamkan. Ia termasuklah loteri, kerana dalam tafsiran Kerajaan Negeri Kelantan, loteri itu adalah judi dan setiap judi itu haram. Walau pun loteri itu legal pada sisi Kerajaan Pusat, tapi pada Kerajaan Negeri ia illegal.

Begitu juga, Big Sweep adalah legal pada Kerajaan Pusat, namun dari segi by-law ia tidak boleh dikeluarkan lesen premis.

Mengenai langkah-langkah diambil oleh Kerajaan Negeri ke arah pengharaman judi, pihak Kerajaan Negeri terlebih awal mengadakan beberapa perjumpaan dan persetujuan (consensus), pertama memanggil pertubuhan-pertubuhan masyarakat, keduanya ketua-ketua agama, dan ketiga merumuskan resolusi yang mengambil kira aspek moral dan sosial. Kemudian dijadikan polisi mengharamkan peremis menjual judi.

Sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang ada local government, maka turut dipakai ialah pandangan dari sudut undang-undang mendapati ada hak untuk tidak membenar judi dijual. Bermaksud tidak dibenar mana-mana tempat menjual tiket atau apa sahaja unsur judi. Ia adalah hak bagi Kerajaan Negeri.

Mungkin dalam aspek ini ada pandangan berbeza, apa pun forum hari ini bukan untuk hujjah.

Forum ini hanya untuk Kerajaan Negeri memberi penjelasan, bukan untuk mengadilinya kerana tidak ada hakim di sini. Perbincangan di sini tidak akan selesai, melainkan selepas ini ke mahkamah untuk muktamad.

Berhubung dengan dakwaan mengatakan MPKB (maksudnya penguatkuasaan MPKBBRI) bertindak terhadap peniaga, sebenarnya ia dibuat bersama dengan polis selepas mendapat ‘search warrant’ untuk semua premis. Afidavit MPKB adalah jelas berdasarkan warrant mahkamah.

Tindakan penguatkuasaan berlaku dengan menyenaraikan tiket-tiket loteri yang didapati dijual di kedai berkenaan. Kemudian saman dikeluarkan.

Tiga premis yang disita ialah kedai makan nasi daun pisang dan dua buah kedai buku. Mereka telah bayar compound dan tiket-tiket yang dirampas telah diserah balik.

Berbangkit pula, mengenai orang yang menjual dalam premis dan luar premis – kedua-duanya boleh disaman jika perkara yang dijual tidak membayar lesen atau tiada dalam lesen. Seperti mana lesen menjual kedai buku, tetapi menjual tiket judi, maka ia boleh disaman. Tetapi orang membeli tidak boleh disaman. Justeru isu ini bukan politik, tetapi telah dipolitikkan.

Perlu sedar, Kerajaan Kelantan ada kedaulatannya, dan memberi kebebasan beragama dan tidak diskriminasi dari segi agama dan kaum.”

Majlis kemudian memberi peluang Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek menyampaikan kata-kata:

“Bersetuju untuk tidak dipolitikkan isu judi. Tujuan MCA hanya mahu penjelasan dan menegaskan bahawa MCA juga tidak menggalakkan masyarakat Tionghua berjudi dan dinyatakan perjudian bukan budaya.

Apa yang ingin disampaikan ialah masyarakat Cina diberi hak sama ada nak berjudi atau tidak berjudi.

Bersetuju, forum ini bukan kamar mahkamah untuk pertahan mana yang betul atau salah. Apa yang penting, MCA ada permintaan untuk sampaikan hak/kebebasan untuk orang bukan Islam boleh membeli judi/loteri.

Dari segi by-law, sepatutnya (apa yang Kelantan amal) tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Maka kerajaan Kelantan tak seharusnya menghakis hak orang bukan Islam.

Semua kenyataan yang dirujuk (dalam surat khabar) sebagai menghina Islam, sebenarnya 'out of context' dan ia adalah dipetik dari buku 'Malaysia and the Club of Doom'. Ia kerana surat khabar sudah salah lapor.

Diikuti dengan kata-kata YB Dr Wee Ka Siong, Ketua Pemuda MCA:

“Tujuan MCA ialah untuk perbetul persepsi bahawa MCA macam menjuarai judi. Faktanya, MCA ingin menuntut hak asasi dan terpanggil untuk sampaikan mesej ini.

Apa sahaja dasar (Kerajaan Negeri), by-law perlu dilihat. Ini pun yang diamalkan juga oleh kerajaan Negeri di bawah BN. Kalau ada yang tidak betul, perlu diperbetulkan.

MCA menghormatinya (dasar), bila ia melibatkan hak orang bukan Islam. Apa yang menjadi tujuan ialah hak asasi perlu diperbetulkan.”

Dato’ Anuar Tan kemudian mencelah:

“Minta penjelasan mengenai kenyataan DS Chua dalam surat khabar Cina pada 11 Mac, yang didapati mengaitkan judi dengan kepercayaan agama sesetengah orang Cina”

Penjelasan DS Chua:

“Apa pun sumber dari surat khabar bukan kenyataan tepat sebagaimana maksud sebenar”

Kemudian Dr. Wee Ka Siong mencelah:

“MCA sebenarnya tidak menerima judi sebagai budaya orang Cina dan perjuangan MCA hanya untuk (dapatkan) hak orang bukan Islam”

Pihak MCA diakhiri dengan kata-kata Datuk Ti Lian Ker:

“Loteri ditafsirkan sebagai judi. Perlu lesen untuk dijual. Soalnya, adakah Kerajaan Kelantan akan buat perkara di luar konteks perlembagaan?

Mengungkitkan soal consensus 1990 untuk mengharam judi. Perlu juga diambil consensus terkini.”

DS Chua mencelah:

“Bagi MCA, hak beli tiket loteri itu adalah hak orang bukan Islam, walaupun judi tidak digalakkan.”

Penjelasan Dato’ Takiyuddin:

“Ada pandangan, agar peraturan tutup aurat terpakai untuk judi, iaitu boleh kepada orang bukan Islam. Ini tidak sama. Begitu juga peraturan larangan arak diboleh untuk orang bukan Islam.

Apa pun ini bukan forumnya untuk bincang peraturan ini, kerana ia ada perbezaannya dengan larang judi.”

Majlis berkahir kira-kira jam 3.30 peetang dengan jamuan ringan dan ramah mesra.

Catatan hujung:

Berikutan perjumpaan semalam (3 April 2011), pihak MCA pula menyatakan kepada media, bercadang membawa isu hak bukan Islam membeli tiket loteri ke mahkamah. Alasannya, kerana tindakan kerajaan Negeri Kelantan dianggap menghakis kebebasan dan hak prang bukan Islam.

Apakah MCA tiada motif politik di dalam perkara ini? Perkara yang difahami, MCA sudah mencari political mileage atas perjumpaan dengan Kerajaan Negeri. Bagi Kerajaan Negeri sudah dipastikan sedia berdepan dengan kes mahkamah, demi kedaulatan kuasa rakyat berteraskan kesucian Islam yang merahmati kehidupan umat.

Sidang DUN : Awat PERAK POS Malaysia cuma charge 50 sen tapi negeri Kedah nak charge sampai 90 sen..? [Video]



SADA tamatkan khidmat Pos Malaysia
Mohd Shubihi Muhamad Zain

ALOR SETAR, 5 April: Syarikat Air Darul Aman (SADA) terpaksa menamatkan khidmat Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) sebagai ejen kutipan bil air di Kedah apabila agensi itu mahu mengenakan kadar komisen bayaran ke atas pengguna.

Tindakan itu diambil setelah kegagalan kedua-dua agensi itu mencapai kesepakatan berhubung rundingan berhubung kenaikan kadar baru menjadikan keseluruhanya 90 sen untuk setiap bil.

"Pos Malaysia memberikan pilihan untuk mengenakan komisen 90 sen itu ke dalam bil pelanggan sekiranya SADA tidak mahu menanggung komisen yang dikenakannya.

"Oleh kerana kita tidak mahu membebankan pengguna dengan komisen itu dan kita membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan pembayaran bil SADA di pejabat pos," kata Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi ketika menjawab soalan tambahan Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (BN-Bakar bata) semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, semalam.

Menurutnya, SADA telah telah mengemukakan permohonan meminta agensi terbabit mengkaji semula kadar komisen yang disifatkan terlalu tinggi berbanding kadar 40 sen yang dikenakan ejen-ejen lain seperti bank-bank tempatan, kedai TM dan kedai TNB.

"Rundingan melibatkan kedua-dua pihak menemui kegagalan apabila Pos Malaysia bertegas dan tidak berganjak dengan keputusannya mahu menuntut kenaikan komisen yang dipercayai untuk menekan agensi kerajaan negeri itu.

"Kita yakin Pos Malaysia mempunyai maksud yang tidak baik cuba menimbulkan kemarahan pengguna dan mengambil kesempatan untuk memburukkan kerajaan negeri dengan kenaikan tersebut sedangkan di Perak, kadar yang dikenakan untuk kutipan bil Lembaga Air Perak hanya 50 sen dan di negeri-negeri lain kekal 70 sen setiap bil," katanya lagi.

Kata Phahrolrazi lagi, sebagai alternatif untuk tidak menyusahkan pengguna SADA telah membuka kaunter-kaunter bayaran bil di segenap pelusuk negeri sepanjang bulan Mac lalu di samping mengekalkan ejen-ejen sedia ada dan khidmat bayaran bil melalui internet.

"SADA akan membuka lebih banyak kaunter bayaran dari semasa ke semasa dan akan dimaklumkan kepada pengguna melalui cetakan pada bil SADA, media-media cetak, kain rentang dan makluman melalui ketua-ketua kampung dan biro pengaduan awam.

"Oleh yang demikian kita amat yakin penamatan Pos Malaysia sebagai ejen kutipan tidak akan menyusahkan pengguna sebaliknya akan menghindarkan pengguna dari terus terbeban dengan bayaran bil yang tinggi," katanya.

PAS Johor isytihar Utusan,Kosmo dan TV3 media lucah malam ini

Hafiz Baqi

KUALA LUMPUR, 5 April: Akhbar Utusan Malaysia, Kosmo dan TV3 akan diisytiharkan sebagai media lucah dalam satu program anjuran PAS Johor malam ini.

Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, majlis tersebut akan bermula jam 9.30 malam di markas PAS Taman Dahlia, Tampoi, Johor Bharu.

Kata beliau, semua pimpinan utama Pakatan Rakyat negeri Johor akan sama-sama dalam pengistiharan tersebut yang akan disusuli dengan pembakaran akhbar Utusan dan Kosmo sebagai protes dan mesej (bantahan) kepada media tersebut.

Katanya, tindakan itu merupakan bantahan terhadap loporan keterlaluan akhbar serta syarikat televisyen tersebut dalam melaporkan isu rakaman video seks yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

"Pendekatan membesar-besarkan isu seks ini langsung tidak menyumbang pembinaan masyarakat madani dalam negara ini. Ia hanya mendedahkan cerita-cerita kotor dan jijik kepada masyarakat yang akan didengar atau dibaca oleh semua golongan termasuk remaja," kata beliau.

Malah Mazlan turut mendakwa pihaknya hari ini menerima banyak aduan daripada rakyat yang marah dengan perkembangan tersebut.

Isu klip rakaman video seks yang cuba dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi laporan utama media-media arus perdana hari ini apabila sebahagian daripada klip itu dimuat naik dalam youtube dipercayai bermula semalam.

Alhamdulillah... Siasat dan ambik tindakan kepada pihak yang siarkan video tersebut.. Datuk T pon kira sama lah yee..!!

Polis siasat video seks dimuat di Internet

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis turut menyiasat sebahagian rakaman video seks yang didakwa menunjukkan aksi seorang pemimpin utama pembangkang, yang dimuatkan di Internet.

Beliau mengesahkan bahawa siasatan itu turut meliputi individu yang terlibat memuatkannya di laman video Youtube dan di laman blog.

"Kita siasat secara menyeluruh," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Dilaporkan, video pendek itu merupakan suntingan kepada video yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan dan individu berkepentingan sejak 21 Mac lalu.

Dalam pada itu, beliau turut ditanya bagaimana video berkenaan boleh dibocorkan di Internet.

Polis juga ingin tahu

Beliau ditanya demikian memandangkan individu yang mengaku bertanggungjawab ke atas video berkenaan, telah menyatakan hanya terdapat dalam dalam satu salinan sahaja.

"Ini kata dia kan? Betul atau tidak kita pun hendak tahu juga.

"Saya tidak boleh respon kepada setiap individu yang ada pandangan tertentu. Saya dah terangkan tindakan polis, saya dah terangkan kepada semua.

"Saya yakin apa yang polis buat adalah untuk mementingkan kepentingan rakyat menyeluruh," katanya lagi.

Rakaman berkenaan dilaporkan telah diserahkan kepada polis oleh bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik pada 24 Mac lalu.

Selain Rahim, dua lagi i'Datuk T' yang mengaku bertanggungjawab menayangkan video berkenaan ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bendahari sebuah NGO Melayu Datuk Shuib Lazim.

KDN: Siasatan polis profesional

Sehubungan itu, menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula berkata beliau sendiri tidak tahu sumber video pendek yang dimuatkan di laman Youtube.

Hishammuddin sebelum ini telah menafikan bahawa kementeriannya atau pihak polis berperanan dalam isu tersebut.

NONEDalam sidang media sama hari ini, Hishammuddin turut menyatakan keyakinannya terhadap siasatan PDRM ke atas kes video lucah itu.

"Saya pun tak tahu mana datangnya video di Youtube tapi setahu saya dalam konteks apa yang berada dalam tanggungjawab pihak polis bersandarkan kepada laporan polis yang dibuat, Tan Sri IGP sendiri memantaunya dan kita telah umumkan kepada pihak media dan itulah merupakan apa yang ada dalam pengetahuan pihak polis.

"Ini dimaklumkan kepada saya oleh IGP apabila ditanya tadi,siapa yang keluarkan, siapa yang dedahkan, siapa dalam video itu, siapa yang turunkan dalam Youtube, wallahu a'lam.

"Tetapi yang paling penting rakyat mesti memahami polis ada tanggungjawab mereka dan setakat ini saya tengok pihak PDRM telah menjalankan tugasnya secara profesional dengan menilai video yang ada pada mereka dan lepas itu serah kepada peguam negara," katanya lagi.

Hishamuddin bercakap kepada pemberita selepas menghadiri satu pelancaran sistem pemantauan keselamatan bandar di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

SPR dah start buat arahan mengarut dah...

SPR: Calon dibenar 50 penyokong saja esok

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan tidak lebih daripada 50 penyokong mengiringi bakal calon sewaktu proses penamaan calon bagi pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan esok.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata penyokong yang lain tidak dibenarkan berada berhampiran bangunan yang digunakan untuk proses penamaan calon itu.

Katanya para penyokong parti yang bertanding juga tidak dibenarkan membawa alat-alat muzik seperti gendang dan trumpet, serta pembesar suara ketika proses penamaan calon.

"Kalau mereka dilihat membawa alat-alat muzik itu, barang itu akan dirampas oleh polis. Kadang-kadang barangan seperti ini mereka letakkan di atas kenderaan... ini juga tidak boleh," katanya pada sidang berita di pusat penamaan calon di Dewan Bandaraya Kuching Selatan di Kuching hari ini.

Beliau berkata polis telah menyediakan tempat berkumpul dan laluan bagi penyokong calon di semua 71 pusat penamaan calon tetapi mereka diminta tidak datang terlalu ramai.

"Para penyokong juga diminta menjaga tingkah laku masing-masing. Jangan mengeluarkan perkataan yang tidak elok atau yang berbentuk provokasi. Orang Sarawak baik-baik, saya harap budaya sebegini diteruskan," katanya.

Abdul Aziz berkata sebanyak 883 set borang pencalonan bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 telah dibeli sehingga 10 pagi ini.

"Masih ada tempoh untuk mendapatkan borang pencalonan. Borang pencalonan yang banyak dibeli bukan bermakna ramai orang nak bertanding. Ada juga orang yang memang dapatkan borang yang banyak takut berlaku kesilapan dalam mengisi borang," katanya.

Beliau berkata tempoh berkempen selama 10 hari, bermula esok hingga 15 April, adalah kurang sehari daripada tempoh berkempen bagi pilihan raya negeri yang lepas.

Pengundian bagi pilihan raya negeri kali ini adalah pada 16 April.

- Bernama

Saiful Izham dilantik Ahli Dewan Negara

ALOR SETAR, 5 April: Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah yang bersidang semalam telah meluluskan perlantikan Naib Pengerusi Perhubungan PKR Kedah, Saiful Izham Ramli (gambar) sebagai Ahli Dewan Negara berkuatkuasa 21 Mei nanti.

Usul pelantikan beliau telah dibawa oleh Datuk Seri Azizan Abdul Razak (PAS-Sungai Limau) dan disokong oleh Datuk Ir Amiruddin Hamzah (PAS-Anak Bukit) bagi menggantikan Senator Zamri Yusof apabila tempoh perlantikannya berakhir kelak.

Saiful pada sesi pemilihan parti yang baru lalu telah dipilih menerajui PKR Cabang Merbok setelah penyandang yang juga Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din tidak mempertahankan jawatannya.

Pada pilihan raya umum (PRU) ke-11, buat pertama kalinya beliau telah dipilih untuk bertanding menentang calon Barisan Nasional, Datuk Zainuddin Maidin di kerusi Parlimen Merbok tetapi tewas dengan majoriti 15,162 undi.

Azizan ketika mengemukakan usul tersebut turut merakamkan penghargaan rakyat di negeri itu kepada Zamri yang memberikan perkhidmatan cemerlang sepanjang tempoh memegang jawatan tersebut.

Sementara itu, Dun Kedah turut dimaklumkan tentang perlantikan semula Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Yusof Hussin bagi tempoh sepenggal lagi berkuatkusa pada tarikh yang sama.

'Ia bukan Anwar', kata Wan Azizah

Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang sebahagian daripadanya telah disiarkan di internet semalam.

Isteri Anwar yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kata video itu merupakan "bukti paling jelas" bahawa suaminya bukanlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur itu.

NONEMembaca satu kenyataan hari ini, wan Azizah berkata, keluarganya telah memutuskan untuk menonton video
yang disiarkan di Internet itu dan mendapati jelas bahawa susuk badan lelaki berkenaan terlalu berbeza dengan susuk badan Anwar.

Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah pengerusi DAP Karpal Singh, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah.

Ditanya mengapa beliau mengubah fikiran untuk menonton video tersebut, Wan Azizah berkata beliau diberitahu tidak ada unsur lucah dalam filem tersebut dan mahu menonton bagi memuaskan hatinya.

"Bukan Anwar Ibrahim dalam video itu,"katanya.

Menurut Dr Wan Azizah lagi, keluarganya telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998 dan pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Anwar.

"Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik," katanya.

Namun, tambah beliau, jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

"Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

"Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

"Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

"Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang," tambahnya.

Oleh itu, kata Wan Azizah, mereka sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah dan menolak sekeras-kerasnya politik sedemikian.

sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Malaysia untuk bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor.

"Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara," katanya sambil menambah bahawa dalam menghadapi dugaan ini, mereka yakin ada hikmah di sebaliknya.

"Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.

"Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya.

"Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan tersebut, dan sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.

Kenapa Darah orang Pas warnanya Hijau?

Pas bukan hanya sebuah parti politik. Pas bergerak sekian lama sebagai parti dakwah, parti siasah, parti tarbiyyah. Pas terlibat dalam gerak kerja amar ma’ruf dan nahi munkar. Dengan kerja amal jamaie yang sudah sekian lama bertapak di negara kita ini. Kerja-kerja kebajikan sudah sinonim dengan aktivis Pas samada dengan jenama Pas sendiri maupun jabatan atau NGO’s yang dibawah Pas. Masyarakat lebih mengenali Unit Amal sebagai entiti yang bersama masyarakat dengan kerja-kerja kebajikan bahkan lujnah kebajikan berperanan dari peringkat cawangan sehingga ke peringkat pusat di segenap bidang dan lapangan. Dari yang hidup sehingga ke mati. Dari yang Islam maupun non muslim. Dalam negara maupun sehingga keperingkat antarabangsa. Pas sentiasa dengan tangan terbuka memberi khidmat kepada masyarakat. Ianya dilakukan sebagai tugas dan amal ibadah.

Pun begitu bukan sedikit halangan dan rintangan. UMNO-BN sendiri cuba menghalang dan menyekat pengaruh amal Pas ini dari tersebar ke dalam masyarakat. Mereka terus mengamalkan politik sempit meskipun ianya kekadang keperluan negara. Ianya menjadi dasar kerajaan ataupun hanya larangan atau sekatan oleh beberapa pimpinan UMNO yang bangang sahaja? Kerana kenyataan pimpinan kerajaan di peringkat pusat berbeza dengan tindakan diperingkat negeri atau daerah.

KUALA LUMPUR 3 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil bagi membantu Pusat Darah Negara menggerakkan kempen derma darah di seluruh negara. Timbalan Perdana Menteri berkata, sokongan NGO dalam usaha murni itu penting memandangkan Malaysia sentiasa berdepan dengan cabaran besar untuk memastikan tabung darah negara mencukupi.

"Saya dimaklumkan bekalan darah negara berkurangan dengan drastik apabila tiba musim perayaan dan cuti persekolahan kerana kekurangan penderma. Sedangkan, permintaan terhadap keperluan darah sentiasa ada. "Jadi saya berharap lebih banyak NGO tampil menggerakkan kempen dan memperluaskannya ke seluruh negara," katanya semasa merasmikan kempen derma darah anjuran Kelab Golf Amal Tan Sri Muhyiddin (TSMCG) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin memuji sikap prihatin yang ditunjukkan kira-kira 120 sukarelawan dari beberapa buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) apabila mereka turut sama menjayakan kempen derma darah tersebut. Jelasnya, sikap terpuji kumpulan pelajar berkenaan wajar menjadi ikutan seluruh rakyat Malaysia memandangkan tahun lalu sahaja, sebanyak 29 peratus daripada keperluan darah di Lembah Klang didermakan oleh mahasiswa.

Nampak daripada kenyataan itu kerajaan amat berharap semua pihak tampil untuk memberi sokongan kepada tabung darah Negara dan derma darah itu digalakkan dan menjadi amalan mulia. Pihak kerajaan khususnya kementrian kesihatan dapat memberi kerjasama kepada semua pihak tanpa mengira batasan seperti parti politik untuk menerima derma darah dari lapisan masyarakat. Bahkan persatuan Budhist antara yang aktif menganjurkan kutipan derma darah.

Persoalannya kenapa apabila pihak Pas menganjurkan program derma darah ianya ditolak dan tidak diterima oleh pihak hospital khususnya di Terengganu. Samada hospital Kuala Terengganu maupun hospital daerah-daerah. Adakah darah orang Pas warnanya hijau? Atau orang Pas darah berpenyakit yang lebih bahaya dari darah HIV? Atau pihak kerajaan UMNO-BN bimbang kalau terima darah orang Pas nescaya ramailah orang dikalangan penerima darah nanti akan menyokong Pas. Semua pendokong UMNO yang berdarah biru akan menjadi hijau? Kalau payah sangat... cop "Untuk Ahli Pas sahaja" macam UMNO luluskan bible melayu tu.. "untuk Kristian sahaja".

Samada pemikiran kolot dan kuno ini menjadi khurafat pihak doktor yang dikatakan bijaksana atau memang ada pimpinan UMNO-BN yang senak kepala membuat larangan. Nak harapkan UMNO anjur… kedekut darah. Kebanyakan pimpinan UMNO saiz macam Ketua Putera atau Ketua Puteri. Kalau derma darah 3-4 kilo pun tak jadi masalah. Kenapa pemuda UMNO taknak mendahului? Kemana puteri UMNO? Mungkin sibuk menguruskan para remaja yang ramai derma dara kot sekarang… banyak anak luar nikah merata-rata. Tak sempat nak cakna program derma darah. Serah ke budak-budak university sudah. Habis! Kalau UMNO dah tak anjur kenapa pulak apabila Pas yang nak anjur taknak terima? Mungkin orang Pas boleh bertukar jadi macam Lou Ferrigno yang berlakon jadi Incredible Hulk yang berwarna hijau?

Ustaz Saiful Bahri,

SIDANG DUN : Azizan Oh Azizan


Oleh AnakKedah007

Nah baru hang ada akai sembang sedap sangat.. dulu sebelum memerintah bukan main bising rata kampung kata Kerajaan BN buat sidang DUN sejam ke dua jam... mai lanie kira hang pon 2x5 jaa kelaku buat sidang DUN 2 jam....

Dah laa haram tak buat siaran langsung.. lepas tu bersidang selama 2 jam.. kira kelaku hebiaq hang nie sama ja macam kelaku UMNO BN.... Sedangkan dalam sidang DUN tuu macam2 hang boleh jelaskan.. terutama isu negeri seperti yang pembangkang dok tekankan sebelum ini iaitu manifesto hang yg mana kata dah 80% buat dan suruh tanya dalam dewan.. bila orang tanya hang haram tak jawab pulak.....

Awat kelaku hang nie semakin hari semakin teruk di tengoknya...kalau macam nie punya kelaku kami yg dok back up nie nak hujah haram bejadah apa dengan blogger UMNO yang kata Azizan pun buat sidang DUN terpendek di dunia....

entah la Azizan oii.. sejak dua menjak nie aku yg jadi blogger nie cemuih jaa dengan kelaku hangpa.. tapi mengenangkan wadah perjuangan skrg aku berada dalam jemaah PAS jadi terpaksa la aku tegoq kelaku hang nie....kalau ikutkan hati macam nak lompat jaaa.... cemuih gilak dengan kelaku hangpa lanie.. dulu hangpa sembang dan kata kat UMNO tak mau2 last lanie hangpa pulak buat sama macam depa buat....

Nie berjela depa bambu hangpa dalam SINAR HARIAN takan hangpa nak tengok saja.... macamana nak jawab hujah hangpa.. dulu masa depa tanya hang suruh tanya dalam DEWAN.. bila orang tanya hang HARAM TAK JAWAB pun.. apa dia nie....bila benda nie tersebar dalam SINAR dan akan di baca oleh orang kampung apa nak jawabnya dengan masyarakat.. hangpa takpa laa sedap dok dalam econ di wisma sana nuu... kami yg dok kempen mati2 nak pertahankan hangpa last buat kelaku macam nie pulak....

Awat tak boleh nak sidang lama sikit kaaa...buat laa 3,4,5 hari....bagi huraian yg dalam manifesto tuuuuu... nak kata tak reti jawab SETPOL dah karang berjela dah sebelum tuuu... baca yg tu pon tak paa.. sekurang2nya hujah pembangkang kedah dah kena patah dah.. nie dak jawab apa pon ke haram......

lantak kooo la Azizan oii... sedap sangat kata kat ORANG BEROK last kena pelakong balik dek Det Lid hang tu KERA DAPAT BUNGA... baru ada akai..

Wakil BN tagih janji Azizan

ALOR SETAR - Beberapa wakil Barisan Nasional (BN) kecewa apabila soalan mengenai janji manifesto pilihan raya umum lalu tidak dapat dijawab kerana kesuntukan masa.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Pedu) berkata, sebelum ini Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak begitu beria-ia mahu menjelaskan isu janji dalam manifesto itu dalam sidang dewan kali ini.

“Tetapi nampaknya ia tidak menjadi kenyataan dan mereka hanya bersandiwara untuk menutup kelemahan dan kegagalan Kerajaan Negeri. Mereka takut untuk memberitahu perkara sebenar kerana bimbang rakyat akan tahu tembelangnya,” katanya pada sidang media selepas sidang DUN ditangguhkan pagi semalam.

ADUN Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Mad Hanipah berkata, Kerajaan Negeri takut untuk memberitahu perkara sebenar kerana bimbang sokongan rakyat akan beralih kepada BN apabila helah mereka diketahui umum.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri sebenarnya gagal menunaikan janji seperti yang dilaung-laung dalam manifesto pilihan raya umum lalu.

“Jika mereka berjaya melaksanakan semua janji dalam manifesto, saya yakin mereka akan hebahkan untuk pengetahuan orang ramai.

“Tetapi sekarang ini, nampaknya mereka lebih banyak berdalih dan cuba mengelak daripada menjawab apa yang kita timbulkan,” katanya.

ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail berkata, rakyat ingin tahu kebenaran kata-kata Menteri Besar dan beberapa Exco yang mendakwa berjaya melaksanakan lebih 80 peratus daripada janji dalam manifesto.

“Saya pun ingin tahu sejauh mana janji manifesto Pakatan Rakyat berjaya dilaksanakan di Kedah. Macam mana mereka kira hingga boleh dapat kepada angka itu. Kalau tidak silap saya mereka ada sebut sehingga 80.7 peratus. Saya nak tahu juga macam mana mereka dapat kiraan itu.

“Kami pun memang tunggu nak dengar jawapan Menteri Besar. Tetapi mereka hanya bersandiwara dan tidak berani menjawab,” katanya.

ADUN Belantek, Mohd Tajudin Abdullah berkata, jika Kerajaan Negeri ikhlas untuk menjawab soalan mengenai janji manifesto dalam dewan, mereka tidak akan meletaknya pada nombor akhir berbanding soalan lain.

“Kalau mereka berani dan mahu jawab soalan itu, kenapa letak pada nombor 67 daripada 71 soalan lisan yang dikemukakan. Sepatutnya mereka letak soalan ini pada nombor satu agar lebih banyak masa dapat diperuntukkan untuk menjawab soalan ini.

“Disebabkan takut nak jawab, Kerajaan Negeri letak soalan itu di belakang kerana tahu ia tidak akan sempat dijawab. Di sini kita boleh lihat niat sebenar mereka,” katanya.

Mohd Tajudin mengemukakan soalan yang berbunyi “Setelah Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Kedah, berapakah janji pilihan raya ke-12 seperti dalam manifesto telah dilaksanakan. Mohon penjelasan”.

Soalan bertulis nombor 21 daripada Dr Ku Rahman berbunyi “Setelah menerajui Kerajaan Negeri selama lebih dari tiga tahun, berapa peratuskah janji-janji (manifesto) pilihan raya ke-12 telah dilaksanakan dan setakat mana slogan ‘Kedah Sejahtera’ nikmat untuk semua sudah dicapai?”

Jawapan yang diberi ialah “Jawapan akan diberikan kemudian”.

Video Seks di YouTube dah di delate..!!

Seperti yang dijangka, akhirnya pihak yang memuat turun (upload) video seks mirip Anwar Ibrahim akhirnya terpaksa "delete" semua itu. Kenapa mereka takut? Kerana "perangkap sudah mengena" dan akhirnya dengan video itu juga rakyat berjaya mengesahkan ia bukanlah Anwar Ibrahim seperti yang digambarkan oleh puak-puak UMNO BN sebenarnya.

Paling mengejutkan, seperti yang kami dedahkan terdahulu bagaimana video yang "hanya satu" berada ditangan Trio Datuk T dan kini telah diserahkan kepada pihak polis tiba-tiba boleh di muat naik (upload) oleh individu yang menggelarkan dirinya "Thepowercam" dari Thailand?. Bukankah ini membuktikan kepada kita, "skrip video seks tidak menjadi". Paparan di Youtube yang jelas sekali boleh mengganggu siasatan polis itu, anehnya diterima pula oleh pihak polis.

Malah, Setiausaha PDRM, Datuk Ghazali Md Amin (foto) sendiri boleh berkata penyebaran video seks berkenaan tidak mengganggu siasatan polis. Cuma pihak polis khabarnya akan membuka kertas siasatan jika ada laporan terhadap pemilik akaun Youtube yang berani memuat naik (upload) video berkenaan. Mungkin dek kerana takut identiti beliau dikenalpasti pemilik akaun Youtube terbabit akhirnya mengeluarkan semua video berkenaan.


Bukti, individu "thepowercam" telah delete video berkenaan hari ini


Paparan ini telah pun keluar pada video terbabit selepas ianya didelete

Bukankah ini membuktikan perancangan mereka semakin tidak menjadi sebenarnya. Pihak polis pula begitu mudah mengatakan penyebaran itu tidak mengganggu siasatan, sedangkan mereka harus ingat bahawa Trio Datuk T mengatakan video yang diserahkan kepada pihak polis adalah yang "tulen" dan satu-satunya video yang ada dalam simpanan mereka. Soalnya, kenapakah ada individu lain boleh menaik turun video tersebut?.

[Paling mengejutkan pihak polis sendiri mengakui siasatann terhadap rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang itu mendapat "petunjuk awal" apabila bilik sebuah hotel di ibu negara yang menjadi lokasi ramakan video telah diperiksa. Maknanya kejadian tersebut dipercayai berlaku di ibu negara. Soalnya kenapa ada versi lain yang mengatakan ia berlaku di Thailand seperti yang didedahkan oleh Datuk Eskay.

Apakah kerana mereka melihat ada tulisan Thailand skrin video berkenaan, maka mudah benar mengatakan ia berlaku di negara tersebut. Akhirnya semua pihak ini pasti akan terperangkap dengan permainan
Trio Datuk T. Maka, adalah lebih elok pihak polis menjalankan siasatan terhadap Trio Datuk T daripada membuang masa menyiasat sesuatu yang jelas tidak masuk akal itu.

Ternyata semua yang dilakukan adalah berniat jahat dan dipengaruhi dengan perasaan dendam kesumat politik yang cukup mendalam sebenarnya. Maka, itu persoalannya yang paling mengelirukan ialah kenapa individu terbabit takut sekarang dan akhirnya mengeluarkan semula video yang sudah di naik turun pada laman youtube beliau itu?].

Che'guBard : Video lucah disunting untuk perbodohkan Rakyat

Video lucah hampir dua minit yang dimuatkan di YouTube disunting sebegitu supaya ia hanya memperlihatkan adegan-adegan individu yang mirip wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrulhisham Shahrin.

Badrul menyaksikan keseluruhan video 21 minit itu pada 21 Mac lalu dan mengesahkan klip yang dimuat naik di Youtube diambil daripada rakaman asal. Bagaimanapun klip video di YouTube disunting untuk mempengaruhi orang ramai bahawa individu dalam rakaman itu adalah Anwar, kata beliau.

"Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia diedit (sunting) sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara, hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan. Ini memang kita sudah jangkakan berlaku" kata beliau kepada TVSelangor.

“Mereka tidak akan siarkan semua, dan kenapa mereka tidak siarkan semua contohnya dengan posisi perut yang buncit, itu mereka tidak siarkan, sebaliknya mereka hanya mengambil yang mirip (Anwar) untuk memperbodohkan rakyat," tambah beliau.

Badrul yakin Umno berperanan dalam memuatnaikkan video yang disunting itu ke Youtube, malah telah meramalkan tindakan Umno itu dalam wawancara dengan TVSelangor pada minggu lalu.

Beliau yakin tidak ada tindakan akan diambil terhadap pihak yang memuatkan rakaman itu di Youtube.

"Perdana Menteri Malaysia (dan) rejim ini terlibat dalam melindungi sindiket ini yang menyiar video ini kepada umum. Mereka tidak akan kena apa-apa,” kata Badrul.

Badrul menegaskan bahawa video itu dimuat keYoutube untuk dicanang sebagai modal BN pada pilihanraya umum Sarawak.

"Ianya lebih menyerlah lagi apabila penyebaran video ini ialah terdesaknya mereka dan apabila berada diambang pertempuran di piliharaya di Sarawak ini".

Badrul dan Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungei Petani adalah dua orang yang tampil memberi perakuan mereka diundang oleh bekas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik untuk menyaksikan rakaman penuh video itu secara berasingan pada 21 Mac lalu.

Johari ditawarkan imbuhan untuk membawa keluar wakil rakyat PKR dengan menggunakan video itu manakala Badrul pula diminta untuk menyampaikan rakaman itu kepada isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Bagaimanapun kedua-dua mereka, secara berasingan, yakin orang dalam rakaman itu bukan Anwar walaupun akur individu berkenaan mempunyai iras hampir serupa dari sudut tertentu kamera.

Badrul dan Johari berkata bahasa badan Anwar dan susuk tubuhnya termasuk perut berlainan dengan individu dalam rakaman itu.

Anwar bertegas menolak beliau adalah individu dalam rakaman itu.

Ketua Pembangkang itu menegaskan beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitter ketika rakaman itu diambil pada 21 Februari lalu.

Penayangan video di Hotel Carcosa Kuala Lumpur didalangi oleh gadingan Datuk T yang merangkumi bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Mereka hanya menyerahkan video itu kepada pihak berkuasa setelah Anwar membuat laporan polis dan mendedahkan identiti mereka.

Ketiga-tiga Datuk T itu dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak di Bangunan Parlimen susulan laporan polis yang dibuat oleh Anwar.

Ulasan GB

Dari awal pendedahan sehinggalah akhirnya klip video itu ditiadakan di youtube, kita melihat blogger pencacai UMNO menggelupur hendak meyakinkan orang lain bahawa pelakon yang bertuala di dalamnya adalah Anwar Ibrahim.

Yang nyata, pendedahan video klip itu ternyata mendedahkan memang wujud konspirasi. Jika tidak masakan video itu terlepas dari tangan polis yang kononnya ia telah dirampas dari Datuk T.

Apa tah lagi penyiarannya juga dilakukan bukan saja melalui youtube, tetapi dipertontonkan kepada peserta BTN.

Beriya-iya blogger UMNO hendak meyakinkan orang lain bahawa itu Anwar Ibrahim.

Seorang blogger bergelar "Datuk" menyatakan klip video tersebut mungkin akan dikeluarkan secara bersiri. 1 pada setiap minggu. Anehnya bagaimana beliau tahu?

Sedangkan orang ramai yang berkesempatan menonton klip itu di youtube mendapati ia bukan Anwar sekalipun wajahnya ada mirip Anwar.

Perutnya boroi, teteknya menggelabih (bak kata satu komentar di blog GB), rangka badannya besar, pandangan sisinya lansung out - semuanya menunjukkan ia bukan Anwar sebenar.

GB ingin ulangi ulasan GB semalam bahawa

Ia agenda kotor dan jahat Datuk T & UMNO.

Jika begitulah permainan Najib, Datuk T dan UMNO, kesemua mereka akan binasa. Tunggu masa dan ketikanya saja.

DUN KEDAH : Ketua Pembangkang Tunduk Rapat, Syed Sobri Keluar Dewan, Tajuddin Terduduk lalu Bashah terlentang!...


Peristiwa 1.

Cuba memerangkap tapi terjolok sarang tebuan! Ketua Pembangkang mengemukakan soalan lisan no. 1 tentang kerugian GLC. Katanya 'sudah menjadi pengetahuan umum bahawa banyak GLC telah mengalami kerugian... dan dia menyenaraikan 4 GLC yang disakwa rugi, antaranya Kedah Agro Sdn Bhd dan YIKED Holding. Soalan ini dijawab oleh YB Dato' Hj Amiruddin Hamzah . Dalam jawapannya, yaqng berdasarkan penyata beraudit syarikat terbabit, tiada GLC yang rugi sejak 2008, malah Yiked Holding yang mengalami kerugian pada 2005 dan 2007, telah mencatat keuntungan walaupun kecil sejak 2008 hingga 2010.

Oleh kerana sangkaan tentang kerugian telah salah, maka Ketua Pembangkang yang belum puas hati membuat soalan tambahan mengenai pelaburan PKB di Papua New Genuea...adakah PKB membuat pinjaman off-shore kerana ada kunjungan pegawai kerajaan ke London untuk urusan itu (mana dia tahu ni...barangkali kerap ke London dan terjumpa orang kerajaan negeri di sana). Jawapan Dato' Amiruddin sekali mengecewakan beliau kerana setelah dipertimbangkan, pinjaman tersebut di batalkan oleh PKB.

Peristiwa penting muncul dengan soalan tambahan daripada YB Md Zuki Yusof (PAS-Kuala Ketil). Soalannya begini: “Berasaskan pengetahuan umum juga, pendapatan GLC sebelum tahun 2008 didakwa telah disalahgunakan untuk kepentingan politik UMNO, adakah dakwaan itu benar? Dato' Amiruddin bangun menjawab dengan merujuk penyata audit syarikat Seri Temin yang jelas bahawa memang benar dakwaan tersebut dengan penemuan-penemuan audit antaranya seperti berikut:



Ada lagi tu... cukup setakat ni. (Bacalah sendiri....! Hebat dak depa dolu-dolu...? Bangkai gajah mana boleh tutup dengan sehelai daun pisang.)

Suasana jadi panas, Adun BN mula bising...Adun Kuala Nerang bangun cuba memberi penjelasan atas kapasitinya sebagai CEO Seri Temin Sdn Bhd semasa wang syarikat itu digunakan oleh UMNO untuk perbelanjaan politik mereka (mencecah RM8 juta kesemuanya!) Oleh kerana ia tidak dibolehkan oleh peraturan Dewan, maka Speaker tidak memberi laluan. Beberapa ADUN BN yang lain juga cuba bangun dan membuat bising atas pendedahan Dato' Amiruddin itu tapi tidak dibenarkan oleh Spreaker. 'Ini bukan perbahasan Yang Berhormat, ini sesi soalan jawab lisan...tak boleh mencelah'...kata Speaker.


Barangkali kecewa dikambinghitamkan oleh ketuanya waktu itu, dan menanggung akibatnya sekarang, Adun Kuala Nerang keluar meninggalkan Dewan dengan wajah masam mencuka + geram! Dato' Bashah sebagai Pengerusi UMNO Kedah buleh terlentang dengan pendedahan tersebut. Tentu ada lagi perbuatan seumpama ini. Kalau BN tak kalah 2008 dulu, benda ni semua rakyat tak akan tau...sedaplah depa! Sarang tebuan di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, depa semua baru belajar, ketaq menggigil tak lalu makan!

Peristiwa 2

Kerajaan Pusat Macam Upah Berok naik Nyoq! Adun Belantek Mereka cerita....

Dalam soalan YB Mohamad Nasir Mustafa (PAS- Kubang Rotan), berkenaan perbelanjaan kerajaan negeri dalam proses penghantaran pulang pelajar yang dibawa balik oleh kerajaan pusat dalam Ops Piramid, Dato' Taulan Rasul menjawab bahawa kosnya ialah RM2,100 seorang tidak termasuk duit poket RM500 seorang. Kos keseluruhan ialah RM1.82 juta.

Bangunlah YB Tajuddin Abdullah (BN- Belantek) mendakwa kerajaan pilih kasih kerana telah memberi wang poket berdasarkan politik (Hanya budak PAS diberi wang saku...) Contohnya kata Tajuddin “... pelajar bernama Amira Abd Hamid yang pulang dalam Ops Piramid dari DUN Belantek datang menangis-nangis depan saya minta tolong nak dapatkan wang poket 500 tu. Dia sorang saja tak dapat”... Amira menunggu-nunggu tapi tak dapat juga wang saku sampai sekarang,...jelaslah kerajaan negeri mengamalkan diskriminasi! dakwa YB Tajuddin dengan penuh yakin boleh!!!. (Kononnya dia ada bukti dan testimoni)

(Aik??? Sempatkah kakitangan Yayasan Islam dok pi periksa pelajar tu PAS ka UMNO...yang dapat wang saku 600 orang lebih, Amira saja tak dapat...Amira sorang saja ka pelajar di Mesir anak orang UMNO???)

Soalan ni dijawab oleh MB sendiri bahawa hanya pelajar yang pulang dalam OPS Piramid sahaja diberi wang saku dan dihantar pulang dengan perbelanjaan kerajaan negeri. Yang pulang sendiri sebelum itu, atau pulang kerana makan kenduri kakak kahwin, balik menikah, rindu kat mak, ayah panggil balik dsb tidak dibiayai oleh kerajaan. (Yang pulang dengan Ops Piramid dikenalpasti dengan cop khas imegresen di pasport).

Walaubagaimanapun, kata MB, Kerajaan akan melihat semula isu sekiranya benar ada pelajar yang tercicir dari menerima pembiayaan balik ke Mesir dan wang saku, kerajaan akan ambil tindakan segera untuk membetulkan keadaaan. Kerajaan akan bersikap adil kepada semua pelajar dan ibu bapa!

Masa inilah MB mengherdik Kerajaan Pusat yang hanya pandai bawak balik tapi tak mau hantar balik ke Mesir bagi negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat (Kata DS Jamil Khir yang urus OPS Piramid 'Negeri BN Kerajaan Pusat tanggung, negeri PR terserahlah kat depa' - ini barulah diskriminasi!!)

Kata MB... “Macam Upah Berok Naik Nyok...upah naik 2 biji, turun ikut suka... tak dak upah, nak tidoq atas pokok pun tak pa”. (Upah di bayaq kepada tuan berok untuk naik saja!). Lalu dewan jadi riuh rendah kerana ADUN BN marah kepada MB kerana kata kerajaan pusat macam berok naik nyoq!!! (Padan la pun perumpamaan tu dengan depa!) Oooo kalau beruk tak boleh, saya turunkan sikit...bukan berok, tapi kera!... seluruh dewan ketawa! Ramai Adun BN berdiri tak puas hati dengan perumpamaan itu....

Tiba-tiba sehelai kertas disampaikan oleh bentara dewan kepada MB. MB pun bangun dan menyatakan... Ini saya nak jawab soalan tadi. Saya baru dapat jawapan dari orang dibelakang... Amira Bt Abd Hamid Pulang sebelum OPS Piramid. Dia dari Kg Belantek, Sik dan bapanya orang kampung panggil Hamid Matloh!(Muallaf). Lain kali check betoi-betoi sebelum mai bercakap dalam dewan ini. Ini satu cubaan menfitnah kerajaan negeri dan berbohong di dewan yang mulia ini oleh Adun Belantek! Brraaauuuu!!!...Para penyokong kerajaan dan EXCO menepuk meja...Tajuddin terduduk kerana berbohong! Up! Ap! Up Ap! Eh errr! Saya tanya saja...takkan tak dapat kottt! Kata Tajuddin cuba 'cover line... “cover waterface.”

Tajuddin memalukan orang Belantek! Anak Bang Mid takkan menangis untuk RM500!

Amira Abdul Hamid adalah pelajar cerdik dari Kg Belantek, bapanya Abdul Hamid Ali adalah seorang kontraktor yang berjaya sejak tahun 80-an lagi. Anak-anak beliau semua cerdik dan bijak seperti Dr Rosnani dan Zahari. Dua beradik ini bersekolah bersama saya di Sek. Sultan Mohamad Jiwa (Sek. Men. Sains Kedah – sekolah berasrama penuh). Zahari class mate saya tingkatan 1 hingga 3, (untuk rekod, ada 6 orang saja pelajar dari Sik berjaya masuk SSMJ tahun 1987 termasuk Zahari dan saya). dia berjaya sambung belajar ke Jepun dan bekerja di sana sebelum pulang dan berkhidmat dengan sebuah bank internasional. Dia kemudian berhenti dan meneruskan perbiagaan seperti bapanya. Rosnani kakaknya menjadi doktor dan ada klinik di Jeniang.

Sebenarnya Bang Mid yang prihatin dan dermawan. Sebelum kerajaan memutuskan untuk bawa rakyat Malaysia pulang dalam OPS Piramid, kerana bimbangkan anaknya di Mesir, beliau telah membawa pulang anaknya dan membiayai 3 pelajar lain atas keprihatinannya itu. Saya rasa anak Bang Mid (Amira) takkan menangis depan Tajuddin hanya kerana RM500 itu. Rasanya eksploitasi dan 'cerboh' (cerita bohong) Adun Belantek ini telah memalukan Bang Mid dan anaknya...serta seluruh orang Belantek...Apa raaaa!

Bersambung dengan Peristiwa 3 dan Peristiwa 4 dalam posting akan datang!!!

Muhammad Sanusi Md Nor,
setpol MB Kedah

Kerajaan Negeri beri RM2.2 juta untuk sekolah agama rakyat

http://wartakedah.net/images/stories/April2011/dsc_3679.jpg

ALOR SETAR, 28 Mac 2011 – Hal Ehwal Sekolah Agama Rakyat (HESA) berperanan menggabungkan sekolah-sekolah agama, tahfiz dan pondok yang tidak bernaung di bawah Jabatan Agama serta tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak.

Majlis Penyerahan Sumbangan Kerajaan Negeri yang diadakan di tingkat 1, Hotel Regency Alor Setar, dihadiri kira-kira 300 orang mewakili 58 buah sekolah.

“Pada 2 April 2008 kita menubuhkan HESA dan pada 2 Jun 2010 kita mendaftarkan HESA sebagai NGO. Pada kali ni sebanyak 58 buah sekolah mendapat sumbangan yang terdiri dari 25 buah sekolah pondok dan 33 buah sekolah rendah dan menengah,” terang Pengerusi HESA, Ustaz Ahmad Yahaya.

Tambah beliau lagi, HESA telah menubuhkan Majlis Pengetua, Majlis Guru Besar, Majlis Guru Besar Tahfiz dan dalam perancangan Majlis Guru Besar Pondok. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Majlis Hari Guru dan Temasya Sukan HESA. HESA juga merancang menerbitkan majalah mengenai sekolah-sekolah agama dan pondok-pondok untuk hebahan kepada orang ramai.

Menyentuh mengenai bantuan kerajaan negeri kepada HESA, katanya, setakat ni Hesa menerima RM2.2 juta bantuan dari kerajaan negeri bermula pada tahun 2009 hingga 2011.

“Kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri yang jelas menunjukkan keperihatinannya kepada pembangunan insan,” ujarnya.

Wakil dari Madrasah Nurul Hidayah, Tembak, Kuala ketil, Ustaz Mohd Lutfi Arifin berkata, sebelum ini sekolah mereka tidak pernah menerima sebarang bantuan dari kerajaan. Tetapi kerajaan negeri sekarang memberi bantuan dan mengambil berat mengenai pendidikan Islam.

“Sekolah kami sudah tiga kali menerima bantuan kerajaan negeri dan hasil dari sumbangan itu kami gunakan untuk menambah keperluan asas di madrasah kami.

“Sebelum ini, kami tidak menerima sebarang bantuan. Kerajaan negeri sekarang sangat mengambil berat serta memberi galakan kepada sekolah-sekolah pondok untuk terus berkembang,” tambahnya.

Selain dari mengharapkan Pakatan Rakyat terus memerintah Kedah untuk pilihanraya akan datang, beliau juga mengharapkan sekolah-sekolah agama di Kedah akan terus berkembang seperti di Kelantan.

Sementara itu wakil dari Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah, Penghulu Elang, Kilang Lama, Kulim, Ustazah Fauziah Ismail mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana mengambil berat hal-hal berkaitan dengan sekolah-sekolah aliran agama.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri di atas sumbangan yang diberikan. Selain kita gunakan untuk bonus kepada guru-guru, sumbangan tersebut telah membantu menyiapkan sebuah jambatan untuk kegunaan para pelajar,” katanya.

Bila ditanya apa pandangan beliau terhadap kerajaan negeri sekarang, beliau mengatakan bahawa kerajaan negeri sangat mementingkan soal-soal pembangunan insan dan menitik beratkan pendidikan Islam. Pembinaan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil dan Tahfiz Sains di Pulau Tuba jelas menunjukkan kerajaan negeri sangat perihatin kepada pendidikan Islam.

“Saya mengharapkan Pakatan Rakyat terus memerintah di Kedah dan sumbangan kepada sekolah agama rakyat ini diteruskan demi melancarkan perjalanan sekolah-sekolah tersebut,” ujarnya.

Exco bongkar isu Seri Temin di Sidang DUN


ALOR SETAR, 4 Mac 2011 – Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) gagal mendapat pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke atas perbelanjaan yang dilakukan hampir RM8 juta.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah mendedahkan, Jabatan Audit Negara tidak meluluskan sumbangan oleh STDC daripada pengecualian daripada LHDN sebanyak hampir RM8 juta bagi tempoh 2003 hingga 2008.

“Audit negara telah buat teguran agak keras perkara berkaitan belanja-belanja yang dapat pengecualian cukai dari LHDN, iaitu pengecualian cukai korporat yang perlu dibayar.

“Audit buat teguran kerana STDC, sebanyak hampir RM8 juta dibelanjakan untuk diharapkan dapat pengecualian LHDN, akhirnya tak lulus, maka kita kena bayar cukai tersebut,” jelas beliau bagi menjawab soalan tambahan ADUN Kuala Ketil, YB Md Zuki Yusof dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah ke 12, Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Ketiga.

Menurut beliau, pembayaran dan sumbangan tersebut yang kebanyakannya adalah atas nama politik dan bukan atas aktiviti kerajaan negeri.

“Antara pembayaran yang dilakukan adalah persiapan tempat majlis Perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap, tunai kepada UMNO Negeri sebanyak RM200 ribu pada 19 April 2007, yang paling banyak kita tengok berlaku pada pilihanraya umum 12 iaitu pada Februari 2008.

“Pihak Audit telah buat penelitian dalam perkara-perkara tersebut dan mendapati pembayaran yang dilakukan oleh STDC tidak berkepentingan dan tidak berkaitan dengan aktiviti dan objektif penubuhan STDC,” ujar beliau.

Berdasarkan prestasi kewangan, STDC mencatatkan kerugian selama dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2007 dan 2008, masing-masing berjumlah RM2.56 juta dan RM0.15 juta.

Dalam tempoh 18 bulan di bawah pengurusan yang baru, STDC berjaya memperbaiki prestasi kewangannya dengan mencatatkan keuntungan pada tahun kewangan 2009 berjumlah RM0.34 juta. Faktor ini adalah disebabkan beberapa langkah yang diambil oleh pengurusan baru STDC seperti mengawal had pemberian sumbangan dan tajaan.

Guru sangat berperanan di saat masyarakat ditimpa kerosakan

ALOR SETAR, 28 Mac 2011 – Krisis kemanusian yang menyebabkan keruntuhan akhlak dan moral golongan muda khususnya menjadi kebimbangan ibu bapa dan masyarakat sekarang ini. Oleh itu peranan guru-guru agama sangat penting dalam mewujudkan masyarakat Islam yang berilmu serta beramal dengan ilmunya.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak di Majlis Penyerahan Sumbangan Kerajaan Negeri kepada sekolah-sekolah HESA dan pondok-pondok.

“Masyarakat khususnya ibu bapa tidak risau tentang masalah ekonomi. Negara kita tiada gempa bumi, makanan cukup, peluang pekerjaan ada, tetapi masyarakat kita bimbang dengan masalah sosial yang semakin serius sekarang ini. Mereka tidak mahu anak mereka jadi Mat Rempit, ketagih arak, perogol, perompak dan lain-lain.

“Sekolah-sekolah agama menjadi pilihan mereka sekarang kerana mereka yakin pendidikan di sekolah agama dapat membentuk anak-anak mereka menjadi anak yang soleh, berilmu, mendokong nilai Islam dan kemanusian,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri menyediakan peruntukan besar kepada pendidikan agama terutama kepada sekolah-sekolah di bawah Jabatan Agama. Walau pun kebajikan sekolah-sekolah tersebut diambil alih oleh kerajaan pusat namun tidak diberi perhatian yang sewajarnya.

Sekolah-sekolah agama rakyat tidak dipinggirkan oleh kerajaan negeri. Kerajaan negeri berusaha membantu dari masa ke semasa untuk mempastikan kelicinan perjalanan sekolah-sekolah tersebut, tambah beliau lagi.

“Kita tolong semua cuma mungkin mengambil masa sedikit. Kita harap semua guru-guru beristiqamah dan teruskan usaha melahirkan generasi faham Islam dan celik Islam,” ujarnya.

Dalam ucapannya lagi, beliau menyarankan sekolah-sekolah pondok khususnya membuat penambahbaikan samada dari segi penyampaian ilmu dan pasarana sekolah. Beliau memberi contoh sekolah-sekolah pondok di Indonesia (pasentrian) yang mengekalkan ciri-ciri tradisi dalam penyampaian ilmu tetapi dalam pada masa yang sama mewujudkan sistem-sistem baru dan terkini untuk penambahbaikan.

“Saya harap guru-guru agama ini menjadi golongan Toi’fah iaitu kumpulan yang menolong masyarakat. Dapat membantu masyarakat mengenal Islam dari pelbagai sudut. Kalau boleh kita nak buang fahaman masyarakat yang mengatakan belajar di sekolah agama susah dapat kerja.

“Sistem sekolah pondok ini akan diperkemaskan untuk menjadikan ianya pusat penyediaan pelajar yang berilmu, Kita akan memperbanyakkan institusi pendidikan Islam dan akan mengkaji perubahan-perubahan dalam masyarakat,” katanya.

Kerajaan berhasrat mewujudkan pembangunan yang seimbang antara pembangunan kebendaan dan pembangunan insan. Pembangunan sosial, ekonomi, fizikal, keluarga, akhlak, keselamatan dan kebendaan perlu diseimbangkan. Pembangunan yang tidak seimbang akan mewujudkan masyarakat yang tidak bermoral dan derhaka kepada Allah.

Untuk merealisasikan hasrat kerajaan negeri, sebuah sekolah tahfiz sains akan dibuka di Pulau Tuba dan pengambilan pelajar akan bermula pada 2012. Suasana yang selesa di pulau tersebut sangat sesuai untuk menghafal Al-Quran, tambah beliau.

“ Kita akan temukan ulama moden dan ulama tradisional. Pendidikan tradisional di peringkat pondok, dan moden di peringkat universiti. Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang kita bina di Kuala Ketil boleh menampung sepuluh ribu pelajar. Mata pelajaran utamanya Islam, di samping ilmu-ilmu fadhu kifayah,” katanya.

Dalam ucapannya juga, beliau berjanji kerajaan negeri akan terus membantu sekolah-sekolah pondok dan agama rakyat dan mengharapkan semuanya terus beristiqamah di bawah HESA.

Beliau seterusnya menyampaikan sumbangan tambahan kepada 58 buah sekolah yang melibatkan 25 buah sekolah pondok dan 33 buah sekolah rendah dan menengah.

Kira-kira 300 orang hadir di majlis tersebut yang diadakan di tingkat 1, Hotel Regency, Alor Setar, Kedah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...