TERKINI :

Monday, April 4, 2011

Sidang DUN Kedah : GLC Biayai Program UMNO


Komen Ust Mutalib Maarof berkenaan Video X


Isu Injil belum selesai, PEMBELA akan ke mahkamah

Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang merupakan gabungan persatuan Islam utama di Malaysia sedang mempertimbangkan bagi mencabar kesahihan 'Formula Idris Jala' di mahkamah kerana didakwa mencabuli undang-undang dan perlembagaan persekutuan.

Ini termasuk Perkara 3, 11(4) dan Enakmen-enakmen Kawalan dan Sekatan Penyebaran Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam dan Seksyen 298, 298A Kanun Keseksaan 1936.

malaysia law conference 301007 yusri mohamad“Oleh itu edaran Bible Bahasa Melayu bukannya suatu keputusan yang boleh dibenarkan begitu sahaja atas tekanan mana-mana pihak.

“Formula Idris Jala ini jelas merupakan suatu keputusan mengalah dan menunduk kepada strategi konfrontasi, manipulasi dan mendesak yang digunakan oleh kumpulan-kumpulan Kristian untuk mencapai tujuan mereka dalam isu ini.

“Pendekatan formula Idris Jala ini adalah satu trend yang tidak sihat serta akan menggalakkan berulangnya pendekatan konfrontasi dan manipulasi digunakan bagi menuntut sesuatu yang hakikatnya bercanggah dengan perlembagaan, undang-undang, sejarah dan budaya negara,” kata jurucakap PEMBELA, Yusri Mohamad (atas, kanan).

Kabur dan tak jelas

Beliau merujuk kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, Sabtu lalu yang mendedahkan penyelesaian 10 perkara berhubung kontroversi kitab Injil.

Antaranya, kumpulan Kristian di negara ini, kini dibenarkan mengimport kitab Injil dalam sebarang bahasa, termasuk bahasa Melayu/Indonesia tanpa sebarang halangan.

azlan“Kitab Injil juga kini boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Bagi, kitab Injil di Sabah dan Sarawak, tiada cap mohor atau nombor siri perlu dikenakan tetapi bagi kitab seumpama itu di Semenanjung, ia mesti tertera perkataan “Penerbitan Agama Kristian” dan lambang salib dicetak di kulit depan.

“Saya berharap penyelesaian 10 perkara ini akan disambut positif oleh kumpulan Kristian kerana ia adil dan berpatutan. Kita mesti mencari penyelesaian bagi menangani isu Injil dan juga masalah lain yang ditimbulkan oleh kumpulan Kristian,” kata Idris.

Bagaimanapun formula itu ditentang PEMBELA yang mendakwa status keputusan itu adalah kabur dan tidak jelas.

“Kita diberi gambaran bahawa di pihak kerajaan, Datuk Seri Idris Jala dan Peguam Negara diberi peranan utama sedangkan isu ini juga melibatkan kepentingan Islam dan umat Islam.

Suara Islam tak diwakili

idris jala interview 4“Perbincangan juga hanya diadakan dengan pihak Christian Federation of Malaysia sedangkan pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam baik di pihak kerajaan mahupun pertubuhan-pertubuhan Islam langsung tidak diambil kira.

“Kami ingin bertanya adakah ini pendekatan baru yang akan diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani isu-isu agama?” soal Yusri.

Katanya penyelesaian 10 perkara itu juga langsung tidak mengambil pandangan Jawatankuasa Kerja Mempromosi Persefahaman Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKAPA) yang diwujudkan sendiri oleh kabinet.

Malah menurut PEMBELA, keputusan Idris itu seolah-olah mendahului menteri yang bertanggungjawab iaitu Datuk Seri Jamil Khir dan Tan Sri Koh Tsu Koon.

Kaji semula

“Justeru, PEMBELA menuntut agar formula Idris Jala ini dikaji semula dan diselaraskan kembali dengan peruntukan undang-undang dan persefahaman antara agama dan kaum yang sedia ada.

masjid jamek mosque“Oleh kerana isu ini boleh ada kaitannya dengan kedudukan Islam dan umat Islam, pandangan wakil-wakil Islam hendaklah diambil-kira dengan saksama dalam mencari formula yang lebih tepat.

“Jika tuntutan ini tidak diberi perhatian, PEMBELA mempertimbangkan untuk mencabar kesahihan formula Idris Jala ini di mahkamah,” kata Yusri lagi.

Sehubungan itu, PEMBELA menyeru semua pemimpin masyarakat di negara untuk kembali menghormati persefahaman tentang kedudukan Islam dan hubungan antara agama di negara ini demi memelihara kesejahteraan dan keharmonian bersama.

Kepada yang bernama CIKGU.. mintak jauhlah sifat sebegini....!!







kepada Guru-Guru semua... Ingatlah anda pengerak
generasi kita di masa hadapan.... Adat dan sopan sebagai
muslim dan muslimah kenalah kita jaga.....
islam sudah ajar semua itu...

Kemunculan semula Ummi dan Rahim TC kebetulan atau dirancang?

Adakah kemunculan semula Ummi Hafilda Ali dan Tan Sri Rahim Thamby Chik dalam kancah politik untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim berlaku secara kebetulan atau sebahagian daripada perancangan licik untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang itu ?

Selepas menyisihkan diri dari arus politik tanah air untuk lebih 10 tahun Ummi Hafilda muncul semula dalam “road show” tajaan Umno untuk mengitar sekali lagi pelbagai tuduhan terhadap Anwar.

Setelah dipaksa meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 dan gagal kembali ke persada utama Umno, kerana tuduhan merogol gadis bawah umur dan dibelit dengan dakwaan rasuah, Rahim ‘mengaum” semula dengan mengibarkan video seks lucah Anwar.

Kedua- duanya memberi amaran bahawa kononnya mereka mempunyai banyak pendedahan seks lain, seks yang akan terus mengaibkan Anwar. Malah, Rahim berkata Anwar tidak harus terkejut jika secara tiba- tiba lebih ramai lagi “Eskay” muncul membuat pendedahan.

Ummi pun tidak mahu ketinggalan. Beliau mendakwa ada 18 video seks membabitkan Anwar.

Ugutan mereka mirip kepada Senator Ezam Mohd Noor dan Datuk S.Nalakaruppan yang juga mendakwa menyimpan pelbagai bukti mengenai salah laku Anwar ketika beliau Timbalan Perdana Menteri.

Apakah semua perkembangan ini hanya secara kebetulan, bahawa individu bernama Ummi Hafilda dan Rahim Thamby Chik tidak mengenali satu sama lain, malah Umno langsung tidak terlibat dalam segala fitnah dan ugutan yang dibawa oleh mereka berdua ?

Bolehkah rakyat menerima bahawa Ummi dan Rahim melakukan serang hendap terhadap Anwar semata- mata sebagaimana yang didakwa mereka – untuk agama, bangsa dan negara dan bukan didorong kebencian untuk Ketua Pembangkang itu ? Dan, atau adakah imbuhan yang menanti jika misi mereka berjaya terlalu lumayan untuk ditolak?

Kebetulan atau sebahagian dari perancangan?

Jika kebetulan, maka adakah satu “kebetulan’ juga Ummi Hafilda dan Tan Sri Rahim Thamby Chik berjumpa dengan Pengerusi Malaysia Airports Berhad Tan Sri Basir Ismail pada tahun 1998 untuk Ummi mendapatkan sebuah kontrak pengiklanan pada awal tahun 1998 ?

Berikut adalah keterangan yang diberikan oleh Ummi Hafilda kepada Mahkamah Tinggi pada 23 Disember 1998 apabila beliau disoal oleh peguam Anwar ketika itu, Christopher Fernando.

Fernando: Berhubung projek KLIA, adakah kamu ada berjumpa Tan Sri Basir? (Pengerusi MAB).

Ummi Hafilda: Berkenaan kontrak pengiklanan itu, saya ada bertemu dengan Tan Sri Basir di pejabatnya.

Fernando: Pertemuan itu diaturkan oleh Tun Daim Zainuddin dan kamu ditemani Tan Sri Rahim Thamby Chik ?

Ummi Hafilda: Saya tidak bersetuju bahawa pertemuan itu diaturkan oleh Tun Daim.

Fernando: Adakah kamu ditemani Tan Sri Rahim Thamby Chik?

Ummi Hafilda: Saya tidak ditemani Tan Sri Rahim Thamby Chik tetapi saya telah berjumpa dengannya di pejabat Tan Sri Basir.

Fernando: Apa maksud berjumpa Tan Sri Rahim di sana?

Ummi Hafilda: Saya tidak pergi bersamanya, tetapi saya berjumpa dengannya di sana.

Ketika ditanya apakah peranan Rahim dalam pertemuan di KLIA itu, Ummi Hafilda berkata Rahim tidak memainkan apa-apa peranan, selain bercerita hal-hal politik dengan Basir. -Berita Harian

Beranjak ke 10 tahun kemudian: Rahim dan Ummi sekali lagi muncul bersama – ‘secara kebetulan' untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar. Rahim menggunakan fitnah video lucah yang dipertontonkan kepada wartawan sebelum diserah kepada polis.

Manakala Ummi memakai gincu di bibir dan membetulkan tudung yang sentiasa tergelincir dari kepalanya sebelum memaki hamun Anwar dengan ayat- ayat kesat lagi fitnah.

Adakah secara kebetulan ceramah- ceramah Ummi diperhebatkan, menggunakan wang ringgit dan tenaga kerja Umno manakala Rahim dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak setelah Anwar membuat laporan polis mengenai video lucah itu.

Adakah satu “kebetulan” atau disengajakan, Ketua Polis Negara menambah keaiban Anwar dengan mengesahkan video itu adalah tulen tetapi berdiam diri mengenai identiti pelakon dalam rakaman itu.

Nampaknya kilang mereka-cipta fitnah seks terhadap Anwar kini beroperasi mengikut waktu kerja kedai Seven Eleven – tidak tutup malah rancak mengitarkan pembohongan dan rekayasa.

Penampilan “secara kebetulan’ Ummi Hafilda dan Rahim dalam melaksanakan tanggungjawab “mempertahankan maruah orang Melayu” pastinya menimbulkan hanya kecurigaan dan kesangsian berasaskan rekod lampau mereka.

Persoalan yang tentunya timbul adalah kenapa dilakukan semua ini semata-mata untuk menjatuhkan Anwar? Apakah keperluan mengheret kewibawaan Umno, polis, badan kehakiman sekali lagi semata-mata untuk menjerat Anwar ?

Sebagaimana yang disedari oleh Mahathir pada tahun 1998, apabila mendalangi kejatuhan Anwar ketika itu, kepemimpinan Umno sekarang yakin Anwar tidak akan luntur dalam perjuangannya untuk menamatkan pemerintahan Barisan Nasional.

Justeru dua pendekatan diambil untuk menghancurkan karisma Anwar dan sekali gus melemahkan cabaran Pakatan Rakyat supaya BN kembali menang selesa pada pilihanraya umum akan datang.

Satu, ialah menghumban kembali Ketua Pembangkang itu ke dalam penjara atas tuduhan liwat – seperti mana yang dilakukan di bawah pemerintahan Mahathir.

Namun, Umno kali ini tidak mahu pemenjaraan Anwar mengangkat martabatnya sebagai seorang “mujahid”, sebagaimana yang berlaku pada pusingan pertama.

Maka, atas kesedaran itu, kilang mereka-cipta fitnah terhadap Anwar memperhebatkan pengeluaran mereka – dalam bentuk maki hamun oleh Ummi Halfilda, Mohamad Ezam dan lain- lain serta video lucah Datuk T.

Segala petanda (seperti pengumuman Ketua Polis Negara mengenai “ketulenan” video lucah) menunjukkan asakan- asakan terhadap Ketua Pembangkang itu akan bertambah kuat pada hari- hari mendatang.

Yang jelas kepemimpinan Umno dan aparatus mereka termasuk akhbar Utusan Malaysia dan media arus perdana yang lain akan terus mengitar dan memberi ruang utama kepada sebarang fitnah melibatkan Anwar. Ini kerana kelangsungan politik Umno bergantung kepada kejayaannya memadamkan nama Anwar Ibrahim dari persada politik tanah air dengan apa cara sekali pun.

Wira Arjuna - TVSelangor

Pakatan Rakyat tanding 69 kerusi di Sarawak


Harakahdaily

KUCHING, 4 April: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan akan bertanding di 49 kawasan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang menjadikan Pakatan Rakyat akan bertanding 69 daripada 71 kerusi DUN Sarawak.

Sebelum ini PAS mengesahkan bertanding di lima kerusi manakala DAP 15 kerusi. Pakatan hanya tidak meletakkan calon di dua kawasan iaitu Marudi dan Pakan sahaja.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah mengumumkan calon-calon DAP dalam pilihan raya ini.

PAS pula akan mengumumkan calonnya malam ini di lima kerusi yang dtandinginya untuk pilihan raya ini iaitu Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuan dan Tanjong Datu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi akan mengisytiharkan calon PAS di Beting Maro manakala timbalannya Nasharudin Mat Isa di Sebuyau.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan penamaan calon akan diadakan 6 April ini manakala 16 April adalah hari pembungan Undi di Sarawak.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengumumkan kesemua calon-calon PKR itu hari ini dengan Baru Bian, Pengerusi PKR Sarawak akan bertanding di Ba'kelalan Walaupun Barisan Nasional (BN) masih merahsiakan calonnya di situ.

Turut serta bersama beliau adalah Naib Presiden PKR, John Tenawi dan Penasihat PKR Sarawak, Habsah Harun. Azmin berkata, senarai calon diputuskan oleh PKR Sarawak dan dipersetujui oleh pimpinan PKR peringkat pusat.

Pagi tadi, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian mengumumkan PKR telah putuskan bertanding di 47 kerusi manakala empat kerusi lagi masih dalam perundingan yang akan diumumkan oleh Azmin.

Baru Bian mengumumkan hal itu ketika bertemu dengan calon-calon PKR di Sibu iaitu untuk Sarawak Tengah dan Utara.

Sebelum ini, usaha dibuat oleh Pakatan untuk berunding dengan Snap namun sehingga akhir semalam parti itu berkeras untuk bertanding di 27 kerusi namun ia gagal di selesaikan dengan PKR.

Sebelum ini, Majlis Pimpinan Pakatan telah memutuskan PAS bertanding lima kerusi, DAP 15 manakala 51 kerusi lagi akan dirundingkan antara PKR dengan Snap.

Dalam sidang mediannya juga, Azmin mengumumkan, Adun PKR untuk Padungan, Dominic Ng Kim Ho akan bertanding kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dominic menang dalam pilihan raya negeri 2006 untuk kerusi itu apabila mengalahkan calon DAP dan calon BN dengan majoriti 1,417 undi.

Alahai calon-calon BN Sarawak

by Roslan SMS

BN sudah mengisytiharkan sebahagian besar barisan calonnya untuk Pilihanraya Negeri Sarawak ke 10 yang penamaan calonnya pada hari Rabu ini. Walaupun berita media arus perdana cuba menonjolkan kehadiran 20 muka dan tenaga baru dalam masing-masing parti komponan BN ironisnya yang ketara keempat-empat parti utama dalam BN Sarawak mengekalkan pemimpin tertinggi masing-masing yang usianya sudah agak lanjut.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengekalkan Presidennya Taib Mahmud 74 tahun di DUN Balingian. Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) meletakkan Presidennya Dr George Tan, 74 tahun di DUN Piasau. Manakala Parti Rakyat Sarawak (PRS) meletakkan Presidennya Dr James Masing, 62 tahun di Baleh dan parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) William Mawan, 62 di Julau.

Di sinilah timbul tandatanya pada usia manakah seorang calon pilihanraya patut memberi laluan atau ditamatkan perkhidmatannya? Ini suatu persoalan yang menarik yang melibatkan semua parti di Malaysia yang kebetulan ada pemimpin muda dan berusia.

Kembali dalam kes Sarawak, langkah mengekalkan kedua-dua veteran Taib Mahmud dan George Chan sebagai calon walaupun telah berpenggal-penggal berkhidmat sebagai ADUN dijangka bakal member impak negative buat BN Sarawak. Sekiranya kita pemimpin yang baik makin lama kita dikekalkan sudah pastilah semakin gemerlapan khdimat yang kita tinggalkan tetapi jika kita dari kategori yang bermasalah maka makin lama kita kekal maka buruk dan hodohlah apa yang kita tinggalkan.

Secara umumnya barangkali bolehlah dikatakan yang jika kehadiran kita itu menyumbang kepada kemenangan parti maka wajarlah kita dikekalkan dengan syarat tidaklah keterlaluan lanjut sangat usia kita berbanding dengan yang lain, tetapi jika kehadiran kita membuka ruang kepada mudarat buat parti lebih baiklah kita berundur atau diundurkan.

Dalam hal ini saya tertarik membaca satu komen yang diberikan oleh seorang pelawat dalam sebuah laman portal berita tempatan apabila dipaparkan senarai calon-calon BN Sarawak, pelawat tadi menyebut:

“Nice list but GOD willing more than half will be wiped out”

Mungkinkah begitu?

ISA: Keluarga mahu Kadir dibebaskan segera

30 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA, 4 Mac: Keluarga Kadir Hashim, Orang Kelainan Upaya (OKU) yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini, menyifatkan penahanan tersebut sebagai zalim dan mahu pihak berkuasa membebaskan Kadir dengan segera.

Kadir, 42, yang cacat sebelah tangan sejak berusia 12 tahun, sebelum ini menjalankan perniagaan tomyam di rumahnya di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur. Beliau ditahan mengikut Seksyen 73 (1) ISA pada 1 April lalu oleh pihak polis tanpa sebarang sebab dan alasan.

KeadilanDaily mealporkan ahli keluarga Kadir yang hadir pada sidang media di Ibu Pejabat PKR tengahari tadi, mahu polis mendakwa Kadir di mahkamah, dan bukan menahannya tanpa bicara.

Hadir pada sidang media itu ialah Mah Mat Idris, ibu kepada Kadir dan dua abang kepada Kadir, Muda Hashim dan Hisham Hashim.

Muda, 46, yang kelihatan sedih bercampur marah dengan penangkapan itu berkata beliau benar-benar tidak berpuas hati dengan penahanan adiknya di bawah Akta drakonian itu.

“Saya minta kerajaan lepaskan adik saya ini dengan segera. Sekiranya dia buat kesalahan, sila bawa dia ke mahkamah. Buktikan kesalahan dia dahulu,” kata Muda yang menyifatkan penahanan adiknya itu sebagai tindakan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.

“Apabila rakyat ditahan tanpa apa-apa sebab, ini bermakna pemerintah kita cukup zalim. Negara kita tiada ancaman daripada pengganas, kenapa perlu tahan adik saya?” soal beliau.

Abang kedua Kadir, Hisham Hashim, 43, pula menyifatkan penahanan adiknya itu sebagai biadap kerana sehingga ke hari ini mereka tidak diberikan alasan kukuh penahanan Kadir.

“Ia terlalu biadab dan kami sangat sedih.

“Surat (penahanan) yang diberi sangat umum, kami mahu sebab. Saya gesa kerajaan bebaskan Kadir dengan segera,” kata Hisham.

Naib Presiden PKR, N Surendran yang hadir sama pada sidang media selaku peguam kepada keluarga Kadir kesal kerana pihak polis mengelak daripada memberi jawapan khusus berhubung penahanan Kadir.

“Tidak ada apa-apa maklumat diberi pada keluarga Kadir. Peguam cuba dapat maklumat dpd polis tapi tak ada apa-apa maklumat diperoleh. Tiada siapa tahu di mana beliau berada dan keadaan kesihatannya,” kata Surendran.

Surendran seterusnya menyifatkan penahanan Kadir tidak ubah seperti layanan negara-negara yang diperintah diktator terhadap rakyatnya.

“Ini seperti di Korea Utara, Cuba, dan Mesir. Mereka (tahanan) hilang begitu sahaja,” katanya.

Untuk membuktikan sikap acuh tidak acuh polis terhadap kes itu, Surendran menghubungi pegawai polis yang menandatangani notis penahanan, ACP Normah Ishak, sewaktu sidang media berkenaan untuk mengetahui keadaan Kadir dan tempat beliau ditahan.

Panggilan berlangsung kira-kira 15 minit, namun ACP Normah tetap enggan memberikan alasan khusus Kadir ditahan malah enggan memberitahu tempatnya ditahan.

Beliau sebaliknya meminta Surendran menulis surat kepadanya untuk bertemu secara rasmi.

Surendran memberitahu keluarga Kadir akan membuat permohonan habeas corpus di mahkamah sekiranya Kadir tidak dibebaskan.

Harakahdaily/-

Sapa artis yang ikut BOB LOKMAN nie?


Ca teka ???

Antara Video, Pelakon, Datuk T & Umi Hafilda... Mana Yang Sedang Kantoi..??

Video Tulin Yang Palsu Aktornya

http://www.clker.com/cliparts/9/1/8/7/12140853501744362127tape%20film.svg.hi.png

Dalam cubaan rejim Barisan Nasional yang di bawah telunjuk Rosmah Mansor untuk mengenakan DS Anwar Ibrahim, kita jangan lupa dengan fakta yang disalak oleh Dara tersohor Umi Hafilda betapa ada lagi 18 video seks Anwar!

Kenapa perlu rejim, polis dan sekumpulan anjing salak mempertahankan kisah video yang satu ini sedangkan ia sudah pun kantol dek kerana pelakon ‘stuntman’ nya tidak menghampiri ciri fizikal Anwar? Gambar kaku yang disiarkan oleh berita lewat malam TV3 kelmarin juga gagal meyakinkan orang ramai. Bahkan mereka sepakat mengatakan itu bukan Anwar!!

Saya amat yakin dan percaya, sekiranya video itu lakonan Anwar Ibrahim pejuang kebenaran dan musuh nombor satu Umno, ia sudah pasti diedarkan secara meluas dan percuma dengan restu Ketua Polis Negara. Ia boleh saja dianggap sebagai dokumentari sebagaimana kata Zaid Ibrahim atupun tiada kesalahan undang-undang selagi tidak dibuat kutipan wang. Sekaligus ia boleh ditayang kepada umum di kedai nasi kandar, warung-warung dan juga serambi surau, masjid serta rumah JKKK!

Rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat berceramah mempersoalkan ketulinan batang tubuh Anwar, polis pula menyiasat ketulinan video! Baghal sungguh PDRM. Memang la video itu genuin sepertimana kata Cg Bad dan Dato Johari Abdul. Mereka sebagai saksi yang menonton telah pertikaikan empat ciri pada tubuh pelakon itu yang mengesahkan dia BUKAN Anwar!! Tidak sekali-kali mereka menafikan ketulinan video itu.

Soalnya, kenapa perlu bergelut menegakkan benang basah tentang video yang satu itu, sedangkan ada 18 lagi video senaman kelamin Anwar Ibrahim yang katanya disimpan oleh Umi Hafilda si jalang yang mengaku dara? Kenapa pehak polis di bawah TS Ismail Omar tidak kelebet dan geledah Umi? Barangkali ia menyelitkan di kedua celah susu atau di celah labia minoranya? Siapa tahu?

Faktanya ialah, jika video yang dipertikaikan pelakonnya sudah dianggap yang terbaik oleh anasir dalam rejim Umno, makanya 18 keping video yang lain itu hanya AUTA si betina garit yang diupah. Itu sahaja. Mereka hanya tahu berbohong, menjual kelentong dan memfitnah demi habuan dan kekayaan dunia. Full stop.

Ketakutan rejim menghadapi PRU 13 bukan satu jenaka. Kelohongan ide bagi melawan Buku Jingga bukan satu rekaan. PM Najib sendiri takut untuk berhadapan Anwar di atas pentas debat. Kita boleh tabik Shabery Chik kerana masih berani walaupun berbuih mulutnya ketika itu. Najib menolak terus cabaran Anwar untuk berdebat. Apa punya jantina PM Najib ni, anda fikir sendiri lah.

Lalu dengan kekuasaan mutlak serta jentera yang dikongkong mereka, sekali lagi pembunuhan karekter melalui tabiat buruk seks yang direka-reka digunakan. (mau berapa kali bunuh daa?)Jika benarlah Anwar yang menjadi tuan punya zakar itu, tentu sahaja ia sudah disebarkan sebagaimana kes Chua Soi Lek kerana ia adalah musuh numero uno Umno. Gerakan politik Pakatan Rakyat berada dalam kedudukan yang cukup ampuh dan layak untuk menerajui Putrajaya. Ia dilihat sebagai pertempuran ‘the good against the evil’. Satu pakatan yang bersih melawan satu Barisan yang penuh dengan pengkhianat, perasuah, perogol dan pembohong. Ciri-ciri pemerintahan baik yang dipamirkan oleh negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat telah menggoncang singgahsana UmnoBn.

Buku Jingga adalah garis panduan dan tata-kelola negara yang amat hebat dan condong rakyat. Najib dan konco-konconya hanya berdaya memperolok dan mempermainkan Buku itu sedangkan dalam masa yang sama sudah empat ide besar dicuri mereka. Najib tahu, malah seluruh mangkuk bawahannya juga tahu betapa apa yang ditawarkan dalm Buku Jingga bermakna kantul lah segala perancangan dan penipuan mereka selama ini.

Video seks yang dikatakan Anwar sebagai tukang mertonnya itu hanyalah garapan ide dangkal separuh masak kelompok miskin moral. Secara bawah sedar, mereka tahu ianya adalah hasil tipuan mereka yang tak mungkin akan disambut rakyat terbanyak, maka pendekatan sorok bahan bukti sambil menyebar fitnah semaunya dilakukan. Contohnya, kelmarin Nallakarupan diberi satu muka surat penuh untuk menjual kelentong. Bukannya dalam akhbar Tamil Nisan atau Makkal Osai, tetapi akhbar kesayangan orang Umno- Mingguan Malaysia. Ini berikutan kegagalan anjing suruhan Umno itu untuk menghasut kepimpinan PAS. Nantikan muka-muka anjing salak yang lain pula.

Eh! Saya mahu tanya sejak bila pula rejim Umno bimbang akan nasib Pakatan Rakyat terutamanya parti PAS? Kalau dah mereka rasakan yang Anwar satu liabliti yang boleh menggagalkan kemaraan PAS dan Pakatan Rakyat, sepatutnya mereka bergembira dan membuat sujud syukur bukannya dengan berkejar ke tepi telinga pemimpin PAS untuk terus menabur fitnah. Atau pun mereka galakkan lagi kehadiran Anwar di pentas ceramah PAS, bukannya dengan menghalang kehadiran Anwar dan menyekat masa ceramahnya setakt sepuluh minit! Kantoiiiiiiiii..........

Hakikat sebenar di sebalik semua kelentongan video seks nan satu ini dan juga 18 keping lagi yang dikepit anunya Umi Hafilda ialah laporan risik menunjukkan empangan untuk menghalang kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya sudah pun pecah. Laporan oleh SB dan Military Intelligence sudah tidak lagi enak di telinga Najib dan Rosmah. Ini betul-betul seperti apa yang dilalui Hosni Mubarak dan Suzanne serta pasangan Ben Ali dan Leyla dari Tunisia.

Sebagaimana pendekatan ketika Tragedi AlMaunah di Sauk dulu, rejim mengarah polis untuk membuat kerja-kerja dajal lagi kotor dengan pemimpin Umno mencuci tangan. Saki baki harapan kepada KPN baru terus kantol sebaik sahaja ia terus menyanyikan lagu yang sama seperti Musa Hassan dan Rahim Nor. Bahan bukti rekayasa ditutup dari mata dan capaian orang awam. Dalam tempoh itu mereka kipas, tanak, rebus dan anyam fitnah semaunya. Habis segala anjing salak, pakar upahan, NGO(k) serta profesor kangkung disorong tampil dalam media untuk membentuk pemikiran rakyat. Khususnya buat ahli Umno.

Apa pun kita sudah tahu dari awal lagi bahawa ini semua fitnah ke atas Anwar. Kita tidak pun meragui ketulinan video itu, cumanya kita amat meragui serta menafikan sekeras-kerasnya bahawa tukang merton itu ialah Anwar Ibrahim. Pehak polis patut mengarahkan SB supaya menjelajah seluruh negara mencari lelaki mirip Anwar yang punya perut boroi, pungkorq tonggek, bahu sendo serta kulitnya cerah..........

Sebarkan isi Buku Jingga kerana ia sah tulin pembikinan dan isinya!!

Mi Itik 4.4.2011

Mengkritik Tidak Salah Bahkan Wajib Dlm Jamaah


Budaya Mengkritik Dalam Jemaah Islam

Oleh Abu Muhammad (Darultauhid)


MENGGKRITIK tidak salah bahkan wajib terutamanya kepada jemaah Islam agar proses pengislahan dapat dilakukan.

Syarat utama pengkritik ialah

a. Tidak menjatuhkan maruah jemaah atau seseorang. Pengkritik tidak boleh menjatuhkan maruah orang dikritik dengan pelabelan, kutukan peribadi dan fitnah berbentuk sangkaan semata-mata.

b. Sumber yang sahih. Sumber maklumat yang dijadikan bahan kritikkan mesti bersumberkan sumber yang sahih bukannya berbentuk persepsi, sembang kedai kopi, khabar angin, ragu-ragu dan sangkaan.

c. Wasilah yang digunakan. Ada maklumat berbentuk rahsia dan umum. Pengkritik haruslah menggunakan medium sesuai dengan maklumat/bukti tersebut seperti pertemuan peribadi, usrah, mesyuarat dan muktamar untuk melakukan kritikkan.

d. Memikirkan Impak. Pengkritik mesti fikir impak yang akan berlaku jika maklumat itu didedah secara umum pada pimpinan dan jemaah.

e. Pilih bulu. Kritikan hanya kepada pihak tertentu sahaja. Hilang ukhwah dan keikhlasan dalam mengkritik kerana Allah bukannya demi kepentingan peribadi dan puak yang didokongi.

Jika syarat ini disudah tepat, boleh mengkritik.

Kritikkan adalah proses muhasabah diri dan memberi peringatan agar pemimpin dan jemaah dapat melakukan peningkatan kualiti dan membaiki kelemahan. Kritikan adalah refleksi diri dan jemaah.

Saidina Umar al Khattab pernah menyatakan “semoga Allah memberi kerahmatan kepada seseorang yang memberitahu terhadap segala keaiban diriku”.

Jemaah Islam bukanlah milik individu tapi milik umat Islam. Oleh sebab itu, anggota jemaah Islam mesti berani mengkritik pimpinan melalui saluran-saluran yang betul. Mungkin pengikut jemaah yang ikhlas takut mengkritik kerana ia mengundang fitnah dan perbalahan sesama anggota.

Menurut Dr Yusof al Qaradhawi, syarat pengkritik ialah hanya orang berupaya sahaja [miliki sumber yang sahih, berilmu, saksi yang tidak fasik], mengutamakan kemanfaatan akhirnya dan membetulkan sesuatu maklumat yang sahih sahaja boleh mengkritik.

Setiap pendapat pemimpin tidak boleh dimaksumkan. Pendapat pimpinan bukanlah sabdaan Rasulullah SAW. Kritiklah dengan hujah tanpa emosi dan tanpa niat jahat. Kritikan harus ilmiah dan berfakta benar dan sahih.

Orang dikritik dan pengkritik tidak harus ada sifat membenci. Al Maududi mengkritik Sayyid Abu Hassan an Nadwi secara ilmiah tetapi hubungan peribadi beliau tetap baik. Pun begitu, para pengikutnya berbalah dengan emosi.

Bagi Dr Yusof Qaradhawi, anggota jemaah Islam jangan takut kritik secara terbuka [jika memenuhi syarat-penulis] walaupun kemungkinan pihak musuh mengeksploitasi dan menyeleweng maklumat golongan yang ikhlas mengkritik pimpinan dan jemaah Islam. kalimah yang benar tidak boleh disembunyikan kerana semata-mata takutkan kalimah yang batil.

Jemaah Islam seumpama PAS sewajarnya mengadakan banyak seminar dan dialog yang memberi ruang kepada intelektual membentang kertas kerja berunsur kritikan dan cara pengislahan jemaah serta mendengar kritikan ahli jemaah[PAS pernah melakukan seminar yang mengundang intelektual mengkritik PAS]. Para pimpinan PAS mesti hadir dalam seminar dan dialog tersebut.

Tradisi anak muda suka mengkritik. Adakah kritikan mereka kritikan membina atau bersifat ‘pepsi cola’?. Pimpinan utama harus mengambil berat kritikan kelompok anak muda kerana mereka adalah warisan perjuangan, cuma anak muda perlulah beradab semasa mengkritik. Sebagaimana ucapan Lee Kuan Yew “saya memberitahu penganti saya bahawa jika mereka menolak generasi muda yang bijak yang tidak bersetuju dengan mereka mengenai dasar, akan tiba masanya mereka akan menjadi penentang sebenar”.

Persoalan yang timbul, sejauhmanakah pihak pengkritik tidak mempunyai kepentingan tertentu semasa mengkritik, beradabkah cara mereka mengkritik dan dipenuhikah syarat sebelum mengkritik?.

Kritiklah ikhlas kerana Allah.. Kritik jangan MENGHINA. Insya Allah, selamat. " (Diangkat dari Tranungkite)

http://www.ibnuhasyim.com

Blogger Pakatan bentuk Revolusi 2013

KUALA LUMPUR, 3 April: Hasil pemukiman blogger yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) hari ini, berjaya membentuk satu gerakan Revolusi 2013 yang menjurus ke arah membangkitkan kesedaran minda dalam kalangan rakyat menjelang PRU 13 nanti.

Presiden gerakan penulis maya, Tarmizi Mohd Jam berkata, dengan wujudnya platform ini bakal membolehkan semua blogger PR bertindak dengan lebih pantas, bersepadu dan berkesan.

Katanya, gerakan Revolusi 2013 ini diharapkan menjadi landasan berkesan dalam usaha PR meyakinkan rakyat untuk mereka kembali melihat keperluan terdesak memberikan sokongan kepada PR dan menolak BN.

Revolusi 2013 yang menggunakan tagline Bebaskan Malaysia, Selamatkan Rakyat akan menjalankan peranan mereka menerusi media maya yang dibenarkan oleh undang-undang negara dengan melihat usaha ini perlu dan amat perlu disegerakan.

"Semua pihak yang menyokong Pakatan Rakyat akan meneruskan usaha konvensional selama ini dengan ceramah dan media cetak untuk mereka yang tiada capaian internet, gerakan ini pula melangkaui sempadan dan warna kulit.

"Kita sedar ramai di kalangan mereka yang tidak mempunyai capaian internet bagi mengikuti perkembangan semasa dengan lebih cepat, namun ada usaha yang perlu dilakukan lebih sedikit oleh pemimpin parti peringkat tempatan.

"Mereka boleh melayari internet dan mengikuti perkembangan politik semasa dan di masa sama mereka boleh mencetak atau menayangkan semula kepada anggota masyarakat dan rakyat menerusi kemudahan teknologi tertentu yang mereka miliki," tegasnya.

Program dua hari ini diadakan di Ampang dengan perasmian dan penutupnya oleh Exco Penerangan Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Mohammed Fadzli Datuk Hassan.

Dua pembentangan kertas kerja bertindak telah dilakukan oleh Pengasas Zentrum Future Studies yang juga pensyarah kanan Jabatan Media dan Komunikasi UM, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah dan AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Awat Takut Sangat dengan Ceramah Anwar Tak Tau..!!!

Polis ganggu lagi ceramah Anwar

Polis mengganggu ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kali ketiga berturut-turut - malam ini di ceramah terbesar parti itu di Betong - yang merupakan kubu kuat Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Alfred Jabu.

anwar ceramah disrupted by cops swakMajlis makan malam dan ceramah itu - yang diadakan di medan selera terbuka di Betong, sebuah pekan kecil yang terletak 70km di utara Sri Aman - bermula dengan lancar dengan pemimpin PKR tempatan, termasuk empat calon, menyampaikan ucapan kira-kira lebih sejam tanpa sebarang gangguan.

Anwar tiba pada jam 9.30 malam dengan disambut oleh hampir 1,000 penduduk pelbagai kaum berserta laungan "Reformasi".

Bagaimanapun, apabila Anwar bercakap kira-kira 10 minit, seorang anggota polis beruniform mendekati ketua pembangkang itu dan memintanya berhentikan berucap, menyebabkan timbul ketegangan di kalangan hadirin.

Selepas rundingan ringkas, Anwar bersetuju memendekkan ucapannya.Beliau kemudian meneruskan ucapannya selama 20 minit lagi sebelum polis mengganggunya lagi.

Malaysiakini difahamkan oleh pihak penganjur bahawa pihak polis telah mengeluarkan permit kepada PKR untuk mengadakan 'mesyuarat luar biasa' dan bukannya ceramah politik atas alasan tempoh kempen belum bermula.

anwar ceramah disrupted by cops swakSebelum berhenti berucap, Anwar mendakwa pihak polis tidak akan mengambil sebarang tindakan jika ceramah gagal menarik ramai hadirin.

"Jika hanya ada 10 orang, polis tidak akan ganggu. Tetapi bila terdapat ramai orang seperti malam ini, mereka akan mengganggu," katanya.

Menurut timbalan ketua Wanita PKR Sarawak, Cecilia Siti Una, kehadiran malam ini adalah yang terbesar dalam sejarah Betong.

"Bukan mudah untuk meminta penduduk Betong menghadiri ceramah politik," katanya kepada Malaysiakini.

dari HANG TUAH sampai ke MAHSURI kini mai kat ANWAR... tak ada tektik lain kah wahai umat yang berbangsa MELAYU...

Orang Melayu gagal keluar kemelut krisis peradaban


PETALING JAYA: Masyarakat Melayu moden di negara ini dianggap gagal keluar dari kemelut krisis peradaban apabila masih lagi sanggup melakukan perkara sama yang telah dilalui oleh Hang Tuah, anak gadis Sang Rajuna Tapa dan juga Mahsuri pada zaman masing-masing.

Demikian hujah Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah dalam satu wawancara hari ini.

Menuruh Prof Dr Abu Hassan, sejarah orang Melayu menunjukkan kaum itu telah lama dibebani dengan peristiwa yang menyerupai isu video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim itu.

“Isu video seks bukan soal isu meningkatnya simpati masyarakat terhadap Anwar sekali gus menderu sokongan kepercayaan politik terhadap Pakatan Rakyat.

“Isu video seks bagi masyarakat adalah krisis peradaban kaum Melayu yang sudah cukup lama terbeban dengan sejarah semacam ini melalui peristiwa-peristiwa sejarah bangsa Melayu yang turut mengheret krisis yang sama,” kata beliau.

Memfitnah zina untuk menjatuhkan musuh?

Menurutnya, isu video sekd yang melibatkan individu-individu terkenal Melayu mempunyai signifikan dengan perangai lama orang Melayu yang beberapa kali menjatuhkan musuh mereka dengan mengaibkan atau mengenakan fitnah zina sesama mereka.

“Hang Tuah difitnah berzina dengan gundik raja, sehingga menyebabkan dia terhukum bunuh dan seterusnya mencetuskan kebangkitan revolusi Hang Jebat yang kemudian menyebabkan pertempuran saudara di Melaka.

“Begitu juga fitnah ke atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang dituduh berzina dengan seorang pemuda di Temasik akhirnya menyebabkan pergelutan antara dua kuasa dan menyebabkan penjajahan Majapahit ke atas Singapura.

“Kita juga diberitahu dalam sejarah tentang kisah Mahsuri yang dituduh berzina dengan Deramang yang menyebabkan pembunuhan ke atas Mahsuri, jadi isu-isu ini adalah berhubungan dengan politik Melayu.

“Dalam keadaan bangsa lain telah berjaya mencipta Google, Facebook, Twitter, iPad dan sebagainya sedangkan bangsa kita pula tidak habis-habis hidup seperti apa yang dilalui oleh Hang Tuah, Sang Rajuna Tapa dan Mahsuri,” jelas beliau.

Prof Dr Abu Hassan turut menyatakan, masyarakat hari ini yang mulai rasa bimbang dengan permainan politik fitnah yang akhirnya mampu untuk menjatuhkan kuasa politik Melayu di negara ini.

“Masyarakat mula bimbang apakah politik yang semacam ini akan berterusan dan akhirnya menyebabkan kejatuhan politik Melayu di masa depan.

“Lalu tentulah masyarakat begitu ingin menghentikan politik yang sebegini,” jelas beliau lagi.

Beliau turut menyatakan amalan politik lucah bukan sahaja bertentangan dengan akhlak politik Islam serta tidak memberi manfaat kepada peradaban bangsa Melayu malah ia turut menggambarkan keadaan bangsa itu yang sedang sakit dan dihina oleh bangsanya sendiri.

“Setiap individu dalam masyarakat mempunyai akal rasa dan akal fikir mereka sendiri, tentulah buat yang beriman dan berpercaya pada Tuhan menyedari bahawa politik lucah tidak pernah memberi apa-apa manfaat bagi peradaban bangsa selain menggambarkan bangsa itu sendiri sedang sakit dan dihina oleh bangsa mereka sendiri.

“Tidak kira siapa yang dituduh dan difitnah, atau dicela, maka seluruh bangsa itu dalam mayatilik bangsa lain juga tertuduh dan tercela sama.

“Sebab itulah secara filsafatnya, politik lucah yang sedang berkembang di saat ini dalam amalan politik tanah air telah bukan sedikit mengheret masyarakat terbanyak untuk bersama dalam suatu cara menguruskan politik yang bertentangan dengan akhlak politik Islam,” ujarnya lagi.

Beliau turut menjelaskan peranan media dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat agar menolak politik lucah dari terus berkembang dalam masyarakat negara ini.

“Tentulah isu Video Lucah yang terkait dengan Anwar sedikit sebanyak memberi kesan kepercayaan politik terhadap beliau dan Parti Pakatan Rakyat (PR).

“Bagaimanapun di waktu yang sama sekira media-media terus-terusan menyebarkan kehodohan-kehodohan politik sebegini akan mencetuskan pemikiran semula di kalangan masyarakat,” tegas beliau.

Anwar dianggap simbol

Beliau turut menyifatkan taktik politik lucah yang digunakan untuk menjatuhkan Anwar sebagai gagal apabila keadaan ini hanya menyebabkan Anwar diangkat sebagai simbol perjuangan membela maruah diri, keluarga dan masyarakatnya.

“Perspektif dari mediasfera, isu ini akan menempatkan kembali Anwar sebagai simbol perjuangan diri, keluarga dan masyarakat di kalangan masyarakat tanahair kerana bukan mudah untuk seseorang dan sebuah keluarga menanggung penghinaan yang semacam ini, malah secara berterusan.

“Tentulah masyarakat mula melihat keperluan untuk bersekutu buat perubahan kerana masyarakat sudah tidak mampu menanggung situasi dan krisis politik yang semakin teruk dan semakin mengerikan,” kata Prof Dr Abu Hassan.

Prof Dr Abu Hassan turut mengingatkan masyarakat Melayu negara ini yang umumnya beragama Islam dengan ayat 12, Surah Al-Hujurat akan dosa yang ditanggung daripada berprasangka, mencari kesalahan orang lain dan perbuatan fitnah.

“Pertamanya, Allah mengeluarkan perintah yang jelas di dalam Al Quran, Surat Al Hujurat, ayat 12, yang bermaksud – Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang berbuat fitnah dan tuduhan sebahagian yang lain.

“Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang”.

http://www.freemalaysiatoday.com

Mai Jengok Sat Pondok Agama nie..ianya lain dari yang lain...!!!

Bukan Semua Org Belajar Sebab Nak Dpt 9A

Salam,

Kadang-kadang kita dapat merasakan hidup ini bagaikan satu kembara ilmu yang tiada berpenghujung. Itulah yang dapat saya rasakan tatkala mengikuti rakan-rakan saya di NGO Wargakilang melawat sebuah Pondok Tradisional di pedalaman Beris, SIK Kedah pada hujung minggu yang lalu.


Melawat Pondok Tuan Guru Hj Mat Nahu ini bagaikan sebuah perjalanan merentas masa ke zaman saya yang silam. Barisan rumah pondok kayu yang tidak berapa tersusun di sepanjang gigi sungai itu mengingatkan saya kepada rumah-rumah lama di kampong sewaktu kecil dahulu. Yang menambah nostalgianya, tatkala Mudirnya, Ustaz Kamil membawa kami berjalan-jalan di sekitar kawasan pondok berkenaan, kami tiba di tebing sungai, tempat budak-budak pondok ini mandi manda; terus saya teringat zaman budak-budak saya dulu.


Di tebing yang hampir serupalah, saya berselimut kain pelikat atau kain batik di kedinginan subuh pagi, kemudian terus terjun ke dalam sungai tanpa apa-apa, dan serentak itu juga meloncat naik semula ke pinggir tebing, terus pulang ke rumah bersiap untuk ke sekolah. Itulah rutin harian saya setiap pagi di hari sekolah.

Bila pulang dari sekolah, saya melalui satu kawasan pinggir hutan yang ada pokok ASAM GELUGOR, kadang-kadang saya pungut beberapa biji buah yang gugur dibawa pulang untuk arwah ibu jadikan Asam Keping. Di sebelah petang, saya dengan kawan-kawan selalu masuk ke pinggir hutan simpan berdekatan men-terbil burung, melastik buah SETOI atau pun memanjat dahan RAMBAI.

(Ustaz Kamil, berkain pelikat bergambar beramai-ramai di tebing sungai)


Ah, begitu berbetulan sekali, rupa-rupanya di tebing sungai Pondok ini ada ketiga-tiga pokok itu; ASAM GELUGOR, Pokok SETOI dan Pohon Rambai, akarnya berkongsi tapak yang sama di tepi tebing itu.

Pondok Tuan Guru Hj Mat Nahu ini memang betul-betul jauh ke pedalaman, sudahlah tidak ada line h/p, kedudukannya yang begitu jauh hingga terhimpit ke tebing sungai ini betul-betul mengingatkan saya kepada kata-kata orang ALIM, yang antara lain berbunyi:

“Di akhir zaman nanti, bila mana FITNAH berleluasa dalam masyarakat, larilah kamu ke tempat yang jauh dari orang ramai demi memelihara agamamu”

Saya tak pasti sama ada ini adalah hadith atau pun cuma kata-kata orang ALIM. Tapi itulah hakikatnya di zaman ini, kalau kita betul-betul nak jaga kemurniaan ISLAM yang ada dalam diri kita, memang hari ini kita memang tak sesuai dah duduk dalam masyarakat orang ISLAM yang kita ada la nie. Ya lah, merata fitnah dok ada, pi kedai nak beli roti boleh nampak muka depan akhbar ka majalah apa ka dengan gambaq seksi dan kisah-kisah seks sensasi. Bawa anak isteri pi beli barang di shopping complex pula, tipulah kalau tak bertembung dengan pompuan tua muda yang berpakaian seksi berbagai aksi. Bawa kereta lalu lalang boleh nampak papan iklan dengan imej wanita menggoda berbagai gaya.

Pendek kata, kalau ikut kata-kata orang ALIM di atas, memang tempat ulu macam Pondok TG Hj Mat Nahu inilah patutnya kita pakai lari mai kalau betul-betul kita nak jaga kesucian dan kemurniaan cahaya Islam di dada.

Tuan Guru Hj Mat Nahu sudah pun arwah, yang tinggal hanyalah anak-anak muridnya seperti Ustaz Kamil untuk meneruskan perjuangan. Mungkin Arwah sudah pun boleh nampak perkara ini (FITNAH akhir zaman), kerana itulah beliau memilih tempat yang terpencil ini untuk membuka pondoknya. Wallah hu aklam.

Yang paling menarik dan agak terkesima buat saya ialah Pondok ini dengan lebih kurang 80 orang pelajarnya, bukanlah seperti sekolah pondok atau pun sekolah agama rakyat yang biasa kita dengar; mereka di sini belajar seperti orang dulu-dulu belajar pondok, depa mai mengaji kitab semata-mata untuk mengaji agama dan mendalami ISLAM, dan bukan untuk dapat Sijil, Ijazah atau pun apa. Di sini tidak ada Sijil Tinggi Agama ka Sijil Rendah ka apa ka, apa tah lagi PMR atau pun SPM. Semuanya adalah 100% pure mengaji agama semata-mata, tidak ada sijil tidak ada apa.

Bila saya tanya Ustaz Kamil, dia kata depa ikut system yang digunapakai di Hadramaut Yaman mana entah, di mana orang mai mengaji sebab nak belajar agama bukan nak sijil atau pun apa. Habis tu, kalau tak ada SIJIL, nanti depa nak jadi apa?

(Sekarang ini kalau nak masuk calun pilihanraya pun, kalau kata dia tu Ustaz balik Al-Azhar, kena tunjuk Ijazah Azhar dalam suratkhabar woo)

Bila saya ajukan pertanyaan ini, Ustaz jawab:

“Matlamat kita ialah nak jadikan mereka ini sebagai INSAN BERTAKWA. Kerja apa, itu Allah yang tentukan, sebab setiap kita yang dilahirkan ini ALLAH SWT dah tentukan rezeki masing-masing. Apa pun kerja mereka nanti, kita harap mereka akan menjadi seorang pekerja yang BERTAKWA”

Tu dia, mana ada Sekolah kat Malaysia ini yang macam itu punya dok ada VISI dan MATLAMATnya, jauh melangkau minda sedar kita.

Cubalah lihat wajah anak-anak yang saya diberi kesempatan untuk menyampaikan sedikit ceramah motivasi, teknik untuk memotivasi diri sendiri ini; boleh nampak wajah-wajah GHURABA (pemuda aneh di akhir zaman) di dahi mereka.



Moga para GHURABA ini akan menjadi penyambung kepada warisan ISLAM yang diperturunkan kepada mereka oleh Tuan Guru mereka yang menerima daripada arwah Tuan Gurunya yang menerima daripada Tuan Guru yang terdahulu, dan bersusur galur hingga ke zaman awal Islam. Moga dengannya nanti, anak cucu cicit kita akan mampu terus bernafas dengan cahaya Islam yang akan terus bersinar selagi mana adanya sistem-sistem pondok tradisional seperti ini.

Jika ada masa, kunjungilah pondok TG Hj Mat Nahu ini; banyak bantuan yang mereka perlukan. Kata Ustaz Kamil, selain daripada makanan harian dan kain pakai seperti kain pelikat dan baju, mereka juga berbesar hati kalau ada sesiapa yang mampu tolong bina madrasah tempat mereka belajar kerana di madrasah kayu dengan atap zink berlubang sana sini yang kami tumpang solat zohor dan buat kenduri tahlil ini, di sinilah juga sebenarnya merupakan rumah Ust Kamil, mudir pondok ini sendiri.

Moga apa saja bantuan yang dapat disalurkan terus kepada pihak Pondok TG Hj Mat Nahu ini akan dikira sebagai balasan pahala yang berkekalan buat kita semua di Akhirat nanti.

Ada masa pi lah melawat depa, boleh bawa anak-anak kot kalau depa teringin nak terjun sungai ka apa. (Orang lain tak tau, tapi saya tunggu cuti sekolah ja nanti, nak bawa anak-anak mandi manda kat situ, nak tunjuk kat depa macam mana Abah depa mandi pagi waktu kecik-kecik dulu).

Sekian, sekadar perkongsian akan sebuah kisah realiti yang terperosok di penghujung zaman. Bukan semua orang mengaji/belajar sebab nak dapat 9A!!

moniermatdin@yahoo.com

http://www.moniermatdin.blogspot.com

Jangan Ingat Rakyat Bodoh dan Tak Nampak Apa Yang Kamu Lakukan..

Dua "Wajah" PDRM

KLANG 3 APRIL : Tiga tunjuk perasaan di Lembah Kelang hari ini menzahirkan sikap pilih kasih polis dalam menjalankan tugas mereka, sungguhpun badan itu mendakwa ia bebas dan berkecuali.

Lebih seratus anggota polis dikerah untuk menghalang demonstrasi Anti Loji Nuklear yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Pulau Ketam pagi tadi, sehinggan memaksa majlis itu terpaksa dialihkan ke tempat lain.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan hadiri dihalau dari kawasan jeti Pulau Ketam yang menjadi lokasi asal perhimpunan aman itu.

Satu lagi demonstrasi bersabit isu novel Interlok yang membabitkan wakil rakyat Pakatan Rakyat di Batu Caves juga dihalang polis.

Sekurang-kurangnya dua orang termasuk Ahli Parlimen Teluk Intan M.Manogaran di tahan.

Namun, di sebelah petang, polis bermurah hati apabila membenarkan demonstrasi anjuran Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang disokong oleh Umno berjalan tanpa halangan di Kelang.

Malah penunjuk perasaan pro-Umno dibenarkan berkumpul betul-betul di halaman Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di sini hari ini, dan mencetuskan pelbagai tafsiran orang ramai yang lalu-lalang di situ.

Penunjuk perasaan berkenaan kemudian dibenarkan mencaci keperibadian Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Malaysia, sekali lagi tanpa polis mengambil sebarang tindakan.

Pengerusi DAP Klang Ivan Ho Fook Keong berkata cara polis menangani tunjuk perasaan jelas menunjukkan badan itu tidak professional dan berkecuali sebagaimana
yang diharapkan oleh rakyat.

"Kami hendak adakan perhimpunan aman tetapi dihalang polis. Tetapi kalau UMNO nak buat demonstrasi jalan raya, polis menggalakkan mereka," kata beliau.

Ivan merujuk kepada demonstrasi 'kepala lembu' di shah alam dan beberapa tunjuk perasaan anjuran penyokong Umno yang tidak dihalang oleh polis, semata-mata
kerana yang disasarkan adalah Pakatan Rakyat.

"Tetapi apabila kami berhimpun secara aman,kami diugut akan ditangkap," kata Ivan.


Tukang kebun tunggu jawapan KEDA

PENDANG – Seorang tukang kebun masih lagi menunggu jawapan permohonan rumah Lembaga Kemajuan Kedah (Keda) yang dimohonnya kepada pihak terbabit memandangkan tidak sanggup untuk terus berhadapan masalah banjir yang sering melanda rumahnya di Kampung Batu Hampar dekat sini.

Sinar Harian difahamkan sebuah keluarga ini tidak sanggup untuk terus berpindah-randah setiap kali kawasan itu dilanda banjir memandangkan kedudukan rumahnya itu berhampiran kawasan Sungai Pendang.

Md Nor Hamid, 61, bekerja sebagai tukang kebun di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah terpaksa menjalani hidup serba kekurangan di rumah itu memandangkan permohonan rumah Keda masih lagi belum mendapat jawapan.

“Saya sudah membuat permohonan rumah sejak 2008 lagi dengan sokongan Ketua UMNO Bahagian Pendang, Datuk Md Rozai Safian, namun sehingga kini saya masih lagi belum mendapat maklum balas mengenai permohonan yang dikemukakan itu.

“Selepas membuat permohonan itu, sehingga kini masih lagi tiada apa-apa jawapan daripada pihak berkenaan dan mereka tidak berkunjung ke rumah saya bagi menyiasat kehidupan keluarga saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia terpaksa menjalani kehidupan di rumah kecil itu bersama 10 ahli keluarganya dan sering resah terutamanya pada musim hujan memandangkan air sungai sering naik.

“Lebih lima kali rumah ini ditenggelami air setiap setahun menyebabkan kami terpaksa berpindah dan sering juga berhadapan banjir kecil.

“Ketika banjir kecil saya terpaksa meredah air untuk ke pekan bagi membeli keperluan makanan,” katanya.

Sementara itu, isterinya, Ramlah Sahaba, 51, berkata, dia menetap di rumah itu lebih 20 tahun, namun tidak mampu untuk membaikinya memandangkan gaji suaminya sebanyak RM500 sebulan hanya mencukupi untuk keperluan makan sahaja.

Menurutnya, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Pendang ada juga menawarkan bantuan untuk membaiki rumah itu, namun dia menolak memandangkan tanah rumah itu adalah tanah rizab yang ditumpang sementara sahaja.

“Apabila kawasan rumah sering dilanda banjir menyebabkan tiang dan kedudukan rumah ini menjadi tidak stabil menyebabkan kami bimbang dan berharap supaya jawapan permohonan itu diketahui dengan segera.

“Selain keadaan rumah daif, kami sekeluarga juga tidak pernah merasakan kemudahan bekalan air paip seperti penduduk lain memandangkan suami tidak mampu membiayai kos pemasangan air paip yang begitu tinggi seperti yang diminta pihak berkenaan,” katanya.

Ramlah berkata, dia hanya mengharapkan bekalan air perigi sahaja dan ia menimbulkan masalah apabila kawasan itu sering dilanda banjir menyebabkan keadaan air itu menjadi semakin keruh.

Selain itu, Sinar Harian difahamkan juga Md Nor pernah memohon bantuan bulanan daripada JKM memandangkan dia tidak mampu lagi melakukan kerja disebabkan menghidap pelbagai penyakit, namun gagal.

Chua Jui Meng Tanya Mana UMNO, PERKASA & MUFTI berkenaan Isu Al-Kitab

Al-Kitab Serlahkan Hipokrit Umno-BN

SHAH ALAM 3 APRIL : Tindakan Putrajaya menarik balik larangan Kitab Injil berbahasa Melayu diedar di negara ini, beserta kebenaran mencetaknya pula, didorong semata-mata oleh pertimbangan politik, khususnya menjelang pilihanraya negeri Sarawak bulan ini.

Tindakan itu kata Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng sekaligus mencerminkan pendirian goyah kerajaan bersabit isu agama yang pada hakikatnya tidak boleh diganggu-gugat kedudukannya.

Justeru, tindakan drastik itu katanya, satu lagi strategi terdesak kerajaan Umno-BN untuk memenangkan parti pemerintah pada pilihanraya negeri Sarawak yang akan diadakan pertengahan bulan ini.

" Sudah tentu ini menunjukkan hanya wujud unsur politik semata-mata dan bukannya agama. Kalau soal agama selama-lamanya tidak akan berubah pendirian kerajaan. Ini semua kerana sekarang mereka rasa panas menjelang pilihanraya Sarawak," katanya.

Negara semalam sekali lagi menerima kejutan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mendedahkan 10 penyelesaian dicapai bersabit kontroversi Kitab Injil.

Bukan hanya membenarkan ia dicetak di negara ini sebaliknya penganut Kristian juga dibenarkan mengimport kitab Injil dalam sebarang bahasa, termasuk bahasa
Melayu/Indonesia tanpa sebarang halangan.

Ia begitu kontras dengan tindakan kerajaan sebelum ini yang menahan 35,000 naskah Injil berbahasa Melayu sejak 2009 di Pelabuhan Kelang.

Setelah desakan demi desakan dibuat, kerajaan kemudianya akur untuk melepaskan kitab tersebut namun bersyarat nombor siri dan cop "hanya untuk penganut Kristian" harus dipamerkan pada kitab suci penganut Kristian itu.

" (Sekarang) kita lihat kerajaan kata satu peraturan di Sarawak, satu peraturan di Semenanjung. Itu bermakna unsur-unsur agama boleh dibahagikan mengikut majoriti Kristian atau majoriti Muslim.

Jui Meng turut membidas tindakan badan bukan kerajaan dan mufti pro- Umno yang berdiam mengenai isu ini.

" Apa yang saya lihat ialah PERKASA tidak buat demonstrasi, Tan Sri Harussani Zakaria tidak buat kenyataan yang mengeji, semua diam sahaja. Mula-mula peristiwa ini berlaku dahulu, ramai yang keluar memberikan kenyataan menyokong Umno.

Sementara itu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad secara sinis menyindir kepimpinan Najib Razak yang dilihat semakin hilang punca dalam meraih sokongan rakyat sehingga sanggup memperkecilkan agama masyarakat lain.

Katanya, kerajaan pimpinan Najib sanggup menghalalkan apa sahaja pada masa kini, demi memenangkan parti itu pada pilihanraya negeri Sarawak 16 April ini.

Untuk rekod, penganut Kristian di Sarawak mencecah 40 peratus.

" Apabila kepentingan politik tidak lagi diperolehi malahan tindakan kerajaan Umno-BN itu mendatangkan masalah dari sudut politik maka ia dibenarkan. Itulah Barisan Nasional,"katanya.

" Atas dasar politik, mereka boleh haramkan. Atas dasar kepentingan politik juga mereka boleh halalkan berbanding dengan Pakatan Rakyat yang dari awal lagi katakan hukumnya harus kerana ia sememangnya hak orang-orang bukan Islam khususnya orang-orang nasrani berhubung agama mereka dan memang tidak ada masalah dari dasarnya," tambahnya lagi.

"Pindaan Undi Pos"

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

4 April 2011

"Pindaan Undi Pos"

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) ingin memberi maklumbalas berhubung dengan pindaan dalam sistem undi pos yang bakal dibentangkan di parlimen pada tahun ini. SPR bercadang membuat pengundian awal (Advance Voting) bagi membolehkan kumpulan pemilih tertentu pengundi pos menunaikan tanggungjawab sama dengan pengundi awam seperti yang dinyatakan oleh Tan Sri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof, Pengerusi SPR yang telah disiarkan akhbar sinar harian pada sabtu 2 April 2011 di muka surat 8.

Seperti kenyataan-kenyataan Dewan Pemuda PAS sebelum ini bahawa sistem pengundian undi pos sangat terdedah kepada manipulasi dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini. Contoh yang paling jelas adalah kertas undi boleh di bawa pulang ke rumah masing-masing oleh pengundi selama 4 hari. Dalam tempoh masa ini kertas undi sangat terdedah kepada manipulasi. Keduanya kedudukan tempat mengundi di dalam Kem menyebabkan masalah biokrasi yang serius antara SPR, pengurusan kem dan parti-parti yang bertanding. Contoh jelas berlaku di Bagan Pinang dan Sibu apabila petugas parti bertanding, khususnya daripada Pakatan Rakyat dihadkan pergerakkan di tempat mengundi dalam kem bagi mengawasi proses pengundian. Alasan yang sangat membosankan oleh pegawai tentera yang bertugas adalah arahan daripada pihak atasan.

Ketiganya adalah berkenaan masalah kempen. Hanya parti pemerintah sahaja yang dibenarkan oleh pihak kem untuk berkempen dalam kem. Atas alasan menjalankan tugas seperti Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Besar boleh berkempen dalam kem . Dewan Pemuda PAS mempunyai bukti yang jelas Menteri Pertahanan Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamed Hasan secara jelas telah berkempen dalam Kem di Bagan Pinang dalam pilihanraya kecil yang telah lalu. Ini adalah tindakan double standard pihak kem kepada parti-parti yang bertanding khususnya Pakatan Rakyat. Dewan Pemuda PAS sangat kuatir pengundi pos tidak mendapat maklumat yang jelas daripada parti yang bertanding.

Dewan Pemuda PAS Pusat mencadangkan beberapa perkara bagi menjadikan usaha SPR ini serius dan menampakkan kesungguhan SPR membuat penambahbaikan di dalam undi pos. Bukan hanya "pindaan celah gigi" yang tidak membetulkan pun ketempangan proses pilihan raya tersebut khususnya yang berkaitan dengan undi pos.

Pertama, SPR akan membuat pindaan agar diberi peluang membuat pengundian awal secara beramai-ramai. Mereka tidak perlu mengisi borang 2. Ini bermaksud bahawa mereka adalah seperti pengundi awam tetapi yang membezakan adalah mereka mengundi awal dan diberi tempoh masa yang mencukupi. Dewan Pemuda PAS ingin mencadangkan bahawa pindaan ini hendaklah mengambil kira persoalan masalah biokrasi dalam proses pengundian. Pindaan ini perlu dengan jelas menyatakan bahawa pihak SPR mempunyai kuasa penuh menguruskan proses pengundian di tempat yang telah ditetapkan. Ini bagi mengelakkan campurtangan daripada pihak pengurusan Kem atau balai polis yang boleh memberi ruang kapada manipulator mencatur manipulasinya.

Keduanya, SPR hendaklah membuat pindaan berkenaan keadah kempen di dalam Kem atau Balai Polis. Contohnya memberi ruang kepada parti bertanding bertemu dengan pengundi ditempat yang disediakan di dalam kem atau balai polis. Pihak pemerintah pernah menolak cadangan ini atas alasan bahawa anggota tentera dan polis tidak boleh terlibat dalam politik. Saya kira ini kenyataan yang dangkal kerana parti-parti yang bertanding bukan mahu anggota tentera dan polis menjawat jawatan dalam parti politik tetapi hanya mahu menyampaikan maklumat parti kepada pengundi pos. Maklumat yang jelas ini sangat perlu bagi pengundi pos membuat keputusan yang jelas semasa mengundi dan mengelakan perasaan takut untuk membuat keputusan. Dalam kes pilihanraya kecil Bagan Pinang, bahan kempen PAS menjadi bahan terlarang seumpama dadah untuk masuk dalam kem. Ini adalah tidak adil kepada parti yang bertanding.

Ketiganya, bagi mereka yang berada di luar negara mereka seharusnya boleh mengundi di kedutaan Malaysia di luar negara. Contohnya pelajar kita di Mesir yang jumlahnya lebih kurang 7,000 orang boleh mengundi di kedutaan Mesir. Amalan ini telah dilaksanakan oleh rakyat Indonesia yang bekerja di negara kita. Mereka mengundi di kedutaan Indonesia di negara kita. SPR dan petugas parti yang bertanding boleh mengawasai pengundian yang berjalan. Dewan Pemuda PAS membantah cadangan SPR untuk menjadikan pelajar kita diluar negara sebagai pengundi pos.

Kempatnya, hanya mereka yang mempunyai tugas kritikal pada hari mengundi sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengundian secara pos. Contohnya anggota tentera yang yang bertugas dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) di negara bergolak. Mereka tidak boleh mengundi di kedutaan kerana masalah keselamatan. Walaupun begitu proses pos hendaklah telus. SPR hendaklah mempunyai keupayaan mengawal kertas undi sepenuhnya. Bukan diserahkan kepada pihak ketiga yang diraguai kemampuannya seperti yang berlaku sekarang. Suatu mekanisma yang lebih berkesan juga harus di usahakan oleh SPR bagaimana agar pungutan dan penghantaran kertas undi dapat dibuat dengan lebih efektif dan tidak terlalu terdedah kepada manipulasi sebagaimana proses yang sedia ada.

Kelimanya, Parti-parti yang bertanding adalah client atau pengguna kepada SPR. Maka sudah sewajarnya parti-parti bertanding ini di libatkan dalam membuat pindaan terhadap undi pos. Ini bagi mendapatkan keadilan dalam perlaksanaan undi pos. Setakat ini belum ada lagi pembentangan yang dibuat oleh SPR kepada parti-parti yang bertanding sedangkan pindaan akan dibuat pada bulan jun tahun ini.

Cadangan pindaan undi pos yang dicadangkan oleh SPR membuktikan bahawa terdapatnya kepincangan serius dalam pengundian pos seperti yang telah saya dedahkan sebelum ini. Persoalannya bagaimana pilihanraya Sarawak yang akan berlansung pada 6hb hingga 16 hb April 2011? Pilihanraya ini berlaku sebelum pindaan terhadap undi pos dilaksanakan. Oleh itu manipulasi undi pos boleh berlaku dalam pilihanraya umum negeri Sarawak. Maknanya pilihanraya Negeri Sarawak dilaksanakan dalam tempoh kepincangan undi pos. Keadilan tidak dapat ditegakkan dalam pilihanraya ini kerana adanya undi pos. Persoalannya adakah rakyat negeri Sarawak mendapat keadilan untuk menentukan pemerintah di negeri mereka sedangkan kepincangan undi pos masih berlaku dalam pilihanraya ini? Jika pilihanraya Umum berlaku pada bulan Jun 2011 maka sekali lagi negara kita menghadpi pilihanraya Umum ke-13 dalam kepincangan undi pos. Kerajaan Malaysia bertanggungjawab terhadap kepincangan ini

Suhaizan Kayat
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat

Changloon - Pemandu Teksi kita protest pasai kemasukan van Thailand di Malaysia

Kerajaan Negeri Sumbang RM160,000 untuk membina Surau

Perlu pembaharuan

GUAR CHEMPEDAK – Surau yang digunakan oleh penduduk setempat lebih 40 tahun kini memerlukan pembaharuan dari segi binaan dan infrastruktur bagi memudahkan jemaah menunaikan ibadat.

Wakil Surau Pondok Haji Husin Dol, Abdul Manan Khan Arshad Ahmad berkata, pihaknya mendapat peruntukkan daripada Kerajaan Negeri sebanyak RM160,000 untuk pembinaan surau itu.

“Kerajaan Negeri memberikan peruntukkan kepada pihak surau untuk menjalankan pembinaan surau yang baru dan saya serta pihak surau mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberi.

“Kalau kita lihat keadaan surau yang semakin hari semakin uzur ini, memang sepatutnya surau ini dibina baru berikutan ia adalah tempat yang suci dan menjadi tumpuan utama bagi penduduk setempat untuk menjalankan amal ibadat,” katanya.

Menurutnya, sebab utama surau itu memerlukan pembinaan segera kerana ia dikelilingi oleh warga emas dan hampir keseluruhan penduduk di sekitar Pekan Guar menggunakan surau berkenaan.

“Saya memohon kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan tidak kiralah sama ada orang perseorangan mahupun organisasi yang ingin membantu kami dari segi kewangan bagi menambah dana untuk baik pulih surau.

“Alang-alang mahu mendirikan surau baru, lebih baik kita bina surau yang lebih besar supaya mereka yang datang menunaikan solat di sini lebih selesa terutamanya bagi individu daripada luar daerah ini,” katanya.

Abdul Manan berkata, sebarang aktiviti yang berunsur keagamaan sering diadakan di surau berkenaan dan jika jumlah jemaah ramai, ia tidak mampu menampung jumlah terbabit.

“Kalau kita lihat surau ini juga tidaklah sebesar mana, jika sesuatu aktiviti seperti ceramah agama dan sebagainya dijalankan ia tidak dapat menampung jumlah jemaah yang ramai pada satu masa.

“Dengan adanya surau baru, saya yakin penduduk di sekitar kawasan ini akan gembira dan segala aktiviti yang akan diperbanyakkan lagi,” katanya.

Bila jujur tak bertempat...


Berdasarkan pengalaman LV membaca ruangan masalah di majalah-majalah untuk wanita, terdapat banyak soalan berkaitan keperluan bercakap benar bila bersangkut soal maruah diri. Antara soalan yang acap kali dikitar, perlulah perempuan berterus terang tentang ketelanjuran silam kepada bakal suami?

Ketahuilah, ramai perempuan yang kononnya atas tiket mahu berlaku jujur maka bercerita pada teman lelaki bahawa mereka sudah kehilangan dara kepada lelaki lain, tapi sudahnya lelaki yang diharapkan menjadi suami, menumpang sekaki apa yang dilakukan teman lelaki terdahulu sebelum lesap begitu sahaja!

Sebab itu, pertama sekali kehormatan diri mesti dijaga rapi. Itulah gunanya mengikut garis panduan dari segi pakaian dan batas pergaulan yang ditetapkan Islam.

Tapi kalau sudah terbabas mengikut bisikan syaitan, bertaubatlah dengan sungguh-sungguh taubat dan jangan lagi mengulanginya. Jika ditakdirkan selepas itu berjumpa lelaki baik dan tidak pernah bertanya kisah silam, maka serahkan pada takdir Allah, tak perlu dibuka pekung lama.

Satu lagi sikap jujur tidak bertempat yang LV perhatikan dewasa ini, sesetengah orang cukup bangga menunjukkan dosa kepada orang lain atas alasan dia lebih ‘hip’ kerana mengamalkan gaya hidup Barat. Bagi mereka keberanian berhibur di kelab malam, meneguk arak, mengambil bahan terlarang dan melakukan zina petanda kehidupan lebih ‘advanced’ daripada orang lain.

Seorang kawan misalnya, baru-baru ini membawa kisah sedih tentang salah seorang geng kami sewaktu belajar dahulu, N. Mula ceritanya, kawan ini gembira apabila ditugaskan pejabat ke utara tanah air selama seminggu kerana di sana tinggal N, yang turut teruja apabila mengetahui berita ini.

Setibanya di Daerah L, N menyambut kawan ini lalu melarangnya menetap di hotel. Selain jimat bajet, bolehlah bercerita panjang katanya. Seronoklah kawan tadi mendengar.

Tup-tup sampai di rumah, selamba sahaja N memperkenalkannya kepada teman serumah yang juga teman lelakinya. Dosa sudah satu hal, perasaan malu pun entah ke mana sudah tercampak.

Apabila dinasihati, N naik angin lalu bersikap dingin sampailah ke hari ini. Walaupun persahabatan erat akhirnya goyah gara-gara hal yang dijeritkan N urusan peribadinya, mana mungkin kami tega membiarkan dia hanyut begitu.

Hari ini bolehlah mendabik dada mengatakan ini urusan peribadi tapi esok lusa bila sudah bergelar andartu tapi teman lelaki masih bersilih ganti (biasanya lelaki yang dapat 'free' takkan serius pun nak ambil kita jadi bini - percayalah), kita yang jadi teman inilah pula terpaksa menadah telinga mendengar masalahnya.

Masa itu jangan marah kalau kami jerit kuat-kuat di telinga: padan muka!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...