TERKINI :

Sunday, April 3, 2011

Masa DAP bantah UMNO kata PAS kena cucuk hidung nie MCA bantah UMNO kena apa pulak..??

Isu Judi Haram, MCA Akan Bawa Ke Mahkamah

KOTA BAHARU: MCA tetap bertegas membantah pengharaman sebarang bentuk perjudian di Kelantan termasuk tiket loteri dan bercadang membawa perkara itu ke mahkamah sebagai jalan penyelesaian.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata ini kerana keputusan kerajaan PAS Kelantan mengharamkan perjudian itu menyalahi peruntukan perlembagaan yang turut menjamin hak-hak bukan Islam.

"MCA bukan menyokong perjudian tetapi apa yang dilakukan kerajaan PAS Kelantan mengharamkan judi jelas telah menyalahi peruntukan Perlembagaan yang menjamin hak-hak bukan Islam dalam soal ini.

"Kami (MCA) tidak dapat menerima penjelasan pemimpin PAS Kelantan dan selepas ini kami akan berbincang di peringkat pusat untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan pemimpin kerajaan Kelantan di sini, Ahad.

Dr Chua mengetuai delegasi MCA yang terdiri daripada pimpinan parti termasuk Naib Presiden Wee Jeck Seng dan Ketua Pemuda Datuk Dr Wee Ka Siong.

Kerajaan Kelantan pula diwakili Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Speaker Ahmad Zaki Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Takiyuddin Hassan serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Datuk Annuar Tan Abdullah.
Sambil menegaskan MCA menghormati hak orang Islam, Dr Chua berkata cadangan membawa isu itu ke mahkamah bersandarkan kepada penafian hak bukan Islam seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang persekutuan.
Beliau turut hairan kerana selain Pengerusi DAP Karpal Singh, pemimpin pembangkang yang lain mengambil sikap berdiam diri terhadap isu tersebut.

Sementara itu, Takiyuddin ketika ditemui berkata pertemuan selama hampir sejam tersebut bukan sesi dialog, tetapi membolehkan kerajaan Kelantan memjelaskan isu perjudian yang menjadi dasar PAS sejak memerintah pada 1990 lagi.
"Kita mengalu-alukan pertemuan dan perbincangan seperti ini yang memberikan ruang kepada kita untuk memperjelaskan isu ini dengan lebih terperinci lagi," katanya.

Beliau berkata isu pengharaman judi itu bukan perkara baru sebaliknya telah dibuat sejak 1990 selepas mengadakan perbincangan dengan semua kaum di Kelantan.

"Dalam pertemuan itu semua kaum bersetuju perjudian sesuatu yang tidak digalakkan dalam agama dan berdasarkan itu kita telah mengharamkan perjudian ini," katanya.

Katanya kerajaan Kelantan juga berpegang kepada keputusan untuk tidak mengkaji semula pengharaman itu.-BERNAMA

ISU DEMO DI KUIN - INI PULAK JAWAPAN APA REKTOR JAWAB SEMALAM & MB JAWAB DALAM SINAR HARIAN

Dalam sinar hairan muka U8, MB Kedah melatah dengan memberi sokongan kepade pihak Insan Bestary (IB) dan mengatekan ade dalang dan Kerajaan tak pernah keluarkan sebarang pekeliling untuk usirkan pelajar tahfiz. Yeee ... memang pihak KUIN tak pernah usir pelajr tahfiz, tidak ade pekeliling, tidak ade arahan tetapi mari kita lihat ape yang sebenarnya berlaku:

1. Warga tahfiz bukan kate KUIN usir tahfiz tetapi cube lihat ape yang ditulis di sepanduk mereka “KAMI WARGA KULLIYYAH ALQURAN MEMBANTAH SEKERAS KERASNYA PENEMPATAN SEKOLAH BESTARI DI BANGUNAN MAAHAD TAHFIZ NEGERI KEDAH”. Mereke membantah kewujudan Sekolah Bestary menggunekan bangunan tahfiz. Nak buat sekolah apa pun tidak mengape tetapi jangan buat di bangunan tahfiz.

2. Dalam keadaan KUIN yang tak cukup bangunan ini sepatutnye IB dibuat diluar daripade KUIN, cari tempat lain. Kalau Kuliah Muamat dan Hotel pun di beritekan akan keluar dari kampus Mergong kenape Sekolah yang tiade kaitan dengan Universiti berparasit di dalam KUIN.
3. Pengubahsuaian yang disebut di dalam akhbar hari ini oleh MB bukan untuk keselesean pelajar tahfiz tetapi untuk pelajar Insan Bestary, buktinya :

a. Sebelum kewujudan Insan Bestary, banyak masalah telah diadukan oleh pelajar tahfiz seperti kerosakan bilik air, pintu, tahi burung, water cooler dll tetapi terlaluuuuuuuu lambat nak baiki bahkan ade yang langsung tiade tindakan namun bile ade je insane bestiary semuenye dipercepatkan, sehingga pelajar diblok A dan B kene kosongkan asrama untuk kegunaan sekolah IB.

b. Kalau betullah pembaik pulihan itu untuk keselesaan pelajar , kenape keselesaan pelajar asrama Faraby di nafikan, masalah air, elektrik, pembaikan kerosakan yang lambat dan dan ade yg tak diperbaiki walaupun telah dibuat report. So pembaikpulihan hanyelah ade agenda atau dalang disebalik pembaik pulihan itu.

4. Satu perkare lagi , MB suruh ambil tindakan dan siasatan kepade pensyarah yang terlibat,.... Ape dah jadi ni,,, mase PAS jadi pembangkang dulu bile Kerajaan tangkap ahli2 yang pergi demonstrasi masuk lokap , tahan akta, kate Kerajaan zalim, tidak terbuke, takut dikritik, tapi bile PAS jadi kerajaan kenape susah sgt nak terime teguran. Saye masih ingat MB kate Kedah akan tiru gaye kepimpinan Omar al Khatab. Omar al Khatab pernah ditegur tapi tak pernah ambil tindakan pun sebab die org yang berani , bukan pengecut.

5. Selain itu MB jgn canang nak salahkan org masjid kerane campur tangan. Itulah name kebebasan bersuare. Kalau nak sekat supaye org luar jgn masuk campur, maksudnye MB jgn tegur kerajaan pusat kalau Kerajaan puat buat salah. Tapi kite dlm kehidupan kalau MB atau KUIN buat silap tapi tak sedar make org luar tolong tegur untuk kebaikan. Janganlahh cepat sgt melengting, mungkin pedih bagi kite tapi baik untuk semue. Kite memerintah jangan nak suruh org puji shaje tapi kene byk muhasabah baru ade berkat. Pemimpin yg baik ialah pemimpin yg boleh ditegur.

Wahai rakanku di Faraby kite nak tengok berape peratus KUIN baikpulih untuk keselesaan penghuni mcm di IB atau baik pullih di Razy hanya kerane IB shje. sian Faraby, nanti kite buat permohonan IB masuk buke sekolah di faraby baru bangunan akan cantik dan kemudahan akan dipelihare.

Sekadar itu shje jawapan saye bile sy bace paper pg ni, saye penyokong Kerajaan kedah, so teguran ini just nak make sure PRU ke 13 kerajaan ni boleh bertahan, kalau rase tak nak bertahan jangan dengar cakap rakyat , jangan muhasabah.

Thankz 4 all,
Sekian ,

Salam revolusi from: Princc

Isu Demo Pelajar Maahad Tahfiz - Ini Jawabnya.

Menteri Besar Arah Siasat
Yakin Demonstrasi Didalangi Pihak Tertentu

ROSLINDA HASHIM- Sinar Harian

ALOR SETAR - Tiada surat pekeliling dikeluarkan mengenai pemindahan pelajar tahfiz Kuliyyah Al-Quran, Kolej Universiti Insaniah (Kuin) bagi menempatkan Sekolah Bestari di bangunan Maahad Tahfiz Negeri Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak merangkap Pengerusi Kuin, berkata, kemungkinan penyebaran maklumat palsu itu didalangi pihak tertentu yang berkepentingan kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan Kuin.

"Tidak ada dalam mana-mana mesyuarat peringkat fakulti atau universiti, kita memutuskan untuk pindahkan pelajar itu ke tempat lain. Saya pelik daripada mana mereka dapat maklumat itu, mungkin ada pihak sengaja mahu buat kacau," katanya, ketika diminta mengulas tindakan lebih 100 pelajar tahfiz mengadakan demonstrasi membantah penempatan Sekolah Bestari di bangunan Maahad Tahfiz, kelmarin.

Menurutnya, tindakan itu seolah dirancang bagi mencetuskan suasana tegang antara Kerajaan Negeri dan rakyat Kedah termasuk pelajar terbabit.

"Kita sedang mencari siapa dalang di sebalik kekalutan ini. Saya akan arahkan pengurusan Kuin untuk menyiasat perkara ini dan jika ada pihak yang terbukti bersalah, mereka akan dikenakan tindakan," katanya.

Azizan bagaimanapun menyerahkan pada pengurusan Kuin untuk menjalankan siasatan termasuk ke atas pegawai dan tenaga pengajar Kuin yang turut serta dalam demonstrasi terbabit.

"Setiap universiti ada peraturannya, mana boleh pegawai sertai demonstrasi. Kakitangan tertakluk pada undang-undang, berbeza dengan pelajar," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan Timbalan Dekan Kuliyyah Al-Quran Kuin, Mohd Idrus Ismail kononnya pandangannya sebelum ini tidak diendahkan, Azizan berkata, pihaknya tidak pernah dihubungi untuk membincangkan isu berkenaan.

"Saya kesal apabila saya dan rektor Kuin, Profesor Datuk Dr Jamil Osman dituduh tidak ambil berat masalah pelajar itu, sedangkan mereka tidak pernah suarakan masalah itu," katanya.

Mengenai hasrat pelajar menyerahkan memorandum lapan perkara itu kepadanya dalam masa terdekat, Azizan berkata, sepatutnya mereka datang bersemuka dan berbincang terlebih dahulu, bukannya mengadakan demonstrasi tanpa mengetahui kedudukan sebenar.

"Patut hantar memorandum dahulu dan bincang. Jika dakwa Kuin tidak betul dalam hal ini, rundingan adalah jalan terbaik, bukan tunjuk perasaan. Saya kesal kerana ada pihak sebar cerita tidak benar mengenai Kuin," katanya.

Azizan turut kecewa apabila pentadbiran Masjid Sultanah Bahiyah turut masuk campur isu berkenaan dan cuba mengeruhkan lagi keadaan.

"Jika mereka mahu ambil alih pengurusan pelajar tahfiz itu, silakan. Tetapi jangan keruhkan keadaan. Perkara ini hanyalah salah faham yang digembar-gemburkan untuk memburuk-burukkan Kuin," katanya.

Menurutnya, pada era pemerintahan Tan Sri Sanusi Junid, Kerajaan Negeri mewujudkan dua buah institusi pendidikan berdekatan masjid berkenaan bagi tujuan mengimarahkan masjid, iaitu Tahfiz Al-Quran dan pengajian jarak jauh Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Bangunan sebelah yang kosong sejak UiTM pindah, kita berikan pada Sekolah Bestari manakala sebahagiannya dalam proses baik pulih dengan peruntukkan RM250,000. Kita buat pun untuk keselesaan pelajar," katanya.

Menurutnya, pelajar diminta bersabar kerana mereka akan dipindahkan ke kampus induk di Kuala Ketil yang lebih selesa dan lengkap infrastrukturnya yang kini sudah siap 20 peratus.

Adakah Video Seks Sudah kantoi..??

gambar saja-saja

Beberapa Fakta Video Itu Fitnah

Sungguh melucukan cara PDRM di bawah ketua baru bekerja. Ini mengesahkan betapa dangkal dan bodohnya mereka menjalankan amanah yang diberi. Sekali pandang, tak hairanlah bagimana semasa PakLah menjadi Perdana Menteri beliau boleh ditipu oleh Menteri Pengangkutan, Chan Kong Choy dalam Skandal PKFZ yang menelan RM12 Billion lebih.

Berikut ialah senarai kenapa video itu wajib dicurigai niat peniup fitnahnya:-

1) Sumber video

Kalu lah vcd itu dibawa oleh tokoh agama dari Umno seperti Dato Mashitah, Dato Firdaus atau Jamil Khir Baharom, kemungkinan besar menimbulkan sedikit masalah. Tatkala munculnya batang tubuh yang merogol gadis bawah umur sehingga melahirkan anak, yakni bekas Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno, TS Rahim Thamby Chik, kesemua hujah dan jalan cerita menjadi kantol. Tak ad kredibliti. Bedebah itu sendiri menjelaskan motif atas niat membalas dendam terhadap Anwar!

2) Masa pendedahan video itu

Jika mereka memilih di ketika lain dan bukannya tatkala Pilihanraya Sarawak yang menjelang, jalan cerita itu ada sedikit kredibliti. Umum sudah mengetahui taktik budak nakal ini. Kita masih belum lupa, menjelang PRK Permatang Pauh, negara dikejutkan dengan fitnah Liwat II. Kita juga belum lupa semasa pergeseran Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh, tengkolok sigah berlambang ‘cross’ dijadikan cerita. Rakyat dan pengundi tahu betapa ia semata-mata isu rekayasa menjelang pilihanraya. Dahsyatnya, mereka sanggup memintal dan menganyam fitnah.

3) Kaedah pendedahan

Jika benarlah Anwar Ibrahim yang menjadi ‘Ron Jeremy’, tentu sahaja ia akan disebar seluruh 1Malaysia dengan penglibatan pelbagai jentera kerajaan bukannya dengan disorok di bawah ketiak Ketua Polis Negara yang baru. (Mamat ni pun hampeh juga....). Dalam kes Chua Soi Lek dan Vijandran yang memang tulin batang tubuhnya sebagai hero, pehak terbabit mengedar ke seluruh negara sehingga ada yang diniagakan! Itu sesama rakan parti, bayangkan Anwar Ibrahim, musuh nombor satu kepimpinan UmnoBn!!! Tentu sahaja seluruh jentera kerajaan dikerah sebagi pengedar video lucah..... Kalu benar bagai si Dara Gampang Umi Hafilda kata ada 18 lagi video seks, kenapa tak dikeluarkan sebagai ‘backup’?? Tehehe....

4) Siapa di belakangnya

Tidak boleh tidak, Umno dan kepimpinannya terbabit secara langsung mahupun tidak. Kehadiran Trio Dato Tolol di Parlimen tatkala Najib mempengerusikan mesyuart Biro Politik BN belum dijawab. Keadaan ini sama seperti Najib menafikan ada berjumpa Saifool kaki liwat di pejabatnya yang kemudiannya mengaku berjumpa bahlol itu kerana kununnya si bahlol itu memohon biasiswa darinya. (monyet Umno percaya ni...). Dalam bulan Januari tatkala dicabar untuk berbahas di TV tentang Buku Jingga, Najib enggan dengan alasan Anwar akan demam kalau dia dedahkan kisah hitamnya. Ini dijawab Anwar yang ia akan telan pandol, malah sanggup merangkak ke pentas perbahasan. Barangkalinya, ini lah dia kisah hitam itu! Malangnya, yang menerima mata hitam kali ini ialah Umno dan kepimpinannya!

5) Reaksi rejim Penguasa

Tingkah laku mereka dalam skandal seks Chua Soi Lek dan Vijandran berbanding video fitnah keatas Anwar Ibrahim amat jauh berbeza! Dalam dua kes ini, saf bapak menteri sepakat mempertahankan kedua-dua pelakon itu. Berbagai kata pembelaan dan penafian dibuat, malangnya ‘Ron dan Peter North’ tak boleh tidak terpaksa mengaku kerana memang mereka yang berada dalam rakaman itu. Manakala ‘whistle blower’ telah ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang. Tindakan itu amat berbeza dengan fitnah ke atas Anwar Ibrahim, Nazri Aziz, Hishamuddin dan YB UmnoBn menyalak mengatakan yang ianya adalah Anwar Ibrahim, sedangkan mereka belum pun menonton video itu!(boleh percaya kaa...?) Manakala peniup fitnahnya dirai ke sana sini dan dilindungi polis dan Bapak menteri.

Sepasukan anjing salak terdiri dari Ezam Mohd Nor, Zulkifli Nordin, Zahrin, Zaid Ibrahim saling bertingkah cuba meyakinkan rakyat yang Anwar adalah seorang manusia kemaruk seks sepertimana TS Rahim Thamby Chik dan Vijandran.

Pehak polis pula terus keluar dengan hasil kajian dari pakar (Yusry KRU?) dengan mengatakan yang video itu tulin lagi genuin. Semalam berita lewat malam TV3 ada siarkan gambar kaku petikan video lelaki itu, malangnya ramai yang mengatakan itu bukan Anwar. Tak sama langsung kata mereka! Bayangkan kalau seluruh video itu diedarkan...boleh terkencing Najib dan Rosmah!

6) Percanggahan cerita

Jika kita masih ingat dalam kes Liwat I sedekad lalu, tarikh pertuduhan kejadian apartment Tivolli Villa itu belum pun wujud. Kemudiannya pendakwa mengubah tarikh tuduhan dengan keizinan Hakim! Kemudian diikuti pelbagai percanggahan bahan bukti dan saksi. Kalau lah yang dibicarakan ketika itu bukan Anwar Ibrahim, ia telah pun dibakulsampahkan. Cerita menjadi sebaliknya dek kerana yang tertuduh ialah musuh nombor satu kerajaan Umno!
Dalam minggu pertama video fitnah ini pun sudah terserlah pembohongan. Sekejap kata berlaku di sebuah hotel, kemudian dikatakan berlaku di sebuah spa pula. PDRM membuat satu anjakan apabila mengatakan mereka menyiasat sebuah apartment yang dikatakan tempat senaman kelamin itu berlaku.

Menurut Dato Johari Abdul, tatkala aktor membuang kondom ala-ala Zorro dengan mengibasnya dek anzal yang hebat, TS Rahim Tolol yang pernah membuntingkan gadis bawah umur tanpa dihukum itu telah memberi komen betapa itu lah sebabnya DNA Anwar boleh didapati dengan mudah dan merata-rata. Apakah ini sebabnya maka pehak berkuasa beria-ia benar mahu Anwar menyerahkan DNA nya? Untuk ditabur sebagaimana yang mereka lakukan ke atas tilam malang 13 tompok yang diusung tanpa jemu sedekad lalu?

Sehingga hari ini, hanya monyet Umno sahaja yang percaya fitnah terbaru ini. Itu pun sebahagian besar yang lain sudah mula mengambil ‘gear reverse’ untuk tidak mahu terlibat dalam kes fitnah tersebut. Apabila kesedaran agama semakin jitu dan rajin membaca, mereka sudah nampak pembohongan sebagaimana dunia tahu yang Amerika berbohong tentang pemilikan senjata pemusnah oleh Iraq tatkala melanggar negara tersebut!

Hakikatnya sehingga hari ini, saya berjalan di merata tempat menyoal dan menyelidik orang awam, hampir kesemuanya mengatakan yang video ini adalah satu lagi pembohongan dan Projek terbaru Kerajaan Barisan Nasional!

Hah.......kantoi.

Mi Itik

Banyak lagi ‘drama’ menjelang p’raya Sarawak

KULIM, 3 April: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, menjelang pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini, banyak lagi lakonan drama yang akan dipentaskan.

Ini, ujarnya termasuklah menampilkan pelakon yang membawa watak dalam video seks lucah yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pelik, aneh, ajaib dan ganjil. Video seks lucah dinyatakan sebagai tulen. Yang rakyat mahu tahu ialah pelakon yang mirip wajah Anwar. Siapa dia pelakon itu. Yang edar video lucah kenapa tiada tangkapan.

Katanya, rakyat jelata yang ada video lucah didakwa, sementara pemimpin Umno dan BN yang terlibat tidak pula didakwa.

“Inilah keadilan yang dicemari oleh kuasa penyelewengan dalam sistem pentadbiran dan kehakiman negara," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Mengenai rasuah, beliau berkata sepatutnya tangkapan ke atas mereka yang terlibat dengan gejala rasuah dalam negara mestilah bersikap telus dan adil.

“Janganlah hanya tangkapan dibuat ke atas ‘bilis-bilis’ sahaja sedangkan jerung dibiarkan bermaharaja lela,” katanya ketika menyampaikan ceramah isu semasa di Kampung Keladi, semalam.

Menurutnya, tangkapan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Mustafa Salim, hanyalah sebagai salah satu muslihat yang cuba ditunjukkan menjelang pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang.

"Yang kecil-kecil melibatkan rasuah sebanyak RM2,000 seperti mana yang didakwa keatas Adun Lenggeng jadi mangsa kepada percaturan Umno dan Barisan Nasional. Manakala jerung-jerung besar yang melibatkan skandal jutaan dan bilion ringgit dibiarkan bebas secara berleluasa.

"Inilah sikap sebenar BN yang cuba mengelirukan pemikiran rakyat. Pada anggapan mereka, dengan pendakwaan terpilih itu rakyat akan percaya, rasuah sedang dibanteras,” katanya.

Tambahnya, sedangkan yang menghilangkan wang rakyat sebanyak RM50 bilion tidak diambil sebarang tindakan.

Apa lagi, katanya jika yang terklibat dalam penyelewengan adalah kroni dan suku-sakat kepada kepimpinan Umno dan BN.

Yang kafirkan Umno sudah tinggalkan PAS


KUALA LUMPUR, 3 April : PAS mengakui pernah ada satu ketika dahulu segelintir pemimpinnya mempromosikan pendekatan kafir mengkafir dan memboikot para penyokong dan pemimpin Umno.

Pemikiran dan pandangan sebegitu bukan pandangan dan pendekatan PAS tetapi pandangan sesetengah pemimpin ini yang sudah pun lari meninggalkan PAS dan menyertai Umno, yang mereka kafirkan dahulu, kerana tidak setuju dengan pendekatan PAS.

"Tetapi mereka sudah tidak ada dalam PAS lagi. Sama ada mereka menyertai Umno atau entah ke mana," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu majlis sebelum ini.

Hari ini, akhbar Umno, Utusan Malaysia (gambar) menyiarkan pengakuan bekas ahli PAS yang mengakui pernah pulau sembahyang yang diimami ahli atau pemimpin Umno.

Menurut berita akhbar Umno itu, pengikut PAS yang taksub dengan perjuangan parti itu pernah memulaukan imam Umno dan menganggap sembahyang tidak sah sekiranya berimamkan mereka.

Perkara itu didedahkan oleh bekas penyokong kuat parti itu, Aziz Jusoh, 51, yang mendakwa, ada di kalangan ahli Pas menganggap perkahwinan yang dinikahkan oleh jurunikah UMNO juga tidak sah dan perlu dinikahkan semula.

"Malah, sembelihan orang UMNO juga tidak boleh dimakan sebagaimana yang disebarkan menerusi ceramah Pas pada waktu itu dan ia menjadi ikutan sebilangan besar umat Islam yang taksub termasuk saya sendiri.

“Pada fahaman saya, penceramah PAS pada waktu itu memang mengkafirkan orang-orang UMNO," dakwanya sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Umno itu.

MEMAKAI JAM DI TANGAN KIRI, MAKAN DENGAN TANGAN KIRI & BEZA ANTARA SUNAT DAN SUNNAH

Soalan; Assalamualaikum. Saya ada beberapa soalan yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam.
1. Ada pendapat yang mengatakan pemakaian jam atau gelang pada tangan kiri tak boleh mengikut Islam.
2. Seseorang itu mengunakan tangan kiri untuk mengambil makanan apakah perkara tersebut dikira BERDOSA atau sebaliknya?
3. Apakah perbezaan yang dimaksudkan mengikut sunnah Nabi s.a.w dengan perkara sunat.
Mohon Ustaz huraikan maksud soalan di atas. Ini kerana ada setengah orang menyatakan ianya adalah TIDAK BAIK . Sekian terima kasih.

Jawapan;

Makan dengan tangan kiri

1. Bagi makan dan minum, kita amat dituntut untuk makan dengan tangan kanan. Makan menggunakan kiri adalah dilarang kerana ia menyalahi arahan Nabi dan terdapat ancaman baginda terhadap orang yang melakukannya. Di antara hadisnya ialah;

Dari bin Abi Salamah -yang merupakan anak kepada Ummu Salamah iaitu isteri Nabi- menceritakan; “Aku adalah kanak-kanak yang tinggal serumah dengan Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-. (Suatu hari aku makan bersama beliau) dan ketika makan itu tanganku bergerak ke segenap dulang (untuk mengambil makanan). Lalu beliau berkata kepadaku; “Wahai anak! Mulakanlah makan dengan menyebut nama Allah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah makanan yang hampir denganmu”. Sejak selepas itu, berterusan adab tersebut menjadi cara makanku. (Soheh al-Bukhari, kitab at-At’imah)

Berkata Imam as-San’ani (mengulas hadis di atas); Hadis ini menjadi dalil bahawa wajib makan dengan tangan kanan kerana Nabi mengarahkannya[1] di samping ditegaskan lagi oleh Nabi bahawa Syaitan makan dan minum dengan tangan kiri[2] dan perbuatan Syaitan diharamkan ke atas manusia untuk mengikutinya. Begitu juga, diceritakan; Seorang lelaki makan dengan tangan kiri di hadapan Nabi, lalu baginda berkata kepadanya; “Makanlah dengan tangan kanan kamu”. Lalu lelaki itu menjawab; “Aku tidak boleh”. Nabi lalu berkata (mendoakan); “Semoga kamu akan benar-benar tidak boleh” kerana tidak menghalangnya dari mematuhi arahan Nabi itu melainkan kerana sombong. Setelah itu lelaki tersebut tidak dapat lagi mengangkat tangannya ke mulut” (HR Imam Muslim). Nabi tidak akan mendoakan yang tidak baik melainkan ke atas orang yang meninggalkan perkara wajib (menunjukkan makan dengan tangan kanan itu adalah wajib). (Subulussalam, Imam as-Son’ani, kitab an-Nikah, bab al-Walimah)

Dikecualikan jika seseorang itu tidak berdaya, seperi tangan kanannya terpotong, lumpuh, sakit atau sebagainya, maka ketika itu haruslah ia makan dengan tangan kiri kerana seseorang tidak disuruh lebih dari kemampuannya.

Maksud makan ialah kita menyuap makanan ke dalam mulut. Itu yang dituntut dengan tangan kanan. Adapun memindahkan makanan dari hidangan ke dalam pinggan kita (seperti menceduk makanan dari bekas di hadapan kita ke dalam pinggan kita), itu tidaklah dinamakan makan. Jika kita dapat menggunakan tangan kanan, itulah yang sebaik-baiknya. Namun jika kita merasakan memegang sudu dengan tangan kanan yang telah dicemari makanan akan menimbulkan perasaan tidak enak orang lain yang makan bersama kita, tidak mengapa kita menceduk dengan tangan kiri. Ini kerana adat dan pandangan manusia setempat juga di ambil kira oleh Islam selagi ia tidak bertentangan dengan Syariat.

Urusan-urusan yang disunatkan dengan tangan kanan

2. Adapun urusan-urusan yang lain, para ulamak membahagikannya kepada dua jenis;
a) Urusan-urusan yang mulia
b) Urusan-urusan yang tidak mulia atau kurang mulia berbanding yang pertama.

Urusan-urusan yang mulia, disunatkan kita menggunakan tangan kanan atau mendahulukan tangan kanan. Contohnya ; mengambil wudhuk (sunat mendahulukan anggota kanan dari yang kiri), mandi wajib atau mandi sunat (sunat memandikan sebelah kanan badan terlebih dahulu), memakai pakaian, kasut dan selipar, memakai seluar, memasuki masjid, bersugi (memberus gigi), bercelak, memotong kuku, menipiskan misai, mencabut bulu ketiak, mencukur rambut, memberi salam di hujung solat, keluar dari tandas, makan, minum, berjabat tangan, melambai Hajar Aswad, mengambil sesuatu dari orang lain dan memberi sesuatu dan urusan-urusan lain yang semakna.

Adapun urusan-urusan yang tidak mulia atau kurang mulia berbanding di atas, disunatkan kita menggunakan tangan kiri atau mendahulukan yang kiri dari yang kanan. Contohnya; membuang hingus, beristinjak (membasuh kencing dan berak), memasuki tandas, keluar dari masjid, ketika menanggalkan sepatu/kasut, seluar, pakaian dan selipar, melakukan perkara-perkara yang kotor dan yang seumpamanya lagi.

Dalil bagi kaedah atau ukuran di atas ialah hadis-hadis yang banyak, antaranya;

a) Dari ‘Aisyah menceritakan; “Rasulullah menyukai (mendahulukan) sebelah kanan bagi semua urusannya; ketika bersuci, ketika menyisir rambut dan ketika memakai sepatu” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Sebahagian ulamak mengulas; Rasulullah suka mendahukan sebelah kanan adalah untuk membina harapan baik kerana ahli syurga adalah dari golongan kanan (Ashabil-Yamin). (Fathul-Bari)

b) Aisyah menceritakan juga; “Adalah tangan kanan Rasulullah beliau gunakan untuk bersuci (wudhuk) dan makan. Adapun tangan kirinya beliau gunakan untuk membasuh kencing dan berak dan urusan yang kotor/jijik” (HR Imam Abu Daud. Menurut Imam an-Nawawi; sanad hadis ini adalah soheh. Lihat dalam al-Majmu’).

c) Dari Hafsah menceritakan; “Rasulullah menggunakan tangan kanannya untuk makanannya, minumannya dan pakaiannya dan tangan kirinya untuk urusan-urusan selainnya” (HR Imam Abu Daud. Menurut Imam an-Nawawi; sanad hadis ini jayyid. Lihat dalam al-Majmu’).

d) Dari Ummu ‘Atiyah menceritakan; Rasulullah memerintahkan kepada perempuan-perempuan yang memandikan jenazah anak perempuannya; “Mulakan dengan memandikan sebelah kanannya dan dari anggota-anggota wudhuknya” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim)

e) Dari Abu Hurairah menceritakan; Rasulullah bersabda; “Apabila kamu memakai pakaian dan apabila kamu mengambil wudhuk, mulailah dari sebelah kanan kamu” (HR Imam Abu Daud dan at-Tirmizi dengan sanad yang soheh).

f) Dari Abu Hurairah juga; Rasulullah bersabda; “Apabila kamu memakai sepatu/kasut, mulailah dengan kaki sebelah kanan dan apabila kamu menanggalnya, mulailah dengan kaki sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang paling awal kamu pakai dan yang paling akhir kamu tanggalkan” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).

g) Dari Anas yang berkata; “Menjadi sunnah Nabi apabila kamu ingin memasuki masjid, mulailah dengan kaki kanan dan apabila kamu keluar darinya, mulailah dengan kaki kiri” (HR Imam al-Hakim. Hadis soheh mengikut syarat Imam Muslim).

Memakai jam dan gelang di tangan kiri

3. Berbalik kepada soalan di atas, iaitu mengenai memakai jam dan gelang tangan, oleh kerana ia adalah perhiasan, melihat kepada ukuran dan kaedah di atas; disunatkan di sebelah kanan kerana memakai perhiasan termasuk dalam kategori urusan-urusan yang mulia. Ia tidaklah wajib kerana tiada nas yang mewajibkannya tidak sepertimana wajib makan dengan tangan kanan tadi kerana ada nas yang mewajibkannya. Malah jika kita melihat kepada pemakaian cincin oleh Rasulullah, ada hadis menceritakan Rasulullah memakai cincin di sebelah kanan dan ada juga hadis baginda memakainya di sebelah kiri (Sila baca dalam blog ini; Bagaimana Rasulullah memakai cincin?).

Perbezaan Sunat dan Sunnah

2. Mengenai perbezaan Sunat dan Sunnah;

a) Sunat merujuk kepada hukum iaitu perbuatan atau percakapan yang disunatkan iaitu jika dilakukan akan mendapat pahala dan jika ditinggalkan tidaklah berdosa. Ia adalah salah satu dari lima hukum taklifi (yakni hukum Syariat yang ditetapkan ke atas perbutan-perbuatan manusia) iaitu; wajib, sunat, harus, haram dan makruh.

b) Adapun sunnah atau as-Sunnah, ia bermaksud cara hidup Nabi atau apa yang datang dari Nabi. Pengertian Sunnah lebih luas dari sunat kerana Sunnah terangkum di dalamnya semua yang diwarisi dari Nabi meliputi perbuatan Nabi, percakapan Nabi, pengakuan Nabi, sifat-sifat Nabi (sama ada sifat kejadian atau sifat akhlak) dan seerah hidup baginda (dari mula kelahiran hingga kewafatannya). Sunnah ada yang wajib kita amalkan, ada yang sunat diamalkan dan ada yang elok untuk diikuti. Sebagai contoh tadi; makan dengan tangan kanan, ia termasuk dalam sunnah yang wajib diamalkan. Adapun yang lain-lainnya (berwudhuk mulai dari anggota kanan, memakai pakaian, sepatu bermula dari kanan dulu, melangkah kaki kanan dulu untuk masuk masjid dan sebagainya tadi) ia adalah sunnah yang termasuk dalam kategori sunat.
(*Untuk membaca kupasan lebih terperinci tentang as-Sunnah, sila baca di blog al-Qalam, tajuk; “Kedudukan Serban Mengikut Penilaian Ulamak Islam”).

Wallahu a’lam.

Nota;

[1] Sebahagian ulamak berkata arahan Nabi dalam hadis-hadis di atas adalah arahan sunat. Orang yang melanggarnya tidaklah melakukan perbuatan yang haram, akan tetapi makruh kerana meninggalkan perbuatan yang disunatkan. Inilah yang menjadi pegangan kebanyakan ulamak-ulamak mazhab Syafiie. Namun mengikut pandangan Imam Syafiie sendiri –sebagaimana yang diriwayatkan darinya-; arahan dalam hadis tersebut adalah arahan wajib. (Fathul-Bari, 9/522, bab at-Tasmiah ‘ala at-Tha’am aw al-Akl bi al-Yamin).

[2] Merujuk kepada hadis dari Ibnu Umar yang menceritakan; Rasulullah bersabda; “Janganlah sesiapa dari kamu makan dan minum dengan tangan kirinya kerana Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya” (HR Imam al-Bukhari).

Rujukan;

1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 1/384, Kitab at-Toharah, Bab as-Siwak.
2. Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, 1/273, Kitab al-Wudhu’, Bab at-Tayammun fi al-Wudhu’ wa al-Ghusl.
3. Subulussalam, Imam as-Son’ani, kitab an-Nikah, bab al-Walimah.
4. Al-Madkhal Lid-Dirasah as-Sunnah an-Nabawiyyah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi.
5. Buhus Fi as-Sunnah al-Mutahharah, Dr. Muhammad Muhammad Mahmud Farghali.

Jika BN/UMNO buat salah...satu dunia masih kata tak salah..w/pon mahkamah kata salah...

Di mana moral Najib pertahan Adun Lenggeng
Harakahdaily

TEMERLOH, 2 April: Kejadian demi kejadian di mana kemungkaran dipertahankan semakin menjadi-jadi di dunia politik Malaysia.

Terbaru, tatkala rakyat masih mempersoalkan isu mengapa orang yang menayangkan video lucah dipertahankan oleh kerajaan, hari ini mereka dikejutkan lagi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara terang-terang mempertahankan seorang Adun yang dibuktikan bersalah atas tuduhan rasuah.

Meskipun dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 kerana rasuah semalam, Najib bukan sahaja tidak serta merta menasihati Adun Lenggeng, Mustafa Salim untuk melepaskan jawatannya demi menjaga maruah kerajaan dan parti, malah beliau mengingatkan rakyat bahawa Mustafa masih seorang Adun yang sah.

“Tindakan PM masih mempertahankan Adun yang dibuktikan melakukan rasuah dianggap satu tindakan tidak bermoral daripada pihak Barisan Nasional.

Sebagai pimpinan utama, sepatutnya PM menasihatkan beliau untuk meletak jawatan bagi menjaga maruah parti,” kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.

Mengulas lanjut mengenai nasib Mustafa ketika disoal pemberita hari ini, Najib turut menegaskan bahawa Mustafa masih lagi Adun Lenggeng kerana beliau akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah Sesyen Seremban ke atasnya semalam.

Namun begitu, Tuan Ibrahim berpendapat bahawa kenyataan Najib seolah-olah dibuat tanpa melihat pada cermin kerana ia jauh berlainan dengan tindakan Barisan Nasional ketika mereka menyerang barisan pimpinan Pakatan Rakyat dengan pelbagai tuduhan rasuah.

“Walaupun beliau masih ada hak untuk membuat rayuan, namun sebagai pemimpin politik, bila mana disabit kesalahan merasuah, di mana umum mengetahui ialah satu amalan jijik pada waktu BN menyerang pimpinan PR dengan pelbagai tuduhan rasuah dan tiba-tiba Adun mereka yang disahkan terima rasuah adalah amat menghinakan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut menyeru para pengundi Sarawak untuk mengambil iktibar daripada kes Adun Lenggeng ini yang jelas memperlihatkan pimpinan Umno sudah terbukti gagal untuk menjadi model yang baik bagi rakyat.

“Bayangkan kalau baru sepenggal jadi YB dah mula buat perangai, bagaimana kalau 30 tahun jadi pemimpin, berapa banyak kekayaan negara akan disapu?” soal Tuan Ibrahim.

Selain itu, katanya, PAS turut menasihatkan Adun Lenggeng agar meletakkan jawatan dengan segera sekiranya beliau masih mempunyai rasa tanggungjawab, maruah dan harga diri.

“Rayuan hanyalah prosedur perundangan bukan kaedah yang boleh menggambarkan maruah diri bagi menjaga nama baik,” tegur beliau.

“Kenapa perlu dipayahkan kepada mereka yang hendak belajar di Universiti Azhar?”

Syarat baru: K'jaan mahu sekat belajar di al-Azhar
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 April: PAS kesal terhadap keputusan Kementerian Pelajaran mengenakan syarat baru yang menyukarkan pelajar hendak belajar agama di Universiti al-Azhar, Mesir.

“Kenapa perlu dipayahkan kepada mereka yang hendak belajar di Universiti Azhar?” tanya Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Sebelumnya, kata beliau kerajaan telah membatalkan program berkembar tiga tahun di Malaysia, setahun di Azhar.

Katanya, kerajaan juga membatalkan sijil-sijil yang dikeluarkan oleh sekolah atau pihak Jabatan Agama Islam negeri-negeri sebaliknya meminta supaya Al-Azhar hanya mengiktiraf sijil STAM sahaja.

“Tindakan ini dibuat sebagai usaha hendak menyekat pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar,” ujarnya.

Katanya, kerajaan sedar pelajar yang belajar agama di Universiti Azhar di mana 90 peratus tidak menyokong Umno, walaupun ibu bapa mereka penyokong tegar parti itu.

Soalnya, apakah kerajaan hendak berniaga pula dengan pelajar untuk belajar agama dengan mengadakan kursus bahasa Arab berbayar, alasannya kerana lemah menguasai bahasa Arab sedangkan kos belajar di Azhar seolah-olah percuma sahaja.

Menurutnya, seperti sedia maklum mereka yang belajar di Azhar, kebanyakan daripada keluarga miskin kerana kos hidup begitu murah berbanding dengan negara Arab yang lain.

FB: Yahudi tetap yahudi jua!


Jerusalem: Akhirnya, laman sesawang Facebook, menghapus akaun Intifadhah Palestina Ke-III pada selasa lalu. Pemilik Facebook menilai akaun itu tersebut bertujuan untuk berkempen mengangkat senjata melawan Israel.

Penghapusan akaun Intifadah Palestina Ke-III setelah protes dan desakan Israel kepada pemilik Facebook, Mark Zuckerberg. Israel mendakwa akaun Intifadhah menimbulkan konflik politik dan bertentangan dengan kebebasan bersuara. Laman itu juga dikatakan sebagai penyebar kebencian.

Intifadha Palestina Ke-III telah memiliki lebih dari 350.000 fans ketika diblok. Akaun ini mengajak warga Palestine turun ke jalan raya berdemontrasi selepas solat Jumat pada 15 Mei akan datang sebagai bermulanya kebangkitan intifadhah. "Hari Kiamat hanya akan tiba jika kaum Muslimin telah membunuh semua orang Yahudi," sebagai posting di wall Intifadhah.

Menurut pengelola Facebook, halaman tersebut dibuat untuk mengajak melakukan demontrasi secara damai dengan menggunakan istilah “intifadhah” yang dikaitkan dengan kekerasan di masa lalu. "Walau demikian, setelah mendapatkan publisiti, komentar yang muncul makin panas dan langsung menyeru kepada kekerasan. Secara langsung pembina laman itu akhirnya mengajak melakukan kekerasan juga," kata Andrew Noyes, Manager Komunikasi dan perhubungan awam Facebook.

"Kami memonitor tiap yang dilaporkan kepada kami, dan ketika mereka menyeru kearah kekerasan atau ekspresi kebencian, seperti yang terjadi dalam kes ini kami harus segera menyekatnya" tegas Noyes. “Ianya bukan kebiasaan kami untuk menyekat segala seruan yang ada unsur menentang negara-negara, agama, entity politik atau ideologi.”

"Revolusi Facebook", kata Moyes, turut berperanan dalam menjatuhkan rejim di Mesir dan Tunisia. Laman sesawang sosial telah menjadi agen perubahan dan alat politik yang kuat, yang menuntut para pengguna di seluruh dunia membuat kempen ketika memposting.

Hakikatnya pengaruh Israel cukup kuat mencengkam dunia. Mereka bimbang laman Intifadhah telah membangkitkan tekanan terhadap pemerintahan Palestine agar bersatu menghadapi Israel. Mahmoud Abbas terpaksa pergi ke Gaza dalam usaha mengadakan kerjasama dengan Hamas apabila laman ini membangkitkan kebangkitan rakyat yang memberi kata-dua kepada Mahmoud Abbas. Bimbang dengan pengaruh laman internet sebegini yang telah memberi kesan kepada kejatuhan Hosni Mubarak di Mesir. Tindakan awal adalah dengan menutup laman tersebut. Ianya juga dibimbangi membangkitkan intifadhah khususnya kepada generasi baru terhadap pemerintahan zalim Israel.

Beginilah rangkaian yahudi yang berpengaruh dalam menentukan apa-apa yang memberi keuntungan kepada Israel dan blok barat. Mereka menjadikan pengaruh internet untuk menjatuhkan kerajaan dan pemerintahan tajaan mereka sendiri di negara-negara umat Islam demi kepentingan minyak dan kuasa mereka tetapi dengan segera menutupnya jika boleh menjejaskan kepentingan mereka. Dan FB akhirnya tunduk kepada desakan dan kepentingahn yahudi juga.

Ustaz Saiful Bahri,
http://ustsaifulbahri.blogspot.com/2011/04/fb-yahudi-tetap-yahudi-jua.html

Berbahagialah Sang Ghuraba'

1. Perjuangan Islam bermula dalam keadaan asing atau dagang [gharib]. Berdepan dengan manusia jahiliah yang rendah upaya untuk membezakan antara haq dan bathil. Sistem nilai yang kabur diselaputi fahaman syirik dan kebendaan. Mereka merajakan nafsu dan mempertuhankan aqal. Rasuulul ummah saw. sebagai utusan Allah swt. difitnah, dinista dan dicerca. Risalahnya ditertawa dan menjadi bahan lelucon ummat jahiliah.

2. Islam dibawa untuk menyelamatkan ummah. Risalahnya disasarkan kepada semua kecuali mereka yang tekun dan konsisten memerangi Islam. Slogan yang dibawa oleh Pendakwah Agong saw. ialah [Aslim Taslam] Terima Islam Engkau Selamat. Serendah - serendah pangkat manusia seperti lelaki gasar di padang pasir sehinggalah setinggi - tinggi pangkat manusia seperti raja di istana menjadi sasaran risalah Islam.

3. Islam didokong dan diperjuangkan dengan gigih tanpa peduli pahit getir. Islam digalas dan dipertahankan dengan tabah tanpa peduli susah sukar. Gurun sahara diredah dan lautan luas diharungi demi menyemarakan kebangkitan Islam dan mendaulatkan syariatnya. Sabar membelah masa dan merempuh waktu menanti detik janji Allah ditunaikan. Tidak mengenal erti putus asa dan kecewa.

4. Akhirnya Islam tegak berdaulat dengan bertiangkan aqidah, berdindingkan syariat, berbumbungkan jihad dan berlantaikan akhlak. Bumi diimarahkan dengan peraturan dan manhaj rabbani. Keadilan merata kepada semua tanpa membezakan latar belakang agama, bangsa, kaum dan bahasa lidah. Keamanan dan kesejahteraan dinikmati, bukan sahaja oleh manusia bahkan binatang dan tumbuhan.

5. Namun Nabi saw telah menegaskan :

بَدَءَ الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بدء فطوبى للغرباء

Telah bermula Islam dalam keadaan asing , kelak ia akan kembali menjadi asing sebagaimana ia bermula. Maka berbahagialah mereka yang asing [tetap bersama Islam].

6. Hari ini Islam kembali ditertawa. Syariat dan syiar Islam dipersenda. Kerja dakwah menjadi bahan lelucon. Dunia kembali menganggap pelik cara kita berjuang dan mengajak ummat manusia kembali kepada Islam dan perjuangannya. Menyeru dan mengajak orang menyertai perjuangan Islam dianggap kerja bodoh sebagaimana tanggapan ummat jahiliah. Firman Allah swt :

و إذا قيل لهم ءامنوا كما ءامن الناس قالوا أنؤمن كما ءامن السفهاء ألا إنهم هم السفهاء ولكن لا يعلمون

dan apabila diseru kepada mereka , Berimanlah sebagaimana berimannya manusia yang lain. Mereka menjawab : Apakah kami akan beriman sebagaimana berimannya orang - orang yang bodoh. Ketahuilah sesungguhnya merekalah orang - orang yang bodoh akan tetapi mereka tidak mengerti.

Surah al Baqarah : Ayat 13

7. Sungguhpun Islam kembali menjadi asing dan pejuangnya ditertawa dan diperbodohkan, ianya adalah sunnah yang telah dijanjikan kebahagiaannya oleh Rasulullah saw kepada mereka yang tetap gigih berjuang, berjihad dan berdakwah. Biarpun Nabi saw telah sekian lama meninggalkan ummah, namun kesediaan para pejuang menggalas tugas besar untuk menyelamatkan manusia dari neraka Allah adalah tugas berat yang penuh dengan kemuliaan. Istiqamah dan iltizam bersama kerja - kerja amal Islami biarpun disinis dan disindir tajam, ia adalah ghuraba' yang dijanjikan kebahagiaan oleh Rasulullah saw.

8. PAS adalah Gerakan Islam yang membawa pakej perjuangan yang menarik, mengulangi pakej asal yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw. Pakej yang dimaksudkan ialah tarbiyah, dakwah dan siasah. Melalui pakej ini, PAS bergerak ke tengah medan lantas mengadun gerakkerja amal Islaminya secara seimbang berasas ramuan 3 elemen dari pakej tersebut.

9. Adunan 3 elemen dari pakej itulah tercetusnya pelbagai slogan seperti :
  • Pemuda PAS adalah Duta Penyelamat dan Kasih sayang. Bermaksud Pemimpin dan anggota pemuda PAS turun ke medan, menyantuni masyarakat dengan penuh kasih sayang biarpun mungkin suatu masa dahulu, mereka adalah musuh kita. Mereka menentang kita dengan kejahilan dan hasad dendam yang menyelubungi jiwa mereka. Namun mereka mesti diselamatkan dari terus menjadi hamba nafsu dan syaithan yang menguasai diri mereka untuk memusuhi Islam. Pemuda PAS adalah penyelamat, lalu selamatkan seramai mungkin manusia dari api dosa yang sedang membakar mereka.
  • Orang Muda Geng Kite . Adalah slogan lanjutan untuk menterjemah "Duta Penyelamat dan Kasih sayang" bagi mendekati golongan muda dari pelbagai lapisan dan latar belakang. Dari anak muda professional sehinggalah kepada anak muda yang bergelandangan. Mereka didekati oleh pemuda PAS dengan pelbagai cara dan kaedah. Tertubuhnya Alternative Riding Club [ARC] dan wujudnya aktiviti seperti Alternative Futsal Club, Alternative Band Club dan sebagainya adalah untuk melengkapkan usaha mendekati anak muda.
  • Jom Sertai PAS . Juga antara slogan popular PAS untuk mendekati semua golongan masyarakat agar mereka menyertai PAS. Menyertai PAS hanya semudah mengisi borang, membayar yuran tahunan dan bersedia mematuhi perlembagaan PAS atau undang - undang tubuh PAS. Penyertaan mereka akan diperkasa dari masa ke semasa melalui proses pentarbiyahan yang wujud di dalam PAS sehinggalah akhirnya mereka menjadi seorang ahli PAS yang soleh dan berjuang. Melalui slogan ini, telah ramai tokoh - tokoh yang suatu masa dahulu sangat memusuhi PAS namun kini berjuang bersama saf perjuangan PAS. Laksana tokoh - tokoh yang menentang Nabi saw kemudiannya menerima Islam lalu gigih berjuang disamping Nabi saw. Kepada mereka Nabi saw menyebut :
خياركم في الجاهلية خياركم الإسلام إذا فقهوا

yang terpilih [hebat] di zaman jahiliah jua terpilih [hebat] di zaman Islam asal sahaja mereka memahami Islam.
  • PAS For All atau PAS Untuk Semua. Sebahagian dari slogan PAS yang berjaya meletakkan PAS dihati mereka. Bukan sahaja ummat Islam mahu menyertai PAS lalu menjadi ahli yang baik, malah non muslim turut melahirkan hasrat mahu bersama perjuangan Islam lalu tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS [DHPP]. "PAS Untuk Semua" membawa maksud perjuangan PAS adalah untuk semua tanpa mengira latar belakang bangsa dan bahasa malah juga bermaksud semua boleh menyertai PAS asal sahaja mereka bersedia untuk mematuhi dasar dan manhaj perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

10. Alhamdulillah, melalui gerakkerja amal Islami bersandarkan slogan - slogan di atas, kini menjadikan keluarga PAS kian besar sehingga mencecah angka sejuta. Pada tahun 1985 saya menjadi ahli PAS yang ke 274,589. Kini angka keahlian tentunya telah mencecah 9 angka. Kita menyedari, ada yang menyertai PAS kemudian gugur ditengah jalan kerana gagal bertahan dengan ujian atau tribulasi perjuangan ini justeru itulah sunnatullah, namun kita jangan kecewa dan putus asa untuk terus berdakwah, menyeru dan mengajak masyarakat ummat Islam menyertai PAS dan non muslim menyertai DHPP.

Biarpun seribu manusia sedang mentertawakan gerakkerja Amal Islami yang dilakukan oleh saudara, lalu menganggap dakwah saudara sebagai suatu lelucon dan kebodohan politik, yakin lah saudara sedang menjadi manusia dagang dan asing dengan Islam yang diperjuangkan. Sedang Rasulullah saw pernah menegaskan : Berbahagialah Sang Ghuraba'

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Ultrabunyi Membuktikan Kebenaran Al-Quran

Oleh: zharifjenn

" Di mana bayi itu belajar Sujud? di sekolah? di universiti? Adakan dari dirinya sendiri? sedangkan berakal pun belum. siapa yang mensujudkan bayi itu? Subhanallah..Manusia yang punya akal taknak sujud, baby yg belum tahu apa-apa pula yg sujud.Itulah fitrah manusia, manusia dilahirkn dalam islam. dalam keadaan sujud kepada Allah. Manusia dilahirkan dalam keadaan suci tanpa sebarang dosa dan keadaan dan ibu bapa yang akan merubah agama anaknya.

Tanpa kita sedari, bayi di dalam kandungan akan sujud seperti umat Islam bersembahyang di dalam rahim ibunya apabila didengari bacaan Al_Quran. Inilah Kebesaran Allah S.W.T yang menjadikan manusia untuk sujud dan patuh kepada Nya.

Di dalam video di sini menunjukkan bayi berada dalam keadaan bergerak-gerak sebelum dibacakan Al-Quran. dan keadaan berubah sejurus Al-Quran didengarkan.

sumber dan video di sini

negeri Kaya Dengan Minyak Tapi Duduk Rangking No.1 & 2 Untuk negeri Termiskin...

Negeri BN : Terengganu No.1, Sabah No. 2

Oleh : Sabahkita


Sabah bukanlah negeri pengeluar minyak yang termiskin tetapi yang termiskin diantara negeri pengeluar minyak dan gas adalah negeri Terengganu.


Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik Raja Zainal menyatakan demikian ketika menyangkal laporan Bank Dunia yang menyebut 40% orang-orang miskin terdapat di Sabah.

Sebaliknya, kata beliau yang juga Senator Dewan Negara, negeri Terengganu mempunyai rakyat miskin yang paling ramai

Katanya, Terengganu mempunyai paling ramai keluarga yang termasuk dalam kategori ‘miskin tegar, miskin dan menghampiri kemiskinan’ iaitu seramai 12, 193 keluarga.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis kementeriannya yang di adakan di Sandakan baru-baru ini

Beliau menambah, statistik yang di keluarkan kementerian menegaskan, terdapat 540 rakyat Sabah yang tinggal di bandar dikenalpasti sebagai miskin tegar.

Katanya, negeri Sabah mempunyai kemiskinan bandar paling tinggi dan yang kedua adalah negeri Kelantan.

“Staistik ini tidak menunjukkan Sabah adalah negeri termiskin dinegara ini, negeri lain mempunyai lebih ramai rakyat yang termasuk dalam kategori ini, tetapi pendaftarannya perlahan berbanding Sabah (tetapi) prnduduk Sabah lebih berpusat berbanding negeri-negeri lain,’Ujarnya.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah wakil rakyat Gum Gum Zakariah Idris, wakil rakyat Sikong Shamsudin Yahya dan Timbalan Majlis Perbandaran Sandakan Mohd Hamsan Supian serta Penolong Setiausaha Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan bandar.

Sumber : http://paspb2.blogspot.com

Tibai duit 20% leps tu nak bagi balik macam2 syarat pulak....!!

David renyuk surat menteri


DAVID TEO

APABILA masuk isu hiburan tahap nasional, gentar juga tangan kecil Diva nak mengetuk keyboard. Eh, jangan nak jiwanglah, ini soal isu royalti hiburan bukannya soal penulisan liriklah.

Diva bukannya jenis penulis yang dijemput ke acara melibatkan menteri tapi kalau rajin, Diva menyamar juga, mengaku wartawan junior bila ditanya. Maklumlah Diva ini pucuk muda.

Cuma Diva nak jentik sikit pasal pemulangan duti hiburan yang kerajaan kutip sebanyak 20 peratus daripada hasil jualan tiket filem tempatan di pawagam.

Mengikut dasar terdahulu, kerajaan akan mengagihkan semula duit duti hiburan itu kepada penerbit filem tidak kira berapa pun hasil kutipan tiket filem mereka di pawagam.

Namun, arahan terbaru itu menyatakan duti hiburan tidak akan dipulangkan kecuali bagi penerbit yang filemnya mendapat kutipan kurang daripada RM6 juta. Jika melebihi angka itu, wang duti hiburan itu akan dimasukkan ke dalam sebuah tabung khas.

Apabila ada perubahan, ada penerbit suka dan sebaliknya. Tapi kalau tak suka sekali pun janganlah tunjuk protes terang-terangan seperti yang dilakukan David Teo.

Diva macam nak menyorok bawah meja bila lihat David bangun dan tunjuk protes depan menteri. Habis surat tentang insentif itu direnyuk-renyuknya. Tak setujulah agaknya. Nasib baik keadaan terkawal, lega hati Diva.

Mungkin tindakan David itu cuma nak mempertahankan hak penerbit, tapi pasti ada tujuan yang lebih besar bila menteri sudah buat keputusan.

Diva: Tepuk dada tanya selera.

Video Tulen ? .. Pelakonnya..Tulen ke Palsu Bang...?

Oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Ketua Polis Negara berkata bahawa pakar tempatan telah meneliti video seks yang menjadi bahan fitnah ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim baru - baru adalah tulen bukannya palsu.

Persoalannya , apakah manafaatnya membuat pengesahan demikian ? Tulen atau tidak video itu bukan asas dan pokok dalam isu ini. Kerana jika ia disahkan tulen sekalipun, ia kekal sebagai bahan yang tidak menepati piawai untuk membuat tuduhan zina malah ia turut terdedah kepada ruang manipulasi yang ketara.

2. Tuduhan zina mestilah [sama hukumnya terhadap tuduhan liwat] melibatkan 4 orang saksi.

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

3. Datuk T yang kononnya dikatakan saksi hanya melibatkan 3 orang, ertinya belum mencukupi bilangan 4 orang saksi yang dikehendaki oleh Islam. Tambahan pula syarat saksi itu, selain dari mereka mestilah saksi yang adil [ tidak pernah melakukan dosa besar dan tidak mengekalkan dosa kecil ], mereka juga mestilah menyaksikan perlakuan zina itu sebagaimana masuknya batang celak ke dalam botol celak.

4. Jika hanya menyaksikan melalui rakaman video, ia tidak menepati kehendak syariat dalam membuat tuduhan. Sekalipun videonya disahkan tulen tetapi pelakunya [watak pelakunnya] masih terdedah kepada manipulasi dan kepalsuan. Justeru dunia moden hari ini, tidak hairan video sedemikian boleh dihasilkan tambahan pula dalam bentuk filem hitam putih.

5. Saya masih ingat sebuah filem yang pernah saya saksikan di atas kapal terbang dalam perjalanan saya ke Mesir pada satu ketika dahulu, iaitu filem lakonan John Travolta dan Nicholas Cage yang berjudul Face Off. Saya tidak mengingati keseluruhan jalan cerita filem ini, tetapi apa yang saya masih ingat ialah bagaimana mereka menukar wajah antara dua watak [John Travolta menjadi Nicholas Cage dan Nicholas Cage pula berwajah John Travolta] sehingga isteri mereka sendiri tidak dapat membezakan antara keduanya. Walaupun itu hanyalah watak dalam sebuah lakonan tetapi apa yang saya mahu sebut bahawa filem dan lakonan boleh menghasilkan apa saja yang dikehendaki oleh skripnya. Filem yang saya tonton itu pula adalah filem original tulen dan sharp pula gambarnya.

[Kecanggihan teknologi di dalam industri perfilem hari ini memungkinkan directornya menghasilkan apa sahaja bentuk filem dan lakonan yang ia mahukan. Bukan sahaja mahu menjadikan seorang pelakon itu berupa Anwar, malah untuk berupa seekor serigala juga boleh, pontianak pun boleh sehingga kita bisa sahaja menganggap pelakon itu benar - benar telah menjadi serigala atau pontianak seperti dalam filem Van Hestling, Under World, Wolf dan lain - lain dan semua filem itu di cop original.]

6. Justeru itu, saya tegaskan di sini, isunya bukan pada ketulenan video tersebut tetapi kepada kaedah membuat tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

[Saya bimbang berlaku sebagaimana yang pernah saya alami seketika dulu. Apabila saya membuat report polis mengenai kecurian harta awam yang dilakukan oleh seorang manusia yang saya kenal malah saya namakannya kepada pihak berkuasa, malangnya, saya yang membuat report terpaksa terperok di dalam balai polis hampir 6 jam kerana di soal siasat oleh pihak polis sementara pihak pencuri iitu sehingga hari ini lepas dan bebas.]

7. Sepatutnya pihak polis segera bertindak ke atas mereka yang memiliki dan menyebarkan video lucah tersebut. Bukan hanya berusaha meneliti ketulenan videonya sahaja. Kalaupun benar video itu tulen, pelakun tidak semestinya sama dengan individu yang difitnah. Boleh jadi dua serupa, boleh jadi ia mengenakan topeng berteknologi tinggi, atau ... atau ... 1001 kekeliruan dan kemungkinan yang mencetus kesangsian. Pastinya kita tidak boleh menuduh seseorang dalam keadaan tidak pasti, keliru dan sangsi.

8. Ummat Islam sewajar menjadikan kaedah dan format Islam sebagai asas untuk proceed sesuatu tuduhan dan menerima prosuder tersebut. Jelas Islam adalah agama yang sangat memelihara maruah manusia agar tidak mudah dieksploit untuk menjayakan misi fitnah pihak yang tidak bertanggungjawab. Apabila tuduhan itu tidak menepati piawaian Islam, maka tuduhan itu mesti digugurkan jika tidak ia menjadi fitnah.

9. Saya juga teringat satu kisah yang berlaku kepada seorang tokoh pejuang Islam sewaktu saya belajar di Syria sekitar tahun awal 90an. Ia bermula apabila pihak Special Branch [SB] cuba meletakkan dadah dalam handbag tokoh pejuang Islam tersebut yang telah ditahan lebih 10 jam di Airport Damascus. Percubaan itu adalah menghasilkan bukti bagi menjayakan misi mereka menangkap tokoh pejuang Islam tersebut setelah segala soal siasat awalnya gagal untuk mensabitkan beliau bersalah bagi membolehkan beliau ditahan. Alhamdulillah, percubaan itu digagalkan oleh Allah swt apabila ada hamba Allah ternampak perbuatan jahat pihak SB tersebut.

10. Ada orang tanya saya, ustaz ! kenapa ada manusia tergamak berbuat demikian ? tiada hati perutkah mereka ? bagaimana kalau ayah mereka atau ibu, isteri dan anak mereka difitnah sedemikian rupa, apa perasaan mereka ? kenapa mereka tergamak ? Apa yang boleh saya jawab ? melainkan saya hanya berkata : " kalau manusia ini tidak ada gamak, nescaya aman lah dunia ini. Lantaran mereka ada gamak lah, macam - macam berlaku di atas muka bumi ini yang kadangkala terkeluar dari rasional aqal yang waras."

Nasib Baik Berlaku Di Bumi Johor Jika Berlaku di Bumi Azizan kompom tidoq tak lena pulak orang tua tuuu.....

Air mata Melayu di Johor Darul UMNO











Apabila hujan turun teringat trajedi semalam..

Kisah pertama : "Terlihat kelibat seorang surirumah yg sedang 'mengendong' anak lalu sy bertanya: Belum pindah lagi ke kak.. dia menjawap: tunggu masa je dik.. tu dah dengar jentera berat menderum.. kejap lagi runtuh la rumah ni.. sambil mengemas barangan dlm rumahnya...

setengah jam kemudian bila saya ke situ lagi.. jentera rumah sedang meruntuhkan rumah yg telah didiami lebih 20 tahun.. beliau hanya mampu melihat sambil air matanya tumpah.. tangisan anak yg didukong semakin kuat...

Kisah kedua : seorg surirumah baru hendak mengemas barangan rumahnya.. sepontan si-suami melarang seraya berkata ..'dah la tak payah kemas barang tu.. biar la .. dulu kita mula duduk sini tak ada pa yg kita bawa.. biarla kita keluar pun dgn kosong tangan'.. si isteri terkedu.. maka bercucurlah air mata..

Kisah ketiga : 'seorg kanak2 yg masih mentah lagi bertanya sepontan kpd si-ayah setelah rumahnya ranap diroboh.. 'Ayah malam ni kita nak tidur kat mana....".. kat sini la.. kata si-ayah dalam keadaan kalut dan binggung.. dan sempat berkata kpd sy.. kita serahkan kpd Allah utk membalasnya..

Kisah keempat: Dalam tangisan kanak2 berpakaian sekolah dgn diiiringi hujan dan dentuman guruh semasa rantaian manusia dibena utk menghalang ratusan polis menerpa demi mempertahankan rumah dan surau.. ada seorang insan yg berlainan agama dan kaum (seorg watrtawan india).. betul2 dihadapan sy .. dia mendakap kanak2 tersebut utk meredakan tangisan dan tidak terkecuali air mata insan tersebut turut tumpah atas kekejaman dihadapannya..

kisah kelima : "dalam keadaan yang agak kecoh semasa trak polis bersedia utk diisi oleh insan2 malang dan pembela insan.. polis dan anggota PTD seramai lebih 200 org berkeras utk merobohkan rumah penduduk yg berbaki 12 rumah ..

hujan terus mencurah namun semangat penduduk serta pembela penduduk tidak luntur.. terus membuat rantaian manusia utk memepertahankan hak.. bekalan elektrik dan air yg masih berfungsi utk surau dan beberapa rumah dah mula dipotong.. kanak2 mula menangis ,tidak kurang juga linangan air mata ditumpahkan oleh penduduk dan sesiapa juga yg berada disitu..

Lokasi:
Denai Pinggiran Johor ..

* JOHOR DARUL UMNO...MEMBELA NASIB MELAYU *

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Dato T Punya Hal: Umno Dilihat Sial


Baru menghampiri tempoh satu minggu, senjata yang cuba digunakan oleh rejim Umno telah memakan diri mereka sendiri. Sepertimana juga tatkala Sandiwara Sauk diketengahkan sebagai senjata politik , akhirnya rejim Mahathir ketika itu terpaksa menjadi defensif sehingga terpaksa membuat pentomen penyusunan senjata ke dalam terak tentera, polis telah dikerah untuk menghalang orang awam dari mengetahui cerita sebenar di dusun Bukit Jenalik.Najib juga sedang menempuh liku yang sama. Orang mula menyoal kesahihan siapakah lelaki misteri di dalamnya! Bukan soal ketulinan video seperti yang dibebel KPN TS Ismail Omar.

Hakikatnya ialah video rakaman itu menggunakan orang lain yang seiras sekali imbas, namun akhirnya terdedah betapa orang lain (ala-ala stuntman)yang cuba menyamar sebagai Anwar Ibrahim dek perbezaan fizikal yang amt ketara. Bukan setakat YB Dato Johari Abdul yang mengesahkan penipuan itu, malah Che Gu Bard, Dato Shuib Lazim serta beberapa orang wartawan yang dijemput menonton ‘dokumentari’ itu turut memperakui akan pembohongan itu.

Siapa tukang karut sudah pun terserlah, manakala siapa dalang besar di belakangnya juga sudah boleh dihidu dan diagak orang. Kesemua mereka mempunyai motif sekurang-kurangnya sebagai ahli Umno dan tawaran perniagaan. Secara tidak sengaja, TS Rahim Thamby Chik telah pula menyerlah kan motif peribadinya dengan mengaitkan kisah hitamnya dulu yang kununnya Anwar telah mendesak ia melepaskan jawatan. ( selamat.... kalu tak lagi ramai remaja Melaka kehilangan dara...).

Walhal dia tidak pun menjelaskan bagaimana pehak perundangan telah memainkan peranan besar menipu dan mempersendakan undang-undang sehingga ia terlepas, untuk kemudiannya ia mendabik dada betapa dirinya bersih dari hujung rambut sampai ke kaki.(maksum ala-ala Umno!)

Banyak dalil yang boleh diketengahkan sebagi bukti kepada pembabitan kepimpinan Umno di bawah Najib dalam merestui fitnah terbaru ini. Antaranya ialah penafian oleh Najib sendiri yang kita semua tahu betapa Umno cuba menangguk untung dalam Pilihanraya Sarawak. Kehadiran kumpulan Dato T di Parlimen ketika Najib mempengerusikan mesyuarat Biro Politik belum diakui Najib. (sama seperti ketika Saiful berjumpa Najib di pejabatnya untuk memohon biasiswa (haha) !!)

Manakala bebelan oleh Nazri Aziz, Hishamuddin Husein Onn serta beberapa NGO(k) Melayu seperti PERKASA menyerlahkan kaitan fitnah ini dengan Umno. Apabila PDRM dilihat mesra dengan Geng Dato T dalam tindakan mereka serta ungkapan KPN sendiri yang mengatakan tiada kesalahan jika tayangan itu bukan mencari untung, maka lengkap lah bukti bahawa kepimpinan UMNO adalah dalang di belakang fitnah video yang kelakar ini!(KPN baru pun sama sajaa.....)

Faktanya Anwar adalah musuh rejim Umno nombor satu (numero uno). Kekuatan Pakatan Rakyat bertunjang kepada Anwar Ibrahim. Kita boleh lihat bagimana susuk seperti Nalkaruppan tetiba cuba untuk menghampiri kepimpinan PAS bagi menabur fitnah keatas Anwar. Ini lah bodohnya jentera UmnoBn, tidakkah mereka tahu yang parti PAS memegang kepada prinsip selidiki berita yang datang dari orang fasik! Kalau fasik pun mereka berhati-hati, apatah lagi dari manusia kafir zindik seperti Nalakaruppan yang semua orang sudah tahu apa jenis manusia bedebah ini!!

Seboleh mungkin rejim melalui pelbagai cara mahu memecah-belah solidariti dalam Pakatan Rakyat. Cara pujuk rayu ‘kerajaan perpaduan’ telah pun gagal dengan kelincahan hujah TG Nik Aziz. Maka mereka gunalah pula cerita kelentong video seks!!

Jika benar lah Anwar di dalam video itu, Umno dah lama edar dan niagakan untuk menjatuhkan Anwar seperti mana Chua Soi Lek kena. Itu saja. Semua orang faham karenah dan perangai Umno! Tak usah la nak jadi juara rakyat dan moral. Umno sesungguhnya sudah bankrup hala tuju politiknya.

Seperti dijangkakan, beberapa susuk tubuh bekas ahli dan kepimpinan PKR yang menjadi anjing buruan telah pun disogok ke hadapan kaca tv. Suatu ketika dahulu mereka memang disanjungi dan dihormati, kini mereka politikus hodoh lagi gampang sebaris Pakar Moral Rahim Thamby Chik, Khir Toyo, boyfren Altantuya dan Mahathir saja. Itu nilai mereka di mata rakyat. Zulkipliarq dengan cerita yakin 110% nya, Zaid Ibrahim pula bikin cerita dengan penuh keyakinannya walhalnya kedua-dua mereka adalah peguam!! Orang yang tahu undang-undang. Ini jenis loyar buruk. Zul zuhud ni tak tengok pun video itu tetapi yakin bukan main. Ini contoh orang yang memperdagangkan imej agama.

Sesungguhnya Umno mula rosak teruk dan ditinggalkan para ahlinya yang celik politik bermula zaman Tun Kepala Taik Mahathir. Inilah dia bedebah ulung yang merosakkan kapal Umno. Inilah dia pencetus dan pengasas kepada kemusnahan sistem dalam negara. Inilah dia manusia bejat pengamal unggul fahaman Machiavelli. Matlamat menghalalkan cara. (the end justify the mean). Apakah kita meragui, jika seseorang mengatakan yang TKT Mahathir berada di belakang isu video ini?

Zaman Mahathir mencatatkan kerosakan besar sistem dalm negara, rasuah berleluasa,menyubur dan membudayakan fitnah serta politik adu domba. Tun adalah seorang pakar dalam bermuka-muka dan tangannya dilumuri dengan darah.Rasanya kita belum melupai Tragedi Memali. Memang orang boleh menyanjungi Tun dalam soal pembangunan, akan tetapi negara lain tak ada TKT pun membangun juga, bahkan jauh meninggalkan kita. Apakah setimpal pembangunan itu dengan harga yang terpaksa kita bayar sehingga negara di ambang muflis dan politik menjadi caca marba?

Jika kita menyorot jauh ke belakang, TKT Mahathir adalah antara tangan yang terlibat mencetus Tragedi 13 Mei. Bahkan tangannya juga yang mengharamkan Umno sedikit masa dahulu ekoran penipuan undi semasa Pemilihan Agung Umno! TKT menongkah naik dalam Umno dengan banyak kisah tragis, ugutan serta helah.

Akan tetapi, dosa dan kesilapan yang paling besar ialah tatkala ia memfitnah Timbalannya yakni DS Anwar Ibrahim. Tuduhan liwat dan pelbagi aksesori jenayah lain yang dikaitkan dengan Anwar tidak pernah pun terbukti. Anwar tersadai 6 tahun di Sungai Buloh bukan kerana liwat (kes itu kantul sejak awal pertuduhan lagi) atau rasuah wang, tetapi rasuah kuasa!!! Wahaha.... kita boleh ketawa sehingga mengalir air mata. Sejarah tercatat sudah. Anwar dibebaskan semasa Abdullah memerintah, namun kebebasannya mahu direnggut kembali oleh rejim Najib yang terpalit dengan skandal Altantuya. Mereka takut untuk berhadapan susuk tubuh Anwar sebagai kepala Pakatan Rakyat.

Peristiwa pengharaman Umno (lantaran penipuan undi Mahathir) serta fitnah dan penyingkiran Anwar Ibrahim secara kotor di zaman Mahathir telah benar-benar menjadikan Umno hodoh, tenat dan semakin dipinggiri orang Melayu terutama cerdik pandai dan orang bandar. TKT amat marah kepada Anwar kerana enggan menjadi Pak Turut dasarnya yang mahu menyelamatkan anaknya dan kroni. Dendam dan kemarahan itu masih menyala sehinggakan dicatat dalam buku memoir nya yang terbaru.

Anih lagi, apa yang boleh kita terima sebagai memoirnya sedangkan apabila ditanya perihal pemerintahannya dia sering saja menjawab- ‘saya tak ingat’!! Kenyanyukan secara berpilih ini benar-benar menjatuhkan harga dirinya malahan ia tak layak pun digelar ‘Negarawan’.

Plot fitnah baru yang dihalakan kepada Anwar Ibrahim bermula dari Liwat I, II sehingga ke video seks palsu ini benar-benar buah pemikiran era Mahathir. Kalu pun bukan si Pikun ini sebagai Pengarahnya, seseorang merasakan yang Bapa Mirzan ini sedikit sebanyak ada hasil tangannya.

Sebagaimana kes Liwat I yang menjatuh dan mengaibkan Anwar Ibrahim, sandiwara video seks ini sejak awal lagi sudah menunjukkan kecelaruan dan bukti betapa Umno di belakangnya. Perhatikan tempat tuduhan sekejap di hotel, kemudiannya spa di ibukota, kemudian kata di Thailand pula. Pehak polis pula mula menyiasat apartment yang dikatakan ‘senaman’ itu berlaku. Hakikat bagaimana Dato Tolol yang cuba dilindungi dengan pelbagai Akta dan jaminan oleh Menteri dan mesra polis sudah cukup mengesahkan ianya satu lagi ‘Projek Kerajaan Barisan Nasional’.

1Malaysia sebenarnya slogan dongeng sahaja. Ia tidak lebih dari penyedap telinga dan silap mata politik yang akhirnya menjerat rakyat. Rakyat didahulukan- memang pun! Didahulukan sengsara dan penderitaan sedangkan pencapaian kroni dan suku sakat diutamakan. Minyak RON97 naik lagi kan? Kemudiannya apakah harga barangan akan statik atau turun? Mustahil. Mustahil......

TS Muhyiddin Yassin (almalikul sembab kata Hishamudin Rais) ketika berkempen di Sarawk mengingatkan rakyat negeri itu supaya berhati-hati dengan hantu dan jembalang dari Semenanjung. Apakah ia menyindir rakan separti atau ia menepuk dulang berisi najis? Cuba kita perhatikan mereka yang membolot dan menguasai perniagaan dalam negara. CIMB......bin Tun Abdul Razak, kontrek Petronas melalui Crest Petroleum...bin TKT Mahathir Kutty, ..bin Taib Mahmud gagau kesemuanya di Sarawak. Begitulah seterusnya kalau kita rajin mencari. Tak ada pun bin Anwar Ibrahim, bin Hj Hadi atau bin Lim Kit Siang!! Lalu apakah maksud tersirat Muhyiddin???

Negara ini mempunyai dua set undang-undang. Satu untuk rakyat biasa, manakala satu lagi untuk manusia elit dan golongan kaya raya. Ketidakadilan sebegini juga turut terkena atas pemimpin Umno yang kecil-kecilan. TS Rahim Tolol terlepas walupun kes rasuahnya berpuluh juta RM dan bermukah dengan gadis bawah umur, Anuar Musa bebas menghayun telor walaupun dia selewengkan puluhan juta wang PPRT, MB Negeri Sembilan Dato Hasan dengan kisah penyeludupan wang RM10 juta, Khir Toyo dan kesemua kelompok elit terlepas begitu saja, tetapi ADUN Lenggeng tersangkut pula dengan rasuah RM3000 sahaja.

Rakyat bawahan termasuklah pengkagum dan fanatik Umno hidup susah dan derita sebagaimana ahli parti pembangkang. Pemimpin mereka hidup mewah, kaya- raya dan selesa. Hampir kesemua mereka punya rumah di luar negara, simpanan wang berjuta dan perniagaan di bawah jagaan proksi. Kenaikan harga minyak dan barangan tidak pun dipedulikan mereka. Malah mereka memberi komen yang menyakitkan hati.

Ringkasnya, kepimpinan Umno semakin teruk dan buruk. Menjelang PRU 13, mereka melakukan pelbagi helah untuk menang pilihanraya melalui penipuan senarai pengundi, undi pos, PATI yang diberi kartu pengenalan, rasuah kebendaan dan pelbagai lagi. Dalam masa yang sama mereka menanam cerita bohong, fitnah dan menyerang kredibliti Pakatan Rakyat hanya untuk mengesahkan kemenangan yang mereka anyam melalui penipuan di atas tadi.

Dengan kisah video fitnah yang baru, tidakkah Umno dilihat sebagai SIAL!!?

Mi Itik
Tiada agenda pindahkan pelajar

ALOR SETAR - Pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) tidak mempunyai agenda memindahkan pelajar Kulliyyah Al-Quran yang menetap di asrama di bangunan Maahad Tahfiz negeri Kedah untuk diberikan kepada Sekolah Bestari.

Rektor Kuin, Profesor Datuk Dr Jamil Osman berkata, apa yang dilakukan oleh mereka kini ialah membaik pulih bangunan itu untuk keselesaan penghuninya, selaras dengan permintaan pentadbiran Kulliyyah Al-Quran sebelum ini.

“Kita tidak ada agenda untuk memindahkan mereka tetapi dijangkakan pada 2012 iaitu selepas kampus Kuin di Kuala Ketil siap sepenuhnya, kebanyakan Kulliyyah termasuk Kulliyyah Al-Quran akan ditempatkan di sana.

“Mereka (mahasiswa Kulliyyah Al-Quran) akan ditempatkan di bangunan yang lebih baik dan ini satu penghormatan kepada mereka. Malah lokasinya terletak berhampiran pintu masuk ke kampus itu,” katanya yang menafikan isu terbabit pernah dibincangkan dengannya.

Menurutnya, Sekolah Bestari adalah antara unit di bawah Kuin yang diwujudkan bagi memudahkan anak tenaga pengajar antarabangsa yang sebelum ini belajar sendiri di rumah, mengikuti pengajaran yang lebih sempurna di sekolah.

“Kini, terdapat 50 pelajar tingkatan satu dan empat sedang belajar di Sekolah Bestari dengan kurikulumnya berdasarkan kurikulum Al-Azhar, KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) dan hafazan.

“Tujuannya untuk menampung keperluan pembelajaran anak-anak kakitangan antarabangsa Kuin. Namun kewujudan sekolah itu di situ tidak bermaksud menafikan hak pelajar tahfiz yang menetap di asrama berkenaan,” katanya.

Menurutnya, terdapat lebih 300 pelajar Kuliyyah Al-Quran peringkat diploma dan ijazah mengikuti pengajian ketika ini dengan lebih 100 daripadanya menetap di asrama itu.

“Jika dapat kelulusan, kita mungkin menawarkan peringkat sarjana bagi bidang Pengajian Al-Quran dan Pengajaran Al-Quran di Kuin Julai ini,” katanya.

Hilang kepercayaan pada pengurusan Kuin

ALOR SETAR - Pentadbiran Kulliyyah Al-Quran Kolej Universiti Insaniah (Kuin) mendakwa perbincangan dengan pengurusan institusi itu menemui jalan buntu.

Timbalan Dekan Kulliyyah Al-Quran Kuin, Mohd Idrus Ismail berkata, bagi pihak pentadbiran Kulliyyah Al-Quran, beliau sedih di atas apa yang berlaku ketika ini.

Menurutnya, apa yang disuarakan menerusi perhimpunan itu ditujukan khas kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selaku pengerusi Kuin memandangkan tiada lagi kepercayaan diletakkan kepada pihak pengurusan Insaniah.

“Kita sudah beberapa kali suarakan (masalah ini) kepada pengurusan Insaniah, supaya jangan kacau pengurusan tahfiz.

“Sebab itu apabila pelajar mahu adakan perhimpunan ini, kami (tenaga pengajar) beri sokongan penuh, ini antara jalan untuk menyuarakan hasrat dan keluhan kami kepada Menteri Besar,” katanya.

Mohd Idrus berkata, kemungkinan Menteri Besar tidak tahu dan mendapat maklumat silap malah beliau terkilan kerana pelajar tahfiz terpaksa keluar untuk memberi laluan kepada Sekolah Bestari.

“Berdasarkan keluhan kami sebelum ini, kami diberi keyakinan bahawa pihak pengurusan tidak akan mengambil alih kerana tanah itu diwartakan pada 1998 untuk tahfiz, namun kini kami hilang kepercayaan kepada mereka.

“Apabila mendapat tahu ura-ura sebahagian bangunan ini akan digunakan oleh bahagian antarabangsa, kami kemukakan bantahan dan saya dipanggil oleh pihak pengurusan dan didakwa sengaja buat cerita, tetapi dengan apa yang jadi pada hari ini, kita terkilan,” katanya.

Menurutnya, jika ingin dipindahkan ke tempat lain, biarlah lebih baik daripada tempat yang didiami pelajar ketika ini.

Hentikan lambakan cerita tahayul - Mufti Perlis

SHAH ALAM – Filem, drama atau penulisan cerita berunsurkan tahayul perlu disekat daripada terus dilambakkan kepada masyarakat kerana ia antara faktor mempengaruhi akidah.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, media berperanan mendidik pemikiran masyarakat bagi memahami sesuatu.

“Apabila media memaparkan cerita karut seperti hantu dan tahayul dalam kemalangan, pemberita bertanya mengenai ‘tanda-tanda’ sebelum kematian, ia akan mempengaruhi akidah.

“Akidah tidak boleh dipandang remeh. Ia adalah tanggungjawab setiap individu bagi memastikan pegangan umat Islam terpelihara,” katanya.

Mengenai penglibatan tokoh agama tempatan dengan ajaran sesat, beliau menyelar tindakan itu dengan menyatakan golongan berkenaan tidak layak digelar tokoh agama.

“Perkara inilah yang menjadi masalah dalam kalangan masyarakat kita. Walaupun berpendidikan, sentuh sahaja mengenai isu agama, mereka tidak boleh berfikiran logik.

“Sedangkan, ukuran agama diukur melalui neraca al-Quran dan hadis. Inilah tanda mereka jahil mengenai agama,” katanya.

Katanya, ajaran sesat di negara ini bukan perkara baru,. Ia mula berkembang secara bersembunyi menyebabkan pihak berkuasa sukar membuat penilaian mengenainya secara terperinci.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman (gambar). berkata, terdapat enakmen khas bagi menentukan perjalanan untuk sabitkan kesalahan ajaran sesat.

“Jika ada aduan mengatakan ada ajaran sesat, jawatankuasa penguat kuasa agama akan siasat sebelum bawa kepada mufti. Kemudian, mufti bincang dengan ahli jawatankuasa fatwa atau pihak perundingan hukum syarak.

“Siasatan perlu dilakukan sebelum seseorang pengamal ajaran sesat ditahan, malah, pihak penguat kuasa perlu ada waran tangkap dari mahkamah terlebih dahulu. Jika disabitkan kesalahan, barulah pihak pendakwa agama boleh bawa perkara itu kepada mahkamah,” katanya.

Abdul Rahman berkata, dari segi hukuman, mereka boleh dikenakan denda, penjara atau kedua-duanya sekali.

Badul nafi dakwaan mencabul remaja 13 tahun

http://2.bp.blogspot.com/_RJH63B7k57k/Sj9oWMw47NI/AAAAAAAAEYA/S2Y33hBuPW4/s400/6222009_adeljawa13(a).jpg

KUALA LUMPUR – Pengarah dan pelawak terkenal, A.R. Badul (gambar) menafikan dia terlibat dengan laporan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang mendakwa menjadi mangsa cabul baru-baru ini.

Badul atau nama sebenarnya, Armaya Arman Ramlie, 63, ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam berkata, dia tidak tahu dirinya dikaitkan dengan perbuatan tidak bermoral itu seperti yang dilaporkan akhbar dan laman portal kelmarin.

“Saya belum membaca akhbar lagi. Saya tak tahu hal (cabul) ini,” katanya yang pernah membintangi filem Si Badul (1978), Panglima Badul (1979) selain sitkom Puteri di TV3.

Mempelam Tobiar Gold istimewa

PENDANG - Sebut sahaja mempelam atau mangga pasti ramai yang akan kecut air liur atau disebut kembang pipi bagi penduduk Kedah.

Namun, berlainan dengan buah mempelam yang dihasilkan di Ladang Tobiar Pendang. Mempelam ini bukan seperti mempelam di tempat lain yang ada kalanya manis dan ada kalanya masam tetapi mempelam yang terdapat di ladang itu memiliki keistimewaannya tersendiri.

Ladang mempelam Tobiar yang diusahakan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) ini menghasilkan buah mempelam dan produk mempelam menggunakan jenama Tobiar Gold.

Ladang mempelam berkeluasan 42 hektar itu terletak di Mukim Tobiar dan mempunyai jumlah tanaman pokok jenis klon Chok Anan (MA 224) terkini sebanyak 18,484 pokok.

Difahamkan kawasan ladang itu pada mulanya merupakan kawasan tanah terbiar yang tidak sesuai untuk tanaman padi. Namun, idea yang dicetuskan penghulu mengenai status tanah terbiar itu menyebabkan pihak berkenaan berbincang bagi memajukan tanah itu.

Persetujuan semua pihak dicapai untuk menjadikan tanah itu sebagai ladang bagi tanaman mempelam.

Ladang mempelam Tobiar itu diusahakan Mada pada 2002. Kerja membangunkan kawasan itu dan membina sistem perairan yang sistematik sekitar kawasan ladang dilakukan bagi menjamin pertumbuhan pokok mempelam yang baik.



Tanam pokok ikut fasa



Pegawai Hal Ehwal Ekonomi Seksyen Tanaman Komersial Ibu Pejabat Mada Alor Setar, Hamzah Din berkata, pokok mempelam di ladang itu ditanam mengikut fasa yang dibahagikan kepada empat.Fasa pertama ditanam pada 2003 yang bermula dengan tanaman 7,236 pokok dan dikuti dengan fasa berikutnya yang tamat pada fasa keempat.

Menurutnya, objektif utama ladang itu adalah menjadi ladang nukleus, pusat pengumpulan, pemprosesan dan pemasaran buah mempelam, pusat pengembangan teknologi mempelam dan dijadikan pusat latihan amal teknologi mempelam.

Buah mempelam dan produk mempelam yang dikeluarkan di ladang Mada ini menggunakan jenama Tobiar Gold sempena nama tempat ia ditanam dan buah yang berwarna kuning keemasan.

Mempelam Tobiar Gold gold mempunyai keistimewaannya tersendiri apabila ia bukan sahaja sedap dan berkhasiat, tetapi ia juga berbau harum serta setanding dengan buah yang dikeluarkan di tempat lain.

Malah , rasanya juga lebih manis dari buah di kawasan lain dengan purata kandungan gula sejumlah 25 peratus.

Hamzah berkata, selain pengeluaran buah mempelam segar, pihak Mada melalui usahawan bimbingannya turut mengeluarkan produk berasaskan mempelam dengan menggunakan puri buah mempelam Chok Anan dari ladang ini.



Terima lebih 10,000 pelawat



Antara jenis produk yang dihasilkan melalui puri buah mempelam dari ladang ini iaitu gula-gula perisa mangga, serbuk dadih perisa mangga, sos mangga bercili, jem mempelam, jus mangga, minuman yogurt mangga, bes minuman mangga, dan beberapa produk lain.

“Selain jualan segar di ladang itu dengan harga RM5 sekilo dan jualan di luar seperti Pasar raya Giant, lapangan terbang, beberapa pasar raya dan luar negara iaitu Singapura yang harganya hampir mencecah RM17 untuk dua kilo memandangkan rasanya dan bungkusannya adalah lebih sistematik.

“Sempena musim buah kira-kira Jun sehingga Ogos pihak Mada merancang akan mengadakan program memancing dan berbasikal mengelilingi ladang mempelam dan program Jom makan mempelam.

"Ia bertujuan menarik lebih ramai pelancong ke daerah ini dan meningkatkan taraf ekonomi penduduk Pendang,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di ladang mempelam.

Hamzah berkata, pihak Mada juga mempelawa mana-mana pengunjung yang ingin membuat lawatan ke ladang ini dan menyediakan pakej murah bagi mengadakan apa sahaja aktiviti dalam ladang ini.

“Ladang ini juga menerima lebih 10,000 pelawat pada 2010 daripada pelbagai jabatan, institusi pendidikan, pelawat luar negara yang datang melawat ke sini.

“Pihak Mada ada bekerjasama dengan dua hotel di Alor Setar yang bekerjasama menyediakan pakej lawatan ke ladang ini,” katanya.

Hamzah berkata, pihak Mada menganggarkan hasil pengeluaran sebanyak lima tan pada 2010 dengan hasil pendapatan yang diperoleh iaitu RM208,000 manakala hampir setengah juta hasil yang berjaya diperoleh dari ladang itu termasuk produk proses.

Beliau turut menyarankan agar mana-mana peladang yang mempunyai tanah terbiar di bawah perkhidmatan Mada dapat menanam tanaman pokok mempelam kerana yakin tanaman ini dapat menjana pendapatan lumayan.

Sinar Harian juga difahamkan mempelam Tobiar Gold juga mempunyai akreditasi Sijil Amalan Baik Ladang Malaysia yang diterima pada Jun 2006 dan sijil Malaysia Beat pada Julai 2007. Justeru, ladang mempelam berkenaan mempunyai potensi untuk dijadikan projek agro pelancongan wilayah utara.

Mamat Nie Hari-Hari Kena "BANTAI" tapi mai dia nak jawab 15 minit pun dah takut dah...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...