TERKINI :

Sunday, March 27, 2011

Dulu mata kini perut jadi sasaran


Mohd Sabri Said

PERMATANG PAUH, 27 Mac: "Dulu mata, kini perut pula jadi sasaran" kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi gelak ketawa para hadirin di majlis minun petang di perkarangan Pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir, semalam.

Kata beliau, orang ramai apabila terserempak asyik memandang perutnya, bukan lagi muka sambil melemparkan senyuman sepertimana biasa yang dilakukan sebelum ini.

Sekarang ini baru beliau menyedari rupanya mereka hendak membandingkan apa yang dikatakan oleh orang yang dijemput menonton video lucah kononnya dirinya terlibat dan menjadi 'hero' dalam adegan berkenaan.

Menurut Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, apa yang diceritakan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul individu yang dikatakan Anwar itu perutnya buncit, punggung dan bahunya nampak besar, tiada langsung miripnya.

"Itulah yang diberitahukan oleh Johari Abdul. Saya dan isteri tidak tengok lagi," tegasnya.

Jelas beliau sambil jenaka, setiap kali keluar rumah, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah akan mengingatkannya agar jangan makan banyak nanti perut buncit, baru semacam dengan individu yang digambarkan dalam video lucah tersebut.

Menyentuh mengenai tayangan itu, beliau membidas pihak terbabit kerana sampai kini polis masih tidak menahan 'trio’ Umno yang bertanggung jawab memainkan video lucah.

Bahkan, katanya mereka sanggup menjemput para media untuk menegak benang basah ciptaan karut untuk mengaibkan dirinya, keluarga, parti dan gagasan yang sudah bersedia mengambil alih pemerintahan negara pada bila-bila masa.

"Rupanya bila wujud isu baru, rakyat bukan naik muak tapi datang lagi ramai mendengar ceramah penerangan yang kami buat. Mungkin itu petanda Kerajaan Barisan Nasional (BN) dah nak jatuh.

“Rakyat akan ajar kepimpinan BN pada pilihan raya umum nanti,” ujarnya.

Apabila Chua Soi Lek, Rahim Tamby Chik bercakap tentang akhlak ...

Oleh TIAN CHUA

Saya merujuk kepada laporan akhbar The Star yang memetik kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek mengenai skandal seks video yang didalangi oleh tokoh-tokoh UMNO. Akhbar milik MCA itu memetik seruan Datuk Seri Chua Soi Lek supaya Dato’ Seri Anwar Ibrahim membuktikan bahawa beliau (Dato’ Seri Anwar) bukanlah si pelaku di dalam video.

Saya pasti rakyat Malaysia turut sama berkongsi rasa mual apabila seorang ahli politik yang mempunyai rekod kurang moral yang diketahui umum cuba membuat komen mengenai moral dan integriti.

Seluruh rakyat Malaysia arif tentang skandal seks yang melibatkan Datuk Seri Chua Soi Lek dan dia sendiri mengakui bahawa dia menjalinkan hubungan seks di luar perkahwinan dengan seorang wanita dan dirakam melakukannya.

Perancangan UMNO untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim melalui video seks terbaru semakin ditolak rakyat apabila individu-individu yang telah dibuktikan terbabit dalam skandal seks sebelum ini tampil untuk menjadi juara moral dan integriti.

Rabu lalu ramai rakyat Malaysia terketawa apabila Tan Sri Rahim Thamby Chik yang terpaksa meletakkan jawatan politik kerana terbabit dalam kes rogol kanak-kanak bawah umur muncul kononnya untuk memastikan bakal pemimpin negara mempunyai moral.

Semalam, seorang lagi ahli politik Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Chua Soi Lek mula berani bercakap mengenai moral walaupun rekodnya penuh kotor dengan skandal seks.

Hakikatnya, individu-individu ini tidak layak untuk bercakap mengenai moral dan integriti.

Mereka juga tidak wajar dibenarkan menukar prinsip keadilan bahawa yang menuduh perlu membawa bukti dan seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya.

Kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek semalam secara jelas ingin meletakkan beban bukti kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sedangkan kumpulan yang menuduh beliau mempunyai rekod yang buruk di dalam politik.

Kalau benar individu-individu ini mahu bersyarah mengenai moral, maka mereka perlu menunjukkan teladan yang baik kepada pimpinan muda dan rakyat Malaysia.

Oleh itu, saya mengulangi desakan yang telah dibuat oleh rakan-rakan saya supaya:

1. Datuk Seri Chua Soi Lek meletakkan semua jawatan politik dan bersara terus sebagai tanda dia insaf selepas skandal seksnya tersebar luas; dan

2. Tan Sri Rahim Thamby Chik meletakkan semua jawatan dalam kerajaan terutamanya sebagai Pengerusi Risda kerana penglibatannya dengan kes rogol kanak-kanak bawah umur masih kekal dalam ingatan rakyat sehingga kini.

Jika Datuk Seri Chua Soi Lek tidak sanggup menunjukkan teladan yang baik, dia tidak wajar campur tangan dalam skandal video seks yang didalangi UMNO ini kerana rekod moralnya sangat memualkan.

Bekas mufti saran perhimpunan anti-politik lucah

Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.

"Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek di kalangan politikus dan media di negara ini," tulis Dr Mohd Asri dalam blognya.

NONE"Kita menentang politik lucah dan politik selak kain," katanya.

Berikut itu, katanya, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat.

"Ia adalah amalan jijik dan kotor. Sama ada dalam Umno, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; sama ada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang.

"Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain," tulisnya lagi.

Menurut Dr Mohd Asri, bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini, kerana ia akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif.

"Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan," katanya.

Media pula, tegasnya, hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik.

Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah, tambahnya, hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah.

"Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif.

"Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita.

"Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri," tambahnya.

Oleh itu, katanya, rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti.

"Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran," tegasnya lagi.

Konspirasi jahat BN musnah, akibat terlalu banyak perancang

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

http://2.bp.blogspot.com/_2inyuNTk1DI/TErvA1yOuyI/AAAAAAAAA48/f8iaHwWZ9mE/s1600/anwar-thumb-may26.jpg
Di tengah-tengah keghairahan BN mencari strategi terbaik untuk memerangi Pakatan Rakyat, khususnya dalam menghadapi pilihanraya umum negeri Sarawak, tiba-tiba mereka ‘tersalah menghantar bola’ untuk PR. Bola tanggung untuk direjam.

Hakikatnya Anwar sudah terperosok rapat ke dinding berhubung isu liwat yang dihadapinya. Dia didesak menyerahkan DNA dalam banyak siri lakonan bantahan dari seluruh negara. Rakyat biasa yang tidak faham apa itu konspirasi, marahkan Anwar kerana tidak mahu serah DNA. Mereka yakin DNA sebenar Anwar tidak akan sama dengan DNA lelaki Y kerana tidak mungkin ketua pembangkang melakukan kerja terkutuk itu. Tapi orang yang mengerti konspirasi yakin bahawa DNA lelaki Y akan sama dengan DNA Anwar, bukan kerana beliau peliwat tetapi kerana kebenaran itu sendiri telah diliwat.

‘Video seks Anwar’ adalah strategi paling tolol BN yang tiba-tiba memberi nafas baru kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tiada siapa terfikir bahawa di saat Anwar sedang bertarung dengan proses mahkamah yang akan menentukan hidup mati politiknya, maka sempat lagi lelaki 60an itu melanggan pelacur murahan di sebuah hotel? Ada logiknya kalau video seks itu dirakam lebih 13 tahun lalu, sewaktu beliau jadi Timbalan Presiden Umno. Tapi peristiwa itu berlaku 21 Februari 2011, sewaktu seluruh mata rakyat Malaysia memberi tumpuan kepada manusia bernama Anwar Ibrahim. Bodoh sangatkah Anwar sampai tahap gaban?

http://1.bp.blogspot.com/-O-_UqmrdF-Y/TYwtoaUNOPI/AAAAAAAADn8/LiNUyAlC6cU/s400/Datuk%2BT%2Btrio.jpg
Hari pertama video itu didedahkan, Anwar ‘disahkan’ sebagai pelakon video itu oleh semua media talibarut BN. Dia didesak meletak jawatan oleh ahli-ahli Parlimen bebas dan BN. Zulkifli Nordin yang mengaku belum melihat video itu yakin bahawa aktor seks itu ialah Anwar. “Memang dialah tu,” katanya yang disaksikan berjuta rakyat Malaysia melalui kaca televisyen.

Di hari kedua, mereka sedar rakyat sukar mempercayainya. Simpati terhadap Anwar tiba-tiba melonjak. Maka nada para juhalak BN berubah pula. Muncul teori bahawa itu konspirasi pihak pembangkang untuk mengalih isu liwat Anwar.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohd Hashim yang sebelumnya beriya-iya mahu mengaitkan Anwar dengan video seks itu, tiba-tiba mengumumkan pula ia satu muslihat politik Anwar untuk mengalih isu DNA. Zul Nordin ‘merasa pelik’ mengapa Anwar begitu cepat menafikan dan membuat laporan polis sedangkan Anwar belum melihat video tersebut. Tapi ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu tidak pula pelik pada dirinya sendiri yang sebelum itu menuduh Anwar adalah pelakonnya, sedangkan dia belum melihatnya.

Kelmarin Anwar adalah pelaku seks, hari ini ia jadi konspirasi bikinan Anwar pula. Cakap Zul Nordin berubah dan berbelit. Macam lidah biawak.

Hari ketiga, versinya berubah lagi. Kali ini muncul pula Datuk Trio yang mengaku menjadi dalang ‘video seks Anwar’ itu. Ia sekaligus memadamkan teori konspirasi video itu ciptaan pembangkang. Kumpulan The Three Stooges itu cuba meyakinkan rakyat Malaysia bahawa hero seks itu benar-benar Anwar. Video itu kononnya dijumpai secara tidak sengaja oleh Datuk Eskay sewaktu diarah mengambil jam tangan Anwar yang tertinggal di bilik persundalan. Di situ dia menjumpai segala wayar dan alat rakaman.

Dalam sidang media, apabila ditanya wartawan, adakah terdapat imej Datuk Syazril Eskay Abdullah dalam video itu? Dengan selamba Datuk Eskay menjawab, “Ya, saya dalam video itu.” Maknanya, waktu ‘Anwar’ bermukah, dia pun ada bersama tapi dia terkejut jumpa dan lihat video itu. Alahai, macam cerita kartun.

Ummi Hafilda dalam sidang medianya di Alor Setar mendedahkan bahawa video seks ‘Anwar’ itu bukan satu, tapi 18. Dunia dikejutkan dengan video seks bertarikh 21 Februari tapi Ummi menjelaskan, “Saya mengetahui video-video tersebut 13 tahun lalu dan menyimpannya sehingga sekarang.” Makin mereka beri penjelasan, makin merapu jadinya.

Maka terfikir oleh semua rakyat jelata yang cerdik dan sederhana cerdiknya; sampai bila Umno, BN dan seluruh juhalaknya hendak memperbodoh-bodohkan rakyat Malaysia berhubung isu Anwar? Di pejabat kerajaan dan swasta, di restoran dan warung kopi, rakyat di semua peringkat sudah mula melahirkan rasa muak terhadap permainan jahat dan keterlaluan oleh BN terhadap Anwar.

Kebencian sebahagian rakyat terhadap Anwar sebelum ini mula bertukar kepada simpati. Sedikit harapan mereka terhadap BN sudah bertukar menjadi benci.

Tan Sri Rahim Tamby Chik, Datuk Syazril Eskay Abdullah dan Dato’ Shuib Lazim; tiga watak yang membentuk kumpulan Datuk Trio masing-masing mempunyai profail buruk yang satu Malaysia tahu latarbelakang mereka. Untuk kembali bernafas membina cita-cita peribadi mereka sanggup buat apa saja tanpa ada perhitungan halal haram.

Kesilapan berlaku akibat terlalu banyak pihak ingin membantu Najib menjadi konspirator menjatuhkan Anwar dan PR. Mereka berbuat demikian untuk mendapat sesuatu habuan dari BN. Kata pepatah Inggeris, terlalu ramai tukang masak akan merosakkan masakan. APCO dengan caranya yang lebih professional. Konsensus bebas yang anggotanya terdiri dari bekas anggota KeADILan dengan cara mereka. Ibrahim Ali dan Perkasanya dengan cara mereka. SB polis dengan cara mereka.

Ummi Hafilda dengan cara tersendiri. Pelbagai NGO yang muncul untuk menyerang PR dengan cara mereka pula. Kumpulan Datuk Trio pula dengan cara mereka yang amatur dan bengap ala The Three Stooges. Barangkali mereka terlupa untuk untuk mencontohi kafir Mekah dulu yang berpakat dalam melakukan konspirasi jahat terhadap Rasulullah SAW.

Bila konspirasi pun BN swastakan, maka jadi caca marba dan akhirnya ada strategi yang menikam diri sendiri. Mereka adalah kumpulan manusia yang merancang kejahatan tapi mereka lupa bahawa Allah juga merancang dan membalas segala tipu daya.

Apakah HUKUMNYA TONTON VIDEO LUCAH yang dok pakat suruh orang tengok sangat tuu..???

AKIBAT JAHIL AGAMA,BLOGGER UMNO AJAK NIK AZIZ TENGOK VIDEO LUCAH

Entah apa yang tidak kena dengan seorang blogger Umno ini.Penulis pernah juga membaca beberapa tulisannya sebelum ini,yang pada hemat penulis agak berhujah berbanding penulis blog pengampu Umno yang lain.Blogger yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan adalah seseorang yang memakai nama gelaran Mummy Rokiah.


Dalam entri terbarunya yang bertajuk "Nik Aziz tidak berhak memberi komen sebelum beliau menonton video tersebut",Mummy Rokiah mempersoalkan tindakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang berasa malu mengenai penayangan secara umum video seks seorang yang dikatakan sebagai pemimpin kanan Pakatan Rakyat. Berikut penulis petik kembali tulisan Mummy tersebut:


(Sebelum itu,berikut diperturunkan keratan asal laporan berita yang telah dikeluarkan oleh Akhbar Sinar Harian)
Perbuatan tidak bermoral


KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perbuatan menayangkan rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang bersama seorang pelacur warga China di sebuah hotel kepada pihak media sebagai perbuatan tidak bermoral.

Mursyidul Am Pas itu berkata, lebih memalukan apabila perbuatan itu didalangi tiga 'individu bergelar' dan pernah menjadi pemimpin sebuah kerajaan negeri.

Katanya, beliau berasa amat malu untuk membaca berita mengenai pendedahan skandal terbabit ­kerana ia dilaporkan oleh ­semua media massa di negara ini.

“Saya berasa malu, berasa seolah-olah berada di negara lain. Saya tak tahu kenapa pemimpin yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam menjadi individu yang tidak bermoral.

“Kita orang Melayu sudahlah duit tak ada, ilmu tak ada, moral pula hancur. Mana lagi bahagian yang bangsa lain boleh tertarik dengan kita?" katanya kepada pemberita selepas ­menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Nik Aziz berkata, pemimpin atau tokoh yang mempunyai gelaran sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik, bukan mempamerkan keaiban orang lain.

“Mereka ini diberikan gelaran sedemikian rupa dengan harapan boleh membimbing rakyat, tapi apa yang berlaku adalah ­sebaliknya.

“Kalau pemimpin sanggup buat macam ini, rakyat apa lagi. Seks ini benda yang aib tetapi tiba-tiba ia dipertontonkan kepada umum, macam tak ada ­agama,” katanya.

Isnin lalu, rakaman video aksi seks yang dikatakan membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri ­Anwar Ibrahim dipertontonkan kepada editor kanan dan wartawan di Carcosa Seri Negara.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim ­Tamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim (kumpulan Datuk T) mengakui terlibat dalam pendedahan video terbabit.-sinarharian-

Berikut pula adalah ulasan yang dibuat oleh Mummy Rokiah dalam blognya:
Siapa yang lebih bermoral, pelakonnya atau individu yang mendedahkannya? Nik Aziz seharusnya menonoton dahulu video tersebut sebelum memberi kenyataan tentang moral seseorang pemimpin.

Risikonya jika Nik Aziz menonton dirisaukan jantung Nik Aziz tidak bersedia mengepam dengan laju dan akan mendatangkan kemudaratan kelak.

Malah ada wartawan wanita yang menelan air lior geli geleman dan nak termuntah semasa dipertontonkan kepada mereka di Carcosa Seri Negara.

Apapun masa akan menentukan segalanya.

Nota : Ulasan serupa turut dibuat oleh blog Umno lain termasuk Blog Sayang Umno Sampai Mati.

CATATAN PENULIS:

Berdasarkan komen-komen yang dibuat oleh para blogger Umno,amat malanglah bagi mereka yang beragama Islam,tetapi dilihat terlalu obses terhadap menyerang peribadi lawan,sehingga sanggup menolak hukum Allah ke tepi.

Kenyataan Mummy Rokiah yang menganggap Nik Aziz perlu untuk melihat sendiri video lucah terbabit seolah-olah mempersendakan golongan ulama dan orang-orang yang beragama supaya melakukan dosa kepada Allah.

Dalam perkara ini,kita semua sentiasa jelas.Baik ustaz mahupun orang biasa.Menonton video lucah itu difatwakan HARAM dalam Islam.Tidak ada seorang pun daripada mana-mana pihak yang mengatakan boleh untuk melihat sebuah video lucah.Ulasan Nik Aziz yang malu dan kecewa dalam isu tontonan video lucah bukanlah disebabkan untuk mempertahankan Anwar semata-mata seperti yang didakwa oleh mereka.

Tuan Guru bercakap atas dasar dosa pahala yang terletak pada bahu seorang individu dan pemimpin yang beragama Islam.Nik Aziz beranggapan bahawa sebagai sebuah negara majoriti umat Islam,sepatutnya tidak ada mana-mana pihak yang sanggup untuk menayangkan video seks secara terbuka!Ini seolah-olah mengajak orang mencuri secara beramai-ramai.Dan apabila para ulama seperti Nik Aziz dan Dr.Asri menegur akan perkara ini,para penulis blog Umno yang jahil (atau dalam bahasa sopannya tidak reti) dalam agama sanggup menegakkan soal moral kononnya dalam isu video seks ini.

Bagi penulis,barang ditakdirkan Allah bahawa jika benar Anwar sekalipun yang berzina dalam video tersebut,adalah HARAM hukumnya untuk mana-mana individu melihat video terbabit,apatah lagi menghebahkan perkara itu kepada umum.Ini seolah-olah berusaha membanyakkan dosa kepada diri sendiri. Bayangkan,jika seorang sahaja yang pernah melihat video tersebut,satu dosa sudah tertanggung atas bahu Rahim Tamby Chik.Dan jika sudah sampai berpuluh dan beratus yang menyaksikannya,berapa pikul dosa yang sedang dipikul Datuk T pada saat ini?

Jika benar Anwar berzina sekalipun,itu dosa beliau dengan Allah.Kita tidak boleh mengenakan Hudud ke atas Anwar memandangkan tiada empat saksi yang melihat kemungkaran tersebut.Di sinilah besarnya keadilan dalam Islam.Adil kepada sang tertuduh.Penulis bukanlah seorang ustaz untuk mengulas panjang dalam isu ini, tetapi penulis ingin menyedarkan lebih ramai orang yang telah meletakkan prinsip moral (kononnya) itu lebih tinggi daripada Islam itu sendiri.

Sehingga kerana moral kononnya,kita sanggup menunjukkan kejahilan kita sebagai umat Islam.Malah,ramai pula para pemimpin yang mengaku yang dia juga pernah menonton video tersebut.Mengapa perlu tonton? Untuk kepastian?Adakah terdapat kepastian dalam kemungkaran?Jika benar Anwar itu berdosa kerana berzina,Allahlah yang akan menghukum Anwar berdosa,bukan Si fulan bin si fulan yang menyaksikan video tersebut yang menghukum Anwar itu berzina atau tidak.

Kepada semua pihak,hentikan kegilaan ini. Baik di pihak Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.Usah membodohkan diri dengan memohon suruhanjaya itu dan suruhanjaya ini.Kelak akan ada beribu-ribu umat Islam yang berdosa kerana melihat sebuah video lucah secara terang-terangan.Dan jika itu berlaku,doakan bahawa bala Allah itu jauh daripada kita.
  • http://propartiislammalaysia.blogspot.com/2011/03/akibat-jahil-agamablogger-umno-ajak-nik.html

Ajak Hujah Buku Jingga Takut.. Ajak Debat Takut... last layan Politik dalam kelambu laa.. sebab itu yang depa terranya..!!

POLITIK TILAM, SELUAR DALAM DAN VCD LUCAH

Modal tiada, idea tiada, hujah dangkal itulah yang sedang melanda Umno/BN sekarang. Mereka merasakan bahawa rakyat akan menolak mereka.

Oleh kerana takut kepada bayang-bayang sendiri maka mereka terpaksa mencari apa juga cara untuk menaikkan imej mereka dan pada masa yang sama cuba memburuk-buruk imej lawan mereka supaya rakyat kembali menyokong Umno/BN.

Ajak berdebat secara terbuka pun takut, berhujah dalam forum jauh sekali. Mereka hanya berani berhujah dari jauh melalui media dan TV yang sememangnya menjadi kuda tunggangan mereka.

Oleh kerana mereka sememangnya meminggirkan agama dari politik, maka apa juga tindakan yang memberikan keuntungan kepada politik mereka dikira halal, suci dan bersih. Aqidah matlamat menghalalkan cara terus menjadi anutan dan pegangan mereka tanpa memikirkan soal agama, moral dan maruah diri.

Sebab itulah TILAM, SELUAR DALAM dan kini VCD LUCAH menjadi bahan kempen mereka walaupun ianya jijik, loya dan memalukan Malaysia dan rakyatnya. Bukan sahaja agama mereka ketepikan budaya dan adat melayu yang kononnya didokong mereka juga diketepikan. Budaya Melayu yang terkenal dengan sopan santun, muafakat dan mudah dibawa berbincang sudah tidak ada dalam kamus dan otak mereka.

Maka akhirnya TILAM diusung, SELUAR DALAM dijaja dan paling baru VCD LUCAH ditayangkan secara yang aib sekali. Inilah mentaliti pemimpin yang ada sekarang yang sudah tidak ada harga diri dan maruah.

Rakyat wajib menolak pemimpin dan parti sebegini pada Pilihanraya Negeri Sarawak dan umum akan datang supaya negara kita selamat dan kembali dihormati dipersada antarabangsa.
  • http://mutaligat.blogspot.com/2011/03/politik-tilam-seluar-dalam-dan-vcd.html

Apa cerita SNAP ni?

Dua hari lepas, Sarawak Report melaporkan ujud rundingan antara SNAP dengan BN Pusat. Entah betul entah tidak, kita tak tau tapi apa yang dilaporkan memang nampak logik.

SNAP yang dah hampir nak berkubur setelah digantung pada 2002 tiba-tiba boleh jadi sangat kuat. Macamana dari minta hanya 3 kerusi untuk bertanding pada tahun lepas, bertambah kepada 10 kerusi kemudian bertambah lagi kepada 28 kerusi dan akhirnya nak bertanding 40 kerusi.

Yang lebih mencurigakan, SNAP boleh jadi mewah secara tiba-tiba. Katanya hampir semua bakal calom PKR termasu Baru Bian ditawar menyertai SNAP dengan tawaran insentif sehingga RM500,000 seorang.

Edwin Dundang, Presiden SNAP pulak katanya tiba-tiba jadi kaya-raya, boleh bawa trak pick-up Toyota Hilux mewah dan menjanjikan calon yang berprospek sebanyak RM300,000 untuk bertanding di kawasan masing-masing.

Sarawak Report dapat maklumat yang semua tu dari sumber BN pusat. Katanya strategi BN pusat adalah untuk mengecilkan kekuatan pembangkang di Sarawak dan dalam masa yang sama jugak tengah buat plan untuk menumbangkan Taib Mahmud yang dah jadi liabiliti kepada BN.

Kalau betul laporan Sarawak report tu, memang SANP boleh dianggap pengkhianat rakyat Sarawak. Laporan penuh Sarawak Report tu boleh di baca di sini

Walau bagaimanapun, SNAP menafikan perkara tu. Malaysiakini melaporkan:
Parti Nasional Sarawak (SNAP) menyifatkan laporan blog Sarawak Report yang mendakwa wujudnya perjanjian sulit antara parti itu dengan BN di Kuala Lumpur sebagai satu cerita rekaan yang paling teruk.

Sebaliknya, tegas setiausaha agung SNAP, Stanley Jugol (kiri), kebenarannya
ialah tidak pernah ada sebarang perjanjian antara SNAP dan BN.
Di samping itu, katanya, juga tidak pernah ada sebarang pertemuan antara ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Mazlan dengan pemimpin atau wakil SNAP baru-baru ini.

"Ataupun terdapat sebarang perjumpaan dengan mana-mana wakil BN untuk berunding," kata Stanley dalam satu kenyataan hari ini. - Mkini
Malaysiakini jugak melaporkan MCLM yang satu ketika dulu ada buat kerjasama dengan SNAP dah ambil keputusan untuk putuskan hubungan dengan SNAP.

Malaysiakini melaporkan:
Pergerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM) mengambil keputusan memutuskan perhubungannya dengan Parti Nasional Sarawak (Snap) dengan mendakwa mereka “curiga” berhubung akriviti terbaru parti yang dihidupkan semula itu.

Objektif utama kerjasama dengan Snap, kata presiden MCLM, Haris Ibrahim adalah bagi menangani masalah masyarakat terpinggir di Sarawak dengan usaha menamatkan pemerintahan 30 tahun Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud.

"Tujuan kami adalah bagi menubuhkan sebuah kerajaan pro-rakyat,” kata Haris sambil menambah MCLM sejak beberapa hari kebelakangan ini mendapat maklumat bahawa calon Snap dan beberapa pemimpinnya secara tiba-tiba mendapat dana yang besar.

"Kami dimaklumkan bahawa dana itu diperolehi dari Kuala Lumpur atas arahan daripadan BN,” kata Haris pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

"Tiada bukti konklusif tetapi dalam situasi seperti ini, anda jarang mendapat bukti hitam putih,” katanya.

Jika maklumat itu benar, menurut Haris, ia satu pengkhianatan paling teruk kepada rakyat yang telah ditekan selama 30 tahun. - Mkini
Memang tak mustahil apa yang didakwa Sarawak Report tu betul walaupun SNAP menafikannya. Lagipun, ramai yang kata stail orang politik di Sarawak memang macam tu, memang kebanyakkannya lebih berminat kepada duit. Lagipun, memang kebanyakkannya pernah bersama dalam BN, bersama-sama memerintah Sarawak dan dalam masa yang sama bersama-sama Taib Mahmud songlap harta rakyat Sarawak.

Tapi, kalau pun betul apa yang Sarawak Report laporkan tu, aku masih tetap rasa PKR tak patut tamak di Sarawak. Aku tetap rasa PKR patut berlembut dengan tuntutan SNAP, aku dah huraikan sebabnya dalam entry aku yang lepas.

Dalam politik, betul atau salah bukan penentu kemenangan tapi tapi kemenangan lebih bergantung kepada persepsi. Macamana mengujudkan persepsi yang akan diterima oleh pengundi.

Kalau pengundi dah yakin untuk mengundi satu-satu parti atau seseorang calon, buat la apa pun, memang payah depa nak berubah kecuali kalau main duit beli undi walaupun memang tak semua orang boleh dibeli. Tapi, sebenarnya, tak perlu pun beli semua pengundi untuk menang.

Malaysia kini dilanda 'rombowarsoto jaman edan'

Malaysia kini dilanda 'rombowarsoto jaman edan' (zaman gila) memandangkan perogol, perasuah kini diangkat menjadi pemimpin - Anwar Ibrahim.

GOMBAK: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Perdana Menteri agar tidak takabbur (sombong) walaupun wujud konspirasi melanda beliau kini kerana angin perubahan bakal hadir pada pilihan raya umum akan datang.

“Dari jantan sekarang mereka cari nyonya…..jaja, upah, beli orang. Orang yang pernah dikaitkan dengan rogol, rasuah, serta ahli parlimen yang melompat dijaja menjadi tokoh baru.

“Dia guna media, kecam kita dari pagi sampai petang sampai malam, Kita nak jawab, tak boleh, konon tidak ada permit. Saya tak salahkan OCPD, dia ikut arahan saja. Saya salahkan Perdana Menteri Najib Razak dan isteri dia, Rosmah Mansor yang takut berdepan dengan kita.

“Saya beritahu Datuk Seri Najib Razak tunggu pilihan raya umum akan datang. Jangan takabbur…..anda boleh tipu sebanyak mungkin, beli orang dengan RM1.4 juta,” dakwa beliau ketika menyampaikan ceramah di Taman Melawati di sini malam tadi.

Anwar sebelum ini dilaporkan mendakwa pengakuan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik sebagai bertanggungjawab di sebalik video seks itu adalah bukti pembabitan Umno.

Zaman gila

Menurut Anwar, politik Malaysia kini dilanda ‘rombowarsoto jaman edan’ (zaman gila) memandangkan perogol, perasuah kini diangkat menjadi pemimpin.

Maka beliau menyeru terutamanya anak muda agar menjaga maruah diri daripada terus diperalatkan Umno.

“Mereka bercakap mengenai video seks, video apa? Umno tiada orang lain…apa polis tidak tahu siapa Thamby Chik, kesnya di Melaka? “Orang ini jadi dewa bak kata orang Jawa rombowarsoto jama edan (zaman gila) kerana perogol, perasuah dijadikan pemimpin. Kita ini dijadikan penjenayah.

“Anak muda, you ada semangat, kalau firaun kecil, yang lain cicak mengkarung you boleh cincang-cincang……ada orang-orang dalam

Pemuda Umno sanggup jadi perkakas semata-mata RM50. Mana maruah kamu? Lokap paling teruk sudah saya lalui, dianggap anjing.

Nak pukul, tangkap, aib semua dah buat. Manusia jenis apa mereka ini?

Pencacai Umno

“Mereka alih pandangan kita, kita bukan bodoh. Mana ada dalam sejarah bila orang sebar video lucah haa sila datang…..Star kata kena tangkap, bohong mana ada kena tangkap. Bawa sekejap lepas…..sebab dia alat pencacai Umno,” katanya.

Semalam melalui laporan The Star Online difahamkan Rahim Tamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah ditahan polis namun dibebaskan dengan jaminan polis.

Portal berita itu yang memetik setiausaha PDRM, Bukit Aman, Datuk Ghazali Md Amin berkata beberapa barangan yang mungkin boleh digunakan sebagai bukti juga dirampas daripada kedua-dua mereka - FMT

Wahai Melayu...Jangan salahkan bangsa lain

http://2.bp.blogspot.com/_RdHYsIIQKTA/TD9WtWMbJdI/AAAAAAAAA0s/ARMlrD1uUqo/s1600/Melayu+001.jpg

MASYARAKAT Melayu hari ini sering menyalahkan bangsa lain, menuduh mereka merebut peluang kita. Tetapi yang sebenarnya adakah mereka sahaja yang merebut ataupun kita sendiri yang tidak gigih berusaha?

Pada pandangan saya, kita yang sentiasa merungut tentang kesusahan bangsa sedangkan kita sendiri tidak bangkit untuk mengubahnya.

Hasilnya, jurang antara kaum wujud, kita membenci bangsa lain yang lebih maju tetapi kita tidak pula pernah membenci ataupun bermuhasabah terhadap diri kita yang hanya menunggu dan mengharapkan bantuan semata-mata. Malangnya, ada dalam kalangan kita yang membenci bangsa lain tetapi juga tidak sayangkan bangsa sendiri, dua pemikiran negatif yang telah meracuni kotak fikiran. Apakah kebaikan yang dapat diperolehi dengan pemikiran negatif ini?

Berlainan pula dengan satu lagi situasi apabila Melayu tidak lagi mengaku sebagai Melayu. Melayu yang tidak lagi berbangga menjadi Melayu. Saya terkilan apabila melihat ketidakseimbangan yang berlaku pada hari ini. Apabila melayari Internet, banyak yang saya jumpa kenyataan belia Melayu yang mengutuk bangsa sendiri hanyalah untuk mendapat perhatian bangsa lain. Perkara begini menunjukkan betapa kita tidak matang dan mudah untuk diperkecilkan.

Bangsa Melayu sering meletakkan diri mereka pada tahap yang rendah, selalu berpuas hati dengan keadaan walaupun jelas sekali dengan sekadar berpuas hati tanpa berusaha, kita tidak akan maju.

AINAA BAHIRAH SHAMSUDIN

Shah Alam, Selangor

Utusan Malaysia

Dr Asri seru diadakan satu PERHIMPUNAN ANTI LUCAH

ADAKAN PERHIMPUNAN ANTI POLITIK LUCAH

Saya mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor. Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek dalam kalangan politikus dan media di negara ini. Kita menentang POLITIK LUCAH dan POLITIK SELAK KAIN. Semua rakyat Malaysia yang bermaruah dan mempunyai harga diri sebagai manusia bertamadun menuntut perkara-perkara berikut;

1. Semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat. Ia adalah amalan jijik dan kotor. Samada dalam UMNO, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; samada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang. Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain.

2. Bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini. Ini akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif. Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan.

3. Media hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik. Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah.

4. Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif. Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita. Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri.

5. Rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti. Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran.

- Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Isu MRT - "Era kerajaan tahu semua telah berlalu"... Bukan begitu ke?

MRT- Kerajaan masih tak belajar dari kesilapan lama?

Saya menulis makalah ini setelah sedikit kecewa dan gagal menjadi penyemak-imbang yang berkesan di Dewan Rakyat, khususnya tentang MRT setelah mendengar jawapan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Nazri Aziz. Berdepan dengan realiti kedegilan bercampur keangkuhan pihak kerajaan, saya serah kepada rakyat; tuan dan boss yang sebenar, untuk menilai serta membuat keputusan yang muktamad.

Dalam majalah The Edge, sedikit waktu dahulu (Ogos 16, 2010), wartawan M Shanmugan dalam kolumnya Big Money berkebetulan membuat “Cover Story” tentang projek Bakun, menonjolkan perihal kepincangan dan kebejatan pengendalian projek mega tersebut. Penulisan beliau seperti biasa menarik, cukup bermaklumat serta analisisnya mendalam.

Berdepan dengan satu lagi projek mega yakni Mass Rapid Transit (MRT), amat wajar bagi semua, khususnya pihak pimpinan tertinggi BN supaya meneliti segala teguran tajam dan peringatan berguna beliau. Itu pun kalau kerajaan PM Najib benar-benar menghayati slogannya bahawa ”Era kerajaan tahu semua telah berlalu”.

Kalau tidak, maka sah seperti dikatakan sifu pengurusan ”kemuncak kebebalan adalah mengulangi kerja yang sama dan pada setiap kali ulangan mengharapkan natijah yang berbeza”. Kerajaan Najib, kalau tidak mengambil tindakan tegas ke arah penambahbaikan, semakin jelas sedang mengulangi ketempangan pengurusan lama, kalau tidak lebih buruk lagi.

Fasa Pertama MRT Sungai Buloh-Kajang (MRT SG-K) yang mempunyai landasan sepanjang 51 km dengan membabitkan 9.5 km landasan bawah tanah, jelasnya adalah projek infrastruktur paling mega yang pernah dijalankan kerajaan BN. Sejak sebulan perancangan projek ini dipamerkan untuk mendapat maklum balas rakyat dan pengguna, maka banyak juga yang akhirnya terdedah setelah hampir setahun cadangan MRT ini pertama kalinya dibentangkan kepada kabinet oleh Gamuda-MMC.

Dengan Putrajaya berharga RM20 billion sementara KLIA pada RM10bilion, maka MRT SB-K yang pada asal adalah RM26.5 bilion dan kini dianggarkan oleh banyak pihak akan menelan RM50 bilion, adalah projek infrastruktur paling mahal dan mega. Penulis ketika mengasak Menteri JPM yang menggulung perbahasan Titah, ingin memberitahu umum bahawa semua hal tentang harga adalah tentatif dan ’guesstimate’, tidak muktamad seperti yang diberitahu Menteri. Itu hakikat yang semua perlu tahu.

Untuk ingatan semua, pertama-tama diumumkan projek MRT ini semasa PM Najib sebutkan dalam pelancaran RMK-10, kemudian dalam NKRA seterusnya dalam NKEA dan akhirnya menjadi antara mercu-tanda projek EPP atau Entry-Point-Project dalam Economic Transformational Program atau ETP (Program Peralehan Ekonomi). Tegasnya, projek sama yang telah diulang sebut dalam kesemua perancangan Najib.

Mengikut laporan awalnya, ia adalah pelaburan pihak swasta, mungkin sebagai “Domestic Direct Investment atau DDI”. Itulah kali terkahir ia disebutkan sebagai projek pelaburan swasta sesuai dengan hasrat kerajaan Najib untuk membuktikan bahawa target penambahan pelaburan swasta sebanyak RM115 bilion atau peningkatan 12.5% dalam 5 tahun RMK-10 yang bakal beliau capai KPInya.

Kini umum tahu dan mana-mana kerajaan di bumi ini juga tahu, bahawa projek infrastruktur khususnya pengangkutan awam darat keretapi, sukar untuk dimajukan pihak swasta. Sebabnya mudah. Projek seumpama MRT ini mempunyai pulangan komersial yang rendah tetapi pulangan ekonomi yang tinggi justeru kesan berganda dan limpahan ekonominya. Secara lebih khusus kadar pulangan dalaman ekonominya atau economic Internal Rate of Return (IRR) adalah 25%, sementara kadar pulangan dalaman komersialnya atau commercial IRR hanya 4%.

Ini menyebabkan kaedah memajukan projek ini secara penswastaan adalah tidak menarik kecuali, seperti biasa kerajaan terpaksa membuat pelbagai insentif. Kalau mahu juga dilakukan secara penswastaan, kerajaan akan terpaksa mengulangi kesilapan lama dengan menjanjikan tariff yang tinggi, subsidi dan juga ’pampasan’ andainya tidak memenuhi sasaran target pungutan pendapatan seperti penswastaan lebuhraya, sektor tenaga (IPP) dan penswastaan sektor air.
Sebab itu antara perkara awal yang mesti dijelaskan oleh kerajaan ialah bahawa projek ini adalah pembiayaan kerajaan dan bukan swasta. Adalah amat menasabah mengapa tidak satu pihak swasta pun yang mahu untuk memilikki dan menjadi operator MRT ini. Prasarana Berhad, sebagai syarikat milik Kementerian Kewangan juga akan dipertanggungjawab untuk menjalankan operasinya dan memilkki sekaligus.

Ini membawa kita kepada persoalan seterusnya, bagaimanakah kerajaan mahu membiayai projek mega MRT ini? Kerajaan tidak perlu berselindung lagi meskipun tidak mahu menjawab secara telus dan terus dalam parlimen. Jawapannya mudah. Hutang. Berhutang samada dari pinjaman pasaran bon dan kewangan tempatan mahupu antarabangsa.

Bank Negara Malaysia (BNM) baru sahaja mengumumkan tentang menerbitkan ”sovereign bond” untuk menampong defisit belanjawan 2011 dan untuk membayar hutang bon kerajaan Pusat yang sudah matang (maturing debt papers). Antara RM 86 sehingga RM88 bilion akan diterbitkan oleh kerajaan Malaysia dalam bentuk Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) dan Sekuriti Kerajaan malaysia (MGS). Mek menasabah untuk menjangkakan bahawa sebahagian dari pinjaman ini adalah untukmenampong keperluan membangunkan infrastruktur pengangkutan.

Dengan perbelanjaan sebesar ini, sekaligus meningkatkan lagi pinjaman kerajaan Pusat yang kini berada pada paars RM362 bilion atau 52.3% KDNK, maka adalah layak rakyat mahukan supaya projek MRT ini menjadi satu yang benar-benar membawa menafaat besar seperti yang diunjurkan dalam pulangan 25% IRR di atas. Pihak swasta hanya berminat untuk bina kerana labanya besar dalam fasa pembinaan seperti biasa. Hampir semua projek mega-mewah kerajaan mengalami nasib yang sama.

Amat wajar kerajaan Najib dingatkan sekeras-kerasnya bahwa pada kali terakhir perbelanjaan mega dan besar dibuat bagi membina sistem pengangkutan awam dalam gelombang penswastaan pertama dahulu, yang didapati rakyat setelah RM10 bilion dibelanjakan, ialah apa yang ada hari ini.

Dengan sistem ”Light Rail Transit” dulunya milik swasta – Putra dan STAR, KL Monorail dan sistem bas Rapid-KLnya, kesemua gagal menghasilkan satu sistem pengangkutan yang bertaraf dunia! Cuba bandingkan dengan negara jiran seperti Singapura, Hong Kong dan Korea Selatan. Malu kita.

Apa yang telah berlaku? Mudah sahaja hukuman dibuat setelah semua gagal dan perlu diselamatkan oleh kerajaan kembali dengan satu ’bailout’ yang menelan perbelanjaan hampir RM9 bilion. STAR LRT sebanyak RM3.3 bilion, Putra LRT sebanyak RM4.5 bilion, KL Monorial sebanyak RM882 juta bas Rapid-KL sebanyak RM200 juta.

Jumlahkan untuk mengetahui berapa banyak yang kini ditanggung oleh Prasarana Nasional Berhad. Bayaran faedah yang terpaksa ditanggung oleh Prasarana akan hutang-hutang syarikat-syarikat ini sahaja mungkin mencecah RM300 juta setahun!

Kesimpulan dari kritik M Shanmugam dalam makalah The Edge itu boleh diringkaskan sedemikian yakni kepincangan dalam perancangan yang teliti termasuk aspek impak alam sekitar (EIA), jauh sekali untuk menyiapkan satu ’blueprint’ bagi memahami kesan berganda ekonomi setelah pelaburan besar dibuat dalam projek mega seumpama Bakun bakal akan berulang. Pelbagai pihak, bukan sahaja pembangkang, bahkan dari BN sendiri dan NGO, merakamkan hal yang sama.

Ternyata pengurusan MRT SG-K telah menampakkan riak dan isyarat akan ditimpa nasib dan kesudahan yang sama. Kegagalan dan ketiadaan ketelitian merancang semakin terserlah apatah lagi setelah dibuat pameran tentang cadangan MRT-EIA di kesemua pejabat DOE, librari awam dan 7 pejabat bandaraya di DBKL, PJ, Selayang, Shah Alam, Kajang, Bangsar dan termasuk pejabat SPAD di Menara Dayabumi.

Kaedah terbaru ”Rakan Penyampai Projek” yakni ”Projek Delivery Partner”atau PDP diperkenalkan dalam menangani projek mega MRT ini. Namun PDP juga bertindak sebagai PMC atau ’Project Management Consultant’ dan juga selaku ’Turnkey Contractor’nya. Apabila penulis bertanya Menteri JPM semasa penggulungan, beliau segera menjawab bahawa Gamuda-MMC hanya akan diberikan projek pembinaan terowong kerana kepakaran mereka.

Persoalan paling besar yang perlu dijawab kerajaan ialah mengapa cadangan Gamuda-MMC ini dipersetujui terlalu pantas dan tergesa-gesa. Benar, Gamuda-MMC mungkin punya pengalaman dalam hal-hal tertentu seperti kerja-kerja terowong. Mungkin juga mereka punya kekuatan kewangan yang mantap dan kukuh yang tidak dipertikaikan.

Tetapi untuk menganugerahkan projek mega ini perlu penelitian bahkan pembida-pembida lain juga bersedia membida dan harga yang lebih kompetitif. Mungkinkah perlu digunakan kaedah ”Swiss Challenge” – satu mekanisme dalam membida projek infrastruktur mega, contohnya dalam projek ’Landasan Berkembar, sedikit waktu dahulu?

Lagi pun terlalu banyak isu yang masih belum selesai termasuk pertikaian tentang kos, kapasiti serta alignment dan design jalan dan tren MRT itu sendiri termasuk kesan impak alam sekitar dsbnya. Inilah ulangan kesilapan yang diingatkan M Shanmugam, tetapi kesemua bakal berulang tampaknya.

Ketika penulis selaku Ahli Parlimen Kuala Selangor membangkitkan tentang ’cost overrun’ atau ’kos lebihan’ satu penyakit lama yang mencirikan semua projek mega kerajaan BN terutamanya Bakun, Menteri segara menjawab bahawa ia akan ditanggung oleh Gamuda-MMC selaku PDP. Mudah dan yakin sangat bunyinya.

Sayugia dingatkan bahawa mengikut kajian Professor Flyvberg dari Oxford University, bahawa ’cost overrun’ dalam pengalaman membina MRT di seluruh dunia ialah 30-40% dari kos asal. Mampukah ditanggung oleh PDP?

Ini satu jumlah yang besar dan adakah Gamuda-MMC sanggup ataukah terpaksa sanggup kerana hendakkan projek tersebut, tetapi lepas ’kos berlebihan’ membelon maka ia akan kembali diselamatkan atau ’bailout’ oleh wang rakyat mengulangi tabi’at lama hampir semua projek mega kerajaan BN.

Seperkara lagi yang penulis bangkitkan ialah tentang projek penambahan LRT Kelana Jaya dan Ampang yang telah pun diwawarkan sedikit waktu dahulu, yang kini telah dipintas oleh MRT.

Pendeknya projek ini yang bakal menelan belanja RM7 bilion tiba-tiba menjadi sepi dan tak menentu selepas pusingan pertama – ’prequalification round’ dibuat bagi mengenalpasti syrarikat-syarikat yang membida secara terbuka.

Projek penyambungan LRT Kelana Jaya akan menelan belanja RM3.6 bilion untuk kedua-dua fasa 1 dan 2 sepanjang 9.2 km dan LRT Ampang menelan belanja RM3.4 bilion dan menyambung sepanjang 7.4 km.

Persoalan yang penulis bangkit ialah mengapa tiba-tiba senyap dan tiba-tiba dipintas oleh MRT Sungai Buloh-Kajang? Ini yang peliknya semacam ada pihak yang menjadi ’boss’ yang menentukan arah kerja atau keutamaan SPAD.

Bukankah SPAD diberi tanggungjawab menyusun dan merangka satu sistem pengangkutan awam darat yang integrated dan punya ’connectivity’ dalam semua sistem darat itu?

Amat malang sekali belum pun SPAD merumuskan satu ’blueprint’ untuk pengangkutan awam seluruhnya, Gamuda-MMC telah siap dengan cadangan MRT SB-K. Lebih mengejutkan apabila dikatakan bahawa projek akan bermula pembinaan pada 16 Julai tahun ini.

Sebuah badan bukan kerajaan, NGO yang memfokas bidang kerjanya terhadap pengangkutan awam serta memuatkan seluruh penyelidikan, forum dan perbincangan tentang pengangkutan awam dalam sesawang mereka di www.transitmy.org.

Cukup baik, bermaklumat dan profesional. Pelbagai cadangan mereka senantiasa meletakkan rakyat pada perhitungan utama yakni dengan izin, ’rakyat-centric’sementara tidak mengabaikan matlamat untuk membina sebuah sistem pengangkutan awam yang ’integrated’ dan punya ’interconnectivity’ seluruh jenis pengangkutan awam termasuk bas secara berkesan dan efisien.

Bolehkah kerajaan BN belajar dari kesilapan? Katanya ”Era kerajaan tahu semua telah berlalu”. Bukan begitu ke?

Dipetik daripada blog Dr Zulkefly Ahmad

Video Seks: pandangan rakyat biasa

http://4.bp.blogspot.com/_pyXIaQ1YVyA/TPjkJFJbuqI/AAAAAAAAAsw/BFDTN05ijLU/s1600/rakyat.jpg
Dok ingat tak mau nak ulas isu video seks Dato T yg tengah jadi isu hangat sekarang ini, tapi mengenangkan isu ini suka ka tak suka pasti akan termasuk dalam senarai sejarah terburuk Negara selain isu Liwat Part-One hari itu, maka saya catatkan lah juga di sini sebagai journal di blog peribadi untuk rujukan sendiri di masa mendatang.

Bukannya apa, sejak semalam lagi saya dok dapat SMS bertalu-talu daripada kawan baik saya, si Apit yang dok buat bendang full time kat Paya Ketiau, Padang Serai Kedah sana nu. 1001 macam maki hamun dan carut marut yang Apit lontarkan; tak puas hati sungguh Apit; walaupun dalam paper depa dok kata bukan UMNO yang buat, tapi Apit bubuh semuanya atas UMNO.

Berbakul-bakul Apit dok SMS maki hamun dan mencarut kat UMNO, tak larat saya nak delete. Entahlah, tak tau lah apa yang Apit marah sangat kat UMNO ini, sedangkan Menteri dah kata UMNO bukan ada mengena pun dengan penayangan filem lucah itu.

Sebetulnya, saya pun agak hairan jugak, awat la Apit marah sangat, sedangkan Apit yang saya kenali – walaupun orang pas – tapi cukup tak berkenan dengan PKR, terutama si Anwar Berahim itu. Saya ingat lagi waktu PRK Permatang Pauh hari tu, tak puas sungguh Apit kat saya bila saya pi tolong PKR berkempen kat sana. Apit kata, hang dok pulun apa, PKR tu 2x5 ja dengan UMNO, buat penat aja, satgi depa lompat macam tu saja*.
*(Yang ini Apit betoi, baru-baru ini YB Parlimen dia si Gobala dah pun melompat pi)

Makna kata, Apit bukannya ada special feeling sangat dengan PKR ini, bagi dia PKR dan UMNO sama saja. Lantaklah nak jadi apa pun kat dua parti ini, Apit tarak nak peduli punya. Tapi, kali ini bila mai tang Video Seks Dato T ini, Apit marah pulak kat UMNO; patutnya biaq pi la PKR lwn UMNO, dok senyap-senyap sudahlah, bukannya ada mengena pun dengan dia.

Bila saya SMS balik tanya awat yang dia naik angin sangat sampaikan tak berenti-renti dok hantaq SMS tu, sampaikan org rumah saya pun dah naik cuak makwe manalah dok SMS saya tu; Apit reply balik, dia kata:

“Geram hang tau dak...anak aku hat drjah 4 tu besar dlm perskitaran seks...babi btoi !! td dia dah mula tanya apa dia VCD Seks dato T...anakharamjadahbabisialdajeylahanaatpiraun ameno ni..”

Tu dia haih, marah sungguh Apit!!

Pikiaq pikiaq sekali, nak tergelak jugak, apalah salah UMNO dalam kes Video ni.

Walaupun dari segi politik: dari kacamata parti pembangkang, video ini ada baiknya juga,kerana walaupun bukan UMNO yg terlibat tapi cuma seorang dua ahlinya saja (kata Menteri UMNO), tetapi kemunculan Video ini telah menimbulkan tanggapan buruk masyarakat khususnya orang-orang atas pagar terhadap UMNO, dan dalam masa yang sama berjaya mengekalkan orang-orang seperti Apit untuk terus tidak mengundi UMNO dalam pilihanraya akan datang.

Namun begitu, segi MORAL masyarakat, memang tak bagus sungguh sebab ianya bukan setakat menyusahkan mak bapak untuk explain kpd anak-anak kecik tetapi juga menimbulkan satu trauma dalam masyarakat Melayu kita bila benda-benda taboo macam ini dah jadi berita utama TV dan juga muka depan akhbar arus perdana.

Dari sudut lain pulak , walaupun bukan UMNO/BN yang terlibat, tetapi secara tak langsung parti UMNO khususnya BN dah berjaya score satu point free kat sini. Seorang sahabat saya berbangsa Cina kat tempat kerja, bila meletup saja cerita ini dalam internet dan akhbar the STAR serta paper Cina, terus dia mai jumpa saya tanya apa cerita.

Saya bagi ceramah kat dia dekat setengah jam, cerita pasal UMNO, Ketuanan Melayu, PKR, PAS dan sejarah semasa politik Negara khususnya politik bangsa Melayu. Saya kata PKR dilihat oleh Ultra-Nasionalist Melayu sebagai ancaman besar kepada kesinambungan Ketuanan Melayu di bumi Malaysia, lalu at whatever cost PKR khususnya pemimpin utamanya di Anwar Berahim mesti disingkirkan dengan apa cara sekali pun. Mereka melihat perjuangan itu umpamakan satu JI-HAD besar yang perlu dimartabatkan.

Saya cerita juga apa beza PAS , UMNO dan PKR dalam konteks perjuangan politik bangsa Melayu era kini. Di akhirnya saya merumuskan bahawa bawa mai lah apa Video sekali pun, org-org PAS dan PKR tak akan mudah ditipu punya. Saya kata, secara peribadi, walaupun belum tengok pun Video itu, saya yakin itu semua adalah satu lagi fitnah politik dalam agenda besar untuk menjatuhkan DSAI untuk buat kesekian kali.

Saya kata, DSAI sendiri dah nafikan yang pelakon bogel dalam video itu adalah dirinya.

Nak tau apa sahabat Cina saya ni jawab? Dia kata:

"Ya lah, dulu waktu Tape Linggam dulu, Linggam juga ada kata it looks like me, it sounds like me, but it was not me – Nampak mcm saya, bunyi mcm saya tapi itu bukan saya".

Terpana sekejap saya; tak sangka rupanya berita Video Seks itu walaupun baru sehari hangat di pasaran sudah berjaya mempengaruhi sahabat saya ini. Rasanya kalau 44 kali diulang tulis dalam the STAR atau pun diulang sebut kat berita RTM dan Media TV, nanti lebih ramai lagi yang akan tersihir seperti rakan saya itu. Bila waktu itu, tiba-tiba UMNO isytiharkan PRU13, rasanya mudah saja UMNO/BN balun UNDI.

Leceh benarlah kalau UMNO menang undi disebabkan Video Seks yang belum terbukti ini.
Tak gentlemen langsung.

Akhir kata, tak pastilah sama ada barisan pimpinan UMNO sedar atau pun tidak, rakyat biasa kat bawah ini dah meluat sangat dah dengan berita-berita Liwat, Video Lucah dan sebagainya ini dijadikan berita utama Radio TV dan muka depan Akhbar.

Bolehlah buat kalau sebab nak dapat Undi, tapi kalau betul-betul UMNO adalah sebuah parti yang professional dan ber-etika tinggi, elok benarlah nyahkan depa-depa yang berkenaan keluar UMNO, suruh depa buat parti sendiri, bubuh nama Parti Melayu PORNO ka United Malay Porno ka apa. Kalau tidak jangan salahkan masyarakat kalau depa dah mula kaitkan UMNO dengan pertubuhan baru, Parti Melayu PORNO ini!

Entahlah apalah nak jadi dengan bangsaku.

Mudah-mudahan Tsunami tak mai melanda kita!!

moniermatdin@yahoo.com
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com

Mahfuz bersama Ketua UMNO Pokok Sena Datuk Lebai Sudin...!!

Dengan Dtk Mat Lebai Sudin ketua umno Pokok Sena di majlis merai pengantin anak JKKP kpg Pndok Lama kpg bkit Naka. [dari tweeter]

Sejarah Eskay dengan Anwar rupa-rupanya banyak demdam kesumat..!!

Eskay Ke Thailand Kumpul Bahan Jatuhkan Anwar, Kata Mahti



















[ADS] Rahsia Misteri Telah Terbongkar!


Ahli Perniagaan Shazryl Eskay dikatakan membuat perancangan untuk mengumpul bahan tertentu di Siam dalam usaha untuk membalas dendam terhadap Anwar Ibrahim, kata seorang bekas pegawai polis yang pernah rapat dengan beliau.

Mohamad Mahti Abdul Rahim berkata pada 8 Mac, Eskay memberitahunya bahawa beliau menyalahkan Anwar terhadap saman RM20 juta ringgit yang didengar di mahkamah berhubung komisyen projek Jambatan Bengkok.

“Saya telefon dia (Eskay) pada 11 Mac. Dia marah-marah (mengatakan) Datuk Seri Anwar tak guna, Datuk Seri Anwar dah curi duit kita, saya akan buat dia sampai jatuh. Saya nak balik pi (pergi) Siam, nak kumpulkan bukti-bukti nak jatuhkan Datuk Seri Anwar,” kata Mahti.

Eskay adalah bekas Konsul Thailand di Malaysia dan dilaporkan mempunyai jaringan kenalan yang luas di negara jiran itu.

Pada 21 Mac lalu, Eskay menayangkan sebuah video seks lucah yang didakwanya merakamkan Datuk Seri Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di Kuala Lumpur.

Video 21 minit itu, menurut Eskay dirakam sebulan lalu. Anwar menafikan beliau adalah orang berkenaan dan membuat laporan polis serta mengemukakan bukti catatan twitter dan facebook beliau untuk membuktikan rakaman itu adalah fitnah licik Umno.

Selain Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bendahari Perkasa Shuib Lazim turut bertanggungjawab di atas penayangan video lucah itu.

Mahti adalah bekas pengawal peribadi Tan Sri Megat Junid Megat Ayob di antara tahun 1984 hingga 2000.

Beliau memperkenalkan Eskay kepada Allahyarham Megat Junid yang kemudian memperkenalkan beliau kepada Tun Mahathir Mohamad dan Anwar.

Mahti berkata beliau ditawar imbuhan RM500,000 oleh Eskay awal Mac untuk menjadi saksi dalam kes samannya terhadap Syarikat Merong Mahawangsa.

Sangsi dengan sogokan yang ditawar itu, Mahti mahu membuat surat perjanjian namun Eskay tidak bersetuju.

“Dia (Eskay) kata pada saya, Abang Mat boleh tolong saya jadi saksi tak kes ini? Saya tanya nak jadi saksi macam mana sebab saya bukan tahu kes ini macam mana. (Eskay berkata) Abang Mat cuma jadi saksi bahawa Abang Mat tau yang saya rapat dengan Tan Sri Megat Junid,” kata Mahti.

“(Eskay kata) kalau kes ini menang saya bagi Abang Mat RM 500,000. , “ tambah beliau.

Mahti berkata beliau dibawa berjumpa dengan bendahari PERKASA, Datuk Shuaib Lazim yang juga dikatakan rakan perniagaan Eskay pada 8 Mac.

Shuib kemudian meyakinkan Mahti bahawa beliau tetap akan mendapat imbuhan berkenaan jika Eskay menang kes itu dengan keseluruhan pampasan bernilai RM40 juta, menurut Mahti.

Eskay sebelum ini menfailkan saman terhadap syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Datuk Yahya A. Jalil kerana mendakwa beliau tidak dibayar RM20 juta sebagaimana dijanjikan, setelah mendapatkan projek Jambatan Bengkok di Johor untuk Syarikat Merong Mahawangsa.

Mahti berkata seorang peguam yang mewakili Eskay dalam kes saman itu menghubunginya semalam setelah beliau mendedahkan dendam Eskay terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam itu meminta Mahti tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut kerana bimbang ia akan "mengganggu" keputusan kes saman Eskay.

Semalam Mahti membuat pendedahan bahawa Eskay menyimpan dendam terhadap Anwar Ibrahim dan bertekad untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang itu.

Mahti berkata Eskay memberitahunya bahawa beliau amat marah kerana Anwar enggan memberi keterangan dalam sebuah kes tuntutan saman membabitkan ahli perniagaan itu.

Eskay adalah seorang daripada tiga Datuk T yang mendalangi fitnah video lucah untuk dikaitkan kepada Anwar sejak Isnin lalu.

Selain Eskay, turut terbabit adalah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuaib yang dikatakan penasihat kepada syarikat baja milik Eskay.

Mahti semalam menyifatkan Eskay sebagai 'Si Kitol' - watak dalam Sejarah Melayu sebagai watak yang menabur fitnah dan pandai mengadu domba sehingga menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka.- tvs

Video Sex : Menyanggah artikal UTUSAN hari ini... Nah Jawapannya.. siap gambar dari facebook lagi...

Di mana Anwar pada 21 Febuari 2011? Ini jawapannya

Sebelum ini blog MiLo SuaM sudah mendedahkan satu fakta alibi yang membuktikan bahawa pada malam 21 Febuari 2011 yang lalu, di saat video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim dirakamkan sekitar pukul 22:23 sehingga 22:45, facebook Anwar menunjukkan bahawa beliau sedang rancak berborak dengan peminatnya, sila rujuk sini [Facebook Anwar].

Namun apa yang menariknya, Utusan Malaysia selaku akhbar rasmi yang suka memperbodohkan rakyat, hari ini mempersoalkan ke manakah menghilangnya Anwar Ibrahim selama dua jam? Iaitu dari pukul 9:20 hingga 11.38. Berbekalkan fakta songsang blogger pencacai gerombolan songkok tinggi, Utusan sanggup merendahkan kredibilitinya sebagai akhbar arus perdana. [Utusan]

Di bawah ini 10 rakaman bukti-bukti bahawa Anwar Ibrahim sedang berfacebook pada saat yang dikatakan oleh Utusan kononnya Anwar menghilangkan diri selama 2 jam. Jelas sekali Utusan Malaysia tanpa segan silu membuat fitnah.

Anwar Ibrahim dilihat ada mengemaskinikan akaun Facebooknya pada 21 Febuari 2011 pukul [10:40] ,[10:49], [10:50],[10:52],[10:58],[11:02],[11:03],[11:03],[11:05], dan [11:08]. (sila klik link-link yang diberikan untuk melihat sendiri bukti di Facebook Anwar Ibrahim). Jelas sekali Utusan Malaysia sengaja memfitnah untuk memperbodohkan rakyat.


ReJaM© "Utusan Malaysia dan Fitnah bagaikan aur dengan tebing"

Sejarah Daeng Perani diperingati

http://wartakedah.net/images/stories/MAC2011/dscn3780.jpg

SUNGAI PETANI, 14 Mac - Sejarah telah mencatatkan Empayar Kesultanan Melayu Kedah pernah bergoncang apabila takhta pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778) cuba direbut oleh adindanya dengan bantuan Raja Kecil dari Siak pada tahun 1722 Masihi.

Namun tampok pemerintahan berjaya diambil semula Sultan Muhamad Jiwa dengan bantuan ketenteraan pahlawan Bugis yang tersohor handal iaitu Upu Daeng Perani.

Ini diberitahu Ahli Dewan Negara YB Senator Zambri Yusof di majlis pelancaran dan perasmian artifak-artifak sempena lawatan Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz ke makam Upu Daeng Perani.

Katanya lagi, perebutan takhta tidak terhenti setakat itu, dua tahun kemudian Sultan Kedah terpaksa memanggil sekali lagi pahlawan Upu Daeng Perani bagi memerangi adindanya yang berniat menggulingkan pemerintahan baginda. Kedatangan kali kedua ke Kedah telah mengundang padah apabila Upu Daeng Perani telah terkorban dalam pertempuran yang berlaku sekitar Pinang Tunggal.

Ketika itu kawasan Pinang Tunggal dan seluruh Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada negeri Kedah.

“Peristiwa tragis ini berlaku 300 tahun dahulu dan pada tahun 2007 barulah makam Upu Daeng Perani ditemui dan disahkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah setelah diadakan beberapa forum serta seminar mengenainya,” katanya di hadapan 250 penduduk kampung itu.

Beliau yang mewakili Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan YB Dato’ Dr hamdan Mohamed Khalib berkata, lawatan YTM Tunku Puteri ke makam berkenaan memberi kesan mendalam kepada penduduk Kampung Ekor Lubuk, Mukim Sidam Kiri yang dahulunya dikenali sebagai Kampung Teluk Bagan.

“Kesudian YTM Tunku Puteri memijak kaki ke kampung ini telah memberi kesan yang mendalam serta seribu rahmat kepada seluruh penduduk kampung Ekor Lubuk serta kampung-kampung berdekatan.

“Berdasarkan jasa mengembalikan singgahana takhta Sultan Muhamad Jiwa telah mengahwinkan Upu Daeng Perani dengan adindanya yang bernama Tunku Aishah dan kampung itu wujud dan diterokai oleh keturunan ini.

“Ini adalah petanda baik bagi seluruh penduduk kampung yang selama ini menjadi rakyat negeri Kedah yang hanya menatap wajah YTM Tunku Puteri di kaca televisyen dan dalam akhbar-akhbar, bagi seluruh penduduk kampung mereka sangat berbesar hati kerana dapat bersalaman menatap wajah YTM Tunku Puteri yang menjadi kesayangan seluruh rakyat jelata,” katanya.

Walaupun ketika majlis pertemuan dengan penduduk kampung berlangsung, dengan tidak semena-mena hujan turun mencurah-curah namun mereka sama sekali tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing.

Selepas merasmikan barangan artifak tinggalan Upu Daeng Perani, YTM Tunku Puteri diiringin Pengerusi Perasatuan Keturunan Upu Daeng Perani Cik Roshazliza Abdul Razak melawat makam.

Pengarah Lembaga Muzium Kedah Encik Suhaidi Shukri yang turut hadir pada majlis itu berkata, sejarah kepahlawanan Upu Daeng Perani tercatat dalam buku Tuhfat Al-Nafis dan Syair Duka Nestapa karangan Sultan Ahmad Tajudin Mukaram Shah.

Katanya, makam ini ada pontensi sebagai tempat sejarah dan pelancongan sekiranya sejarah ini ditulis di papan kenyataan untuk tatapan pelawat.

“Selama ini orang ramai terutama generasi hari ini kurang pengetahuan mengenai negeri Kedah sekiranya tidak ada pendedahan seperti ini dilakukan,” katanya.

Ahli Majlis Fatwa perjelas kenyataan

SHAH ALAM - Ahli Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh, menafikan beliau mengatakan menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah menyimpang amalan Rasulullah SAW.

Sebaliknya beliau berkata, akad nikah di masjid bukan amalan Rasulullah SAW dan pasangan yang mahu bernikah boleh memilih lokasi lain, selain masjid.

Menurutnya, perkara itu timbul selepas seorang imam memberitahunya dalam satu mesyuarat di mana beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Masjid Putra, Kangar, berkenaan pasangan bakal pengantin yang mahu mengadakan akad nikah di masjid.

”Saya kata tidak perlu buat di masjid kerana di mana-mana pun boleh selagi cukup syarat nikah.


“Kemudian, saya jelaskan kalau selalu buat di masjid, kemungkinan akan menjadi upacara bertentangan ketika zaman Rasulullah SAW sebab Baginda tidak pernah buat akad nikah di masjid,” katanya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataannya sebelum ini dikatakan bernikah di masjid menyimpang dari amalan Rasulullah SAW.

Menurutnya, beliau menerangkan bahawa Rasulullah tidak pernah buat perkara itu di masjid, jadi buat apa dilakukan tetapi tiada masalah mengenainya kerana Rasulullah tidak pernah melarang bernikah di masjid.

Kedah - Curi motosikal meningkat

ALOR SETAR - Kadar jenayah kecurian motosikal di negeri ini terus menunjukkan peningkatan ketara sebanyak tiga peratus bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini berbanding tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, kes kecurian motosikal dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini bermula 1 Januari hingga 24 Mac terus mencatatkan jumlah peningkatan tertinggi iaitu meningkat sebanyak 32 kes daripada 1,102 tahun lalu kepada 1,134 kes.


“Bagaimanapun kita berjaya menurunkan indeks jenayah keseluruhan sebanyak 8.5 peratus iaitu penurunan sebanyak 255 kes jenayah berbanding 3,002 kes bagi tempoh dua bulan pertama tahun lalu namun jenayah curi motosikal sukar dikurangkan berbanding jenayah lain.

“Kita akan melakukan pelbagai usaha berterusan bagi memastikan jumlah kes kecurian motosikal di negeri ini dapat dikurangkan dan pemilik motosikal perlu meletakkan kunci tambahan pada motosikal mereka untuk mengelak dari dicuri,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perhimpunan Sambutan Hari Polis Ke-204 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, semalam.

Pada majlis itu, Abdul Ghafar turut menyampaikan sijil anugerah penghargaan kepada 63 orang pegawai polis dan juga kakitangan awam polis dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang menunjukkan prestasi yang baik dalam melaksanakan tugasan mereka.

Sementara itu, beliau berkata, antara jenayah yang menunjukkan penurunan adalah jenayah jalanan menurun sebanyak 30 peratus iaitu 95 kes berbanding 349 kes tempoh dua bulan tahun lalu.

“Bagi kes samun berkawan tanpa senjata api menurun sebanyak 13 kes iaitu kepada 128 kes berbanding 147 kes tahun lalu.

“Kes samun tanpa senjata api pula mencatatkan penurunan 31 kes berbanding 63 kes tahun lepas. Manakala bagi jenayah ragut pula menurun kepada 32 peratus iaitu kepada 49 kes tahun ini berbanding 94 kes tahun sebelumnya,” katanya.

Bagi jenayah kekerasan pula, Abdul Ghafar berkata menurun kepada 78 kes iaitu daripada 520 kes tahun lalu kepada 442 kes tahun ini.

Jenayah harta benda pula menurun sebanyak 8.5 peratus atau 249 kes iaitu daripada 2,909 kes kepada 2,660 kes tahun ini.

Dalam perkembangan lain, katanya, mayat seorang lelaki berbangsa Cina yang ditemui di lereng bukit Gunung Jerai pada hari Isnin, 21 Mac telah diserahkan kepada keluarganya kelmarin dan siasatan lanjut sehingga kini masih dijalankan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...