TERKINI :

Saturday, March 26, 2011

Menjawab UTUSAN HAPRAK... kemana hilangnya ANWAR...

Video seks: PKR kecam laporan Utusan dakwa Anwar 'hilang' hampir dua jam

March 26, 2011

KUALA LUMPUR, 26 Mac — PKR menafikan dan mengecam laporan Utusan Malaysia edisi hari ini, yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim 'hilang' kira-kira dua jam pada 21 Februari lalu — hari aksi seks melibatkan pemimpin pembangkang dengan pelacur asing dirakamkan, sebagai "satu fitnah."

Pengarah Strateginya Mohd Rafizi Ramli berkata, laporan itu berniat jahat, yang hanya bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan ke atas Anwar dan Pakatan Rakyat.

"Ia tidak berasas dan hanya memetik satu penulisan blog seorang pimpinan bawahan Pemuda Umno yang diketahui umum sering menimbulkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata beliau, tembelang Utusan Malaysia yang melambangkan rendahnya kawalan mutu kewartawanan terdedah apabila ia menyiarkan dakwaan blog tersebut bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak membuat sebarang pesanan tweet ke akaun Twitternya kononnya pada masa rakaman itu berlaku.

Dalam kenyataan itu, beliau turut menyertakan bukti dari petikan skrin akaun Facebook Anwar menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya pada 21 Februari lalu, iaitu:

- 1040 malam: "Inshaallah"
- 1049 malam: "That's dsNajib's plan. Our task: pursue reform agenda"
- 1050 malam: "Varsity students: Conscience of the majority"
- 1052 malam: "Modus operandi of rogue leaders"
- 1058 malam: "Bisa"
- 1103 malam: "Waras"
- 1103 malam: "Ada ruang bias ja"
- 1105 malam: "Ngak. Tapi ada sampaikan kuliah diUGM"
- 1108 malam: "RT @gst183 Revolution is the festival of d oppressed"

"Masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat 'Selective Tweets'. 

"Oleh yang demikian, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar sembilan pesanan ke akaun Twitternya di antara pukul 10.38 hingga 11.06 malam," kata Rafizi lagi.

Katanya, pada masa itu jugalah iaitu antara 10.20 hingga 10.41 malam kononnya seorang yang mirip dengan wajah beliau dirakam sedang melakukan hubungan seks di sebuah bilik.

"Semua laporan setakat ini oleh mereka yang telah menonton rakaman tersebut tidak menyebut mengenai si pelaku sedang melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan ke akaun Twitter," jelas beliau.

Malah Rafizi juga berkata pesanan-pesanan yang dihantar dan dilampirkan disini juga jelas adalah pesanan yang dibuat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut-pengikutnya yang diketahui umum.

"Oleh yang demikian, mustahil si pelaku yang dirakam di dalam video adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Rafizi berkata mereka mendakwa bahawa ada perbezaan masa di antara laman Facebook dan laman Twitter iaitu pesanan yang dirakam di laman Facebook adalah sejam lebih lambat dari masa di laman Twitter.

Justeru katanya, ia adalah pembohongan besar yang direka-reka semata-mata kerana sudah jelas bahawa Anwar berada di rumah dan berinteraksi melalui Twitter pada masa yang didakwa.

"Saya sertakan dua petikan skrin yang diambil dari laman Twitter dan Facebook Datuk Anwar yang menunjukkan bahawa pesanan yang dibuat melalui laman Twitter akan dihantar ke laman Facebook dua minit kemudian.

"Maka, pesanan yang dibuat pada pukul 12.22 tengah hari 26 Mac 2011di laman Twitter mengenai rakaman penuh pidato Datuk Seri Anwar di Taman Melawati dicatat waktunya sebagai 12.24 tengah hari 26 Mac 2011 di laman Facebook," katanya lagi.

Oleh itu kata beliau, penjelasan-penjelasan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya Utusan Malaysia yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa, asal dapat menyebarkan dakyah tuan punyanya iaitu Umno.

"Dengan pendedahan ini, PKR mendesak Utusan Malaysia memohon maaf dan sekiranya enggan berbuat demikian, PKR akan mempertimbangkan tindakan lanjut untuk diambil terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog Umno tersebut," katanya.

Dalam laporannya, Utusan Malaysia mempersoalkan di mana  Anwar berada antara pukul 9.20 sehingga 11.38 malam pada 21 Februari apabila satu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China dirakamkan.

Dakwa akhbar tersebut, itu antara persoalan yang timbul apabila Anwar yang mengadakan sidang akhbar pada 22 Mac lalu menolak dakwaan yang menyatakan beliau terbabit dalam aksi video seks tersebut.

Menurut akhbar itu, penulis blog Minda Intelek Melayu (M.I.M), Dr. Novandri Hasan Basri menimbulkan persoalan yang mana pada sidang akhbar itu Isnin lalu, tidak ada seorang pun mengaku berada bersama Anwar ketika tarikh dan waktu video seks itu dikatakan dirakamkan.

"Malah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau," katanya di dalam blog http://novandri.blogspot.com.

Menurut Datuk T yang mendedahkan rakaman video seks Isnin lalu ia dirakamkan di sebuah hotel di ibu negara pada 21 Februari lalu.

Depa Tangkap Ka Pie Makan Angin..???

Video seks: Ada tangkapan atau tidak?

Walaupun polis telah bertindak bagi menyiasat saga pita video lucah yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang, namun kekeliruan terus berlegar sama ada, ada pihak yang ditangkap.

NONEBukan satu rahsia lagi, bekas ketua pemuda Umno yang juga bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah memberikan kenyataan mereka kepada polis selama lima jam pada malam Khamis yang lalu.

Bendahari PERKASA, Datuk Shuaib Lazim - anggota ketiga kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai 'Datuk T' yang mendalangi pendedahan video seks itu kepada wartawan memberi keterangannya, semalam.

Mereka disiasat selepas menayangkan video seks yang menyaksikan seorang lelaki sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di sebuah bilik kepada wartawan terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur, Isnin lalu

seri carcosa 5.jpegBagaimanapun, portal berita the Star melaporkan adalah dipercayai dua lelaki ditahan berhubung siasatan seks itu dan beberapa jam kemudian mengemaskini berita tersebut dengan menamakan Rahim dan Eskay sebagi mereka yang ditahan itu.

Dalam perkhidmtan SMS, mereka kemudian melaporkan pula kedua-dua mereka kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis.

Akhbar harian Inggeris milik MCA itu kemudiannya memetik Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Ghazali Md Amin bahawa tiga orang telah ditangkap, pada versi sebelam malamnya. Akhbar harian Cina, Sin Chew menjejaki berita itu dan menyiarkannya di halaman utama.

NONEsin chew sex tape datuk t arrestedBagaimanapun edisi cetak the Star hari ini pula melaporkan hanya dua orang ditangkap tetapi mereka bukan Rahim mahupun Shazryl Eskay.

Tiada tangkapan?

Kedua-dua Rahim and Shazryl Eskay, semalam telah menafikan bahawa mereka ditangkap polis sambil berkata mereka tidak menandatangani sebarang dokumen kecuali kenyataan yang dirakamkan.

Kedua-dua mereka juga melahirkan rasa terkejut apabila diberitahu the Star melaporkan bahawa mereka ditangkap sambil berkata pihak polis langsung tidak menyebut perkara itu kepada mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar juga gelak berhubung laporan bahawa Rahim dan Shazryl Eskay telah ditangkap.

NONE"Semalam kita panggil dua daripada mereka untuk diambil kenyataan. Kalau tahan mereka tetapi tidak cukup bukti, esok orang gelakkan polis nanti," katanya kepada Bernama.

Sehingga berita ini ditulis, tiada pengesahan mengenai sebarang tangkapan.

Malah ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang juga ditunjukkan video lucah berkenaan berkata dia tidak ditangkap.

Kes video seks itu kini diklasifikasikan polis untuk disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengedar bahan pornografi atau lucah.

Anwar: Apa tangkapan?

Pada ceramahnya di Taman Melawati, Kuala Lumpur, malam semalam, Anwar membidas sikap dwi standard yang diamalkan oleh polis.

NONE"The Star kata ada tangkapan. Semua ini tipu. Apa tangkapan? Mereka dibawa sekejap, kemudian dibebaskan.

"Saya salahkan Najib dan Rosmah kerana tidak berhadapan dengan saya. Orang rasuah dan penjenayah diangkat.

"Kita mahu sistem yang demokratik. Mereka mahu alih pandangan kita. Kita bukan bodoh. Sebab apa dia (Datuk T) tidak tangkap, sebab dia pencacai Umno," kata Anwar kepada lebih 1,500 hadirin.

Anwar bagaimanapun terpaksa meringkaskan ucapannya itu kerana campurtangan polis menyuraikan majlis ceramah berkenaan. [malaysiakini]

Anwar dipenjara sebelum kepenjara


Ni apa hal yang riuh rendah nih, apa yang lu orang takut sangat dengan si Anwar Ibrahim nih. Woiii... dia ceramah la berapa lama pun, takkan masuk TV3 punya. Dia ceramah la 2 hari 2 malam pun takkan masuk Utusan Meloya punya. Korang jangan bimbang la, rakyat yang bodoh takkan sokong Anwar punya... kahkahkah...

Ini yang buat gua panas ni, kes terbaru gua dengar Anwar telah dilarang berceramah lebih dari 15 minit tapi dalam 12 minit saja pentasnya dah diserbu polis atas arahan pihak atasan.


Siapa pihak atasan tu haaa?

Lebih panas lagi, Anwar saja yang korang nampak salah. Anwar tu ketua pembangkang negara bro... si Ummi Hafilda pulak hanya tukang cuci jamban rumah si Sayfool saja, tapi boleh berceramah dan diusung merata negara tanpa diganggu gugat oleh SB dan FRU....


Ceramah menangkis fitnah Umno / BN terhadap Anwar yang diadakan di pusat khidmat rakyat, parlimen Gombak, Taman Melawati mendapat beberapa ganguan sejak awal ceramah lagi. Pihak polis dan FRU dah siap berkampung kat lokasi ceramah. Mereka cuba nak menhalang ceramah dengan memberikan beberapa alasan.

Namun setelah berunding dan bertekak sikit sebanyak, akhirnya ceramah boleh diteruskan walaupun pihak polis dan FRU masih berjaga di kawasan ceramah. Polis dan FRU tetiba menghentikan ceramah Anwar atas alasan yang tidak diketahui. Penonton panas, gua yang dengar dari jauh ni pun panas.... apahal nya beb, demokrasi taik kucing luu...

Ada AMK yang ditahan atas sebab mengangu tugas polis. Woiiit... padahal polis yg gangu ceramah, Hishamuddin tak paham ka sapa ganggu sapa dalam hal nih... Ketika Anwar dipaksa secara kasar untuk turun pentas, jam belum 12 tengah malam kabarnya, masih ada setengah jam lagi. So tak pastilah sebab sebenar kenapa ceramah dihentikan tiba.... mungkin ada dari lu orang yang sakit hati kut... kahkahkah...

Sah, tugas Polis dan FRU dibawah Umno adalah menghalang ceramah Pakatan Rakyat daripada tangkap penjenayah. Insyallah, anak muda yang celik akan merubah lanskap politik tanah air kita.

Luahan Hati Nenek Pendek Terhadap Rahim ‘Perogol Budak Bawah Umur’

Berikut kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin bagi pihak ibunya Pendek binti Ahmad, nenek kepada Noryati binti Mohamad Yusop, mangsa rogol yang terlibat dengan kekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik di Hotel Belmount, Melaka ada 3hb November 1999:

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.. Cucu saya, telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.

[ADS] Ingin memasuki tajuk muka depan akhbar? Inilah peluang anda!

Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya.

Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan. Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995.

Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya. Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen.

Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya.

Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya. Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-

“Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB. Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu.”

[ADS] Ingin memasuki tajuk muka depan akhbar? Inilah peluang anda!

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik.

Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas.

Lim Guan Eng ditangkap kerana membantu mangsa yang dirogol olih Rahim Thamby Chik.lge_rahim

Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara. Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan.

Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN. Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami.

Semoga Allah S.W.T boleh memaafkan cucu saya.

Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin
Alamat: Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Melaka

Video seks Anwar: Siapa perangkap siapa?

oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Ketika menerima SMS memaklumkan video lucah seorang pemimpin kanan pembangkang ditayangkan kepada beberapa editor dan wartawan kanan akhbar di Hotel Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur, 21 Mac lalu, saya berada di rumah, sedang berbincang isu-isu kebudayaan serta masalah besar Dewan Bahasa dan Pustaka, bersama-sama tiga aktivis Paksi (Seniman Paksi Rakyat), Dinsman, Kassim Muhamad dan Hasni Abas.

Segera saya memanjangkan SMS itu kepada kartunis Zunar, sambil bertanyakan siapa tokoh berkenaan, meskipun sudah dapat mengagak satu lagi "percaturan" politik yang memualkan bakal terhidang. "Dulu mereka dah buat benda hampir sama," jawab Zunar, selepas mengesahkan Anwar Ibrahim yang menjadi target belasahan.

Sejak 1998, semata-mata demi kuasa politik, isu-isu seks yang mengaibkan telah direkayasa semahunya, dan dimuntahkan secara terbuka, dengan mengetepikan adab dan etika. Kuasa seolah-olah mewajarkan segalanya. Begitu dahsyat dan memalukan sekali apabila ia khusus membabitkan dunia politik Melayu.

[ADS] Ingin memasuki tajuk muka depan akhbar? Inilah peluang anda!

Yang sedihnya, babak-babak yang mempersudutkan orang Melayu ke penjuru yang cukup kelam itu sentiasa berkembang segar bagaikan ada sutradara khas di sebalik tabir. Apakah Melayu begitu obsess dengan kuasa sehingga sanggup menelanjangkan maruah dan kehormatan bangsa di pentas umum, hanya demi mempertahankan atau merebut sekelumit kuasa?

"Bukankah Najib sudah beri amaran akan pertahankan Putrajaya hingga ke titisan darah terakhir? Saya bimbang ini salah satu gejalanya," saya meluahkan kepada Kassim. "Cukup dahsyat!" jawabnya. "Pembunuhan watak" sudah menjadi lumrah. Dominasi politik rimba menjengkelkan sekali. Soal jenayah qazaf langsung tidak diambil peduli.

Seorang rakan lain menimbulkan: "Apa reaksi umat Islam dengan adegan ulang-tayang ini? Cukupkah sekadar menggeleng kepala sambil merungut? Tidak adakah langkah berkesan untuk menamatkannya?"

Saya cuba mencungkil kandungan video haram itu daripada wartawan Harakah yang turut diundang. Sengaja saya mengusiknya bahawa dia telah melakukan kesalahan menonton bahan terlarang di bawah Akta Penapisan Filem dan Kanun Keseksaan. Beliau langsung tidak menduga akan menonton tayangan lucah di sebuah bilik di hotel mewah (tempahannya berharga RM1,350) dengan kawalan ketat (mungkinkah anggota polis terbabit?) sebelum dibenarkan masuk.

Petang itu, selepas "menjelajah" mencari bahan berkaitan di internet, saya rasa degup jantung agar luar biasa. Dada sesak. Apabila bangun seperti mahu tumbang. Saya tidak pasti sama ada ia kesan daripada "angkara" Dato' T atau kerisauan saya dengan sisi gelap dunia siasah kita. Agak lama juga saya mengambil masa untuk kembali normal. Malamnya, saya tidak dapat menulis kolum "komentar" dalam Harakah walaupun rangkanya sudah siap.

Ingatan cepat terhimbau tragedi September 1998. Lebam mata tidak mencukupi. Semuanya mahu dilondehkan. Ia diikuti perbicaraan di mahkamah yang menyaksikan segala lendir, bulu dan tilam. Saya, seperti majoriti rakyat Malaysia lainnya, mahu episod hitam-pekat ini dikuburkan selamanya. Cukuplah keaiban bangsa diperdagangkan. Rupanya igauan buruk itu menjelma kembali ketika isu liwat masih riuh-rendah dibahaskan.

Tanpa perlu menunggu lama, beberapa kejanggalan dalam video itu dapat dikesan. Anwar dikatakan mempunyai alibi yang kukuh terhadap masa adegan seks itu dirakam. Keraguan lain turut dibangkitkan, termasuk bentuk fizikal "Anwar".

[ADS] Ingin memasuki tajuk muka depan akhbar? Inilah peluang anda!

Malam itu, melalui siaran berita TV, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein dalam satu sidang media bersama Ketua Polis Negara, Ismail Omar selain menafikan penglibatan polis dengan video itu, sudah "menghukum dan mengecam" Anwar. Beberapa bekas Ahli Parlimen KeADILan yang "khianat" pula, dan yang paling jelas, Zulkfli Nordin, tanpa segan-silu mengesahkan Anwar terbabit (melanggan pelacur) seraya menyeru agar Ketua Pembangkang itu bertaubat.

Sepatutnya Hisham menangguhkan dulu kenyataan politiknya sebelum siasatan lanjut dibuat. Apakah beliau sudah menonton rakaman lucah itu sehingga berani membuat kesimpulan? Sebagai menteri yang menjaga hal ehwal polis, beliau sepatutnya melihat daripada sudut keselamatan negara dan aspek undang-undang yang telah dilanggar.

Melihat mudahnya dakyah terbaru ini disanggah, agak ramai yang mula berbicara tentang konspirasi baru di sebalik video berkenaan. Ada yang merasakan pihak dalaman Umno sendiri yang mahu mensabotaj Najib Razak. Soalnya, jika terbukti nanti pimpinan tertinggi Umno mendalangi pembikinan video itu, maka yang bakal menerima padahnya bukan sekadar Najib, tetapi BN seluruhnya.

Berita TV 22 Mac pula menyiarkan kenyataan terbaru Zulkifli dan rakan karibnya Zahrain Hashim. Sudah terbalik. Seperti KeADILan pula yang dituduh "merekayasa" video itu bagi mengalih tumpuan umum kepada isu DNA. Dalam blognya, Dr Khir Toyo merakamkan: "Justeru, apakah kita mahu menolak kemungkinan video ini merupakan satu strategi politik Pakatan Rakyat membersihkan Anwar?"

Banyak lagi yang dapat kita saksikan aksi-aksi menarik (dan pelik) dalam tempoh terdekat ini.

Ketika mahu mengakhiri tulisan ini, saya menerima SMS Kassim: "...Apakah kita masih diam, bisu dan lihat semuanya berlaku di depan mata kita? Orang-orang ini mesti kita kita sanggah, tentang dan halau .... Saya rasa betapa aibnya jadi Melayu. Dah tak tahan lagi."

Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara: Pengakuan Jurublog UMNO




Saya petik:
PENGAKUAN ANUAR MOHD NOR 
Ada kalanya keghairahan menyebabkan kita hilang pertimbangan. Kemarahan melampau merugikan. Tindakan terburu-buru juga akan membodohkan dan yang paling dahsyat ialah rangkuman kesemua ini, keghairahan, kemarahan dan tindakan terburu-buru menyebabkan kita melakukan kesilapan yang akhirnya menjadi satu penyesalan.

Hari ini ramai yang membicarakan sama ada video itu benar – melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pendedahan demi pendedahan dilakukan. Persoalan Datuk T sama ada Trio atau hanya individu kembali wujud dengan pendedahan Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul. Mereka semua dipanggil pada hari pertama menonton secara eksklusif dan berbual dengan Datuk T dan Tan Sri Rahim Thamby Chik. 

Benar persoalan yang mahu ditanya adalah BENARKAH ANWAR IBRAHIM ORANG YANG TERLIBAT DALAM VIDEO ITU? Semakin ghairah persoalan itu. Mereka yang dipanggil pada petang/malam 21hb March 2011 – setakat ini membuat pengakuan bahawa orang dalam video itu BUKAN ANWAR IBRAHIM. Mereka yang melihat video itu dan berbual secara peribadi dengan Rahim Tamby Chik pada hari tersebut adalah Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul – kedua-duanya dari PKR.  Dalam kenyataan Badrul Hisham Shaharin ada seorang BLOGGERS UMNO yang mengikutinya untuk menonton video lucah Carcosa itu. Beliau tidak mahu menyeret bloggers UMNO tersebut dan tidak mahu menyusahkannya. Apabila diajukan soalan siapa dia, BADRUL HANYA MENJAWAB TUNGGU DIA BERITAHU SENDIRI. Satu tindakan baik dan amat dihormati. Siapa bersama Badrul Hisham  pada 21hb March 2011 yang menonton video itu dan bukan kalangan PKR tetapi UMNO ? Saya perlu menyatakan bahawa orang yang dikatakan bersama Badrul Hisham Shaharin, merujuk kepada kenyataan media beliau - yang beliau rujuk sebagai : BLOGGERS UMNO itu adalah saya sendiri! 

Saya telah diajak oleh Badrul Hisham Shahrin menghadiri panggilan Datuk T ke Shangrila pada malam 21hb March 2011. Mungkin sayalah seorang blogger UMNO, ahli UMNO yang dapat menonton video lucah Carcosa pada hari video itu didedahkan. Mungkin itulah sebabnya saya katakan pada awal tulisan ini – ada kalanya keghairahan itu merugikan dan menyulitkan.

Mungkin tidak menonton lebih baik dari menonton. Akhirnya – sebelum spekulasi berterusan mengatakan mengenai orang UMNO yang hadir menonton bersama Chegubard yang juga adalah rakan baik saya – saya membuat pengakuan bahawa saya adalah orang ke 3 selepas dimaklumkan bahawa Johari Abdul, Badrul Hisham menonton pada malam 21hb March 2011 tersebut dan saya adalah ahli UMNO dan bloggers UMNO yang dimaksudkan oleh Chegubard. Saya juga dalam pengakuan ini menetapkan bahawa kehadiran saya adalah kerana jemputan/pelawaan dan kemahuan saya menuruti  rakan saya Badrul Hisham Shaharin dan ini dilakukan atas kapasiti saya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak lain, organisasi dan badan lain yang saya sertai. Sekian di maklumkan – Anuar Mohd Nor   anuarmohdnor@gmail.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it      


P/s: Kalau anda baca pengakuan Gomo dan geng, kambing bersetubuh pun mereka kata Anwar Ibrahim yang tengah "projek".
 
  • http://duniacacamarba.blogspot.com/2011/03/konspirasi-porno-seri-carcosa-negara.html

Mufti Mesir Doktor Ali Jum`ah yang berani dan di zolimi

https://lh3.googleusercontent.com/-jSkV7BmZE-k/TXmwP7IWHOI/AAAAAAAAAcs/TuziN0BMTYU/s1600/Syeikh+Dr+Ali+Jum%2527ah%252C+mufti+bumi+awliya%2527+dan+ulama%2527.jpg

Assalamualaikum, sebelum ini ada artikel "Ulamak Dunia bukan sahaja ada di Malaysia tapi di Mesir pun ada..!!" di link http://www.kedahlanie.info/2011/02/ulamak-dunia-bukan-sahaja-ada-di.html. Jadi, artikel ini boleh dijadikan jawapan balas kepada artikel tersebut. Selamat membaca dengan hati yang tidak su' al-zonn (buruk sangka)

Artikel asal, rujuk di sini

Sebelum terungkapnya cerita ini banyak kalangan orang yang menghina dan mencela Doktor Ali Jum`ah, karena mereka menganggap bahwa beliau sebagai ulama yang selalu mengikuti kemauan pemerintah, anggapan tersebut tidak memiliki dalil sedikit pun, bahkan sebenarnya beliau selalu tidak menurutkan kemauan pemerintahan Mesir, demikian juga beliau selalu berbeda pendapat dengan Mantan Syeikh Azhar Muhammad Sayyid Tontowi.

Saya pernah mendengar langsung dari mulut Syeikh Ali Jum`ah ketika beliau mengajar di Masjid Sultan Hasan : " Saya tidak takut di turunkan dan dan di berhentikan", benar Syeikh Ali Jum`ah selama ini masih tetap dengan pendiriannya seperti sebelum diangkat menjadi Mufti Mesir.

Saya berharap siapa saja yang berburuk sangka dengan beliau sebelum ini agar kiranya memohon maaf, karena tuduhan yang telah mereka sampaikan adalah fitnah yang tidak memiliki bukti yang nyata, dengan jelas juga Syeikh Ali Jum`ah telah mengatakan didalam wawancara sebelum jatuhnya Husni Mubarok : " Wahai pemuda yang ikut berdemontrasi jika kamu di tangkap oleh polisi maka saya akan turun tangan membebaskan kamu", hal ini tentu beliau laksanakan untuk menjaga darah dan kehormatan para pemuda yang turun berunjuk rasa.

Perkara ini masih dianggap biasa bagi mereka yang membenci Syeikh Ali Jum`ah yang berlatar belakang sufi, mereka membenci Mufti bukan karena sikapnya, tetapi mereka benci karena Syeikh Ali Jum`ah itu seorang sufi yang menebarkan ilmu tasawuf di Mesir.

Cerita yang saya ingin nukilkan adalah berita dari petinggi Intelijen keamanan Negara Mesir yang mengaku di televisi dan surat kabar al-Fajar beberapa pengakuan yang bersangkut paut dengan Husni Mubarok, Ala` Mubarok, Ishom Syaraf ( Perdana Menteri sekarang -red ), dan Mufti Mesir .

Diantara pengakuannya yang sangat penting dan berbahaya adalah : Bahwa intelijen keamanan negara Mesir telah membuat alat rahasia dan mata-mata untuk Mufti Ali Jum`ah, bukan saja sampai di situ bahkan intelijen keamanan Negara Mesir telah mengancam Mufti, terlebih-lebih ketika Mufti Doktor Ali Jum`ah mengeluarkan tiga fatwa yang tidak menyenangkan pihak pemerintah dan polisi, diantara Fatwanya adalah :

1 - Haramnya sistem waris kedudukkan dan kepresidenan .

Fatwa ini benar-benar membuat pemerintah marah, sebab Husni Mubarok telah berencana mewariskan tahtanya kepada putra bungsunya Jamal Mubarok, fatwa ini juga membuat jalan Jamal Mubarok meraih tahta menjadi jauh.

2 - Haramnya pungutan polisi di jalan raya.

Fatwa ini menjelaskan bahwa uang yang di ambil oleh polisi dari para pemandu kendaraan di jalan raya dan uang yang di pungut dari rakyat merupakan raswah ( uang suap-red) yang haram di makan, fatwa ini membuat para polisi menjadi marah sebab banyak diantara polisi-polisi yang menyalah gunakan kekuasaan.

3 - Haramnya membeli suara ketika pemilihan umum.

Fatwa ini menggegerkan pemerintah dan seluruh calon perlemen dari partai wathan demokrasi ( partainya Mubarok-red ) sebab banyak diantara mereka yang membeli suara rakyat agar menang didalam pemilihan umum, fatwa ini memburukkan muka para pejabat dan anggota perlemen.

Menurut petinggi intelijen keamanan Negara Mesir tersebut : " Sebab itulah Ali Jum`ah tidak diangkat menjadi Syeikh al-Azhar ".

Padahal beliau telah memiliki syarat, dan paling berhak untuk menduduki jabatan Syeikh al-Azhar, sebab selama ini setiap Syeikh Azhar meninggal dunia maka akan di ganti oleh Mufti yang masih memegang jabatan Mufti ketika wafatnya Syeikh Azhar, ketika Syeikh Jadul Haq ( Syeikh Azhar sebelum Tontowi -red) meninggal dunia maka Syeikh Sayyid Tontowi yang ketika itu menjabat sebagai Mufti Mesir diangkat menjadi Syeikh al-Azhar Syarif.

Dari pengakuan Intelijen tersebut dapatlah kita ketahui bahwa Syeikh Ali jum`ah bukan seorang pencari muka didepan pemerintahan, dan pegakuan ini bukan dibuat-buat karena mengingat pada masa sekarang pusat Intelijen keamanan Mesir mendapat tekanan yang besar dari rakyat dan pemerintah tentera, sehingga markaz mereka di demon dan di bakar masa.

Rujukan :

1 - Surat kabar al-Fajar, no : 295, senin 14/3/2011 halaman : 8

Tidak boleh tubuh suruhanjaya

SHAH ALAM - Suruhanjaya diraja bagi menyiasat rakaman video seks melibatkan individu yang didakwa pemimpin pembangkang tidak perlu ditubuhkan kerana ia dilihat akan menjejaskan kredibiliti polis sebagai pihak berkuasa.

Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan dan Jenayah Universiti Islam Antarabangsa, Dr Shamrahayu A Aziz menyifatkan penubuhan itu juga mewujudkan persepsi bahawa masyarakat tidak lagi mempercayai pihak berkuasa dalam mencari keadilan dan kebenaran.

Menurutnya, desakan untuk menubuhkan suruhanjaya diraja kini sering kali dijadikan mainan politik dalam kalangan pemimpin sedangkan ia melibatkan bidang kuasa polis untuk menyiasat.

“Suruhanjaya diraja berfungsi menyiasat sesuatu yang melibatkan di luar bidang kuasa polis dan menjadi perhatian umum,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau mengulas berhubung permintaan Kumpulan Datuk ‘T’ yang di anggotai bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Shuib Lazim yang mahukan suruhanjaya diraja bagi menyiasat ketulenan video seks yang didedahkan mereka Isnin lalu.

Trio terbabit mahu suruhanjaya itu disertai pemimpin Pakatan Rakyat (PR), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), media dan mungkin pihak luar supaya kebenarannya dapat dibuktikan.

Shamrahayu berkata, tindakan menubuhkan suruhanjaya juga seolah-olah merendahkan kredibiliti polis yang seharusnya menyiasat sedangkan laporan polis oleh pihak yang didakwa melakukannya telah dibuat.


Beliau merujuk kepada laporan polis yang dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuat sehari selepas rakaman video itu didedahkan kepada media di Carcosa Seri Negara.

“Laporan telah dibuat dan ini merupakan kes jenayah yang memerlukan siasatan terperinci daripada pihak Polis. Biarkan pihak terbabit menjalankan tugasnya.

“Siapa mereka (Datuk T) untuk mendesak kerajaan agar menubuhkan suruhanjaya diraja,” katanya.

Menurutnya, penubuhan suruhanjaya juga hanya akan membazirkan wang rakyat memandangkan mereka yang terbabit perlu dibayar imbuhan.

Ucapan Video Anwar di Gombak : Pesanan Untuk Anak Muda

Tulisan Zul Kulim 'cover line' bila dah kantoi...

ZUL Kulim nampaknya sudah mula berputar lidah apabila terang lagi bersuluh terkantoi kenyataannya di TV yang percaya 110 % pelaku itu adalah pemimpin pembangkang yang kontroversi yang semua orang faham maksudnya adalah Anwar.

Apabila kes video seks ini kantoi juga dengan pengakuan `Three Strooges' Datuk T, maka kelam kabut Zul Kulim minta kita percaya apa yang dia tulis di dalam blog, bukan apa yang dia cakap di dalam TV.

Ertinya, yang bercakap di dalam TV itu bukan Zul Kulim, mungkin hantu syaitan berkopiah agaknya. Zul Kulim yang betul adalah di dalam blog beliau. Bijak tidak boleh diikut loyar ini. Jika benar TV tersebut yang menyiarkan gambar dan kenyataannya itu diputar belitkan, masakan Zul Kulim seorang peguam tidak mahu mengambil tindakan menyaman TV berkenaan? Mudah dibaca langkah pencak silat sumbang MP Kulim yang tidak berparti ini.

Beliau menulis berkaitan video seks yang kantoi itu dipetik begini, "

"Bolehkah mike percaya isu Jantan-X menyudu dalam videoseks tu dikatakan perbuatan kerajaan. Masuk akai ke yop? Berapa lama nak kena bohong dan kelentong yop? Orang yang menamakan diri dia Datuk T tu kata dia kawan Anwar. Dia yang diminta Anwar ambil jam yang tertinggal dalam bilik hotel tempat menyudu" tersebut. Kawan Anwar ni yang jumpa video tu. Kawan Anwar ni yang buat kenyataan akhbar tu. Kawan Anwar ni yang tunjuk videoseks itu kepada wartawan. Kawan Anwar ni yang ugut Anwar supaya letak jawatan. Kawan Anwar ni juga yang kata setelah melihat video itu dia yakin Anwar tidak layak menjadi pemimpin. Kawan Anwar ni yang desak dia dan bini dia supaya berundur. Itu semua dibuat oleh Datuk T iaitu kawan Anwar sendiri. Takde kena mengena dengan sesiapa pun, apatah lagi Kerajaan."

Hujah saya, mana Zul Kulim tahu Datuk T itu kawan rapat Anwar? Siapa dia di antara `three strooges' itu kawan rapat Anwar? Mungkin Anwar ada berurusan dengan salah seorang daripada mereka sewaktu dahulu tetapi adakah itu bermakna kawan rapat? Berapa banyak kawan rapat Anwar? DS Anwar sendiri beritahu tiada seorang pun di antara mereka itu kawan rapatnya. Tiba-tiba Zul Kulim yang lebih tahu sepertimana dia tahu dan percaya 110 % pelaku Seks di dalam video berkenaan. Cukuplah berbohong wahai lebai malang !!

Apabila terkantoi di dalam isu video seks, Zul Kulim beralih kepada isu DNA. Bersungguh benar Zul Kulim mahu DS Anwar serahkan DNAnya untuk membuktikan air mani siapa yang bertakung di dalam dubur `haji' Saiful. Petikan tulisan Zul Kulim seterusnya begini;

"Yang penting sekarang ialah; Anwar wajib berikan sampel darah dia untuk ujian DNA bagi menentukan siapa Jantan-Y yang mengunyitkan Saiful dan meninggalkan airmani bertakung dalam karung Saiful!!! Period!!! Full stop!!! "

Hujah saya, mengapa Zul Kulim bertanya tentang jantan Y sahaja? Mengapa tidak bertanya jantan J, K, L, M, N, O, P, Q yang dikatakan terlalu banyak DNA nya di lubang belakang `haji' Saiful? Hipokrit sungguh lebai malang ini. Jelas, sasaran Zul Kulim hanya Anwar sahaja. Beliau tidak mahu ambil tahu betapa `haji' Saiful mungkin telah `dianiayai' oleh beberapa orang lagi. Sebagai seorang lebai jika tidak ustaz sekali pun, sepatutnya Zul Kulim patut mencadangkan agar kes liwat seperti ini hendaklah kembali kepada kaedah Islam. Itu pun jika Zul Kulim masih yakin dengan perundangan Islam atau mahkamah Syariah. Jika tidak, apa bezanya Zul Kulim dengan beberapa pemimpin DAP yang menentang hukum Islam itu?

Tulisan Zul Kulim tersebut ternyata hanya sebagai `cover line' setelah banyak orang mula mencacinya kerana terlibat dengan tuduhan jahat terhadap Anwar tanpa usul periksa. Apa-apa pun, kita ucapkan tahniah kepada beliau kerana dikhabarkan baru sahaja mendapat anugerah Datuk dari Pahang. Mudah-mudahan anugerah itu akan menyelamatkan lebai ini di depan Rabbul Jalil nanti. FULL STOP. wfauzdin.blogspot.com

Kalau Anwar yang lakukan.......

Bila Mahathir vs Kalau Anwar yang lakukan

Apabila Mahathir melakukan lawatan rasmi ke Vatican bersama-sama dengan rombongan dari JAKIM termasuk Ustaz Uthman al-Muhammadi, maka suratkhabar dan TV memuji-muji lawatan ini untuk keamanan dunia dan kedamaian antara agama.

Apabila isteri Mahathir, Siti Hasmah mencium tangan Pope John Paul, maka para pegawai JAKIM, TV dan suratkhabar memuji dan memuja akan perbuatan ini sebagai bukti penganut Islam itu orang yang bertoleransi dan menghormati akan agama lain.

SEKIRANYA Anwar yang melakukan perkara di atas, ia adalah "pluralisme" dan boleh mengancam akidah umat Islam. Sekiranya Khalid Samad atau Mat Sabu yang mengikuti rombongan ini, maka para TV dan suratkhabar akan dipenuhi dengan kenyataan oleh pegawai Jabatan Kemajuan Ikan Malaysia (JAKIM) mengenai kesesatan akidah mereka. Sekiranya Wan Azizah mencium tangan Pope John Paul, sudah tentu ianya akan merosakkan akidah, menurut JAKIM.

2. Apabila Mahathir melawat Antartika bersama-sama dengan beberapa orang chukong, editor NST, setiausaha politik dan ahli-ahli keluarga beliau, ia dianggap sebagai langkah yang bijak dan berwawasan. Juga ia membuktikan perdana menteri ini seorang yang mempunyai pemikiran yang luas dan saintifik. Lawatan ini juga akan dipuji oleh para media sebagai memberi kebaikan kepada negara kerana ia akan menajamkan dan memberi ketenangan kepada pemikiran pemimpin negara.

SEKIRANYA Anwar yang melakukan perkara di atas, ia adalah suatu pembaziran dan penyalahgunaan kedudukan sebagai pemimpin. Ia juga tidak memberi apa-apa manfaat kepada negara selain membazir masa dan wang.

3. Apabila Mahathir menukar medium pengajaran Sains dan Matematik ke dalam bahasa Inggeris untuk sekolah kebangsaan dan membenarkan tuntutan supaya medium pengajarannya dalam bahasa ibunda untuk sekolah vernakular, maka ia adalah tindakan yang bagus dan berwawasan. Ia juga membuktikan perdana menteri seorang yang berani dan tegas dalam membuat keputusan (menukar kepada bahasa Inggeris untuk sekolah kebangsaan) dan juga memahami tuntutan kaum-kaum minoriti (kerana membenarkan medium dalam bahasa ibunda untuk sekolah vernakular).

SEKIRANYA Anwar yang melakukan perkara ini, ia adalah pengkhianatan terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Juga seorang yang bacul dan panakut kerana mendengar tuntutan oleh kaum minoriti. Perbuatan ini juga (sekiranya Anwar yang melakukannya) boleh merosakkan masa depan anak-anak Melayu di luar bandar.

http://expet.blogspot.com

Malangnya rakyat, pemimpin macam serigala jaga kambing

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Ketika pemimpin dan tukang juak Umno atas nama pakar ekonomi mengutuk dan memperlekehkan Buku Jingga Pakatan Rakyat, tiba-tiba Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi sekali lagi kehilangan RM52 bilion saham bumiputera.

"Semuanya lambang kebijaksanaan Umno menjaga orang Melayu di negara ini," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

PAS, katanya hendak dengar juga komen daripada pakar-pakar ekonomi yang akan memberi komen mengenai kehilangan peruntukan saham kepada bumiputera.

Selama ini, ujarnya penganalisa itu hanya membuat analisa mengenai janji 100 hari Pakatan Rakyat, tetapi tidak pernah membuat analisa secara menyeluruh tentang Buku Jingga.

Menurutnya, perkara prinsip yang diketengahkan di dalam Buku Jingga seperti soal ketelusan, melawan rasuah dan penindasan tidak dibincang dalam setiap komen mereka.

Beliau menambah, perkara asas yang mengukuh  sebuah kerajaan yang hebat tidak pernah diuar-uarkan oleh penganalisa politik dan ekonomi yang menjadi pengampu kepada BN.

Pada hal, katanya sifat berhemah dan berjimat cermat serta tidak rasuah di dalam kerajaan PR menyebabkan wang ini dipulang balik kepada rakyat dalam bentuk perkhidmatan.

"Contohnya kerajaan Kedah dalam Bajet 2010  telah berlaku lebihan sebanyak RM 19 juta," katanya.

Begitu juga, tambahnya kemampuan kerajaan Kelantan yang sudah melebihi 20 tahun memerintah.

Beliau berkata, sebenarnya prinsip yang terdapat dalam Buku Jingga yang merakyatkan ekonomi seperti program kifalah, air percuma, tusyen rakyat, menaikkan gaji guru Kafa sudah dilaksanakan dilaksanakan di negeri PR.

PAS, ujarnya merasa pelik dengan teori ekonomi songsang Umno, jika untuk kepentingan rakyat maka bankrap, tetapi jika untuk kroni ia sebagai membantu ekonomi orang Melayu.

Tambahnya lagi, alangkah bahagianya rakyat Malaysia jika  mendapat pemimpin seperti PR yang boleh menggunakan dana saham bumiputera yang lesap sebanyak RM52 bilion.

"Kalau wang ini diuruskan oleh pemimpin yang baik nescaya tidak ada lagi rakyat yang tidak bertanah dan berumah.

"Malang sungguh rakyat Malaysia memperolehi pemimpin seperti pemimpin Umno BN seperti serigala menjaga kambing," ujarnya.

Hangpa Kalut Dengan Video Sex.. Nuu Radioaktif dah terbang sampai Vietnam dah nuu...

Awan Radioaktif Dari Jepun Tiba Ke Vietnam Hari Ini !

Saintis dari Norway menyatakan kepulan awan tercemar yang mengandungi bahan radioaktif dari reaktor nuklear Fukushima, Jepun akan tiba ke ruang udara Vietnam pada 25 Mac 2011.

Kepulan awan tercemar yang sama tiba di ruanga udara dari jepun pada 22 Mac lalu dan bergerak menuju ke Vietnam. Tak ada pula kenyataan ke mana awan itu pergi selepas melalui Vietnam.

Walau bagaimanapun ia tidak membawa sebarang bahaya kepada kesihatan orang ramai. Begitulah menurut mereka. kalau hujan dan radioaktif itu turut menyerap ke dalam air hujan pula bagaimana?, itu tak ada pula sebarang kenyataan.

Sumbernya di sini.

Tindakan tak profesional polis bukti Umno BN gentar

KUALA LUMPUR: Tindakan polis menyerbu kawasan persendirian dan mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim dari pentas di saat-saat untuk mengakhiri ceramahnya, menunjukkan Umno Barisan Nasional (BN) gentar dengan kebangkitan rakyat yang dipimpin Ketua Umum KEADILAN itu.

Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli, berkata Umno BN yang diketuai Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor takut kebenaran akan terserlah walaupun mereka cuba mengaburi rakyat dengan kes Fitnah II dan muslihat video seks.

“Polis menunjukkan sikap tidak profesional apabila menyerbu masuk kawasan persendirian. Tindakan itu mengakibatkan kecederaan kepada rakyat termasuk wartawan dan pimpinan AMK,” katanya pada satu kenyataan media, awal pagi ini.

Malam tadi, program pelancaran Kempen Tolak Fitnah II dan DNA: Datuk Najib-Altantuya berlangsung di Taman Melawati di sini dan dihadiri ribuan rakyat pelbagai kaum dan agama.

Anwar hanya dibenar menyampaikan ucapan selama 15 minit, sebelum sepasukan polis mengheret Ketua Pembangkang itu turun dari pentas utama hingga menimbulkan kekecohan sedangkan perhimpunan itu sebelumnya berlangsung aman.

Dalam kejadian itu, dua lelaki, Mazlan Mohamad Raos disumbat ke lokap balai polis Hulu Klang manakala seorang lagi, Helmy Eizal – seorang ahli AMK Gombak dibawa ke lokap balai polis Ampang.

Saifullah kecewa dan kesal kerana polis sendiri bertindak menyalahi undang-undang dengan mengganggu majlis yang diadakan secara aman di kawasan persendirian, malah membuat dua tangkapan terhadap ahli AMK dan orang awam.

“AMK Selangor menyeru polis supaya tidak perlu rasa takut dengan arahan dan tekanan pemerintah Umno BN. Polis harus bertindak secara profesional dan berkhidmat kepada rakyat, bukan BN,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9866

Anwar Ibrahim, Jangan Hilang Tumpuan!

Angin fitnah seolah - olah tidak mahu berhenti. Dari 2008 hingga sekarang fitnah jahat Umno terhadap Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim tidak pernah berhenti. Dari Perlis hingga ke Sabah. Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim digambarkan tidak bermoral. Jahat dan keji. Ramai pemimpin Pakatan Rakyat menjadi pemain pertahanan. Ketua pemuda Pakatan Rakyat semuanya kecut. Kita rakyat gelisah menanti bila agaknya serangan bakal dilancarkan.

Tidak lama lagi Pilihanraya Negeri Sarawak akan berlangsung. Nah, fitnah peribadi yang ketiga buat Anwar Ibrahim timbul. Gegak - gempita sekalian alam dengan keriuhan video lucah. Video yang belum tentu benarnya. Video yang tidak ditonton oleh rakyat dan keluarga Anwar. Video yang pada mulanya tidak mahu melibatkan polis sekarang melibatkan polis.


Kita semua terjerumus ke kancah video lucah yang belum tentu sahihnya. Kita lupa tumpuan kita. Anwar Ibrahim lupa tumpuannya. Pakatan Rakyat lupa tumpuannya. Tumpuannya hanya satu, MELANGGAR SARAWAK!! MEMBEBASKAN SARAWAK! Itu tumpuan kita. Benar, Anwar Ibrahim pemimpin dan kita harus membantu beliau dalam saat ini. Tapi saya yakin Anwar Ibrahim juga tidak mahu terikut dengan rentak bodoh Umno ini. Ini kerana Anwar Ibrahim sedar, tugas yang lebih besar berada di Sarawak. Membebaskan rakyat Sarawak daripada kemiskinan. Ini tanggungjawap Anwar, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia.

Menghalang Anwar Ibrahim daripada sibuk berkempen di Sarawak adalah misi Umno dan Barisan Nasional. Jika Anwar Ibrahim berkampung disana maka bermulalah sedikit demi sedikit rumah kekuasaan regim Taib akan roboh. Ini yang ditakuti oleh BN. Jika Pakatan Rakyat berjaya menafikan 2/3 majoriti BN di Sarawak nanti, maka bermulalah detik cemas BN pada Pilihanraya Umum kelak. Maka mahu tidak mahu, Anwar Ibrahim harus disibukkan dengan isu tolol ini.


Bangun Anwar Ibrahim! Bangun dari serangan bertali - arus Umno dan Barisan Nasional! Bangun dan bangkitlah Anwar Ibrahim! Rakyat Malaysia memerlukan kehadiranmu di Sarawak! Kami sudah tidak sanggup melihat kerakusan Umno dan BN merampas duit rakyat!

Yakinlah, ALLAH BERSAMA KITA! ALLAH PASTI TOLONG KITA!

Anwar Diheret Polis Dari Pentas Ceramah, 3 ditahan

Antara ribuan yang hadir program pelancaran kempen DNA: Datuk Najib-Altantuya

KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 rakyat pelbagai lapisan kaum hadir program pelancaran Kempen Tolak kes Fitnah II anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati di sini, malam ini.

Seperti kelaziman, program anjuran KEADILAN itu dihalang polis hingga menyebabkan majlis yang dijadual bermula jam 9 malam ditangguh kira-kira sejam.

Polis dikatakan hanya membenarkan sesi ucapan selama 30 minit sahaja, menyebabkan pegawai kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali terpaksa berunding dengan polis Ampang.

Kemunculan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program itu tambah menggamatkan hadirin.

Bagaimanapun, polis hanya membenarkan Anwar memberi ucapan selama 15 minit sahaja, malah mematikan pembesar suara dan mengheret Ketua Umum KEADILAN itu turun dari pentas, hingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Ketika itu, orang ramai termasuk anggota AMK cuba menghalang polis dari menghampiri Anwar dengan menutup laluan ke pentas hingga memaksa polis menggunakan perisai dan merempuh mereka.

Kehadiran polis, FRU hanya menyebabkan kekecohan berlaku

Pada jam 11.30 malam, polis menyerbu ke arah orang ramai hingga menimbulkan kekecohan sedangkan program itu, asalnya berlangsung aman.

Suasana terus kecoh dan dua orang ditahan polis iaitu Mazlan Mohamad Raos yang disumbat ke lokap balai polis Hulu Klang manakala seorang lagi, Helmy Eizal – seorang ahli AMK Gombak bermalam di lokap balai polis Ampang.

Dalam pada itu, seorang wartawan Free Malaysia Today, Fazy Sahir cedera ringan terkena lontaran kerusi dalam suasana kecoh itu.

Kempen itu dinamakan sebagai ‘DNA’ atau ‘Datuk Najib-Altantuya’ bertujuan mengupas perkembangan terkini kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan fitnah terbaru mengenai rakaman video seks yang didalangi Umno melalui ‘Datuk T’.

Turut hadir dalam ceramah ialah Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib.

(Berita Penuh)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9854


TAHNIAH PEMUDA..ANDA Buktikan anda bukan PONDAN..

PKR Kedah desak siasat

ALOR SETAR - Polis digesa menahan dan menyiasat individu yang menggelar diri sebagai kumpulan Trio kerana menyiarkan bahan lucah pada umum dan mengugut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkaitan rakaman video seks yang dikatakan membabitkan pemimpin itu.


Desakan itu dibuat 40 ahli PKR yang mengadakan perhimpunan aman selama 10 minit di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar diketuai Pengerusi Disiplin dan Perundangan PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung. Turut hadir beberapa perwakilan dari Alor Setar, Kubang Pasu, Kuala Ketil dan Baling.

Kumpulan itu yang turut membawa beberapa sepanduk sambil melaungkan slogan reformasi kemudian membuat laporan polis. Beberapa kenderaan yang lalu lalang dilihat turut memberi sokongan dengan membunyikan hon.

Hsiao Leung ketika ditemui berkata, kumpulan Trio harus disiasat bagi kesalahan jenayah mengikut Seksyen 292, Kanun Keseksaan dan Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 kerana menyiarkan bahan lucah kepada awam dan Seksyen 503 Kanun Keseksaan kerana memeras ugut Anwar dan isterinya, Wan Azizah untuk mengedarkan video terbabit kepada umum jika enggan letak jawatan.

Trio itu terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim. “Walaupun Anwar sudah membuat laporan polis dan menafikan beliau individu dalam video seks berkenaan, kumpulan Trio itu yang mengaku terlibat dalam pendedahan video berkenaan masih mahu Anwar undur diri. Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku,” katanya.

Menurutnya, PKR Kedah turut mengecam saranan kumpulan itu yang mahu ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat ketulenan video seks yang didedahkan mereka kerana ia tindakan tidak wajar untuk mengheret institusi diraja dalam kancah politik.

“Cadangan itu suatu penghinaan pada institusi diraja kerana membabitkan institusi yang amat dihormati di negara ini,” katanya.

Hsiao Leung berkata, selepas pendedahan video seks itu oleh kumpulan terbabit, pihaknya hairan kenapa polis tidak bertindak terhadap penyebaran rakaman lucah itu, sebaliknya membiarkan mereka bebas memberi kenyataan termasuk mengugut Anwar.

Mengulas mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz yang mempertahankan tindakan kumpulan Trio yang dianggap tidak bertindak di luar bidang kuasa undang-undang, Hsiao Leung menyelar Mohd Nazri kerana menyokong perbuatan terkutuk itu yang merancang dan menerbitkan kempen menjatuhkan reputasi pemimpin pembangkang.

Timbalan Ketua Cabang I PKR Alor Setar, Che Mat Dzahir Ahmad turut mengutuk komplot yang didakwa amat terancang untuk menjatuhkan Anwar.

“Perbuatan itu menjatuhkan moral politik negara, malah kami meragui kredibiliti Rahim dalam isu ini kerana beliau sendiri suatu ketika dulu turut dikaitkan dengan skandal seks. Kami percaya mereka didalangi pihak tertentu yang bermotifkan dendam,” katanya.

Dr Asri : VIDEO LUCAH DAN DOSA POLITIK - Bangkit Generasi Baru ! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini.

VIDEO LUCAH DAN DOSA POLITIK
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)

Dalam budaya manusia tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh. Maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.

Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasulNya. Ia haram. Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini.

Samada PAS, UMNO dan PKR; ramai individu dalam parti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka. Bahkan kadang-kala mereka menghina rupa ciptaan Allah yang ada musuh-musuh politik mereka seperti mengatakan si botak, gagap, hidung besar, mamak dan lain-lain. Mereka melanggar pantang larang agama dalam berpolitik.

Wabak inilah sedang memakan diri mereka sendiri. Mereka yang tiada etika dan akhlak telah dan akan terus terbabit dalam hal ini. Sedangkan Nabi s.a.w

“Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat” (Riwayat Muslim).

video.jpg

- Gambar Hiasan

Aib Peribadi

Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain. Aib peribadi seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin. Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai. Pun begitu, Islam mengetatkan syarat saksi dan proses penyaksian.

[ADS] Ingin memasuki tajuk muka depan akhbar? Inilah peluang anda!

Bagi kes zina, jika gagal dipenuhi syarat, penuduh boleh dijatuhkan hukuman qazaf. Tujuannya, untuk mengelakkan perangai suka menuduh dan mendedahkan aib peribadi orang lain. Sebab itu penzina dihukum 100 sebatan dan yang menuduh tanpa empat orang saksi 80 sebatan. Angka yang hampir bagi menunjukkan kesalahan menuduh tanpa empat orang saksi –sekalipun mungkin benar- adalah berat di sisi agama.

Firman Allah(maksudnya):

“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: ayat 4).

Nabi s.a.w sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar. Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata:

“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi s.a.w menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) “Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah Yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang Yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: “Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi s.a.w: “Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.

Bukan Bukti Asas

Rakaman video bagi kes maksiat peribadi tidak boleh dijadikan asas bukti. Bagi kes zina hendaklah dengan empat orang saksi. Tiada keperluan untuk pencarian bukti sampingan. Itu soal dosa insan dengan Allah bukan dengan orang lain. Jika ia terlepas, mahkamah Allah di mahsyar tetap ada, atau mungkin dia bertaubat. Tiada pihak yang rugi atau untung melainkan dirinya sendiri.

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai usaha mencegah kemungkaran:

“Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemunkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis “barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya….”

Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemunkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemunkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya.

Bahkan hukuman ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadith sahih: (bermaksud):”Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).

Berbeza Dengan Kes Kezaliman

Ia berbeza dengan kes jenayah terhadap lain seperti bunuh, curi, rompak, rogol, diliwat secara paksa, rasuah dan seumpamanya. Kes-kes ini perlu dibongkar dan diambil tindakan demi keadilan terhadap mangsa. Rakaman dalam kes-kes ini perlu diusahakan. Islam mengizinkan, bahkan menyuruh didedahkan bahaya atau kezaliman yang dilakukan yang boleh memudaratkan orang ramai dan rakyat.

Jika ada perasuah, atau perompak, atau perogol maka hendaklah diberi amaran kepada orang yang mungkin menjadi mangsa. Itupun hendaklah atas asas bukti yang kukuh, bukan sekadar andaian. Demikian juga boleh mendedahkan kepada pihak yang berkaitan seperti hakim, pengundi dan orang awam tentang kezaliman yang boleh menimpa diri atau orang lain.

Firman Allah: (maksudnya)

“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha mengetahui.Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa”. (Surah al-Nisa: ayat 148-149).

Tidak Perlu Suruhanjaya

Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat. Al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya ‘Ulum al-Din telah menyebut mengenai rukun-rukun perlaksanaan Hisbah. Hisbah bermaksud perlaksanaan al-Amr bi al-Ma’ruf (menyuruh kepada makruf) apabila ia nyata ditinggalkan, dan al-Nahy ‘An al-Munkar (pencegahan kemunkaran) apabila ia nyata dilakukan.

Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah:

“Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta’ala telah melarang hal ini. Kisah ‘Umar dan ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan).

Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa ‘Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah ‘Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakaiNya pada tiga perkara. ‘Umar bertanya: “Apa dia?”. Dia berkata: Allah ta’ala telah berfirman (maksudnya: Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain). Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman: (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya). Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya: janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka ‘Umar pun meninggalkannya…

Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut..”(Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).

Ingatan

Muslim hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dalam kes-kes seperti ini. Ia menjadi pengajaran kepada semua parti politik. Manusia-manusia yang rendah nilai dan maruah sanggup untuk terbabit dalam hal seperti ini sejak lama dahulu. Mereka ini ada dalam UMNO, PKR dan PAS. Sedangkan Allah berfirman (maksudnya)

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Surah al-Hujurat: 12).

Bangkit Generasi Baru!

Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka menyelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan ‘penonton bodoh’ yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakunkan. Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!

Keputusan melebihi sasaran

KUAH - Bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, seramai lima pelajar SMK Mahsuri berjaya mendapat gred A bagi kesemua mata pelajaran yang diambil.

Ahmad Syuwari bin Mohamad, 17, telah diangkat menjadi pelajar cemerlang SPM bagi tahun 2010 setelah berjaya memperoleh keputusan 8A+ dan 1A.

Menurutnya, pada awalnya dia hanya menyasarkan gred A pada setiap mata pelajaran.

“Mungkin inilah yang dikatakan rezeki, dengan izin-Nya saya berjaya mendapat gred A+.

“Selepas ini, saya bercadang mahu melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi, dan semestinya bidang perubatan menjadi pilihan saya,” katanya.

Antara pelajar cemerlang lain ialah Ng Xue Hui (7A+,2A,1A-), N Kalaivarmah (6A+,4A ), Chong Chyi Xin (5A+ ,4A, 1A-) dan Muhammad Zulhilmi ( 1A+ 4A dan 5A-).

Lain pula bagi N Kalaivarmah, dia bagaimanapun kurang berpuas hati dengan keputusannya.

“Saya agak kecewa sedikit dengan keputusan, kerana saya menyasarkan untuk peroleh keputusan 9A+, bagi mendapatkan biasiswa bagi menyambung pelajaran ke luar negara.

“Tetapi, walau apa pun saya tetap bersyukur dengan keputusan yang saya terima,” katanya.

Sementara itu, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Mahsuri, Yusof bin Muhamad melahirkan rasa syukur dan turut gembira dengan kejayaan yang diperoleh oleh pelajar-pelajar sekolahnya.

“Alhamdulillah, pihak sekolah bersyukur dengan kejayaan pada kali ini.

“Ini berikutan peratusan pencapaian bagi setiap mata pelajaran SPM tahun ini meningkat,” katanya.

Menurutnya, kesemua lapan subjek utama SPM meningkat sebanyak 100 peratus iaitu peningkatan purata sebanyak 5.68 peratus berbanding tahun lalu.

“Antara subjek yang menunjukkan peningkatan yang ketara ialah subjek Kimia yang meningkat sebanyak 4.04 peratus, Bahasa Melayu meningkat dari sebanyak 2.74 peratus manakala subjek Sejarah meningkat sebanyak 4.85 peratus berbanding keputusan tahun lalu.” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...