TERKINI :

Friday, March 25, 2011

Sejarah berjenaka lagi dengan Anwar

Cuba anda bayangkan, mungkinkah White House, kediaman Presiden Amerika Syarikat menyewa Blair House, iaitu rumah tetamu rasminya kepada orang yang tidak diketahui identitinya, untuk menayangkan "filem lucah", sebagai serangan terhadap pembangkangnya?

Kelmarin, seorang lelaki yang menggelar dirinya Datuk T (gagal dikenalpasti kesahan gelaran Datuk-nya, memandangkan semakin ramai Datuk muncul buat masa kini) telah menayangkan satu klip video di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur. Pengamal media yang diundang menerima sms pada awal pagi, "terlepas peluang keemasan kalau tak datang". Maka suasana pemandangan Tasik Perdana yang aman dan tenang di sekitarnya berkocak, diusik dengan "kegemparan" tersebut.

Menurut laporan, penganjur amat berwaspada sepanjang proses ini. Mereka yang hadir diminta untuk memakai jubah. Motifnya cukup meragukan dengan aturan sedemikian. Hotel yang berkelas tinggi biasanya tidak akan menyewa tempatnya kepada pihak sedemikian, agar tidak menimbulkan kebimbangan penyewa hotal yang lain - melainkan jikalau tujuannya dijelaskan.

Seandainya Datuk T berterus-terang, maka "tayangan" tersebut semestinya dibatalkan. Mustahil untuk mana-mana hotel yang memiliki reputasi antarabangsa menyewa tempatnya untuk tujuan membongkar keperibadian orang lain. Hal ini berkaitan dengan jenama, maruah dan tanggungjawab undang-undang - yang mustahil untuk dikompromi.

Jadi, Carcosa Seri Negara yang dimiliki sepenuhnya kerajaan menjadi satu-satunya pilihan. Keadaannya mudah dikawal, kesepian kerana terasing dari kesibukan bandar, maka tidaklah menarik tumpuan orang yang tidak berkenaan.

Tadi saya menyebut "keperibadian". Betul, kejadian ini melibatkan keperibadian orang lain. Dari segi perundangan jenayah di Malaysia, ia cukup untuk disabit dengan pelbagai tuduhan jenayah. Namun demikian, seperti kes Chua Soi Lek yang berlaku tiga tahun lalu, dari Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein hinggalah IPD Kuala Lumpur - semuanya tidak berminat dengan perakam video, sebaliknya meminta agar mangsanya membuat laporan polis terlebih dahulu. Ia seolah-olah apabila anda dirompak peragut, dan anda meminta pertolongan daripada polis yang sedang menyaksikan apa yang berlaku - kemudian anda dibalas oleh polis tersebut, "Sudahkah kamu buat laporan polis?"

Lebih-lebih lagi, "Datuk T" menyiarkan klip video seks secara terbuka, malah mendesak agar orang yang kononnya dalam video tersebut berundur bersama isterinya, dan mengugut "(babak yang lebih hebat) akan datang lagi". Takkanlah seseorang begitu angkuh, seandainya tidak disokong dengan kuasa yang besar di sebalik tabir?

Seandainya anda menghantar sms, malah mengundang media dalam facebook untuk menonton bersama di sebuah kafe tertentu - klips video seks penyanyi terkenal Indonesia, Ariel bersama teman wanitanya - malah mendakwa "akan datang (lagi adegan-adegan yang hebat)". Saya sanggup "potong" - jikalau tiada apa-apa berlaku kepada anda selepas itu.

Bangunan bersejarah jadi mangsa politik jijik

Carcosa Seri Negara dibina atas cadangan Residen-Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham pada ketika itu. "Carcosa" dinamakan Sir Frank Swettenham sendiri, dan menjadi kediaman rasmi wakil-wakil tertinggi British. Pada September 1956, Tunku Abdul Rahman yang bermurah dengan hati "rakyat", meluluskan usul dalam mesyuarat untuk menjadikan bangunan di atas bukit ini sebagai kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi British selepas merdeka.

Keputusan ini semestinya tidak direstui nasionalis dalam UMNO. Pada pertengahan tahun 1980-an, Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Anwar Ibrahim (gambar kanan) cuba menyerang dengan wacananya, seiring langkah "decolonize" oleh Mahathir Mohamad - berjaya memaksa London untuk melepaskan aset ini kepada kerajaan Malaysia pada tahun 1987. Tunku Abdul Rahman biarpun marah apabila dituduh oleh generasi muda bahawa beliau cuba "memikat hati British", namun hanya boleh mengeluh kerana senario tidak lagi memihak kepada dirinya pada ketika itu.

Perubahan berlaku mengikut peredaran zaman. Setelah Carcosa menjadi rumah tetamu rasmi negara, maka ia juga jatuh ke dalam genggaman UMNO. Anwar Ibrahim yang didakwa sebagai lelaki dalam klip video seks itu, mungkin lebih rela "Carcosa" masih "Carcosa" yang asalnya - melihat kepada nasib dirinya pada hari ini. Sebagai bangunan rasmi kediaman diplomat asing, ia semestinya tidak akan menjadi mangsa pergelutan kuasa politik yang jijik.

Penulis Jerman, Thomas Mann pernah berkata, "Tief ist der Brunnen der Vergangenheit. Sollte man ihn nicht unergruendlich nennen?". Maknanya, masa silam terlalu kompleks, sarat dengan kontradiksi yang tidak terhingga. Apabila terlalu ke depan untuk memperjuangkan nasionalisme, ia tidak terelak untuk membayar harganya. Ada kalanya, jenaka sejarah ini cukup zalim.

*Josh Hong adalah penganalisa politik dan kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Tulisan ini disedut, disunting dan diterjemahkan dari teks asal, yang disiarkan pada 22 Mac 2011.

http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11663

Tahniah Datuk Kulim

Tahniah Datuk lompat...........

Kalau dahulu mereka yang menerima anugerah dan bintang kebesaran terdiri dari tokoh-tokoh dan individu yang telah berjasa dan berkhidmat kepada negeri dan Negara dengan cemerlang. Tokoh-tokoh pemimpin politik dan masyarakat, pahlawan dan perwira, professional dan dermawan.

Apabila tokoh dan individu ini naik menerima bintang dan mendapat publisiti, masyarakat berbangga dan bersyukur yang jasa mereka itu diberi pengiktirafan oleh negeri dan Negara.


Memanglah tiada pertikaian pun selama ini akan tokoh dan individu yang dipilih oleh istana dan kerajaan negeri atau Pusat. Walaupun ada yang tidak berpuas hati kerana tidak diberi ruang mencalonkan nama, atau nama yang dicalonkan tidak naik, namun tidak pernah ketidakpuasan hati itu menjelma menjadi satu protes dan konflik besar.


Kita perhatikan termasuk yang terbaru sudah dua insiden dimana ketokohan atau jasa individu yang dipilih membuka kepada ruang dan gelanggang pertikaian. Barangkali tuan punya badan pun dalam hati kecilnya mempertikaikan juga akan kelayakannya.


Di Perak sebelum ini kita lihat seorang wakil rakyat yang terlibat melompat parti sehingga jatuhnya kerajaan negeri pilihan rakyat dianugerahkan "Datuk" oleh istana. Memanglah itu hak istana tetapi rakyat akan pertikai apaklah jasa tokoh itu selain terlibat menjatuhkan sebuah kerajaan!


Terbaru di Pahang, seorang wakil rakyat dari Kedah pula yang vocal menyokong PKR dan Pakatan rakyat malah menang atas tiket PKR di Kedah tiba-tiba bertindak melompat parti dan memaki hamun kawan-kawan yang mengangkat dan menjulangnya satu ketika dahulu. Hari ini beliau pun bergelar "Datuk" juga. Tak tahulah apa jasanya kepada istana atau kerajaan negeri Pahang tetapi buat rakyat kebanyakan khasnya pengundi Kulim Bandar Bharu beliau adalah wakil yang telah mengkhianati amanah yang diberikan oleh parti kepadanya.


Syabas Datuk-datuk...........lompat!


roslan sms


Eskay sakit hati kerana jambatan bengkok

Seorang bekas pengawal peribadi mendakwa kontroversi video seks politik yang terbaru muncul kerana ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah berang dengan ketua umum PKR yang enggan membalas 'jasanya'.

NONEMohamad Mahti Abdul Rahim, yang pernah berkhidmat dengan seorang menteri mendakwa Eskay sakit hati kerana Anwar enggan menjadi saksi dalam kes saman sivil yang membabitkan projek 'jambatan bengkok'.

Mahti, seorang anggota UTK polis yang kemudiannya berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada bekas timbalan menteri dalam negeri, Tan sri Megat Junid Megat Ayub, adalah antara saksi dalam kes berkenaan.

Dalam keterangannya, Mahti berkata Megat Junid telah menyerahkan surat tawaran daripada Unit Perancangan Ekonomi kepada Eskay bagi membantu projek berkenaan diserahkan kepadaMerong Mahawangsa Sdn Bhd.

Eskay menyaman Merong Mahawangsa dan pengarahnya Yahya Abdul Jalil sebanyak RM20 juta kerana melanggar syarat kontrak.[malaysiakini]

Video Sex : Johari kata bukan RM100,000 tapi baik RM3juta atau RM4juta

Video seks: Johari nafi minta ‘Datuk T’ beri wang pelincir
Oleh G Manimaran
March 24, 2011

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul menegaskan beliau tidak pernah meminta “wang pelincir” RM100,000 daripada “Datuk T” sebagai pendahuluan selepas menonton rakaman video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Isnin lalu.

Malah wakil rakyat itu menegaskan, beliau tidak meminta insentif untuk mengaturkan lima ahli Parlimen PKR yang lain untuk menonton rakaman video seks.

“Taklah RM100,000, kita ahli Parlimen bukanlah lekeh sangat, baik saya minta RM3 juta atau RM4 juta,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Semalam, salah seorang “Datuk T”, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mendedahkan Johari ada meminta wang “pelincir” berjumlah RM100,000 sebagai wang pendahuluan selepas menonton rakaman video seks itu.

Selain itu, jelas Abdul Rahim, Johari juga meminta wang berjumlah RM1 juta bagi setiap wakil rakyat dari Pakatan Rakyat untuk menonton video seks itu, namun permintaan tersebut ditolak.

“Kami ada tayangkan video seks itu kepada Johari dan beliau mengatakan lelaki dalam video itu adalah Anwar dan minta RM100,000 sebagai pelincir.

“Kemudian beliau minta lagi RM1 juta bagi satu kepala wakil rakyat dari PKR yang beliau bawa, antara enam hingga tujuh orang,” katanya.

Abdul Rahim merupakan salah seorang “Datuk T” yang turut melibatkan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim yang telah menayangkan video seks itu kepada media Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

Pada sidang media hari ini, Johari berkata, beliau tidak banyak bercakap kerana takut akan diperangkap dengan merakamkan percakapan beliau ketika dipertontonkan rakaman itu di Hotel Flamingo Isnin lalu.

“Ketika dipertontonkan, saya tidak banyak buka mulut... ada tanya beberapa soalan, tetapi tidak kata apa-apa (yang lain),” katanya.

Johari berkata beliau ada menyatakan persetujuan untuk membawa lima ahli Parlimen masing-masing dua orang bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan tiga yang selalu membangkitkan isu sosial di Dewan Rakyat.

Mereka ialah Ahli Parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Bahrin Abas, Datuk Rashid Din (Merbok), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani (Kuala Langat) dan Amran Bin Ab. Ghani (Tanah Merah).

Kata Johari, beliau memutuskan untuk membawa Kamarul dan Rashid kerana mereka sudah lama mengenali Anwar dan boleh membezakan daripada segi fizikal dan rupa dengan lelaki dalam rakaman video tersebut.

“Yang tiga lain merupakan mereka yang sentiasa membangkitkan isu-isu sosial di Parlimen dan boleh membuat penilaian wajar tentang dakwaan yang dibuat,” kata beliau lagi.

Bagaimanapun Johari berkata Abdul Rahim ada menjanjikan bahawa akan membawa beliau mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno selepas segala berjaya dilaksanakan.

“Tan Sri Rahim ada berkata akan membawa saya untuk bertemu dengan Perdana Menteri dan kesemua soal kewangan akan diambil kira,” katanya lagi.

“Tan Sri Rahim berkata kepada Datuk Shuib, Datuk semua akan diambil kira,” katanya yang turut mempertahankan bahawa apa yang berlaku sekarang sebagai “satu konspirasi.”

Ketika ditanya mengapa beliau dijemput untuk menonton rakaman video itu, Johari berkata, beliau juga masih belum mendapat jawapan.

“Ini soalan yang bagus... isteri saya pun tanya saya mengapa saya dipanggil (tonton video seks),” katanya lagi.

Bagaimanapun jelas Johari, ia kemungkinan kerana beliau rapat dengan kepimpinan Umno.

“Saya sangat rapat dengan kebanyakan menteri khususnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi... mungkin mereka menganggap bahawa mereka boleh memujuk saya,” kata wakili rakyat ini.

“Dan, kemungkinan mereka berpendapat bahawa saya seorang yang kelihatan ada gaya, yang juga seorang beriman. Kemungkinan mereka mengharapkan bahawa saya akan melompat (keluar PKR) sebaik sahaja nampak wajah Anwar (dalam video seks itu),” jelas beliau.

“Kemudian, kemungkinan mereka mengandaikan bahawa dengan menghormati pak cik saya (Datuk Shuib Lazim), saya akan percaya video itu,” tambah Johari.

Menjawab soalan berkaitan dengan dakwaan Ummi Hafilda Ali bahawa ada 18 lagi pita rakaman, Johari dengan nada sindir berkata, “saya tidak terkejut... mungkin lebih daripada itu, mungkin 300.”

Ditanya sama ada akan menyaman Abdul Rahim berhubung dakwaan tersebut, Johari berkata, beliau tidak ada sebarang hasrat untuk berbuat demikian.

Beliau juga menolak cadangan agar isu semasa ini disiasat oleh sebuah suruhanjaya diraja.

“Tidak perlu, kita ada undang-undang secukupnya... ini kes jenayah. Negara ini dibina dengan undang-undang.

“Ini satu kes terpencil, esok akan ada orang lain buat video macam ini... negara ini akan kucar-kacir, akan jadi anarki,” kata beliau sambil menegaskan, pihak yang mengedar dan mempertontonkan sudah pun mengaku dan tiada sebab tidak boleh diambil tindakan. [Malaysian Insider]

Pertembungan fakta dan pembabitan pimpinan UMNO dalam isu video sex

Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat semalam oleh Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang dari tiga dalang yang menamakan diri mereka "Dato T" berhubung pembabitan mereka di dalam skandal seks video yang memfitnah Anwar Ibrahim.

Eskay (gambar kiri) menyatakan bahawa dia juga turut dirakam di dalam video tersebut. Ini mengesahkan teori bahawa lelaki yang pada awalnya dilihat sedang mengaturkan sesuatu di dalam bilik dan disyaki bertanggungjawab memasang alat perakam adalah Eskay sendiri. Ia juga selari dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Johari Abdul semalam bahawa si pelaku tahu perbuatan seks akan dirakamkan kerana pada awalnya dia dirakam bersama-sama seorang lelaki lain yang disyaki sedang menyiapkan peralatan rakaman.

Pengakuan Eskay menimbulkan keraguan besar kepada jalan ceritanya iaitu kononnya dia disuruh oleh Anwar Ibrahim untuk mengambil jamnya yang tertinggal, lalu terjumpa peralatan rakaman semasa mencari jam tersebut.

Jelas bahawa itu pembohongan kerana dia sendiri mengaku bahawa dia adalah lelaki terbabit yang disyaki bertanggungjawab memasang alat rakaman di permulaan rakaman video tersebut. Dakwaannya kononnya dia terjumpa video itu adalah penipuan semata-mata dan tidak masuk akal.

[ADS] Ingin memasuki tajuk muka depan akhbar? Inilah peluang anda!!!!!!

Saya juga mendesak Perdana Menteri sendiri memberi maklumbalas kepada satu laporan bahawa ketiga-tiga orang dalang ini berjumpa dengan Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen untuk berbincang mengenai perkara ini. KEADILAN telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam.

Perkara ini menimbulkan tanda tanya yang serius mengenai setakat manakah pembabitan pimpinan kerajaan dalam pembikinan dan penayangan video seks ini, yang melanggar beberapa peruntukan undang-undang secara jelas.

Keengganan kerajaan mengambil tindakan tegas dan segera ke atas semua dalang yang terbabit menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa ada penglibatan pimpinan kerajaan yang serius di dalam konspirasi ini, tidak ubah seperti mana konspirasi tahun 1998 dahulu.

Demi membersihkan namanya dan UMNO, Perdana Menteri perlu membuat kenyataan segera mengenai hasil perbincangannya dengan ketiga-tiga dalang video seks yang memalukan Malaysia ini.

*Kenyataan media oleh Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar kanan) selaku Pengarah Komunikasi PKR.

http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11669

Perhimpunan 500,000 BERSIH 2.0, 2011 WAJIB dimulakan dari saat ini..!

Perhimpunan 500,000 BERSIH (2.0), 2011

Malam tadi lepas balik lepak-lepak seharian suntuk, macam biasa gua online depan laptop cabuk gua bukak Google Reader gua untuk surf update berita-berita dari Website-Website, Blog-Blog & Portal-Portal internet carik berita menarik untuk gua ulas malam ni.

Malam Jumaat kerja bunuh setan amat diutamakan bagi kebanyakan wargabumi yang beragama Islam. malam sunat la katakan. tu pasal lepas jam 12:00 tengah malam bila gua online, update dah terlalu selor... daripada ratus-ratus Portal, Website & Blog yang gua subscribe, ada tak sampai 20 yang diupdate lepas jam 12:00 tengah malam. mungkin admin-admin tengah berpeluh-peluh bekerja keras membunuh setan.

Mat-mat Twitter pun senyap sepi dah... Awas bro..! jangan sampai aktiviti anda dirakam dengan CCTV oleh Trio "T"... buruk padahnya..! jangan sampai sekali lagi berlaku kisah "Blue Monday At Carcosa Seri Negara"..! muahahaha...

Gua bunuh setan dari depan laptop je lah... depan laptop pun boleh bunuh setan jugak... dekat luar sana ada setan besar yang dikenali dengan nama UMNO/BN yang jugak pada gua harus dihapuskan walaupun akan memakan masa.

Berita menarik untuk malam ni..?

Gua tertarik untuk ulas berita yang ni:
Kerajaan tolak guna dakwat kekal
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 24 Mac: Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bercadang menimbang semula penggunaan dakwat kekal kerana ia dianggap tidak lagi sesuai untuk digunakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ketika menggulung perbahasan titah ucapan Diraja berkata, SPR sedang berusaha mencari kaedah baru yang lebih moden dan boleh diterima oleh semua pihak untuk digunakan dan sedang meneliti penggunaan biomatrik sebagai ganti...[lagi]
Lepas baca berita ni, serta merta gua teringat sejarah yang berlaku hampir 4 tahun dulu.

Tarikh: 10hb. November, 2007
Hari: Sabtu
Event: Perhimpunan BERSIH

Masa tu gua belum pakai kamera lagi...

Baik... Oleh kerana wakil ataupun jurucakap KERAjaan dah keluarkan kenyataan dalam Parlimen sedemikian, semangat gua untuk menyemarakkan 1 Demonstrasi seumpama Demonstrasi BERSIH 2007 naik meruap-ruap.

Setakat ni kita dah ada BERSIH 2.0 yang pada ketika ini sekadar bergerak ke seluruh Negara Malaysia melalui siri penerangan dan juga program-program kesedaran akan kepentingan perlunya diadakan Pilihanraya yang Bersih & Adil di Malaysia.

Bab menaikkan gelombang rakyat setakat ni memang ada tapi dipihak Urusetia BERSIH2.0 nampak tak berapa bersungguh. kalau tak salah gua, ada dikeluarkan kenyataan dan dalam kenyataan tersebut, jangkaan awal untuk Perhimpunan BERSIH 2.0 ialah pada hari sabtu pada bulan Jun 2011.

Dalam kenyataan itu juga disebut bahawa "Perhimpunan BERSIH 2.0 akan diadakan pada bulan Jun 2011 sekiranya menjelang 1 Mei 2011 ini kerajaan masih gagal untuk meyakinkan rakyat dengan satu komitmen untuk memastikan sistem pengendalian demokrasi negara benar-benar dipulihkan serta bebas dari sebarang ruang manipulasi serta kepincangan

Pada hemat gua, kenyataan yang menyebut "sekiranya menjelang 1 Mei 2011 ini kerajaan masih gagal untuk meyakinkan rakyat bla bla bla bla bla" sudah tidak terpakai apabila Menteri telah mengeluarkan kenyataan seperti diatas.

Masa untuk berkempen agar matlamat Perhimpunan 500,000 BERSIH 2.0, 2011 tercapai WAJIB dimulakan dari saat ini..!

Gua harap para Blogger, Twitter, Facebooker & lain-lain rakan-rakan yang cintakan Negara Malaysia & mahukan 1 Pilihanraya yang Bersih & Adil dapat bersama mengembleng tenaga membangkitkan kesedaran kepada semua rakyat Negara Malaysia mulai saat anda membaca artikel ini.

Mulai hari ini, kita akan menggerakkan kesedaran dengan meluaskan apa-apa sahaja maklumat berkaitan dengan Kesedaran betapa perlunya diadakan bukan 1, tapi sebuah Pilihanraya yang Bersih & Adil setiap kali ianya diadakan kepada semua rakyat Malaysia.

Keutamaannya ialah dengan menyebarkan Tuntutan Utama BERSIH 2.0 iaitu:
-Penggunaan Dakwat Kekal kepada pengundi
-Pembersihan daftar Pemilih
-Pemansuhan Undi POS
-Kebebasan media
Bro... sampai bila kita nak biarkan Negara kita kena jual dek setan-setan & iblis-iblis yang hanya pentingkan poket..? sampai kita sendiri pun kena jual..?

Masa untuk bangun beb... Hari dah siang...!!!

SAH - Salah Merogol 2X : 30 tahun penjara & sebatan 12 kali..ADILKAH???

Tukang rumah dipenjara 30 tahun rogol gadis sunti

ALOR SETAR 24 Mac - Seorang tukang rumah dihukum penjara 30 tahun dan sebatan 12 kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah atas dua tuduhan merogol seorang gadis berumur 14 tahun, dua tahun lalu.

Hakim Mohd. Sabri Ismail memerintahkan Mohd. Salleh Abdullah, 42, menjalani hukuman penjara 15 tahun dan sebatan enam kali bagi setiap pertuduhan dan kedua-dua hukuman berjalan berturut-turut.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela disabitkan bersalah atas tuduhan merogol mangsa di dalam sebuah kereta Proton Saga di Jalan Semiliang, Padang Terap di sini kira-kira pukul 2.30 petang, 2 September 2009.

[ADS] Ingin memasuki tajuk muka depan akhbar? Inilah peluang anda!!!!!!

Bagi pertuduhan kedua pula, Mohd. Salleh didakwa merogol mangsa kira-kira pukul 2.30 petang, 27 September 2009 di kawasan kebun getah Kampung Kuala Janing, Padang Terap.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

Dia pada mulanya dibebaskan di akhir kes pendakwaan pada 18 Ogos 2010 sebelum Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan tertuduh membela diri selepas membenarkan rayuan pihak pendakwa raya.

Terdahulu, tertuduh dalam keterangan bela dirinya telah bersumpah bahawa setiap pertuduhan tidak benar dan memohon agar hakim dapat membuat keputusan yang seadil-adilnya.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Rizal Fadzil bagaimanapun memohon agar tertuduh dikenakan hukuman berat kerana gadis tersebut di bawah umur selain sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.

Kebangkitan rakyat masuki pusingan baru

Suhaimi Mokhtar

Revolusi kebangkitan rakyat di Bahrain memasuki pusingan baru apabila tentera Saudi Arabia berjumlah 1,000 orang anggota yang lengkap dengan kenderaan tentera termasuk kereta perisai dan lain-lain kelengkapan ketenteraan dan peralatan perang memasuki Manama, ibu kota Bahrain Isnin lalu bersama dengan 500 orang pegawai dan tentera Emariah Arab Bersatu (UEA).

Kehadiran ketumbukan tentera seramai 1,500 orang anggota itu adalah atas jemputan Raja Bahrian sebagai sebahagian dari bantuan ketenteraan dari negara anggota Majlis Negara-Negara Teluk (GCC) untuk menyelamatkan regim Bahrain yang sedang menghadapi revolusi kebangkitan rakyat.

Rakyat mendesak dilakukan reformasi politik,ekonomi dan sosial meliputi soal kebebasan, ketelusan, menentang rasuah dan akhirnya menukar regim beraja yang memerintah Bahrain beratus-ratus tahun lamanya.

Dari satu kebangkitan masyarakat sivil rakyat secara aman menyarupai kebangkitan di Tunisia dan Mesir, kebangkitan di Bahrain bertukar menjadi ganas apabila regim diraja terus mempertahankan kelangsungan regimnya.

Kebangkitan rakyat telah berlangsung sejak berminggu-minggu lalu dan konsesi yang ditawarkan oleh regim Bahrain untuk berdailog dan melakukan reformasi telah tidak disahut oleh penganjur-penganjur demonstrasi yang mahu menukar regim yang ada.

Sebaik sahaja tentera Saudi dan UEA memasuki Bahrain, regim beraja Bahrain melakukan penggelidahan dan pembersihan terhadap para demonstran dan menyuraikan mereka yang berkumpul di Bulatan Mutiara dengan kekerasan. Ramai yang terkorban dan cedera dalam kempen kekerasan yang dilakukan.

Bahrain sebuah negara kecil bukan sahaja dari segi saiznya, tetapi juga penduduknya. Ia unik kerana raja pemerintah adalah dari kalangan sunni sementara 70 peratus penduduknya terdiri dari penduduk Syiah. Pihak Amerika Syarikat (AS) dan barat meuar-uarkan bahawa kebangkitan ini adalah kebangkitan rakyat syiah yang tidak berpuashati kerana mereka sentiasa dipinggirkan termasuk dalam penentuan dasar negara.

Bagaimana pun mereka yang berdemonstrasi terdiri dari kalangan Syiah dan Sunni. Tidak terdapat pertentangan terbuka antara kedua kalangan itu yang telah hidup saling mengerti selama ini.

Kandatipun demikian,kebangkitan di Bahrain ini berbeza sedikit dengan kebangkitan di jazerah Arab yang lain seperti di Yaman, Libya dan di wilayah-wilayah lain termasuk di Tunisia dan Mesir yang menyaksikan tumbangnya dua regim diktator Ben Ali di Tunisia dan Hosni Mubarak di Mesir.

Perbezaan nya kerana di Bahrain majoriti rakyat adalah penganut syiah walaupun dinegara-negara Arab dan Teluk yang lain penganut syiah juga ramai,tetapi Bahrain dalam konteks Saudi adalah negara penimbal bagi Saudi Arabia. Saudi tidak mahu melihat kebangkitan yang melanda jazerah Arab ini tiba di Riyadh dan kehadiran tentera Saudi adalah dalam usaha untuk membendungnya.

Di Bahrain terdapat pengkalan tentera laut AS dan di Saudi Arabia pula terdapat kem tentera AS. Kehadiran tentera AS ini adalah dalam skima lebih besar dan luas dalam percaturan dirantau Timur Tengah dan Asia Barat itu.

Negara Repablik Islam Iran selepas revolusi 1979 yang menyaksikan kejatuhan dinesti Shah Pahlavi dianggap sebagai satu ancaman kepada negara-negara serantau. Sehingga kini Iran dianggap sebagai negara musuh oleh AS dan barat.

Percaturan untuk berebut menjadi kuasa serantau antara Iran dan Saudi Arabia berterusan sejak revolusi Iran sehingga kini dan dalam konteks itulah tentera Saudi dan UEA memasuki Bahrain bagi membendung pengaruh Iran kerana majoriti rakyat Bahrain terdiri dari penganut Syiah. Jika sekiranya berlaku konflik antara Sunni dan Syiah yang memang diadu-domba oleh AS dan barat,rantau yang bergolak itu akan menyaksikan konflik yang berskala besar. Diharapkan tidak akan berlaku pertembungan sia-sia ini.

Kehadiran tentera Saudi di Bahrain telah mendapat persetujuan AS dan barat. AS mensifatkan kehadiran tentera Saudi bukanlah satu penaklukan atau penjajahan. Ia menepati kerjasama negara anggota GCC. Iran telah membantah kehadiran tentera Saudi di Bahrain yang bertujuan untuk membendung kebangkitan rakyat Bahrain. Iran menafikan penglibatan negara itu dimana-mana jua, walaupun rakyat Bahrain dan kebanyakan negara Arab lain termasuk Iraq mempunyai penduduk majoriti penganut Syiah.

Saudi dan UAE menjadi proksi AS dan barat dalam menyelamatkan regim Bahrain. AS mempunyai kepentingan yang besar dirantau itu dengan kehadiran armada keenamnya. AS tidak berupaya membiarkan kebangkitan di Bahrain berterusan,walaupun retorik AS sentiasa menyatakan rakyat dinegara-negara Arab berhak untuk berdemonstrasi secara aman; mendesak dilakukan reformasi politik dan menyokong kebangkitan pro demokrasi.

Dengan bantuan ketenteraan Saudi yang disokong oleh AS dan barat, kebangkitan rakyat di Bahrain dijangka akan dibendung dengan cara kekerasaan, tetapi rakyat yang bangkit menyatakan iltizam mereka untuk meneruskan kebangkitan. Kini kebangkitan di Bahrain telah memakan korban lebih ramai.

Bagi Saudi membendung dan sekaligus menumpaskan kebangkitan di Bahrain berkait rapat dengan menumpaskan kebangkitan yang mula mengambil tempat di timur Saudi yang juga majoriti penduduknya merupakan penganut Syiah. Setakat ini Saudi dengan kerasnya dapat membendung kebangkitan di timur negaranya,tetapi apakah ia mampu menumpaskannya sekaligus.

Pendekatan regim-regim yang dilanda kebangkitan revolusi rakyat berbeza antara satu negara dengan satu negara yang lain. Selepas kejatuhan Ben Ali dan Mubarak, regim-regim ini mengambil pendekatan untuk berdepan dan menghadapi kebangkitan dengan kekerasan dengan menggunakan tentera dan pasukan keselamatan, menyebabkan ramai rakyat yang berdemonstrasi secara aman terkorban.

Regim-regim diktator ini tidak menyerah kalah kepada tuntutan kebangkitan rakyat. Mereka tidak mahu mengikut jejak Ben Ali dan Hosni Mubarak yang dijatuhkan dengan penuh penghinaan sekali.

Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi telah mengambil pendekatan memerangi rakyatnya sendiri dan kini dikatakan mulai memenangi semula wilayah-wilayah yang dikuasai oleh revolusi kebangkitan rakyat yang menamakan diri mereka sebagai majlis nasional Libya yang telahpun diiktiraf oleh Peranchis dan Britain.

Gaddafi telah menggunakan kekuatan udaranya untuk menyerang dan membebaskan wilayah yang dikuasai oleh kebangkitan rakyat dan kini dilaporkan sedang menuju ke Banghazi yang menjadi kubu kuat kebangkitan rakyat.

Bagi menyelamatkan Benghazi Majlis Keselamatan PBB telah meluluskan larangan penerbangan di langit Libya bagi menyelamatkan rakyat Libya dari serangan udara oleh jet-jet pejuang tentera udara yang pro Ghadafi. Resolusi majlis Keselamatan itu disokong oleh sepuluh negara sementara lima negara termasuk dua negara anggota tetap China dan Russia berkecuali. Tiga lagi negara anggota tetap, iaitu AS, Britain dan Peranchis menyokong.

Resolusi larangan penerbangan ini adalah campurtangan langsung negara kuasa AS,Britain dan Peranchis terhadap konflik perang saudara di Libya. Bagi memberikan kesan kepada larangan penerbangan, keupayaan udara yang dimiliki Gaddafi mesti disasarkan bagi melumpuhkan keupayaan udara yang dimiliki tentera udara pro Gaddafi.

Dalam konteks Libya, dimensi dari satu revolusi kebangkitan rakyat bertukar wajah menjadi perang saudara dan kini menerjah kepada satu keadaan yang akan mengheret kepada arena perang yang lebih besar, semata-mata kerana keengganan dan kedegilan Ghadafi tunduk kepada tuntutan rakyat.

Di Yaman pula,keadaan yang hampir serupa sedang mengambil tempat. Regim Ali Abdullah Salleh yang enggan tunduk kepada tuntutan kebangkitan rakyat mula menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan. Regim-regim ini mahu menggagalkan kebangkitan rakyat.

Kebangkitan rakyat di Bahrain akan digagalkan dengan bantuan Saudi yang disokong oleh AS dan barat. Di Libya larangan penerbangan memberi ruang kepada AS dan sekutunya untuk campurtangan dalam konflik perang saudara di Libya,sementara di Yaman, regim Ali Abdullah Salleh mahu berdepan dengan kekerasan terhadap para demonstran yang menggerakkan kebangkitan rakyat.

Pengakhiran kebangkitan rakyat dibeberapa buah negara ini berada dalam keadaan tidak menentu. Penyelesaian nya tidak lagi antara rakyat yang bangkit dengan regim masing-masing tetapi mengheret kuasa AS barat dan proksi mereka dalam kancah dan pergolakan yang dijangka akan berpanjangan.

Sewajarnya penyelesaian dari revolusi kebangkitan rakyat ini di selesaikan oleh rakyat sendiri tanpa campurtangan asing seperti yang berlaku di Tunsia dan Mesir.

Perniagaan video seks akan berjaya

Oleh Aspan Alias

Pengendap bilik tidur dan mengintai orang berkelamin merupakan penyakit yang begitu sebati terutamanya di kampong-kampong dahulu kala. Mungkin penyakit itu sudah tidak lagi menjadi kebiasaan di zaman morden sekarang ini. Dulu-dulunya kegiatan mengendap itu merupakan perkara biasa tetapi ianya hanya menjadi mainan nakal anak-anak muda sahaja.

Ramai pasangan yang baru berkahwin menjadi mangsa pengendap ini tetapi ianya tidak membawa apa-apa keburukan kepada masyarakat kerana mereka bertindak mengendap itu hanyalah untuk suka-suka sahaja. Itu hanyalah merupakan ‘practical jokes’ yang biasa. Tetapi kalau diceritakan kepada orang muda-muda bawah empat puluhan ianya merupakan cerita dongeng kerana di zaman mereka ini penyakit ini sudah lama berkurangan dan mungkin sudah tiada lagi.

[ADS] Ingin memasuki tajuk muka depan akhbar? Inilah peluang anda!!!!!!

Tetapi budaya mengintai ini tidak hilang secara total kerana mungkin penyakit ini ada bersama orang Melayu walaupun budaya itu sudah lama tiada. Di zaman morden ini mengintai bilek tidur dan mengintip orang berkelamin itu sudah menjadi satu kegiatan penting di dalam politik dan lebih jauh lagi ianya sudah menjadi alat untuk perniagaan.

Kejayaan mengintai dan mengintip orang berkelamin terutamanya musuh politik pengintai itu, boleh menjadi modal perniagaan dan jika berjaya melakukannya dengan baik dan boleh pula membantu orang atasan atau kelompok yang berkuasa, kejayaan itu besar kemungkinan boleh membawa kehidupan yang lebih baik pada masa yang akan datang.

Kalau dahulu kegiatan mengintai ini hanya untuk suka-suka sahaja, di zaman sekarang mengintai ini boleh mendatangkan faedah kewangan serta taraf sosial kepada pengintai-pengintai ini. Cerita yang terakhir yang kita semua mendengar ialah tentang pengintaian yang dilakukan keatas seorang pemimpin yang di katakan sebagai pemimpin pembangkang negara.

Tetapi sekarang ini zaman modern; mengintai ini dilakukan dengan mengambil video sekali dan orang yang tidak mengintai boleh melihatnya melalui video yang di ambil oleh pengintai-pengintai ini. Jika ada peluang saya juga ingin melihat tayangan itu tanpa bersusah payah untuk mengintai. Rahim ini pernah berkawan dengan saya dan jika beliau sudi, saya juga ingin memohon dari beliau untuk mendapat kebenaran melihat tayangan dan adengan seks oleh pemimpin pembangkang itu.

Sekarang saya sudah tahu di mana hendak mendapatkan video lucah. Kalau Rahim tidak ada, kita pergi berjumpa Eskay dan jika kedua-duanya tidak ada mungkin kita boleh tempah dari Shuib Lazim. Kalau Dato T ini berjaya untuk membuktikan tuduhan mereka saya sangat berkeyakinan akan ramailah yang akan menjadi egen untuk mengedarkan video ini dan saya tidak tahu berapa peratus kah ‘margin’ yang akan diterima oleh agen-egen pengedar ini. Mungkin kah perniagaan ‘multi-level ini akan mampu menyaingi Amway? Kita tidak tahu lagi.

Dulu perniagaan ini dilakukan oleh orang-orang bawahan sekarang perniagaan ini sudah dilakukan oleh orang-orang besar yang bergelar dan bernama. Mungkin hasil dari perniagaan ini boleh menambah sedikit sebanyak pencen yang mereka sedang terima sekarang ini.

Nampaknya kegiatan ini mugkin boleh menjadi elemen yang akan menjayakan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) yang di umumkan oleh pucuk pimpinan kita.

http://aspanaliasnet.blogspot.com

Kerajaan Najib takut dengan proses celup jari..!!

Kerajaan tolak guna dakwat kekal

KUALA LUMPUR, 24 Mac: Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bercadang menimbang semula penggunaan dakwat kekal kerana ia dianggap tidak lagi sesuai untuk digunakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ketika menggulung perbahasan titah ucapan Diraja berkata, SPR sedang berusaha mencari kaedah baru yang lebih moden dan boleh diterima oleh semua pihak untuk digunakan dan sedang meneliti penggunaan biomatrik sebagai ganti.

"Namun ia masih dalam perhatian kerana perlu melihat dari semua sudut," katanya.

Nazri menambah, penggunaan dakwat kekal juga tidak sesuai kerana bercanggah dengan perlembagaan dengan memberi contoh situasi pengundi tidak mahu ibu jarinya dicalit dengan dakwat.

Bagaimanapun, jawapan itu mendapat tentangan daripada Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) yang menyifatkan ia masalah peraturan yang boleh diselesaikan sebelum hari mengundi.

"Alasan mengenai perlembagaan itu kurang tepat. Kalau itulah yang menjadi isunya pada pilihan raya yang lepas, saya kira kita mempunyai masa yang cukup untuk meminda peraturan dalam pilihan raya itu sendiri.

"Tapi kita tidak membuat usaha ke arah itu. Mungkin tidak ada political will dan perjumpaan kita dengan SPR pun, SPR kata ini adalah keputusan kabinet, ini adalah keputusan kabinet," katanya.

[ADS] Ingin memasuki tajuk muka depan akhbar? Inilah peluang anda!!!!!!

Pada pilihan raya umum 2008, SPR menerima tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) agar dakwat kekal digunakan namun keputusan itu ditarik balik beberapa hari sebelum mengundi atas arahan kerajaan.

Siti Mariah juga menyanggah jawapan Nazri bahawa tidak berlaku pengundian dua kali dan mendakwa terdapat pendatang asing menerima kad pengenalan meskipun tidak layak.

"Saya nak bangkitkan mengenai tidak ada pengundian dua kali. Mungkin kalau saya bawa perkara ini Menteri kata tuduhan tapi kita sudah banyak kali mendengar bagaimana di Sabah kad pengenalan diberikan kepada pendatang tanpa izin.

"Pengeluaran kad pengenalan ini menjadi perbualan malah di kalangan kakitangan kerajaan di jabatan Pendaftaran Negara sendiri mengatakan kad pengenalan mudah diberikan kepada rakyat termasuk pendatang tanpa izin yang dah lama beerada di sini untuk menjadi pengundi. Ini utuk kepentingan politik BN," dakwanya.

Tambahnya, tidak mungkin mereka yang menerima kad pengenalan secara tidak sah akan mengaku mengenai perkara itu.

"Menteri mungkin suruh saya bawa saksi. Tapi mana ada orang yang dapat kad pengenalan, yang tak sepatutnya dia dapat akan mengaku bahawa dia mendapat kad pengenalan.

"Inilah kebimbangan kita, JPN akan keluarkan kad pengenalan kepada orang yang tak sepatutnya sehingga ada yang mempunyai kad pengenanalan lebih daripada satu, boleh pergi ke dua tiga pusat pengundian,"katanya.

Nazri juga memberitahu, sistem pengundian automatik juga tidak akan dilakukan atas alasan sebahagian besar rakyat tidak tinggal di alamat seperti yang didaftar dalam kad pengenalan.

Cadangan Loji Nuklear: GAMIS usul memorandum 100 soalan

1. Mahasiswa menyambut baik cadangan kerajaan Malaysia melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)Malaysia untuk membangunkan janakuasa nuklear di Malaysia.

2. Sememangnya mahasiswa mengakui manfaat yang diperoleh hasil daripada perkembangan teknologi ini yang mana boleh memberi penjimatan kos janakuasa elektrik jangka masa panjang di samping meningkat kualiti tenaga yang dihasilkan.

3. Namun begitu, dalam memastikan perkembangan kemajuan yang ingin dicapai, hendaklah diingat akan risiko yang bakal dihadapi oleh jutaan rakyat Malaysia secara amnya. Hal ini kerana mahasiswa menyedari akan permasalahan utama yang sering dipersoalkan ialah berkaitan isu keselamatan rakyat dan implikasi tenaga radioaktif ini ke atas Rumah Hijau.

4. Oleh itu mahasiswa berpendirian untuk menggesa kerajaan untuk meneliti beberapa perkara :

(i) Mahasiswa menggesa kerajaan melalui kementerian yang berkaitan untuk mewujudkan elemen-eleman penerangan terus kepada rakyat sama ada melalui media rasmi kerajaan mahupun penerangan menerusi pendidikan secara formal. Ini termasuklah memberi laporan yang lengkap mengenai projek ini dan dibentangkan secara telus termasuklah implikasi dan konsekuensi bencana loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi.

Sumber: Reuters

(ii) Mahasiswa juga bersedia untuk menjadi agen penerangan alternatif kepada rakyat sekiranya kerajaan bersedia untuk memberi penerangan lanjut mengenai teknologi ini. Penerangan ini perlu untuk memastikan rakyat benar-benar memahami sepenuhnya cadangan loji nuklear ini oleh kerajaan.

(iii) Mahasiswa menggesa pihak kerajaan agar memulangkan segala keputusan berhubung cadangan loji ini sepenuhnya kepada rakyat. Hal ini kerana selain daripada manfaat yang bakal diterima oleh negara, rakyat juga berhadapan dengan risiko luar jangka yang boleh berlaku seperti di negara Jepun. Oleh itu, sememangnya kuasa pemutus untuk menentukan sama ada negara memerlukan tenaga nuklear atau tidak perlu diserahkan kepada rakyat.

(iv) Mahasiswa menggesa pihak kabinet untuk mengambil kira kehendak rakyat sebelum membuat sebarang keputusan bagi mengelakkan terbentuknya dasar yang akan membelakangkan rakyat seperti isu pembentukan dasar PPSMI dan isu pengekalan agama anak-anak yang baru lahir.

Sehubungan dengan itu, Gabungan mahasiswa Islam Se-malaysia (GAMIS) akan mengusulkan memorandum 100 soalan yang perlu dijawab oleh kementerian yang berkaitan berhubung cadangan pembinaan loji nuklear ini. Soalan-soalan ini merupakan persoalan lazim yang sering ditimbulkan oleh rakyat kebanyakan dan perlu dijawab segera oleh pihak kerajaan. Mahasiswa menuntut agar jawapan kepada 100 soalan ini perlu dijawab dalam sidang dewan rakyat yang akan datang.

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia juga akan melancarkan skuad khas penerangan bagi memperjelaskan isu ini kepada rakyat. Skuad ini akan bertindak sebagai agen penerangan seterusnya mengumpul suara rakyat berhubung isu cadangan pembinaan loji nuklear ini. Diharapkan dengan himpunan suara rakyat tersebut akan dapat memberi mesej jelas kepada kerajaan mengenai kehendak rakyat dalam isu ini.

Diharapkan dengan memorandum ini, pihak kerajaan dapat membuat tindakan yang terbaik berhubung isu loji nuklear demi masa depan negara dan kesejahteraan rakyat.

*Kenyataan media oleh Ahmad Syukri Ab Razab (gambar kiri) selaku Pengerusi Majlis Politik nasional (MPN) dan Gabungan mahasiswa Islam Se-malaysia (GAMIS).

http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11668

Video Sudah Sampai Polis..Anwar & Rahim ada sejarah silam yang berbuku di hati

Rakaman asal video seks, jam tangan diserah pada polis

Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata beliau telah menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, untuk siasatan polis di Bukit Aman hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas selesai disoal siasat, Rahim berkata beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam.

Rahim keluar daripada ibu pejabat polis berkenaan pada kira-kira jam 9.40 malam ini.

rahim thamby chik at bukit aman 240311 02Katanya, beliau juga telah memberi keterangan berhubung video seks berkenaan dalam siasatan selama hampir lima jam itu.

Rahim turut mengulangi tuntutannya supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.

"Jika ada suruhanjaya diraja dan kerajaan bersetuju (menubuhkannya), mungkin penyiasatan lebih rapi akan diadakan bagi memuaskan hati semua pihak bagi mencari kebenaran," katanya lagi.

Tambahnya, video berkenaan boleh disiasat secara forensik bagi menentukan sama ada ia merupakan rakaman palsu ataupun telah diubahsuai.

"Kita boleh memanggil mana-mana pakar yang hebat, waima daripada pakar Amerika Syarikat (atau biro penyiasatan) FBI, untuk menentukan ketulenan video ini," katanya.

Katanya lagi, pakar forensik juga akan dapat memeriksa jam tangan yang diserahkannya itu.

"Walaupun ada pihak tidak mengaku tapi tentu pakar forensik akan melihat jam itu sebagai bukti penting.

"Kadang-kadang daki kita di (jam tangan) pun boleh jadi bukti DNA," katanya lagi.

Beliau juga berharap penjelasannya dalam siasatan itu akan membantu polis menjalankan siasatan.

"Apa yang penting, rakyat Malaysia akan tahu kebenaran sebenar, siapakah aktor di dalam video seks ini," katanya kepada wartawan.

Anwar paksa letak jawatan

Sementara itu, Rahim sekali lagi mendakwa bahawa bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyalahgunakan kuasa dengan memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai ketua menteri Melaka.

NONERahim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Anwar yang menafikan pembabitannya dalam peletakan jawatannya.

"Saya telah bertanya kepada Tun Mahathir (Mohamad) sendiri, beliau menafikan dan tidak pernah memberi arahan (supaya beliau meletak jawatan).

"Tetapi ini adalah salahguna kuasa timbalan perdana menteri pada waktu itu untuk memaksa saya meletak jawatan," katanya.

Turut dipanggil memberi keterangan berhubung video seks tersebut hari ini ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Difahamkan, siasatan ke atas Shazryl itu selesai pada kira-kira jam 10 malam.

Semalam, Rahim, Eskay dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, mengakui mereka adalah 'Datuk T' yang di sebalik tayangan video seks tersebut.

Shuib, bagaimanapun dipercayai berada di luar negeri dan dijadualkan diambil kenyataannya esok.

Sebelum ini, pegawai khas Rahim – Ghazali Zainal berkata bekas ketua pemuda Umno itu bersedia memberikan kenyataan kepada polis jika diminta berbuat demikian.

Katanya, Rahim enggan mengulas lanjut berhubung video berkenaan selepas pertemuan dengan media, petang semalam.

Ketiga-tiga individu itu yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai 'Datuk T', telah menayangkan video lucah itu kepada beberapa wartawan tertentu di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Sehari kemudian, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis selepas menafikan beliau adalah lelaki yang didakwa dalam video tersebut.

Untuk tatapan generasi akan datang.

Buku yang menjadi kebanggaan Mahathir kini telah dijual macam goreng pisang panas sebanyak 10 000 naskah yang menyatakan kisah benar yang belum lagi dipaparka oleh Mantan PM "Mudah Lupa" ini.

Namun apabila di baca dan diteliti buku yang dianggap hebat ini adalah senaskah buku yang dianggap oleh para penganalisa buku sebagai suatu penulisan daif dan hanya mampu mengwujudkan perpecahan dan sikap benci membenci dikalangan masyarakat negara ini.Lantas seolah-olah Dr Mahathir pula cuba menulis sejarah baru dengan "memperbetulkan" hikayat hidupnya yang sedia diketahui umum.


Buku yang lebih banyak memaparkan keburukan individu untuk dijadikan bahan cemuhan dan kebencian masyarakat dilihat tidak langsung mampu menyelesaikan masalah ummah dan memberikan kesedaran kepada para pembaca.

Fakta-fakta yang dinyatakan banyak yang bercanggah,seperti kes pertemuan Mantan PM ini dengan Bekas Presiden Singapura,dimana tarikh perjumpaan tersebut menjadi bahan tertawa masyarakat kerana semasa itu Bekas Presiden Benjamin Henry Sheares telah pun meninggal mengikut rekod akbar The Straits Times Singapura,

Ku Li dalam satu kenyataan menegaskan: "Sekali lagi saya dituduh membawa parti ke mahkamah. Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti dalam tahun 1987." Bekas Menteri Kewangan yang ditewaskan hanya dengan 43 undi oleh Dr Mahathir menegaskan beliau tidak mempunyai wang untuk tujuan membeli undi ketika pemilihan paling sengit dalam sejarah Umno itu. "Saya tidak ada kroni. Sebenarnya, saya menentang politik wang. Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat segala perkara itu," tambahnya.

"Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir," kata Ku Li lagi.

Dr Mahathir juga sudah dapat menjangkakan bahawa sidang sembilan hakim hanya akan membatalkan pemilihan umno pada April 1987 tetapi akan "menghidupkan" kembali Umno. Oleh itu, Dr Mahathir harus bertembung sekali lagi dengan Ku Li. Mood ketika itu memang menyukarkan Dr Mahathir mempertahankan kemenangan tipisnya. Kalah sebagai presiden parti akan menggugurkan kelayakannya sebagai perdana menteri.

Ketika itulah timbulnya idea untuk memecat Tun Salleh, sekali gus membatalkan arahan bagi diadakan sidang sembilan hakim. Langkah pertama adalah dengan menaikkan pangkat Harun Hashim daripada hakim Mahkamah Tinggi kepada hakim Mahkamah Agung. Sekali lagi Dr Mahathir mendakwa kebebasan kehakiman masih wujud di Malaysia apabila hakim yang mengharamkan Umno pun dinaikkan pangkat, sedangkan realitinya ia bagi menggagalkan arahan Tun Salleh dan menyelamatkan karier politik Dr Mahathir.

Seterusnya,cerita bagaimana beliau berjumpa dengan 3 wanita yang ada hubungan dengan DSAI dan menceritakan segala kisah jijik DSAI di dalam bukunya,mungkin ini sesuatu yang beliau anggap hebat...tetapi kesan mengaibkan individu kalau difahami dalam islam,sudah pasti beliau tidak akan sanggup menulis walaupun kisah tersebut suatu rekaan atapiun benar-benar berlaku.

Malah sebagai seorang Mantan PM yang disegani dan berakhlak,beliau sepatutnya tidak akan mengaibkan individu lain untuk tatapan dan cemuhan generasi yang akan datang,sekiranya beliau kembali kepada Allah maka segala dosa fitnah dan mengaibkan individu tersebut akan berterusan ditanggung dengan azab yang pedih di akhirat kelak...nauzubillah...

[MP PENDANG]
http://mppendang.blogspot.com

Jalan Kampung Baru di hadapan Hotel D’Vista sedang dilakukan penambahbaikan

RM20,00 baiki jalan bahaya

JALAN KAMPUNG BARU – Keadaan Jalan Kampung Baru yang sentiasa sesak di kedua arah terutama di hadapan Hotel D’Vista sering berlaku kemalangan, membahayakan dan mendatangkan risiko kepada pengguna.

Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani, P Sritharan berkata, laluan itu juga sebenarnya menjadi jalan utama pengguna yang datang dari arah Butterworth dan Alor Setar untuk ke Sungai Petani.

Menurutnya, di lokasi berkenaan, jalan menjadi agak sempit memandangkan dipenuhi dengan bangunan rumah kedai di kiri dan kanan jalan di samping wujudnya sebuah jambatan menyukarkan pergerakan pengguna jalan raya terutama penduduk luar.

“Jalan di sini banyak selekoh, selain terdapat simpang tiga berdekatan yang sering sesak kerana terdapat lampu isyarat di hadapan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sritharan berkata, kebanyakkan pengguna yang ingin membelok dan sebagainya menyebabkan kesesakan sehingga sering berlaku kemalangan.

“Oleh kerana mengambil kira masalah dan keselesaan orang ramai yang melalui kawasan ini, Majlis Perbandaran Sungai Petani kini sedang melakukan penambahbaikan yang melibatkan kos sebanyak RM20,000.

“Satu laluan tambahan dibina bagi melebarkan jalan di kiri dan kanan laluan seterusnya memberi lebih ruang untuk pengguna menjarakkan kenderaan antara satu sama lain,” katanya.

Menurutnya, kerja-kerja naik taraf sedang dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya dalam dua minggu lagi.

Bumi dok BERGEGAR sana sini tapi MALAYSIA dok kalut video blue..!!

Gegaran gempa bumi di Myanmar turut dirasai di Thailand

25/03/2011 3:29am

BANGKOK 25 Mac - Thailand merasai sedikit gegaran berikutan kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.8 pada skala Richter melanda Myanmar malam tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Meteorologi Thailand, Somchai Baimuang berkata, penduduk di wilayah utara di Chiang Rai, Chiang Mai, Nam dan Bangkok turut merasai kesan daripada gempa bumi pada pukul 8.55 malam waktu tempatan.

[ADS] Ingin memasuki tajuk muka depan akhbar? Inilah peluang anda!!!!!!

“Jangan panik dan tiada gempa bumi di Thailand dan tiada amaran tsunami dikeluarkan,” katanya.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik melaporkan kejadian gempa bumi di Myanmar berlaku jauh di pendalaman dan tidak mencetuskan ombak tsunami. - Bernama

Eskay: Saya Lurus, Bukan Homoseks Macam Saiful

Dalam keghairahan untuk memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay semalam mendedahkan bahawa pengadu kes liwat fitnah dua, Saiful Bukhari Azlan adalah pengamal hubungan seks sejenis.

Bagaimanapun ahli perniagaan itu menegaskan ‘beliau bukan seperti Saiful ” kerana telah mengerjakan umrah dan haji.

Saya telah menunaikan umrah dan haji. Saya rasa saya telah lama dipergunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya bukan macam Saiful, saya lurus saya bukan homoseks.

Eskay tidak mendedahkan sumber maklumatnya atau pun sama ada beliau mengenali Saiful secara peribadi. Beliau membuat kenyataan mengejut itu pada sidang akhbar semalam.

Ketika memberi keterangan di mahkamah bulan lalu, pakar kimia Seah Lay Hong mengesahkan kehadiran beberapa sampel DNA dari individu berlainan dalam dubur Saiful.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul menjelaskan bahawa fitnah video lucah diketengahkan ketika ini bagi memastikan UMNO mempunyai modal yang cukup untuk mengaibkan Anwar dalam menghadapi pilihanraya umum.

Ini kerana perbicaraan fitnah liwat terhadap Anwar mungkin akan selesai dalam sedikit masa dan UMNO akan ketandusan fitnah untuk menyerang moral ketua pembangkang itu.

"Pilihan Raya Sarawak makin dekat. Kes Mahkamah semakin hampir habis. Perlu ada isu berlarutan. Beberapa keputusan sudah tidak berpihak kepada kerajaan. Dan buku jingga pun dia orang (Kerajaan) dah tak larat nak berdebat. Jadi kena buat isu baru….kena cipta perkara lain,” kata Johari .






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...