TERKINI :

Monday, March 21, 2011

Sepatutnya seks biasa dulu, lepas itu barulah liwat....ini tidak terbalik kot...

Setelah semuanya gagal, kini datang video pula ?

KUALA LUMPUR, Setelah gagal dengan projek Fitnah II apabila mahkamah menolak DNA yang dicuri, BN didakwa cuba menghancurkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video yang didakwa palsu.Peguam yang juga naib presiden PKR, Sivarasa Rasiah dalam Twitternya secara langsung menghalakan serangannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

"Setelah gagal dengan projek fitnah II, Datuk Seri Najib mengubah hala serangannya. Video yang ditokok tambah mula disebarkan hari ini," tulis Sivarasa dalam Twitternya.

Hari ini, tiga kumpulan wartawan ditayangkan video seks yang didakwa antara Anwar dengan seorang wanita Cina yang dikatakan dirakam di sebuah bilik hotel.

Ia ditayangkan di hotel mewah, Carcosa Sri Negara pagi ini di depan kumpulan para wartawan kumpulan demi kumpulan.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Berdasarkan modus operandinya, tekanan ini dikenakan kepada Anwar agar beliau berundur dari politik dan jangan mengganggu gugat kepimpinan BN yang ada. Jika Anwar bersetuju berundur, video ini dikatakan tidak akan dilepaskan kepada umum.

Selain tekanan ini, beberapa siri tekanan lain juga dikatakan akan terus dikenakan ke atas Anwar sehingga beliau berhenti dari memberikan gugatan kepada pemimpin BN yang ada.

Harakahdaily pernah dimaklumkan perkara ini sebelum ini. Ketika dibincangkan dengan beberapa pemimpin kanan PAS, mereka yakin, tekanan terhadap Anwar sudah terlalu berlebihan untuk memusnahkan beliau.

"Ia sudah over done," kata seorang pemimpin kanan PAS.

Video seks

Pagi ini, wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut laporan media, klip video itu lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.

BN sangat tersepit

"BN mesti sangat tersepit. Mereka fikir boleh musnahkan DSAI dan Pakatan dengan video palsu," tulis Sivarasa yang juga anggota Parlimen Subang lagi.

Pengarah Perhubungan PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam twitter juga mengulas isu itu.

"Fitnah 1 gagal. Agen asing gagal. Fitnah II sedang gagal. Sekarang, video," tulis beliau dalam Twitternya.

Anggota Parlimen dari PAS dari Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali juga memberikan ulasan dalam Twitternya.

"Apa nak jadi negara kita. Orang lain sibuk nak bina semula negara yang musnah, kita sibuk nak musnahkan maruah dan kredibiliti pemimpin. Fitnah bawa punah pada semua," kata beliau.

Seorang pemimpin PAS ketika mengulas isu ini pula berpendapat, strategi BN silap dalam isu ini kerana gagal memahami saikologi orang Melayu dalam menilai isu seks.

"Sepatutnya seks biasa dulu, lepas itu barulah liwat....ini tidak terbalik kot...," kata beliau.H/D

Pendedahan isu video sex.. Siapa yang untung sebenar..??

Siapa dapat faedah isu video seks?
Haris Zalkapli

Pagi ini, kemunculan satu rakaman aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang mencetuskan pelbagai reaksi daripada kelompok politik negara.

Pendedahan rakaman seks terbaharu melibatkan ahli politik ini menambahkan lagi isu sensasi dalam politik negara, ketika topik liwat semakin terhakis nilai kejutannya ekoran terlalu banyak muncul di media dan kempen politik.

Reaksi awal banyak pihak memperlihatkan keadaan terkejut dan defensif, menafikan penglibatan seorang pemimpin pembangkang walaupun dipercayai belum menonton rakaman itu.

Tidak dapat tidak, pihak pemerintah terkait dengan pendedahan itu disebabkan bacaan politik semasa yang sedang bersedia menghadapi pilihan raya di Sarawak dan seluruh negara selepas itu.

Dalam suasana politik yang panas pada masa ini, tidak dapat dielakkan kemunculan rakaman itu dikaitkan dengan kepentingan pihak tertentu untuk mendapat faedah daripada kesan pendedahan itu.

Dari sudut jangka pendek, pihak yang menentang tokoh yang disasarkan oleh pendedahan rakaman itu berpotensi mendapat manfaat besar.

Pihak lain, termasuk yang mempunyai hubungan dengan tokoh yang didakwa terlibat itu, boleh turut sama terpalit dengan kesan negatif.

Dalam perang persepsi yang ganas dan tidak beretika pada masa kini, setiap peluang digunakan sebaiknya oleh semua yang berkepentingan.

Seperti yang pernah berlaku ekoran satu pendedahan daripada WikiLeaks sebelum ini, pengesahan fakta tidak lagi menjadi penting bagi pihak yang mahu mengeksploit, tetapi persepsi yang tercetus daripada pendedahan itu yang mahu dimanfaatkan.

Perbincangan mengenai isu terbabit akhirnya hanya menyentuh aspek sensasi dan menafikan penilaian kritikal terhadap hal yang mendasar.

Kes-kes ini menunjukkan bagaimana dengan mudah politik menguasai sehingga persepsi menjadi perkara yang paling mahu dimanfaatkan selagi yang boleh.

Dalam kes pendedahan terbaharu ini, siapapun yang mendapat manfaatnya, dalam tempoh jangka panjang, politik negara bakal terkesan oleh permainan politik yang kotor dan tidak bertanggungjawab.

Pendedahan rakaman terbaharu ini menambahkan catatan buruk sejarah politik negara yang menyaksikan rakaman curi aksi seks menjadi berita utama politik.

Perhatian ramai juga tertumpu pada hal sensasi itu, mengangkat topik seperti itu lebih tinggi dalam wacana politik tempatan dan menjadikan isu-isu yang lebih penting dan mendasar semakin terpinggir.

Isu-isu sensasi yang malangnya lebih mudah menarik perhatian khalayak semakin berpeluang mengambil bahagian terpenting dan terbesar dan perbincangan politik yang sepatutnya dijalankan berdasar isu-isu yang lebih mencerahkan.

Personaliti, skandal dan pelbagai isu sensasi rendah akhirnya menjadi tumpuan ramai, menenggelamkan lagi isu-isu seperti ideologi, program parti-parti politik dan sebagainya yang lebih memberi peluang untuk membuat penilaian yang bijak.

Isu skandal yang melibatkan moral bukanlah tidak penting kerana berkait dengan integriti tokoh-tokoh politik, tetapi sensasionalisme yang dicetuskan ini menjatuhkan wacana politik nasional ke satu tahap yang lebih rendah lagi.

Pemilihan jalan pendedahan skandal seperti yang berlaku hari ini juga mendedahkan kelemahan dalam politik negara kita, yang mendedahkan ketidakmampuan berdepan di medan demokrasi lalu mencari jalan lain untuk menjatuhkan lawan.

Pendedahan rakaman seks hari ini telahpun mencetuskan perbincangan hangat di dunia siber dan dalam kalangan media dan politik.

Satu rasionaliti dan sikap kritikal perlu muncul dan ditunjukkan dalam medan politik negara hari ini, supaya kejadian sensasi ini tidak menjadi isu yang mendominasi politik negara, mengatasi pertimbangan-pertimbangan yang sepatutnya diutamakan dalam pembangunan negara kita.

Anwar: Saya bukan lelaki dalam video seks


Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan keras menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video seks yang didedahkan pagi ini.

Dia menyifatkan dakwaan itu sebagai "pembohongan" yang diselaras oleh mereka di peringkat kuasa tertinggi.

NONEPada masa itu video dikatakan dirakamkan, Anwar berkata beliau berada di rumah bersama kakitangannya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anak-anak dan cucu-cucu.

Katanya, beliau telah mengemaskini Twitternya pada masa itu, yang akan membuktikan yang beliau bukan lelaki dalam video tersebut.

Sambil tersenyum Anwar berkata, lelaki dalam video itu "berperut buncit" berbanding dengan perutnya.

"Cuma perut orang itu jauh lebih buncit daripada perut saya," katanya.

Anwar turut berdiri untuk membolehkan jurufoto mengambil gambar perutnya.

Bercakap dalam sidang media petang ini, beliau menyifatkan dakwaan dakwaan tersebut sebagai "serangan fitnah jahat terbaru dalam bentuk video".

1Malaysia dah Gila Cerita Pasai "KONGKEK" dari budak sekolah sampai ke pemimpin negara..!!

Video Lucah dan Kelab Anti Demokrasi Malaysia

PAGI ini saya baru melancarkan kelab anti politik demokrasi Malaysia di Facebooks. Tujuannya untuk selidik sejauh mana rakan Fb saya bersetuju dengan saya mengenai politik demokrasi negara ini.

Pada saya politik kita sudah sampai ke peringkat di luar nilai ketamdunan sebenarnya. Tindak tanduk manusia dalam politik untuk mendapatkan kuasa akan dilakukan dengan apa cara sekalipun.

Tidak kira apakah tindak itu bermoral atau tidak, tidak dipedulikan. Asalkan di situ ada keuntungan dan kepuasan. Dan penting dapat imbuhan dan upah. Nampak sangat sesetengah isu dilakukan untuk kepentingan perut. Pendedahan dan pembongkaran dibuat bukan untuk dijadikan iktibar lagi tetapi memburukkan seseorang secara melampau tanpa mendapat kebaikan darinya.

Apa dinamakan hikmah sudah pun hilang dari pertimbangan kemanusiaan mereka. Saya rasa politik haiwan lebih baik dari politik orang negara ini. Haiwan walaupun tidak ada peraturan tetapi masih patuh kepada peraturan dan tabiat semula jadi mereka. Haiwan masih menjaga batas-batas susila mereka sebagai haiwan.

Ambil saja kambing, seekor kambing jantan tidak akan mengoda kambing betina yang mengandung. Dia akan tinggalkan si betina bila ia sudah mengandung. Demikian juga dengan kucing, kalau sijantan sudah tahu betina mengandung ia akan tinggalkan.

Betapa banyak kucing jantan menunggu untuk mengawani seekor kucing betina , mereka tidak akan berebut. Mereka akan buat Q-up lepas satu-satu. Mereka sabar menanti dan tidak menggunakan kekerasan.

Berlainan dengan manusia politik, mereka hilang pertimbangan. Kawan akan dikhianati, janji akan dimungkiri. Segala kebusukan orang juga akan didedahkan semahu-mahaunya walaupun mungkin asalnya mereka bersahabat baik atau sama-sama melakukan kebejatan.

Jadi saya ingin menyelidik sejauh mana kawan Fb saya bersetuju dan melihat berapa kotornya politik yang diamalkan di negara ini.

Dan serentak dengan saya melancarkan kelab berkenaan tersibar satu berita yang tidak enak didengar yang didedahkan hari ini. Seorang manusia yang menamakan diri mereka sebagai datuk T telah panggil wartawan mendedahkan video lucah di Carcosa Seri Negara?

Dengan pendedahan ini ia boleh dijadikan satu lagi bahan untuk menilai jenis politik negara ini.

Menjadi persoalan saya kenapa ianya didedah di Carcosa Seri Negara, itu rumah kerajaan. Bila ia didedahkan disitu maka nampak siapa yang terlibat. Ia seperti direstui sendiri oleh pihak kerajaan. Sebuah rumah bersejarah seperti itu rasanya tidak layak untuk dijadikan tempat menayangkan video lucah.

Tidak tahu siapa watak dalam video berkenaan. Tetapi kini sudah tertumpu kepada Anwar Ibrahim. Walaupun tidak jelas namun kecederongan untuk menyatakan watak dalam video lucah itu adalah Anwar.

Di sini saya tidak menolak kenyataan ke atas video itu kalau ia berlaku. Ia mungkin Anwar mungkin juga Najib atau mungkin juga Muhyiddin? Kita boleh beranggapan demikian selagi ianya tidak didedahkan secara jelas. Hari ini dunia IT sungguh canggih dan mengatasi pemikiran biasa manusia. Boleh jadi watak dalam video itu adalah super impose? Mana tahu?

Apakah selepas ini ada satu lagi pendakwaan yang hanya berdasarkan video berkenaan? Dan saksinya orang yang menyediakan video berkenaan? Di Malaysia segala-galanya boleh jadi.

Apa yang saya nampak video berkenaan adalah untuk dijadikan umpan pada pilihan raya Sarawak. Ia akan disebarkan seluasnya di sana. Mungkin pada masa ini cd video berkenaan sudah pun diproses jutaan keping untuk dihantar ke Sarawak. Maka selepas ini akan terbeliaklah orang Sarawak menyaksinya nanti.

Rakan Fb saya yang belum menyatakan sokongan mungkin boleh mengambil kes video ini sebagai bahan baru untuk dijadikan iktibar serta membenarkan apa yang kita lakukan, tolak keserabutan dan kebejatan politik. [ttdi. 4:20 pm 21/03/11]

Mohd Sayuti Omar,

Syukur, tiada pemimpin disabitkan rasuah di Kedah

ditulis oleh AMELIA HASHIM

ALOR SETAR – “Bersyukur kepada Allah, bukan sahaja berjaya bertahan memerintah selama tiga tahun dengan pelbagai kesusahan dan kepayahan, yang terpenting ialah kita berjaya memimpin dengan bukti sebuah kerajaan yang bersih tidak ada seorang pun bersama kita yang boleh disabitkan dengan kesalahan rasuah.”

Ahli Parlimen Marang YB Dato’ Haji Hadi Awang berkata demikian pada Forum Kemasyarakatan sempena sambutan Tiga Tahun Kedah Sejehtera di sini baru-baru ini.

Menurutnya, kerajaan yang bersih telah ditunjukkan di negeri Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor tidak boleh ditumbangkan dengan kesalahan rasuah.

“Pemerintahan berdasar ajaran Islam, bersih dari amalan rasuah dan kita menyatakan bahawa tidak ada pemisah agama dan politik kerana Islam mengajar politik sebahagian agama yang ada perhitungan dosa dan pahala.

“Bukan sahaja membabitkan ibadah dalam perkara halal dan haram yang banyak difahami oleh kebanyakan umat Islam tetapi perhitungan dosa dan pahala termasuk dalam cara hidup sebahagian amalan politik yang menjadi sebahagian ajaran Islam,” katanya.

Beliau mengingatkan, manusia tidak boleh menentukan ahli syurga dan neraka kerana yang menentukan hal itu hanya Allah.

“Ini termasuklah Nabi-nabi dan Rasul-rasul tidak boleh menentukan hukuman terhadap seseorang itu pada hari kiamat cuma boleh diajar ditunjuk oleh Allah dan menjadi kewajipan manusia menyampaikan tunjuk ajar itu dan mereka yang selamat hanya yang mentaati Allah dan Rasul,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, peranan Nabi Muhammad bukan sahaja mengajar sembahyang, puasa, zakat dan haji malah baginda menunjukkan contoh mentadbir negara dengan betul dan adil kerana ada perhitungan dosa dan pahala.

“Dan apa yang menjadi pengajaran besar dan menarik apabila Rasulullah mendirikan kerajaan Islam di Madinah, rakyat Madinah ketika itu terdiri daripada Islam dan bukan Islam, kalangan Yahudi Bani Qainuqak, Bani Nazir dan Bani Khuraizah. Ada yang beragama Kristian Najran diikuti orang-orang Musyrikin yang belum lagi beragama. Bahkan ahli sejarah menyatakn bahawa di zaman awal negeri Madinah itu orang-orang Islam ialah golongan minoriti bukan Islam lebih besar dan ramai jumlahnya,

“Bahkan ini yang berlaku apabila Islam masuk ke Mesir, Iran, Sham dan negeri-negeri utara Afrika, India dan lain-lain. Spain telah Islam lebih awal dan golongan yang sedikit di negeri itu telah dizalimi oleh pemimpin mereka. Oleh itu mereka telah mengalu-ngalukan pemerintahan Islam yang adil lagi baik dan lebih rela berada di bawah pemerintahan orang Islam daripada pemimpin bangsa mereka sendiri yang zalim,” katanya.

Beliau menegaskan pemerintahan empat negeri ini memperkenalkan ajaran Islam dan menjadikan politik sebagai sebahagian daripada ajarannya dalam masa yang sama mengajar orang Islam mengamalkan politik Islam.

Dalam kehidupan Melayu Islam ada siasi atau fekah politik yang kebanyakan orang Islam hanya mengenali fekah sembahyang, puasa, zakat dan haji termasuklah muamalat yang berkait dengan jual beli.

“Ramai yang belum membaca fekah politik yang ada dalam ajaran Islam yang memperkenal amalan tahalufsiasi. Walaupun dengan tahalufsiasi kita ada dasar dan prinsip kita dalam perkara halal dan haram, namun kita tidak boleh memaksa orang bukan Islam dalam perkara diharamkan oleh ugama kita dan ugama dia kita tidak boleh paksa mereka. Sebagaimana kita tak boleh paksa mereka menganut agama kita,” katanya di hadapan ribuan penonton di Stadium Darulaman.

Beliau merasakan umat Islam sendiri tidak faham dan telah meninggalkan ajaran ini dalam politik sebagai tali yang mengikat ajaran Islam telah dirungkai dan dirombak.

“Apabila dirombak atau dirungkai ajaran berkait hukum dan pemerintahan orang-orang Islam akan berselerak dan simpulan ajaran Islam ialah sembahyang. Hari ini ajaran berkait dengan pemerintah politik Islam diabaikan dan masyarakat Islam jadi hanyut.

“Penjajah sudah lama pergi tapi orang Islam hilang jati diri dan kekuatan dalam amalan politik yang diamalkan pemimpin Islam dalam negara Islam termasuklah di Malaysia ini yang masih mengamalkan politik zaman penjajah, maka oleh itu kita mempunyai tanggungjawab besar mengembalikan kefahaman orang Islam kepada politik Islam yang sebenar,” katanya.

Rakyat kini faham projek-projek dan pembangunan yang dilaksanakan namun ada rakyat yang tidak faham ia adalah adat kepada sesiapa yang memerintah tidak kiralah dari parti komunis sekalipun. Malah Yahudi Israel membangun kemudahan untuk rakyatnya tetapi yang perlu difahami ialah menunaikan amanah rakyat ialah menguruskan harta rakyat dengan betul.

Jom Bantah - Halang Kilang Radioaktif Australi beroperasi di Pahang

Kempen MP Kuantan ‘Halang Lynas, Selamatkan Malaysia’ mula raih sokongan

Fuziah Salleh di sisi kain rentang kempen menggesa Lynas Corporation dihalang daripada beroperasi di Gebeng dekat Kuantan. — Foto oleh Choo Choy May
KUANTAN, 20 Mac — Dua tahun lalu usahanya tidak memperlihatkan kejayaan, malah tidak ramai yang peka dengan isu tersebut.

Bagaimanapun hari ini, Ahli Parlimen Kuantan dari PKR Fuziah Salleh (gambar) kelihatan senyum apabila gerakannya mula menerima sokongan memprotes syarikat Australia, Lynas Corporation daripada memulakan operasi loji pembersihan nadir bumi di Gebeng dekat Kuantan.

Sekitar 200 orang dari ibu negeri Pahang menghadiri sesi dialog hari ini sambil meminta kerajaan negeri dan pusat menghentikan Lynas daripada beroperasi di negara ini.

Sebahagian daripada orang ramai yang menyertai dialog awam anjuran Fuziah Salleh di Kuantan hari ini. — Foto oleh Choo Choy May
Mereka memperlihatkan sokongan dan ia kelihatan menggalakkan.

Seorang ahli perniagaan secara sukarela menyatakan kesediaan membawa warga Kuantan ke bangunan Parlimen untuk menunjukkan protes.

Langkah mengumpul tanda tangan di pasar tani di sini pagi tadi juga menghimpunkan sekitar 500 penyokong.

Sepuluh yang lain mengangkat tangan apabila Fuziah, yang juga Naib Presiden PKR, meminta sukarelawan untuk mengetuai jawatankuasa “Halang Lynas! Selamatkan Kuantan”.

Wakil rakyat penggal pertama itu memulakan usaha menghalang loji itu seorang diri dua tahun lalu tetapi usaha itu kelihatan gagal.

Kini beliau memulakan kempen meminta Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) Malaysia tidak mengeluarkan permit operasi kepada Lynas.

Laporan sebelum ini mengatakan bahawa syarikat itu akan memulakan operasi akhir tahun ini. Kilangnya di Gebeng sedang dibina.

Di Parlimen Selasa lalu, Fuziah menggesa agar kerajaan sama sekali tidak mengeluarkan lesen operasi memproses tanah jarang kepada Lynas.

Dua minggu lalu, akhbar harian Amerika, the New York Times melaporkan pekan industri Gebeng bakal menyaksikan pusat pemprosesan nadir bumi atau lazimnya dikenali tanah jarang, yang paling besar di dunia.

Loji bernilai RM700 juta itu sedang dibina oleh Lynas Corp dan pihaknya akan menghantar nadir bumi yang dilombong di barat negara itu di Mount Weld dengan kapal.

Ini adalah percubaan kedua Malaysia dalam penapisan nadir bumi, kali pertama menimbulkan kontroversi dan bantahan apabila ia cuba didirikan di Bukit Merah, Perak pada sekitar 1980-an.

Sehubungan itu Fuziah juga menyoal “adakah kita mahu tunggu ada kes seperti di Bukit Merah, ada anak pekerja yang lahir cacat, abnormal, baru kita mahu bertindak?”

“Adakah nyawa dan keselamatan rakyat Kuantan begitu tidak berharga kepada kerajaan Malaysia?” kata Fuziah di Parlimen.

Fuziah menggerakkan kempen petisyen untuk dihantar kepada AELB agar tidak mengeluarkan permit operasi kepada Lynas.

Beliau meletakkan sasaran untuk mengumpul sekurang-kurangnya 30 peratus daripada 60,000 penduduk terbabit.

Sebanyak 600 borang yang menyediakan ruang bagi 50 tanda tangan telah diambil sebaik sahaja Fuziah menyuarakan pendirian untuk menggerakkan kempen itu.

Seorang sukarelawan, ahli perniagaan wanita yang membekalkan peralatan kepada kilang-kilang kimia di Gebeng memberitahu The Malaysian Insider bahawa dia terganggu selepas mengikuti laporan Fuziah.

“Saya menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan sebab nadir bumi sangat bahaya. Saya mahu melakukan apa sahaja yang boleh untuk membantu,” kata wanita yang mengenalkan dirinya sebagai Jing.

Admin - kalau dah selamat awat tak buka saja kilang tu kat Australia..kan tanah kat Australia tu berlambak lagi keluasannya..pie la buka kat PADANG PASIR Australia tuuu..

PROGRAM PERTEMUAN DENGAN PEMINJAM PTPTN

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

21 MAC 2011 (ISNIN)

PROGRAM PERTEMUAN DENGAN PEMINJAM PTPTN


Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan Program Pertemuan Peminjam-Peminjam PTPTN pada hari Ahad 27hb Mac 2011 jam 3 petang di Auditorium Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS), Bandar Sri Putra, Kajang, Selangor. Pimpinan PAS dan ahli parlimen Pakatan Rakyat(PR) akan turut sama mendengar rintihan mereka. Pandangan mereka akan dirumuskan selepas perjumpaan tersebut.


Matlamat program ini adalah bagi mendengar sendiri rintihan daripada peminjam-peminjam PTPTN(Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional) yang sedang menghadapi tekanan bayaran balik. Tardapat rungutan yang sangat ketara terhadap sistem pengurusan PTPTN yang tidak sistematik. Ada kalangan peminjam yang telah membuat bayaran tetapi tidak dinyatakan dalam penyata. Seolah-olah mereka tidak membuat sebarang bayaran.


Terdapat peminjam yang membuat bayaran tetapi nama mereka masih disenarai hitamkan. Menariknya mereka yang tidak langsung membuat bayaran tidak pula disenarai hitamkan. Terdapat tawaran Ujrah iaitu penurunan caj perkhidmatan daripada 4% kepada 1 %. Malangnya peminjam memberi komen tawaran Ujrah hanyalah helah PTPTN untuk mendapatkan maklumat terkini mereka sahaja.


Peminjam yang telah disenarai hitamkan oleh PTPTN tidak layak mendapat tawaran Ujrah. Komen-komen daripada peminjam ini membuktikan bahawa PTPTN sedang menghadapi masalah pengurusannya. Pertemuan yang akan diadakan ini juga bertujuan bagi membentuk satu jawatankuasa bertindak mengatasi masalah yang mereka sedang hadapi.

PTPTN telah membelanjakan sebanyak RM 37 bilion sejak 13 tahun yang lalu. PTPTN telah mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 4% dan sedang berusaha untuk membuat pindaan terhadap akta PTPTN yang bertujuan untuk mengetatkan lagi kawalan pembayaran balik pinjaman. Tindakan ini sudah semestinya akan memberikan lebih tekanan kepada peminjam. Jumlah peminjam adalah seramai 1.7 juta orang.


The secret location for Earth Hour's Dance in the Dark has been revealed!


Terdapat 191,262 orang peminjam yang tidak mampu membuat bayaran balik pinjaman. Mereka dalam keadaan tertekan kerana mereka tidak mampu membuat bayaran. Faktor utama adalah kerana mereka tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan kos hidup yang meningkat setiap tahun khususnya di bandar.


Diharap peminjam-peminjam PTPTN dapat hadir dalam pertemuan ini, seterusnya jawatankuasa yang bakal dibentuk dapat menyediakan plan cadangan kepada pihak kerajaan bagi mengatasi masalah yang sedang mereka hadapi. Semua peminjam PTPTN seluruh negara di jemput hadir.


SUHAIZAN BIN KAYAT

KETUA PENERANGAN
DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
019 728 5174

Tunggu...Adakah Najib juga akan mintak soalan sepertimana TUN mintak dulu...!!

Karpal timbang heret Najib kerana hina mahkamah

Peguambela utama kes perbicaraan liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim - Karpal Singh sedang mempertimbangkan untuk membuat permohonan bagi mengheret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana menghina mahkamah.

Ini berikutan kenyataan Najib yang mendesak Anwar memberikan sampel DNA bagi ujian dijalankan.

Hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memberitahu Karpal supaya mengemukakan permohonan rasmi berhubung perkara itu.

NONEKarpal dalam hujahnya pagi ini berkata beberapa individu termasuk perdana menteri telah menghina mahkamah dengan mengulas perkara itu.

Di luar mahkamah, Karpal berkata beliau dengan serius mempertimbangkan untuk membuat permohonan tersebut.

“Sepatutnya, hakim yang seharusnya memulakan tindakan ini tetapi (berikutan apa yang hakim) perkatakan kami dengan serius mempertimbangkannya,” katanya.

“Terdapat beberapa individu yang membuat kenyataan seumpama itu yang seolah-olah memberi tekanan ke pihak mahkamah. Kami akan failkan (permohonan) ke atas nama-nama besar, khususnya (Najib),” katanya, walaupun beberapa wartawan juga menimbulkan bahawa timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa yang lain juga menimbulkan isu tersebut.

Karpal berkata hakim juga memberi amaran supaya semua pihak mengelakkan diri daripada mengulas kes berkenaan atau menghadapi tindakan.

Minggu lalu, Karpal memberi amaran kepada semua pihak termasuk presiden parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim daripada membuat ulasan.[Malaysiakini]

Chua Soi Lek versi pembangkang keluar pulak.. kita tunggu reaksi pemimpin terbabit..!!

Rakaman aksi seks pemimpin utama pembangkang?

Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata mereka 90 peratus pasti yang lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.

EKUITI MELAYU : KUASA EKONOMI MELAYU DAN BUMIPUTERA MENGUNCUP, UMNOKAH DALANG?

malay-dilemma-cb2.jpgSudah banyak tulisan berkaitan Melayu kehilangan hak. Walaupun Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Yang Di-Pertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia. (1)

Namun perangai dan tindak tanduk bangsa Melayu itu sendiri yang telah menyebabkan hak-hak mereka tergadai. Adalah tidak sempurna atau tepat sekiranya kita hanyamenyandarkan permasalahan itu kepada bangsa semata. Setiap bangsa mempunyai pemimpin yang silih berganti. Pemimpin datang dan pergi, tetapi bangsa terusberkembang. Pemimpinlah yang mencorakkan bangsa dan ummat. Pemimpinlah memikul tanggungjawab khalifah.

Meneliti satu demi satu senarai malay privileges yang tergadai, menambah lagi duka nestapa kita. Bertambah pula pada masa yang sama senarai panjang pengkhianatan terhadap bangsa melayu oleh orang-orang Melayusendiri. Saya tidak fokuskan itu pada kali ini. Sila semak sendiri. (2)

KERAJAANLEPAS TANGAN Saya ingin sentuh jawapan Perdana Menteri dalam jawapan bertulis soalan lisan YB Dr Zulkifli Ahmad(PAS) Kuala Selangor tentang kehilangan 52 bilion pegangan ekuiti Melayu. Sepatutnya dengan 30 peratus syarat ekuiti bumiputera, bumiputera (baca Melayu) akan menguasai 54 bilion. Jawapan kerajaan yang menafikan kehilangan 52 bilion itu adalah jawapan yang tidak bertanggungjawab dan bersikap lepas tangan. 30peratus itu ialah apa yang disasarkan melalui DEB. Kalau yang tinggal hanya 2bilion atau 4 peratus kurang lebih.. Ke mana berkuburnya dasar itu. Ke mana melayangnya saham-saham itu.. Ironinya, dasar itu hanyalah satu dongeng..

Beberapa persoalan berlegar apabila kajian ke atas Garis Panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing yang merupakansalah satu instrumen untuk meningkatkan penyertaan dan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi didedahkan.

  1. Adakah berlaku ketirisan dan kebocoran sehinggakan saham yang sepatutnya menjadi mercu kepada kejayaan dasar kerajaan yang terhasil dari kontrak sosial gagal. Saham itu adalah bagi menjamin penyertaan ekonomi golongan Melayu (yang bukannya banyak sangat pun 70 peratus baki adalah terbuka) dalam lebihan kek ekonomi Negara. Ia adalah sangat vital bagi penerusan suasana aman damai Negara kita. Ini biasanya hujah sihir pihak kerajaan bagi menunjukkan keprihatinan mereka bagi membela Melayu.
  2. Pengagihan saham yang sepatutnya dibuat oleh 3000 transaksi syarikat melibatkan golongan sasar mana. Adakah golongan sasar itu terdiri daripada kroni rapat kerajaan atau siapa. Adakah golongan sasar itu hanya sekadar menjadi Ali Baba. Kalau bukan Ali Baba kenapa saham itu terjual dan dengan jumlah yang sangat banyak. PALING PENTING adakah kerajaan bersedia mendedahkan shareholder yang mendapat agihan itu supaya adil kepada semua rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu.
  3. Jawapan mengelak kerajaan ialah mengatakan oleh kerana syarikat itu syarikat persendirian maka, transaksi adalah berdasarkan willing seller dan willing buyer. Maka kerajaan tiada kuasa. Habis apa gunanya dasar 30 peratus.. Adakah dasar itu hanya untuk membodohkan rakyat dan bangsa Melayu. Siapakah yang mencetus ide bagi dasar ini.. adakah pencetus juga adalah Ali Baba. Kerajaan apa yang buat dasar tanpa memiliki kuasa.
  4. Jawapan itu juga mendedahkan kerajaan kepada kelemahan sistem pengawalan dan pemantauan kerajaan. Ia menjadikan kerajaan sangat lemah dan ia sangat berisiko. Adakah sistem ekonomi campuran kita sudah terlalu liberal sehingga bertukar menjadi system ekonomi kapitalis sepenuhnya berdasarkan kepada penguasaan tokey bukannya pengusaan kerajaan. Adakah firma-firma dalam Malaysia menjadi terlalu sangat berkuasa sehingga mereka boleh bulldoze segala dasar kerajaan
  5. Saya juga fikir, projek 30 peratus adalah satu lagi kegagalan dasar kerajaan bagi membela hak pribumi. Saya tidak fikir ia sengaja. Namun segala dakwaan kerajaan tentang retorik kontrak sosial akan bertukar menjadi mimpi ngeri bangsa Melayu. UMNO yang menjadi tonggak politik bangsa Melayu sudah hilang fungsinya. Rakyat secara serius perlu memikirkan ganti UMNO bagi menunjangi politik Negara.
  6. ekonomi_melayu_terkini.jpgKegagalan dasar ini sekaligus menambah senarai pengkhianatan UMNO kepada orang Melayu. Pengkhianatan ini sangat besar. Ya, pemimpin UMNO akan mencari helah bagi mempertahankan diri. Namun yang mula bangkit bercakap tentang soal ini bukan sahaja Melayu. Saya mula risau Melayu berjuang untuk bangsa lain. Peranan itu diambilalih oleh oleh pihak ketiga. (3)
  7. Atas nama membela Melayu, bangsa yang pernah agung dengan Islam, UMNO sanggup melakukan apa sahaja. Janji mereka untuk meningkatkan penyertaan Melayu dalam ekonomi diteruskan melalui pengenalan Ekuinas. Bangsa Melayu pun gumbira. Adakah Ekuinas melalui strategi direct investment atau outsourcing tidak mengulagi lagu lama…
Kesimpulan saya ialah Bangsa Melayu perlu bertukar dan mencuba tuan baru bagi meneruskan dan memperjuangkan nasib mereka. Pakatan Rakyat khususnya PAS adalah pilihan mereka buat masa ini. Komitmen mengembalikan fungsi artikel 153 adalah bukti keseriusan kami khas bagi bangsa Melayu.

(1) http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkara_153_Perlembagaan_Malaysia
(2) http://www.harakahdaily.net/v2//index.php?option=com_content&task=view&id=22196&Itemid=50 (3) http://www.ibnuhasyim.com/2010/03/saham-rm54-bilion-untuk-melayu-hilang.html

Kedah fokus baru serangan BN, tapi Pakatan dakwa ‘angkara orang gila talak’

Mahfuz: BN tak mampu untuk atasi apa yang kita telah lakukan sebab itu mereka lakukan serangan dengan menabur fitnah, memburukkan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan kami hanya untuk dapatkan sokongan rakyat pada pilihan raya umum nanti.
KUALA LUMPUR, 21 Mac — Sejak sebulan lalu Umno-BN Kedah memperlihatkan kelainan dengan mempertingkatkan serangan, tetapi Pakatan Rakyat (PR) Kedah menganggap mereka terpaksa melakukan serangan terhadap kerajaan negeri kerana bimbang akan kehilangan terus sokongan rakyat terutamanya orang Melayu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Sebelum ini kerajaan negeri PR di Pulau Pinang dan Selangor menyaksikan serangan bertubi-tubi dengan Kedah seolah-olah ‘terlepas’ daripada kempen Umno-BN itu.

Bagaimanapun sejak bulan lalu Kedah juga sudah tidak terlepas daripada radar serangan itu.

Selain itu, pemimpin PR juga menyifatkan langkah BN itu sebagai usaha terdesak kerana sudah ketandusan idea untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah diterajui Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar, langkah diambil BN yang secara berterusan kerajaan negeri Kedah membuktikan parti itu bimbang terhadap pendekatan diambil Pakatan Rakyat Kedah.

“Serangan itu angkara orang gila talak yang mahukan sangat kerusi di Kedah dan ia menunjukkan BN bimbang pendekatan pentadbiran yang dilakukan Pakatan Rakyat di sini (Kedah).

“BN bimbang hubungan mesra yang terjalin antara pemimpin Pakatan Rakyat dan rakyat akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan, BN bimbang apabila kerajaan negeri yang dipimpin Datuk Seri Azizan menunjukkan corak pentadbiran telus, tiada penyelewengan dan tiada rasuah.

“BN tak mampu untuk atasi apa yang kita telah lakukan sebab itu mereka lakukan serangan dengan menabur fitnah, memburukkan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan kami hanya untuk dapatkan sokongan rakyat pada pilihan raya umum nanti,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun Naib Presiden PAS dan Ahli Parlimen Pokok Sena percaya rakyat Kedah khususnya orang Melayu tidak akan terpedaya dengan taktik kotor BN itu.

“Itu harapan dan tujuan BN agar rakyat Kedah terutamanya orang Melayu akan percaya dan kembali sokong BN.

“BN usah bermimpi, orang Melayu sudah bijak dan menerima perubahan yang kita lakukan, mereka tidak akan terpedaya dengan taktik kotor yang digunakan untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat Kedah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis Lee Guan Aik berkata, serangan yang dibuat BN itu adalah semata-mata untuk menjatuhkan imej pentadbiran negeri itu.

“Ini semua kerana pilihan raya, nak dapatkan sokongan sebab BN kalau kita lihat tak habis-habis serang Kedah, apa yang kami buat semua tak kena bagi BN.

“BN gunakan strategi dan taktik kotor untuk menjatuhkan imej kami, banyak risalah berbaur fitnah dan hasutan disebarkan... BN mahu tunjukkan negeri Pakatan Rakyat ini tidak OK dan ada masalah,” katanya.

Beliau berkata BN juga akan memperbesarkan isu kecil dan mempolitikkan banyak perkara selain mencipta provokasi.

“Isu yang kecil diperbesarkan... dipolitikkan, BN buat provokasi untuk jatuhkan Pakatan Rakyat.

“Ini adalah strategi BN sejak dari awal lagi, cuma baru-baru ini serangan itu bertambah hebat,” katanya.

Lee juga percaya rakyat Kedah tidak akan terpedaya dengan apa jua strategi untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat di negeri itu.

“BN nak bagi rakyat nampak Pakatan Rakyat ini tak betul tapi saya percaya rakyat Kedah tidak akan terpedaya.

“Kalau kita lihat BN sendiri sudah tidak ada idea, sebab itu gunakan taktik kotor seperti ini,” kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Darul Aman.

Umno-BN Kedah dilihat telah memulakan serangan terhadap Pakatan Rakyat negeri itu selepas Umno merombak barisan kepimpinan parti Melayu itu dengan meletakkan Adun Bakar Bata Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Pengerusi Umno Kedah.

Umno membawa perubahan kepimpinan awal tahun ini dengan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai timbalannya awal tahun ini.

Terbaru Ahmad Bashah berkata berkata kerajaan PAS Kedah tidak perlu bersandiwara lagi tentang dakwaan ia telah melaksanakan 80 peratus daripada janji-janjinya yang dibuat oleh Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum yang lepas.

Beliau berkata sekiranya benar ia telah melaksanakannya, maka senaraikan sahaja janji-janji berkenaan dan tidak perlu berdalih dengan menyatakan akan mendedahkan perkara itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah pada 4 April ini.

Ahmad Bashah berkata sekiranya benar kerajaan negeri telah melaksankan manifesto itu, kenapa Azizan melenting apabila ditanya wartawan tentang manifesto PAS Kedah.

Tambah Mahfuz, dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana kerajaan negeri Kedah telah melaksanakan manifesto itu dengan bertindak menurunkan cukai tanah, menguruskan perbelanjaan wang kerajaan negeri dengan lebih berhemah, pembatalan projek loji penapisan minyak di Yan dan tender pembalakan secara terbuka tidak pernah dilakukan Umno dan BN selama memerintah. [Malaysian Insider]

Kedah Wajib DiPertahankan

http://i785.photobucket.com/albums/yy131/alfandi/kedah%20travelog/Flag_of_Kedah.jpg
Bumi Kedah bumi bertuah. Tempat bermulanya sejarah Malaysia. Sejarah Malaysia yang ada pendapat mengatakan bumi Kedah sebagai sebuah tempat yang mula - mula menerima kedatangan Islam di Asia Tenggara.

Hari ini Kedah sedang diperintah oleh mereka yang benar - benar mahu melaksanakan keadilan buat semua kaum. Kebebasan mereka untuk beragama. Benar - benar mahu meletakkan keadilan di tempat sewajarnya. Benar - benar mahu memastikan rakyatnya yang beragama Islam menghayati Islam sepenuhnya.

Hari ini Kedah sedang mula diasak oleh aparat - aparat APCO. Mereka ini adalah mereka yang sudah hilang punca pendapatan yang bernilai jutaan ringgit. Mereka rimas, cemas dan gelisah kerana mereka sudah tidak punya tempat mencari rezeki. Kedah bagi mereka harus dirampas pada pilihanraya kali ini. Walau apa jua sekali pun.


Serangan yang bodoh telah dilancarkan. Mereka rela digelar bodoh asalkan niat mereka untuk memperbodohkan orang Melayu berjalan lancar. Sasaran utama mereka adalah mereka yang berada di kampung yang tidak terdedah dengan maklumat sebenar. Manakala yang dibandar mereka cuba melagakan kaum bukan Melayu. Mereka sanggup melihat rakyat Kedah bermusuhan sesama sendiri. Bagi mereka yang penting Kedah harus dirampas!

Sekarang ini Kedah umpama 190 tahun dahulu. Diserang bertubi - tubi oleh pihak musuh. Jika mengikut kajian sejarah sekarang, Kedah pada tahun 1821 diserang dengan begitu teruk oleh Tentera Thailand sambil dibantu oleh British. Tahun itu digelar oleh pengkaji sejarah tempatan sebagai Tahun Musuh Bisik. Tahun 2011, kerajaan negeri Kedah juga sedang mengalami peristiwa Musuh Bisik. Musuh yang sedang cuba sedaya - upaya menyerang segenap penjuru Kedah untuk memastikan kemenangan berada di tangan mereka. Jika tahun1821 pengkaji sejarah mengatakan tumbangnya kerajaan besar Kedah waktu itu disebabkan pembelotan sesetengah individu yang dahagakan kuasa pada waktu itu. TIDAK mustahil, peristiwa pengkhianatan akan berlaku sekali lagi. Individu yang mudah tergoyah dengan habuan wang ringgit dan kuasa. Awas buat Menteri Besar Kedah, jangan alpa kerana mereka yang lemah pegangan mereka berada di keliling anda. Perhatikan gerak - kerja mereka. Sesungguhnya mereka ini pasti akan membantu proses menjatuhkan kerajaan negeri ini. Jika dahulu Thailand dibantu oleh British, hari ini Umno dibantu oleh APCO.

Buat anak - anak Kedah diperantauan dan di dalam negeri. Bangunlah dan bangkitlah. Pertahankan bumi Kedah. Lakukan dengan sepenuh tenaga. Pertahanakan setiap penjuru negeri. Baik di kampung dan di daerah, pertahankan dari serangan musuh aparat APCO. Wajib kita pertahankan sebuah kerajaan yang benar - benar ikhlas mahu membantu rakyat. Wajib kita mempertahanakan sebuah kerajaan yang benar - benar melaksanakan keadilan dan yang paling penting buat kita yang beragama Islam, WAJIB kita pertahankan sebuah kerajaan yang benar - benar mahu mengangkat agama ini ditempat sewajarnya.

Saya akan mempertahankan bumi HIJAU KUNING ini! Bagaimana dengan saudara - saudari sekalian?

http://dragsuperstar.blogspot.com


Karpal jawab tuntutan untuk sampel DNA Anwar

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguambela utamanya, Karpal Singh membuat hujahan berhubung dua permohonan daripada pihak pendakwaan.

NONEMereka mahu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menyemak semula penghakimannya dalam perbicaraan dalam perbicaraan dan juga mahu mahkamah mengarahkan Anwar membekalkan sampel DNA bagi tujuan profailing.

Mahkamah ditangguhkan Isnin lalu apabila diberitahu bahawa adik Karpal Singh telah meninggalkan dunia.

Hari ini, kehadiran polis di kompleks mahkamah, Jalan Duta, lebih ramai berbanding sebelum ini berikutan tekanan daripada penyokong dan pemimpin BN yang mendesak ketua pembangkang untuk itu memberikan sampel DNA.Sementara itu, menurut seorang lagi peguambela, R Sivarasa siri tunjuk perasaan anjuran Umno bagi mendesak Anwar menyerahkan sampel DNAnya adalah hanya untuk melengkapkan cubaan pihak berkuasa mengguna bukti reka cipta untuk mensabitkan ketua umum PKR itu.

NONE"Bagi saya demo-demo yang dibuat oleh pihak Umno jelas berniat jahat dan dibuat bagi mengelirukan rakyat sebab bagi saya ini menunjukkan mereka kurang faham mengenai isu sebenar dalam kes ini.

"Isu sebenar dalam kes ini, sampel-sampel DNA yang diuji dan dibentangkan dalam mahkamah yang kononnya daripada badan Saiful, memang bagi kita sampel DNA itu telah dimanipulasikan dan terdapat aspek yang meragukan dan direka untuk memberi gambaran bahawa DNA Anwar telah ada di sana," katanya kepada TV Selangor, semalam.

Menurut beliau, pemimpin tertentu dalam Umno tidak dapat lari dari hakikat bukti DNA yang dibawa ke mahkamah sebenarnya tercemar dengan keterangan-keterangan bercanggah doktor dan pegawai penyiasat.

NONE"Kalau saya Datuk Seri Anwar, tentunya saya pun mengambil pendirian kenapa saya harus memberikan sampel untuk melengkapkan sesuatu keputusan yang saya tahu memang dipalsukan,' kata Sivarasa.

"Sebab itu kita menolak sama sekali desakan mana-mana pihak untuk meminta Datuk Seri Anwar untuk memberikan DNA sebab isu pokok dalam kes ini adalah sampel DNA telah direka. Dan itu jelas daripada
semua keterangan dari dulu sampai sekarang," katanya.

Sabuah Kisah Orang Biasa - Menerjah ke Pintu Wisma Negeri Kedah

Sabuah Kisah Orang Biasa: bacalah kalau ada masa

Salam,

Saya pernah dengar ada orang alim kata hidup kita ini tidak lain hanyalah ujian belaka. Dia kata Tuhan bagi kita sakit, bagi kita demam, bagi kita sihat, bagi kita senang bagi kita susah, kadang-kadang sampai susah sesusah-susahnya hinggakan tidak pernah terlintas di akal kita yang kita akan susah sampai macam itu sekali. Dia kata semua itu tidak lain hanyalah sebagai dugaan belaka, Tuhan nak tengok sejauh mana kita tabah menerima semua cubaan itu.

Bila saya tengok klip video Tsunami di Jepun kat You Tube yang berbagai rupa itu, terlintas juga awat la teruk sangat Tuhan pi balun depa-depa kat Jepun itu. Apa salah depa sampaikan habis mati bergelimpangan semuanya (sekali tu depa jumpa dekat 2000 mayat tersadai kat satu kawasan pantai itu); dan yang hidup pula kena uji dengan cuaca sejuk, tiada air tiada letrik tiada selimut tiada makanan dsg nya.

Saya tidak melihat semua itu sebagai satu Ujian untuk depa, tapi lebih kepada Ujian untuk kita semua. Tuhan nak tengok sama ada kita nak bantu ke tidak insan-insan malang seperti depa-depa ini.

Dan, yang menariknya kerana faktor media barangkali, kita dok ingat hanya di Jepun saja, hanya mangsa-mangsa Tsunami ini sahaja yang sedang diuji dengan masalah tiada air tiada letrik tiada makanan dan 1001 lagi kepayahan untuk meneruskan kehidupan, wal hal yang sebenarnya insan-insan seperti mereka ini banyak terdapat melata di sekeliling kita.

Saya nak mengambil kesempatan di sini, nak kongsi satu pengalaman duka saya dan teman-teman dari NGO Wargakilang berkunjung ke rumah seorang bekas pekerja kilang yang menjadi mangsa TSUNAMI VSS yang melanda kilang-kilang industry di sekitar tahun 2008 yang lalu.

Namanya Azizan, tinggal di Kg Tok Pasai Kuala Kedah, di sebuah rumah buruk di celah-celah rumah-rumah usang yang dijadikan sebagai tempat parking kereta mereka-mereka yang nak ke Langkawi.




Sebaik-baik saja kena VSS, beliau adalah dok buat bisness sikit sendiri-sendiri dan kemudian bekerja mengikut kawan wiring letrik di kawasan berdekatan, dapatlah sikit habuan lepas makan anak-anaknya yang 7 orang itu (yang sulung tingkatan 3).




Takdir, tanpa menunggu terus datang membawa Ujian untuk dirinya.

Sekitar awal tahun 2010 baru-baru ini beliau disahkan mengidap radang hati, tidak mampu bergerak banyak dan hanya terlantar di tempat tidur. Waktu kami ke rumahnya, boleh nampak perutnya macam membengkak, kalau dulu-dulu org mungkin kata busung barangkali.

Beliau tak mampu ke hospital kerana faktor kewangan dan pengangkutan, setiap kali ke hospital pasti tersangkut di ICU; kalau 2 hari dah hampir RM200 sedangkan dalam keadaan sekarang tanpa punca pendapatan, mana nak cari RM200 itu.

Isteri? Dua tiga minggu lepas dah keluar berita keluarga ini dalam SINAR HARIAN, entah apa yang tak kenanya dikatakan Majlis Bandaran Alor Setar menghalang isterinya daripada berniaga Nasi Lemak di tapak seperti yang tertera di bawah ini.



Bila saya tengok gambar isteri dan 3 orang anaknya ini di tempat yang mereka dihalang berniaga, yang berlatarbelakangkan lambang sebuah parti politik Melayu, UMNO dulu kini dan selamanya, yang tercatat megah kat signboard itu - memperjuangkan Agama Bangsa dan Negara, satu perasaan marah yang tak dapat diceritakan tiba-tiba saja naik tersirat di dada. Entahlah!

Apalah malangnya nasib orang-orang bawahan rakyat marhain seperti sdra Azizan suami isteri dan 7 orang anak-anaknya ini. Rumah tak ada letrik walaupun duduk tak jauh dari BANDARAYA ALOR SETAR negeri Kedah Sejahtera sedangkan Tok Esah makcik saya di Ulu Baling sana nu pun rumahnya boleh ada letrik dan lampu cahaya.

Nak buat macam mana, hutang letrik dan juga air sudah tertunggak lebih dari seribu. Nasib baik ada jiran yang bersimpati tolong hulurkan wayar letrik sambung extension ke rumahnya buat sementara.

Sembang pi sembang mai dengan Azizan, di celah-celah air mata jernih yang mengalir di kedua hujung kelopak matanya, beliau bercerita bagaimana kesan barah itu sudah mula menapak di kedua tulang rusuknya, kalau lambat dirawat rasanya tak lama lah kot beliau akan terus berada bersama kita.



Bila saya tanya tak ada kah YB ka sapa-sapa mai melawat, salah seorang kawan yg turut serta menyampuk kata, kalau ada Pilihanraya Kecik kat sini sebab YB mati ka apa sure berduyun-duyun org mai rumah Azizan punya, siap masuk TV lagi nanti. Azizan senyum saja, dia tak salahkan sapa-sapa.

Bila saya tanya sapa dia YB kat sini; sorang kawan tu kata nama dia ada nama Mustapha Mustapha macam itu (YB PAS).

Saya kata:

“Apa dia? KASIM MUSTAPHA?”

Kawan saya tu gelak sakan, dia kata:

“Kalau KASIM MUSTAPHA Tauke Nasi Kandaq itu tak jadi macam inilah; dia boleh bawak angkut mai Nasik-Nasik Kandaq itu bagi budak-budak ini makan, ha ha ha”.

Sorry noh, kawan saya ni melawak saja; minta maaf melawak kasaq sikit.

Walaupun dalam melawak, tiba-tiba saya terfikir; sebenarnya inilah dia realiti hidup masyarakat marhain kat bawah ini, depa bukan perlukan tender projek jutaan-jutaan ringgit, apa yang depa perlukan, macam juga mangsa Tsunami di Jepun nu, orang-orang macam keluarga Azizan rakyat kat bawah ini, depa cuma perlukan makan minum saja. Kalau dapat letrik itu kira bonus dah tu. Hat ini yang ramai YB tak paham.

Rakyat kat bawah ini tak minta benda-benda besar, depa cuma perlukan benda asas, makan dan minum saja untuk meneruskan kehidupan sehari-hari. Maka itu, kepada YB semua, fikirlah mcm mana cara supaya rakyat jelata kat bawah ini mudah nak cari rezeki tanpa dibebani dengan isu lesen, permit dan lain-lain yang membebankan mereka. Mana yang boleh dipermudah, tolonglah permudahkan. Insyaallah depa amat menghargainya.

Kalau tidak, eloklah lepas ini dalam pilihanraya kita letak Tauke-Tauke Nasi Kandaq macam Kasim Mustapha itu pula jadi calun, agak tersepit macam sdra Azizan ini bolehlah juga anak bini dia dapat makan free barang sehari dua sementara nak ikhtiar benda lain. Kalau tidak, penat aja orang-orang bawah ini undi YB; habis hari pilihan raya batang hidung pun tak nampak.

Sekian, sebuah kisah tragis dari Kuala Kedah di celah-celah kesibukan kita berbicara kisah Tsunami dan Nuklear Jepun serta serangan tentera berikat terhadap Libya, ada juga orang-orang seperti sdra Azizan yang perlu diberi perhatian.

(Maklumat mutakhir yg saya dapat, Azizan sedang mengalami masalah penglihatan di kedua-dua belah matanya, mungkin akibat komplikasi drpd serangan barah itu)

Sekian. Moga ada iktibarnya buat kita semua.

moniermatdin@yahoo.com

http://www.moniermatdin.blogspot.com

Jumlah kematian, hilang cecah 16,600 orang

Jumlah kematian, hilang cecah 16,600 orang

TOKYO - Data rasmi jumlah kematian dan hilang penduduk Jepun selepas dilanda gempa bumi dan tsunami telah mencecah 16,600 orang, dengan 6,405 disahkan terkorban, menurut polis, semalam.

Jumlah kematian dilaporkan terus meningkat dalam tempoh beberapa hari lalu dan laporan menunjukkan angka terkini akan menjadi lebih tinggi.

Terdahulu, datuk bandar pesisir bandar Ishinomaki, Wilayah Miyagi melaporkan jumlah mangsa yang hilang sehingga Rabu lalu, mungkin telah mencecah 10,000 orang.

Sementara itu, sekitar 10,000 mangsa turut dilaporkan hilang di bandar pelabuhan Minamisanriku, dalam wilayah yang sama.

Selain itu, seluruh pulau Hoshu dipercayai musnah apabila ombak tsunami memusnahkan atau merosakkan lebih 55,380 rumah dan bangunan lain.

Isu Nuklear : Mahasiswa cadang perbincangan terbuka dan inklusif


Bangi – Mahasiswa UKM mencadangkan supaya perbahasan dan perbincangan berkaitan tenaga nuklear dibincangkan secara terbuka dan inklusif dalam usaha untuk menanamkan kefahaman yang betul kepada rakyat.

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM), Saudara Ahmad Muzzammil bin Muhd Hairi berkata, “Memandangkan tenaga nuklear termasuk dalam kategori tenaga hijau (green energy), perbincangan tentang perlaksanaannya di negara harus dibahaskan secara terbuka dan inklusif terhadap semua lapisan masyarakat.”

“Kita harus sedar, dalam perkara ini (tenaga nuklear dan yang berkaitan), orang ramai masih tidak mendapat kefahaman dan penjelasan yang tepat dan merakyat. Olahan-olahan yang bersifat sensasi dan tidak bertanggungjawab oleh pihak-pihak tertentu harus diimbangkan dengan penerangan yang jelas dan inklusif. Ini cabaran kita.”

“Pada masa yang sama, kita perlu mengembalikan fokus dengan menggerakkan usaha dengan kemampuan yang kita ada untuk membantu rakyat yang ditimpa musibah gempa bumi dan tsunami di sana.”

Beliau mencadangkan penganjuran siri-siri wacana dan penerangan berkaitan perkara ini diluaskan oelh semua pihak.

Pandangan beliau turut disokong oleh Setiausaha Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM), Saudara Muhammad Hafizan Abd Hamid. “Perbahasan tentang tenaga dan teknologi nuklear, jika perlu untuk menanamkan kefahaman, harus dibincangkan pada perspektif maqasid syari’yyah.

“Dalam menentukan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara, Islam ada menetapkan kaedah yang fleksibel dan universal.Perbahasan tentang perkara ini (tenaga dan teknologi nuklear) juga harus dibincangkan berasaskan konsep ini”.

“Dalam Islam tiada istilah pensekularan ilmu pengetahuan, bermaksud pengasingan antara kefahaman agama dengan urusan dunia”.

Beliau juga turut menyeru semua pihak agar menggunakan peluang media yang ada untuk menanamkan pengetahuan yang bermanfaat kepada rakyat.

http://pm-ukm.blogspot.com/

Yakin kemampuan skuad Kenari

ALOR SETAR - Exco Belia dan Sukan, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib yakin prestasi Kedah akan kembali menyinar dan menaruh kepercayaan tinggi terhadap kemampuan setiap pemain untuk melonjak semula dalam masa terdekat.

Walaupun sedikit gusar dengan pencapaian Kedah buat masa ini, namun beliau percaya setiap pemain harus diberi peluang untuk meningkatkan prestasi dan keserasian dalam permainan.

“Saya yakin pada pasukan sedia ada mampu cipta kejayaan sebab kita dibarisi pemain berkualiti dan ada yang bermain di peringkat kebangsaan. Walaupun sekarang agak hambar, namun masih ada peluang untuk bangkit kerana masih di peringkat awal perlawanan,” katanya.

Hamdan yang juga Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata, maklum balas pemain menyatakan mereka kurang menyerlah berikutan sebahagian pemain utama baru pulih daripada kecederaan, dan peminat harus menerima alasan itu dengan hati terbuka.

“Saya harap peminat bersabar. Tidak wajar menyalahkan pemain jika kita kalah, berilah mereka masa untuk tonjolkan kemahiran masing-masing dalam perlawanan akan datang,” katanya.

Menurutnya, pemain mahupun peminat diingatkan supaya mengimbas kembali zaman kegemilangan bola sepak Kedah yang suatu ketika dahulu berada di puncak dan dikagumi ramai.

“Saya harap semua pihak bagi ruang pada KFA untuk teliti masalah dalaman pasukan. Buat masa ini, semua cadangan daripada semua yang berkaitan dalam penelitian. Saya juga mengalu-alukan cadangan daripada bekas pemain dan bekas jurulatih untuk penambahbaikan,” katanya.

Hamdan tidak menafikan momentum pemain agak perlahan pada awal perlawanan kerana dibayangi tekanan daripada peminat fanatik.

“Sekali lagi ingin saya tegaskan KFA tiada masalah kewangan atau tidak menjaga kebajikan pemain, masalah timbul ekoran faktor lain. Buat masa ini saya harap jangan kenakan tekanan pada pemain tetapi terus bagi sokongan,” katanya.

Menurutnya, KFA kini turut memberi penekanan kepada program kejurulatihan agar dapat mempertingkat aspek latihan dalam usaha mencungkil bakat-bakat baru.

Akad nikah di masjid didakwa amalan Kristian


KANGAR - Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun, ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Pati makin ramai


GUAR CHEMPEDAK - Penduduk di daerah ini mendakwa kebanjiran pendatang asing tanpa izin (Pati) semakin berleluasa sehingga menimbulkan kerisauan kepada mereka.

Pati yang kebanyakan terdiri daripada warga Myanmar dan Indonesia itu dikatakan mewujudkan penempatan mereka di dalam ladang getah untuk menggelakkan dari dilihat oleh pihak berkuasa.

Seorang penduduk, Hamzah Hussin, 54, berkata, kebanjiran Pati memang terasa kerana kebanyakan penoreh getah di sini hilang pekerjaan.

“Semua orang tahu, Pati tidak kisah soal gaji. Walaupun pendapatannya sedikit mereka tetap bekerja. Majikan mestilah nak kurangkan kos perbelanjaan. Orang kita (warga tempatan) pula bukan memilih tetapi mereka mempunyai keluarga yang harus di sara. Jadi pendapatan yang rendah pasti membuatkan mereka mencari pekerjaan lain.

“Disebabkan itulah kebanyakan ladang getah di sini dikuasai oleh Pati. Saya bersyukur kerana harga getah kita meningkat. Tetapi, yang untungnya bukan kita, tetapi majikan-majikan ini.” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, lebih 10 khemah Pati dibina atas bukit di setiap ladang getah sekitar daerah ini.

“Bayangkan, setiap ladang mempunyai Pati. Berapa banyak ladang di dalam daerah ini. Itu belum masuk Bukit Perak lagi.

“Saya hairan mengapa isu Pati ini seolah-olah dipandang remeh dan tindakan yang dilakukan tidak konsisten sehingga Pati sewenang-wenangnya boleh masuk ke daerah ini,” katanya.

Sehubungan itu, Sinar Harian melakukan tinjauan di beberapa ladang getah sekitar daerah ini dan kewujudan khemah itu adalah benar.


Majikan suruh lari


Warga asing yang hanya dikenali sebagai Ambritha, 28, berkata, dia telah berada di daerah ini lebih daripada tiga tahun.

“Saya kerja di sebuah kilang di daerah ini. Majikan saya cakap saya kena duduk dalam kebun ini kerana tempat ini selamat berbanding di dalam kilang.

“Saya tinggal di sini bersama enam orang rakan. Setiap minggu kami akan keluar ke pekan untuk mendapatkan makanan. Saya tidak takut kerana saya tidak ganggu orang. Lagipun orang kampung di sini semua baik,” katanya.

Ambrita yang enggan gambarnya diambil berkata, dia ke sini melalui ejen daripada Kemboja.

“Saya memang tidak tahu pasal permit. Ejen itu cakap cuma bayar duit dan kami boleh datang ke sini. Dokumen saya yang lain semuanya majikan saya pegang,” katanya.

Ambrita berkata, setakat ini belum pernah ada operasi yang melibatkan pihak berkuasa yang datang ke kebun ini.

“Majikan saya selalu berpesan, kena lari daripada mereka (pihak berkuasa). Disebabkan itulah kami bina khemah ini di kawasan tinggi supaya senang untuk melihat kehadiran pihak berkuasa,” katanya.


Selesa masuk negara secara sah



Sementara itu, seorang pekerja restoran, Nawawi Abdul Salang daripada Indonesia berkata, Pati sememangnya akan memberikan kesan yang tidak baik.

“Saya tinggal di negara ini lebih dari 10 tahun, saya tidak perlu takut jikalau terserempak dengan pihak berkuasa.

“Bagi Pati, mereka akan hidup dalam keadaan tertekan dan tidak selesa. Disebabkan itulah mereka membina penempatan di atas bukit untuk mengelakkan diri mereka ditahan,” katanya.

Menurutnya, Malaysia memang negara yang kaya dengan punca rezeki.

“Saya tidak nafikan ramai rakan-rakan saya berhijrah ke negara ini untuk mencari rezeki. Saya tahu, datang secara haram akan menyusahkan diri saya. Disebabkan itulah saya datang ke sini secara sah dan tidak menyusahkan sesiapa,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...