TERKINI :

Saturday, March 19, 2011

Standart kapal Singh laa tolak bab judi sebab Undang2 Malaysia HALAL Judi..

Karpal Singh Pengkhianatttt!!

Alaaaa.. Papa.. tak mau la Hudud.. Nanti cemane nak ber'taaruf" macam ni... huhuhu


Haaaa... (sekali lagi!)..

Teman memang tunggu-tunggu Karpal Singh bersuara dalam isu Kelantan haramkan judi neh!
Sebab bila Karpal Singh bersuara sebegini..

Teman nak tunggu apa kata pemimpin-pemimpin UMNO pulak..

Karpal Singh sokong judi ni perkara yang biasa..
Tidak ada apa yang peliknya..
Sebab mana ada dosa pahala pada dia..

Yang peliknya bila pemimpin-pemimpin UMNO..
Yang ada kuasa di Putrajaya..
Yang ada pejabat di Putrajaya..
Yang ada nama di Putrajaya...

Senyap membisu dalam isu ni?
PAS Kelantan yang jaga negeri Kelantan besar cili api sedang diserang oleh pemahaman orang bukan Islam..
Mana UMNO Malaysia yang jaga negara Malaysia sebesar buah tembikai nehh??

Takkan judi haram di Kelantan tapi halal di Malaysia?

Sama macam isu PAS nak tubuhkan Negara Islam laaa..
Karpal Singh tak setuju..
Logik laaa... nama pun bukan Islam..

Yang UMNO ni mengaku Islam pun tak setuju hukum mana dia pakai?
Akidah mana UMNO turut?
Syiar mana UMNO buat?

Perjuangan demi Agama, Bangsa dan Negara konon!!

Cehhh!

Karpal Singh ini bercakap dari segi undang-undang Malaysia..
Standard la lawyer..
Memang terrer pusing-pusing guna Law nih!

Yang pemimpin-pemimpin UMNO ada kuasa untuk ubah perlembagaan tak nak guna tu apahal?
Kalau semua ahli-ahli Parlimen UMNO usulkan Undang-undang hudud di Parlimen sekarang ni..
teman yakin yang amat sangat!
100% Ahli Parlimen PAS akan sokong!

Bila kita dah ubah law.. baru la brader Karpal Singh ni akan ubah bercakap..
Nak guna Perlembagaan Malaysia pun tak boleh dahhh..
Sebab dah diubah mengikut kehendak Islam..

itu pun nak kena ajar ke?

Adehhhh!!

sunsnake 19032011

DAP akan tentang larangan loteri di Kelantan, kata Karpal

SEREMBAN, 19 Mac — Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh memberi PAS amaran bahawa pihaknya akan menentang rakan komponen Pakatana Rakyat (PR) itu jika terus berkeras dengan larangan jualan loteri di Kelantan.

Dilihat sebagai kata dua kepada PAS, Karpal meminta parti Islam itu supaya "tidak bermain dengan undang-undang", sebaliknya mahu ia menghormati hak bukan Islam di negeri tersebut.

"Apa jua tindakan yang bertentangan dengan undang-undang, kami akan bertindak bertentangan dengan (pendirian) PAS," kata beliau pada majlis makan malam sambutan 45 tahun DAP di sini malam tadi.

http://budakbalun.blogspot.com/2011/03/karpal-singh-pengkhianatttt.html

DOK KALUT NAK DNA NIE..HANGPA TAU KA PUNCA KES NIE MACAM MANA?

DARIPADA PUNCA MANA SUPAYA DNA ANUAR DISERAHKAN ? SEHINGGA IA MENJADI ISU MENJADI-JADI ?

MENGAPA DNA PENTING SANGAT SEDANGKAN KES SEDANG BERJALAN , BUKANKAH LEBIH BAIK KITA JANGAN MENGACAU MAHKAMAH MENJALANKAN TUGASNYA

DULU BARANG KES DITOLAK MUNGKIN DISITU ADA MAINAN DNA ? JIKA TIDAK MASAKAN BARANG ITU DITOLAK OLEH HAKIM, APAKAH KITA FIKIR HAKIM BODOH ? DAN APA RELEVANNYA DNA DIAMBIL LAGI ? NAMPAKNYA KES INI JELAS MENUNJUKKAN SI ANUAR AKAN DIBURU SEHINGGA KELUBANG CACING OLEH PENDAKWAAN

SEDANGKAN SEMUA MASALAH YANG TIMBUL ADALAH KELEMAHAN PEHAK PENDAKWAAN, ADAKAH YANG MENGGESA DENGAN MELAKUKAN TUNJUK PERASAAN TERSEBUT ORANG-ORANG PENDAKWA RAYA ?

ORANG RAMAI MENGGESA ANUAR SERAH DNA, DARIPADA SUMBER MANA PUNCA PENGGESAAN TERSEBUT DAN BERMOTIFKAN APA ORANG RAMAI BEGITU GHAIRAH MENGGESA ? ATAU BOLEHKAH ORANG RAMAI MENGGESA SESUATU SEDANGKAN KES SEDANG BERJALAN , TIDAHKAH IA DIANGGAP MENGGANGGU PERJALANAN KES MAHKAMAH ?

KETUA ULAMA PAS JUGA DIGESA SUPAYA ANUAR SERAH DNA, NIK AZIZ JUGA DIGESA SUPAYA ANUAR SERAH DNA, PEHAK MANAKAH YANG MENGGESA SUPAYA RAKYAT DAN PARA ULAMA MENYERAHKAN DNA ? ADAKAH IA DIANJURKAN OLEH KUMPULAN YANG MEMUSUHI ANUAR ?

NAMPAKNYA TUNJUK PERASAAN YANG DIANJURKAN OLEH GOLONGAN TERTENTU UNTUK MENGGESA DNA ITU BERJALAN LANCAR, SEDANGKAN TUNJUK PERASAAN YANG MENGGESA JANGAN BERI DNA PULA MENDAPAT HALANGAN DARIPADA PEHAK POLIS, MAKA DISINI NAMPAK SUATU MAINAN KRONI TELAH BERLAKU

SEKARANG ORANG RAMAI MULA NAMPAK MENGAPA POLIS TIDAK HALANG TUNJUK PERASAAN DARI KUMPULAN YANG MENUNTUT DNA, DAN PEHAK POLIS PULA MENGHALANG PEHAK YANG MENGGESA JANGAN SERAHKAN DNA, JADI DISINI JELAS SIAPA KUDA-KUDA YANG TELAH DIPERKUDAKAN OLEH PUAK TERTENTU

RAKYAT DINEGARA INI BUKANLAH SUKA SANGAT DENGAN KES INI DIJALANKAN NAMUN APABILA IANYA TELAH MENJADI KES MAKA PERKARA ITU SERAHKAN SAHAJA KEPADA KEPINTARAN MAHKAMAH SEJAUH MANA IA DAPAT MENGENDALIKAN KES BURUK MORAL TERSEBUT AKAN TETAPI RAKYAT DILUAR MAHKAMAH JANGAN MASUK CAMPUR, JIKA RAKYAT MASUK CAMPUR MAKA URUSAN MAHKAMAH DIPANDANG SEBAGAI LEMAH

PEGUAM BELA ANUAR NAMPAK BIJAK DALAM URUSAN INI, SEMENTARA PENDAKWA RAYA PULA SEPATUTNYA LEBIH PANDAI DAN LEBIH BIJAK DARI PEGUAMBELA, NAMUN APABILA PENDAKWA RAYA TELAH MENUNJUKKAN TANDA S.O.S KEPADA PEHAK LUAR UNTUK MEMBANTUNYA MAKA INI MENUNJUKKAN PERTANDA APA ? RAKYAT JAWAB SENDIRILAH ,

KITA SEBAGAI RAKYAT DINEGARA INI SUDAH DAPAT MENDENGAR SUARA-SUARA SUMBANG DAN SUMBING DARI PERUT MEREKA YANG MENGGESA KEPADA ANUAR IBRAHIM SUPAYA MENYERAHKAN DNA, SOALNYA MEREKA YANG BERSUARA DAN MENGHARAPKAN KEPADA ANUAR BERSIKAP TELUS UNTUK MENUNJUKKAN ANUAR BENAR-BENAR BERSIH , SOALNYA SIAPA YANG MENYURUH MEREKA BERSIKAP DEMIKIAN ? MAHKAMAH ? KERAJAAN ? ULAMAK ? ATAU UMNO ?

BAGI PAK KARAMU ORANG RAMAI BOLEH BENAM ANUAR KEPERUT BUMI, ITU MEREKA PUNYA PASAL, DEMIKIAN JUGA ORANG RAMAI BOLEH LAMBUNG ANUAR SEHINGG KE LANGIT YANG KETUJUH, MAKA ITU MEREKA PUNYA PASAL, TAPI URUSAN MAHKAMAH JANGAN CAMPUR TANGAN DAN PEHAK MAHKAMAH PULA JANGAN TARIK TANGAN RAKYAT MASUK KEDALAM MAHKAMAH, JIKA TAHU DIRI LEMAH MAKA BERHENTILAH SAHAJA DARI BERTUGAS, JANGAN TUNJUK BODOH SOMBONG..

http://abnnasution.blogspot.com

Buku Doktor Dalam Rumah nampaknya jadi bekas balut belacan laa lepas nie..!!

Gempar, Tun Mahathir bertemu dengan orang mati!

Kalau sebelum ini Tun Mahathir di dalam bukunya yang hot dalam pasaran "Doctor in the house", mengaku dengan jelas bahawa dia sekadar menjadi pak turut sepanjang menerajui Malaysia selama 20 tahun, sambil menuduh Sultan Johor yang sudah meninggal dunia yang bersalah di dalam pemecatan Tun Salleh Abas (Ketua hakim Negara) [Pak Turut]. Sayang kerana kita tidak dapat mendengar Almarhum Sultan Johor untuk membela diri.

Namun dakwaan Tun Mahathir kepada Tengku razaleigh Hamzah, dinafikan sekeras-kerasnya oleh tuan punya badan berkenaan tuduhan Ku Li menggunakan politik wang di dalam pemilihan UMNO serta tuduhan Ku Li menjadi penyebab UMNO diharamkan. Malah Ku Li menafikan sekeras-kerasnya semua tuduhan Mahathir terhadap dirinya [Msian Insider].




Apa yang lebih menarik, Tun Mahathir mengaitkan seorang lagi yang sudah lama meninggal dunia di dalam bukunya. Menurut laporan News Strait Time, Tun Mahathir yang mendakwa ada bertemu dengan Dr Sheares, sebenarnya tidak betul, kerana semasa lawatan yang didakwa dilakukan olehnya itu, Dr Sheares sudah meninggal dunia 7 bulan lebih awal [NST].


Mungkin Tun Mahathir pada ketika itu bertemu dengan roh Dr Sheares kah kah kah.

ReJaM© "Tun Mahathir ni tulis buku betul ke tak betul?"

Dah Tau dah pasaipa pendaftaran Pakatan Rakyat tak lulus sampai sekarang..!!

Saifudin Dakwa Bukan RoS, tetapi Menteri Dalam Negeri "Dalang" Lengahkan Pendaftaran Pakatan Rakyat

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mendakwa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjadi "dalang" melengahkan pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai gabungan yang sah. Kata Saifuddin, kelewatan tersebut hasil campur tangan Kementerian Dalam Negeri bukannya Pendaftar Pertubuhan (Ros).

Menurut Saifuddin seperti yang dilaporkan oleh TMI, PR sebenarnya telah memperoleh kelulusan untuk didaftarkan sebagai entiti politik yang sah, namun kelewatan itu disebabkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

"Ros telah meluluskan pendaftaran Pakatan Rakyat...hakikatnya, pegawai RoS telah memaklumkan kepada saya tentang kelulusan tersebut. namun yang menghalang pendaftaran itu apabila menteri (Hishammudin) enggan menandatangani permohonan tersebut - RoS beri kelulusan tetapi menteri tidak," kata Saifuddin kepada pemberita.

Saifudin turut menjelaskan bahawa syarat minimum 7 parti bukanlah penghalang kepada pendaftaran Pakatan Rakyat. Menurut TMI, RoS pernah menyatakan sebelum ini bahawa PR boleh mendaftar sebagai gabungan yang sah kerana syarat minimum 7 parti tidak lagi dipraktikkan pada hari ini.

Biaq Betul..!! Kata Tolong MELAYU tapi budget MARA dari RM883.785juta[2009] diturunkan kepada RM374.537juta[2010]

http://3.bp.blogspot.com/-DYCc7BFhq54/TYRrKiD-s2I/AAAAAAAAEts/A0dM1RZFgWY/s1600/2011-03-19_163545.jpg

DUN Sarawak bubar Isnin

http://4.bp.blogspot.com/_PbuSYR4HbYg/S9laj-6VEgI/AAAAAAAABHY/kYHrFJhYp3s/s1600/sarawak_dun_kuching.jpg

KUCHING: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan Isnin ini dan beliau akan bertanding pada pilihan raya negeri yang akan diadakan.

Beliau mengumumkan demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, selepas mengiring Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang berlepas pulang selepas lawatan sehari ke Sarawak sebentar tadi.

Abdul Taib berkata, beliau sudah menemui Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, untuk memaklumkan perkara itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi dalam masa terdekat.[BH]

Soal Jawab bersama 3 Naib Presiden PAS

**Jika anda mempunyai soalan khas untuk ditujukan untuk ketiga-tiga Naib Presiden PAS, sila emailkan kepada sembangnaibpresidenpas@gmail.com

http://harakahdaily.net/v2/images/stories/naib_pas.jpg

Soalan 1: Kenapa ekonomi PAS tidak digerakkan secara optimum, sebagai contoh membuka rangkaian mini market di setiap negeri dan cawangan PAS?

Tuan Ibrahim Tuan Man:

PAS sebagai sebuah organisasi politik perlu berhati-hati dalam tindakannya. Kita ada Kohilal namun apabila ia gagal mencapai sasaran, parti terpaksa berhadapan dengan pelbagai kecaman dan kritikan ahli.

Kerana itu, PAS sebagai sebuah organisasi politik tidak perlu terbabit secara langsung dalam aktiviti ekonomi di atas nama parti, kerana risikonya yg besar dan akan memberi implikasi terhadap parti secara langsung.

Salahuddin Ayub:

Dalam pandangan peribadi saya dan pengalaman-pengalaman dalam perjuangan PAS, tidak perlu agenda parti disibukkan dengan program ekonomi yang serius. Ianya boleh mendatangkan kemudaratan dan risiko yang amat tinggi sekiranya satu-satu perniagaan itu tidak dapat diurus tadbir dengan baik.

Saya rasa lebih baik PAS terus fokus kepada agenda pentingnya iaitu menerajui perjuangan dalam negara kita. Yang pentingnya, kita galakkan individu-individu PAS yang mempunyai bakat dan kebolehan dalam perniagaan untuk terus maju dan hasil daripada perniagaan itu, mereka boleh sumbang balik kepada PAS. Bukannya organisasi PAS itu sendiri yang melibatkan diri.

Ini menjadi lebih penting apabila satu hari nanti PAS berada di tampuk kekuasaan, kita tidak mahu suatu parti yang ada kepentingan perniagaan, yang mana besok dibelenggu dengan isu urus tadbir, ketelusan dan sebagainya.

Mahfuz Omar:

Saya berasa ia satu perkara yang perlu dipikul oleh PAS buat masa ini, tetapi parti harus mencari satu mekanisme yang lebih baik iaitu bukan PAS yang mengendalikan projek-projek ekonomi tetapi melalui kerjasama bersama-sama ahli-ahli PAS untuk kendalikan perniagaan.

Ini kerana sekiranya PAS yang lakukan – ia bermaksud kita telah menyekat peluang ahli-ahli kita – seharusnya kita memberikan bimbingan, khidmat nasihat dan kepakaran kepada mereka secara percuma dan merekalah yang didorong untuk melakukan aktiviti-aktiviti ekonomi ini – dengan PAS mendapat sedikit keuntungan hasil daripada sumbangan ahli-ahli yang berjaya dalam bidang ini.



Soalan 2: Apakah strategi dan usaha PAS untuk meningkatkan dan mengekalkan ukhwah/silaturahim/ persahabatan sesama ahli dan bukan ahli (penyokong dan pengundi PAS) sebelum dan selepas PRU 13 (jika PAS menang mahupun tewas)?

Salahuddin Ayub:


Saya rasa kita perlu pegang pada perkara-perkara yang fundamental dalam aspek-aspek seperti keikhlasan, ukhwah Islamiyah, jihad dan pengorbanan itu perlu segar dalam sanubari sama ada pemimpin ataupun ahli.

Kita ada satu institusi dalam parti yang kukuh dalam melahirkan kepimpinan yang setia hari ini – iaitu institusi-institusi usrah yang harus terus disuburkan dan dipertingkatkan dan diberikan nafas baru kerana daripada institusi-institusi inilah lahir kadel-kadel yang menjadi pemimpin yang faham realiti perjuangan yang berteraskan kepada Islam.

Itu sahaja yang dapat menyelamatkan parti daripada pengalaman menghadapi 12 pilihanraya yang lalu, dan perkara yang sama untuk pilihanraya ke 13 nanti.

Mahfuz Omar:

Soalan menjaga hati dan hubungan sesama ahli dan penyokong tidak harus dijadikan ungkapan idealis semata-mata, ia harus diterjemahkan menjadi realiti dengan PAS mewujudkan lebih banyak program yang bersifat santai mewujudkan suasana mesra kepimpinan dengan ahli dan bukan ahli.

PAS tidak boleh mengadakan semua program yang bersifat politik sahaja kerana ia berat untuk ditanggung kemampuan dan pemikiran ahli – jadi sebab itu perlu diadakan program santai dengan ahli dan juga bukan ahli.

PAS juga perlu mewujudkan program-program yang bersifat menjaga kebajikan ahli-ahli dan bukan ahli sepanjang masa untuk mereka merasai kehadiran parti senantiasa – dan itulah yang membuatkan hubungan ahli dan bukan ahli kekal erat dengan pemimpin-pemimpin.

Tuan Ibrahim Tuan Man:

Bagi mengekalkan ukhwah di kalangan ahli dan penyokong, kita perlu memperbanyakan program yang bersifat informal seperti muqayyam, rehlah dan ziarah.

Selain itu, pembinaan rangkaian melalui rakan Facebook, Twitter dan lain adalah mekanisma yang menarik untuk dihayati. Di samping itu, PAS juga perlu memberi perhatian serius kepada permasalahan kebajikan ahli dan penyokong juga perlu diberi keutamaan. Hal ini dapat dilakukan melalui rangkaian organisasi parti.

Soalan 3: Apakah harapan Naib Presiden untuk muktamar bagi perwakilan Dewan Pemuda PAS kawasan-kawasan yang bakal berlangsung?

Mahfuz Omar:

Pemuda adalah kilang untuk melahirkan pemimpin parti – kebanyakan pemimpin parti di peringkat atasan ini semuanya lahir daripada kilang PAS iaitu Pemuda.

Bukan sahaja saya menaruh harapan pada muktamar, tapi pada Pemuda PAS itu sendiri perlu senantiasa dapat melahirkan kepimpinan yang baru.

Pemuda PAS tidak harus melihat kepimpinan itu dari segi ketokohan tanpa kebolehan – kehebatan tanpa kemampuan – kewibawaan tanpa keupayaan. Ini bermakna Pemuda PAS perlu faham bahawa ketokohan seseorang mesti disertai dengan kebolehan, kehebatan pemimpin mesti diiringi kemampuan dan kewibawaan mesti dengan keupayaan.

Kita kena elak wujud kepimpinan di pelbagai peringkat yang tidak dapat dinafikan ketokohannya tetapi tidak ada kebolehan, kebijaksaan dan keupayaan untuk membawa parti lebih maju. Jika ini berlaku, PAS tidak akan ke mana.

Dan inilah yang perlu dilakukan Pemuda PAS – sambil mengubah paradigma keseluruhannya untuk menilai kepimpinan itu dari sudut yang saya sebutkan tadi.

Tuan Ibrahim Tuan Man:

Harapan saya kepada muktamar ialah pemuda hendaklah melihat kepada beberapa kelemahan jentera pemuda di peringkat kawasan dan cawangan.

Kegagalan pemuda di peringkat cawangan yang ketara perlu d atasi dan kehilangan undi pengundi muda dalam beberapa PRK perlu juga diberi perhatian.

Salahuddin Ayub:

Kali ini akan ada perubahan besar, di mana percalonan akan merangkumi kawasan-kawasan di sekitar negara kita – ini menjadikan Pemuda semakin besar dan sambutannya semakin bertambah. Jadi sesuai dengan Pemuda yang semakin besar organisasinya, kita mengharapkan kita akan dapat melangkah lebih maju ke hadapan, lebih dinamik dan lebih progresif dan terus lahirkan pemimpin-pemimpin yang berkualiti pada masa akan datang.

Inilah harapan saya untuk muktamar Pemuda yang bakal menjelang dan didoakan ia lebih baik daripada muktamar-muktamar yang lalu.

Isu DNA - Pakatan Rakyat sudah jadi "PONDAN"

oleh anakkedah007



Mana perginya juak-juak pakatan rakyat..ketua hangpa kena tekan hari2 bab DNA hangpa masih dok lena saja macam tak ada apa... Dulu pantang ada isu..sikit-sikit demo..sikit-sikit demo... tapi lanie benda tu dah boleh kat pihak lawan hangpa pulak....

kalau macam nie semua nampak gayanya hangpa akan makan kuah kaa masa PRU13 nanti... bukan kata nak pergi Putrajaya nak duduk tepi longkang Putrajaya tu pun belum tentu lagik....

3 kompenan parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR & DAP... setiapnya tentu dah ada Ketua Pemuda masing2... kira disini dah ada 3 org dah...bila turun kebawah tentu akan berkembang lagi....setiap negeri dah ada ketua masing2...jadi dah ada 13 negeri tentu 13 x 3 = 29 orang ketua pemuda... dan di setiap negeri pulak tentu ada kawasan, cawangan, cabang, ranting, dahan dan sebagainya....

takkan nak kumpol nak buat demo dah tak reti semua dah.... awat semua dah LENA DIULIT INTAN dah kaaaa... semua syok dok dalam kerusi empok dan dok biarkan rakyat tertekan dengan isu-isu yang didendangkan ini..

Isu DNA nie sebenarnya bukan susah pun tetapi jika hari-hari diulit dalam TV dan surat habaq kata ANWAR takut nak bagi DNA maka lama-lama rakyat kat bawah nie boleh tergoda dan terikut rentak musuh.... Sekarang nie hari-hari ada demo pasai suruh Anwar bagi DNA tapi Pakatan Rakyat asyik dok buat statement dalam internate saja..awat pakcik makcik kat kg tu ada internate kaaa.....

entah laa hangpa nie nak kata bodo mai cerita kaat kg. bukan main hebat... nu rasuah.. nie songlap duit... dia tu tak kena dia nie tak kena... last hangpa...cam HAREM jeee.....

Negeri Pakatan Rakyat antara negeri yang terbaik terima pelaburan tertinggi..

Selangor terima pelaburan tertinggi RM46.2b
Oleh Micheal Sering
am@metro.com.my

KUCHING: Statistik Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) mendapati Selangor, Johor, Pulau Pinang, Kedah dan Sarawak menerima pelaburan tertinggi di negara ini dari 2006 hingga Januari lalu.

Selangor dalam tempoh itu mencatatkan pelaburan keseluruhan tertinggi sebanyak RM46.2 bilion, Johor (RM42.8 bilion), Pulau Pinang (RM35.2 bilion), Kedah (RM30 bilion) dan Sarawak (RM29.5 bilion).

Dari segi projek pelaburan asing pula, Johor mencatatkan kemasukan pelaburan asing tertinggi sebanyak RM27.1 bilion, Selangor (RM24.7 bilion), Pulau Pinang (RM24 bilion), Sarawak (RM23.1 bilion) dan Kedah (RM13 bilion).

Pada masa sama, Selangor mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 131,661, Johor (93,633), Pulau Pinang (75,825), Sarawak (25,782) dan Kedah (24,403).

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan ketika mengumumkan statistik itu berkata, sebanyak 43 projek membabitkan pelaburan RM3.95 bilion diluluskan bagi Sarawak tahun lalu.

“Daripada RM3.95 bilion pelaburan di negeri ini pada tahun lalu, sebanyak RM3.55 bilion adalah pelaburan asing manakala selebihnya pelaburan domestik. Projek pelaburan itu dijangka mewujudkan 7,083 peluang pekerjaan,” katanya pada di pejabat Miti, semalam.

Tsunami Jepun - Apabila ianya datang apa yg mampu dilakukan oleh manusia?

28.3 | BANG MAT, CHEGUBARD & MANIKUMAR Gempor Sg.Petani

Jika Britain boleh sampai..b/mana pulak Malaysia??

Radioaktif akan tersebar ke Britain

GAMBAR disiarkan kelmarin menunjukkan reaktor nuklear No.3 di loji jana kuasa
nuklear Fukushima Daiichi di Fukushima yang mengalami kerosakan.

STOCKHOLM - Seorang pakar nuklear Sweden memberi amaran debu radioaktif dari loji nuklear Fukushima-Daiichi di Jepun yang bocor akan sampai ke Britain dalam masa dua minggu lagi, lapor sebuah akhbar semalam.

Pakar Institut Kajian Pertahanan Sweden, Lars-Erik De Geer berkata, ramalan debu radioaktif akan tersebar ke Britain dibuat berdasarkan data yang dikumpulkan oleh sekumpulan saintis yang memantau ujian nuklear di China.

Seterusnya, kata De Geer, debu radioaktif itu akan tersebar ke serata Eropah yang jaraknya lebih 14,000 kilometer dari Fukushima, Jepun.

"Namun, orang ramai tidak perlu bimbang kerana debu itu tidak berbahaya kepada manusia," katanya.

Menurut pakar berkenaan, debu radioaktif dari loji nuklear Fukushima Daiichi telah mencemari Amerika Syarikat (AS) selepas ia dikesan melekat pada pesawat-pesawat komersial yang tiba di negara kuasa besar itu.

Menurutnya, asap radiasi pula diramal melanda bahagian perairan barat AS yang terletak lebih 10,000 kilometer dari Jepun, lewat semalam.

Buat masa ini usaha sedang dilakukan bagi menyejukkan nuklear tersebut selepas ia rosak akibat gegaran kuat gempa bumi.

Beberapa pegawai menyatakan, mereka mungkin meletakkan beberapa reaktor nuklear di bawah struktur konkrit bagi mengelak penyebaran debu radioaktif.

Sementara itu, jumlah mangsa korban rasmi dalam gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac lalu meningkat kepada 6,539 orang sekali gus melebihi angka korban akibat gempa bumi di Kobe pada 1995.

Agensi Polis Kebangsaan Jepun menyatakan, jumlah mangsa yang hilang pula meningkat sedikit kepada 10,254 orang dengan angka keseluruhan mereka yang mati dan hilang setakat ini adalah 16,893 orang.

Sejumlah 2,513 yang lain cedera dalam bencana itu.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan semalam menyatakan bahawa pihaknya akan mengatasi tragedi yang berlaku di negaranya.

"Kami akan sekali lagi membina semula Jepun," katanya.

Menurut Kan, kerajaan negaranya akan melaksanakan kawalan tegas di loji nuklear Fukushima Daiichi yang kini mengalami masalah selepas ia meletup sebanyak empat kali.

Dalam gempa bumi itu, hampir 400,000 orang hilang tempat tinggal. - Agensi

Hukum Ambik Gambar Tak Tutup Aurat dan Menyebarkannya

Soal-Jawab Agama

Assalamualaikum dan salam blogger,
Sudah menjadi trend sekarang begitu ramai orang termasuk kawan-kawan kita yang menjadikan kamera sebagai teman karib mereka.ada yang mengambil gambar sebagai hobi dan ada juga yang menjadikan itu sebagai karier mereka . so, aku nk la kongsi di sini hukum-hakam yang berkenaan dengan fotografi.. aku kongsikan soalan dan jawapan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus..

Apa hukum kita mengambil gambar model2 yang mendedahkan aurat (model wanita terutamanya).
Jawapan : Haram samada model lelaki, wanita atau khunsa.

Lepas shoot kite sebarkan dengan upload dalam Facebook, or mane2 forum. Adakah kita turut mendapat dose dalam kes penyebaran gambar2 sebegini rupa?

Jawapan : Setiap yg haram dilihat maka haram pula diperlihatkan kpd org lain samada dimuatkan pd majalah, akhbar, internet dll. Selama mana gambar2 tersebut belum di delete, maka selama itulah potografer mendapat saham dosa.

So ape pendekatan kite sebagai rakan2 photografi dalam menanggani masalah sebegini rupa?

Jawapan : Kembali kpd Islam samada kita ni fotografer atau siapa saja dengan mendalami ilmu agama dan sebarkan kpd orang lain atas nama dakwah. Tunjukkan kpd orang lain bahawa gambar yg cantik tak semestinya model atau yg haram. Islam tidak menghalang fotografi cuma mengawalnya sahaja agar tidak melampaui garis panduan agama.

Sumber rujukan :Disini

Kalu bubuh gambo gini takpe ,jadi pahala pulok sebab
mengingatkan org pada agama

Mahathir punca PAS kena tendang dari BN

Mahathir Diktator Demokrasi III

"MACAM mana Mahathir boleh terlibat dengan pemecatan Pas dari BN Tengku?" Tanya saya kepada Tengku Razaleigh. Tengku Razaleigh seorang yang kuat berpegang kepada amanah. Dia tidak akan mudah memecahkan apa-apa rahsia khususnya rahsia parti dan kerajaan yang dia tahu. Beliau juga seorang yang kuat berpegang kepada undang-undang.

Sebab itu kalau kita tengok kenyataan atau kritikan beliau kepada mana-mana pihak penuh berwaspada dan berlapik. Beliau seorang yang sangat menghormati undang-undang. Dalam masa sama seorang yang naif. Sudah tiga kali beliau ditipu hidup-hidup oleh Mahathir Mohamad.

Satu kelebihan Tengku Razaleigh dia tidak akan mencampur adukkan politik dengan persahabatan. Walaupun Mahathir mengkhiantinya, tetapi persahabatan dengan Mahathir diteruskan juga. Tengku Razaleigh seorang politician yang profesional.

"Amba bersain (berkawan) dengan dia Sayuti. Sebagai sain amba akan hormati dia. Walaupun dia buat jahat ke ambo, tidak ada masalah, sebab itu soal politik. Tetapi ambo tidak akan membalas kejahatannya," begitulah kata Tengku Razaleigh.

Sebab itu apabila Mahathir menuduh bukan-bukan kepada beliau termasuk menggunakan wang RM20 juta untuk menewasnya dalam perlawanan merebut jawatan presiden Umno tahun 1987, memoir Mahathir itu boleh diragui akan kejujurannya. Di manakah Mahathir mendapat maklumat itu. Apakah daripada Ibrahim Ali?

Mulanya Tengku Razaleigh keberatan untuk mendedahkan rahsia bagaimana Dr Mahathir khianat kepada Pas. Tetapi setelah diasak dan berjanji tidak akan menulisnya dimana-mana (ketika itu), akhirnya beliau menceritakan kronologinya.

Menurut Tengku Razaleigh punca kenapa Pas ditendang dari BN ianya bermula dengan satu peristiwa di Johor, di tanah rancangan Felda. Ketika itu Datuk Mohd Asri Muda menjadi Menteri Kemajuan Tanah Dan Wilayah. Jadi semua tanah rancangan dan juga hal pembangunan tanah berada di bawah portfolionya.

Sesuai dengan kedudukan itu Asri cuba membuat reformasi ke atas tanah rancangan termasuk Felda. Salah satu refomasi itu ialah dengan mengaktifkan Pas di tanah-tanah rancangan yang selama ini merupakan kubu kuat Umno. Di sinilah kebijaksanaan politik Asri. Bagaiman pun usaha Asri itu mendapat tentangan dari Umno. Kononnya semasa bersetuju untuk bergabung dengan Umno dulu, syarat lisan dibuat, bahawa Pas tidak dibenarkan menubuhkan cawangan di mana-mana tanah rancangan.Check Spelling
Larang itu tidak dipatuhi. Maka wujudlah beberapa cawangan Pas. Keadaan ini tidak menyenangkan dan cukup membimbangkan sesetengah pemimpin Umno. Apa lagi cawangan Pas yang mulai ditubuh itu mendapat sambutan dari kalangan peneroka Felda. Mungkin ini kerana mereka dapat melihat perbezaan pendekatan dan juga pengisian aktiviti antara Pas dengan Umno.

Seperti mana cerita Tengku Razaleigh berlaku satu peristiwa di salah sebuah Felda di Johor. Ketika itu Pas mengadakan majlisnya di situ. Kebetulan pula Umno juga mengadakan majlis di tempat yang sama di mana jaraknya tidak berapa jauh.

Kerana jalanya tidak banyak, para pemimpin Umno yang hendak ke majlis mereka terpaksa melalui melewati majlis Pas. Sewaktu pemimpin Umno melintas majlis Pas inilah berlaku sorakan oleh orang Pas.

Menurut Tengku Razaleigh sorakan telah disalah sanggap oleh Umno sebagai memperli pemimpin mereka. Walhal apa yang berlaku penyokong Pas menyorak kerana bersemangat apabila majlis mereka lebih ramai dari majlis Umno. Dan sorakan itu juga bukan sesuatu yang serius pun, kata Tengku Razaleigh.

Bermula periswai itulah timbul salah anggap. Umno memandang serius. Kata Tengku Razaleig ia tidak berakhir disitu saja, tetapi kejadian itu dilaporkan kepada pihak atasan Umno di Johor. Kemudian ia terbawa pula ke peringkat pemimpin tertinggi di Kuala Lumpur.

Cerita Tengku Razaleigh lagi, akhirnya peristiwa itu sampai kepda Mahathir. Di sinilah Mahathir megambil peluang untuk menyocokkan jarum jahatnya. Dalam satu mesyuarat dengan Pemuda Umno di Kuala Lumpru, kata Tengku Razalegh Mahathir, Mahathir telah mencadangkan agar Umno mengambil tindakan kepada Pas. Beliau cadangkan agar perkara itu disampaikan kepada Hussein Onn.

Bila mesyuarat MT diadakan dan Mahathir ketika itu sebagai salah seorang naib Presiden Umno telah mendesak Hussein Onn supaya mengambil tindakan ke atas Pas. Alasan Mahathir kalau Hussein tidak mengambil tindakan kedudukan Umno akan terancam. Di sinilah puncanya.

Jadi kata Tengku Razaeigh atas cadangan Mahathir itulah akhirnya Hussein mengambil tindakan tanpa terlebih dahulu memberi warning kepada Pas. Apabila mendapat mandat dari Hussein Onn itu maka Mahathir terus menjalankan jarumnya dengan mencipta berbagai isu untuk menimbulkan kebencian Umno kepada Pas. Kemucak kepada rancangan jahat Umno- Mahathir itu kata Tengku Razaleigh, ialah dengan menghuruharakan Kelantan kemudian melatkkan Kelantan dibawah pemerintahan darurat.

Manakala sejarah bagamana berlaku ke atas kerajaan Kelantan gara-gara projek tunjuk perasaan itu sudah terbungkus dalam sejarah. Kerana itu kerajaan Kelantan yang berusia 18 tahun jatuh terguling.

Kesimpulannya orang bertanggungjawab mencampak Pas keluar atau yang memutuskan silaturahim antara Umno dengan Pas ialah Mahathir bukannya Hussein Onn.

Melihat kepada ketegangan orang Melayu hari ini seperti mana dianggapkan Umno, yang menuduh Pas sebagai punca pecah belah, ianya adalah disebabkan orang Umno sendiri bukannya Pas. Lebih merujakan lagi orang itu ialah bekas presidennya, Mahathir Mohamad. Adalah adil mungkin kalau Nik Aziz tindak hingin untuk berkawan dengan Umno kecuali parti itu menukar dasarnya. [wm.kl 8:45 pm 18/03/11]

Bank Negara - 2 Sahaja Kad Kredit

Bank Negara catu kad kredit


BNM menyemak semula syarat permohonan dan pemilikan kad kredit bagi
mengelak orang ramai terjerumus dalam kancah hutang. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) menguatkuasakan beberapa peraturan drastik bagi pemilikan kad kredit khususnya untuk mereka yang berpendapatan di bawah RM36,000 setahun untuk mengawal perbelanjaan boros selain membendung risiko generasi muda diisytiharkan muflis.

Peraturan baru itu dijangka memberi kesan kepada lebih 480,000 pemilik kad kredit di negara ini yang berada dalam segmen pendapatan itu.

Antara syarat yang dikuatkuasakan serta-merta itu ialah kadar kelayakan gaji minimum bagi setiap permohonan baru kad kredit dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM2,000 sebulan.

Pada masa yang sama, mereka yang mempunyai gaji RM3,000 sebulan atau RM36,000 setahun hanya dibenarkan memiliki kad kredit daripada dua buah bank sahaja.

Timbalan Gabenor Bank Negara, Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, jika seseorang itu mempunyai kad kredit daripada banyak bank, individu itu perlu memilih dua bank sahaja dan membatalkan kad kredit yang lain menjelang akhir tahun ini.

"Kepada mereka yang terpaksa membatalkan kad masing-masing di bawah syarat ini, mereka diberi masa dua tahun untuk melangsaikan baki kredit tanpa sebarang syarat daripada bank," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya, syarat umur sekurang-kurangnya 21 tahun untuk memohon kad kredit dikekalkan.

Iklan:

Blogger pro-PR terus diburu menjelang PRU

Solidariti Anak Muda M'sia (SAMM) mendapat berita hampir tengah malam tadi kediaman adik Hanief seorang blogger yg popular dengan pembikinan klip video informatif dan mengkritik regim telah ditahan dan rumahnya diserbu.

Semua komputer termasuk milik ahli keluarga yg lain dirampas oleh pihak berkuasa tanpa memberi alasan munasabah.

SAMM melihat ini tindakan terdesak regim penguasa yang tertekan dengan gerak kerja anak muda yg bangkit dengan perbagai cara menumbangkan regim khususnya dalam meningkatkan kesedaran rakyat menggunakan media baru.

Dalam mood pilihanraya yang mungkin dalam masa terdekat ini blogger dijadikan sasaran untuk ditakutkan.

Baru saja blogger Din Binjai (sharpshooter) disaman Menteri propaganda Bn, kini adik Hanief dan keluarganya pula menjadi mangsa.

SAMM melihat perkembangan ini sebagai serius dan mengecam tindakan penguasa ini.

che'GuBard sendiri pernah berdepan dengan tangkapan gunakan alasan tulisan di blog walaupun diyakini tangkapan adalah berkaitan kerana hari tersebut baru saja pulang dari diskusi buku Misteri disebalik Pembunuhan Altantuya di Jakarta.

Komputer cheGuBard dirampas termasuk cubaan memasuki Ibupejabat PKR menggunakan kes tersebut.
Namun setelah disusahkan sebegitu rupa kes tersebut tidak dilanjutkan kerana ternyata atas laporan polis yang lemah sekali.

che'GuBard juga punya pengalaman membuiat laporan polis terhadap blogger pro Umno yang ternyata terlibat siar gambar lucah dan 'posting' perkauman namun seperti biasa penguasa hilang kuku bila berdepan parti regim.

SAMM berharap adik Hanief tabah bersama keluarganya. Kepada blogger lain jangan gusar teruskan usaha meningkat kesedaran rakyat.

cheGuBard baru hubungi Hanief subuh ini dan difahamkan beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis jam 2.30pagi tadi dan perlu hadir di Balai Sentul,10pagi ini.

Melihat perkembangan serius ini SAMM sedang cuba untuk 'organize' jaringan blogger 'nyamuk' untuk menjadikan mereka lebih kuat.

21 Mac, jam 9 pagi di Mahkamah Tinggi Malaya, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur semua blogger muda ini dijemput bersama blogger Sharpshooter (Din Binjai) dalam sebutan kes saman dari Rais Yatim.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Mahdzir saran Kedah gugur slogan


KUALA NERANG - Slogan ‘Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua’ yang diguna pakai Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) perlu digugurkan kerana kegagalan mereka memenuhi janji manifesto yang dibuat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak perlu menunggu sehingga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah bulan depan untuk melengahkan penjelasan kerana Kerajaan Negeri terbukti mengingkari janji manifesto dengan melaksanakan kutipan cukai pintu di pekan-pekan kecil.

Menurutnya, daripada 15 janji manifesto yang dikemukakan sebelum ini, terdapat satu janji Kerajaan Negeri untuk menurunkan mana-mana cukai yang didapati membebankan rakyat, termasuklah cukai tanah dan pintu.

“Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila penduduk kampung yang terletak berdekatan pekan kecil kini berasa terbeban disebabkan terpaksa membayar cukai pintu lebih kurang RM50 hingga RM60 setiap rumah bermula tahun ini.

“Saya hairan Kerajaan Negeri boleh mendakwa hampir 80.7 peratus janji manifesto terlaksana, sedangkan pelaksanaan cukai pintu itu membuktikan mereka memungkiri janji mereka sendiri,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian.

Mahdzir berkata, walaupun pembohongan Kerajaan Negeri berhubung isu pelaksanaan janji manifesto sudah terbukti, beliau bersedia mendengar penjelasan Azizan mengenainya di dalam sidang dewan.

“Sebenarnya, saya sudah pun menyiapkan beberapa soalan berhubung perkara itu untuk dijawab Azizan. Kini tunggu dan lihat apa yang hendak dibuat,” katanya.

Admin - Mana2 exco atau penerangan negeri yg baca artikal nie tolong jawab sat..!!

Anak Exco didakwa miliki dadah


MOHD. FAIZ (kiri) memperkatakan sesuatu kepada salah seorang rakannya selepas dituduh
memiliki dadah di Mahkamah Majistret Kangar semalam.

KANGAR – Seorang anak Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis bersama tiga lagi rakannya mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan memiliki dadah tahun lalu.

Mohd. Faiz Mansor, 27, bersama Nuri Cham Churi Mat, 36, Nazeri Yusof, 39 dan Fuziana Muhammad, 25, didakwa memiliki 1.46 gram heroin dan 0.4 gram morfin di pekarangan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kong Aik, Padang Besar pukul 7 malam pada 7 Disember lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) Akta yang sama.

Bagaimanapun, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim.

Jangan salahkan jurulatih dan pengurus sahaja -MB

Ditulis oleh AMELIA HASHIM

ALOR SETAR, 16 Mac: “Kalau kita ada pengurus yang baik dan jurulatih yang baik, pemain tak baik macam mana? Takkan disebabkan kalah, hanya jurulatih atau pengurus sahaja disalahkan, jadi kita akan tengok secara keseluruhan,” Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai desakan orang ramai agar jawatan pengurus pasukan diganti dengan orang lain.

Beliau yang juga sebagai Presiden Bola Sepak Kedah (KFA), menghargai setiap pandangan yang diberikan orang ramai dan akan mempertimbangkan sewajarnya demi kejayaan bola sepak Kedah dan keselesaan semua pihak.

Jawatan pengurus pasukan Kedah kini dipegang oleh Datuk Bandaraya Alor Setar Dato’ Khazali Haji Din.

Peminat bola sepak Kedah yang kecewa dengan kemerosotan prestasi bola sepak Kedah mendesak YAB Mneteri Besar Kedah menamatkan perkhidmatan Dato’ Khazali kepada pengurus baru demi kemajuan bola sepak Kedah.


Walau bagaimanapun Dato’ Seri Ustaz Azizan berkata, kerajaan akan mempertimbangkan semua cadangan selain melihat semua aspek berkenaan sebelum membuat keputusan demi kepentingan bola sepak negeri.

Sehubungan itu beliau mengumumkan pemberian ganjaran lot tanah kepada lima pemain negeri itu yang mewakili skuad kebangsaan dalam kejohanan Piala Suzuki AFF 2010.

Katanya, tanah seluas dua hektar di Pokok Sena akan dibahagikan kepada lima pemain berkenaan, iaitu pemain sayap Mohd Khyril Muhymeen Zambri, pemain pertahanan Helmi Johari serta pemain tengah Mohammad Faizal Abu Bakar dan Amar Rohidan yang berhijrah dari Perlis.

Ini adalah sumbangan dan penghargaan Kerajaan Negeri sebagai menghargai sumbangan mereka kerana mengharumkan nama Kedah dalam arena bola sepak. Sebelum ini mereka juga mendapat ganjaran wang sebanyak RM5,000 seorang daripada Kerajaan Negeri.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...