TERKINI :

Friday, March 18, 2011

Kisah 'raja lawak' wartawan dengan para demo desak DSAI serah DNA

https://lh3.googleusercontent.com/-cRBvyFjqx24/TXuyo5yYqcI/AAAAAAAACUM/y6sFmjGXWF4/s1600/DSC_05261.jpg
Situasi : Tempat Demontrasi Serah DNA. Selepas penat berdemontrasi dan tunjuk perasaan oleh kaum wanita agar DSAI menyerah sample darah untuk membuat padanan DNA, maka mereka pun berehat-rehat. Peluh berjujuran dan mereka kelihatan agak semput. Lalu datang seorang wartawan mendekati mereka untuk menemu bual;

WARTAWAN : Boleh mak cik beritahu apa itu DNA ?

MAK CIK A : Tuala good morning. (penuh yakin)
MAK CIK B : Berus gigi. (Bersemangat)
MAK CIK C : Botol air mineral . (Sambil mengangkat lengan)

WARTAWAN : Pak cik pulak ( Kebetulan ada seorang lelaki agak berumur di sisi mereka)

PAK CIK : Mak cik kau ni yang ajak. Katanya dapat duit RM20 ringgit, lepas tu dapat makan nasi bungkus free.

WARTAWAN : Habis tu pak cik tak tau lah, apa itu DNA?

PAK CIK : Mak cik kau yang ajak...dia tak beritahu pun kedai DNA tu...Kat mana kedai tu.

Wartawan pening kepala, rasa kesian bercampur lucu mengenang peserta demontrasi itu.

Posted on Thursday, March 17 @ 09:02:48 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya

K'jaan Selangor pecat Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor

Kerajaan Selangor edar semakan audit Yayasan Selangor

Kerajaan Selangor hari ini mengedarkan laporan audit Yayasan Selangor yang disemak oleh Bahagian Audit Dalaman Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Semakan audit Yayasan Selangor banyak menumpu hal-hal berkaitan pengurusan perbelanjaan Majlis Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor yang dirancang ada 15 November 2010 lalu. Hasil audit dalaman bertarikh 14 Disember 2010 mendapati terdapat beberapa isu berkaitan aturan perbelanjaan yang dikatakan tidak mengikut aturan biasa. Terdapat juga tindakan yang dikatakan tidak menjaga kepentingan Yayasan Selangor.

Antara tindakan yang menunjukkan tadbir urus korporat yang tidak baik ialah seramai 18 warga kerja telah berhenti dan 50 lagi ditukarkan dalam tempoh Mac hingga November 2010.

Perbelanjaan yang tidak telus, tidak berhemah dan tidak munasabah menyebabkan kos perbelanjaan Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor mencecah hampir RM1 juta malah terdapat perbelanjaan yang selesai dibayar kepada Pengurus Acara walaupun aktiviti belum dilaksanakan.

Pengurus Besar juga meluluskan elaun-elaun yang tidak sepatutnya dibayar kepada Ahli Mesyuarat.

Terdapat 12 keputusan tertinggi dibuat sepanjang 2010 hanya melalui Circular Resolusi malah tidak dimaklumkan atau diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 12 1993-arahan bagi meningkatkan kualiti perancangan dan kawalan ke atas pengurusan syarikat-syarikat kerajaan.

Semakan Audit juga mendapati, Timbalan Pengurusan Besar (Pengurusan) tidak menghormati arahan bercuti dalam siasatan dengan hadir mesyuarat yang dihadiri Pengurus Besar. Perbelanjaan tanpa perancangan menyebabkan kedudukan kewangan Yayasan Selangor mengalami defisit sebanyak RM7.41 juta sehingga November 2010.

Kerajaan Selangor telah dan akan terus meneliti setiap syor yang diberikan dan akan menggunapakai cadangan tersebut dari semasa ke semasa demi menjaga kredibiliti Yayasan Selangor milikan penuh Kerajaan Negeri.

Justeru, pada 5 Januari 2011, satu surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) bagi menjawab setiap kuiri yang ditimbulkan. Proses yang teratur, adil dan bebas telah dijalankan. Pandangan serta saranan dari Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri juga telah diperolehi.

Akhirnya pada 17 Februari 2011, Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah Yayasan Selangor telah sebulat suara memutuskan untuk menamatkan kontrak Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) dengan alasan gagal menunaikan tanggung jawab dan urus tadbir kewangan yang baik serta tidak prihatin dengan prosedur yayasan.

Pada 18 Februari 2011, satu surat yang ditandatangani Menteri Besar telah dikeluarkan yang mengarahkan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) ditamatkan kontrak dalam tempoh 24 jam berkuatkuasa serta merta.

Kerajaan Selangor sentiasa berpegang pada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban. Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri semua institusi termasuk Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri bukan sahaja mengamalkan perbelanjaan berjimat cermat dan berhemah malah menyediakan audit tahunan yang tertib, lengkap dan teratur untuk semakan umum.

Kerajaan Selangor akan sentiasa bersikap telus dan tidak akan menyembunyikan sebarang salah laku yang dilakukan oleh mana-mana pegawai, kakitangan awam dan anak-anak syarikat di bawah Kerajaan Negeri. Kita juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang difikirkan perlu demi menjaga amanah yang diberikan rakyat Selangor.

*Kenyataan media oleh Abdul Khalid Ibrahim (gambar kanan) selaku Menteri Besar Selangor.

Nak Cakap banyak dia jadi mufti...nanti kata kita sesat la pulak..

Salam Sejahtera,

Tak tau nak kata apa lagi, hangpa pakat-pakat perhatikan dalam gambar yang dah berapa lama aku paparkan, apa yang si Zambri lakukan... tup-tup Mufti Perak masih lagi nak mempertahankan...


Nuklear - Musnahnya Dunia Kerana Perbuatan Tangan-Tangan Manusia itu Sendiri

Sejarah Reaktor Nuklear Chernobyl

Di atas adalah imej Reaktor Nuklear Chernobyl yang telah musnah.


Nun kelihatan jauh berada di tengah gambar di atas juga loji nuklear Chernobyl di Ukraine (Bangunan beserombong asap). Gambar itu di ambil dari satu kawasan yang dipanggil Pripyat. Seramai 50,000 orang telah dipindahkan dari bandar ini setelah kebakaran loji nuklear yang berlaku pada 26 tahun dahulu. Bandar Pripyat ini di tinggalkan kerana kesan nuklear masih berlegar dipersekitaran. Namun mengikut rekod perpindahan keseluruhan penduduk di sekitar Chernobyl adalah seramai 200,000 orang.

Chernobyl adalah antara projek nuklear terawal negara Rusia. Ia meletup pada tahun 1986 yang mengorbankan banyak nyawa dan meninggalkan keturunan yang cacat akibat penularan radiasi yang meluas.

Stesen Tenaga Nuklear itu mempunyai empat reaktor, masing-masing mampu menghasilkan satu gigawatt kuasa. Pada waktu kemalangan, empat reaktor mereka berjaya menghasilkan sekitar cuma 10 peratus daripada kuasa elektrik yang digunakan untuk negara Ukraine.

Pembangunan Stesen Nuklear itu bermula pada tahun 1970-an. Reaktor yang pertama dari 4 reaktor itu mula bertugas pada tahun 1977, dan Reaktor No 4 mula menghasilkan kuasa pada tahun 1983. Ketika kemalangan itu berlaku pada tahun 1986, dua reaktor nuklear yang lain sedang dalam proses pembangunan.

Hanya selepas 3 hari kebakaran berlaku di Loji Nuklear Chernobyl, pihak Soviet akhirnya mengakui bahawa berlakunya malapetaka di loji tersebut, dan ketika itu, mereka sudah terlambat untuk mengosongkan daerah yang berhampiran reaktor itu. Tindakan lewat ini adalah kerana mereka mahu menutup berita dari pengetahuan orang ramai.

Itu pun kerana pada April 28, 1986 , pekerja loji nuklear di Sweden telah mengesan terdapatnya radiasi di pakaian mereka melalui keadah scan. Namun setelah di periksa, ia bukan datang dari reaktor nuklear di Sweden. Penemuan itu di buat melalui satelit yang berupaya mengesan zon merah yang menjadi punca dan mengenal pasti bahawa radiasi yang dikesan adalah dari Reaktor Nuklear Chernobyl yang jaraknya adalah 600 batu dari situ.

Akibat dari kebakaran itu, Banyak kematian yang melibatkan petugas pemadam kebakaran dan kakitangan yang berada di Chernobyl, juga di kalangan penyelam yang menyelam ke dasar kolam terletaknya injap yang kritikal yang mengakibatkan kebakaran tersebut. Terdapat juga Juruterbang helikopter yang kemudiannya jatuh sakit setelah mengangkut air dan simen bagi meredakan kebakaran di tempat celaka itu.

Ribuan anak-anak yang tinggal berdekatan bandar tersebut turut mengembangkan penyakit tiroid. Radiasi yang jatuh dibandar tersebut perlu memakan masa 300 tahun untuk menghilang. Begitu lah hebatnya kesan nuklear pada manusia. Hanya sekadar pengetahuan betapa kemodenan tidak menjamin keselamatan. Semakin maju, manusia semakin tamak dan akhirnya menimbulkan kemudaratan.

Musnahnya dunia itu kerana manusia. Ingat itu !

Admin - ANGIN, AIR, CAHAYA MATAHARI, OMBAK kan masih ada lagi atas muka bumi nie... kenapakah dok cari pasal dengan tenaga nuklear nie....

Jawapan "JUDI JEJAS UNDI"

KENYATAAN AKHBAR YB DATO HJ ANUAR TAN BIN ABDULLAH SEBAGAI JAWAPAN TERHADAP AKHBAR SINAR HARIAN 17 /3/2011 ‘JUDI JEJAS UNDI’

Sebagai pimpinan dalam PAS yang berjuang berteraskan Islam, kita tidak mengambil kira soal undi sebagai pertimbangan dalam hal perjudian, sebaliknya ketakwaan kepada Allah SWT wajib diutamakan. Menang kalah dalam satu pertandingan hanya merupakan perkara duniawi tapi ketakwaan akan dinilai oleh Allah SWT di akhirat.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Encik Hu Phang Chaw adalah pandangan yang memberi gambaran kepada masyarakat lain bahawa masyarakat Cina hanya akan memberi undi kepada PAS sekiranya mereka diberi peluang atau hak untuk berjudi adalah amat mengelirukan.

Kenyataan ini jelas akan memalukan masyarakat Cina seolah-olah orang Cina terlibat dengan aktiviti perjudian. Ini tidak benar, hanya sebahagian kecil orang Cina dan bangsa-bangsa lain di dunia ini terlibat dengan aktiviti perjudian.


Dalam konteks masyarakat Cina Kelantan, saya berani katakan bahawa majoriti orang Cina tidak berjudi kerana dasar kerajaan PAS untuk mengharamkan dan tidak mengeluarkan lesen premis untuk berjudi telah dilaksanakan sejak 20 tahun yang lepas kerana masyarakat Cina di Kelantan mempunyai moral dan pendidikan yang tinggi.

Saya sendiri dan sebahagian besar masyarakat Cina mendapat pendidikan di sekolah Cina, dididik oleh guru-guru orang Cina supaya jangan terlibat dengan gejala judi. Dan saya yakin tiada satu guru di dunia ini yang mengajar murid mereka berjudi. Sudah menjadi amalan dan budaya institusi keluarga orang Cina terutama ibubapa mereka daripada awal lagi mendidik anak mereka untuk menjauhi daripada judi.

Yang terpenting, semua agama termasuk agama dan kepercayaan yang dianuti oleh orang Cina semuanya mengharamkan judi kerana judi satu masalah sosial, satu fenomena tanpa mengira agama, kebudayaan, adab resam, falsafah, bangsa dan negara yang perlu dibenteras oleh umat manusia.

Sebagai kerajaan negeri, tanggungjawab kita bukan hanya untuk mentadbir negeri, berkhidmat kepada rakyat dan ianya juga merupakan tanggungjawab kita seboleh mungkin untuk mendidik masyarakat dengan unsur-unsur dan amalan yang murni dan luhur.

Penyokong-penyokong Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang bersama dengan perjuangan PAS sepatutnya memahami PAS merupakan satu gerakan untuk menyebarkan syariat Islam untuk membina satu masyarakat yang adil, saksama kepada umat dan bukan hanya untuk meraih undi tanpa mengambil kira hukum halal dan haram.

Isu tiket loteri ini perlu difahami dengan lebih teliti. Tiket loteri yang diperkenalkan dalam tahun 50-an sudah diswastakan dan hari ini namanya adalah ‘ Big Sweep’ seperti TOTO, Magnum 4 Digit dan sebagainya merupakan judi yang membayar cukai dan lesen kepada Kerajaan Persekutuan seperti jenis perjudian yang lain.

Apa yang masyarakat Cina nilaikan terhadap kerajaan negeri, yang penting adalah ‘good governence’ iaitu kerajaan yang adil dalam semua aspek kepada masyarakat berbilang kaum.

DHPP perlu terus memberi sokongan kepada kerajaan melalui kerajaan tempatan supaya tidak meluluskan lesen premis perjudian. Inilah perbezaan di antara kerajaan PAS dan Barisan Nasional (BN) yang perlu kita jelaskan kepada masyarakat untuk menjadi pilihan mereka.

Sekiranya dasar kerajaan negeri dikatakan bercanggah dengan dasar perjudian Kerajaan Persekutuan yang membenarkan perjudian dan dasar kerajaan Persekutuan boleh memaksa kerajaan negeri untuk membuka ‘flood gate’ dan membenarkan pelbagai aktiviti perjudian di Kelantan, maka serahlah kepada pemimpin Kerajaan Persekutuan untuk menjawab di akhirat kelak kerana pimpinan kerajaan negeri telah melakukan segala yang boleh dan termampu dalam hal perjudian ini.
Sekian, terima kasih.

Dato’ Hj Anuar Tan bin Abdullah
Exco Pembangunan Usahawan, Perdagangan & Perpaduan Masyarakat
merangkap ADUN Kota Lama

Pejabat MMK
Kota Darulnaim, Kota Bharu

Umat Islam perlu pertingkat kefahaman agama

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Umat Islam disaran berusaha mempertingkatkan kefahaman ajaran Islam agar lebih bersedia untuk berhadapan konflik agama yang semakin kompleks.

Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Abu Qassim Nor Azmi berkata, hanya dengan akidah yang mantap, ilmu yang benar, dan nilai hikmah dapat mempertajam dan memperluas skop dakwah.

“Kita tidak harus selamanya berselindung di sebalik undang-undang yang boleh pada bila-bila masa terpinda,” ujarnya.

Justeru, PKPIM mengulangi pendirian dengan menggesa 35 ribu Al-Kitab Injil berbahasa Melayu ditarik balik dan dibekukan pengedarannya kerana terdapat unsur subjudis ekoran beberapa perkara masih dalam proses perundangan khususnya berkaitan penggunaan Kalimah Allah dan lain-lain perkataan yang menjadi pertikaian sebelum ini.

Meskipun begitu, katanya PKPIM menyeru semua pihak agar akur dengan peruntukan perlembagaan dan undang-undang negara demi menjaga keamanan dan kesejahteraan umum.

Menurutnya, enakmen kawalan serta lain-lain peraturan yang terlibat harus dihormati.

Walau bagaimanapun, kata beliau secara dasar, ini tidak menolak usaha menterjemahnya dalam apa sahaja bahasa untuk lebih difahami penganut agama tersebut.

“Isunya, penterjemahan tersebut harus dibuat dengan tepat, benar dan ikhlas serta menuruti peraturan dan undang-undang setempat bagi mengelak konflik umum,” ujarnya.

Hal ini, tambahnya selaras dengan prinsip Islam yang tidak menghalang penganut agama lain untuk mendalami agama mereka.

PKPIM, katanya mengajak semua pihak terutamanya umat Islam untuk melihat isu itu dari sudut yang lebih luas.

“Apakah yang akan terjadi sekiranya Barat mengharamkan penterjemahan Al-Quran dalam Bahasa Inggeris, Perancis dan lain-lain bahasa yang menjadi medium umat Islam di sana untuk mendalami Al-Quran?

“Bagaimanakah nanti bagi Yvonne Ridley dan Cat Stevens untuk terus mendalami Al-Quran sekiranya ia berlaku?” soalnya.

PKPIM juga, ujarnya komited bahawa konsolidasi agamawan berwibawa harus diberikan ruang yang secukupnya untuk mengendurkan ketegangan dan menguraikan kekeliruan terhadap isu ini.

Menurutnya, dialog dan wacana bagi meningkatkan kefahaman antara agama perlu diperbanyakkan.

“Kita perlu serius dalam melahirkan penganut yang yakin pada agamanya serta menghormati keyakinan agama bagi penganut selain mereka,” katanya.

10 Janji 100 Hari Pakatan Rakyat


Peguan Negara pun ada cerita dalam cerita..apa barang..!!

'Jangan tolak masalah anda kepada kerajaan'

“Jangan jadikan masalah peribadi anda sebagai masalah kerajaan.” - Itu nasihat yang diberikan oleh ahli panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Robert Phang kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.


NONEPhang, yang terkenal dengan kelantangannya bersuara berkata Gani pada 4 Januari lalu telah memberi taklimat kepada lima ahli panel SPRM. Pada perjumpaan itu, beliau memberitahu akan berurusan dengan media dan orang ramai bagi menjelaskan pemergian kontroversialnya ke tanah suci menunaikan ibadah haji.

"Dua bulan sudah berlalu sejak perjumpaan itu dan saya tidak lihat Gani tampil menjelaskan perkara itu.

"Seorang penulis blog mendakwa Gani dan keluarganya menunaikan haji dengan seseorang yang wataknya 'mencurigakan'. Saya tidak kata dia tidak jujur tetapi hanya mengulangi apa yang dimuat-naikkan dalam blog itu,” kata Phang.

"Tolong, jangan jadikan masalah perbadi anda sebagai masalah kerajaan. Tampil dan buat penjelasan kerana anda memegang jawatan yang berkuasa dan penting. Saya cuma membekalkan konduit bagi Gani untuk menjelaskan kepada orang ramai apabila berjanji berbuat demikian.”

NONEPhang, bekas ahli Transparency International berkata demikian semasa sesi teh tarik bagi menceritakan segala-galanya yang dianjurkan oleh Malaysian digest.com petang semalam.

Meskipun Phang tidak menamakan 'watak yang mencurigakan' itu, namun mengikut kebanyakan laporan, ia adalah Shahidan Shafie, yang pernah dikaitkan dengan bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli.

Gani dibidas tahun lalu setelah timbul dakwaan di Internet bahawa beliau mempunyai hubungan dengan Tajudin yang kini disiasat oleh SPRM.

Phang yang antara mereka yang membidas Gani dan secara terbuka menuntut Peguam Negara itu menjelaskan kontroversi berkenaan. Namun, kedua-dua Gani dan Shahidan terus membisu.

Gani dikatakan telah membuat penjelasan kepada SPRM tetapi sesetengah anggota panel dikatakan terus tidak berpuas hati dengan penjelasannya.

Indahnya pemimpin UMNO tuu di mata Rakyat...!!

Jepun ada 48 jam elak 'Chernobyl baru'.. mintak-mintak suatu hari nanti bukan la pulak Malaysia...

Tokyo Bergelap: Ibu kota Jepun Bagai Bandar Berhantu Gara-gara Ancaman Radioaktif [greenboc]

Tokyo, merupakan bandar paling happening serta mempunyai penduduk seramai 13 juta kini tidak lagi seperti dulu gara-gara amaran radiasi radioaktif yang membuat penduduknya mengambil langkah berjaga-jaga dengan tinggal di rumah.

Stesen janakuasa nuklear Fukushima yang terletak hanya kira-kira 200km daripada Tokyo mengalami ketidakstabilan angkara gempa bumi 9.0 richter, Jumaat lalu.

Dalam perkembangan terbaru, Jepun hanya mempunyai masa kira-kira 48 jam untuk mengawal krisis nuklearnya sebelum tragedi yang lebih buruk daripada insiden Chernobyl berlaku.





Semalam, cubaan pihak keselamatan Jepun menghantar beberapa helikopter untuk menyejukkan reaktor dengan menjiruskan air, namun operasi tersebut dibatalkan ekoran radiasi tinggi yang mencecah 4,000 mikrosievert/jam.

Ada laporan yang menyebut bahawa lapangan terbang Chicago & Dallas menerima pelawat beradiasi, namun dakwaan tersebut belum disahkan oleh pihak berkuasa lapangan terbang.

UMNO Kedah Salahguna sekolah untuk program POLITIK..


    • Jasmadi Sahadan Cuba PAS guna Sekolah Ren/Men buat program untuk Parti. Mesti kepoh...PAS guna sekolah kerajaan..bla bla bla. Itu yg sebenarnya YB IS cuba sampaikan kepada rakyat. Aku lebih respect UMNO Kedah kalau depa pi sewa mana2 dewan awam guna duit parti utk buat program mcm ni. Ini nak free je..harta kerajaan harta umno sesuka hati.
      2 hours ago ·
    • Ismail Salleh Umno adalah parti politik yang x boleh guna harta awam (sebagaimana parti2 lain x boleh guna harta awam untuk anjurkan program).
      about an hour ago ·
    • Pak Pandir aku selalu juga tengok berlaku di Pendang bila PAS buat program didewan MDP dan bayar sewa, dan bila UMNO buat program juga sewa dewan MDP bila PRteraju Kedah, tapi dulu haram tobat lahum masa BN perintah PAS dan Keadilan nak dapat sewa dewan MDP, tu lah baru nama pemerintahan adil. Cuma bayar sewa, semua boleh guna, kan itu harta awam. tapi disekolah hak kerajaan, kalau nak guna masukkan politik dalam sekolah, biar semua boleh guna, baru nama cerdik politik.
      about an hour ago ·
    • Kedah Lanie APA kata MB & EXCO buat sama program dalam sekolah...kalau boleh pie mintak kat sekolah yg UMNO buatkan tuu...
      about an hour ago ·
    • Mazhar Yusof UMNO mane nak sewa..nak untung la katakan..kalau tidak tak kaya le puak2 nih..
      44 minutes ago ·

ALOR SETAR - PBSM salur bantuan banjir

PBSM salur bantuan banjir


Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim (kiri) menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Masjid Sungai Baru, Gunung, semalam.

ALOR SETAR 17 Mac - Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) akan terus menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir tahun lalu selagi pihak-pihak korporat menyumbang bantuan kepada PBSM.

Pengerusi PBSM Cawangan Kedah, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim berkata, sehingga kini bantuan pihak-pihak korporat untuk diberikan kepada mangsa banjir masih diterima oleh pihak PBSM.

"Hari ini PBSM menyalurkan bantuan kepada 300 mangsa banjir di Mukim Padang Hang, Gunong dan Anak Bukit di sini.

"Antara bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir adalah barangan Nestle, Milo dan lain-lain lagi," kata beliau ketika ditemui selepas majlis penyampaian bantuan bencana di Masjid Sungai Baru di sini semalam.

Menurut Tunku Puteri Intan Safinaz, walaupun bencana banjir telah lama berlaku, namun mangsa-mangsa banjir tidak pernah dilupakan.

"Saya melihat ia merupakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul oleh semua pihak, terutama pihak korporat untuk terus membantu keluarga mangsa banjir.

"Saya turut menggalakkan orang perseorangan yang ingin menderma supaya tampil berbuat demikian," kata beliau.

Sementara itu, penerima bantuan daripada PBSM hari ini, Siti Minah Ismail, 54 berkata, dia bersyukur kerana masih lagi menerima bantuan walaupun bencana banjir telah lama berlalu.

"Ketika banjir saya tidak menerima apa-apa bantuan dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PBSM yang telah memberikan bantuan kepada saya.

"Bahan makanan yang telah diberikan sekurang-kurangnya dapat bertahan sehingga beberapa minggu untuk keluarga saya,"jelasnya.

Seorang lagi penerima bantuan, Fatimah Hamzah, 67 berkata, bencana banjir memang menyebabkan dia berasa sedih kerana barangan seperti perabot dan barangan elektrik di rumahnya rosak.

DS Nizar Jamaluddin - UMNO Parti Rasuah


Pelancaran Kase di Kedah malam ini

Mohd Shubihi Muhamad Zain

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/198284_200543016641495_100000573934515_700785_7291391_n.jpg
SUNGAI PETANI, 18 Mac: Pelancaran Kempen Anti Saman Ekor (Kase) Peringkat Negeri Kedah oleh pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar akan diadakan pada malam ini bertempat di Taman Kempas Fasa 2, dekat sini.

Jelajah Kase ke seluruh negara bertujuan bertemu memberi penjelasan dan khidmat nasihat kepada pemilik-pemilik kenderaan yang dikenakan saman ekor dan kenderaan mereka disenarai hitamkan.

Mahfuz juga dijadual mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Kase Kedah yang akan dipengerusikan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dan turut dianggotai seorang peguam yang akan memberikan khidmat guaman kepada mangsa saman ekor.

Sehubungan itu orang ramai dan mangsa-mangsa saman ekor di Kedah dan kawasan berhampiran digesa mengambil peluang bertemu dengan beliau bagi mendapatkan penjelasan dan khidmat nasihat berkaitan isu terbabit.

Kase sebelum ini mendesak kerajaan menghapuskan semua saman ekor yang penguatkuasaannya secara terang-terangan menyalahi Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jawatankuasa itu juga telah menyerahkan memorundum memohon campurtangan Yang Di Pertuan Agong terhadap kelulusan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang disifatkan tidak adil kepada rakyat khususnya pelaksanaan sistem penguatkuasaan automatik (AES) iaitu saman ekor cara baru.

AES akan dikendalikan dua syarikat swasta Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd yang akan mendapat pulangan 35 peratus daripada setiap enam juta saman yang dikeluarkan manakala kerajaan mendapat 65 peratus pulangan.

Jawapan Parlimen berkenaan soalan YB Jerai - Fuyooo RM5.968 juta..

http://3.bp.blogspot.com/-iGstxZe1phk/TYLGw1LDfrI/AAAAAAAAEtM/3Rxiuls3E4g/s1600/2011-03-18_104242.jpg

KFA & Azraai - Amacam dalam hati ada taman kaa.. Peminat dok harap-harap sangat nuu..!!

Azraai Letak Syarat Untuk Kembali

http://3.bp.blogspot.com/_H6H7od6rgnI/TT2UaRlXVMI/AAAAAAAABMk/g_cBqGESzXk/s1600/kedahh.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_L2WXZwAZqFQ/RzG9I2vPn-I/AAAAAAAAABk/dcpGJ34GDVc/s320/Kedah+FA+Logo.pnghttp://3.bp.blogspot.com/_CCsY4sst46Q/TT2azcskW0I/AAAAAAAABuA/xnXVsqlb6kU/s1600/azrai.jpg

ALOR SETAR, 17 Mac (Bernama) -- Mohd Azraai Khor Abdullah sedia kembali untuk membimbing skuad bola sepak Kedah jika menerima tawaran dan pihak Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) juga bersedia menerima beberapa syarat daripadanya.

Azraai meninggalkan skuad Hijau Kuning pada 2009 dan kemudian dilantik sebagai jurulatih skuad bawah 21 tahun negara Harimau Muda A.

"Saya amat bangga dengan sokongan padu yang ditunjukkan penyokong setia Hijau Kuning yang mahu saya kembali semula membimbing Kedah, melalui laman sosial Facebook dan media.

"Bagaimanapun saya tidak menerima apa-apa surat dan panggilan daripada pihak KFA untuk menggunakan khidmat saya semula bagi membimbing pasukan Kedah.

"Saya akan tunggu dan lihat perkembagan semasa KFA," katanya.

Kedah telah merehatkan jurulatih Ahmad Yusof dan melantik penolong jurulatih Radhi Mat Din sebagai pemangku jurulatih bagi satu tempoh yang akan ditentukan kelak.

Langkah itu dibuat oleh KFA, ekoran para peminat Kedah melahirkan rasa kecewa dengan prestasi pasukan mereka yang tersingkir daripada saingan awal Piala FA.

Azraai berkata sekiranya ada tawaran daripada KFA beliau akan melakukan perbincangan lebih terperinci dan mahu beberapa syarat yang dimintanya dipenuhi agar peristiwa 2009 tidak berulang lagi.

"Saya akan kenakan syarat-syarat tertentu kepada mereka (KFA) sebelum menerima sebarang tawaran. Lebih elok jika saya dan pihak KFA capai kata sepakat barulah saya boleh terima," katanya.

Azraai menjadi jurulatih yang popular di kalangan penyokong setia Kedah berikutan prestasi cemerlang beliau membimbing skuad Kedah hingga mencapai kejuaraan Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA bagi dua musim berturut-turut iaitu pada 2007 dan 2008.

Beliau yang menamatkan kontrak dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) 9 Mac lalu turut menerima tawaran sebagai jurulatih daripada Persatuan Bolasepak Perlis dan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan.

"Saya masih menimbang tawaran terbaik daripada kedua-dua pihak dan keputusannya akan diketahui minggu hadapan.

"Paling mustahak saya mahukan pengurusan yang berwibawa, berwawasan dan bercita-cita tinggi untuk menjulang nama pasukan mereka dan sekaligus merangkul kejuaran dalam Liga Malaysia," kata Azraai.

sumber: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newssport.php?id=571717 (17/03/2011)

Saman : Duit Segera RM476.6j Rakyat Malaysia bagi kepada kerajaan Malaysia

Lapan bulan PDRM kutip saman RM476.6j

http://4.bp.blogspot.com/_EwiXq7nKbNI/TPdd-1cPksI/AAAAAAAAEoA/aLJebLO0vHg/s400/bayar+saman.jpghttps://lh4.googleusercontent.com/-8d3I8eqOzo0/TW8PExyZX2I/AAAAAAAABlM/zmvH0h1ULmQ/s400/bayar+saman+trafik.jpg
http://2.bp.blogspot.com/_eRfWoP3bveo/TQRHMFv_WJI/AAAAAAAAAUA/1epdupSOQA0/s1600/SNC00145.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_rqtokL-9Ius/TPuZqEa3-bI/AAAAAAAAEIY/0JTA9HEO6RY/s1600/Areev%2527s930.jpg
http://yakboktam.com/wp-content/uploads/2011/03/bayar-saman.jpg
Rakyat yang prihatin sanggup panas berhujan nak bagi duit kepada K'jaan Malaysia



KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengutip RM476.6 juta bayaran saman daripada pesalah trafik sepanjang tempoh lapan bulan sehingga Februari lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, menerusi jumlah itu sebanyak RM421.2 juta diku:tip di kaunter PDRM, manakala RM55.4 juta diperolehi melalui laman web seperti www.myeg.com.my (MyEG) dan www.rilek.com.my (RILEK).

“Jumlah bayaran saman dikutip di kaunter PDRM pada Julai 2010 adalah RM64.1 juta, RM40.6 juta (Ogos), RM22.9 juta (September), RM29.3 juta (Oktober), RM29 juta (November), RM127 juta (Disember), RM44.7 juta (Januari 2011) dan RM63.6 juta pada Februari lalu.

“Bagi jumlah kutipan saman melalui MyEG dan RILEK sebanyak RM4.5 juta pada Julai 2010, RM2.8 juta (Ogos), RM1.8 juta (September), RM2.3 juta (masing-masing pada Oktober dan November), RM2.3 juta (Disember), RM7.3 juta pada Januari 2011 dan pada Februari lalu sebanyak RM8.3 juta,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) di Dewan Rakyat.

Po Kuan ingin tahu kutipan saman Julai 2010 sehingga Februari 2011 mengikut jumlah dibayar di kaunter PDRM dan laman web serta jumlah kementerian perlu bayar kepada pihak lain dan dikutip (RM2 setiap transaksi) oleh MyEG.

Hishammuddin berkata, kerajaan membayar caj komisen 1.8 peratus daripada jumlah kutipan keseluruhan bulanan dipungut melalui MyEG dengan transaksi menggunakan kad kredit dan RM0.50 untuk setiap transaksi yang berjaya melalui kad debit.

“Selain itu, RM2 dikenakan kepada pembayar untuk setiap transaksi yang berjaya untuk dibayar kepada MyEG,” katanya. - Bernama

SAM minta kerajaan hentikan segera cadangan bina loji nuklear

GEORGE TOWN - Sahabat Alam Malaysia (SAM) meminta kerajaan supaya menghentikan segera cadangan untuk membina loji nuklear dan empangan besar bagi menangani isu krisis tenaga kerana bimbang berlaku kebocoran reaktor seperti yang berlaku di Jepun baru-baru ini.

Presidennya S.M Mohamed Idris berkata, trajedi yang berlaku di Jepun menunjukkan kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa dan tidak mustahil Malaysia juga akan mengalami perkara yang sama.

"Kita perlu mengambil iktibar daripada pengalaman lepas yang telah menunjukkan kesengsaraan dan penderitaan yang dialami akibat tenaga nuklear.

"Mana-mana negara termasuk Malaysia dengan aspirasi nuklear perlu pertimbangkan risiko bencana kemalangan sumbangan negatif utama teknologi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pada masa ini, jumlah penggunaan elektrik negara dianggarkan hanya 14,000 megawatt (MW) sedangkan kapasiti bekalan yang ada pula sebanyak 23,000 MW yang memberikan negara margin yang amat selesa. - Bernama

Bergantung kepada dubur untuk 'mileage' politik

Oleh Aspan Alias

Saya terpanggil untuk memberi komen pendek tentang isu DNA Anwar yang hangat diperkatakan terutamanya oleh penggiat politik dan pertubuhan yang berkait dengan politik. Anwar telah dihadapkan ke mahkamah dan apa juga yang diperkatakan oleh sesiapa di luar mahkamah adalah salah daripada segi undang-undangnya.

Biarkanlah mahkamah menyelesaikan isu itu dan lebih baik di sisi undang-undang dan di sisi etikanya agar pihak yang lain tidak masuk campur dalam menentukan Anwar menyerahkan DNA beliau atau tidak. Undang-undang ada untuk menyelesaikannya.

Berdemonstrasi di jalanan untuk memaksa Anwar menyerahkan DNAnya itu secara automatik akan dianggap sebagai tindakan politik. Takkanlah kita guna isu dubur untuk mendapatkan atau untuk mengekalkan kuasa? Elok kita tunggu dan biarkan pihak mahkamah untuk melakukan apa yang sepatutnya.

Kumpulan-kumpulan yang berkepentingan politik eloklah menggunakan isu lain untuk meraih sokongan dan janganlah kita menggunakan isu jelek ini untuk mendapatkan sokongan dan simpati orang ramai. Apa pun alasan yang diberikan oleh kumpulan yang mendesak ini ia tetap merupakan permainan politik yang tidak beretika.

Masakan kumpulan yang menjerit-jerit meminta Anwar menyerahkan DNA itu mengambil tindakan yang betul dengan menggunakan kesempatan ini untuk melakukan tindakan yang desperado ini.

Kumpulan-kumpulan ini seolah-olah tidak berkeyakinan kepada mahkamah atau mahukan mahkamah untuk memutuskan keadilan mengikut kehendak demonstrasi jalanan. Terlalu ramai penggiat politik sekarang ini mengingatkan dubur daripada mengingatkan perkara-perkara lain yang lebih berfaedah.

Carilah isu lain untuk dijadikan bahan politik. Janganlah tunjukkan sangat desperado kita di khalayak ramai.

http://aspanaliasnet.blogspot.com

MBAS buru peniaga haram


Para peniaga bergotong-royong membersihkan sekitar Pasar Besar Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 17 Mac – Kehadiran peniaga haram di pasar besar dekat sini, terutama tindakan mereka menjual barangan pada harga jauh lebih rendah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan peniaga berlesen.

Tindakan tersebut juga dikatakan menggugat periuk nasi peniaga di situ yang perlu menanggung pelbagai kos lain termasuk membayar sewa bulanan.

Menyedari keluhan peniaga terlibat, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) kini giat menjalankan operasi pembersihan memburu peniaga haram terbabit.

Menurut Ketua Bahagian Pengurusan Pasar MBAS, Azizan Mohd. Zin, sejak Januari lepas, 15 peniaga haram di kawasan itu berjaya dikesan dan dikenakan kompaun.

“Penguatkuasaan ini dilaksanakan di bawah Undang-Undang Kecil Pasar/Sehari demi membela nasib peniaga di pasar tersebut.

“Apatah lagi peniaga-peniaga tanpa lesen ini dikatakan menggugat pendapatan peniaga di situ kerana mereka sengaja menjual barang pada harga lebih rendah kerana tidak menanggung kos lain,” katanya pada majlis gotong royong bersama peniaga di pasar besar tersebut di sini hari ini.

Perasmian majlis itu yang dihadiri oleh lebih 100 peserta termasuk peniaga, kakitangan MBAS dan pekerja syarikat menguruskan sisa pepejal, E-Idaman Sdn. Bhd. itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan, Mohd. Nasir Mustafa.

Menurut Azizan lagi, MBAS akan giat menjalankan operasi tersebut dari semasa ke semasa dalam usaha mengesan peniaga tanpa lesen ini.

“Ia sebagai bertindak adil kepada peniaga yang mempunyai lesen dan hasil operasi sebelum ini Pasar Besar Alor Setar ini sudah bebas daripada peniaga haram jadi kita akan giat melaksanakan operasi ini lagi,” katanya.

Menyentuh tentang program tersebut kata Azizan, ia dijalankan sebagai memupuk semangat cintakan kebersihan di kawasan berkenaan.

“Acara seperti ini akan diperluaskan ke kawasan lain iaitu yang menjadi tumpuan orang ramai seperti pasar besar ini demi memberi keselesaan kepada pelanggan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Nasir turut menegur sikap peniaga yang mengabaikan kebersihan memandangkan ia amat penting demi menjaga persekitaran.

“Usaha menjaga kebersihan ini harus digembleng bersama oleh semua warga pasar ini jangan cuma memikirkan untuk menjual barang sahaja kerana apabila pasar kita bersih ia akan terus menjadi tumpuan orang ramai,” kata beliau.

Blogger - Elehhhh bebas bersuara bila sokong "hangpa" boleh laa..!!!

Blogger bukti rakyat bebas bersuara


IBRAHIM (duduk empat dari kanan), Chamil (tiga dari kanan) dan Firdaus (lima dari kanan) bergambar bersama para peserta pada majlis penutup program Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Kewujudan lebih dua juta blogger di negara ini membuktikan kerajaan mengamalkan kebebasan bersuara sekaligus menolak tanggapan sesetengah pihak yang cuba mempertikaikan hakikat itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Penerangan, Ibrahim Abdul Rahman berkata, blog yang dikenali sebagai media baru itu membolehkan rakyat melontarkan pandangan dan kritikan terhadap sesuatu isu.

"Sebelum ini, ramai yang mempersoalkan kerajaan tidak mengamalkan kebebasan bersuara (media). Jumlah blogger yang semakin ramai kini membuktikan kerajaan memberi ruang kepada masyarakat untuk melontarkan pendapat masing-masing.

"Saya lihat blog di negara ini memiliki acuan tersendiri dan ia berbeza dengan amalan negara lain kerana media kita mengikut lunas perlembagaan dan perundangan," katanya.

Jangan biar tanah kosong

PENDANG – Lembaga Pertanian Muda (Mada) menyarankan supaya peladang mengambil langkah menanam pokok mempelam di kawasan tanah mereka yang berada dalam perkhidmatan Mada jika tanah mereka tidak sesuai untuk tanaman padi.

Pegawai Hal ehwal Ekonomi Seksyen Tanaman Komersial Ibu Pejabat Mada Alor Setar, Hamzah Din berkata, mana-mana peladang yang mempunyai tanah terbiar disarankan menanam pokok mempelam memandangkan ia dapat menjana pendapatan lumayan.

Menurutnya, peladang yang merasakan tanah mereka tidak sesuai untuk tanaman padi dipelawa menghadiri kursus kelompok bawah program perpindahan teknologi dengan membuat lawatan dan latihan untuk mengendalikan tanaman mempelam.

“Pada masa kini seramai 979 peladang menyertai program ini dalam wilayah masing-masing iaitu wilayah I (Perlis) sebanyak 178 peserta, wilayah II (Jitra) sebanyak 442 peserta, Wilayah III (Pendang) sebanyak 76 peserta dan wilayah IV (Kota Sarang semut) sebanyak 283 peserta.

“Keseluruhan kawasan kelompok mempelam adalah 209.12 hektar dan masing-masing peladang mengusahakan secara individu melalui kelompok ini memperoleh hampir RM8,000 semusim,” katanya kepada Sinar Harian ketika membuat lawatan ke Ladang Mempelam Tobiar, semalam.

Hamzah berkata, beliau yakin tanaman itu dapat menjana pendapatan para peladang kerana mengikut rekod sebanyak 300 peladang yang mengusahakan tanaman mempelam ini memperoleh sumber pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan.

“Tanaman mempelam ini adalah tanaman kedua selain tanaman padi dan saya berharap peladang tidak terus membiarkan tanah mereka bawah perkhidmatan Mada dibiarkan begitu sahaja.

“Peladang yang mengusahakan tanaman mempelam ini tidak perlu bimbang dan risau mengenai pasaran kerana jika mereka gagal memperoleh pasaran, pihak Mada akan membeli kembali buah mereka dengan harga RM2 sekilo,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, ada juga pengusaha tanaman itu yang tidak menjadi ikutan mereka dengan tidak mengikut langkah dan jadual yang ditetapkan Mada.

Katanya, beliau berharap peladang mengambil peluang ini memandangkan Mada mensasarkan sebanyak 5,000 benih pokok yang bakal diedarkan pada tahun ini memandangkan pada tahun lalu permintaan terhadap anak benih pokok ini melebihi sasaran kepada 650 pokok.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...