TERKINI :

Monday, March 14, 2011

RAKYAT SEMAKIN MATANG: DAH TIGA TAHUN ‘KEDAH SEJAHTERA’

kedah_3_tahun.jpgRakyat Negeri Kedah Darulaman sedang berada melewati tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat yang ber’Menteri Besar’kan pemimpin daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS). 50 tahun Kerajaan Negeri Kedah dipimpin oleh Perikatan kemudiannya Barisan Nasional yang diterajui oleh Pekembar ataupun UMNO.

Saya ingat, perlu ada beberapa catatan untuk menunjukkan ada beberapa perubahan dan anjakan paradigm rakyat negeri Kedah yang jumlahnya sudah mencecah 1.9 juta. Saya gembira untuk berkongsi pengalaman demokrasi dan cita-cita saya untuk melihat perubahan berlaku baik secara politik, ekonomi, pendidikan, sosial, dan lain-lain sekitar saya dan seputar negeri saya.gambar_malam.jpg

ORDE LAMA DAN PERUBAHAN

1.Sepanjang sejarah Negeri Jelapang Padi ini, dipasakkan di dalam pemikiran rakyat bahawa hanya Barisan Nasional sahaja mempunyai kemampuan untuk memerintah Kedah dan Negara. Satu khurafat dan takhayyul yang memundurkan. Sihir dan mentera ini berlangsung dan diimani begitu lama. Segala seruan ke arah perubahan berjaya ditepis dan BN terus memerintah.Pakatan Rakyat dating dan memberi harapan baru kepada perjalanan demokrasi negara.

2. Keadaan was-was berlegar dan disebar di kalangan rakyat adakah kerajaan baru boleh berkhidmat dan bertahan. Beberapa dongeng beredar di kalangan masyarakat bahawa kerajaan akan tumbang dalam masa beberapa bulan. Dah tiga tahun dah. Rakyat pun dah boleh fikir.

3.
Pemikiran dan pandangan yang dibawa oleh BN dan UMNO banhawa pembangkang tidak betul dan hanya pandai membangkang sudah mula sirna. Peranan pembangkang sebagai check and balance kepada sistem demokrasi mula difahami. Era “I know everything” dan “I always right” sudah berakhir.

4.Ratib umno dan BN yang mendakwa pembangkang hanya PAS dan lain-lain parti sekarang sudah berbalik kepada diri sendiri. UMNO dan BN yang diajar oleh rakyat dalam PRU sedar pengertian menjadi pembangkang di dalam sistem demokrasi. Walaupun kadang-kadang BN dan UMNO masih merasa diri merasa kerajaan. Berlagak dan tak sedar diri masih mengusai BN dan UMNO; pemimpin dan ahlinya.

5.
Rakyat mula sedar bagaimana pembangkang yang selalu didiskriminasi tanpa sebarang peruntukan untuk membangunkan negara. Ahli Parlimen pembangkang atau ADUN yang selama ini menang dalam pilihanraya tetapi partinya kalah di peringkat negeri atau persekutuan biasanya tidak mempunyai sumber kewangan untuk melaksanakan projek atau apa-apa program kecuali melalui gaji atau usaha sendiri.

gambar_siang.jpg6. Rakyat sudah mula menyedari peranan agensi-agensi kerajaan yang selama ini peranannya diambil alih oleh ahli politik. Manakala ahli politik termasuk Ahli Parlimen dan ADUN yang peranan dan tanggungjawab mereka lebih besar dalam membahas dasar-dasar negara tidak dilaksanakan. YB-YB menjadi welfare officer, manakala pegawai kerajaan menjadi pegawai kepada ahli politik.

7.
Sistem kehakiman yang sepatutnya tempat menegakkan keadilan kepada semua sudah mula difahami oleh rakyat bahawa selama ini mempunyai kaitan yang amat rapat dengan elit politik. Pemisahan kuasa yang menjadi konsep besar sistem demokrasi di Malaysia mula mengambil peranannya.

8. Rakyat mula sedar bagaimana setiap sen yang mereka belanjakan atau mereka membayar setiap sen cukai kepada negara adalah hak mereka sendiri dan perlu dipulangkan kepada mereka. Pemikiran bahawa semua duit atau pembangunan yang berlaku adalah dari BN atau Umno sudah tidak relevan. Slogan bahawa “BN Menang , Kedah Senang” adalah slogan sampah.

9. Billboard yang tertulis seperti “Projek Kerajaan oleh Barisan Nasional”, “ baja subsidi Kerajaan Barisan Nasional” sudah mula difahami dan di’gelak’kan oleh oleh rakyat.

10.
Rakyat sudah mula fahami makna pembangunan bukan sekadar membina bangunan. Bangunan boleh dibina termasuk oleh Komunis dan Kapitalis. Pembangunan lestari, pembangunan insan; roh, mental, fizikal mula berkumandang.

11. Kejayaan Kerajaan baru yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat di Kedah seumpama membina institusi pengajian tinggi, peruntukan kepada sekolah-sekolah, petuntukan kepada belia termasuk membina pusat belia Kedah, peruntukan kepada setiap kaum, proses men”sifar”kan rasuah, proses membebaskan KCS dari belenggu politik. Bagi sarjana ia adalah merupakan satu kejayaan dan perubahan yang sangat besar. Hasil kebangkitan rakyat.

12. Kejayaan menambahkan pendapatan daripada sumber asli negeri, balak, batuan, sumbangan dan GLC yang diakui oleh Ketua Audit Negara membuka mata rakyat dan pengkaji politik. Ia juga menimbulkan tandatanya kepada ahli-ahli UMNO sendiri disebabkan sumber dan keluasan yang sama namun hasilnya amat minimum.

13. Kegagalan projek seumpama Marina Harbour, Pusat Akuatik, Lapang Sasar dan lain-lain projek kerajaan negeri mula diperkatakan rakyat. Pembelian temasuk pen untuk hadiah dengan harga yang tidak munasabah oleh Menteri Besar, pembayaran anak syarikat kerajaan negeri (wang rakyat) kepada UMNO (parti politik) menimbulkan tandatanya besar. Rakyat sudah mula berani persoalkan wang mereka.

14. Projek-projek segera untuk berdepan pilihanraya seumpama membina rumah-rumah rakyat yang kemudiannya membuat tuntutan kepada kertajaan selepas pilihanraya berleluasa sehinggakan mendedahkan kontraktor kepada hutang dan kemungkinan bankruptcy.

15. Kerja-kerja menempah poster untuk pilihanraya yang dibuat melalui anak kerajan negeri seumpama tuntutan yang dibuat terhadap Seri Temin selepas BN dan UMNO kalah selepas pilihanraya terhadap pengurusan baru amat memalukan.

16.
Kegagalan menyiapkan projek-projek kerajaan pusat seperti 8 jambatan Naka-Nami, projek oleh kementerian pendidikan seperti kuarters-kusrters guru, sekolah-sekolah yang tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandaran amat menjijikkkan. Semua ini adalah hasil pendedahan yang berjaya dikemukan kepada rakyat selepas perubahan.

17.
Sistem kerajaan, pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan persekutuan mula difahami oleh rakyat, peranan kerajaan pusat dan negeri, hubungan simbiosis antara keduanya mula difahami oleh awam.

18. Penerusan semua projek kerajaan dahulu kecuali yang membazir memberikan satu persepsi bahawa menukar kerajaan bukanlah seperti menerbalikkan bumi.

19.
Politik pembangunan dan perkauman yang dijaja oleh BN dan parti sekutunya sudah ditunjukkan jalan keluar oleh rakyat. Lagu lama yang cuba diputar kembali itu sudah mula mereputkan mereka.

20. Kematangan rakyat untuk memilih pemimpin dan bebas menentukan kerajaan sendirihubungan antara kaum dan agama yang selama ini selalu diragukan oleh BN dan UMNO dengan penukaran kerajaan sudah mula berakhir. Sikap saling hormat menghormati dan mengiktiraf peranan masing dalam pembangunan negara membuktikan bahawa ada bertukarnya kerajaan hanya seperti kita menukar pengurus pasukan bola.

Dah asyik kalah tukarla pengurus dan jurulatih. Bukannya pi racun pemain sampai mati atau bubarkan pasukan!!!
Apapun perubahan ini adalah sepatutnya kembali kepada rakyat. Rakyat yang matang dan bijak perlu menilai dan membuat pilihan. Rakyat yang bodoh hanya menjadi pak turut. Pengalaman tiga tahun masih terlalu muda untuk membuat penilaian objektif. Kelemahan tetap ada untuk diperbaiki. Rakyat yang bijak akan terus memberi pandangan kedua kepada kerajaan.

Serah Dahulu Laporan Polis Saiful, Baru Bincang Pasal Sample DNA Anwar

Dengan bantuan beberapa pendatang dari seberang yang dijanjikan IC, PERKOSA dan GAPS telah mengadakan demo yang amat besar (sekitar 50 orang) pagi tadi di pejabat PKR. Topik demo mereka adalah mendesak Dato Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sample DNA yang baru.

Bagi Tulang Besi, sebelum bincang pasal sample DNA yang baru, silalah serah dulu salinan Laporan Polis yang asal yang telah dibuat oleh Saiful tempohari.

Berlambak bahan kes yang masih belum diserahkan kepada peguam2 Anwar Ibrahim setakat ni. Serah dulu semua bahan kes yang dipunyai pihak pendakwa, baru kita bincang pasal sample DNA.

Jangan berani cakap je.

Tulang Besi .

Alahai UMNO.. pulon sungguh hangpa dengan bulu ANWAR!!

UMNO MENGIDAM BULU ANWAR


Geli hati apabila melihat demontrasi yang dilakukan Umno di seluruh negara. Pastinya ada arahan yang meminta demontrasi itu diadakan. Siapa yang arah kita sendiri boleh fikir. Dari awal lagi rakyat Malaysia tahu kes ini bermotif politik. Perjalanan kes ini pun walaupun belum menuju ke penamat satu persatu mula terdedah watak dan dalang terlibat di sebalik kes ini.

Cukup hebat laungan dan sorak pemuda dan wanita Umno yang mengidam pada bulu Dato seri Anwar Ibrahim. Mengapa hanya bulu Anwar yang mereka tergila-gilakan? Macam mana dengan dua DNA asing yang turut ada dalam rektum Saiful? Mengapa hanya satu sahaja yang menarik minat pendakwaraya dan juga Umno yang dilabel lelaki Y?Bagaimana dengan dua DNA yang boleh dilabel Lelaki X dan Z? Boleh jadi juga DNA Ezam Md Nor atau DNA Ibrahim Ali atau siapa sahaja yang berkemungkinan?

Umno tahu DNA itu merupakan tali hayat mereka. Tanpa DNA itu mungkin masa depan Umno gelap dan berhadapan risiko kekalahan teruk dalam pilihanraya umum akan datang. Walaupun Anwar masih mempunyai bukti alibi bersama beberapa individu lain pada dakwaan masa kejadian, penolakan bukti DNA merupakan satu tamparan kepada pendawaraya dan Umno dalam kes ini.

Belum pernah dalam sejarah perundangan dan mana-mana mahkamah dunia tertuduh boleh dipaksa menyerahkan bukti DNA. Menjadi tanggungjawab pendakwaraya untuk membuktikan kes ini bukan pihak pembela dan tertuduh. Akta Keterangan yang didakwa oleh pendakwaraya dan pencacai Umno hanya melibatkan memberi sampel cop jari dan tandatangan sahaja dan bukan bukti DNA. Tak tahu lah mungkin kerana desakan dari Umno, mahakamah Malaysia akan sekali lagi memecahkan rekod dunia.

P/S : Bacaan dewasa sahaja...

Nazri Jelas derhaka kepada Tuanku demi mengampu Rosmah

08 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebenarnya dangkal dan cuba menghina Perlembagaan negara berhubung Wanita Pertama Malaysia.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, ini kerana jelas diperuntukkan dalam Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama Malaysia adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Beliau yang juga Ketua Wanita PKR menyatakan demikian sebagai respons kepada jawapan Mohamed Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini berkenaan soalan ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkaitan takrifan wanita pertama dan penyediaan peruntukan berkaitan boleh disifatkan sebagai sekadar play-safe statement, penuh niat putar belit dan berunsur manipulasi terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, jawapan Nazri yang mendakwa bahawa penggunaan gelaran Wanita Pertama hanyalah sebagai kod amalan menunjukkan bahawa beliau sebenarnya dangkal dan cuba menghina Perlembagaan negara.

Menurutnya, Perkara 32 (2) berbunyi, "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

“Jika benar penggunaan gelaran Wanita Pertama hanyalah sebuah kod amalan seperti yang didakwa, maka saya pasti bahawa isteri Perdana Menteri juga tertakluk dibawah Kod Protokol yang ditetapkan Jabatan Perdana Menteri, dengan mengambil kira beliau hanya sebagai seorang pegawai kakitangan buat Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Namun, jika demikian, soalnya bagaimanakah sejumlah peruntukan sebanyak RM4.5 juta boleh diluluskan buat seorang ‘'kakitangan' untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama.

Beliau juga mempersoalkan bagaimanakah seorang ‘'kakitangan' biasa boleh diberikan peruntukan untuk melancong ke seluruh dunia.

“Apakah seorang ‘kakitangan’ juga dibenarkan berkempen dan membuat pelbagai janji secara melampau dengan menggunakan wang kerajaan sewaktu pilihan raya, yang sehingga kini satu pun tidak tertunai?

“Adakah wujud pula Kod Protokol istimewa dan khas, yang hanya terpakai untuk Isteri Perdana Menteri?” soalnya.

Maka, beliau menggesa agar Mohamed Nazri agar berani untuk segera menjawab dengan jujur, berpaksikan fakta dan realiti yang tepat bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar bebas daripada tekanan mana-mana pihak dalam menjalankan tugasnya.Harakahdaily/-

Berjuang Untuk Kalah?

“Pilihanraya bukan kerja utama kita. Kita ada banyak kerja yang perlu dibuat. Walau pun kalah, teruskan bekerja.”

“Tidak mengapa, walau pun kita kalah pilihanraya pun, kita tetap menang dalam perjuangan.”

“Kita bukan kalah, cuma tidak menang sahaja.”

“Walau pun kita kalah pilihanraya, sebenarnya kita berpeluang untuk berdakwah apabila menyertai pilihanraya.”

“Pilihanraya bukan matlamat kita. Kita mempunyai matlamat yang lebih besar.”

“Kita rela kalah walau pun 100 tahun lagi asalkan kita terus berjuang Islam.”

“Biarkan BN menang, kerana kemenangan mereka adalah kemenangan yang kotor. Penuh dengan tipu daya. Kemenangan itu tidak diredhai Allah.”

“Kita mesti perkukuhkan jamaah kita untuk perjuangan Islam. Kekalahan dalam pilihanraya bukan bermakna kekalahan dalam perjuangan.”

“Biarkan kita kalah, perjuangan kita adalah perjuangan yang benar. Kita mulia di sisi Allah dengan perjuangan ini.”

“Islam bukan tertegak dengan pilhanraya sahaja, Islam boleh tertegak dengan bermacam-macam cara.”

“Kita masuk pilihanraya untuk mendapat keredhaan Allah, biarlah kita kalah asalkan kita mendapat keredhaan Allah.”

“Wang ringgit kita, titik peluh kita, tenaga kita, semuanya adalah untuk Islam. Walau pun kita kalah, Allah tidak akan mensesiakan semua pengorbanan itu.”

* * * * * * * * * * *

Ucapan di atas memang membolehkan bulu roma orang PAS meremang. Apatah lagi jika diucapkan oleh pemidato handalan dengan sistem pembesar suara yang hebat. Pasti akan ada yang bertakbir. Lebih-lebih lagi jika ditambah dengan ungkapan ini:

* * * * * * * * * * *

“Perjuangan kita adalah perjuangan yang panjang, diwarisi daripada para nabi dan rasul. Kita rela berjuang walau pun seribu tahun lagi. Pilihanraya bukan segala-galanya. Kita rela kalah walau pun seribu kali lagi kerana perjuangan kita adalah perjuangan kebenaran, perjuangan Islam.”

“Apa guna menang, apa guna berjaya, jika perjuangan kita kerana dunia semata-mata. Biarlah kalah asalkan kita terus bersama Islam.”

“Kita rela syahid di medan perjuangan ini, kita rela terkorban, darah kita adalah bayarannya. Kekalahan dalam pilihanraya tidak akan menjadikan kita mundur, undur daripada perjuangan suci ini.”[http://sauhdibongkar.blogspot.com]

Sam, nama dan jasa kamu besar untuk BloggersNetwork Perak !

Al-Fatihah !

Tidaklah aku mengenal rapat sangat dengan Sam Ahmad (berbaju hitam berdiri tepi tiang kiri-foto bawah). Arwah juga khabarnya dari kumpulan 'Bangsar' tempat geng-geng Institut Kajian Dasar (bawah Khalid Jaafar) dan Universiti Bangsar Utama (UBU) dipelopori Hishamuddin Rais.

Kali pertama bertemu di markas Blogger Pakatan Rakyat - Perak Network diterajui Mat Saman Kati sewaktu PRK Bukit Gantang.

Mereka menjadikan sebuah rumah sebagai pusat operasi blogger yang melaporkan dari semasa ke semasa PRK Bukit Gantang. Ia menjadi sejarah kegemilangan blogger2 masa itu kerana liputan mereka cukup cepat dan tepat.



Sam ada di situ. Bersama blogger Topeng Perak (Perisik Rakyat), Albanjari, Mamamat, Sya Reformis (kini ketua srikandi PKR), UmmiHani, DugongDarat dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama). Aku sekeluarga datang bersama Mat Comot dan Pyanhabib.

Sam Ahmad tak banyak cakap tapi dia buat kerja-kerja penulisan, editing dan mengemaskini. Blog/website Mat saman Kati hidup di bawah air tangan Sam. Ya! Sam adalah OKU tapi pemikirannya OTU (Orang Terlebih Upaya). Dia tak banyak bercakap dengan aku cuma sekadar tersenyum dan bertanyakan tentang kawan-kawan di Bangsar saja.

"Seganlah, saya kecil saja. Abang nama besar." katanya. Sewaktu kami menganjurkan Malam Seni Rakyat di Kajang, Sam hadir bersama Blogger Network Perak . Dan sebagai pengacara, aku telah umumkan beberapa nama kawan-kawan yang hadir kecuali beberapa nama termasuk namanya. Aku khuatir Sam dan beberapa nama lain akan 'susah'. Benar! Selepas persembahan, aku ditanya SB siapa yang hadir. Aku tak sebut nama Sam. Bukan aku terlupa menyebut.

Baru-baru ini, entah kenapa sempat Sam chat dengan Sham di facebook bertanyakan khabar kami. Mungkin dia berasa itu 'sentuhan terakhir' dia untuk kami. Wallahua'lam.

Sam,
kamu lahir dan kamu kembali dengan nama yang cukup besar. Di jalan sejarah reformasi, kamu WUJUD! Sejarah takkan berbohong dan segala kerja-kerja kamu kini 'kekal' di alam siber dan akan ditonton generasi akan datang. Usia muda kamu telah kamu penuhi dengan jasa yang tak ternilai. Kamulah yang bernama besar. Al Fatihah! (tampalan dipetik dari blog Kulop Sakah)

Fitnah 2: Maklumat Bocor,Pejabat Peguam Negara Hina Mahkamah

By Anwar Ibrahim

Dari Keadilan Daily

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini akan mendengar dua permohonan pendakwa raya – semakan semula keputusan bicara dalam perbicaraan dan permohonan untuk mengarahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi sampel profail DNA.

Permohonan itu akan dibuat Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden mengikut Seksyen 73 dan 165 Akta Bukti 1950.

Jumaat lalu, peguam bela membantah permintaan pendakwa raya dan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah yang kemudian menetapkan hari ini untuk mendengar hujah kedua-dua pihak.

Selasa lalu, Zabidin menolak tiga bukti yang diperoleh secara tipu – botol air mineral ‘Cactus’, tuala muka ‘Good Morning’, dan berus gigi – untuk dikemukakan sebagai bukti kerana ia diambil secara tipu helah sewaktu Anwar ditahan secara tidak sah.

Pendakwa raya akan memulakan hujah mereka diikuti hujah balas daripada Karpal Singh.

Berikut adalah laporan langsung dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur:

8.45 am – Galeri awam masih banyak ruang kosong.

8.51 am – DSP Jude Pereira kelihatan berdiri berhampiran pintu bilik saksi dan melihat-lihat galeri awam.

8.56 am – Anwar tiba di mahkamah bersama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

9.19am: Mahkamah mula bersidang.

9.24am: Karpal Singh mahu mahkamah membuat keputusan terlebih dahulu terhadap individu yang mengadakan demontrasi mendesak Anwar menyerahkan DNA-nya kepada mahkamah kerana perbuatan itu adalah satu penghinaan kepada mahkamah.

“Ia merupakan satu intimidasi terhadap Yang Arif untuk memerintahkan Anwar membekalkan DNA beliau,” kata Karpal.

Karpal juga mahu mahkamah mengambil tindakan terhadap permohonan penuh pendakwa yang dibocorkan di laman Malaysia-Today dan turut dilaporkan dalam akhbar News Straits Times hari ini.

9.29 am – Zabidin memanggil Karpal dan Yusof berbincang di bilik beliau. Mahkamah ditangguh sebentar.

9.47 am: Mahkamah bersidang semula. Hakim Zabidin mengingatkan kedua-dua pihak agar tidak melakukan sebarang perkara yang boleh merencatkan perjalanan perbicaraan yang sedang berlangsung.

10.13 am: Peguam Anwar, Marissa Regina Fernando tiba di mahkamah. Dalam pembentangannya, Yusuf berkata tanpa mengambil kira sama ada penahanan Anwar sah atau tidak, penahanan beliau dilakukan berdasarkan waran tangkap.

“Sama ada beliau dibawa (ke lokap) secara sah atau tidak, tangkapan dibuat berdasarkan waran tangkap. Anwar dilokap lanjutan daripada penahanan beliau,” tambah Yusof lagi.

10.30am: Karpal mencelah pembentangan Yusof dan menyatakan beliau meleret dalam pembentangannya dan perkara yang dibentangkan juga sudah disentuh sebelum ini.

10.43am: Semua kerusi di galeri awam mahkamah penuh. Sebahagian hadirin kelihatan mengantuk begitu juga dengan Hakim Zabidin.

10.52am: Mahkamah ditangguhkan seketika.

11.28am: Mahkamah bersambung. Yusof membentangkan hujah bagi permohonan kedua iaitu mendapatkan sampel profail DNA Anwar.

12.07am: “Kami meminta mahkamah mempertimbang permohonan ini untuk membenarkan kami mengarahkan tertuduh memberikan sampel DNAnya,” kata Yusof.

12.09am: Karpal berkata permohonan sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini dan beliau meminta masa sehingga esok untuk menyediakan hujah balas. Yusof tiada bantahan dan mahkamah dan Hakim Zabidin menangguhkan mahkamah.

Mahkamah akan bersidang semula jam 9 pagi esok.

Kesan kekuatan twitter dan facebok - Pimpinan PR Kedah apa cerita..???

Kesan kekuatan twitter dan facebok


Akhbar Berita Minggu hari ini mencetuskan kontroversi apabila ia menyiarkan sebuah kartun mengenai kejadian tsunami di Jepun yang meragut nyawa ribuan rakyatnya.

Kartun lukisan Zoy yang disiarkan di muka dalam Berita Minggu - edisi hari Ahad Berita Harian - memaparkan superhero popular Jepun - Ultraman - lari lintang pukang dari ombak tsunami yang besar.

Berikutan itu, ramai rakyat Malaysia telah menyuarakan rasa kesal dan kemarahan mereka - melalui lamanweb sosial dan Twitter - terhadap Berita Minggu, malah ada yang menggesa supaya memboikot akhbar tersebut.

Satu laman petisyen online turut diwujudkan untuk membantah kartun tersebut, dan dalam beberapa jam sahaja, telah mengumpul 571 tandatangan. Beberapa ahli politik dari kedua belah pihak turut mengecam kartun yang menurut mereka sebagai tidak sensitif. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dalam Twitter, menulis bahawa BH perlu memohon maaf kerana menyiarkan kartun tersebut yang menurutnya tidak sensitif langsung terhadap apa yang menimpa rakyat Jepun.
Ahli parlimen Lembah Pantai yang juga naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut membidas penyiaran kartun itu yang disifatkannya sebagai tidak wajar dan tidak mewakili rakyat Malaysia yang begitu bersimpati dengan tragedi yang melanda rakyat Jepun.

Sementara itu, Berita Harian dalam satu kenyataan, memohon maaf atas rasa kurang senang yang timbul berikutan penerbitan ilustrasi tersebut. "Pelukis ilustrasi kami turut meminta maaf atas lakaran yang menimbulkan kontroversi," tambahnya. Pengarang kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid turut menulis dalam Twitter, memohon maaf di atas penyiaran kartun tersebut.

Berikut adalah kenyataan penuh Berita Harian: Merujuk kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu semalam, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu. Malah kami juga tidak bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memburukkan keadaan di negara berkenaan.

Kami mendapat banyak reaksi daripada pembaca berhubung ilustrasi itu menerusi laman sosial dan panggilan telefon daripada orang ramai yang prihatin mengenai nasib rakyat Jepun. Kami sensitif dengan tragedi yang menimpa rakyat Jepun, malah turut melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima untuk menggalakkan masyarakat menyumbang bagi meringankan beban mangsa bencana.

Kami turut menghantar wartawan ke tempat kejadian bagi membolehkan mereka melaporkan situasi sebenar tragedi. Kami berasa sedih dengan kesengsaraan rakyat Jepun yang kehilangan anggota keluarga dan harta benda. Pelukis ilustrasi kami turut meminta maaf atas lakaran yang menimbulkan kontroversi. Kami amat simpati dengan kejadian terbabit dan sekali lagi memohon maaf atas rasa kurang senang yang timbul berikutan penerbitan ilustrasi itu. 

Sharpshooter - Inilah kekuatan dan kesan twitter dan facebook yang menyebabkan tumbangnya kerajaan Mesir. Kesannya twitter dan facebook juga menyebabkan TV3 mohon maaf di atas tersiarnya iklan hari raya kontroversi.

Kepantasan twitter dan facebook jugalah seluruh dunia dapat melihat dan mengetahui peristiwa tsunami yang berlaku di Jepun. Terasa amat ketinggalan sekiranya kita tidak mempunyai twitter dan facebook. Akhirnya Berita Hairan terpaksa mohon maaf.

Kerajaan dan pembangkang perlu peka dengan kekuatan twitter dan facebok. Sebenarnya masih ada lagi wakil rakyat baik pihak kerajaan mahupun pembangkang yang tidak tahu menggunakan facebook dan twitter termasuk di P. Pinang. Masa untuk berubah...anda mampu melakukannya...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

admin kedahlanie : kedah pon apa kurangnnya... cuma berapa kerat ja yg ada fb & twitter nie...

Pelakon Porno mahu Jumpa Nik Aziz

Awas Anjing Garang Umno sudah dilepaskan

Khabarnya, Chua Soi Lek mahu bertemu dengan TGNA bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu.

"Kita tidak berminat untuk berdebat dengan sesiapapun... Kita cuma mahu faham, kenapa selepas 20 tahun barulah (langkah pengharaman) dikuatkuasakan," kata Chua dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu petang ini.

Tambahnya, parti itu juga mahu menegaskan kepada Nik Abdul Aziz bahawa MCA tidak menggalakkan masyarakat untuk berjudi.

"Judi bukan satu budaya orang Cina... Tapi ini adalah soal kebebasan untuk memilih seperti yang terkandung dalam perlembagaan.

"Kita tidak akan terima nilai yang dikenakan ke atas kita oleh agama lain," katanya lagi di sini

Bukan main garang lagi salakan anjing itu!Umno, tuan si tuan anjing yang sedang menyalak kuat ini tentu gembira dengan perkhabaran tersebut. Semua orang tahu Umno adalah bapa judi di Malaysia ini. Umnolah yang menggalakan pertumbuhan judi hingga ramai rakyat Malaysia kini menjadi kaki taik judi, walaupun judi bukan satu budaya orang-orang Malaysia.

Chua Soi Lek walaupun mengakui judi bukan satu budaya orang Cina , namun tindakan beliau dengan alasan demi kebebasan untuk memilih seperti yang terkandung dalam perlembagaan, menggambarkan kepada kita bahawa beliau mahu menggalakan judi menjadi kebudayaan masyarakat Cina.

Soi Lek mendakwa kononnya MCA tidak menggalakan masyarakat untuk berjudi, tetapi apa buktinya?Apakah langkah-langkah yang telah dilakukan oleh MCA bagi mengekang pertumbuhan judi di Malaysia selama ini? Sebaliknya MCA sangat gembira dengan pertumbuhan judi yang semakin pesat pertumbuhannya kerana mendapat restu dari UMNO, bapa judi di Malaysia.

Mana dia Perkasa dan NGO-NGO Melayu lain? Apa ceritanya Ibrahim Ali? Pasal apa mereka ini membisu dalam isu judi di Kelantan?

Umno tidak mahu menggunakan anjing-anjing Melayu ini dalam isu judi sebab itu anjing-anjing ini tidak berani menyalak.Umno sedang gunakan anjing-anjing Cinanya yang begitu taat kepadanya.Umno lebih suka menggunakan anjing-anjing Melayu ini bagi berdepan dengan isu-isu di Pulau Pinang dan Selangor sahaja.[http://alhusseyn51.blogspot.com]

Malaysia setuju nak buat loji nuklear macam Jepun yang kena tsunami tuu..!!

Agensi Nukler Malaysia beri penjelasan impak letupan
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0313/Kosmo/Negara/ne_01.1.jpg KUALA LUMPUR - Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, agensi nuklear di Jabatan Perdana Menteri, Malaysia Nuclear Power Corporation, akan memberikan penjelasan mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di
Jepun.

Beliau berkata, rakyat perlu menunggu penjelasan itu dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kemungkinan radiasi akibat letupan itu akan merebak ke negara lain.

"Saya yakin agensi ini akan berikan penjelasan yang cukup dan jelas tentang apa yang berlaku di negara itu. Bukan sahaja kerajaan Jepun yang ambil perhatian, malah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa setiap hari perhatikan apa yang berlaku di Jepun kerana ini adalah soal besar.

"Bukan sahaja di Jepun, tetapi di rantau Asia juga, China yang terdekat, Rusia dan Amerika Syarikat...semua hendak tahu apa yang berlaku di Jepun, kita tunggulah, jangan buat spekulasi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Komuniti Hijau 2011 di Taman Tasik Titiwangsa di sini hari ini.

Selepas dilanda gempa bumi dan tsunami terburuk pada Jumaat lalu yang dilaporkan mengorbankan kira-kira 1,300 orang, keadaan di Jepun semakin buruk apabila loji nuklear Tokyo Electric Power Co’s (TEPCO) Fukushima Daiichi meletup pada Sabtu.-Bernama

UMNO mengaku bantuan yg di bagi pie kot lain...

JKKKP diminta elak ketirisan bantuan kerajaan


BUKIT MERTAJAM 13 Mac - Kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) diingatkan supaya membuat penelitian sebaiknya bagi memastikan program bantuan Kerajaan Pusat disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak menerimanya.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata, JKKKP memainkan peranan sangat penting untuk mengenal pasti golongan yang wajar diberi bantuan dari semasa ke semasa.

Ini kerana katanya, sistem penyampaian kepada masyarakat perlu diselaras dengan baik dan mengelakkan timbul sebarang masalah di kalangan masyarakat sendiri.

"Kita tak mahu ada rungutan atau cakap-cakap belakang sekiranya JKKKP gagal menyalurkan bantuan kerajaan kepada pihak sepatutnya seperti bantuan perumahan atau pertanian.

"JKKKP kena belajar dari kesilapan sebelum ini misalnya ada penerima yang ada kemampuan tetapi tiba-tiba dapat bantuan rumah," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan kecil pertanian oleh Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) di Permatang Pauh kelmarin.

Turut hadir Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang negeri, Rosli Hanar Mansor dan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Kampung Pelet, Mohd. Hakimi Mohd. Arif.

Tambahnya, amanah yang dipegang oleh JKKKP itu perlu ditunaikan sebaiknya agar tidak dipersoalkan oleh masyarakat.

Dalam pada itu, sebanyak 19 petani sekitar kawasan ini menerima bantuan sebanyak RM5,260 setiap seorang membabitkan peruntukan keseluruhan bernilai RM100,000 yang disalurkan MPPP.

Antara projek pertanian tersebut termasuklah ternakan ayam piru, lembu, rusa, puyu Siam dan ikan keli, tanaman tebu, pisang berangan dan limau kasturi serta memproses makanan sejuk beku, roti serta kuih tradisional.

Abdul Jalil yang juga Pengerusi MPPP Permatang Pauh turut mengingatkan penerima agar menggunakan peruntukan yang diberi untuk memajukan projek mereka dan sentiasa mencari peluang pasaran baru bagi meningkatkan taraf ekonomi.

"Kita galakkan peserta mencari projek-projek baru yang mampu berdaya saing serta memberi pulangan lumayan kepada mereka," katanya.

"Pada masa sama MPPP akan memantau prestasi projek setiap peserta melalui borang pemantauan dan laporan prestasi setiap peserta," katanya.[Utusan Malaysia]

Pembangunan: Shahrizat masih mainkan lagu lama

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di dalam Malaysiakini mengenai isu pembangunan di kawasan-kawasan Parlimen dan Dun yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat amat melucukan.

Bagi Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, kenyataan Shahrizat itu masih lagi memainkan lagu lama pembangunan sedangkan rakyat kini terutamanya di bandar-bandar dan pinggir-pinggir bandar telah maju mendepani alam siber.

“Senario yang digambarkan beliau seolah-olah rakyat di Kepong di mana BN telah ditolak oleh rakyat berada di sebuah republik yang tidak ada kaitan dengan Persekutuan Malaysia.

“Katanya rakyat di kawasan-kawasan tersebut perlu diberi kesedaran bahawa BN sajalah yang membawa pembangunan,” ujarnya.

Shahrizat mengutarakan kenyataan tersebut selepas menghadiri Karnival Jalinan Rakyat yang dianjurkan oleh Wanita BN Kepong di Putrajaya kelmarin.

Menurut Nuridah, ketua wanita Umno itu lupa bagaimana pula dengan pembangunan di Kerdau yang dikuasai BN sejak lebih 50 tahun terutamanya pekan Kerdau yang terpinggir dan dilihat masih berada di dalam “zaman Jepun” pada era sebelum merdeka.

Beliau berkata, sebenarnya adalah semestinya menjadi satu tanggungjawab kepada mana-mana kerajaan pusat yang memerintah menjalankan program-program pembangunan kepada semua rakyat di mana jua mereka berada termasuk di kawasan-kawasan pembangkang mengikut keperluannya.

Juga, katanya pembangunan telah dan sedang rancak dijalankan oleh pemaju-pemaju swasta di mana-mana kawasan yang berpotensi termasuk di kawasan pembangkang.

“Sesungguhnya dari kenyataan Shahrizat itu kita dapat gambaran sikap dan tindak-tanduk para pemimpin tertinggi BN yang menolak semangat demokrasi dan sistem federalisme yang diamalkan di Malaysia serta tidak menghormati hak rakyat memilih pemimpin yang mereka sokong,” katanya.

Beliau menambah, sikap angkuh seolah-olah hanya BN juara pembangunan itu amatlah menjelekkan juga menjelaskan lagi bahawa slogan-slogan ingin berubah, BN boleh berubah dan transformasi ekonomi hanyalah sandiwara dan retorik, manipulasi politik BN dalam usaha-usaha mengekalkan kuasa dan survival mereka.

“Kenapa beliau perlu mengungkit hal sedemikian? Kenapa perlu diselitkan agenda menakut-nakut rakyat? Bukankah hal itu memang menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan yang memerintah?

“Tidakkah kebajikan rakyat antara tanggungjawab yang mesti ditunaikan oleh kerajaan Persekutuan pada sistem ala federalisme yang di amalkan di Malaysia?” soalnya.

Beliau mempersoalkan kenapa Shahrizat mesti bersungut atau terkilan apabila rakyat memilih Pakatan Rakyat untuk menyuarakan pandangan dan keperluan mereka di Parlimen atau salahkah rakyat tidak memilih BN.

Jika begitu, tambahnya beliau apa gunanya diwujudkan gabungan pelbagai parti yang didominasikan oleh Umno dalam BN.

“Apakah beliau tidak menjiwai semangat ‘rakyat didahulukan’ yang dilaung-laungkan oleh pemimpin BN?” tanya beliau lagi.

Justeru itu, kata Nuridah biarlah rakyat diberikan kebebasan yang adil dalam memilih dan menentukan pemimpin yang benar-benar dapat membawa suara mereka di sidang Parlimen.

Ini, katanya bukan kroni-kroni BN tukang angguk dan mengampu pemimpin mereka.

“Akhirnya kita dapat lihat juga bahawa dari kenyataan tersebut terselit rasa takut pemimpin BN ditolak oleh rakyat pada PRU ke 13 akan datang,” ujarnya lagi.

Tegasnya, Pakatan Rakyat akan terus berusaha mengajak rakyat merubah nasib mereka kepada era yang lebih gemilang.

“Rakyat perlu berani berubah seperti apa yang telah ditunjukkan oleh rakyat Tunisia, Mesir dan negara-negara Timur Tengah kini. Ubah sekarang, selamatkan Malaysia,” katanya.

Sapa Kata Nuklear Bahaya Malaysia kata OK jaa.. Itu pasai dia setuju nak buat..!!

Jepun semakin bahaya


ANGGOTA penyelamat memakai pakaian perlindungan radiasi ketika melakukan kerja-kerja 
menyelamat di bandar Nihonmatsu, Fukushima, Jepun semalam.


KUALA LUMPUR – Masyarakat antarabangsa termasuk rakyat Malaysia di Jepun kini bimbang satu lagi letupan dalam bangunan yang menempatkan reaktor No.3 di loji nuklear Fukushima Daiichi-I mungkin berlaku.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano yang berkata, reaktor ketiga itu mempunyai gas hidrogen yang berpotensi menyebabkan letupan.

Kelmarin penduduk Jepun dikejutkan oleh letupan unit reaktor No. 1 di loji yang sama, sehari selepas bencana gempa bumi dan tsunami melanda Jepun.

Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan meluas masyarakat antarabangsa bahawa tragedi letupan loji nuklear di Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986 yang mengorbankan lebih 9,000 nyawa manusia bakal berulang.

Puak "HARAM JADAH" telah pancit lebih 40 tayar kereta di malam ceramah Kedah Sejahtera

Lebih 40 buah kereta dipancitkan malam ceramah Kedah Sejahtera



ALOR SETAR, 13 Mac - Beribu risalah perkauman ditabur di sekitar Stadium Darul Aman dan berpuluh buah kenderaan orang ramai yang hadir mendengar ceramah dipancitkan tayarnya. Begitulah senario malam keempat Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera yang diadakan di sini.

Ceramah Perdana pada malam ini menampilkan Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Abd Khalid Ibrahim dan bekas Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang diadakan di dalam Stadium Darul Aman.

Orang ramai yang mahu pulang sebaik sahaja program ceramah berakhir terkejut apabila mendapati banyak kenderaan yang dipancitkan tayarnya. Sehingga berita ini ditulis sekurang-kurangnya 40 buah kenderaan didapati tayarnya dipancitkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.Kesemua kenderaan tersebut diletakkan di tempat letak kenderaan yang dibenarkan serta tidak menghalang laluan.

Sementara itu Briged Amal dapat mengumpul kesemua risalah politik yang berbaur perkauman sebelum ia sempat teredar secara meluas kepada orang ramai. Antara isi kandungan risalah itu ialah fitnah jahat terhadap parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Menurut Encik Shaharudin Omar dari Pokok Sena, beliau terkejut mendapati dua buah tayar kenderaannya kempis sewaktu menghampiri kereta. "Rupanya sederet empat buah kereta berhampiran saya mengalami nasib yang sama," ujarnya.

Orang ramai percaya peristiwa mempancitkan tayar kenderaan dan penyebaran risalah perkauman adalah angkara pihak yang sama. "Mungkin sambutan hebat rakyat terhadap program Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera telah menggusarkan mereka, sehingga tenggelam punca lalu mengarahkan budak-budak jahat untuk melakukan perbuatan tidak bermoral itu," ujar seorang pengunjung dari Jitra.

Rakyat Malaysia paling tinggi bazir air

http://3.bp.blogspot.com/_qW94r4BgTc8/S5uSgeeMlKI/AAAAAAAACIU/WFGQnNlXTmg/s1600/bazir.jpg
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia antara pengguna yang paling banyak membazir air berbanding negara lain di Asia Tenggara.

M enteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, menurut Kajian Penggunaan Air Domestik, penduduk Malaysia menggunakan purata 226 liter air setiap hari berbanding rakyat Singapura (155 liter) dan Thailand sebanyak 90 liter setiap hari.

Katanya, kadar penggunaan air yang disyorkan untuk setiap penduduk di negara ini ialah 165 liter setiap hari dan penggunaan air semasa oleh setiap individu mencerminkan tabiat pembaziran oleh masyarakat.

"Sekiranya penduduk Malaysia mematuhi kadar penggunaan air yang disyorkan itu, maka pengguna boleh menjimat sehingga 28.2 meter padu setiap isi rumah yang membawa kepada penjimatan RM18.33 sebulan," katanya ketika merasmikan Karnival Komuniti Hijau 2011 di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, hari ini.

Chin berkata, mengikut kajian itu, 70 peratus daripada responden menyatakan mereka tidak mungkin mengurangkan jumlah penggunaan air di rumah masing-masing pada tiga tahun akan datang.-Bernama

Penyokong desak Khazali undur


Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my


BIARPUN Kedah mencapai kemenangan 2-1 ke atas Terengganu pada aksi Liga Super malam kelmarin, namun masih ada lagi segelintir peminat yang masih tidak berpuas hati.

Ini kerana, mereka mendesak agar pengurus pasukan, Datuk Khazali Din mengundur diri selepas ketua jurulatih, Ahmad Yusof direhatkan oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berikutan prestasi hambar skuad Hijau Kuning itu.

Kira-kira 100 penyokong Kedah berkumpul selama 10 minit di pekarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar selepas tamat perlawanan itu sambil membawa kain rentang tertulis 'tak mau Datuk Khazali'.

Terdahulu, Khazali mahu melepaskan jawatannya tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana beliau merupakan penjawat awam yang perlu menurut perintah majikannya iaitu kerajaan negeri Kedah.

Bagi penolong jurulatih Kedah, Radhi Mat Din yang diberi tanggungjawab mengambil alih tugas Ahmad, lebih cenderung mengulas mengenai kemenangan anak-anak buahnya malam kelmarin.

"Kemenangan ini penting untuk menaikkan moral pemain bagi mengharungi banyak lagi perlawanan dalam saingan Liga Super selepas ini.

"Kejayaan ini juga adalah hadiah untuk ketua jurulatih (Ahmad) yang sanggup mengorbankan diri (bercuti) untuk pasukan," kata Radhi kepada pemberita.

Dalam perlawanan itu, Kedah terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan Terengganu oleh Reeshafiq Alwi pada minit ke-30 yang membuat sepakan kencang dari luar kotak penalti.

Kedah bangkit pada babak kedua dengan menghasilkan dua gol menerusi Mohd. Khyril Muhymeen pada minit ke-63 dan disusuli pemain gantian yang juga bekas pemain Terengganu, Mohd. Firdaus Faudzi tiga minit kemudian.

Radhi berharap momentum kemenangan itu dapat diteruskan oleh para pemainnya pada perlawanan akan datang.

"Kemenangan ini bukanlah satu kejutan kerana Kedah dibarisi pemain kebangsaan yang berkaliber cuma sebelum ini mereka tidak mendapat rentak terbaik ini," katanya.

Jelas Radhi, sebelum perlawanan bermula, dia telah menasihatkan pemain supaya tidak tertekan tetapi fokus kepada permainan serta mempamerkan aksi terbaik.

"Syukur kemenangan memihak kepada Kedah. Masalah pemain sebelum ini kerana mereka tertekan dengan penyokong tetapi kali ini, mereka dapat menyerapnya dengan baik dan memberi persembahan yang terbaik," katanya.

Bagaimanapun, Radhi berkata, barisan pemainnya tidak harus cepat berpuas hati dengan kemenangan itu kerana banyak perkara yang perlu dilakukan.

MB yakin wakil rakyat PR tidak lompat parti

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menaruh kepercayaan penuh terhadap empat wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR), yang sebelum ini dilanda kontroversi, kononnya akan lompat parti bagi menggulingkan kerajaan PR Kedah.

Beliau berkata selepas tiga tahun bersama dalam PR, pihaknya tidak lagi ragu terhadap kesetiaan mereka, dan yakin insiden ‘memancing’ wakil rakyat PR tidak berlaku.

“Saya rasa sudah tak ada isu pancing-memancing ni. Saya tak ada pula terima aduan daripada mana-mana wakil rakyat PR,” katanya.

Wakil rakyat terbabit, S Manikumar (PKR-Bukit Selambau), Tan Chow Kang (PKR-Sidam), Lim Soo Nee (PKR-Kulim) dan Lee Guan Aik (DAP-Kota Darulaman) pernah menggemparkan Kedah tahun lalu apabila didakwa akan lompat parti.

Berikutan itu, pada 22 Mei 2010, Kerajaan Negeri mengadakan ceramah khas bertajuk, ‘DUN Kedah Bubar?’ di Kompleks Pas Kedah bagi memperjelaskan khabar angin yang bertiup kencang ketika itu.

Dakwaan itu timbul setelah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membayangkan peristiwa kejatuhan kerajaan PR di Perak akan berulang di Kedah.

Azizan berkata, mungkin parti lawan yang berhasrat mahu memancing wakil rakyat PR tahun ini kehabisan idea untuk memujuk pemimpin terbabit, setelah pujukan mereka tahun lalu tidak membuahkan hasil.

“Saya rasa orang yang nak pancing wakil rakyat saya pun, sekarang dah habis umpan,” katanya berseloroh.

Azizan turut membayangkan kesetiaan wakil rakyat terbabit tidak mungkin tergugat kerana wujud keserasian yang baik dalam hubungan mereka.

“Kalau mereka nak lompat, sudah lama mereka lompat. Tak perlu tunggu sampai tiga tahun. Cukup-cukuplah pilihan raya kecil!,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...