TERKINI :

Friday, March 11, 2011

Apakah ISLAM masih diperjuangkan PAS?

Oleh Roslan SMS

Apakah PAS sudah melenturkan perjuangannya untuk menegakkan Islam sebagai Addeen? Fasal 5(1) perlembagaan PAS yang diwarisi sejak dari penubuhan parti berkenaan lebih 50 tahun lalu dengan jelas menyebut:

“Memperjuangkan wujudnya di dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah”.

Persoalan ini acap kali ditimbulkan kebelakangan ini apabila musuh-musuh politik parti Islam itu melihat betapa intimnya hubungan politik antara PAS dengan DAP dan PKR khasnya di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. Bagi mereka kesediaan PAS bekerjasama dan memerintah negeri-negeri berkenaan dengan parti-parti yang bukan Islam, seolah membuktikan yang PAS sedia menggadaikan prinsip perjuangannya demi kerana kuasa.

Ironisnya Umno yang pernah menganggap dirinya sebagai parti Islam terbesar dalam Negara tidak pula rasa bersalah apabila segala prinsip dan pegangan Islam dilanggar mentah-mentah sepanjang ia berkuasa, termasuklah dalam melesenkan aktiviti judi, pengilangan arak, institusi riba’ dan lain-lain maksiat.

Ramai penganalisa menganggap PAS tersepit dalam dilema lantaran serangan Umno ini.

Tetapi dilihat dari “style” kepimpinan PAS sejak dari ia berjaya merampas kembali Kelantan dari tangan Umno pada tahun 1990, merampas “sebentar” Terengganu 1999 dan kini berkuasa dibeberapa negeri bawah payung Pakatan Rakyat, agenda Islamnya tidak pernah padam, malah semakin bertenaga dengan kemenangan-kemenangan luar jangka ini.

Baru-baru ini dalam pidatonya di sebuah majlis ceramah di Shah Alam, Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang menegaskan bahawa Islam akan terus kekal menjadi matlamat perjuangan PAS. Terdahulu dalam sebuah lagi majlis di Kuala Lumpur beliau mengulangi bahawa PAS akan terus berjuang bagi menegakkan sebuah Negara Islam yang menjamin kebenaran dan keadilan serta mempertahankan hak semua pihak.

Benar PAS kini bekerjasama dengan rakan-rakan yang berlainan ideologi dan fahaman, namun demikian ini tidak bermakna yang agenda perjuangan parti itu padam lantaran kerjasama dengan mereka yang berlainan matlamat.

Menurut Presiden PAS hasil dari kerjasama melalui Pakatan Rakyat telah memberikan suatu anajakan paradigma ke arah politik Islam yang diterokai PAS. Jika selama ini PAS bersendirian, kini PAS lebih terbuka dalam memahami dan mentafsirkan realiti masyarakat majmuk dan berbilang anutan di Malaysia. Anjakan paradigm ini dijangka membawa PAS ke persada yang lebih luas lagi dalam politik tanahair.

Jika sebelum ini masyarakat bukan Islam contohnya hasil dari momokan Umno, bimbang akan agenda dan pendekatan Islam yang dibawa PAS, kini khasnya melalui Pakatan Rakyat, mereka dapat melihat keikhlasan PAS malah menyedari bahawa mana-mana pemimpin Melayu yang cenderung dan komited dalam membela agamanya, maka pemimpin seumpama ini adalah pemimpin yang terbaik dalam masyarakat.

Jika sebelum ini PAS digambarkan sebagai sebuah gerakan “ala” Taliban yang kononnya menafikan hak kebebasan kaum dan penganut lain, kini masyarakat bukan Islam mula menerima bahawa propaganda jahat terhadap PAS selama ini adalah tidak benar.

Malahan terbaru Presiden PAS menegaskan bahawa hak kebebasan masyarakat bukan Islam adalah sesuatu yang dijamin bukannya oleh PAS tetapi oleh Allah swt.

Ini sudah pastilah bertepatan dengan firman Allah swt di dalam surah al Maidah ayat ke 8 yang bemaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

PAS dijangka akan terus dipercayai dan disenangi kiranya ia teguh dengan prinsip dan dasar Islamnya. Malahan dari kalangan masyarakat Melayu sendiri mutakhir mengiktiraf bahawa PAS akan terus disegani dan dihormati kiranya Islam yang ia perjuangkan terus didaulatkan.

Banyak usaha-usaha yanbg dilakukan oleh PAS samada di Kelantan, Kedah dan Selangor serta Perak dan Terengganu sebelum ini disenangi dan dikagumi masyarakat Melayu. Pembelaan isu Islam dan kebajikan masyarakat Islam ada diantaranya mengatasi apa yang pernah dilakukan Umno selama ini.

Kemampuan PAS menonjolkan pendekatan dan perancangan Islam dalam menangani masalah rakyat sesungguhnya amat diperlukan khasnya dalam suasana yang kacau dan mencabar ini.

Menuduh PAS menyembunyikan Islam setelah diberi kuasa adalah sesuatu yang tidak berasas malah hakikatnya Islam semakin diberi tempat dan semakin ketara sejak PAS terlibat dalam pemerintahan beberapa buah negeri di Malaysia.

Di Selangor contohnya usaha PAS menyemarakkan Islam dalam berbagai program melalui kerajaan negeri telah disambut baik oleh masyarakat dari kawasan perkampungan tradisional sehinggalah ke serambi istana. Kesedaran Islam diperakui membantu dalam membentuk masyarakat yang baik dan sejahtera. Hakikat ini bukan hanya diperakui oleh orang-orang Islam malah termasuklah pimpinan dan masyarakat bukan Islam.

Penegasan Presiden PAS bahawa agenda Negara Islam akan terus menjadi matlamat perjuangan PAS sekaligus menafikan segala tohmahan dan pertuduhan terhadap satu-satunya parti Islam yang diterajui oleh ulamak di rantau sebelah ini. PAS dijangka terus mendapat sambutan rakyat dan sesiapa sahaja yang “bersyarikat” sengan PAS sudah pastilah akan turut menikmati kesan positif hasil dari gabungan mereka dengan parti yang konsisten dalam perjuangan aqidahnya ini..roslansms@gmail.com

http://n32.blogspot.com/

Istiqamah dalam perjuangan

Oleh Abu Firdaus

Saya kenal seorang penyokong PAS. Kita panggil dia Ahmad, tetapi ini bukan nama sebenarnya. Ini kisah sebahagian daripada hidupnya. Menurutnya dia mula mengetahui mengenai PAS ketika dia masih bersekolah menengah rendah pada tahun 70-an. Tetapi masa itu PAS berada dalam Barisan Nasional.

Ketika itu Yang Dipertua PAS, Datuk Asri Muda adalah Menteri Tanah dan Kemajuan Wilayah, yang maknanya turut menjaga hal;-hal berkaitan dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) yang sekarang dienali sebagai Felda.

Oleh kerana Ahmad tinggal di Johor, maka sudah tentu kampungnya adalah pendokong kuat Umno. Semua sanak saudaranya terdiri daripada ahli-ahli UMNO belaka. Mereka tidak kenal parti politik lain. Dalam kampung itu hanya ada Umno dan MCA. Dulu kapal layar, dan kemudian menjadi dacing. Perikatan dan Barisan Nasional sentiasa menang di kampungnya.

Sebagai pelajar sekolah, ia berminat juga untuk mengetahui mengenai politik. Tentang negara dan bangsa. Baginya hanya Umno parti untuk orang Melayu. Ahmad berasa pelik bagaimana ada orang Melayu yang menyokong parti lain selain daripada Umno. Mengapa perlu ada PAS kalau Umno sudah cukup mampu mewakili orang Melayu.

Namun begitu pertama kali dia dengar ucapan Datuk Asri sebagai menteri melalui radio, dia berasa tertarik. Sedap juga ucapan Datuk Asri, dengan menggunakan bahasa seperti Bahasa Indonesia. Mungkin kerana Datuk Asri dibesarkan ketika pejuang-pejuang kemerdekaan tanah Melayu terpengaruh dengan cara pidato nasionalis Indonesia seperti Sukarno.

Baginya, pidato Datuk Asri nampak lebih hebat daripada mentyeri-menteri lain termasuk Perdana Menteri sendiri, iaitu Tun Razak yang lebih bersahaja. Kemudian beliau berasa ada perubahan berlaku pada kerajaan sejak PAS menyertai Barisan Nasional. Dia tidak ingat dari siapa sumbernya tetapi dia tahu terdapat dua perkembangan yang merupakan hasil daripada cadangan PAS.

Pertama, ialah RTM melalui radio dan televisyen menyiarkan laungan azan setiap kali masuk waktu solat. Kedua, perubahan lambang palang merah di klinik dan hospital daripada palang merah kepada bulan sabit merah. Selain itu, Persatuan Palang Merah Malaysia juga bertukar kepada Persatuan Bulan Sabit Merah.

Satu lagi, ada orang kata Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang ditubuhkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah juga atas cadangan daripada PAS. Malah PAS melantik seorang ulama muda, Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ahli lembaga pengarah YADIM.

Ketika PAS dalam BN, cawangan-cawangan PAS baru ditubuhkan di merata tempat yang sebelum ini sukar untuk parti itu masuk, termasuklah di Felda. Begituilah ada orang beritahu Ahmad. Maka dalam perarakan Hari Kabangsaan pada tahun 1974 di bandar tempat kampungnya berada, buat pertama kali Ahmad melihat orang-orang PAS.

Dalam perarakan itu, parti-parti komponen BN telah menyediakan kontinjennya. Maka nampaklah sepasukan orang PAS turut berbaris. Para Muslimat PAS memakai tudung ikat putih dan baju kurung putih serta kain hijau. Pada zaman itu, wanita UMNO tidak bertudung.

Ahmad melihat orang PAS ini memagang ebndera mereka, merah putih dengan bulatan hijau di penjurunya. Ketika berbaris, mereka turut menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita sama dengan ahli-ahli komponen BN yang lain. Apa bezanya PAS dengan Umno? Fakir Ahmad. Beliau belum terdetak untuk menyokong PAS. Cuma dengan kehadiran PAS, orang Melayu mempunyai alternatif untuk memilih parti lain. Makannya jika berasakan tidak selesa dengan Umno, maka untuk aktif politik, sertai saja Pas. Bagaimanapun, kawan-kawannya kata Pas ini parti pantai timur.

Satu hari Ahmad membaca buku bertajuk Di Mana Letaknya Negara Islam? Karya H Hasjmy, seorang ulama Aceh. Buku itu menyentap fikirannya dengan kesedaran bahaw di dunia hari ini, iaitu pada 70-an, tidak ada satupun negara yang boleh dianggap negara Islam. Beliau diberitahu bahawa Arab Saudi melaksanakan hukum potong tangan dan pancung. Tetapi hatinya tidak dapat menerimanya kerana bukanlah itu menjadi ukuran negara Islam. Pelaksanaan syariah da;lam erti kata mewujudkan sebuah negara kebajikan, berilmu dan bermaruah, barulah dikatakan sebagai negara Islam. Jika sistem bernegara mengamalkan diskriminasi dan dikuasi elit, maka adakah ia boleh dinamakan negara Islam. Ini menjadi perbahasan dalam benaknya.

Semasa dia menjadi seorang pelajar di universiti pada tahun 80-an, timbullah apa yang disebut sebagai gerakan dakwah. Persatuan Mahasiswa universitinya dikuasai oleh Persatuan Mahasiwa Islam yang didapatinya mempunyai hubungan rapat dengan ABIM yang ketika itu dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Pada satu hari PMI menganjurkan ceramah oleh seorang pemimpin PAS, Nakhaie Ahmad yang ketika itu ahli parlimen Baling. Inilah kali pertama Ahmad menghadiri ceramah politik, dan pertama kali melihat seorang pemimpin PAS.

Setelah ceramahnya itu, seorang pemimpin PMI menghulur dua buku kecil. Pertama, manifesto PAS. Kedua, ucapan dasar Datuk Asri. Pada masa itu PAS sudah terkeluar daripada BN dan menjadi pembangkang. Ahmad menyatakan bahawa beliau berasa agak takut menerima risalah-risalah itu kerana ia bersifat pembangkang. Walaupun ia tertarik dengan PAS tetapi hatinya masih belum terbuka lagi untuk menyertai parti itu.

Setahun kemudian barulah Ahmad terbuka hati untuk menyokong PAS. Ketika itu, Datuk Asri pun sudah keluar parti. Empat tahun kemudian barulah dia menjadi ahli parti. Namun begitu, walaupun Ahmad pernah mencuba menjadi aktivis parti, dengan menyertai cawangan tetapi ia dapati kesanggupannya hanya setakat menjadi ahli dan penyokong.

Hingga ke hari ini, beliau masih menyokong dan mengundi PAS. Di kampungnya kini sudah pun wujud cawangan PAS. Sementara calon PAS juga pernah bertanding di kawasannya. Ahmad tahu banyak kawan-kawannya yang telah meninggalkan perjuangan parti, sama ada sudah tidak menyokong atau menyeberang ke Umno. Tetapi baginya, dia tetap bersama dengan PAS dan istiqamahnya tidak tergugat seinci pun

Orang Melayu dan Palestin sama sahaja?

Ahmad Rostam Md Zin

Assalamualaikum

Terbaca sebahagian dari petikan-petikan yang terdapat di dalam buku Dr Mahathir yang terbaru di dalam Malaysian Insider dan saya terasa terpanggil untuk sama mengulas kenyataan beliau tersebut dalam perspektif saya sendiri sebagai seorang Melayu walaupun pada pandangan saya Islam itu lebih penting dari bangsa saya sendiri. Apalah sangat jika saya nak banggakan dengan Melayu saya ini kerana di dalam susur keturunan saya adanya darah orang Melayu Minang, Orang asli, Cina Peranakan, Tamil dan Sinhalese (Ceylonese).

Percampuran darah yang bermacam-macam itulah yang lebih membanggakan saya kerana nenek moyang saya telah membuktikan bahawa bangsa itu bukan masalah tetapi kepelbagaian itu membawa kebahagiaan pula. Saya juga berbangga kerana arwah datuk saya boleh bercakap lebih dari 5 bahasa kerana luasnya percampuran beliau dan ini tidak mungkin berlaku jika datuk saya seorang rasis seperti sebahagian orang Melayu sekarang.

Mungkin jika kita selak balik sejarah bagaimana negara ini ditubuhkan mungkin kita boleh berjumpa di mana punca menjadi terlalu rasis dan kadang-kadang perasaan tidak percaya pada bangsa lain itu terus tersemai dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Tradisi pengklasifikasi ikut bangsa ini adalah peninggalan dari penjajah kita dan ia disambung terus oleh parti pemerintah dari semenjak merdeka lagi.

Dengan membezakan bangsa inilah bangsa penjajah berjaya memerintah negara kita dengan aman dan inilah juga pemerintah kita sekarang boleh kekal berkuasa. Dari masa ke semasa api perkauman disemarak dan dibakar secara halus ke dalam hati-hati setiap warga bangsa oleh parti-parti yang berjuang kononnnya demi bangsa. Si Melayu diapi supaya jangan percaya si cina, si cina ditakutkan dengan si Melayu, si india pula dihasut membenci Melayu dan begitulah seterusnya sehingga sedikit sebanyak walau bagaimana kita cuba untuk tidak rasis, kita juga ada kecenderungan untuk berkelakuan begitu.

Saya selalu berjumpa dengan orang-orang yang begitu rasis sehingga saya takut dengan mereka. Takut kerana orang-orang inilah yang bila-bila masa akan memporak-perandakan negara kita pada bila-bila masa. Mana mungkin kita boleh hidup aman bergandingan tangan sekiranya kawan kita yang berlainan warna kulit dituduh sebagai pengkhianat negara, oportunis, zalim dan sebagainya? Mana mungkin saya boleh duduk diam dan tidak berasa apa-apa. Sudah pasti jika saya tidak berfikir dan telan sahaja apa yang dihamburkan saya juga akan jadi rasis seperti mereka.

Apabila Dr Mahathir menyatakan orang Melayu sama seperti orang Palestin. Nasionalis sehingga tahap rasis tetapi gagal menahan diri dari tarikan duit, saya tidak dapat elak dari menggambarkan puak tertentu sebagai orang Melayu yang dimaksudkan. Di peringkat akar umbi cerita pasal pemimpin Melayu menjadi kaya dengan menjual tanah Melayu kepada bangsa lain bukanlah sesuatu yang pelik dan mereka inilah juga golongan nasionalis dan rasis yang dimaksudkan. Saya menganggap kenyataan ini sebagai sindiran kepada orang bawahannya dahulu dan bukan kepada umum.

Merekalah orang-orang yang bertanggungjawab menghilangkan banyak hak milik Melayu kepada orang lain dengan cara yang tidak adil demi memenuhi kehendak nafsu mereka dan mereka jugalah orang yang sama melolong dan menghasut supaya orang melayu jangan percaya bangsa lain. Orang-orang lidah bercabang inilah juga yang menyebabkan Melayu tiada kuasa membeli seperti bangsa lain dan mana mungkin orang Melayu bawahan mampu menahan diri dari menjual harta mereka jika desakan hidup lebih dahsyat dari nilai sebidang tanah.

Kenyataan ini seolah-olah sebagai satu sindiran yang amat tajam kepada 'rakannya' sendiri dan sepatutnya mereka tersedar bahawa merekalah sebenarnya keparat yang memundurkan Melayu lebih jauh lagi. Ini semua puncanya bila agama tidak dibawa seiring dalam perjuangan. Bila perjuangan berdasarkan akal maka akal akhirnya akan dipengaruhi nafsu. Dan nafsu pastinya lebih hebat bila disaji dengan pelbagai kemewahan yang terhidang.

Bila agama diletak di surau, di masjid, di istana dan di jabatan agama, inilah hasilnya. Kemewahan menjadi tidak seimbang, yang kaya terus kaya, yang miskin terus melarat. Si kaya sembelih si miskin dengan harta yang tidak seberapa dan kemudiannya 'disedekah' pada rakan kongsi pelbagai bangsa yang sangatlah intim. Sedangkan pada masa yang sama sikaya berkuasa ini menghasut si miskin supaya terus benci bangsa lain dan mengkambinghitamkan mereka terus-terusan.

Terfikir, betapa mudahnya orang kita diperbodoh-bodohkan dan diperguna mengikut citarasa mereka. Walau tidak adil pun ia kelihatan, tetapi inilah hakikat masyarakat kita tidak kira bangsa. Keakraban hanya pada permukaan tetapi di dasar penuh dengan ketidakpercayaan, kebencian, hasad dan segala nafsu buruk yang tenggelam timbul mengikut arus semasa.

Dan modal inilah juga sebenarnya sumber mengekalkan kemenangan warga pemerintah dengan permainan sentimen perkauman mereka seperti juga perangai penjajah-penjajah kita.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

UMNO Sg Petani bergolak tak habis-habis lagi rupanya..

Umno Sg Petani: Selesai krisis atau saya keluar parti

Ketua Umno cawangan Industri dalam bahagian Sungai Petani, Khairul Anuar Zainol akan keluar parti sekiranya krisis kepimpinan yang membabitkan ketua bahagian tersebut, Ali Yahya, masih gagal diselesaikan oleh Umno negeri dan pusat.

Dalam mesyuarat perwakilan bahagian itu Julai lalu, berlaku kekecohan apabila sebahagian besar perwakilan tidak membenarkan Ali berucap di majlis perasmiannya, serta mendesak beliau berundur.

Selepas kejadian tersebut, mereka yang tidak sehaluan dengan Ali telah menubuhkan Gerakan Anti-Ali (GAA) untuk mendesak beliau meletak jawatan.

Isu tersebut kemudiannya dirujuk kepada Majlis Tertinggi (MT) yang kemudian menyerahkannya kepada badan perhubungan Umno Kedah mencari jalan penyelesaian. Timbalan pengerusi Umno Kedah ketika itu, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dilantik memangku jawatan ketua bahagian Sungai Petani.

Khairul yang juga setiausaha GAA berkata beliau akan menjadi ketua cawangan pertama yang akan bertindak keluar daripada Umno sekiranya isu tersebut gagal diselesaikan dengan segera.

Beliau bagaimanapun tidak mahu menyatakan bila akan berbuat demikian tetapi berkata: "Saya ada tempoh berbuat demikian."

'Dapat sokongan'

Khairul juga mendakwa ada ketua cawangan yang menghubunginya menyatakan sokongan tetapi beliau enggan menyatakan identiti mereka.

"Saya tak mahu ajak (keluar parti dan) saya tak larang, (malah) saya sendiri akan buat dahulu (keluar parti) jika perkara ini tidak diselesaikan dengan segera.

"Saya memang akan mengambil tindakan itu, sekiranya tidak diselesaikan, tidak mustahil ia akan berlaku," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Khairul Anuar juga tidak menafikan mengenai SMS yang disebarkan mengenai hasratnya untuk keluar parti jika isu kepimpinan bahagian itu tidak diselesaikan segera.

Bahagian tersebut mempunyai 130 cawangan dan Khairul mendakwa 81 daripadanya menolak kepimpinan Ali.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga presiden Umno turut meminta bahagian Sungai Petani menyelesaikan masalah dalaman mereka itu.

SMS tersebar

Mengulas lanjut, Khairul Anwar berkata sejak SMS itu beredar, beberapa "tokoh tertentu" menghubungi dan menasihatinya supaya memberi masa kepada perdana menteri dan kepimpinan Umno Kedah untuk menyelesaikan masalah dalaman itu.

Katanya, isu terdapat dapat diselesaikan sekiranya dengan jawatan-jawatan kanan di peringkat bahagian seperti setiausaha, ketua penerangan dan bendahari disandang oleh pemimpin GAA.

Bahkan, katanya, jawatan setiausaha juga perlu disandang oleh individu yang boleh diterima kedua-dua kumpulan dan perkara itu telahpun dimaklumkan kepada Ahmad Bashah dan setiausaha Umno negeri, Datuk Othman Abdul Aziz.

Dengan nada kecewa, Khairul memberitahu bahawa jawatan tersebut sekarang ini disandang oleh pemimpin Umno dari kumpulan Ali.

Khairul berkata, beliau tidak berniat untuk "menggertak" semua pihak susulan tersebarnya SMS tersebut, tetapi beliau "tidak ada pilihan" kerana mendakwa ramai akar umbi Umno merungut dan bertanyakan hasil perbincangan itu.

"Saya masih berharap masalah (bahagian) ini dapat diselesaikan dengan segera untuk memberi tumpuan kepada pilihan raya umum yang akan datang.

"Bahagian ini masih di awang-awangan, nampak sahaja kulit di luar cantik, tetapi di dalam bergolak. Semua pihak termasuk Umno pusat, negeri dan Ali sendiri perlu menyatukan semula ahli," katanya.

KASE : Menyanggah tulisan Prof. 'Kangkung' di Berita Harian

Sila Klik Gambar Untuk Baca Tulisan Beliau

FAHAMI ISU SEBENAR!!

Saya ingin merujuk kepada siaran akhbar Berita Harian bertarikh 11/3/2011 yang memetik ulasan seorang Pakar Perlembagaan Profesor Dr Rohimi Shapiee. Saya amat dukacita dengan perkembangan dan ulasan tersebut yang melabelkan pihak-pihak yang menggalakkan rakyat membayar saman sebagai sebagai nakal dan menggalakkan pemandu supaya terus melanggar undang-undang.

Saya ingin tegaskan pendirian kami di Jawatankuasa Kempen Anti saman Ekor (KASE) bahawa kami tidak sekali-kali bersetuju dan menggalakkan pemandu-pemandu kenderaan memandu tidak mengikut peraturan. Setiap pemandu mestilah memandu dengan berhemah kerana jalanraya bukan harta persendirian tetapi hak bersama. Kami juga tidak bersetuju dengan penguatkuasaan yang tidak mengikut peraturan sedia ada. Atas hujah dan pendirian ini, kami melancarkan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) iaitu bertujuan memberikan penerangan tentang hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan, prinsip keadilan dan pematuhan peraturan serta prosedur tindakan undang-undang.

Tidak pernah pada bila-bila masa dan ketika, Kami menyatakan bahawa Saman Ekor yang dikeluarkan oleh PDRM adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan Akta. Jika ada, saya merasakan kenyataan dan pendirian kami telah disalah tafsir. Saya ingin memperbetulkan pemahaman dan persepsi sesiapa sahaja termasuk Pakar Perlembagaan tersebut supaya sebelum membuat sebarang ulasan atau komen, FAHAMI dahulu apa isu yang dibawa dan ditimbulkan.

Saya ingin menegaskan bahawa Saman Ekor yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi hanya sekadar notis meminta maklumat pemandu daripada pemilik kenderaan yang dikeluarkan mengikut Seksyen 115 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Notis ini disebut sebagai Pol 170A. Fakta ini tidak pernah disangkal malah diakui oleh Kementerian Dalam Negeri, PDRM malah Timbalan Menteri Pengangkutan di dalam Dewan Rakyat. Saya mohon kerjasama pihak-pihak yang ingin membuat ulasan supaya lebih rajin membaca daripada membuat ulasan dan komen berasaskan lojik akal fikiran. Pernahkah pihak-pihak yang membuat ulasan ini meneliti setiap patah perkataan yang terkandung di dalam notis Pol 170A tersebut sebelum membuat komen? Baca dan fahami kandungannya dahulu kemudian nyatakan komen dan ulasan.

Mengikut Seksyen 115 (1) APJ 1987 setiap pemilik kenderaan apabila diberikan notis Pol 170A ini hendaklah memberikan maklumat pemandu yang disyaki telah melakukan kesalahan yang dinyatakan di dalam notis tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh notis diterima. Kegagalan memberikan maklumat boleh dianggap melakukan kesalahan melainkan pemilik memuaskan hati mahkamah bahawa beliau tidak tahu siapa yang memandu. Maksud memuaskan hati mahkamah tersebut ialah seseorang pemilik jika ingkar menjawab notis tersebut maka pihak berkuasa iaitu PDRM yang mengeluarkan notis ini hendaklah mengeluarkan suatu notis (Saman) di bawah Seksyen 53(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Persoalannya adakah semua prosedur ini diikuti oleh pihak berkuasa iaitu PDRM yang mengeluarkan notis ini?

Bersama Notis Pol 170A ini juga dikepilkan Notis Pol 171 iaitu menawarkan kompaun kepada pemilik kenderaan jika pemilik mengakui kesalahan dan ingin menerima tawaran kompaun, pemilik boleh menjelaskannya. Perlu diambil perhatian bahawa tawaran kompaun ini diberikan melalui Seksyen 120 (1) APJ 1987. Kompaun ini hanyalah semata-mata tawaran. Bukan suatu bentuk hukuman atau denda. Kompaun ini juga mempunyai tempoh sah laku kerana di dalam Notis Pol 171 di perenggan 4 dinyatakan begini “Tawaran ini berkuatkuasa sehingga (tarikh). Sekiranya tiada jawapan selepas tarikh ini, tindakan saman akan diambil”. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa kompaun tersebut hanyalah suatu tawaran, dan jika pemilik atau yang disyaki melakukan kesalahan tidak menerima tawaran kompaun tersebut dan enggan membayar, maka mereka hendaklah disaman supaya hadir di Mahkamah menjawap pertuduhan ke atas mereka. Saman ini dikeluarkan mengikut Seksyen 53(1) APJ 1987 yang disebut sebelum ini.

Persoalannya, adakah prosedur ini juga diikuti oleh pihak berkuasa?

Perkembangan yang berlaku sekarang ialah pihak berkuasa iaitu Kementerian dalam Negeri melalui PDRM telah menghukum orang yang disyaki melakukan kesalahan lalu lintas sedangkan mereka tidak pernah dibuktikan melakukan kesalahan. Mereka dihukum dengan alasan tidak membayar kompaun sedangkan kompaun hanyalah tawaran. PDRM pula mengambil kesempatan di atas kurangnya pemahaman rakyat tentang undang-undang dan peraturan telah menghukum dengan meminta JPJ menyenarai hitam kenderaan bertujuan memaksa mereka membayar kompaun. INILAH TINDAKAN YANG BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN!

Kenapa ia bertentangan dengan Perlembagaan?

a) Kesalahan yang dikatakan telah dilakukan tersebut belum dibuktikan.

Rujuk kembali kepada ulasan asal di atas. Jika Pemilik kenderaan ingkar notis, sepatutnya mereka dihadapkan ke Mahkamah untuk dibuktikan mereka ingkar notis tersebut. Pelbagai persoalan akan timbul di sini. Adakah notis tersebut telah dikeluarkan? Adakah notis tersebut telah diserahkan dengan sempurna?

Notis boleh diserahkan kepada pemilik kenderaan mengikut Seksyen 118 APJ 1987 iaitu dengan pos berdaftar. Jadi pihak berkuasa perlu membuktikan terlebih dahulu notis itu telah dikeluarkan. Kemudian buktikan notis itu telah diserahkan iaitu dengan bukti pengeposan daripada pejabat pos berkaitan. Jika ada bukti tersebut barulah pemilik perlu buktikan kenapa beliau ingkar. Jika beliau telah memuaskan hati mahkamah dengan alasan-alasannya maka kemungkinan akan dilepaskan. Jika tidak dapat memuaskan hati Mahkamah, kemungkinan akan dijatuhkan hukuman kerana ingkar notis. Belum lagi soal memandu melebihi hadlaju. Adakah ini dilakukan dalam situasi sekarang ini? Jawapannya tidak kerana Timbalan Menteri Pengangkutan sendiri mengakui di Dewan Rakyat pada 8/3/2011 bahawa jika seseorang ingkar Notis Pol 170A ini maka mereka secara automatik dianggap melakukan kesalahan. Ini suatu anggapan yang salah di sisi undang-undang.

Jika pemilik atau pemandu disyaki memandu melebihi hadlaju, mereka sepatutnya disaman hadir ke Mahkamah untuk dibuktikan mereka telah melakukan kesalahan tersebut. Adakah ini dilakukan? Tidak! Mereka terus disenarai hitam kerana tidak membayar kompaun. Sepatutnya PDRM membawa mereka ini ke Mahkamah, buktikan mereka memandu melebihi hadlaju. PDRM sentiasa mengatakan mereka mempunyai bukti, jadi buktikan di Mahkamah. Bukan dengan bekerjasama dengan JPJ untuk menyenarai hitam supaya pemilik kenderaan membayar kompaun. Ini salah! Kenapa PDRM tidak membawa mereka ini ke Mahkamah untuk dibuktikan kesalahan? Mungkin PDRM tahu bahawa mereka tidak dapat membuktikan kesalahan tersebut.

Perlu diambil perhatian bahawa APJ 1987 tidak memperuntukkan sebarang penggunaan imej yang dirakam untuk diterima pakai sebagai bukti di Mahkamah. Setelah APJ 1987 dipinda pada 22/12/2010 dan mula berkuatkuasa pada 1/2/2011 barulah imej yang dirakam diterima sebagai bukti di Mahkamah. Ini disebut di dalam seksyen 117 (11) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 seperti berikut : Dalam mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah, apa-apa imej yang dirakamkan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini hendaklah diterima sebagai keterangan, dan hendaklah menjadi bukti prima facie bagi fakta yang dinyatakan di dalamnya.

Akan ada pula pihak yang akan mengatakan bahawa gambar boleh diterima sebagai keterangan di Mahkamah mengikut peruntukkan Akta Keterangan 1950. Betul, tetapi gambar bagaimana, bagaimana gambar diambil. Jika boleh digunakan peruntukkan Akta Keterangan 1950, kenapa kerajaan bersusah payah meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk memasukkan penggunaan gambar (imej) sebagai bukti yang boleh diterima?

Apa yang menyedihkan lagi, sudahlah gambar tidak boleh diterima sebagai bukti, para pemandu dan pemilik telah dikenakan bayaran RM10 untuk melihat dan mendapatkan salinan gambar tersebut oleh PDRM. Sudah lah tidak dibuktikan lagi mereka bersalah, mereka dikenakan bayaran untuk membuktikan mereka tidak bersalah. Sistem keadilan apa yang kita guna???

b) Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

Ada dua (2) isu di sini :
a) Pembuktian bersalah; dan
b) Siapa yang boleh menghukum seseorang itu bersalah.

Pembuktian salah.

Seperti yang diulas sebelum ini, adakah semua yang dituduh dan dikeluarkan Saman Ekor ini telah dibuktikan melakukan kesalahan oleh PDRM dan JPJ? Di Mahkamah mana mereka ini dibuktikan bersalah? Jika tidak pernah dibuktikan bersalah, kenapa menghukum?

Siapa yang boleh menghukum seseorang itu bersalah?

Kuasa untuk menghukum ini adalah kuasa Mahkamah. Inilah tujuannya diwujudkan tiga (3) cabang dalam kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman. Polis tiada kuasa menghukum. JPJ tiada kuasa menghukum malah kerajaan tiada kuasa menghukum. Hanya Mahkamah sahaja mempunyai kuasa ini. Justeru tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan ini adalah suatu hukuman. Siapa yang menyenarai hitam? Bukan Mahkamah tetapi JPJ. Adakah JPJ telah mendapat perintah Mahkamah untuk menyenarai hitam pemilik kenderaan?

JPJ akan menyatakan mereka mempunyai kuasa di bawah Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 untuk menghalang transaksi. Bagaimana kuasa tersebut perlu dibuat? Peruntukkannya menyebut bahawa Pengarah JPJ hendaklah berpuashati bahawa seseorang itu tidak mempunyai “perkara yang belum selesai”. Bagaimana JPJ hendak berpuashati? Mestilah membuat suatu siasatan seperti memberikan peluang membuat representasi kepada pemilik. Ini disebut di dalam Seksyen 17(2) APJ 1987. Adakah ini dibuat? Tanyalah JPJ.

Senario sekarang ini adalah hukum dahulu buktikan kesalahan kemudian. Ini jelas bertentangan dengan prinsip keadilan.

c) Menyenarai hitam bermaksud menghalang rakyat menggunakan harta.

Perkara ini diulas dengan terperinci di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280.

Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuching tersebut telah memutuskan bahawa “perkara yang belum selesai” yang dimaksudkan di dalam Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 ialah perkara yang telah dibawa ke mahkamah di mana yang dituduh tidak membela diri.

Mahkamah juga memutuskan bahawa tindakan JPJ Negeri Sarawak menyenarai hitam di bawah Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang. Malah tindakan tersebut juga dianggap bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap rakyat menggunakan harta mereka.

Akhirnya Mahkamah Tinggi telah membenarkan tuntutan gantirugi terhadap JPJ kerana telah menyebabkan kerugian kepada pemohon di dalam kes itu akibat kehilangan penggunaan harta beliau iaitu kereta yang disenarai hitam.

Justeru saya ingin mengambil peluang ini untuk memperbetulkan persepsi dan pemahaman sesetengah pihak supaya apa yang diperjuangkan dan dibahaskan ini adalah isu penyalahgunaan proses keadilan. FAHAMI ISU SEBENAR! ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!

ZULHAZMI SHARIFF Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) 11/3/2011

Tsunami: Penduduk Labuan, Sabah dinasihat jauhi pantai

Penduduk di Labuan dan Sabah dinasihati supaya menjauhi pesisir pantai berikutan laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi daripada yang dijangka bermula 6 petang hingga tengah malam ini.

NONEJabatan Metereologi dalam satu kenyataan hari ini berkata ini dijangka berlaku ekoran gempa bumi kuat yang melanda Jepun tengah hari tadi.

Katanya satu gempa bumi bermagnitud 8.8 pada skala Richter telah berlaku di Pantai Honshu, Jepun pada 1.46 petang, 4,434 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah.

Bagaimana setkaat ini, tiada amaran tsunami dikeluarkan kepada negara ini.

- Bernama

Jepun di landa gempa bumi dan Tsunami



Jepun hari ini dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.

NONEDi beberapa tempat sepanjang perairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen NHK.

Jumlah kerosakan sedang dinilai manakala tiada maklumat lengkap mengenai kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.
Akibatnya, satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.

NONEMenurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter.

Berikut ringkasan perkembangan itu:

NONEReuters melaporkan tsunami setinggi 10 meter membadai pelabuhan Sendai dengan ombak terus merosakkan kawasan pertanian dan menghanyutkan rumah, kenderaan dan apa-apa sahaja di laluannya.

Keadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kebakaran dan tanah runtuh. Pusat penapisan di Chiba berhampiran Tokyo juga dilaporkan sedang terbakar.

Setakat ini bekalan elektrik kepada empat juta penduduk di Tokyo dan kawasan sekitarnya diuputuskan.

Kebanyakan laluan di Tohoku yang menyambung ibu negara Jepun itu dengan kawasan utara terputus.

Perkhidmatan keretapi ke utara Jepun juga dihentikan manakala lapangan terbang antarabangsa Narita ditutup. Ribuan penumpang terkandas dan dipindahkan manakala semua penerbangan dibatalkan.

Lapan pesawat tentera sedang meronda dan memantau kesan tsunami yang memusnahkan negara paling maju di Asia itu.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengarahkan tentera melakukan apa yang terdaya bagi membantu keadaan. Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat jemaah menteri.

Menurut jurucakap kerajaan lebih banyak tsunami dijangkakan.

Bank pusat Jepun pula memberi jaminan akan memastikan kestabilan pasaran kewangan.

Beberapa pusat tenaga nuklear juga ditutup secara automatik.

Serentak dengan perkembangan itu, beberapa negara seperti Cina dan Taiwan juga mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduknya supaya berpindah.

- Reuters

Saman Ekor - Bekas Anak murid Prof. 'Kangkung' di sanggah oleh anak-anak muridnya..!!

http://1.bp.blogspot.com/-dEPY0MViQ-o/TXmat-DClBI/AAAAAAAAEqU/oKWyyI1lJrg/s1600/2011-03-11_114344.jpg
Lagi...

'Saman ekor ikut undang-undang'
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my
2011/03/11

ORANG ramai berbaris membayar saman di Cawangan Trafik IPD Bandar Seri Alam, semalam.
ORANG ramai berbaris membayar saman di Cawangan Trafik IPD Bandar Seri Alam, semalam.

Pemilik kenderaan terima notis tetapi gagal jelas bayaran boleh disenarai hitam

KUALA LUMPUR: Tindakan polis mengeluarkan saman ekor dan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan yang gagal menjelaskan saman selepas tiga bulan notis diserahkan adalah sah di sisi undang-undang, kata pakar Perlembagaan, Prof Dr Rohimi Shapiee.

Beliau yang juga pensyarah Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, setiap saman yang dikeluarkan polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dibuat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

CERITA MANUSIA PALING KEBAL DI DUNIA..


nak baca sila klik gambaq

KEGANASAN POLIS BOLEH MENCETUSKAN REVOLUSI RAKYAT

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Mendengar “khutbah” polis bahawa beberapa ceramah Pas didakwa tidak ada permit di Kerdau amat menyakitkan hati dan telinga. Dalam waktu kempen yang hanya seminggu panjangya mengapakah isu permit ceramah terus menerus didendang.

Kita merasa kesal kerana sehingga kini pihak polis masih tidak mahu menghormati hak dan kebebasan rakyat untuk berhimpun secara aman. Tindakan pihak polis menangkap dan menganggu perhimpunan aman kaum india di ibu kota baru-baru ini menunjukkan sikap polis terhadap perhimpunan aman masih tidak berubah. Bagi polis perhimpunan khususnya dari rakyat yang tidak menyokong BN adalah satu kesalahan tanpa mengira ianya aman atau tidak. Zikir polis adalah apa sahaja perhimpunan tanpa permit adalah haram maka halal bagi polis untuk mengganggu dan bertindak ganas ke atas ahli-ahli perhimpunan tersebut.

Polis di negara ini amat “allergic” dengan mana-mana perhimpunan rakyat . Meskipun sudah banyak kali pihak polis kalah di dalam perbicaraan di mahkamah yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram sikap polis dan peguam negara tidak pernah berubah. Polis akan terus mengganas dan menangkap mana-mana orang yang terlibat dengan perhimpunan dan pihak peguam negara akan terus mendakwa mereka yang ditangkap.

Untuk polis dan BN kita ingin mengingatkan bahawa revolusi yang berlaku di Timur Tengah sekarang ini dan telah berjaya di Tunisia dan Mesir setakat ini adalah hasil dari perhimpuan haram mengikut definisi polis di negara ini. Hanya dengan perhimpunan haram itulah kerajaan haram di Tunisia dan Mesir berjaya diguligkan. Jika Kerajaan di bawah BN terlalu benci dengan perhimpunan haram kita ingin lihat sama ada Malaysia akan terus mengadakan hubungan diplomatik dengan Kerajaan baru di Tunisia dan di Mesir yang lahir dari satu perhimpunan haram !

Kita sering mengingatkan BN jika kamu masih terus menerus menutup pintu demokrasi kamu hakikatnya sedang membuka pintu demonstrasi dan jika kamu terus menerus menekan demokrasi tidak mustahil akan munculnya satu revolusi.

Ramai mungkin tidak sedar antara faktor kuat yang mendorong dan mempercepatkan lagi revolusi rakyat di negara-negara Arab khususnya di Tunisia dan Mesir adalah faktor keganasan polis ( police brutality ). Dengan wujudnya teknologi IT yang terkini isu polis bertindak ganas ke atas rakyat mudah tersebar luas dan berjaya mencetuskan gelombang rakyat .

Majalah The Times yang terbaru melaporkan di Mesir sebagai contoh seorang pelajar Universiti ,Kamel dari Delta Nile menceritakan bagaimana beliau terjatuh dari kereta api di stesyen dan terbaring di landasan kereta api tersebut dan pihak polis telah datang ke tempat beliau terbaring. Beliau amat terkejut apabila pihak polis yang diharapkan akan menolongnya sebaliknya telah bertindak ganas dengan memukul beliau . Beliau bukan sahaja merasa sakit tetapi merasa amat terhina dengan tindakan polis tersebut. Beliau menyebar luas apa yang terjadi kepada beliau di alam maya melalui blog beliau

Kemudiannya dalam musim panas berlaku lagi kes keganasan polis yang menjadi perbualan hangat di kalangan masyarakat internet ( online community ) . Di Iskandariyyah seorang ahli perniagaan muda , Khaled Said telah dipukul sehingga mati oleh pihak polis. Tragedi itu melahirkan Facebook yang bertajuk “ We Are All Khaled Said” ( “ Kita Semua Adalah Khaled Said” ) yang dikendalikan oleh seorang pentadbir yang tidak bernama.

Kamel yang sebelum ini dipukul polis di landasan kereta api turut serta dalam Kumpulan Facebook tersebut dan menjadi salah seorang perancangnya yang utama. Hanya pada 7 Februari 2011 barulah Kamel mengetahui bahawa pentadbir Facebook yang tidak bernama tersebut adalah Wael Ghonim , eksekutif Google yang menjadi hero rakyat dalam perhimpunan di Dataran Tahrir yang berjaya menggulingkan rejim Hosni Mubarak.

Kamel dam Wael Ghonim adalah dua anak muda yang menjadi pencetus perhimpunan besar-besaran dan bersejarah pada 25 Januari di Dataran Tahrir .Keganasan polis telah memberikan mereka satu kekuatan baru untuk meminta rakyat Mesir turun ke jalan raya menggulingkan rejim Mubarak.

Keganasan polis wanita ke atas Mohammad Bouazizi sehingga membuatkan beliau membakar dirinya menjadi pencetus revolusi Jasmine di Tunisia.

Di Malaysia keganasan polis juga berlaku dalam skala yang amat besar. Yang rakyat tahu seperti kes Kugan dan adik Aminurrasyid adalah kerana ianya didedahkan di msia massa. Kes kematian adik Aminurasyid yang dibunuh oleh polis tidak melahirkan Facebook “ KITA SEMUA ADALAH AMINURRASYID” namun kita percaya akan muncul wira-wira baru jika pihak polis masih terus tidak berubah.

Mungkin bagi BN keganasan polis bukan satu isu yang mereka perlu takuti . Ya, ia mungkin bukan satu isu pada masa ini tetapi apa jaminan ia tidak akan menjadi isu besar di masa hadapan. Adakah BN ingat kaum muda di negara ini yang saban hari terdedah dengan internet , facebook dan twitter hanya melihat apa yang berlaku dan tidak merasa apa-apa.

Jika itu yang Najib dan BN fikirkan kita juga ingin menyatakan itu jugalah yang difikirkan oleh rejim Zine el Abidine Ben Ali dan rejim Mubarak ke atas anak-anak muda di Tunisia dan Mesir. Sebelum revolusi di Tunisa dan Mesir berlaku anak-anak muda arab di sana dianggap oleh rejim –rejim diktator tersebut sebagai generasi yang hilang arah.

Seorang Profesor Sains Politik di Universiti Cairo, Hassan Nafaa menyatakan “ jika kamu katakan beberapa tahun lalu bahawa pelajar-pelajar saya adalah bertanggungjawab ke atas pertukaran rejim di Mesir saya akan hanya ketawa ,,tetapi tidak sekarang.”” Hassan yang menamakan generasi muda di Mesir itu sebagai “Generasi Internet” atau “Generasi Facebook’ menyatakan “ budak-budak muda ini telah melakukan banyak perkara daripada apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka dalam masa 30 tahun.”

Revolusi di negara-negara Arab memberi satu signal kepada kerajaan-kerajaan umat Islam di dunia ini bahawa jangan perkecilkan kuasa rakyat. Hanya kerana kamu lama berkuasa dan terus menang dalam pilihanraya dan dalam masa yang sama masih terus mencengkam rakyat dengan pelbagai polisi dan undang-undang yang draconian jangan kamu ingat kamu tidak diperhatikan oleh rakyat.

Di Tunisa pemuda-pemuda yang menentang Ben Ali bukanlah pemuda-pemuda yang melaungkan ayat-ayat Al-Quran sebaliknya mereka adalah generasi Rap yang bangkit menentang rejim Ben Ali dengan senikata lagu rap yang ditulis oleh ElGeneral “ Lihat apa yang berlaku Mr Presiden/ rakyat mati, rakyat makan sampah/ lihatlah Mr Presiden , aku bercakap tanpa takut, meskipun aku tahu aku akan dilanda masalah/ lihatlah Mr Presiden aku menyaksikan ketidakadilan di mana-mana.”

http://peguampas.blogspot.com/2011/02/keganasan-polis-boleh-mencetuskan.html

Kes Liwat : nama BIG MAMA dah keluaq dah..!!!

Polis: Saya rekod keterangan dari Rosmah

Pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira hari ini membuat kejutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila pada keterangannya mengakui beliau mengambil keterangan daripada Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kejadian liwat itu.

NONESebelum ini, Anwar seringkali mendakwa terdapat konspirasi peringkat tertinggi untuk 'mengenakannya' pada perbicaraan kes liwat tersebut.

Pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dalam keterangannya bersetuju bahawa beliau berjumpa dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri.

Namun, Saiful menafikan pertemuan dengan Rosmah tetapi bersetuju bahawa dia berjumpa dengan Datuk Mumtaz Jaafar.

Jude ketika menjawap soalan daripada peguambela utama, Karpal Singh bersetuju polis merakamkan beberapa kenyataan daripada beberapa individu selepas dakwaan kejadian liwat itu.

Karpal: Siapa orang yang awak jumpa dalam menjalankan siasatan kes ini selepas 26 Jun, 2008?

Jude: (teragak-agak) Saya jumpa beberapa orang.

Karpal: Siapa?

Jude: Rahimi (Osman), (bekas pembantu Anwar), Ezam (Mohd Nor), Tuah (bapa saudara Saiful) dan ...

Karpal: Datuk Mumtaz?

Jude: Ya.

Karpal: Bagaimana dengan Najib?

Jude: Tidak ada.

Karpal: Ada kenyataan direkodkan dari Rosmah?

Jude: Ada... tetapi saya perlu periksa.

Karpal: Tadi, awak kata ada!

Jude: Nanti, saya perlu periksa. Ya, saya ada ambil keterangan daripada Rosmah pada 17 Julai 2008.

Pengguna sedia bayar tambahan 20 sen di Pejabat Pos

ALOR SETAR, 9 Mac – Hasil tinjauan yang dibuat oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Alor Mengkudu dan DUN Angkat Bakar Bata, terhadap pengguna perkhidmatan air SADA, rata-rata tiada keberatan untuk membayar caj tambahan 20 sen asalkan mereka dapat membayar bil SADA di kaunter Pos Malaysia.


http://www.wartakedah.net/images/hajinan.jpg

Demikian didedahkan oleh Setiausaha PAS Kawasan Alor Setar, Haji Adnan Saad berhubung isu rungutan orang ramai yang tidak boleh membayar bil air di kaunter Pos Malaysia akibat penamatan perkhidmatan oleh SADA.

Justeru itu, beliau mencadangkan supaya SADA menyambung balik perkhidmatan menjelaskan bil air di kaunter Pos Malaysia dengan tambahan caj 20 sen kepada pengguna. Bagaimanapun, katanya, jika bil dijelaskan di tempat lain yang dibenarkan, selain Pos Malaysia, maka tiada bayaran tambahan dikenakan.

“Dengan itu orang ramai mempunyai pilihan, jika mereka mahu murah 20 sen mereka boleh pergi ke Agro Bank, BSN atau sebagainya,” ujarnya.

Pengalaman rakyat Malaysia selama ini, mereka lebih selesa ke kaunter Pos Malaysia kerana berpeluang menjelaskan segala bil di satu tempat.

Menurutnya, ramai yang merungut kerana terpaksa ‘beratur dua kali’ di tempat berasingan yang merugikan masa di samping menambahkan kos.

“Dari segi masa dan perjalanan untuk bergerak ke tempat lain pula (selain Pos Malaysia), nilainya jauh lebih besar dari 20 sen. Itu yang perlu SADA fikirkan,” katanya.

Dari aspek sosial, katanya, lebih ramai orang yang akan ‘marah’ kerana susah nak bayar bil air dari ‘marah’ kerana tambahan caj 20 sen.

“Lagipun pengguna yang tidak bersetuju dengan tambahan 20 sen mereka mempunyai pilihan untuk ke bank, SADA atau tempat lain,” katanya.

Ketua Pegawai Esekutif Sada, Dato’ Adzmi Haji Din bulan lalu mengumumkan mengenai pemberhentian perkhidmatan Pos Malaysia sebagai ejen kutipan bil air. Ia dilakukan bagi mengelak pengguna dibebankan dengan kos bayaran komisyen yang dikenakan Pos Malaysia kepada SADA. Pos Malaysia telah menaikkan komisyen kutipan bil air sebanyak 20 sen, menjadikan 90 sen caj dikenakan bagi setiap bil air. Selama ini caj 70 sen tersebut ditanggung oleh SADA.

Pos Malaysia telah mengenakan caj yang tidak seragam terhadap negeri-negeri di Malaysia. Menurut sumber dalaman Pos Malaysia, kenaikan caj tersebut hanya dikenakan terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Mufti Kedah tegur wanita yang hina nik aziz

http://3.bp.blogspot.com/-6cFJUWqvXNQ/TXmRlQOiXfI/AAAAAAAAEqE/U4B6ddNl-Dk/s1600/121.jpg

Premium Insurans kkenderaan naik hingga 150%

Premium tambahan sehingga 150 peratus 'sakitkan' pengguna

Oleh raja syahrir abu bakar
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Mac - Selain kadar premium insurans pihak ketiga yang perlu dibayar, pemilik kenderaan kini terpaksa menanggung beban berikutan kadar premium tambahan (loading) 'menyakitkan' yang dikenakan oleh syarikat penyedia insurans.

Manakan tidak, kadar premium tambahan itu boleh mencecah sehingga 150 peratus daripada caruman premium biasa pengguna dan lebih tidak adil, ia dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Sumber Utusan Malaysia memberitahu, akibat 'kebenaran' bank induk itu, syarikat insurans bebas meletakkan kadar premium yang berbeza tetapi dihadkan sehingga 150 peratus.

Sebagai contoh katanya, seorang pengguna yang membayar premium insurans pihak ketiga pada kadar RM72 setahun sebenarnya perlu membayar sehingga RM180 setahun akibat beban tambahan tersebut.

"Itu bagi kereta lama berusia 15 tahun yang berkapasiti rendah seperti di bawah 1,000 cc. Bagi 1,500 cc ke atas pula ia mencecah sehingga RM337.50 setahun," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tentang gesaan beberapa ahli Parlimen yang meminta supaya Kementerian Kewangan dan BNM mengkaji semula kadar premium insurans pihak ketiga ke atas pengguna yang disifatkan terlalu tinggi sejak dua tahun lalu.

Sumber itu menambah, pemilik kenderaan berusia 15 tahun ke atas pula berhadapan masalah lain apabila syarikat insurans tidak membenarkan mereka mengambil premium insurans pihak ketiga.

Katanya, pemilik berkenaan perlu merujuk kepada 'Malaysian Motor Insurance Pool' (MMIP) bagi mendapatkan perlindungan insurans.

"Selain kadar berbeza yang ditetapkan MMIP, kenderaan yang berusia lebih 15 tahun itu juga perlu diperiksa oleh Puspakom Sdn. Bhd. dan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM60, jadi semuanya duit," jelasnya.

Keluar PR jika tidak puas hati: Anwar

KOTA SARANG SEMUT - Mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang tidak berpuas hati sekiranya tidak dipilih bertanding pada pilihan raya umum akan datang ‘dialu-alukan’ untuk keluar dari PR kerana pakatan itu hanya memerlukan calon yang sanggup berkorban.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemimpin PR yang dikenal pasti bermasalah dan tidak menunjukkan prestasi yang baik akan digugurkan bagi memberi laluan kepada pemimpin lain yang lebih berkebolehan dan diterima rakyat.

Menurutnya, PR memandang serius usaha memenangi PRU akan datang demi membawa perubahan kepada rakyat sebagaimana dinikmati rakyat Mesir dan Tunisia setelah pemimpin diktator mereka dijatuhkan.

“Lebih baik mana-mana pemimpin yang ada kepentingan diri keluar dari PR dengan segera kerana kita memerlukan gerak kerja yang kukuh dan sentiasa yakin dengan keupayaan pakatan ini untuk menentang pemerintahan zalim UMNO dan BN.

“Pada masa sama, saya juga menuntut semua ahli PR lebih berani menyampaikan wadah perjuangan pakatan itu kepada umum di samping tidak meremehkan usaha yang dilakukan pucuk kepimpinan parti masing-masing dalam usaha menawan Putrajaya,” katanya sewaktu menyampaikan ceramah sempena pemerintahan tiga tahun PR di Kedah di Kota Sarang Semut, semalam.

Anwar turut mendedahkan terdapat pemimpin PR yang dibayar sebanyak RM1.4 juta untuk keluar dari parti masing-masing di samping cuba melaga-lagakan keutuhan hubungan tiga parti utama PR iaitu PKR, Pas dan DAP.

“Saya sudah menyerahkan segala bukti itu kepada Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution untuk disimpan sebelum menunggu masa yang sesuai untuk didedahkan,” katanya.

Anwar juga meluahkan keazaman PR untuk berusaha dan berikhtiar dengan sedaya upaya untuk memperbaiki prestasi pakatan itu di kawasan Dewan Undangan Negeri( DUN) dan Parlimen yang tewas pada PRU dan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang lalu.

“Kita mesti bersungguh-sungguh untuk menghadapi PRU yang akan datang memandangkan ianya peluang terbaik untuk menukar pemerintah sebagaimana berlaku di beberapa negara di Timur Tengah,” katanya.

Kakitangan Kerajaan Kedah kini bebas dari ketakutan

http://www.wartakedah.net/images/ks1.jpg http://www.wartakedah.net/images/ks2.jpg

ALOR SETAR, 10 Mac – Antara manfaat visi Kedah Sejahtera yang diperkenal dan dilaksanakan sejak tiga tahun lalu ialah, pegawai serta kakitangan Negeri Kedah kini bebas dari ‘ketakutan’.

Berucap di majlis perasmian Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera, YAB Menteri Besar Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, dahulu mereka ‘wajib’ menyokong parti yang menjadi anutan kerajaan yang memerintah, namun hal seperti itu tidak lagi berlaku kini.

“Dasar kita ialah siapa sahaja berhak memilih parti yang mereka suka dan kita tak pernah pecat pegawai kerana politik.

“Kita beri jawatan kepada pegawai berdasarkan kelayakannya bukan kerana dia cenderung kepada kita (parti politik),” tegasnya.

Menurut beliau lagi, kerajaan pimpinannya mendokong dasar demokrasi yang dijamin oleh Perlembagaan Negara dan meminta Kerajaan Pusat juga turut menghormati dasar tersebut.

Menteri Besar itu mengambil contoh Australia yang mempunyai persamaan dengan sistem pentadbiran Malaysia menghormati konsep federalisme pusat terhadap negeri.

“Walaupun negeri West Australia diperintah oleh kerajaan yang tidak sealiran dengan pusat tetapi Pusat tetap memberi kerjasama yang baik. Tetapi jika negeri diperintah pihak lain maka pusat tarik dari maka itu bukan demokrasi namanya,” ujarnya.

Menurut Ustaz Azizan, di awal pentadbirannya terdapat amalan tidak demokratik yang mahu menggugat kerajaan yang dipilih oleh rakyat namun berkat doa dari rakyat segala percubaan untuk menjatuhkan kerajaan seperti di Perak tidak berjaya dilakukan.

Beliau bersyukur kerana sepanjang tiga tahun pentadbiran kerajaan pimpinannya pelbagai kejayaan telah dicatatkan. Antaranya ialah pertambahan hasil negeri, pertambahan pelabur dan perpaduan antara rakyat berbilang kaum yang semakin baik.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Speaker DUN Kedah, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pegawai-pegawai kanan kerajaan serta pemimpin masyarakat dari semua peringkat.

Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera yang dianjurkan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah itu diadakan mulai 10 hingga 14 Mac 2011 di perkarangan Stadium Darul Aman.

Hak rakyat dikembalikan kepada rakyat - Skim Al-It'Am oleh kerajaan negeri Kelantan di DUN Salor



YB Dato Haji Husam Musa

YB Dato Haji Husam Musa

YB Dato Haji Husam Musa

YB Dato Haji Husam Musa

YB Dato Haji Husam Musa

video embed:

http://www.youtube.com/watch?v=8YefSM2tOkc&feature=player_embedded

Pemimpin yang durhaka kepada Rabbnya (Tuhannya) dan bertindak zalim kepada rakyatnya menjadi sebab dihancurannya suatu negeri. Allah Ta’ala berfirman,

وَإِذَا أَرَدْنَا أَنْ نُهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا

“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya menaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” (QS. Al-Isra’: 16)

Salor, Kelantan - Lebih 100 orang rakyat di DUN Salor yang terdiri dari warga tua, orang kurang upaya, anak yatim, golongan miskin yang layak telah menerima bantuan beras percuma melalui Skim Al-It'Am kerajaan negeri Kelantan .

Skim Al-It'Am yang dioperasikan oleh kerajaan negeri Kelantan di seluruh DUN dalam negeri kelantan adalah untuk membantu meringankan beban rakyat yang amat memerlukan bantuan dan pembelaan tambahan pula semasa era kenaikan barangan makanan dan minyak serta pelaksanaan kutipan saman ekor.

Bantuan disampaikan kepada rakyat dalam satu majlis ringkas di dalam rutin perjumpaan ramah mesra di antara ADUN Salor, YB Dato Haji Husam Musa dengan rakyat di DUN Salor.

YB Dato Haji Husam Musa yang juga Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan dilaporkan berkata "Ini beras milik rakyat, jadi kerajaan kelantan bertanggungjawab beri semula kepada rakyat yang memerlukan bantuan dan pembelaan tanpa memaksa rakyat untuk mengisi borang untuk menjadi ahli parti PAS dan mendengar ceramah berjam-jam lamanya".

Lebih ramai lagi rakyat kelantan yang akan dapat dibantu oleh kerajaan negeri jika royalti petroleum dikembalikan kepada rakyat kelantan yang berhak menerimanya.

Beliau juga turut menyentuh bahawa Skim Al-It'Am mungkin adalah 1 % dari gerak kerja pelaksanaan awal isi kandungan di dalam buku Jingga Pakatan Rakyat.

Kerajaan pakatan rakyat juga tidak ingin melihat rakyat terus hidup miskin dan susah, malah ingin membantu rakyat hidup berdikari memajukan sosio-ekonomi mereka.

YB Dato Haji Husam Musa juga merujuk kepada Kejatuhan Maharaja Czar di Rusia pada zaman dahulu adalah kerana membuat zalim kepada rakyat sehingga rakyat yang hidup susah kebuluran tanpa makanan manakala pemerintah hidup bermewah-mewah.

YB Dato Haji Husam Musa juga berkata bahawa Kerajaan negeri Kelantan akan terus membela nasib rakyat yang memerlukan merangkumi Rohani dan Jasmani.

www.husammusa.com

KFA sedia timbang Azraai

KETUA Jurulatih pasukan Kedah, Ahmad Yusof bercuti atas kerelaan sendiri, bukan disebabkan arahan atau paksaan daripada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Pengurus pasukan, Datuk Khazali Din berkata, memandangkan Ahmad kini bercuti, persatuan tidak boleh melantik jurulatih baru sehingga tempoh bercuti itu tamat.

“Ahmad mohon untuk bercuti selepas peminat mendesak beliau letak jawatan. Atas pertimbangan sendiri, keputusan itu dibuat untuk redakan keadaan.

“Mungkin selepas cuti beliau tamat, kita akan putuskan kemudian,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat penuh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) semalam.

Bagaimanapun, tempoh bercuti Ahmad tidak dinyatakan, dan pihaknya meminta semua pihak supaya menunggu perkembangan seterusnya.

Khazali berkata, pemilihan jurulatih baru belum dibuat dan perlu penelitian supaya situasi sama tidak berulang selepas pasukan diterajui jurulatih baru.

“Kita akan pertimbangkan mana-mana jurulatih yang berminat mengemudi skuad Hijau Kuning pada masa depan termasuk Azraai Khor Abdullah jika beliau berminat. Buat masa ini, kita sedang teliti siapa yang layak dan tidak terikat dengan mana-mana pasukan,” katanya.

Menurutnya, peminat dialu-alukan memberi cadangan calon jurulatih yang berpotensi, namun keputusan akan dibincangkan KFA.

“Bukan mudah nak pilih jurulatih baru, peminat boleh cadangkan tetapi kenalah lihat latar belakang calon. Keputusan bukan saya yang tentukan, ia diputuskan bersama dalam mesyuarat,” katanya.

Mengulas mengenai desakan penyokong yang mengecam Ahmad apabila prestasi pasukan merosot, Khazali berkata, peminat berhak menyuarakan pandangan.

“Penyokong yang bagus adalah mereka yang memberi pandangan membina dalam cara berhemah, tak perlu kecoh-kecoh supaya tidak kusutkan keadaan. Mereka yang bantah atau buat tunjuk perasaan adalah peminat bola sepak,” katanya.

Ditanya mengenai maklum balas pemain berhubung isu ini, Khazali berkata, sebahagian besar pemain melahirkan rasa sedih dengan keputusan Ahmad, namun akur dengan perubahan ini.

“Ada pemain kecewa sebab beban kemerosotan pasukan ditanggung Ahmad seorang, sedangkan pemain juga terlibat. Semua pihak mengaku ada buat kesilapan dan mahu tanggung bersama, bukan letak atas bahu jurulatih sahaja,” katanya.

Khazali meminta penyokong supaya mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ terhadap sebarang perubahan dalam KFA yang akan dibuat, kerana persatuan masih menjalankan kajian terperinci untuk mencari keputusan terbaik.

laporan Polis terhadap manusia yang hina Nik Aziz

Laporan terhadap JMM

ALOR SETAR - Kira-kira 20 ahli Pas Kuala Kedah membuat laporan polis berhubung kenyataan seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan yang menyamakan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan ketua ajaran sesat Ayah Pin, Ariffin Mohammad.

Laporan terhadap Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaluddin itu dibuat di Balai Polis Anak Bukit, di sini, kira-kira jam 2 petang, semalam.

Setiausaha Pas Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar berkata, kenyataan Farhana bertajuk ‘Imej Nik Aziz sama Ayah Pin?’ yang disiarkan sebuah akhbar mingguan 6 Mac lalu berniat jahat dan cuba menjejaskan imej Nik Abdul Aziz sebagai tokoh politik dan agama sejak hampir lima dekad lalu.

Menurutnya, kenyataan itu memberi gambaran seolah-olah Nik Abdul Aziz dan juga ahli Pas adalah golongan sesat yang perlu dibanteras seperti pengikut Ayah Pin di samping menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan umat Islam di negara ini.

“Kenyataan ini telah memfitnah Tuan Guru Nik Aziz sebagai orang yang mengangkat diri ke tahap yang suci dan tidak boleh ditegur seperti Ayah Pin.

“Sepanjang lebih 40 tahun penglibatan beliau dalam politik, Tuan Guru Nik Aziz sentiasa membuka pintu untuk berbincang dengan pelbagai pihak bagi tujuan mencari kebenaran dan dakwaan ke atas beliau adalah berbaur hasutan,” katanya sewaktu ditemui :Sinar Harian sejurus selepas laporan polis dibuat.

Ridzwan berkata, tindakan akhbar berkenaan yang memberi ruang kepada kenyataan provokatif ini juga amat biadab yang boleh terus menimbulkan pergeseran dan perbalahan dalam kalangan masyarakat.

“Kedua-dua pihak (Farahana dan akhbar berkenaan) perlu disiasat berkenaan dengan kenyataan berbaur hasutan dan menjurus kepada permusuhan.

“Selain itu, Pas Kuala Kedah turut membuat aduan kepada Pejabat Mufti Negeri Kedah kerana menyifatkan kenyataan media itu dibuat oleh individu yang tidak mempunyai autoriti keagamaan.

“Sekiranya tiada tindakan diambil pihak berkaitan, saya sendiri akan mengemukakan saman ke atas kedua-dua pihak terbabit,” katanya.

Sebelum ini, akhbar terbabit menyiarkan laporan bahawa imej Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh disamakan dengan pengamal ajaran sesat, Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.

'BN Kedah gila talak'

KOTA SARANG SEMUT - Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak mempertahankan pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah sejak tiga tahun lalu dan menyifatkan segala tohmahan Barisan Nasional (BN) terhadap Kerajaan Negeri sejak pilihan raya umum (PRU) yang lalu sebagai ‘gila talak’.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah itu berkata, di sebalik keupayaan Kerajaan Negeri PR memerintah Kedah mengatasi jangkaan UMNO dan BN, barisan pembangkang masih memandang rendah kerajaan pimpinannya dan berlagak seperti pemerintah.

Menurutnya, dakwaan Kerajaan Negeri gagal menunaikan manifesto pilihan raya lalu juga tidak benar kerana tindakan penurunan cukai tanah, perbelanjaan wang Kerajaan Negeri dengan lebih berhemah, pembatalan projek loji penapisan minyak di Yan dan tender pembalakan secara terbuka tidak pernah dilakukan UMNO dan BN sebelum ini.

“Dulu UMNO dan BN dengan angkuhnya mengatakan PR tidak akan memerintah lebih tiga bulan, tapi sekarang usia Kerajaan Negeri sudah tiga tahun.

“Dulu UMNO dan BN kata pertumbuhan ekonomi negara Kedah tidak akan melebihi 2.5 peratus. Namun, pencapaian ekonomi negeri membanggakan dan antara empat negeri terbaik di Malaysia. Sekiranya mereka menilai pencapaian kami hanya 2.5 peratus, saya anggap pencapaian mereka hanya 1.5 peratus semata-mata,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Buku Jingga peringkat negeri Kedah di Kompleks Pas, Kota Sarang Semut, semalam.

Turut hadir ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi PKR Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa; Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Lee Guan Aik dan barisan Jawatankuasa Pas, PKR dan DAP negeri.

Azizan berkata, Kerajaan Pusat juga bersandiwara untuk menunjukkan kononnya mereka bersikap prihatin terhadap rakyat apabila pada mulanya sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk membawa pulang pelajar Malaysia yang berada di Mesir daripada krisis negara itu sebelum ini.

Bagaimanapun, mereka bertindak menghantar semula pelajar itu ke Mesir dalam masa sebulan, malah mengecualikan pembiayaan tambang ke atas pelajar yang tinggal di negeri pembangkang.

“Bila berlakunya pemberontakan rakyat terhadap kepimpinan Presiden, Hosni Mubarak di Mesir, mereka cepat-cepat membawa pulang pelajar kita, kononnya bimbang atas keselamatan mereka.

“Bila hendak dihantar pulang semula, mereka serahkan beban itu kepada kita. Tapi tidak mengapa, Kerajaan Negeri tidak ada masalah menanggung pembiayaan tambang penerbangan pulang ke Mesir berserta wang poket RM500 kerana wang sebanyak RM2.5 juta yang digunakan adalah wang rakyat,” katanya.

Azizan berkata, UMNO dan BN turut disifatkannya lebih teruk daripada Jepun kerana mengkritik apa jua pelaksanaan Kerajaan Negeri terhadap rakyat secara konsisten tanpa memikirkan kerelevanan tindakan itu.

“Sebelum ini, bila tarif air dinaikkan 10 sen, banyak orang termasuk pemimpin UMNO dan BN yang beria-ria mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Wisma Darulaman, kononnya Kerajaan Negeri berlaku zalim.

“Kini mereka mula protes tindakan Syarikat Air Darul Aman (Sada) menghentikan khidmat Pos Malaysia sebagai ejen kutipan bayaran bil walaupun Pos Malaysia bertindak menaikkan upah perkhidmatan daripada 70 sen kepada 90 sen bermula bulan ini.

“Atas dasar keprihatinan tidak mahu membebankan rakyat, kami menghentikan khidmat Pos Malaysia. Saya hendak tanya, adakah UMNO dan BN ada kepentingan dengan Pos Malaysia sehingga beria-ria menghentam Kerajaan Negeri?” katanya.

Ditanya dakwaan Kerajaan Negeri akan melaksanakan cukai pintu di pekan kecil setiap daerah dalam masa terdekat, Azizan menjelaskan beliau tidak tahu mengenainya kerana tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat.

Kebanjiran bahan lucahdi internet


Pornografi bukanlah sesuatu yang baru kini, kanak-kanak belasan tahun pun sudah tahu apa itu seks menerusi pelbagai cabang maklumat, sama ada melalui teknologi dari mesin cetak (foto dan gambar hidup) sehinggalah ke video, televisyen satelit dan internet.

Dahulu, bahan lucah ini hanya disebarkan melalui pita video kemudian bertukar kepada cakera padat (VCD), yang mendorong berlakunya penyebaran cerita pornografi ini tersebar begitu cepat.

Kemunculan internet, bahan pornografi pun semakin mudah diperoleh. Kesan daripada perkembangan teknologi maklumat (IT) masa kini, kebanjiran laman web lucah semakin cepat apabila video lucah boleh diakses menggunakan komputer dan telefon mudah alih.

Kesan daripada penyebaran laman web tidak terkawal ini telah mendorong kepada kes-kes jenayah seks yang semakin menjadi-jadi bukan sahaja dalam kalangan orang dewasa, tetapi remaja yang tanpa segan silu membuka laman-laman ini dengan tiada perasaan bersalah sedetik pun, bahkan ada yang saling bertukar-tukar video menerusi Bluetooth sesama sendiri.

Bahan lucah kini bukan sahaja tertumpu pada laman web yang memaparkan video-video terlarang dan 'panas', foto-foto yang mengghairahkan, tetapi juga blog-blog yang menyajikan cara baru menikmati kepuasan menerusi cerita-cerita yang mendorong ke arah seks.

Blog seperti ini antara yang mudah dilayari tanpa sebarang sekatan. Malah, sudah terlalu banyak blog yang sama menjadi pilihan pembaca. Penulisannya pula mengalahkan penulis novel, mampu menulis dengan baik sehingga si pembaca mampu terangsang ketika membacanya.

Kini, bahan lucah bukan sahaja tertumpu pada video dan gambar semata-mata, tetapi juga sebagai medium penting untuk menarik si pembaca menjadi 'pelanggan tetap' laman dan blognya.

Mudah akses kepada laman-laman ini adalah antara faktor perkembangan pornografi dalam kalangan remaja, sungguh mudah hanya dengan menaip kata kunci laman yang diingini dalam enjin carian ratusan laman akan terus terpampang, tanpa perlu kata laluan untuk diakses, sebaliknya pembaca hanya perlu memilih mengikut minat masing-masing.

Keseronokan menonton bahan lucah mendorong individu menjadi gila seks selain perlakuan ini bakal mengundang gejala seks bebas dan seterusnya mendorong kepada perbuatan keji seperti membuang bayi tidak berdosa.

Ada yang mencadangkan agar laman-laman ini disekat untuk mengawal penyebaran bahan-bahan lucah secara berleluasa.

Namun, agak sukar kerana laman-laman ini semakin hari semakin banyak sehingga agak sukar untuk dibendung.

Masa kini, tidak susah untuk kita memperoleh satu produk bagi membantu menjaga aktiviti melayari internet anak-anak dalam pasaran. Hanya dengan membeli perisian antivirus pun sudah mampu membantu kita menjadi 'mata kedua' anak-anak.

Oleh itu, salah satu caranya, ibu bapa hanya perlu memantau aktiviti anak mereka supaya tidak terjebak dalam perbuatan maksiat. Ia sebagai alternatif sendiri di rumah yang mampu menyekat anak-anak daripada menembusi laman lucah.



Perisian curi video si pemilik

"Laman-laman lucah agak sukar untuk dikawal, setiap hari sekurang-kurangnya ada satu laman atau blog lucah yang dicipta, lagipun untuk menyekat laman-laman ini perlu dibuat satu-satu setiap laman yang ada.

"Lagipun, laman lucah bukannya sedikit, ada ratusan ribu laman web dan blog yang sedia ada dari seluruh dunia," kata Pengarah Urusan Meissa Group Sdn Bhd, Rehan Ahmad Jamaluddin, ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

Menurutnya, untuk menyekatnya pula, bukan senang, perlu tahu semua laman web lucah dan blog yang ada, tidak boleh dibuat sewenang-wenang, bimbang akan mengganggu enjin carian lain.

Bagaimanapun, terdapat beberapa antivirus yang mampu menyekat laman web lucah untuk diakses oleh anak-anak di rumah hanya dengan membuat setting dan kata laluan, antaranya seperti Antivirus Eset.

Rehan berkata, rata-rata laman web dan blog ini diwujudkan dengan misi utama untuk mendapat keuntungan bukan saja menerusi bayaran ahli secara bulanan, tetapi menerusi iklan-iklan yang masuk apabila mempunyai sejumlah besar pengunjung laman web mereka.

Aktiviti rakaman video lucah dalam kalangan remaja juga kini semakin berleluasa, ditambah kecanggihan kamera dengan resolusi tinggi HD pada telefon pintar, merancakkan lagi aktiviti merakam dan memuat turun video lucah.

Menurutnya, video lucah yang diperoleh tanpa pengetahuan pemilik ada yang diambil dengan cara tidak sah, iaitu menggunakan perisian tertentu untuk mencari semula fail-fail hilang, lama atau yang telah diformat, tidak kiralah sama ada di telefon bimbit mahupun komputer yang telah rosak atau dijual semula oleh pemiliknya.

Sebanyak 85 peratus daripada pemacu cakera masih boleh didapati semula hanya dengan menggunakan perisian antaranya get data back, activate file recovery, on track easy recovery proffesional dan PC I File recovery, jika data tersebut tidak diformat sepenuhnya. Namun, jika dirakam menggunakan telefon bimbit agak sukar untuk dipadamkan.

Youtube adalah antara laman sesawang yang menjaga polisi laman daripada dicemari dengan video-video lucah keterlaluan. Jika adapun yang dimuat turun pasti akan dipadam serta-merta apabila dikesan pihak pengurusan Youtube.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...