TERKINI :

Thursday, March 10, 2011

P'raya: Najib keterlaluan, seolah ajak rakyat ke jalan raya

KUALA LUMPUR, 10 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kini dilihat semakin keterlaluan sehingga seolah-olah telah mengundang rakyat mengalihkan tumpuan daripada pilihan raya kepada demonstrasi ke jalan raya.  

Sehubungan itu, Badan Bertindak Demokrasi PAS dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) II menuntut pihak pemerintah supaya mengadakan pilihanraya yang adil di negara ini. 

Pengerusi Badan Bertindak Demokrasi PAS, Mohamad Sabu menegaskan, Perdana Menteri perlu menilai kembali segala tindakan yang telah dilakukannya dalam perjalanan pilihanraya di negara ini agak benar-benar berada pada landasan demokrasi. 
 
Menurut beliau, tujuan tuntutan pilihanraya yang adil dibuat supaya setiap keputusan pilihanraya akan dapat diterima oleh seluruh rakyat negara ini. 

Katanya, namun keadaan hari ini berada di sebaliknya. Setiap keputusan pilihan raya amat meragukan semua pihak terutama pembangkang kerana ia dijalankan tanpa keadilan.

"Pihak Umno BN yang memerintah bukan sahaja mempergunakan segala jentera kerajaan dengan sewenang-wenengnya, tetapi juga turut mengawal dan memaksa SPR supaya memihak kepada Umno BN dalam pelbagai aspek," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Disebabkan keadaan itu, menurut beliau, hak-hak pihak pembangkang dinafikan sama sekali oleh pihak pemerintah dalam perjalanan pilihanraya di negara ini sama ada pada pilihanraya umum, pilihanraya negeri dan pilihanraya kecil.

"Terbaru, perkara itu boleh dilihat dalam perjalanan pilihanraya dan kempen pilihan raya kecil Dun Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu yang jelas memperlihatkan tindakan SPR yang dikawal oleh Umno BN sehingga seratus peratus memihak kepada Umno BN.

"Dalam masa yang sama, pihak pembangkang pula ditekan dengan pelbagai peraturan yang bukan-bukan termasuk dilarang mengadakan pondok panas dan pemasangan bendera parti. Kesemua itu bertujuan untuk memberikan kemenangan kepada BN," katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Menyentuh tentang perjalanan pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi yang turut memperlihatkan beberapa peraturan baru diperkenalkan SPR, beliau mengatakan kesemua itu jelas menunjukkan sikap SPR yang tidak profesional dan adil dalam melaksanakan perjalanan pilihanraya di negara ini.

Menerusi peraturan baru itu, SPR akan membenarkan tempoh berkempen selama 7 hari sahaja. Antara alasan yang diberikan pula termasuklah disebabkan kebimbangan SPR dengan kemungkinan tindakan provokasi oleh pihak pembangkang yang jelas tidak masuk akal.

"Dalam kita menuntut supaya tempoh kempen dipanjangkan kepada 3 minggu, SPR pula membuat peraturan baru seperti itu. Ini jelas memperlihatkan sikap perlawanan SPR dengan pembangkang, pada hal tuntutan kita itu adalah untuk keadilan dalam pilihanraya.

"Dengan tempoh kempen sependek itu, apa yang pembangkang boleh buat? Pembangkang sudahlah tidak diberikan ruang bersuara menerusi media kerajaan dan media arus perdana, tidak banyak wang pula.

"Jadi kesemua itu adalah untuk memberikan keuntungan dan kemenangan kepada Umno BN yang memerintah dengan cara yang cukup jelas dan terang-terangan," katanya.

Dengan itu juga, tegasnya, bagaimana rakyat boleh bertahan yang tentunya akan memaksa rakyat berpilihanraya ke jalan-jalan raya nanti seperti yang telah berlaku di Mesir dan Libya.  

Turut hadir pada sidang media itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Syed Azman Syed Mohd Nawawi dan calon PAS Dun Merlimau yang baru lalu, Yuhaizad Abdullah.

Emel 1M'sia: Rakyat diajak selamat wang rakyat

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok masih berang dengan jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak terhadap satu soalan di Parlimen bahawa kerajaan membelanjakan RM63,000 untuk menghantar emel ucapan "Salam 1Malaysia" kepada 1.25 juta rakyat Malaysia.

NONESebelum ini, ahli parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan bertanya kepada Najib di Parlimen semalam tentang e-mel yang dihantar kepada rakyat Malaysia pada awal pada Februari, bersama-sama dengan ucapan SMS Tahun Baru Cina.

Dalam jawapan bertulisnya, Najib berkata empat juta SMS yang dihantar disediakan secara percuma oleh tiga syarikat-syarikat
telekomunikasi - DiGi Bhd, Maxis Bhd dan Celcom Bhd - sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat mereka.

Syarikat yang mengendalikan penghantaran emel berpangkalan di Amerika Syarikat.

Sehubungan itu, Teresa yang juga pengerusi DAP Selangor, mengingatkan Najib bahawa bajet yang diperuntukkan oleh menteri kewangan (Najib) kepada Najib sebagai perdana menteri, bukanlah dana peribadinya, tetapi wang pembayar cukai, yang perlu diuruskannya dengan cermat untuk kebaikan semua rakyat Malaysia, dan bukannya syarikat terpilih sahaja.

NONEBeliau yang juga exco kerajaan Selangor turut mendakwa bahawa Najib telah menganugerahkan kontrak menghantar emel kepada pihak ketiga, Lyris Inc, yang merupakan syarikat pemasaran teknologi yang berpangkalan di California.

Teresa mendakwa, tiada proses tender terbuka, tetapi nama syarikat terbabit, boleh dilihat dengan mengklik pada pautan 'tidak melanggan' (unsubscribe) pada emel.

Sehubungannya, beliau menggalakkan orang ramai mengklik 'tidak melanggan' (unsubscribe) senarai penghantaran 'Salam 1Malaysia' bagi menyelamatkan wang pembayar cukai serta untuk menghantar satu mesej protes terhadapnya.

PKR balas serangan Gobala, 'dedah' cek RM1.4j


Selepas 'diserang' ahli parlimen Bebas dari Padang Serai, N Gobalakrishnan di Parlimen semalam, PKR 'menyerang balas' hari ini dengan mendakwa bekas rakan seperjuangan mereka itu telah dibayar untuk meninggalkan parti pembangkang dan menyerang kepimpinannya.

NONEPKR mengulangi pendiriannya bahawa tindakan wakil rakyatnya keluar parti, adalah didorong oleh insentif mewah yang tidak mungkin mereka perolehi jika kekal di dalam parti itu.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution (kanan) menyifatkannya sebagai satu godaan yang mendorong mereka menjadi mangsanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, beliau berkata, mereka ini kemudiannya mencipta pelbagai alasan yang tidak berasas untuk menjustifikasikan pengkhianatan mereka itu.

Begitu juga, kata Saifuddin, dengan ahli parlimen Padang Serai yang juga keluar dari parti itu.

NONEYang anehnya, dakwa beliau, secara tiba-tiba, Gobalakrishnan dapat membayar pajakan RM1,402,250 untuk Embun Megah Sdn Bhd dialamatkan 1525, Kulim Height 3, Kulim Golf and Country Resort Kedah - yang didakwa Saifuddin milik ahli parlimen itu - kepada Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad.

Bayaran itu, dakwanya lagi, telah dibuat melalui dua cek lewat tarikh Bank Hong Leong Bank - satu bertarikh 12 Januari 2011 berjumlah RM700,000 dan yang satu lagi bertarikh 15 Mac 2011 berjumlah RM701,250, kata Saifuddin, sambil menunjukkan salinan fotokopi cek tersebut kepada pemberita.

TERAS SOKONG KERAJAAN KEDAH TIDAK KELUAR LESEN JUDI UNTUK PREMIS BARU

Kenyataan Media TERAS Pengupayaan Melayu
10hb Mac 2011
TERAS SOKONG KERAJAAN KEDAH TIDAK KELUAR
LESEN JUDI UNTUK PREMIS BARU

TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS) ingin menyatakan sokongan dan mengalu-alukan dasar kerajaan Kedah yang tidak mengeluarkan lesen untuk premis judi dibawah kerajaan Pakatan Rakyat.

Dasar ini wajar disokong kerana rakyat Kedah tidak harus didedahkan dengan industri yang boleh membawa kesan negatif kepada masyarakat.

TERAS ingin menyatakan pendirian tegasnya bahawa judi bukanlah suatu yang didokong oleh semua masyarakat bukan Islam.

Dalam penemuan TERAS memang ramai warga masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam yang menolak industri ini kerana ia jelas memberi kesan yang buruk kepada masyarakat dalam berbagai aspek.

Judi , tidak kira berskala kecil atau besar tetap memberi kesan kepada kestabilan keluarga , motivasi kerja , kadar jenayah sosial , keutuhan ekonomi masyarakat serta juga kepada nilai hidup indvidu.

Sebab itu judi perlu dibentaras dalam masyarakat secara lebih menyeluruh kerana kestabilan sosio-ekonomi dan budaya masyarakat perlu dipertimbangkan agar tidak menjadi mangsa kepada ketagihan judi.

Pada analisis akhir , membiarkan masyarakat terdedah dan rela untuk berjudi adalah suatu pengabaian terhadap tanggungjawab sosial dipihak pemerintah sendiri.

TERAS membantah dengan keras kenyataan Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek yang beria-ia untuk mempertahankan hak orang bukan Islam untuk berjudi. Soalnya untuk apa Chua mahu membenarkan orang bukan Islam merosakkan kehidupan mereka hanya kerana beliau berpegang bahawa berjudi adalah hak yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan warga negara ini untuk berjudi.

Chua berniat jahat untuk cuba memburukkan imej kerajaan negeri Kelantan pada kacamata orang bukan Islam seolah-seolah kerajaan Kelantan mahu memaksakan perlaksanaan Islam ke atas orang bukan Islam dinegeri tersebut.

TERAS mempersoalkan atas asas apa Chua mengatakan orang bukan Islam mahu berjudi dan hak berjudi mereka mesti dipertahankan.

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab , TERAS berpendapat , kerajaan mesti memberi kepentingan kepada rakyat supaya hidup dengan budaya yang sihat dan tidak terlibat dengan budaya berjudi yang merosakkan.

Dalam kajian TERAS rakyat Malaysia berbelanja tidak kurang dari RM10 bilion setahun untuk berjudi dalam judi yang berlesen . Ini tidak termasuk dalam judi tidak berlesan.

Kesan yang jelas ialah pemilik dan pengusaha industri judi mengaut keuntungan berlipatkali ganda sedangkan mereka yang terperangkap dengan ketagihan judi menanggung penderitaan yang pelbagai kerana menghadapi masalah untuk melunaskan bayaran kerana kalah judi .

TERAS mengesa pihak kerajaan negeri Kedah memantau premis yang menjalankan judi tidak berlesan yang semakin berleluasa tumbuh kebelakangan ini..

TERAS juga dalam masa yang sama mengesa supaya Kementerian Kewangan bertegas untuk menghadkan pengeluaran lesen judi dan mengujudkan rancangan untuk akhirnya menghapuskan pengeluaran lesen judi .

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

019-4744856

Lupa kita ni hamba

http://paklongonline.blogspot.com

Salam semua...

Pisang yang masak ranum belakang rumah pun terlupa nak tebang, burung ngan tupai buat kenduri sakan dah. Maklum saja la, dah mai beralih umoq ni lagu tu laa... haha... Lagi pun dunia moden cabaran pun dah lain, dunia yang siap atoq kerja buat kita. Memanjangnya sibuk, semedangnya lupa walaupun masih muda belia... haha...

Lupa nak tebang pisang tu tak pa lagi, habih sangat Mak Long hang tarik muka saja... tapi kalau lupa diri kita ni hamba sapa, cempegha habih hidup kita. Kalau lupa rezeki kita ni ihsan Tuhan, maka jadilah kita ni binatang belaan. Kalau lupa pulak Tuhan tu ada dan Maha berkuasa, sah sah boleh ganti Fir'aun la kita... haha...

Kita kena sedaq diri kita ni sapa, kena ingat sapa yang bagi rezeki kat kita dari langit dan bumi... kena paham sapa pulak yang punya penciptaan, pendengaran dan penglihatan. Sapa pulak mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan sapa pulak yang atoq segala urusan.

Pak Long nak peringat ni bukannya apa, dalam kita dok kalut ligan dunia... takut takut kita terlupa yang kita ni sebenaqnya hamba pada yang Esa. Wajib tau hamba mengingati Tuhannya. Dalam kita dok terkejut habuan dari wakil rakyat mati ni, takut takut pulak kita terlupa rezeki ni Tuhan yang bagi. Wajib tau hamba mengsyukuri nikmat Tuhannya. Dalam kita dok sibuk sibuk sengeh... tengok Anwar kena belasah kes liwat II dia, takut takut la kan kita terlupa Tuhan itu Maha berkuasa. Wajib tau hamba mengEsakan keAgongan Tuhannya... haha...

Pak Long nak pi tebang pisang sat sebelum lupa lagi... addehhh...

Wassalam...

Najib dan Mubarak: Persamaan yang ketara

Terdapat persamaan yang luar biasa antara pemerintahan autoritarian selama 30 tahun di Mesir oleh Hosni Mubarak dan pemerintahan menindas selama 53 tahun oleh Najib dan Barisan Nasional ke atas Malaysia. Perdana Menteri Najib menggunakan cara-cara yang sama dengan Mubarak dalam usahanya untuk mengekalkan kuasa BN ke atas negara kita.

Antara persamaannya adalah: pergantungan kerajaan atas suatu sistem polis yang agam untuk menumpaskan pihak Pembangkang; kawalan ketat ke atas media cetak dan televisyen; tahanan tanpa bicara yang bermotifkan politik; keadaan darurat berdekad yang tidak dibatalkan; sistem kehakiman yang berat sebelah dan berpihak kepada kerajaan; pilihan raya yang tidak bebas ataupun adil. Seperti Mubarak dan Parti Demokratik National (NDP), Najib dan Barisan Nasional (BN) telah secara konsisten menggunakan apa-apa cara, walaupun jahat, untuk terus kekal berkuasa.

Tetapi yang amat ketara, kedua-dua Mesir di bawah perintah Mubarak dan Malaysia di bawah Najib, dari masa ke semasa mengheret pesaing politik ke Mahkamah untuk menghadapi tuduhan jenayah yang direka-reka. Objektifnya adalah untuk menghancurkan pesaing politik secara politik dan peribadi, dan oleh demikian menghapuskan ancaman kepada pemerintahan mereka. Rejim-rejim yang tidak bertoleransi dengan pasti akan menggunakan kaedah seperti ini kerana mereka tidak mempunyai pertimbangan keadilan dan tidak memedulikan kedaulatan undang-undang.

Dalam penganiayaan kehakiman yang sekarang berlangsung keatas Ketua Pembangkang nasional Anwar Ibrahim, Najib dengan ketara mencerminkan Mesir semasa di bawah Mubarak. Serangan mempergunakan sistem kehakiman ke atas Anwar yang ingin membawa perubahan dimulakan oleh pemerintah kuku besi Mahathir Mohamad dalam tahun 1998. Mahathir telah baru-baru ini menerbit sejilid memoirnya yang menipu dan tidak wajar bagi seorang bekas Perdana Menteri. Lebih satu dekad kemudian, Kerajaan Najib menggunakan taktik yang sama sahaja.

Mubarak dengan terkenalnya menggunakan mahkamah Mesir untuk memenjarakan Ayman Nour, pemimpin Parti El Ghad (Parti Esok). Ayman Nour adalah seorang pemimpin pembangkang yang utama dan merupakan pesaing Mubarak dalam pilihanraya Presiden tahun 2005. Berikutan suatu perbicaraan yang rata-rata dikecam dan farsa, Ayman Nour dipenjarakan selama lima tahun dengan kerja berat. Persamaan dengan pendakwaan Anwar yang sekarang berlangsung adalah amat ketara.

Rakyat Malaysia, bersama dengan dunia, berasa girang melihat melihat pemergian penzalim Mubarak dan kemenangan rakyat Mesir. Sekarang, kita mengalukan hari yang cemerlang apabila rakyat Malaysia mengakhiri pemerintahan membazir, lembap dan menindas Barisan Nasional dan pemimpinnya Najib Razak. Pemerintahan Barisan Nasional yang mencerminkan pemerintahan Mubarak ke atas Mesir, mesti berakhir. Untuk kebaikan negara, Barisan Nasional perlu disingkirkan.

*Kenyataan media oleh N. Surendran (gambar kiri) selaku Naib Presiden Parti KeADILan Rakyat.

http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11627

Larangan JUDI : Antara DAP & MCA.. UMNO tetap jilat MCA..!!

Larangan judi: Beza DAP, MCA, PAS dan Umno

APABILA Chua Soi Lek mengambil langkah untuk menyaman Kerajaan Negeri PAS Kelantan di dalam isu mengharamkan judi, terfikir pula oleh saya apa tindakan Umno selanjutnya?

Kita tahu bahawa beberapa pemimpin DAP juga menentang tindakan Kerajaan Negeri PAS di bawah Tuan Guru Nik Aziz di dalam isu tersebut, tetapi tidak seorang pun pemimpin DAP yang menentang sehingga ke tahap mahu menyaman Kerajaan Negeri.

Itu beza MCA dan DAP walaupun mereka kebanyakan dari bangsa dan agama yang sama. Tetapi oleh kerana MCA berkawan dengan Umno, dan DAP pula berkawan dengan PAS maka itulah bezanya pendekatan mereka. Bukan susah untuk difahami mengapa mereka menentang tindakan Kerajaan Negeri Kelantan tersebut. Pertamanya, mereka Non Muslim dan sudah tentu mereka tidak tahu apa yang Islam mahu capai dengan langkah pengharaman tersebut. Keduanya, mereka berhujah dari segi Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada iaitu kebebasan kepada Non Muslim.

DAP walaupun menentang tetapi masih boleh Kerajaan Negeri runding dan beri kefahaman agar mereka faham aspek perlaksanaannya serta kesan dari larangan tersebut. Ertinya, DAP tidak menentang secara mutlak. Tuan Guru Nik Aziz juga telah membuat kenyataan untuk berjumpa dengan kepimpinan DAP agar mereka memahami tentang hukum ini kepada orang Islam. Berbeza dengan pemimpin MCA, mereka menentang secara mutlak iaitu bercadang untuk menyamannya tanpa meminta penjelasan atau keterangan terlebih dahulu daripada Kerajaan Negeri. Jika mahu ditafsirkan siapa `Kafir Harbi' di sini, saya tidak berani huraikan.

Langkah MCA ingin menyaman Kerajaan Negeri di dalam isu ini tidak ubah dengan cara Mahathir yang pernah mengutus surat kepada Kerajaan Negeri Kelantan dahulu agar tidak melaksanakan Hukum Hudud di negeri tersebut. Kedua-duanya sama iaitu menentang hukum Islam secara mutlak. Bezanya, Mahathir itu mengaku Islam dan Chua Soi Lek adalah Non Muslim. Sekeras-keras teguran dari DAP adalah dari Karpal Singh suatu ketika dahulu di mana beliau pernah berkata, 'langkah mayat saya dahulu jika mahu Hudud dilaksanakan'.

Di dalam konvensyen PR baru-baru ini, Karpal menyebut perkataannya itu adalah di luar konteks sebenar. Beliau mengambil pendirian terbaru bahawa DAP bersedia untuk berbincang dengan PAS berkaitan hukum Islam. Pendirian terbaru DAP ini tidak dihebahkan oleh media pencacai melainkan sering mengungkit kenyataan lama Pengerusi DAP tersebut. Oleh itu, tindakan Tuan Guru Nik Aziz yang sanggup berbincang dengan DAP di dalam isu ini adalah selaras dengan apa yang Karpal Singh suarakan.

Chua Soi Lek berani berbuat demikian kerana beliau beranggapan bahawa haramnya judi itu adalah kehendak PAS semata-mata, sedangkan itu bukan kehendak PAS tetapi itu adalah perintah Allah. Mengapa Chua Soi Lek tidak faham? Jawapannya mudah, kerana beliau berkawan dengan Umno dan Umno tidak memaklumkan kepadanya tentang hukum berjudi di dalam Islam. Bahkan, Umno sebagai tunjang kerajaan pusat meluluskan lesen judi terbesar di genting dan pernah bercita-cita untuk melaksanakan judi bolasepak Piala dunia baru-baru ini. Oleh yang demikian, pemimpin di dalam MCA dan Gerakan atau MIC menganggap judi dibenarkan di dalam Islam kerana Umno sendiri redha dan pemimpin dan ahli Umno semuanya mengaku Islam. Pada fikiran Chua Soi Lek, jika Umno yang Islam kata boleh mengapa PAS yang Islam juga kata tidak boleh? Justeru itu, siapa yang menyesatkan siapa? Jangan nanti Chua Soi Lek mahu agar hubungan seks bebas atau oral seks dibenarkan kerana itu hak mereka yang Non Muslim.

Kepada Kerajaan Negeri Kelantan, teruskan usaha tersebut di dalam masa yang sama terangkan kepada mereka bahawa hukum Islam ini menjamin keharmonian semua. Biarlah Umno pula menerangkan kepada sekutu mereka dari MCA, Gerakan dan MIC tentang hukum berjudi di dalam Islam pada pandangan Umno. Adakah berjudi itu `halal' bila berlesen dan `haram' bila tidak berlesen, biarlah pemimpin Umno terangkan. Persoalannya, mampukah pemimpin Umno terangkan tentang Islam kepada sekutu mereka itu sedangkan isteri sendiri pun tidak tahu hukum menutup aurat.

Sila berikan respons / maklumbalas anda di wfauzdin.blogspot.com

Mahathir Diktator Demokrasi


http://www.nma.gov.au/shared/libraries/images/temporary_exhibitions/cartoons/leaders/034_mahathir/files/2028/nma.img-cu20030034-000_262.jpg
Sepanjang pembacaan saya mengenai Dr Mahathir Mohamad hanya dua perkara saja yang beliau mengaku (bersalah), pertama gagal membangunkan Kampung Baru, Kuala Lumpur dan kedua gagal mengubah sikap orang Melayu.

Selain daripada itu Mahathir berjaya melaluinya. Orang yang menandang Mahathir dengan mata sebiji akan berpuas hati dengan Mahathir dan akan mengangungkan bekas PM keturunan asal Krala, India itu setinggi bangunan KLCC.

Orang tidak tahu Mahathir menipu dalam politik, memperdayakan banyak orang untuk menjadi kerbau dan lembu pawah kepadanya. Selama 22 tahun jadi PM, dalam tempoh selama itu Mahathir melakukan apa saja yang dia suka. Mahathir adalah si diktator demokrasi di Malaysia.

Dengan kuasa yang mengakar tunjang beliau melakukan apa saja. Dengan politik perangkap dan memerangkap dan mencagarkan projek (wang) beliau utuh mempergunakan penyokongnya untuk menjadi hantu dan syaitan.

Orang yang memuja Mahathir hari ini adalah orang yang menerima jasa dan kebendaan rasuah dari Mahathir. Sokongan dan pemujaaan itu diteruskan oleh anak cicit penerima rasuah Mahathir hingga ke hari ini.

Saya atau sesiapa tidak menerima rasuah Mahathir akan membenci Mahathir dari sudut-sudut yang boleh dibencikan. Misalnya mengenai usaha dan pengorbanan Mahathir untuk agama, untuk menyatukan Melayu atau membantu orang miskin. Di zaman Mahathir negara kaya, tetapi rakyat miskin. Inilah yang hendak diatasi oleh Najib apabila PM itu mengumumkan berbagai projek rakyat yang belum pasti akan dicapai dalam masa terdekat.

Hari ini Mahathir terloncat-loncat bercakap mengenai kuasa Melayu akan hilang, apakah dia tahu semasa dia jadi PM apa yang dilakukan untuk mengukuhkan perpaduan Melayu. Ramai orang tidak tahu punca kenapa Pas ditendang dari BN ialah atas cadangan dan desakan Mahathir! (Saya akan cerita kemudian versi Mahathir cadang agar Pas dipecat dari BN ini. Selama ini orang ingat Hussein Onn yang bersalah).

Kerana kehebatan - lama berkuasa dengan menggunakan tipu daya yang licit, orang percaya Mahathir jujur dan ikhlas. Mahathir tidak berbohong dan tidak menipu. Memang orang Melayu akan mempercayai kepada orang kaya dan berkuasa daripada orang miskin yang jujur dan papa. Mahathir memahami psikologi ini terus meliwat bangsa Melayu.

Tetapi hakikatnya adakah Mahathir begitu, ikhlas, jujur dan baik? Kerana beliau sudah tua bukan alansan untuk tidak menghina Mahathir. Selagi dia bercakap maka kita akan bercakapan mengenai dirinya. Walaupun Mahathir sudah tidur di liang lahad kejahatan dan kebejatannya akan dituturkan kalau tidak kuat pun perlahan.

Dalam memoirnya beliau turut menceritakan perihal Tengku Razaleigh Hamzah. Katanya anak raja itu tiak dapat jadi PM kerana tidak sabar. Kata Mahathir kalau Tengku Razaleigh sabar, sudah pasti dia akan ganti Musa menjadi TPM, bila Musa berhenti?

Betul ke begitu dan ikhlaskah Dr Mahathir ke atas Tengku Razaleigh? Saya tidak percaya samalah dengan beliau tidak percayanya beliau kepada Tengku Razaleigh. Kalau Mahathir ikhlas terhadap Razaleigh dia boleh membantu dan menebusnya. Bersambung... [wm.kl.11:09 am 10/03/11][Mohd Sayuti Omar]

5 rumah, kedai makan rosak akibat ribut


Norshakinah Shaari bersama penduduk kampung membersih kawasan kedai makan miliknya selepas dipukul ribut di Kampung Titi Tok Diah, Kubang Pasu, kelmarin.


KUBANG PASU 9 Mac - Lima rumah dan sebuah kedai makan di Kampung Titi Tok Diah dan Kampung Permatang Bonglai Kecil di sini rosak teruk akibat dilanda ribut, semalam.

Peniaga kedai makan, Norshakinah Shaari, 34, berkata, bahagian bumbung di kedai makan miliknya diterbangkan angin selepas ribut melanda kawasan Kampung Titi Tok Diah, kira-kira pukul 5 petang semalam.

"Sewaktu ribut melanda kampung ini, saya dan anak saya berusia tujuh tahun berada di dalam rumah kami yang terletak kira-kira 200 meter dari kedai makan milik saya.

"Tidak sampai 10 minit saya dengar bunyi bumbung runtuh dan ketika itu saya sangat takut dan tidak berani keluar dari rumah," katanya ketika ditemui di Kampung Titi Tok Diah, di sini hari ini.

Menurutnya, selepas ribut itu reda, barulah dia keluar untuk melihat apa yang berlaku di luar rumahnya itu.

"Bumbung kedai makan saya roboh dan sebuah kerusi tersangkut di atas pokok mangga yang terletak kira-kira lapan meter dari kedai makan saya.

"Ribut ini berlaku dalam tempoh 10 minit sahaja dan saya kerugian kira-kira RM10,000 akibat kejadian ini," ujarnya.

Seorang mangsa, Mariah Omar, 44, berkata, anak perempuannya yang berusia enam tahun, Syafiqah Che Omar nyaris cedera apabila atap asbestos di bilik utama rumahnya di Kampung Titi Tok Diah runtuh dalam kejadian itu.

"Anak saya sedang tidur terus terjaga selepas terdengar bunyi benda jatuh dan mendapati atap asbestos dan serpihan konkrit di sekeliling kepalanya.

"Dia kemudiannya berlari mendapatkan saya yang ketika itu berada di dapur dan saya terus menjerit meminta suami mengambil seorang lagi anak saya yang ketika itu berada di ruang tamu," katanya.

Tambahnya, kejadian ribut yang pertama kali merosakkan rumahnya itu dianggarkan melibatkan kerugian melebihi RM4,000.

Dalam pada itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kubang Pasu, Mohd. Shabberi Othman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan bantuan diberikan mengikut nilai kerugian dalam masa terdekat.

Berak di Negara Depa.. Mai buang Taik di Negara Kita..!!

KENYATAAN MEDIA KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

10 Mac 2011 (Khamis)

"Rare Aerth Plant di Pahang"

1. Penduduk sekitar daerah Kuantan dan Gebeng sekali lagi terdedah kepada ancaman sisa radioaktif yang bakal terhasil apabila sebuah Syarikat Australia Lynas Corp. akan membina Pusat Pemprosesan Tanah Jarang [ rare earth ] yang terbesar di dunia dengan nilai RM 700 juta.

2. Kilang serupa pernah cuba dibina di Bukit Merah Negeri Perak pada tahun 80an [ 82 - 87 ] yang lalu, namun mendapat bantahan hebat dari pelbagai pihak kerana ia memberi kesan buruk kepada kesihatan penduduk seperti cancer, leukemia, cacat malah ada yang meninggal dunia. Sekarang mereka membinanya pula di Pusat Industri Gebeng Kuantan Pahang yang letaknya tidak jauh dari kawasan penempatan awam yang besar di daerah Balok , Beserah dan Pelindung.

3. Malangnya Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia, Raja Abdul Aziz Raja Adnan mengatakan kesan radiasinya rendah dan selamat. Persoalannya, jika proses menapis tanah jarang [ rare eart ] ini tidak memberi kesan kepada kesihatan penduduk, kenapa ia dilombong di Mount Weld Australia dan tidak sahaja ia diproses di Perth Australia ? kenapa perlu pindahkan ke Gebeng Kuantan melepasi 2500 km jauh jaraknya.

4. Saya difahamkan seorang pengamal perubatan dan ahli toksilogi, Dr Jayabalan A Thambyappa, yang pernah merawat beberapa pesakit di Bukit Merah, beliau sendiri kurang yakin dengan kenyataan itu. “Perkataan 'rendah' adalah semata-mata persepsi - ia adalah karsinogen,”

5. Saya melihat projek seperti ini sangat mengundang risiko kepada tahap kesihatan masyarakat kita kerana Pusat Industri Gebeng letaknya berhampiran dengan Taman Perumahan penduduk . Sisa buang yang akan tersalur ke sungai akan memberi kesan radioaktif kepada masyarakat. Apakah seluas - luas gurun di Australia tidak mencukupi untuk membina kilang seperti ini jika ia benar - benar didakwa selamat.

6. Berikut adalah kronologi penetangan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Ipoh sehingga penutupannya pada 19 Januari, 1994.

1979

November: Syarikat Asian Rare Earth (ARE) dibentuk untuk mengekstrak itrium ( sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit. Pemegang saham utamanya ialah Mitsubishi Chemical Industries Ltd (35%), Beh Minerals (35%), Lembaga Urusan dan Tabung Haji (20%) dan beberapa peniaga bumiputera (10%). Pihak ARE telah mendapatkan pandangan dari Pusat Penyelidikan Atom Tun Dr. Ismail (Puspati), Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar mengenai sisa buangan radioaktif yang dihasilkan melalui pemerosesan monazit. Adalah diputuskan, sisa buangan itu yang menjadi milik kerajaan Negeri Perak akan disimpan kerana berpotensi sebagai sumber tenaga nuklear.

1982

Jun: Penduduk Parit, Perak mendapat tahu kerajaan telah memilih kawasan seluas sembilan ekar, kira-kira 6 km dari penempatan mereka untuk dijadikan tapak penimbunan sisa radioaktif syarikat ARE.

30 Jun: Ekoran bantahan hebat daripada jawatankuasa penduduk serta lain-lain pertubuhan politik dan sosial, kerajaan membatalkan cadangan itu dan kemudian mula mencari tapak baru.

11 Julai: Kilang ARE mula beroperasi di KM 7.2, Jalan Lahat di Bukit Merah.

1983

November: Penduduk Papan (kira-kira 16 km dari Ipoh) mendapat tahu ARE sedang mengorek lubang berhampiran tempat kediaman mereka untuk dijadikan tapak buangan sisa radioaktif. Tapak itu merupakan pilihan kerajaan

1984

24 Mei: Kira-kira 6,700 penduduk Papan dan pekan-pekan yang berhampiran menandatangani satu surat bantahan dan menghantarnya kepada Perdana Menteri, Menteri Besar Perak, Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

31 Mei: Seramai 200 penduduk Papan membantah tapak pembuangan yang dicadangkan. Mereka menyekat jalan yang menuju ke tapak itu.

5 Jun: Perdana Menteri berkata, kerajaan telah mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatannya dan menegaskan pembinaan tapak buangan radioaktif di Papan akan diteruskan.

18 Jun: Kira-kira 300 penduduk Papan sekali lagi mengadakan tunjuk perasaan sebagai membantah tapak buangan yang dicadangkan.

28 Jun: Menteri Sain, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Amar Stephen Yong berkata, tapak buangan Papan adalah selamat kerana dibina mengikut piawaian yang ketat. Beliau mencabar pengkritik supaya membuktikan tapak itu boleh mengancam kesihatan dan alam sekitar. Sementara itu, ARE meneruskan operasinya dengan menimbun sisa torium di sebuah kawasan terbuka dan kolam berhampiran kilang itu.

1 Julai: Kira-kira 3,000 penduduk termasuk wanita dan kanak-kanak mengadakan tunjuk perasaan secara aman sebagai membantah tapak buangan tersebut.

4 Julai: Seramai 2,000 orang penduduk terus mengadakan tunjuk perasaan meskipun Ketua Polis Perak memberi arahan supaya bersurai.

18 Julai: Pembentukan Jawatankuasa Bertindak Bukit Merah, terdiri daripada penduduk Bukit Merah, Lahat, Menglembu dan Taman Badri Shah, sebagai tanda sokongan kepada penduduk Papan. Sahabat Alam Malaysia (SAM) menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri memaklumkan paras radiasi yang tinggi telah dikesan dikawasan kolam terbuka berhampiran kilang ARE di Bukit Merah. Satu bacaan yang dicatat oleh pegawai-pegawai SAM sewaktu berkunjung ke situ ialah 43,800 milirem/tahun. Paras ini melebihi 88 kali paras maksimum yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa bagi Perlindungan Radiologi (ICRP) untuk orang ramai.

29 Ogos: Michael O ‘Riordan dari Lembaga Perlindungan Radiologi Kebangsaan British dijemput oleh kerajaan untuk memeriksa tapak buangan toksik di Papan.

19 September: Sekumpulan tiga orang dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengunjugi tapak buangan di Papan atas jemputan kerajaan Malaysia. Mereka mengisytiharkan tapak buangan itu tidak selamat.

5 Oktober: Dr William Cannell, seorang ahli fizik dan penganalisis kesihatan menerima jemputan penduduk Papan untuk melawat tapak buangan tersebut. Hasil pemerhatian beliau mendapati kerja-kerja kejuruteraan yang dijalankan oleh syarikat terbabit sangat buruk.

21 Oktober: Seorang pakar dari Amerika dan bekas ahli jawatankuasa Akademi Sains Kebangsaan Amerika bagi kesan-kesan Biologi Radiasi Mengion (BEIR), Dr Edward Radford, atas jemputan penduduk Papan, membuat tinjauan di tapak buangan sisa itu. Beliau dapati tapak itu tidak sesuai sementara lubang-lubang yang digali mempunyai dinding yang nipis atau sudah merekah.

7 November: Seorang pakar buangan sisa industri dari Jepun, Dr. Jun Ui, menerima jemputan penduduk Papan untuk memeriksa tapak buangan ARE. Beliau juga mendapati tapak itu tidak sesuai dijadikan kawasan penimbunan sisa berbahaya.

28 November: Kabinet membincangkan laporan-laporan yang diserahkan oleh dua badan kawalan. Laporan yang dikemukan oleh Lembaga Perlindungan Radiologi Kebangsaan British (NRPB) berkata, penduduk hanya akan selamat jika faktor-faktor tertentu diberi perhatian oleh kerajaan Perak dan syarikat ARE. Laporan kedua oleh IAEA pula berkata, lubang-lubang yang dibina tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

9 Disember: Lebih 1,500 penduduk di Papan mengadakan mogok lapar selama sehari sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meneruskan rancangan menempatkan tapak buangan sisa di Papan. Penduduk Bukit Merah membawa masuk seorang pakar radiasi dan genetik dari Jepun, Profesor Sadao Ichikawa untuk mengukur paras radiasi di kawasan terbuka dan kolam berhampiran kilang ARE. Beliau dapati paras radiasi di situ terlalu tinggi malah paras tertinggi yang dicatatkan melebihi 800 kali paras yang dibenarkan.

12 Disember: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Musa Hitam menunjukkan minat secara peribadi terhadap perkembangan isu Papan ini. Beliau mengunjungi tapak buangan tersebut.

1985

11 Januari: Selepas mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Musa Hitam, kerajaan mengambil keputusan memindahkan tapak buangan sisa ke Mukim Belanja di Banjaran Kledang yang terletak kira-kira 5 km dari Papan dan 3 km dari Menglembu.

1 Februari: Lapan orang penduduk, bagi pihak diri mereka sendiri dan penduduk Bukit Merah membuat satu permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh menahan ARE daripada mengeluar, menyimpan atau menimbun sisa radioaktif di sekitar kampung tersebut.

Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dikuatkuasakan. Ia memastikan pengendali bahagian pemasangan nuklear (termasuk kerajaan) bertanggungjawab terhadap ancaman nuklear. Lima ahli Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dibentuk di bawah Akta itu, dengan perwakilan dari Puspati, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

14 Oktober: Hakim Anuar Datuk Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan kepada penduduk Bukit Merah perintah menahan dan menghentikan ARE daripada mengeluar dan menimbun bahan sisa radioaktif sehingga langkah-langkah keselamatan yang secukupnya diambil. Lebih daripada 1,500 penduduk Bukit Merah hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu.

1986

22 September: ARE mendakwa ia telah membelanjakan lebih RM2 juta untuk meningkatkan langkah-langkah keselamatan (sepertimana yang dikehendaki oleh perintah mahkamah), diikuti oleh piawaian IAEA. Ia menjemput pakar tenaga atom dari Amerika, Dr E.E. Fowler (Bekas kakitangan IAEA) untuk mengunjungi kilang berkenaan. Menurut beliau, paras radiasi berhampiran kawasan pembuangan yang disediakan oleh ARE memenuhi piawaian ICRP dan beliau dapati kilang itu selamat untuk beroperasi.

5 Oktober: Kira-kira 3,000 penduduk Bukit Merah dan kawasan sekitarnya mengadakan tunjuk perasaan terhadap rancangan ARE untuk menimbun sisa radioaktif di tapak kekalnya di Banjaran Kledang.

28 Oktober: Profesor Sadao Ichikawa dalam kunjungan kali keduanya ke Bukit Merah mendapati paras radiasi di sekitar kilang ARE masih melebihi paras yang dibenarkan. Beliau dilarang masuk ke dalam kilang itu.

16 November: Sekumpulan penyiasat dari AELB memeriksa beberapa buah tapak buangan sisa torium yang dilonggokkan secara haram di Bukit Merah. Mereka dibantu oleh bekas kontraktor ARE, Ng Toong Foo yang pernah membuang sisa di situ. Bacaan di salah sebuah tapak ialah 0.05 – 0.10 milirem/jam (iaitu 438 - 876 milirem/tahun) melebihi paras keselamatan maksimum 0.057 milirem/jam yang ditetapkan oleh ICRP.

26 November: Perwakilan dari tujuh kawasan (Bukit Merah, Lahat, Taman Badri Shah, Menglembu, Papan, Falim dan Guntong) membentuk sebuah jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC).

8 Disember: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Encik Kasitah Gadam berkata hasil pemeriksaan AELB di dua tapak buangan haram Bukit Merah mendapati paras radiasi di situ adalah selamat. Menurutnya, sungguhpun AELB mendapati paras radiasi di situ melebihi paras normal, ini tidak membahayakan kerana tapak-tapak itu sangat sedikit bilangannya.

1987

6 Februari: Tanpa mempedulikan perintah Mahkamah Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasi, AELB Malaysia memberikan lesen kepada ARE supaya meneruskan operasinya.

10 April: PARC menjemput 14 pakar asing untuk datang ke Bukit Merah-pengasas-pengasas Institut Antarabangsa bagi Kepentingan Awam di Kanada, Dr Rosalie Bertell; Setiausaha Pusat Keselamatan Industri dan Kepentingan Alam Sekitar di India, V.T. Pathmanaban; dan Presiden Institut Kesihatan dan Tenaga di Amerika Syarikat, Kathleen Tucker merupakan antara mereka yang dilarang memasuki kawasan ARE. Dalam satu forum yang berlangsung di Bukit Merah, pakar-pakar itu membuat kesimpulan bahawa ARE mendedahkan pelbagai ancaman kesihatan yang serius.

12 April: Kira-kira 10,000 orang penduduk berarak di Bukit Merah sebagai membantah operasi yang dijalankan semula oleh ARE.

24 Mei: Kira-kira 300 orang penduduk diperintahkan bersurai oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berhampiran ARE. Lebih 20 orang, termasuk tiga wanita mengalami kecederaan dalam dua pertelingkahan pada hari itu. Seramai 60 orang ditahan oleh pihak polis. Semua kecuali enam dibebaskan kemudian selepas disoal-siasat. Keenam-enam pemuda itu dibebaskan seminggu kemudian di mana pihak polis tidak mengenakan sebarang tuduhan. Penduduk menghalang kerja-kerja membina jalan yang menuju ke tapak buangan kekal di Banjaran Kledang yang dicadangkan.

23 Julai: Seorang doktor Kanada, Bernie Lau, diupah oleh PARC untuk meletakkan alat pengesan gas radon di luar kilang ARE. Beliau berjaya mengesan sejumlah gas radon dibebaskan daripada kilang itu.

Terdahulu dari itu, Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Datuk Amar Stephen Yong berkata, kerajaan berpuas hati dengan laporan penilaian kesan alam sekitar bagi tapak buangan kekal yang dicadangkan itu. Penilaian itu dijalankan oleh ARE bersama beberapa orang pegawai Kementerian.

7 September: Perbicaraan saman yang dikemukakan oleh lapan orang penduduk Bukit Merah terhadap ARE bermula di hadapan Hakim Peh Swee Chin di Mahkamah Tinggi Ipoh. Sebagai mengetengahkan nasib mereka, para penyokong PARC berjalan sejauh 8 km dari Bukit Merah ke Ipoh. Polis menyuraikan tunjuk perasaan mereka berhampiran Menglembu. Sembilan orang ditahan tetapi dibebaskan setelah diikat jamin. Kira-kira 1,000 orang hadir di mahkamah sebagai menunjukkan sokongan mereka.

11 September: Para penduduk berarak dari Bukit Merah ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada hari terakhir perbicaraan. Jumlah mereka yang hadir dianggarkan 3,000 orang.

18 Spetember: Penduduk Bukit Merah mengemukakan permohonan perbicaraan kerana menghina mahkamah terhadap ARE memandangkan ia melanggar perintah menahan operasi yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh kepada mereka pada tahun 1985.

27 Oktober: Lebih 100 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Di antaranya termasuklah pengerusi PARC, Hew Yoon Tat; timbalannya, Hiew Yew Lan; (bekas) setiausaha PARC, Lee Koon Bun; ahli jawatankuasa, Phang Kooi Yau dan peguam Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mewakili plaintif Bukit Merah, Meenakshi Raman. Merek dibebaskan selepas dua bulan.

November: ARE mula membina tapak buangan kekal sisa toksik di Banjaran Kledang.

1988

25 Januari: Perbicaraan disambung semula.

1990

13 Februari: Perbicaraan tamat selepas berlansung selama 65 hari dan berlanjutan lebih 32 bulan.

1992

11 Julai: Penduduk Bukit Merah memenangi kes saman terhadap ARE. Mahkamah mengarahkan penutupan kilang ARE dalam tempoh 14 hari. Pihak ARE pula mengumumkan ia akan membuat rayuan di Mahkamah Agung.

23 Julai: ARE mengemukan rayuan di Mahkamah Agung berhubung perintah Mahkamah Tinggi Ipoh supaya operasinya dihentikan. Pengerusi PARC Hew Yoon Tat dan salah seorang plaintif dalam saman terhadap ARE, Lau Fong Fatt menemui kakitangan atasan Mitsubishi Chemical di Jepun. Mereka diberitahu ARE mengemukan rayuan tanpa kebenaran syarikat itu.

24 Julai: Berikutan permohonan ex-parte oleh ARE, Hakim Besar Mahkamah Agung menahan (sehingga perintah selanjutnya) perintah Mahkamah Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasinya.

3 Ogos: Lebih 2,000 orang dari Bukit Merah hadir di Mahkamah Agung untuk mendengar rayuan ARE terhadap perintah Mahkamah Tinggi Ipoh yang menggantung operasinya. Bagaimanapun, hakim-hakim Mahkamah Agung Menangguhkan perbicaraan kepada 5 Ogos kerana ‘tekanan oleh mereka yang berpiket di luar mahkamah.’

5 Ogos: Mahkamah Agung membenarkan permohonan ARE untuk menolak perintah Mahkamah Tinggi yang meminta ARE menghentikan operasinya berikutan rayuan syarikat berkenaan. Menurut hakim-hakim itu, penutupan tersebut akan menyulitkan kilang dan 183 pekerjanya.

1993

15 Mac: Perbicaraan rayuan yang dikemukan oleh ARE di Mahkamah Agung ditangguhkan pada 7 Jun.

7 Jun: Perbicaraan mendengar rayuan ARE sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

1994

19 Januari: Pengumuman syarikat ARE untuk menghentikan operasi.


Nasrudin Hj Hasan At-Tantawi

Ketua

Dewan Pemuda PAS Pusat

Mahfuz: Jangan bayar kompaun saman ekor!

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menasihatkan mangsa saman ekor agar tidak membayar kompaun yang dikenakan biarpun tempoh promosi pembayaran berakhir hari ini.

NONEHarakahdaily memetik pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, sekiranya selepas ini mereka disenarai hitam, Kase akan membantu untuk berdepan masalah berkenaan di mahkamah.

"Rakyat tidak perlu bayar, yang penting ambil insurans bawa ke JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) untuk perbaharui cukai jalan, kalau JPJ tak benar, wajib pengarah JPJ kena bagi jawapan bertulis, kenapa.

"Kemudian bawa insurans dan surat itu, kalau polis tahan, biar dia saman, kita lawan di mahkamah," katanya ketika ditemui selepas membangkitkan perkara itu di parlimen semalam.

Tambahnya, keputusan sama ada seseorang itu bersalah dan perlu membayar kompaun hanya ditentukan mahkamah, dan bukan oleh notis saman yang dikeluarkan.

Menurutnya lagi, tindakan JPJ menyenarai hitam pesalah saman ekor adalah salah mengikut keputusan Mahkamah Kucing dalam kes Leonad Lim Yaw Chiang melawan Pengarah JPJ negeri Sarawak pada 2007.

Dalam kes itu hakim memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam mengikut Seksyen 17(1)(d) adalah tidak betul dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

"Kita minta Peguam Negara nasihat JPJ supaya akur keputusan mahkamah iaitu tak boleh blacklist.

police parliament blockade traffic jams in city area 140708 05"Rakyat tidak boleh dipaksa membayar kompaun yang ditawarkan," katanya.

2 Mac lalu kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50 peratus bagi pembayaran saman trafik bermula 1 Mac sehingga 10 Mac ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang ingin menjelaskan saman itu tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan masalah sistem tergendala serta kesesakan di kaunter untuk membuat pembayaran.

Namun mengikut perangkaan, hanya kira-kira empat peratus atau 700,000 daripada kira-kira 17.3 juta saman telah dibayar.

DEBAT UMUM : SURVIVAL PARTI POLITIK PRU 13

08 March 2011 debat_penuh.jpgKembali Ke Universiti Malaya adalah seumpama saya kembali kelubuk. Tempat saya bergelumang dengan dunia akademik dan perjuangan rakyat. Bertemu dengan ilmuan dan cendiakawan seolah-olah kita sedang membaca buku hidup. Kesempatan bertemu dengan Datuk Dr Mahathir Khir bekas Timbalan Menteri Pelajaran,Profesor Redzuan Osman, Professor Azizan dan lain-lain mengimbau sebentar sejarah lalu.

Saya bersama Datuk Saifudin Abdullah Timbalan Menter iPengajian Tinggi yang juga mewakili UMNO dan YB Nurul Izzah Anwar Naib Presiden PKR dijemput untuk berwacana berkenaan survival parti politik pada pilihanraya umum ke 13. Ia dianjurkan oleh UMCEDEL atau Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya. Ia di bawah Fakulti sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.

prof_redzuan.jpgKhalayak saya pada kali ini bukannya ahli politik seperti di Dewan Rakyat. Juga bukannya golongan muda seperti amalan saya di padang bola atau futsal atau gelanggang sepaktakraw seperti saban sore. Juga bukan golongan ulama seumpama kebiasaan saya di masjid atau tempat-tempat pengajian agama.Juga bukannya penoreh getah, peniaga kecil, rakyat marhaein yang biasa saya jumpa di pekan nat atau sehari atau di kedai-kedai minum biasa. Kali inikhalayak saya ialah cendiakawan, pengkaji, peneliti, pengamat politik dan socialyang berada di dalam kelas yang tersendiri. Juga tidak ketinggalan, pemimpin mahasiswa. Tajuknya seperti di atas.

Prof Redzuan seorang dekan dan juga pakar sejarah TimurTengah sebagai moderator; itu kehendak dan syarat university katanya, baru wacana itu boleh berjalan. Seminar berjalan sejak pagi dengan pembentangan pengerusi SPR, Datuk Dr Mahathir Khir dan lain-lain.

Sebagai pembahas pertama, saya menyebut beberapa perkara.

1. Saya menyebut tentang setiap ummat ada ajalnya “Likulli ummatin ajal”. Setiap parti atau pemerintah akan ada tempohnya. Mereka tidak boleh selama-lamnya memerintah. Saya contohkan dengan Liberal Demokratik Partidi Jepan, Suharto, Marcos dan sebagainya. Juga saya menyebut tidak ketinggalan UMNO. Apabila sesebuah parti terlalu lama memerintah ia akan terdedah untuk melakukan banyak kesilapan. Ia tidak baik untuk iklim demokrasi dan rakyat.

2. Bagi membolehkan sesebuah parti memerintah dan membentuk kerajaan, ia perlu mendapat majority kerusi dan sudah tentulah ia diterjemah melalui sokongan rakyat.

3. Juga persoalan demokrasi yang menjadi amalan dalam Negara kita yang juga boleh membawa kepada terjejasnya survival sesebuah parti. Amalan demokrasi yang tempang dan tidak demokratik yang memberi kelebihan kepada parti yang memerintah menjadi halangan kepada parti yang tidak memegang kuasa.

5. Bagi menyuburkan praktik demokrasi, sepatutnya kerajaan perlu menyediakan peruntukan untuk parti-parti yang wujud. Barulah parti tidak perlu mencari sumber kewangan untuk menjalankan aktiviti dan bergerak.

6. Praktik demokrasi juga perlu menyekat penguasaan berterusan terhadap jentera kerajaan kerana ia adalah sebenarnya pencabulan terhadap hak milik rakyat sebagai pembayar cukai.

7. Kebangkitan rakyat amat perlu bagi member isyarat tentang ketempangan demokrasi, ini terbukti dengan tsunami politik 2008 yang akhirnya kebaikan kembali kepada rakyat. Demokrasi itu seperti yang ditakrifoleh sarjana “Daripada Rakyat, Untuk Rakyat, Kepada Rakyat”.

8. Himpunan Bersih 2007 telah memberi satu peluang kepada rakyat untuk menilai prestasi pemimpin-pemimpin baru dan segala janji yang digaris di dalam manifesto. sekiranya rakyat mahukan penambahbaikan demokrasi maka mereka perlu berani buat perubahan.

9. Saya simpulkan bagi pusingan yang pertama, demokrasi di Malaysia masih banyak kelemahan dan demokrasi di Malaysia adalah sangat terpimpin dan ala autokrasi.

POLITIK GAYA BARU

Pusingan kedua saya menyebut tentang beberapa ciri politik gaya baru ala Malaysia.

1. Ia adalah politik yang mengenepikan politik perkauman dan berasas bangsa. Politik lama adalah politik yang bertunjangkan kepura-puraan. Politik baru perlu kembali kepada politik berasaskan kepada ideology yang telah terbukti keberkesanannya.Perlu ada usaha bagi mendidik rakyat agar mengubah cara berfikir. Biar rakyat menilai ideology dan dasar serta program yang lahir daripada dasar tersebut.

debat_ramai.jpg2. Harapan saya juga ia juga bukan lagi bebentuk politik kebendaaan dan pembangunan yang akan membawa kepada rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Pembodohan rakyat dengan menggunakan media juga perlu dihentikan. ia adalah politik songsang warisan BN.

3. Politikus-politikus perlu kembali kepada peranan asal mereka membahas tentang kenegaraan dan survivalnya. bukan sekadar dilihat sebagai welfare officer.

4. Saya juga tekankan tentang peranan UMCEDEL yang perlu memaknakan semula demokrasi dan mengukur prestasi demokrasiyang ada dalam Negara.

apapun SYABAS UM. Syabas UMCEDEL.

Burung helang terbang terbalik


Pam Mullins berjaya merakamkan gambar seekor burung helang yang terbang dalam keadaan terbalik di Prince Rupert Kanada.

PRINCE RUPERT, Kanada - Seorang pengurus penerbitan yang meminati burung, Pam Mullins berjaya merakamkan gambar seekor burung helang yang terbang dalam keadaan terbalik, lapor sebuah akhbar kelmarin. Pengurus itu, Pam Mullins, 49, menghabiskan masa selama bertahun-tahun untuk cuba merakamkan gambar tersebut.

Gambar itu berjaya dirakamkan dekat rumahnya di Prince Rupert, Kanada.

"Sungguh susah untuk merakamkan aksi burung helang itu kerana ia berlaku terlalu pantas," katanya.

Aksi burung helang yang dirakamkan dalam foto itu hanya berlaku dalam sekelip mata yang menunjukkan gerakan akrobatik haiwan itu. - Agensi

Harga istimewa tiket Liga Super Sabtu ini

PEMINAT pasukan Hijau Kuning ditawarkan harga istimewa tiket perlawanan Liga Super menjelang perlawanan antara Kedah dan Terengganu Sabtu ini.

Exco Belia dan Sukan, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata, potongan istimewa ini adalah ‘hadiah’ daripada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kepada penyokong setia sempena sambutan tiga tahun Kedah Sejahtera bermula hari ini.

“Kita juga ingin meraikan sokongan peminat selama ini terhadap pasukan Kedah. Oleh itu sempena ulang tahun ketiga Pakatan Rakyat (PR) memerintah Kedah, kita beri tawaran istimewa ini untuk sama-sama memeriahkan program dan mengajak peminat membanjiri stadium menyaksikan perlawanan itu,” katanya.

Menurutnya, harga tiket bagi tempat duduk astaka pada hari itu ialah RM10 manakala tempat duduk berbumbung/teres hanya RM5.

“Harga asal tiket ialah RM15, RM12 dan RM7. Hanya pada hari itu sahaja kita beri harga istimewa ini. Tawaran ini tidak ada had kepada jumlah tertentu, ia dibuka kepada sesiapa sahaja yang mahu menyaksikan perlawanan,” katanya.

Dr Hamdan berkata, pada Ahad (13 Mac) pula, diadakan majlis ramah mesra antara peminat dengan bekas pemain dan pemain Liga Super di lobi Stadium Darul Aman bermula 3 petang.

“Pada petang hari yang sama, kita adakan perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan Kedah bawah 17 tahun dengan pasukan pilihan Thailand,” katanya.

Pihaknya berharap orang ramai turut serta dalam acara-acara kesukanan yang diatur sepanjang program untuk menyemarakkan lagi sambutan Kedah Sejahtera.

KFA belum intai jurulatih baru


PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) belum menyenaraipendekkan jurulatih yang bakal mengambil tempat Ahmad Yusuf, sebaliknya memerlukan lebih masa untuk membuat kajian menyeluruh punca kemerosotan pasukan Kedah.

Presidennya yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pemilihan jurulatih baru akan diserahkan sepenuhnya pada penilaian Jawatankuasa Teknikal KFA, dan buat masa ini tanggung jawab itu digalas oleh pemangku jurulatih, Radhi Mat Din.

“Setelah Ahmad direhatkan sementara, kita sedang menyusun strategi baru untuk memulihkan semangat pemain termasuk memikirkan kaedah berkesan tingkatkan prestasi pasukan,” katanya pada sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam.

Azizan yang terus diasak media dengan isu jurulatih baru kemudian menegaskan, KFA perlu mengetahui masalah utama yang menyebabkan prestasi hambar pasukan, dan kajian terperinci akan dibuat supaya keputusan yang diumumkan kelak memuaskan hati semua pihak.

“Pasukan Kedah sekarang macam orang sakit tetapi tak tahu apa penyakitnya. Kita kena cari dulu apa penyakit itu dan barulah kita rawat mengikut kesesuaian,” katanya.

Ditanya sama ada KFA akan mengorak langkah menghantar Radhi untuk mengikuti kursus kejurulatihan bagi mendapatkan lesen kelas A, Azizan berkata, belum ada perancangan ke arah itu, kerana pihaknya mahu menumpukan kepada usaha menyelesaikan masalah yang timbul terlebih dahulu.

Mengulas mengenai segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan KFA merehatkan Ahmad, termasuk keluhan yang diluahkan oleh abang kepada jurulatih itu, Zainol Yusuf yang juga bekas pemain pasukan Perak Liga Piala Malaysia 1978, Azizan berkata, keputusan itu dibuat untuk meredakan kemarahan penyokong selain mahu meneliti permasalahan dalam pasukan, sama ada ia berpunca daripada Ahmad atau faktor-faktor lain.

“Rehatkan bukan bermakna buang. Kita cuma mahu teliti punca masalah sama ada berpunca daripada dalaman atau faktor lain. Jika puncanya bukan datang daripada Ahmad, memang tidak adil kita buat macam itu, sebab itu kita sedang kaji dan akan buat keputusan terbaik kelak,” katanya.

Mengulas mengenai ura-ura kembalinya bekas jurulatih Kedah dan Harimau Muda A, Azraai Khor Abdullah ke sisi skuad Kenari, terutama selepas Azraai dilepaskan kontrak oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkuat kuasa kemarin mengikut persetujuan kedua-dua pihak, Azizan berkata, pihaknya tidak mendapat maklumat berhubung perkara itu.

Antara Sahabat, Nasik Lemak dan MBAS


Salam Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dimuliakan,

Di bawah ini saya cut & paste keratan akhbar SINAR HARIAN 7 Mac 2011, dan disertakan di bawah berita tersebut yang saya taip semula satu persatu supaya mudah dibaca.

Hati saya jadi amat tersentuh apabila menatap keratan akhbar ini; pertamanya kerana insan yang menjadi berita utama ini merupakan kenalan saya yang terlibat dalam pemberhentian kerja sewaktu musim VSS melanda sektor perkilangan sekitar tahun 2008 dulu, dan yang keduanya kerana rasa terharu yang teramat sungguh bila membaca kisah ketabahan isterinya mencari sesuap nasi penyambung rezeki berhadapan dengan takdir hidup yg tak diundang itu, besertalah pula kisah pihak berkuasa lesen yang entah di mana silapnya dikatakan menghalang si ibu ini meniaga nasi lemak mencari rezeki.

Bacalah kisah sahabat saya ini; inilah sebahagian daripada realiti hidup kami-kami yang bekerja di kilang industri; 10 tahun sekali kami semua pasti berhadapan dgn sakaratul-vss ini, cuma suratan takdir saja yang menentukan siapa antara kami yang berjaya mengharunginya.

Kepada kwn-kwn di Wargakilang, saya bercadang melawat beliau di rumahnya di Kuala Kedah pada weekend ini, sapa-sapa berminat nak pi, sila habag mai. Mungkin di samping menderma utk meringankan beban beliau, kita pula boleh mengambil iktibar untuk kebaikan bersama.

moniermatdin@yahoo.com
9.3.11
http://www.moniermatdin.blogspot.com
PENDAPATAN JUAL NASI LEMAK TERHENTI
SINAR HARIAN: 7 Mac 2011

Seorang peniaga di sini bingung apabila operasi menjual nasi lemak dan kuih terpaksa dihentikan sejak tiga bulan lalu. Sebelum ini, melalui hasil jualan itulah, Rohani Othman, 38 menyara keluarga setelah suaminya Azizan Bakar, 39 disahkan mengidap penyakit radang hati tahun lalu dan tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan. Azizan berkata, dia kini bimbang dengan penyakit yang dihidapnya itu kerana jika dibiarkan mampu menjadi barah.

"Doktor sentiasa menasihatkan saya agar segera mendapatkan rawatan kerana bimbang ia merebak tetapi saya tidak berdaya kerana kehilangan punca pendapatan."

"Namun, saya tidak mampu melakukan apa-apa , pendapatan kini hanya mengharapkan kepada isteri (Rohani) yang sekarang tidak boleh berniaga kerana dihalang Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)", katanya ketika ditemui di rumahnya di Kg Tok Pasai.

Azizan berkata, walaupun pendapatan menjual nasi lemak hanyalah sekitar RM5 hingga RM10 sehari namun belum cukup untuk menanggung keperluan harian dan persekolahan enam daripada tujuh anaknya.

Menurutnya, dia dan isteri pernah beberapa kali memohon untuk mendapatkan lessen perniagaaan namun permohonan itu tidak diterima MBAS.

Menurutnya, dia kini buntu kerana pihak MBAS tidak menjelaskan apakah alasan permohonan lesennya tidak diterima.

"Saya memang berharap agar MBAS dapat mempertimbangkan permohonan lessen perniagaan untuk isteri saya kerana itu sahajalah punca rezeki kami sekeluarga", katanya.

Bagi Rohani, dia juga berharap agar ada pihak yang tampil membantu dan meringankan bebannya untuk merawat penyakit yang dihadapi oleh suaminya.

Rohani berkata, permohonan mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga dibuat namun masih belum menerima jawapan.

Menurutnya, pihak JKM pernah membuat tinjauan di rumahnya pada Januari lalu, namun sehingga kini permohonan itu belum diluluskan.

"Anak-anak saya juga tidak mendapat sebarang bantuan persekolahan, jadi apabila terputus pendapatan mereka terpaksalah pergi sekolah tanpa membawa wang saku"

"Saya sememangnya berharap agar JKM dapat meluluskan permohonan bantuan yang dibuat oleh saya kerana dengan bantuan yang diberikan itu mampu meringankan perbelanjaan saya sekeluarga", katanya.

Mad Bashah konfiden nak tawan Kedah semula..

Peluang cerah BN takluk kembali Kedah

ALOR SETAR - Kemenangan berganda Barisan Nasional (BN) setelah berjaya memenangi lapan daripada 16 pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum pada 2008 menunjukkan keyakinan rakyat semakin berpihak kepada BN.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, melihat kepada rekod BN dalam beberapa siri pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau, tidak mustahil untuk BN menakluki kembali negeri yang terlepas kepada Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.

Menurutnya, kemenangan BN di dua kerusi Parlimen dan enam kerusi DUN menunjukkan bahawa BN kembali bertakhta di hati rakyat, malah rakyat turut memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Perubahan itu semakin jelas kelihatan daripada kekerapan BN meraih kemenangan dalam pilihan raya kecil baru-baru ini, yang secara tidak langsung menunjukkan sokongan rakyat terhadap BN semakin bertambah.

“Perubahan ini juga menunjukkan BN mempunyai peluang besar untuk memperoleh kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13, termasuklah merebut kembali Kedah,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad Bashah berkata, jejak langkah rakyat di negeri-negeri yang dimenangi BN akan diikuti oleh rakyat di negeri lain dalam pilihan raya umum akan datang.

“Malah, UMNO negeri juga akan sentiasa bekerja keras bagi memastikan Kedah kembali menjadi milik BN dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Kerajaan Pusat digesa cari mekanisme penyelesaian

ALOR SETAR - Kerajaan Pusat wajar mempertimbangkan mekanisme penyelesaian terbaik untuk membendung kebanjiran teksi Thailand atau van sapu Siam yang menjejaskan sumber pendapatan pengusaha perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.

Exco Pelancongan, S Manikumar berkata, kebanjiran teksi Thailand bukan lagi isu baru memandangkan perkara itu sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu dan kehadiran mereka sebenarnya memberi kerugian besar kepada negara.

Menurutnya, hasil keuntungan yang diperoleh pemilik teksi Thailand akan dialirkan kembali ke Thailand, manakala tindakan mereka membolot pelancong yang hendak ke negara ini atau pulang ke negara itu juga boleh melumpuhkan perkhidmatan teksi dan van pelancong tempatan.

“Mereka bukan sahaja bawa pulang pelancong, malah beli minyak petrol dan diesel serta bahan makanan bersubsidi seperti gula, tepung dan susu dengan harga murah untuk dibawa pulang ke negara mereka.

“Bayangkan berapa banyak keuntungan diperoleh mereka,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian, semalam.

Manikumar berkata, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah kebanjiran teksi Thailand kerana ia terletak bawah tanggungjawab agensi-agensi bawah Kerajaan Pusat.

“Masalah ini perlu dipandang serius oleh Kerajaan Pusat kerana ia melibatkan pengaliran keluar wang negara kita ke negara lain dan sekiranya industri pelancongan di negara ini hendak diperkasakan, rakyat negara ini yang harus menjadi pemain utama industri tersebut dan bukan dimonopoli rakyat asing.

“Pada masa sama, Kerajaan Pusat perlu mengambil kira masalah keselamatan penumpang yang menaiki teksi Thailand terutama pelancong asing kerana mereka tidak dilengkapi dengan insurans,” katanya.

Manikumar turut menggesa Kerajaan Pusat mengiktiraf peranan pengusaha pengangkutan awam di negara ini sebagai duta kecil negara di sempadan di samping melindungi hak kepentingan mereka terutama di kawasan sempadan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...