TERKINI :

Tuesday, March 8, 2011

DJ "terpancung" kembali dengan Durian FM

Pengacara rancangan "Say Hi to Malaysia" yang "dipancung" pada Ogos 2010, Jamaluddin Ibrahim kini kembali ke ruang udara melalui saluran internet, dengan DurianFM.com. Stesen radio yang berpengkalan di laman internet ini menyasarkan audien berbilang kaum, dengan tiga bahasa pengantar, iaitu bahasa Cina, Inggeris dan Malaysia.

Ketika DurianFM.com dilancarkan pada jam 3.08 petang, Jamaluddin Ibrahim (gambar kanan) menyifatkan ia sebagai detik yang terharu, sambil merakamkan penghargaannya kepada mereka yang menjayakan radio internet ini. "Akhirnya kita berjaya menubuhkan stesen radio internet ini," beliau berjanji untuk mempromosi kebebasan bersuara menerusi saluran ini.

Berkata kepada wartawan selepas upacara perlancaran, pengasas DurianFM.com Jamaluddin Ibrahim menjelaskan bahawa nama "durian" dipilih kerana sifat tempatannya (local), lebih-lebih lagi bunyinya hampir sama ketika diungkapkan dalam pelbagai bahasa.

Berbeza dengan stesen radio tradisional, stesen radio internet memerlukan kos yang lebih rendah. Jamaluddin menambah, penubuhan radio internet tidak memerlukan lesen daripada Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (MCMC), lantas membenarkan ruang bersuara tanpa tapisan dan sekatan, selaras dengan slogannya, "Tiada Tapisan, Tiada Sekatan".

Apabila ditanya sama ada beliau berdepan dengan "tekanan politik" sepanjang penubuhan radio internet ini, Jamaluddin Ibrahim berkata, "Tiada, tiada. Setakat ini tiada. Saya berharap tiada (tekanan) pada masa depan, memandangkan penubuhan radio sedemikian adalah dibenarkan di bawah undang-undang."

Beliau memilih 8 Mac sebagai tarikh perlancaran radio internet ini untuk memperingati "tsunami politik" yang berlaku tiga tahun lalu. Untuk Jamaluddin Ibrahim, 8 Mac adalah tanda di mana rakyat bangkit untuk menggunakan hak mereka, dan beliau berharap ia diteruskan. Jamaluddin juga berharap agar ruang ini digunakan sebagai platform untuk perdebatan pandangan daripada latar belakang politik yang berbeza.

Radio internet ini dilancarkan oleh speaker DUN Selangor Teng Chang Khim, bersama EXCO Kanan Selangor Teresa Kok dari DAP. Turut hadir untuk memeriahkan upacara perlancaran termasuklah Timbalan Menteri Kewangan Donald Lim (gambar atas, kiri), Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah, Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Zaid Ibrahim, EXCO Selangor Elizabeth Wong, ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh, Ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin, dan wakil daripada MCA, selain aktivis sosial seperti Hishamuddin Rais.

Ketika diundang sebagai tetamu untuk rancangan tadi, Teng Chang Khim diminta untuk mengaitkan kebebasan dengan durian. Sambil berseloroh beliau berkata, "Durian bagaikan kebebasan. Kamu mungkin tercedera, dan berdarah seandainya tidak tahu cara untuk membuka durian. Kita perlu tahu cara untuk membuka durian, supaya kita mampu menikmati buahnya (kebebasan) tanpa berdarah"

Ruang semakin sempit dalam media elektronik

Sebelum ini, Jamaluddin Ibrahim terpaksa digugurkan dari rancangan call-in pada pagi 19 Ogos 2010, berikutan "tekanan politik" yang kononnya datang daripada majikannya, iaitu MCA. Rancangan tersebut didakwa "mengutarakan hujah yang tidak sesuai dan bias", sehingga disiasat Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (MCMC).

Susulan daripada kejadian tersebut, Star Rfm Sdn. Bhd mengambil langkah untuk menggantung jawatan (suspend) Ketua Pegawai Eksekutif (CEO 98.8) Wong Lai Ngo, dan Pengarah Program (Director of Programming 98.8) Tan Chia Yong, sebelum memecat mereka kemudiannya.

Antara kejadian yang berlaku dalam media elektronik pada ketika itu termasuklah perletakan jawatan penerbit rancangan NTV7, Joshua Wong sebagai protes kerana self-censorship yang keterlaluan. Chou Z Lam, penerbit rancangan yang dihentikan RTM sebelum tempoh perkhidmatan tamat mengikut kontrak, dan Tan Ean Nee yang tidak diperbaharui kontraknya oleh RTM.

Kejadian bersiri ini dibaca sebagai tekanan terhadap media elektronik, yang semakin sempit ruang kebebasannya. Satu gerakan bergelar "1 Muted Malaysia" telah diadakan, dengan aktiviti perarakan dan forumnya, sebagai usaha untuk menyedarkan orang awam terhadap pencabulan kebebasan bersuara pada zaman pemerintahan PM keenam, Najib Razak.

Beranikah Tan Sri Harussani Zakaria berhadapan dengan TGNA?

Begitulah pertanyaan orang ramai yang ternanti-nantikan jawapan yang hanya mampu dijawap oleh Harussani sendiri.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar surat rasmi kepada mufti Perak itu , bagi menyatakan hasratnya mahu berjumpa bagi merungkai perselisihan pendapat antara mereka.

Surat itu juga antara lain menuntut Harussani menjelaskan tulisannya sebelum ini yang mendakwa Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan, pernah berkata 'undi PAS masuk syurga'.

Harussani perlu menunaikan hasrat murni Nik Aziz itu sekiranya beliau benar-benar ikhlas dengan segala kenyataannya terhadap Nik Aziz selama ini.

Orang ramai mahu melihat antara dua tokoh ini siapakah yang benar-benar beriman dengan ayat Allah yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. An-Nisa'(59).

Pertemuan dua tokoh ini adalah dialu-alukan dan sangat dinantikan oleh mereka yang cintakan kebenaran.

Sudah tiba masanya dua tokoh yang sering bercanggah pendapat berhubung isu agama ini bersemuka dengan cara yang lebih terhormat dan beradab bagi menjernihkan keadaan dan menyelesaikan kemelut yang hanya merugikan umat Islam.

Sehingga kini, belum ada apa-apa reaksi dari pihak Harussani.

"Semoga beliau memberikan respon," kata Nik Aziz

Perang persepsi menjelang PRU13

Majdan Dagang

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau yang memihak kepada Umno-BN jelas menunjukkan bahawa mood pengundi sejak Pilihan Raya Umum ke-12 2008 (PRU12) dulu tidak banyak berubah.

Hal ini kerana sejak PRK pertama pada 16 Ogos 2008 di Permatang pauh yang dimenangi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga ke PRK Kerdau yang dimenangi oleh Syed Ibrahim Syed Ahmad – menunjukkan kedua-dua pihak PR dan BN mempertahankan kawasan masing-masing.

Jika ada perubahan pun lebih kepada kehendak semasa, faktor calon dan kawasan itu pernah bersilih ganti pemenangnya seperti di Sibu, Galas, dan Kuala Terengganu. Yang lain-lain terus kekal dengan status quo asal. Keadaan ini boleh disifatkan sebagai PAS-PR tidak kalah sementara Umno-BN pula tidak menang.

Namun, jika dianalisis pola pengundian sejak merdeka sehingga PRU12 yang lalu banyak perkembangan dan perubahan yang dapat dilihat. Pola pengundian PRU12 telah banyak berubah bentuk sokongan tradsional kepada yang lebih terbuka. Jika dahulu, setiap kumpulan mempunyai penyokong tegar yang begitu setia dengan parti masing-masing, Kini keadaan itu mula berubah sedikit demi sedikit, terutama apabila generasi kedua dan ketiga memainkan peranan. Walaupun kumpulan penyokong tegar ini masih kekal tetapi generasi kedua dan ketiga tidak lagi terikat dengan apa-apa budi dan sentimen.

Sedikit demi sedikit generasi baru mengubah pola pengundian ini membentuk pola yang baru. Kini pengundi daripada generasi kedua dan ketiga mula membentuk pola pengundi bandar dan pinggir bandar. Kebanyakan mereka mempunyai pendidikan dan berhijrah keluar dan terdedah kepada kepada sumber maklumat.

Kelompok ini mula memberikan undi mereka kepada parti pembangkang kerana cara berfikir dan bertindak tidak lagi terikat kepada mana-mana pihak. mereka lebih bebas memilih dan menentukan hak. Kumpulan ini sukar untuk dijinakkan dengan rasuah wang, kebendaan dan pangkat. Mereka juga lebih celik maklumat dan tidak mudah menerima bulat-bulat apa-apa yang disampaikan oleh pihak kerajaan.

Sementara kelompok kedua ialah kumpulan pengundi luar bandar, pedalaman dan tanah rancangan. sebahagian besar yang berada di kawasan ini berada di bawah paras kemiskinan, banyak bergantung kepada media asas televisyen dan akhbar; mereka kurang terdedah dengan maklumat maya yang lebih terbuka.

Dalam hal ini, Umno menyedari bahawa talian hayat mereka yang sebenar ialah kelompok kedua iaitu pengundi luar bandar, pedalaman dan tanah rancangan. Serta jangan lupa satu lagi talian hayat tambahan bagi Umno-BN ialah undi pos.

Bagi mengekalkan dan mengembalikan kuasa mereka yang hampir kecundang dalam PRU12 yang lalu Umno-BN dijangka merangka dan telah melaksanakan beberapa polisi. Perancangan ini berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada terang-terangan atau secara tertutup.

Antara perancangan yang paling besar dan penting ialah membentuk persepsi. Untuk membentuk persepsi yang positif kepada Umno-BN, kuasa media digunakan sepenuhnya. Media elektronik, media cetak dan media maya disusun atur agar membentuk persepsi bahawa Umno baik dan pembangkang tidak baik. Usaha ini dilakukan secara berterusan dan terancang. Media juga berjaya digunakan sebagai “pembunuhan watak”.

Pada masa yang sama pihak pembangkang agak lemah dalam mengendalikan perang media ini, tambahan pula mereka kekurangan sumber kewangan dan menghadapai sekatan daripada kerajaan melalui KDN.

Ada yang memandang sinis propaganda milik Umno-BN ini, namun PR perlu menyedari bahawa sasaran mereka adalah pengundi kumpulan kedua ini. Pengundi kategori ini perlu dipastikan terus mengundi mereka dan pada masa yang sama kaedah lain perlu dia dicari untuk mendapatkan kembali kawasan bandar dan pinggir bandar.

Ternyata, taktik ini berjaya digunakan dan pengundi kumpulan kedua terus kekal bersama Umno-BN walau apa isu pun. Sementara pengundi atas pagar ada yang berjaya dipengaruhi untuk kembali kepada Umno-BN

Dalam suasana begini adalah dijangkakan PRU13 nanti tidak banyak perubahan yang berlaku kecuali ada isu besar yang membentuk gelombang rakyat atau Umno-BN merancang taktik lain melalui pelbagai agensi kerajaan yang ada di bawahnya.

Umno-BN sedar mereka perlu melakukan lebih daripada itu untuk memperoleh majoriti 2/3 diparlimen dan merampas kembali beberapa negeri yang jatuh ke tangan PR. Media massa sahaja tidak cukup, maka kedengaranlah tentang kewujudan pengundi hantu walaupun sehingga kini tidak ada suatu bukti yang sahih dikemukakan. Peningkatan pemberian MyKad sejak kebelakangan ini menimbulkan spekulasi bahawa mereka bakal digunakan untuk mengundi Umno-BN.

Dalam usaha mengimbangi serangan dan perangkap Umno-BN, PR wajar bertindak pantas membetulkan persepsi dan salah faham yang dimainkan oleh media pemerintah. PR tidak boleh membiarkan rakyat sendiri mencari jawapan dan kebenaran. Hal ini kerana perkara yang betul tetapi jika diulang setiap hari dan mengatakannya salah, fikiran rakyat terutamanya golongan atas pagar akan berubah.

Perang persepsi adalah tentera barisan hadapan dalam proses untuk memperoleh kuasa pada hari ini. jika sesuatu pihak berjaya dalam peringkat ini bermakna mereka telah menang sebahagian dalam perang tersebut. Dalam konteks demokrasi pada hari ini, pembentukan persepsi penting untuk menentukan hala tuju strategi seterusnya.

Oleh sebab media PR agak terhad daripada pelbagai segi, maka tanggungjawab perlu dimainkan juga oleh peringkat jawatankuasa yang lebih rendah. Jawatankuasa PR peringkat daerah/kawasan perlu memainkan peranan dengan mengedarkan risalah-risalah ringkas untuk menangkis setiap tohmahan. Setiap mereka wajar mendekati seramai mungkin golongan atas pagar.

Strategi “M2M” atau mulut ke mulut yang sering digunakan oleh syarikat pemasaran boleh digunakan dalam perang persepsi sebagai penerangan yang berkesan. Sebagai contoh seorang pengguna barangan A memberitahu kawannya bahawa barang A ini bagus dan berkualiti. setelah kawannya menggunakan barangan A dan terbukti berkualiti, dia akan mengesyorkan pula barangan tersebut kepada pengguna lain. konsep yang sama boleh digunakan dalam perang persepsi ini, cuma mungkin perlu memerlukan kebijaksanaan untuk menyesuaikan dengan suasana politik.

Sebagai contoh cuti dua hari seminggu merupakan salah satu produk yang dimulakan oleh kerajaan Kelantan yang dikuasai PAS. Perkara ini boleh menjadi sesuatu yang besar jika PR bijak menggunakannya. Begitu juga produk air percuma oleh kerajaan Selangor. Produk yang sedemikian baik jika tidak dipasarkan dan dipromosikan akhirnya kan tenggelam begitu sahaja.

Pada masa yang sama produk pesaing, walaupun tidak berkualiti tetapi berjaya dipromosikan, dipasarkan dan dicanangkan dengan baik mampu mengalahkan produk lain yang lebih berkualiti.

Hakikatnya perang persepsi ini akan terus berlanjutan selagi ada pesaingan.

kemenangan BN satu kemenangan yang sahih, bersih, telus dan ikhlas

Lagi pemimpin Umno 'serang' Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus 'diserang' oleh pemimpin BN, khususnya dari Umno.

Hari ini, Bernama melaporkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata rakan sejawatannya dari Kelantan itu semakin menjadi liabiliti kepada PAS apabila sering menyuarakan pendapat mengenai sesuatu isu tanpa asas dan mengelirukan rakyat.

NONEKatanya, kecenderungan Nik Abdul Aziz itu menyebabkan parti Islam itu semakin kehilangan sokongan rakyat.

Menurut Ali (berjaket hitam) kemenangan BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini dan DUN Kerdau, Pahang pada Ahad lalu membuktikan sokongan rakyat kepada PAS semakin merosot berbanding pada pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka hari ini sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang beliau tidak menghalalkan kemenangan BN pada kedua-dua pilihan raya kecil itu kerana mendakwa BN menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen.

Sambil menyangkal dakwaan bahawa BN menggunakan taktik kotor untuk memenangi pilihan raya kecil berkenaan, Ali berkata: "Dia (PAS) sudah kalah, dia (Nik Abdul Aziz) salahkan orang pula, kemenangan BN satu kemenangan yang sahih, bersih, telus dan ikhlas".

NONEMohd Ali yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Melaka berkata, BN tidak menggunakan fitnah, penipuan dan gangsterisme untuk memenangi hati rakyat berbanding PAS yang menggunakan taktik negatif antaranya menggunakan bahasa kesat semasa berceramah.

Katanya, taktik negatif yang digunakan PAS itu tidak menampakkan nilai Islam yang diperjuangkan mereka dan ini menyebabkan perjuangan parti itu dilihat semakin jauh daripada perjuangan membela masyarakat Islam di negara ini.

"Umno memperjuangkan kebaikan serta kejujuran, rakyat memilih Umno yang lebih baik daripada banyak segi, PAS juga semakin lari daripada perjuangan Islam apabila berkawan dengan DAP," katanya.

BN mengekalkan DUN Merlimau apabila calonnya Roslan Ahmad, 44, mengalahkan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, dengan majoriti 3,643 undi manakala di DUN Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, menewaskan calon PAS Hasannuddin Salim, 43, dengan majoriti 2,724 undi.

BANGKITLAH PAKATAN RAKYAT

UMNO memang patut merayakan "kemenangan" yang bukan sahaja cemerlang tetapi berganda itu dengan sepuas-puas hati. PAS tidak perlulah kecewa dan berduka nestapa kerana kekalahan yang ditunjangi oleh lambakan ratusan juta ringgit di depan mata pengundi. PAS tidak boleh bermimpi untuk menang jika itulah hakikatnya.

Namun demikian, jika UMNO berbelanja RM100 juta untuk Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau, dan Kerdau, dapatkah mereka maintain peruntukan yang sama jika ada lima lagi kematian ADUN atau Ahli Parlimen sebelum 26 April 2011 nanti? Kesemuanya boleh berlaku dengan izin Allah. Jika tidak tahun ini, mungkin tahun-tahun lain yang memerlukan Pilihan Raya Kecil diadakan. Kita akan sama-sama lihat keadilan Tuhan Yang Maha Esa ketika itu.

Pertarungan yang berlangsung selama ini tidak ubah seperti tikus menghadapi kucing di sebuah bilik yang pintunya tertutup rapat. Apa yang boleh dibuat? Berserah sahajalah, lawan pun tidak berguna.

Sesuatu perlu dibuat untuk mengatasi masalah ini. Situasi sebegini tidak boleh dibiarkan berlaku selama-lamanya. UMNO memberi segala-galanya kepada pengundi untuk mengemis undi. Tidak cukup dengan itu, mereka gunakan taktik samseng. Berlakulah ugutan, halangan masuk berkempen, gangguan semasa Pakatan berkempen, dan sebagainya. Apabila menang, mereka dakwa pengundi percaya kepada isu yang dibawa oleh UMNO dan tidak percaya kepada fitnah yang dilemparkan PAS. Adakah ini tahap keikhlasan yang diguna pakai oleh masyarakat ketika ini? Lama-kelamaan ketidakadilan ini akan menemui buku dengan ruasnya juga.

Pilihan raya yang adil dan saksama perlu diwujudkan di Malaysia. Kita tidak boleh sewenang-wenang terus membiarkan UMNO mengambil kesempatan atas kapasiti mereka sebagai pemerintah untuk melakukan apa-apa saja untuk menang. Tuntutan terhadap pewujudan gelanggang pertarungan yang rata bagi semua pihak perlu diperjuangan. Jika tidak, keadaan tidak akan berubah. BERSIH II ialah jawapan paling tepat untuk merungkai permasalahan ini.

PM Melayu kena tipu... sabo dan sokong je amno tu..

Tanah rezab melayu dijual oleh pemimpin melayu umno....oh ye ke....tak pe melayu sabar...

Pemimpin melayu umno serah Singapura pada Cina..oh ye ke...tak pe melayu sabar...

Pemimpin melayu umno serah dua telaga minyak blok L dan M pada Brunei..oh ye ke..tak pe melayu sabar..

Pemimpin melayu serah pula tanah dan stesen keretapi kepada singapura...oh ye ke....tak pe melayu sabar...

Tahun 2004, kerusi melayu umno lebih banyak dari kerusi cina Gerakan di P.Pinang tetapi pemimpin melayu umno bagi cina gerakan jadi Ketua Menteri...oh ye ke....tak pe..melayu sabar...

Pemimpin melayu umno serah gunung kepada taukeh judi cina....oh ye ke...tak pe...melayu sabar...

Pemimpin umno tarik biasiswa ganti pinjaman PTPTN yang membebankan pelajar...oh ye ke..tak pe....melayu sabar....

Pemimpin umno naikkan harga petrol....opps salah...bukan naik harga tapi penyelarasan harga..oh ye ke...tak pe..melayu sabar...

Akibatnya harga barang naik....BN Barang Naik...oh ye ke...Bila Naik?...Baru Naik..Berapa Naik?..Banyak Naik...oh ye ke..tak pe...melayu sabar....

Perdana Menteri melayu umno kena tipu dengan menteri cina...oh ye ke...tak pe..melayu sabar...

Depa kata DAP dok tipu melayu...oh ye ke....tak pe...melayu sabar....

Itulah kelebihan melayu....memang saaaaaaaaabaaaarrrr......Hidup Melayu....hehehehe..

Sebenarnya tidak ada bangsa Melayu yang mulia kerana keturunannya Melayu disisi Allah....
Sebenarnya tidak ada bangsa Cina yang mulia kerana keturunannya Cina disisi Allah....
Sebenarnya tidak ada bangsa India yang mulia kerana keturunannya India disisi Allah....
Sebenarnya tidak ada bangsa Arab yang mulia kerana keturunannya Arab disisi Allah...
Sebenarnya yang mulia disisi Allah bukan kerana bangsa atau keturunan tetapi kerana ketaqwaannya kepada Allah...

Berubahlah...janganlah dari dulu kini dan selamanya masih berjuang kerana bangga dengan bangsa dan keturunan Melayu....apalah ertinya kita bangga dengan bangsa dan keturunan kita Melayu yang mengaku Islam tetapi dalam masa yang sama kita ingkar dengan hukum Allah....

- Din Binjai



Sebahagian besar daripada anggota jemaah menteri, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang 'ditipu' oleh dua rakan mereka berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang masih berkuasa, kata presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat di negara ini supaya bangkit menolak pemimpin cuai dan berkepentingan tersebut. “Sistem pentadbiran yang mengenepikan kepedulian rakyat dan tatakelola yang baik harus ditamatkan.

Tanggungjawab kita semua untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dimiskinkan yang akhirnya membawa kebankrapan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.


Merujuk keputusan kerajaan mengheret bekas menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy ke Mahkamah Sesyen Putrajaya pada 28 Februari lalu, atas tuduhan menipu mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung PKFZ, Wan Azizah berkata perkembagan itu menimbulkan pelbagai persoalan.


“Senario terbaru ini telah menimbulkan persoalan mendalam. Betapa mudahnya mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ditipu dalam skandal PKFZ ini. “Malah isu penipuan ini bukan sahaja kepada perdana menteri tetapi barisan kabinet pada zaman Tun Dr Mahathir.

NONEKebanyakan dari mereka yang 'tertipu' masih berkuasa termasuk Perdana Menteri dan timbalannya hari ini. Menurutnya, pemimpin kerajaan berkenaan telah dengan cuai meluluskan perjanjian tanah berhubung pembangunan PKFZ pada harga yang jauh lebih tinggi daripada nilai pasaran.

Selain Chan, pada 29 Julai tahun lalu, bekas presiden MCA yang juga bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik pula didakwa memperdayakan jemaah menteri bagi meluluskan perjanjian tanah berhubung pembangunan PKFZ.

“Mana mungkin kita membiarkan gerombolan pemimpin cuai yang memberi kerugian RM12 bilion kepada rakyat ini menerajui negera.

“Apa jaminan yang mereka tidak akan melakukan perkara yang sama sedangkan hari ini masih begitu angkuh mengunjurkan pembinaan bangunan 100 tingkat dan lorong pejalan kaki dengan kos tidak di terima akal,” katanya Justeru, Wan Azizah berkata janji Pakatan Rakyat kepada rakyat negara ini adalah bagi menerajui sebuah kerajaan yang adil serta mengamalkan tatakelola yang baik.

“Pilihan raya umum ke-13 adalah peluang terbaik dan nampaknya semakin hampir,” katanya.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Iktibar dari siri kekalahan PAS

Oleh Abd Shukur Harun

Ada beberapa iktibar dari siri kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil yang lalu – yang terkini Kerdau dan Merlimau. Petunjuk dan iktibar ini sangat perlu diberikan perhatian oleh PAS di semua peringkat.

Petunjuk itu ialah:

1. Persiapan PAS di peringkat akar umbi masih lemah, masih berada di ‘zon selesa’.

2. Kerja-kerja secara ad-hock dilakukan ketika kempen.

3. Belum mampu menangkis tohmahan BN bahawa PAS menjadi alat DAP untuk melemahkan ‘kuasa’ Melayu.

4. Berkesannya kempen perkauman yang masih ditiupkan oleh BN, terutama di kawasan pedalaman.

5. Penerangan PAS di peringkat akar umbi masih lemah.

6. Belum ada keupayaan PAS mendekati dan seterusnya menawan hati pengundi, khususnya di kawasan pedalaman.

7. Kesedaran politik di kalangan kebanyakan pengundi di pedalaman masih di tahap rendah.

Adalah sangat ketara dalam siri pilihan raya kecil di mana belum ada persiapan cukup di peringkat cawangan, kawasan, bahkan peringkat negeri untuk bertanding, walaupun keghairahan untuk bertanding di kalangan ahli sangat tinggi.

Sesetengahnya pula sentiasa membina harapan tinggi kepada pertolongan para pendukung PAS dari negeri-negeri lain. Dengan itu apabila berlaku pilihanraya kecil, biasanya yang diutamakan ialah mencari tempat untuk petugas luar beroperasi.

Ini bukanlah tidak penting, tetapi yang paling utama ialah mengatur gerak kerja peringkat cawangan, UPU dan sebagainya. Kemudian barulah membuat persiapan untuk menerima petugas luar kawasan.

Pimpinan negeri di mana pilihan raya akan diadakan belum dapat mengukur secara konkrit kekuatan sendiri di Dun atau Parlimen yang hendak ditandingi oleh PAS. Adalah tidak munasabah jika kekuatan diukur berdasarkan andaian atau agakan semata-mata.

Disebabkan belum cukup persiapan, maka kerja-kerja yang dilakukan seperti mengenal pasti kedudukan pengundi dan kaedah mendekatinya telah dibuat secara ad-hock. Hasilnya mengecewakan.

Sementara itu isu-isu yang dikira berkesan untuk diketengahkan kepada pengundi juga tidak dibincangkan secara khusus dan terperinci.

Yang paling ketara pendukung PAS belum dapat menangkis secara berkesan fitnah BN bahawa PAS menjadi alat DAP. Dari pengamatan saya, isu ini tidak digarap dengan baik oleh penceramah dan perayu undi PAS.

Mursyidul ‘Am PAS, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat telah berulangkali mengeluarkan hujah bernas mengenai isu ini, di mana katanya, antara lain, persahabatan PAS dengan DAP, telah membuka peluang luas bagi menerangkan keadilan Islam dan sebagainya hingga semakin ramai orang bukan Islam menaruh minat untuk memahami Islam.

Hujah Tuan Guru lagi bahawa jika Islam selamat maka Melayu selamat, Cina selamat, India selamat dan kaum-kaum lain juga selamat. Tetapi jika Melayu selamat, belum tentu Islam selamat.

Hujahnya yang menarik ini belum lagi dihuraikan secara terperinci oleh pendukung PAS.

Pengertian ‘selamat’ jika Islam selamat serta tafsiran mengenai keadilan Islam juga belum lagi dihuraikan oleh para pengkempen PAS. Mendedahkan penyelewengan, rasuah dan sebagainya yang dilakukan oleh BN memang sesuatu yang wajar, tetapi kegagalan menerangkan kefahaman Islam secara mudah dan berkesan kepada pengundi pedalaman adalah menghambat kemenangan PAS.

Sudah sampai masanya pendekatan ini dilakukan sesegera mungkin pada ketika PRU Ke-13 hampir tiba. Jentera penerangan adalah urat nadi dan penggerak utama sesebuah parti politik. Justru lemahnya jentera penerangan, bermakna lemahnya jentera parti.

Berdasarkan pengamatan kepada siri pilihan raya kecil, terutamanya di Hulu Selangor tempuh hari, di mana calon PKR pada masa itu kalah, kita menyaksikan betapa lemahnya jentera penerangan Pakatan Rakyat walaupin Pakatan Rakyat sudah memerintah Selangor.

Di samping itu Pakatan Rakyat perlulah meningkatkan penerangan mengenai kesedaran politik di kalangan pengundi, terutamanya di kawasan pedalaman. Dalam hal ini oleh kerana PAS berdepan dengan kebanyakan pengundi kawasan pedalaman, maka ia perlu menggandakan usahanya menerangkan kepada pengundi akan kesedaran politik, nilai dan haknya sebagai pengundi, kepentingan masa depan mereka dan sebagainya.

Suatu hal yang sangat menarik ialah semakin eratnya perpaduan di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Dalam kempen PAS di Merlimau dan Kerdau beberapa hari lalu dan juga dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang, Manik Urai, Galas, Tenang dulu, para petugas DAP dan PKR memberikan bantuan yang sangat berkesan.

DAP telah menggerakan jentera kempennya yang sangat kuat membantu calon PAS secara maksima di kawasan pengundi Cina. Ini adalah manifestasi menunjukkan persahabatan eratnya dengan PAS.

Demikian juga PKR yang banyak berkempen di kawasan pengundi Melayu dan India juga menunjukkan kesungguhan membantu calon PAS. Ini adalah petanda yang sangat memberansangkan bahawa perpaduan dalam Pakatan Rakyat ini tetap utuh walaupun pelbagai usaha dilakulkan oleh musuh Pakatan untuk memecahkannya.

Saya yakin warga Pakatan Rakyat tidak merasa terlalu kecewa dengan siri-siri kekalahan PR dalam pilihan raya kecil yang dialami selama ini. Semangat PRU 2008 dulu di mana telah berlaku tsunami politik dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat, tidak mustahil boleh disemarakkan kembali di mana kemenangan besar itu boleh diulangi kembali dengan syarat ada perancangan yang cukup, kerja berstrategi dan bijaksana.

Dari pengamatan saya, generasi muda, Insya-Allah, akan menyokong Pakatan Rakyat, khususnya dalam PRU Ke13 akan datang. Tetapi dalam masa yang sama kita sama sekali tidak meninggalkan generasi lama di mana saya sendiri adalah dari golongan generasi lama.

Namun saya berusaha memahami dan menyertai aspirasi generasi baru, justru mereka adalah masa depan Malaysia.

Kalau tak pangkah BN, bantuan ditarik balik !

Oleh Pengundi Dun Merlimau

Saya merupakan seorang warga Merlimau, Melaka yang bertugas di Sarawak. Saya sanggup pulang untuk Pilihanraya Kecil Dun Merlimau walaupun menelan belanja yang besar. Majikan saya bertanya kenapa saya perlu pulang ke Merlimau, bukankah ada undi pos? Saya jawab, “Maaf tuan, saya tidak yakin dengan undi pos.” Semangat berkobar-kobar kerana PRK tidak sama dengan PRU. Tentu banyak berubah wajah kampung saya.

Tepat telahan saya, memang berubah sama sekali! Lori keluar masuk, polis bersimpang siur di jalan raya. Kampung yang dulu aman damai kini tidak ubah seperti medan pertempuran. Bendera berkibaran sehingga menyukarkan saya untuk melihat kenderaan sebelum melintas jalan. Begitu ‘panas’ keadaan di Merlimau sehingga berkobar-kobar saya memangkah kertas undi, dengan harapan calon pilihan saya juga calon pilihan warga Merlimau.

Apabila keputusan PRK diumumkan saya jadi kecewa. Kecewa bukan kerana PAS tewas. Kecewa kerana orang kampung saya, orang Merlimau masih belum berubah, masih belum mahu berubah dan tidak mahu berubah. Pegangan saya dan keluarga tetap condong kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Tetapi tidak dengan orang kampung saya. Mereka terlalu selesa dengan kebendaan, terlalu mudah disogokkan dengan harta benda, dengan jalan tar sekangkang kera, dengan biskut marie sepeket dua. Mereka tidak nampak bagaimana Ketua Menteri tercinta dengan lahap rakus menelan setiap sen ringgit yang terbang di depan mata.

Saya cuma pulang untuk tiga hari, tetapi pelbagai kisah menarik yang saya dapat di kampung saya. Jiran saya seorang ibu tunggal anak 7, dengan pendapatan RM400 sebulan, disogokkan dengan jalan tar sehingga ke depan pintu rumah. Tetapi hanya ditabur dengan batu dan pasir, tar pula entah ke mana. Lain pula ceritanya dengan seorang ahli Umno totok, yang rumahnya di sebelah masjid. Sehari sebelum mengundi, rumahnya cantik ditar setiap pelosok halaman. Yang seorang lagi bukan setakat rumah, hingga ke rumah-rumah sewanya juga siap ditar. Ibu tunggal diberi sepeket biskut marie, sekilo gula, dan sekilo tepung gandum dengan pesanan, “Kalau kau tak pangkah BN, semua bantuan ditarik balik.”

Seorang rakan saya merupakan petugas SPR yang juga pengundi, terpaksa menggunakan undi pos. Yang hairan bin ajaibnya, borang yang ditulis nama dan kad pengenalannya diarahkan supaya dimasukkan sekali dengan kertas undi. Jadi sesiapa pun boleh tahu siapa yang undi siapa. Sudah teluskah SPR?

Teringat saya dengan seorang pelakon kelahiran Merlimau yang juga penyokong BN totok. Mungkin sedang berlakon atau mungkin nak menunjuk pada anak-anak dara di sekeliling; dengan nada bongkak dia menjerit, “Lagi-lagi sebut Allah, asyik nak minta tolong pada Allah je, bukannya nak usaha!” Na’uzubillah… bukankah segala usaha kita juga atas kehendak Allah? Semoga dia sempat bertaubat dan semoga kampung Merlimau yang saya sayangi ini tidak dilanda musibah dan mala petaka.

Banyak lagi kisah pilihanraya Dun Merlimau ini, tapi pada petugas-petugas jentera pilihanraya tentu sangat maklum. Merlimau merupakan kubu kuat BN, orang-orang Merlimau sangat setia kepada BN. Memang kami tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk kemenangan PAS di sini. Tapi untuk PRU13, saya berharap sesuatu boleh dilakukan kerana kami, sebagai pengundi Dun Merlimau ini amat mengharapkan perubahan. Mohon ahli-ahli Pakatan Rakyat di sini menyusun strategi untuk menghadapi PRU13. Kita perlu lakukan sesuatu untuk mengubah mentaliti pengundi bagi menjamin perubahan di masa akan datang. Insya Allah, karat BN di Dun Merlimau ini akan terhakis akhirnya.

Tanpa parti SPR, siapalah BN

Seperti mana yang telah dijangkakan, BN akan menang di kedua-dua PRK yang berlangsung serentak iaitu di DUN Merlimau, Melaka dan DUN Kerdau, Pahang.

Kedua-dua DUN tersebut sebelum ini adalah merupakan antara kubu UMNO/BN. Apa lagi apabila ianya adalah PRK.

PR bukan sahaja bertempur dengan jentera UMNO/BN tetapi berdepan dengan jentera Kerajaan Negeri, kerajaan Persekutuan termasuk komponen BN iaitu SPR dan PDRM. Bukan sesuatu yang luar biasa dengan kemenangan BN ini.

Tidak ada sesuatu yang membanggakan dan menimbulkan rasa teruja dengan kemenangan BN tersebut. Apa lagi setiap PRK kita berdepan dengan pelbagai taktik kotor dan jelek yang dilakukan oleh UMNO / BN yang mendapat sokongan dan bantuan khususnya daripada badan yang tidak pernah telus, tidak pernah profesional dan tidak punyai integriti seperti SPR.

SPR yang merupakan badan yang secara jelas berpihak kepada UMNO/BN. Tidak adil, tidak bebas, tidak telus dan tidak profesional demi menyelamatkan dan memberikan kemenangan kepada UMNO/BN setiap kali PRK berlangsung. Sikap berat sebelah dan tidak adil oleh SPR menjadi SPR terlalu kotor dan jelek. Segala apa yang berlaku di sepanjang PRK ditutup mata dan telinga.

SPR sendiri yang bertindak mem'bull-shit'kan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 daripada dikuatkuasakan, apabila UMNO/BN melakukan gerakerja mereka. Malah menjadi badan yang mengesahkan 'bersih dan betul' tindakan UMNO/BN walaupun ianya adalah secara jelas, terbukti serta sah kesalahan seperti mana yang terkandung di dalam Akta 5 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Perkara 10. Malah Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyatakan bahawa beliau 'bukan pakar' dalam menentukan sama ada pemberian barangan bercanggah dengan undang-undang pilihan raya.

Kenyataan bodoh dan dungu yang keluar daripada seorang Pengerusi SPR yang wajib mengimplimentasikan serta menguatkuasakan dengan tegas segala peruntukan undang-undang agar sesebuah pilihan raya berjalan dengan adil, telus dan betul tanpa berpihak kepada mana-mana parti-parti politik.

UMNO/BN terus mendidik rakyat dengan taktik dan strategi yang menyeleweng dengan menganggap "UMNO/BN adalah kerajaan, kerajaan adalah UMNO/BN" dengan sokongan daripada SPR. Sedangkan UMNO/BN adalah parti politik manakala kerajaan adalah kerajaan, waima ianya kerajaan negeri atau kerajaan pusat yang tidak sepatutnya dipergunakan dalam setiap kali pilihan raya.

Sesungguhnya "demokrasi tulen dan keadilan" sudah lama mati di negara Malaysia ini. Peranan SPR antara menyebabkan "demokrasi dan keadilan" tidak wujud di dalam negara ini. SPR dipalitkan dengan isu "pengundi hantu", "pengundi ragu", "berat sebelah" dan tidak dinafikan sebagai "benteng" bagi memenangkan UMNO/BN. Perjanjian Persefahaman atau MOU serta 'perjanjian sulit' antara SPR dan UMNO/BN semakin terserlah dan terbuka.

SPR menjadi dalang secara licik dan terancang menjadikan pilihan raya negara ini paling kotor dan menjijikkan. Segala bantahan, memorandum, bukti, fakta dan aduan di"bakul-sampah"kan oleh SPR. Adakala menjadi badan yang menjawab dan menafikan segala taktik kotor yang dilakukan oleh UMNO/BN.

Suara-suara sumbang dan sinis juga keluar daripada SPR contohnya apabila PR menang, tidak ada pula aduan "pengundi hantu". Kenyataan dangkal, sedangkan setiap kali PRK akan dilaporkan segala kepincangan, penyelewengan, kerja kotor UMNO/BN dan termasuk kes "pengundi hantu " mahupun "pengundi ragu". walaupun dengan segala taktik dan strategi kotor dilaksanakan oleh UMNO/BN dan SPR, tetapi kekuatan rakyat telah berjaya memenangkan PR.

Saya benar-benar terharu dengan semangat dan komitmen yang tidak berbelah bagi para petugas PR yang tidak pernah berputus asa dan kecewa walaupun menghadapi kekalahan di setiap PRK yang berlangsung. Mereka tidak dibayar apa lagi tidak meminta upah untuk berjuang dengan segala limitasi dan kekangan. Tetapi mereka adalah para pejuang kental dan istiqamah yang tidak mengaku kalah walaupun mereka sedar mereka berperang di padang yang tidak berpihak kepada PR.

Kepada para pejuang, kekalahan adalah adat berperang. Setiap pejuang mesti melalui dan merasai erti kekalahan. Kekalahan bukanlah sesuatu yang mutlak dan hakiki. Kekalahan adalah azimat kental untuk memperbaiki, muhasabah dan menjana perubahan untuk masa akan datang.

Dengan izin Allah, akan tiba masanya sinar kemenangan menjelma jua. Jangan putus asa dan kecewa. Allah sedang menguji kita. Kuat atau tidak keimanan dan perjuangan kita. Kita bangun & lawan !!!!

Ubah sekarang, selamatkan Malaysia !!! (BUKU JINGGA PR)

- Fariz Musa

Zahrain Hashim kepala auta

PULAU PINANG 6 Mac - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menyifatkan tempoh tiga tahun pemerintahan DAP di Pulau Pinang penuh dengan masalah sejak diberi mandat menerajui negeri itu mulai 8 Mac 2008.

Menurut Zahrain, sehingga kini, rakyat masih belum nampak sebarang bukti hasil perjuangan DAP itu, selain hanya mewujudkan lebih banyak masalah akibat tindakan mereka terhadap golongan tertentu terutamanya peniaga Melayu.

Jelasnya, dasar pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu bukan sahaja telah menggugat perpaduan kaum yang sedia terjalin antara rakyat malahan menyebabkan pelaburan asing semakin berkurangan.

''Dua hari lagi genap tiga tahun dia (Guan Eng) memerintah, tetapi saya tidak nampak apa-apa. Yang saya nampak hanya penuh masalah. Masalah itu termasuklah tindakannya terhadap peniaga Melayu dan agama Islam yang menyebabkan keharmonian antara kaum di negeri ini semakin tergugat.

''Perkara ini tidak pernah terjadi dalam pemerintahan terdahulu kerana wujudnya budaya tolak ansur. Undang-undang boleh dipraktikkan tetapi biarlah berpatutan dan adil pada semua pihak, namun, yang terjadi sekarang adalah sebaliknya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan khemah, kerusi dan meja kepada perumahan Kuarters Polis Bayan Indah, Bayan Baru, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Supritendan Lai Fah Hin.

Beliau mengulas pencapaian pemerintahan DAP di negeri ini yang genap tiga tahun, Selasa depan sejak menerajui negeri itu pada pilihan raya umum 2008.

Zahrain berkata, tiada sebarang kemajuan, kesejahteraan kaum dan pembangunan dilihat sepanjang pemerintahan Guan Eng, justeru rakyat perlu membuat sesuatu untuk memakmurkan kembali negeri ini.

''Beliau (Guan Eng) sering mendakwa, beliau yang buat segalanya termasuk pelaburan dari luar negara dan peningkatan pembangunan ekonomi negeri ini.

''Sedangkan ia adalah hasil usaha kerajaan terdahulu termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade)," katanya.

Namun, kata Zahrain, tindakan yang dilakukan Guan Eng itu telah disedari rakyat dan beliau yakin populariti Setiausaha Agung DAP itu semakin merosot berbanding semasa dia mula menerajui negeri ini.

''Guan Eng tidak sesuai menerajui kepimpinan negeri ini kerana beliau adalah orang Melaka malah, cara kepimpinannya langsung tidak ada sikap bertolak ansur.

''Saya yakin, pilihan raya umum akan datang akan mendedahkan segalanya dan berlaku perubahan dalam pentadbiran negeri ini kerana popularitinya (Guan Eng) sudah tidak seperti dahulu lagi," katanya. - utusan meloya.

Sharpshooter - Bab sikap Guan Eng tidak ada tolak ansur, sharpshooter setuju dengan zahrain sebab itu syarikat dua ringgit nak ambil tender 40 juta Guan Eng tolak sampai zahrain terlentang dan terlompat menjadi katak sumpahan.

Alahai Zahrain bacalah fakta jangan dok auta..P.Pinang adalah negeri yang paling banyak terima pelabur asing dan juga negeri pertama menerima pujian Transparency International kerana tidak ada rasuah serta negeri pertama tolak judi sukan. Guan Eng naikkan elaun guru Kafa bukan elaun wakil rakyat parlimen.

Zahrain sekarang bolehlah bagi khemah, kerusi dan sebagainya kepada polis, kepada malaun, kepada penyamun kerana sudah dapat peruntukan dari 1 malaysia 1 israel sebagai wakil rakyat parlimen bebas.

Beranikah Zahrain bertanding semula di Parlimen Bayan Baru? Kalau anak jantan, bertandinglah di Bayan Baru pada PRU 13.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Ini bukan kekalahan terakhir buat PR - lakukan sesuatu!

PAS menyertai pilihanraya adalah kerana menganggap bahawa itu adalah salah satu kewajipannya di dalam melaksanakan perintah Allah. Sekiranya PAS tidak bertanding, rakyat tidak mempunyai peluang untuk mengangkat pemimpin mereka yang mahu melaksanakan hukum Islam kerana PAS adalah satu-satunya parti di dalam negara ini yang dasarnya adalah Islam.

Begitu juga dengan sekutu PAS di dalam PR yang masuk bertanding kerana ingin melakukan perubahan.

Walaupun sudah lama kita mengetahui bahawa kita menyertai pilihanraya di dalam keadaan demokrasi yang pincang serta penuh ketidakadilan, namun kita tetap menawarkan diri kepada rakyat untuk menjadi pilihan mereka. Ramai yang mempersoalkan sampai bila PR harus bertanding di dalam suasana yang kita sendiri tahu akan risikonya. Samada PR bangkit menentang ketidakadilan di dalam sistem demokrasi yang ada sekarang atau tidak, kita mesti menyertai pilihanraya kerana itu satu kewajipan. Jika kita tidak berupaya bangkit, kita harus bersedia untuk menerima kekalahan demi kekalahan lagi.

Saya bukan ingin menafikan beberapa kelemahan di pihak kita yang mungkin menjadi faktor kita tewas sejak kebelakangan ini. Kita harus akui kita masih punyai kelemahan yang perlu kita perbaiki. Namun pada pendapat saya, sehebat mana pun kita jika kita bertanding di dalam keadaan padang yang tidak rata dengan pengadil yang bersikap berat sebelah, kita lebih banyak berpeluang untuk kalah dari mencapai kemenangan. Jika kita menang sekali pun, bukan bererti kita menang kerana pilihanraya itu bersih dan adil. Mungkin kita menang oleh kerana terlalu kuat sokongan pada kita sehingga tidak mampu untuk mereka menghalangnya lagi. Adakah kita selama-lamanya mahu mengharapkan situasi begitu?

Sehubungan itu, suka saya cadangkan kepada pimpinan PR agar lakukan sesuatu yang lebih serius dan bersungguh-sungguh agar kita tidak lagi dipermainkan setiap kali kita menyertai pilihanraya. Siapa boleh nafikan jentera kerajaan, media, rasuah politik, undian pos dan segalanya digunakan oleh pihak mereka setiap kali adanya pilihanraya? Kita sedar sudah lama semua ini, namun kita seperti tidak bersungguh bangkit menentangnya. Ini lah punca sebenar atau faktor utama mengapa kita selalu tewas.

Memadaikah kita hanya bercakap menentang ketidakadilan ini, selepas itu kita masuk juga gelanggang dalam situasi yang tidak pernah berubah? Percayalah, selagi semua itu tidak kita halang, selagi itu kita akan terus ditertawakan dengan kekalahan demi kekalahan. Contoh terbaru, PRK di Dun Tenang, Merlimau dan Dun Kerdau terlalu menonjol kecurangan demokrasi yang mereka lakukan. Bila kita tewas, kita buat komen yang nadanya tetap sama bertahun-tahun iaitu kita tewas akibat amalan rasuah mereka, undi pos, pengundi hantu, media, jentera kerajaan yang mereka gunakan. Kita tahu, tapi apa yang kita rancang untuk menghalangnya?

Menjadi harapan kita agar pimpinan PR lebih serius di dalam hal ini. Jika keadaan ini tidak dapat diperbaiki, tiada gunanya kita siang malam berkempen meminta rakyat menyokong kita. Sekiranya semuanya dapat kita perbetulkan, barulah kita boleh mengkaji sebenar-benarnya kelemahan kita jika kita masih tewas lagi./wfauzdin.blogspot.com

Sapa nak ikut Majlis Bandaran ini...

Haram seks, tahyul

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak akan berkompromi dengan sebarang iklan produk dan perkhidmatan yang berunsurkan seks serta tahyul di semua kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, kata Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazalan Md Noor.

Beliau berkata, sebarang permohonan untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan sedemikian tidak akan diterima kerana ia hanya akan memperdaya pengguna selain tidak mempunyai jaminan daripada mana-mana pihak yang sepatutnya.

“Kami menerima banyak aduan mengenai iklan kurang menyenangkan yang ditampal dan digantung pada tiang lampu, pokok atau pondok telefon di sekitar kawasan Shah Alam. Justeru, langkah drastik telah diambil dengan menurunkan serta melupuskannya,” katanya, semalam.

Tinjauan di beberapa kawasan di sekitar Shah Alam mendapati beberapa bunting iklan yang ditampal pada tiang lampu dan pokok menawarkan perkhidmatan urut batin, ubat tenaga batin serta bantuan secara halus bagi mengutip hutang.

Kesemua iklan berkenaan tidak mempunyai pelekat pengesahan daripada MBSA seperti sepatutnya dan ditulis dalam pelbagai bahasa serta turut memaparkan nombor telefon untuk dihubungi selain ilustrasi yang mempunyai maksud tersirat, misalnya pisang.

Mazalan berkata, mereka yang mahu mengiklankan produk atau perkhidmatan di kawasan MBSA perlu memohon lesen dan pelekat kebenaran di Jabatan Perlesenan dan Penjaja Wisma MBSA serta mematuhi syarat yang ditetapkan.

Beliau berkata, antara syarat yang ditetapkan ialah saiz bunting mestilah 0.6 meter lebar dan 1.82 meter panjang manakala bagi kain rentang pula 4.2 meter lebar dan 6.1 meter panjang.

“Bahasa yang digunakan juga perlu jelas, sopan serta mengikut ejaan yang betul serta dipasang pada tempat yang tidak mengganggu lalu lintas atau boleh mendatangkan bahaya.

“Soft copy atau contoh bunting dan kain rentang juga perlu dibawa bersama bagi proses kelulusan pelekat kebenaran daripada MBSA,” katanya.

Mazalan berkata, setiap iklan juga diberi tempoh dua minggu hingga sebulan untuk dipaparkan dan perlu ditanggalkan sebaik tamat tempoh.

Bermula hujung Mac ini, operasi bersepadu antara penguat kuasa MBSA dan kontraktor yang dilantik akan dilakukan untuk menurunkan semua iklan yang tidak mempunyai pelekat kelulusan daripada MBSA dan iklan yang telah tamat tempoh.

“Kita juga akan turunkan semua iklan yang diletakkan di tempat yang tidak sesuai walaupun mempunyai pelekat daripada MBSA selain iklan-iklan yang mempunyai unsur-unsur lucah atau tahyul di semua kawasan MBSA,” katanya.

Mazalan berkata, mereka yang ingin membuat aduan boleh menghubungi talian 03-55105133 sambungan 254 (bahagian aduan awam) ketika waktu pejabat atau bilik gerakan MBSA 03-55105811 yang beroperasi 24 jam. - Bernama

Kisah Saman Ekor dan Loan MARA

Kejap tadi, waktu tengah dok menjelajah internet dari satu blog ke satu blog, entah mcm mana terjumpa satu artikel berkenaan bab saman ekoq yg membuatkan hati saya jadi tak puas hati sungguh.

Dimuatkan dlm artikel tu satu kes Mahkamah di Sarawak, kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak tahun 2009 telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan.

Dimuatkan juga dalam artikel itu bahawa yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja, iaitu notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi had laju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenali dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke mahkamah bagi menjawab tuduhan memandu melebihi had laju.

Laa...macam tu ka?

Saya nie pulak memang tak kisah saman ka tak saman ka, memang tak mau bayaq pun. Tahun lepas ketegaq (degil) sampai ke sudah tak mau bayaq; alhamdulillah boleh juga renew road tax kereta saya dan kereta org rumah.

Tahun ini, masuk pertengahan bulan Febuari, bukan Polis yang kacau, tapi org rumah yang dok bising-bising, pot-pet pot-pet dia dok berleter, kereta dia dah due road tax dah tapi saman ekoq berderet-deret. Saman tu kena bukan waktu dia bawa, tapi saya yang bawa; jenuh dok tahan telinga.

Saya habag kat dia, tahun lepas ok pa, tak dak masalah pun, boleh renew mcm tu jugak. Dia kata, tahun lepas ok la, nu cuba tengok TV, cuba baca paper, kerajaan dah habag dah, dah bagi warning dah, kalau tak bayaq kena blacklist tak boleh renew road tax tak boleh renew lesen tak boleh renew apa-apa.

Fuh! jenuh haih nak bertujai dengan org rumah ini.

Last-last, suka ka tak suka ka, kena pi bayaq la jugak.

Tu dia, bila cek-cek tengok campur kereta saya sendiri, punya berjela saman dok ada; tahun 2004 kereta kancil yang dah lama jual itu pun ada juga. Kira pi kira mai, tu dia ada 15 SAMAN semua sekali!

Maka, di hari tu, beberapa hari lagi menjelang 28 Feb 2011, tarikh akhir pusingan pertama tawaran kompaun saman ekoq tu, melayang lah duit poket tak tentu pasal dekat RM2000.

Nak habag kat hangpa, bila dah habis bayaq bila saya go thru satu persatu saman-saman tu, segala makneka jenis saman dok ada, saya pun dah tak pasti betoi ka saya yg buat semua kesalahan saman itu. Selain drpd pandu laju di merata jalan, dari KL sampai ke Perlis, ada juga saman parking 30 kaki dari simpang, langgar lampu merah, menghalang lalu lintas dan entah apa-apa lagi.

Nak komplen pun tak guna sebab saman dah bayaq dah.

Sebenarnya, kalau kita pandai undang-undang tara mana pun, kalau mai time road tax kereta kita mati, tok sah dok berhujjah lah; nanti kalau sampai kat road blok polis on the way nak pi Econsave Sungai Petani ka mana-mana, kalau brader polis tu tahan kereta kita, bila dia kata "saya hanya menjalankan tugas", kita tak boleh nak buat apa dah haih.

Orang biasa macam kita ini tok sah berkeraslah nak melawan pemerintah.

Kisah saya berkeras melawan tak mau bayaq saman ekoq ini sama jugak dengan kisah saya berdegil tak mau bayaq hutang loan pelajaran MARA hari tu. Saya berkeras tak mau bayaq sebab ada bijakpandai politik dok habag kata duit hutang loan pendidikan MARA tu sebenarnya adalah berasal daripada biasiswa yg merupakan hak istimewa org Melayu yang dipersetujui sewaktu perjanjian kemerdekaan antara pemimpin-pemimpin terdahulu.

Saya ber-ijtihad bahawa hutang loan MARA saya itu adalah halal dan tak perlu dibayar kerana ianya merupakan wang royalti politik untuk anak-anak bangsa. Lama juga saya berkeras, memegang ijtihad ini.

Walaupun nama saya keluar Utusan Malaysia dlm senarai tak bayar hutang MARA, tapi saya tetap berdegil tak mau bayaq jugak. Bila kwn-kwn tanya, saya siap boleh bagi ceramah kat depa panjang berjela lagi.

Kemudian nama saya kena blacklist. Saya tak kisah blacklist pun blacklistlah, saya x mau bayar, a man with principle lah kononnya. Nak bayaq buat apa, itu duit kita, hak kita, harta pusaka tok nenek kita, nak pi bayaq kat depa buat apa. Itulah yg saya fikirkan.

Lama jugak saya bertahan tak mau bayaq hinggalah beranak-pinak.

Last-last kena bayaq jugak bila mana sepupu saya yg jadi penjamin loan saya tu, bila anak dia dah besaq, nak beli kereta, ayah dia tak boleh jadi penjamin sebab nama blacklist angkara ijtihad saya itu. Kalah jugak saya akhirnya.

Moral of the story, hidup dalam negara 2Malaysia ini, kita sebagai rakyat biasa ini tok sahlah nak memandai-mandai, nak berkeras melawan sang pemerintah ini, pi mai pi mai nanti kita juga yang kena.

Kita semua ini ibaratkan Mentimun, depa ibaratkan Durian.

Timun kalau golek durian, timun yang luka.
Timun kalau digolek durian, timun juga yang luka.
Pi mai pi mai, kita juga yang terluka.

So, kalau tak mau terus terluka, ikut sajalah.
PRU13 nanti kita sama-sama pakat pangkah UMNO/BN.

Moga terus terubat segala luka di dada...tak kisahlah luka sebab biasiswa dah ditukar jadi PPTN atau pun luka sebab saman ekoq ka apa.

Kalau agak-agak tension sangat, bangun dan berdiri tegak, sama-sama laungkan RUKUN NEGARA kuat-kuat. Perkara no berapa dah tak ingat, bab KELUHURAN PERLEMBAGAAN dan KEDAULATAN UNDANG-UNDANG kalau tak silap!!

Undang-undang apa entah, saman sepatutnya kena charge dalam mahkamah, tapi dalam negara 2Malaysia ini terus otomatik kena blacklist!!

p.s: sapa yang masih tak bayaq tak payah komplen....saya dah bayaq, jadi boleh la komplen panjang berjela kalau nak...:-)))

Sekian.

moniermatdin@yahoo.com
8.3.11
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com

PAS tak kan musnah angkara Merlimau dan Kerdau

Kekalahan PAS di Merlimau dan Kerdau terus menjadi isu hangat dihangatkan oleh mereka yang mahu curi kesempatan menyerang PAS dan Pakatan Rakyat. Inilah peluang untuk menjatuhkan PAS. Inilah peluang untuk membuktikan perjuangan PAS sudah tidak relevan. Bahawa Pakatan Rakyat sudah sampai kesaat kehancurannya.

Media arus perdana tersohor ke hadapan dalam usaha-usaha jahat ini

Saya sendiri dihubungi oleh wartawan sebuah akhbar harian berhubung keputusan ini. Adat pertandingan ada menang dan ada kalah. Jangankan calon PAS, Lim Kit Siang dan Karpal Singh pun pernah tewas dalam pilihanraya begitu juga Tuan Guru Nik Abd Aziz di parlimen Bachok satu ketika dahulu.

PAS sendiri kalah teruk dalam pilihanraya umum Persekutuan yang pertama pada tahun 1955. Cuma menang satu kerusi di Kerian, sehingga Almarhum Prof Zulkifli Mohamad sendiri tewas di Selangor dan hilang wang pertaruhan. Ketika itu usia PAS setahun jagung. Kalau disebabkan kekalahan itu maka PAS perlu dibubar atau pemimpinnya ditukar niscaya tidak adalah PAS hari ini.

Saya beritahu wartawan berkenaan sesungguhnya kalau kita lihat dari rekod pilihanraya-pilihanraya kecil selepas PRU 2008, antara PAS dan Umno sebenarnya baru seri 1-1. Ukuran perlu dibuat berdasarkan kerusi yang gagal dipertahankan. PAS betanding dan mencabar BN-Umno di parlimen Kuala Terengganu. Keputusannya PAS menang bermakna PAS punya satu markah merampas kerusi BN. Di Galas, Kelantan, BN-Umno berjaya merampas kerusi PAS apabila calon mereka mengalahkan calon PAS. Bermakna Umno juga punya satu markah merampas kerusi PAS.

Lantas muktamadnya setakat ini baru seri 1-1.

Kerusi-kerusi lain termasuklah terbaru Merlimau dan Kerdau, Umno-BN berjaya mempertahankan kerusi mereka, oleh itu tiadalah berlaku perampasan kerusi. Demikian juga ketika PAS berjaya mempertahankan kerusi parlimen Bukit Gantang.

Saya tidak nampak PAS mengalami “setback” yang teruk ekoran kekalahan ini kerana ianya sesuatu yang lumrah dan biasa dihadapi. Malah menurut rekod PAS pernah kalah dalam pilihanraya kecil namun menang kembali semasa pilihanraya umum contohnya DUN pengkalan Pasir di Kelantan dimana PAS tewas kepada Umno dalam satu pilihanraya kecil pada tahun 2005, calon Umno menang dengan majoriti 134 undi. Walaubagaimanapun dalam PRU 2008 lalu calon PAS berjaya merampas kembali kerusi berkenaan dengan menewaskan calon Umno dengan majoriti 2,348 undi!

Memang keputusan di Merlimau dan Kerdau menunjukkan PAS tewas dengan gagal mempertahankan undi lama. Tetapi kalah dalam pilihanraya kecil bagi PAS dalam sejarah pilihanraya di Malaysia adalah sesuatu yang biasa. Menang adalah luar biasa.

Jangan ditolak ketepi PAS semata-mata kerana kekalahan ini. PAS masih relevan dan kuat. Masih punya dua MB di Kelantan dan Kedah, masih ada wakil dalam kerajaan Selangor, masih punya 23 ahli Dewan Rakyat dan 3 wakil di Dewan Negara.

Presiden dan Timbalan Presiden serta pimpinan PAS tak perlu dipersalahkan kerana kekalahan ini, ia suatu ujian. PAS mencatat prestasi buruk di bawah Presiden ini pada PRU 2004, namun berjaya melantun ke atas kembali dengan rekod pencapaian terbaik di bawah pimpinan Presiden yang sama pada PRU 2008 baru-baru ini.

PAS adalah sebuah gerakan Islam yang mengamalkan kepimpinan berjemaah. Ianya keputusan kolektif dan jika kalah atau menang ia pertanggungjawaban bersama. Bila kalah di Uhud Rasulullah tidak diperasalahkan, ia ujian dari Allah, dan umat Islam bangkit kembali selepas itu.

Insyallah PAS akan berjaya mengatasi kekecewaan di Merlimau dan Kerdau ini. Yang penting perjuangan ini perlu diteruskan dengan penuh iltizam dan istiqomah. Jangan biarkan musuh mengeksplotasi kita dikala murung, nyahkan musuh dalam selimut.[Roslan SMS]

Dosa samakan Nik Aziz, Ayah Pin: Harussani


SHAH ALAM – Tindakan seorang pemimpin kanan sebuah pertubuhan menyamakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan ketua ajaran sesat Ayah Pin, Ariffin Muhammad boleh membawa kepada dosa jika individu berkenaan tidak bertaubat dan memohon maaf kepada mereka yang terbabit.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ini kerana, perbuatan menyamakan keperibadian seseorang dengan perwatakan individu lain yang bertentangan dengan personalitinya adalah berdosa dan hukumnya fasik.

"Dalam ayat 11, surah Al Hujarat, Allah SWT telah mengingatkan kita bahawa seseorang ditegah memanggil orang lain dengan gelaran buruk. Orang yang menggelar itu harus segera bertaubat kerana itu adalah perbuatan yang zalim," tegasnya.

Dalam isu yang membabitkan dua individu itu, Harussani berkata, perbezaan antara Nik Aziz de-ngan Ayah Pin adalah sa-ngat ketara kerana Nik Aziz adalah seorang ulama yang juga ahli politik berjawatan Menteri Besar sebuah negeri, manakala Ayah Pin ketua ajaran sesat yang mengaku dirinya tuhan serta diburu pihak berkuasa.

"Tidak boleh sama sekali mengata seseorang sampai begitu, mana boleh samakan Nik Aziz dengan Ayah Pin," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin.

Dalam kenyataannya disiarkan semalam, Farahana menyifatkan imej Nik Aziz boleh disamakan dengan Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.

Beliau mendakwa, kedua-duanya mempunyai persamaan kerana mengaburi pemikiran pengikut untuk memuaskan nafsu masing-masing.

"Mereka boleh lakukan apa saja tanpa boleh ditegur kerana 'kesucian' mereka," katanya.

Rumah : Umno perlu ambil perhatian titah Agong

KUALA LUMPUR, 7 Mac: Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria (gambar) berkata, titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai kemudahan perumahan kepada golongan kurang berkemampuan harus diambil serius oleh Umno BN.

Ini kerana katanya, berlaku ketidakadilan dalam pemberian rumah-rumah berkenaan apabila Umno BN memilih kroni mereka untuk menerima rumah kos rendah itu.

"Bagi saya sebagai golongan muda, projek ini hendaklah sampai kepada sasaran. Apa yang berlaku apabila kita (Pakatan Rakyat) kemuka permohonan rumah ini tidak dilayan sebaliknya mereka lebih memilih kumpulan-kumpulan daripada BN.

"Ketua Umno bahagian memainkan peranan besar dalam memastikan siapa yang patut dapat rumah ini," kata beliau.

Tambahnya, semua pihak tidak kira daripada mana-mana parti berhak diberi peluang untuk membantu rakyat yang sudah.

"Semua orang tidak kira BN ke, Pakatan Rakyat ke layak dan mempunyai akses untuk membantu golongan susah," katanya.

Tuanku Mizan semasa semasa merasmikan mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen hari ini menyentuh mengenai Rancangan Malaysia Kesepuluh iaitu lebih 30,000 unit rumah di bawah program perumahan rakyat akan dibina untuk disewa dan dijual kepada golongan yang memerlukan.

EXCO PERBAHARUI SUMPAH JAWATAN

Ditulis oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Genap tiga tahun kerajaan Pakatan Rakyat dibawah pimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mentadbir Negeri Kedah.

Tanpa sebarang isu-isu besar yang dapat menggoyahkan pentadbiran, 10 barisan Exco telah mengangkat sumpah pelantikan semula jawatan yang disandang di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, di sini.

Untuk kali ini, hanya dua rombakan portfolio dilakukan, dan tiada sebarang pengguguran dan penambahan bilangan Exco.

Dua rombakan itu adalah antara YB Dato’ Ir Haji Phahrolrazi Haji Zawawi dan YB Dato’ Ir Amiruddin Haji Hamzah.

Kini, YB Dato’ Ir Haji Phahrolrazi memegang portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga. Manakala YB Dato’ Ir Amiruddin memegang portfolio Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan.

Terakhir Dikemaskini (Isnin, 07 Mac 2011 20:33)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...