TERKINI :

Monday, March 7, 2011

KEPUTUSAN SETIAP SALURAN PRK N27 & N28

KEPUTUSAN PENUH MENGIKUT SALURAN PETI UNDI

N27 DUN MERLIMAU

UNDI POS

BN 46 PAS 2 ROSAK 14 MAJORITI 44 JUMLAH 62

MERLIMAU UTARA

SALURAN 1: BN 328 PAS 110 ROSAK 10 MAJORITI 218 JUMLAH 448

MERLIMAU PASIR

SALURAN 1: BN 217 PAS 79 ROSAK 6 MAJORITI 138 JUMLAH 306
SALURAN 2: BN 334 PAS 159 ROSAK 5 MAJORITI 175 JUMLAH 498
SALURAN 3: BN 327 PAS 110 ROSAK 2 MAJORITI 217 JUMLAH 467
SALURAN 4: BN 340 PAS 115 ROSAK 3 MAJORITI 225 JUMLAH 458

AYER MERBAU

SALURAN 1 :BN 200 PAS 68 ROSAK 7 MAJORITI 132 JUMLAH 275
SALURAN 2 :BN 298 PAS 109 ROSAK 1 MAJORITI 189 JUMLAH 408

CHINCHIN

SALURAN 1 : BN 204 PAS 49 ROSAK 17 MAJORITI 155 JUMLAH 270
SALURAN 2 : BN 349 PAS 123 ROSAK 9 MAJORITI 226 JUMLAH 481
SALURAN 3 : BN 291 PAS 135 ROSAK 9 MAJORITI 156 JUMLAH 435
SALURAN 4 : BN 291 PAS 127 ROSAK 5 MAJORITI 164 JUMLAH 423

JASIN LALANG

SALURAN 1 : BN 196 PAS 35 ROSAK 10 MAJORITI 161 JUMLAH 241
SALURAN 2 : BN 256 PAS 48 ROSAK 3 MAJORITI 208 JUMLAH 307

PERMATANG SERAI

SALURAN 1 :BN 189 PAS 85 ROSAK 1 MAJORITI 104 JUMLAH 275
SALURAN 2 : BN 339 PAS 140 ROSAK 6 MAJORITI 199 JUMLAH 480
SALURAN 3 : BN 305 PAS 126 ROSAK 5 MAJORITI 179 JUMLAH 436
SALURAN 4 : BN 313 PAS 112 ROSAK 2 MAJORITI 201 JUMLAH 487

PENGKALAN SAMAK

SALURAN 1 : BN 204 PAS 70 ROSAK 6 MAJORITI 134 JUMLAH 280
SALURAN 2 : BN 314 PAS 177 ROSAK 6 MAJORITI 137 JUMLAH 497
SALURAN 3 : BN 283 PAS 185 ROSAK 6 MAJORITI 98 JUMLAH 474
SALURAN 4 : BN 338 PAS 127 ROSAK 2 MAJORITI 211 JUMLAH 477

JUMLAH KESELURUHAN : PAS 2319 BN 5962 - BN MENANG MAJORITI 3643

N28 DUN KERDAU

UNDI POS

BN 39 PAS 11 ROSAK 1 MAJORITI 28 JUMLAH 51

BALAI RAYA KG. SERI TANJONG

SALURAN 1 : BN 146 PAS 55 ROSAK 4 MAJORITI 91 JUMLAH 201

SEK KEB KERDAU

SALURAN 1 : BN 152 PAS 103 ROSAK 4 MAJORITI 49 JUMLAH 458
SALURAN 2: BN 155 PAS 144 ROSAK 3 MAJORITI 11 JUMLAH 302

SEK KEB JENGKA 22

SALURAN 1 : BN 182 PAS 94 ROSAK 5 MAJORITI 88 JUMLAH 281
SALURAN 2 : BN 224 PAS 94 ROSAK 2 MAJORITI 130 JUMLAH 320
SALURAN 3 : BN 183 PAS 94 ROSAK 2 MAJORITI 89 JUMLAH 279

SEK KEB PAYA TARAM

SALURAN 1 : BN 184 PAS 83 ROSAK 9 MAJORITI 101 JUMLAH 276
SALURAN 2: BN 244 PAS 133 ROSAK 4 MAJORITI 111 JUMLAH 381

SEK KEB TELUK SENTANG

SALURAN 1 : BN 297 PAS 226 ROSAK 5 MAJORITI 71 JUMLAH 526

SEK KEB KUALA KEKAL

SALURAN 1 : BN 241 PAS 64 ROSAK 5 MAJORITI 177 JUMLAH 310

DEWAN SERBAGUNA RUMPUN MAKMUR

SALURAN 1: BN 199 PAS 51 ROSAK 7 MAJORITI 148 JUMLAH 257
SALURAN 2: BN 213 PAS 108 ROSAK 0 MAJORITI 105 JUMLAH 321

SEK KEB JENGKA 25

SALURAN 1: BN 307 PAS 43 ROSAK 1 MAJORITI 264 JUMLAH 351

SEK KEB JENGKA 23

SALURAN 1: BN 236 PAS 95 ROSAK 3 MAJORITI 141 JUMLAH 334
SALURAN 2: BN 390 PAS 133 ROSAK 7 MAJORITI 257 JUMLAH 530
SALURAN 3: BN 293 PAS 177 ROSAK 8 MAJORITI 116 JUMLAH 482

SEK KEB PULAU PASIR MANDI

SALURAN 1: BN 144 PAS 108 ROSAK 2 MAJORITI 36 JUMLAH 254

BALAI RAYA KERAI

SALURAN 1: BN 286 PAS 44 ROSAK 5 MAJORITI 242 JUMLAH 335

SEK KEB LIPAT KAJANG

SALURAN 1: BN 243 PAS 99 ROSAK 4 MAJORITI 144 JUMLAH 346

SEK MEN KEB KERDAU

SALURAN 1: BN 204 PAS 93 ROSAK 6 MAJORITI 111 JUMLAH 33
SALURAN 2: BN 267 PAS 132 ROSAK 2 MAJORITI 135 JUMLAH 401
SALURAN 3: BN 227 PAS 152 ROSAK 2 MAJORITI 75 JUMLAH 381

JUMLAH KESELURUHAN : PAS 2336 BN 5060 - BN MENANG MAJORITI 2724

MENANG HAMPAS NYOK JE TUUU...BIAQ LA DEPA SYOK DULU...

Nik Aziz : Umno-BN Tidak Usah Bermegah Menang PRK Disebalik Demokrasi Tempang

KOTA BHARU 7 MAC : Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin Umno dan BN, tindakan mereka membelakangkan demokrasi bakal menjadi bom jangka yang akan meletup bila-bila masa.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengingatkan pemimpin tertinggi Umno tidak perlu bermegah dengan kemenangan calon mereka di dua pilihanraya kecil, Merlimau dan Kerdau, kerana perlawanan itu tidak berlandaskan demokrasi lapor Harakah Daily.

"Ia bakal menjadi bom jangka yang dilemparkan oleh golongan ini kemudian hari nanti, jadi beringat-ingatlah, jangan berbuat sesuka hati,"ujarnya.

Sambungnya, sekiranya Hosni Mubarak seorang yang berkuasa besar akhirnya digulingkan oleh rakyat sendiri, apa lagi di Malaysia, ia juga boleh berlaku.

Menurutnya, PAS bukan menentang calon Umno sebaliknya parti kerajaan yang disokong oleh segala gentera kerajaan negeri dan Persekutuan.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas keputusan dua pilihanraya kecil di Dun Merlimau dan Kerdau, selepas mesyuarat Ecer tengahari tadi.

Menurutnya, PAS sebagai sebuah parti telah menentang calon kerajaan pemerintah dan bukannya menentang calon parti Umno atau BN.

"Ini amat tidak adil, ia berdosa dunia akhirat. Kerana itu golongan muda sekarang semakin memahami masalah demokrasi semakin tiada di negara ini sehingga mereka menjadi 'pendendam' akibat membelangkan demokrasi yang mereka pelajari.

Menurutnya, beliau sebagai anggota PAS sekali-kali tidak meredhai dunia akhirat pada mana-mana pemimpin negara terhadap pengkhianatan demokrasi dalam apa juga perkara terutama dalam pilihanraya.

Walaupun akur dengan keputusan pilihanraya terbabit, namun hakikatnya keputusan sebenar tidak sedemikian.

"Tengok semalam sebagai contohnya, bagaimana seorang penyokong Umno yang telah menyertai PAS tiba-tiba mengisytiharkan semula menyertai Umno.

"Kenapa perkara ini berlaku sekiranya tiada tekanan demi tekanan, ini bukan demokrasi,"ujarnya.

Ketika ditanya adakah pengundi Melayu turut menolak PAS pada pilihanraya kecil baru-baru ini di peti undi tertentu apabila didapati kurang sokongan, beliau berkata apa yang dipertikaikannya sekarang ialah soal demokrasi.

Beliau turut mendakwa rakyat masih disogok dengan pembangunan walaupun ianya dibuat apabila tiba waktu pilihanraya sahaja.

"Pembangunan akan muncul hanya bila ada pilihanraya, khususnya pilihanraya kecil,"ujarnya TVselangor

Tuan Ibrahim Tuan Man: Cadangan baikkan pilihan raya

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

PRK Kerdau dan Merlimau baru selesai, dan keputusan baru diumumkan. Kesemua parti bertanding membuat pelbagai analisa dan kajian, kegagalan dan kejayaan yang akan menghasilkan pelbagai pandangan dan komentar.

Lebih menarik golongan yang membuat analisa dari jarak jauh berdasarkan angka dan keputusan, tanpa bermandi peluh dalam merangka pendekatan menghadapinya.

Tentulah penyokong yang fanatik akan rasa kecewa; namun pemain yang bertungkus lumus tentu lebih kecewa.

Tulisan ini adalah hasil pengalaman diamanahkan sebagai Pengarah PRK Kerdau berhadapan dengan pelbagai kekalutan menghadapi kelemahan sistem pengurusan PRK dan kelemahan jentera dalaman parti.

Soal dalaman parti adalah urusan dalaman yang akan diperbaiki. Tulisan ini bagi mengatasi beberapa kelemahan dalam sistem pengurusan Pilihanraya.

Cadangan penambahbaikan.

1. Pegawai Pengurus Pilihanraya: Biasanya Pegawai Pengurus (PP) Pilihan Raya diambil di kalangan Pegawai Daerah sesuatu kawasan PR. Keadaan ini sebenarnya telah meletakkan pegawai tersebut dalam keadaan yang serba salah bagi mengambil tindakan terhadap parti yang memerintah, kerana beliau terpaksa membuat teguran kepada MB, atau Menteri yang dalam waktu yang sama adah bosnya. Keadaan serba salah ini menyebabkan sebarang pelanggaran peraturan PR gagal diatasi secara tegas oleh PP.

Dicadangkan PP hendaklah dilantik dari pihak luar dari negeri yang diadakan Pilhanraya atau pihak yang berkecuali samada NGO atau pegawai suruhanjaya yang bebas, contohnya dari Suhakam. Bagi PRK pula Pegawai Pengurus mestilah di kalangan SPR Pusat atau Badan Bebas. Keadaan ini akan lebih memberi keyakinan kepada PP untuk bertindak bilamana berlaku pelanggaran peraturan seperi penggunaan kemudahan awam, jentera kerajaan dan sebagainya.

2. Kehadiran perayu undi di sesuatu kawasan peti undi dengan sorakan, kata-kata kesat dan pergaduhan menyebabkan pengundi yang keluar mengundi berada dalam keadaan takut, tertekan dan menyampah. Keadaan ini perlu diatasi segera, kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan cabar mencabar di kalangan parti yang bertanding. Ianya lebih parah, bilamana yang mengapi-apikan itu adalah pimpinan parti yang bertanding. Soalnya apakah rayuan begini mampu mengubah pendirian pengundi?. Atau hanya menakutkan pengundi untuk membuang undi.

Dicadangkan semua parti tidak lagi dibenarkan menyediakan pondok panas (peraturan ini telah pun ada, hanya gagal dikuatkuasakan), dan penyokong parti dilarang berkumpul di laluan masuk mengundi. Pihak polis mesti digunakan bagi memastikan tiada perayu undi yang dibenarkan berkumpul. Barung SPR hendaklah berada di kawasan luar tempat mengundi bagi kemudahan pengundi membuat semakan.

3. SPR mestilah menguatkuasakan larangan peristiharan pelbagai projek, kelulusan pelbagai bentuk pinjaman, pemberian kepada pengundi dilakukan selepas hari penamaan calon. Sebarang bentuk pemberian, peristiharan peruntukan, janji-janji dan sebagainya hanya dibolehkan sebelum penamaan calon sahaja. Kesalahan ini mestilah dikuatkuasakan secara berkesan oleh SPR, untuk lebih berkesan kesalahan ini mestilah boleh membatalkan penyertaan mana-mana calon yang mewakili parti berkenaan. Ianya hendaklah dimasukkan sebagai satu kesalahan Akta Pilihanraya. Bukan hanya calon dan wakil calon sahaja.

4. Pemantau SPR mestilah mampu membuat kawalan terhadap semua kawasan yang diselia dalam jarak masa yang singkat. Oleh kerana kawasan Kerdau (sebagai contoh) mempunyai keluasan perjalanan yang sangat jauh, maka dicadangkan Pemantau SPR mestilah ditambah. Sebagai contoh di DUN Kerdau ada 3 unit Pemantau, sedangkan keluasan dan corak jalanraya yang jauh, menyebabkan bilamana ada kes, Pemantau terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke sesuatu lokasi.

5. Larangan berkempen sehingga jam 12 malam hendaklah dihapuskan. Larangan ini adalah tidak lagi praktikal untuk dilaksanakan dalam perkembangan media baru yang pelbagai bentuk. Bahkan ianya hampir tiada makna kerana televisyen dan radio terus berkempen sehingga waktu pengundian berjalan. SPR dilihat lemah bilamana gagal menguatkuasakan peraturan yang ada.

Sekadar beberapa cadangan awal, untuk penelitian ke arah demokrasi yang lebih adil.
-----------------------

Penulis adalah Naib Presiden PAS yang dilantik PAS menjadi Pengarah Pilihan Raya Dun Kerdau.

Weldone 1Malaysia..

Pelancaran Buku Jingga Peringkat Negeri KEDAH

Analisis - BN tak menang habis, Pakatan belum tewas teruk

March 07, 2011


ANALISIS, 7 Mac — Seperti yang dijangka Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang dengan majoriti yang lebih besar berbanding 2008.

Kemenangan mengekalkan status quo ini sudah pasti akan memberangsangkan dan memberi keyakinan kepada pemimpin dan penyokong BN setelah sekiran lama diselubungi kesuraman sokongan rakyat Malaysia terhadap parti perikatan itu sejak dilanda “tsunami politik” pada 8 Mac 2008.

Malah, kemenangan BN ini berjaya memperbaharui rekod pertarungan antara BN dengan Pakatan Rakyat kepada 8-8, dalam 16 pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum ke-12.

Dengan kekalahan PAS di dua kawasan sebelum ini iaitu di Galas, Kelantan dan Tenang, Johor memberikan lebih keyakinan kepada BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang mana sokongan pengundi Melayu dilihat sudah kembali kepada BN.

Di Merlimau, calon BN Roslan Ahmad meraih 5,962 undi manakala calon PAS Yuhaizat Abdullah pula memperoleh 2,319 undi.

Dalam pada itu, di Kerdau calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad memperoleh 5,060 undi manakala calon PAS Hassanuddin Salim mendapat 2,336 undi.

Majoriti kedua-dua kawasan ini meningkat lebih satu kali ganda berbanding pilihan raya umum 2008.

Seandainya diimbas kembali, sentimen rakyat jelas menyebelahi Pakatan Rakyat untuk satu jangka yang agak panjang selepas pilihan raya umum ke-12. Situasi ini dapat diperlihatkan apabila Pakatan Rakyat memenangi dua pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ke-12 iaitu Permatang Pauh dengan majoriti yang lebih besar, dan Kuala Terengganu dengan rampasan kerusi dari BN.

BN hanya berjaya mempertahankan satu kerusi di DUN Batang Ai, Sarawak pada April 2009.

Namun, kemenangan ini sedikitpun tidak menceriakan BN, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan ia berlangsung bersama pilihan raya kecil Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah dan kawasan-kawasan itu kekal dalam genggaman Pakatan Rakyat.

Kekalahan demi kekalahan ini mungkin antara faktor yang membelenggu BN, sehingga tidak menurunkan calon dalam pilihan raya kecil Penanti, yang berlangsung pada 31 Mei 2009.

Bagaimanapun, kekalahan tetap menghantui BN apabila tewas sekali lagi di pilihan raya kecil Permatang Pasir, kira-kira tiga bulan selepas itu.

Bagaimanapun pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai BN hampir mengecapi kemenangan apabila berjaya menghakis undi PAS dari 1,352 hingga 65 undi tetapi masih gagal untuk menembusi kubu kuat PAS itu.

BN hanya berjaya mencapai kemenangan pertama melalui Tan Sri Mohd Isa Samad apabila berjaya mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang dengan majoriti lebih besar.

Sejak itu, BN dilihat kembali dengan keyakinan bahawa undi Melayu telah kembali ke pangkuan Umno.

Dakwaan itu diperkukuhkan lagi apabila BN berjaya merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun kegembiraan itu tidak panjang apabila DAP mencipta kejutan dengan merobohkan kubu kuat BN di Sibu, Sarawak.

Bagaimanapun kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi, Sabah memberikan satu lagi keyakinan kepada kepimpinan BN, malah kemenangan di Tenang juga menjadi pemangkin yang menyaksikan BN menang dengan majoriti besar.

Melihat kepada siri pilihan raya kecil dan ditambah pula dengan kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau mungkin memberikan satu isyarat kepada Pakatan Rakyat bahawa pengundi khususnya pengundi Melayu sudah kembali kepada pangkuan BN.

Walaupun ramai yang menjangkakan BN akan menang namun agak mengejutkan apabila BN menang dengan majoriti lebih besar di kawasan yang majoritinya adalah orang Melayu.

Seorang perayu undi PAS menggantung gambar calon Yuhaizat Abdullah bagi menarik perhatian pengundi di pekarangan pusat pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Jasin, semalam. — Foto Bernama
Menurut penganalisis politik Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian, kemenangan BN di dua kawasan pilihan raya kecil ini menunjukkan pengundi sudah kembali ke pangkuan BN.

“Keputusan ini memang sudah dijangka, persoalannya hanya berapa banyak majoriti tapi kalau kita lihat BN berjaya meningkatkan majoriti yang besar di Merlimau dan Kerdau.

“Keputusan ini menunjukkan apa yang dilakukan BN masih diterima dengan baik oleh penyokong parti dan pengundi juga sudah kembali kepada BN,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata mungkin kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau disebabkan ketiadaan isu tempatan yang boleh mempengaruhi minda pengundi supaya tidak mengundi parti perikatan itu.

“Mungkin boleh dikatakan dengan ketiadaan isu tempatan yang besar di kedua-dua kawasan ini menjadi faktor kemenangan BN.

“Malah kegagalan PAS sejak di Bagan Pinang, Galas dan Tenang memberi kesan terhadap sokongan pengundi terhadap PAS dan kalau kita lihat PAS mula menghadapi kemerosotan sokongan undi Melayu.

Justeru kata pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia itu, PAS perlu mengkaji semula strategi dan pendekatan yang digunakan terutamanya dalam menghadapi kehakisan sokongan pengundi Melayu terhadap parti Islam itu.

“PAS harus kaji semula strategi yang digunakan, mungkin mereka (PAS) anggap kekalahan ini sudah dijangka tapi kalau kita lihat DAP lebih memainkan peranan daripada PAS dan ia memberi kesan apabila PAS tidak mendapat sokongan pengundi Melayu.

“Bagi saya ini merupakan salah satu sebab kerana kalau kita lihat DAP yang gerakkan PAS untuk pastikan PAS mendapat sokongan pengundi bukan Melayu tapi PAS gagal untuk dapatkan sokongan pengundi Melayu.

“Kekalahan ini boleh menyebabkan sokongan orang Melayu terhadap PAS terhakis dan jika ia dibawa ke peringkat nasional kita akan dapat tahu nilai sokongan Melayu kepada PAS,” katanya.

Sivamurugan berkata perubahan yang ingin dibawa PAS dilihat gagal mendapat keyakinan daripada pengundi yang dilihat selesa dengan apa yang diberikan BN.

Tiada isu yang boleh sebabkan pengundi tidak undi BN, perubahan yang dibawa PAS ini tidak kena dengan selesa pengundi di kedua-dua kawasan ini.

“Kalau PAS tidak lihat kehakisan sokongan Melayu ini ia akan memberi kesan dalam pilihan raya umum ke-13. Jadi PAS perlu kembali dan lihat kepada matlamat asal parti,” katanya.

Bagaimanapun Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau tidak menunjukkan pengundi-pengundi sudah kembali kepada BN.

Sebaliknya Agus berkata, faktor kemenangan BN di kedua-dua kawasan pilihan raya kecil itu adalah disebabkan jentera BN yang luar biasa.

“Saya lihat tidak banyak yang berubah walaupun BN menang dengan majoriti yang agar besar tapi kemenangan itu tidak membolehkan kita untuk membaca sikap pengundi.

“Kemenangan BN disebabkan jentera BN yang luar biasa, ia merupakan satu kejayaan dan kerja kuat BN tapi dari segi bacaan sikap pengundi untuk gambarkan pilihan raya umum masih belum boleh... tapi kemenangan ini menunjukkan rakyat sudah selesa dengan politik BN,” katanya.

Jelas beliau, sekiranya BN memberikan tumpuan kepada rakyat selain melaksanakan janji-janji ia boleh membawa perubahan terutamanya dari aspek pola pengundian dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Kalau BN fokus kepada rakyat, maka akan berlaku perubahan dalam konteks nasional.

“PAS tidak gagal tapi jentera PAS yang gagal berfungsi seperti mana jentera BN, strategi jentera BN memberi kelebihan kepada BN dan faktor ini yang memenangkan BN,” katanya.

Sementara itu, Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata kemenangan BN menunjukkan peningkatan kepercayaan pengundi terhadap BN.

“Kemenangan BN di kedua-dua pilihan raya kecil ini mencatatkan majoriti yang berganda dan peningkatan majoriti ini menunjukkan pemulihan kepercayaan rakyat kepada BN.

“Ini adalah satu yang nyata dan jelas kesinambungan kemenangan BN dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, kalau kita lihat BN berjaya pulihkan kepercayaan rakyat,” katanya.

Jelas beliau, pengundi sudah kembali kepada BN kerana percaya hanya parti perikatan itu yang boleh menjamin masa depan mereka.

“Pengundi memilih BN sebagai parti yang boleh memberi keyakinan kepada rakyat dan peningkatan itu menunjukkan bahawa di samping BN mengekalkan kemenangan BN juga berjaya mempertahankan kubu kuat mereka.

“Kalau kita lihat di kedua-dua kawasan ini, PAS memperlihatkan kempen yang luar biasa . . . kempen yang kuat tapi mereka tetap gagal, ini adalah satu bukti kekuatan yang ada pada BN,” katanya.

Melihat kepada perubahan yang berlaku ini, adakah PAS masih mampu untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan orang Melayu menjelang pilihan raya umum ke-13.

Terimalah Padahnya apabila Pimpinan PR Lupa Perjuangan "BERSIH"

Cerita Di Sebalik BN 3 – PR 0 Dalam Tempoh Sebulan.
Oleh: BayangDiAir

http://zulhaidah.com/wp-content/uploads/2009/10/Bersih.jpg

"Penyakit biasa manusia yang mudah lupa. Apabila sudah menang besar pada PRU12, isu empat tuntutan BERSIH padam macam api pelita dipuput angin. Sebelum dan selepas PRU12, penulis sudah menyuarakan isu ini beberapa kali melalui TKO dan akhbar Harakah. Impaknya tidak kedengaran baik daripada pemimpin BERSIH, PAS mahupun Pakatan Rakyat. Masing-masing ghairah juga sibuk menguruskan pentadbiran negeri-negeri dan mengadakan majlis ceramah penerangan dan penyerangan. Isu dakwat, media, daftar pemilih dan undi pos bagai bukan faktornya lagi dalam merealisasikan hasrat mengambil alih Putrajaya. Pengundi hantu pula tidak wujudkah lagi?

Keputusan PRK Tenang, Kerdau dan Merlimau memberikan senyuman buat BN. BN boleh mengadakan PRU13 pada bila-bila masa sekarang. Kata Najib, PRU13 mungkin sudah hampir. Mungkin serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak dan mungkin sebelum November ini. Ya, maksimum tinggal 7 bulan lagi. Dalam tempoh ini, BERSIH baru hendak digerakkan semula. Itu pun macam kerja PAS sahaja. Seolah-olah PKR dan DAP tidak terkesan dengan gelanggang demokrasi yang tidak adil itu. Juga seolah-olah Pakatan Rakyat itu suatu pakatan yang longgar - sinikalnya masalah tuntutan BERSIH ialah masalah PAS, maka biarkan PAS uruskannya.

Cukupkah 7 bulan untuk SPR dan kerajaan melaksanakan transformasi demokrasi? Jawapannya, cukup bagi pihak-pihak tersebut jika ada kemahuan dan kejujuran. Namun berdasarkan kilat ikan di air, SPR dan kerajaan akan bertindak dalam pilhan tiga wajah iaitu, bertindak bagai lembu kenyang sambil mempertahankan amalan yang sedia ada. Kedua, bermain tarik tali dan sorong papan tarik papan yang akhirnya tidak akan ke mana-mana. Ketiga memberi sedikit sentuhan kosmetik yang boleh dijadikan alasan bahawa penambahbaikan telah dilakukan.

Kesimpulannya, Pakatan Rakyat ( bukan PAS sahaja) mesti memulakan desakan yang kuat meskipun telah agak terlewat. Kalau perlu, hantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong agar tidak memperkenankan pembubaran parlimen sehinggalah empat tuntutan BERSIH dilaksanakan. Sekiranya gerakan massa yang cintakan demokrasi lemah dan longlai, maka mulai saat ini janganlah lagi didegar-degarkan slogan “menuju ke Putrajaya”. Cukuplah jaga negeri-negeri yang dimiliki agar tidak jatuh satu-persatu."

MB, 10 Exco Kedah angkat sumpah


ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak serta 10 Exco kerajaan negeri mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit Bukit, di sini hari ini.

Azizan ketika ditemui selepas majlis berkenaan berkata pelantikan barisan Exco itu dikekalkan, namun ia melibatkan sedikit rombakan portfolio.

Beliau berkata anggota yang terlibat dengan perubahan portfolio ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga.

Turut berubah portfolio ialah Datuk Ir. Amiruddin Hamzah yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan; Pertanian dan Industri Asas Tani; Bioteknologi dan Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan. Anggota Exco tidak terbabit dengan perubahan portfolio ialah Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi .

Manakala Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib dilantik kembali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan. Anggota lain yang dikekalkan ialah Siti Aishah Ghazali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat serta Dr Ismail Salleh selaku Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

S. Manikumar turut dilantik semula sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, manakala Lim Soo Nee memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia.

Abd Ghani Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Usahawan, manakala jawatan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan disandang Tan Joon Long @ Tan Chow Kang.

Sementara itu, portfolio Azizan turut dikekalkan iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Keselamatan Negeri, Kewangan dan syarikat Milik Kerajaan.

Azizan berkata pelantikan barisan Exco itu dikekalkan kerana setakat ini pihaknya berpuas hati dengan pencapaian mereka dan berharap usaha dapat digandakan bagi memastikan pentadbiran negeri lebih baik.

"Pelantikan ini diharap berkekalan selama setahun... selama tiga tahun menjadi Exco sebelum ini, banyak pengalaman sudah kami lalui," katanya. - BERNAMA

RADHI MAT DIN memangku jawatan Jurulatih Kedah berkuatkuasa serta merta.

Sah Ahmad Yusof Direhat, Radhi Mat Din Pangku Jawatan

ALOR SETAR, 7 Mac (Bernama) -- Ketua jurulatih skuad bola sepak Kedah, Ahmad Yusof akan direhatkan berkuat kuasa serta merta sementara penolong jurulatih Radhi Mat Din akan memangku jawatan Ahmad bagi satu tempoh yang akan ditetapkan kelak.

Menteri Besar yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas KFA malam Ahad.

"Kita ambil berat dan kecewa dengan persembahan pasukan sebab ramai pemain kebangsaan (dalam pasukan Kedah). Harap penyokong berpuas hati beliau (Ahmad) direhatkan dulu bagi membolehkan KFA tengok dan kaji dulu perkara-perkara lain," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Para peminat kecewa dengan prestasi Kedah lebih-lebih lagi sehingga tersingkir daripada saingan awal Piala FA, Jumaat lalu.

Kedah kini turut menduduki tangga ke-10 daripada 14 pasukan Liga Super dengan hanya memperolehi satu kemenangan selepas enam perlawanan.

Timbalan Presiden KFA, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, sementara KFA meneliti aspek-aspek kemerosotan pasukan serta mendapat pandangan luar, para pemain juga diminta menunjukkan kesungguhan dalam setiap perlawanan seterusnya.

Beliau berkata setiap pemain akan diteliti oleh jawatankuasa tatatertib, pemeriksaan dan pemantauan.

"KFA memandang serius terhadap kemerosotan pasukan utama yang setelah mengharungi enam perlawanan Liga Super 2011, Kedah berada di tempat ke-10 daripada 14 pasukan," katanya.

Beliau berkata setelah tewas pada 4 Mac lalu kepada pasukan Felda United dalam saingan Piala FA, KFA telah mengadakan mesyuarat khas malam tadi dan membuat keputusan bahawa kemerosotan pasukan juga mesti digalas bersama, di samping memberi ruang kepada semua yang terlibat memberi penjelasan terperinci serta lebih bertanggungjawab.

-- BERNAMA

PAKATAN RAKYAT ,SILA LAKSANAKAN WALAU 0.1% AGENDA DALAM BUKU JINGGA DI NEGERI2 PR

http://thafiexq.files.wordpress.com/2008/07/marah.jpg
KEKOSONG-KOSONG : HALO TAIKO-TAIKO, SILA LAKSANAKAN DULU AGENDA DALAM BUKU JINGGA DALAM NEGERI-NEGERI PAKATAN RAKYAT (KEDAH,KELATE,SELANGOR), NEGERI PR JANGAN JADI CACAMARBA.. LAKSANAKANLAH WALAU 1%. PUN JADILAH..JANGAN TIPU RAKYAT SUDAH!!!!

APA KORANG KAN BERKUASA,APSAL TAKLEH LAKSANAKAN AGENDA DALAM BUKU JINGGA TUH?OIC..LEPAS MENANG PRU 13 KE BARU NAK LAKSANAKAN

PAKATAN RKAYAT JANGANLAH DILIHAT HAMPEH,BARAI,PONDAN,BODO,BAHALOL, PENIPU,BANGSTA,LAHANAT MACAM UMNO/BARISAN NASIONAL LAKNATULLAH

SILA LAKSANAKAN HATTA 000.1% DULU BENDA DALAM BUKU JINGGA TUH KAT NEGERI2 PR,PASTU KITA PAKAT TENGOK DAN AKU PUN NAK MERASA JUGAK ..WALK WHAT YOU TALK BRO...

PERTAMA-TAMA, AKU NAK CADANGKAN PRESIDEN PAS JANGAN TIDO DAN NAIB PRESIDEN PAS LETAK JAWATAN,,SEBAB DIA TAK BERAJYA BUAT KERJA DENGAN BAGOS DI PARLIMEN BACHOK,KELATE (AKU PAKOH DIO DALE PRU 12)

KEDUA-DUA :JANGAN JADI BODOH SOMBONG MACAM STATEMENT NI:

PAS TAK TEWAS,CUMA KITA TAK MENANG JER...

BIARLAH KITA KALAH, ASALKAN ISLAM MENANG..

DAN KEPADA PKR, KURAP DAN KUDIS DAH MEMBUSUNG, TUNGGU NAK PECAH,DSAI BAGUS, TAPI ORANG2 BAWAH DIA HAPRAK!!!

NYATANYA PAKATAN RAKYAT TEGUH DI BAWAH - MARHAEN DAN GOYAH DI ATAS - PEMIMPIN

HALO TAIKO2 DALAM PR.......JANGAN BEREBUT KUASA..............

Lihatlah penyokong Pakatan Rakyat yang dikatakan ganas itu...


edisi TVpas


edisi berita harian

TOK GURU NIK AZIZ di hina oleh wanita ini.. apa tindakan kita seterusnya...??

KENALI FARAHHANA YANG SAMAKAN TGNA NGAN AYAH PIN!!!

...keratan akhbar semalam...
Low class la Pertubuhan Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) apabila Pengarahnya lagu nie.


dah rupe gaya perempuan simpanan pengikut ayah pin minah nie?
... cermin diri dulu sebelum kutuk ulama'.....

Tapi kalu korg bukak FB dia dah tukar gambar dia..semalam elok lagi gambar dia tak pakai tudung senyum2 kambing gitu..petang semalam nih dia dah tukar gambar pompuan arab....


...gambor-gambor seksi dah takde le... rugi le korg....wakakakakaka

Terima Kekalahan, Baiki Kelemahan!

Oleh Mohd Sayuti Omar

TAHNIAH kepada kedua calon UBN di Merlimau dan Kerdau kerana berjaya mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti memuaskan. UBN boleh tersenyum lebar dengan kemenangan itu. Muhyiddin Yassin menyifatkan kemenangan itu menandakan endorsement rakyat terhadap projek-projek dilaksanakan oleh kerajaan. Muhyiddin tidak pun menyebut kemenangan itu menandakan slogan 1 Malaysia diterima rakyat. Kenapa?

Kata Muhyiddin juga kemenangan itu menunjukkan Pas ditolak oleh rakyat. Betulkah?

Ulasan Muhyiddin itu hanya untuk menyedapkan hati saja. Ulasan makan pisang selepas kenyang! Kalau dilihat kepada jumlah undi dipunggut Pas, Pas tidak terjejas banyak di kedua pilihan raya berkenaan. Pas masih boleh mengekalkan undi yang diraih dalam pilihan raya umum ke-12 lalu.


kekalahn Pas itu kekalahan yang adil. Di Merlimau calon Pas Yuhaizat Abdullah memperolehi sebanyak 2,319 berbanding undi dengan dicapai Jasme Tompang dalam pilihan raya umum ke-12 lalu sebanyak 2,827. Di mana kalau diperhatikan Pas kehilangan hanya 508 undi saja.

Kehilangan undi Pas ini wajar kerana pilihan raya itu pilihan raya kecil di mana ianya berpihak kepada UBN. Penignkatan undi kepada UBN bukan menjadi petanda besar bahawa sudah ada momentum baru untuk parti berkenaan. Umum tahu bagaimana situasi dan kondisi pada sesuatu pilihan raya kecil, UBN selalu membolot dengan caranya.

Sebaliknya di Keradau calon Pas, Hasanuddin Salim mendapat 2,336 berbanding dengan undi dicapai dalam tahun 2008. Hasanuddin berjaya menambah undi sebanyak 184. Ini satu perningkatan walaupun kecil, tetapi hakikatnya undi Pas meningkat. Ada bibit-bibit Pas mampu menambah undi disitu pada pilihan raya akan datang, dan tidak mustahil juga mampu mermapasnya.

Pernah berlaku dalam pilihan raya kecil UBN menang besar, tetapi bila tiba pilihan raya umum mereka kalah. Kerusi Ijok di Selangor adalah bukti paling nyata.

Sekiranya peratus keluar mengundi di Kerdau tidak meningkat mungkin angka itu boleh berubah. Mungkin majoriti calon UBN Syed Ibrahim Syed Ahmad tidak sampai 2,724. Tetapi kerana jumlah pengundi meningkat menyebabkan majoriti juga meningkat.

Sedia maklum, UBN mempunyai segala-galanya, wang, agensi kerajaan dan sebagainya. Dalam pilihan raya itu UBN akan berusaha dengan apa saja untuk menambah majoritinya. Jadi ada kemungkinan UBN membawa balik seberapa ramai pengundi luar untuk mengundi.

Adnan Yaacob dan pemimpin UBN Pahang kena memastikan dengan apa cara sekalipun agar kerusi Kerdau dapat dikekalkan dengan majoriti besar. Kekalahan bermakna memberi malu besar kepada Njajib Razak. Kerana itu UBN akan berbuat apa saja di Kerdau termasuk hal-hal yang tidak pernah difikirkan oleh Pas. Selalunya tektik dan strategi UBN berubah pada setiap pilihan raya dan inilah kepandaian-jahat UBN.

Dalam pilihan raya di Merlimau dan Kerdau itu juga UBN mendapat 'sufaat' daripada SPR yang mana 'sufaat' sebegini tidak akan diperolehi oleh Pas sampai ke hari khiamat selagi SPR berada di bawah UBN. Mungkin Pas boleh mengajar SPR bersyahadat semula agar mereka dapat menjalankan tugas dengan adil, saksama dan berdasarkan kepada prinsip dan konsep penubuhannya, sebagai suruhanjaya bebas.

Cuba soal kenapa pilihan raya itu diadakan hari Ahad, di mana hari cuti awam. Kalaulah pilihan raya itu berlaku di Kelantan, Kedah saya pasti SPR akan menganjak hari pilihan raya supaya jatuh ke hari bekerja. Kenapa? Kenapa? Jawabnya inilah keadilan yang ada kepada SPR. Inilah satu bukti jelas menunjukkan SPR bersubahat dalam memberi sokongan dan menjamin kemenangan kepada UBN. Maka elok kalau Pas dan seluruh rakyat berarak mengadakan Bersih sekali lagi untuk mengajar SPR.

Apapun pilihan raya sudah selesai. Pas harus menerima apa sahaja keputusan yang tertakdir. Post mortem atau bedah siasat saya rasa tidak perlu diadakan. Kerana hasil dan dapatannya sama. Apa dilakukan Pas dalam kedua pilihan raya itu sudah berpuluh kali dilakukan. Jadi tidak perlu kepada bedah siasat, apa lagi kalau ayat sama (kolektif) yang bakal keluar.

Sebaiknya bagi Pas, berfikir apakah dalam situsi seperti hari ini - pilihan raya berkenaan, perlu atau tidak Pas menyertainya. Benar, Pas akan jadikan pilihan raya sebagai medan dakwah, tetapi dalam politik soal strategi dan tektikal juga diperlukan. Dan kalau benar Pas mahu jadikan pilihan raya sebagai mimber dakwah, Pas perlu membuat analisa sejauh mana kebekesanannya dan sejauh mana keburukannya.

Yang pastinya kini Pas sudah mengalami kekalahan lima kali secara berturut-turut. Bermula di Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Pas harus berusaha untuk menangkis psywar UBN kelak yang akan menjaja bahawa undi Melayu kepada Pas sudah semakin merosot dan terus merosot.

Kejatuhan undi Melayu walau atas sebab dan kerana apa tidak harus dipandang sunyi oleh Pas. Menyalahkan musuh biarlah dilakukan oleh penyokong fanatik dan bebal Pas tetapi yang penting pemimpin yang bijak pandai kena menyedari hakikat ini. Sesuatu yang drastik perlu dilakukan Pas sebelum parlimen dibubarkan.

Tahniah kepada ahli dan penyokong Pas serta pertugas yang tetap menjalankan arahan pemimpin dengan setia, ikhlas dan jujur, syurga juga imbuhannya! Wassalam.

BN menang kerana amal politik rimba?

Oleh SAIDAH HAIRAN

KEMENANGAN besar BN pada pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang, Negeri Sembilan akhir tahun 2009 telah memecahkan kebuntuan BN setelah tewas enam kali pilihan raya kecil sebelum itu. Kegembiraan itu berterusan apabila kemenangan demi kemenangan diperolehi BN.

Komponen parti itu turut merampas kerusi PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas (Gua Musang), serta mengekalkan kemenangan di Dun Tenang. Manakala di Dun Kerdau dan Merlimau Pakatan Rakyat sukar untuk menembusi kawasan tradisi BN.

Selepas pilihan raya umum 2008, PRK berlaku di Kuala Terengganu diikuti Permatang Pauh; Bukit Selambau; Bukit Gantang; Sibu dan Manek Urai. Semua Dun dan Parlimen itu dimenangi PAS, DAP dan KeADILan kecuali Batang Ail, Sarawak dimenangi BN.

Dalam pilihan raya umum 2008, BN kehilangan Kelantan; Perak; Kedah; Pulau Pinang dan Selangor. Kekecewaan BN terus bertambah apabila enam pilihan raya kecil dalam tahun 2009 disapu bersih oleh Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, kekecewaan BN terubat apabila memperolehi kemenangan besar di Dun Bagan Pinang sebanyak 8,013 undi menewaskan PAS. BN menang di semua lapan UPU termasuk tiga UPU yang dimenangi PAS pada pilihan raya umum 2008.

Ekoran kemenangan besar itu banyak pihak mengatakan, pengundi dimulai dengan mereka yang berada di Bagan Pinang sudah boleh menerima konsep 1-Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Ditambah kemenangan Dun Galas; Tenang serta mengambil kira PRK Dun Kerdau dan Merlimau; Najib dikatakan berjaya mengembalikan kepercayaan dan sokongan rakyat semua kaum terhadap BN.

Persoalannya, sejauh manakah kebenaran tanggapan tersebut. Apakah benar rakyat sudah mula memberi sokongan kepada BN atau rakyat terpaksa menyokong mereka disebabkan ugutan dan sogokan pada setiap kali berlaku pilihan raya kecil?

Mengulas tanggapan itu, AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman tidak menolak dakwaan tersebut kerana BN terlalu banyak menggunakan jentera kerajaan dalam setiap siri kempen PRK.

Kata beliau, seolah-olah Pakatan Rakyat bertanding dengan jentera kerajaan yang digunakan sepenuhnya bagi memenangkan calon BN.

“Apa yang dilakukan oleh BN walaupun ternyata bercanggah dengan undangundang langsung tidak dipedulikan oleh SPR dan pihak polis,” tegasnya.

Beliau berkata, contohnya, jentera BN mengganggu ceramah PAS sebagaimana yang dilakukan di Dun Tenang; Bagan Pinang; Kerdau dan Merlimau dan tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak polis.

Menurut beliau, di PRK Kerdau, PAS membuat laporan polis apabila BN telah menaikkan banner berunsur provokatif bersifat perkauman tetapi pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan.

“Saya dapati PRK semakin tidak adil dan tidak demokratik. BN sewenangwenangnya menyogok pengundi dengan projek mi segera dan wang seolaholah mereka tidak terikat dengan sebarang undangundang,” tegasnya.

Jika begitu suasana PRK tambah beliau, BN meraih kemenangan palsu sebagaimana bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang menang apabila mendapat sokongan 98 peratus daripada rakyat tetapi dalam beberapa bulan digulingkan oleh rakyat yang sama.

Walaupun PM Najib mengatakan Mesir tidak sama dengan Malaysia, perlu diingat ketika Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali digulingkan, Hosni Mubarak mengatakan Mesir tidak sama dengan Tunisia, katanya.

Kemenangan BN di setiap kali PRK bermula di Dun Bagan Pinang katanya, bukan satu ukuran sebenar kerana ia tidak dilaksanakan di padang yang sama rata, ibarat pertarungan di hutan rimba (politik rimba).

“Saya yakin usaha yang dibuat Pakatan Rakyat untuk memperolehi satu bentuk pilihan raya adil dan jika pilihan raya umum ke-13 diadakan secara demokratik, pengundi akan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat,” katanya.

Justeru, tambah beliau, Presiden PAS mengumumkan satu himpunan Bersih perlu diadakan kerana ia sangat penting bagi memastikan pilihan raya umum dapat diadakan secara telus dan demokrasi.

Himpunan Bersih itu penting katanya bagi menjamin mana-mana parti yang bertanding mendapat hak yang sama rata.

Beliau menegaskan kejayaan BN di pilihan raya kecil kebelakangan ini bukan kerana mendapat sokongan rakyat tetapi disebabkan sogokan wang serta projek dan ugutan menakutkan pengundi.

Menurut beliau bukan sahaja agensi kerajaan melakukan ugutan terhadap pengundi bahkan Felda di Dun Kerdau di setiap blok dijaga oleh seorang Pengurus Felda dengan agensi lain.

Katanya, setiap rumah dipantau oleh seorang pegawai Felda dengan mengemaskini culaan undi setiap dua jam sekali.

Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) turut mendedahkan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Ahmad Maslan melantik 200 petugas khas untuk memantau kawasan Felda.

Kata beliau, 200 petugas itu dibayar gaji sebulan RM3,000 serta elaun RM2,000 sempena PRK untuk memantau pergerakan pengundi di kawasan Felda serta tindakan lain yang menakutkan pengundi

Kedah tukar jurulatih?

MUNGKINKAH akan berlaku perubahan dalam barisan kejurulatihan Kedah berikutan kemerosotan prestasi skuad Hijau Kuning itu pada musim ini?

Begitupun, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) melihat beberapa pilihan termasuk memberi peluang kepada barisan jurulatih sedia ada untuk membimbing skuad Hijau Kuning hingga akhir musim.

Setiausaha Kehormat, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib memberitahu, KFA turut menimbang untuk merehatkan ketua jurulatih, Ahmad Yusoff dan tugas itu akan di pangku penolongnya, Radhi Mat Din.

Katanya, sekiranya keputusan itu dipersetujui, Ahmad bakal bertindak sebagai penaung kepada pasukan kerana Radhi tidak mempunyai lesen kejurulatihan kelas A.

"KFA juga ada pilihan untuk meminta Ahmad menumpukan kepada pembangunan bola sepak remaja Kedah dan ketua jurulatih baru bakal mengambilalih tempatnya dalam pasukan itu," katanya ketika dihubungi di Alor Setar semalam.

Beliau mengulas desakan penyokong skuad Kenari yang mahu pengurus pasukan, Datuk Khazali Din dan tiga jurulatih Hijau Kuning meletak jawatan berikutan prestasi buruk pasukan itu pada musim ini termasuk tersingkir dari saingan Piala FA baru-baru ini.

Penyokong Kedah yang dikejutkan dengan kekalahan tipis 0-1 kepada Felda United pada saingan Piala FA mengadakan demonstrasi selama 30 minit sejurus tamat perlawanan itu di Stadium Darul Aman, Jumaat lalu.

Mereka menggesa Khazali, Ahmad, Radhi dan jurulatih penjaga gol, Ahmad Sobri Ismail meletak jawatan.

Menurut Dr. Hamdan, pertimbangan KFA dalam hal ini ialah mengambil kira pandangan pelbagai pihak melibatkan pemain, barisan kejurulatihan, pengurusan, penyokong serta pakar-pakar sukan bola sepak di negeri ini.

"Keputusan itu mesti adil bagi mewujudkan situasi menang-menang antara mereka yang terlibat," katanya.

Hamdan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan negeri memberitahu, pemain Kedah turut berasa bersalah dengan situasi ini dengan menyifatkan nasib belum menyebelahi mereka.

Katanya, pemain mengakui berasa tertekan dengan situasi pada saingan awal musim ini apabila kebanyakan perlawanan berlangsung di gelanggang sendiri ketika mereka bertungkus lumus memantapkan permainan pasukan.

"Pemain turut mengakui mereka tiada masalah dengan jurulatih. Saya berharap semua pihak akan terus berada di belakang skuad Kedah dengan memberi sokongan tidak berbelah bahagi tidak kira apa pun keadaan yang berlaku," katanya.

"Jangan terima kasih Kerajaan Negeri, ini duit rakyat"

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Sewaktu para pemimpin BN berkempen di Kerdau dan Merlimau mengajak para pengundi supaya jangan lupa akan jasa BN dan jangan menggigit tangan pihak yang memberi, tiba-tiba Menteri Besar Kedah mengeluarkan kenyataan yang berbeza.

Ketika berucap di majlis perjumpaan dengan anak-anak Kedah yang belajar di Mesir, beliau meminta para pelajar dan ibu bapa supaya jangan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah membelanjakan RM2.5 juta untuk membantu para pelajar tersebut kembali ke Mesir menyambung pelajaran.

"Jangan terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Ini duit rakyat. Duit cukai. Keuntungan balak. Keuntungan pelaburan di Kulim Hitech untuk kamu semua belajar. Belajar bersungguh-sungguh. Jangan hampakan harapan ibu bapa.


"Rakyat bersama kita menangani sebarang isu. Rakyat bangga anak-anak Kedah berjaya masuk pengajian tinggi, belajarlah dengan sungguh-sungguh," katanya.

Kata-kata itu ikhlas, bukan menyindir. Ada benarnya kata-kata itu. Lalu kata-kata keramat "Jangan terima kasih Kerajaan Negeri" itu tersebar dengan pantas ke laman-laman sosial medan maya. Ia menjadi hujah untuk meranapkan keegoan BN yang tidak habis-habis mendabik dada seolah-olah segala pemberian dari kerajaan itu adalah harta meredak warisan datuk nenek mereka.

Mengikut fakta Bajet 2011 yang dibentangkan di Parlimen, jangkaan pendapatan 2011 adalah sebanyak RM211,987 million. Sebahagian besarnya adalah bersumberkan cukai dan duti: Cukai pendapatan 37.6%, cukai tidak langsung 12.8%, hasil bukan cukai 25.8%, pinjaman dan penggunaan aset kerajaan 21.8% dan selebihnya ialah pelbagai duti impot dan eksport.

Persoalan duit kerajaan adalah duit rakyat adalah perkara yang sangat asas dalam pentadbiran kerajaan dalam semua sistem kerajaan yang wujud di atas muka bumi ini.
Tiada sebuah kerajaan pun yang pemimpinnya bertungkus lumus berniaga untuk mencari sumber kewangan bagi memberi kebajikan kepada rakyatnya. Dalam Islam sendiri terdapat system zakat, jizyah dan kharaj; di mana semua itu adalah untuk mengumpul sumber dana dari rakyat yang akhirnya perlu dipulangkan untuk kesaejahteraan rakyat. Pemimpin kerajaan dan kakitangannya hanyalah mengurus kewangan tersebut, dan gaji sara hidup mereka sendiri adalah diambil dari wang tersebut.

Sebuah kisah yang masyhur sewaktu Saidina Umar menjadi khalifah di mana beliau memadamkan pelita di waktu malam ketika berurusan dengan ahli keluarganya, hanya kerana tidak mahu menggunakan harta kerajaan untuk urusan keluarga, menjadi iktibar untuk semua pemimpin kerajaan bahawa harta kerajaan adalah harta rakyat, bukannya harta pemimpin negara.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dalam tulisannya menyebut; seringkali kali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut 'kerajaan bermurah hati membantu'.

Tulisnya lagi, rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka.

Salah satu faktor yang menyukarkan usaha pembangkang untuk menghakis sokongan sebahagian besar orang Melayu terhadap BN ialah kerana faktor termakan budi. 'Malu alah' dan ‘lemah lembut’ masih menjadi ciri yang bersebati dalam diri orang Melayu. Dengan kepungan kejahilan sifat maka sifat malu, kalah, lemah dan lembut menyebabkan orang Melayu umumnya terus berterima kasih kepada pemimpin kerajaan, sekalipun duit yang dihulurkan kerajaan itu adalah diambil dari poketnya sendiri.

Kira-kira watak orang Melayu dalam kalangan tersebut macam Pak Pandir yang kematian anak. Dengan sedih dia memberitahu Mak Andeh, “Bukan kita saja kehilangan anak, orang lain pun mati anak juga.” Walhal budak yang mati itu anaknya sendiri.

Orang Melayu yang sangat terhutang budi dengan kerajaan BN itu tidak putus-putus meratib, "Terima kasihlah BN yang bermurah hati bagi duit dekat kami rakyat jelata yang tak punya apa-apa ni ..." Walhal itulah duit yang diambil dari rakyat di merata kedai, warung, jalan dan pejabat melalui cukai yang dikutip secara sedar atau tidak. Tapi dia tak sedar bahawa duit itu adalah duitnya sendiri kerana dia pun sama bengap macam Pak Pandir juga.

"Walaupun itu duit rakyat tapi kita kena terima kasih juga pada kerajaan kerana merekalah yang telah menguruskan wang tersebut dengan baik sehingga kita dapat merasainya." Itu hujah penyokong BN di laman sosial setelah kalah dengan pendedahan bahawa duit kerajaan adalah cukai terkumpul dari rakyat.

Sebenarnya para pemimpin kerajaan tidak perlu diucapkan terima kasih kerana mereka tidak buat semua kerja untuk mensejahterakan rakyat (kononnya) secara percuma. Semuanya berbayar. Perdana Menteri dan para menteri, semuanya mendapat gaji dan elaun yang tinggi serta kemudahan yang banyak. Mereka yang patut mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang membayar gaji mereka.

Bagi pemimpin kerajaan BN pula, rakyat mempunyai sebab yang lebih kuat untuk tidak perlu berterima kasih kepada mereka. Pemimpin kerajaan BN telah menyalahgunakan kedudukan mereka untuk membina kekayaan secara luar tabie, merompak harta rakyat, menyalahgunakan wang rakyat dan jentera kerajaan milik rakyat untuk kempen politik mereka.

Kitarannya ialah, dengan kuasa yang ada mereka bina kekayaan, dengan kekayaan yang ada mereka gunakan untuk terus berkuasa. Apa yang dihulurkan kepada rakyat hanyalah gula-gula bagi menutup mulut rakyat dari mempersoalkan tindakan mereka. Hulur sedikit, ambil banyak. Macam perangai Belanda.

Kenyataan Ustaz Azizan bahawa rakyat tidak perlu berterima kasih kepada Kerajaan Negeri wajar dieksploit seluasnya bagi melenyapkan keegoan BN, di samping mencerdikkan sebahagian orang Melayu yang masih menyokong BN. Musuh utama pemimpin BN ialah kecerdikan rakyat

Najib berjaya pulihkan BN, tapi Pakatan masih menggerapai?

Oleh Jahabar Sadiq
Editor Malaysianinsider.com

Dalam tempoh hanya tiga tahun, Datuk Seri Najib Razak telah menonjolkan diri beliau dan agendanya untuk memulihkan Barisan Nasional (BN) bagi mencapai kejayaan dalam satu lagi pilihan raya kecil serentak sedangkan Pakatan Rakyat pula menggerapai-gerapai ekoran strategi dan dasar yang sepadu pesaing mereka.

BN memenangi kedua-dua kerusi DUN Merlimau dan Kerdau dengan majoriti signifikan berbanding keputusan Mac 2008, di mana ketika itu ia kehilangan 82 kerusi Parlimen dan empat negeri kepada perikatan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Esok genap tiga tahun pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Gandingan parti-parti pembangkang muncul sebagai Pakatan Rakyat tetapi kekal sebagai perikatan yang longgar ketika mencatatkan kejayaan bersejarah pada 8 Mac 2008 ketika itu BN diketuai Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Najib mengambil alih kepimpinan BN pada April 2009, di sebalik dakwaan yang berkaitan dengan kes bunuh Altantuya dan Umno tidak lagi boleh memperoleh sokongan majoriti Melayu — statusnya sebagai ‘raison d’etre’ sejak lahir pada 1946.

Daripada menggerakkan Umno yang rosak teruk dan BN cedera parah, Najib memulakan dasar-dasar ekonomi dan nada yang sederhana untuk memenangi hati rakyat Malaysia termasuk masyarakat India yang menenggelamkan BN selepas kebangkitan Hindraf pada November 2007.

Najib memulakan gagasan 1 Malaysia, mengetengahkan idea Model Baru Ekonomi (MBE), Program Pembaharuan Kerajaan (GTP) dan kemudian Program Pembaharuan Ekonomi (ETP) yang meliputi 200 projek dan peluang-peluang bisnes.

Di sebalik hasilan program itu belum kelihatan tetapi Najib sudah pun menikmati tahap populariti peribadi sejak menggantikan Abdullah, meskipun Umno belum pulih sepenuhnya daripada kesan pilihan raya umum 2008.

Kejayaan beliau ialah calon-calon muda yang Umno letak dalam tiga pilihan raya keci atau yang menurut Najib calon-calon yang boleh membawa kemenangan — formula yang beliau perkenalkan untuk memulihkan dan memperbaharui imej partinya, yang dihidupkan semula oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selepas ia diisytihar haram pada 1988.

“Pada dasarnya meskipun anda tidak percaya Umno, anda boleh percaya Najib. Inilah mesejnya,” kata seorang penganalisis kepada The Malaysian Insider malam tadi.

Di sebalik itu, penganalisis itu juga berkata sepanjang dua tahun lalu Pakatan Rakyat berhadapan dengan ranjau ketika Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan dengan satu lagi kes liwat.

Seorang pemimpin Pakatan Rakyat berkata, Anwar yang dilihat sebagai pengikat Pakatan Rakyat tetapi “perbicaraan kes liwatnya telah menjejaskan ketokohan beliau” dalam perikatan tersebut.
Dalam kebanyakan keadaan sepanjang tiga tahun lalu dilihat sebagai tuah dan takdir bagi kedua-dua Najib dan Anwar.

“Anwar telah mengetuai kami dalam siri kemenangan pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum 2008 tetapi ia kelihatan semakin berjauhan daripada kami. Najib kini dalam kebangkitan,” kata seorang pemimpin.

“Kami perlu membetulkan tindakan kami, bertindak pada kekuatan yang ada dan memastikan momentum 2008 tidak hilang,” katanya lagi.

Penganalisis politik Datuk Dr Zainal Kling berkata kemenangan berganda BN di Merlimau dan Kerdau boleh dijadikan penanda aras sokongan rakyat, namun parti itu harus mengambil iktibar daripada tsunami politik yang diharunginya pada pilihan raya umum 2008.

“Ini kerana sokongan sokongan pengundi di kawasan bandar masih belum dapat dipastikan, namun kini sudah ada tanda-tanda sokongan rakyat mula kembali kepada BN,” katanya kepada Bernama.

Dengan dua kemenangan semalam, BN menangi lapan daripada 16 pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum 2008.

Timbalan Naib Canselor INTI International University Prof Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid pula berkata dengan kemenangan berganda ini, BN tidak sepatutnya merasakan mereka dalam keadaan selesa kerana sejarah membuktikan bahawa kesilapan yang kecil, baik dari individu mahupun parti, mampu menimbulkan “turn-over” sehingga membawa kepada tsunami politik seperti pilihan raya umum 2008.

Pada pilihan raya kecil DUN Merlimau, calon BN Roslan Ahmad menewaskan Yuhaizat Abdullah dari PAS dengan majoriti 3,643 undi, manakala di DUN Kerdau, PAS turut menerima tamparan hebat apabila calonnya Hassanuddin Salim tewas kepada calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad dengan majoriti 2,724 undi.

Najib tidak membayangkan bila pilihan raya umum akan diadakan tetapi kemenangan malam tadi dan pilihan raya negeri Sarawak membayangkan bahawa ia akan diadakan tidak lama lagi, kemungkinan tahun ini juga berdasarkan temu bual dengan Reuters ketika lawatan ke Australia minggu lalu.

Bagaimanapun pegawai-pegawai Umno menasihatkan Najib berhubung syor agar diadakan pilihan raya umum tergempar memandangkan parti itu belum pulih sepenuhnya dari segi populariti, demikian menurut seorang pemimpin kanan parti kepada The Malaysian Insider baru-baru ini.

“Kami memberikan beliau taklimat mengenai persiapan di peringkat akar umbi tetapi (juga) memaklumkan bahawa beliau kemungkinan popular tetapi parti tidak sepopular macam beliau,” katanya lagi.

PAS Perlu Perubahan Pimpinan untuk Kekal Kemenangan 2008

Kita semua tahu perubahan dalam keputusan pilihanraya memerlukan pengundi2 dari Saluran 3,4,5 ke atas melakukan perubahannya. Biasanya, Saluran 1 dan 2 tidak akan berubah banyak dan mereka akan mengekalkan dacing yang semakin karat.

PAS sepatutnya selesa dalam keadaan sekarang memandangkan pengundi2 berbangsa Cina sudah tidak takut memberi undi kepada PAS.

Soalnya sekarang, bagaimana menggerakan pengundi2 Saluran 3 ke atas berubah dengan kadar yang besar kepada PAS (dan PKR)?

Penugndi2 biasa yang tidak mempunyai pengetahuan politik mendalam ini biasanya melihat kepada kepimpinan2 tertinggi parti.

Mereka membuat perbandingan antara Presiden PAS dengan Presiden UMNO. Mereka membandingkan Timbalan Presiden PAS dan Timbalan Presiden UMNO.

Jelas dari keputusan Tenang, Merlimau dan Kerdau pengundi2 muda lebih selesa dengan kepimpinan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Ini adalah hakikat yang wajib diterima semua ahli2 PAS. Kepimpinan PAS yang ada sekarang ini tidak mampu mencabar kepopulariti kedua2 Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Ahli2 PAS juga perlu sedar bahawa yang membuang undi dalam setiap pilihanraya adalah mereka yang bukan ahli PAS dan kebanyakannya tidak berparti.

Ahli2 PAS sudah tiba di persimpangan jalan antara mengekalkan budaya "wala" membuta tuli ataupun menjaga kemenangan yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepada PAS pada 2008 yang lepas.

Sudah tiba masanya ahli2 PAS meletakkan PAS dan perjuangan Islam lebih tinggi dari pimpinan mereka.

Sekian.


Tulang Besi

ps yang lebih jelas, pengundi2 muda lebih tertarik dengan Ketua Pemuda UMNO berbanding Ketua Pemuda PAS.

Kerajaan Negeri timbang tuntutan harga tiket

ALOR SETAR - Pelajar Kedah yang sudah kembali ke Mesir dengan pembiayaan sendiri boleh merujuk kepada Yayasan Islam Negeri Kedah (Yiked) sama ada mereka layak membuat tuntutan harga tiket penerbangan ke Mesir.

Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, Kerajaan Negeri masih mempertimbangkan sama ada pelajar terbabit dibenarkan membuat tuntutan itu kerana prihatin dengan kepayahan keluarga pelajar yang terpaksa menyediakan tiket penerbangan dalam masa singkat.

“Ada keluarga yang terpaksa sediakan kos untuk tiga anak yang belajar di sana. Ada pula sebaik sahaja keadaan tenang di Mesir, mereka balik tanpa maklumkan pada kita. Sebab itu kita perlu kaji kes-kes berkenaan dan tawaran hanya kepada keluarga miskin,” katanya ketika ditemui selepas mengiringi Menteri Besar melepaskan pelajar Kedah ke Mesir di hadapan Wisma Darul Aman, semalam.

Menurutnya, Kerajaan Negeri menjadikan situasi yang berlaku di Mesir sebagai iktibar supaya pada masa hadapan lebih bersedia menguruskan situasi genting, terutama melibatkan pelajar yang ramai.

“Memang tanggungjawab kita pastikan kebajikan pelajar di luar negara. Kerjasama anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC) dalam proses penghantaran pulang pelajar banyak membantu melancarkan urusan,” katanya.

Mengulas kelewatan visa pelajar menyebabkan masih terdapat pelajar yang belum mengetahui status visa masing-masing, Mohamed Taulan berkata, ia hanya membabitkan segelintir pelajar dan tidak serius.

“Tidak ramai yang belum dapat visa, kedutaan bertungkus-lumus uruskan. Kelewatan disebabkan pasport mereka tamat tempoh dan kita dapat kerjasama pejabat Imigresen Perlis dan Pulau Pinang untuk uruskan,” katanya.

Pasport punca visa lambat

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berpuas hati dengan proses penghantaran pulang pelajar ke Mesir yang bermula lewat malam ini, walaupun masih terdapat segelintir pelajar mengalami masalah untuk mendapatkan visa berikutan pasport tamat tempoh.

Katanya, walaupun keadaan sedikit kelam-kabut berikutan syarat baru yang dikenakan oleh pemerintah di Mesir, namun pihaknya yakin proses penghantaran pulang kesemua 835 pelajar berjalan mengikut jadual.

“Setakat hari pertama proses penghantaran pulang pelajar, saya puas hati kerana tiada yang tercicir. Semuanya mengikut jadual dan saya harap penerbangan tidak tergendala. Cuma buat masa ini kita masih memproses visa untuk pelajar penerbangan akhir hingga 10 Mac ini,” katanya, ketika meninjau pelepasan pelajar Kedah ke Mesir, di hadapan Wisma Darul Aman, semalam.

Azizan turut mengingatkan pelajar terbabit supaya memeriksa pasport masing-masing bagi memastikan perjalanan pulang berjalan lancar.

“Ada pelajar yang tidak sedar pasport mereka tamat tempoh, disebabkan itu kita ambil masa untuk memperbaharui pasport dan mohon visa. Mereka yang lewat memperoleh visa akan menaiki penerbangan akhir, bagaimana pun semuanya kini dalam proses dan tidak akan jejaskan perancangan asal,” katanya.

Menurutnya, Yayasan Islam Negeri Kedah (Yiked) sedang memantau dan menguruskan segala persiapan dan proses penghantaran bermula dari Wisma Darul Aman hingga ke KLIA, dan seterusnya tiba ke Mesir.

“Sebelum ini pelajar tidak perlu mohon visa daripada kedutaan, cuma mereka perlu dapatkan visa bila tiba di sana. Apabila syarat baru ini dikuatkuasakan, kita terpaksa mohon lebih 800 visa dalam beberapa hari menyebabkan agak kelam-kabut,” katanya.

Azizan meminta ibu bapa pelajar yang pulang ke Mesir supaya jangan panik mengikuti berita pergolakan di Timur Tengah, kerana lokasi penempatan pelajar agak jauh daripada tempat yang bergolak.

“Di Mesir, tunjuk perasaan sudah macam rutin mereka, kadang-kadang setiap minggu ada. Jadi tak usahlah bimbang sebab pelajar boleh jaga diri memandangkan lokasi agak jauh,” katanya.

Menurutnya, penerbangan pertama ke Mesir dijadualkan pada 11 malam (5 Mac), manakala penerbangan kedua menyusul Isnin ini.

Seramai 235 pelajar dan sembilan pegawai berlepas ke KLIA dengan menaiki enam bas yang disediakan. Bagi peringkat pertama ini, 20 pelajar gagal memperoleh visa dan usaha sedang dibuat bagi mempercepat proses kelulusan visa, dan sekiranya tidak berjaya, pelajar akan ditempatkan dalam penerbangan seterusnya.

Kerdau dan Merlimau: Antara Marah....

salam,

Dalam banyak-banyak PRK, Pilihanraya Kecil Merlimau dan Kerdau inilah - untuk diri saya - yang saya kurang bagi perhatian sangat. Sebab apa, sebab awal-awal lagi saya boleh agak sapa menang sapa kalah.

Sebab tu bila lebih kurang jam 9:00 mlm tadi 6/3/11, bila ada sorang kawan call tanya pasal final results, saya kata tak payah tanya pun tat pa haih, gerenti BN menang haih, paling kurang pun majoriti mau dua tiga ribu.

Kawan saya ni kata, dia tanya sebab Pak Mertua dia (UMNO) dok tanya dia sangat-sangat, sejak dari tadi lagi sapa yang menang. Saya kata, tak apa lah, habag kat Pak Mertua hang suruh dia semelih Kerbau sebab UMNO dah menang di Kerdau.

Lepas tu tak dak sapa call dah, kalau ada pun cuma dua tiga sms dok buat lawak pasal p.raya Merlimau/Kerdau ni yg tak berapa wajar disiarkan untuk tatapan umum. Ringkasnya menang ka kalah ka PRK dua DUN ini dah tak ada apa yg menariknya sebab semuanya begitu straight forward dan begitu mudah diramalkan.

Itulah yang saya ingatkan, sehinggalah saya meneliti dengan lebih terperinci jumlah majoriti yang diperolehi oleh UMNO di kedua-dua DUN ini.

Kesimpulannya: PAS perlu bangkit dengan segera kalau masih mahu kekal memerintah di KEDAH dan KELANTAN selepas PRU13 nanti!

Apa tidaknya; sekiranya jumlah majoriti undi untuk kedua-dua DUN Merlimau dan Kerdau itu digabungkan, ianya menunjukkan peningkatan hampir 50% pengundi sudah pun lari kepada UMNO/BN, seperti fakta di bawah, bukannya sikit-sikit:

2008: Majoriti 3769
2011: Majoriti 6367

(2004: Majoriti 7652)

Bermakna kata, jika UMNO mampu cari lebih kurang 1000 undi lagi, maka mereka akan mendapat majoriti yang hampir sama banyak dengan tahun 2004; di mana UMNO pada waktu itu sedang berada di puncak persada.

Saya melihat DUN Merlimau dengan komposisi penduduknya hampir melambangkan Negeri Kedah dan DUN Kerdau melambangkan Negeri Kelantan. Kedua-duanya Melayu majoriti.

Suka atau tidak, pertambahan majoriti untuk UMNO/BN ini sedikit sebanyak ada kaitannya dengan prestasi buruk Pakatan khususnya di pihak PKR yang menyaksikan YB-YB nya melompat satu persatu, bagaikan pesta, seorang selepas seorang, melompat keluar dari Pakatan.

Kita kena ingat, dalam sesebuah kawasan yang majoriti Melayu, secara amnya komposisi pengundi terbahagi kpd 3 kumpulan utama; 30% pengundi tegar PAS, 30% pengundi hardcore UMNO dan 40% lagi atas pagar. Dalam p.raya 2008 hari tu, kumpulan 40% ini kebanyakannya memilih untuk memangkah Pakatan melalui parti PKR. Lalu, apabila YB-YB PKR pasca 2008 mula mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat melalui proses pengundian itu, maka sebahagian daripada kumpulan 40 ini melihat tidak ada gunanya lagi mereka bersama Pakatan.

Semua orang tau, majoriti org-org PKR adalah bekas org-org UNMNO atau pun bekas penyokong UMNO atau pun mereka yang bersimpati dengan UMNO. Lantas itu, apabila YB-YB katak ini mula melompat, kumpulan ini melihat tidak ada lagi gunanya untuk mereka terus memangkah Pakatan; maka itulah natijahnya.

Lalu tinggallah hanya hardcore PAS bersama beberapa kerat lagi pengundi setia PKR yg masih setia dengan perjuangan Pakatan; dan ianya tidak mampu lagi memberi tenaga kpd Pakatan seperti yang dinikmatinya pada tahun 2008.

Lantaran itu, sebagai pengundi setia PAS di negeri Kedah, dan masih ingin melihat PAS terus memerintah Kedah (dan juga Kelantan) selepas PRU13; maka wajarlah para Think-Tank PAS di atas sana mula memikirkan secara serius arah tuju parti selepas ini.

Ya lah, ini cuma pendapat pengundi PAS biasa saja di bawah ini, bukan org-org besar parti pun, tapi pengundi-pengundi kecik seperti kami di bawah inilah yang bertanggungjawab membawa Tuan/Puan/Dato'/Datin, YB-YB PAS dan Pakatan menduduki kerusi empuk di Parlimen sana, boleh terima atau pun reject pendapat kami ini, terpulanglah.

Apa-apa pun, marah mendidih yang membuak-buak di dada ini bilamana YB Parlimen tempat sendiri(Padang Serai) dan Parlimen yang bersebelahan (Kulim) melompat parti masih belum reda lagi.

Sesekali, terlintas di hati ini: "Padan muka Pakatan kalah di Merlimau dan Kerdau, biaq ada akai sikit!!"

Sekian.

moniermatdin@yahoo.com
6.3.2011
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com

Teruskan perjuangan sehingga nyata benarnya janji RABBI



Sebagaimana diduga PAS tewas dalam dua pilihanraya kecil yang diadakan serentak iaitu Kerdau di Pahang dan Merlimau di Melaka. Dan sebagaimana jangkaan juga majoriti calon BN dikedua-dua kerusi ini bertambah berbanding dengan PRU yang lalu.

Memang kalau mahu dikaji punca kekalahan berganda PAS ini maka berbagai analisa dapat dibuat. Apapun PAS dan Pakatan Rakyat berhadapan dengan jentera BN yang tersusun lengkap dengan bekalan wang ringgit yang teguh tidak tertanding oleh PAS walau ditahap 10 peratus. Barang diingat juga kedua-dua kerusi ini memang merupakan kubu BN dan PAS tidak ada sejarah pernah memenangi kerusi berkenaan.

Membaca komen yang diberikan oleh laman web dan portal berita berbahasa Inggeris, saya agak kurang bersetuju apabila ada yang mengulas bahawa kekalahan PAS ini adalah berpunca dari sikap parti berkenaan yang agresif mengenengahkan idea dan dasar Islam. Kononnya langkah Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BI) mengambil tindakan terhadap premis yang menjual loteri “bigsweep” baru-baru ini menyumbang kepada kekalahan PAS.

Mereka ini mungkin baru mengenali PAS. PAS bukan baru lahir 2 atau 3 tahun lalu. PAS sebagai sebuah parti Islam telah wujud dan bertarung dalam gelanggang politik Negara sejak lebih 50 tahun lalu. Islam tidak pernah berubah sejak di bawa oleh Rasulullah saw. PAS sekadar menyambung mata rantai dari rantai perjuangan Islam yang panjang lebar itu.

PAS bawa Islamlah maka PAS menang dan berkuasa kembali di Kelantan pada tahun 1990 dan bertahan sehingga kini.

Kerana Islam lah maka PAS dapat menzahirkan kepimpinan yang telus, bersih dan bertaqwa. Samada calon PAS itu menjadi MB, atau EXCO atau ADUN pegangan Islam nya membezakan ia dengan pimpinan parti lain, kerana Islam lah mereka dihormati dan disegani.

Kalau mahu PAS ikut selera mereka yang kritikal ini lebih baik PAS gugur sahaja dasar perjuangan Islamnya itu. Jadi sebagaimana parti lain, kalau perlu peluk Islam kalau tidak campak sahaja ketepi.

Saya yakin selagi iltizam ahli dan pimpinan PAS kuat pada prinsip dan dasar perjuangannya yang telah berjaya dipertahankan berdekad-dekad lamanya itu, maka selama itulah Islam akan terus dijunjung dan disanjung. PAS mungkin tewas di Merlimau dan Kerdau, tapi takkanlah kerana kekalahan itu maka Islam mahu dipersalahkan?

Bergeraklah ke gerbang jasa

Kalah menang bukan alasannya

Sucikanlah niat di hati

Hingga nyata benarnya janji Rabbi..............

Syabas para petugas PAS, syabas calon-calon PAS, walaupun kita tewas hari ini, ganjaran lebih besar menunggu kita di Akhirat nanti insyallah. Teruskan perjuangan, hingga nyata benarnya janji Rabbi. TAKBIR!

Posted by roslan sms




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...