TERKINI :

Friday, March 4, 2011

Kerdau - Suasana Ceramah DSAI yg bertembung dengan ceramah BN si Umi Hafilda


RM500RIBU untuk ADUN & RM1JUTA untuk MP... pie mana habih duit nie???

MB Pahang perlu jawab pendedahan PAS

TEMERLOH, 4 Mac: PAS mahu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menjelaskan kemana peruntukan RM1 juta setahun kepada setiap ahli parlimen dan RM500 ribu kepada ahli dewan undangan negeri (Adun) itu disalurkan.

Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS bagi PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu dipersoal kerana melihat kepada kegagalan pembangunan kawasan-kawasan di negeri ini termasuk Kerdau yang masih ketinggalan dari pelbagai aspek.

"Berapakah peruntukan kerajaan negeri bagi pembangunan setiap Dewan Undangan Negeri?

"Ternyata bahawa kegagalan pembangunan adalah akibat ketidaktelusan, ketirisan, kebocoran dan amalan kronisme," katanya pada sidang media markas induk PAS di sini.

Turut serta pada sidang media hari ini, Pengerusi Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Tambahnya, Kerdau telah ketinggalan dalam arus pembangunan sejak 53 tahun lalu dan jika calon BN dibiarkan menang lagi, maka Kerdau akan terus mengalami zaman kemunduran.

Beliau turut membawa fakta yang dikeluarkan Yayasan Pahang, bahawa sebanyak 25 ribu pelajar miskin telah diberi bantuan di seluruh negeri.

Selain itu, terdapat 8,000 pelajar di negeri ini dilaporkan buta huruf berpunca dari faktor kemiskinan.

"PAS mahukan menteri besar Pahang supaya berterus terang masalah-masalah yang gagal diselesaikan.

"Dalam tempoh tujuh hari berkempen, PAS telah mendedahkan pelbagai urus tadbir yang lemah dan tempang khususnya dari segi kewangan dan belanjawan, ketirisan serta hutang yang ditanggung oleh kerajaan negeri dibawah kepimpinan Umno BN," katanya.

Sebelum ini, Adnan mendakwa PAS akan ketandusan isu di Kerdau namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Sehingga hari ini, pelbagai isu yang didedahkan PAS namun tidak dijawab oleh menteri besar itu.

Sehubungan itu, PAS mahu Adnan mengakui kelemahan urus tadbirnya atau berdepan kemarahan rakyat dalam undi mereka di PRK Kerdau, 6 Mac ini.

Apa lagi mahu diharap pada kerajaan BN

KEPALA BATAS, 4 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, negara tidak memerlukan pemimpin yang jahat dan bodoh tetapi mahukan individu yang baik akhlak, amanah dan bijaksana dalam mengatur peluang untuk memajukan negara.

Tambahnya lagi, kepimpinan yang ego, rakus dan gilakan kuasa pastinya merugikan pembangunan negara kerana bertindak bukan berdasarkan kehendak rakyat sebaliknya mengikut kepala atau arahan pihak ketiga walaupun tahu setiap arahan itu rakyat yang menanggungnya.

"Negara tidak memerlukan seorang pemimpin yang jahat dan bodoh kerana sikap tersebut tidak menguntungkan pentadbiran negara. Bertambah parah kalau individu itu tidak berakhlak, melakukan penyelewengan dan bersikap ego," ujarnya ketika berucap pada majlis Karnival Penang Harmoni di Dewan Millenium, di sini malam tadi.

Kerakusan dan kezaliman ketika memerintah, tegasnya, bukan sahaja dirasai oleh rakyat bahkan pelabur juga terasa bimbang untuk meneruskan usaha menaman modal di negara ini.

Sebab itu, hari ini ekonomi Malaysia semakin mengucup setelah kebanyakan pelabur lari.

Bagaimanapun, katanya sejak kebelakangan ini apabila empat negeri di bawah Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor menunjukan prestasi ekonomi membanggakan berbanding negeri di bawah Barisan Nasional (BN).

Katanya, untuk mencapai tahap negara maju, rakyat harus menolak pemimpin jahat yang merampas harta rakyat dan gagal merencanakan pembangunan mengikut acuan sebenar, bukannya program 'mi segera' yang akhirnya menguntungkan kroni.

Sekarang ini, ujarnya kepimpinan negara seakan filem 'Ali Baba dan 40 orang penyamun' kerana menipu dan ditipu.

“Apa tidaknya, di era kepimpinan Tun Dr Mahathir, beliau yang dianggap pandai merampas hak rakyat akhirnya ditipu pula oleh Menteri Pengangkutan ketika itu,” katanya.

Begitu juga dengan Perdana Menteri kelima, Tun Abddulah Ahmad Badawi juga menjadi mangsa penipuan Menteri Pengangkutan.

"Apa lagi nak harapkan BN memerintah nanti semua harta rakyat dikebas satu persatu. Melainkan rakyat bangkit jadi 'Marjinah' hasil lakonan Seniwati Negara, Sarimah yang mengajak rakannya menuang air panas ke dalam tong yang ada penyamun," katanya disambut gelak ketawa hadirin.

Turun berceramah pada malam tadi ialah Ketua Wanita DAP, Choong Eng dan penulis lirik, Bob Lokman.

MPSPK - MANA dia GAMBAQ MB KAMI..??

http://www.depakata.co.cc


Perghhhh depa kata lawa laa laman web baru MPSPK... siap ada GAMBAQ NAJIB tuuu... OK tak kesah sebab NAJIB PM MALAYSIA dan KEDAH dok DALAM MALAYSIA... tapi dok tengok jugak gambaq dok gerak2 tu kot ada gambaq MB KEDAH.... mana dia MPSPK oiii takan gambaq MB hangpa tak ada kot... MPSPK nie dok kat JOHOR kaaa...

p/s: http://www.mpspk.gov.my/


Utusan Rakyat ganti Utusan Malaysia

Hata Wahari ketua pengarang Utusan Rakyat

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini mengemukakan permohonan rasmi kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mendapat permit untuk bagi menerbitkan akhbar mingguan Utusan Rakyat.

NONEMenurutnya, presiden NUJ Hata Wahari (kanan) yang berpengalaman selama 16 tahun dalam dunia kewartawanan dan bahagian editorial, bersetuju untuk menjadi ketua pengarang bagi akhbar tersebut.

"Saya tidak akan memang menyandang jawatan ketua pengarang. Saya menyerahkannya kepada Hata Wahari... Hata diberi kebebasan untuk menentukan akhbar tersebut.

"Tidak ada (campurtangan) parti politik untuk mengawal industri media atau syarikat (media)," kata Nurul Izzah.

Tambahnya, akhbar berbahasa Melayu itu akan dikeluarkan secara mingguan manakala kandungannya berkisar mengenai pelbagai isu termasuk isu-isu berkaitan dengan politik.

Ditanya siapa pemilik akhbar tersebut, Nurul berkata terdapat individu lain yang bersama-sama dalam perjuangan, yang merupakan pemilik sebuah syarikat tertentu, tetapi tidak memegang sebarang jawatan parti.

Menurut Nurul lagi, beliau sekadar mengambil inisiatif memohon permit dan tidak mahu dilihat terlibat secara langsung dalam akhbar berkenaan.

Katanya lagi, banyak pihak mahu bersedia untuk membantu bagi menjayakan penerbitan akhbar ini.

Bagaimanapun, Nurul Izzah enggan mendedahkan identiti pihak berkenaan.

Sebelum itu, Nurul tiba kira-kira jam 11.50 pagi, dan kemudiannya menemui Timbalan Setiausaha Bahagian Penerbitan KDN, Abdul Razak Latif dan Penolong Setiausaha bahagian yang sama, Shafieza Fadzil.

NONEDalam sidang media selepas menyerahkan permohonan tersebut, Nurul Izzah berkata beliau dimaklumkan bahawa menurut piagam KDN, kementerian itu KDN akan mengambil masa kira-kira dua bulan sebelum membuat keputusan berhubung permohonan tersebut.

Katanya, satu panel 10 orang yang akan diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Keselamatan, Datuk Abdul Rahim Radzi akan membincangkan permohonan tersebut, sebelum dimajukan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk kelulusan.

Menurut Nurul Izzah, akhbar tersebut akan bersifat "dwipartisan dan saksama" dalam laporan, dengan mengambil kira suara dan pendapat pelbagai pihak.

"Media arus perdana di Malaysia mengalami persepsi ianya dikongkong pihak berkuasa menerusi Akta Mesin Cetak dan penerbitan 1984, antara lain.

"Juga realiti pemilikan media oleh sesetengah parti politik (sama ada secara terus atau menerusi proksi) menjustifikasikan persepsi 'berat sebelah' atau prasangka pengarang dalam siaran dan laporan," katanya ketika membacakan satu kenyataan media selepas pertemuan tersebut.

Nurul Izzah yang juga ahli parlimen Lembah Pantai berkata, akhbar mingguan berbahasa Melayu itu akan mempunyai ahli lembaga penasihat pengarang yang diketuai oleh Datuk Ambiga Sreenevasan yang mewakili NGO dan beliau sendiri sebagai wakil Pakatan Rakyat.

NONE"Beberapa tokoh politik mewakili BN yang dijemput (sebagai ahli lembaga pengarah) masih belum memberikan kata putus walaupun pada dasarnya bersetuju dengan inisiatif (akhbar) dwipartisan ini," katanya.

Ditanya oleh pemberita siapa tokoh BN yang dijemput itu, Nurul Izzah berkata pihaknya telah menjemput ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

"Tidak ada kata putus daripada beliau, tetapi beliau menyatakan sokongannya," kata anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pihaknya juga "memilih" untuk menganggotai ahli lembaga pengarah akhbar berkenaan khusus mengenai track rekod tokoh tersebut.

Katanya, setakat ini pihaknya mencadangkan kawasan liputan adalah di sekitar Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak.

ISU CAJ KOMISEN POS MALAYSIA : Bank pun ambik 50sen ja tapi POS nak tutuh sampai 90 sen

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang kecewa dengan Pos Malaysia berikutan tindakan menaikkan caj komisen yang dikenakan iaitu daripada 70 sen kepada 90 sen bagi setiap pembayaran bil air. Walau bagaimananpun Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) belum membuat sebarang keputusan dan akan terus menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia sebagai medium bagi memudahkan orang awam membayar bil.

PBA membelanjakan RM700,000 setiap tahun sebagai komisen kepada Pos Malaysia. Ini dilakukan bagi mengurangkan beban kepada pengguna Pulau Pinang. Peningkatan 20 sen iaitu daripada 70 sen sehingga 90 sen telah mengakibatkan peningkatan kos sebanyak RM200,000 dari RM700,000 kepada RM900,000 setiap tahun.

Kerajaan negeri Pulau Pinang Malaysia berharap bahawa Pos tidak akan meningkatkan kos yuran sebagai sebahagian daripada perkhidmatan kepada pelanggan dan juga memenuhi tanggungjawab sosial mereka kerana air merupakan keperluan bagi setiap orang. Seperti itu adalah 70 sen dibebankan untuk setiap bil air sudah tinggi berbanding dengan kos 50 sen perkhidmatan dikenakan oleh bank.

Oleh itu, kerajaan negeri Pulau Pinang berharap Pos Malaysia mempertimbangkan semula keputusan untuk menaikkan caj komisen sebagai sebahagian daripada perkhidmatan kepada pelanggan dan juga memenuhi tanggungjawab sosial kerana air merupakan keperluan asas bagi setiap orang. Bayaran caj komisen 70 sen dilihat sudah tinggi berbanding 50 sen perkhidmatan yang dikenakan oleh bank dan perkara ini terbukti akan membebankan rakyat terutama daripada golongan rendah.

Kenaikan kadar caj komisen ini adalah satu tindakan tidak masuk akal Pos Malaysia dan hanya dilihat sebagai satu cara untuk Pos Malaysia bagi mengaut keuntungan tanpa mengira nasib golongan bawahan. Sekiranya Pos Malaysia masih berkeras dengan tindakan untuk terus menaikkan kadar caj ini, lebih baik Pos Malaysia berhenti daripada terus menggunakan nama Pos Malaysia sebaliknya menggantikan dengan Pos Mata Duitan.

PBA tidak mempunyai pilihan lain selain terus menanggung kos komisen seperti mana yang telah dimeterai dalam perjanjian antara Pos Malaysia dan PBA. Dan saya sendiri telah mengarahkan agar PBA tidak memberhentikan peruntukan tersebut bagi mengelakkan kesulitan kepada semua masyarakat yang ingin membayar bil mereka di pejabat- pejabat Pos Malaysia.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kiri) selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.

POLIS : Awat boleh jadi lagu nie.. nanti rakyat hilang kepercayaan susah pula jadinya..

http://1.bp.blogspot.com/-NbbkiwEx6zU/TXBr86cbrtI/AAAAAAAAEn8/fhtKcTjP3yA/s1600/2011-03-04_123414.jpg

Parah Kalau Macam Nie...Islam Sederhana ka kalau macam nie..sampai 15minit ada cerai sekali...

Cerai setiap 15 minit

http://1.bp.blogspot.com/_Mww8mUZVTVA/S9XStEHNL7I/AAAAAAAAAT4/7GIo0JAr79Q/s400/kawinV.jpg

PUTRAJAYA - Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menunjukkan perceraian berlaku dalam kalangan umat Islam dicatatkan setiap 15 minit pada tahun 2009.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, jumlah itu meningkat daripada tahun ke tahun akibat daripada kurangnya penghayatan agama dalam kalangan suami isteri termasuk mengabaikan solat.

“Jika solat lima waktu sehari semalam tidak dapat dilaksanakan, sudah tentu dapat kita bayangkan mereka juga sukar untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar sempena Maulidur Rasul Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia yang disertai 1,200 penjawat awam.

Anggota panel pada seminar itu terdiri daripada pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan pendakwah, Datuk Dr Fatma Zahrah Mohd Ramadan.

Mashitah berkata, Jakim akan memperbanyakkan lagi program pemantapan keluarga yang menerapkan kesedaran terhadap peranan suami dan isteri, kemahiran keibubapaan, pendidikan serta pengurusan ekonomi keluarga.

Setakat ini katanya, Jakim menganjurkan sebanyak 900 program kekeluargaan dengan kerjasama jabatan agama Islam negeri dalam usaha untuk memperkasakan institusi rumah tangga.

Dalam perkembangan lain Mashitah berkata, Jakim masih memantau pergerakan saki baki pengikut ajaran al-Arqam yang didakwa mengadakan perjumpaan dikenali sebagai ‘Sidang Parlimen Roh’ selepas kematian pengasasnya, Ashaari Mohamad atau Abuya pada 13 Mei tahun lalu.

“Kita masih mengikuti apa yang mereka buat. Jadi minta kepada rakyat supaya berhati-hati dan tidak mengkuti kepada ajaran itu,” katanya. - Bernama

Senarai "GULA-GULA" duit pembayar cukai BN buat duit mereka di Kerdau & Merlimau

Antara Gula-gula Politik di Merlimau & Kerdau


Saya jumpa senarai pemberian barangan/perkhidmatan oleh BN yang gagal ditentukan oleh SPR sebagai rasuah politik seperti ditegaskan oleh oramh kuatnya baru-baru ini.
[MU] Salah guna kuasa/sogokan/rasuah/pancing/beli undi dan penyelewengan pihak BN mengiringi sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Kerdau. Kes-kes berikut telah dicatatkan berlaku menjelang penamaan calon sehingga kempen 2 Mac 2011:

1. Pada Seminar Kecemerlangan Institusi Keluarga di Sekolah Kebangsaan Chenderah di Kampung Chenderah di Merlimau, Rabu (2 Mac) - Mohd Ali, Ketua Menteri Melaka menyogok 70 basikal kepada murid sekolah SK Chenderah (MstarOnline 3 Mac) dengan taktik memancing undi ibu bapa pelajar terbabit.

2. Muhyiddin dalam lawatannya ke DUN Merlimau (1 Mac), memancing undi dengan menjanjikan peruntukan geran pembinaan sekolah agama rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau berjumlah RM1.5 juta (Utusan online 3 Mac).

3. Pihak Felda turut membantu BN di PRK Kerdau membeli undi melalui pengumuman bayaran ses di bawah Skim Insentif Tanam Semula yang diberi kepada 433 peneroka dengan bayaran wang insentif RM1,000 sehektar atau bersamaan RM4,000 seorang yang kesemuanya bernilai RM1.8 juta. Majlis membeli undi itu dijadualkan pada Jumaat ini (4 Mac), dua hari menjelang pengundian (Umno online 2 Mac; Utusan online 3 Mac).

4. Umpan untuk beli undi ibu bapa pelajar telah dilakukann oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dengan memberi sumbangan kepada seramai 34 pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu termasuk 29 pelajar dari Sekolah Menengah Dang Anum. Majlis mengumpan itu diadakan di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Jamuan Rakyat DUN Merlimau (dlm. Sinar Haroiana online - http://www.sinarharian.com.my/merlimau/).

5. PAS menerusi Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Sabki telah mengadu secara rasmi kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melibatkan penggunaan jentera kerajaan/premis awam pihak BN di Kerdau sebagai tindakan salah guna kuasa dan penggunaan melampau premis Sekolah Rendah Batu Sawar, Padang Awam Teluk Sentang dan Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23 serta Balai Raya Kuala Tekal. Di situ telah didirikan khemah dan menaikkan bendera parti serta aktriviti kempen.

6. Tan Sri Muhyiddin telah berjanji bersifat menyogok 300 seramai ibu bapa merupakan pengundi Dun Kerdau sedia meluluskan pembinaan blok tambahan untuk bengkel kemahiran hidup dan makmal bernilai RM5 juta di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau dan turut mempengaruhi pengundi sebagai pancing undi dengan sanggup dimasukkan cadangan dalam projek Rancangan Malaysia ke-10. Di samping turut berjanji untuk menyiapkan 18 sekolah di parlimen Kuala Krau yang akan diberikan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM1.9 juta (Malaysiakini 1 Mac).

7. Berlaku pengedaran kotak barangan kepada pengundi Cina di Kerdau dan dilihat menyogok dan merasuah pengundi apabila peenerima diarahkan memasang pelekat BN pada rumah masing-masing dan dibuktikan lagi (sogokan dari BN) kerana pada kotak itu ada gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil. Setiap kotak mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin (Malaysiakini 28 Februari).

8. Datuk Seri Najib Razak mengumumkan satu nilai sogokan untuk memancing undi berjumlah hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau menjelang hari penamaan calon. Pengumuman itu dibuat di dua majlis perjumpaan berasingan di hadapan pengundi di Batu Sawar dan pengundi Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau. Sogokan sebanyak RM10 juta itu dalam bentuk sogokan projek mengganti paip bernilai RM9.25 juta, gelanggang serbaguna masyarakat Cina RM400,000, membina kuil Hindu RM100,000, dan Balai Bomba sukarela RM150,000 (Malaysiakini 27 Februari).

9. Kehadiran Mohd Najib dan isterinya Rosmah menaiki helikopter berkempen sebelum penamaan calon di sekitar daerah mengundi Kerdau dan 'kawasan 3+1' – gugusan Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Jengka 25 dan Felcra Rumpun Makmur dilihat sebagai salah guna kuasa kerana menggunakan wang kerajaan. Helikopter itu tidak dibiayai oleh Umno Kerdau (Malaysiakini 28 Februari).

10. Masjid as-Sujjah Merlimau (premis awam) juga digunakan sebagai pentas menyampaikan kempen oleh pengkuliah antara waktu maghrib-isyak (pada Isnin, 2 Feb). Antara ucapan pengkuliah yang sempat dicatatkan ialah "Yahudi menguasai ekonomi di Amerika Syarikat kerana ia adalah negara mereka, dan di Malaysia, orang Melayu tidak menguasai ekonomi, tetapi sebaliknya mereka menguasai politik. Jadi, anda mesti menyokong parti yang melindungi dan mempertingkatkan martabat Melayu... Saya berharap rakyat akan membuat keputusan yang betul dalam pilihan raya supaya martabat kita dapat dipertahankan." Memahami konteks itu, jelas pengkuliah itu adalah berkempen untuk BN atas masjid (Malaysiakini 2 Mac).

11. Tan Sri Muhyidin mengumumkan akan membina sekolah agama rakyat di Taman Muhibah dekat Masjid as-Sujjah Merlimau berjumlah RM1.5 juta di majlis perjumpaan pegawai agama masjid yang dihadiri sama calon BN Roslan (Berita Harian 2 Mac). Pengumuman itu satu sogokan dan mempengaruhi pengundi dari kalangan pegawai masjid seluruh Dun Merlimau.

12. Satu majlis di SMK Dang Anum, Merlimau (premis awam) pada hari Isnin (28 Februari) Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengeluarkan kenyataan, berikutan pengumuman kenaikan gaji para guru oleh Tan Sri Muhyidin, lalu beliau meminta 311 orang guru di Merlimau dapat membalasnya dengan mengundi BN (Malaysiakini 2 Mac).

13. Agensi kerajaan Pusat, Biro Tata Negara Negara (BTN) turut menyertai kempen pilihan raya kecil Merlimau dengan mengadakan tiga ceramah setiap hari bermula Ahad (27 Mac) lalu. Misinya ialah memburuk-burukkan DAP yang kononnya ‘menentang Islam dan mengancam orang Melayu’ (Malaysiakini 1 Mac).

14. Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari telah membuat laporan SPRM berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan pentadbrian di bawah Mohd Ali Rustam melibatkan projek dan dana Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berjumlah RM13.85 juta. Penyelewengan didakwa berlaku dalam kes pembinaan kompleks MAIM dan penyerahan milik lot PT 83 kepada kontraktor dan penjualan lot 106 dan 106 oleh kontraktor terbabit kepada pihak ketiga serta kelewatan jadual pembinaan kompleks yang tidak diambil sebarang tindakan (Berita Harian 2 Mac). Atas kes ini ada isu amalan kronisme, subhat dan semacam melindungi penyelewengan oleh MAIM dan Mohd Ali selaku Ketua Menteri.

15. Mana-mana kontraktor yang ingin mendapatkan projek dan kelulusan tender di Melaka perlu mendapat surat akuan daripada runner tertentu dan perlu berjumpanya terlebih dulu, kemudian membuat beberapa komitmen untuk kepentingannya (Laporan menerusi SMS 3 Mac).

Perkara yang sama turut dilaporkan oleh seorang profesor dari salah sebuah universiti di USA yang membuat kajian berkaitan pembangunan negeri Melaka....- Wan Nik Wan Yussof

P/s: Senarai ini hanya sebahagian sahaja!
http://duniacacamarba.blogspot.com

Memang Mahathir Pengkhianat Melayu


HUSAM Musa telah menulis didalam blognya mengemukakan beberapa bukti menunjukkan Mahathir Mohamad sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu. Tentu orang Umno dan para pengkagum bermata satu Mahathir akan marah dengan Husam dan akan mencemuh saya habis-habisan. Mungkin mereka yang otak kemetot akan nanar.

Mereka yang memandang kepada puncak bangunan berkembar Petronas (KLCC) tidak akan nampak akan kejahatan dan kejelekkan Mahathir. Mercu tanda itu akan dijadikan kehebatan dan kecemerlangan Mahathir dalam membantu negara ini. Kehebatan pembangunan duniawi ciptaan Mahathir akan melindungi segala dosa dan nodanya.

Selalu begitulah yang kita dengar, kehebatan Mahathir diukur dengan pembangunan material yang diilhamkannya. Tetapi kita tidak pernah soal dan tanya bagaimana dengan pembangunan manusia. Macam mana dengan pembangunan bangsa, pembangunan budaya, pembangunan agama dan sebagainya lagi.

Antara bukti menunjukkan Mahathir pengkhianat Melayu yang didedahkan Exco Kelantan itu ialah, Mahathir dengan sengaja mendaratkan gas dari perairan Kelantan di Songkhla, Selatan Thailand yang jaraknya lebih 270 km berbanding kalau didaratkan di Kelantan cuma 150 km. Inilah kecerdikan dan kejahatan Mahathir.

Kalau tidak jahat dan menganiaya orang Melayu kenapa beliau rela menaikan gas itu di Songkla? Katanya tindakan Mahathir itu satu perbuatan terancang yang memberi kesan kepada orang Melayu. Sesiapa pun tidak akan dapat memberi alasan untuk membela Mahathir atas perbuatan jahatnya itu, kecuali anak cicitnya. Tetapi Mahathir licit dia akan bermain dengan kata-kata seperti mana perlunya jambatan bengkok di Johor.

Tidaklah pula saya tahu apakah Mahathir tidak tahu menghitung, mana yang lebih dekat dan ekonomik didaratkan di tempat yang jaraknya 150km dengan tempat yang nun jauh lebih 200km? Apakah ketika membuat keputusan itu Mahathir terlupa makan ubat seperti mana kata Nik Aziz. Memang kalau seseorang ada penyakit jika tidak diambil ubat besar risikonya.

Bukti pengkhianatan lain Mahathir kepada Melayu kata Husam ialah apabila Matahthir tidak membayar royalti hasil gas dan minyak di perairan Kelantan serta menafikan pendapatan pembangunan hiliran. Manakala bukti lain pengkhianatannya apabila Mahathir membatalkan pemberian royalti minyak kepada kerajaan Terengganu apabila negeri itu diperintah oleh Pas.

Kata Husam mengapa Mahathir dikatakan pengkhianat Melayu kerana kedua negeri itu, Kelantan dan Terengganu adalah negeri Melayu, di mana 95% penduduknya berbangsa Melayu.
Apa lagi hendak dinamakan kalau tindakan-tindakan sebegitu baik atas alasan apa sekalipun, kalau tidak dinamakan pengkhianat Melayu? Memang jahat!

Saya bersetuju sangat dengan pendapat Husam itu. Saya konfius apakah sanjungan sesetengah pihak kepada Mahathir tepat ataupun sebaliknya. Kalaulah dengan tindakan sebegitu dilakukan saya tidak tahu mereka yang menyanjungi beliau sampai nak terberak, menilai menggunakan kanta pembesar berwarna apa? Sebab itu semasa para pemimpin Pas mengelilingi dan memuja Mahathir di satu majlis di Taman Melawati saya mengkritik perbuatan itu. Awal lagi saya mengatakan tindakan pemimpin Pas termasuk juga Husam silap kerana telah mengangkat semula Mahathir yang pada masa itu sudah hina kerana terjatuh dalam jambatan selepas berundur jadi PM.

Tetapi malangnya pemimpin memberi pertolongan, memuja balik Mahathir sama meraikan bekas PM itu dalam satu majlis makan malam di Kota Bharu. Selalunya kebenaran itu akan hadir di hujung waktu setelah kebatilan bermaharajalela.

Sebenarnya pengkhianat Mahathir bukan di situ saja. Apa yang dilakukan ke atas Kelantan dan Terengganu itu pengkhianatannya kurba terhadap Pas. Tetapi dalam konteks Umno sendiri juga Mahathir tidak terkecuali. Sedar atau tidak dia banyak melakukan pengkhianatan yang akhirnya menjadi Umno huru hara. Permasalahan dihadapi Umno kini adalah kesenimbungan daripada sikap diktator demokrasi yang menjadi amalan Mahathir.

Beberapa sejarah telah dicatat mengenai pengkhianatan Mahathir ini. Antaranya tindakan beliau mengharamkan Umno kemudian menubuhkan Umno baru, adalah sejarah terbesar. Mahathir sanggup melakukan apa saja demi mengekalkan kedudukan dan kekuasaannya. Beliau tidak memikirkan soal kesejahteraan Umno - Melayu tetapi apa yang diutamakan untuk dirinya dulu.

Akibat pengharaman Umno semua orang tahu akan kesannya. Tengku Razaleigh Hamzah terpaksa menubuhkan Semangat 46 untuk menyelamatkan orang Melayu. Kerana penubuhan itu akhirnya menjadikan Umno berontakan sesama sendiri. Tetapi Tengku Razaleigh seorang yang naif dalam menterjemahkan aksi politik. Selepas itu beliau kembali bersama Mahathir semula dengan harapan Mahathir memberi anugerah kepadanya. Wal hasilnya Tengku Razaleigh terus kena tipu oleh Mahathir.

Hal yang sama terjadi sekali lagi dalam tahun 1998 apabila Mahathir pecat Anwar Ibrahim dari Umno. Kerana tindakan Mahathir untuk mengekalkan kuasa dan mempertahankan kebobrokkan, akhirnya Melayu Umno berpecah dua. Keadaan yang wujud hari ini adalah kesan daripada tindakan politik sadis Mahathir Mohamad.

Saya yakin kalau Mahathir tidak rakus dan khianat kepada orang Melayu dan Umno, kehormonian di kalangan Melayu di negara ini akan tercapai. Kesimpulannya perpecahan Melayu baik di dalam Umno dan diluar Umno Dr Mahathir juga mempunyai saham, malahan beliaulah yang memegang golden sheir. [ttdi.kl.11:20 am 01/03/11][Mohd Sayuti Omar]

Ceramah Anwar Ibrahim di Merlimau




Laaa Cucu Mat Kilau Pun Nak Kona Baring Jugak Kaa.. Tak Pa "BON VOYOGE" Jika Betul..!!

N.28 | PANAS BERAPI - (edisi pagi) Blogger Cucu Mat Kilau belot ?

Seorang aktivis popular Pakatan Rakyat (bekas PKR) kini dipercayai telah 'hilang' sejak tengahari kelmarin. Beliau yang sebelum ini terkenal dengan sikapnya yang 'mesra PAS' langsung GAGAL dihubungi oleh rakan-rakan blogger dan pimpinan. Kehilangan beliau yang dianggap misteri itu mula dirasai apabila kelibatnya yang sentiasa ada di markaz induk PAS kini terus gagal dikesan. Malah telefon bimbitnya ditutup.

Beliau (yang dikenali dengan nama pena 'cucu mat kilau')seorang blogger, dan juga seorang bekas calon pernah bertanding mewakili PR atas tiket keadilan pada PRU12 lalu sebelum ini, telah berjumpa dengan Datok Tuan Pesuruhjaya PAS Pahang dan ada menyatakan hasratnya untuk menjadi ahli PAS beberapa hari lalu. Dari sumber sebelum ini beliau dikhabarkan akan menyerahkan borang masuk PAS malam ini kepada Dato Seri Presiden Tuan Guru Abdul Hadi bin Awang di satu majlis ceramah mega di Kerdau.

Namun misteri kehilangannya dan terus gagal dihubungi, berserta foto dibawah sangat menimbulkan berbagai tanda tanya kepada rakan-rakan beliau dan media di Markas Induk PAS Kerdau. Dipercayai foto yang diambil oleh skuad 'paparazi PAS' pula menunjukkan beliau berada di rumah Ketua Bahagian UMNO Maran di Felda Jengka 22 petang kelmarin. Rujuk bulatan hitam dalam gambar dibawah.


Berbagai persepsi dan spekulasi mula timbul di kalangan rakan, atas kehilangan misteri blogger cucu mat kilau, dan kehadiran foto diatas turut sama mengundang berbagai persoalan yang gagal dirungkai, apakah stand politiknya sudah mula berubah? Tunggu saja laporan terkini berkaitan kehilangan beliau dari masa ke semasa di albanjari online

Apakah beliau akan menyertai UMNO/BN? Apa jadi dengan hasratnya untuk masuk PAS yang sebelum ini telah heboh diwar-warkan di sini ? Hanya cucu mat kilau ada jawapannya. namun kehilangannya sangat menimbulkan berbagai persoalan di Kerdau khususnya oleh rakan-rakan terdekat.

Artikel berkaitan sila baca DI SINI dan DI SINI.
http://albanjarionline.blogspot.com

Jika kena tipu tu rakyat biasa ok laa..nie PM & Kabinet pon kena tipu.. Apa kejadahnya nie..??

Bagaimana Negara Boleh Maju Jika PM Pun Kena Tipu?

JIKA anda beranggapan semua Perdana Menteri itu adalah orang yang cerdik atau bijak, mungkin anda tersilap. Di negara kita, sukar untuk mendapatkan PM yang bijak yang mampu mengawal jemaah menterinya, bahkan ada kes menteri pula `menipu’ PM. Ertinya, siapa yang bijak dan siapa yang tidak cerdik?

Semalam kita dikejutkan dengan berita Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menipu bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal Projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ).

Beliau dituduh menipu PM ketika itu bagi meluluskan syarikat Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) sebagai pemaju siap guna untuk melaksanakan projek Hab Pemindahan di Zon Bebas Pulau Indah dan kerja pengubahsuaian berjumlah RM1.9 bilion di tapak PKFZ antara 2004 dan 2006. Beliau bagaimana pun tidak mengaku bersalah dan telah diikat jamin sebanyak RM 1 juta dan kes akan disebut semula pada 31 Mac nanti.

Skandal PKFZ ini bukan baru kita dengar. Pemimpin pembangkang terutamanya DS Anwar lebih awal mendedahkan kes ini, tetapi seperti biasa pemimpin Umno mendakwa DS Anwar suka mencipta isu dan menyebarkan fitnah. Ketika itu Dr Ling Liong Sik yang sebelum ini turut dilibatkan di dalam skandal ini masih menjadi Menteri dan Presiden MCA. Tan Sri Chan Kong Choy juga begitu. Justeru itu, situasi yang selamat buat mereka ketika itu.

Sekarang mereka menjadi `bekas’ dan `power’ pun sudah hilang. Habis sepah, madu dibuang. Tentulah tidak masuk akal jika mahu dakwa Abdullah Badawi atas skandal ini walaupun sepatutnya beliau perlu bertanggungjawab. Mungkin kerana `tertidor’, maka beliau tidak menyedari ada `penipuan’ berlaku. Benar atau tidak Pak Lah ditipu kita tidak tahu tetapi kedua-dua mereka tidak mengaku bersalah menipu.

Lojiknya, tentulah semasa proses kelulusan projek itu melibatkan banyak pihak bukan di antara Pak Lah dengan mereka sahaja. Agak sukar mahu difikirkan kesemua yang terlibat tidak mengetahui adanya `penipuan’. Jika tahu, mengapa tidak dilaporkan waktu itu kepada PM? Tidakkah itu sebagai satu subahat? Ada dakwaankah kepada yang bersubahat ini?

Akhirnya ada yang berkata wujud `kambing hitam’ untuk menyelamatkan seseorang. Siapa seseorang itu? Atau, sememangnya PM kita ditipu? Jika benar, malang sungguh kita ada PM yang mudah tertipu.

OLEH WFAUZDIN NS

Lagi jawapan BANGANG 'si anjing Umno'

Nampaknya blog aku ni dah nak jadi macam blog menganjingkan SPR pulak. Tapi nak buat macamana, dan aku tak kisah pun kalau ada yang kata blog aku ni suka menganjingkan SPR. Mungkin ada yang tak setuju tapi pada aku memang tindakan SPR selama ni tak ubah macam 'anjing Umno'.

Lagi pun aku memang minat main dengan data, dan dalam kerja nak melawan Umno data yang paling penting adalah daftar pemilih. Masalahnya, tindakan dan kerjabuat SPR dengan daftar pemilih memang kearah nak mudahkan Umno BN terus menang.

Bila Chang Ming Kai komen pasai pertambahan undi pos yang gila-gila di perak terutama sekali di Pangkor, Timbalan Pengerusi SPR 'si anjing Umno' hari ni bagi lagi jawapan BANGANG.

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 3 Mac — Pertambahan bilangan pengundi pos di Perak adalah ekoran peningkatan kesedaran hak mengundi termasuk di kalangan mereka yang berkahwin dengan anggota pasukan keselamatan, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sambil menolak kesangsian mengenai jumlah pengundi pos.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar memberitahu The Malaysian Insider, lebih ramai termasuk mereka mendirikan rumah tangga dengan anggota polis dan tentera kini tahu tentang hak mereka bahawa boleh menjadi pengundi tidak hadir, yang memberikan mereka hak untuk mengundi menerusi sistem undi pos.

“Saya percaya jika ada peningkatan jumlah pengundi pos sebagaimana didakwa, isteri anggota tentera dan polis memutuskan untuk mendaftar bersama suami mereka. Ini satu kemungkinan,” katanya ketika dihubungi. - TMI
Takkan tiba-tiba boleh ada kesedaran boleh meningkat. Lagi pun, isu ni berkaitan dengan anggota polis dan tentera, kakitangan kerajaan jenis yang 'wajib' ikut perintah. Cuma masalahnya SPR takdak kuasa nak 'wajibkan' semua isteri anggota keselamatan tu mendaftar sebagai pengundi POS.

Nak kata ada peningkatan kesedaran macamana, kalau masa suku ke-2 tahun lepas, tiba-tiba ada usaha nak potong nama isteri tentera yang selama ni jadi pengundi awam, aku yakin SPR nak daftarkan depa tu kemudiannya sebagai pengundi POS. Tapi sebab ada bantahan dan tindakan depa tu memang bercanggah dengan perlembagaan, nama para isteri tentera berkenaan tak jadi nak dipotong.

Kalau betui ada peningkatan kesedaran, tak perlu la SPR sampai terpaksa buat kerja yang melanggar perlembagaan macam tu, dan kemudiannya tak jadi buat pulak pasai dah kantoi.

Realitinya yang dok jadi selama ni, apa yang SPR buat, depa cuma berurusan dengan pihak berkuasa kem dan balai polis saja. Kalau tak salah aku, di semua tempat tu ada wakil SPR dari kalangan tentera dan polis yang uruskan pasai pendaftaran ni.

Depa-depa ni aku yakin buat kerja cuma dalam pejabat saja, guna data yang ada dalam pejabat pihak berkuasa kem tu untuk buat pendaftaran. Sepatutnya semua yang nak jadi pengundi perlu memohon dan menandatangani borang A. Kalau tak percaya, cuba tanya isteri-isteri tentera berkanaan, berapa orang yang pernah tandatangan borang A SPR. Nak dapat sorang pun susah, pasainya semua borang tu ada orang lain yang tandatangan, ataupun mungkin langsung tak perlu tandatangan.

Mengikut maklumat kawan-kawan yang kerja dengan SPR, depa bagitau yang semua urusan berkenaan pengundi polis dan tentera ni diuruskan terus oleh ibupejabat SPR di Putrajaya. Semua keputusan berkenaan pengundi POS dari kalangan polis dan askar termasuk isteri depa dibuat oleh SPR Purtajaya.

Jadinya, memang mudah sangat la kalau SPR nak bertindak sebagai 'si anjing Umno'. Depa tak perlu nak arahkan pulak pegawai SPR di negeri-negeri untuk jadi 'anjing Umno'. Dan memang pun ada beberapa orang kakitangan SPR di negeri-negeri yang tak suka dan benci dengan pegawai SPR di Putrajaya yang selalu sangat buat kerja macam 'anjing Umno'.

Yang depa marah sangat tu, pasai depa-depa ni la yang selalu berurusan dengan orang ramai. memang selalu sangat depa-depa ni kena maki hamun terutama sekali dari kalangan aktivis politik, sedangkan semua keputusan bukan depa yang buat, tapi SPR Putrajaya yang buat.

Maksud aku, buka semua kakitangan SPR tu 'anjing Umno' tapi sebagai satu agensi, memang SPR sangat-sangat patut digelar 'si anjing Umno'.

Cenangau Daunkari

Majlis Daerah Pdg. Terap Vs Rakyat

Dua kampung ancam boikot

NAKA - Kira-kira 40 penduduk dari Kampung Bendang Tok Teri dan Kampung Baru Naka, di sini mengadakan demonstrasi di hadapan sebuah surau di Kampung Bendang Tok Teri kira-kira jam 12 tengah hari semalam bagi meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) mengarahkan mereka membayar cukai pintu bermula tahun ini.

Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Bendang Tok Teri, Mohd Isa@Harun Hamid berkata, beliau bersama kira-kira 110 penduduk yang menerima notis pembayaran cukai pintu daripada MDPT sejak bulan lalu turut mengancam untuk memboikotnya berikutan kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan kemudahan penyelenggaraan dan kebersihan kampung seperti servis pengangkutan sampah, sistem perparitan sistematik, lampu jalan dan aktiviti pembersihan.

Menurutnya, caj pembayaran cukai pintu yang terlalu tinggi dan berbeza-beza mengikut keluasan tanah kediaman penduduk turut menyumbang kemarahan penduduk kampung kerana kebanyakan mereka adalah golongan susah dan berpendapatan rendah.

“Sudahlah purata cukai pintu yang dikenakan adalah dalam lingkungan RM50 hingga RM60, malah ada yang dicaj sehingga RM106 bagi setengah tahun pertama, tarikh akhir pembayaran perlu dijelaskan juga amat singkat iaitu sebelum 31 Mac ini.

“MDPT perlu ingat, kebanyakan penduduk di Kampung Bendang Tok Teri dan Kampung Baru Naka adalah orang susah," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Mohd Isa@Harun berkata, kebanyakan penduduk di kedua-dua kampung itu memahami tujuan MDPT menuntut pembayaran cukai pintu untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan PBT di kawasan Pekan Naka dan kampung-kampung berdekatan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan MDPT perlu menyediakan segala kemudahan asas PBT terlebih dahulu untuk meyakinkan penduduk bahawa majlis itu komited untuk meningkatkan taraf perkhidmatan PBT di kawasan mereka.

“Selagi tiada satu kemudahan PBT disediakan oleh MDPT, selagi itu kami berkeras untuk memboikot pembayaran cukai pintu," katanya.

Seorang lagi penduduk Kampung Bendang Tok Teri, Abdul Rahman Rashid, 70, berkata, masalah ketiadaan sistem perparitan yang sempurna di kampung itu menyebabkan rumah miliknya dan beberapa penduduk kampung yang lain dinaiki air sebanyak dua kali setahun.

Menurutnya, selain masalah perparitan, kampung itu turut berhadapan masalah lampu jalan apabila laluan utama menghubungkan penduduk dengan pekan berdekatan gelap akibat kegagalan PBT menyediakan lampu jalan.

“Ada beberapa penduduk yang mengambil inisiatif sendiri memasang lampu jalan di hadapan rumah mereka dan terpaksa menyewa dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM10 sebulan semata-mata bagi tujuan itu.

“Bagi saya, MDPT perlu memfokuskan usaha untuk menyelesaikan masalah PBT di kedua-dua kampung terlebih dahulu terutama masalah perparitan, barulah kami tidak berat hati untuk membayar cukai pintu,” katanya.

Bagi wakil penduduk Kampung Baru Naka, Ismail Mat Daud, MDPT perlu juga mempertimbangkan kemampuan rakyat sebelum menuntut bayaran cukai pintu.

“Sebelum surat pembayaran cukai dikeluarkan, kami tidak pernah dihebahkan mengenai perkara ini oleh MDPT. Secara peribadi, saya amat kecewa dengan tindakan ini dan meminta satu perbincangan dengan penduduk dibuat demi mencari penyelesaian terbaik,” katanya.

Masih nak beri mandat semata2 kerana budi lama BN?

Oleh Aspan Alias

Projek yang terlalu raksaksa seperti MRT hanya dirasakan nikmatnya oleh GAMUDA-MMC dan hanya beberapa syarikat yang lain seperti Ekovest yang merasakan kepentingan di dalam ETP itu.

Di belakang syarikat-syarikat ini kedapatan nama-nama keluarga yang ternama yang bergelar, sedang rakyat yang ramai tidak merasakan apa-apa nikmat darinya. Rakyat ramai sebaliknya dibebankan dengan kos sara hidup yang tinggi dan penarikan kembali subsidi-subsidi yang mereka nikmati selama ini.

Wajarkah BN terus diberi mandat semata-mata kerana budi lama?

Sejak beberapa hari yang lepas saya telah melayari banyak tulisan dalam blog-blog yang saya jarang melayarinya. Saya telah banyak membaca pandangan-pandangan politik yang berbeza diantara satu dengan yang lain dan itu merupakan lumrah di dalam sebuah negara demokrasi seperti di negara kita. Kalau hendak diulas kesemuanya agak mustahil kerana ruang dan masa yang terhad untuk saya melakukannya. Tetapi saya sangat tertarik dengan tuduh menuduh di antara satu pihak dengan pihak yang lain.

Penyertaan Zairil Khir Johari ke pari DAP di ulas oleh beberapa penulis yang dikenali ramai dan menganggap Zairil seolah-olah tidak patriotik dan tidak setia kepada negara. Anak muda ini dicemuh dan dianggap tidak mempunyai semangat Melayu dan berbagai-bagai lagi panggilan terhadapnya.

Saya berdiri bukan untuk membela Zairil tetapi semata-mata untuk kita perbetulkan definasi-definasi tentang kesetiaan kepada negara dan bangsa yang kini dipandang dari sudut yang sempit dan tidak membawa faedah kepada diri masing-masing mau pun kepada negara.

Pada pandangan saya seorang yang setia dan patrriotik kepada negara dan bangsanya ialah orang yang tidak melakukan perkara-perkara yang boleh merosakan negara dan rakyatnya. Pandangan ini juga boleh kita lebarkan kepada badan-badan siasah dan apa-apa organisasi yang sepatutnya memberikan perlindungan kepada elemen keluhuran dan kebersihan kepada kerajaan serta negara lebih-lebih lagi melindungi maruah dan harta benda kepunyaan rakyat.

Pertamanya kalaulah benar kita mengambil initiatif yang kuat untuk menjadikan sistem demokrasi sebagai sistem yang kita yakini, maka yang paling utama kita perlu terima ialah setiap pertubuhan politik yang terdaftar dengan pendaftar pertubuhan itu adalah halal. Apabila pertubuhan politik itu diterima oleh negara ianya memberi makna yang pertubuhan itu boleh bergerak tanpa ada elemen-elemen yang merbahayakan negara.

Parti Komunis Malaya (PKM) merupakan satu-satunya pertubuhan politik yang diharamkan oleh kerajaan kerana parti itu telah mengangkat senjata untuk berkuasa di negara ini. Selain dari itu pertubuhan politik yang ada sekarang adalah pertubuhan politik yang di halalkan dan boleh bergerak mengikut undang-undang yang digubal dan ianya termasuklah DAP, UMNO, MIC, MCA dan yang lain-lain.

Sejak mencapai kemerdekaan UMNO yang mengetuai ‘coalition’ PERKATAN dan kemudiannya Barisan Nasional (BN) dengan jumlah parti yang bertambah di dalamnya telah mendapat mandat untuk mentadbir negara dan rakyat. Lima dekad pentadbiran BN telah membawa negara ke arah kemajuan dan pembangunan negara dengan pemikiran rakyat.

Tetapi apa yang terjadi sekarang ialah kelalaian kita sebagai pihak yang memerintah tidak mampu untuk berfikir dan berubah mengikut peredaran zaman dan masanya. Pimpinan kita sekarang merasakan bahawa negara ini adalah kepunyaan parti kita bukannya rakyat, maka apa-apa juga yang dilakukan oleh pihak yang lain untuk membetulkannya dianggap sebagai satu kesalahan besar dan dianggap berhak untuk dihina dan dinesta.

Kita mesti menerima hakikat yang perasuah itulah sebenarnya penderhaka kepada negara. Perasuah itu merupakan mereka yang telah memerah keringat rakyat dan negara maka merekalah sebenarnya yang penderhaka. Pemimpin yang menyalah gunakan kuasa itulah sebenarnya penderhaka yang terbesar kepada negara. Menteri-Menteri Besar yang mengaut keuntungan peribadi itulah sesungguhnya penderhaka kepada rakyat dan negara.

Nampak sgt UMNO cuak bila tentera sokong rakyat di Libya

Nampak sgt UMNO cuak bila tentera sokong rakyat di Libya

oleh

~ KOMEN: 2 berita di bawah cukup utk buktikan betapa cuaknya UMNO dgn situasi yg berlaku di Libya. Tak pasal2 jeneral gemuk terpaksa keluar kenyataan 'jgn heret tentera' (tentera di Libya sokong rakyat sebab sudah hilang kepercayaan kpd pemimpin negara mereka) dan tiba2 Zahid Hamidi pulak offer walfare utk bekas tentera. Semua orang tau kerja yg super famous utk bekas tentera ialah jadi JAGA. Ramai askar yg lepas pencen jadi papa kedana dan menderita dan ramai pulak yg masuk PAS.

02 MAC - JANGAN HERET TENTERA

SUNGAI BESI: Kata Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin, jangan heret pasukan tentera ke kancah politik kerana ia bersifat berkecuali dan hanya bertanggungjawab menjaga keamanan dan kedaulatan negara.

Askar tamat perkhidmatan ditawar sertai polis
Mac 3, 11 6:38PM

Ahmad Zahid, berkata, penyerapan jawatan ke dalam PDRM selepas tamat tempoh perkhidmatan selama 21 tahun itu adalah usaha transformasi kerajaan.

Tindakan SADA tepat: MB

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mempertahankan tindakan Syarikat Air Darul Aman (Sada) menghentikan khidmat pejabat pos sebagai ejen kutipan bayaran di Kedah berkuat kuasa Selasa lalu.

Katanya, tindakan Sada itu adalah keputusan yang terbaik untuk keselesaan semua pihak.

“Keputusan Sada adalah tepat kerana Pos Malaysia mahu menaikkan caj komisen yang dikenakan bagi setiap bil daripada 70 sen kepada 90 sen. Kita hentikan khidmat supaya pengguna tidak dibebankan dengan kos tambahan ini dan pada masa sama tidak mahu Sada tanggung kerugian,” katanya pada media, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam.

Azizan yang juga Pengerusi Sada berkata, walaupun Pejabat Pos tidak lagi menjadi ejen kutipan bil air Sada, pengguna masih mempunyai banyak pilihan untuk membuat bayaran di ejen-ejen bayaran lain, antaranya Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM) dan beberapa bank termasuk kaunter bayaran Sada.

“Selama ini Sada tanggung komisen itu dan apabila Pos Malaysia naikkan komisen kita ada minta kurang, tapi dia tak nak beri. Dia nak caj pengguna jika Sada tidak mahu tanggung komisen. Saya rasa tidak adil jika kita bebankan caj itu pada pengguna, sebab itu kita hentikan khidmat Pejabat Pos,” katanya.

Menurutnya, Sada kini dalam proses menambah bilangan kaunter bayaran di setiap daerah, termasuk menaik taraf logistik untuk kemudahan pengguna.

Mengulas mengenai desakan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang mahu Kerajaan Negeri mengkaji semula keputusan itu atau membatalkan tindakan menamatkan khidmat Pejabat Pos memandangkan ia adalah pusat sehenti pelbagai kemudahan, Azizan berkata, pihaknya sudah menimbangkan perkara itu dengan sewajarnya.

“Kita sudah fikirkan yang terbaik untuk semua pihak, memang lah mula-mula agak payah sikit tapi masih ada pilihan lain yang kita sediakan,” katanya.

Ditanya rasional tindakan Pos Malaysia untuk menaikkan kadar komisen itu, Azizan berkata, perkara itu tidak dinyatakan dengan jelas.

“Apa yang berlaku ialah Pos Malaysia kenakan caj yang berbeza-beza bagi setiap negeri. Kedah di caj 70 sen dan sekarang 90 sen, ada negeri caj lebih rendah. Sukar untuk kita berurusan macam ini, lebih baik kita putuskan henti jadikan Pejabat Pos sebagai ejen,” katanya.

Selasa lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sada, Datuk Adzmi Din berkata, pemberhentian perkhidmatan itu terpaksa dibuat supaya pengguna tidak dibebankan dengan kos bayaran komisen yang dikenakan oleh Pejabat Pos kepada Sada apabila komisen dinaikkan daripada 70 sen kepada 90 sen.

Adzmi berkata, setiap bulan pihaknya terpaksa memberi subsidi kepada pengguna hampir RM100,000 sebulan, kerana tidak mahu memindahkan kos tanggungan itu kepada pengguna. Jika caj baru itu diterima, Sada akan menanggung kerugian sebanyak tambahan 30 peratus berbanding sebelum ini, sekitar RM1.2 juta setahun.

Punca SADA tak boleh guna POS MALAYSIA untuk bayaq BIL AYAQ..

Adakah penawar untuk isteri pemalas !!

RUMAH tangga dan persekitaran yang bersih bagaikan taman bunga yang segar dan menjanjikan ketenangan kepada penghuninya.

Pun begitu tanpa kerajinan segala yang diingini tidak akan berlaku. Tambahan pula bagi mereka yang bekerja dan tidak punya waktu untuk membersih dan menghias rumah agar sentiasa sedap dipandang mata.

Saiz rumah juga bukan ukuran tetapi kebersihan akan membezakan segalanya. Ramai yang impikan ketenangan di dalam rumah setelah penat berada di luar tetapi tidak semua kita yang berpeluang untuk mengecapinya.

Tugas menguruskan rumah tangga adalah amanah yang dianugerahkan kepada suri rumah atau pembantu ramah. Tetapi adakah semua isteri sanggup berbuat demikian?

Jawapannya ada pada kisah yang ingin diceritakan Zaidi (bukan nama sebenar) yang kini makan hati dengan sikap isteri yang tidak pandai mengurus rumah tangga.

Kata Zaidi, isteri orang lain juga bekerja dan penat tetapi mereka ada masa untuk mengurus rumah dan menjaganya supaya bersih sentiasa.

Sayang sekali isterinya seorang yang pemalas dan ini menjadi masalah besar kepada Zaidi sehingga dia melabelkan isterinya Aida (bukan nama sebenar) sebagai seorang yang pemalas.

"Saya telah mendirikan rumah tangga dengan Aida sejak 10 tahun lalu. Kami mempunyai tiga orang anak berusia 7, 8 dan 9 tahun.

"Rumah kami sederhana sahaja luasnya. Kami tidak mempunyai pembantu rumah kerana anak-anak dihantar ke rumah ibu mentua saya selepas mereka balik sekolah.

"Isteri pula bekerja dan balik ketika hari menjelang senja. Saya mengharapkan isteri mempunyai masa untuk mengemas rumah atau memasak setiap kali balik kerja.

"Bukan masakan yang hebat-hebat yang saya perlukan, cukup sekadar mengalas perut kami anak beranak. Sayangnya apa yang saya harapkan tidak berlaku.

"Setiap hari keadaan rumah tidak berkemas, pakaian yang dibasuh bersepah-sepah tidak berlipat. Pinggan mangkuk penuh sinki. Pendek kata kesemuanya menunggu hujung minggu untuk dibersihkan.

"Bayangkan dalam tempoh itu bagaimana keadaan rumah dan baunya yang busuk setiap kali saya balik kerja. Hendak melangkah rasanya berat kaki. Hendak minum air juga tidak tertelan.

"Hendak mengharapkan anak-anak mereka masih kecil. Isteri pula asyik mengadu penat dan mahu berehat. Makanan setiap malam dibeli dari restoran berhampiran.

"Saya mampu mengambil pembantu rumah tetapi dihalang oleh isteri dengan alasan tidak perlu sebab dia boleh lakukan.

"Sayangnya dia hanya berkata tetapi tidak disertakan dengan tindakan. Sudahnya keadaan rumah tetap begitu juga. Apabila ditegur, dia melenting dan merajuk.

"Saya sudah puas menasihatinya tetapi dia tetap macam itu, tidak ada perubahan. Sikap malasnya semakin menjadi-jadi. Rumah kami sudah seperti sebuah setor barangan terpakai.

"Masa yang berkualiti di rumah tidak dimanfaatkan untuk membereskan kerja-kerja rumah yang sepatutnya tetapi lebih banyak meluangkan masa di rumah ibunya dan anak-anak juga dibawa ke sana.

"Saya tidak menghalang mereka ke sana tetapi saya berharap dia akan tolong kemas rumah dan sempurnakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu terlebih dahulu.

"Saya amat malu dengan sikap malas isteri saya itu sehinggakan kami menjadi bahan ejekan jiran-jiran dan saudara mara yang datang. Keadaan itu menjadikan saya malu untuk menjemput saudara mara atau kawan-kawan ke rumah.

"Saya seorang yang pembersih dan suka rumah yang cantik dan bersih. Saya telah dididik menjaga kebersihan rumah sejak kecil. Ibu seorang yang rajin mengemas rumah.

"Rumah kami sentiasa bersih. Ibu seorang yang sangat mementingkan kebersihan dan saya bangga mempunyai ibu yang rajin dan pembersih.

"Namun semua itu tinggal kenangan kerana saya telah berkeluarga dan sayangnya suasana sebegitu tidak lagi dapat saya kecapi.

"Saya kesal kerana isteri tidak mengambil berat teguran saya malah sepatah saya kata sepuluh yang dia jawab sehinggakan saya ada kala hilang sabar.

"Paling saya malu kerana kami tinggal di kawasan perumahan mewah yang sepatutnya menjadi teladan kepada orang lain. Ini tidak, dibandingkan dengan rumah orang lain, rumah saya paling buruk dan tidak terurus.

"Bukan saya tidak berusaha ke arah itu tetapi jika saya seorang yang beria-ia, isteri buat tidak kisah, buat apa?

"Sekarang keadaan semakin runcing. Isteri asyik berjalan makan angin, sekejap dalam negeri sekejap luar negara. Dia lebih suka melayan kawan-kawan kerjanya daripada saya dan anak-anak.

"Tidak salah pergi berjalan tetapi mesti ada tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak. Uruskan rumah tangga dulu, susun atur perabot yang lintang pukang dalam rumah agar saya yang ada dalam rumah boleh bernafas!

"Sesekali fikir saya merasa pelik kenapa isteri saya berperangai macam itu. Rupanya dalam dunia ini ada juga perempuan yang pemalas dan tidak suka mengemas.

"Sekarang saya lebih banyak pulang ke rumah ibu daripada di rumah. Saya penat dan mahu ketenangan. Di rumah ibu, saya merasa tenang dan aman. Pernah juga ibu menegur isteri saya tetapi dia langsung tidak peduli.

"Jangan kata mengemas, memasak juga jarang dia buat. Yang dia tahu makan, tidur dan berjalan.

"Kasihan anak-anak kami yang terpaksa makan makanan di luar atau di rumah ibu. Entah di mana silapnya sehinggakan Aida jadi pemalas begitu sekali.

"Ramai yang hairan bagaimana saya masih boleh bersabar dengan perangai isteri macam itu. Jika diturutkan naluri seorang lelaki, saya layak untuk mencari pengganti dan telah lama berbuat demikian.

"Tetapi saya sayangkan anak-anak yang tidak berdosa, malang bagi mereka kerana mempunyai ibu yang malas.

"Anak sulung saya seorang perempuan dan masih di bangku sekolah rendah sering bertanya kepada ibunya, kenapa rumah kita tidak secantik rumah jiran.

"Anda tahu apa jawapan ibunya, Mama penat!.. Sepatutnya jawapan yang paling tepat adalah mama malas!.

"Saya mahu dia faham falsafah kehidupan dalam suasana persekitaran yang bersih dan sihat. Semoga Allah akan membuka pintu hati Aida untuk berubah.

"Saya juga mengharapkan saya boleh bersabar dengan kerenah Aida. Jika tidak saya pasrah kepada ketentuan Allah SWT," keluh Zaidi menamatkan ceritanya.

Saya mengucapkan syabas kepada Zaidi kerana berani meluahkan perasaannya ke ruangan ini. Saya percaya ramai lagi suami yang menghadapi masalah seperti Zaidi tetapi enggan berkongsi masalah mereka.

Saya berharap Zaidi akan terus bersabar dan membimbing isterinya untuk kembali kepada tanggungjawabnya. Anggaplah ini juga sebagai ujian dalam rumah tangga.

Masih belum terlambat untuk anda membetulkan keadaan. Berterus terang dan membimbing adalah cara terbaik menangani masalah ini.

Anda harus menerima diri Aida seadanya, ertinya segala kelemahan dan kekurangan dirinya hendaklah diterima dengan reda. Itu sudah ketentuan jodoh anda.

Pada masa yang sama, sebagai suami anda perlu bertindak lebih tegas. Cadangan saya ambil cuti panjang dan bergotong royong mengemas dan membersihkan rumah bersama anak-anak.

Menamatkan catatan, pesanan saya seorang suami akan merasa tenang andai isterinya menjadi seorang yang penurut dan boleh menyejukkan hatinya di kala dia gundah. Realitinya, kehadiran wanita di dalam hidup seorang lelaki, ibarat matahari yang tidak pernah terbenam




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...