TERKINI :

Thursday, March 3, 2011

Petronas UNTUNG lagik.. !!

Untung sebelum cukai Q3 Petronas melonjak kepada RM30.149 bilion

KUALA LUMPUR 2 Mac — Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatat keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM30.149 bilion dalam tempoh suku ketiga berakhir 31 Disember 2010 berbanding RM20.528 bilion pada suku yang sama pada 2009.

Perolehan meningkat 12.4 peratus kepada RM60.041 bilion berbanding RM53.436 bilion sebelumnya berikutan jumlah serta harga minyak mentah yang lebih tinggi.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Disember 2010, syarikat itu mencatat keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM69.746 bilion berbanding RM51.733 bilion pada tempoh yang sama pada 2009.

Perolehan syarikat meningkat 15.8 peratus kepada RM175.586 bilion berbanding RM151.612 bilion sebelumnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata, syarikat itu terus mencatat prestasi asas yang kukuh pada suku ketiga meskipun kos semakin meningkat dan impak pengukuhan ringgi berbanding dollar Amerika Syarikat (AS).

"Prestasi keseluruhannya meningkat yang ditunjukkan menerusi peningkatan pulangan ke atas purata modal yang digunakan (ROACE) daripada 25 peratus kepada 28.2 peratus,” katanya pada sidang akhbar untuk mengumumkan keputusan syarikat di sini hari ini.

Jumlah aset meningkat kepada RM430.5 bilion berbanding RM410.9 bilion sehingga 31 Mac 2010, terutamanya disumbangkan oleh keuntungan tunai daripada penawaran awam permulaan (IPO) PCGB dan MHB.

Jumlah hutang kepada nisbah jumlah aset berkurangan kepada 0.11 kali setakat 31 Disember 2010 berbanding 0.13 kali pada 31 Mac, 2010 hasil daripada pinjaman yang lebih rendah hasil pengukuhan ringgit serta jumlah aset yang lebih tinggi.

Shamsul Azhar berkata, Petronas akan membelanjakan RM50-RM55 bilion setahun dalam tempoh lima tahun untuk menggantikan aset yang sudah lama bagi meneruskan pertumbuhan mampan pada masa depan.

Beliau berkata, pada puratanya lebih 60 peratus medan pengeluaran utama minyak di Malaysia berusia 26 tahun.

"Perbelanjaan modal yang ketara diperlukan untuk mengekalkan integriti masa depan aset-aset lama ini,” katanya.

Sementara itu, Shamsul berkata, Petronas juga akan mengubah tahun kewangannya daripada Mac kepada Disember berkuat kuasa 1 April, 2011.

Beliau berkata perubahan tahun kewangan itu adalah sebahagian daripada transformasi semasa. - Bernama

Sapa tak percaya yang menentang UMNO adalah amalan mulia..!!

Menentang UMNO adalah amalan mulia!

Ramai Melayu Umno menganggap, kalau anda menentang UMNO maka anda adalah pengkhianat bangsa Melayu. Benarkah dakwaan tersebut?

Tunku Abdul Rahman, Bapa Merdeka, telah menolak untuk bergabung dengan UMNO pada tahun 1988, seperti yang dilakukan Tun Hussein Onn. Jangan lupa, bahawa pengasas UMNO sendiri, Onn Jaafar juga keluar UMNO!

Ketiga-tiga mereka meninggal dunia di luar UMNO. Mereka tidak mahu ada kaitan dengan UMNO.

Mereka pergi ke kubur mereka dengan membenci UMNO , dengan keyakinan bahawa UMNO tidak lagi seperti mana UMNO yang mula ditubuhkan dahulu.

Onn Jaafar,Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein adalah negarawan ulung negara. Dan mereka ini diakhir hayat mereka berpaling dan keluar dari UMNO.

Apakah orang-orang UMNO berani mengatakan bahawa ketiga-tiga negarawan ulung tersebut pengkhianat bangsa Melayu?

Terbukti bahawa menentang UMNO bukan satu kerja khianat.PAS menentang UMNO kerana mahu menyelamatkan bangsa, ugama dan Negara dari cengkaman kezaliman UMNO yang sejak sekian tahun memerintah Negara.

http://alhusseyn51.blogspot.com/2011/03/menentang-umno-adalah-amalan-mulia.html

Mana pergi 1.3 juta hektar tanah rezab Melayu?


Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 3 Mac : "Usah cakap banyak lagi.. Umno kena perjelaskan ke mana hilangnya tanah rezab melayu yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris sebelum berbicara tentang Umno pembela Melayu, " kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Anak Bukit, Ir Amiruddin Hamzah.

Beliau yang berucap di majlis Karnival Penang Harmoni di Dewan Melinium, Kepala Batas malam tadi turut meletakan kesalahan tersebut di tangan Umno yang kononnya menjadi nadi perjuangan orang Melayu tetapi sebenarnya pengkhianat.

Selepas penjajah pergi, orang Melayu mempunyai 3 juta hektar tanah rezab melayu di seluruh Malaysia tetapi kenapa pada tahun 1995 ia berkurangan mendadak sehingga 1.7 juta hektar.

Kejadian itu sampai kini masih tidak dijawab oleh kepimpinan Umno sejak dulu sehingga sekarang, dakwa beliau.

Mereka bimbang jika diberikan jawapan secara ikhlas dan jujur maka tidak mustahil rakyat Melayu akan marah dan tidak lagi bergantung pada parti perkauman itu lagi.

"Jangan biarkan lagi Umno berkuasa kerana tanah milik melayu sendiri tergadai apatah lagi dulunya mereka asyik menang dan ingat kemenangan itu boleh menyembunyikan penyelewengan yang dilakukan, " tegasnya.

Sambungnya, itu di tahun 1995 kini tahun 2011 tentunya terus berkurangan ekoran kerakusan kepimpinan Umno melakukan pembangunan yang yang berat sebelah.

Sepatutnya mereka mengantikan tanah yang melibatkan tanah rezab Melayu bukan terus ambil dan mengaut keuntungan peribadi.

Umno bertanggungjawab memberikan penjelasan kenapa terjadi kehilangan 1.3 juta tanah rezab Melayu di waktu mereka berkuasa penuh terhadap pembangunan di setiap negeri, tegasnya.

Sudah lebih 50 tahun umno menipu Melayu. Cukuplah...

IPOH. Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini menyatakan bahawa Pemimpin-pemimpin Umno merasakan hak istimewa orang Melayu tergugat tidak lain tidak bukan kerana bimbang kedudukan dan kuasa mereka tergugat disebabkan orang Melayu mula meninggalkan perjuangan Umno di samping kaum lain sudah tentu menjauhi perjuangan Barisan Nasional.

Menurut beliau, pemimpin tertinggi Umno mahu memecah-belahkan orang Melayu dengan alasan kaum Melayu semakin lemah dan hak istimewa orang Melayu akan tergugat jika Umno-BN kalah dalam pilihan raya akan datang.

Dengan kata lain, Umno cuba mengugut orang Melayu agar tidak menolak Umno-BN dalam pilihan raya jika tidak mahu hak mereka hilang kepada kaum lain.

Beliau menyatakan , seluruh rakyat Malaysia mengetahui bahawa Umno tidak terlepas daripada isu perkauman. Kononnya umno sebagai penyelamat kaum Melayu, akan tetapi realiti sebenar pemimpin umno yang telah menggadaikan keistimewaan bangsa Melayu di Malaysia selama ini.

Memetik ucapan beliau “Yang merosakkan Melayu sejak Merdeka dahulu adalah Umno. Sudah 53 tahun Merdeka, Melayu makin lama makin terpinggir, nasib orang Melayu semakin tidak terbela, bukankah selama ini umno yang uruskan pentadbiran Negara?

Jadi siapa yang rosakkan Melayu sejak dari dahulu kalau bukan Umno yang mengkhianati kaum sendiri?” umno salah guna kuasa selama ini, habis tanah rizab orang Melayu digadaikan, hak keistimewaan orang Melayu dihakis, bahasa Melayu diketepikan”

“Pemimpin umno juga mengamalkan prinsip rompak hasil mahsul negeri dan kemudian mengagihkan kepada kroni-kroni umno yang menjadi budaya Umno-Barisan Nasional sejak lebih 50 tahun”.

Selain itu beliau juga menyatakan, Islam tidak menyuruh kita anti kepada mana-mana kaum dalam negara ini atau dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia. Tetapi, Islam menekankan aspek keadilan sejagat untuk semua.

Justeru beliau menyeru agar seluruh rakyat Malaysia bangkit menghalang kezaliman yang selama ini dilakukan oleh umno kepada rakyat Malaysia, matlamat terdekat kita untuk memenangi PRU 13 ini dan banyak bukti umno telah gadaikan bangsa Melayu demi kepentingan peribadi pemimpin mereka dan PAS bersama Pakatan Rakyat akan dedahkan sebanyak mungkin bukti-butki kezaliman yang dilakukan oleh umno selama ini kepada rakyat.


ustazabubakar.worpress.com

MERLIMAU : PENARI SEKSI MAI DAH..!!!!

MERLIMAU : PENARI SEKSI SUDAH MARI!


Seolah-olah sudah menjadi tradisi dalam Umno/BN setiap kali kempen pilihanraya kecil untuk menghiburkan pengundi dengan penari seksi. Cuma kali ini mereka berlindung di bawah NGO 1Malaysia yang pentas utama berlatar belakang poster Perdana Menteri.

Di PRK Merlimau situasi sama berlaku apabila pengundi di Merlimau dihiburkan oleh persembahan menjolok mata. Apa yang dilakukan oleh BN di Merlimau sesuatu yang amat dikesali kerana menyuburkan budaya tidak sihat khususnya di kalangan remaja dan belia.

Boleh jadi Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Muhd. Ali Rustam menghadapi kekurangan pelajar di sekolah kebanggaan Umno di Melaka , Sekolah Murid Mengandung ( Sekolah Harapan). Jadi menganjurkan hiburan dengan penari seksi merupakan langkah bijak Ali Rustam dalam usaha untuk menambah pelajar di sekolah berkenaan.[http://angkasanuri.blogspot.com]

Wajah Sebenar Demokrasi Malaysia..!!!


50 tahun perintah negara.. Tapi UMNO/BN masih 'tak matang'

Umno-BN "Tidak Matang" Kendali Politik Dan Urustadbir Negara, Kata Khalid

SHAH ALAM 3 MAC : Walaupun tiga tahun sudah berlalu selepas tsunami politik 2008, Kerajaan Persekutuan masih belum "matang" untuk mengasingkan politik kepartian dan urustadbir negara yang merangkumi kerajaan-kerajaan negeri daripada pembangkang, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Akibatnya, Putrajaya terus menggunakan budaya menekan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat untuk meraih kembali sokongan rakyat di situ namun taktik itu nyata akan gagal seperti yang terbukti dalam kes Kelantan, kata beliau dalam wawancara khas dengan TVSelangor.

"Saya rasa kematangan (Umno-BN) ini hanya akan mula terserlah apabila mereka mendapati cara merajuk dan menggertak (kerajaan negeri), tidak lagi memberikan apa-apa makna.," kata Khalid.

Khalid melahirkan rasa kesal kerana kerajaan pusat masih tidak mengamalkan dasar permuafakatan dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat demi membawa pembangunan untuk rakyat.

Sebaik sahaja Khalid dan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, Umno-BN dikatakan bertindak balas dengan memulau agensi-agensi kerajaan negeri termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan menubuhkan agensi lain yang dikawal secara langsung dari Putrajaya.

Radio Televisyen Malaysia juga diarah berpindah keluar daripada Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam dan tidak lagi menerbitkan program-program yang membolehkan mesej kerajaan negeri disampaikan kepada rakyat Selangor, sebagaimana di negeri-negeri pimpinan BN.

Di Pulau Pinang, kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng terpaksa berdepan dengan kerajaan pusat yang kerap meminggirkan Pulau Pinang dalam rancangan rancangan pembangunan jangka panjang negara, Rancangan Malaysia ke 10 dan prgram Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Selain itu tunjuk perasaan anjuran Umno atau pertubuhan bukan kerajaan yang pro-parti itu kerap diadakan di Selangor dan Pulau Pinang untuk mencerminkan pelbagai lapisan rakyat tidak berpuas hati di bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

"Pada pandangan saya, apabila kita bandingkan keadaan ini dengan apa yang berlaku di England dan Australia, kita kurang matang dari segi menerima hakikat bahawa politik itu hanya sebahagian daripada proses dan bukan satu pengakhiran. Apa yang penting akhirnya, adalah pembangunan masyarakat dan negara," tegas Khalid.

Menurut Khalid, tindakan pemimpin-pemimpin BN membelakangi Perlembagaan Persekutuan tentang pengasingan kuasa dan hak kerajaan pusat dan negeri adalah kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka tidak lagi menguasai beberapa negeri.

Justeru pelbagai helah digunakan menafikan hak kerajaan negeri sungguhpun ia bertentangan dengan perlembagaan yang sedia ada.

Kontroversi pelantikan Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor secara terus oleh Putrajaya dan usaha kerajaan negeri menguruskan industri air yang masih tertunda hanya dua contoh yang mencerminkan kekangan kerajaan Selangor dalam berurus dengan Putrajaya.

" Saya fikir kita masih belum ada kematangan dalam politik dan pentadbiran negara untuk menyedari politik boleh berubah-ubah tetapi misi kita dalam memberikan pentadbiran yang terbaik untuk rakyat harus menjadi konsep bersama (antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan)," jelas Khalid.

Namun apa yang berlaku ialah kerajaan persekutuan Umno-BN tidak selesa berurusan secara telus dan terbuka dengan kerajaan negeri pimpinan pembangkang, kata Khalid.

"Walaupun Perlembagaan Persekutuan itu jelas tentang tatacara dan susila mengenai peranan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, tetapi kerajaaan persekutuan berasa janggal untuk berbincang secara professional dengan kerajaan negeri yang di pimpin oleh parti lain,” kata Khalid.

“Ini (tidak patut kerana) perbincangan adalah untuk pembangunan dan bukan dari segi visi (politik),” kata Khalid yang sekali lagi melahirkan harapan kerajaan Persekutuan dan jentera pentadbirannya lebih terbuka dan ikhlas dalam berurus dengan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

Bukti UMNO jadi KUDA tunggangan MCA...

SEMUA KENA TIPU



nota:
ling liong sik tipu madey
chan kong choy tipu dolah

siapa agaknya tipu najib?
kah kah kah
mat janda tipu najib mengaku anak dara
kah kah kah



TIPU BUKTI UMNO JADI KUDA TUNGGANGAN MCA
– harakah daily

Terbongkarnya kisah Perdana Menteri dan jemaah menteri ditipu mengukuhkan lagi bukti bahawa Umno hakikatnya adalah boneka dan kuda tunggangan MCA, kata Naib Presiden PAS Mahfuz Omar.

"Para pemimpin MCA yang menipu, cerdik. Para pemimpin Umno yang kena tipu, bodoh.
"Dakwaan ke atas Chan Kong Choy atas tuduhan menipu Perdana Menteri dan dakwaan ke atas Ling Liong Sik menipu kabinet hanyalah dua kes yang kita tahu. Bagaimana pula kes-kes yang kita tidak tahu?

"Adakah hanya dua kali sahaja para pemimpin MCA menjadikan para pemimpin Umno termasuk Najib dan Muhyiddin sebagai boneka dan kuda tunggangan mereka?" kata beliau.

Najib dan Muhyiddin adalah antara anggota kabinet yang didakwa telah ditipu oleh Liong Sik.

"Dalam kes Kong Choy, nampak lebih jelas lagi trend terkini Umno yang menyalahkan (T Abdullah Badawi atas semua kelemahan parti itu.

"Asal ada kelemahan dan kesalahan Umno, Abdullah dipersalahkan.

"Memang benar Abdullah Perdana Menteri ketika Kong Choy didakwa menipu. Tetapi Najib sebagai timbalannya ketika itu dan para menteri Umno lain buat apa?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.

Merlimau : Amannya Jika Pakat Dok Berpolitik Macam Nie..!!!

APA MAKNA DI SEBALIK GAMBAR INI?

Calon Pas Hj Yuhaizad Abdullah dan calon BN Roslan Ahmad bersama
mengusung jenazah penduduk Merlimau yang meninggal dunia semalam


Kalau berkempen macam ni kan bagus. Tak payah nak ugut-ugut pengundi. Tak payah nak rasuah pengundi. Tak payah nak nak sebar gambar lucah. Tak Payah nak pecah cermin kereta. Tak payah kacau ceramah. Tak payah buat provokasi. Tak payah guna harta kerajaan yang cukai dibayar oleh rakyat. Pengundi hari ini makin bijak.

http://angkasanuri.blogspot.com

SPR Pening.. Arahkan POSTER PAS yang ada lambang negeri Pahang supaya diturunkan..??

http://3.bp.blogspot.com/-ENtB-1fDNMg/TW9VOdG8ncI/AAAAAAAAEnI/urKNr13WGko/s1600/2011-03-03_164359.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-wupga-r2Wu0/TW9VOaXrIII/AAAAAAAAEnA/-8znEnlfNpk/s1600/2011-03-03_164426.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-GGMrtd6WhsM/TW9VOEttCLI/AAAAAAAAEm4/ra5NNt34FD0/s1600/2011-03-03_164450.jpg


Pendedahan Strategi Jahat UMNO/BN di Merlimau dan Kerdau

http://www.malaysiawaves.com

http://mywanfai.files.wordpress.com/2009/05/spr.jpg

Mengikut maklumat terbaru yang Tulang Besi dapat, terdapat ramai pengundi UMNO dan BN mahu membuat undi protes di kedua-dua DUN tersebut. Dan tampaknya UMNO sedar akan potensi pengundi mereka memprotes calon UMNO dan BN.

Maka, mereka menggunakan JKKK dan juak-juak mereka menyebarkan khabar bohong kononnya undi para pengundi di Merlimau dan Kerdau tidak rahsia. Mereka menyebarkan perkara ini kepada pengundi-pengundi.

Harapan mereka adalah pengundi2 protes ini akan kekal mengundi BN dan UMNO atas takut diketahui undi mereka semata-mata. Punyalah takut UMNO dan Barisan Nasional terhadap hukuman yang bakal diberikan oleh rakyat kepada mereka.

Sanggup mereka menyebarkan khabar-khabar bohong seperti ini. Padahal, tiada mungkin maklumat undi ini dapat diketahui umum kerana tiada cara undi dapat diketahui. Ini kerana tiada lagi nombor siri undi dikekalkan di atas kertas undi kita.

UMNO memang terpaksa menipu semata-mata untuk memastikan mereka terus menang. Kalau tak menipu, tiada siapa yang akan undi UMNO dan BN.

Tak hairanlah, Tulang Besi terpaksa membuat doa laknat ke atas blogger-blogger uMNO dan BN di hadapan Kaabah.

Penting bagi kita semua menyebarkan khaabar yang sebenar berkenaan dengan kerahsiaan undi. Ini kerana setiap undi adalah rahsia dan tidak boleh diketahui oleh sesiapa sahaja.

Tulang Besi

Liwat 2 : semakin Lama semakin terserlah...tunggulah sahaja..!!

Anwar gesa Umno, Utusan hentikan budaya fitnah

Budaya memfitnah dan mengaibkan orang yang disebarkan oleh Umno dan akhbar kawalannya Utusan Malaysia hanya memakan diri dan gagal mempengaruhi rakyat, kata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

TV Selangor
memetik beliau berkata perbicaraan fitnah ke atas dirinya mendedahkan kepada orang ramai angkara jahat politik Umno untuk memanjangkan jangka hayat parti itu.

NONE"Kalau Utusan itu akhbar Melayu, kemudian orang tak dibenarkan berfikir, siapa yang khianat Melayu? Nak ikut Rais Yatim (bahawa kononya) 'kita mestilah jaga budi pekerti dan budaya bangsa kita, maka orang-orang seperti pembangkang yang rendah akhlaknya tidak boleh disokong'.

"Tiga hari kemudian Wikileaks dedahkan kes rogol... jadi jangan fitnah orang," kata Anwar.

"Sekejap saja, terbalik. Kena pada dia (Rais). Saya kesal, apakah budaya kita memfitnah? Tak terfikirkah bagaimana perasaan saya? Dihina dan diaibkan? Aku kena 12 tahun... hentikanlah fitnah khianat ini," katanya.

Berucap pada ceramah di Merlimau, Anwar berkata perbicaraannya atas tuduhan fitnah liwat sekali lagi membongkar kezaliman pemerintah dan polis.

NONE"Hari ini keluar gambar lokap. apa dia cerita? Lokap Anwar ada televisyen, ya televisyen apa? CCTV. Ada katil, khas. Tadi Ketua Polis IPD Bukit Aman sahkan tak ada. Karpal Singh tanya, bukankah Datuk Seri Anwar kata ada sakit pinggang? Dia jawab ada. Kamu tak bagi tilam, bantal? Tak ada. dia tidur atas lantai simen? ya," katanya.

Anwar berkata beliau menyedari layanan polis dan pejabat Peguam Negara di bawah telunjuk Umno adalah untuk mengaibkan beliau semata-mata demi meluntur semangat dan perjuangan politiknya.

"Telanjang saya dan ukur, sebab nak aibkan, kamu tangkap kamu telanjang ukur, hina. nak lawan lagi? Bukan kamu tentukan. Kalau Allah takdirkan ujian ini, saya terima dengan sabar dan doa.

"Ya Allah janganlah beri beban sehingga aku tak mampu menanggungnya - maksudnya sekarang ini, saya masih mampu tanggung tapi percayalah kekuasaan Tuhan," tegas Anwar.

NONEAnwar mendakwa meskipun media massa seperti Utusan dan TV3 cuba memesongkan keterangan-keterangan pada perbicaraan beliau, hakikatnya ialah bukti-bukti terhadapnya direka cipta dan fitnah semata-mata.

"Sekarang terbongkar satu persatu dalam mahkamah. Spesimen doktor periksa 28hb, periksa-periksa, 5 jantan dalam tu , bila ambil spesimen, 28hb, berapa doktor, 4 doktor. bawa spesimen ke jabatan kimia, berapa haribulan, 28 haribulan.

"Tetapi salah satu spesimen terpenting yang melibatkan DNA saya tarikh, 26 haribulan, Peguam tanya jabatan kimia, berapa haribulan, 26, periksa bila 28. Jadi macamana kamu terima, saya terima. Siapa yang periksa, 26hb, tak tau siapa periksa, Najib ka Rosmah saya tak tau. tapi terima" ujar Anwar.

Alahai PIMPINAN MALAYSIA..sama-sama hangpa pon kaki kencing..!!

'Tolak pemimpin cuai dari terus terajui negara'

Sebahagian besar daripada anggota jemaah menteri, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang 'ditipu' oleh dua rakan mereka berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang masih berkuasa, kata presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail.

NONESehubungan itu, beliau meminta rakyat di negara ini supaya bangkit menolak pemimpin cuai dan berkepentingan tersebut.

“Sistem pentadbiran yang mengenepikan kepedulian rakyat dan tatakelola yang baik harus ditamatkan. Tanggungjawab kita semua untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dimiskinkan yang akhirnya membawa kebankrapan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Merujuk keputusan kerajaan mengheret bekas menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy ke Mahkamah Sesyen Putrajaya pada 28 Februari lalu, atas tuduhan menipu mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung PKFZ, Wan Azizah berkata perkembagan itu menimbulkan pelbagai persoalan.

“Senario terbaru ini telah menimbulkan persoalan mendalam. Betapa mudahnya mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ditipu dalam skandal PKFZ ini.

NONE“Malah isu penipuan ini bukan sahaja kepada perdana menteri tetapi barisan kabinet pada zaman Tun Dr Mahathir. Kebanyakan dari mereka yang 'tertipu' masih berkuasa termasuk Perdana Menteri dan timbalannya hari ini.

Menurutnya, pemimpin kerajaan berkenaan telah dengan cuai meluluskan perjanjian tanah berhubung pembangunan PKFZ pada harga yang jauh lebih tinggi daripada nilai pasaran.

Selain Chan, pada 29 Julai tahun lalu, bekas presiden MCA yang juga bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik pula didakwa memperdayakan jemaah menteri bagi meluluskan perjanjian tanah berhubung pembangunan PKFZ.

“Mana mungkin kita membiarkan gerombolan pemimpin cuai yang memberi kerugian RM12 bilion kepada rakyat ini menerajui negera.

NONE“Apa jaminan yang mereka tidak akan melakukan perkara yang sama sedangkan hari ini masih begitu angkuh mengunjurkan pembinaan bangunan 100 tingkat dan lorong pejalan kaki dengan kos tidak di terima akal,” katanya

Justeru, Wan Azizah berkata janji Pakatan Rakyat kepada rakyat negara ini adalah bagi menerajui sebuah kerajaan yang adil serta mengamalkan tatakelola yang baik.

“Pilihan raya umum ke-13 adalah peluang terbaik dan nampaknya semakin hampir,” katanya.

TUN Mahathir Vs Husam..Amacam TUN ada berani..??

Pulau Pinang tuan rumah debat Husam dan Mahathir

PULAU PINANG, 3 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang menawarkan diri sebagai tuan rumah untuk program debat terbuka antara Exco Kerajaan Negeri Kelantan, DatukHusam Musa dan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah berkata, Pulau Pinang amat sesuai menjadi lokasi debat ini kerana isu bersama kedua-dua tokoh ini adalah isu tanah dan Melayu.

Beliau yang ditemui di Karnival Rakyat Harmoni anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri di Dewan Melinium, Kepala Batas malam tadi menyifatkan, apa yang dituduhkan oleh Dr Mahathir tentang kemunduran melayu begitu ketara di sini dan orang ramai boleh saksikan sendiri secara realiti.

Husam baru-baru ini dalam kenyataannya berkata, beliau sedia berdebat dengan Mahathir tentang isu orang Melayu selepas mendakwa Mahathir adalah antara pengkhianat Melayu. Antara buktinya adalah tindakan pentadbiran Mahathir bersetuju menaikkan minyak dari pelantar bersama Malaysia dan Thailand ke Narathiwat di Thailand walaupun Kelantan lebih dekat.

Puncanya hanya kerana Kelantan ditadbir oleh PAS tanpa memikirkan kepentingan Melayu yang menjadi majoriti penduduk di negeri itu. Cabaran ini dibuat ekoran kenyataan demi kenyataan Mahathir yang mendakwa PAS tidak menjaga kepentingan orang Melayu.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang merasa terpanggil untuk menjadi orang tengah sekaligus menawarkan diri sebagai tuan rumah perdebatan antara dua tokoh terkemuka tanahair.

"Sekarang ini bukan masanya berbahas dalam blog tetapi berhadapan supaya rakyat dapat mengetahui secara langsung pandangan yang keluar dari mulut mereka, " jelas Yusni bersemangat.

Agak buang masa, sambung Yusni, berdialog dalam blog tanpa berhadapan secara 'gentlemen' kerana mereka merupakan antara tokoh penting yang acapkali bercakap mengenai kedudukan tanah dan orang Melayu di Malaysia.

Memandangkan kedudukan orang Melayu terhimpit di Pulau Pinang maka satu pendedahan secara terbuka harus ditampilkan supaya nasib Melayu di sini boleh dijadikan tauladan oleh masyarakat terbabit di negeri lain.

Jangan jadi macam Melayu Pulau Pinang katanya, mereka asyik berbangga dengan kemenangan Umno padahal diri sendiri telah hilang jati diri dan ada yang hidup merempat ekoran ada parti Melayu tetapi tidak memperdulikan nasib mereka yang daif.

"Paling menyedihkan ada orang Melayu hidup merempat tetapi kalau bercakap fasal Umno bukan main menyokong melangit tingginya," tegas beliau.

Kenapa POS MALAYSIA cerai pasal nak menyusahkan Rakyat Kedah??

Pas Kedah tidak berganjak

ALOR SETAR 2 Mac – Walaupun terdapat banyak rungutan daripada rakyat negeri ini, namun kerajaan Pas Kedah tetap tidak berganjak dengan keputusannya untuk menamatkan peranan Pejabat Pos sebagai ejen kutipan bayaran bil Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd., (Sada) mulai semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) memberi alasan, keputusan itu diambil untuk bersikap adil kepada pengguna supaya tidak dibebani dengan kos bayaran komisen yang dikenakan oleh Pejabat Pos kepada syarikat air berkenaan.

Menurut beliau, kadar komisen bagi negeri ini dinaikkan sebanyak 90 sen bermula bulan ini berbanding kadar lama sebanyak 70 sen untuk satu bil.

Jelas beliau, jika pihaknya bersetuju dengan kenaikan berkenaan, ia dibimbangi terpaksa dikongsi dengan pengguna.

Malah, kata beliau, kerajaan negeri sukar untuk memahami kadar komisen yang dikenakan oleh Pos Malaysia kerana ia berbeza-beza mengikut negeri.

“Sebenarnya Pos Malaysia ini cajnya berbeza-beza. Kedah (sebelum ini) sebanyak 70 sen, tempat lain 50 sen, jadi kita pun tidak faham.

“Jadi bila berurusan dengan orang tak faham ini, tak usah berurusan teruslah, senang. Kita pergi ikut lain,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Menteri Besar ditanya mengenai keputusan kerajaan Pas Kedah menamatkan perkhidmatan pembayaran bil air di Pejabat Pos di seluruh negeri mulai semalam.

Ekoran itu, orang ramai merungut dengan keputusan tersebut manakala Pemuda Gerakan negeri yang kesal dengan perkara itu meminta kerajaan negeri supaya mengkajinya semula demi keselesaan penduduk yang masih ingin menggunakan perkhidmatan di Pejabat Pos.

Ketuanya, Tan Keng Liang berkata, tindakan berkenaan akan menyusahkan lebih 100,000 rakyat negeri ini yang menggunakan perkhidmatan pembayaran bil air di Pejabat Pos, terutama mereka yang tinggal di luar bandar.

Azizan menambah, berikutan keputusan berkenaan, pihaknya akan memantapkan lagi kerjasama dengan agensi lain seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM) untuk memudahkan pengguna membuat pembayaran bil air mereka di situ.

Menurutnya, agensi-agensi terbabit tidak mengenakan caj yang tinggi dan mewujudkan situasi menang-menang antara kedua-dua belah pihak.

Kata beliau, Sada juga membuka kaunter-kaunter di bandar-bandar utama selain merancang untuk menyediakan kaunter bergerak bagi tujuan berkenaan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai isu pencerobohan hutan di Langkawi, Azizan berkata, pihaknya sedang mengenal pasti pihak terlibat dan tindakan bakal diambil ke atas mereka jika didapati melanggar peraturan.

Beliau berkata, pencerobohan hutan di Langkawi bertujuan mengambil tanah berbanding di daratan tanah besar untuk mencuri balak.

Kes tipu perbankan Internet


BERHATI-HATI apabila dihubungi seseorang yang meminta anda mengemaskini akaun bank melalui perbankan Internet.


KUALA LUMPUR – Pelanggan perbankan Internet dinasihatkan supaya berhati-hati kerana penipuan melibatkan perkhidmatan tersebut terutama Maybank2u meningkat lima kali ganda pada tahun lalu.

Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Kamarudin Md. Din berkata, sepanjang tahun lalu, polis telah menerima sebanyak 353 kes penipuan dengan kerugian sebanyak RM1.2 juta membabitkan perbankan Internet.

Menurut beliau, jumlah tersebut meningkat mendadak berbanding tahun 2009 iaitu polis hanya menerima sebanyak 75 kes membabitkan kerugian sebanyak RM215,131.

“Penjenayah perbankan Internet akan menggunakan teknik phishing iaitu dengan mewujudkan satu laman web palsu sesebuah bank dan menghantar e-mel kononnya mengenai keselamatan akaun (Security Alert).

“E-mel itu meminta pengguna mengemaskini akaun mereka kononnya untuk mengelakkan sebarang penipuan pihak tidak bertanggungjawab,” kata beliau di sini semalam.

Kamarudin memberitahu, ketika membuat proses kemaskini itu, pengguna akan diminta supaya memasukkan beberapa data peribadi seperti nama, kata laluan dan nombor TAC (nombor empat digit pengesahan transaksi).

OPERASI RAGUT DUIT RAKYAT BERMULA !!

Salam saman,

1 Mac 2011, saya dalam perjalanan pulang dari MBSA setelah selesai membuat menghantar borang pembaharuan ruangan tapak perniagaan di Shah Alam. Mujurlah MBSA tidak menyenaraihitam peniaga yang pernah mempunyai saman dengan MBSA 2-3 tahun yang lalu. Jika ia berlaku, pastinya saya tidak berpeluang untuk memperbaharui lesen perniagaan.

Syukurlah kerana negeri Selangor masih diperintah oleh Pakatan Rakyat, maka saya masih boleh berniaga walaupun beberapa tahun lalu pernah disaman kerana berniaga secara 'rambo' malah perkakasan perniagaan juga pernah dirampas oleh MBSA ketika BN memerintah Selangor. Walaupun ada saman, tetapi mereka di MBSA tetap berhati perut membenarkan saya terus berniaga.

Bagusnya kerajaan Pakatan Rakyat apabila bertindak mengarahkan MBSA agar melunakkan cara melayani rakyat walaupun rakyat itu ialah peniaga yang tidak berlesen. Menyedari rakyat semakin susah untuk bertahan sebulan dengan hanya makan gaji semata-mata, perniagaan sampingan merupakan satu alternatif bagi membantu meringankan beban. Oleh itu, adalah menjadi satu lumrah perniagaan apabila ia dimulakan dengan sijil lesen yang serba kosong.

Namun seperti yang kita semua maklum, kerajaan yang diperintah oleh BN hari ini telah membuktikan mereka tidak punya hati perut apabila menafikan hak memperbaharui cukai jalan yang membolehkan kenderaan kita tersadai selagi nama tidak dibersihkan dari disenaraihitam.

Kerajaan tidak pernah memikirkan masalah yang dihadapi rakyat apabila dengan sembrono mengambil kesempatan ke atas rakyat yang terdesak dengan saman yang dikenakan. Tidak membayar saman samada tidak berduit atau punya masalah kewangan yang kritikal, menyebabkan kenderaan rakyat itu tersadai. Lantas ia bukan hanya tidak menyelesaikan masalah rakyat susah, tetapi menambahkan lagi kekusutan rakyat apabila terpaksa mengambil risiko membawa kenderaan yang tidak punya 'roadtax' seumpama membawa 'keranda' sendiri.

Apa-apa yang berlaku kepada si pembawa kenderaan tidak berlesen atau tidak bercukai jalan akan menyebabkan hukuman maksimum sekiranya ditahan pihak berkuasa dan jika mengalami kemalangan, tidak akan ada syarikat insuran yang akan menanggung sebarang kos kemalangan tersebut. Apalah dosa rakyat sehingga dihukum sedemikian rupa hanya kerana tidak mampu membayar saman?

Saman itu pula berbentuk saman ekor, yang hadir secara tiba-tiba tanpa tandatangan si pesalah. Tidak dijatuh hukum salah di mahkamah lagi, tetapi telah disenaraihitam dari memperbaharui lesen dan cukai jalan? Undang-undang sedemikian rupa menyamai akta ISA yang seharusnya kita humban jauh-jauh dari bumi bertuah ini! Oleh demikian, adalah menjadi kewajaran untuk kita lawan kebejatan musibah saman ekor!

Berbalik kepada cerita asal tadi, saya baru pulang dari MBSA dan melalui highway NPE kerana ingin terus ke Bangsar. Sampai di area depan Taman Medan, jalan dengan tak semena-mena sesak teruk. Banyak kereta, motor dan lori yang ditahan. Rupa-rupanya JPJ sedang beraksi menambah pendapatan negara.

Saya terus snap satu gambar sebagai bukti bahawa kerajaan hari ini begitu seronok kerana dah masuk terma baru dalam era saman-menyaman. 

Dalam gambar di atas, anda boleh lihat berapa banyak kereta yang kenderaan yang ditahan di atas pelbagai sebab yang boleh diada-adakan sekelip mata. Dengan doa tolak bala yang dibaca, Alhamdulillah saya melepasi roadblock JPJ dengan selamat. Saya di antara yang terselamat daripada ramai yang tidak berjaya melepasi tanpa ditahan. Di sebelah kiri dan kanan saya masih banyak kenderaan ditahan.

Seterusnya saya menyusuri lebuhraya NPE untuk masuk laluan ke Bangsar dengan persediaan bayaran tol sebanyak RM1.60. Ketika melepasi Taman Dato Harun iaitu sebelum naik ke flyway di highway NPE, di seberang jalan iaitu berhampiran dengan kedai aksesori kereta Brothers, satu lagi sekatan jalan raya besar-besaran berlaku.

Sebentar tadi saya menempuhi sekatan besar-besaran oleh JPJ menghala ke Bangsar/K.Lumpur, manakala kali ini di seberang sana bertentangan jalan menghala ke Sunway/Shah Alam pula satu lagi sekatan besar-besaran dari cawangan polis trafik. Ramai anggota trafik terlibat dari segala pangkat yang ada. Saya tidak sempat untuk snap gambar kerana ketika itu sedang memecut di atas kelewatan dari kesesakkan sekatan JPJ sebentar tadi.

Benak fikiran ini kembali melayang-layang apabila memikirkan, adakah kerajaan begitu rakus apabila masuk 1hb Mac? Saman-menyaman dilakukan secara besar-besaran kerana terma dan syarat baru yang memberi keuntungan kepada pihak berkuasa yang menadah wang rakyat hasil dari saman yang dilontar. Hanya saman sahajakah yang benar-benar boleh membantu kerajaan mengurangkan kemalangan? Atau hanya membantu kerajaan dalam menghadapi kos pilihanraya sahaja? hehehe...

Saya ada buah fikiran untuk difikir oleh kerajaan. Mengapa tidak kita hadiahkan wang ringgit berbentuk diskaun tol kepada mereka yang bebas dari sebarang saman?

Setiap pengguna jalanraya yang tidak ada saman langsung, berhak memperolehi diskaun 50% dari mana-mana tol yang ditempuhi, 50% untuk bayaran semua jenis cukai dan sebarang pembayaran kepada kerajaan atau PBT. Jadi dengan cara sebegini, pasti ramai rakyat Malaysia yang pastikan semua saman dibayar untuk menikmati pelbagai keuntungan apabila menjadi pengguna jalanraya yang tidak punya walau satu saman.

Adakah idea saya begitu idealistik yang tidak boleh dipraktikkan? Pasti ada caranya dengan teknologi sedia ada yang membenarkan idea saya menjadi kenyataan. Tolong jangan lupa kredit idea ini kerana idea saya juga bukan percuma atau saya akan senaraihitamkan kerajaan daripada menerima sebarang idea rakyat marhein selepas hari ini.

Kerajaan tidak harus bergantung kepada saman semata-mata. Atau tidak salah saya menuduh Kerajaan Malaysia hanya menyediakan pelbagai saman demi untuk meragut duit rakyat? Sesungguhnya Kerajaan Malaysialah peragut bersiri paling kejam dan harus dipukul beramai-ramai oleh rakyat Malaysia !!


EDYES @ edyesdotcom
COURT oF PUBLIC OPINION
(Tolong Sebar Artikel Ini)

Artikel Asal: http://edyesdotcom.blogspot.com

Betulkah prestasi pemain atau jurulatih tu dah letih wahai MB ku Sayang..??

MB mahu skuad Kedah tingkatkan prestasi

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Azizan Abdul Razak mahu pemain skuad itu meningkatkan prestasi permainan bagi membaiki kedudukan dalam saingan Liga Super, lapor AHMAD SYAHIR KASSIM.

Selepas mengharungi enam perlawanan, Kedah kini menghuni tangga ke-10 dengan enam mata.

Tegasnya, peningkatan prestasi pemain itu penting bagi membolehkan pasukan Kedah meraih kemenangan dalam setiap perlawanan yang diharungi.

"Keputusan ketika ini tidak seteruk mana, masih baik, namun pemain perlu tingkatkan prestasi untuk mencapai kemenangan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darulaman, Alor Setar semalam.

Beliau mengulas prestasi skuad Hijau Kuning yang berada di tangga kelima dari bawah dengan enam mata hasil satu kemenangan, tiga seri dan dua kekalahan.

Pada sidang media itu, turut diadakan ialah satu majlis ringkas penyerahan ganjaran RM5,000 kepada lima pemain Kedah yang membantu skuad negara menjulang Piala Suzuki AFF 2010 Disember lalu.

Lima pemain terbabit ialah pemain sayap, Mohd. Khyril Muhymeen Zambri, Mohd. Sabre Mat Abu dan Khairul Helmi Johari (pertahanan) serta Mohammad Faizal Abu Bakar dan Amar Rohidan (bahagian tengah) yang berhijrah dari Perlis.

Ganjaran sama turut diberikan kepada seorang penolong jurulatih pasukan negara, Tan Cheng Hoe yang berasal dari Kedah dan pernah bermain untuk skuad Kedah.

Azizan yang juga Menteri Besar memberitahu, rakyat Kedah amat meminati bola sepak kerana ia adalah hiburan mereka pada waktu malam.

Katanya, peminat juga sering menonton perlawanan Liga Perdana England (EPL) malah gemar membandingkan mutu permainan Kedah dengan pasukan dalam EPL.

Namun ujarnya, beliau tidak meminta pemain Kedah beraksi seperti pemain EPL kerana mutu permainan mereka adalah lebih tinggi.

"Kalau pemain Kedah berusaha keras mereka boleh menjadi lebih baik."

Kenapa perlu dilanjutkan hingga 10 Mac dan Kenapa perlu ada 50% diskaun.. ??

Diskaun 50 peratus bayar saman trafik dilanjutkan hingga 10 Mac - Hishamuddin

PUTRAJAYA -- Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50 peratus bagi pembayaran saman trafik bermula semalam sehingga 10 Mac ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang ingin menjelaskan saman itu tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan masalah sistem tergendala serta kesesakan di kaunter untuk membuat pembayaran.

"Mereka nak bayar saman tetapi sistem tergendala kerana ramai sangat nak bayar masa itu. Jadi untuk mereka yang ikhlas dan jujur untuk membayar saman tetapi tidak dapat membayar dalam dua ke tiga hari lalu, jadi kita buat keputusan untuk memanjangkan tempoh 10 hari lagi," katanya kepada pemberita di
sini hari ini.

Sejak Ogos tahun lepas kerajaan telah memberi kelonggaran selama enam bulan untuk orang ramai menyelesaikan saman tertunggak, termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenarai hitam pesalah juga ditangguhkan.

Bagaimanapun, hanya 1.5 juta saman diselesaikan pesalah trafik dalam tempoh seminggu sehingga tengah malam semalam, iaitu tarikh akhir diskaun yang ditawarkan polis.

Hishammuddin berkata keputusan melanjutkan tempoh bayaran saman itu adalah muktamad dan tidak akan mengubah keputusan asal kerajaan untuk menyenaraihitamkan kenderaan yang gagal menjelaskan saman selepas tarikh yang ditetapkan.

Sehubungan itu, Hishammuddin mengingatkan pesalah trafik yang belum menjelaskan saman masing-masing untuk berbuat demikian sepanjang tempoh lanjutan itu untuk mengelakkan kenderaan masing-masing daripada disenarai hitam. Katanya proses pembayaran dalam tempoh lanjutan ini akan dipantau dengan teliti.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai pertikaian kesahihan kesalahan pula dinasihatkan membuat rayuan serta mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa. -- BERNAMA




5.2.2011 - Bersama YB Husam Musa di Sg Petani






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...