TERKINI :

Wednesday, March 2, 2011

Ceramah Bob Lokman di Kerdau


Selepas berkuburnya ISLAM HADHARI kini lahir pulak ISLAM SEDERHANA..!!

ISLAM SEDERHANA : AJARAN BARU UMNO

Terkejut saya apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang saya sifatkan sangat tidak manis terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin dan Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi ketika berada di Turki baru-baru ini. Menurut laman web National Review Online, beliau dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang disifatkan oleh beliau berunsur violence and extremism (keganasan dan melampau).

Ditambah lagi dengan kenyataan beliau yang menggambarkan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan. Di antara ayat-ayat kurang manis dalam laporan tersebut ialah : “Those concerns center on Qaradawi’s support and justification for terrorism (kebimbangan ini berasaskan kepada sokongan Qaradawi dan justifikasi yang diberikan beliau terhadap keganasan).

Saya kira Perdana Menteri Malaysia sudah lupa langit tinggi rendah sewaktu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya khuatir, pemergian ke Turki hanya untuk berguru dengan tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ. Sudahlah beberapa minggu lepas, salah seorang bekas Perdana Menteri Malaysia menulis menyerang saya dengan melabelkan Kamal Attarturk sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada Islam, hari ini Perdana Menteri pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia. Barangkali itulah Islam sederhana, ajaran baru UMNO.

Ingatlah, tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam.

Pertama, saya ingin bertanya, atas neraca mana nama ganas itu mahu ditampal? Adakah setiap perbuatan menuntut hak setelah dinafikan itu ganas? Dalam Islam, neraca yang paling tepat ialah sunnah Rasulullah SAW dan bukan neraca Hillary Clinton. Baginda dan para sahabat telah berada di bumi tempat tumpah darah : Makkah al-Mukarramah selama 13 tahun, selama tempoh itulah umat Islam di Madinah dizalimi, dinafikan hak mereka bahkan pernah dipulau selama tiga tahun di Syi’ib Ali. Mereka tidak dibenarkan berjual beli dengan sesiapa, salam mereka tidak berjawab, sapa mereka tidak berbalas. Mereka ditekan dengan pelbagai tekanan namun tidak sekalipun mereka melawan kerana belum menadapat keizinan daripada Allah SWT. Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah.

FirmanNya :

وَقَاتِلُواْ الْمُشْرِكِينَ كَآفَّةً كَمَا يُقَـتِلُونَكُمْ كَآفَّةً

Yang bermaksud : Dan perangilah kaum musyrikin (yang memerangi kamu) itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya – Surah al-Taubah, ayat 36.

Di Madinah, umat Islam akhirnya dibenarkan melawan dan mengangkat pedang memerangi kezaliman ke atas mereka. Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia? Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!

Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun, bila diadakan pilihanraya pula dia dikatakan mendapat kemenangan hampir 99.99%. Adakah menjatuhkan pemimpin seperti ini dianggap sebagai ganas? Janganlah pula membuat tuduhan bahawa Ikhawanul Muslimin yang terlibat sedangkan apa yang jelas berlaku di Mesir ialah kebangkitan rakyat. Tidakkah Perdana Menteri Malaysia mengetahui bahawa mereka yang terlibat dengan protes ini terdiri daripada segenap lapisan rakyat Mesir. Muslim, Kristian, kelas bawahan, menengah bahkan atasan sekalipun berdiri satu barisan menuntut pengunduran Mubarak. Isunya ialah penyelewengan, penindasan dan kezaliman rejim Hosni Mubarak, jangan pula getahnya dipalitkan kepada Ikhwan!

Islam tidak mengajar untuk melakukan keganasan, tetapi Islam tidak membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan perlakuan zalim ke atas diri mereka. Peliknya, ketika Hosni Mubarak menzalimi rakyatnya sendiri, mulut-mulut ini diam seribu bahasa, apabila rakyat Mesir bertindak menuntut hak, mereka pula dilabelkan sebagai ganas. Demikianlah juga ketika Iraq dan Afghanistan dihancurkan oleh Amerika Syarikat, mana perginya perkataan ganas itu? Begitu juga dengan tindakan PBB membelah bahagikan bumi Palestin demi kepentingan Israel, PBB dan Israel tidak dilabelkan ganas. Apabila rakyat Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan.

Al-Qaradawi ialah ulama berjasa. Beliau pernah dipenjarakan ketika Perdana Menteri Malaysia hari ini belum lagi lahir ke dunia. Beliau telah mengarang puluhan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu, pemikirannya dijadikan kajian oleh ratusan sarjana di seluruh dunia bahkan kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1431H kepada beliau.

Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu. Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas Perdana Menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas Perdana Menteri itu.

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 24 Rabiul Awal 1432 / 27 Februari 2011

PAS menabur benih Jasmin di Merlimau

PRK Merlimau memasuki hari keempat. Sesungguhnya, keadaan kelihatan memihak kepada Barisan Nasional, setelah Perdana Menteri dan Timbalan-nya melawat ke kubu tradisional BN ini. Malah, suasana yang baik ini mungkin antara faktor yang menguja Pengerusi BN Najib untuk mengungkapkan "Lu tolong gua, gua tolong lu" (Kamu tolong saya, saya tolong kamu) ketika berucap kepada khalayak ramai di Jalan Pekan Merlimau.

Seperti biasa, MCA menjadikan isu Negara Islam sebagai senjata serangannya, di samping jamuan, rawatan perubatan Cina percuma, ceramah feng shui, dan perkhidmatan tempatan ketika turun ke padang.

Suasana di sebelah Pakatan Rakyat yang kekurangan sumber kelihatan amat suram, dengan strategi kempen yang agak berbeza daripada sebelumnya. Apakah mereka keletihan selepas PRK demi PRK yang terlalu banyak dari segi bilangannya? Media rata-rata menganggap PAS meletakkan tenaga jenteranya di PRK Kerdau, Pahang, yang berlangsung serentak dengan PRK Kerdau.

Mungkin juga PAS memilih untuk mengelakkan pertembungan sengit dengan BN yang berkempen dengan cara berpesta pada kali ini. Sebaliknya, PAS mengambil pendekatan "perang gerila", menumpukan tenaganya untuk pemilihan parti dan PRU yang akan datang.

PAS menabur benih Jasmin

Ketika berucap dalam ceramah memperkenalkan calon PAS, Presiden PAS Hadi Awang telah menetapkan tema kempen kali ini, iaitu anti-rasuah, memperjuangkan sistem pilihan raya yang bersih, dan kepentingan untuk menyedarkan rakyat. Malah Hadi Awang berkata, "Kita minta BN buat perubahan. Bila umur panjang, ia nyanyuk, akan jatuh."

"Laut ada pasang surut, kalau tidak, pasir tidak bersih. BN perlu ingat, tak ada kerajaan yang selama-lamanya. Libya, Tunisia dan Egypt adalah seruan Allah yang minta bangsanya berubah," kata Hadi Awang (gambar kiri), "Malam pun jadi siang. Jika bangsanya tidak berubah, alam sekitarnya akan berubah."

Revolusi Jasmin nampaknya telah menyuntik momentum baru kepada pemimpin veteran ini, yang berucap dengan penuh bersemangat untuk kira-kira 40 minit. Malah, Hadi Awang memetik penyair terkenal di Tunisia pada awal kurun ke-10, Abou-Al-kacem El-chebbi dengan puisinya, To the Tyrants of the World. Mereka yang menanam duri akan ditusuk durinya, katanya.

Seterusnya, bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin (gambar kanan) mengambil contoh bagaimana Mohd Ali Rustam dan Mohd Isa Samad yang terpalit dengan amalan rasuah dalam pemilihan UMNO dikekalkan sebagai Ketua Menteri Melaka dan dilantik sebagai Pengerusi FELDA.

Malah, Nizar Jamaluddin tidak melepaskan kesempatan untuk menyasarkan isteri Perdana Menteri, menggambarkan betapa mewahnya cara hidup Rosmah Mansor, yang tidak jauh berbeza dengan isteri bekas Presiden Tunisia, Leïla Ben Ali dan isteri bekas Presiden Mesir, Suzanne.

Kempen yang Anti-klimaks

Nizar Jamaluddin berjaya menghangatkan suasana pada malam pertama selepas penamaan calon. PAS dijangka meletakkan pemimpin barisan pertamanya untuk ceramah pada malam-malam seterusnya. Tanpa diduga, hari kedua menyaksikan pemimpin muda, termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hassan At Tantawi, Timbalan Ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan sebagainya masuk ke gelanggang. Percaturan sedemikian nampaknya sedikit sebanyak anti-klimaks.

Wartawan melawat ke bilik gerakan PAS pada hari Ahad, dan hanya satu poster didapati. "Segala-galanya masih dalam persediaan," kata pekerja di situ. Ketika wartawan membuat liputan di Ceramah Perdana Pakatan Rakyat di Merlimau Pasir pada sebelah malamnya, ceramah yang dijadualkan untuk bermula pada jam sembilan malam ditundakan sehingga jam 10 malam.

Ia agak tidak serasi dengan sikap PAS yang agak berkesan dalam kerjanya sebelum ini. Jika diperhatikan bendera parti, poster yang kurang, dan berselerak di sana sini, ditambah pula hampir tiada kenyataan daripada calon - ia mungkin menyimpulkan bahawa strategi PAS di Merlimau jauh berbeza daripada PRK yang lalu. Mungkin PAS semakin ketandusan sumber, selepas beberapa PRK yang melibatkan calonnya.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari berkata tumpuan PRK Merlimau adalah untuk mendampingi pengundi dan menyebarkan maklumat. Beliau berkata strateginya menumpukan tenaga dalam aktiviti lawatan rumah ke rumah, menjelaskan mengapa tiada aktiviti lain diadakan. Pasukan mereka bakal menjelaskan kepada pengundi, mengapa ekonomi merudum, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku, dan mengapa calon PAS harus dipilih untuk membawa masuk agenda rakyat ke dalam Dewan Undangan Negeri.

Menurut analisa PAS, ramai lagi pengundi yang belum membuat keputusan muktamad, menandakan bahawa calon PAS mungkin berpeluang untuk menang. Untuk Adly Zahari, sambutan pengundi agak memberangsangkan, dan kebanyakan daripada mereka mendakwa dirinya tidak mengetahui penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang berlaku selama ini.

Strategi DAP pula...

Adly Zahari enggan mengulas sama ada cara kempen yang "low profile" ini disebabkan langkah pemilihan parti PAS yang semakin dekat. Beliau menekankan bahawa mustahil PAS tidak bersungguh-sungguh ketika berkempen untuk PRK ini. Ini kerana setelah memberi kata dua untuk bertanding, maka kemenangan akan digariskan sebagai matlamat.

Ketika dibangkitkan bahawa kenyataan dan notis aktiviti yang kurang sepanjang tempoh ini, Adly menjelaskan bahawa media arus perdana tidak menyiarkan kenyataan mereka biarpun segala-gala ini disediakan. Jadi, mesej gagal sampai ke pengundi, dan keadaan ini tidak membantu dalam aktiviti kempen mereka.

Ada persamaannya dari segi pendekatan yang diambil DAP dalam PRK Merlimau. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng belum tampil ke Merlimau dalam tempoh dua hari ini. DAP hanya membariskan ahli parlimen seperti Anthony Loke (Rasah), Tony Pua (Petaling Jaya Utara), Charles Santiago (Klang), Teo Nie Ching (Serdang) dan lain-lain di Merlimau. Menurut ADUN Air Keroh-DAP Khoo Poay Tiong (gambar kiri), Lim Kit Siang akan turun pada pada 3 Mac, dan Lim Guan Eng pula pada 4 Mac.

Khoo Poay Tiong mengakui bahawa DAP mengubah strateginya yang menekankan ceramah perdana, kerana mendapati situasi di Merlimau agak berbeza, yang menuntut pemimpin untuk turun ke padang sendiri. Pada masa yang sama, DAP mendapati mereka yang hadir ke ceramah perdana tidak semestinya pengundi tempatan, tetapi penduduk di Melaka yang berada di sekitar Merlimau.

"BN selalunya menghantar perisiknya ke ceramah PR. Mereka akan berdiri di sekeliling, menimbulkan rasa takut di kalangan penduduk tempatan. Penduduk tempatan bimbang tindakan diambil ke atas diri mereka," kata Khoo Poay Tiong.

Pengundi enggan nyatakan pendirian

Menurut pengamatan wartawan, pengundi di kubu tradisional BN ini kurang senang untuk menyatakan pendirian ketika ditanya parti mana yang disokong. Semasa berbual dengan beberapa pengundi muda, dua orang cuba keluar tajuk, seorang lagi pula meminta agar kad wartawan ditunjukkan. Hanya seorang yang berkata, "(Pertarungan yang) sangat sengit, kedua-duanya bagus."

Dalam perbualan bersama beberapa pengundi yang lanjut usianya, mereka enggan mendedahkan nama mereka kepada wartawan. Salah seorangnya bagaimanapun meramalkan 80% warga emas akan mengundi BN, sementara PR akan meraih undi daripada 55% pengundi muda.

Merlimau adalah kawasan campuran dengan majoritinya Melayu. Daripada 10,679 orang undi, 64.9% terdiri daripada Melayu (6935 orang), 20.8% Cina (2218 orang) dan 14.1% India (1510 orang). PR menyasarkan tiga golongan, iaitu pengundi Cina (2,218 orang), pengundi muda (1,300 orang) dan pengundi yang mengundi buat kali pertama (400 orang).

*Ng Boon Hooi adalah penulis khas MerdekaReview di Merlimau. Tulisan ini disedut, diterjemah dan disunting daripada teks asal.

UMNO akan pastikan menang w/pon apa cara..!!

http://3.bp.blogspot.com/-PoIMzFAlPPo/TW49xP3OEsI/AAAAAAAAEjA/VeyMSpOI4OI/s1600/Try%2BTest%2B222.gif

Walaupun di atas kertas, memang nampak macam Umno tentu menang di Kerdau tapi realitinya Umno tak berapa nak yakin. Umno takut sangat kalau-kalau calon BN kalah di situ.

Kalau ikut keputusan semua PRK yang ada selepas PRU 12, dari 14 PRK calon PR menang 8 dan calon BN menang 6. Dengan menang 2 PRK serentak kali ni di Kerdau dan Merlimau, PR tak boleh berbangga macam sebelum ni yang selalu kata PR menang lebih banyak PRK dari Umno BN.

Di pihak Umno BN pulak, depa dok kata sokongan rakyat dah pun kembali semula kepada Umno BN, buktinya bila calon BN menang 4 PRK terakhir. memang patut pun Umno berbangga dengan kejayaan tu.

Makanya kalau calon BN kalah kali ni, Umno tak boleh lagi nak berbangga dengan PRK. Kalau kalah di Kerdau maknanya dari 16 calon dari PR menang lebih satu kerusi. Dan yang lebih bermakna lagi, kalau kalah di Kerdau Umno dah tak boleh lagi nak kata sokongan rakyat dah pun kembali semula kepada Umno BN.

Lebih teruk lagi, kalau kalah di PRK Kerdau menggambarkan sokongan kepada Umno sebenarnya semakin berkurang kerana kalau di kubu kuat depa sendiri.

Pasai tu lah Umno akan buat apa saja untuk pastikan kemenangan di Kerdau. Umno tak peduli walau apa pun yang pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya pemimpin PAS akan kata dengan tindakan depa "kepung masjid". Sungguh-sungguh depa kepung sampai tahap semua kuliah dan program ceramah yang dah lama dirancangkan di semua Masjid dalam kawasan Kerdau dibatalkan.

Depa tak peduli walaupun depa tau PAS akan mainkan isu ni sungguh-sungguh. Yang penting, jangan langsung ada ruang untuk PAS berkempen di Masjid walaupun secara tak langsung. Pasainya depa yakin kesan PAS mainkan isu ni tak setara mana berbanding kesan kalau PAS boleh berkempen di Masjid.

Memang tepat tindakan Umno tu dari segi strategi politik pasainya orang Islam yang selalu ke masjid adalah orang yang nak kepada Islam, dan kemungkinan besar orang atas pagar yang nak kepada Islam ni lebih tertarik kepada hujjah yang depa dengar di masjid dari orang PAS yang memang sentiasa bercakap pasai Islam dan cukup dekat dengan Islam.

Macam tu jugak, Umno langsung tak peduli walau apa pun yang pemimpin Pakatan Rakyat akan kata dengan tindakan depa "kepung Felda". Depa sanggup perkuda pengurus Felda dari seluruh Pahang bahkan kemungkinan besar jugak dari seluruh Malaysia berkampung di Kerdau untuk kepung Felda di Kerdau.
"Dari maklumat yang kami terima, seorang pengurus terpaksa menjaga satu blok di kawasan felda, satu blok satu pengurus, ini bermaksa seorang pengurus yang sepatutnya menjaga satu felda, datang ke Kerdau dengan meninggalkan tugas asasi semata-mata untuk menjaga satu blok yang ada 20 buah rumah pengundi," katanya. - Hrkh
Memang tepat tindakan Umno tu dari segi strategi politik pasainya undi orang-orang Felda cukup penting untuk Umno BN. Umno memang nak sangat kalau boleh takdak satu undi pun yang tercicir dari dapat kepada calon Umno. Dengan adanya seorang pengurus Felda jaga 20 buah rumah peneroka, mudak untuk depa buat kerja 'merayu undi' atau lebih tepat lagi kalau aku guna istilah "mengugut undi".

Masalahnya, bagi pihak Pakatan Rakyat terutamanya PAS, apa yang boleh kita buat untuk lawan 2 strategi utama Umno BN tu?

Cenangau Daunkari

Saman trafik: TPM tolong jangan perlekeh rakyat sendiri

http://eiz1004.upprofits.com/wp-content/uploads/2011/03/saman5.jpg

Kata TPM Muhyiddin “Traffic summons have nothing to do with politics”..Bernama . Itu komen seorang ahli politik dan seorang Timbalan Perdana Menteri. Penjelasan seperti ini hanya layak didengari oleh mereka yang tidak kisah dengan kehidupan atau tidak tahu apa langsung tentang kejadian dan peristiwa semasa.

Saya bukan seorang peguam atau hakim tetapi saya seorang graduan diantara jutaan graduan yang ada dan sedang melihat scenario politik di Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia saya mendoakan semoga peristiwa yang berlaku di Negara luar tidak berlaku di Malaysia melainkan jika pemimpin-pemimpin yang sedia ada tidak mengambil iktibar.

Berbuih mulut kita memperingatkan pemimpin-pemimpin supaya tidak memperkecilkan rakyat sendiri. Kita juga selalu menyedarkan mereka bahawa zaman sekarang adalah zaman langit terbuka. Maksudnya maklumat sangat mudah diperolehi. Lihatlah apa yang dimiliki oleh Wikileaks.

Tentang saman trafik kata TPM tidak kena mengena dengan politik adalah satu kenyataan yang boleh dikategorikan sebagai memperkecilkan rakyat atau merendahkan pemikiran rakyat sendiri. Apa tidaknya, mereka yang memperolehi saman sudah awal-awal lagi disabitkan kesalahan dan tidak diberi peluang untuk mempertahankannya secara adil di mahkamah. Rakyat yang ketakutan terpaksa membayar denda haram ini demi mengelak dari tindakan kejam seterusnya seperti disenarai hitamkan dan tidak dapat membayar cukai jalan walaupun ada wang. Bukankah tindakan seperti ini sudah melampaui batas undang-undang?

Kekalutan seperti ini dikatakan tidak berkaitan dengan politik. Siapa yang boleh mempercayainya wahai memanda? Ambillah iktibar dari pergolakan dunia hari ini khususnya di Timur Tengah. Kasihilah rakyat sendiri. Jangan terlalu tamak dan rancanglah bagaimana mahu menjana wang dengan cara terhormat bukan mencari jalan senang dengan menadah kopiah atau topi. Kurangkan pembaziran dan program-program yang tidak menjana kewangan seperti rombongan keluar negeri oleh mereka yang tidak kena mengena dengan dasar dan perancangan kerajaan. Bezakan antara aktiviti NGO, parti politik dan kerajaan. Tunjukkan kecerdikan kita sebelum kita menunjukkan kebodohan orang lain.

Man Libya

Ubah cara fikir elak kebergantungan kepada pekerja asing

Isu kerajaan bawa masuk 45,000 warga india..Ubah cara fikir elak kebergantungan kepada pekerja asing


KELULUSAN kemasukan pendatang asing oleh kerajaan seperti diumumkan baru-baru ini memberi kesan baik dan buruk. Sungguh pun kekurangan tenaga buruh dan pekerja rendah agak ketara di negara ini, kemasukan dan lambakan pekerja asing bukanlah jalan penyelesaian mutlak.

Negara bukannya kekurangan pekerja sebegini, cuma ia tidak popular dalam kalangan rakyat memandangkan beberapa faktor seperti gaji rendah dan kebajikan yang kadang-kadang terlepas pandang oleh pihak majikan.
Secara kasarnya, kita hanya nampak kemasukan pekerja asing dapat mengisi kekosongan sektor tertentu saja. Tetapi secara keseluruhannya, ini merugikan negara dalam jangka panjang dari segi pendapatan negara, aliran keluar wang negara dan meninggalkan kesan defisit serius kepada kewangan negara

Saya amat tertarik dengan komen daripada tokoh pelaburan terkemuka, Warren Buffet. Beliau pernah ‘menegur’ kerajaan Amerika Syarikat ketika itu yang berhadapan dengan defisit ekonomi yang sangat besar pada 2003.

Mungkin tidak banyak dibuat oleh kerajaan Amerika ketika itu sehingga mereka terjebak dengan krisis ekonomi yang sangat dahsyat pada 2009 seperti yang pernah berlaku pada 1939. Kadar eksport rendah jika dibandingkan dengan import menyebabkan jurang defisit besar.

Program vokasional banyak dianjurkan bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Banyak insentif diwujudkan oleh kerajaan. Sudah tiba masa untuk kita mengubah cara fikir masyarakat di Malaysia betapa pentingnya sektor pekerjaan di Malaysia diisi sendiri oleh rakyat Malaysia.

Janganlah kita terlalu memilih pekerjaan. Sebagai orang Islam, ada konsep yang dikenali sebagai ‘berkat’. Kadangkala kita berjumpa dengan orang yang tidak seberapa pendapatannya, tetapi hidupnya tenang dan mampu menyara sebuah keluarga yang ramai.

Apabila kita menjadi terlalu materialistik, akibatnya keberkatan kurang dan mulalah kita merasa hidup ini terlalu sempit.

Pentingkanlah ilmu. Kita sudah agak jauh tertinggal ke belakang berbanding dengan ‘orang lain’.

SALEH ZAN,
Johor Bahru

http://lhakim-suarahati.blogspot.com/2011/03/isu-kerajaan-bawa-masuk-45000-warga.html

Walaupun Bangrap Malaysia BN tetap meniru jugak...

BN terus menciplak Buku Jingga

SHAH ALAM, 2 Mac: Pengumuman terbaru pimpinan BN tentang insentif tawaran baru untuk guru dan pembayaran CESS untuk peneroka Felda menunjukkan bahawa BN terus menciplak dasar-dasar daripada Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Demikian kata Pengarah Komunikasi PKR yang juga Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan medianya.

Semalam Tan Sri Muhyidin Yassin terus menerus menuduh pelaksanaan buku Jingga akan memufliskan negara.

Januari lalu ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka menyifatkan bahawa Buku Jingga Pakatan adalah populis dan tidak bertanggungjawab.

"Kami dimaklumkan bahawa beliau mengarahkan Unit Perancang Ekonomi untuk meneliti secara halus cadangan Buku Jingga sama ada boleh dilaksanakan atau tidak.

"Justeru kita melihat bagaimana BN melaksanakan satu demi satu dasar-dasar yang menyerupai cadangan Buku Jingga. Ini termasuklah pembekuan dan penurunan kadar tol, insentif untuk guru besar-guru besar dan dasar perumahan negara," kata Nik Nazmi.

Harakahdaily difahamkan, Jasa yang terletak di bawah Kementerian Penerangan juga menganjurkan diskusi khas mengenai Buku Jingga. Turut dijemput adalah pemimpin Perkasa iaitu, Dr Zubir.

Tawaran Baru untuk guru yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Merlimau termasuk insentif untuk guru besar-guru besar dan juga insentif untuk guru-guru berjumlah RM18.4 juta.

Di dalam Buku Jingga, Pakatan Rakyat telah mengumumkan elaun khas RM500 sebulan untuk semua guru-guru menjelang 100 hari pentadbiran Kerajaan Persekutuan Pakatan bagi menghargai peranan guru dan memulakan proses penstrukturan sistem pendidikan negara.

Di Kerdau pula Najib mengumumkan bayaran CESS yang selama ini disekat daripada dituntut oleh peneroka Felda boleh dituntut menerusi tiga pilihan.
Bayaran CESS adalah wang yang ditolak daripada penjualan getah untuk proses penanaman semula. Bayaran ini telah disekat apabila peneroka bertukar ke kelapa sawit pada 2004.

Bayaran sebanyak RM5000 dibuat pada Pilihan Raya Umum 2008 tetapi Felda masih lagi berhutang sebanyak RM13,000 termasuk faedah kepada setiap peneroka terbabit.

Pakatan telah mengumumkan bahawa Felda Plantations akan dibubarkan dalam 100 hari pertama dan estet-estetnya akan dibahagikan kepada peneroka generasi kedua dan ketiga Felda.

Malang sekali, kata Nik Nazmi, ketika Najib menciplak Buku Jingga Pakatan secara senyap-senyap, beliau tidak berani untuk menerima cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan dakwaannya bahawa dasar-dasar Buku Jingga adalah populis dan tidak bertanggungjawab.

"Kami yakin perbahasan tersebut sekiranya diadakan di Kuala Lumpur, Kerdau ataupun Merlimau merupakan peluang terbaik untuk rakyat Malaysia menilai sendiri Buku Jingga," katanya.

PAS beri tepukan untuk menteri k'jaan BN

Ceramah PAS di Kerdau malam tadi memberikan 'penghormatan' dan tepukan kepada menteri yang didakwa "paling jujur" dalam kerajaan BN, sesuatu yang jarang berlaku sebelum ini.

Tepukan sebahagian daripada kira-kira 500 hadirin di Desa Murni kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala itu diberikan atas permintaan bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu.

opposition boycott by-election 110107 mohamad sabu"Kalau kita beri (undi) pada Umno lagi, Malaysia akan bankrap, (bankrap) seperti yang dikatakan oleh menteri yang paling jujur, Idris Jala. Tepukan pada Idris Jala," kata Mohamad (kiri) yang berhujah tentang 'kelemahan' pentadbiran kerajaan BN.

Idris pada 27 Mei tahun lalu berkata, hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.

Berceramah di Kerdau malam tadi, penceramah popular PAS yang amat kelakar itu juga secara khusus menyentuh pentadbiran BN yang didakwa bakal menjadikan Pahang bankrap.

Katanya, jika dibanding dengan prestasi kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan Selangor yang di kedudukan pertama dan kedua terbaik menurut Laporan Audit Negara sebelum ini, kedudukan Pahang di tempat terakhir amat memalukan.

"Menurut Laporan Audit negara, negeri paling teruk, Pahang. Malunya aku," katanya sambil membuat muka hodoh dan ketawa besar, menyebabkan penonton turut terbahak-bahak.

Beliau juga secara sinis mengkritik sebahagian pengundi yang masih percaya bahawa "Umno itu pembangunan dan pembangunan itu Umno".

Pemimpin DAP turun padang

"Di Kelantan PAS perintah, ada jalan raya? (Penonton jawab: Ada) Tak ada! Fasal di kelantan tak ada Umno. Umno kalah di Kelantan. Sampai Kota Bharu, naik kereta lembu. Di Kelantan ada hospital? Tak ada, kalau sakit panggil bomoh.

"Di Kelantan ada balai polis? Tak ada, kalau bergaduh panggil tok penghulu," katanya yang tak henti-henti berjenaka sepanjang ceramah 45 minitnya itu.

azlanBerurcap dalam majlis yang sama sebelum itu, dua pemimpin DAP Anthony Loke (ketua pemuda) dan exco kerajaan Selangor Ronnie Liu. Ceramah itu merupakan yang pertama disertai DAP setelah empat hari berkempen.

Sebelum ini 'kegagalan' DAP dan PAS turut berkempen lebih giat mengundang pertanyaan media, terutamanya kepada naib presiden PAS dan pengarah pilihan rayanya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim kelmarin menafikannya dan mendakwa jentera DAP turut terlibat tetapi mungkin tidak dikenali kerana memakai baju PAS.

Dalam ucapannya, Ronnie menerangkan kepentingan pengundi Kerdau memilih calon PAS sebagai permulaan supaya wujudnya sistem dua parti di Malaysia dan supaya rakyat menjadi "bos" sebenar.

"Sekarang dalam pilihan raya kecil kita jadi bos. Tak minta pun dia (BN) bagi. Tetapi selepas itu, dialah yang jadi bos," katanya.

Manakala Anthony pula mengambil peluang menegaskan bahawa DAP bukanlah parti anti-Melayu dan Islam, seperti yang telah disepakati dalam perjanjian ketiga-tiga parti dalam Pakatan.

Permohonan peguambela Karpal Singh bagi mengadakan perbicaraan dalam perbicaraan dibenarkan hakim

Liwat II: Hakim arah bicara dalam perbicaraan

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah hari ini membenarkan permohonan peguambela Karpal Singh bagi mengadakan perbicaraan dalam perbicaraan.

NONESetelah mendengar hujah kedua-dua pihak, beliau berkata terdapat pertikaian mengenai cara beberapa barangan diperolehi.

Sehubungan itu, beliau menangguhkan sidang mahkamah hari ini dan berkata perbicaraan bersambung jam 2.30 petang esok bagi perbicaraan dalam perbicaraan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi orang pertama memberi keterangan dalam perbicaraan dalam perbicaraan itu dan dijangka memberitahu mahkamah mengenai tangkapan ke atasnya yang didakwa tidak sah itu.

Menurut Zabidin, lazimnya mahkamah tidak mengambil kira bagaiamana bukti diperolehi tetapi ia mempunyai budi bicara bagi menolak bukti tersebut jika ada dakawaan bahawa cara yang tidak betul atau tidak adil digunakan bagi mendapatkannya.

NONE"Dalam perkiraan saya, hanya satu jalan bagi menentukan perkara ini adalah perbicaraan dalam perbicaraan.

"Justeru, saya akan benarkan permohonan pembelaan. Perbicaraan dalam perbicaraan akan diadakan esok."

Ketua pembangkang itu yang malam semalam sempat berkempen pada pilihan raya kecil Merlimau, tengahari tadi kembali ke kandang tertuduh untuk menyambung perbicaraan kes liwat yang membabitkan dirinya.

Karpal dalam hujahnya sebelum itu, berkata perbicaraan dalam perbicaran itu perlu berikutan permohonan pihak pendakwaan yang mahu beberapa barangan seperti botol air minuman, berus gigi dan tuala 'Good Morning' serta sehelai bulu - yang dijumpai pada sel di mana anwar ditahan semalaman antra 16 Julai hingga 17 Julai 2008 - dikemukakan sebagai barangan bukti.

NONETiga barangan itu - botol air minum, berus gigi dan tuan - kemudiannya dianalisis oleh ahli kimia Nor Aidora Saedon dan beliau menjumpai DNA 'Lelaki Y'.

Sehubungan itu, Karpal memohon perbicaraan dalam perbicaraan bagi menentukan sama ada barangan tersebut boleh diterima sebagai bahan bukti kerana ia diperolehi secara tidak adil dan tidak sah.

Karpal Singh ketika berhujah di hadapan Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah berkata tertuduh harus dilindungi daripada barang bukti yang diambil secara tidak sah bagi memastikan keadilan.

"Cara yang betul untuk menghadapi perkara ini adalah dengan mengadakan perbicaraan dalam perbicaraan. Ini bagi memastikan perkara berkaitan dapat diketengahkan.

NONE"Adalah perlu untuk hakim mempraktikkan budibicara terhadap pembelaan," ujar Karpal.

Bagi Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, pihak pembelaan perlu menunjukkan bahawa tertuduh telah diugut, memberi barangan berkenaan dalam keadaan ditekan atau dipujuk sebelum mendakwa ia tidak sah.

Semalam, pihak pendakwaan memanggil tujuh pegawai polis bagi menjelaskan bagaimana barang tersebut diambil dari sel Anwar yang dijalankan tanpa pengetahuan tertuduh.


Hujung Bulan nanti berkemungkinan K'jaan Malaysia akan dapat RM91billion dari "SUMBANGAN RAKYAT"

Kutipan cukai cecah RM91 bilion

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengunjurkan kutipan hasil kasar mencecah RM91 bilion pada tahun ini berbanding RM86.475 bilion yang dicapai tahun lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohd. Shukor Mahfar, jumlah kutipan hasil itu bergantung kepada keupayaan pembayar cukai dalam keadaan persekitaran sekeliling termasuk keadaan ekonomi dalam dan luar negara.

“Sasaran anggaran kutipan (kasar) cukai telah ditetapkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak pada pengumuman bajet Jun tahun lalu.

“Pertumbuhan keadaan ekonomi negara yang kukuh dan penguatkuasaan yang dilakukan oleh LHDN membolehkan kutipan cukai dapat dilakukan dengan baik,” katanya pada majlis ulang tahun ke-15 LHDN di sini semalam.

Iran dakwa logo Olimpik London bersifat perkauman


Logo Olimpik London yang menunjukkan angka 2012 tetapi ditafsirkan sebagai ZION oleh Iran.

LONDON - Iran mengancam untuk menarik diri daripada Sukan Olimpik 2012 kerana mendakwa logo temasya sukan itu bersifat perkauman.

Ketua sukan negara itu berkata, lambang logo Olimpik 2012 jelas menunjukkan ejaan 'Zion' dan percaya lain-lain negara Islam mungkin enggan menghantar atlet mereka ke kejohanan tahun depan, jika logo berkenaan tidak diubah.

Logo yang berbentuk bergerigi itu, direka pelbagai warna yang menelan kos 400,000 pound dan mempamerkan empat angka yang iaitu simbol 2012.

Logo tersebut akan tertera pada 10,000 pelbagai barangan berbeza dalam bentuk cendera hati dan dijangka mampu mendatangkan pulangan 80 juta pound sempena Olimpik tahun depan.

Ketua Jawatankuasa Olimpik Iran, Mohammad Aliabadi menuduh penganjur kejohanan tahun depan bersifat perkauman.

Lantas dia menulis kenyataan mengejutkan kepada Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Jacques Rogge.

Katanya: ''Agak malang kita akan menyaksikan wajah-wajah pada Olimpik akan datang berdepan cabaran serius kerana ada orang yang mempunyai semangat perkauman.

"Penggunaan perkataan Zion pada logo Olimpik 2012 adalah tindakan yang menjijikkan,'.

Dia juga mendakwa Olimpik tahun depan mungkin 'terjejas' akibat penyertaan beberapa negara terutama seperti Iran yang enggan mematuhi prinsip dan nilai sukan tersebut.

Dia juga menyebut bahawa rekaan logo tersebut mungkin memberi kesan kemusnahan terhadap masa depan sukan.

Pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, Iran menghantar 55 atlet tetapi hanya membawa pulang satu pingat emas dalam acara taekwondo dan gangsa dalam acara gusti. - Agensi

Ada guru wanita didakwa ‘mengusik’ pelajar lelaki

NUTP dedah salah laku guru wanita
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my

Ibu bapa buat laporan anak lelaki sering diusik dalam kelas

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendedahkan ada guru wanita didakwa ‘mengusik’ pelajar lelaki, terutama yang dikatakan memiliki paras rupa atau penampilan menarik di sekolah menengah.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata perbuatan guru wanita sedemikian didakwa menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ibu bapa pelajar terbabit sehingga ada yang membuat aduan kepada NUTP.
“Setakat ini, ada tiga ibu bapa menghubungi NUTP mengadu guru wanita mengambil kesempatan terhadap anak lelaki mereka di sekolah.

“Satu daripada aduan membabitkan seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat mendakwa pipinya selalu ‘dicubit-cubit manja’ oleh seorang guru wanita di kelas kerana meminati rupa parasnya yang menarik, bukan kerana hukuman disiplin.

“Perbuatan itu bukan saja menyebabkan pelajar terbabit sering berasa segan dan serba-salah, malah menjadi bahan ejekan atau gurauan rakan sekelas terhadapnya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kes guru didakwa mencabul kehormatan atau merogol pelajar di sekolah menjadi tajuk berita sejak kebelakangan ini, termasuk kelmarin, akhbar melaporkan 11 pelajar perempuan Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di Ampang di sini, mengadu dicabul guru disiplin ketika merotan mereka kerana tidak hadir perhimpunan, Jumaat lalu.
Guru lelaki itu didakwa meletakkan tangannya pada dada pelajar terbabit kononnya bagi merasai denyutan jantung sebelum merotan punggung mereka.

Namun, jarang dilaporkan mengenai kes guru wanita yang terbabit dalam salah laku membabitkan pelajar lelaki.

Hashim berkata, dakwaan membabitkan kedua-dua guru lelaki mahupun wanita harus dibendung bagi mengelakkan masyarakat semakin hilang kepercayaan terhadap integriti dan kredibiliti pendidik di sekolah.

Justeru, katanya, semua guru mesti bersikap profesional ketika menjalankan tugas, termasuk ketika mengambil tindakan berbentuk fizikal terhadap pelajar.

“Disarankan guru lelaki atau wanita yang dikesan mahupun didapati ada tanda atau kecenderungan melakukan ‘usikan’ tidak wajar terhadap pelajar berlainan jantina, ditukarkan untuk bertugas di sekolah lelaki atau perempuan sepenuhnya,” katanya.

Jika Kes Nie berlaku di Kedah & Kelantan..tentu akan ada orang politikan 4hari 4malam punya..!!

Muda-mudi pesta dadah dicekup


SEBUAH hotel di Jalan Cheras, Kuala Lumpur yang disewa sekumpulan 30 orang untuk berpesta menyambut hari jadi Sabtu lalu.


KUALA LUMPUR – Keseronokan sekumpulan 30 orang termasuk lima wanita yang menyambut hari lahir dalam sebuah bilik hotel di Jalan Cheras di sini tidak berpanjangan apabila mereka ditahan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh berkata, serbuan pada pukul 4 pagi Sabtu lalu dibuat selepas polis menerima aduan mengenai bunyi bising dari salah sebuah bilik hotel di situ.

“Kita menghantar sepasukan polis selepas ada penghuni di hotel sama memaklumkan tidak tahan dengan bunyi bising dari bilik hotel yang disewa kumpulan tersebut,” kata beliau di sini semalam.

Dulu Kain Pelikat lanie Kotak Cop Najib pulak...

100 kotak 'bantuan' BN tiba ke Kerdau....m'siakini

BN hari ini secara senyap mengedarkan berkotak-kotak barang makanan kepada penduduk satu-satunya kampung Cina di Kerdau atas nama bantuan.

Kotak yang diangkut dengan trak petang ini diedarkan oleh beberapa orang yang memakai baju merah yang pergi ke beberapa rumah bagi mengenalpasti identiti penduduk.

Semua penduduk yang agak tua yang enggan dikenali berkata mereka didatangai beberapa orang yang mahu memberikan "bantuan makanan" secara percuma dengan syarat pelekat BN ditampal di pintu rumah mereka.

"Kami diminta mengundi BN dan kami diberahu bahawa sesiapa yang menyokong pembangkan tidak akan mendapat bantuan," dakwanya.

Malaysiakini difahamkan kira-kira 100 kotak diedarkan petang tadi.

Kotak itu, dengan pelekar gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin.

Ia juga dilekatkan dengan tulisan "Akhirkan Zaman Miskin".

Seorang lelaki yang memakai kemeja-t BN, dipercayai membantu mengedarkan kotak itu, berkata hanyalah "satu bentuk bantuan".

Tetapi apabila ditanya lanjut, beliau hanya menjawab "tak ada apa-apa".

Sementara itu Timbalan Pengerusi PAS Pahang Hamzah Jaafar yang ditemui di tempat itu mendakwa perkara itu merupakan satu bentuk rasuah.

Manakala ADUN Tras daripada DAP Chong Siew Onn pula berkata perkara itu bertentangan dengan undang-undang pilihan raya dan akan melaporkannya kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya.....

HIMPUNAN 500K BERSIH 2: KETUA PEMUDA UMNO KEDAH TAK FAHAM DEMOKRASI

Sekonyong-konyong terbit arahan terbaru Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia; Pemuda PAS Malaysia akan menggerakkan himpunan terbesar dalam sejarah Negara Malaysia Moden. Saya berada di Kuala Lumpur ketika tempias reformasi Indonesia merembat keluar ke Malaysia.

Kejatuhan Suharto hampir sempena pemecatan Anwar menggerakkan massa yang luar biasa.Kerajaan BN buat kesekian kali tergugat. BN Terengganu hilang kuasa, BN Kelantan merana pada PRU 99.

himpunan_bersih.jpgBN kembali kukuh 2004. Himpunan Bersih 10 November 2007, membangkitkan rakyat dari lena. PRU 2008, BN makin goyah. Rakyat mula sedar kesilapan terlalu lama mengekalkan BN di tampuk kuasa. Rakyat lihat perubahan besar sikap pemimpin pasca PRU 2008.

2011 tanggal 19 Februari, sekali lagi massa digerakkan. Kali ini belia dan golongan muda. 30 ribu dipandang sukar buat kami untuk himpunkan seramai itu pemuda.Tanpa wang, duit minyak kecuali makan. Mereka perlu membayar yuran. Namun, kita merancang, tuhan menentukan. Bukan setakat 30 ribu, malamnya dikira lebih ramai. Anggarannya 40 ribu. Saya saksikan dari atas pentas deretan manusia.Saya pengerusi pada siangnya . saya tahu dan saksikan dari atas pentas pada malamnya.

Noktah Satu: Pemuda Kedah akan sambut arahan itu. Kami akan gembeling tenaga massa untuk berada di medan bersejarah Merdeka Square. Ia adalah arahan yang be’roh’kan demokrasi. Menuntut hak rakyat. Sesuai dengan ta’rifnya “Dari rakyat, untuk rakyat, kepada rakyat”. Ia ada semangat keadilan. Antara teras ajaran Islam.

Noktah Dua: Tetiba tanpa ribut dan taufan, Ketua Pemuda Umno Kedah bersuara di dalam Sinar Harian Edisi Utara bertarikh 1 Mac 2011. Tajuknya ganas dan anti demokrasi. Himpunan 500K Bersih 2 yang bakal kami adakan itu diselar oleh Ketua Pemuda Umno Kedah Sdr Badrul Hisham Hashim. Saya Ketua Penerangan Pemuda PAS kedah. Amat tidak wajar saya berdiam. Wartawan beberapa akhbar menghubungi saya. “Bagila sikit ustaz” kata salah seorang. Seorang teman tanya pandangan. Baik, saya perlu tanya pemimpin pemuda Umno itu, adakah beliau buta demokrasi… adakah perhimpunan itu melanggar prinsip demokrasi. Kalau ya, kenapa UMNO juga berdemontrasi. Adakah beliau takut dengan demontrasi oleh ahli beliau sendiri di hadapan Pejabat Umno Negeri. Saya dan rakan-rakan bimbang kenyataan beliau itu lahir dari pemimpin pemuda yang berada di dalam sebuah parti yang SUDAH MATI DEMOKRASINYA. Pemimpin lahir dari golongan kaya dan berharta. Ahli boleh dibeli dan dijual.

Noktah Tiga: Adakah beliau pernah memiliki mahupun memahami Perlembagaan Malaysia. Cuba baca dan faham. Ada dua andaian saya. Pertama beliau tidak faham. Kedua beliau MENENTANG perlembagaan dan semangatnya. Kedua-duanya adalah amat malang bagi pemimpin pemuda seperti beliau. Ketika Negara melangkah kehadapan, ada pemimpin yang berfikiran kebelakang. Ketika pemuda PAS bangun membina negara dengan segala upaya, adapemimpin pemuda BN yang cuba meruntuhkannya.

Noktah Empat: Adakah kenyataan beliau kepada media menunjukkan ketakutan yang luarbiasa pemuda UMNO kepada remaja yang menolak mereka. 30 ribu angka yang menggerunkan. Mereka adalah duta penerangan Pemuda PAS. Ketika UMNO sibuk dengan Gelombang Merah, pemuda PAS tanpa gelombangpun menghimpunkan 30 ribu. 100 ribu kuasa rakyat, lima negeri tumbang, majoriti Dewan Rakyat ternafi. Andainya 500 ribu, berapa negeri akan tumbang? Jutaan rakyat Mesir berkumpul dalam himpunan paling aman, rejim HosniMubarak TINGGAL SEJARAH!!

Noktah Lima: Ketua Pemuda Umno mendabik dada mengatakan kerajaan BN mengamalkan ketelusan dalam demokrasi. Sejarahny akerajaan BN ada azam. Usai Himpunan Bersih 2007, SPR ada komitmen untuk penggunaan dakwat kekal. RM 4 juta wang rakyat dibazirkan. Menjelang PRU 2008,ia menjadi bahan ketawa. Ada komitmen untuk bersihkan

himpunan_30k.jpg

pendaftaran pemilih,meeberi kelayakan automatic kepada rakyat yang cukup umur, sampai sekarang ia hanya impian. Berkenaan pengundi pos…jangan cakap la, pengakuan saksi-saksi yang kita boleh kemukakan yang diarah memangkah BN atau tidak pernah berpeluang memangkah kertas undi. Kebebasan media? Cukuplah saudara Ketua Pemuda UMNO Kedah…

Noktah Enam: Dakwaan paling memualkan dimuntahkan oleh Ketua Pemuda UMNO Kedah apabila beliau menyebut tentang BN tidak pernah mengenepikan kepentingan rakyat. Skandal Scorpene, PKFZ, APCO, Pembelian jet tanpa enjin dan deretan senarai kecurangan itu menunjukkan ketelusan UMNO…?. Ketika dunia memerhatikan kepalsuan dakwaan itu, beliau membuat dakwaan bercanggah? Ketika pengkhianatan termasuk kepada Bangsa Melayu,agama dan Negara dilakukan berterusan.Saham-saham bumiputera berpindah tangan daripada kroni kepada bangsa asing ,kuasa beli bumiputera semakin melemah, biasiswa seperti dijamin perlembagaan kepada bumiputera dihapus dan pelbagai krisis dimunculkan hasil pemerintahan 53 tahun pemerintahan BN. Saudara lihat sahaja kampong halaman saudara, PadangTerap, mahu saya bongkarkan senarai panjang penyelewengan, salahgunakuasa parti saudara. PPSMI yang membodohkan kaum kerabat saudara yang diperkenalkan oleh BN. Saudara tahu berapa ramai pelajar Padang Terap yang menjawab peperiksaan dalam bahasa Inggeris.. saudara tahu krisis social dan akhlak.. saya ada rekod dan bersedia buat kali kedua berdebat dengan saudara.

Noktah Tujuh: Beliau menyebut tentang niat kami berhimpun dan menggunakan isu-isu yang mewujudkan suasana yang

logo_30k.jpg

tidak tenteram. Beliau “menasihatkan” pihak berkuasa mengambil tindakan tegas. Saya ingin tegaskan, tindakan BN yang menyalahgunakan demokrasilah yang mewujudkan tindakan tidak tenteram .Laksanakan demokrasi yang sebenar,dan kami tidak perlu berhimpun pun. Selesaikan tuntutan itu dan kamu jatuh dengan aman.. tanpa perlu kamu gerun lihat kami berhimpun. Saya juga ingin bertanya, sejak bila beliau menjadi “penasihat” pihak berkuasa. Adakah beliau maksudkan pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia? Adakah beliau tidak yakin dengan Polis, atau beliau sedang memberi arahan kepada pihak Polis. Pihak Polis tahu apa yang perlu dilakukan.

Noktah Enam: Ketua Pemuda UMNO perlu senaraikan janji-janji yang dikatakan Pakatan Rakyat belum selesaikan. Saya berlapang dada dan mari kita sama-sama bina Negara dan negeri ini.

YB Mohd Nasir Zakaria

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah

Jom Karnival Pokok Sena

Mau Tau Kelaku UMNO hangpa kalih laa 7 amanat nie..

http://1.bp.blogspot.com/-KwPMQkrQJ9A/TW0jGFD5MlI/AAAAAAAAEi4/WuGN5vKy2ac/s1600/2011-03-02_004638.jpg

Tu dia UNDI Pos Zambry meningkat sehingga 5669(2011) dari 386 (2010)

PKR Dedah Kemasukan Undi Pos Besar-Besaran Di DUN Perak

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/mugshots/zambrykadir400px.jpg

PETALING JAYA 1 MAC : Parti Keadilan Rakyat mendedahkan kemasukan pengundi pos besar-besaran di kawasan-kawasan DUN di Perak pada tahun 2010, kata Timbalan Pengarah Pilihanrayanya Chan Ming Kai di sidang media mingguan parti itu hari ini di sini.

Menurut Chan Ming di DUN Pangkor yang diwakili Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menerima kemasukan 5,669 pengundi pos berbanding hanya 368 yang keluar pada 2010. Bilangan pengundi pos kini mencapai hampir separuh daripada jumlah 26,000 pengundi di DUN Pangkor.

"DUN Pangkor adalah sebahagian daripada Parlimen Lumut. Keadilan tewas hanya 298 undi di Parlimen Lumut kepada calon MCA-BN pada Pilihan Raya Umum 2008," katanya.

Ming Kai juga menjangkakan Umno akan memberikan tumpuan untuk menambah pengundi pos di DUN Sungai Rapat yang diwakili oleh Exco Kanan Hamidah Osman yang hanya menang tipis 636 undi dengan calon PAS. Pada 2010 sebanyak 248 pengundi pos masuk ke DUN Sungai Rapat.

"Usaha ini jelas untuk memberi manfaat kepada UMNO. Kawasan-kawasan majoriti Cina seperti Canning Garden yang juga mempunyai kem tentera tidak pula melihat pertambahan undi pos," katanya.

Ming Kai khuatir wujud penyalahgunaan undi pos dan meminta SPR serta pihak Kementerian Pertahanan menjelaskan perkembangan ini.

Kerdau : Tu dia UMNO import player dari Amerika....!!

Panas! Umno guna pakar khas dari Amerika bantu kempen PRK Dun Kerdau

WarkahDaily – Wah..wah..banyak duit Umno sehingga boleh mengimport pakar strategi kempen pilihanraya yang didatangkan khas dari Amerika Syarikat. Memang dahsyat Umno ni siot!

Tak tahulah pakar strategi itu datangnya daripada sebuah badan yang dikaitkan dengan gagasan 1Malaysia Najib sebelum ini iaitu APCO atau tidak.

(Kelihatan Mr. Donald (kanan) bersama-sama 'tuannya', Datuk Wan Amizan di PRK Kerdau)

Menurut sebuah blog yang dimiliki salah seorang AJK pemuda Umno Bahagian Jerantut, pakar itu dibawa khas oleh Adun Tahan, Datuk Wan Amizan semata-mata untuk membantu Umno mempertahankan Dun Kerdau.

Itu baru nak pertahankan dun, bagaimana pula Umno-BN nak mempertahankan kerajaan Malaysia daripada tentangan hebat Pakatan Rakyat? Ada logik, Umno gunakan APCO untuk membantunya menghadapi pilihanraya umum.

Takut bebenor Umno-BN dengan PAS dan Pakatan Rakyat rupa-rupanya sehingga kena import pakar strategi dari Amerika. Ini menunjukkan juga, Umno-BN ketandusan tenaga atau pakar yang hebat dalam menggerak jentera pilihanraya. Semuanya yang tinggal dalam Umno-BN adalah ’cap ayam’ je.

Menurut blog AJK pemuda Umno berkenaan, pakar strategi yang dipanggil Mr. Donald itu diterbangkan dari Vermont, New York.

Ianya didatangkan oleh Adun Tahan, bagaimana pula upahnya? Adun Tahan ke bayar atau ada sesiapa yang bermurah hati mahu membuat ’sedekah jariah’ untuk upah Mr. Donald.

Saman Ekoq : Rakyat Didahulukan Bila Nak Kutip Duit..!!

Potongan sebanyak 50 peratus

PENDANG – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang di sini, diserbu ratusan orang ramai yang ingin membuat semakan dan menjelaskan saman di saat-saat akhir dari pelbagai kawasan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, orang ramai berpusu-pusu di bahagian trafik sambil menunggu giliran dari awal pagi lagi memandangkan potongan sebanyak 50 peratus ke atas setiap saman ditamatkan, semalam.

Namun dalam keadaan suasana yang riuh itu, terdapat segelintir daripada mereka terkejut apabila terdapat beberapa saman yang dikenakan tidak dilakukan mereka.

Seorang pesara penjawat mendapati lebih tiga saman dikenakan terhadap dirinya.

Shuib Mahmud dari Batu lima Alor Setar meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia dikenakan saman ke atas sebuah kereta Mercedes 230 E yang bukan miliknya di tiga lokasi iaitu Kuala Lumpur, Gombak Selayang dan Tapah Bukit atas kesalahan yang sama iaitu memandu melebihi had laju.

“Saya mana mampu untuk memiliki kereta terbabit memandangkan saya hanya hanya memperoleh pendapatan pencen yang rendah sahaja.

“Kesalahan saman itu dikenakan pada 7 Januari 1999, 1 November 2000 dan 8 November 2000 atas jenis saman dan kenderaan yang sama,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, beberapa tahun yang lalu, dia pernah menerima surat saman itu namun telah merujuk masalah berkenaan kepada IPD Kota Setar.

Dia dimaklumkan bahawa semua saman itu telah dilupuskan, namun pada hari ini (semalam) dia dikejutkan sekali lagi dengan masalah terbabit.

“Saya hairan semua saman itu masih lagi terdapat dalam rekod.

“Jumlah semua saman yang perlu dijelaskan ialah RM250 dan saya tidak mampu untuk membayar sedangkan semua kesalahan itu bukan dilakukan oleh saya,” katanya.

Dia juga hanya memakai kereta jenis Proton Wira sahaja sehingga kini.

Katanya, dia meminta pihak berkenaan membuat penjelasan memandangkan dia bimbang disebabkan perkara itu namanya akan disenarai hitam.

Sementara itu, Mohd Sobri Awang, 47, berkata, dia turut tidak berpuas hati dengan senarai saman yang dikenakan terhadap motosikal dan keretanya memandangkan dua kenderaan itu telah lama dijual dan proses pertukaran lama telah dilakukan di JPJ.

Menurutnya, keretanya jenis Honda dan motosikal jenis Modenas Kriss telah lama dijual namun senarai saman masih dikenakan terhadap namanya.

“Saya hairan mengapa masalah ini boleh berlaku sedangkan semua urusan pertukaran nama telah dilakukan sekian lama.

“Saya meminta pihak berkenaan menyiasat masalah ini dengan segera kerana masalah ini menyusahkan orang ramai,” katanya.

Mohd Sobri menjelaskan bahawa dia datang membayar lain-lain saman ke atas kenderaan miliknya di saat-saat akhir memandangkan terpaksa mengumpul wang terlebih dahulu kerana jumlah saman yang dikenakan lebih RM2,000.

Bagi Mufti Mohammad, 48, berkata, dia enggan membayar beberapa saman yang dikenakan terhadap kereta lamanya iaitu Proton Wira memandangkan kereta itu telah dijual sejak tahun 2000 lagi namun saman yang dikenakan adalah tahun 2003, 2004 dan 2005 atas kesalahan yang sama.

“Saya dah tukar nama berkenaan di JPJ namun kenapa sistem mereka masih lagi terdapat nama saya.

“Saman yang dikenakan atas kereta terbabit adalah sebanyak RM800 namun saya enggan menjelaskan saman itu kerana ia bukan kesalahan yang dilakukan saya,” katanya.

Mufti berkata, dia terpaksa datang menjelaskan bayaran semua saman ini pada saat-saat akhir berikutan tidak mempunyai masa akibat banyak urusan yang perlu diselesaikan.

Jumlah saman itu adalah terlalu tinggi menyebabkan dia terpaksa mengambil masa yang lama untuk menjelaskan bayaran memandangkan terpaksa himpun duit terlebih dahulu.

Namun bagi Azizah Awang, 57, dari Kampung Tambak Kilang Kecil berkata, dia datang di saat akhir memandangkan baru sahaja mengetahui bahawa dia juga dikenakan saman.

“Anak saya menyemak nombor kenderaan saya dan menghubungi serta memaklumkan perkara itu dan meminta saya menjelaskan hari ini (semalam) kerana dikatakan adalah hari terakhir.

“Saya terpaksa pergi menoreh getah dahulu bagi memperoleh wang untuk membayar beberapa saman ini walaupun terpaksa menunggu hampir tiga jam memandangkan kaunter pembayaran dibuka satu sahaja,” katanya.

Selain itu, Sinar Harian gagal mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini memandangkan ketua polis dan ketua trafik mempunyai urusan luar.

Jom Belajaq "APA ITU SAMAN EKOQ"

Lebih banyak kaunter SADA akan dibuka

Ditulis oleh AMELIA HASHIM

ALOR SETAR - Mulai 1 Mac orang ramai boleh membayar bil caj perkhidmatan air Sada (Syarikat Air Darul Aman) di kaunter bayaran yang telah beroperasi di Jitra, Pokok Sena, Pendang, Baling, dan Langkawi. Kaunter lain ialah di Yan Kecil, Gurun, Sik, Kuala Ketil, dan Serdang.

Ini berikutan semua Pejabat Pos di Kedah tidak lagi berperanan sebagai agen kutipan bayaran bil bekalan air Sada berkuatkuasa awal bulan ini.

Demikian diberitahu Ketua Pegawai Esekutif Sada, Dato’ Adzmi Haji Din mengenai pemberhentian perkhidmatan itu dilakukan bagi mengelak pengguna dibebankan dengan kos bayaran komisyen yang dikenakan Pejabat Pos kepada Sada.

Sehubungan itu katanya, notis awal sudahpun dikeluarkan di Pejabat Pos dan walaupun mendapat bantahan orang ramai, Sada mengadakan banyak pilihan untuk pengguna.

“Kita sedang dalam proses membina lebih banyak kaunter dan lokasi dalam perancangan termasuklah Jeniang, Changlon, Kota Kuala Muda dan Air Hitam.

“Selain itu Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga adalah agen kutipan Sada buat masa ini hanya beroperasi di Alor Setar, Langkawi dan Sungai Petani. Kita sedang dalam perbincangan akhir untuk melantik semua pejabat dan Kedai TNB sebagai agen kutipan pada pertengahan Mac ini,” katanya.

Beliau juga berkata, perbincangan dengan Telekom Malaysia juga sedang dibuat bagi melantik syarikat itu sebagai agen kutipan.

“Selain itu pengguna mempunyai lebih banyak pilihan sama ada bayar di Kaunter TNB, TM atau bayar di bank termasuklah Bank Islam, Bank Rakyat, EON Bank, Maybank dan BSN. Bayaran secara online juga sedang dibincangkan,” ujarnya.

Pihak Sada juga akan menyediakan Kaunter Bergerak Sada di kawasan terpencil dan akan menyenaraikan lokasi pilihan pada bil bulanan.

Hebahan akan dibuat dari masa ke semasa dan notis diedarkan notis kepada Majlis Ketua Kampung (MKK) dan Jawatankluasa Kemajuan Keseklamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) untuk dimaklumkan kepada masyarakat setempat.

Beliau juga berkata. perkhidmatan kaunter bergerak hanya sementara sehingga pihaknya mendapatkan premis tetap.

Menurutnya 95 peratus pengguna Sada adalah pengguna domestik membabitkan 500,000 akaun pengguna.

Menurutnya kadar lama sebanyak 70 sen sebelum ini yang ditanggung sepenuhnya menyebabkan Sada kerugian hampir RM1.2 juta setahun.

Bermula Mac juga kadar komisyen dinaikkan kepada 90 sen, jadi jumlah kerugian akan bertambah hampir 30 peratus dan kenaikan ini dianggap tinggi akan membebankan Sada dan lebih praktikal untuk hentikan perkhidmatan Pejabat Pos.

“Setiap bulan Sada terpaksa memberi subsidi kepada pengguna hampir RM100,000 kerana tidak mahu memindahkan kos tanggungan itu kepada pengguna.

“Jika Sada setuju dengan kenaikan komisyen itu bermakna pengguna perlu kongsi kos tersebut sebab Sada tidak mahu tanggung kerugian,” katanya.[wartakedah]

Tinjauan ke Kerdau: Mengapa rasuah politik, pencabulan demokrasi ditelan?

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Selepas menjalani pembedahan pintasan jantung pada Mei 2010, saya jarang berjalan jauh. Kudrat terbatas memaksa saya mengikuti perkembangan politik semasa hanya melalui media tradisi dan internet, selain sembang-sembang dengan rakan-rakan rapat. Banyak program seperti diskusi dan seminar, apatah lagi majlis-majlis ceramah dan konvensyen, terlepas begitu sahaja.

Memang berbeza mendengar atau memerhati hatta menonton dari jauh, berbanding turun sendiri ke lapangan. Realiti dan gejolak di medan seringkali tidak sama dengan lakaran di atas kertas atau paparan melalui media baru. Semangat yang terkandung di dalamnya sukar dirasai sedangkan itulah yang paling penting untuk dihayati.

Untuk membuat laporan atau analisis yang baik, wartawan perlu merasai debar dan getar sebenar para aktor dunia politik. Penulis harus berada di tengah kancah, menjiwai detik-detik konflik, menikmati kesyahduan atau menerima tempias panas bahangnya.

Agak malang buat saya apabila sekadar membuat pemerhatian jarak jauh. Mungkin kadang-kadang fokus yang disorot agak tersasar. Justeru, sentuhan mudah kehilangan bisanya. Dalam keadaan itu, pembaca sendiri tidak puas menatapnya.

Rantaian pilihan raya kecil yang tidak putus-putus ini, jika diikuti dari dekat, mungkin dapat membawa gambaran lebih jelas tentang kecenderungan mengundi dalam pilihan raya umum akan datang. (Bagaimanapun, pada hemat saya, trend undian dalam pilihan raya kecil mungkin berbeza -- malah ada kalanya jauh berbeza -- dengan situasi dalam pilihan raya umum. Tetapi ia tidaklah menyebabkan kita memandang remeh pilihan raya kecil itu).

Dengan berbaki tempoh tidak sampai dua tahun sebelum penggal Parlimen dan Dun berakhir, tumpuan semua parti-parti politik lebih terarah kepada PRU13, pilihan raya yang cukup kritikal buat semua parti. Justeru, pilihan raya kecil yang begitu kerap diadakan mutakhir ini kelihatannya seperti tidak diberikan perhatian istimewa.

Mungkin terdapat pemimpin, termasuk daripada Pakatan Rakyat, seolah-olah bersikap sambil lewa menyertainya, walaupun keputusan pilihan raya kecil itu tetap signifikan untuk mengukur pengaruh semasa, di samping meneliti faktor-faktor kelemahan yang perlu diperbetulkan segera menjelang PRU13.

Tengahari Isnin lalu, saya bersama seorang teman cuba menggagahkan diri berkunjung ke Kerdau. Rasanya itu merupakan antara perjalanan paling jauh saya tempuhi selepas dirawat agak lama di hospital. Selain hasrat untuk mengikuti dan merasai dari dekat situasi di kawasan "pertembungan" Umno-PAS, secara personal saya ingin menduga ketahanan badan.

Memang memenatkan tetapi ia cukup bermanfaat, terutama bagi seseorang yang terkurung begitu lama pergerakan fizikalnya, apatah lagi apabila dikesan diserang angin ahmar. Benar, fikiran dan angan-angan boleh menerjah ke seluruh pelosok alam, meneroka pelbagai dimensi alam, namun tanggungjawab saya bukannya menulis fiksyen. Realiti dunia politik yang cepat berubah memerlukan tanggapan yang cerdas dan tangkas.

Gambaran pergelutan di bawah harus dikuasai. Mungkin ada isu dirasai kecil di atas kertas tetapi menjadi dominan dalam kehidupan seharian. Ada peristiwa dianggap besar di atas pentas pidato namun dikesampingkan oleh isu-isu yang direkayasa oleh pihak berkepentingan.

Selain itu, cabaran dan gugatan politik, khususnya selepas fenomena tsunami 2008, sukar untuk diramal. Dalam diam tidak semestinya orang mengangguk. Dalam senyum bukan seharusnya orang bersetuju. Tanpa hingar-bingar tunjuk perasaan tidak bermakna segalanya aman damai. Tanpa luahan bantahan dan teriakan menuntut perubahan bukan bererti segalanya terkawal dan mudah dijangka.

Di Kerdau -- seperti juga medan pilihan raya kecil lain -- sukar untuk kita menyaksikan sesuatu yang pelik dan mengejutkan. Masakan tidak ... banyak salahlaku, penyelewengan dan salahguna kuasa BN, selain tindakan dan amalan yang mencemar dan mencabul semangat demokrasi, sudah dianggap perkara lumrah dan tidak begitu diendahkan. Hatta di kalangan oposisi sendiri, ia bagaikan diterima sebagai hakikat yang tidak berupaya ditolak lagi.

Komitmen ahli-ahli PAS dan Pakatan di peringkat akar umbi, sekurang-kurangnya untuk memberikan saingan sengit kepada BN, begitu menyerlah. "Cuma, saya agak terkilan dengan sikap segelintir kecil pemimpin tertentu yang dilihat seperti tidak serius untuk turun berkempen merayu undi atau menyuntik semangat kepada petugas parti," keluhan seorang pemerhati, yang mendakwa dapat mengesan tabiat negatif itu dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Namun begitu, rasuah politik seperti diizinkan bermaharajalela di depan mata. Projek pembangunan dilambakkan serta-merta secara tiba-tiba, tentunya dengan hasrat membeli undi. Pasukan keselamatan pula, seperti lazimnya, tidak terlepas daripada menjadi perkakasan BN untuk meraih undi. Jentera kerajaan dimanipulasi dengan begitu dahsyat (tetapi sudah tidak dirasai kedahsyatannya kerana dianggap perkara biasa, 'kan?).

Jangan ceritalah tentang akses calon atau parti yang bertanding kepada media secara saksama, seperti yang dituntut oleh Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih. Begitu juga dengan penggunaan dakwat kekal bagi mengelak pengundian berganda dan penyelewengan undi. Kempen pilihan raya seminggu, yang pendek itu, mungkin tidak terasa untuk pilihan raya kecil tetapi bagi PRU13 nanti, saya yakin permintaan agar ia dilanjutkan minimum 21 hari pasti tidak akan dilayan.

Jadi, cadangan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar dianjurkan satu himpunan raksasa Bersih sekali lagi harus diambil berat. Aktivis Pakatan mesti memandang serius apa jua pencemaran terhadap proses pendemokrasian. Satu kesalahan besar apabila kita sendiri menganggapnya sebagai satu kebiasaan yang terpaksa ditelan tanpa soal. Hinggakan nanti mungkin kita sendiri menjadi gerun dengan amalan demokrasi yang sebenar!

http://mindalutfi.blogspot.com/

Merlimau : Ucapan DS Anwar Ibrahim kepada penduduk Merlimau

11.15 malam - Hampir 4000 rakyat Merlimau membanjiri lokasi ceramah di Bilik Gerakan Utama Muslimat PAS, Kg. Pahlawan, Merlimau. Ketibaan DS Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia di sambut dengan laungan Reformasi, Takbir dan Tepukan Gemuruh dari hadirin.

Antara pemimpin - pemimpin Pakatan Rakyat yang turut hadir malam ini adalah YB Tian Chua, YB Nik Nazmi, YB Dr. Siti Mariah, Calon PAS Dun Merlimau Hj. Yuhaizad, YB Abdullah Sani, YB Dr. Boo Cheng Hau, Sdr. Shamsul Iskandar, Ketua AMK Malaysia.

11.25 malam - DS Anwar Ibrahim memulakan ucapan diiringi Laungan Reformasi. Beliau memulakan ucapan dengar memberi amaran kpd pemimpin UMNO Melaka. Beliau dulu Timbalan Presiden UMNO tapi beliau tak musuh dengan UMNO. Beliau musuh dengan pemimpin yang zalim dan korup. Beliau turut peringatkan apa yang berlaku di Mesir boleh berlaku di Malaysia.

DS Anwar mendedahkan 3 billionaire Melayu terkaya di Malaysia adalah adik Najib, Anak Mahathir, Mokhzani dan Tan Sri Syed Mokhtar. RM 23 Billion milik Petronas telah diserah kepada 3 syarikat besar di Malaysia melalui Service Contract. Antara syarikat itu adalah KENCANA PETROLEUM milik Mokhzani Mahathir.

DS Anwar turut memetik ungkapan Sheikh Yusuf Qardhawi "Siapa yang sayang Islam, mesti pertahan negara, pertahan agama, bangkit tentang kezaliman". Beliau turut peringatkan seluruh rakyat akan kekuatan doa. Bahkan, Sheikh Yusuf Qardhawi turut menyeru kepada Pemuda Islam Mesir untuk bantu mempertahankan gereja dari dibakar dan dirosakkan. Itulah prinsip keadilan yang diperjuangkan Islam.

DS Anwar turut mengimbau pengalaman beliau semasa di tahan dalam lokap. Menurut media dan juga kerajaan Barisan Nasional tetapi hakikatnya telah dibongkar di mahkamah hari ini apabila gambar lokap beliau dikemukakan ke mahkamah.

Beliau turut menceritakan apa yang berlaku pada sesi perbicaraan Fitnah II. Beliau menegaskan bahawa beliau tidak akan sekali - kali lari ke luar negara. Beliau akan terus lawan, menentang kezaliman. Beliau akan terus bersama dengan perjuangan Pakatan Rakyat, berusaha laksana tugas dan tanggungjawab dan mengasak sehingga ke Putrajaya.

DS Anwar beri jaminan untuk berunding dengan Syarikat Penjana Bebas untuk menurunkan harga bekalan elektrik seluruh negara, sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Beliau turut menempelak Perdana Menteri, "Sila beritahu negara mana di dunia ini yang bankrap apabila membantu rakyat sendiri?" sebagai mengulas tohmahan Perdana Menteri bahawa agenda Buku Jingga akan menjadikan negara ini muflis.

DS Anwar turut membawa salinan dokumen APCO dengan Kerajaan Israel pada tahun 1991. Beliau mendedahkan pada tahun 1999 iaitu semasa Ehud Barak menjadi Perdana Menteri Israel, beliau turut mewujudkan 1 Israel. Moto 1 Israel adalah People's First dan juga Ehud Barak turut melancarkan Klinik 1 Israel. Ini juga berlaku di Malaysia. Apakah ini satu kebetulan?

Selain itu, salinan Laporan Global Financial Integrity turut didedahkan. Laporan ini mengandungi laporan pengaliran wang haram dunia bagi tahun 2000 - 2009. Dalam laporan itu mendedahkan jumlah aliran wang haram Malaysia pada tahun 2000 berjumlah RM 23 billion. Pada tahun 2008, meningkat kepada RM 68 billion. Persoalannya siapakah yang bertanggungjawab membawa keluar wang haram ini? Siapa yang beri perlindungan kepada penjenayah - penjenayah korporat ini? Sudah 1 bulan dokumen ini dikeluarkan, kenapa tiada siasatan yang dilakukan oleh pemerintah negara ini?

DS Anwar mengakhiri ucapan beliau dengan amanat bahawa setiap yang hadir mesti mempunyai keinginan untuk berubah. Mesti ada tekad yang betul. Dalam hidup ini, kita mesti menyeru ke arah kebaikan dengan amal soleh. Merlimau adalah kesempatan terbaik untuk terjemahkan. Memang sukar tetapi harus ada keyakinan. Kita akan saksikan perubahan.

Ingatkan Ahmad Yusof yang letak jawatan.. Nasib baik Jurulatih Perlis yang letaknya..!!

Mosthakeen letak jawatan

pix_gal0

Perbezaan pendapat punca lepas jawatan ketua jurulatih Perlis


PERLIS menerima tamparan hebat apabila Mosthakeen Omar (gambar) tampil membuat kejutan besar meletakkan jawatan selaku ketua jurulatih skuad Singa Utara berkuatkuasa, semalam.

Segala-galanya difahamkan terjurus kepada perbezaan pendapat dengan pengurusan pasukan di atas kegagalan pasukan negeri itu dalam aksi Liga Malaysia, musim ini.
Pengendali berasal dari Kedah itu mengaku dia bertindak demikian selepas kecewa dengan pengurusan pasukan yang jelas menuding jari ke arahnya berikutan prestasi buruk Perlis yang gagal merakamkan sebarang kemenangan dalam Liga Super dan gagal mara ke pusingan berikut Piala FA.

“Memang ada percanggahan pendapat saya dengan pengurusan pasukan khususnya mengenai sasaran pencapaian pasukan dibarisi tenaga muda hampir 100 peratus. Saya tidak mempunyai pilihan melainkan mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan,” kata Mosthakeen, semalam.

“Saya masuk (dilantik sebagai ketua jurulatih) dengan cara yang baik, maka saya mahu keluar (lepas jawatan) juga dengan cara baik. Tidak mahu cari masalah dengan mana-mana pihak. Saya mengesahkan sudah melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih Perlis, berkuatkuasa hari ini (semalam).

“Saya sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), hari ini (semalam). Justeru, saya tidak lagi terbabit mengendalikan pasukan yang akan turun menentang Kuala Lumpur, malam ini (semalam).”

Bekas pengendali skuad Pala Razak Kedah pada awal 1980-an itu dilantik membimbing Perlis kira-kira tiga bulan lalu menggantikan Yunus Alif yang berpindah ke T-Team.

Selepas mengharungi lima perlawanan Liga Super, Perlis sekadar mengutip satu mata saja hasil keputusan seri 1-1 menentang Harimau Muda A dan empat kekalahan.

Kedah rebah di Shah Alam...

Selangor raih kemenangan ketiga di Shah Alam

JUARA bertahan, Selangor berjaya meraih kemenangan ketiga dalam kempen Liga Super musim ini setelah menewaskan Kedah 2-0 di Stadium Shah Alam semalam, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

Babak awal permainan menyaksikan Kedah lebih menguasai permainan tetapi usaha mereka menembusi gawang Selangor yang dikawal Iqbal Suhaimi menemui jalan buntu.

Sebaliknya, Selangor kurang mencipta peluang sehinggalah sepakan kaki kiri Amirulhadi Zainal dari dalam kotak penalti menggegar tiang kanan gawang Kedah pada minit ke-27.

Babak kedua bermula, Selangor tidak menunggu lama apabila berjaya memperoleh gol pertama pada minit ke-52 menerusi tandu- kan Fadzli Saari yang gagal diselamatkan penjaga gol Kedah, Abdul Hadi Hamid.

Kedah hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-72 tetapi percubaan Azlan Ismail sekadar singgah ke palang gol Selangor.

Namun, Selangor makin selesa selepas memperolehi gol kedua pada minit ke-80 menerusi tandu- kan pemain gantian, Asraruddin Putra Omar hasil sepakan sudut Safiq Rahim.

Biarpun Kedah memasukkan Ahmad Shakir Md. Ali dan Hat- taphon Bun Ann menggantikan Baddrol Bakhtiar dan Azlan, mereka tetap gagal menemui jaringan.

Selangor kini mengumpul 11 mata hasil tiga kemenangan, dua kali seri dan sekali tewas.

Kerdau

Lensa DPPWM:PRK Kerdau









Fitnah terbaru di PRK DUN #Merlimau




Sebuah banner palsu tertera lambang PAS dengan tulisan "PAS Melaka menyokong penuh fahaman plurisme agama Dato' Seri Anwar Ibrahim" dilihat diletakkan di Politeknik Merlimau dan Merlimau Pasir oleh individu yang tidak bertanggung jawab untuk memburukkan nama PAS sebagai salah satu taktik meraih undi gaya "hit and run".


Laporan di facebook Sinar Harian menjelaskan bahawa Ketua Pesuruhjaya Pas Pusat, Idris Ahmad menafikan bahawa PAS sengaja meletakkan banner itu untuk meraih undi. Sebaliknya jelas sekali banner ini adalah fitnah yang hanya akan memburukkan nama PAS [Facebook].

Di bawah ini pula satu lagi banner fitnah yang sengaja diletakkan oleh individu yang tidak bertanggung jawab untuk memburukkan PAS yang bertulis "UNDI PAS MASUK SYURGA".



Namun begitu Pemuda UMNO Malaysia sengaja mencetuskan provokasi meskipun sudah mengetahui berita yang sebenar, Halaman Facebook Pemuda UMNO Malaysia memaparkan semula gambar di atas kemudian mempersoalkan semula dengan menulis "PAS MELAKA MENYOKONG PENUH FAHAMAN PLURALISME?" rujuk sini [FB Pemuda UMNO M'sia]

Sudah tahu ini adalah perbuatan fitnah, namun Pemuda UMNO Malaysia terus menyebarkannya untuk mengelirukan dan membebalkan para peminat di halaman facebooknya


ReJaM© Teringat cerita seorang kawan tentang kata-kata seorang penyokong tegar UMNO "Aku rela masuk neraka daripada menyokong PAS!"


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/03/fitnah-terbaru-di-prk-dun-merlimau.html#ixzz1FNDGuqq8




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...