TERKINI :

Monday, February 28, 2011

UMNO Hina BANGSA dan SEAGAMA dengannya..!!

Kepada puak UMNO hangpa tak rasa malu ka tengok Org Sebangsa dan Se Agama dengan hangpa di hina sebegini.. walaupon dia berlainan anutan parti POLITIK tapi sanggupkah anda pakat gembira bila ianya yg sebangsa dan seagama dgn kita di hina sebegini...

Jika nak hina Nik aziz pun ingatlah ianya menjadi IMAM SOLAT kepada beribu rakyat di belakangnya yg beragama ISLAM..dimana kata perjuangkan BANGSA & AGAMA tuuu....tak malu kat CINA kaa.....

Dalam kubuq Malaikat bukan nak tanya hang Melayu ka Cina..!!

Bangsa bukan penyelamat hingga liang kubur
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Siapakah yang sanggup mengaku dirinya Umno dan Melayu sekiranya rakyat Perak dan Malaysia insaf dan sedar bahawa Umnolah sebenarnya pengkhianat kepada bangsa Melayu dan agama Islam.

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan menteri besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir seperti yang disiarkan dalam Sinar Harian edisi Perak hari ini di muka hadapan sebagai berkata “DAP yang akan menggantikan PAS, bukan parti itu akan menggantikan Umno".

“Saya merasa sangat terkejut dan hairan dengan kenyataan yang tidak berasas itu.

“Malah saya melihat bagaimana Zambry sudah kehabisan modal dengan mengeluarkan kenyataan yang lucu dan pelik itu,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut Zambry, ahli Umno tidak pernah malu untuk mengaku sebagai bangsa Melayu tetapi ada parti yang malu untuk mengaku mereka adalah bangsa Melayu.

“Siapakah yang sanggup mengaku dirinya Umno dan Melayu sekiranya rakyat Perak dan Malaysia insaf dan sedar bahawa Umnolah sebenarnya pengkhianat kepada bangsa Melayu dan agama Islam,” katanya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

Tambahnya, tuduhan Zambry yang mengatakan PAS menghadapi kecelaruan pemikiran yang keterlaluan sehinggakan sanggup untuk tidak mengaku bangsa sendiri adalah tuduhan yang memperbodohkan dirinya sendiri.

Menurutnya, mana ada pemimpin PAS yang tidak mengaku dirinya Melayu, dan apalah lebihnya mengaku sebagai Melayu kerana bangsa bukan merupakan penyelamat sehingga ke liang kubur.

Di sudut lain, tanya beliau adakah Zambry sedar sebagai seorang Islam bahawa tidak ada ajaran memperjuangkan bangsa, apa lagi mempertahankan Umno yang mempergunakan perjuangan bangsa demi untuk meraih sokongan orang Melayu.

Jelasnya, dakwaan Zambry yang berkata Pakatan seolah-olah hanya tidur sebantal tetapi mimpinya berlainan adalah dakwaan usang yang menggambarkan ketakutan BN kepada kesepakatan kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang lebih baik.

Malah, ujarnya yang juga Adun Titi Serong tawaran 100 hari yang dikemukakan dalam konvensyen itu merupakan hujah kuat bahawa PR sudah bersedia untuk menggantikan BN di Putrajaya.

Zambry yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri menyebut perkara itu semasa berucap kepada ahli Umno yang hadir pada Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan Cawangan-cawangan Negeri Perak di Stadium Indera Mulia, di sini, semalam.

Alahai Tun M.. Dia yang khianat dok tuduh Anwar & Nik Aziz pulak..!!


Tun M khianati Melayu

Tun M pengkhianat Melayu, itu kesimpulan saya. Sudah lama saya mempunyai pandangan ini.
Tiga bukti sahaja untuk pusingan ini.

I. Pendaratan minyak dan gas Kelantan (baca kawasan JDA) ke Songkla dilakukan secara sengaja dan terancang oleh Tun M untuk menafikan hak Kelantan terhadap apa sahaja peluang faedah dari sumber minyak dan gas itu, sampai titisan terakhir.

Bila hak Kelantan ternafi sampai kini, hak rakyat Kelantan juga ternafi dan dikhianati. 95% penduduk Kelantan adalah Melayu. Maknanya Tun M mengkhianati Melayu, Melayu Kelantan secara khusus.

Kawasan JDA hanyalah 150 km dari pantai Kelantan berbanding 270km ke Songkla. Dari Songkla, terpaksa dibina saluran paip gas daratan sejauh 180km lagi untuk gas tersebut dibawa semula ke Malaysia melalui Kedah untuk mengelakkan Kelantan tersentuh!

II. Hak royalti Kelantan dengan itu dinafikan. Faedah industri hiliran juga dinafikan. Sekalipun telaga yang kaya itu paling hampir dengan Kelantan berbanding semua tempat lain baik di Thailand atau Malaysia, namun sedikit pun faedahnya tidak dapat dikecapi oleh rakyat Kelantan, baik Melayu, Cina, India dan Orang Asli.

Ia adalah program politik untuk memencilkan Kelantan. Secara otomatik Melayu Kelantan juga terpencil.

Sebagai anak Kelantan, saya merasai bagaimana hak kami dinafikan. Dan saya adalah Melayu.

Lebih jelas lagi penghianatan Tun M terhadap Melayu anak negeri ialah bila royalti yang telah dibayar kepada Kerajaan Negeri Terengganu selama 22 tahun dibatalkan bila Terengganu terlepas dari tangan BN.

95% rakyat Terengganu adalah Melayu. Sekali lagi Tun M lupa kepentingan Melayu demi kepentingan kepartian UMNO semata-mata. Melayu Terengganu juga dikhianati.

Tun M sanggup membatalkan apa yang telah menjadi amalan selama ini demi kerana politik.

Orang seperti ini meletakkan politik parti mengatasi segala-galanya dan soal Melayu dengan sendirinya adalah lebih kecil dari kepentingan politik.

Pilihanraya 1999 menyaksikan perubahan sokongan pengundi Melayu terhadap UMNO ekoran isu DSAI. Kuasa UMNO tergugat. Pengundi bukan Melayu memilih untuk bersama BN pada waktu itu.

Apa yang dilakukan oleh Tun M?

III. Mengubah sempadan pilihanraya dengan memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu ke dalam DUN atau Parlimen majoriti pengundi Melayu di seluruh negara supaya peratusan pengundi Melayu mengecil untuk menjamin kemenangan UMNO/BN.

Hari ini, pemimpin UMNO melaungkan 'ketuanan Melayu' terancam. Angkara siapa?

Saya sedia mendebatkan isu pengkhianatan Melayu oleh UMNO dalam diskusi ilmiah dengan Tun.

Sementara itu, siapa sahaja yang mempunyai pandangan terhadap bagaimana UMNO mengkhianati Melayu selama ini boleh berkongsi mengenainya dalam FB '54 tahun UMNO Khianati Melayu'.

Husam Musa
http://cetusan-hati.blogspot.com

Demo aman: Kerajaan Malaysia talam dua muka

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Tindakan kerajaan Barisan Nasional yang sering menggunakan alasan ‘mencemarkan imej negara’ bagi menutup tindakan keras dan tidak profesional pihak polis menghalang Parti Hak Asasi dan juga kumpulan Hindu Rights Action Force (Hindraf) semalam adalah memalukan.

Sehubungan itu, Penyelaras Suaram, Yap Heng Lung menggesa pihak kerajaan berhenti menggunakan sebarang bentuk kekerasan dan menuntut agar ruang diberikan kepada rakyat untuk menyuarakan pendapat dan kritikan terhadap kerajaan.

Beliau berkata, sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggalakkan perhimpunan rakyat di Libya, maka beliau tidak seharusnya mempraktikkan muka dua talam dengan menahan rakyat Malaysia yang berhimpun secara aman seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.

Tambahnya, Suaram mengecam tindakan pihak polis yang menghalang Parti Hak Asasi dan Hindraf untuk melakukan demonstrasi secara aman bagi membantah kandungan dalam novel 'Interlok' karya sasterawan negara, Datuk Abdullah Hussain semalam di sekitar Kuala Lumpur.

Suaram juga, katanya mengecam tindakan pihak polis menahan beberapa wartawan tempatan yang sedang menjalankan tugas dan ini telah menunjukkan sikap tidak professional dan tindakan melulu yang ditonjolkan oleh pihak polis.

Katanya, pihak polis juga telah secara jelas menyalahgunakan kuasanya dengan menggeledah barang peribadi serta menahan orang awam yang berada di sekitar jalan menuju ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

“Lebih teruk lagi, pihak polis menahan pemimpin dan pengikut kumpulan tersebut tanpa sebarang alasan dan sebab sebelum demonstrasi dilakukan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Mengikut berita Malaysiakini (bertarikh 28 Februari 2011), sekitar 123 orang awam telah ditangkap termasuk 109 orang yang telah dilepaskan malam semalam dan 14 orang lain yang telah dibebaskan pada hari ini dari lokap Bukit Jalil.

Katanya, Suaram telah mengeluarkan kenyataan pada 25 Februari bagi menuntut pihak polis menghormati hak kebebasan suara rakyat serta tidak menghalang perhimpunan aman yang dianjurkan oleh Hindraf.

Namun, ujarnya polis enggan bertindak demikian malah telah membuat tangkapan terhadap 123 orang awam.

Awas..!! 45Ribu warga asing nak masuk Malaysia secara halal

Kerajaan lulus kemasukan 45,000 pekerja asing

KUALA LUMPUR, 27 Feb — Kerajaan bersetuju meluluskan kemasukan 45,000 pekerja asing, kebanyakannya dari India, bagi memenuhi permintaan 13 sektor perniagaan kecil di negara ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam hari ini.

Beliau berkata kelulusan itu dibuat selepas kerajaan melihat masalah dihadapi sektor berkenaan seperti restoran, kedai runcit, dan industri tekstil yang kesukaran mendapatkan pekerja tempatan.

“Mereka telah membuat permohonan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan pihak saya melalui Gabungan Dewan Perusahaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) di mana mereka minta kerajaan meluluskan 90,000 pekerja asing.

“Tapi selepas berbincang, buat sementara waktu ini kerajaan bersetuju untuk meluluskan kemasukan 45,000 pekerja,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Wisma Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) oleh bekas presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu di sini.

Subramaniam berkata pekerja itu akan diagihkan mengikut 13 sektor perniagaan itu yang dijangka dibuat dalam tempoh sebulan.

Wisma Primas enam tingkat di Jalan Dato’ Haji Eusoff di sini, telah diubahsuai dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan prasarana yang menelan kos RM3 juta.

Selain menjadi pusat pengurusan untuk pembangunan persatuan itu, wisma tersebut turut menempatkan Pusat Latihan Kemahiran Primas untuk melatih pekerja-pekerja restoran dari persatuan itu. — Bernama

Bulu, Siswa dan Malaysia: Sebuah Catatan Penting

Ketika Malaysia sibuk dengan air mani Mr. Y, bulu dan tuala Good Morning, dunia Arab sedang menyaksikan kebangkitan. Rakyat bersatu dan mengharap sinar baharu menyinari tanah air yang tercinta. Angin yang bertiup telah membawa khabar gembira untuk mereka. Dari Sahara yang kontang, mula bercambah benih-benih demokrasi yang dibajai semangat, keberanian dan kesanggupan untuk berubah. Ketika dunia Arab menyaksikan perubahan mentaliti dan fizikal yang hebat, Malaysia masih jauh ketinggalan dan sibuk dengan urusan liwat dan dubur Saiful yang katanya tidak dicuci selama tiga hari!

"Revolusi tidak pernah gagal kerana tidak ada revolusi yang menghancurkan negara. Negara hancur hanya apabila rakyat hilang kesanggupan untuk memastikan ia ditadbir dengan baik melalui prinsip kebebasan dan keadilan," Mantan Mejar Jeneral tentera Filipina, Jose T. Almonte. Kata-kata ini saya petik dari tulisan Amin Ahmad dalam JalanTelawi.com. Secara peribadi saya berpendapat bahawa revolusi di Timur Tengah ini sangat menggusarkan kerajaan pimpinan Najib Razak disebabkan kepemimpinan beliau langsung tidak mencerminkan integriti dan akauntabiliti. Pembaziran berlaku sewenangnya dan Malaysia tidak ditadbir dengan baik.

Lihat sahajalah bagaimana manusia yang terpalit dengan najis rasuah seperti Isa Samad boleh dilantik sebagai Pengerusi FELDA manakala pendedahan kekayaan Taib Mahmud dan keluarganya tidak mendapat respon SPRM seperti yang sepatutnya. Adakah Najib terfikir bahawa hati rakyat Malaysia masih lunak dengan pengukuhan nilai ringgit kemudian menyuapkan lagi peruntukan-peruntukan tertentu dalam Belanjawan 2011 yang lalu? Peruntukan RM114 juta kepada pembangunan infrastruktur di Kelantan misalnya dilihat cuma gula-gula politik. Akhirnya yang untung adalah kroni yang mendapat projek.

Telahan Anwar Ibrahim (gambar kiri, tengah) bahawa revolusi di Tunisia sebagai keping domino pertama telah dan sedang menjadi kenyataan. Kebangkitan hampir menyeluruh rakyat di negara-negara Arab pada saat ini seperti sudah tidak tertahankan lagi. Kebejatan pemimpin sudah mencapai klimaksnya. Mereka telah lama berada dalam cengkaman pemerintah yang zalim dan bersifat otoritarian. Dari pengamatan yang dibuat, isunya tetap sama; salah guna kuasa, kemiskinan, penggangguran, sekatan hak bersuara, penyelewengan harta negara, kronisme dan pencabulan hak asasi manusia. Soalan saya, apakah isu-isu tersebut begitu asing dengan Malaysia?

Selesainya urusan terpenting: Kejayaan Revolusi!

Sekali imbas, dunia boleh mengatakan urusan "terpenting" rakyat di Tunisia dan Mesir telah hampir selesai. Kemenangan kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir semestinya memberi solidariti moral dan motivasi kepada tempat-tempat lain. Kini, Bahrain yang pernah menjadi taklukan Empayar Parsi dan pernah berada di bawah jajahan British pula menyaksikan bagaimana rakyat sedang bangkit untuk menggulingkan pentadbiran monarki keluarga al-Khalifa. Jabal ad-Duklan bakal menjadi saksi kebangkitan rakyat Bahrain! Benar kata pujangga Melayu; Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah.

Begitu juga apa yang berlaku di Libya. Bumi Umar Mokhtar ini telah menyaksikan lebih 400 rakyat Libya menjadi syahid atas keberahian Muamar Ghadafi (gambar kanan) yang telah memegang tampuk pemerintahan lebih empat dekad lamanya. Rakyat Libya diugut sedemikian rupa dan menjanjikan maut untuk penentangnya. Semua ini merupakan sebuah fenomena yang dahsyat dan menakutkan sesetengah pihak. Menurut Anwar dalam tulisannya di Wall Street Journal bertarikh 26 Januari 2011; apa yang berlaku di Tunisia merupakan fajar baru bagi demokrasi di dunia Arab dan Islam.

Melihat perkembangan di Tripoli. Ghaddafi berucap penuh emosi sambil melaungkan sentimen patrotisme, penuh ego dan dilihat desperado. Beliau meletakkan penentang beliau sebagai pengkhianat negara manakala anaknya Saif al-Islam menuduh protes besar-besaran ini berpunca dari pihak asing untuk menjatuhkan pemerintahan Islam. Saif juga mengancam untuk memerangi penentang sehingga peluru yang terakhir!

Di sini kita dapat melihat hikmah terbesar kebangkitan yang berlangsung di dunia Arab. Semakin lama sesebuah kerajaan itu memerintah, semakin banyak penyelewengan dan penindasan berlaku terhadap rakyat dan negara. Akhirnya, rejim tersebut dijatuhkan oleh tangan-tangan rakyatnya sendiri. Semakin rakyat ditekan dan ditakut-takutkan, semakin mereka bangkit menuntut pembebasan! Saya ingin bersoal, apakah BN mengambil pengajaran dari situasi ini? Apakah BN masih tidak sedar bahawa semakin lama mereka memerintah, harta negara semakin dikikis, salah guna kuasa semakin berleluasa, integriti terhakis, malah kebebasan bersuara juga dirasakan semakin sempit?

Penyelewengan nilai dan makna patriotisme

Saya tertarik dengan apa yang telah diucapkan Ghadafi dan anaknya Saif. Kata-kata sebegini seperti selalu sahaja kita dengari. Lihatlah apa yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional. UMNO sebagai tulang belakang BN sering sahaja menuduh Anwar Ibrahim dan PKR sebagai pengkhianat negara dan agen asing. PAS pula dicop sebagai pemecah belah "orang Melayu" dan Islam, manakala DAP dianggap sebagai golongan yang memusuhi Islam - Perjuangan parti-parti ini harus ditolak kerana ia berbahaya dan akan memporak-perandakan negara. "Teks" yang diulang saban waktu dan ketika ini adalah 100% tidakpun 99% sama seperti apa yang telah diucapkan oleh Ghaddafi.

Dalam konteks Malaysia, makna dan nilai patriotisme telah diseleweng dan disempitkan. Patriotisme telah dimaknakan seolah-olah mencintai tanah air itu dengan mencintai pemimpin, mencintai parti, mencintai kaum masing-masing. Maka, minda rakyat sedikit sebanyak telah menyimpang dari semangat dan makna patriotisme sebenar. Sepatutnya patriotisme sebenar bermaksud membebaskan tanah air ini dari cengkaman pemerintah yang zalim dan buas. Mengembalikan hak dan maruah negara yang telah lama cacat.

Demokrasi dan Revolusi di Malaysia?

Nilai dan semangat demokrasi telah lama pudar. Lihat sahaja laporan Economist Intelligence Unit yang mencatatkan status Malaysia dalam indeks demokrasi 2010 berada pada tangga ke 71 daripada 167 buah negara berbanding tangga ke 68 tahun 2008. Malaysia telah lama menanti saat baru kebangkitan rakyat. Sama ada melalui pilihanraya mahupun jalan raya, kemenangan rakyat harus difokuskan kepada pembaikan sistem demokrasi dan urus tadbir yang telah lama diperkosa. Kita tidak boleh membiarkan kekayaan negara ini berada dalam kawalan manusia tertentu sahaja. Kekayaan negara adalah hak milik kita yang harus dituntut. Lihat sahaja isu minyak yang semakin naik. Rakyat Malaysia dibebani dengan apa yang mereka ada yang sepatutnya bukan menjadi isu.

Ini merupakan sebuah soalan popular. Akankah Malaysia direvolusikan? Saya pernah bertanyakan soalan ini kepada beberapa orang sahabat saya. Ada yang sinis dan ada yang optimis. Antara lain jawapan mereka ialah tidak mungkin berlaku revolusi di Malaysia kerana rakyat di Malaysia tidak terlalu tertekan seperti di tempat lain. Ada yang berkata mungkin boleh; mungkin tidak kerana rakyat Malaysia telah dipecahkan dengan beberapa kumpulan kaum dan kelas manakala ada pula yang optimis bahawa rakyat akan turun ke jalan raya; cuma menunggu masa. Sambil berlawak beliau berkata, "Orang Melayu khususnya telah lama diArabkan...sedikit masa lagi negara ini akan jadi negara Arab! Revolusi akan bermula di Ain Arabia Bukit Bintang!" Ujarnya tersengih. Apapun pendapat yang dilontarkan, kita boleh simpulkan bahawa revolusi adalah tekad dan kesungguhan, keberanian dan kesanggupan untuk berubah.

Semangat Dataran Tinanmen dan Mahasiswa Malaysia

Kebangkitan mahasiswa memberi makna besar bagi sesebuah negara. Kebangkitan mahasiswa bererti mungkin atau telah berlaku sebuah anjakan mahupun revolusi minda. Minda yang telah direvolusikan beerti pencerahan, pemahaman dan pengukuhan nilai telah berlangsung.

Mari kita imbau kembali apa yang telah pada April 1989. Dataran Tiananmen di Beijing menyaksikan kebangkitan lebih 100,000 mahasiswa dan golongan intelektual bersama rakyat menuntut pembaharuan demokrasi di China. Kebangkitan ini tercetus akibat kematian Hu Yaobang; Setiausaha Agung Parti Komunis China ketika itu yang dikenali sebagai susuk yang menyokong reformasi politik dan ekonomi China. Mereka berhimpun secara aman di dataran tersebut selama hampir tujuh minggu sehinggalah tragedi berdarah berlaku. Sehingga saat ini, tiada angka kematian rasmi yang dicatatkan dan dipercayai ribuan demonstran telah terbunuh. Saya terkesan dengan keberanian mereka. Ternyata perjuangan mereka ini sedikit sebanyak membuka lembaran baru dalam liberalisasi politik dan ekonomi di China.

Apabila pintu bangunan pejabat TNC UPM pecah dirempuh pelajar; ia membawa erti yang sangat besar kepada gerakan mahasiswa keseluruhannya. Tekanan yang diberikan pentadbiran universiti bukan semata-mata bersifat mental malah fizikal. Titisan darah yang mengalir adalah saksi kezaliman pentadbiran universiti dalam mengekalkan monopoli kekuasaan mereka. Gerakan pelajar dilihat sebagai gerakan pembangkang yang harus disekat manakala gerakan pelajar Pro Aspirasi pula dilihat sebagai memenuhi tuntutan pentadbiran? Ini merupakan pencabulan asasi kepada mahasiswa. Ke manakah hilangnya kewarasan dan kebijakan pentadbiran universiti? Mungkinkah juga berada dalam seluar dalam Saiful Bukhari Azlan?

Rakyat perlu berbangga dalam kejayaan besar gerakan Pro Mahasiswa memenangi pilihanraya kampus di universiti-universiti utama. Kemenangan ini merupakan gelombang awal saat-saat kebangkitan rakyat. Kita belum lagi menyaksikan malah menanti bagaimana, bentuk dan rupa perubahan yang bakal terhasil.

Mahasiswa harus bertindak sebagai agen perubahan pada minda dan struktur masyarakat umumnya. Kurang pendedahan terhadap isu-kekangan kebebasan bersuara dan malas berfikir merupakan barah kepada masyarakat kita hari ini. Masyarakat harus disedarkan-dan ramai yang mula sedar. Peranan mahasiswa haruslah menyeluruh dan mampu mendidik masyarakat untuk Malaysia yang diidamkan. Tanyalah sama pokok apa sebab goyang....Tanyalah sama hati kenapa kita harus menang!

*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas.

Benarkah Blogger Pakatan Rakyat sudah banyak mengundur diri...kenapa..???

Memang Terasa Berlaku Kelesuan Di Pihak Pakatan Rakyat

SAHABAT saya Norizan Sharif telah post satu catatan kecil yang penting untuk direnungi oleh semua pihak khasnya parti Pakatan Rakyat. Catatan beliau di sini, menunjukkan sokongan atau pun kemarihan di laman soaisal Fb dan blog sokongan terhadap Pakatan Rakyat berkurangan. Norizan memberi runjukkan khas kepada kedua pilihan raya kecil yang berlangsung kini.

Beliau membuat perbandingan dengan pilihan raya kecil Bukit Gantang, Perak dan Kuala Terengganu, Terengganu. Katanya ternyata kemeriah dan sokongan menerusi laman sosial kini berpihak kepada UBN. Laman-laman sosial yang menyokong UBN lebih bersemangat dan sepakat dalam membuat kecaman dan serangan terhadap Pakatan Rakyat. Serangan mereka juga berangkaian seolah diolahkan begitu profesional sekali.

Tentu orang Pakatan Rakyat terutamanya para penagih blog Pas akan marah bila kenyataan ini didedahkan. Mereka tidak senang dengan fakta yang berlaku. Dalam pada itu mereka akan tuduh bahawa bloger UBN diupah dan sebagainya. Tidak dinafikan kalau itu berlaku? Tetapi pokoknya di sini itulah realiti bahawa bloger Pakatan Rakyat sudah malas untuk menulis dan dan kreatif membuat laporan. Ada juga yang sudah hilang kerajinan dan keletihan manakala bloger Pakatan jadi lebih bersemangat. Tentunya kalau upah dan imbuhan yang dihulurkan, besar lagi bersemangatlah jadinya.

Saya setuju dengan apa yang berlaku kini seperti mana diselidiki Norizan itu. Saya rasa ada beberapa sebab kenapa kesungguhan dan kerajinan bloger pakatan itu sudah hilang. Kalau perasaan saya sudah menulis dalam cacatan baru-baru ini dibawah tajuk, ah lupa... selaklah sendiri (saya juga ditimpa sindrom malas, tetapi aia tidak ada kena mengena dengan persoalan dikatakan itu). Dalam catatan itu saya sudah mendedahkan kenapa itu berlaku dan di mana kesilapannya.

Saya kira Pakatan Rakyat gagal melayani para bloger yang menyokong mereka. Mereka tidak memberi satu layanan dan peraian yang bermakna kepada para bloger. Pakatan selamanya mengira bloger akan bekerja dengan penuh keikhlasan. Mengharap kepada keikhlasan rasanya tidak begitu tepat lagi apa lagi kalau bloger nampak yang pemimpin PR diri ada yang tidak ikhlas, dan hanya suka memerah susu dan perah kepala untuk dapat santan saja.

Apa lagi sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat yang dibantu oleh bloger menerusi blog dan penulisannya usahkan menerima apa-apa imbalan tetapi dibalas dan dihadiah surat saman dan sebagainya. Kalau pun ada peraiaan ataupun kepedulian hanya sebahagian saja terutamanya bloger yang berhimpun dalam satu-satu kumpulan yang dibiayai wang jutaan ringgit.

Kalau tidak silap saya, saya tidak pernah mendengar berita atau laporan mengatakan Anwar Ibrahim ataupun Guan Eng bersama Abdul Hadi Awang melayani dan bertemu para bloger dan juga penulis bebas yang menyokong mereka. Kalau pun berlaku dalam majlis-majlis yang kelihatan rasmi dan eksklusif sahaja yang melibatkan orang-orang tertentu saja.

Ada juga himpunan yang diraikan oleh Nik Aziz tetapi sayangnya kesempatan itu tidak digunakan untuk memikir bagaimana menggerakkan bloger menjadi agen dan propagandis Pakatan yang baik. Pertemuan setakat makan, bersalam dan bergambar dengan pemimpin itu saja, lepas balik masing-masing hanya pos dalam wall Fb saja tetapi tidak ada yang mengulas dan memperpanjangkan ke dalam blog.

Kelemahan bloger atau laman sosial Pakatan itu rakyat itu seperti mana kata Norizan itu ialah kerana ia tidak diurus ataupun dipandu secara sistemetik dan setengah menulis ukut perasaan dan jari saja.

Inilah kelemahan Pakatan Rakyat menyebabkan apa yang disuarakan Norizan Sharif itu berlaku. Tititk di sinis sebab saya juga agak malas untuk menyatakan sesutau yang tidak mahu didengari! [wm.kl.6:20 pm 27/02/11][Mohd Sayuti Omar]

Admin KedahLanie - Biarkan "LUNCAI" lari dengan labu-labunya....

Kerdau : PANAS BERAPI - ‎UMNO semakin semput, kaput dan burut !

Nampak..nampak, gedebe UMNO dok mencarut tu! Wanita pun sama naik. Gedik dan carut, tu ler lambang UMNO kapunden.

Di Kerdau, oleh kerana terlampau islamnya UMNO, tok kadi pun dah diberikan tugas baru iaitu menjaga semua masjid yang berjumlah 22 buah. Gila ke apa UMNO Pahang ni!. Sudah laa banyak dah guna jabatan dan agensi kerajaan akhirnya tok kadi plak diheret sama ke sini. Unspinner yang bangang suka benor dengan tok kadi, dulu kalau cerita musang berjangut, tok kadi ini dinamakan datuk nikah kawen lah. Macam-macam.

Manakala tok kadi diKerdau diarah menjaga masjid supaya tak tembus digunakan oleh orang PAS. Begitu takut UMNO sampaikan sanggup pi kunci masjid. Nasib baik UMNO tak runtuhkan masjid, dan buat masjid baru lepas PRK Kerdau. Kasihan tok kadi pun turut dibangangkan UMNO. Di Kerdau nampaknya kerja tok kadi makin bertambah sejak mula PRK. Banyak gamaknya orang nak diislamkan oleh UMNO Pahang. maklumlah penasihat agama mb bertanding. Ini mesti solat berjemaah aje sekarang, tapi...makmun tetap ciput.



Kat Merlimau aku tak pasti, tapi di Tenang, Tuhan bagi air banyak sangat sebab banyak sangat tutup kepala paip. Manakala di Kerdau pula masjid dirantai dan dikunci, besar-besar penumbuk gajah bro! Aku bimbang ada penumbuk kerbau jantan Tuhan akan bagi disini plak. Mau meninggal penduduk Kerdau.

Masjid hanya untuk UMNO, dan upacara UMNO sahaja dibenarkan. Islam orang PAS tak diiktiraf, lepas tu cakap dalam media PAS kafirkan orang UMNO. Celaka sungguh UMNO!, dia sendiri kafirkan PAS tak apa pulak. Langsung tak nafikan !

Apa pun kita akan tibai UMNO sampai lunyai di Kerdau. UMNO semakin habis gas disini, tak tahu jabatan mana lagi nak UMNO guna, semua dah digunakan UMNO. Aku bimbang lepas ni jabatan alam sekitar lak digunakan oleh UMNO. Pasai apa, depa akan kata orang PAS sengaja mencemar alam dengan mengadakan ceramah siang malam pakai pembesar suara, yang akan menyebabkan pertumbuhan pokok kelapa sawit terbantut, jadi senanglah lepas ni ceramah PAS boleeh dibatalkan atas alasan bangang macam tu. Bangang punya UMNO !

http://albanjarionline.blogspot.com

Jika Anda Hendak Merasa Macam Ini.. Ramai-Ramailah berdosa semoga YB kawasan anda MATI sama...

Habuan PRK : Najib lulus RM10 juta bagi pembangunan Kerdau

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, di Temereloh.

Projek berkenaan ialah menaiktaraf pam di loji air Batu Sawar dan mengganti paip dari Rumpun Makmur ke Kampung Kerai yang bernilai RM9.25 juta.

najib visit kerdau 270211 03Selain itu, beliau turut mengumumkan projek membina dewan terbuka yang mengandungi gelanggang serbaguna bagi masyarakat Cina di Kampung Sri Kerdau, bernilai RM400,000, membina kuil bagi masyarakat India (RM100,000) dan Balai Bomba sukarela (RM150,000).

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan bahawa semua projek berkenaan bukan untuk memancing undi, sebaliknya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat.
"Lampu jalan, rumah kos rendah dan ini semua saya tak mahu cakap lagi, nanti akan ada orang kata saya nak membeli undi pula. Sebelum ini, saya pernah berjanji saya akan menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum dan inilah buktinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dua majlis berasingan di majlis ramah mesra bersama penduduk Batu Sawar dan ramah mesra bersama masyarakat Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau di Temerloh, hari ini.

najib visit kerdau 270211 02Katanya, kerajaan BN sentiasa melakukan projek bagi pembangunan dan keselesaan rakyat sejak merdeka walaupun kepimpinannya silih berganti.

Sementara itu, Najib juga mengajak rakyat untuk melihat apa yang didakwanya sebagi keretakan yang dialami Pakatan Rakyat.

Katanya, adalah tidak wajar untuk mempercayai Pakatan Rakyat kerana mereka ini bukan satu parti yang kukuh untuk mentadbir negara dengan baik.

"Parti pembangkang ini, dia main sandiwara politik. Dia tak ada satu ikatan ideologi yang konkrit sebenarnya. Tengok sahajalah mereka nak tubuh kabinet bayangan pun sampai sekarang pun tak boleh tubuh.

"Dia (Pakatan Rakyat) tak berani nak beri jawatan antara dia. Siapa nak jadi Menteri Kewangan, siapa nak jadi Menteri Pelajaran, (dan) dalam pembangkang pun tak ada kesepakatan. Mereka ini satu sahaja, nak jatuhkan BN," katanya.

- Bernama

Mabuk media Malaysia

Oleh: budakjolobu

http://www.penguinsix.com/images/brokenTV.gif

tiba PRK najib kuar tv dan kata: jgn percaya dakyah pmbgkang...

apa dakyahnya?tak kuar tv pun

muhyidin kuar tv dan kata; jgn trmakan hasutan pmbgkang..

mana hasutannya?tak kuar tv pun...

noh omar,ali rustam,adnan yaakub kuar tv dan kata; pmbangkang itu,pmbgkng ini,jgn percaya fitnah pmbangkang...

apa fitnahnya? tak kuar tv pun...

calon BN sebok kempen,p sana sini,ziarah orang sakit,tolong buat jambatan,pegi pasar,turun sungai naik bot...senyum samapi telinga

tunjuk pkerja BN sbok pasang bendera,pasang poster kempen sama sini

yang kuar ahli PR brbondong2 kluar parti...

BN lawan sapa??????lansung muka2 PR x kuar tv

slot lain....mula2 puji2 najib,puji2 muhyidin,puji2 BN.....pas tu hentam ngeri Pakatan rakyat....

klu BN buat...tunjuk dan org BN ulas....baik.klu PR buat baik,tak tunjuk,org BN juga ulas....suma tak baik...

berat sebelah

pie jahaman sama media malaysia...

MERLIMAU – Calon PAS Yakin dengan strategi parti

MERLIMAU – Calon Pas, Yuhaizad Abdullah tidak mahu memberi sebarang janji kepada pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Beliau berkata, segalanya bergantung kepada strategi yang diatur parti kerana yakin pengundi bijak menilai untuk kebaikan mereka kelak.

“Kita akan bertemu dengan semua pengundi di Merlimau kerana keputusan akhirnya akan ditentukan pada 6 Mac depan.

“Keyakinan untuk menang juga tinggi berdasarkan sokongan yang diterima daripada peyokong dan pengundi di kawasan ini,” katanya pada sidang media selepas penamaan calon di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau, semalam.

Ditanya mengenai isu yang akan dibawa semasa kempen, Yuhaizad berkata, segalanya bergantung kepada kempen selama tujuh hari kelak untuk dinilai oleh pengundi di DUN Merlimau.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, pihaknya berharap tempoh kempen selama tujuh hari bermula semalam dapat dilaksanakan dengan tenang dan aman.

“Ini bagi memastikan rakyat dapat menilai sekali gus memilih wakil rakyat yang tepat tanpa sebarang provokasi daripada pihak tertentu,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafar Ali ketika ditanya mengenai tiga bantahan yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menjelaskan, pihaknya membuat bantahan tersebut kerana tiada surat peletakan jawatan yang sah oleh calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad sebagai Pengurus Bahagian Pembangunan Perniagaan Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd.

“Kita bantah kerana tidak nampak surat peletakan jawatannya yang sah sebagai kakitangan kerajaan. Namun begitu perkara tersebut telah selesai,” katanya.[Sinar Harian]

Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan RM7,000 menggantikan paip air lama yang rosak.

Penantian lebih 10 tahun berakhir

SUNGAI BADAK - Penduduk Kampung Sungai Badak lega apabila Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan RM7,000 menggantikan paip air lama yang rosak.

Peruntukan itu menyelesaikan masalah bekalan air yang membelenggu penduduk sejak 10 tahun lalu.

Paip lama yang mempunyai masalah kebocoran membebankan penduduk kampung untuk mendapatkan bekalan air.

Peruntukan melibatkan 10 gulung paip air berkualiti tinggi itu akan menggantikan paip rosak agar penduduk di kampung ini mendapat bekalan air dengan sempurna.

Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Muzaini Azizan berkata, masalah bekalan air di kampung itu berlaku sejak sekian lama.

“Masalah ini semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Berikutan itu, MKK membuat permohonan mendapatkan paip baru.

“Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan peruntukan menyelesaikan masalah ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pemasangan paip baru itu dilakukan secara bergotong royong.

“Bergotong-royong terbukti dapat mengurangkan kos perbelanjaan.

“Jika pemasangan paip ini diserahkan kepada kontraktor, kos pemasangan paip ini akan mencecah puluhan ribu ringgit. Alhamdulillah, penduduk di kampung ini juga memberikan komitmen yang baik dalam pemasangan paip ini,” katanya.

Muzaini berkata, sebanyak 60 buah rumah akan dapat menikmati bekalan air sempurna selepas pemasangan paip dilakukan.

“Masalah ini merupakan melibatkan masyarakat, jadi, kita tidak akan memandang kepada soal politik.

Walaupun mungkin ada beberapa penduduk mempunyai fahaman politik berbeza, itu bukan masalah bagi kami. Yang penting mereka dapat turut sama menikmati bantuan yang diberikan Kerajaan Negeri,” katanya.

Muzaini berkata, lebih dari 100 penduduk kampung berganding bahu membantu pemasangan paip ini.

“Jarak pemasangan paip ini adalah sepajang 1 kilometer dan perlu melalui jalan berbukit,” katanya

Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar turut memuji tindakan penduduk kampung yang memberikan kerjasama yang baik.

“Nak tarik paip ini bukan mudah, paip ini berat, lagipun jalan berbukit. Kalau penduduk yang tidak biasa dengan perkara sebegini, mereka pasti mengeluh. Tapi, penduduk Kampung Sungai Badak pentingkan kerjasama.

“Saya berharap agar paip ini dipantau dan dijaga agar tiada pihak yang cuba merosakkannya. Biasalah, ‘mat gian’ bukan boleh kira. Sekarang ini, kepala paip pun jadi sasaran mereka” katanya.

Firdaus berharap pemasangan paip ini akan berjalan lancar seterusnya penduduk di sini dapat menikmati bekalan air sempurna,” katanya.[Sinar Harian]

8,000 keluarga setinggan bakal dipindahkan di Bandaraya Alor Setar

ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) sudah mengenal pasti 8,000 keluarga yang menduduki rumah setinggan sekitar bandar raya ini untuk dipindahkan ke rumah transit, sebelum ditempatkan di rumah mampu milik.

Datuk Bandar, Datuk Khazali Din berkata, buat masa ini, pihaknya masih menjalankan bancian penduduk setinggan untuk melancarkan proses pemindahan untuk ditempatkan di rumah mampu milik yang dikategorikan mengikut pendapatan isi rumah.

“Projek khas ini adalah untuk mencapai sasaran setinggan sifar menjelang lima tahun akan datang. Kita sudah kenal pasti kampung terlibat antaranya Kampung Teluk Yan, Kampung Kilat dan beberapa penempatan yang berselerakan,” katanya.

Menurutnya, bancian perlu dibuat semula berikutan MBAS hanya merekodkan 2,800 keluarga setinggan yang didaftarkan.

“Kita sedang periksa semua rizab sungai, rizab jalan dan rizab Mada bagi memastikan tiada yang tercicir kelak daripada menerima bantuan rumah mampu milik ini,” katanya.

Khazali berkata, projek yang akan dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) itu akan membina rumah mampu milik yang akan dijual kepada penduduk terbabit dengan harga yang berpatutan.

“Mereka akan dipindahkan ke rumah transit di kawasan Sime Tyre buat sementara, mungkin dua tahun atau lebih, sehingga rumah mampu milik itu siap diduduki. Rumah berkenaan akan dibina atas tapak rumah lama mereka,” katanya.

Menurutnya, konsep yang diperkenalkan bukan sewa beli, sebaliknya dijual pada harga mampu milik yang dikategorikan mengikut tiga pendapatan isi rumah, iaitu bawah RM1,000, RM2,000 dan RM3,000.

“Kita akan pastikan rumah terbabit tidak dijual sewenang-wenangnya kepada mereka yang tidak layak. Sebab itu kita buat bancian dan akan rekodkan maklumat secara terperinci. Saya percaya tidak berlaku ketirisan dalam hal ini kerana ia dipantau ketat oleh MBAS,” katanya.

Khazali berkata, rumah berkenaan dibina dengan pelan asal tiga bilik dan dua bilik air untuk keselesaan penghuninya.

Kelmarin, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan empat kampung terpilih untuk dibangunkan projek rumah mampu milik bagi membolehkan sasaran setinggan sifar dicapai.

PKNK dilantik sebagai Jawatankuasa Penyelaras bagi membolehkan rakyat Kedah memiliki rumah kos rendah yang mampu dimiliki.[Sinar Harian]

"Takziah di atas pemergian Dr Necmettin Erbakan ke rehmatullah"


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini ingin menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan ahli serta kepimpinan Saadat Partisi di atas kepulangan Almarhum Dr Necmettin Erbakan ke rahmatullah pada hari ini 27 Februari 2011 bersamaan dengan 24 Rabiul Awal 1432 Hijriah.

Sesungguhnya Allah SWT telah memanggil Almarhum pulang ke tempat asal yang dijanjikan oleh Nya, walaupun kehilangannya akan dirasai oleh seluruh penyokong dan pendokong gerakan Islam di serata pelusuk dunia. Beliau adalah seorang mujahid, ahli akademik, ilmua ulung dalam bidang teknologi, jurutera, mantan perdana menteri, pemimpin parti, bapa dan mentor kepada ramai pimpinan gerakan Islam di dunia ini, termasuklah pimpinan PAS sendiri.

Kepimpinan beliau terserlah, di saat dunia Islam berdepan dengan pelbagai kemelut sejak puluhan tahun ini, termasuklah pergolakan di Asia Barat dalam isu Perang Teluk, Afghanistan, dan gerakan pembaharuan dalam dunia Islam yang dilaksanakan oleh beliau sepanjang tempoh singkat Almarhum menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1996 - 1997.

Tentunya kehilangan beliau dari persada politik antarabangsa akan dirasai, terutamanya kepada PAS yang sentiasa menjadi tetamu Almarhum dalam pelbagai seminar dan diskusi ekonomi dan dunia Islam yang dianjurkan oleh Almarhum setiap tahun.

Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan ruh Almarhum di kalangan para nabi, siddiqin, syuhada dan sholihin.

AL FAATIHAH.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
24 Rabiul Awal 1432 H / 27 Februari 2011 M




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...