TERKINI :

Saturday, February 26, 2011

Demi Apco, Najib sanggup hina Tokoh Ma'al Hijrah yang dipilihnya

Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana berprasangka buruk terhadap ulama terkemuka, Sheikh Yusuf al Qardawi (yang pernah beliau anugerahkan Tokoh Ma'al Hijrah) dan pergerakan Ikhwanul Muslimin yang disokongnya di Mesir.

Anwar merujuk kepada laporan National Review yang memetik Najib sebagai menggesa Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda perubahan di Mesir kerana terlibat dengan keganasan.

Najib dalam satu wawancara di Istanbul, Turki berkata, Ikhwanul Muslimin tidak harus dianggap penyumbang dalam proses menjayakan demokrasi di negara itu selagi tidak menolak keganasan.

"Saya terpanggil untuk menegur Perdana Menteri kerana pandangan sebegini jelas dianggap terpencil dan mewakili pandangan dasar luar ektrem kanan di Amerika Syarikat. Adakah ini sebahagian dari agenda syarikat penasihat demi membaiki imej Dato' Sri Najib di Amerika Syarikat?, " kata Anwar.

"Pendapat seperti ini malahan dikritik oleh pelbagai institusi dan intelektual. Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk tuntas bekerjasama dengan Ikhwan," tambah Anwar dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Najib dalam wawancara itu berkata, Ikhwanul Muslimin tidak harus dianggap bersama-sama dalam proses menjayakan demokrasi di negara ini selagi tidak menolak keganasan.

"(Ikhwanul Muslimin) tidak harus menjadi sebahagian daripada proses selama mereka tidak menolak kekerasan dan ekstremisme," kata Najib.

Malah Najib juga dipetik sebagai berkata, wujud kebimbangan terhadap penyokong Ikhwanul Muslim, Yusuf Al-Qardawi.

Menurut Najib, ulama itu seolah-olah menyokong kepada keganasan dan menggambarkan bahawa pemimpin-pemimpin Islam di Bumi Timur Tengah sesat.

Menurut Anwar, kenyataan Najib itu membuka pekung kecurigaan Najib kepada ulama tersohor dan gerakan Islam seluruh dunia.

"Sekiranya Perdana Menteri mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al Qaradawi, mengapa anugerahkan beliau Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431? Sekiranya terbukti benar tohmahan Najib Razak terhadap beliau, saya menuntut Perdana Menteri agar segera memohon maaf dari ulama tersebut," tegas Anwar.

Sharpshooter - Najib...eloklah suruh suamimu perdana menteri rosmaah mansor tarik balik Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431 yang pernah diberikan kepada Sheikh Yusof Al-Qaradawi.

Mana hilangnya suara 40 ulamak muda umno dan pejuang agama melayu no1 zul noordin dalam hal ini...masih tidur nyenyak di bawah ketiak bik mama ka...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

MT Umno tentukan harga petrol?

Kalau mengikut cakap 'yang selalu tak serupa bikin' Menteri Perdagangan Dalam Negeri, harga bahan petroleum tidak akan dinaikkan. tahun 2010 dulu pun pernah maklum harga petrol RON95 tidak akan dinaikkan sehingga penghujung 2010 tetapi dinaikkan walaupun tahun 2010 masih berbaki beberapa bulan.

Menjelang PRK DUN Kerdau dan Merlimau, Ismail Sabri menabur janji sekali lagi bahawa harga petrol tidak akan dinaikkan tetapi kemungkinan besar akan dinaikkan sebaik-baik keputusan kedua-dua PRK memberi kemenangan kepada umno/BN seperti yang terjadi di Tenang. Dua puluh empat jam setelah diumumkan kemenangan, kerajaan (Majlis Tertinggi Umno) mengumumkan kenaikan harga RON97. Majlis Tertinggi Umno?

Kenyataanya, begitulah. Semua keputusan menaikkan harga atau mengikut bahasa umno - penyelarasan harga - dibuat oleh Majlis Tertinggi Umno rupa-rupanya.... Dan jangan kita hairan jika 'keputusan Majlis Tertinggi Umno' itu sebenarnya adalah keputusan yang dibuat oleh DS Flom di dalam kamar tidur yang kemudiannya dibawa oleh Najib ke dalam Majlis Tertinggi Umno. Sejak era najib, macam-macam perkara yang tidak pernah dijangka berlaku, telah, sedang dan akan terus berlaku.

- m@rhaen

Standard mamat f**k laa...Takan dia nak mengaku berak tepi jalan...

Adnan fitnah PAS isu sijil calon BN

TEMERLOH, Feb 26: PAS hari ini menyelar kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang terang-terang memfitnah PAS terlibat dalam isu kontroversi isu sijil calon Barisan Nasional di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Sedangkan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tiada satupun kenyataan yang dikeluarkan dari mana-mana pemimpin PAS mengenai isu tersebut sehingga kini.

“PAS kesal kerana dituduh menyebarkan fitnah kepada calon BN Syed Ibrahim yang dikatakan gagal menamatkan pengajian di Mesir (Universiti Al-Azhar).

"Sedangkan isu ini tidak pernah keluar daripada mana-mana pimpinan PAS. Ia dicetuskan oleh blogger yang tiada kena mengena dengan PAS.

"Bagi PAS, kami menafikan sekeras-keras tuduhan isu ini ditimbulkan oleh PAS,” katanya yang juga Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kerdau.

Justeru, selepas Syed Ibrahim dinamakan sebagai calon BN Selasa lepas, Adnan tetiba menyalahkan PAS dalam satu laporan Bernama semasa membuat kenyataan penafian bahawa calonnya tidak berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar ketika disoal media.

Kenyataan Adnan menyalahkan PAS dibuat meskipun perkara itu tidak dilaporkan di sebarang media pro-pembangkang ataupun mana-mana pemimpin PAS atau Pakatan Rakyat.

Ramai pemerhati politik berpendapat perkara ini sengaja ditimbulkan seperti mana penerbitan dan penyebaran risalah bertajuk Kalau Program 100 Hari Pakatan Rakyat Dilaksanakan di Kerdau semalam sebagai satu percubaan menghasut melampau terhadap PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil kali ini.

Bahkan bukan itu saja, Adnan juga menokok tambah pertuduhan kepada PAS apabila menukar kontroversi kegagalan Syed Ibrahim itu kepada ‘isu beli sijil’ yang kini dikaitkan dengan pelbagai jenis kenyataan.

“Asal isu beliau dikatakan gagal menamatkan pengajian, langsung tiada sebarang kenyataan beliau beli sijil, seingat kita kenyataan beli sijil keluar dari kenyataan MB.

"Kini pelbagai kenyataan dikait dengan beli sijil. Begitulah 'peralihan' dari isu asal gagal menamatkan pengajian kepada isu yang dikemukakan oleh pimpinan mereka (beli sijil),” selar Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Untuk PAS, katanya, soal calon BN lulus atau gagal itu bukanlah isu, namun pengundi berhak mengetahui keadaan sebenar.

“Mereka berhak tahu, walaupun ribuan calon sahkan lulus di al-Azhar, pergi pun tidak,” ujarnya.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim juga telah memberikan komitmen untuk tidak menyerang peribadi calon dan isu peribadi dalam kempen PAS di Kerdau.

Kerusi Dun Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

Pilihan raya kecil (PRK) Kerdau yang akan berlangsung pada 6 Mac ini menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PAS, Hassanuddin Salim dengan calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Perkembangan Kebangkitan Rakyat di Libya

Tahukah anda? Libya kini bergolak apabila rakyat mengadakan tunjuk perasaan mendesak Muammar Gaddafi meletak jawatan tetapi pemimpin veteran itu bertindak balas dengan menentang gerakan antikerajaan menggunakan kuasa tentera sehingga mengorbankan lebih 1,000 orang setakat ini.


Kebangkitan ini adalah tempias daripada gerakan revolusi di Tunisia, Mesir dan kini kebangkitan ini semakin hebat di Libya. Muammar Gadaffi sudah memerintah Libya selama 42 tahun dan lebih lama lagi daripada Hosni Mubarak dan sekarang nampaknya lebih kejam daripada Hosni Mubarak. Ingtkan Hosni Mubarak dah cukup kejam. Rupenya ada lagi. Begitulah dalam hidup kita, kadang2 kita rase kita ni dah jahat, rupenya ada lagi yang lebih jahat dan apabila kita rase kita ni dah baik, rupenya ada lagi yang lebih baik daripada kita.. Jadi sejahat mana pun kita, belum terlambat untuk kita bertaubat dan jika kita baik, maka bersyukurlah dengan nikmat pinjaman Allah itu.


Seramai 131 rakyat Malaysia yang terperangkap di Libya berjaya dipindahkan ke Tunis, Tunisia pada pukul 12 tengah hari semalam berikutan ancaman keselamatan yang semakin memuncak di negara bergolak itu.

Alangkah lagi malangnya, Muammar Gadaffi ni siap suruh bedil lagi rakyat dia yang menuntut keadilan. Inikah pemimpin yang kita cari? Gaddafi sudah memerintah selama hampir 42 tahun dan beliau berkuasa menerusi rampasan kuasa aman semasa pemerintah Libya, Raja Idris mendapatkan rawatan perubatan di luar negara.


Dahulunya kebangkitan rakyat di Tunisia dan merebak ke Mesir. Sekarang di Libya, selepas ini? Ayuh kita kongsi perkembangan revolusi dan kebangkitan rakyat supaya kita sama-sama tahu bahawa dunia kini semakin di akhir zaman, Islam mula bangkit dan petanda-petanda akhir zaman semakin jelas dan bertambah-tambah. Hayatilah dan fahamilah isu kebangkitan ini supaya kita tidak menjadi golongan yang rugi.

Kongsilah dengan rakan-rakan, nak copy paste dari ini pun amiklah. Moga kita dapat sedar yang Islam semakin bangkit, tinggal diri kita je dah bangkit ke belum dalam melawan diri sendiri?
  • http://tenangsudey.blogspot.com/2011/02/perkembangan-kebangkitan-rakyat-di.html

Merlimau : dari facebook WANITA UMNO Jasin.. marah sungguh depa tuu..!!


ambik dari blog http://albanjarionline.blogspot.com

Najib buat benda SYIRIK di TURKI

Fatwa Kebangsaan tidak terpakai kepada Najib?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 Sep 1995 telah membincangkan Istiadat Meletakkan Kalungan Bunga Di Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah sama dengan keputusan yang telah diambil dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 7 Oktober 1987 iaitu bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik. [E-Fatwa]

Nampaknya Fatwa pengharaman upacara seperti ini tidak diguna pakai untuk Perdana Menteri Najib Tun Razak kerana beliau lebih arif tentang Agama Islam berbanding Majlis Fatwa kebangsaan. Ini terbukti apabila beliau melakukan upacara meletakkan kalungan bunga di makam Mustafa Kemal Ataturk sebagai tanda penghormatan terhadap musuh Islam itu [Kalungan bunga].

Najib dan Isteri bertafakur di Taman Makam Pahlawan Anitkabir, Turki


Upacara penghormatan dengan meletakkan kalungan bunga di makam Mustafa Kemal Ataturk [Bernama]
Anda tak perlu pelik dan tak perlu hairan kerana sebelum ini seperti yang dilaporkan oleh National Review, Najib secara terang-terangan sudah menggelarkan ulama besar dunia Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi sebagai membawa kesesatan di Timur Tengah [National Review].

Mungkin Najib ada fatwanya sendiri untuk menghalalkan apa yang sudah jelas diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Ulama Dunia yang menjadi rujukan dunia Islam sanggup digelar sebagai menyesatkan, apa lagi Majlis Fatwa Kebangsaan?

Nilai Dosa & Pahala di Hati Rakyat Malaysia tewas cuma dengan BERAS..

KAUT BERAS TANDA KETANDUSAN NILAI

PERISTIWA yang berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tanjung Malim seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada hari Rabu 23 Februari 2011, menandakan ketandusan nilai di kalangan penduduk Malaysia yang diagungkan sebagai negara Islam yang terkenal di dunia.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya merasa malu di atas tindakan tidak berakhlak sebahagian kecil rakyat Malaysia dalam peristiwa tersebut. Nampak seolah-olah orang Malaysia tak cukup makan lebih serius lagi daripada negeri ketiga yang mengalami kemiskinan tegar sepanjang tahun.

Sepatutnya sebagai seorang yang berperikemanusiaan, tentulah kita beri pertolongan dahulu kepada orang yang memerlukan pertolongan, bukannya merebut harta kepunyaan orang yang haram dimakan. Bayangkan, kalau perkara seperti itu berlaku kepada kita atau keluarga kita dan tiada siapa yang menolong kita. Apa perasaan kita pada masa itu? Memakan harta orang tanpa izin hukumnya haram. Memakan makanan yang haram ganjarannya neraka.

Antara sebab tidak mendapat pendidikan al-Quran ialah kerana hati kita gelap. Hati gelap kerana makan minum yang haram dan tidak menunaikan solat. Jika yang solat pun turut juga melakukan kemungkaran dan dosa-dosa besar, termasuk mengambil harta haram dan memakannya, ialah kerana solatnya tidak diterima sebab tidak sah. Solat tidak sah sebab cara melakukannya tidak kena, bacaannya tidak betul atau wuduknya tidak sah. Bacaan dan cara solat tidak kena dan tidak sah ialah kerana ada perasaan sombong di dalam diri sehingga tidak mahu belajar secara formal daripada guru-guru yang muktabar.

IBNU AHMADI

Admin - Patut laa dok bagi kain pelikat pon dah tumbang dahhhh..!!

Minyak Tak Naik..Tapi Insurans Pulak depa Penaiknya..!!



    • Sidi Abdullah tk sudah2 depa yg rugi......hmmm.....makin lama makin jadi jahat la org,.....mana tak nyaa...duit tkdak...semua brg naik.....kalau tk tahan....kalau tk kuat iman....ramai dh yg mencuri/menyamun/merompak.....
      19 minutes ago · · 2 people
    • Mohamad Naim Abdullah Minyak tak naik tapi benda lain naik pusing2 sama sahaja 2x5,5x2...
      18 minutes ago ·
    • Sidi Abdullah tah laaa....asyik2 kerugian yg depa tanggung...kita duk tanggung depa tktau kaaa...rasanya minyak pun nk naik tuu.....duk gatai tgn dh tu...tunggu la lepas PRK yg ada 2 tu....naik la pulak ron95....cuba kira tgk la...dari bulan Nov.2010 sampai la ni...selang sebulan ja depa penaik minyak....
      16 minutes ago · · 1 person
    • Mohamad Naim Abdullah depa rugi tak boleh,klau rakyat rugi takpa plakkkk gerammmmmmmmmmm...mana slogan rakyat didahulukan pirahhhhhhh..
      14 minutes ago · · 1 person
    • Joe Radzif lahannatttt....
      yang korang nak gi tanggung kerugian syarikat tu buat ape...
      selama diorang pun dok cekik rakyat...
      bangsat betul pemimpim cam nih
      kalau masuk neraka biar lah sampai bila bila
      12 minutes ago ·
    • Sidi Abdullah memang rakyat didahulukan punn.....rakyat dulu kena bayaq.....kerajaan nanti2 laaa....paling aku menyampah...ada yg kata...subsidi minyak tu utk buat masjid...sekolah agama....pasai pa nk cerita yg tu...itu tanggungjawab ayah kepada anak2....tkkan tu pun bodo....buat disko utk orh kapir....bukan utk org islam...habih owner disko org melayu tu apa....mcm mana nk kira plak...
      12 minutes ago · · 1 person
    • Mohd Saufi Ramli Betul la tu , rakyat betul2 telah diutamakan utk menanggung beban negara, pemimpin UBN joli katak
      10 minutes ago · · 1 person
    • Mohamad Naim Abdullah tgk apalagi lagi berita yang akan keluar mengata depa rugiiiiiii,segala galanya naik....klau untung diam2 plak masuk poket dia org..tunggulah lepas nie rakyat naik minyak dengan hampa..ALLAH MAHA ADIL...
      9 minutes ago ·
    • Abu 'Imran sabar la... naik pun sikit saja... secara berperingkat2. tidak memBEBANkan... rakyat didahulukan.. hehe..
      8 minutes ago ·
    • Sidi Abdullah hahahha....yg best awai2 thn TNB bgtau ada untung.....tengah2 thn kata rugi.....rupa2nya nk naikkan caj letrik.....mcm hampeh....selalu sgt cakap putaq2.....
      8 minutes ago ·
    • Azam Tajudin Azam Tajudin HAAA... NAIK MINYAK LG.... LPAS NI RAKYAT PULA YG AKAN NAIK MINYAK........
      7 minutes ago ·
    • Sidi Abdullah aku baru lepas sembang dgn kawan aku....insuran katanya nk naik mahal mcm org putih....cissss....org putih kereta murah.....insuran mahai tkpa laa...ni kita semua serba serbi mahai...terkapaq wooooiii.....
      5 minutes ago · · 1 person
    • Kedah Lanie syarikat apa meniaga dengan rakyat boleh rugi habaq mai...pelanggan wajib beli dengan depa..kira pelanggan dah ada dah kot mana pon wajib beli..RUGI pasai pa pulak...mcm meniaga LETRIK, AYAQ, TELEPON....kira benda nie WAJIB dah ada pelanggan iaitu rakyat habis rugi tang mananya..???
      5 minutes ago · · 1 person
    • Joe Radzif rugi la kalau ada malon dah rembat duit tu...
      kahaksss tuih
      4 minutes ago ·
    • Mohamad Naim Abdullah Dah ada penyelewengan mestilah rugi....semua dah masuk ke kroni2...lugi lugi gila.....
      3 minutes ago ·
    • Sidi Abdullah makin lama makin punah rakyat...kadang2 naik benci betui bila aku tgk menteri2 duk mai makan2 dgn red carpet kt bawah KLCC tu....aku selalu nmpak sbb aku keja situ...hampa tktau ka...rkyat susah...hampa suka2 makan minum....
      2 minutes ago ·

Kedah, Kelantan sama handal


BADDROL (tengah) berjaya melepasi halangan dua pemain Kelantan pada aksi Liga Super
di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi.

KEDAH gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan peneraju Liga Super, Kelan- tan di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi.

Keputusan itu ternyata melegakan Kelantan yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah setelah mengharungi lima perlawanan.

Sebaliknya, Kedah yang terus buntu menambah koleksi keme- nangan di gelanggang keramat mereka harus mencari ramuan mujarab untuk mencari kejayaan selepas ini.

Permainan menarik ditunjukkan kedua-dua pasukan dengan Kedah mahu meraih tiga mata penuh manakala Kelantan pula ingin mengekalkan reputasi sebagai peneraju liga.

Bagaimanapun, Kedah terlebih dahulu menghasilkan gol menerusi Azlan Ismail pada minit ke-57 sebelum dibalas Kelantan menerusi Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-79.

Sebelum itu, pasukan pelawat mencemaskan penyokong tuan rumah apabila sepakan S. Chanturu dari luar kotak penalti terkena palang ketika penjaga gol Kedah, Abdul Hadi Hamid sudah tertewas.

Kelantan yang menguasai babak pertama terus memberi tekanan kepada skuad Kenari dan hampir memperoleh gol pembukaan, namun sepakan Chanturu sekadar melintasi gawang tuan rumah pada minit ke-35.

Kedah yang mahu mencari gol awal terus menggandakan usaha, namun sepakan Baddrol Bakhtiar ke sebe- lah kiri gawang pelawat pada minit ke-37 dihampakan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.

Memasuki babak kedua, Kedah hampir menceriakan kira-kira 8,000 penyokong mereka apabila Azlan berjaya meloloskan diri daripada tiga pertahanan lawan, namun sepakan lemahnya sekadar singgah ke dakapan Khairul Fahmi pada minit ke-53.

Usaha pemain tuan rumah yang terus menggandakan asakan akhirnya membuahkan hasil menerusi jaringan Azlan yang menerima hantaran dari- pada Baddrol.

Barisan benteng Kelantan terperangkap dengan kelicikan Azlan yang berjaya meloloskan diri di antara empat pertahanan lawan sebelum bola sepakannya menerjah gawang.

Keceriaan penyokong tuan rumah tidak berpanjangan apabila Norshahrul menyumbat masuk gol penyamaan pada minit ke-79.

Norshahrul selamatkan Kelantan untuk kekal terajui liga

ALOR SETAR - Jaringan penyamaan Norshahrul Idlan Talaha menyelamatkan rekod tanpa kalah Kelantan daripada dileburkan Kedah dalam persaingan bola sepak Liga Super musim ini di Stadium Darul Aman, Alor Setar, semalam.

Rembatan voli penyerang negara itu pada minit ke-79, turut mengekalkan Wira Merah sebagai peneraju liga selepas melalui lima perlawanan, sekali gus memadam gol pendahuluan menerusi tolakan jarak dekat Azlan Ismail pada minit ke-57.

Dalam perlawanan yang disaksikan kira-kira 8,000 penonton itu, Kelantan terlebih dahulu mengancam kubu Kedah apabila percubaan S. Chanturu dari luar kotak penalti pada minit ke-7 menggegarkan palang gol.

Pada separuh masa kedua, Kedah yang membariskan kesebelasan terbaiknya semakin bernafsu memburu gol termasuk menerusi sepakan kaki kiri Azlan pada minit ke-53 yang berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Azlan ternyata menjadi duri dalam daging bagi pasukan pelawat apabila cekap menyambar peluang yang terhidang di hadapan gawang lawan dengan menyumbat gol pertama tuan rumah empat minit selepas itu hasil umpanan sebelah kiri daripada Baddrol Bakhtiar.

Sang Kenari nyaris menggandakan jaringan gol pada minit ke-66, namun sepakan Azmi Muslim ditepis keluar Khairul Fahmi.


Remaja dan alkohol


Penguatkuasaan pihak berkuasa semata-mata tidak dapat membanteras penyalahgunaan alkohol sebaliknya ia perlu mendapat kerjasama masyarakat terutama umat Islam. - Gambar hiasan


MENGAMBIL, menyalahgunakan, ketagihan dan kebergantungan kepada bahan seperti alkohol adalah terma-terma yang digunakan dalam menerangkan tingkah laku pengambilan bahan berkenaan.

Walaubagaimanapun dalam Islam pengambilan bahan terlarang ini adalah haram dan satu dosa besar. Tetapi dalam keadaan ini terdapat sebilangan kalangan remaja yang telah terjebak sama ada pernah ingin cuba-cuba atau sehingga menjadi ketagihan.

Keterlibatan remaja dalam salah laku ini memberi kesan yang mendalam kearah keruntuhan generasi muda Islam yang diharapkan akan menjadi pewaris kelak dan yang dapat mempertahankan kedaulatan amalan cara hidup Islam di muka bumi ini.

Remaja didedahkan dengan penggunaan alkohol ini adalah melalui jaringan sosial (seperti kelab hiburan, acara sambutan perayaan, rakan sebaya, mudah didapati secara terbuka di tempat kerja/awam dan juga tarikan cara hidup).

Keseriusan keterlibatan remaja Islam dalam alkohol walaupun belum sampai kepada ketagihan melampau tetapi sudah ada yang telah mencubanya. Perbuatan ini tidak terbatas kepada remaja bandar mahu pun luar bandar, miskin atau kaya, berpendidikan atau tidak.

Kalangan remaja yang ditemui yang telah mencubanya banyak yang tidak faham dan ada setengahnya pula saja-saja buat tidak faham dengan bertanyakan:

"Minum sikit atau banyak tetapi tidak memabukan jadinya tak salah lah?

"Diminum oleh kanak-kanak bawah umur tu salah tapi kalau dah dewasa tak apa?"

"Sekiranya meminumnya akan membawa kepada mudarat seperti penyakit maka baru salah?

"Minum untuk berikan ketenangan dari masalah dan macam ubatlah tak apa?"

"Masa muda tak apa minum tapi dah tua boleh bertaubat?

"Orang Islam lain pun minum?

"Orang besar-besar atau artis pun minum?"

"Ada jual kat mana-mana, hotel, kedai serbaneka 24 jam dan atas kapal terbang pun free lagi?"

Bahaya kesan penyalahgunaan alkohol

Di antara beberapa bahaya kesan dari penyalahgunaan alkohol dalam kalangan remaja:

l Salah satu daripada dosa besar dan mesti bertaubat.

l Kunci kepada melakukan salah laku jenayah dan maksiat lain.

l Penyakit sosial dan mental (psikologikal).

l Alkohol akan mengurangkan keupayaan minda untuk memberi fokus.

l Remaja yang minum selalunya akan juga mengambil dadah berbeza dengan orang dewasa yang hanya minum

l Remaja yang didedahkan dengan meminumnya di peringkat awal lagi akan menjadi ketagih walaupun bekerja atau melanjutkan pelajaran.

l Ramai remaja yang terlibat dalam kemalangan jalan raya terlibat daengan dadah atau alkohol atau kedua-duanya.

l Remaja yang minum akan jadi kemurungan dan memberi kesan kepada tindak membunuh diri kelak.

l Remaja yang minum dan mabuk mudah terjebak dalam aktiviti salah laku seksual, seksual tidak selamat, sex party atau mangsa rogol)

l Kesan kepada masalah psikologi seperti kebimbangan dan kemurungan.

l Mudah terjebak dalam penyalahgunaan jenis-jenis dadah lain

Bagaimana menghalang anak remaja daripada terjebak?

l Komunikasi yang jelas - ibu bapa mesti mendekati anak-anak melalui kemahiran komunikasi yang berkesan.

l Pemantauan aktiviti dan rakan kenalan anak.

l Pembabitan anak dalam aktiviti kokurikulum.

l Mengajar anak-anak kemahiran sosial seperti pengurusan stres, membuat keputusan dan kawalan kendiri.

l Memberi pendidikan terutamanya agama bagi menyediakan anak yang berakhlak dan soleh.

Bagaimana Remaja Terlibat?

l Pertamanya faktor remaja itu sendiri -sejauh mana personaliti, pendidikan, amalan agama dan kemahiran mereka dapat membantu tidak terlibat.

l Ingin cuba-cuba atau eksperimen - Biasanya remaja yang dipengaruhi rakan sebaya, ingin tahu atau suka kepada cabaran 'yang bodoh' dan boleh 'gah' yang dia dah pernah cuba dan rasa hebat diri berbanding dengan rakan lain yang takut memcuba?

l Bersosial - kerana kawan, atau inginkan diterima oleh rakan sebaya lain. Setengahnya melihat sekadar bersosial suka-suka sahaja.

l Penggunaannya sebagai rawatan - seperti mendapati bahawa alkohol dapat membantu menukarkan mod yang positif dan meghilangkan kedukaan, kesunyian, stres dan masalah.

l Ketagihan - merupakan peringkat di mana remaja mendapati bahawa perubahan secara psikologikal dan fisiologikalnya bergantung kepada alkohol.

l Kompulsif - apabila berlaku perubahan pada kefungsian otak terutamanya bahagian yang mengawal emosi dan motivasi sudah bergantungan kepada alkohol.

Kesimpulan

Pengambilan alkohol dalam kalangan remaja semakin menjadi-jadi dan ini adalah satu gejala yang sangat tidak sihat berlaku pada remaja Islam kita.

Oleh kerana faktor individu remaja dan persekitaran sama-sama memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada gejala ini maka perlu difikirkan cara terbaik menjauhkan daripada merosakkan lagi ramai akhlak anak muda kita.

Contohnya, alkohol ini boleh didapati secara terbuka. Tidak kurang juga remaja kita yang bekerja mencari rezeki dengan majikan yang melibatkan dalam penjualan dan juga menyediakan minuman alkohol kepada pelanggan dan ini perlu dihentikan.

Sayangilah anak bangsa kita dan atas kesedaran dan usaha kita ini insya-Allah dapat membangunan golongan muda yang berakhlak dan menjadi khalifah di muka bumi ini.

Amaran ke 1,000 kepada peniaga

ALOR SETAR 25 Feb. - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akan mengambil tindakan tegas kepada peniaga-peniaga gerai makanan yang masih belum menyediakan tong sampah di premis mereka dan membiarkan kawasan longkang berhampiran kedai mereka tersumbat.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Khazali Din berkata, tinjauan beliau di sekitar kawasan premis makanan di bandar raya itu mendapati kebanyakan longkang yang berhampiran gerai makanan sering tersumbat dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

"Sampah pula merata-rata dan ini adalah amaran saya yang ke 1,000 kali kepada peniaga gerai-gerai makanan.

"Sediakan tong sampah yang mencukupi di gerai makanan anda dan pastikan longkang tidak tersumbat jika anda tidak berbuat demikian tindakan tegas akan diambil," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perasmian Karnival Kesihatan dan Kecergasan anjuran Firadus Fitness dan Majlis Sukan Negeri Kedah di Simpang Kuala di sini hari ini.

Pada majlis tersebut pelbagai acara berkaitan kesihatan dan kecergasan seperti acara senamrobik, mengayuh basikal dan sebagainya dijalankan dan semua acara terbuka kepada orang ramai yang berminat untuk menyertainya.

Menurut Khazali, kawasan persekitaran yang bersih amat penting bagi menjamin kesihatan hidup orang ramai.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...