TAJUK TERKINI @ KLN

D - Iklan@KLN - RM100 sebulan

http://1.bp.blogspot.com/-4-OeBar0Z5E/VClwdCryreI/AAAAAAAAYmU/D45mzR3ZKHo/s1600/output_PvvRXl.gif

http://3.bp.blogspot.com/-X4oGprGPQ_o/U__aUw7F5ZI/AAAAAAAAYJs/I8RfxsvTg7U/s1600/paksu%2B1.gif
30/11/2014



Thursday, February 24, 2011

SPRM siasat Exco Perak?

IPOH, 24 Feb: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak didakwa sedang menyiasat salah seorang Exco kerajaan negeri itu atas dakwaan rasuah.

Sehubungan itu, Pemuda PAS Perak meminta Menteri Besar, Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir mengesah dan menjelaskan dakwaan tersebut.

Menurut Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Perak, Mohd Munir Ali, exco terbabit adalah orang lama dalam Umno.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) telah diberikan maklumat bahawa salah seorang Exco Kerajaan Negeri Perak pimpinan Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak baru-baru ini," kata Mohd Munir dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

"Kami juga difahamkan bahawa Exco yang terbabit dalam siasatan SPRM tersebut merupakan ‘orang lama’ yang penting di dalam barisan kepimpinan Datuk Seri Zambry," katanya dalam kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, Pemuda PAS Perak mendesak Datuk Seri Zambry untuk mengesah dan menjelaskan isu tersebut bagi memberikan gambaran sebenar kepada rakyat.

"Pemuda PAS Perak juga meminta, jika maklumat yang diberikan tersebut benar, Exco terbabit wajar direhatkan dari menjalankan tugas rasmi bagi melincinkan siasatan SPRM," katanya.

Isytihar harta

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) juga mendesak Kerajaan Negeri Perak mengikut jejak langkah kerajaan negeri Selangor agar meminta semua Exco Kerajaan Negeri mengisytiharkan harta mereka dan dipamerkan di dalam laman web kerajaan negeri.

Perkara tersebut bagi membuktikan bahawa semua Exco kerajaan negeri bersih daripada amalan rasuah dan perkara tersebut adalah penting untuk menilai mana-mana pihak agar menunjukkan latar belakang yang bersih.

"Pemuda PAS Perak menunggu respon Datuk Seri Zambry bagi membuktikan perkara tersebut, jika Datuk Seri Zambry gagal mengisytiharkannya sepertimana langkah Kerajaan Negeri Selangor, akan menunjukan persepsi bahawa mereka tidak bersih sepertimana yang didakwa," kata Naib Ketuanya, Salman Haji Saleh.

Pemuda PAS Perak, katanya, yakin semua pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bersedia bagi membuktikan dengan cara mengisytiharkan harta mereka pada bila-bila masa.

Pemuda PAS juga yakin Umno/Barisan Nasional (BN) akan terus memberikan pelbagai alasan bagi melaksanakan perkara tersebut, katanya. [HarakahDaily]

Surat Terbuka Untuk Ahli Majlis Daerah Pendang

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/50496_350012814574_4104_n.jpg

Saya rasa terpanggil utk membuat teguran yang rasanya hasil dari luahan terpendam rakyat Pendang itu sendiri. Ketika masih ramai penduduk Pendang masih dibawah tahap kemiskianan. Ketika masih ramai memerlukan bantuan kelangsungan hidup, tiba2 terdengar Ahli Majlis daerah Pendang akan berangkat ke Beijing, China dgn alasan yg tak munasabah. Tahun 2010 sudah ke Sabah.

Makan Angin katanya. Kali ini kalian sekali lagi akan membuat satu lagi program menghabiskan duit rakyat yang memberi amanah kepada kalian untuk membela nasib rakyat. Siapakah Ahli Majlis ini? Masalah parti politik akan berbangkit jika persoalan ini dibincangkan dengan lebih mendalam. Sehubungan dengan itu, 44 orang yang bakal berangkat pada 15 Mac ini dengan perbelanjaan ratusan ribu ringgit amatlah dikesali.

Bila ditanya apa alasan untuk ke sana, jawapannya amat mengguris hati, "sebelum BN ambil alih, lebih baik kita habiskan duit pejabat...". Amat memalukan bila jawapan ini keluar dari Ahli Majlis suara rakyat dari Pakatan Rakyat. Perkara2 sebegini amat mengguris hati saya rakyat yg mengharapkan kebajikan diberi kepada mereka yang memerlukan. Namun, penjelasan yang wajar adalah diperlukan bagi meyakinkan kami rakyat yang tidak pernah jemu memberi undi kepada Pas.

Rakyat Pendang hanya menantikan hasil buah nangka madu yang ditaman sepanjang jalan Tanah Merah-Tokai untuk dinikmati bersama.

Wassalam

Nukilan : TibaiXkiraSapa...

Umno Perlu Minta Maaf Kepada Orang Melayu

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Parti Islam SeMalaysia meminta supaya umno jangan tunjuk hero sebagai pembela melayu kerana realitinya umno adalah pengkhianat melayu. Umno cuba menunjukkan mereka juara melayu, telatah mereka seperti pencuri menjerit pencuri.

Permintaan Datuk Fatimi Saleh Setiausaha Politik Perdana Menteri supaya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memohon maaf terlebih dahulu kepada orang melayu sebelum Pas hendak membela melayu suatu permintaan yang melucukan.

Hakikatnya umno yang perlu minta maaf dan bertaubat terlebih dahulu kerana dosa yang mereka lakukan kepada orang melayu. Pas mencabar umno supaya menjawab persoalan ini.

Siapa punya angkara sehingga tanah rezab melayu selepas merdeka ada 3 juta hektar tetapi pada tahun 1995 hanya tinggal 1.7 juta hektar. Kenapa minyak yang ditemui di persisiran pantai Kelantan, tetapi dinaikkan di Songkla Thailand.. Apakah Menteri Besar Kelantan berbangsa Monggolia sehingga tergamak berbuat demikian?.

Siapa yang kianat tulisan jawi? Siapa yang membunuh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pelajar-pelajar melayu ketika memperkenal metematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Kemana wang RM52 bilion untuk saham orang melayu lesap. Wang sebanyak ini boleh menaikkan kedudukan bumiputera dalam ekonomi.

Siapa yang tabal Tengku Ibrahim sebagai sultan Kelantan di padang bola di Ketereh. Siapa yang panggil Sultan Terengganu binantang.

Terlalu banyak jenayah umno kepada orang melayu, Islam, tanah dan raja-raja melayu kalau hendak dilakarkan. Cukup sebagai bukti umno yang berdosa dengan orang melayu.

Umno tidak perlu menuding jari kepada Pas kerana hak melayu tergadai. Selagi umno mendakwa Pas yang kianat orang melayu maka lama kelamaan akan terdedah siapa pengkianat sebenar kepada melayu di negara ini. Pas akan mendedahkan kepada orang melayu mengenai pengkhianatan umno selama ini.

Perjuangan umno untuk membela melayu hanya topeng semata-mata bagi mengkayakan beberapa kerat pemimpin umno, sedangkan melayu keseluruhannya tertinggal jauh daripada bangsa lain. Semua ini angkara umno sudah meninggalkan Islam sebagai cara hidup dan mengguna pakai Umno Putera sehingga menindas sesama bangsa.

Tidak ada bukti Tuan Guru Nik Aziz dan Pas mengkhianat bangsa. Pas mengkritik umno selama ini kerana mereka hanya memperjuangkan bangsa, akhirnya melayu dan Islam merempat di bumi sendiri.

Apabila bangsa yang diperjuangkan, Islam sendiri tidak selamat. Contohnya ketika Selangor di bawah pemerintahan umno, ulamak diburu seperti penjenayah. Sedangkan Pas memperjuangkan Islam, maka Islam, melayu dan bukan melayu turut selamat.

Khaled Nordin bergeser dengan Saifudin?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Semacam ada pergeseran berlaku antara Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin dengan timbalannya Datuk Saifudin Abdullah ekoran pilihan raya kampus.

Ia mula dikesan apabila Khaled melalui Twitternya menulis, "Perjuangan yang menjijikan jika berasas kepada penipuan, kepalsuan dan rekaan. Ia berbau politik pembangkang".

Namun tidak diketahui kepada siapakah mesej itu ditujukan.


Ekoran Twitter ini, Saifudin menghantar mesej khas kepada Khaled juga melalui Twitter yang berbungi, "Saifuddin Abdullah @ khalednordin Dato, siapa yg jijik tu?"

Selepas mesej itu, Khaled menjawabnya melalui Twitter berbunyi, "MohamedKhaled Nordin: Sesetengah orang suka huru hara, silap2 bole jadi hero."

Namun tidak diketahui apakah ianya ditujukan kepada Saifudin atau tidak.

Ekoran itu, Saifudin telah menghantar dua mesej melalui Twitternya, iaitu "Bagaimana dengan TNC HEP tak nak jumpa mahasiswa?" dan "Pandangan saya tentang kes UPM dilapor oleh Msianinsider. Cuma pembetulan sikit, saya "tak arah", saya "beri pandangan".


Sebelum ini Harakahdaily melaporkan desakan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) agar Khaled meletakkan jawatan ekoran kegagalannya menangani masalah demokrasi kampus yang semakin kritikal berkaitan perjalanan pilihan raya kampus (PRK).

Desakan itu juga kerana kegagalan Khaled menyahut cabaran mahasiswa untuk berdialog secara terbuka mengenai isu-isu mahasiswa.

Gamis sebaliknya mahu timbalan beliau Saifuddin Abdullah menggantikan Khaled mengetuai kementerian berkenaan kerana dilihat lebih bersifat terbuka terhadap suara mahasiswa.

Gamis juga mengambil serius kegagalan Khaled berhadapan dengan tuntutan mahasiswa sebelum ini.

Memorandum Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berhubung salah guna kuasa pihak universiti dalam pilihan raya kampus pada Januari tahun lalu tidak dilayan.

Jangan buka ruang untuk DAP dituduh anti Melayu

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Untuk kali ke lima belas selepas PRU 12, pilihanraya kecil (PRK) akan berlangsung lagi. Kali ini di Kerdau, Pahang, kawasan DUN di mana pengundi Melayunya hampir 90 peratus. Dalam kesemua PRK yang berlaku, undi Melayu terhadap Pakatan Rakyat tidak lebih baik dari PRU 12, kecuali di Kuala Terengganu. Manakala bagi pengundi bukan Melayu pula, khususnya kaum Cina, sokongan mereka terhadap Pakatan sama ada sama ada lebih baik dari PRU 12 atau bertahan, kecuali di Bagan Pinang.

Ditakdirkan PRK berlaku di semua negeri di Malaysia, kecuali Perlis. Jika PRK yang merata di kesemua negeri itu dijadikan pola pungutan pendapat, maka kesimpulan yang dapat dibuat ialah; Pakatan masih gagal menguasai undi Melayu manakala BN masih gagal menguasai undi Cina. Oleh kerana peratus pemilih Melayu di negara ini lebih besar dari Cina, maka keputusan umum PRK itu membayangkan bahawa Pakatan masih sukar untuk mengambil alih Putra Jaya, jika PRU diadakan sekarang.

Ada yang berpendapat PRK tidak boleh dijadikan ukuran kekuatan sebenar, kerana dalam PRU BN tidak mungkin dapat membuat penumpuan di setiap daerah mengundi seperti yang mereka lakukan dalam PRK. Ulasan dan alasan itu tidak lebih dari untuk ‘menyedapkan hati’ sebenarnya, kerana di pihak Pakatan pun mereka juga tidak boleh membuat penumpuan di setiap daerah mengundi seperti yang dilakukan dalam PRK. Bahkan amalan pilihanraya berat sebelah yang berlangsung lebih lama dari yang dialami rakyat Mesir, dijangka akan lebih memburukkan lagi sokongan terhadap Pakatan. Bagaimanapun itu hanyalah teori dan andaian.

Jadi mahu tidak mahu, para pemimpin Pakatan mestilah mengembelingkan pemikiran bagaimana untuk menarik sokongan Melayu secara lebih besar. Apa ramuan dan umpan paling efisien untuk menggerakkan gelombang?

Sama ada mahu diakui atau tidak BN, khususnya Umno, berjaya menarik kembali sokongan Melayu bermodalkan retorik perkauman dan umpan provokasinya ialah DAP. Rakyat dimomokkan bahawa DAP sebagai anti Melayu dalam setiap denyut nafas dan rencah fikir orang Melayu. Propaganda mereka tidak pernah padam barang sesaat. Macam rakyat Malaysia tahun 70an diberitahu perihal jahatnya Komunis oleh segenap siaran propaganda kerajaan.

Lebih sedekad lalu, kaum bukan Melayu umumnya takutkan PAS macam umumnya orang Melayu takutkan DAP hari ini. Namun tembok itu berjaya dipecahkan, bukan oleh DAP tetapi oleh PAS sendiri yang menyondol masyarakat Bukan Melayu dalam pelbagai pendekatan dan pengeksploitasian isu. Jika DAP tidak menyondol masyarakat Melayu (seperti sepatutnya) maka rakan Pakatan, KeADILan atau PAS mestilah membantu.

‘Buruknya’ imej DAP di kalangan orang Melayu banyak datangnya dari isu-isu yang dicetuskan di Pulau Pinang. Bagi setiap isu yang dimanipulasi oleh jentera propaganda Umno untuk membina persepsi bahawa ‘DAP anti Melayu’ maka masyarakat akan bertanya, “PAS buat apa?”. Maksudnya, PAS semacam tidak turut membela Melayu di Pulau Pinang.

Dalam bulan lalu di ruangan ini saya menasihatkan Kerajaan Pakatan Pulau Pinang supaya berhati-hati dalam tindakan, jangan beri ruang langsung untuk pihak musuh memanipulasi isu kononnya kerajaan DAP anti Melayu. Saya mengambil contoh bahawa tidak perlu seorang Setiausaha Politik Ketua Menteri turun padang melakukan kerja penguatkuasaan peraturan, kerana tindakan itu boleh dieksploit dan langsung tidak boleh menambah undi.

Malangnya hari ini isu yang hampir sama berulang lagi. Beberapa hari berturut-turut media-media talibarut BN mengutarakan laporan tindakan Majlis Perbandaran Seberang Perai merobohkan gerai-gerai haram. Mereka menyiarkan tindakan mangsa yang menyinga memaki hamun kerajaan negeri. Pihak yang terbabit mungkin tidak sampai sepuluh orang, tapi berjuta hati nurani rakyat Malaysia yang menyaksikan drama tersebut tersentuh dengan ‘kerakusan’ kerajaan Pakatan yang dipropagandakan itu. Hanya 10 gerai haram diroboh tapi media talibarut BN melaporkan 1,000.

Apabila Pakatan diberi peluang mentadbir negeri, agenda yang mesti jadi keutamaan ialah isu kebajikan dan pembelaan terhadap rakyat. Penguatkuasaan terhadap undang-undang dan peraturan ciptaan manusia adalah perkara nombor 10, kecuali ia benar-benar membawa kemudharatan segera jika tidak dilaksanakan segera.

Peniaga kedai makanan akan marah jika premisnya dirobohkan dan peralatan perniagaan disepahkan, sekalipun dia berniaga secara haram, kerana itulah sumber rezekinya. Mohamad Sabu bercerita kisah si pondan yang menengking polis kerana punggungnya ditendang. Baginya ‘periuk nasi’ mesti dihormati, sekalipun kerjanya terkutuk.

Peniaga sudah lama berniaga. Jika mahu bertegas, masanya ialah sebelum mereka baru mula melanggar undang-undang. Jika sudah kukuh binaan haramnya, cara bertindak tidak boleh begitu lagi. Macam mencegah anak haram, kena dibuat semasa atau sebelum mereka melakukan maksiat. Bila sudah termengandung, caranya bukan dengan memaksa mereka menggugurkan kandungan sekalipun kandungan itu haram.

Duit riba dari simpanan bank adalah haram. Sekalipun duit itu haram dimakan atau digunakan, Islam tidak menyuruh ia dibuang begitu saja. Ia boleh diserahkan ke baitulmal atau diguna membuat jalanraya atau tandas.

Apabila kita mahu berbahas hingga ke tahap teknikal, maka demikianlah mereka yang berniaga gerai haram. Dalam dunia betamadun, perbuatan meroboh dan mengusir tampaknya sangat hodoh dan zalim, meskipun yang terbabit cuma sebuah rumah usang. Notis dan undang-undang bukan jawapan kepada segala-galanya.

Mengapa tidak mereka dikumpulkan, berdailog dengan pihak kerajaan tempatan dan wakil rakyat sampai masak dan lumat, bincang pelan alternatif terlebih dahulu, buka ruang masa dan fikirkan penyelesaian yang paling minima kerugiannya. Baik kerugian yang ditanggung peniaga mahupun kerugian politik yang ditanggung parti pemerintah. Jangan roboh dulu baru fikir alternatif, hendak pindah ke mana.

Nah, akibat kerakusan bertindak, tak besar mana pun keuntungan yang kerajaan negeri dapat. Tapi ‘busuknya’ imej kerajaan Pakatan hingga satu Malaysia. Umno akan terus memukul canang, tengoklah bukti kerajaan ‘DAP anti Melayu’, walhal hanya empat gerai Melayu yang terbabit dan tindakan penguatkuasaan bukan berasaskan kaum pun. Masalah besarnya, semua media utama negara masih di bawah cengkaman kuku besi BN, sebab demokrasi di Malaysia masih dibayangi demokrasi Hosni Mubarak di zaman berkuasanya. Sementara Pakatan masih jadi mentimun dan bukan durian (dalam penguasaan media) maka pada sebilang masa, Pakatan kenalah berhati-hati.

Semoga Libya mendengaq teguran Najib ini..TAPI....!!!!

Yang dok tegoq tu pon 2x5 nak kira camna....???

Pemimpin Libya tak harus guna kekerasan, kata Najib-MalaysiaKini

Pemimpin Libya Muammar Gaddafi tidak sepatutnya menggunakan kekerasan ke atas rakyat yang menunjuk perasaan di jalanan sehingga menyebabkan pertumpahan darah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada AFP di Istanbul, Turki.

NONE"Kami berpendapat beliau tidak seharusnya menggunakan kekerasan,” kata Najib, semalam yang berada di Turki untuk lawatan rasmi.

"Apa yang penting bagi kami ialah mengambil kepentingan aspirasi rakyat... Sistem itu harus sah dan harus berdasarkan atas sokongan orang ramai,” katanya.

Rakyat negara-negara Arab dan di utara benua Afrika telah memberi “petunjuk jelas yang mereka mahukan perubahaan dan pembaharuan” dan kerajaan patut mendengar tuntutan itu, kata Najib.

NONE"Pembaharuan perlembagaan dan politik yang berkesan sepatutnya dapat memenuhi harapan dan aspirasi rakyat, khususnya golongan muda,” kata perdana menteri lagi.

Menurutnya perubahaan di rantau itu sepatutnya dijalankan secara aman dan meminta kedua-dua pihak - penunjuk perasaan dan juga kerajaan agar tidak menggunakan kekerasan.

Najib juga berkata beliau tidak bimbang bahawa rakyat Malaysia akan mengambil risiko dan melakukan perkara yang sama seperti di negara-negara Arab.

NONEDakwanya, pilihan raya di negara ini “agak bebas dan adil” manakala sokongan terhadap kerajaan semakin meningkat.

Malaysia baru-baru ini juga membuat perancangan bagi memindahkan kira-kira 190 rakyatnya di Libya.

Satu tunjuk perasaan besar-besaran juga dijadualkan di kedutaan Libya di Kuala Lumpur esok yang dianjurkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat bagi menyuarkan sokongan kepada rakyat negara itu.

NONEKeganasan yang tercetus di Libya didakwa sudah meragut lebih 1,000 nyawa dengan 600 orang daripada mereka di ibu negara, Tripoli.

Selasa lalu, kerajaan Libya buat pertama kali mendedahkan bahawa 300 rakyatnya terbunuh dalam tunjuk perasaan yang tercetus lebih seminggu lalu. Namun Persekutuan Antarabangsa Mengenai Hak Asasi (IFHR) semalam menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 640 orang yang telah terkorban.


Jom Kita Pi Karnival Kedah Sejahtera 2011 Pas Kwsn Pokok Sena

klik gambaq untuk paparan yang jelas

Kedah giat promosi 'Green Tourism' sebagai tarikan pelancongan baru


Muhayat Jasmin/harakah

ALOR SETAR, 23 Feb: Usaha bagi mempelbagaikan daya tarikan pelancong ke negeri Kedah dipergiatkan melalui pelbagai program yang telah direncanakan bagi mencapai matlamat menjadikan Kedah sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang amat menarik.

Exco Pelancongan, S. Manikumar yang mengulas mengenai daya tarikan ini berkata, Kerajaan Negeri sedang giat mempromosikan 'Green Tourism' dimana tempat-tempat menarik yang mempunyai keindahan alam hijau dan juga flora serta fauna akan diketengahkan.

"Banyak tempat-tempat menarik seperti Ulu Muda, Lembah Bujang di Merbok, Sungei Sembeling dan juga Gunung Jerai mempunyai keindahan kehijauan alam yang mampu menjadi daya tarikan kepada pelancong.

"Usaha sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi mempromosikan keindahan dan tarikan ini kepada pelancong-pelancong luar negara seperti Singapura dan juga Thailand. 'Green Tourism' ini amat membantu pelancongan di Kedah. Oleh kerana itu ia perlu diketengahkan kepada pelancong kerana keindahan flora dan fauna yang begitu unik dipunyai oleh negeri Kedah," katanya.

Kata beliau, usaha terbaru itu juga bertujuan meluaskan tumpuan pelancongan di Kedah supaya tidak hanya tertumpu kepada Langkawi sahaja.

"Selain Langkawi, banyak lagi kawasan-kawasan pelancongan yang ada di negeri Kedah boleh dipromosikan sebagai destinasi pelancongan yang amat menarik. Jika di Thailand, agensi pelancongan yang ada di sana mempromosikan pusat pelancongan dalam negara.

"Maka itu, adalah tidak sukar bagi semua agensi pelancongan yang ada di Kedah mempromosikan pelancongan di tanah besar Kedah supaya ia setara dengan promosi pelancongan yang dilakukan di Langkawi bagi meningkatkan jumlah kehadiran pelancong ke negeri ini, " ujarnya.

Tsu Koon layak menteri 'perpecahan'


Aziz Muda

KUALA LUMPUR, : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon diminta menarik balik kenyataannya berhubung portfolio baru bagi menguruskan hal ehwal agama bukan Islam yang ditubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Kalau tidak tarik balik, beliau dicabar meletakkan jawatannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio perpaduan kerana kenyataannya itu yang amat tidak berasas.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, disebabkan kenyataannya yang tidak berasas, Koh Tsu Koon perlu bertanggungjawab dan menarik balik kenyataannya itu kerana ia hanya boleh membawa perpecahan.

Menurut beliau, jika tidak, Koh Tsu Koon tidak selayaknya terus memegang portfolio itu, sebaliknya layak menjadi menteri 'perpecahan' kerana kenyataannya yang hanya tahu mengkritik Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang walaupun tidak berasas.

"Jadi saya dengan ini meminta Koh Tsu Koon menarik balik kenyataannya itu kerana ia tidak selayaknya keluar dari menteri (yang memegang portfolio perpaduan dan prestasi) tetapi layak sebagai menteri 'perpecahan'," katanya pada sidang akhbarnya yang diadakan di ibu pejabat DAP, di sini, hari ini.

Dalam kenyataannya baru-baru ini, Koh Tsu Koon menganggap portfolio baru bagi menguruskan hal ehwal agama bukan Islam yang ditubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau di bawah pimpinan Lim Guan Eng hanya untuk mencari publisiti.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Jerlung, Datuk Mukhriz Mahathir turut mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab dalam kritikannya terhadap Lim Guan Eng kerana menubuhkan portfolio tersebut.

Menurut Lim Guan Eng, beliau amat hairan dengan kritikan Datuk Mukhriz dan Koh Tsu Koon terhadap portfolio yang ditubuhkannya itu, pada hal di Perak di bawah pentadbiran BN, portfolio yang mempunyai nama dan fungsi seperti itu telah ditubuhkan terlebih dahulu, tetapi tidak pula dikritik.

"Di Perak di bawah pimpinan Zambry, fortfolio Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam itu dipegang oleh Datuk Dr Mah Hang Soon.

"Porfolio itu ditubuhkan sejak tahun 2009 lalu di Perak, tetapi kita di Pulau Pinang baru menubuhkan portfolio itu tahun 2011. Tapi kenapa yang dibuat oleh kerajaan BN Perak tak dikiritik oleh mereka, yang kita buat pula yang dikritik?

"Kenapa yang hitam boleh jadi putih dan yang putih menjadi hitam? Amat pelik sikap mereka itu. Pada mereka apa yang kita buat semuanya tak kena, tak betul.

"Orang seperti itu kalau dalam Islam disebut munafik. Untuk tahu lebih lanjut perkara itu, sesiapa pun bolehlah bertanyakan kepada ulama," katanya.

Beliau yang turut menyifatkan Toh Tsu Koon sebagai 'burung kakak tua' kepada Umno itu berharap agar menteri berkenaan tidak hanya tahu mengkritik apa yang baik yang dibuat oleh kerajaan Pulau Pinang, tetapi berpandangan lebih jauh dengan sebarang kenyataan yang dikeluarkannya.

Begitu juga yang diharapkan oleh beliau terhadap Mukhriz, dengan harapan sebelum mengeluarkan kenyataan yang mengkritik Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dengan penubuhan portfolio itu, ia perlu dirujuk dengan apa yang dibuat oleh Kerajaan BN di Perak terlebih dahulu.

Mahkamah arah Adun Lenggeng bayar RM18,000

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

SEREMBAN, 24 Feb: Mahkamah Sesyen Seremban hari ini mengarahkan Adun Lenggeng, Mustafa Salim membayar sebanyak RM18,000 kepada seorang imam masjid ekoran tindakannya mengeluarkan satu surat yang dikira bersifat fitnah.

Dalam perbicaraan yang ditetapkan hari ini Adun Lenggeng tersebut dengan tanpa pengakuan liabiliti bersetuju membayar imam tersebut.

Pada 12 September 2008 imam tersebut Sungai Machang Hilir, Haji Baharudin Jalu memfailkan saman fitnah ke atas Adun berkenaan atas dakwaan memfitnah beliau melalui surat Adun tersebut kepada pegawai agama Islam, pejabat Agama Islam daerah Seremban bertarikh 16 Juali 2007.

Surat itu juga disalinkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, mantan Adun lenggeng dan Setiausaha JKKK Kampung Sungai Machang.

Dalam surat tersebut antara lain Adun lenggeng tersebut menulis:

"Saya difahamkan bahawa Haji Baharudin bin Jalu yang merupakan imam (ketua pakatan pemecah masyarakat kampung)...

"Di kesempatan ini Haji Baharudin Jalu sebagai manusia rakus dan bodoh sombong bertindak melulu untuk mencapai matlamat nafsu dia terutama kewangan."

Dalam penyata pembelaannya sebelum ini, Adun tersebut menafikan beliau ada mengeluarkan surat tersebut.

Dalam perbicaraan hari ini, imam tersebut diwakili Mohamed Hanipa Maidin (gambar) manakala Adun Lenggeng itu diwakili Encik Rafizi.

Harakahdaily/-

KARTUN ZUNAR BAKAL DIHARAMKAN?



Kah..kah..kah...kartun ni makan 'dalam' beb! Marah KDN nanti. Tak takut kena 'ban' ke Zunar...kahkah..

1000 Dikhuatiri Maut di Libya

Gadis-gadis cun ini turut berjuang!

Saya petik:

[Kosmo] BENGHAZI - Tindakan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mahu menamatkan tunjuk perasaan yang menuntutnya meletakkan jawatan telah menyebabkan 1,000 orang terbunuh, kata Menteri Luar Itali, Franco Frattini semalam.

"Kami percaya anggaran kematian kira-kira 1,000 orang boleh dipercayai," kata Frattini merujuk kepada tindakan Gaddafi yang mengarahkan pasukan keselamatan membedil dan menembak para penunjuk perasaan.

Sebelum ini, pertubuhan hak asasi, Human Right Watch menganggarkan 233 orang terbunuh dengan 62 penduduk di ibu kota Libya, Tripoli sejak dua hari lalu.

Menurut Frattini, beliau mengetahui bahawa wilayah timur Libya, Cyrenaica yang merupakan lokasi yang menempatkan banyak simpanan minyak tidak lagi berada di bawah kawalan Gaddafi.

Di bandar Benghazi, para penunjuk perasaan meraikan kemenangan dengan bermain bunga api dan membunyikan hon ekoran pertumpahan darah sudah berakhir.

Kawasan timur Libya dikatakan sudah berada dalam penguasaan penduduk yang menentang pemerintahan Gaddafi.

Sebuah penjara turut dibakar di Benghazi dan imej televisyen Sky News menunjukkan sebuah pesawat antipeluru berpandu Libya ditinggalkan di sebuah pangkalan tentera dekat Tobruk.

Menurut akhbar Quryna, di Sabratah, 80 kilometer ke barat Tripoli, tentera Libya menempatkan sejumlah besar askar selepas para penunjuk perasaan memusnahkan hampir kesemua pejabat perkhidmatan keselamatan. - Reuters

Berkaitan:
Gaddafi semakin tertekan selepas bertindak ganas ke atas rakyat

[BH] TRIPOLI: Pemimpin Libya Muammar Gaddafi semakin tertekan semalam berikutan peletakan jawatan beberapa pegawai kanan, termasuk Menteri Dalam Negeri, Abdel Fattah Younes al-Abidi yang dianggap nombor dua di Libya.

Al-Abidi mengumumkan langkahnya untuk menyokong penunjuk perasaan ketika laporan menyatakan sehingga 1,000 orang terbunuh sejak bantahan tercetus 17 Februari lalu.
Sementara itu, penunjuk perasaan dengan bantuan anggota tentera yang berpaling tadah mendakwa menguasai bahagian timur Libya.

Malah mereka mendakwa selepas seminggu bantahan tercetus Gaddafi kini hanya menguasai wilayah tertentu termasuk sebahagian ibu negara Tripoli dan bandar selatan Sabha.

Menurut perangkaan kerajaan hampir 300 orang terbunuh ketika pasukan keselamatan dengan ganas menyuraikan penunjuk perasaan. Namun menteri luar Itali Franco Frattini berkata di Rom laporan yang menyatakan kematian mungkin mencecah 1,000 orang boleh dipercayai berikutan serangan udara turut dilancarkan terhadap penunjuk perasaan.

Bekas negara penjajah Libya itu bimbang jika rejim Gaddafi berjaya ditumbangkan, sehingga 300,000 rakyat Libya mungkin akan lari ke Itali.

Selain Al-Abidi, ramai lagi jeneral kanan termasuk Jeneral Mahmud, pegawai pemerintah di Tripoli dan timur Libya berpaling tadah.

Menurut laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC) Gaddafi kini hanya mendapat sokongan daripada kelompok kecil yang rapat dengannya tetapi agak jelas beliau tidak akan menyerah kalah tanpa melawan habis-habisan.

Sementara itu, beberapa negara Eropah dilaporkan sudah mula membawa keluar warga masing-masing dari Libya.

Perancis, Turki dan Russia adalah antara negara yang sudah menghantar pesawat masing-masing bagi membawa keluar rakyat mereka yang terperangkap.

Britain pula menghantar kapal perangnya, HMS Cumberland ke pesisir pantai Libya bagi membantu operasi membawa keluar rakyatnya.

Amerika Syarikat, China dan India juga dilaporkan sedang membuat persiapan membawa pulang rakyat masing-masing keluar dari negara bergolak itu. – AP/Agensi

Katak Nibong Tebai Join KITA



Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng mengumumkan menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

Beliau sebelum ini bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi keluar dari parti itu tahun lalu dan menjadi Ahli Parlimen Bebas. Penyertaannya dalam KITA diumumkan dalam satu sidang akhbar di sini.

Turut sama dalam sidang akhbar itu ialah Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim.

"Saya menyertai KITA kerana tertarik dengan dasar perjuangannya untuk membawa keadilan dan pembaharuan kepada rakyat," katanya.

Ustaz Azizan Abdul Razak -Ceramah Umum H30K Pemuda PAS


Umno Tak Pernah Jawab Saham Bumiputera RM52 Bilion Lesap

Sejak saham Bumiputera RM52 Bilion lesap dan dibangkitkan banyak pihak termasuk bukan Melayu, pemimpin Umno yang jadi berlagak dan tunjuk hero perjuangkan nasib umat Melayu langsung tak pernah jawab isu tersebut.NGO songkok tinggi dan pro Umno juga buat tak tahu sebab kerja depa hanya pertahankan Umno daripada tumbang dalam pru 13 akan datang.Kalau Umno aniaya atau dajjalkan bangsa Melayu dengan kikis duit saham Bumiptera mampoih pi la janji Umno terus berkusa dulu kini dan selamanya.

Kalau ada kes libatkan PR walaupun sebesaq hama mereka akan meluru sakan tonjolkan diri menjerit-jerit macam tak makan 3 hari kononnya PR derhaka Raja, seleweng duit tapi tapi bila diminta bukti mula meloroih ke belakang sebab rasa 'kemaluan'.Kalau betoi sungguh PR seleweng duit rakyat baguih la kita pakat hentam ni tak taw hujung pangkal main terpa sebab nak nama ja tak lebih daripada tu.Orang Melayu yang berfikiran waras tidak akan termakan mainan kotor puak-puak ni.

Mana NGO Gaps, Perkasa dan yang seangkatan dengannya dalam isu saham RM52 Bilion hilang kalau betoi nak perjuangkan nasib bangsa Melayu?Mari kita bersatu desak Umno di mana hilangnya saham RM52 Bilion kepunyaan Bumiputera.

Kenapa sejak Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan hingga DEB dihapuskan dan diganti dengan macam-macam dasar untuk majukan bumiputera kita orang Melayu terus dianggap miskin walaupun kita mendakwa negara ini kepunyaan kita?Sebenarnya kita orang Melayu kena tipu dengan Umno, kena kencing dengan Umno ...Umno mahu kita orang Melayu bertongkatkan Umno sampai bila-bila supaya Umno terus berkuasa di negara ini kayakan kroni Umno, kayakan kroni MCA dan MIC.

Tunggulah 100 tahun lagi pun kita akan terus dianggap miskin kalu terus bertongkatkan Umno, berpayungkan Umno, yang miskin kita yang kaya Umno!Zaman Tun Mahathir 22 tahun perintah didakwa perabih RM100 Bilion, lepas tu Tun Mahathir pulak kata zaman Tun Abdullah perabih duit RM270 Bilion kalau takat RM52 Bilion lesap apa kita nak heran...semua pakat telan yang teruk kita orang Melayu pakat terhegeh-hegeh nak perjuangkan Melayu sementara yang di atas pakat sapu kenyangkan kroni.Ada anak-anak pemimpin Umno hidup melarat minta sedekah sana -sini?Mereka semua kaya cik oii jadi jutawan lagi.Kalau kaya duit titik peluh sendiri tak pa la tapi kalau kaya dengan songlap duit rakyat , seleweng duit rakyat ok ka?

Tu baru kira duit saham Bumiputera belum kira isu tanah Rezab Melayu yang tinggal sekangkang kera,persempadanan semula kawasan pilihanraya 2003 yang menghiris hati orang Melayu dengan tidak perbanyakkan kawasan parlimen untuk kerusi Melayu..semua ni Umno tak berani jawab dan berani debat.

Kalau yang RM52 bilion lesap pun Umno buat tak reti tambah yang RM1.5 Bilion diagihkan kepada sapa yang dapat takkan Umno nak cakap. - misaimerah [ selatanonline…]

"Jangan dok merapu lagilah Mahathir," SMS seorang kawan.

Mahathir, Menteri Dalam Negeri yang paling lemah kuasanya?

Dr Mahathir Mohamad, 17 Feb lalu, berkata beliau sebenarnya mahu memansuhkan ISA ketika memegang tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun. Bagaimanapun, dakwanya, usaha itu gagal kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak cadangan tersebut.

"ISA harus digunakan ikut keperluan tapi bila saya jadi perdana menteri saya mahu ia dimansuhkan tetapi polis menentang. Bila saya cadangkan usul itu, ia ditolak," katanya  pada Forum Cabaran Semasa Demokrasi dan Perlembagaan ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di bangunan Parlimen. Sebelum ini, merujuk  Ops Lalang 1987 yang melibatkan lebih 100 orang tokoh masyarakat dan penggantungan empat akhbar, Mahathir juga menyalahkan pihak polis.

Saya pelik mengapa Mahathir perlu menimbulkan isu ini dengan nada berbeda. Apakah Mahathir mahu menulis semula sejarah daripada kacamatanya sendiri, walaupun terpaksa melakukan pendustaan terang-terangan? Mungkinkah rasa bersalah bekas Perdana Menteri ini membuatkan beliau resah-gelisah sehingga sanggup berbicara apa sahaja menurut sedap hatinya?

Regim Mahathir memang penuh babak-babak kontroversial. Beliau diasak pelbagai masalah, sama ada dari dalam Umno, dengan raja-raja, pihak peguam, kesatuan sekerja, ulamak, hakim dan lama sebelum itu, dengan mahasiswa. Tidak sedikit korban yang gugur ekoran pertembungan itu. Paling menjolok mata, partinya sendiri, Umno, diharamkan atas kehendak beliau. Kebebasan institusi kehakiman musnah; tiga hakim Mahkamah Agung termasuk Ketua Hakim Negara dipecat melalui proses tribunal yang mengelirukan.

Khususnya selepas pemilihan presiden Umno 1987, yang menyaksikan beliau hampir tumpas kepada Tengku Razaleigh Hamzah, Mahathir bertindak keras mengetatkan lagi akta zalim seperti Akta Polis, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan ISA. Elok ditekankan di sini, Mahathir juga sepanjang pemerintahannya melakukan siri pindaan perlembagaan bagi membataskan kuasa hakim dan mahkamah, sebaliknya memperuntukkan lebih kuasa kepada eksekutif, iaitu dirinya sendiri.

Saya masih ingat situasi cemas yang sengaja diwujudkan sekitar pertengahan 1987 membawa kepada hari gelita, 27 Oktober 1987. Kedudukan Mahathir memang terancam. Sentimen perkauman berkaitan isu sekolah Cina sengaja diapi-apikan. Anehnya, tokoh-tokoh politik Umno dan MCA yang galak menimbulkan rasa gelisah ketika itu, termasuk Najib Razak, tidak pula dikurung. Pimpinan PAS pula yang ditahan, antaranya Mohamad Sabu, Khalid Samad, Halim Arshat dan Mahfuz Omar.

Mahathir boleh saja mendapat sokongan bekas Ketua Polis Negara, Abd Hamid Omar atas dakwaannya bahawa inisiatif penahanan dimulakan oleh polis tetapi saya tidak mempercayainya, sekali gus beranggapan ia satu lagi "jenaka terbaik" Mahathir. Gerak itu mesti bermula dan dirancang oleh orang politik yang berkepentingan. Tiada pihak paling mendapat manfaat daripada Ops Lalang itu melainkan Mahathir.

Memang semasa mula menjadi PM, Mahathir membebaskan beberapa orang tahanan ISA. Najib juga meneladaninya. Tetapi apabila berdepan krisis, berikutan dasar dan pendekatan pemerintahannya yang menimbulkan banyak penentangan, Mahathir "akan menggunakan sebesar-besar senjata walaupun untuk memusnahkan musuh yang kecil".


Okey, kita terimalah dulu lawak Mahathir itu. Bersopan sungguh Mahathir dalam kerjanya, ya? Sentiasa mengutamakan pandangan pihak lain walaupun bercanggah dengan dirinya. Soalnya, kalaupun ISA tidak dapat dimansuhkan, mengapa pula Mahathir sentiasa memperketatkan akta itu dari masa ke semasa walaupun ancaman komunis bersenjata yang menjadi punca penggubalan ISA sudah berakhir? Berbanding tiga PM sebelumnya, Ops Lalang membabitkan paling ramai penahanan tokoh masyarakat berprofil tinggi.

Mengapa apabila berdepan permohonan habeas corpus Lim Kit Siang, salah seorang tahanan ISA 1987, dan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terpaksa melepaskannya, maka dengan segera dan tergesa-gesa Mahathir melakukan pindaan akta berkenaan apabila kes ditangguhkan. Hari ini pindaan dibahaskan di Dewan Rakyat, esok dibawa ke Dewan Negara dan kemudiannya pantas diwartakan. Apabila kes Kit Siang disambung perbicaraan, peluang beliau dibebaskan tertutup rapat disebabkan hakim telah menggunakan akta yang baru dipinda itu!

Begitu juga dengan kes penangkapan Karpal Singh, di bawah Ops Lalang. Pada 9 Mac 1988, Mahkamah Tinggi Ipoh membebaskannya disebabkan fakta pertuduhan pihak polis didapati tidak benar. Karpal didakwa memberi ucapan berbaur hasutan di satu lokasi sedangkan beliau berada di tempat lain ketika itu. Hanya beberapa jam selepas dibebaskan mahkamah, Karpal ditangkap semula. Pihak Peguam Negara kemudiannya membuat rayuan kepada Mahkamah Agung atas keputusan Mahkamah Tinggi.

"Jangan dok merapu lagilah Mahathir," SMS seorang kawan.

Ahmad Lutfi Othman

SAMAN EKOR ADALAH SALAH.. Ini buktinya...

Kes LEONARD LIM YAW CHIANG lwn DIRECTOR OF JABATAN PENGANGKUTAN JALAN NEGERI SARAWAK [2009] 6 CLJ 280

KEPADA RAKYAT MALAYSIA INI JANJI KAMI

dari kes mahkamah

This was an application by the applicant for an order of certiorari to quash the 1st respondent’s decision refusing to issue a motorvehicle licence for a vehicle belonging to the applicant (‘said vehicle’). The applicant also applied for an order of mandamus directing the 1st or 2nd respondent to issue a motor vehicle licence for the said vehicle to the applicant upon payment of the prescribed fee by him. The reason for the 1st respondent’s refusal to issue the licence was that the applicant purportedly had an outstanding traffic police summons (‘exh. L2’) in respect of another vehicle. For this reason the applicant’s name and identity card number appeared on the computer systems of the Road Transport Department (‘RTD’) as a person with an outstanding summons; hence, the respondents blacklisted his name. The blacklisting was apparently automatic and the respondents never conducted an inquiry before blacklisting the applicant. The applicant was also not informed of the blacklisting, only learning about it when he went to the 2nd respondent to apply for and renew his motor vehicle licence for the said vehicle.

The Federal Counsel submitted that the 2nd respondent had exercised his discretion lawfully and reasonably under s. 17(1)(d) of the Road Transport Act 1987 (‘RTA’) in blacklisting the applicant and refusing to issue a motor licence in respect of the said vehicle. The applicant, however, contended that the 2nd respondent’s decision was unlawful and unreasonable. He argued that under s. 17(1)(d) of the RTA, the 2nd Respondent had to be satisfied that there had been a contravention of or offence against the RTA or the Commercial Vehicles Licensing Board Act 1987 (‘CVLBA’) and to be so satisfied, the 2nd respondent must have evidence that the contravention or offence had been positively established or proven in a court of law.

Held (allowing the application; Deputy Registrar to assess damages suffered by applicant):

(1) The language in s. 17(1)(d) of the RTA should be given a strict and narrow interpretation to avoid injustice done to motorists in that the expression “outstanding matter or case with the RTD or the police relating to any contravention of or offence against the RTA or the CVLBA” should be confined only to a matter or case that has gone to court and in which the applicant had failed to appear to answer the charge on the offence or contravention for which the summons was issued, and also to a matter or case under investigation by the RTD or the police and pending the outcome of such investigation. In this case, there was no evidence that the 2nd respondent had satisfied himself that the applicant had been charged in a court of law for the offence stated in exh. L2 or whether the offence alleged had been proven in a court of law against the applicant. (paras 39 & 40)

(2) The exercise of discretion by the 2nd respondent not to issue the motor vehicle licence to the applicant in respect of the said vehicle had violated the principle of “Wednesbury unreasonableness”. In public law, it is one of the well recognised grounds upon which a decision of a public decision-maker may be challenged in the courts. The recent trend of cases applying the “Wednesbury unreasonableness” principle in judicial review shows that it is not confined only to the examination of the process of decision-making but also to the merits of the decision. (para 44)

(3) On the facts, it was obvious on the face of exh. L2 that the offence which the applicant was said to have committed was an offence in the future. Whether the summons was wrongly dated as claimed by the respondents was a question of fact that could only be established after hearing all the evidence. On this fact alone, no reasonable man would blacklist the applicant because it was obvious that the summons could be challenged for this irregularity. (para 45)

(4) The blacklisting of the applicant was tantamount to compelling the applicant to admit to the alleged offence and pay the compound. This conclusion seemed to have the support of the Federal Counsel when she told the court that the purpose of s. 17(1)(d) of the RTA is to ensure that a person issued with a traffic summons pays the summons. Clearly, therefore, such purpose of the statutory provision would be an affront to the basic principle of criminal law that a person is presumed innocent until proven guilty. (para 47)

(5) Under s. 15(1) of the RTA usage of a motor vehicle on public roads requires a motor vehicle licence, and sub-s. (4) of the same section makes it an offence for using or permitting to be used a motor vehicle without a motor vehicle licence. Therefore, to deny a person a motor vehicle licence to which he is entitled upon complying with the requirements of the law is to deny the person the use and enjoyment of his motorvehicle. Such denial would also be in contravention of art. 13 of the Federal Constitution, under which a person cannot be deprived of his or her property except in accordance with the law. The meaning of deprivation in art. 13 should be interpreted liberally and broadly to include any act that would deprive a person of the use and enjoyment of his property. (paras 48, 49 & 50)

(6) Reading s. 17 of the RTA as a whole, it should be implied in s. 17(1)(d) that an applicant that has been blacklisted and refused a motor vehicle licence should also be notified of the blacklisting and refusal and be accorded an opportunity to make representation to the licensed registrar. This is pertinent because the blacklisting is done mechanically without any inquiry. It all depends on whether an applicant’s name appears in the RTD’s computer system as a person who has an outstanding matter or case with the RTD or police in relation to a contravention of or an offence against the RTA or
CVLB. (para 55)

(7) Thus, the decision of the respondents to blacklist the applicant and not issue him with a licence for the said vehicle was not only unreasonable but also unlawful. (para 56)

Menanti Kepulangan Najib Dari Turki


PADA masa ini Najib Razak dan Rosmah Mansor bersama beberapa orang menteri sedang berada di Turki dalam misi lawatan rasmi. Semalam Najib dilaporkan telah berjumpa dengan Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki. Kurang pasti apakah pertemuan dua perdana menteri itu adalah kali pertama atau tidak. Tetapi saya rasakan lawatan Najib ke Turki dan menemui Erdogan itu adalah kali pertama.

Tentu Najib gembira dengan kunjungan itu. Apa lagi Rosmah Mansor. Peluang itu memboleh beliau memperkenalkan dirinya sebagai wanita pertama Malaysia. Apa lagi kalau dapat duduk bersama Najib menghadap Erdogan dan isteri, lebih mengembirakan. Cuma janganlah dalam siri lawatan kali ini Rosmah terjumpa barang kemas isteri Erdogan dalam mana-mana kapal perihatan kemudian akan diberikan hadiah berupa wang atas insiden begitu.

Sesuatu lawatan pembesar ke sesuatu negara itu ada tujuan dan pengertiannya tersendiri. Ia akan memberi nostalgia buat kedua pihak. Ia bukan dibuat saja-saja. Bayangkan untuk membolehkan Najib ke Turki, bukan mudah. Pelbagai protokol harus dilalui dan berbagai prosude perlu dituruti.

Sudah tentu para diplomat kita membuat tinjauan terlebih dahulu. Buat selidikan apakah kunjungan Najib itu tidak menimbulkan apa-apa masalah kepada Turki. Kalau Erdogan menerima Najib tetapi kalau rakyat Turki tidak menerima ia menjadi masalah juga. Pernah berlaku rakyat mengadakan tunjuk perasaan sebagai membantah kunjungan seseorang pembesar negara lain ke negara mereka. Alhamdulilah tidak berlaku kepada Najib di Turki.

Biasanya maksud lawatan seperti itu adalah untuk kebaikan kedua buah negara. Ia akan membawa manfaat untuk kedua buah negara. Dalam hal ini tentulah mengenai ekonomi. Kunjungan seseorang pembesar negara ke atas negara lain samalah dengan pemergian seorang bapak ke hutan atau lautan, mereka pergi untuk mencari makan untuk anak dan isteri. Demikian taraf pemergian Najib lebih kurang begitulah, menjalankan tanggungjawab sebagai PM.

Bagaimana pun bagi saya kunjungan Najib itu bukan setakat itu saja. Ia bukan mencari pelaburan tetapi ada motif dan niat lain yang lebih penting dan tersirat. Menandatangani beberapa MoU tidaklah penting sangat dan bukan itu matlamat peribadinya. Mungkin rakyat boleh menerima setakat itu saja, berpandukan apa disiarkan media massa, tetapi bukan dari pemerhati politik yang mengetahui apa yang ada di sebalik tabir dan mampu menterjemahkan setiap gerak geri orang politik.

Justeru kedatangan Najib ke Turki dan berpelung berjumpa dengan Erdogan bukan saja setakat mahu minum kopi atau makan nasi kukus berkambing ala Turki tetapi ada perkara lain lebih penting dari itu.

Umum sudah mengetahui mengenai hubungan Erdogan dengan Anwar Ibrahim. Mereka adalah sahabat baik dan selalu berhubung dengan telefon macam sepasangan kekasih. Mereka bebas untuk bercakap bila-bila masa saja. Kebebasan ini menandakan mereka sangat akrab dan saling bantu membantu di antara satu sama lain.

Peristiwa Anwar lari sewaktu polis hendak 'tangkap' apabila laporan liwat kedua di buat ke atasnya, menjelaskan betapa hubungan beliau dengan Erdogan sangat baik. Dalam keadaan tergesa-gesa untuk menyelamatkan diri malam itu katanya Anwar tidak tahu untuk berlindung di mana. Ketika inilah Erdogan memberi kebenaran agar kedutaan Turki di Jalan Ampang memberi perlindungan kepada Anwar. Sempat sehari semalam juga Anwar tidur di kedutaan Turki.

Kejadian ini memecah mata semua orang. Ia menunjukkan keakraban di antara keduanya. Tentulah bagi Najib melihat hakikat ini merasa sesuatu yang tidak enak. Apa lagi Anwar selalu berjumpa dengan Erdogan di pentas-pentas forum dunia. Kekerapan Anwar berjumpa Erdogan ini dipantau oleh Najib dan dilaporkan oleh para diplomatik kita.

Najib cukup bimbang keadaan ini. Sebagai musuh Anwar tentulah Najib akan berfikir lebih jauh dari itu. Manakala sebagai rakan baik Erdogan tentu Anwar akan menggunakan Erdogan untuk kepentingan politiknya. Ini yang Najib bimbang dan curigai. Lebih jauh apa yang ditakuti Najib ialah Erdogan akan membantu Anwar. Jadi kunjungan Najib ke Turki antara lain untuk menjinakkan Erdogan.

Sebelum ini pun sudah ada bisik-bisik mengatakan Anwar mendapat bantuan kewangan dari Erdogan. Walaupun pada masa ini ia hanya sebagai dakyah tetapi tidak mustahil kalau Erdogan membantu Anwar termasuk kewangan berdasarkan kepada hakikat itu.

Jadi kedatangan Najib ke Turki itu adalah sebahagian dari untuk mendakwah Erdogan agar tidak begitu mempercayai Anwar dan membantu dari segi kewangan. Apakah misi Najib ini berjaya? Sama-sama kita akan dengar ulasan Najib sebaik kembali dari Turki kelak.

Apakah yang bakal Najib perkatakan? Di sini saya boleh agakkan apa yang akan diucapkan Najib. Saya juga yakin wartawan akhabr arus perdana sudah menyiapkan intro untuk berita ulasan Najib itu. Ianya akan lebih kurang berbunyi begini; Najib berpuas hati dengan sambutan Erdogan ke atasnya. Erdogan berpuas hati dengan penjelasannya mengenai senario politik Malaysia termasuk isu pendakwaan Anwar dalam kes liwat kedua.

Selain itu akhbar pula akan mengatakan Erdogan setelah mendengar penjelasan Najib mulai faham akan tindak tanduk dan sikap oportunis Anwar Ibrahim mengenai Islam. Atau dijelaskan selama ini rupanya Erdogan tidak mendapat penjelasan sebenar di sebalik isu liwat dilakukan Anwar.

Berita itu juga nanti akan ditambah, Erdogan akan membuat lawatan ke Malaysia dalam masa terdekat ini. Ia akan disudahi kunjungan itu berjaya membawa balik berbillion pelaburan dari Turki. Kita dengarlah nanti. Kita dengar... [wm.kl.9:40 am 23/02/11]
 
Mohd Sayuti Omar

Kenyataan bersama KM dan MB negeri PR

Kami, para Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang bermesyuarat bersama para Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada hari ini 23 Februari 2011 di Kuala Lumpur, telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan berikut:

1.Pimpinan negeri Pakatan Rakyat terus komited untuk memimpin dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sebagaimana dipersetujui dalam Resolusi Shah Alam sempena Persidangan Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat November lepas;

2.Sehubungan dengan itu, kita akan meneruskan Sekretariat Bersama negeri-negeri Pakatan Rakyat yang telah ditubuhkan demi memperkukuhkan kerjasama di antara negeri Pakatan Rakyat dan menggembeling sumber dan kepakaran.  Sekretariat ini akan memberikan penumpuan kepada lima aspek utama iaitu Pelaburan, Kerajaan tempatan, Pengurusan, Pengurusan Sumber Air, Pertanian dan Pelancongan.

3.Mengiktiraf usaha cemerlang yang dibuat oleh semua negeri-negeri Pakatan Rakyat  selama ini sehingga mencatat kadar tertinggi pelabur asing di negara ini.  Kami bersepakat menyusun kerangka strategi bersama bagi menarik pelaburan luar dalam projek-projek ekonomi.  Negeri-negeri Pakatan Rakyat juga akan memanfaatkan dana benih 10 juta yang telah disumbangkan oleh Negeri Selangor bagi meningkatkan pelaburan di Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain;

4.Menyedari kepentingan menghadapi serangan laporan negatif media terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat, suatu mekanisme bersama telah disepakati untuk menyalurkan berita di antara negeri Pakatan Rakyat di samping memberikan penerangan kepada massa mengenai dasar positif yang telah diamalkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

5.Bagi menghadapi Pilihanraya Umum yang semakin hampir, negeri-negeri Pakatan Rakyat bersetuju meningkatkan kerjasama dan perkongsian dari segi maklumat, jentera dan sumber bagi menjamin kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat di seluruh negara.
*Kenyataan akhbar selepas Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat. [Merdeka Review]

Tembelang kerja jahat BN terdedah pasal isu 'potong anu'..

Jui Meng dedah akui pernah takutkan orang Cina dengan PAS

TEMERLOH, 23 Feb: Naib Presiden PKR Datuk Chua Jui Meng mendedahkan ketika beliau berada dalam MCA telah berkali-kali menakut-nakutkan orang Cina supaya jangan menyokong PAS.

Katanya, antara lain beliau mengatakan jika PAS memerintah orang Cina akan dipotong ‘anu’ dan tidak boleh lagi makan ‘kerbau pendek’. 

Bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan itu yang berceramah di Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau kelmarin, mengaku kini beliau bertaubat dan tidak mahu lagi mengulangi penipuan yang sama.

“Saya masa dalam MCA berkempen memberitahu orang Cina jangan sokong PAS, sebab PAS nak bina negara Islam. Kalau negara Islam nanti anu orang Cina kena potong, tak boleh makan kerbau pendek.

“Itulah penipuan kami kepada orang Cina dan saya percaya ia berlanjutan hingga sekarang. Tapi hari ni saya nak minta maaf... saya taubat,” katanya sambil disambut dengan sorakan lebih 12,000 orang yang hadir.

Tambah bekas Naib Presiden MCA itu, beliau mendapati orang Cina pada masa ini tidak boleh ditipu atau tidak ditakut-takutkan lagi kepada PAS dan ini dibuktikan dengan sokongan majoriti entiti tersebut kepada PAS sejak pilihan raya umum (PRU) 2008 yang lalu.

Turut berceramah pada malam tersebut ialah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PKR Tian Chua dan beberapa orang lagi.

Chua selanjutnya menceritakan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak jatuh kerana mengaut kekayaan melampau dengan keluarga beliau mempunyai kekayaan lebih RM270 bilion.

Tambahnya, sedangkan sejumlah besar rakyat hidup melarat dan dibelenggu kemiskinan sehinggalah mereka bangun memberontak.

“Saya nak beritahu apa bezanya dengan Malaysia, 11 juta penduduk di negara ini berpendapatan di bawah RM1,500 iaitu berstatus miskin jika dibandingkan dengan kos hidup. Dan 8 juta daripada mereka adalah orang Melayu.

“Satu perkara lagi yang mempunyai persamaan Malaysia dengan negara-negara Arab yang menghadapi kebangkitan rakyat itu ialah rasuah. Semasa saya mulai memasuki parlimen tiga dekad yang lalu kedudukan indeks rasuah Malaysia sekitar nombor 20.

“Tetapi ketika Perdana Menteri sekarang mengambil alih pemerintahan sudah berada di kedudukan ke 57,” katanya.

Jelasnya, beliau percaya jika rakyat dalam keadaan tertekan mereka akan bertindak untuk mendapatkan keadilan.

Tidak kompromi atau lindungi perasuah!

Ditulis oleh AZAMIN AMIN

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Razak berkata beliau dan kerajaannya tidak akan sekali-kali berkompromi mahupun melindungi mana-mana pihak yang terbabit rasuah khususnya melibatkan pemimpin ataupun pegawai kerajaan negeri.

Baginya orang yang terlibat rasuah sama seperti mengambil hak rakyat untuk kepentingan peribadinya sekaligus menjejaskan pentadbiran serta menganiaya pihak lain.

Ustaz Azizan menyatakan bahawa sikap tegas dan menolak amalan rasuah selama ini, telah menampakkan kejayaan pentadbiran kejayaan kerajaan negeri selama tiga tahun ini terutama melibatkan perbelanjaan dan pengurusan kewangan.

"Selain sikap belanja secara berjimat cermat, saya amat yakin kejayaan itu adalah berpunca dari sikap pemimpin negeri yang menolak sama sekali amalan rasuah.

"Saya bersyukur kerana selama tiga tahun kita mentadbir kedah, belum ada lagi rekod mana-mana pemimpin, pegawai dan kakitangan Kerajaan di dakwa terlibat dengan penyakit rasuah ini,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina yang dianjurkan Dewan Himpunan Cina Kedah di Dewan Kurnia dekat sini, 11 Februari lalu.

Hadir sama ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato' Chor, Exco Kedah Tan Choo Kang, PresidenDewan Himpunan Cina Cheng Lai Hock, para exco, ahli parlimen dan wakil rakyat serta lebih 1,000 hadirin yang membanjiri sekitar kawasan dewan terbabit.

Ustaz Azizan mengulangi janjinya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, jika mereka terlibat dengan rasuah malah akan meminta pihak berkuasa dakwa dan hukum jika benar individu itu melakukan kesalahan.

Sementara itu, beliau merasa bangga dan gembira dengan kehadiran semua pihak di majlis itu sekaligus melambangkan satu perpaduan yang kukuh yang berjaya dikekalkan di negeri kedah ini.

Baguih KEDA..buat banyak-banyak lagik..

Keda bina 900 rumah keluarga miskin


AHMAD Bashah Md. Hanipah (kanan) bersama William Toh (tiga dari kiri) meletakkan bata sebagai simbolik perasmian majlis pecah tanah program bantuan rumah di Desa Keda Nagalilit, Padang Serai, baru-baru ini.

PADANG SERAI 23 Feb. - Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) akan membina 900 unit rumah melibatkan peruntukan RM2.9 juta untuk membantu golongan miskin dan memerlukan di negeri ini, sepanjang tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, pembinaan rumah tersebut melibatkan peruntukan khas Kerajaan Persekutuan di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) dan Skim Program Kesejahteraan Rakyat (SPKK) serta sumbangan badan korporat.

Katanya, usaha berkenaan diambil bagi memastikan kadar kemiskinan di negeri itu dapat diturunkan ke tahap minimum di samping memastikan rakyat menikmati kualiti hidup lebih baik pada masa akan datang.

"Kita telah menyasarkan untuk menurunkan paras kemiskinan di kalangan rakyat negeri ini ke tahap lebih rendah selari dengan hasrat Kerajaan Persekutuan dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Antara usaha yang diambil ialah membantu meningkatkan taraf hidup rakyat menerusi skim pemilikan rumah serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pecah tanah bagi membina 20 unit rumah bernilai RM660,000 sumbangan Yayasan British American Tobacco (BAT) Malaysia di bawah program SPKK, di Desa Keda Nagalilit, dekat sini, baru-baru ini.

Turut hadir Pengurus Besar Keda, Datuk Mohd. Arpan Shari; Pengerusi Yayasan BAT, Willam Toh dan Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, Abdul Rahman Mahamud.

Menurut Ahmad Bashah, Keda akan memberikan keutamaan kepada penduduk di luar bandar terutama di kalangan kurang mampu atau mendiami rumah yang uzur untuk memiliki rumah sendiri.

"Selain itu, kita juga boleh mempertimbangkan bantuan pembinaan rumah baru kepada penduduk memiliki tanah sama ada sendiri ataupun atas kebenaran keluarga," katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri memuji kesungguhan pihak swasta seperti Yayasan BAT yang bersama- sama membantu kerajaan membela nasib rakyat termiskin.

Sikap kejam pencuri beras


AHMAD ROZLIN yang dirawat di HRPB, Ipoh semalam menceritakan kekecewaannya dibiarkan selama sejam
atas jalan oleh orang ramai.

IPOH – Seorang pemandu treler kecewa dengan sikap orang ramai yang ghairah mengutip beras yang bertaburan dalam satu nahas daripada menyelamatkan dia dan rakannya yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu kelmarin.

Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22, mendakwa sikap jelik pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan rayuannya supaya menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori, Hanafi Mohd. Daud, 19, tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Dalam kejadian itu, Hanafi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Ahmad Rozlin cedera parah di tangan dan kaki kiri.

Lebih mengharukan apabila Ahmad Rozlin mendakwa dia dibiarkan terlantar selama lebih sejam di atas bahu jalan tanpa dipedulikan oleh orang ramai yang ghairah mengutip 43 tan beras tempatan pelbagai gred yang tumpah selepas kemalangan. Ketika itu dia dalam perjalanan ke Puchong, Selangor dari Perlis.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...