TERKINI :

Tuesday, February 22, 2011

Jika dah sanggup Hilang Nyawa.. PRK lah jawabnya..


he he he... nak gelak nanti kata ejek mereka puak..!!

On Air : Radio KedahLanie


KLIK BANNER

Bersama :
  • Ustaz Hanafi Abd Aziz - Perjuangan Melayu Allah Tidak Tuntut
  • Ust Azizan Razak - Ucapan Perasmian HP30K

Fatwa Ulamak: Bunuh Pemimpin Kamu!!

Ada orang kata ulamak ini terbahagi tiga golongan:
i) Ulamak parti
ii) Ulamak kerajaan
iii)Ulamak Allah

Ulamak nombor (i) dan (ii) ini memang tak boleh pakai sangat pendapat mereka. Pendapat mereka selalu dibayangi pendapat boss tempat mereka cari makan dan bernaung. Sebab tu lah banyak perkara yang nampak hitam ulamak jenis (i) dan (ii) ni kata putih dan banyak pula perkara putih mereka fatwakan hitam kerana mereka ada kepentingan ketika berfatwa.

Ulamak nombor (iii) pula tak ramai. Ulamak jenis ini hanya berjuang untuk menegakkan hukum Allah dan mereka tak dipengaruhi mana-mana aliran politik. Imam Shafie, Hambali, Maliki dan Hanafi adalah antara mereka dalam golongan ini yang banyak kali masuk keluar penjara kerana berani mengkritik pemerintahan negara mereka yang tak mengikut hukum Allah.

Semasa Mesir memetrai perjanjian damai dengan Israel pada tahun 1978, ada ulamak Mesir yang mengeluarkan fatwa bahawa rakyat Mesir dibenarkan membunuh Presiden Anwar Sadat kerana dia mengkhianati Islam apabila menandatangani perjanjian damai dengan Israel. Dan pada bulan Oktober 1981, sekumpulan askar Mesir yang terlibat dalam perarakan hari kebangsaan Mesir menyambut fatwa ulamak mereka dengan menembak mati Presiden Anwar Sadat.


IOL pic feb22 libya muammar gaddafi generic
Muammar Gaddafi: Dia banyak berjasa membangunkan Libya,
tapi rakyat dah meluat sebab dah terlalu lama berkuasa...

Malam tadi JR tersintak apabila ulamak tersohor dunia Islam, Yusuf al-Qardawi mengeluarkan fatwa yang sungguh berani: askar Libya harus membunuh presiden mereka Muammar Gaddafi. Pada masa ini pemberontakan rakyat menentang pemimpin korup dan kronisme sedang melanda dunia Arab. Bermula dengan pemberontakan rakyat di Tunisia, Mesir, Sudan, Algeria dan Bahrain, kini kempen menentang pemerintah yang telah puluhan tahun berkuasa merebak pula ke Libya. Rakyat Libya nampaknya kini sudah boring dan meluat sangat tengok muka Muammar Gaddafi dan regim parti yang memerintah negara itu sejak 41 tahun yang lalu.Walaupun Gaddafi dan partinya banyak berjasa membangunkan Libya sejak 41 tahun lalu, tetapi rakyat Libya sudah muak dengan dasar regim Gaddafi.

“Mana-mana tentera Libya yang berpeluang meledakkan peluru ke tubuh Gaddafi dipersilakan melakukan perkara itu" kata Qardawi dalam siaran televisyen Al Jazeera. Qardawi, 85 tahun, adalah ulamak Mesir yang mempunyai pengikut yang ramai termasuk di Malaysia kerana fatwa-fatwanya yang sangat berani dan berterus terang.

Mujur juga fatwa Qardawi ni setahu JR cuma untuk pemimpin dan regim parti yang telah puluhan tahun memerintah Libya saja. Jika fatwanya juga meliputi semua negara Islam, tentulah pemimpin dan golongan parti yang telah memerintah puluhan tahun di banyak negara Islam tak senang tidur kerana esok mereka mungkin akan dibunuh seperti yang pernah berlaku kepada Presiden Anwar Sadat.

Anggota UPP/Kerajaan UMNO-APCO Mintak rosmwah ?

Dipetik dari komen Facebook anak mangsa tragedi pengkalan kubor,KELANTAN

Anggota UPP/Kerajaan UMNO-APCO Mintak ro$mwah ? Dipetik dari komen Facebook anak mangsa tragedi pengkalan kubor,KELANTAN

Nik Suriani Saaid:
assalamualaikum pada semua...yg meninggal adalah arwah AYAH saya..betul menyeludup beras adalah salah di sisi undang2.. tapi bukan hak UPP nak belasah ayah saya..hukuman penyeludup beras adalah merampa...s beras n kereta (sila rujuk undang2)..

SEBENARNYA, 2 minggu sebelum kejadian UPP yg sama telah menahan ayah saya tapi tiada bukti jadi dia mengambil IC arwah ayah..selepas itu UPP yg menjalankan tugas dgn ADIL n BAIK HATI tue telah meminta wang sebanyak RM 1 ribu n beberapa kampit beras sbg pertukaran dngan IC tersebut..tapi Ayah saya bukanlah TAUKE atau PENYELUDUP BERAS TERBESAR hanya golongan marhain yg mencari rezeki dgn mengambil upah yang x seberapa untuk menghantar beras tersebut (BERAS TU BUKAN AYAH SAYA PUNYA)...bila x dpt ape yg dihajati maka UPP tersebut bertindak demikian...

percayalah PENYELUDUP TERBESAR x akan kena tangkap coz dia x pyh hantar beras sendiri,cukup untuk mengupah golongan marhain sperti ayh saya,dan menyogok duit kepada golongan UPP terbabit.....

Mungkin Ayah anda tidak perlu bekerja keras seperti mengambil upah menghantar BERAS, mungkin perkara sebegini tidak terjadi pada keluarga anda TAPI bila bersuara kena ingat bahawa Arwah masih mempunyai WARIS n keluarga.....

Sedekahkah Al-Fatihah kepada mangsa..semoga kezaliman ini terbela

Facebook Keadilan Untuk Allahyarham Saaid dan Ahmad Nizamudin

Pertahankan Negeri Kedah

Aku anak kelahiran negeri Kedah Darul Aman. Aku bangga sebagai anak kelahiran negeri Kedah yang punyai sejarah ketamadunan Islam paling tua di Asia Tenggara. Dari sejarah kedatangan Merong Mahawangsa (Sultan Muzaffar Shah 1) hinggalah robohnya sebuah empayar besar disebabkan pengkhianatan mereka yang teringin benar mahu menjadi Sultan.

Hari ini sejarah kegemilangan tamadun negeri ini sedang kembali dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat yakni PAS. Negeri Kedah sedang mengalami perubahan dari corak pemerintahan yang zalim, rasuah dan tidak adil kepada bersih dari rasuah, pengagihan kontrak secara telus, penguatkuasaan undang - undang yang lebih ketat.

Jika selama ini kita sering menganggap Kelantan sebagai benteng terakhir Pakatan Rakyat maka Kedah adalah sebagai tempat lahirnya ramai pejuang. Di bumi itulah terkorbannya para syuhada Memali, di bumi itulah "berehatnya" seorang pemimpin agung yakni Almarhum Ustaz Fadhil Noor, d bumi itulah kebangkitan golongan petani pada tahun 1974, di bumi itulah penentangan pertama terhadap Malayan Union seperti mana yang dikatakan oleh Almarhum Onn Jaafar.

Jika tergadainya Kedah kepada Umno dan Barisan Nasional maka hilanglah tempat lahirnya ramai pejuang hebat. Pakatan Rakyat mahu tidak mahu harus berusaha keras untuk mempertahankan Kedah. Mempertahankan Kedah sama pentingnya bagaimana kita mempertahankan Kelantan. Kedah perlu dipertahankan agar orang Melayu yang tebal semangat ketuanan Melayunya dapat melihat bagaimana kerajaan Kedah ini mempertahankan dan mengangkat martabat orang Melayu ditempat sewajarnya berbanding Umno yang hanya tahu menjerit terpekik terlolong tapi merekalah yang merampas hak - hak orang Melayu. Bukannya mahu bersifat perkauman dengan tidak memberi kredit kepada Lim Guan Eng, tapi walau macam mana beliau berusaha melakukan keadilan terhadap semua kaum dan juga orang Melayu beliau tetap juga dipandang anti - Melayu. Sekarang orang Melayu yang bangga dengan Ketuanan Melayu harus membuat perbandingan diantara Kedah dibawah Umno ataupun Kedah dibawah PAS.

Bumi Kedah harus dipertahankan dari serangan anasir aparat - aparat APCO yang sedang gelisah kerana banyak lagi tanah orang Melayu yang mereka tidak sempat rembat. Tanah sawah yang terbentang luas pasti akan tergadai kepada para cukong - cukong MCA. Orang Melayu Kedah harus dihalang dari dibodohkan oleh Umno yang dibebalkan oleh MCA dengan duit. Mahukah anak - anak Kedah melihat sebuah kerajaan yang jahat kerana suka membodohkan rakyat itu kembali berkuasa.

Pertahankan negeri Kedah daripada dirampas oleh aparat Apco yakni Umno. Pertahankan bumi Kedah umpama mempertahankan bumi Palestin. Jangan sesekali biarkan Umno menguasai kembali Kedah. Jika kita membiarkan Umno menguasainya kembali umpama membiarkan orang Melayu menjadi bodoh.

Bangun dan terus melawan arus serangan dari Umno!!

Merungkai kekeliruan myBALIKpulau

Apabila mereka buka mulut, mereka cuba melabel diri sebagai "hero" dan pembela bangsa. Mereka menjaja nama bangsa mahupun agama demi mengemis sokongan masyarakat. Mereka menggunakan alasan "Hak Melayu yang dijamin perlembagaan" untuk mewujudkan ketidakharmonian antara kaum. Walhal hakikat sebenarnya, mereka cuma mahu mempertahankan "periuk nasi" dan keberlangsungan saki-baki kuasa yang ada. Persoalan "hak Melayu" sememangnya telah terjamin oleh perlembagaan sampai bila-bila. Persoalannya, siapa yang memperkosa hak Melayu ini selama lebih separuh abad merdeka?

Bayangkan, walaupun bersandarkan dengan fakta-mereka akan terus cuma menegakkan benang yang basah. Saya melihat ia suatu yang sangat bodoh dan tidak matang apabila golongan ini cuba mempolitikkan segala isu yang timbul dan dilihat cuba menggugah keamanan dengan menjerumuskan hampir apa jua isu ini kepada isu perkauman.

myBALIKpulau oh myBALIKpulau

Kali ini isunya bukan kepala lembu, bukan kandang babi, bukan "Cina" masuk surau. Kali ini, isunya adalah mengenai risalah myBALIKpulau yang diterbitkan oleh Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang (Arts-ED) yang dikatakan "menghina Melayu dan sangat berbahaya".

Ada dua kekeliruan yang telah ditimbulkan mereka yang tidak berpuas hati. Pertamanya adalah berkaitan sumber-sumber sejarah yang dituduh "menghina Melayu dan berbahaya". Kedua adalah mengenai "siapa" yang bertanggungjawab menerbitkan risalah tersebut.

Pada 11 Februari baru-baru ini, Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang telah mengeluarkan tiga mukasurat Kenyataan Akhbar yang menjawab semua pertuduhan mengenai sumber-sumber sejarah yang menjadi rujukan. Jelas, terang lagi bersuluh sebenarnya tiada isu panas yang boleh dimainkan.

Mari kita turuti sepintas lalu kronologi myBALIKpulau. Isu ini dibawa oleh ADUN Pulau Betong Muhammad Farid Saad (gambar kanan). Risalah ini seperti yang kita sedia maklum dituduh sebagai menghina orang Melayu, cuba melupuskan sejarah Melayu di Balik Pulau dan cuba mengelirukan generasi muda. Muhammad Farid Saad juga menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Pentadbiran Pakatan Rakyat telah menerbitkan risalah myBALIKpulau tersebut.

Maka seperti biasa, Utusan Malaysia akan mula "memukul gendang" perkauman. Pada 2 Februari 2011 terpampang besar tajuk utama berita akbar tersebut "Lupa Sejarah, Hina Melayu" yang dilihat cuba memainkan sentimen perkauman. Ya. Mungkin inilah hakikat sebenar 1Malaysia yang dibanggakan Najib Razak. Jelas, wajah 1Malaysia ini kelihatan sangat capik.

Isu ini tidak terhenti setakat ini. Sejurus selepas itu, pada 9 Februari 2011 sebuah badan yang menamakan diri mereka Gabungan Bela Hak Islam (Gabungan) yang terdiri dari empat NGO mendesak kuat agar Kerajaan Pulau Pinang mengharamkan risalah tersebut dengan sebab yang sama.

Kerajaan Negeri meminta agar Utusan dan Muhammad Farid memohon maaf tetapi tidak diendahkan. Malang sekali buat ADUN Pulau Betong ini. Pada 15 Februari, kerajaan Pulau Pinang bertindak memutuskan untuk menyaman beliau dan Utusan Malaysia. Hal ini disebabkan kerana risalah itu sebenarnya ditaja oleh Kerajaan Negeri dan juga Jabatan Pelancongan Pulau Pinang bawah kepimpinan GERAKAN-BN. Ini beerti, segala tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah sesuatu yang berniat jahat.

Agenda Jahat UMNO-BN

Masih tidak berpuas hati dengan "sambutan hangat rakyat". Api perkauman terus-menerus ditiup sebaik mungkin. Pada 16 Februari 2011, beberapa lagi pertubuhan NGO dan individu membuat laporan polis berhubung risalah ini. Pertubuhan NGO tersebut terdiri daripada Pertubuhan Seni Silat Gayung Pulau Pinang, PERKASA, Belia 4B Permatang Pauh dan Johari Ahmad. Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia misalnya dilihat cuba mengheret Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang dengan menyerahkan tiga sampul surat yang mendakwa mengandungi "bukti pembabitan kerajaan negeri" dalam penerbitan dan pengedaran risalah myBALIKpulau ini.

Belumpun isu myBALIKpulau reda, media UMNO memainkan isu perobohan yang melibatkan 1,000 gerai penjaja haram oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai di sekitar Taman Pelangi. Isu ini telah mendapat liputan yang meluas media cetak maupun elektronik. Kerajaan Negeri Pulau Pinang digambarkan "tidak perihatin" kepada nasib yang menimpa masyarakat Melayu. Walhal notis sebanyak empat kali telah dikeluarkan oleh pihak majlis.

Ini semua adalah permainan jahat. Para pemerhati menyimpulkan isu yang dilihat "membakar sentimen" perkauman ini adalah percubaan menjerumuskan kestabilan negeri ke kancah "ketegangan kaum". Dalam banyak-banyak isu yang timbul di Pulau Pinang. UMNO dilihat menjadi dalang utama memanipulasi isu. Bagi pendapat saya, isu ini sepatutnya tidak timbul. Rakyat Pulau Pinang lebih mengetahui perkara yang sebenar.

Soalan saya, apakah ini sesuatu yang bagus untuk rakyat, negeri mahupun negara? Tentu sekali tidak. Soalan saya lagi, sekiranya UMNO-BN berjaya menaikkan kemarahan rakyat khususnya orang Melayu, siapa yang akan untung? Tentulah UMNO. Adakah orang Melayu terbela di bawah BN satu ketika dahulu? Anda sendiri tahu jawapannya!

Skandal RM30 juta Pulau Jerejak??

Jangan jadi bodoh. Jangan bantut akal. Mari kita lihat dan fikirkan. Semasa isu Interlok timbul- isu ini telah dibawa ke peringkat tertinggi Kementerian Pelajaran. Walaupun pada mulanya mengundang tindakan emosi sesetengah pihak, Interlok dibawa ke meja mesyuarat dan rundingan. Wacana-wacana bersifat ilmiah terus dibahaskan.

Berbeza dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang; risalah myBALIKpulau tidak diberikan tempat yang adil seperti Interlok. Tindakan yang diambil dilihat emosi semata-mata. Mengapa ia jadi begini? Jawapannya amat mudah - Interlok disuarakan MIC manakala myBALIKpulau cuba diletakkan di bahu DAP! Bagi saya, apa yang berlaku sangat-sangat memalukan.

Ada beberapa sebab mengapa UMNO menimbulkan isu perkauman sebegini. Salah satu sebab adalah untuk menutup mata rakyat atas pembongkaran skandal RM30 juta Pulau Jerejak yang berlaku di bawah pimpinan Koh Tsu Koon (gambar kanan) di mana beliau telah menyerahkan Pulau Jerejak kepada UDA. Ini merupakan skandal yang sangat hot. Cuba teka, siapa yang untung?

Rakyat Malaysia semakin matang. Ini bukan lagi zaman fotostat. Ini bukan lagi zaman mesin taip. Segala maklumat cuma dihujung jari rakyat. UMNO-BN harus sedar dan insaf. Sekiranya wujud kedaifan di kalangan rakyat Pulau Pinang, apatah lagi dari kalangan masyarakat Melayu; UMNO harus cermin diri mereka sendiri. Hodohkan?

*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas - MerdekaReview

Siapa terima 1.5 bilion saham khas Bumiputra

PETALING JAYA, 22 Feb: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menyeru Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan sepenuhnya penerima 1.5 bilion saham khas Bumiputra yang diagihkan dalam tahun 2010.

Mustapa juga, katanya diminta mengumumkan rombakan mekanisme dan penambahbaikan kepada sistem agihan dan pemantauan saham khas Bumiputra untuk mengelakkan penyelewengan yang mengakibatkan kehilangan RM52 bilion saham Bumiputra tidak berulang.

Oleh itu, tegasnya mekanisme yang sama yang telah menyebabkan kerugian RM52 bilion saham Bumiputra ini perlu dirombak sama sekali.

“Saya akan membawa perkara ini dalam sidang Dewan Rakyat yang akan datang untuk memastikan ketelusan dan pertanggungjawaban pihak-pihak yang terbabit,” ujarnya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, PKR ingin menarik perhatian rakyat kepada pengumuman terbaru yang dibuat oleh Mustapa Mohamad mengenai pengagihan saham khas bumiputra melalui tawaran awam permulaan (IPO).

Mustapa menyatakan bahawa kerajaan Umno BN telah berjaya meningkatkan ekuiti Bumiputra dalam sektor swasta ke aras 22%; sebahagian besarnya melalui pengagihan saham khas bumiputra yang dilaksanakan oleh kementerian beliau.

Katanya, rakyat sudah tentu merasa janggal apabila kerajaan Umno BN mendabik dada apabila hanya berjaya meningkatkan ekuiti Bumiputra ke tahap 22% dalam tahun 2011, sedangkan ia gagal mencapai sasaran 30% yang ditetapkan untuk tahun 1990.

Tambahnya, selepas 21 tahun dan penyelewengan saham berjumlah puluhan bilion ringgit atas nama Melayu dan Bumiputra, kini Umno BN tidak lagi memikirkan persoalan maruahnya dan akan sanggup mendabik dada walau sekelumit mana pun peningkatan ekuiti Bumiputra.

Walau bagaimana pun, ujarnya kebimbangan sebenar PKR adalah berhubung pengurusan agihan saham khas Bumiputra memandangkan skim agihan yang sama telah menyebabkan sejumlah RM52 bilion dari RM54 bilion saham yang diagihkan kepada Bumiputra lesap begitu sahaja, seperti yang diakui Perdana Menteri sendiri.

Menurutnya, dalam tahun 2010 sahaja, sebanyak 1.5 bilion saham dari 18 tawaran awam permulaan diagihkan kononnya kepada pelabur Bumiputra.

Tahun 2010 juga, ujarnya menyaksikan apungan saham yang terbesar akhir-akhir ini, termasuklah yang melibatkan Petronas Chemical Group Berhad pada harga tawaran RM5.05 setiap saham dan Malaysian Marine and Heavy Engineering Holding Berhad pada harga tawaran RM3.61 setiap saham.

Beliau menambah, jika sebahagian besar dari 1.5 bilion saham yang diagihkan kepada pelabur Bumiputra itu datangnya dari saham-saham syarikat Petronas, maka saham yang bernilai berbilion ringgit telah pun diagihkan kepada pelabur-pelabur yang berselindung di belakang nama Bumiputra.

“Mekanisme agihan inilah yang telah gagal sebelum ini hingga mewujudkan budaya politik naungan yang mencari jalan mudah mendapatkan saham dengan berselindung di sebalik alasan mencapai sasaran 30% ekuiti Bumiputra.

“Akhirnya, berpuluh-puluh bilion ringgit saham yang diagihkan kepada individu-individu berkepentingan dijual dengan segera untuk mendapatkan kekayaan mudah, lalu mewujudkan golongan elit kaya Melayu yang sebenarnya menjadi kaya dengan menindas orang Melayu terbanyak,” ujarnya.

Beliau percaya bahawa teras pengupayaan ekonomi Bumiputra perlu beralih dari kegilaan mencapai sasaran 30% ekuiti kepada fokus untuk meningkatkan pendapatan isi rumah keluarga Bumiputra.

Mereka, ujarnya membentuk 75% daripada anggaran 11 juta rakyat termiskin di negara ini yang hanya mendapat pendapatan bulanan purata sebanyak RM1,500 sebulan sahaja.

“Kegilaan dengan 30% sasaran ekuiti seperti yang dimainkan Umno BN tidak akan berjaya menangani kemelut ekonomi rakyat terbanyak Bumiputra dan akan terus disalahgunakan oleh golongan elit pemerintah dan niagawan,” katanya.

Ucapan Presiden TG Abdul Hadi Awang: Himpunan 30K Pemuda PAS


Video : Ceramah Pertama Bob Lokman di Himpunan 30K Pemuda PAS


PENGARAH POLITEKNIK BAKAL CALON UMNO DI MERLIMAU?

Menjelang tempoh penamaan calon pada 27 Febuari ini di pilihanraya kecil Merlimau siapa yang bakal menjadi calon Umno/BN bakal terungkai. Melihat kepada kesungguhan Pengarah Politeknik Merlimau, Dr Arshad Kassim menjadikan kampus Politeknik Merlimau sebagai 'bilik gerakan Umno/BN" tidak mustahil beliau sedang melobi untuk dijadikan calon di sana.

Sejurus tidak lama selepas kematian wakil Rakyat Merlimau dari Umno/BN, pengarah politeknik Merlimau kelihatan begitu berbesar hati dengan menjadikan politeknik Merlimau yang pensyarah dan pelajarnya dilarang terlibat aktif dalam politik dijadikan sebagai pusat pelancaran jentera pilihanraya Umno/BN yang dirasmikan oleh Dato Seri Muhd Ali Rustam.

Selepas itu kita menyaksikan politeknik Merlimau cukup meriah dengan kempen politik Umno/BN. Sekitar kampus cukup meriah dengan bendera Umno dan BN dan gambar pemimpin yang sewaktu dengannya.

Apakah politeknik Merlimau dibina dari tabung Umno/BN? Jika begitu halnya maka saya mencadangkan agar Politeknik Merlimau ditukar nama kepada politeknik Umno atau pun namakan aja dengan nama Politeknik Ali Rustam!

http://angkasanuri.blogspot.com

Laksanakan Amanah H30K

Wahai orang-orang yang beriman, mengapa apabila dikatakan kepada kamu, berangkatlah ke jalan Allah, kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih menyayangi kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan) dengan akhirat hanyalah sedikit

Surah At-Taubah : 38

Para Pemuda Ansoorullah sekelian

1. Saya percaya kita mampu dan utuh berdepan dengan cabaran musuh yang sentiasa menunggu peluang untuk menyerang. Namun, saya khuatir dan takut jika kita sebagai pejuang Pemuda PAS ditundukkan dengan godaan syahwat yang sentiasa merayu untuk dituruti meskipun ia adalah sekecil-kecil jihad di sisi Allah. Akhirnya, ia menyebabkan kita longlai, berjiwa tua, malas dan tidak merasai kemanisan berkorban dalam perjuangan.

2. Saff pejuang yang hadir dalam Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS di Kedah pada hari ini sewajarnya dikalungkan dengan jutaan terima kasih dan tahniah kerana sanggup menyahut seruan jihad meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran. Tanamkanlah sepenuh keikhlasan semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang setimpal atas pengorbanan kecil yang telah kita dilakukan.

Beberapa darjat daripadaNya, keampunan serta rahmah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”

Surah An-Nisa’ : 96

3. Saya mengambil kesempatan ini juga untuk menyampaikan setinggi penghargaan kepada seluruh jentera PAS Negeri serta pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Kedah, terutamanya kabinet kerajaan yang dipimpin oleh Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Al-Fadhil Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak. Tidak dilupakan juga kepada saf seperjuangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Yahya atas komitmen dan pengorbanan untuk merealisasikan himpunan yang bersejarah ini.

4. Meskipun pusat pentadbirannya jauh di Utara Semenanjung, namun maslahah dan kebaikan yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri tetap dirasai oleh seluruh rakyat di negara ini. Pendekatan politik muafakat, berkebajikan, berhikmah, bingkas, berwawasan, mengutamakan rakyat dan diam-diam berisi adalah antara wajah politik yang digambarkan dalam kepimpinan Ustaz Azizan.

5. InsyaAllah, kita berharap agar kepimpinan seorang alim yang dibantu oleh sekumpulan pakar profesional dalam bidang masing-masing ini mampu untuk terus mengembangkan dan menampilkan keadilan Islam disegenap jiwa rakyat.

6. Tatkala demografi sosio-politik nasional pada hari ini menggusarkan kita, Pemuda PAS harus tangkas meluruskan krisis keyakinan rakyat terhadap Islam. Apabila ruang demokrasi itu dibuka seluas-luasnya, maka inilah peluang yang terbaik untuk kita terus melebarkan agenda politik PAS kepada seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik yang dianuti.

7. Tarbiyah, siyasah dan dakwah adalah nadi gerakan. Pemuda PAS sebagai tiang seri perjuangan akan sentiasa melazimi perkara ini tanpa jemu dan henti. Malah, kita merasa bangga kerana ia merupakan budaya kerja para rasul yang diutuskan Allah sepertimana firmanNya yang bermaksud,

Dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau berada pada jalan yang lurus”

Surah Al-Haj : 67

8. bMenurut Imam An-Nawawi, “Tanggungjawab melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar tidak akan gugur daripada seorang mukallaf walaupun pada pandangannya ia tidak membawa faedah. Malah ia tetap wajib dilaksanakan kerana memberi peringatan itu memberi faedah kepada orang-orang yang beriman. Tanggungjawabnya ialah menyuruh dan melarang dan bukannya memastikan manusia menerimanya”

Oleh yang demikian, Pemuda PAS akan memastikan risalah kebenaran ini disampaikan. Kita tegar berjuang untuk memastikan bahawa Syari’at Allah SWT itu mesti didaulatkan.

9. Matlamat perjuangan yang jelas mestilah disusuli dengan pendekatan yang betul. Ketaqwaan, penyerahan tekad yang total kepada Allah, ikhlas, tidak riya’, tidak mengejar pangkat dan nama, tidak mencari keredhaan manusia sehingga sanggup menggadaikan prinsip adalah antara pendekatan yang mesti diiltizamkan. Marilah kita bersama-sama merenung firman Allah SWT yang mengisahkan keadaan Nabi Nuh A.S terhadap umatnya (bermaksud);

Sekiranya kamu membelakangkan peringatanku, maka tidak menjadi hal kepadaku kerana aku tidak meminta sebarang balasan daripada kamu, balasanku hanyalah dari Allah, dan aku diperintahkan menjadi orang-orang yang menyerahkan diri kepada Allah”

Surah Yunus : 72

10. Kejatuhan regim pemerintahan zalim di Tunisia dan Mesir baru-baru ini dan kini kebangkitan ummah merebak ke Yemen dan Algeria, telah memetakan satu lagi sejarah kemenangan revolusi di tangan rakyat. Kita juga tidak pernah lupa bagaimana Shah Mohammed Reza Pahlawi, Ferdinand Marcos, Boris Yeltsin, Suharto dan ramai lagi pemimpin negara rebah digulingkan oleh kebangkitan rakyat.

Mengapakah perkara ini boleh berlaku?

11. Di Iran, meskipun rakyat berdepan dengan gerombolan-gerombolan tentera antara yang terhebat di dunia, namun disebabkan oleh kesempitan hidup, lonjakan inflasi, amalan sekularisme, rasuah dan dalang perisikan tajaan Amerika (SAVAK), akhirnya rakyat menolak pemerintahan diktator.

12. Rakyat Iran terpaksa membayar harga revolusi itu dengan selaut pengorbanan termasuklah para mahasiswa, anak muda dan tokoh disegani, Ali Shari’ati dibunuh dengan penuh kontroversi. Meskipun terpaksa melalui dua fasa getir revolusi, akhirnya panji kezaliman berjaya ditumbangkan pada tahun 1979.

13. The 1986 People Power Revolution di Filipina juga mencatat sejarah revolusi yang getir. Pembunuhan misteri pemimpin pembangkang, Benigno Aquino menjadi kemuncak pemusatan kuasa rakyat untuk meniarapkan Marcos.

14. Selain itu, ironisnya, Emelda Marcos (isteri Ferdinand Marcos) menjadi salah satu punca kejatuhan regim tersebut kerana dia sibuk mencampuri urusan kerajaan, berbelanja terlalu boros dan memegang beberapa jawatan dalam kerajaan termasuklah menjadi seorang ahli Parlimen.

15. Negara jiran kita, Indonesia juga pernah mengharungi nasib yang sama. Tahun 1998 telah bergoncanglah ibu kota Jakarta dengan rantaian beberapa siri reformasi yang digerakkan oleh saff mahasiswa, anak muda dan golongan marhaen iaitu Tragedi Trisakti, Tragedi Semanggi 1 dan Tragedi Semanggi 2.

16. Apabila Krisis Kewangan Asia 1997 mendekam Indonesia, rakyat melarat kepayahan. Rupiah Indonesia menjunam teruk, hutang negara melambung tinggi, kronisme dan kapitalis bertempiaran sehingga rakyat berani turun ke jalan raya menghentam Suharto dan menolak Orde Baru. Akhirnya, regim Suharto juga tersungkur!

17. Semangat revolusi rakyat Indonesia masih lagi dapat dirasai sehingga ke hari ini. Dendangan sajak reformasi yang dideklamasikan oleh WS Rendra, seorang penyajak utama Indonesia yang diberikan jolokan Burung Merak dan terkenal dengan drama Kasidah Berzanji masih lagi menjadi siulan mereka,

“Saudara-saudara sebangsa dan setanah air,
Saat ini kita masih terperangkap dalam lingkaran setan,
Kemiskinan, ketidak pedulian, korupsi
Kerja asal-asalan,
Ayuh, kita tidak mahu lagi dijajah oleh kemiskinan dan kesusahan,
Kini saatnya Revolusi Kebangsaan”

18. Revolusi, reformasi dan perubahan adalah satu sunnatullah. Tidak ada satu kerajaan zalim pun dalam dunia ini yang akan memerintah untuk selama-lamanya. Gahnya tirani Fir’aun tenggelam jua. Teguhnya Konstantinopel ditembusi jua oleh Sultan Mahmud Al-Fateh. Benarlah firman Allah SWT,

Katakanlah (wahai Muhammad), ‘Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Kau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki, dan Kau cabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki. Kau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Kau hinakan orang yang Engkau kehendaki. DitanganMu segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau berkuasa atas tiap-tiap sesuatu”

– Surah Ali-‘Imran : 26

19. Kita mesti meyakini bahawa masa depan dunia adalah di tangan Islam. Agama yang paling tinggi martabatnya adalah Islam. Inilah yang diungkapkan oleh Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam bukunya ‘Al-Mubasyyiraat bi Intisaaril Islam’. Antara sunnah Ilahi itu ialah Sunnah Al-Mudawalah (Sunnah Pertukaran Kuasa). Beliau mengistinbathkan dalam satu ayat yang diturunkan selepas Peperangan Uhud.

Jika kamu (dalam Peperangan Uhud) mendapat luka maka sesungguhnya kaum (musyrik) itu juga telah mendapat luka yang sama (dalam Peperangan Badar). Dan demikianlah hari-hari Kami tukar gantikan antara manusia

Surah Ali-‘Imran : 140

Manakala, dalam satu ayat yang lain pula, Allah SWT berfirman (bermaksud),

Dan demi sesungguhnya, Kami telah menulis dalam Kitab Zabur (semua kitab yang Allah turunkan kepada nabi-nabinya) selepas tertulis di Az-Zikr (Luh Mahfuz), bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh

– Surah Al-Anbiya’ : 105

20. Inilah motivasi (taghrib ‘aqidah) yang kita imani sehingga kita tidak gentar dan terus istiqamah dalam jalan dakwah ini. Benar, jalannya payah, jerih, jauh dan berliku. Namun, Pemuda PAS tidak akan sekali-kali berundur daripada jalan yang dipilih ini, insyaAllah.

Ayuh, saya ungkapkan kata-kata keramat Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi,

Sekiranya kurun ke-19 adalah kurun untuk Kristian, kurun ke-20 adalah kurun untuk Yahudi dan terbinanya negara haram Israel serta penjajahan mereka ke atas lebih 20 buah negara Arab, maka kurun ke-21 adalah kurun untuk Islam!”

Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS di Kedah pada hari ini adalah manifestasi kepada dua perkara, iaitu;

a) Misi “PAS Ganti UMNO”

b) Misi persiapan pusingan terakhir Pemuda PAS berdepan dengan Pilihanraya Umum Ke-13

21. Hari ini, rakyat ditakut-takutkan dengan kehilangan kuasa politik Melayu. UMNO mengancam orang Melayu dengan gambaran sekiranya mereka kalah dalam pilihanraya nanti, hak keistimewaan Melayu dibuang, maruah orang Melayu diperlekehkan, Islam digugat, raja-raja Melayu dihina dan tanah-tanah Melayu digadai kepada bangsa lain. Ini semua adalah KHURAFAT UMNO dan BARISAN NASIONAL!

22. Tidak cukupkah segala bukti ini menunjukkan bahawa UMNO telah mencabul bangsanya sendiri. Kini, sudah tidak ada apa-apa lagi sumbangan yang boleh dibangga-banggakan oleh UMNO kepada orang Melayu melainkan mereka hanya cuba untuk membaiki labu yang telah rosak. Untuk mereka : Enough is enough!

Amanah Perjuangan dari Dewan Pemuda PAS Malaysia

23. Melihat kepada situasi ini, saya ingin melontarkan beberapa tindakan penting untuk Pemuda PAS berikan perhatian yang sepenuhnya.

a. Hubungan dengan Allah SWT mestilah semakin intim dan manis. Kemenangan Islam yang kita dambakan hanya akan tiba setelah kita benar-benar meletakkan kecintaan kepada Allah dan Rasul sepenuhnya. Marilah kita sama-sama terus melazimi solat berjemaah, bertahajjud dan solat hajat. Mudah-mudahan kekuatan ini mampu meneguhkan derap perjalanan kita di medan perjuangan ini.

b. Rapatkan saff dan ikatkanlah ukhuwwah antara kita sekuat-kuatnya. Jangan biarkan jarum halus fitnah, berburuk sangka, dengki dan dendam menyuntik dalam hubungan kita ini. Saya bimbang terutamanya menjelang musim permilihan parti menjadi gelanggang untuk melonggarkan ribath tentera Pemuda dan akhirnya lemah sehingga mudah dilapah musuh.

c. Pastikan semua gerak kerja pemuda diperingkat kawasan dan cawangan terus fokus kepada sasaran pengundi boleh menang. Markaz operasi pilihanraya Pemuda PAS mestilah dibuka sekurang-kurangnya 20 jam sehari dengan hasil-hasil kerja yang memberansangkan.

24. saudara sekelian .... Sesungguhnya kemenangan yang kita impi-impikan umpama detik kedatangan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda meninggalkan Marru Dzahran menuju Ummul Qura’ (Makkah) pada 17 Ramadhan tahun kelapan hijrah.

25. Piagam kemenangan kita adalah :
  • keadilan yang digariskan oleh Islam,
  • membimbing dan menyelamat rakyat,
  • berkasih sayang,
  • tidak berdendam,
  • keamanan dan
  • mengangkat kemerdekaan yang sebenar.

Hari ini kita bersaksi bahawa Pemuda PAS akan bersedia menjadi teras kemenangan yang dinanti-nantikan.

Takbir! ALLAHU AKBAR!
Nasrudin Hassan at Tantawi

Tun Daim kata & Azizan nak dengaq kaa..!!

http://www.depakata.co.cc

http://2.bp.blogspot.com/_qyxHOFrMS4s/TPNnGLkSVBI/AAAAAAAACE4/eLOt5-b-n7w/s400/Azizan+Razak+03.jpghttp://e-iklanmalaysia.com/wp-content/uploads/2010/10/daim1.jpg

Kali ni tak mau cerita apa yg depa kata tapi aku sendiri yg nak kata....he he he....

Macam ni, aku nak hampa kembali ke tahun 2008 yakni sebelum berlakunya tsunami politik di Malaysia. Hampa ingat dak ramalan Tun Daim pada masa tu? Masa tu Umno-BN tak percaya apa yg dia predict dan depa buat endah tak endah dan tak peduli langsung cakap orang tua tu.

Nak jadi cerita keputusan PRU 12 ramalan Tun Daim benar-benar belaka. Tersungkoq la BN di Kedah, Penang, Perak dan Selangor, manakala BN di Kelantan tersembam dalam acaq belakang rumah Awang Adek.

Kali ni bila dah dekat-dekat nak PRU 13, Tun Daim ajak kita main teka-teki lagi. Tapi kali ni dia predict Kedah dan Selangor dapat balik kat BN. Kelantan dan Penang mainten kat Pakatan Rakyat.

Terpulang kat hampa nak percaya ka dak ramalan ni, tapi nak habaq kat hampa adalah tak mustahil sekali lagi ramalan Tun Daim ni akan benar-benar belaka.

Aku tak mau bercakap bab Selangor, tapi ni kat Kedah ni. Kalau dok berterusan macam yg dok ada ni alamat sungguh la apa yg Tun Daim ramal.

Ramai org dok bercakap Kedah kalau jatuh kat BN balik PRU 13 ni punca dia perangai dan kelaku kelayak Ust Azizan tu sendiri. Mungkin sungguh la kot sebab tu la depa dok bercakap macam tu.

Kalau betui macam tu Ust Azizan kena berubah la sebelum terlambat. Pemimpin yg baik ni kena la bagi ruang untuk org bagi pandangan sama. Jgn dok ingat kita saja yg betui.

www.depakata.co.cc

Depa nak Penaik Minyak Lagi Nampaknya..!!??

Harga petrol mungkin naik?

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kerajaan dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini.

Justeru itu, kata Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Teknologi Nasional (Uniten), Dr. Rusinah Siron, rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan meskipun kerajaan memberi jaminan tidak akan sewenang-wenang menaikkan harganya.

"Kita bercakap soal globalisasi yang mana Malaysia juga tidak boleh mengelak daripada kesan negatif daripada kenaikan harga petrol di pasaran dunia.

"Kerana itu, orang ramai perlu rasional dalam menerima kenaikan harga minyak dunia ini serta kesannya kepada ekonomi negara," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak di pasaran dunia yang berharga RM315 setong hari ini.

Beberapa negara telah pun mengambil langkah menaikkan harga minyak masing-masing termasuk China kelmarin sebanyak 4.6 peratus iaitu kenaikan kedua dalam tempoh tiga bulan selepas kenaikan sebesar 14.4 peratus pada Disember lalu.

Sepanjang tahun lalu pula, kerajaan memberi subsidi RM6.3 bilion termasuk untuk petrol dan diesel termasuk RM3.3 bilion bagi subsidi petrol RON95.

Bagaimanapun, berdasarkan situasi semasa harga minyak dunia, subsidi kerajaan dijangka bertambah pada tahun ini.

Dr. Rusinah menambah, beberapa faktor sama ada secara langsung atau tidak langsung ketika ini juga semakin memperlihatkan bahawa harga minyak dunia akan terus melonjak pada masa depan.

Antaranya, kata beliau, ketidaktentuan politik di negara-negara Arab yang merupakan negara pengeluar minyak terbesar dunia, bencana alam, kemerosotan sumber bumi dan tekanan ekonomi global.

"Faktor-faktor ini sangat sukar untuk dijelaskan oleh kerajaan terutamanya di kalangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang akan menanggung kesan daripada kenaikan harga minyak tempatan walaupun lima sen," kata beliau.

Pendapat yang serupa dikongsi oleh pemerhati ekonomi, Nassrul Hakim Jani yang tidak menolak kenaikan harga minyak boleh berlaku kepada mana-mana negara termasuk Malaysia, berdasarkan krisis global ketika ini terutama pergolakan politik di negara Arab.

Begitu pun, kata bekas pensyarah Pengurusan Perniagaan dan Koordinator Pusat Informasi Usahawan, Kolej Profesional Mara, Indera Mahkota, Pahang itu, kerajaan perlu memastikan kenaikan harga minyak tempatan tidak berlaku secara drastik dan terlalu tinggi sehingga menimbulkan rasa panik di kalangan rakyat.

Pada masa sama, katanya, kerajaan juga perlu memberi jaminan harga barang keperluan yang pasti naik bersama kenaikan harga minyak akan kembali kepada harga asal selepas penurunan harga bahan mentah itu.

"Sebagai antara negara pengeluar minyak juga, kerajaan masih boleh mengambil keuntungan daripada kenaikan harga minyak di pasaran dan menggunakannya untuk projek pembangunan yang lain.

"Malah, keuntungan itu juga boleh memastikan kerajaan mengekalkan subsidi minyak seperti yang diberikan ketika ini atau tidak menaikkan harga minyak terlalu tinggi," kata beliau. [utusan]

Dah Lama Dah Tahu SPR nie balaci UMNO/BN.. Jom "BERSIH"..!!

Pendatang Haram FIlipina Bakal Digunakan Untuk Memenangkan UMNO?

Maklumat Tulang Besi dapat dari beberapa orang dalam UMNO, mereka mahu menggunakan taktik Sabah di Semenanjung Malaysia dalam pilihanraya ke 13 yang akan datang. Malahan, yang diberitahu kepada Tulang Besi adalah pendatang2 Filipina akan digunakan bagi memenangkan UMNO dan BN terutama untuk menawan Selangor.

Disamping itu pendatang-pendatang haram yang lain juga akan digunakan i.e. Indonesia, Myanmar, Bangla dsbnya.

Tak hairanlah bantahan PAS Ampang dilayan dengan begitu kasar oleh SPR Selangor. Bantahan tersebut adalah:

Menurut beliau, mereka tidak faham kenapa masih terdapat alamat pemilih tanpa nombor rumah, pada hal terdapat pemilih-pemilih yang cuba didaftarkan oleh Penolong Pemilih mereka tetapi telah ditolak kerana alamat tidak lengkap.

"Jadi persoalannya sekarang, siapa yang telah mendaftarkan mereka? Kami juga ingin menyatakan rasa kesal di atas sikap pegawai-pegawai SPR di pejabat mereka di Shah Alam yang bersungguh-sungguh enggan menerima bantahan-bantahan kami," katanya pada sidang akhbarnya di Pusat Khidmat PAS Pandan di Pandan Indah, di sini, hari ini.
Kita jangan lupa, penguasaan UMNO di SAbah adalah semata-mata undi dari pendatang haram Filipina. Maka, apa yang akan menghalang UMNO menggunakan taktik yang sama di Semenanjung Malaysia?

Harap sangat UMNO belajar dari kejatuhan Mubarak dan Ben Ali. Semuanya bermula apabila diktator-diktator ini menipu dan berbohong dalam pilihanraya di negara mereka.

Saya harap sangat maklumat saya dapat ni tak betul. Tapi, susah bagi kita nak percaya yang maklumat ini tiada kebenaran.

Sekian

Tulang Besi
Mengapa SPR enggan terima bantahan
Aziz Muda

AMPANG, 21 Feb:
Pihak-pihak yang bertanggungjawab digesa menjalankan penyiasatan terperinci ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana dibimbangi telah dijadikan alat oleh Barisan Nasional (BN) untuk mendapat kemenangan secara tidak bertanggungjawab dalam pilihanraya umum akan datang, terutama di Selangor.

Tindakan tersebut disyaki telah dilakukan oleh BN setelah kecewa dengan penerimaan rakyat tehadap kempen-kempen mereka di Selangor, sehingga mendorong para pemimpinnya menggunakan apa saja cara untuk mencapai matlamat mereka.

PAS Kawasan Pandan dalam gesaannya telah menemui beberapa bukti berhubung perkara itu, sehingga menyebabkan para pemimpin dan ahli-ahlinya amat tidak berpuas hati dengan senarai pemilih baru yang dipamerkan oleh SPR dari 9 hingga 15 Februari lalu...................................

Sembang Banyak Tak Guna
Ini Sahaja Ubatnya..

http://hartalmsm.files.wordpress.com/2010/11/bersih-is-back-as-bersih-2-0-an-entirely-civil-society-movement-for-electoral-reform-besih-2-0_1289337480557.png?w=640&h=392&crop=1



STPM - Keputusan seluruh negara menurun

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010 diumumkan hari ini menunjukkan penurunan di kebanyakan sekolah di seluruh negara.

Di KELANTAN, sebanyak 5,774 pelajar atau 96.23 peratus daripada 6,000 pelajar yang menduduki peperiksaan STPM di seluruh negeri itu mendapat kelulusan penuh.

Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan, Hussain Awang berkata, daripada jumlah itu, 3,365 calon atau 56.08 peratus mendapat empat dan lima prinsipal berbanding 3,245 pada tahun lalu.

Beliau berkata, dengan keputusan tersebut, peratusan calon STPM di Kelantan yang lulus penuh mengatasi keputusan peringkat nasional iaitu 92.49 peratus.

Di TERENGGANU pula, negeri itu mencatatkan pencapaian tertinggi dalam peperiksaan STPM 2010 yang meletakkannya dalam kelompok terbaik.

Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Razali Daud memberitahu, daripada 52 sekolah, 22 daripadanya mencapai kelulusan 100 peratus berbanding hanya 13 sekolah pada 2009.

"Jumlah sekolah yang lulus penuh turut mengalami peningkatan sebanyak 1.1 peratus iaitu daripada 95.99 peratus kepada 97.09 peratus,'' katanya.

Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah Pelajaran Negeri, Abdul Halim Abdul Razak berkata, seramai 1,335 calon lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran peringkat prinsipal (94.82 peratus).

Katanya, seramai 12 calon memperoleh purata nilai gred keseluruhan 4.0 yang terdiri daripada tujuh calon jurusan sains dan lima calon sastera.

Seramai 1,520 orang calon telah menduduki peperiksaan STPM di negeri ini pada tahun lepas terdiri daripada 1,408 calon sekolah kerajaan dan 112 calon persendirian.

Di MELAKA, sebanyak 96.87 peratus daripada 1,284 calon yang menduduki STPM 2010 di negeri itu lulus penuh iaitu meningkat berbanding 2009.

Pengarah Pelajaran Negeri Melaka, Juliah Leman, berkata, jumlah tersebut meningkat 0.56 peratus iaitu 1,238 pelajar berbanding 1,252 pelajar yang lulus penuh pada tahun sebelumnya.

Menurutnya, seramai 650 orang atau 50.86 peratus pula berjaya memperoleh empat prinsipal dan peratusan itu juga mengatasi peratus nasional sebanyak 8.06 peratus.

Di JOHOR, jumlah peratusan calon STPM 2010 negeri ini yang mendapat lulus penuh atau sekurang-kurangnya satu prinsipal bagi mata pelajaran yang diambil meningkat kepada 96.79 peratus berbanding 95.5 peratus pada 2009.

Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran berkata, 28 sekolah mencapai keputusan 100 peratus lulus penuh berbanding 23 sekolah pada 2009 manakala 11 buah pula mengekalkan pencapaian 100 peratus lulus penuh berbanding 14 sekolah pada 2009.

Menurutnya, keputusan STPM kali ini juga menyaksikan 60 sekolah meningkat dari segi PNGK antara 0.02 mata hingga 0.79 mata dan sekolah tertinggi yang mencapai PNGK tahun ini adalah SMK Perempuan Sultan Abu Bakar, Muar.

Di PAHANG, peratus calon STPM 2010 di negeri itu yang mendapat kelulusan penuh menurun sebanyak 2.37 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Mazlan Mohamad berkata, pada 2010, seramai 2,444 calon atau 93.57 peratus mendapat kelulusan penuh berbanding tahun 2009 iaitu 95.94 peratus atau 2,575 orang.

Menurutnya, calon yang lulus penuh lima prinsipal (5P) ialah 3.06 peratus pada tahun lepas berbanding tahun sebelumnya iaitu 11.88 peratus.

Di PERAK, sebanyak 4,004 pelajar atau 96.67 peratus daripada 4,142 pelajar di seluruh Perak lulus penuh dalam peperiksaan STPM 2010.

Ketua Sektor Pengurusan Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak, Abdul Ghani Mohamad Nizar berkata, bilangan pelajar yang lulus penuh dalam peperiksaan STPM tahun lalu meningkat 0.92 peratus berbanding keputusan 2009 iaitu 95.75 peratus.

Beliau berkata, sebanyak 28 buah sekolah di negeri ini mencatatkan pencapaian lulus penuh berbanding tahun sebelumnya sebanyak 18 buah sekolah.

Di PULAU PINANG, 11 buah sekolah di negeri itu berjaya mencatat keputusan 100 peratus kelulusan penuh dalam peperiksaan tersebut.

Sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al Mashoor, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muda, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Hwa Confucian dan SMJK Chung Ling.

Tujuh lagi sekolah yang mencatatkan keputusan lulus 100 peratus ialah SMJK Heng Lee, SMK Raja Tun Uda, SMKA Al-Irshad, SMK Bakti, SMK Dato Onn, SMK Telok Air Tawar dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan.

Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri, Yeoh Kok Kheng berkata, daripada sekolah berkenaan, seramai 58 pelajar berjaya mencapai PNGK 4.0.

Di KEDAH, sebanyak 22 sekolah di negeri itu berjaya mencapai kelulusan penuh 100 peratus dalam STPM 2010.

Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Abdullah Saad berkata, sembilan sekolah telah mencapai GPS 2.67 dan ke atas serta pencapaian minimum PGNK bagi negeri Kedah ialah 2.31 daripada 3,316 bilangan calon yang hadir.

"Sekolah tersebut ialah SMK Sultanah Bahiyah, SMJK Sin Min, SMJK Keat Hwa, SMK Yan, SMK Agama Kedah, SMK Labu Besar, SMK Ibrahim, SMK Tun Sharifah Rodziah dan SMK Padang Serai,'' katanya.

Di SARAWAK, seramai 37 calon atau 0.66 peratus calon STPM berjaya memperoleh keputusan lulus penuh dalam semua lima mata pelajaran yang diambil.

Keputusan itu merosot dengan ketara memandangkan pada tahun sebelumnya, seramai 77 calon berjaya memperoleh keputusan lulus penuh dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Menurut Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, seramai 2,121 calon atau 37.78 peratus pula lulus penuh dalam empat mata pelajaran diikuti 1,233 calon (21.96 peratus) dalam tiga mata pelajaran.

Di SABAH, 12 buah sekolah di Sabah mencatat 100 peratus kelulusan dalam peperiksaan itu.

Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Dr. Muhiddin Yussin berkata, seramai 21 pelajar di negeri ini memperolehi PNGK 4.0 dan 3.0 ke atas manakala bagi calon aliran sains pula seramai enam orang.

"Bagaimanapun, peratusan kelulusan STPM bagi 2010 menurun sebanyak 1.66 peratus kepada 88.51 peratus berbanding 90.17 peratus pada 2009," katanya.

Tambah Muhaiddin, seramai 168 calon yang menduduki STPM tahun lalu lulus penuh lima prinsipal (5P) diikuti 1,823 (4P), 1,294 (3P), 1,047 (2P) dan seramai 889 lulus sekurang-kurangnya 1P. [utusan]

STPM: 22 sekolah lulus 100 peratus di Kedah

http://www.smkelopura.my/wp-content/uploads/2010/03/stpm09-10-03-03.jpg

GAMBAR HIASAN

ALOR SETAR 21 Feb. - Sebanyak 22 buah sekolah di negeri ini hari ini diumumkan berjaya mencapai kelulusan penuh 100 peratus dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010.

Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Abdullah Saad berkata, antara sekolah yang mencapai kelulusan 100 peratus itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kedah, SMK Jitra, SMK Kulim, SMK Yan dan lain-lain lagi.

"Sebanyak sembilan buah sekolah telah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) 2.67 dan ke atas serta pencapaian minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (PGNK) bagi negeri Kedah ialah 2.31 daripada 3,316 bilangan calon yang hadir.

"Sekolah tersebut ialah SMK Sultanah Bahiyah, SMJK Sin Min, SMJK Keat Hwa, SMK Yan, SMK Agama Kedah, SMK Labu Besar, SMK Ibrahim, SMK Tun Sharifah Rodziah dan SMK Padang Serai," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, pada 2010 seramai 3,830 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM dan jumlah calon yang hadir untuk mengambil peperiksaan ialah 3,609 orang.

"Seramai 3,410 ialah calon sekolah kerajaan, 76 orang calon sekolah swasta dan 344 orang ialah calon persendirian.

"Pada 2010 juga peratus calon yang mendapat lulus penuh ialah 95.3 peratus berbanding 94.87 peratus pada 2009," katanya.

Tambah Abdullah, seramai 27 calon yang menduduki STPM berjaya memperoleh PNGK 4.00 dan tujuh mata pelajaran iaitu Pengajian Am, Matematik, Bahasa Tamil, Pengajian Perniagaan, Perakaunan, Kimia dan Sains Sukan telah mencatatkan peningkatan.

Perlu bantuan tajaan

PENDANG – Timbalan Pemuda Kampung Belakang Pendang, Zulkifli Ahmad berkata, pemuda kampung itu merancang untuk mengadakan pelbagai aktiviti seperti sukan memanah bagi menarik golongan muda.

Menurutnya, mereka memilih sukan berkenaan kerana ia permainan yang mencabar. Namun, sehingga kini mereka masih belum mendapatkan bantuan mahu pun tajaan daripada kelab-kelab memanah bagi membantu menganjurkan program itu.

“Sukan ini begitu digemari dalam kalangan belia. Jadi, saya ingin membawanya di sini memandangkan kawasan kampung jarang sekali mengadakan program seperti ini.

“Kami memerlukan tajaan dari mana-mana kelab yang ingin membantu golongan muda di sini dalam menjayakannya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kampung berkenaan, baru-baru ini.[Sinar Harian]

Libya dikuasai penunjuk perasaan


GAMBAR yang disiarkan di laman Facebook semalam menunjukkan
penunjuk perasaan mengibarkan bendera di bandar Benghazi, Libya.

PARIS - Beberapa buah bandar di Libya termasuk Benghazi dan Sirte dikuasai para penunjuk perasaan anti-pemimpin Muammar Gaddafi selepas pasukan-pasukan tentera dikatakan berpaling tadah dengan menyertai tunjuk perasaan, kata Persekutuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa (IFHR) semalam.

Badan itu turut menyatakan jumlah kematian sejak protes bermula adalah sekitar 100 hingga 400 orang.

"Banyak bandar terutama di wilayah pantai barat telah dikuasai. Anggota-anggota tentera juga turut serta dalam kebangkitan menentang Gaddafi," kata Ketua IFHR, Souhayr Belhassen.

Dia yang berpangkalan di Paris sebelum ini menyatakan bilangan yang terkorban ialah 233 orang.

Maklumat tersebut kebanyakannya diperoleh daripada organisasi hak asasi manusia Libya.

Sementara itu, para penunjuk perasaan membakar bangunan pemerintah dan menceroboh sebuah stesen televisyen kerana marah disebabkan anak Gaddafi, Saif al-Islam memberi amaran negara ini akan terjerumus ke kancah perang saudara dan dilimpahi darah.

"Libya kini berada dalam persimpangan. Jika kita tidak bersetuju hari ini mengenai pembaharuan, sungai berdarah akan mengalir melalui Libya," katanya dalam satu ucapan menerusi televisyen.

"Kita akan memegang senjata. Kita akan berjuang sehingga ke peluru yang terakhir. Kita akan memusnahkan elemen-elemen hasutan.

"Jika semua orang bersenjata, ia akan menjadi perang saudara. Kita akan saling berbunuhan sesama sendiri. Libya bukan Mesir. Ia (Libya) bukan Tunisia," tambahnya.

Beberapa jam selepas kenyataan itu, para penunjuk perasaan di bandar Tripoli menceroboh pejabat stesen televisyen dan bangunan pemerintah.

Gaddafi memerintah Libya selepas beliau melakukan rampasan kuasa aman semasa pemerintahnya, Raja Idris mendapatkan rawatan di luar negara pada 1 September 1969. - Agensi



"Memorandum ke Kedutaan Libya"

KENYATAAN MEDIA KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
21 Februari 2011
"Memorandum ke Kedutaan Libya"
http://newsbeatline.com/wp-content/uploads/2010/05/libya-tourism.jpg

1. Kebangkitan rakyat yang meletus di negara - negara Arab mutaakhir ini yang telah pun menumbangkan regim pemerintahan Tunisia dan Mesir, kini semarak kebangkitan itu terus menjalar deras seperti lahar yang sedang menuruni lurah dari puncak gunung berapi.

2. Suara dan himpunan kebangkitan rakyat itu telah melintasi sempadan Yemen, Bahrain dan Libya. Suatu kebangkitan yang saya sifatkan sebagai "time bomb" setelah mereka selama ini mendekam penuh sengsara dan derita berada di bawah sistem pemerintahan separa diktator.

3. Malangnya, kerajaan Bahrain dan Libya menggunakan kekerasan dalam menangani kebangkitan rakyat dengan menggunakan pihak keselamatan untuk menembak rakyat dan orang ramai yang menyertai rally kebangkitan rakyat tersebut. Sehingga kini saya difahamkan telah ratusan orang ramai yang terdiri dari masyarakat awam yang tidak bersenjata menyertai himpunan kebangkitan itu ditembak mati.

4. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengecam sekeras - kerasnya cara kerajaan Bahrain dan Libya menangani kebangkitan rakyat tanpa senjata dengan kekejaman yang menumpahkan darah dan nyawa rakyat mereka sendiri. Sebaliknya regim yang telah berkuasa dan memerintah sewajarnya mendengar suara rakyat mereka dan bertindak sewajar tanpa pertumpahan darah sekalipun mereka terpaksa berkorban meninggalkan takhta.

5. Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Lajnah Antarabangsa DPP Malaysia akan menyerahkan memorundum membantah kekejaman yang telah mengorbankan rakyat tanpa senjata ke kedutaan Libya pada hari Selasa ini [ 22 hb Feb 2011 ] jam 11 am.


Nasrudin Hj Hasan At-Tantawi
Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...