TERKINI :

Monday, February 21, 2011

VIDEO DOA WEHDAH DI HIMPUNAN 30 K PEMUDA PAS


Isu PAS berkawan dengan DAP - Beza antara tahalof dan Wala'


Ingatkan di p/raya umum ja yang ada mangkok hayun tapi dalam p/raya kampus pun ada jugak..

Berita Pilihanraya Kampus terkini dari UKM - Kebobrokan & penyalahgunaan kuasa oleh pihak pentadbiran!

Di KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) & KOLEJ KERIS MAS(KKM) : Kewujudan kaunter/pondok panas (merayu undi) - Rujuk Buku Panduan Calon Pemilihan MPP Bahagian VII Perkara 52 : Kempen tamat pada jam 12.00 malam sehari sebelum hari mengundi. Tidak dibenarkan memancing undi di kawasan yang ditentukan di tempat mengundi

Di KOLEJ BURHANUDDIN YAAKOB (KBH) :
(a) Pembantu (yang juga staf pentadbiran KBH) di kaunter pembuangan Undi didapati mengambil nombor-nombor siri - Rujuk Buku Panduan Calon Pemilihan MPP Bahagian VI Perkara 32.4: Tidak dibenarkan untuk mengetahui atau mencatatkan nombor siri setiap kertas undi yang dikeluarkan kepada pengundi.
(b) Penyokong Aspirasi didapati mengedarkan kertas yang mengandungi nombor-nombor calon Aspirasi - Rujuk Buku Panduan Calon Pemilihan MPP Bahagian VII Perkara 52 : Kempen tamat pada jam 12.00 malam sehari sebelum hari mengundi. Tidak dibenarkan memancing undi di kawasan yang ditentukan di tempat pembuangan undi
(c) Penyokong Tindakan Siswa Bersatu (TSB) didapati mengedarkan nombor-nombor calon. Hal ini berjaya dikesan oleh Polling Agent GMUKM - Rujuk Buku Panduan Calon Pemilihan MPP Bahagian VII Perkara 52 : Kempen tamat pada jam 12.00 malam sehari sebelum hari mengundi. Tidak dibenarkan memancing undi di kawasan yang ditentukan di tempat
Di KOLEJ PENDETA ZA'BA : Penyokong Aspirasi didapati menggantung banner 'Undi Aspirasi' yang didapati mengandungi gambar-gambar dan nombor calon Aspirasi - Buku Panduan Calon Pemilihan MPP Bahagian VII Perkara 52 : Kempen tamat pada jam 12.00 malam sehari sebelum hari mengundi. Tidak dibenarkan memancing undi di kawasan yang ditentukan di tempat mengundi

Di KOLEJ KERIS MAS (KKM)
(a) Didapati kertas-kertas undi di Kolej Keris Mas tidak dicop dengan cop rasmi UKM. - Rujuk Buku Panduan Calon Pemilihan MPP Bahagian VI Perkara 45.4(ii) Kertas-kertas undi yang akan ditolak dan tidak boleh diterima adalah seperti berikut : (a) Jika ianya tidak dicop atau ditindik dengan tanda rasmi atau tidak ditandatangani secara ringkas oleh Ketua Pusat Pembuangan Undi;
(b) Kertas undi bagi Kerusi Tahun 3/4 FPI masih dikeluarkan walaupun saudara Zaim diisytiharkan menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon (17 Februari 2011) - Rujuk Buku Panduan Calon Pemilihan MPP Bahagian VI Perkara 26: Jika pada hari penamaan dalam mana-mana kawasan Pemilihan, setelah diputuskan oleh Pegawai Pengurus Pemilihan MPP apa-apa bantahan yang mungkin telah dibuat dan didapati jumlah calon sah dinamakan adalah sama atau tidak melebihi bilangan yang dipertandingkan bagi kawasan tersebut, Pegawai Pengurus Pemilihan MPP hendaklah dengan serta-merta mengisytiharkan calon-calon yang dinamakan sebagai wakil yang dipilih untuk MPP bagi kawasan tersebut.


Maklumat lanjut, boleh layari secara langsung di https://smp.ukm.my/mpp/index.cfm

Sila telefon, Pengerusi GMUKM - Hafiz Razak (0136357990)

Mai Nak Jawab Soalan Bangang Zul Nordin

SOALAN BODOH DARI MP KULIM UNTUK NIK AZIZ, BIAR AKU JAWAB

Oleh: WFAUZDIN NS

YB ZUL Kulim atau sinonim dengan `firaun besar' menasihatkan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz agar merujuk suatu surah, berhubung kait dengan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang menyebut bahawa kerjasama dengan DAP adalah untuk memperkenalkan Islam kepada parti berkenaan. Sebelum itu, baca di sini.

MP Kulim Bandar Baru yang menang atas tiket PKR, tetapi masih menebalkan muka menjadi MP Bebas itu meminta agar Tuan Guru Nik Aziz merujuk kepada Surah Abasa, katanya, "Surah itu diturunkan ketika Nabi Muhammad SAW sedang berbincang dengan segelintir golongan kafir Quraish yang kaya dan berpengaruh. Apa yang terjadi ketika perbincangan itu, datang seorang Muslim papa kedana dan buta bernama Abdullah Ibnu Maktum. "Abdullah datang ke tepi Rasulullah dan bertanyakan soalan tetapi Nabi (Muhammad) berpaling daripadanya untuk sambung berbincang dengan Abu Jahal serta rakan-rakan (kafir) kerana merasakan Abdullah mengganggu perbincangan itu.

Zul Kulim terus menyambung, "Ketika itulah Allah menurunkan Surah Abasa bagi mengingatkan Nabi supaya mendahulukan seorang Muslim berbanding penganut agama lain, saya nasihatkan tok guru (Nik Abdul Aziz) selak kembali surah itu," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Tidak perlu Tuan Guru Nik Aziz yang menjawab hujah Zul Kulim yang sebelum ini tidak berani menyahut cabaran debat yang dilontarkan oleh MP Shah Alam Yb Khalid Samad berkaitan isu Kalimah Allah. Kisah beliau sebut di atas, jelas bahawa Orang Muslim bernama Abdullah itu menemui Rasullullah untuk bertanyakan soalan. Dan Allah perintahkan Nabi untuk menjawab soalan Muslim itu terlebih dahulu.

Di dalam hal ini jika mahu dikaitkan dengan Umno jauh bezanya. Usahkan pemimpin Umno mahu berjumpa Tuan Guru Nik Aziz, malahan Tuan Guru Nik Aziz mengajak dan menghantar surat untuk berjumpa pemimpin Umno untuk bincang tentang Islam, ada pernah Umno layan? Yang ada, Umno mahu jumpa PAS untuk bincang pasal Perpaduan Melayu...Melayu...dan Melayu...Tentang Islam bagaimana? Justeru itu, wajar PAS ketepikan Umno kerana banyak membuang masa dan lebih baik berbincang dengan DAP kerana sekurang-kurangnya DAP mahu mendengar Islam walaupun PAS tidak mengharapkan DAP terima Islam. Kerja hidayah untuk DAP terima Islam itu bukan kerja PAS, itu kerja Allah SWT. Umno mahu mendengar Islam, mahu terima Islam? Mempersendakan lagi adalah.

Jadi, usahlah Zul Kulim mahu tunjuk pandai putar belit kisah tersebut untuk menunjukkan kununnya PAS tidak melayan Umno yang kununnya mahu bertanya seperti di dalam kisah tersebut. Apa yang Umno mahu tanya? Tentang Perpaduan Melayu? Tentang Kerajaan Perpaduan?

Tentang 5 soalan dari Zul Kulim itu, itu soalan paling bodoh yang pernah saya dengar dari orang yang dikatakan berkelulusan peguam. Hampir kesemua soalan itu berhubung dengan cita-cita PAS menegakkan negara Islam dan Hukum hudud ditujukan kepada DAP, sedangkan yang wajib untuk menyokong dan melaksanakan hukum tersebut adalah ke atas semua pemimpin dan umat Islam. Mengapa perlu tanya DAP? Umno mahu terimakah negara Islam? Jika mahu, sokong lah PAS yang inginkan Negara Islam. Kes Liwat DS Anwar, mengapa Zul Kulim sanggup jadi salah seorang peguam kepada DS Anwar dalam kes liwat 1 dahulu dan dalam kes qazaf sebelum ini sebelum beliau di`sepak' dari PKR? Sekarang, mengapa ingin bertanya kenapa Karpal jadi Peguam DS Anwar? Busuk sungguh hati MP Kulim ini terhadap DS Anwar.

Lebih baik Zul Kulim terima cabaran debat yang dilontarkan oleh YB Khalid Samad terlebih dahulu sebelum mahu mengajar Tuan Guru Nik Aziz. Beliau boleh aturkan siaran langsung di TY debat beliau dengan YB Khalid nanti. Jika takut untuk berdebat dengan YB Khalid Samad yang tidak berkopiah macam Zul Kulim itu, lebih baik Zul Kulim duduk diam-diam kumpul duit banyak-banyak kerana selepas PRU ke 13 nanti, beliau pasti akan dipencenkan sebagai MP di Kulim Bandar Baru. /wfauzdin.blogspot.com

Biaq betul.. Petronas Bela BN...??

KRONI DAPAT RM2.45 BILION NILAI KONTRAK

Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi telah mendedahkan pemberian kontrak bernilai RM2.45 bilion bagi membina pelantar minyak kepada tiga syarikat dipercayai milik kroni Umno Barisan Nasional (BN). Ketua Umum KEADILAN itu tidak menolak kemungkinan tiga syarikat itu dikhuatiri berperanan menyalur sebahagian keuntungan kepada Umno BN menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Saya mahukan wang itu dikembalikan kepada rakyat. Barulah kita mengangkat martabat serta taraf hidup rakyat. Saya nak jadikan Malaysia negara model, negara contoh apabila kita memerintah," katanya.

Kira-kira 10,000 penduduk setempat mengikuti ceramah Anwar di Padang Awam, Taman Semilang, Seberang Jaya, malam tadi.

Beliau memberi penerangan berkenaan beberapa isu semasa dalam negara kepada penduduk di Pulau Pinang diselang-seli 'usikan' kepada pemimpin Umno Barisan Nasional (BN).

Awal Februari ini, Petronas mengumumkan pemberian kontrak Perkhidmatan Risiko (RSC) kepada Petrofac Energy Developments Sdn Bhd (Petrofac), Kencana Energy Sdn Bhd (Kencana Energy) dan Sapura Energy Ventures Sdn Bhd (Sapura Energy).

Sapura Energy, anak syarikat SapuraCrest Petroleum Bhd (SapuraCrest) dianugerah kontrak untuk membangunkan pelantar minyak dan gas berantai yang dianggar bernilai AS$800 juta (RM2.45 bilion) di persisiran pantai Semenanjung.

Kontrak itu ialah yang pertama dianugerah Petronas mengikut perjanjian minyak baru di Malaysia.

Mengikut perjanjian RSC, Petrofac yang memiliki 50 peratus pegangan ekuiti RSC akan mengendalikan operasi membangunkan pelantar terbabit manakala dua syarikat lain iaitu Kencana Energy dan Sapura Energy, masing-masing memegang 25 peratus kepentingan ekuiti.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kencana adalah Datuk Mokhzani Mahathir, anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru-baru ini dinamakan sebagai antara individu terkaya di Malaysia dengan harta peribadi bernilai RM1.075 bilion.

Turut tersenarai dalam 40 individu terkaya di Malaysia yang dikeluarkan majalah Malaysian Business itu, adalah Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam ceramah itu, Ketua Pembangkang itu mengulangi komitmen Pakatan Rakyat untuk menunaikan janji Buku Jingga kepada rakyat termasuk mengurangkan harga minyak serta merta apabila mentadbir Putrajaya.

Beliau juga memberi jaminan terhadap Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN Umno pula, tidak akan ditindas mahupun dipenjarakan seperti amalan parti pemerintah itu terhadap pimpinan pembangkang.

"Saya mahu hantar Najib jadi duta besar Malaysia ke Mongolia," kata Anwar disambut sorakan meriah dan tepukan gemuruh daripada hadirin.

Anwar juga mendedahkan gelagat Datuk Seri S Samy Vellu ketika beliau masih Timbalan Perdana Menteri, betapa Menteri Kerja Raya itu sentiasa mendesaknya menaik tol.

"September 1998, saya dipenjarakan, Oktober tol naik. Tak lama lagi, mungkin menteri berkenaan dianugerah Tun, Tun Tol," kata Anwar disambut sorakan hadirin.

Kecelaruan Fitnah II

Anwar turut menyentuh kecelaruan pihak pendakwa raya dalam perbicaraan kes Fitnah II yang sedang berlangsung antara 14 Februari lalu hingga 25 Mac depan.

"Pendakwa sekarang bercelaru dengan bukti mereka sendiri. Pertama, muka surat laporan lain. Yang dia bagi saya dengan yang ada pada mereka, tak sama.

"Kedua, bukti tambahan. Mula-mula dalam laporan, bukti ditanda sampai B11. Tiba-tiba hari bicara, jadi B12 pula," kata Anwar.

Beliau yakin kecelaruan itu adalah berkat doa rakyat yang menolak fitnah jahat pemimpin Umno BN kepadanya.

'Ahli Parlimen BN tak perlu pandai'

Dalam nada seloroh, Anwar mengulas pertemuan Najib dengan Ahli Parlimen BN baru-baru ini.

Katanya, Najib memperuntuk masa tiga minit setiap seorang untuk sekadar memastikan mereka menyebut 'setuju' atau 'tidak' sahaja atas hal diusul Perdana Menteri itu.

"Kerja Ahli Parlimen BN tak payah pandai sangat, cuma kena pandai cakap 'setuju'.

"Sebab itu bincang dengan Ahli Parlimen tiga minit, cuma kena tengok pandai sebut setuju atau tidak sahaja," kata Anwar disambut hilai tawa daripada hadirin.

Ceramah Anwar berlangsung selama lebih sejam tamat menjelang pukul 12 malam. Sebaik tamat ceramah itu, hadirin berpusu-pusu berebut bersalaman dengan Anwar.

kl-today

Umno lindung kezaliman polis selagi tekan pembangkang

KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) melindungi polis dengan tidak mengadakan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) sebagai tukar ganti kepada bantuan pihak berkuasa itu dalam memberi tekanan kepada parti pembangkang.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, keengganan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein itu menyebabkan golongan berbeza fahaman politik dengan kerajaan, ditindas polis.

Katanya, kaedah mengekalkan kuasa politik itu banyak diamal rejim penindas di seluruh dunia dan dipraktikkan kerajaan Malaysia dan Singapura sejak zaman kemerdekaan lagi.

Sehubungan itu, beliau mendesak sepupu Perdana Menteri itu segera meletak jawatan lantaran tiada keazaman politik dalam mendisiplinkan polis, sebaliknya lebih banyak kezaliman polis berlaku.

“Hishammuddin dan polis seperti tidak pernah mengambil teladan daripada kes seperti A Kugan, Aminulrasyid Hamzah, Norizan Salleh serta Chia Buang Hing,” katanya pada kenyataan media kepada KeadilanDaily.com.

Hishamuddin baru-baru ini mengulangi keengganan kerajaan untuk mengadakan IPCMC walaupun menerima desakan pelbagai pihak termasuk rakyat biasa, sedangkan pelaksanaan itu adalah cadangan suruhanjaya diraja beberapa tahun lalu.

Antara kes kezaliman polis yang ketara ialah kejadian A Kugan mati selepas berada dalam tahanan polis selama lima hari di Balai Polis USJ.

Norizan Salleh pula adalah seorang ibu tunggal yang ditembak secara rambang sewaktu menaiki kereta di lebuh raya MRR2 pada 30 Oktober 2009.

Aminulrasyid Hamzah pula seorang remaja berusia 14 tahun yang juga mati ditembak polis di kepala sewaktu pulang dari kedai makan di Shah Alam.

Chia Buang Hing adalah seorang peniaga bingkai yang dipukul dan wangnya sebanyak RM13,000 dicuri sewaktu berada dalam tahanan polis di Balai Polis Dataran Sunway.

Surendran kesal kerana Hishammuddin dan Ketua Polis Negara kelihatan tidak kisah dengan penderitaan rakyat di tangan polis yang semakin tidak mempeduli proses undang-undang.

“Statistik terbaru dikeluarkan Lawyers For Liberty menunjukkan peningkatan 17 kali ganda kes tembakan polis, dan 160 orang mati sejak 2000.

“Aminulrasyid mati kerana Hishammuddin gagal mendisiplinkan polis,” kata Surendran.

Kedah tak Mau buat Kaa Tabung Sekupang nie??

Tabung Sekupang

PAS Perlis pernah melancarkan program Tabung Sekupang untuk PRU tahun 2004. Caranya ialah, ahli-ahli PAS dibekalkan dengan tabung rotan, dan setiap ahli yang menerima tabung itu hendaklah memasukkan 10 sen sehari ke dalamnya, jangan lebih dan jangan kurang.

10 sen itu daripada mana? Ya, lebihan beli ikan atau beli sayur atau lebihan apa sahaja. Apabila sampai hari terakhir sesuatu bulan, seorang petugas akan pergi menemui setiap ahli yang menerima tabung itu dan memungut wang terkumpul itu daripadanya.

Ada yang RM3, RM2.90, kurang atau lebih. Petugas yang mengumpul itu pula diberikan beberapa persen habuan berdasarkan jumlah keseluruhan yang terkumpul.

Ada sebahagian ahli yang mengenepikan saja tabung itu. Apabila sampai hari pengumpulan dia beri sahaja kepada petugas itu RM5 atau RM10 atau berapa yang dia suka. Cara ini tidak digalakkan kerana tidak meninggalkan kesan mendalam dari sudut kesan pengorbanan kepada parti.

Namun seingat saya selepas PRU 2008, program ini senyap sahaja, dan kalau tidak silap, kini tidak berjalan lagi. Di rumah saya tabung rotan itu masih ada cuma petugas mengumpul sumbangan tidak lagi berkunjung ke rumah. Dan, saya pun tidak memasukkan lagi sekupang sehari ke dalamnya.

Hasil program tabung sekupang ini, ada UPU yang berjaya mengumpul sehingga hampir RM10,000. Ada yang kurang dan ada yang lebih. Maksudnya, jika PAS konsisten dengan program ini, ia memang efektif. Wang yang terkumpul ini tidak diserahkan kepada calon tetapi digunakan oleh UPU sepanjang tempoh kempen.

Program ini sangat baik dari sudut menyuburkan keprihatinan ahli terhadap PAS. Tambahan pula pada waktu itu, PAS memang daif (dalam konteks PAS Perlis), semua persiapan menghadapi pilihanraya seadanya sahaja.

Ahli pula memang berasa mereka dihargai apabila mereka diminta menyumbang walau pun kecil (pada nilai manusia). Walau pun ada yang memandang remeh program ini, namun kesudahannya ia sangat berjaya.

Program ini masih relevan untuk dilaksanakan sempena PRU akan datang. Masa masih ada. Cuma jentera untuk menggerakkannya sahaja yang perlu diaktifkan semula. Gunalah tabung apa pun, samada rotan atau buluh. Atau, tin minuman ringan pun boleh, tak kisah.

Orang PAS memang suka menyumbang sekadar terupaya, cuma kadang-kadang mereka tidak disediakan saluran untuk melakukan sumbangan secara mudah. Tabung Sekupang dikira sangat relevan.

Dan, seperkara lagi, orang yang paling sesuai untuk mengaktifkan kembali program ini ialah Cikgu Adnan Din. Beliaulah 'jurutera' program ini pada ketika itu. Tahniah Cikgu Nan.

Melaka Maju..huah huah huah

Menunggu bekalan air, elektrik di negeri 'maju'

Beberapa bulan lalu, Melaka diisytiharkan sebagai 'negeri maju' oleh ketua menterinya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

NONEBagaiamanapun, C Ragunathan tidak bersetuju.

Rumahnya yang berusia lebih 25 tahun terletak di atas sebidang tanah milik swasta di sebuah estet kelapa sawit di Kampung Paya Yoki, kira-kira 6km dari pekan Merlimau dan kira-kira 500 meter dari kawasan kejiranan yang paling hampir.

Hanya lima tahun lalu Ragunathan mendapat sambungan bekalan elektrik ke rumahnya, itupun bukan melalui cara yang sepatutnya.

Selepas bertahun-tahun permohonannya asyik ditolak, beliau membayar RM30,000 kepada seorang juruteknik bagi membuat penyambungan 'haram' bagi mendapatkan bekalan elektrik. Ini dilakukan dengan pemasangan tiang ke rumahnya dari grid tenaga yang terletak kira-kira 2km jaraknya.

Namun, bagi rumahnya yang didiami oleh lebih 10 orang itu, mereka masih tidak menikmati bekalan air bersih.

Ragunathan, ayah kepada tiga anak itu berkata, bekalan air harian kini diperolehi menerusi sebuah kolam di belakang rumah mereka. Bagi air minuman, bekalan diperolehi dari sebuah perigi.

merlimau"Saya masih bertanya kepada pihak berkuasa bila boleh dapat bekalan air paip. Malah, sehingga hari ini, saya terus telefon mereka," katanya ketika ditemui.

"Mereka (pihak berkuasa) kata tidak dapat bekalkan keperluan itu kerana tidak ada orang tinggal di kawasan ini tetapi, bukankah kita juga orang?"

Terdapat lebih kurang 20 pemilik tanah yang masih tinggal di kawasan yang sama. Ada yang telah berpindah kerana terlalu sukar bagi meneruskan kehidupan tanpa keperluan asas.

Menjelang pilihan raya kecil ini, Ragunathan berharap masalahnya dapat diselesaikan.

merlimauAwal bulan ini, pembantu ketua menteri Melaka melawat kawasan itu bersama pegawai Tenaga Nasional Bhd, dan berjanji masalah mereka akan diselesaikan sebelum pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau pada 6 Mac ini.

"Saya telah undi dacing (logo BN) sejak beberapa pilihan raya lalu, dan ini kali pertama ada orang yang bertanyakan mengenai kehidupan kami.

"Keluarga saya ada 12 undi… kita akan lihat apa yang berlaku pada pilihan raya kecil nanti," kata Ragunathan, yang juga mendakwa dirinya sebagai penyokong MIC.

Mahunya Najib tak takut: Tidak mustahil ledakan Mesir tercetus di Malaysia

Oleh SanggahToksago

UMNO perlu melihat kejatuhan Hosni Mubarak di Mesir dari dua sudut. Pertama, kerana terlalu lama dan kedua, kerana terlalu angkuh. Hari ini, apabila Hosni Mubarak meninggalkan Mesir selepas 18 hari diasak penunjuk perasaan, apakah yang ditinggalkan Mubarak di Mesir? Yang pasti, ada 300 nyawa terkorban selama tunjuk perasaan ini berlaku dan ribuan yang lain cedera.

Seperti yang dilaporkan, tentera yang mengambil alih kuasa sekarang ini, kelihatan merestui tunjuk perasaan ini dan akhirnya, pengumuman rasmi dibuat, mengesahkan Mubarak yang pada peringkat awalnya tidak mahu mengalah, akhirnya terpaksa melepaskan jawatannya.

Kalau boleh, Mubarak mahu menunggu sampai September, kononnya penggal pemerintahannya berkahir, tetapi rakyat tidak tertanggung lagi dengan perangai dan sikap angkuh Mubarak. Apa yang pasti, rakyat Algeria juga seperti mendapat suntikan semangat dari apa yang dicapai oleh rakyat Mesir.

Apakah Presiden Algeria, Abdelaziz Bouteflika sudah bersedia untuk berundur? Atau, mahu terus berdegil hingga kejadian lebih buruk berlaku? Begitu juga dengan Yaman, khabarnya keadaan sudah mula bergegar dengan ura-ura tunjuk perasaan.

Panglima Angkatan Tentera Mesir, Fil Marsyal Mohammed Hussein Tantawi berkata, beliau akan menghormati semua perjanjian yang dimeterai Mesir, satu berita yang cukup melegakan negara Yahudi dan Amerika Syarikat.

Antara perjanjian itu ialah perjanjian damai dengan Israel 1979. Selain kebongkakkan Hosni Mubarak, hakikat sebenarnya apa yang berlaku di Mesir ini ialah disebabkan terlalu khayal dengan mabuk kuasa. Keresahan dan kesusahan rakyat tidak dapat dihidu sejak awal. Hingga, apabila Dataran Tahrir dipenuhi dengan penunjuk perasaan dan semua jalan raya sudah tidak boleh dilalui disebabkan dipenuhi dengan penujuk perasaan, mulalah ekonomi Mesir lumpuh.

Hanya beberapa bulan lagi pilihan raya akan diadakan. Tidak pula diketahui apakah boleh dipercepatkan pilihan raya tetapi, belum ada jaminan suasana aman selepas peralihan kuasa berlaku. Satu perkara yang perlu dijadikan ingatan pihak yang sedang berkuasa sekarang ialah penggunaan laman sosial faebook dan internet menjadi komponen penting dalam revolusi rakyat Mesir.

Jika ada ura-ura Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu menyekat Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) seperti yang dinyatakan Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Mahmud Adam baru-baru ini, ia sebenarnya sudah terlewat.

Rakyat sudah ke hadapan di dalam penggunaan media baru ini dan sekatan demi sekatan yang dibuat sebenarnya satu usaha memenjarakan kecerdikan berfikir rakyat. Ada penulis yang mempertahankan Malaysia kononnya, apa yang berlaku di Mesir tidak akan berlaku di Malaysia kerana rakyat Malaysia cukup makan dan tidak seperti di Mesir.

Kerisauan rakyat Malaysia yang sentiasa dikelilingi pendatang asing hingga keselamatan keluarga mereka terancam, tidak diambil kira sebagai keresahan dan kesusahan rakyat. Ternyata, kerajaan telah gagal menyelesaikan masalah pendatang asing ini walaupun pelbagai formula diketengahkan termasuk usaha menubuhkan makmal pendatang asing.

Ternyata, ia hanya cakap-cakap yang mahu menghalalkan sejumlah peruntukan besar diluluskan kerajaan untuk menubuhkan makmal tersebut. Namun, tidak seorang pun pendatang asing yang dapat dikurangkan dari bumi Malaysia, melainkan bertambah dari hari ke hari.

Jika desakan dibuat, Menteri Dalam Negeri akan muncul dengan amaran terbaru termasuklah akan mencari hingga ke lubang cacing tetapi, yang pasti pendatang asing makin bertambah. Bukan kecil jumlah rakyat Malaysia yang terperangkap dengan isu keldai dadah tetapi setakat hari ini, pihak berkuasa masih tetap memberi nasihat kepada mereka supaya berhati-hati dengan perangkap tersebut.

Apakah keresahan rakyat ini, selain kenaikan cukai, kenaikan harga barang-barang keperluan dan kesukaran mendapatkan pekerjaan bukan keresahan dan kesusahan yang membolehkan rakyat Malaysia bangkit seperti bangkitnya rakyat Mesir di Dataran Merdeka (Tahrir) mereka?

Bukankah kerana lamanya itulah yang menyebabkan rakyat menolaknya. Berbeza, kata mereka yang menjadi pengampu Umno, dengan BN. Yang lama adalah parti tetapi individu yang memimpin parti belum pernah mencapai usia 30 tahun pemerintahannya, kecuali sekali Tun Dr. Mahathir Mohamad mencipta rekod 22 tahun.

Kemenangan besar Tun Abdullah Ahmad Badawi, kata penulis-penulis yang pro Umno dalam tahun 2004, kerana Abdullah baru dan jika diadakan Pilihan Raya Umum ke 13 kelak, Perdana Menteri, Najib Tun Razak akan mengulangi kejayaan BN seperti yang pernah berlaku dalam PRU 11, 2004 yang lalu.

Bukan senang mahu menyedarkan mereka yang sudah terlalu lama di tampuk kuasa. Malahan, jika mereka dikatakan lama, mereka akan berkata, parti mereka yang lama, tetapi pemimpin-pemimpinnya sering bertukar ganti.

Mereka lupa, 2008 apabila Abdullah nyaris-nyaris tumbang bersama-sama BN bukan kerana dia sudah lama tetapi kerana parti yang diwakilinya sudah terlalu lama berkuasa di Malaysia. Begitulah juga apa yang berlaku kepada Gerakan, MCA dan MIC kerana terlalu lama, parti mereka (calon-calon) ditolak.

Hari ini, walaupun MCA berhempas-pulas mahu memberitahu rakyat dan pengundi bahawa mereka mempunyai pemimpin yang baru, dari Ong Tee Kiat kepada Chua Soi Lek, namun, rata-rata pengundi menolak mereka.

Pengundi-pengundi sudah jemu dengan parti yang terlalu lama berkuasa, hingga lupa diri dan angkuh. Pengundi dan rakyat melihat bahawa apa yang berlaku kepada Hosni Mubarak pelru juga dilakukan kepada Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno sejak sekian lama. Mereka yang berada di puncak kuasa, tidak menghiraukan kemahuan dan keresahan rakyat selain mencipta slogan dengan logo baru, sekadar mahu menggula-gulakan rakyat. Cukuplah! Dah lama sangat dah!

Kenapa Bob Lokman sertai PAS

Fisabilillah: Bob Lokman

Setelah aku melalui segala jalan syahwat, Allah memberikan aku gambaran akhirat. Maka aku mula berjalan mencari kebenaran dan semalam 16 Rabi'ul Awal, aku melangkah masuk kedalam gerbang hijau yang bertonggakkan Ulama yang sangat ditakuti oleh pencinta dunia.

Mengalir airmata bila borang ahli disambut oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan. Biar pun aku bukan sesiapa dikalangan orang Pas, tapi aku dapat merasakan kehangatan persaudaraan yang dihulurkan oleh mereka.

Aku menjadi insaf dikalangan anak- anak muda Pas yang rugged tapi ikhlas dalam perjuangan dan aku merasa amat malu diperhatikan oleh mereka bilamana aku merasa seperti seluruh hidup aku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan hingga aku merasa aku teramat tua dikalangan mereka.

Terlintas juga dibenak ku, mungkin kerana anak - anak muda inilah orang bijak pandai seperti Mahathir menolak Pas.

Biarlah tua, biarlah bertongkat, tapi sekarang aku tahu Allah maha pengampun dan penyanyang.

Maka oleh kerana itu aku akan patuh kepada kehendak Allah dalam ayat 104 Surah Aali-Imran. Pas akan aku jadikan wadah perjuangan untuk mempopularkan Allah kepada mereka yang belum kenal akan kekuasaanNYA.

Aku jadi insaf betapa aku yang lahir dalam keluarga Islam keturunan Ulama', terabai dengan kefahaman Islam yang pernah diterapkan kedalam jiwaku. Apatah lagi mereka yang tidak pernah tahu mengenai Islam, bagaimana mereka akan merasa takut pada Allah. Untuk itu sekali ini aku akan terus bercerita kepada sesiapa sahaja sesuatu yg membuatkan mereka bertaqwa kepada Allah.

Lagikan setiap ibu bapa sayangkan anak - anak yang dilahirkan, inikan pula Allah yang menciptakan kita dan segalanya. Biar pun Iblis dan yahudi memang dilaknat oleh Allah, namun satu masa dahulu mereka adalah hamba Allah yang baik. Selepas itu dengan takdir Allah mereka dijadikan sebagai contoh buruk kepada sesiapa yang tidak bertaqwa kepada Allah.

Ini Kuasa Allah. Kalau tiada keburukan kita tidak pandai menilai kebaikan sebagai mana kalau tiada ketaqwaan maka tiadalah kita mengerti bahawa Allah itu maha diatas segalanya.

Hari ini bila jiwa berada didalam Pas, ada satu semangat baru yang membuatkan aku berfikir mengapa Allah menjadikan aku. Pagi tadi bila ada kawan yang bertanya, mengapa aku menganut Pas, aku tahu bahawa aku sudah diterima untuk bekerja oleh Allah. Inilah masanya untuk berubah dan mengubah sebahagian besar kenalan, kepada jalan baru bagi mereka yang fasiq.

Belum ramai yang menerima Islam sebenar. Kalau tidak sudah tentu Malaysia diperintah oleh Ulama'. Masalahnya siapa yang Islam dalam orang Melayu? Untuk mereka yang mencari jawapan bacalah Sirah Rasulullah berulang kali, maka kita akan nampak siapa Abu Bakar, siapa Abu Jahal dan siapa Abdullah Ubai dalam bangsa Melayu.

Kerana itulah aku memohon untuk masuk Pas. Lepas ni kita akan baca ada yang marah dengan apa yang aku kata. Itu biasa, sebagaimana ada orang yang marahkan harimau membunuh lembu. Ini kerana kita tidak mengertisunnatullah. Kalau kita susah di dunia, kita lupa bahawa itu kehendak Allah, apatah lagi bila kita mewah.


Sudah berkali-kali Pas kalah dalam pilihanraya. Memang susah nak menang kerana ini bukan perang Badar dimana malaikat juga turun berperang dengan perintah Allah. Janganlah mengharapkan malaikat turun beratur dipusat-pusat mengundi yang diadakan oleh suruhan jaya pilihan raya yang tidak mengikut suruhan Allah.

Ini demokrasi orang putih yang memberikan peluang kemenangan kepada orang yang mempunyai syahwat duniawi. Kerana itu perlunya kita memperkenalkan Islam adalah sistem terbaik untuk mentadbir dunia kepada manusia Malaysia.

Ini adalah kerana ramai manusia lupa bahawa Allah yang mencipta dunia dan hanya hukum Allah sahaja yang sesuai dilaksanakan. Mereka yang menolak selalunya mereka yang tidak tahu apa hukum Allah.

Selalunya mereka ditakutkan oleh yahudi yang memang mengetahui apa isi Al Quran dan mereka telah tahu lebih awal melalui Taurat bahawa Islam itu sempurna dan mereka tidak mahu kita menjadi ummat Muhammad. Maka kita akan luput dari mendapatkan Syufaat Rasul dipadang Mahsyar nanti.

Dan kali ini aku bersedia untuk berjuang dengan Pas, dan aku bersedia untuk kalah setelah menjalankan segala syarat perjuangan.

Dipetik daripada blog Bob Lokman

Mesej Pemuda Pas : Mereka Sedia Bergerak!

Oleh Mohd Sayuti Omar

KOTA Sarang Semut Batu 9 di Kedah telah bertukar menjadi lautan manusia apabila himpunan 30,000 pemuda Pas berjaya mencapai sasaran. Katanya kompleks Pas Kedah hari ini dipenuhi dengan anak-anak muda dan digemai laungan takbir penuh semangat.

Sayang saya tidak dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri gelombang Pemuda itu. Alangkah indahnya kalau dapat tengok sendiri, ia akan menambah waja dan semangat dan menjadikan catatan ini lebih realistik.

Apapun syabas diucapkan kepada segenap Pemuda Pas Malaysia kerana berjaya menghimpun dan menunjukkan kekuatan kalangan mereka.


Kejayaan himpunan hari ini ternyata, darah pemuda Pas masih merah dan masih mengalir laju menuruni lembah mencari puncak kemenangan. Mereka tidak mudah goyah atau terkoyak dengan segala dakyah dan tohmahan buruk ke atas parti dan pemimpin mereka.

Saya yakin kalau mereka dibangkit dan dikerah untuk bergerak ke Putrajaya hari ini, dalam jumlah seramai itu mereka akan mara tanpa mempedulikan apa yang berlaku. Dalam himpunan seramai itu semangat mesti berkobar. Mereka akan bergerak hatta berjalan kaki melalui lebuh raya Utara Selatan hingga ke Putrajaya. Saya yakin..

Katanya himpunan di Kota Sarang Semut hari ini lebih berjaya daripada himpunan yang sama dibuat di Kota Bharu empat tahun lepas. Kalau di Kota Bharu himpunan disertai 15,000 tetapi kali ini angkanya meningkat sekali ganda. Boleh disifatkan himpunan di Kota Sarang Semut hari ini adalah kesenimbungan himpunan di Kota Bharu. Perlu rasanya himpunan seumpama ini dijadikan tradisi kepada Pemuda Pas dan bukan pada waktu-waktu tertentu saja. Saya juga yakin kalau himpunan ini sekali lagi diadakan menjelang pilihan raya jumlahnya makin bertambah.

Dengan apa yang dipersaksikan di Kedah hari ini UBN Kedah tidak boleh memandang remeh kepada Pas. Khabarnya apa yang memberi aspirasi kepada himpunan berkenaan kerana Pas melihat akan kesungguhan UBN untuk merampas Kedah dalam pilihan raya akan datang. Kehadiran lebih 20,000 pemuda Pas itu laksana benteng yang akan mempertahankan tahkta kekuasaan Pas di Kedah.

Kejayaan himpunan hari ini memberi signal bahawa Pas akan sedia mengerahkan tenaga dan segala keupayaaan bagi mempertahankan kerajaan Pas Kedah dengan apa saja sekalipun. Apa yang berlaku hari ini membuktikan akan kesiapsiagaan para Pemuda Pas.

Himpunan raksasa itu dirasmikan oleh MB Kedah, Azizan Abdul Razak. Dua Naib Presiden Pas turut hadir dan menyampaikan ucapan menyuntik semangat. Mereka Sallahuddin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Bekas-bekas ketua pemuda juga turut sama hadir antaranya ialah Abu Bakar Chik dan lain-lain.

Mungkin Pas boleh berbangga dan berpuas hati dengan apa yang ditunjukkan oleh Pemuda mereka itu. Setidak-tidaknya Pas dapat mengambilnya sebagai petunjuk bahawa Pas kian kuat dan semangat ahlinya semakin tinggi. Bayangkan tanpa semangat himpunan itu tidak akan berjaya kerana kehadiran mereka nun jauh di Kedah satu cabaran bagi mereka di Selatan, Timur atau Pantai Barat. Hanya mereka yang digelegakki semangat saja untuk turun ke Kedah.

Justeru himpunan hari ini adalah bersejarah. Dalam sisi lain ia seolah bagaikan menjawab persoalan lain dalam Pas, di mana pada masa sama berlangsung konvensyen Pas di Petaling Jaya untuk mencari nilai baru bagi Pas untuk menyakinkan Melayu terus menyokongnya. Konvensyen hari ini diadakan setelah Pas bermahasabah dan menemui jawaban yang ada petunjuk Melayu melarikan diri dari Pas kerana Pas dilihat begitu akrab dengan rakan Pakatan lain.

Dan dalam Pas tercari-cari apakah penawar dan janji baru untuk Melayu, himpunan Pemuda hari ini memberi jawaban bahawa Pas masih utuh dan kukuh. Bahawa Pas masih mengingat Melayu dengan meletakkan agama sebagai agenda utamanya. Himpunan Pemuda itu yang tidak dicampur dengan pemuda kaum lain menjelaskan bahawa komitmen dan iltizam Pas kepada perjuangan asal mereka.

Dari sudut lain himpunan Pemuda ini jelaslah menunjukkan kekuatan Pas sebenarnya. Dengan kehadiran seramai itu Pas mampu berdiri di atas kakinya sendiri. Sudah pasti jumlah lebih 20,000 yang hadir hari ini tidak termasuk pemuda PKR dan juga Pemuda DAP. Himpunan hari ini adalah genuine mempamirkan kekuatan Pas yang sebenarnya.

Bagaimana pun apa yang dipamerkan hari ini masih belum mencukupi bagi Pas memperakui yang mereka kuat sehingga mampu merampas Putrajaya, walaupun Pas khasnya Pemuda boleh berbangga dengan apa yang berlaku. Makanya Pas memerlukan satu lagi show bagi memperlihatkan kepada rakyat Malaysia yang Pas kini dalam ladumam azam untuk memerintah negara ini.

Mungkin selepas ini Muslimat Pas boleh membuat himpunan yang sama. Kita mahu tengok pula sejauh mana komitmen muslimat Pas dan kesediaan mereka mengorbankan masa dan tenaga untuk parti. Mungkin sukar bagi muslimat hendak menghimpunkan seramai itu kerana pergerakan wanita perlu dihadkan atas sebab-sebab tertentu. Tetapi setidak-tidaknya muslimat harus menganjurkan himpunannya sendiri bagi mengembelingkan kekuatan.

Tegasnya apa yang tercipta di Kedah hari ini ia memberi semangat dan kekuatan baru kepada penyokong Pas di seluruh negara. Yang jelas kepada mata saya bahawa Pas semakin menghijau dan semakin subur. Dengan berkembangnya tunas-tunas baru yang ditunjukkan di Kedah hari ini Pas tidak akan 'kekasikan' untuk melahirkan sebarisan pemimpin yang dinamik untuk masa depan Pas. Pemuda adalah pemimpin masa depan. Kejayaan himpunan hari ini juga menunjukkan kewibawaan pemimpin Pemuda masa kini. Untuk itu segulung syabas dan tahniah kepada Nasruddin Hassan dan seluruh jawatankuasa.

Sekali lagi ditanyai, apakah dengan kekuatan para pemudanya Pas masih memerlukan pergantungan kepada rakan-rakan politik yang lain? Kita tidak mahu pemuda Pas menjadi kuda pada pilihan raya untuk ditunggangi oleh wazir-wazir yang tidak sehaluan dengan langkah dan nawaitu perjuangan kita. Biarlah pemuda menjadi kuda kepada mujahidinnya sendiri kerana seorang mujahidin sedia syahid dalam sangsaraan, mereka tidak tersilau kepada wang ringgit. Perkara ini rasanya perlu diberi perhatian sama oleh Pas

http://msomelayu.blogspot.com

Media sosial - seperti facebook - tunggu masa untuk meletup di Malaysia

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Ketika negara-negara lain, khususnya di dunia ketiga, terutama di Timur Tengah sekarang, berada dalam landasan yang betul bagi proses pendemokrasian, Malaysia mengambil langkah mundur ke belakang. Semasa indeks kebebasan akhbar kita -- seperti hasil kaji selidik Reporters without Borders dan Freedom House -- masih berada pada tahap yang memalukan dan mencatatkan kemerosotan dari tahun ke tahun, komitmen kerajaan terhadap autonomi ruang siber yang ditawarkan semasa pelancaran Koridor Raya Multimedia (MSC) pada 1997 mula diceroboh.

Dalam suasana pengamal media tradisional terikat kuat dengan kekangan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, di samping menyedari beberapa laman web dan blog sudahpun menghadapi pelbagai bentuk tindakan intimidasi pemerintah, namun dunia internet kita masih boleh disifatkan bebas. Suara kritikan dan bangkangan, yang mula dicetuskan secara lantang semasa gerakan reformasi 1998, masih dapat digemakan dengan berkesan sekali melalui media baru ini.

Informasi yang dikawal ketat regim pemerintah pada akhir 1990-an itu telah bocor dan terdedah melalui kreativiti dan kesungguhan anak-anak muda yang begitu cepat menguasai teknologi maklumat terkini, terutama tentang program komputer yang kompleks. Kebanyakan penggeraknya melakukan penyamaran identiti sebenar, dengan persediaan menghadapi risiko tinggi, selain terpaksa menampung kos dari segi kewangan dan masa. Mereka yang tidak dikenali ini merupakan wira-wira baru yang secara tidak sedar sedang membentuk lanskap politik Malaysia yang berbeda sama sekali daripada era sebelumnya.

Secara tiba-tiba seorang individu "tidak ternama" boleh memegang kuasa mutlak di alam siber tanpa perlu melalui proses pemilihan yang lazim dipakai dalam struktur organisasi dan lapis-lapis masyarakat. Pandangan dan sikap politik seorang insan kerdil mampu membentuk opini awam jika ia mempunyai hujahan yang mantap dan bernas, serta diolah dengan pendekatan menarik. Seolah-olah kongkongan yang mencengkam dunia sebenar dapat dipecahkan dengan jayanya.

Sememangnya gelombang reformasi ketika itu telah merangsang penggunaan internet dengan kadar pertumbuhan yang tinggi, termasuk di kalangan orang awam, apatah lagi penggerak masyarakat sivil dan komuniti politik. Kadar pertumbuhannya melonjak pada tahun 1998, 1999 dan 2000, dengan masing-masing mencatatkan peratusan 97.6%, 64.9% dan 148.4%. Kini pengguna internet di Malaysia melewati 19 juta jauh lebih banyak daripada jumlah pengundi berdaftar.

Pemerintahan Dr Mahathir Mohamad 1998-99 menghadapi tekanan yang cukup dahsyat dan teriakan "reformasi" Anwar Ibrahim yang diaibkan telah mendapat reaksi luar biasa. Biarpun internet hanya dihubungkan melalui dial-up dan belum menyeluruh penggunaannya, namun sambutan terhadap laman-laman web reformasi begitu memberangsangkan.

Bahan-bahan (kebanyakannya sensasi dan terkini) internet dimuat-turun dengan penuh rasa ingin tahu bagi tujuan penyebaran segera secara manual untuk kelompok lebih luas. Lebih menakjubkan, keterangan di dalamnya mudah diterima tanpa saringan, meskipun fakta dan khayalan bercampur-baur. Jelas sekali, internet cukup menyerlah sebagai alat mobilisasi bagi menggerakkan kesedaran rakyat, sekali gus meranapkan monopoli eksklusif media tradisi. Rakyat mudah mendapat maklumat terutama mengenai perhimpunan-perhimpunan awam proreformasi di sekitar Kuala Lumpur dan kisah sebenar yang cuba disembunyikan elit penguasa, seperti cerita mata lebam Anwar. Tiba-tiba saja Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, khususnya pada petang hujung minggu, menjadi meriah dengan aksi protes dan anak-anak muda tidak gerun lagi berdepan tembakan gas pemedih mata dan meriam air. Mereka mula mengenali belantan, cota, gari, brutaliti pihak polis dan manipulasi jahat media talibarut pemerintah.

Suasana baru itu menyemarakkan minat anak-anak muda untuk berpartisipasi -- menurut cara mereka -- dengan dunia politik yang selama ini tidak begitu dihiraukan. Selain memenuhi lapangan tunjuk perasaan, mengikuti ceramah dan mengedarkan risalah, berpusu-pusu mereka mendaftarkan diri sebagai pengundi, mungkin didorong niat "untuk mengajar BN dan Dr Mahathir" dalam pilihan raya umum terdekat. Malangnya, disebabkan proses pendaftaran terpaksa melalui prosedur yang lama-lembab, lebih 650,000 pengundi baru tidak dapat menunaikan hak mereka pada November 1999.

Kita tentu dapat membayangkan bagaimana resahnya Mahathir berdepan dengan kehebatan pengaruh internet dan dunia siber yang sebenarnya dirintis oleh beliau sendiri. Zaman rakyat menelan segala muntahan pemerintah sudah berakhir. Kematangan berpolitik mulai terserlah secara menyeluruh terutama di kalangan orang Melayu. Mereka sudah berani mempersoalkan daleh pemerintah yang sejak sekian lama memperbodohkan logika.

Melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) pelbagai sekatan dan hambatan dikenakan (beberapa penerbitan berbahasa Melayu seperti Detik, Wasilah dan Eksklusif diharamkan, manakala Harakah dikurangkan kekerapannya) tetapi kebebasan internet masih terpelihara. Mahathir belum bersedia untuk meracuni bibit-bibit yang disemainya sendiri atau beliau sedar kerumitan dunia maya masih boleh ditanganinya. Jika internet disekat, pelbagai risiko buruk, khususnya dari segi pelaburan asing, terpaksa ditanggungnya.

Rupanya pilihan raya umum 1999 tidak mencukupi untuk merealisasikan tuntutan reformasi seutuhnya. BN masih berkuasa dan memegang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Pembentukan Barisan Alternatif (menggabungkan PAS, DAP, KeADILan dan PRM) hanya mampu meriuhkan sidang Dewan Rakyat (itu pun tanpa kelibat Lim Kit Siang dan Karpal Singh) selain PAS menguasai Terengganu. Pengundi bukan Melayu seperti tidak tersentuh langsung dengan perubahan lanskap politik yang mula terbentuk itu.

Abdullah Ahmad Badawi, pengganti Mahathir pada penghujung 2003, beberapa bulan sebelum PRU11, berjaya memukau rakyat dengan retorik politik yang mempesonakan. Jaminan pembaharuan yang dipakej dengan baik sebagai propaganda politik Abdullah telah "menjinakkan" suara protes. Internet semakin meluas penggunaannya, laman-laman baru muncul tetapi dilihat tidak lagi memainkan peranan yang besar bagi menarik sokongan rakyat kepada pembangkang.

Dalam masa sama, laman web yang begitu popular semasa Anwar dipenjarakan seperti kehilangan bisanya. Proses kemaskini bahan terabai, dan semakin berkurangan isu-isu penting, sensitif dan sensasi yang ditawarkan laman-laman berkenaan. Kerjasama dalam BA makin longgar. DAP kemudiannya meninggalkan BA. Tiada lagi "barisan alternatif" ataupun bayangan "kerajaan menanti". Ramai mempersoalkan, apakah elemen "politik baru" yang muncul bersama PRU10 pada 1998-99 begitu mudah menghilang, dan "politik lama" kembali bertakhta?

Dalam "kesedihan" (tetapi langsung tidak terkejut, malah sudah menduganya) menatap keputusan PRU11, saya tetap optimis tentang masa depan demokrasi di negara kita.

Politik Malaysia, yang kian dipengaruhi faktor dinamika ruang siber, tidak mudah berpatah balik lagi. Realiti 2004 yang menyaksikan penguasaan kerusi BN di Parlimen melebih 90 peratus -- dan ini satu rekod -- sebenarnya bukan jaminan suara oposisi tidak mampu bangun lagi. Era politik Malaysia sudah berubah.

Suasana tertekan di zaman Dr Mahathir (1981-2003) menyebabkan rakyat mahu memberi peluang regim baru melakukan pembaharuan. Sekiranya amanah dan harapan besar rakyat itu "dikhianati", seperti ditunjukkan sepanjang 2004-2008, mereka mungkin bersedia untuk memutuskan "hukuman lebih tegas" buat elit pemerintah. Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, dan juga agen risikannya, gagal mengesan "riak yang timbul di permukaan".

Apabila rakyat mudah akses dengan bahan berita, dan pihak pembekal maklumat (tidak lagi terhad kepada organisasi media, tetapi boleh dilakukan sesiapa saja melalui laman web, blog, dan media sosial) sentiasa mengemaskinikannya, manakala kewibawaan jurnalisme portal berita seperti Malaysiakini dan Harakahdaily terus meningkat, maka siapa pun yang memerintah, segalanya tidak mudah lagi. Aspek-aspek ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban akan sentiasa diperhatikan. Benar kata-kata Najib, zaman kerajaan mengetahui semuanya sudah berlalu.

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Mungkin di "waktu aman", riak dan kocakannya tidak ketara. Namun apabila pemerintah mulai menyeleweng, lupa diri, amalan rasuah dan pilih kasih berleluasa, khazanah negara dirampok secara terang-terangan, hak rakyat dinafikan, daya intelektualisme diperbodohkan, skandal kewangan merebak, jurang pendapatan kaya-miskin semakin dalam, anak muda sukar mendapat pekerjaaan walaupun berpendapatan tinggi, harga barangan keperluan harian memuncak, maka tunggulah kebangkitan yang menggerunkan!

Mungkin hari ini kandungan media sosial seperti Facebook dan blog anak-anak muda kita dipenuhi cerita-cerita remeh, personal serta tidak menyentuh "wilayah larangan" tetapi ia tetap berpotensi untuk menyalur dan mengembangkan keresahan, kebingungan, kegelisahan, kemarahan dan segala amukan perasaan sekiranya persekitaran mereka sudah berubah ataupun kesedaran politik semakin meningkat. Ruang untuk mereka berinteraksi, berkongsi idea dan mehamai rasa bagai tiada batasan.

Harus diingat, kita tidak perlu menunggu fenomena kelaparan, kebuluran atau tahap pengangguran yang tinggi untuk melihat dunia siber kita bergolak dan merakamkan kegelisahan-kebejatan sosial itu. Rakyat yang tangkas dan cerdas minda politiknya berupaya diyakinkan untuk melakukan perubahan bagi menikmati pembaharuan yang membawa manfaat bersama melalui peti undi. Dan inilah yang dibimbangi kerajaan.

Rakyat Malaysia di negara yang begitu makmur dan kaya ini (khazanah negara melimpah tetapi dipunggah rakus kroni suku-sakat) sepatutnya tidak menanggung bebanan hidup berganda jika pemerintahannya dibersihkan daripada segala perasuah yang tamak dan penzalim yang angkuh-bongkak. Angka-angka penyelewengan yang terbongkar tidak mudah ditutup lagi. Malah, melalui teknologi maklumat yang mampu menyembunyikan "tukang tiup wisel", orang dalam sendiri lebih terdorong membocorkannya. Dan segalanya sukar disembunyikan.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika mengulas sanggahan pemimpin kerajaan bahawa negara kita sama sekali berbeda dengan suasana di Timur Tengah, menegaskan, walaupun Malaysia jauh lebih makmur berbanding Mesir, namun rasa tidak puas hati rakyat boleh dicetuskan oleh aspek lain seperti kebebasan bersuara yang terhakis. "Tidak puas hati rakyat itu berbeza mengikut negara. Negara miskin mungkin tak puas hati kerana tak ada makanan. Negara yang lebih 'educated' mungkin tak puas hati kerana tiada kebebasan menyuarakan pendapat," katanya

Di permukaan nampak diam, tetapi jalinan mesej bertali arus di dunia internet mampu mengheret pemerintah korup ke alam kubur. Justeru, usah berdiam diri melihat gerak terancang penguasa bagi maksud mengawal kandungan ruang siber kita ... Menarik sekali ulasan sebuah harian terkemuka di Mesir selepas Presiden Hosni Mubarak tersungkur: "Revolusi Facebook berjaya menumbangkan Mubarak dan simbol rejim pemerintahannya," lapor Al-Ahram, sambil menyifatkan laman sembang sosial itu sebagai "ibu pejabat majlis pemerintah revolusi."

Salurkan pandangan dan idea anda -- tentang ura-ura kerajaan mahu memperluaskan skop sekatan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) termasuk kepada kandungan internet, seperti facebook -- kepada akaun FB Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI)

http://mindalutfi.blogspot.com/

Detik-detik kejatuhan Mubarak penuh penghinaan

Suhaimi Mokhtar

Suasana hening dan tenang menyelubungi Dataran Tahrir ditengah-tengah ibunegara Mesir,Kaherah pada tanggal 11 Febuari lalu ketika para penunjuk perasaan dari satu kebangkitan revolusi rakyat menunaikan solat Fajr (Subuh) berjemaah beramai-ramai didataran itu,selang beberapa jam selepas Hosni Mubarak,Presiden Mesir selama 30 tahun melepaskan kuasa yang mengongkong rakyat Mesir.

Suara azan dan suara imam yang syahdu mengimankan solat memecah kesunyian pagi dengan memuji kebesaran Allah yang akhirnya menganugerahkan kebebasan selepas 18 hari para penunjuk perasaan berdemonstrasi menentang regim diktator Mubarak, yang melindungi regim zionis yahudi yang dilindungi pula, oleh negara kuasa Amerika Syarikat(AS) dan sekutu baratnya.

Selama 18 hari Dataran Tahrir dan di seluruh Mesir termasuk bandar besar seperti iskandariah,Suez dan lain-lain menyaks ikan demonstrasi besar-besaran yang berterusan hingga mencapai angka berjuta rakyat yang keluar berhimpun untuk membebaskan diri dari belenggu regim kejam dan ganas yang dibiayai oleh kuasa AS dn barat.

Kemenangan revolusi rakyat Mesir ini yang bermula pada 25 Januari,sama ada secara kebetulan atau tidak,jatuh pada hari yang sama kemenangan revolusi Islam Iran pada 11 Febuari 1979,32 tahun sebelumnya yang menyaksikan kejatuhan dynesti Pahlavi,Shah Iran,sahabat baik AS dan barat.

Tarikh keramat itu juga menyamai tarikh syahidnya Hassan Al-Bana,pengasas danpengerak Ikhwan Al-Muslimin pada tahun 1949.Tarikh-tarikh ini semuanya ketentuan Allah yang maha mengetahui segala-galanya dan yang merancang semuanya.

Kebangkitan revolusi rakyat Mesir ini bukan berlalu tanpa sebarang pengorbanan,ramai yang syahid,lebih 300 orang dan ramai juga yang cedera.Dataran Tahrir yang membawa erti kebebasan itu turut mengorbankan nyawa mereka dalam satu perjuangan pembebasan dan membela maruah.

Selama 18 hari 18 malam para penunjuk perasaan tidak meninggalkan Dataran Tahrir.Iltizam mereka yang begitu padu dan gigih akahirnya menyebabkan Mubarak yang berdegil pada mulanya mengakhiri pemerentahan kukubesinya melalui satu pengumuman paling ringkas,hanya beberapa saat,oleh Naib Presiden yang dilantiknya Omar Sulaiman.

Sebelumnya Mubarak tiga kali muncul di TV negaranya,cuba mempertahankan regimnya,tetapi segala rayuan dan kata-kata untuk membuktikan jasa-jasa cemerlangnya mempertahankan bumi Mesir sedikit pun tidak diendahkan oleh segala lapisan rakyat yang membencinya dengan meneruskan demonstrasi .

Pengumuman pemergian Mubarak dengan penuh penghinaan itu disambut meriah oleh kalangan penunjuk perasaan terdiri dari pelbagai kalangan,tua dan muda,wanita,kanak-kanak,para cendekiawan,ahli akadamik dan seluruh rakyat.Mubarak meninggalkan istana presiden di Kaherah menuju bandar perainginan Sharm-Al-Sheikh dan sehingga kini tidak diketahui dimana Mubarak berada,sama ada masih di Sharm-Al-Sheikh atau telah meninggalkan Mesir.

Rakyat mahu Mubarak dibawa kemuka pengadilan kerana jenayah yang dilakukan terhadap rakyat Mesir terutama penentang-penentang politiknya yang ditahan tanpa bicara ,melesapkan wang negara dengan mengumpulkan kekayaan dikalangan keluarga mereka dan kuncu-kuncu pemerintahannya.

Selama pemerinthannya ,Ikhwan Al-Muslimin bukan sahaja diharamkan,tetapi para pemimpin ikhwan dipenjarakan.Di era pemerintahan Gamal Nasser dan di ikuti dengan Anwar Sadat,pemimpin dan pengikut ikhwan menjadi mangsa apparatus keselamatan regim-regim ini yang telah menjangkau usia 60 tahun lamanya.

Dengan berakhirnya pemerintahan Mubarak,pengharaman terhadap Pergerakan Ikhwan Al-Muslimin hendaklah ditarik balik,undang-undang darurat ditarik,parlimen di buburkan dan perlembagaan di pinda bagi membolehkan satu pilihanraya demokratik yang adil dan telus diadakan.Setakat ini Jawatankuasa pindaan perlembagaan telah ditubuhkan dan parlimen telah dibubarkan bagi memenuhi desakan rakyat.

Pemerintahan sementara Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir yang diberikan amanah untuk mengembalikan Mesir pada era baru hendaklah melaksanakan tuntutan rakyat yang mahukan kebebasan ini.Mesir baru tidak lagi akan menyamai Mesir dibawah Mubarak dan inilah yang dikhuatiri dan dibimbangi oleh AS dan barat dan regim haram mereka,regim zionis.

Dalam pilihanraya demokratik Ikhwan Al-Muslimin dijangka akan menjadi tenaga politik baru diMesir melalui satu pilihanraya adil dan telus dan AS serta sekutu baratnya jangan cuba mengatur agendanya yang bukan-bukan seperti yang berlaku di Palestin apabila Hamas memenangi pilihanraya pada 2006 dan FIS yang memenangi pilihanraya Algeria.Kemenangan-kemenangan ini semuanya tidak diiktiraf dalam usaha mereka untuk membendung kebangkitan islam.Kuasa AS dan barat perlu mengetahui bahawa kebangkitan islam tidak dapat dibendung lagi.Kuasa sehebat manapun mana mampu membendung kuasa Allah.

Disebalik pelbagai reaksi,riang ria menyambut kemenangan yang dipertontonkan di Dataran Tahrir,para penunjuk perasaan yang majoriti terdiri dari anak-anak muda tidak lupa mengerjakan solat berjemaah setiap waktu ,sama ada sebelum kemenangan atau selepas kemenangan, yang memberi petanda baik bahawa para penunjuk perasaan adalah mereka yang mentaati perintah Allah dan Rasulnya.

Ia adalah petanda yang memberi harapan besar pada masadepan Mesir ,bumi ambia’ yang sudah begitu lama dinodai dan diperkosa kemuliaannya.Pimpinan baru Mesir yang antaranya dilahirkan dari Dataran Tahrir yang telah membentuk pimpinan mereka sendiri, bersama dengan pimpinan lain termasuk pimpinan IKhwan Al-Muslimin bakal memberi pimpinan, pembelaan terbaik kepada rakyat Mesir mendahului pertimbangan-pertimbangan lain.

Pimpinan sementara Mesir yang terdiri dari anggota Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata ini perlu menunaikan inspirasi rakyat Mesir dan bukan menuruti kahendak negara kuasa atau regim zionis yang Mesir mempunyai perjanjian damai dengan nya.Rakyat Mesir yang telah menghapuskan halangan dan ketakutan dari apparatus keselamatan Mesir yang kejam dan ganas , yang membelenggui mereka selama ini tidak akan ragu-ragu untuk turun keDataran Tahrir lagi untuk memenuhi inspirasi dan tuntutan mereka,jika pihak tentera cuba menghajick tuntutan mereka.AS dan sekutunya sedang berusaha melalui hubungan baiknya dengan pihak tentera Mesir untuk mengekalkan status quo di Mesir.

Selepas Tunisia,Mesir dan kini rakyat seluruh Jazerah Arab sedang bangkit untuk melakukan perubahan dengan menjadikan revolusi kebangkitan rakyat di Mesir terutamanya sebagai inspirasi kebangkitan.

Kebangkitan diJordan ,Algeria,Bahrian,Yaman,Libya,Moroco dan lain-lain tempat akan merebak keseluruh pelusuk semenanjung Arab termasuk Saudi Arabia dan ia tidak lagi dapat dibendung walaupun negara-negara ini menggunakan peralatan dan kelengkapan keselamatannya dengan ganas sekali bagi membendung kebangkitan ini.

Jika Mesir yang merupakan negara Arab yang paling ramai penduduk dan mempunyai segala kekuatan tidak dapat membendung revolusi kebangkitan rakyat,maka adalah tidak mungkin negara-negara yang sedang dilanda kebangkitan ini mampu menungkah arus kebangkitan rakyat yang dizalimi ini.

AS dan barat cuba mengaitkan kebangkitan di kota Tehran,Iran menyamai kebangkitan dinegara-negara semenanjung Arab,sedangkan hakikatnya ia adalah tidak sama.Mereka yang berdemonstrasi di Tehran hanya segelintir kecil sahaja.Ia di api-apikan dan didalangi oleh kuasa AS,barat dan regim zionis.

Kejatuhan Mubarak di Mesir dan bakal kejatuhan beberapa regim kukubesi lagi dirantau Timur Tengah akan mengubah lanskap politik dan keselamatan dirantau itu.AS dan barat terus akan kehilangan rakan stratijik mereka dan regim zionis tidak mungkin lagi dilindungi oleh Mesir,walaupun pemerintah sementara tentera berikrar mahu mengekalkan segala perjanjian damai dengan regim zionis.Kejatuhan satu demi satu regim diktator diTimur Tengah nanti akan mampu membawa kepada pembebasan bumi Palestin.

Selepas pilihanraya yang bakal berlangsung tahun ini,segala-galanya akan berubah.Ia tidak akan sama lagi,Mesir era baru akan menyesuaikan diri dengan tuntutan dan inspirasi rakyat.

Perghhh Hebat Sungguh First Lady kita

Rosmah penerima pertama anugerah dari Bandaraya Ankara

ANKARA 20 Feb. - Duta Besar Malaysia ke Turki, Datuk Saipul Anuar Abdul Muin berkata, Anugerah Tanggungjawab Sosial dari Bandaraya Ankara kepada Datin Seri Rosmah Mansor merupakan anugerah pertama diberikan kepada seorang kenamaan asing.

Beliau berkata, anugerah sulung itu diberikan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa di Ankara, yang akan disampaikan kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu Selasa ini, merupakan pengiktirafan antarabangsa terhadap usaha Rosmah yang berterusan dan tidak mengenal penat bagi membantu golongan muda dan mereka yang memerlukan.

"Usaha beliau dilihat bukan sahaja bagi memperkasakan wanita Malaysia, tetapi juga di atas perhatiannya termasuk dalam pembangunan modal insan dan pendidikan awal kanak-kanak di bawah pelbagai program yang dilaksanakan di bawah program Permata Negara, termasuk program Permata Insan yang bermatlamat ke arah melahirkan inteletual Islam yang cemerlang," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Saipul Anuar berkata, kedutaannya berasa tersentuh dengan keputusan yang dibuat oleh Greater Ankara Municipality bagi memberikan anugerah itu kepada Rosmah.

Di Kuala Lumpur, Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO) bangga dengan Rosmah yang merupakan penerima anugerah Tun Fatimah dari pertubuhan itu pada 2007 diberikan pengiktirafan antarabangsa.

Dalam satu kenyataannya, Presiden NCWO, Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shabuddin berkata, anugerah itu mencerminkan kekaguman atas usaha beliau yang tidak mengenal penat dalam menangani isu-isu sosial dan menggalakkan pembangunan optimum berhubung potensi kanak-kanak dan belia". - BERNAMA

PR Tetap pertahan Kedah

Tetap pertahan Kedah

KOTA SARANG SEMUT - Pakatan Rakyat (PR) Kedah berikrar mempertahankan kuasa pemerintah dan tidak akan memberi peluang mudah kepada Barisan Nasional (BN) merampas kembali negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, sekiranya UMNO kini sedang giat memperkemas dan membuat penyusunan peringkat parti untuk merampas Kedah kembali, PR juga mengatur strategi sama untuk mengekalkan kuasa.

“Kita sedang bagi tumpuan pada 295,000 yang belum daftar sebagai pengundi di Kedah. Kita akan pastikan mereka daftar kerana undi kita bergantung pada daftar pemilih baru.

"Walaupun saya masih tidak puas hati dengan daftar pemilih sedia ada, namun kita akan cuba mempertingkatkan dengan segera,” katanya selepas merasmikan Himpunan Pemuda Pas 30K peringkat kebangsaan, semalam.

Menurutnya, tidak dinafikan terdapat ahli Pas yang masih belum mendaftar dan pihaknya meminta semua pihak memberi kerjasama.

“Cawangan kena lipat ganda usaha lebih kuat, dan saya serah pada Cawangan untuk buat semakan daftar pemilih,” katanya.

Azizan berkata, tumpuan juga diberi kepada pengundi luar bandar termasuk proses pemutihan dengan membuat semakan daftar pemilih sedia ada supaya tidak wujud pengundi hantu.

“Saya lihat sekarang UMNO dalam dilema mengatur pelbagai strategi tetapi gagal. Mungkin sebab itu mereka cari masa sesuai untuk umum bila PRU-13 supaya mereka boleh menang.

"Namun PR akan tetap pertahan apa yang diperjuangkan pemimpin terdahulu dan tidak akan menyerah kalah,” katanya.

Menurutnya, sokongan pemuda juga penting untuk mengekalkan kemenangan kerana generasi inilah yang akan menjadi pencetus perubahan untuk mendukung gagasan baru yang dilahirkan oleh pemimpin parti.

“Kita perlu pupuk semangat juang tinggi, kuatkan azam untuk hancurkan kezaliman dan ketidakadilan.

"Jika kita pegang tampuk pemerintahan di Putrajaya, inilah yang akan kita buat,” katanya.

Berikutan itu, pihaknya kini sedang memperkemas setiap Cawangan parti di setiap daerah bagi memastikan kemenangan kekal bersama PR.

Lebih 10 tahun tanggung derita

KUALA KETIL – 15 tahun lalu, penduduk Taman Melati di sini dimaklumkan mengenai pembinaan kilang elektronik berhampiran taman perumahan mereka.

Namun, mereka tidak mengetahui apabila kilang berkenaan bertukar menjadi kilang pemprosesan kayu. Berikutan itu, mereka terpaksa menanggung derita hidup dengan habuk kayu yang dilepaskan.

Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK), M Tunarajan berkata, penduduk rimas dan sudah tidak tahan dengan keadaan terbabit.

“Masalah ini berlaku apabila waktu malam dan hari hujan kerana pada waktu ini, pihak kilang akan melepaskan habuk kayu mereka.

“Habis segala barang-barang dalam rumah dan juga kereta termasuk pakaian di jemuran dipenuhi habuk dan berbau,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, disebabkan masalah itu juga, banyak penduduk taman itu mengalami masalah kesihatan seperti gatal kulit dan juga lelah.

Sementara itu, seorang penduduk, Abd Rashid Shaari berkata, perkara terbabit telah pun dimaklumkan kepada pihak berkenaan dan pihak kilang diberikan tempoh enam bulan untuk mengatasi masalah itu.

“Namun, sudah hampir setahun berlalu tanpa berlaku sebarang perubahan, malah semakin teruk apabila semakin ramai penduduk yang mengalami masalah kegatalan pada kulit, lelah dan berlaku bengkak hati.

“Kami tidak boleh terus hidup dalam keadaan begini tanpa adanya tindakan terhadap pihak kilang yang beroperasi 24 jam ini, dan mana mungkin kami harus menutup pintu sepanjang masa bagi mengelak habuk dari masuk ke dalam rumah,” katanya.

Seorang lagi penduduk, P Krishnan, 57, berkata, sejak adanya kilang berkenaan yang mengeluarkan habuk kayu, kesihatannya mula terjejas dan dia mula menghidapi masalah lelah, selain pernah diserang angin ahmar.

Menurutnya, dia sangat berharap tindakan segera dapat diambil untuk mengatasi masalah mereka kerana bukan baru kejadian itu berlaku, tetapi sudah lebih 10 tahun mereka menanggung derita.

Tali air Mada jadi lubuk maksiat


LANGGAR - Kegiatan maksiat yang berleluasa di kawasan gelap dan jalan Tali Air Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) Batu 4 Hutan Kampung, Kampung Masjid masih lagi berlaku walaupun pelbagai laporan dibuat.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Hutan Kampung, Muhamad Ismail berkata, sehingga kini beliau masih lagi mendapat laporan daripada penduduk kampung mengenai kegiatan yang tidak bermoral dilakukan pasangan anak muda.

Menurutnya, selepas pendedahan akhbar ini melalui liputan khas Sorot ‘kegiatan maksiat di bulan puasa’ pada tahun lalu, tempat itu tidak lagi didatangi pasangan yang melakukan kegiatan tidak bermoral.

“Namun, sejak kebelakangan ini, nampaknya ia kembali menjadi tempat selamat untuk pasangan berdua-duaan kerana laluan itu gelap selain jauh dari penempatan penduduk.

“Saya mendapat laporan daripada penduduk kampung yang pernah terserempak dengan pasangan yang berdua-duaan di tepi tali air dalam keadaan yang mencurigakan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pejabat Penyelaras Parlimen, dekat sini.

Terdahulu, 18 Ogos tahun lalu, Sinar Harian melaporkan mengenai kegiatan yang tidak bermoral dilakukan pasangan yang menjadikan tali air sebagai tempat melampiaskan nafsu.

Lokasi itu menjadi tumpuna kerana laluan berkenaan kurang menjadi tumpuan dan pilihan penduduk pada waktu malam walaupun pada bulan Ramadan.

Muhamad berkata, pasangan yang datang ke kawasan berkenaan terus berani melakukan maksiat berikutan tiada tangkapan selepas masalah berkenaan dilaporkan.

Menurutnya, beliau menggesa penduduk setempat memberi perhatian kepada masalah itu dan mengekangnya dari terus berleluasa.

“Bagi penduduk yang melalui kawasan itu pada waktu malam dan terserempak dengan pasangan yang berada dalam keadaan curiga boleh terus melaporkan kepada pemimpin setempat.

“Ini bagi memastikan tindakan daripada pihak berkuasa dapat diambil,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...