TERKINI :

Saturday, February 19, 2011

Pimpinan UMNO mulut hebiaq - Jika PR buat semua tak betoi..!!

Gempar! Mukhriz Mahathir menghidap penyakit berjangkit
Di dalam mengulas penubuhan portfolio baru bagi menguruskan hal ehwal bukan Islam, oleh Kerajaan Pulau Pinang, Mukhriz Mahathir kata, DAP buat semua benda atas sebab politik, Mukhriz juga mengkritik tindakan tersebut.

Mukhriz kata DAP seolah-olah menggambarkan penganut agama lain di Malaysia tertindas. Di bawah ini petikan ucapannya di Bernama.

"Penubuhan portfolio ini nampaknya seolah-olah menggambarkan bahawa selama ini masyarakat malaysia yang beragama selain agama islam berada dalam keadaan yang tertindas" [BERNAMA]

Biasalah gerombolan songkok tinggi, semua benda yang Pakatan Rakyat buat dia kata salah, tak betul, jahat, tak pandai memerintah dan macam-macam. PAS kawan dengan DAP gerombolan songkok tinggi kata tak boleh. Tapi kalau kawan dengan MCA tak apa, bagus.

Kerajaan Pulau Pinang buat portfolio Hal ehwal bukan Islam, tak boleh, salah, buruk dan macam-macam. Cuba tengok muka apek kat bawah ni elok-elok. Apek MCA ni bekerja di Negeri Perak. Apa kerja dia?



Nama Apek ni Datuk Mah Hang Soon. Tugas dan Portfolio dia Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak [Exco Perak].

BN Perak, MCA buat portfolio Hal ehwal bukan Islam boleh pulak? DAP tak boleh? Memang samdol anak mamak sorang ni.


RentaP©: Mukhriz menghidap penyakit berjangkit dari bapak dia "Mamak mudah lupa"

Gambar : Suasana di Himpunan 30K Pemuda













dari koleksi Pemuda Padang Terap


Ceramah Pertama Bob Lokman dihadapan ribuan pemuda..

Ceramah Sulung Bob Lokman

Bob Lokman isytihar Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pemuda



Bob Lokman mengisytiharkan diri sebagai Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pemuda PAS di Kota Sarang Semut, Kedah sebentar tadi. Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada DS Ustaz Azizan Razak, MB Kedah Darul Aman.

Majlis ini telah dihadiri lebih 30 ribu pemuda dari seluruh negari. Kontinjen Negeri Kedah lebih dari 7 ribu. Selain itu, negeri Terengganu Darul Iman dan Selangor Darul Ehsan berjaya menghantar ramai pemuda ke Himpunan ini.

Kesesakan jalanraya sepanjang lima kilometer di laluan ini dikawal dengan baik oleh para unit AMAL malaysia. Allah Akbar..!!!

Majlis bermula jam 9.00 pagi dengan perbarisan kontinjen dengan lagu Negaraku, lagu PAS dan lagu Amal. Ucapan Alu-aluan oleh Ketua Pemuda PAS, Ustaz Ahmad bin Yahya. Seterusnya ucapan oleh Pengarah Himpunan 30K. Ustaz Nasarudin Tantawi menyampaikan amanat untuk para pemuda agar berjuang dengan lebih gigih untuk menjana kemenangan.

Seterusnya ucapan perasmian oleh DS Ustaz Azizan Abdul Razak. Beliau begitu bersemangat dan gembira dengan himpunan yang besar begini. Dalam ucapannya beliau menyindir UMNO dengan katanya ‎'umno kini macam nyamuk kena ubat nyamuk, pening'. Selain beliau mengingatkan media agar tulis bagi betul ‎'Hari ini pemuda PAS berhimpun 30 ribu, tapi esok surat khabar tulis 300 sahaja"..

Jangan harap mahu rampas negeri Pakatan


ALOR SETAR, 19 Feb: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abd Razak berkata, PAS tidak akan memberi laluan mudah kepada Umno BN untuk merampas negeri-negeri yang dikuasai Pakatan pada waktu ini.

Bercakap sewaktu merasmikan Himpunan 30K Pemuda PAS di sini beliau berkata, kekuatan pemuda PAS yang hadir hari ini adalah senjata ampuh untuk menghalang Umno merampas negeri dengan pelbagai taktik kotor mereka.

Katanya, kehadiran 30 ribu pemuda PAS membanjiri dataran kompleks PAS Kedah hari ini membuktikan kesungguhan pemuda mempertahan kerajaan Kedah dan menyekat taktik kotor Umno yang mahu menjatuhkan kerajaan PAS Kedah.

"Ini sudah cukup menggerunkan Umno, kita kena pertahankan.

"Umno jangan fikir dia sahaja nak menang, kita pun fikir nak menang.

"Saya dan rakan-rakan yang memikul amanah kepimpinan kerajaan negeri, tidak akan bagi laluan mudah kepada umno BN," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.

Hadir sama pada majlis perasmian pagi tadi adalah dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Ustaz Ahmad Abdullah, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan seluruh kepimpinan pemuda seluruh negara.

"Apakah kita nak biarkan keadilan yang kita buat ini dihancurkan Umno?" soal Azizan disambut laungan 'tidak' oleh kira-kira 30 ribu pemuda PAS yang hadir termasuk dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Sehubungan itu beliau turut mengarahkan pemuda PAS menggiatkan usaha mendaftar pemilih khususnya kepada anak muda.

Katanya, hanya dengan usaha itu PAS boleh kekal menegakkan keadilan bukan sahaja di negeri-negeri yang dikuasai malah seluruh negeri di Malaysia pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

"Saya meletakkan harapan tinggi kepada pemuda, bangun menjalankan daftar pemilih.

"Hanya dengan mereka mendaftar, mereka boleh mengundi kita, baru kita boleh menang,"katanya lagi.

Hasrat menguasai Putrajaya juga katanya tidak mustahil berlaku, dengan semangat perubahan anak muda di seluruh dunia khususnya di Tunisia dan Mesir yang juga diharap sampai ke negara ini.

"Pemuda perlu mencetus perubahan, idea baru, menjadi tokoh negarawan, bukan sahaja banyak komen, tapi memberi cadangan penambahbaikkan," tegasnya.

Sementara itu, Nasruddin ketika ucapan aluannya pagi tadi meletakkan dua syarat utama jika mahu PAS menang dalam PRU akan datang.

"Setiap individu pemuda PAS mestilah mendekatkan diri kepada Allah SWT, menjadi tentera Allah.

"Inilah kekuatan yang ada pada kita dan beberbeza dengan musuh," ujarnya.

Kedua katanya, ahli PAS perlu mengelak perselisiahan dalamam sehingga membolehkan parti itu diserang musuh sehingga menjadi lemah.

"Rapatkan saf atas dasar ukhwah, jangan bagi ruang walaupun satu lubang untuk musuh masuk pecahbelahkan kita," katanya.

Majlis perasmian hari ini turut menyaksikan selebriti terkenal, Bob Lokman, menyerahkan borang ahli PAS.

Borang tersebut diserahkan kepada Ustaz Azizan sebelum dipakaikan baju tema himpunan.

Himpunan 30K pemuda hari ini antara lain akan membincangkan tugasan dan gerak kerja berdepan PRU 13.

Program sehari hari ini akan berakhir malam nanti dengan program ceramah oleh dua pemimpin utama PAS, iaitu Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.[HarakahDaily]

Ribuan banjiri himpunan Pemuda PAS di Kedah


Sejak awal pagi tadi, ribuan membanjiri kompleks PAS Kedah di Kota Sarang semut dekat Alor Setar bagi menghadiri himpunan besar-besaran Dewan Pemudanya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

PAS Kedah Youth gatheringMereka mensasarkan kehadiran 30,000 - sekali ganda lebih banyak daripada perhimpunan yang sama pada 2006 di Kota Bharu. Mereka pada mulanya bercadang berkumpul di Selangor tetapi ekoran percaturan politik bagi mengekalkan penguasaan kerajaan PAS Kedah, mereka menukar tempat program ke situ.

Antara yang hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak, Naib Presiden PKR Salehuddin Ayun dan Ketua Pemuda Nasrudin Hassan.

pas leaders and YBs PAS Kedah Youth gatheringAntara penampilan istimewa, pelakon dan penulis lagi Bob Lokman yang hadir menyerahkan borang kepada Azizan untuk menyertai parti Islam itu.

Azizan kemudiannya berucap tentang kepentingan generai muda memastikan PAS dan Pakatan Rakyat Beliau menyebut tentang kebangkitan rakyat Mesir menjatihkan presiden Hosni Mubarak yang didakwanya selari dengan perintah tuhan dalam menentang pentadbiran yang kejam.

Kedah MB azizan (left) PC after PAS Kedah Youth gatheringMenteri besar juga mengarahkan perhimpunan itu turut mendaftarkan sebanyak mungkin pengundi muda kerana masih tidak berpuas hati degan jumlah pendaftaran golongan itu di negeri Kedah.

Sementara itu, dalam sidang media selepas merasmikan perhimpunan itu, Azizan berkata beliau yakin Pakatan akan mengekalkan majoriti dua pertiga di Kedah.

Beliau enggan mengulas sama ada PAS akan bertanding lebih kerusi dalam pilihan raya ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

bob lokman sertai PAS

ALhamdulillah nampaknya hari ini kalangan artis kita telah mendekati
wadah yg pas bawa tahnih sdr bob..

salam dari himpunan 30k pemuda

Salam semua,
Kami ada di kedah
Laporan akan menyusul kemudian




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...