TERKINI :

Thursday, February 17, 2011

Mesir & Malaysia..alaa 2x5 jaa....!!

Persamaan Malaysia dan Mesir adalah sistemnya - Anwar

GOMBAK, 17 Feb: Malaysia dan Mesir mempunyai persamaan yang jelas dari segi sistem walaupun dari segi ekonominya agak berbeza, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kalau di Mesir, sistem satu parti yang berkuasa yang menyebabkan isteri Husni Mubarak iaitu Susan dan anaknya, Gamal, menjadi kaya raya.

Di Malaysia juga, kata Anwar, mempunyai sistem yang sama iaitu satu parti yang kekal berkuasa mengkayakan sanak saudara kepada pemimpin negara yang ada.

"Dari segi ekonomi tak sama tetapi sistemnya sama. Satu parti yang berkuasa, sombong dan angkuh, kayakan anak isteri. Siapakah paling kaya di Mesir, Mubarak. Kemudian Susan isteri dia kemudian anak dia Gamal.

"Di sini, di kalangan umat Melayu beragama Islam, siapa paling kaya...anak Mahathir, Mokhzani. Yang kedua, adik Najib, Nazir
yang ketiga Tan Sri Syed Mokhtar," kata Anwar ketika melancarkan gelombang kedua Kempen Bantah Saman Ekor (KASE) di Gombak malam tadi.

Akhbar Umno, Utusan hari ini menyiarkan di muka depan 10 orang terkaya di Malaysia. Menurut Malaysian Busines sebelum ini, antara yang terkaya di Malaysia adalah Mokhzani Mahathir iaitu di tempat ke 20 terkaya di Malaysia.

Adik Perdana Menteri, Nazir Razak pula di tempat ke 40 terkaya di Malaysia.

Menurut Anwar, di Mesir sekarang, ketika melarikan diri, Mubarak bersama isterinya Susan dan anaknya Gamal membawa 40 - 70 bilion Dolar Amerika.

Di Tunisia pula, apabila Presidennya, Zine El Abidine Ben Ali lari meninggalkan negara itu bersama isterinya, Lella mereka membawa bersama 20 bilion dollar Amerika.

"Di Tunisia, berita Ben Ali sama naik sahaja dengan isterinya....Ben Ali, Lella..lepas itu Ben Ali, Lella, Lella, Lella...macam pernah dengarnya je macam ni ye...di mana?" tanya Anwar dengan diikuti ..."Malaysia, Najib Rosmah," jerit para penonton.

Anwar juga mempertikaikan kenyataan Najib kononnya Malaysia akan bangkrap jika melaksanakan rancangan 'Buku Jingga' yang dikemukakan Pakatan Rakyat.

"Mana ada di dunia negara bangkrap kerana tolong rakyat, yang bangkrap jika kerajaan tekan rakyat," kata Anwar Ibrahim.

Video Inside: Ulasan YB Dato Husam Musa berkaitan Tragedi di Pengkalan Kubor


dato husam musa

YB Dato Husam Musa bersama anak dan ahli kelaurga mangsa di perkarangan rumah mayat Hospital Kelaboran, Tumpat

Husam Musa
YB Dato Husam Musa di perkarangan rumah Allahyarham Sa'aid ketika menziarahi keluarga mangsa.

Husam Musa
YB Dato Husam Musa di rumah Allahyarham Sa'aid ketika menziarahi keluarga mangsa.

Betul, Ayah salah kerana menyeludup beras, tapi perlukah dia (Ayah) diperlakukan sedemikian rupa (dipukul sehingga mati)? negara ini ada undang-undang tetapi kenapa mereka-mereka yang sepatutnya menegakkan undang-undang sendiri tidak mengikut undang-undang? - Anak Allahyarham Sa'aid, mangsa keganasan pihak berkuasa.

Sebuah laman komuniti Facebook yang mengumpulkan sokongan dan simpati kepada kedua-dua orang mangsa telah diaktifkan oleh rakyat Kelantan sendiri di Internet:

Photobucket


http://www.facebook.com/pages/Keadilan-Untuk-Allahyarham-Saaid-Adik-Ahmad-Nizamudin/203155193033201

Ulasan YB Dato Husam Musa berkaitan Tragedi di Pengkalan Kubor 16/Februari 2011

sumber: www.husammusa.com

Ayuh Pemuda, Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS.

Oleh nik mohamad abduh

Selamat datang ke Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS. Saya mendoakan kejayaan cemerlang program perdana anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat yang akan berlangsung seharian di Kompleks PAS Kedah pada Sabtu ini, 19 Febuari 2011 bersamaan 16 Rabiul Awwal 1432 Hijriah.

Tahniah saya ucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang menjadi tulang belakang dan penggerak utama program besar ini yang tidak mungkin berjaya kecuali dengan semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh anak-anak muda Islam yang mahukan cita-cita agama menjadi realiti dan terlaksana.

Kepada seluruh anak-anak muda yang telah lama bersiap siaga memasang niat dan azam untuk bergerak dari semua arah menuju ke destinasi jihad dan kemenangan, saya ucapkan syabas, tahniah dan doa yang berterusan agar kalian dirahmati Allah dengan kesihatan, keselamatan dan keseronokan menikmati apa yang tidak dinikmati oleh selain para pejuang Islam yang ikhlas untuk ugamanya.

Semua tahu kalian tidak diupah dan dibayar untuk ke sana. Jika kalian dibayar, itu tidak lebih dari sumbangan ikhlas para pejuang lain yang menginginkan seluruh anak-anak muda daripada segenap pelusuk dan aras agar berhimpun seteguhnya di dalam majlis zikruLlah yang agung nanti. Mereka tidak mengharapkan apa-apa selain apa yang kalian juga inginkan; ganjaran besar daripada Allah, tuhan agama Islam yang diredhainya untuk kita umat Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam.

Bergeraklah dengan hati yang murni, tulus dan luhur. Hayatilah setiap detik suasana yang akan terhidang. Lihatlah rakan-rakan pejuang yang ramai. Dengar amanat dan takbir yang meninggikan kalimat suci demi kemenangan ugama dan umat.

Saya begitu teruja untuk bersama dengan kalian anak-anak muda. Semoga saya juga dapat menikmati apa yang Allah sediakan untuk para pencinta ugamaNya di dunia perjuangan ini.

Saya dimaklumkan kesanggupan rasmi kehadiran seluruh anak muda seluruh negara direkodkan telah mencecah lebih 20 ribu orang. Antara yang melebihi atau menghampiri seribu orang setiap negeri. Ini pastinya didahului negeri Kedah yang menjangkakan kehadiran mencecah 1000 orang setiap kawasan!! Nah, itu tidak lagi dikira warga pejuang tua dan anak muda sukarela yang tidak direkodkan!!

Dan jangan lupa kesanggupan para pejuang muslimat yang turut sama menyahut panggilan jihad menuju perhimpunan besar ini. Adakah anda sangsi dengan rekod berani dan istiqamah para muslimat PAS? Jika begitu, anda belum mengenal mereka dengan sebenar-benarnya.

Inilah perhimpunan kesatuan umat di atas tali Allah. Penghiasnya
adalah anak-anak muda yang hangat sekali semangat perjuangan
mereka. Semoga roh jihad yang sentiasa ditiup oleh para ulama dan para pejuang yang istiqamah akan melangsaikan segala tanggung jawab dan kewajiban yang tertangguh dek kealpaan dan kelalaian masa lalu.

Ayuhlah, rakan-rakan. Bergeraklah ke medan juang. Kita bina negara dengan reka bentuk nabi kita, ikutan kita sepanjang zaman. Allahu Akbar!!

http://nikabduh.wordpress.com

Kalau BN tak dapat 2/3, Rosmah bungkus...

Kegagalan Abdullah Badawi untuk memimpin parti dan kerajaan menyebabkan BN tidak mampu untuk mendapatkan kemenangan 2/3 di dalam Dewan Parlimen dalam pilihan raya umum yang lalu.

Hasilnya Abdullah terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dengan ‘sedikit’ imbuhan dalam bentuk tanah yang bernilai puluhan juta ringgit di Kuala Lumpur sebagai ‘ganti-rugi’ kerana meletakkan jawatan.

Orang nombor duanya Najib naik menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO serta Pengerusi BN peringkat nasional. Abdullah telah mendapat tekanan yang begitu besar sehinggakan beliau terpaksa berfikir dengan mendalam yang akhirnya membawa beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Setelah berlaku sedikit ‘golden hand shake’ beliau meletakkan jawatan dan Najib Razak mengambil alih jawatan beliau. Apa yang penting kita ketahui ialah peletakan jawatan itu adalah hasil dari penolakan yang jelas oleh rakyat terhadap BN pimpinan UMNO sehinggakan BN hampir-hampir tumpas dan hanya mampu untuk memerintah dengan ‘majority’ yang tipis di Dewan Parlimen Persekutuan.

Lain-lain perkataan jika seseorang Perdana Menteri tidak mampu untuk mendapatkan sokongan 2/3 di Dewan Parlimen maka pada bila-bila masa sekali pun Perdana Menteri wajar meletakkan jawatan kerana ‘precedent’ ini telah dimulakan dengan peletakan jawatan oleh Abdullah Badawi. Seandainya BN menghadapi keadaan yang sama di dalam pilihan raya yang akan datang maka Najib akan terpaksa meletakkan jawatan sebagai PM seperti yang dilakukan oleh Abdullah Badawi 2 tahun yang lepas.

‘Game plan’ peletakan jawatan bagi Abdullah Badawi dahulu adalah untuk mempercepatkan kenaikan Najib, dan usaha untuk memberikan tekanan kepada Abdullah meletakkan jawatan dilakukan oleh Muhyiddin Yassin. Muhyiddin menjadi orang kuat menekan Abdullah untuk mengundurkan diri kerana jika Najib naik ke kerusi Perdana Menteri beliau sendiri menagih jawatan Timbalan PM kepada Najib walaupun beliau belum tentu untuk menjadi PM kerana Najib adalah 6 tahun lebih muda daripadanya.

Yang penting beliau mesti menjadi Timbalan PM kerana jika ada apa-apa yang berlaku kepada Najib beliau sudah bersedia untuk mengambil alih jawatan yang disandang oleh Najib itu.

Akhir-akhir ini tidak kurang juga ramainya rakan-rakan di dalam UMNO membuat andaian yang jika Najib tidak berupaya mendapatkan kemenangan 2/3 di dalam pilihan raya yang akan datang maka Muhyiddin akan mengambil tempat Najib kerana kegagalan mempertahankan majoriti 2/3 atau untuk mengembalikan kemenangan 2/3 itu merupakan satu kegagalan kepada Najib.

Malahan sudah nampak tanda-tanda dari perbualan penyokong-penyokong pimpinan ingin melihat BN untuk memenangi pilihan raya kali ini dengan hanya mendapat majoriti yang mudah bagi memudahkan Muhyiddin mengambil alih kepimpinan negara seperti Najib mengambil alih dari Abdullah Badawi dahulu.

Saya difahamkan yang ada pemimpin veteran yang berkepentingan untuk melihat Muhyiddin mengambil alih kepimpinan UMNO dan negara kerana jika keadaan itu berlaku maka mudah baginya untuk menempatkan ahli keluarganya menaiki tangga kepimpinan negara kita.

Jika apa yang saya dengar itu benar maka usaha untuk memantapkan UMNO itu sudah pasti tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat bagi parti ini. Mengikut apa yang didengar mendesak Najib untuk meletakkan jawatan akan lebih mudah jika BN mendapat majoriti yang simple seperti apa yang dialami dalam pilihan raya yang lalu.

‘Game plan’ sesetengah pihak di dalam UMNO ini sebenarnya amat berbahaya bagi BN kerana jika silap perkiraan maka UMNO dan BN akan menghadapi kemungkinan menerima kekalahan hasil dari politiking yang tidak sihat di kalangan pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli parti kita sendiri.

Bagi pihak yang ingin melihat perkara ini berlaku telah mula bercakap tentang kegagalan Najib untuk melaksanakan pelan-pelan pembangunan yang diumumkan oleh beliau kepada umum. Kumpulan ini nampaknya lebih suka jika pelan ini gagal kerana ianya akan memudahkan usaha mereka untuk menekan Najib untuk berundur dari memimpin negara.

Baginya isu terhadap Najib itu sangat memenatkan mereka untuk mendapatkan keyakinan rakyat keseluruhannya. Selama ini saya berpendapat isu-isu peribadi Najib dan keluarganya yang heboh diperkatakan itu datangnya daripada luar UMNO, tetapi akhir-akhir ini isu ini sebenarnya disuburkan oleh mereka di dalam UMNO dan BN sendiri kerana permainan politik dalaman yang sangat kotor dan tidak berfaedah.

Tetapi itulah penyakit yang sedang dihadapi oleh UMNO. Kalau politiking seperti ini masih berlaku maka tidaklah mustahil UMNO akan kecundang di hadapan mata rakyat dalam pilihan raya yang akan datang. Di dalam UMNO kini elemen ‘orang Najib’ dan ‘orang Muhyiddin’ nampaknya akan timbul secara beransur-ansur dan ini merupakan satu situasi yang tidak sihat untuk parti.

Jika benar apa yang dikhabarkan itu, maka Najib akan mengambil tindakan untuk hanya mencalonkan orangnya di dalam pilihan raya yang akan datang. Untuk memberi alasan bagi menggugurkan seseorang penyandang itu adalah perkara yang mudah kerana keseluruhan mereka yang sedang menyandang di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ada masalah masing-masing.

Alasan rasuah dan salahguna kuasa merupakan alasan yang paling mudah bagi Najib untuk menurunkan sesiapa sahaja yang sedang menyandang itu.

Lagi pun Najib mempunyai hak untuk menentukan sesiapa yang boleh atau tidak boleh bertanding kerana janji beliau untuk menurunkan ‘winnable candidates’ itu akan tetap dilaksanakan. Najib mempunyai hak untuk memastikan yang pemilihan calon di dalam pilihan raya kali ini adalah dari mereka yang setia kepada beliau.

- Aspan Alias

Kubu Bashah runtuh lagi - 50 pemuda Taman Wira bersama Pas






Semoga Mahathir dapat hidayah

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat hidayah Allah SWT.

“Saya tidak berhasrat setakat ini untuk mengulas jawapan Tun Mahathir terhadap saya seperti yang tersiar di muka hadapan akhbar Utusan pada hari ini,” tulis beliau yang juga Menteri Besar Kelantan di laman Twitter.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mahathir berkata, tujuan hidup Mursyidul Am PAS itu hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam Umno, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

‘‘Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya di dalam pilihan raya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah tetapi kemenangan dalam pilihan raya.

‘‘Orang Umno beragama Islam. Walaupun bagi Nik Abdul Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS namun dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli Umno dan ahli PAS juga adalah orang Islam,’’ ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian di dalam entri terbarunya bertajuk ‘Jawapan Kepada Nik Aziz’ di blognya http://chedet.co.cc/chedetblog hari ini.

“Cukuplah saya berkata, saya simpati dengan beliau, semoga beliau mendapat hidayah Allah SWT,” kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Berganding Bahu & Tangan untuk menjatuhkan BN..

NGO jadikan jatuhkan BN agenda bersama
Harakahdaily

PETALING JAYA, 17 Feb: Berpuluh-puluh NGO di Malaysia mencapai kata sepakat semalam untuk menjadikan agenda menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke 13 ini sebagai agenda bersama mereka.

Kata sepakat itu dicapai dalam pertemuan tertutup mereka di sebuah hotel dekat sini bersama para pemimpin Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan juga DAP.

PAS katanya diwakili oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, PKR oleh Setiausaha Agungnya, Saifudin Nasution Ismail manakala DAP diwakili oleh Ketua Pemudanya, Anthony Loke.

Menurut sumber, pertemuan tertutup itu dibuat atas jemputan Parti Sosialis Malaysia (PSM). Ia telah dihadiri oleh pelbagai NGO di Malaysia bagi membincangkan peranan Kuasa Ketiga (Third Force) dalam politik negara ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak membincangkan peranan Kuasa Ketiga di samping BN dan Pakatan Rakyat dalam politik Malaysia.

Ia dipelopori oleh Raja Petra Kamarudin melalui laman webnya Malaysia Today bersama dengan apa yang dinamakan sebagai Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM)

MCLM telah dilancarkan oleh beliau dan rakan-rakannya pada 30 Oktober tahun lalu.

Manurut sumber, persidangan mejabulat semalam cuba membincangkan peranan Kuasa Ketiga.

Sumber itu berkata, selepas berbincang, mereka mencapai kata sepakat paranan mereka yang utama sebenarnya adalah menjatuhkan BN bukannya memecahkan Pakatan Rakyat.

Ini kerana, para NGO ini bimbang kalau-kalau kekeliruan berlaku di kalangan rakyat jika isu Kuasa Ketiga ini diperbesarkan sedangkan kewujudan kuasa atau pun power base mereka pun dipertikaikan.

Al Fatihah : Ibu Bang Mat Sabu meninggal dunia.

Suasan di rumah hj mohamad sabu - sebentar lagi jenazah akan
dibawa ke masjid pdg menora utk disolatkan

YB Mahfuz Bersama veteran Pas cik gu Bakar Ali sewaktu menziarah kematian ibu Md.Sabu dikpg Guaq Petai. Al Fatihah untuk arwah.

Hanya 36 penduduk Jeli undi Mustapa Mohamed?

M FAQIH

JELI, 16 Feb: Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mungkin menyembunyikan kekuatan sebenar Umno di parlimen Jeli dan Ketereh apabila hanya bergantung kepada undi tentera.

Malah di Jeli pula ada tambahan undi Orang Asal berjumlah 400 orang. Ini bermakna kalau dicampur undi pos dan Orang Asal berjumlah 4,400 orang pada pilihan raya umum lalu.

Dan pada pilihan raya umum lalu Mustapa mendapat majoriti 4,436 undi. Ini bermakna undi awam (penduduk di Jeli) yang mengundi Ketua Umno Jeli itu sekitar 36 orang sahaja.

Manakala di parlimen Ketereh pula terdapat kira-kira 3,000 undi pos pada pilihan raya umum lalu. Calon BN di Ketereh ketika itu, Tan Sri Annuar Musa tidak bernasib baik kerana tiada undi tambahan di kalangan masyarakat Orang Asal.

Telahan itu dapat dibuat apabila peratusan undi pos dan Orang Asli lebih 85 peratus berpihak kepada BN pada mana-mana pilihan raya di negara ini.

Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamed berkata, berdasar kepada situasi itu calon BN di parlimen Jeli sudah ada 4,400 undi bonus dalam tangan sekarang.

”Sebab itulah sekarang Pengerusi Perhubungan Umno negeri bercakap mahu merampas Kelantan pada pilihan raya umum akan datang kerana kedudukannya di Jeli sudah selesa,” katanya di sini.

Mengulas isu sama Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Abdul Kadir berkata, Mustapa lebih selesa berada di Jeli berbanding kampung asalnya di Bachok kerana faktor undi pos.

Kata beliau undi pos di kalangan anggota tentera hanya ada di parlimen Ketereh, Jeli dan Pengkalan Chepa.

”Sebab itulah ramai ketua bahagian Umno mahu mengintai peluang untuk bertanding di Jeli dan Ketereh. Pengkalan Chepa tidak menjadi fokus kerana undi pos tidak besar,” katanya ketika dihubungi di Ketereh.

Pada pilihan raya umum lalu Abdul Aziz menang di Ketereh dengan majoriti 400 undi mengatasi Annuar Musa.

Bagaimanapun Apandi pernah menang di parlimen Jeli pada pilihan raya umum 1999 menewaskan Mustapa ketika gelombang reformasi mulai tercetus.

Ekoran kekalahan tersebut Mustapa dilantik sebagai senator untuk membolehnya dilantik sebagai menteri.

Apandi juga berkata, biar pun Jeli mempunyai kelebihan kepada Umno dan BN, namun dengan kerja keras semua anggota parti Pakatan Rakyat membolehkan sejarah 1999 berulang semula.

Kata beliau tumpuan sekarang menggerakkan pelbagai program sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.

”Kita sudah jalankan pelbagai aktiviti dan program bagi menjelaskan pelbagai isu kepada rakyat di Jeli,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau melahirkan rasa bersyukur apabila dakwaan ke atasnya sebelum ini mengemukakan tuntutan palsu sudah dibersihkan mahkamah.

Beliau berkata, mahkamah sesyen di Kuala Lumpur pada 11 Febuari lalu membebaskannya terhadap 13 pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan sewaan hotel pada tahun 2002.

“Saya meluahkan berbanyak-banyak rasa syukur kerana dibebaskan daripada tuduhan membuat tuntutan palsu semasa berkhidmat sebagai wakil rakyat di Jeli,” katanya.

Baru-baru ini Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membebaskan Mohd Apandi terhadap 13 pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan sewa hotel.

Hakim Mohd Nasir Nordin membebaskan tertuduh selepas pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie.

Sebelum itu beliau didakwa mengemukakan tuntutan palsu sewa hotel Perdana Resort di Pantai Cahaya Bulan berjumlah RM31,050.

Penduduk Jeli juga ketika ditemui meluahkan rasa gembira memandangkan isu yang dipasang bagi menjerat Apandi sebelum ini sudah tidak ada lagi.

Penyelia Dun Bukit Bunga, Suply Abdul Razak berkata, Umno tidak mampu lagi menggunakan isu dakwaan penyelewengan terhadap Apandi memandangkan beliau sudah dibersihkan mahkamah.[HarakahDaily]

Nik Aziz: Allah Maha Besar, bukan Melayu, Cina, India

Penganjuran simposium bertemakan dilema Melayu pada Sabtu lalu yang ucap utamanya disampaikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang kritikan keras daripada seteru lamanya, mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut menteri besar Kelantan itu, isu dilema Melayu atau dilema mana-mana kaum tidak timbul apabila persoalan bangsa dan perjuangan kaum itu berteraskan ajaran Islam.

NONE"Apa yang penting diamalkan ialah kita semua menjadi hamba abdi kepada Allah SWT.

"Sebagaimana seruan azan memanggil solat, disebutkan “Allahu Akbar”, maka yang Maha Besar ialah Allah bukannya Melayu atau Cina atau India," kata Nik Abdul Aziz (kiri).

Menurutnya lagi, dalam bacaan tahyat dan salam ketika solat juga terangkum maksud memuliakan Nabi Ibrahim, Nabi Muhammad serta ucapan selamat kepada seluruh bangsa di dunia ini.

Dalam simposium di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) lalu, Dr Mahathir antaranya dilaporkan berkata, orang Melayu kini berhadapan dengan dilema besar apabila tidak lagi boleh berkata tentang bangsa sendiri kerana akan dilabelkan sebagai rasis.

Katanya, dilema ini bukan disebabkan oleh orang lain tetapi orang Melayu sendiri kerana mereka tidak mampu untuk mempertahankan diri sendiri dan sentiasa mengalah serta mengundur diri apabila berlaku sesuatu krisis.

mahathir and malay peopleSambil menggesa Dasar Ekonomi Baru (DEB) diteruskan, Dr Mahathir dilaporkan berkata jika orang Melayu bijak menggunakan peluang yang diwujudkan, mereka akan mendapat lebih 30 peratus kekayaan negara.

"Maknanya bila diutamakan kepentingan orang Melayu, sudah tentu orang Cina dan India akan berdendam, kerana inginkan kepentingan yang sama," kata Nik Aziz.

Sementara itu, mengulas tentang DEB, pemimpin popular PAS itu berkata mendakwa "kegagalan" dasar itu sudah tercatat dalam sejarah dan menyebabkan bumiputera tidak ke mana.

"Kenapaa gagal? Dr Mahathir selaku perdana menteri masa itu ada jawapan sebenar. Habis kenapa Dr Mahathir sembunyi punca?" soal Nik Aziz.

Bulu tak bulu..semalam awat hang tak tokak je 'pisang' anwar tuu..???

Liwat II: Bulu, seluar dalam, cadar dikemukakan

Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menempuh saat genting hari ini apabila mahkamah mendengar keterangan daripada ketua unit jenayah berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong.

NONESemalam, Seah hanya berada di kandang saksi selama beberapa minit sebelum perbicaraan ditangguhkan akibat gangguan bekalan elektrik di mahkamah.

Beberapa pendedahan memeranjatkan berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, melibatkan borang pro-forma oleh doktor yang mengendalikan kes berkenaan.

Doktor berkenaan menyatakan dalam borang tersebut bahawa pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan – hanya terlibat dalam "cubaan liwat" dan "cubaan seks oral."

NONEDoktor Hospital Kuala Lumpur Dr Khairul Nizam Hassan sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Saiful mendakwa telah diliwat dan diminta melakukan seks oral.

Bagaimanapun, pihak pembelaan yang diketuai peguam Karpal Singh berjaya menimbulkan keraguan berhubung kenyataan berkenaan.

Turut hadir di mahkamah hari ini ialah wakil daripada Kedutaan Australia.

Dua orang pakar daripada negara itu turut hadir hari ini – ahli patologi forensik Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.


LAPORAN LANGSUNG

12.12pm: Mahkamah bersambung semula. Turut hadir hari ini adalah bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali dan ahli parlimen Balik Pulau MP Yusmadi Yusoff.

11.37am: DPP Noorin memohon mahkamah untuk rehat seketika. Hakim Zabidin bersetuju dan meminta semua pihak masuk semula pada tengahari.

11.32am: Kain cadar berwarna kelabu pula ditunjukkan dan ia juga ditandakan sebagai bahan bukti.

Anwar dari tempatnya memerhatikan sampul surat yang berisi cadar itu dibuka. Menurut Dr Seah bungkusan itu dihantar ke jabatannya dengan tanda keselamatan polis.

Setelah memeriksanya, ia dibungkus semula dan ditandakan dengan mohor Jabatan Kimia.

11.28am: Selain pakaian Saiful yang lain seperti, baju hijau jenama G2000, turut ditawarkan sebagai bahan bukti adalaghpermaidani pelbagai warna yang disita oleh Jabatan Kimia.

11.17am: Satu lagi seluar dalam yang juga dipercayai kepunyaan Saiful turut dikenal pasti. Semua bahan berkenaan kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah sampul.

11.14am: Seluar dalam Saiful yang berjenama Levi's pula dikenal-pasti. Seluar dalam ini telah dikemukakan sebagai bahan bukti.

Ketika ini, Wan Azizah dilihat menundukkan kepalanya, manakala Anwar sedang membaca sesuatu di kandang tertuduh.

11.10am: Kemeja biru dan kolar putih jenama Ralph Lauren yang digunakan oleh Saiful pula dikemukakan.

11.04am: Sepasang seluar hitam (tanpa jenama) yang dipercayai yang digunakan oleh Saiful juga dikemukakan sebagai bahan bukti.

Sebelum ini, beberapa saksi mendakwa air mani Saiful dijumpai pada seluar hitam ini.

11.02am: Peguam, Sankara Nair bagaimanapun membantah cadangan pihak pendakwaan ia adalah bulu kemaluan.

"Macam mana Dr Seah tahu perkara tersebut?" soalnya.

DPP Noorin berkata ia berdasarkan laporan doktor itu.

Sankara berkata ia sepatutnya ditanda sebagai segumpalan rambut.

10.59am: Bahan-bahan bukti, termasuk bulu kemaluan kini sedang ditandakan. Ketika proses itu, DPP Noorin, peguam Ram Karpal dan Sankara Nair semuanya memakai sarung tangan getah.

Dr Brian Mc Donald yang duduk di antara Sankara dan Ram memerhatikan perkembangan itu.

10.27am: Semua sampul yang bertanda B1 hingga B11 yang dipercayai mengandungi calitan kapas, di mana spesimen diambil ditandakan sebagai bahan bukti.

10.15am: Menurut Seah beliau menerima bungkusan berkenaan daripada DSP Jude Blacious Pereira. Seah kemudian mengena-pasti pegawai polis itu dan juga bungkusan tersebut.

10.08am: Hakim Zabidin membuat keputusan yang memihak pihak pembelaan bahawa dokumen (borang kedua Pol 21) yang disenaraikan sebagai bahan bukti yang dikemukakan tidak boleh ditandakan sebagai eksibit.

10.06am: Mahkamah bersidang semula.

NONE9.39am: Hakim memohon tempoh rehat untuk memutuskan perkara itu, namun Mohd Yusof bertegas supaya perbicaraan diteruskan tanpa menanda dokumen yang dipertikaikan itu.

9.33am: Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kiri) dalam hujah balasnya berkata, apa yang penting bukanlah dokumen itu sendiri tetapi perkara yang diperiksa.

Hujahnya lagi, sebelum ini terdapat keputusan mahkamah yang membenarkan pendakwaan mengemukakan dokumen sebagai bahan bukti tanpa memberikannya terlebih dahulu kepada pembelaan.

Ram dalam jawapannya berkata, dokumen itu penting kerana ia menunjukkan urutan bukti dan perkara yang diperolehi pendakwaan itu berbeza dengan apa yang diberikan kepada pembelaan.

9.20am: Seah berkata beliau menerima satu bungkusan bertanda B12 daripada polis.

Bagaimanapun, terdapat kesilapan tarikh pada bungkusan itu yang ditandakan 28 Ogos, 2008 sedangkan dokumen Seah bertanda 28 Jun. Tandaan pada B12 juga terdapat perubahan.

Peguam Ram Karpal membantah permohonan supaya borang yang diubah itu ditanda sebagai bukti.

Ram memberi alasan, borang berkenaan berbeza daripada borang yang diberikan kepada pembelaan di pada awal perbicaraan. Ram membuat bantahan itu mengikut Seksyen 51 Kanun Acara Jenayah.


NONE9.13am: Seah (kanan) mengakui telah menerima Borang POL 21 yang menyatakan tempat-tempat sampel DNA diambil di badan Saiful.

Borang berkenaan didapati daripada Hospital Kuala Lumpur pada 30 Jun, 2008 – dua hari selepas pemeriksaan dilakukan ke atas pengadu itu.

8.55am: Saksi Dr Seah Lay Hong memberitahu mahkamah mengenai latar belakang akademiknya. Beliau merupakan pakar dalam bidang kesan biologi, DNA dan kesan biologi pada tisu.

Beliau mempunyai kelulusan peringkat kedoktoran dalam DNA Forensik dan sarjana dalam Sains Perubatan.

Dr Seah telah menghadiri pelbagai persidangan dan seminar di dalam dan luar negara.

8.53am: Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.

Galeri awam di mahkamah masih banyak ruang kosong. Turut berada di mahkamah ialah Anwar Ibrahim, isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga bapa Saiful, Azlan Md Lazim.

Azlan tidak hadir mengikuti perbicaraan semalam.

Fitnah 2 : Saifool MELAWAN ketika diliwat dan penemuan 'bukti baru'

Sepertimana pada 14 Februari 2011, perbicaraan hari ini diteruskan dan dilihat cubaan untuk mengaitkan DSAI dengan aktiviti 'oral seks' , skrip baru yang cuba untuk memburukkan imej dan kredebiliti DSAI yang sebelum ini tidak muncul .

Ini bermakna DSAI bukan sahaja difitnah dengan perbuatan sodomi tetapi termasuk iuga perbuatan 'oral seks' . Ketua unit kemalangan dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Khairul Nizam Hassan sewaktu disoal dalam mahkamah memaklumkan bahawa Saifool telah dipaksa untuk melakukan 'oral seks' tersebut .

Sewaktu perbicaraan pada 14 Februari , berlaku pencanggahan fakta dan membuktikan Saifool berbohong apabila Dr. Khairul Nizam memberitahu mahkamah yang Saifool telah membersihkan diri sebelum hadir ke HKL untuk diperiksa oleh doktor pada 28 Jun 2008. Sedangkan sebelum itu Saifool menegaskan bahawa beliau tidak mandi selama 2 hari sebelum ke hospital untuk diperiksa .

Terbaru dalam pembicaraan hari ini ( 16 Februari 2011 ) yang turut dihadiri oleh wakil luar negara, termasuk dari Kanada dan Ireland serta pakar forensik DSAI , Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald menyaksikan bahawa Dr. Khairul Nizam menyatakan Saifool dipaksa untuk melakukan 'oral seks' tersebut oleh seorang tokoh yang terkenal . Sewaktu wawancara dengan Saifool mengaku yang Saifool MELAWAN sewaktu kejadian liwat tersebut .

Kalau benar seperti yang dinyatakan bahawa Saifool MELAWAN , tenaga apa yang ada kepada seorang anak muda yang berumur 25 tahun yang dilihat tegap dan perkasa sehingga tidak mampu untuk menolak atau bertindak ganas terhadap seorang tua yang berumur 63 tahun . Bukan sahaja tua tetapi mengalami masalah sakit tulang belakang !

Kalau benar Saifool MELAWAN dan dipaksa serta tidak bersetuju dengan perbuatan tersebut , saya yakin dan percaya sebagai seorang anak muda yang masih kuat dan bertenaga akan mampu 'membelasah' seorang tua yang bertindak melakukan perbuatan yang tidak bermoral tersebut . Kalau saya lah , sudah pasti LUNYAI saya kerjakan orang tua yang hendak meliwat saya ! 'MELAWAN' macam mana yang dimaksudkan atau itulah skrip yang telah disiapkan oleh pihak polis dan pendakwaraya .

Benarkah Saifool MELAWAN sedangkan sebelum ini beliau mengaku telah diliwat 9 kali ? Selepas diliwat , Saifool masih lagi datang bekerja di pejabat DSAI . Kalau saya diperlakukan sedemikian rupa , sudah pasti saya TIDAK AKAN DATANG LAGI bekerja sebab saya telah dipaksa dan diliwat ! Ternyata Saifool BERBOHONG !

Sedangkan kes yang dibicarakan ialah Seksyen 377B adalah kesalahan yang dilakukan secara sukerala tanpa paksaan, atau dipanggil consensual. Secara nyata berlaku percanggahan terhadap pertuduhan iaitu secara SUKERALA TANPA PAKSAAN . Sedangkan Saifool bertegas yang dia telah di DIPAKSA dan dia telah MELAWAN . Justeru , kes ini wajar dibuang !

Malah Dr. Khairul Nizam juga memberitahu mahkamah bahawa sewaktu membuat pemeriksaan terhadap Saifool , Saifool dalam keadaan yang 'tenang'.. Dr. Khairul juga menyatakan bahawa " kelakuan itu bukanlah tingkah laku yang normal ". Sememangnya BUKAN TINGKAHLAKU YANG NORMAL ! TIDAK NORMAL ! Sebab Saifool adalah PEMBOHONG !

Saya benar-benar merasa hairan bagaimana seorang yang dipaksa untuk diliwat ... tanpa trauma , tanpa rasa sedih , tanpa reaksi takut dan susah hati ? Dalam keadaan tenang ...apabila dubur dan lubang duburnya diperiksa , malah yang paling terseksa ialah 'maruah' diri yang sudah tercemar kerana sudah tiada 'DARA' lagi...

Kenyataan yang dibuat oleh Karpal Singh sebagai Ketua Peguam DSAI , tuduhan liwat terhadap DSAI mesti digugurkan ekoran “bukti terbaru” yang muncul berdasarkan kandungan laporan awal pro-forma, yang diberitahu di mahkamah hari ini . Bahawa penemuan bukti baru itu menunjukkan tuduhan ke atas anak guamannya ( DSAI ) adalah tidak berasas. Sememangnya TIDAK BERASAS dan terlalu dangkal .

Karpal berkata beberapa aspek penting dalam borang pro-forma seperti pemeriksaan rektal tidak diisi . Begitu juga dengan pemeriksaan dubur, latar sejarah perubatan Saifool dan peristiwa berhubung kejadian itu tidak diisi oleh doktor yang bertugas iaitu Dr Siew Sheue Feng . Ini membuktikan kaedah mengisi borang pro-forma adalah berlainan dengan apa yang Saifool beritahu kepada doktor.

Ghani Patail selaku Peguam Negara perlu mengugurkan kes tersebut . Ianya benar-benar memalukan negara dengan kes yang tiada asas dan tidak masuk akal ini . Ternyata ini adalah merupakan fitnah terhadap DSAI yang bermotifkan politik dilakukan oleh para konspirator yang tujuan menjatuhkan kredebiliti dan integriti DSAI yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia !

  • http://farizmusa.blogspot.com

50 tahun Perintah Negara.. cuma 3 orang saja..??

tu dia hangpa kalau nak detail klik gambarlah..

PENDANG – Tiga kuda iringi Perarakan Maulidur Rasul





PENDANG – Sambutan Maulidur Rasul yang disertai 200 penduduk sekitar Kampung Belakang Pendang di sini, mencipta kelainan tersendiri.

Sebanyak tiga kuda mengiringi perarakan itu dan ditunggang imam masjid serta beberapa penduduk kampung itu.

Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK), Abdul @ Sulaiman Awang berkata, perarakan itu disertai penduduk kampung itu dan beberapa lagi kampung berhampiran yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

“Setiap tahun sambutan Maulidur Rasul ini diadakan dan perarakan yang diadakan adalah biasa seperti sambutan di kawasan lain. Namun, pada kali ini agak berlainan apabila penduduk kampung berpakat untuk membuat sedikit kelainan dengan menggunakan kuda.

“Tiga kuda berkenaan dibawa satu kelab untuk bersama mengiringi perarakan supaya lebih meriah lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdul berkata, perarakan itu adalah sepanjang hampir empat kilometer mengelilingi kawasan kampung dan berdekatan pekan sambil diiringi dengan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

“Program anjuran Surau Kampung Belakang Pendang ini diadakan adalah hasil sumbangan penduduk kampung dan kerjasama yang ditunjukkan penduduk menggalakan tanpa mengira fahaman politik,” katanya.

Alahai BN Kedah - Nak kata apa lagi untuk buat semangat.. Takan nak kata tak mampu dah..!!

BN yakin tawan semula Kedah

KULIM - Penyelaras Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yakin Barisan Nasional (BN) akan menawan semula Kerajaan Negeri yang kini diterajui Pas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Abdul Aziz berkata, Majlis Perjumpaan Empat Sayap BN Parlimen Kulim Bandar Baharu yang dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah itu bertujuan memperkasakan empat sayap UMNO antaranya, Pemuda, Wanita, Puteri dan Bahagian sebagai persediaan menghadapi PRU.

Beliau tidak menafikan sehingga kini sokongan diberikan terhadap BN semakin baik dan ini merupakan petunjuk rakyat akan terus memberikan kepercayaan sekali lagi kepada BN untuk menerajui Kerajaan Pusat.

“Di bawah pentadbiran PR, tiada sebarang pembangunan dibuat. Selain itu, masalah seperti sampah dan air tidak dapat diselesaikan.

“ Rakyat hari ini semakin cerdik memilih kerajaan yang mampu membawa kepada peningkatan dan ekonomi negara, “ katanya ketika berucap pada majlis itu di Dewan Perpaduan dan Integriti Kulim.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak banyak membawa perubahan selain menjadikan slogan 1Malaysia itu satu realiti. Ia juga memberi keyakinan kepada pengundi untuk terus memberikan sokongan kepada BN.

Mengulas masalah cantas-mencantas dalam UMNO Aziz berkata, ia sudah berlarutan sekian lama dan masalah itu tidak akan mengganggu gugat calon bertanding.

Menurutnya, pengundi atas pagar memainkan peranan memastikan kemenangan BN.

“Beberapa pilihan raya kecil dijalankan sebelum ini menunjukkan masyarakat India sudah mula memberikan sokongan kepada BN. Ini juga mempengaruhi jumlah pengundi BN dalam PRU akan datang.

“Sehingga kini pelbagai bantuan dan kemudahan diberikan dan ini mempertingkatkan kepercayaan pengundi kepada BN," katanya.

Abdul Aziz berkata, BN harus turun padang dan bekerja untuk memastikan kepercayaan rakyat terus kekal.

“Selain itu UMNO Kedah mempunyai Pengerusi Badan Perhubungan yang berpengalaman. Ahmad Bashah berpengalaman menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sejak beberapa penggal. Dengan kepakaran yang ada, saya percaya, Wisma Darul Aman akan menjadi milik kita semula” katanya.

Amanah besar

ALOR SETAR - Tokoh Pendakwah Negeri Kedah, Profesor Madya Dr Abdul Aziz Hanafi menyifatkan anugerah sempena sambutan Hari Maulidur Rasul peringkat negeri semalam amanah besar dari Allah untuk menyebarkan syiar Islam kepada seluruh rakyat.

Beliau yang merupakan Dekan Kuliah Syariah dan Undang-undang Kolej Universiti Insaniah (Kuin) berkata, penghargaan yang diberi bukan untuk mendabik dada sebagai tokoh agama, sebaliknya perlu melaksanakan tanggungjawab memastikan kesucian agama Islam dan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak tercemar.

“Saya bersyukur dan terharu kerana diberi penghargaan tertinggi oleh Kerajaan Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) dan ianya amanah besar rakyat Kedah yang perlu ditunaikan,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri, Kuin semalam.

Dr Abdul Aziz berkata, semua pihak termasuk Kerajaan Negeri, sektor awam dan swasta perlu memainkan peranan dan menjalinkan koordinasi rapat memastikan perpaduan ummah terjalin erat.

Beliau sebelum ini pernah menggalas tugas sebagai Pengarah Kolej Islam Darul Ulum (Kidu) selama tujuh tahun bermula tahun 2000 hingga 2007 di samping pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Syariah di Institut Pengajian Islam Brunei Darussalam pada 1989 hingga 1999.

Selain itu, Dr Abdul Aziz juga dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada Mac 2010 dan Pakar Perunding Syariah di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) pada November 2010.

Sementara itu, penerima anugerah Tokoh Imam Negeri Kedah, Abdul Wahab Che Li, 60, bersyukur di atas penghargaan yang diterima dan berazam lebih mendekatkan diri dengan masyarakat bagi membolehkan nilai murni Islam dipupuk.

Menurutnya, sepanjang lebih 40 tahun perkhidmatannya sebagai pegawai masjid dan guru Kelas Agama Fardu Ain (Kafa) di Ulu Tawar, Baling, pelbagai suka duka dirasainya dan beliau menyifatkan semua pengalaman itu pendorong untuknya lebih bekerja keras menyebarkan ajaran Islam.

Abdul Wahab yang bertugas sebagai guru Kafa di Ulu Tawar, Baling sejak 1981 sebelum ini dilantik sebagai imam bertauliah sejak 16 tahun dahulu.

Beliau juga pernah dinobatkan sebagai johan qari negeri Kedah pada 2005 dan mewakili Kedah ke peringkat kebangsaan pada tahun sama.

Pada 2008 pula, beliau diisytiharkan sebagai Guru Cemerlang Kafa daerah Baling sebelum terpilih menerima anugerah guru cemerlang peringkat negeri Kedah pada tahun sama.

Terdahulu dalam majlis itu, Tuanku Abdul Halim berkenan mencemar duli untuk menyampaikan kedua-dua anugerah itu kepada Dr Abdul Aziz dan Abdul Wahab.[Sinar Harian]

Sultan Kedah - Bahaya bercanggah akidah



ALOR SETAR - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah memberi amaran percanggahan akidah dan ideologi yang tidak terkawal dalam masyarakat boleh menyebabkan timbulnya perpecahan dan huru-hara dan akhirnya meruntuhkan sesuatu pemerintahan.

Baginda bertitah, sejarah perlembagaan Islam juga mencatatkan bahawa punca percanggahan akidah menjadi punca kepada hilangnya perpaduan dan akhirnya matlamat utama agama Islam untuk memberi kesejahteraan ummah terhapus.

“Dengan adanya sambutan Maulidur Rasul SAW yang diadakan setiap tahun, bolehlah kita menghitung dan menghayati pengorbanan Baginda demi kesejahteraan umat manusia dan nikmat iman dan Islam adalah merupakan nikmat yang tidak terhingga dan paling berharga yang diberikan kepada kita.

“Perhimpunan kita hari ini (semalam) yang menggabungkan pelbagai lapisan masyarakat jelas membuktikan umat Islam itu bersatu dan berpegang teguh pada konsep persaudaraan Islam sebagaimana dianjurkan Rasulullah SAW.

“Beta yakin dan percaya selagi umat Islam berpegang teguh dengan konsep itu, selagi itulah umat Islam akan bersatu padu, hormat-menghormati satu sama lain dan berganding bahu dalam usaha memajukan masyarakat,”

Titah baginda pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Kedah bertemakan ‘Kita Adalah Ummah Yang Satu’ di Dewan Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Kolej Universiti Insaniah (Kuin) semalam.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Sultanah Hamidah Hamidun.

Turut hadir Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Exco Pelajaran, Agama dan Koperasi, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rasli Basir dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Datuk Kharudin Zain.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...