TERKINI :

Wednesday, February 16, 2011

Kontroversi My Balik Pulau: Kenyataan Five Arts Centre

Five Arts Centre telah digemparkan dengan perbalahan politik yang berterusan di kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang, berkenaan dengan projek sejarah lisan yang telah dikendalikan oleh kanak-kanak berdasarkan temubual bersama wargatua di kawasan itu.

Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang (Arts-Ed) telah menerbitkan risalah "myBalikPulau" berdasarkan hasil temubual yang merupakan usaha kerjasama kanak-kanak Balik Pulau. Projek ini yang ditaja oleh Majlis Pendidikan Pulau Pinang dengan usahasama dari Kementerian Pelancongan dan DiGi, kini telah dicemuh malah dituduh memutarbelitkan sejarah secara sengaja dan dikatakan mempunyai unsur-unsur yang menghina orang Melayu di Pulau Pinang.

Muhammad Farid Saad, ADUN Pulau Betong telah menggambarkan buku risalah sejarah ini sebagai satu ancaman dan mendesak agar risalah ini diharamkan. Sementara itu, sekumpulan NGO yang menggelar diri mereka Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan) telah turut serta dalam tunjuk perasaan dengan membakar risalah tersebut.

Tindakbalas yang melampau ini telah mengejutkan Five Arts Centre dan kami mengecam tindakan yang, bagi kami, merupakan satu kesempatan untuk melancarkan serangan ke atas kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mengekalkan politik kaum yang memecahbelahkan.

Sumber gambar: Five Arts Centre

Kita seharusnya memuji usaha kanak-kanak untuk berinteraksi dengan golongan warga tua dalam menghasilkan projek sejarah lisan ini. Sejarah yang diperolehi secara lisan merupakan maklumat yang telah dikongsi melalui pengalaman masa lampau individu-individu yang masih hidup sama ada pengalaman mereka sendiri ataupun yang lain. Maklumat yang dikumpulkan hanyalah sebagai panduan dan bukannya sumber muktamad tetapi ia mampu menghasilkan laporan berdasarkan pengalaman saksi pada zaman dahulu yang telah melalui peristiwa yang penting dan juga yang biasa dalam kehidupan mereka. Risalah "myBalikPulau" perlu dijaga untuk kegunaan generasi akan datang sebagai ilmu tetapi sebaliknya ia telah difitnah. Kami menggalakkan setiap warga Malaysia untuk membaca "myBalikPulau" dan menyelami kandungan serta melibatkan diri dalam dialog mengenai isu ini.

Five Arts Centre tidak berhasrat untuk terlibat dalam perbalahan politik remeh tetapi ingin mempertahankan hak penggiat seni untuk berkarya tanpa campur tangan politik. Seni jugalah yang telah mengajar kita untuk meluaskan minda melampaui batasan, dan akan terus memainkan peranan penting sebagai pembina masyarakat Malaysia.

*Kenyataan media oleh Marion D'Cruz (gambar kanan) selaku pengasas Five Arts Centre, Kuala Lumpur.

Kamu Ni Saiful.. Cuba Cerita Betul-betul..ini bukan cobaan...!!!! ala hai...


Tak faham betul la si Saiful ni..
Kejap kata kena liwat..
Kejap kata kena paksa buat oral sex..
Kejap kata tak basuh jubur 2 hari..
Kejap kata tak berak 2 hari..
Kejap kata sanggup tak solat jumaat sebab tak mandi wajib..

La ni kata tak basuh mulut 2 hari pulak...
Kalau bangun tidur kita terus pergi kerja tanpa gosok gigi..
Kompom nak bercakap dengan orang pun segan..
apatah lagi nak bersosial..

Macam mana la agaknya keadaan si Saiful ni masa tu..
Dengan tak mandi 2 hari..
Dengan tak basuh jubur 2 hari..
Dengan tak berak 2 hari..
Dengan tak basuh mulut 2 hari..

Hmmm.. C'mon la Saiful..
Teman bukan tak nak percaya dengan tuduhan kamu..
Teman pun bukan tak nak percaya yang Anwar ni sanggup liwat kamu..

Tapi teman pun ada akal yang baik..
Teman ada kewarasan yang baik..
Tolong jangan paksa teman terima tuduhan kamu ni..
Sebab terlalu banyak kesangsian dalam tuduhan kamu ni..

Errr.. Kalau tak mandi wajib 2 hari..
Maknanya 2 harilah tak Solat Fardhu kan?
Rasanya.. boleh jatuh saksi fasik nehh!

adehhhh!!

Kepada Allah SWT kita serahkan segala penyaksian
dalam kes tuduhan yang amat berat ini....

sunsnake 16022011

Strategi mengekalkan perpecahan dalam Umno Kedah

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

http://gerbanginformasi.files.wordpress.com/2008/08/logoumno2.gif?w=400&h=300

Lagi catatan rekod Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Kedah iaitu berjaya melangkau paras defisit bagi tahun ini sebanyak RM19 juta. Maknanya, bila tengok dalam akaun pada hujung tahun masih ada lebihan wang.

Kerajaan negeri tidak perlu menadah tempurung pada kerajaan Pusat untuk membayar gaji atau membiayai pembayaran menampung defisit. Cerita tadah tempurung ini pernah berlaku semasa kerajaan negeri di bawah pentadbiran BN dulu. Sekarang pun masih berlaku, cuma bukan Kedah sebaliknya kerajaan negeri yang dibawah pentadbiran BN.

“Ini juga adalah hasil usaha kerajaan negeri yang mengawal ketat pengaliran wang keluar, belanja berhemah dan hasil cukai pendapatan.

“Awal tahun saja kita telah melangkaui defisit, jadi apa yang dirancangkan dalam Bajet 2011 dapat kita laksanakan, jika kerajaan persekutuan tak bagi pun kita boleh buat,” jelas Menteri Besar, Dato’ Seri Azizan Abdul Razak.

Ada lagi catatan menarik ialah hasil negeri Kedah tahun 2010 meningkat sebanyak 17.32 peratus, berbanding 2009. Hasil balak bagi tahun 2010 meningkat 562.5 peratus berbanding tahun 2007, walaupun diusahakan di atas keluasan yang sama. Peningkatan hasil bertambah dari tahun ke tahun sejak Pakatan mengambil alih.

Sultan Kedah dalam titah ucapan sempena Sambutan Hari Keputeraan baginda mengucap tahniah kepada Menteri Besar Kedah kerana berjaya menerajui pentadbiran dengan baik dan berjaya melaksanakan beberapa pembaharuan bagi meningkatkan tahap kesejahteraan hidup rakyat negeri ini.

Suasana ini, menurut baginda, telah memberi keyakinan kepada pelabur dan masyarakat perniagaan dengan kemasukan pelaburan asing dan tempatan bagi memajukan sektor pembuatan. Selain itu Langkawi Permata Kedah turut menjadi pilihan pelabur untuk memajukan produk pelancongan bertaraf antarabangsa.

Sultan sebagai Payung Negeri turut mengakui kehandalan Menteri Besar.

Baru-baru ini satu kajiselidik telah dibuat oleh sebuah badan bebas menunjukkan bahawa majoriti pengundi di Kedah masih mahu mengekalkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Ertinya dari bawah hingga ke atas, semuanya menyenangi kerajaan yang ada. Itulah barangkali yang sangat memeningkan BN sehingga memaksa orang nombor satu parti itu turun ke Kedah melancarkan serangan.

Presiden Umno turun ke Sungai Petani melancarkan slogan ‘BN Menang, Kedah Senang’. Semua ahli Umno seluruh Kedah dikerah untuk hadir, malangnya kehadiran tidak sampai lima ribu orang. Apa yang dicanangkan Najib adalah bahan temberang lama yang diulang-ulang.

Agak melucukan apabila berkali-kali Najib bertanya hadirin, “Adakah kerajaan negeri (Pakatan) menunaikan janji yang dibuat dalam pilihanraya?” orang ramai buat tidak peduli. Mungkin kerana kasihan melihat dia bertanya soalan berulangkali, barulah soalannya dijawab dengan terpaksa oleh pemimpin-pemimpin Umno negeri sendiri dengan perkataan “Tidak.” Lemah bunyinya, kerana BN sendiri sedar bahawa sebahagian besar janji-jani manifesto Pakatan Rakyat telah ditunaikan.

Seperti Dr. Mahathir, Najib juga mengakui bahawa BN sukar merampas Kedah jika mereka berpecah sesama sendiri. Pengerusi BN itu tidak akan menyebut isu perkelahian dalaman parti mereka jika ianya tidak wujud. Faktor perpecahan dalaman terbukti menjadi sebab penting BN kalah pada 2008. Perpecahan yang sedang dan bakal berlaku lebih sengit. Jangan harap pihak yang disabotaj dulu sehingga kalah, akan datang menyondol dengan tebal untuk menyokong seterunya dalam parti yang pernah mengkhianatinya dulu.

Harus diingat bahawa tahun 2008, PAS dan rakan Pakatan hanyalah pembangkang, modal cuma air liur. Sekarang PAS sudah boleh bersama rakyat di mana-mana kerana mempunyai rangkaian lengkap di semua peringkat, dari atas hingga ke akar umbi iaitu; exco, ahli majlis kerajaan tempatan dan Majlis Ketua Kampung. Rakyat sudah merasai air tangan kerajaan Pakatan Rakyat. Maka laluan untuk BN menjadi gelap, sempit dan berliku.

Najib turun ke Sungai Petani, kawasan di mana ahli-ahli Umno membaling kerusi dalam mesyuarat agung bahagian. Dia mengakui secara jujur bahawa semua pemimpin yang bertelagah itu adalah ‘orang-orangnya’. Itu baru cerita dalam satu kem iaitu kem Najib. Orang Muhyiddin Yasin atau lain-lain pemimpin Umno belum masuk campur. Kalau bertempur semua kem-kem dalam Umno, maka lagi hancur berkecailah Umno Kedah.

Isu yang berlegar dalam Umno sekarang ialah jika BN menang, Menteri Besarnya ialah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Pengerusi Perhubungan Umno kini. Ia sudah menjadi bahan persendaan sebahagian besar kakitangan kerajaan negeri kerana mereka kenal siapa Mat Bashah. Dalam Umno sendiri beliau telah dibelasah habis-habisan oleh penyokong BN dalam medan maya. Itulah untung ruginya revolusi informasi melalui media kedua, segala isu dalaman organisasi tidak boleh dibendung. Seantero dunia tahu bahawa Umno Kedah sedang berpecah dan Mat Bashah tidak dapat diterima secara solid oleh seluruh kepimpinan Umno negeri.

Perkembangan terbaru semua ceramah politik Pakatan Rakyat secara terbuka dilarang di Kedah. Sewaktu Najib berkempen di atas pentas BN di Sungai Petani, ratusan polis berkawal di Tualang, Pokok Sena untuk menghalang Datuk Mahfuz Omar dari berceramah. Ruang demokrasi makin disempitkan.

Pilihan yang ada sewaktu segala maklumat benar disekat dari sampai ke pemikiran rakyat, maka menyemarakkan perpecahan dalam Umno sepatutnya menjadi alternatif untuk meraih ‘undi tidak ikhlas’ (undi protes).

Soalnya bagaimana untuk mengekal dan menyemarakkan lagi perpecahan dalam Umno/BN? Ia perlukan perancangan.


Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang?

fatamorgana71

Semalam saya mengisi minyak kereta di Shah Alam. Sewaktu sedang beratur untuk membayar, ada seorang hamba Allah ni tiba-tiba mengomel mengutuk Najib dan kerajaan UMNO BN atas alasan tidak berjaya mengawal harga minyak. Boleh dikatakan 100% mereka yang beratur di stesen tersebut untuk membayar juga memberi respons yang sama kepada statement dari hamba Allah tadi. Termasuk ada 2 orang dari keturunan Cina dan ada 4 atau 5 orang Melayu saya rasa.

Satu statement dari hamba Allah itu saya masih ingat, "Kita jangan bagi BN menang lagi next election, kita cuba pulak PR."

Kemudian saya ke sebuah pasaraya untuk membeli barang keperluan. Sewaktu beratur untuk membayar, di hadapan saya ada sapasang suami isteri juga sedang beratur. Saya dapat lihat, si isteri dan suami sedang berbalah untuk membeli barang keperluan. Saya tidak dapat mendengar dengan jelas, tetapi dari tindakan si suami, saya dapat rasa si suami tidak bersetuju untuk membeli barang-barang tertentu tetapi si isteri mahukan juga. Akhirnya si suami mengalah dan terus meletak barang-barang di kaunter bayaran. Bila cash register memberi total angka RM108.40, tiba-tiba si suami meminta cashier untuk membuang 2 ekor ayam yang bernilai dalam RM12. Jadi total yang si suami kena bayar cuma RM96 lebih. Pada kiraan saya, si suami cuma ada RM100 sahaja dan beliau tidak mampu membeli lebih dari itu.

Petang sebelum pulang ke rumah, saya singgah ke gerai goreng pisang di tepi jalan di flat berdekatan Kota Kemuning. Sewaktu saya hendak membeli goreng pisang, keropok lekor dan kuih-muih, ada seorang hamba Allah yang saya rasa baru turun dari bas kilang dan ingin pulang ke rumah flat yang berdekatan. Hamba Allah ini bertanya harga goreng pisang. Kakak yang menjual itu memberitahu 4 untuk RM1. Dia minta 2 aje dan terus memberi RM0.50 kepada kakak tersebut.

Adakah hidup rakyat Malaysia majoritinya susah sangat sekarang ini???? Menitis air mata saya bila melihat keadaan ini.

Muhyiddin Rasmi Sekolah Pada Waktu Malam Di Merlimau ?

Oleh Angkasanuri

Umno/BN seperti mahu mengulangi episod memalukan seperti di PRK Tenang apabila sekali lagi memperalatkan Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dan Pejabat Pelajaran Daerah Jasin untuk memenuhi agenda politik sempit mereka.

Jika di PRK Tenang, Pengarah JPN Johor secara terang-terang dan terbuka berkempen dengan menggunakan nama rasmi program JPN dengan meminta guru-guru dalam PRK Tenang supaya mengundi dan menyokong calon Umno/BN.

Di PRK Merlimau, episod menjadikan guru sebagai kuda tunggangan iaitu alat kempen Umno/BN seperti di PRK Tenang berulang. Atas nama program Jabatan guru-guru di Merlimau telah dikerah dan dipaksa untuk hadir dalam program kononnya majlis perasmian Bangunan Tambahan SKJ (C) Merlimau.


Menurut guru yang hadir dalam program berkenaan dalam majlis itu yang dihadiri oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak ada langsung agenda perasmian bangunan tambahan seperti dalam surat jemputan. Sebaliknya backdrop majlis pada malam itu terpampang 'Majlis Makan Malam Rakyat Bersama Timbalan Perdana Menteri'.

Ramai guru yang hadir pada malam itu kesal kerana tertipu kerana majlis pada malam itu terang-terang majlis kempen supaya guru-guru menyokong Umno/BN. Lebih menghairankan mereka surat jemputan ke program dibuat pada sebelah malam. Menurut seorang guru yang hadir yang enggan dikenali memberitahu, mana ada orang rasmi bangunan sekolah pada sebelah malam?

Apa yang berlaku menunjukkan Umno/BN benar-benar terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kerusi N27 Merlimau yang dimenangi sebelum ini.

Apa yang dilakukan oleh JPN ternyata bercanggah dengan etika dan tanggungjawab seorang penjawat awam. Kita tunggu dan lihat apakah reaksi sekiranya terdapat guru dan juga kakitangan kerajaan memihak dan bertugas bersama jentera PAS atau Pakatan Rakyat dalam PRK Merlimau.

http://angkasanuri.blogspot.com/

1Malaysia 1Ummah, Hang tak Malukah Rosmah?


Para pemenang Anugerah Maulidul Rasul bergambar kenangan bersama YDP Tuanku Mizan.

TEMA sambutan Maulidur Rasul tahun ini 1Malaysia 1Ummah, disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan keberkatan. Kebanyakan daripada kita mengharapkan apa yang diutarakan akan menjadi ikutan.

Rasulullah menegaskan tunjang kepada kewujudan ummah terbilang diasaskan dengan penerapan nilai akhlak seperti sabda Baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyerahkan agama itu pada diri seseorang, maka tidak baik agama itu melainkan dengan ketinggian dan keelokan akhlak. Adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan kedua-dua sifat mulia ini?" (Hadis riwayat al-Tabrani).

Bahkan, tugas utama Nabi Muhammad s.a.w ialah menyempurnakan akhlak seperti dinyatakan Baginda dalam sabdanya bermaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak kamu" (Hadis riwayat Muslim).



Lihat cara Rosmah bertudung di atas dan lihat pula cara pelajar tingkatan empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan, Wee Soon Yen, ini memakai tudung.. Rosmah patut malu kepada budak ini..



Penerima Anugerah Maulidur Rasul 2011, Wee Soo Yen (dua dari kanan)bersama keluarga, dari kiri, Wee Soo May (adik), Wee Hock Lim (ayah) and dan Soo Ah Khem (ibu). - Foto THE STAR/UU BAN

Pelajar tingkatan empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan, Wee Soon Yen, 16, memberitahu dia tidak menyangka akan dipilih sebagai penerima anugerah pada sambutan tahun ini.

Pelajar cilik tersebut dipilih berdasarkan pencapaian akademiknya yang cemerlang, iaitu memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2010.

Selain itu, Wee juga merupakan satu-satunya pelajar bukan Islam yang mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Arab.

Menurut Wee, minat untuk mempelajari Bahasa Arab mula timbul apabila dia memulakan sesi persekolahan menengah.

“Saya mula berminat untuk mempelajarinya kerana ia merupakan satu bahasa baru kepada saya. Jadi saya menganggapnya sebagai satu cabaran untuk diri sendiri,” katanya.

Wee menambah, pada peringkat awal, ibunya tidak begitu menyokong tindakannya untuk mempelajari bahasa tersebut.

“Bagaimanapun, saya berjanji kepadanya bahawa saya akan lulus subjek Bahasa Arab dan sejak itu, beliau membenarkan saya untuk menduduki peperiksaan Bahasa Arab,” katanya.

Pelajar bertubuh kecil itu juga memberitahu, dia akan memanfaatkan seluruh masa di sekolah bertanyakan kepada guru dan rakan-rakan jika mempunyai masalah kerana tidak mempunyai tempat rujukan di rumah.

Selain Wee, turut menerima anugerah pada sambutan tahun ini ialah Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral) Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Dangiran Mustapha, 60, yang juga merupakan Timbalan Pengerusi, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.

Juga menerima anugerah ialah, Profesor Kuliyyah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Profesor Dr Ismawi Zen, 58, yang pernah sebagai ahli Panel Antarabangsa bagi kajian pembangunan Msjidil Haram, Mekah pada tahun 2008 dan Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Pada majlis sama, dua wanita turut dipilih untuk menerima anugerah Maulidur Rasul 2011, iaitu Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tan Sri Hasmah Abdullah, 59, dan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Jantung Negara, Tan Sri Dr Robaayah Zambahari, 59.

Hasmah menyifatkan penghargaan yang diterimanya sebagai satu pengiktirafan kepada kaum wanita.

Semua penerima anugerah membawa pulang wang tunai RM20,000, trofi, sijil penyertaan dan senaskah kitab tafsir Al-Quran bernilai RM3,000.

DUN MERLIMAU - PROVOKASI BERMULA, PR HARUS BERSEDIA HADAPI PUAK PENGECUT INI

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAM tadi di kawasan PRK Dun Merlimau, DS Anwar bersama `ayam sabung' PAS Mohamad Sabu telah mengempur sarang Umno di dalam satu ceramah di Permatang Serai. Seperti yang dijangka, Melaka yang terkenal dengan agenda `provokasi' terhadap program PR menyaksikan ceramah dua tokoh hebat ini diganggu.

Diberitakan seorang penyokong PAS yang masih tidak diketahui namanya ditahan Polis semasa ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung. Pengarah Unit Amal Pusat, Juhari Othman berkata pemuda tersebut ditahan kerana dituduh memukul penunggang motorsikal yang menganggu ceramah Anwar dengan membunyikan motorsikal mereka dengan kuat.. Beberapa pemuda yang dipercayai diupah oleh parti tertentu merempit tanpa menghiraukan teguran pihak penganjur. Tindakan provokasi mat-mat rempit tersebut menyebabkan berlaku pergelutan sehingga insiden tersebut tercetus (Sumber: Laman Web Resmi PRK Dun Merlimau).

Adakah ini yang diimpikan oleh KM Melaka sejak sekian lama? Sebelum ini bukan sekali dua ceramah oleh PR diganggu sedemikian rupa. Provokasi seperti mengadakan ceramah serentak bersebelahan di antara ceramah PR dengan Umno sudah seperti menjadi tradisi di Melaka. Sebab itulah Ali Rustam awal-awal lagi memberitahu bersedia untuk `berdebat' dengan pemimpin PR. Debat cara Ali Rustam adalah debat yang tidak pernah dilakukan orang hatta budak sekolah rendah sekali pun iaitu dengan cara `berdebat' berlainan pentas. Hanya orang yang tidak berpelajaran atau gila sahaja yang mungkin mengatakan cara Ali Rustam ini adalah cara yang paling berani dan bertamaddun.

Akhirnya nanti, pihak berkuasa akan menjadikan sebab mengapa permit tidak boleh diberikan kerana kununnya berlaku kekecohan. Ada yang berkata memang serasi Ali Rustam dengan Ketua Polis Melaka. Siapa Ketua Polis Melaka? Saya pun tidak tahu, tetapi ada yang mengatakan Ketua Polis Melaka sekarang adalah salah seorang Pegawai Polis yang bernama Mohd Rodwan Mohd Yusof yang pernah terlibat di dalam kes Liwat 1 DS Anwar dan pegawai ini juga dikatakan ditemui oleh Saiful di dalam kes fitnah 2 sekarang.

Pedulikan siapa dia Ketua Polis Melaka, cuma kita berharap agar beliau dapat laksanakan tugas secara profesional./wfauzdin.blogspot.com

Pada YB. Dato' Rashid bin Din [merbok] beringat-ringatlah noooo....

http://2.bp.blogspot.com/_XFNoCcMKdR8/R9PsHsNuSrI/AAAAAAAAATk/bixUXJJUCGc/s400/Copy%2B(2)%2Bof%2BPRU12%2B095.jpg

Depa kata MAMAT yang tengah tu ada orang kawasan dia tak kenai pon... Jadi pada-padalah nak main golf tuuu yaaa.. bukan apa takut kerusi yg dok pegang tu akan melayang masa PRU13 nanti...

http://1.bp.blogspot.com/_VeYBf0DSz50/Sb-s0iBZGhI/AAAAAAAAHP0/Wr-hjeBgMQU/s320/bs2.JPG

Masa PRU12 ok laa org pangkah asal bukan BN kita pangkah tapi rasa2nya sorry dah kot depa dah bagi peluang jadi bila depa tengok mcm 2x5 jaa baik angkat orang depa balik...

Jadi pada YB. Dato' Rashid bin Din beringat-ringatlah noooo....

http://depakata.co.cc

Ceroboh hutan Langkawi, Jabatan Perhutanan akan diminta penjelasan

Ditulis oleh AMELIA HASHIM

ALOR SETAR, 15 Februari - Kerajaan Negeri akan memanggil Jabatan Perhutanan dan dan agensi lain yang terlibat dalam masa terdekat meminta mereka memberi laporan mengenai isu penebangan dan pencerobohan hutan di beberapa lokasi di Langkawi Permata Kedah.

Ini berikutan pendedahan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam YB S Manikumar mengenai pencerobohan hutan di Langkawi yang semakin berleluasa akhir-akhir ini.

“Saya akan meminta Jabatan Hutan memberi laporan tentang isu ini,” katanya ketika di minta mengulas menganai isu ini yang tersiar di beberapa akhbar tempatan.

Katanya setakat ini Kerajaan Negeri belum menerima apa-apa laporan mengenai isu pencerobohan hutan di Langkawi seperti yang dilaporkan oleh beberapa akhbar, katanya selepas sambutan Majlis Maulidul Rasul di Kolej Universiti Insaniah.

Menurutnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah membangkitkan dua masalah kepada Kerajaan Negeri iaitu aktiviti mereka telah menyebabkan kerosakan sistem ekologi kepada keindahan pulau berkenan dan pihak berkenaan juga telah melakukan kesalahan dengan mengambil tanah kerajaan secara tidak sah.

“Kerajaan Negeri dan penduduk Langkawi mengadapi kekurangan tanah apabila pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dengan rakusnya menceroboh dan menebang hutan-hutan simpan yang ada.

“Hutan-hutan yang ada di Langkawi adalah aset utama bagi pulau itu mengekalkan keindahan alam semula jadi bagi menarik lebih ramai pelancong datang ke situ,” katanya.

Menurutnya, Langkawi adalah pulau pelancongan dan tanah di Langkawi harganya semakin meningkat. Oleh itu adalah menjadi Beliau akan memanggil pihak berkenaan iaitu Jabatan Hutan dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk mendengar laporan sebelum sebarang tindakan dilakukan.

Sementara itu YB Manikumar dalam pendedahan isu ini berharap pihak bertanggungjawab segera menghentikan aktiviti itu dan sekiranya mereka masih berdegil beliau tidak akan teragak-agak membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

PRU13: Hanya perikatan ‘baru kolektif’ boleh ganti BN, kata Raja Petra

KUALA LUMPUR, 15 Feb — Susulan tsunami politik 2008, barisan prorakyat dan Pakatan Rakyat perlu membentuk perikatan kolektif untuk menggantikan Barisan Nasional (BN), sekali gus mewujudkan kerajaan pusat yang propembaharuan, kata pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin.

Sehubungan itu, penulis terkenal tersebut yang kini berada di luar negara berkata, usaha ke arah itu perlu bermula di Sabah dan Sarawak.

Beliau mengetengahkan pandangan ini ketika Sarawak bersedia ke arah mengadakan pilihan raya negeri manakala pilihan raya umum disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Kata Raja Kamaruddin (gambar), impian itu tidak boleh dicapai oleh Pakatan Rakyat semata-mata, yang terdiri daripada tiga parti politik, yang berganding ketika pilihan raya umum 2008.

Gandingan itu membawa kepada kemenangan menafikan majoriti dua pertiga tradisi BN di Parlimen dan kehilangan kuasa kerajaan negeri di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

“Secara realistik, Pakatan Rakyat sendiri tidak boleh lakukan perkara ini. Hakikatnya, tiada parti politik tunggal yang boleh lakukan yang ini.

“Apa yang diperlukan ialah usaha kolektif kesemua (pihak) yang prorakyat, parti-parti propembaharuan politik bekerjasama dengan Third Force, yang terdiri daripada NGO yang berorientasikan pembaharuan dan juga rakyat yang sudah pun bekerja ke arah perubahan,” katanya.

Pada 12 Disember lalu, Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM), kata Raja Petra, telah melancakan inisiatif menawarkan calon bebas Barisan Rakyat.

“Sehingga kini butiran empat calon bebas telah pun diumumkan. Dan, kami berhasrat untuk menawarkan 30 nama bagi pilihan raya umum ke-13.

“Sabah, Sarawak dan Labuan ada 57 kerusi di Parlimen. Sebagaimana saya katakan dalam atikel sebelum ini, Sabah dan Sarawak adalah krtikal untuk mempunyai peluang membentuk kerjasama pembaharuan di Putrajaya susulan pilihan raya umum ke-13,” kata beliau dalam rencana diterbitkan menerusi Free Malaysia Today.

MCLM, kata Raja Petra, bekerja rapat dengan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) di Sarawak dan Barisan Borneo Bersatu (UBF) di Sabah dalam usaha membina satu perikatan di kedua-dua negeri berkenaan.

“Kami berharap dalam beberapa hari lagi kami akan mengumumkan pembentukan perikatan ini,” katanya lagi.

Ketiga-tiga pihak berkenaan akan mengadakan sidang media di ibu negara esok.

Raja Petra menulis, sekiranya perikatan Snap-UBF-MCLM dapat dibentuk, MCLM berharap untuk mewujudkan “perikatan susulan” dengan parti-parti bukan BN di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

“... dengan satu objektif dalam fikiran: mewujudkan pakatan untuk menggantikan BN dalam pilihan raya umum akan datang dan mengadakan kerajaan persekutuan propembaharuan di Putrajaya,” katanya.

Oleh itu kata beliau, “diharapkan dengan perikatan-perikatan ini diadakan, pertarungan satu lawan satu dapat diadakan dalam pilihan raya umum ke-13.”

“Sebarang pertandingan tiga pihak adalah tindakan dilakukan BN sendiri,” katanya lagi.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider, dua pemimpin PKR, salah satu komponen Pakatan Rakyat berkata, hanya akan mempertimbangkan calon-calon daripada kumpulan bukan Pakatan Rakyat (PR) sekiranya mereka bersedia menerima dasar-dasar perikatan itu.

Timbalan presidennya Azmin Ali berkata, PKR terbuka kepada calon-calon yang dinamakan oleh pelbagai pertubuhan seperti MCLM, malah malah sedia memberi Parti Sosialis Malaysia (PSM) lebih banyak kerusi jika mereka bersedia untuk menerima arahan whip perikatan.

“Kita boleh berbincang dengan mereka. Tetapi jika mereka masih mahu menjadi bebas, apa gunanya?” kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak ketika ditanya mengenai kesediaan MCLM menawarkan seramai 30 calon kepada PKR bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli juga mengakui pihaknya mengambil sikap waspada dalam menerima calon-calon yang ditawarkan oleh MCLM kerana mahu mengelakkan ‘kesilapan’ yang dialami tiga tahun lalu ketika menghadapi pilihan raya umum ke-12.

Menurut Rafizi, sementara partinya “terbuka” kepada tawaran MCLM dan menerima kritikan pergerakan itu terhadap partinya, komponen Pakatan Rakyat itu akan membuat pilihan sendiri dan akan memilih ahli-ahlinya yang ada pengalaman selaku pemimpin akar umbi. [Malaysian Insider]

KEMPEN ANTI ZINA DAN GEJALA SOSIAL: TAHNIAH SELANGOR!

KENYATAAN MEDIA
KEMPEN ANTI ZINA DAN GEJALA SOSIAL:
TAHNIAH SELANGOR!

16 Februari 2011 / 13 Rabiul Awwal 1432 (Rabu)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan negeri Selangor yang terus komited dalam usaha memerangi zina dan gejala sosial di negeri tersebut. DPPWP dimaklumkan kempen anti zina dan memerangi gejala sosial mendapat sambutan yang menggalakkan khususnya dari golongan anak-anak muda. Bagi DPPWP, usaha kerajaan Selangor wajar dipuji bagi menjauhkan budaya songsang dan tidak bermoral ini menular ke dalam masyarakat khususnya di negeri Selangor.

Meskipun Pakatan Rakyat (PR) memerintah Selangor tidak sampai 3 tahun, pelbagai usaha ke arah ‘amar ma’aruf nahi mungkar’ telah dijalankan. Ini membuktikan tanggapan bahawa Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh parti politik pelbagai kelompok dan golongan tidak menghalang usaha dakwah dan pelaksanaan Islam dijalankan.

Selain itu, baru-baru ini kerajaan Selangor telah mengharamkan umat Islam bekerja di premis-premis arak yang memberikan kesan positif terhadap umat Islam di Selangor. Ini memberikan ruang buat pekerja Islam agar tidak terjerumus dalam perkara yang haram seperti arak.

Kempen anti zina dan gejala sosial yang dijalankan diharapkan mampu membendung gejala negatif daripada berleluasa di kalangan masyarakat. Sebelum ini Selangor terkenal sebagai antara negeri penyumbang gejala sosial dan masalah kelahiran anak luar nikah yang tertinggi di Malaysia. Dengan jumlah pusat hiburan, kelab-kelab malam, penganjuran konsert di merata-rata tempat, pergaulan bebas, sukar bagi rakyat dan kerajaan Selangor membendung penularan gejala negatif.

Adalah diharapkan kerajaan Selangor terus komited dalam memerangi zina dan gejala sosial di negeri tersebut. DPPWP juga mengharapkan kerajaan pusat mencontohi tindakan kerajaan Selangor dengan melaksanakan kempen yang sama di seluruh negara secara agresif dan bersepadu.

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Laa Doktor HKL kata tak liwat pulak.. Apa cerita nie..??

Dr Khairul Mengaku Tiada Bukti Klinikal, Karpal Minta Gugur Kes


KUALA LUMPUR 16 FEB: Peguam Bela Karpal Singh menggesa agar Peguam Negara membatalkan kes ini setelah pengakuan pegawai perubatan Hospital Besar Kuala Lumpur(HKL) Dr Khairul Nizam pagi tadi bahawa borang proforma dan laporan kesihatan Saiful Bukhari Azlan tidak lengkap dan banyak keraguan dan pertelingkahan bukti timbul dalam pertuduhan ini.

"Berdasarkan apa yang berlaku pagi tadi, saya lihat pertuduhan ini tidak kukuh..Saya meminta Peguam Negara untuk masuk campur dan menggugurkan dakwaan ini kerana sudah jelas keadaan.

"Menyambung kes ini hanya akan menambah lagi kos dan penggunaan wang rakyat," kata Karpal kepada wartawan di lobi mahkamah pagi tadi.

Prosiding ditangguhkan ketika Pendakwaraya Nordin Hasan sedang menyoal balas Khairul.

Bagaimanapun gangguan bekalan elektrik kira-kira jam 11 menyebabkan prosiding ditangguhkan pada jam dua nanti.

Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu agar perbuatan politik kotor dan penganiyaan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dihentikan segera.

"Prejudis untuk teruskan hal ini, jadi untuk memurnikan badan kehakiman, hentikan kes ini kerana ini keterangan doktor yang kami perolehi.

"Sekali lagi doktor menyatanya tidak ada penetrasi. Hentikan cara politik ala mubarak untuk bersihkan badan kehakiman," tegas Anwar.

Disoal pada sebelah pagi tadi Dr Khairul Nizam mengaku tiada bukti klinikal yang menunjukkan kemasukan berlaku di dubur Saiful Bukhari Azlan.

Menurut Khairul konklusi laporan proforma hanya dibuat berdasarkan laporan kimia.

Ketika menjawab soalan Peguambela Karpal Singh, beliau mengaku tidak mengisi borang proforma mengenai bukti fizikal seperti kekoyakan otot serta lebam di bahagian dubur seperti yang biasa dilakukan ketika ujian liwat.

Mahkamah gamat sedikit apabila ditanya mengenai dakwaan adanya seks oral berlaku ketika kejadian.

Khairul turut menyatakan Saiful tidak mengisi rekod kesihatannya dalam borang itu.

Karpal juga bertanya adakah Saiful pernah melakukan onani, menyebabkan hadirin menahan ketawa, namun menurut Khairul, maklumat itu turut tidak didapati dari Saiful.

Sebelum itu pada sesi perbicaraan pagi menyaksikan pemeriksaan balas terhadap ketua unit dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur, Dr Khairul Nizam Hassan.

Beliau adalah individu yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan pemeriksaan ke atas pengadu, Saiful Bukhari Azlan.

Dr Khairul pada Isnin sudah dipanggil untuk memberikan keterangan. Beliau sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa beliau telah mengambil sampel daripada mulut Saiful kerana pengadu mendakwa beliau dipaksa melakukan seks oral.

Mahkamah dijangka akan mendengar keterangan daripada seorang lagi saksi, ahli kimia Dr Seah Lay Hong, yang telah menjalankan ujian DNA ke atas bahan bukti kes berkenaan.

Perbicaraan hari ini menarik perhatian beberapa wakil luar negara, termasuk dari Kanada dan Ireland.

Turut hadir di perbicaraan hari ini ialah pakar forensik Anwar Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.

Perbicaraan bersambung jam 2 petang......

Liwat Tak Liwat Tak Liwat..Liwat..Tak Liwat....

Laporan awal: Hanya cubaan ‘liwat’ Saiful, tiada penetrasi

Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 16 Feb — Laporan awal menunjukkan Mohd Saiful Bukhari Azlan ada memaklumkan doktor-doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah “cuba” untuk meliwatnya dan tiada penetrasi.

Dr Khairul Hakim, salah seorang doktor HKL yang memeriksa Saiful mengakui bahawa laporan proforma menyebut Saiful ada memberitahu doktor-doktor pada 28 Jun 2008 tentang adanya cubaan untuk meliwatnya dan seks oral tetapi bukan penetrasi yang sebenar.

Khairul bagaimanapun menegaskan, Saiful tidak memberitahu perkara itu ketika menemuinya kemudian dan mempertahankan bahawa saksi utama dan pengadu itu ada memaklum yang dia telah diliwat.

“Berdasarkan laporan proforma, ia adalah cubaan meliwat dan seks oral.

“Tetapi dia (Saiful) tidak mengatakan ia cubaan (dia diliwat),” kata Khairul.

Jawapan itu membawa kepada soalan peguam utama Anwar, Karpal Singh yang bertanya Dr Khairul mengenai merit laporan itu.

http://www.themalaysianinsider.com

Depa Kata YDP MPSPK da'Boooommm

oleh DepaKata

Puan Rozaina binti Dato' Paduka Haji Radzi
AMK, BCK

Tu dia depa kata YDP nie kerek sikit sejak Pakatan Rakyat memerintah... dia masih dok merak lagi ingat BN yang perintah Kedah nie.. dulu dah ada sahabat habaq kata dia yg dok halang supaya PROJEK STESEN BAS SP tu tak jalan-jalan sampai kelanie... nie aku dapat lagi info terbaru mengatakan minah nie memang banyak masalah... hangpa baca laa apa depakata kat dia..

1. jarang2 ada di pejabat, dok buka meja kat pejabat suk nu.. nak cari pun payah, ketua jabatan kena p menyembah dia kat wisma kalau nak mintak sign.. kos travel jadi tnggi

2. kerap ke luar negara, baru ni pi cina balik tak dan masuk ofis pi indon pulak.. buat mesy dgn ketua jabatan di luar, samapi singapura, sabah pun pernah mesy.. kos operasi mpsp jadi melambung tinggi.

3. bagi projek kat anak sedara dia, travel selalu bg kat riverside, payment cepat dan cek boleh sign kat mana saja termasuk di aport. terbaru award tour ke china dan indon walaupun tak masuk tender.. org masuk tender murah tak menang bagi kat river sdie harga lebih tinggi.

4. cuba sekat perlaksanaan projek stesen bas sg petani, sampai ke lani tak layan sebarang proposal syarikat walaupun menguntungkan mpspk dan kerajaan.. dok hold nak bag kat spk maju juga yg dah suap depa..

http://www.depakata.co.cc


Chedet kaki kona...!!

chedet Oh chedet, muarghh !!

Masa Tun Mahathir jadi PM dulu, dia adalah ahli politik yang paling gurkah-gurkah politik di'port' minat dan respek. Akan ikut dimana saja function-function yang ada Tun Mahathir kalau disekitar sebelah utara.

Satu benda yang gurkah-gurkah politik ini sudah nampak jelas tentang Tun ini ialah, hari ini dia kata A. Bila tiba esok, benda yang sama dia boleh kata B atau C.

Pernah dalam satu perjumpaan dengan masyarakat cina bila dia bercakap tentang perlembagaan negara, dia ada kata yang perlembagaan negara tidak memperincikan tentang bangsa seorang Perdana Menteri dan dia juga telah membayangkan yang siapa tahu mungkin satu hari PM merupakan seorang dari bangsa cina. Apa lagi? Gemuruh lah cina-cina yang ada pada function tu tepuk tangan bagai nak rak. 2 jam lepas tu, bila ada function dengan orang-orang umno atau orang-melayu pulak, dia kata yang mana boleh gugat hak keistimewaan orang melayu. Jangan cuba-cuba nak gugat walau satu inci pun! Maka berteriaklah orang-orang melayu yang ada masa tu ... Hidup Mahathir! Hidup Mahathir!

Kah..Kah..Kah..yang bangang kita orang melayu. Bukan itu saja...macam-macam lagi...

Dalam satu buku baru yang diterbitkan tentang Tun Mahathir, mereka telah 'quote' dia kata yang dia ada buat perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang sebelum operasi lallang dibuat dan telah memberi jaminan kepada mereka yang mereka tidak akan ditangkap.

Bila ada orang tanya dia semula kes tangkapan dalam operasi lallang ini selepas mereka membaca buku itu, Tun Mahathir memang 'champion' dan cekap dalam pusing dan putar untuk selamatkan diri dan kata (atau tuduh?) bukan dia yang arah tangkap, tapi polis yang arahkan mereka-mereka ini di tahan dibawah ISA.
*Tak kan aku sorang kot nak sangkut? nak sangkut..biar semua orang sangkut!

Bila Lim Kiat Siang dengan Karpal Singh pula kata yang Tun Mahathir tak ada jumpa mereka berdua, Tun Mahathir 'kona' lagi ...., dia kata pula benda dah 20 tahun lebih, manalah dia nak ingat, manalah dia nak cam kan muka-muka yang dia jumpa. Kah..Kah..Kah..

Nak play safe pula, Tun sudah pusing balik kata... apa kata orang-orang yang dia ada jumpa 20 tahun dulu tu yang sebelum ditangkap tu tampil dan membuat pengakuan. Kah..Kah..Kah.. nampak? sikit punya champion ka?

(sumber) dollah yankee - guarkah-gurkah dapat rasa yang Tun Mahathir ni kalau boleh nak jadi PM sekali lagi..!

Harapkan pagar, pagar membawa rebah


13 Rabiulawal 1432H [MOD]
Tiga anggota JPJ dicekup SPRM

SEREMBAN – Tiga pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditugaskan membuat penyamaran dalam sebuah bas ekspres, di sini dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kelmarin.

Ketiga-tiga mereka ditahan selepas meminta wang sogokan RM500 daripada pemandu bas ekspres terbabit supaya tidak mengenakan saman akibat kesalahan jalan raya.

Mereka terbabit adalah seorang pegawai dan dua anggota penguat kuasa bertugas di Ibu Pejabat JPJ Selangor, Padang Jawa, Shah Alam. Turut ditahan, seorang lelaki menjadi 'orang tengah' antara pemandu bas dan kakitangan JPJ terbabit.

Jurucakap SPRM Negeri berkata, pihaknya melakukan operasi selepas pemandu bas ekspres berusia 40-an itu membuat aduan kepada SPRM bahawa anggota terbabit meminta wang sogokan untuk dia dilepaskan daripada melakukan kesalahan.

Ketika ditahan, menurutnya, bas ekspres berkenaan dalam perjalanan sekitar Selangor ke Seremban dan pemandu dikatakan tidak menyedari kehadiran anggota JPJ menyamar berpakaian biasa di dalam bas berkenaan.

"Pegawai JPJ itu mengeluarkan saman kepada pemandu selepas dikesan melakukan kesalahan semasa memandu.

"Semua mereka ditahan selepas pemandu berkenaan mengadu diminta menyerahkan RM500 sebagai dorongan supaya tidak dikenakan tindakan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, keempat-empat mereka berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun itu ditahan secara berasingan antara jam 1.30 dan 5.30 petang, kelmarin dalam operasi di sekitar Shah Alam.

"Ketika soal-siasat, 'orang tengah' terbabit turut mengaku dia diarahkan anggota JPJ terbabit mengambil wang daripada pemandu berkenaan," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Difahamkan, semua mereka ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.(SH)

Masa depa Perintah 17 tahun apa tak buat mai 3 tahun macam-macam hangpa suruhnya

Luluskan permohonan peneroka 20 tahun lalu


ALOR SETAR - Kerajaan Negeri diminta meluluskan segera permohonan pemilikan tanah yang dibuat penduduk di Pulau Langkawi, yang mengusahakan tanah di situ sejak 20 dan 30 tahun lalu.

Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Abu Bakar Taib berkata, terdapat beberapa kawasan hutan di Pulau Langkawi sebenarnya sudah diterokai penduduk untuk diusahakan secara kecil-kecilan sejak 20 hingga 30 tahun lalu namun tindakan mereka tidak sampai menyebabkan hutan itu ‘cerah’.

Menurutnya, ada penduduk di Pulau Langkawi mengusahakan tanah di situ sejak sekitar 1950-an dan 1960-an lagi namun permohonan pemilikan terhadap tanah terbabit yang dibuat masih belum diluluskan sehingga kini.

“Isu permohonan pemilikan tanah oleh penduduk yang sudah mengusahakan tanah selama lebih 20 tahun itu pernah saya bincangkan dengan beberapa Menteri Besar Kedah sebelum Pas mengambil alih pentadbiran lagi namun tiada tindakan diambil.

“Saya harap Kerajaan Negeri sekarang ini dapat meluluskan segera permohonan penduduk Langkawi yang sudah lama mengusahakan tanah itu, bukan kepada mereka yang baru mengusahakannya,” katanya semalam.

Abu Bakar berkata, Pulau Langkawi hanya pulau yang kecil dan permohonan itu perlu diluluskan demi kepentingan penduduk yang sudah lama mengusahakan tanah itu.

“Terdapat beberapa kawasan tertentu yang sudah lama diterokai penduduk tetapi setelah Langkawi menjadi tarikan pelancong dari seluruh negara, baru ada pihak ambil kisah mengenainya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau bagaimanapun tidak menafikan bahawa usaha memelihara kehijauan hutan di Pulau Langkawi sebagai tarikan pelancong tetap perlu dilakukan termasuklah pemantauan terhadap penebangan hutan dan pengusahaan tanah secara berleluasa di situ.

“Aktiviti dijalankan penduduk di atas tanah di Kubang Badak, berhampiran Taman Buaya sebagai contoh, bukanlah penyumbang yang menyebabkan kawasan hutan di Langkawi menjadi ‘cerah’, malah saya difahamkan, terdapat beberapa kawasan yang kini diselia agensi tertentu.

“Pemantauan terhadap kawasan hutan di Pulau Langkawi tetap perlu dijaga dan dipelihara, contohnya kawasan di sekitar Telaga Harbour Park, bagi mengekalkan keindahan pulau ini,” katanya.

Terdahulu, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, S Manikumar mendedahkan hutan di Pulau Langkawi semakin ‘cerah’ berikutan penebangan hutan berleluasa.[sinarharian]




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...