TERKINI :

Tuesday, February 15, 2011

Tudia Depa Nie Sampai Baju Azizah pun dah jadi cerita dah..Cerita Rasuah, Makan Duit Rakyat simpan bawah kapet kaa??

Azizah: Baju saja tak semahal itu

pkr convention 281110 wan azizah wan ismailPresiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail cuma ketawa terhadap dakwaan pemimpin Umno bahawa beliau memakai pakaian terlalu mewah semasa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi timbalan perdana menteri.

Ditemui Malaysiakini hari ini, Wan Azizah (kanan) menafikan mengamalkan gaya hidup mewah, tetapi mengakui pakaiannya sedikit mahal ketika suaminya berada dalam kerajaan, berbanding sekarang.

Sambil berjenaka, Wan Azizah berkata, beliau gembira orang menganggapnya berpakaian dengan elok walaupun tidak mahal.

Dalam ceramah di Bayan Baru semalam, bekas setiausaha Pemuda PKR Lokman Nor Adam - kini ketua unit pidato dan penghujahan umum dan anggota Jabatan Hal Ehwan Khas - menyebut tentang "gaya hidup mewah" Wan Azizah dalam sebahagian ceramah 90 minitnya.

Lokman berkata ketika Anwar menjadi timbalan perdana menteri sehingga 1998, Wan Azizah membelanjakan banyak wang untuk kelengkapan pakaiannya bagi menghadiri pelbagai jamuan makan malam rasmi dengan suaminya.

Perghh Hebat : GLC Kedah sponser Tudung Wanita UMNO sampai RM20 ribu

http://4.bp.blogspot.com/-uSxLe2fqbfk/TVokiWQqMAI/AAAAAAAAEg4/UlKCGpIDb_8/s1600/TUDUNG%2BWANITA%2BUMNO%2Bcik.jpg

Pendang : Dewan SMK Pendang boleh di gunakan aktiviti politik..!!

oleh AnakKedah007


Kepada YB Pendang apa kata tahun nie YB pie tanya pulak Dewan Al Marbawi nie depa nak sewa dak kat PAS... tengok depa nak bagi dak... Kalau tak bagi KOMPOM depa mempolitikkan kawasan SEKOLAH....!!

PAS boleh menang, bukan bukti demokrasi adil

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberitahu, kejayaan PAS memerintah Kelantan begitu lama di samping menawan Kedah dalam pilihanraya umum lalu adalah bukti bahawa demokrasi negara ini tidak berat sebelah.

Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa pilihanraya kecil kawasan DUN Tenang sebagai tidak adil kepada PAS.

Hujah Shafie adalah hujah “standard” oleh para pemimpin BN setiap kali ada pihak yang mendakwa bahawa demokrasi yang berlangsung lebih separuh abad di negara ini adalah tidak adil dan sentiasa memihak kepada BN.

Adakah pembangkang boleh menang atau PAS boleh berkuasa di negeri adalah akibat dari keadilan dalam amalan demokrasi di negara ini? Jawapan boleh diberi dalam anologi yang mudah. Andaikan seorang pengadil bolasepak memihak kepada pasukan A yang menentang pasukan B. Namun B menang juga 1-0. Logiknya, sekiranya pengadil tidak membantu A, maka B akan menang lebih dari 5-0. Mungkin 10-0 mengalahkan A.

Jadi hujah mengatakan pembangkang boleh menang sebagai bukti demokrasi Malaysia sudah adil hanyalah hujah menipu orang kurang cerdik. Adil atau tidak sistem demokrasi di Malaysia perlu diteliti satu persatu.

Keadilan demokrasi selalu dinilai oleh pemimpin BN yang menerajui Pusat sebagai kebebasan rakyat mendapat hak menjadi calon dalam pilihanraya dan hak rakyat memilih calon yang bertanding. Kedua-dua hak itu adalah fasa terakhir dan terpenting. Namun laluan fasa-fasa awal ke arah penyempurnaan fasa terkahir demokrasi itu tidak pernah difikirkan oleh para pemimpin Pusat sebagai menjadi hak rakyat juga.

Antaranya ialah hak rakyat atau parti-parti politik dalam menyampaikan maklumat. Malaysia ada Akta Polis yang mensyaratkan setiap berkumpulnya 10 orang dan ke atas, mestilah mempunyai permit. Dari segi amalan, ia hanya berkuatkuasa untuk himpunan politik parti pembangkang atau kumpulan yang tidak sehaluan dengan BN, kecuali selepas tempoh penamaan calon hingga hari mengundi.

Perdana Menteri atau menteri-menteri turun atas nama program bersama rakyat, pengisian ucapannya sarat dengan kempen politik, tidak perlu kepada permit polis. Tetapi pemimpin politik pembangkang yang berceramah politik tanpa permit dikepung dengan ratusan anggota polis, sekalipun yang hadir mendengar ceramah lebih kecil dari jumlah anggota polis.

Kebebasan media hampir tidak ada. Bayangkan dalam begitu banyak media elektronik yang terdapat di negara ini, 100 peratus berpihak BN! Semua media elektronik terikat dengan syarat lesen yang terpaksa diperbaharui dalam tempoh tertentu. Mereka tidak berani menanggung risiko lesen tidak perberbaharui jika memilih sikap berkecuali sekalipun, apatah lagi untuk memihak kepada pembangkang. Begitu juga dengan media-media cetak. Hampir kesemuanya memihak kepada BN, manakala akhbar parti pembangkang hanya dihadkan kepada ahli. Peniaga akhbar tepi jalan jual Harakah macam berniaga candu, takut diambil tindakan. Memanglah hak akhbar manapun untuk berpihak kepada BN, tetapi hakikatnya siapa yang berani tanggung risiko akhbarnya tidak diperbaharui permit penerbitan hanya kerana tidak memihak kepada BN?

Di tengah-tengah berpuluh siaran media elektronik, RTM adalah satu-satunya media milik kerajaan. Gaji para pekerjanya dibayar dari duit cukai yang dikutip dari rakyat termasuk ahli-ahli PAS. Tetapi RTM adalah juara penyampaian propaganda BN, berkempen untuk BN dan memburukkan pembangkang secara terang-terangan. Inikah keadilan dalam amalan demokrasi?

Pemimpin BN akan memberi alasan sekarang dunia tanpa sempadan. Semua rakyat boleh akses internet bagi mendapatkan maklumat dari semua pihak. Malangnya maklumat di dunia maya itu tidak sampai kepada rakyat macam mudahnya maklumat sampai ke setiap peti tv di rumah-rumah. Hanya sekitar 35 peratus rakyat Malaysia yang mengakses internet. Itupun bukan semuanya mendapatkan maklumat berhubung isu semasa. Lebih ramai yang menyelongkar cerita Fasha Sanda dari mendapatkan maklumat politik.

Undi pos adalah satu lagi catatan ketidakadilan dalam demokrasi. Dalam pengundian biasa seseorang akan mendapatkan kertas undi dan terus ke petak pengundian, memangkah dan memasukkan kertas undi ke dalam kotak undi. Tetapi undi pos diberi secara terbuka di luar tempat mengundi. Undi pos tentera dan polis sangat meragukan. Banyak kes yang dilaporkan bahawa tentera tidak pernah melihat pun kertas undi, maknanya ia dipangkah oleh pihak atasn mereka. Sebab itu undi pos sentiasa memihak kepada BN. Tiada alasan langsung mengapa undi pos diwujudkan melainkan untuk memberi kemenanan percuma kepada calon BN.

Penyalahgunaan jentera kerajaan, rasuah dan ugut adalah agenda BN dalam amalan demokrasi di negara ini tetapi tiada siapa yang boleh menghalang. Inilah yang dikatakan ketidakadilan dalam demokrasi.

Wartawan Utusan, Zin Mahmud yang berpengalaman tinggal di Mesir menceritakan gambaran pilihanraya di Mesir. Katanya, pilihanraya tidak seghairah di Malaysia, ramai yang hampir tidak peduli atau turun membuang undi. Tetapi keputusan pilihanraya sentiasa memihak kepada parti pro Presiden dengan peratus ‘keluar mengundi’ melebihi 90 peratus.

Hari ini bila berjuta rakyat Mesir keluar ke jalan raya untuk memaksa Presiden Hosni Mubarak berundur ia membayangkan bahawa selama ini keputusan pilihanraya penuh dengan manipulasi dan penipuan. Jika ada ruang bagi rakyat menurunkan Hosni Mubarak dari takhta melalui sistem demokrasi yang aman, maka majoriti rakyat Mesir tentu memilih jalan tersebut. Apabila mereka memilih cara paksaan, maknanya rakyat berpandangan bahawa sistem demokrasi berat sebelah itu tidak memungkinkan rakyat membuat pilihan secara yang adil.

Selepas agak cemerlang dalam Pilihanraya Umum ke 12, Pakatan Rakyat nampak ghairah untuk menjayakan misi menawan Putrajaya PRU ke 13. Ia tidak mudah sebenarnya selagi amalan demokrasi di Malaysia masih primitif, tempang dan berat sebelah. PR boleh menang pilihanraya tapi amalan demokrasi mestilah dimurnikan terlebih dahulu. Itu yang rakyat Mesir sedang lakukan sekarang.

Oi Puak UMNO.. Yang dok meniaga di Taman Pelangi Penang tu ialah WARGA ASING yg banyak hangpa tau kaa..??

AMK P.Pinang dan Yb Ong Chin Wen pula mengadakan sidang media seperti d bawah.

JURU – Hanya 10 gerai haram yang beroperasi di sekitar Taman Pelangi dirobohkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada operasi fasa1 yang dibuat 7 Februari lalu, bukan 1,000 sepertimana yang dipaparkan akhbar sebelum ini. Ahli Majlis, Amir Md Ghazali berkata, 10 premis yang dirobohkan itu merupakan antara 22 gerai yang diberi notis MPSP, manakala 12 premis lagi diruntuhkan sendiri oleh pemiliknya.

Menurutnya, mungkin terdapat salah faham sebelum ini menyebabkan angka 1,000 itu digembar-gemburkan, namun tidak menolak jumlah premis termasuk peniaga yang melakukan penyambungan haram hampir 1,000 di kawasan perumahan tersebut.

“Jumlah yang diberikan itu adalah statistik sebenar yang dikeluarkan MPSP selepas operasi pada 7 Februari lalu. Berhubung dakwaan peniaga yang mengatakan premis mereka diroboh sebelum notis tamat tempoh, perlu diketahui bahawa Akta Jalan,Parit dan Bangunan 1974 dan notis yang diberikan adalah di bawah Undang-undang Kecil Penjaja MPSP 1991. “Sebanyak empat kali notis telah berikan sejak tiga bulan lalu.

Justeru, tindakan penguatkuasaan terpaksa dibuat selepas mereka gagal mengosongkan premis walaupun banyak kali notis telah dikeluarkan,” katanya pada satu sidang media yang diadakan di sini. Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) menyangkal dakwaan pihak yang mengatakan MPSP selektif dalam isu merobohkan gerai peniaga.

Jelasnya, bukan semua premis yang dirobohkan milik orang Melayu, tetapi, hanya empat sahaja, manakala sebuah gerai milik peniaga India, dua Cina dan selebihnya Indonesia yang berniaga secara haram. Katanya, terdapat juga premis yang dimiliki peniaga Melayu, tetapi, disewakan kepada warga asing turut dirobohkan. Dalam masa sama, Amir turut mempersoalkan bagaimana premis-premis berkenaan boleh beroperasi melebihi 15 tahun tanpa lesen, dan tiada tindakan penguatkuasaan dibuat dalam tempoh tersebut.

“Majoriti daripada peniaga mengatakan mereka telah berniaga lebhi 15 tahun di sini, jadi siapa yang membenarkan mereka berbuat demikian selama ini? Siapa yang membenarkan mereka memiliki imuniti dari sebarang tindakan penguatkuasaan? “Jika 15 tahun lalu mereka tidak dibenarkan menjalankan perniagaan, mana mungkin sekarang kita melihat majoriti yang berniaga terdiri dari warga asing. Dahulu, taman ini didiami majoriti rakyat tempatan, tetapi, apabila kerajaan membenarkan warga asing memasuki negara ini, taman ini dibanjiri dengan warga asing hingga ia diberi jolokan ‘Mini Hatyai’,” katanya.

Beliau berkata, sepatutnya tidak timbul isu dalam merobohkan gerai haram ini kerana ia memang patut dilakukan sejak dahulu lagi, sebelum kerajaan bertukar tangan, tetapi, apabila kerajaan kini mengambil alih ia telah dipolitikkan. Tambahan, ia adalah isu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), justeru beliau berharap ia tidak lagi dipolitikkan dan membiarkan anggota penguatkuasa menjalankan tugas mereka. Katanya, operasi meroboh premis haram sekitar Taman Pelangi akan diteruskan selepas tempoh penangguhan selama sebulan itu tamat, namun tidak bila operasi akan disambung semula.

Sementara itu Timbalan Ketua AMKPP, Ahmad Azrizal Tahir berkata, pihaknya menyokong tindakan penguatkuasaan yang dibuat demi memberi keselesaan kepasa penghuni tetap di situ. Menurutnya, AMKPP sedang berusaha dalam mencari tapak sesuai untuk menepatkan semula peniaga untuk mereka meneruskan perniagaan mereka. Katanya, beberapa lokasi di sekitar Taman Pelangi telah pun dikenal pasti dan proposal mengenainya akan diusulkan kepada MPSP hari ini (Isnin).

“Kita tidak sesekali mengabaikan peniaga, tetapi, berusaha mencari tapak baru untuk mereka, namun ia akan diberikan kepada rakyat tempatan yang benar-benar ingin berniaga sahaja, bukan untuk disewa kepada warga asing. “Begitupun, keutamaan akan diberikan kepada peniaga yang telah lama berniaga dan dikenakan tindakan penguatkuasaan,” katanya - Sinar Harian


Sharpshooter - Video di atas berita TV1 dan Blogger pro umno seperti biasa akan meletakkan semua tuduhan ke atas DAP dan Guan Eng atas dasar kepercayaan perkauman mereka yang tebal. Mereka langsung tidak menyiasat malah tuduhan semborono adalah lumrah mereka.


Video ini pula adalah penjelasan dari MPSP dan Pegawai MPSP yang diserang di Taman Pelangi.

Jurugambar MPSP, Ahmad bin Ismail telah cedera semasa menjalankan tugas pada 9 Feb 2011 di Taman Pelangi. Mengikut Ahmad, satu tumbukan telah menyebabkan dia jatuh rebah.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberi sedikit wang ihsan kepada si mangsa di Komtar hari ini.

Pada masa yang sama, Yang DiPertua MPSP Tuan Haji Mokthar bin Jait telah menyuarakan rasa kesal terhadap laporan media yang putar belitkan hal sebenar. YDP Tuan Haji mengingatkan semua orang bahawa MPSP adalah untuk kebaikan orang awam dan juga rakyat. MPSP telah menjalankan tugas mengikut prosedur dan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Beliau mengingatkan orang awam mereka tidak wajar menghalang tindakan pegawai awam menjalankan tugas mereka.

TV3 melaporkan AMK P.Pinang diserang oleh peniaga Taman Pelangi. Biasalah TV3 memang itu kerjanya lidah mulut dan mata umno. Sebenarnya semasa sidang media dibuat, peniaga Melayu di Taman Pelangi yang pada sebelah pagi bersama NGO Ikhlas 1 Malaysia tiba-tiba telah hadir bersama.

AMK P.Pinang pada mulanya bercadang selepas sidang media dibuat, AMK P.Pinang bersama YB Ong Adun Kawasan (Bukit Tengah) akan mengadakan perbincangan dengan mereka untuk membantu mereka selesaikan masalah mereka.

Semasa sidang media dibuat, ketika wartawan bertanya, peniaga juga turut bertanya dan ini menyebabkan ada seorang peniaga yang agak emosional. Cerita inilah yang kelar dalam TV3.

Selepas itu AMK P.Pinang dan YB Ong Chin Wen berbincang dengan peniaga dan kami terangkan kepada mereka perkara sebenarnya yang berlaku. Jika diikut plan asal MPSP, ada 4 Fasa gerai yang akan dirobohkan. Ini baru Fasa pertama sudah menjadi isu politik. Itupun baru 10 gerai sahaja yang dirobohkan MPSP dan 12 lagi gerai dirobohkan sendiri oleh pemilik gerai tersebut buka 1000 gerai seperti yang dilaporkan oleh Utusan.

Peniaga berkata mereka mahu semua gerai lain juga turut dirobohkan, baru mereka rasa puas hati. Memang MPSP mahu robohkan semua tetapi Ketua Bahagian UMNO Bukit Mertajam, Dato' Musa telah mengarahkan MPSP agar menghentikan segera supaya gerai di Fasa 2 yang majoritinya warga asing supaya menjadi isu bahawa MPSP bertindak pilih kasih.

Kita tidak boleh nafikan juga bahawa ada pegawai MPSP yang masih taat setia dan takut dengan arahan umno. Ini realiti yang kita tidak boleh nafikan.

YB Ong Chin Wen berjanji akan berjumpa dengan Guan Eng, TKM 1 dan 2 serta PDC untuk membantu selesaikan masalah mereka dengan menempatkan mereka di kawasan baru di Taman Pelangi.

YB Ong mendengar rintihan dan keluhan peniaga dan YB Ong turun padang sejak hari kedua gerai mereka dirobohkan. Tinjauan YB Ong hanya ada 40 gerai milik tempatan dan yang lebihnya berjumlah 960 gerai adalah milik warga asing.

Dalam perbincangan tersebut, peniaga juga bersetuju bahawa gerai yang milik orang tempatan tetapi disewakan kepada warga asing juga tidak perlu dibenarkan berniaga dan menerima tempat baru yang dicadangkan.

Maknanya peniaga mahu semua gerai dirobohkan dan kawasan baru hendaklah disediakan di Taman Pelangi milik PDC. Dalam tinjauan kami memang ada dua tempat yang sesuai dijadikan tapak ruang niaga baru.

Selepas itu kami meninjau pasar malam yang setiap hari diadakan di Taman Pelangi yang peniaga juga adalah warga asing dan sedikit warga tempatan. Memang ramai yang berniaga di sini, hingga mendapat jolokan nama "Mini Hatyai" sebab masalah sosial warga asing dan tempatan berlaku seperti di Hatyai.


Peniaga pasar malam di Taman Pelangi seperti biasa masih berniaga.

Ini pula gerai yang akan dirobohkan dalam Fasa 2 tetapi tertangguh sementara.

Ini pula deretan gerai haram milik seorang warga tempatan taukeh besar Cina yang disewakan kepada warga asing turut akan dirobohkan dalam Fasa 2.

Saudara Faisal Ketua AMK Balik Pulau berkata "rasa macam aku ada di medan la pula..macam medan pun ada, macam Hatyai pun ada...."

Kedai Nasi Kandar ANWAR pun ada....tetapi bukan Kedai Nasi Kandar Anwar Ibrahim la..tetapi entahlah..hahaha..

Inilah gambaran sebenar keadaan di Taman Pelangi. Semoga apa yang AMK P.Pinang dan YB Ong Chin Wen akan usahakan akan berjaya hendaknya. Kita hanya akan membantu pemilik gerai warga tempatan yang benar-benar berniaga bukannya yang menyewa kepada warga asing.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Kedah yakin bangkit selepas diaib Sabah, motivasi Perak kian bertambah


PERTEMBUNGAN dua bekas juara - Kedah dan Perak di Stadium Darulaman, malam ini tidak dinafikan lebih menekan pasukan tuan rumah ketika pelawat hadir dengan niat mahu menyambung rentetan kemenangan buat mengintai peluang menerajui Liga Super buat julung kali.

Sambil ketua jurulatih skuad Hijau Kuning, Ahmad Yusoff tiada pilihan kecuali bagi memastikan tiga mata tidak dicicirkan di halaman sendiri selepas diaibkan Sabah tempoh hari, Perak agak yakin dengan kemampuan ketika ini selepas menewaskan Negeri Sembilan. Apapun, jurulatih Perak, Norizan Bakar mengingatkan anak buahnya supaya terus berpijak di bumi nyata menjelang misi penting ini kerana Kedah mampu bangkit menghampakan mereka apa lagi ketika tuan rumah dalam situasi ibarat harimau yang luka.

“Masih terlalu awal untuk meraikan kejayaan. Baru tiga perlawanan, malah pasukan masih mempunyai kelemahan dan kepincangan di sana sini,” katanya yang terus meminta pemain menggandakan usaha andai mahu mengecap kejayaan dalam perlawanan seterusnya.

Ahmad pula tiada pilihan dalam keadaan tertekan ini dan akan menurunkan Amar Rohidan dan penyerang utama, Azlan Ismail dalam kesebelasan pasukan dalam memburu kemenangan kedua di tempat sendiri. ( mau tak tertekan..peminat kat luaq nuhh duk hingaq dah..kira dia buat jugak perubahan..harap2 paper ni tulis betui la)

“Perlawanan esok (malam ini) menjadi ujian bagi anak buah saya untuk bangkit membuktikan kewibawaan mereka sebagai pencabar Liga Super musim ini kerana selepas bertemu Perak, kami berdepan cabaran lebih getir menentang Kelantan pula di Stadium Darulaman, Sabtu depan,” katanya.

Mengakui tidak bimbang dengan benteng pertahanan diketuai Fauzi Nan, Sabre Abu, Khairul Helmi Johari dan V Thirumurugan, dia meminta gandingan Baddrol Bakhtiar, Azlan dan Ahmad Shakir Md Ali lebih bijak menghidu peluang jaringan, malam ini.

PR belum ada lagi sepakan 'bicycle-kick' macam Rooney buat tempohari.!!

PR perlukan tendangan spectacular seperti itu untuk......



Tendangan 'bicyle-kick' dari Wayne Rooney dalam 'local derby' Manchester United dengan Manchester City.....memberi kemenagan 2-1 Sabtu lalu.

Kalau di Terengganu......tendangan begitu dipanggil 'buah Korea' kerana semasa Pesta Bola Merdeka suatu ketika dahulu ada seorang pemain Korea pernah buat tendangan begitu.

Legenda bolasepak dunia 'King Pele' pun pernah buat 'bicycle-kick' begitu.

Hanya pemain yang hebat dapat membuat tendangan yang hebat. Pemain yang hebat perlu membuat sentuhan luarbiasa untuk melayakkan dikira hebat.

Sentuhan biasa menjadi terlalu sukar untuk menumbangkan pasukan yang hebat.....maka ia memerlukan tendangan spectacular seperti itu untuk mencapai sebuah kemenangan.

Dalam konteks itu......Pakatan Rakyat memerlukan 'tendangan spectacular' seperti itu untuk menumbangkan Umno/Barisan Nasional.

Pengundi menagihkan sentuhan yang luarbiasa daripada Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Umno/BN yang sudah memerintah Malaysia kurang lebih 54 tahun.

http://al-brangionline.blogspot.com

Blogger UMNO kerja nak FITNAH ja memanjang.. Tak ingat DOSA PAHALA ka puak nie..??

Alahai... blogger Umno tak tahu beza antara solat wajib dan qasar...

UMNO. Inilah parti yang cuba dipertahankan oleh segelintir rakyat negara ini yang 'jahil maklumat, jahil hukum-hakam agama Islam'. Memang tepat golongan penyokong umno seumpama ini digelar puak jahiliah moden.

Paling malang, parti reput ini turut dimusnahkan oleh para blogger mereka sendiri yang jelas 'jahil' daripada segi hukum-hakam agama Islam. Mereka masuk ke dalam masjid sama ada, untuk mencipta fitnah ataupun, memang betul-betul jahil kerana tidak dapat membezakan solat fardhu yang wajib dan solat jamak untuk para musafir. Hanya Allah yang mengetahui. Tapi tindak-tanduk mereka kali ini, bukan sahaja telah mencemarkan institusi masjid tetapi turut melibatkan institusi raja pemerintah mereka sendiri.

Sultan Johor Kena Kencing Dengan Puak Umno. tak tahu beza solat jama' dgn fardhu. sekiannya bersama dgn org jahil.


Tuan Guru Nik Aziz sedang menunggu masuk solat zohor. Disebelahnya ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Johor


Selesai sahaja solat zohor diimamkan oleh imam Kampong Redong, TGNA dan jemaah musafir lain membuat saf baru bagi menunaikan solat qasar asar. Kelihatan jemaah lain duduk di sisi masjid bagi memberi ruang kepada jemaah musafir meneruskan solat mereka. (kalu nak kate 2 imam ikut dakwaan UMNGOk... awat belakang imam xde org?... ke jenis kat Johor Imam tengah makmum pakat-pakat sembahayang tepi dinding...wakakaka)?


TGNA dan jemaah musafir lain menunaikan solat qasar asar 2 rakaat (kene tulis sebab UMNgOk tak tau yang qasar tue 2 rakaat).



Jemaah berada dalam Tahiyyat akhir selepas memunaikan solat qasar 2 rakaat (kene tulis sekali lagi 2 raakat) dan sempat mengaminkan doa yang dibaca oleh Imam Kampung Redong.

....lihat camno UMNO kencing buta-buta atas mata Sultan Johor...


(gambar dari blog pencacai taik UMNgOk)

KOTA TINGGI : Sultan Johor, Sultan Ibrahim pada semalam bertitah berasa murka dengan tindakan sekumpulan umat Islam yang bersembahyang dua imam di sebuah masjid, ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, bulan lalu.

Perbuatan tersebut, titah baginda, amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku hanya kerana perbezaan fahaman politik.

"Ketika kempen PRK DUN Tenang baru-baru ini, ada kumpulan yang singgah di masjid untuk sembahyang fardu tetapi malangnya mereka tidak menyertai jemaah yang sedang bersolat jemaah.

"Kalau mereka terlambat mereka hanya perlu sertai jemaah yang ada dengan berimamkan imam di masjid itu. Sebaliknya kumpulan ini membentuk satu sembahyang jemaah yang lain di barisan belakang, sedangkan solat jemaah yang ada masih belum selesai," titah baginda.LIHAT GAMBAR 1 YANG DIBULATKAN.

Sultan Ibrahim bertitah, perkara seperti itu harus dihentikan supaya tidak timbul fitnah umat Islam di Johor telah berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.



"Semua jemaah dalam masjid hendaklah hormati imam yang dilantik oleh saya. Tidak ada perbezaan bangsa, kedudukan atau fahaman politik dalam masjid. - Bernama

....SIAN AKU TENGOK SULTAN JOHOR... KENE KENCING BUTA-BUTA ATAS MATA OLEH PUAK-PUAK UMNO... NIE KALU KENCING SULTAN X KIRE DERHAKA KE???

- Shahr Albatnani

K'jaan Negeri P.Pinang bagi duit kat guru KAFA.. jadi UMNO tunggu lagi nanti pie kutip balik naaa..!!!

Pulau Pinang beri RM150,000 pada guru Kafa

Kerajaan Pulau Pinang memperuntukan sejumlah RM150,000 untuk kira-kira 1,500 guru Kafa di negeri itu sempena sambutan Maulidur Rasul di negeri itu hari ini.

Ketua menterinya Lim Guan Eng berkata, setiap seorang akan mendapat RM100 seperti dicadangkan dalam mesyuarat exco negeri Khamis lalu.

"Pembayaran ini dapat dibuat kerana kerajaan negeri mengamalkan perbelanjaan berhemah; urustadbir CAT yang cekap, akauntabel dan telus; serta kempimpinan integriti, bersih dan bersih daripada rasuah," katanya sambil memberitahu perkara itu diakui oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan 2009 dan badang antarabangsa seperti Transparency International.

Katanya, kerajaan juga memberikan RM100 kepada guru Kafa sempena perayaan Awal Muharam dan duit raya kepada golongan itu sebanyak RM250 pada tahun lepas.

Sementara itu, mengulas sambutan Maulidur Rasul bertemakan "Wasatiah (Kesederhannaan) Tonggak Kecemerlangan Umah", Lim berkata kesederhaan Islam akan menolak dakwaan bahawa agama itu ekstrimis, mundur, miskin, tidak demoktratik dan korup.

Memetik pandangan ulama terkenal Mesir Dr Yusof Al Qaradhawi, Lim berkata, kesederhaan Islam bersumberkan kepada prinsip keadilan, konsisten dan keamanan serta menjadi lambang kepada kebaikan dan tunjang kekuatan.

"Kerajaan negeri percaya amalan kesederhanaan dalam kehidupan rakyat tanpa kira agama dan kaum akan dapat menyatupadukan rakyat untuk menikmati bersama kemakmuran, keamanan dan harmoni serta kamajuan membina modal insan," katanya.

Menyokong Sistem Pendaftran Pengundi Secara Automatik

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
14 Februari 2011
"Menyokong Sistem Pendaftran Pengundi Secara Automatik"

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyokong penuh cadangan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik menggantikan sistem konvesional yang sedang digunakan pada masa kini.

DPPP sebenarnya telah lama mengutarakan isu ini bagi menyelesaikan banyak masalah dan ketempangan yang berlaku dalam sistem Pilihan Raya di dalam negara. Selain daripada melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik, DPPP mengharapkan agar tuntutan undi pos dimansuhkan, daftar pemilih dibersihkan, penggunaan dakwat kekal digunakan dan akses media yang adil kepada semua pai-parti politik turut diberi perhatian oleh pihak SPR.

DPPP melihat alasan yang dikemukakan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof tidak cukup kuat dan ia sebenarnya boleh diatasi sekiranya SPR bersungguh-sungguh hendak merealisasikan pembaharuan tersebut.

Secara praktikalnya, apabila pendaftaran pengundi secara automatik dilaksanakan ia sama sekali tidak menunjukkan SPR memaksa rakyat untuk mengundi. Apakah item yang menunjukkan paksaan ke atas rakyat untuk mengundi sekiranya kaedah ini dilaksanakan perlu dijelaskan dengan lebih terperinci oleh SPR. Tidak perlu pun sehingga terpaksa menggubal undang-undang yang mewajibkan setiap individu itu mengundi kerana SPR hanya perlu melayakkan mereka untuk mengundi secara automatik, bukannya mewajibkan mereka mengundi.

DPP bersetuju ada kemungkinan peratusan keluar mengundi lebih rendah sekiranya ia dilaksanakan, tetapi apa bezanya dengan peratusan yang tinggi tetapi bilangan yang keluar mengundi itu lebih kurang sama. Tidak ada guna peratusan itu diwar-warkan tinggi sedangkan hakikatnya bilangan orang keluar mengundi itu kurang. Apa yang penting kita perlu menggalakkan orang keluar mengundi lebih ramai dengan memudahkan proses tersebut.

Sekiranya ada perbezaan alamat bermastautin dan alamat di dalam kad pengenalan, DPPP melihat masalah ini telah pun berlaku pada hari ini dan ia memang perlu diselesaikan. Soalnya, bagaimanakah boleh berlaku kekeliruan pada hari mengundi sedangkan SPR telah menentukan tempat pengundi untuk setiap pengundi dan pengundi boleh menyemak status tersebut sebelum hari mengundi lagi?

Di dalam sistem konvesional yang diamalkan pada hari ini pun SPR telah bekerjasama dengan JPN bagi menentukan alamat di dalam borang pendaftaran pemilih selari dengan alamat di dalam kad pengenalan kenapa tidak untuk melaksanakan pendaftaran automatik? SPR hanya perlu bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menentukan kelayakan status mengundi mengikut umur.

DPPP tidak menafikan, perlaksanaan ini mungkin memerlukan kepada beberapa pindaan peraturan undang-undang, kerja-kerja teknikal, wang dan tenaga yang banyak. Tetapi demi untuk melihat proses demokrasi berjalan lancar ia bukan alasan untuk SPR menangguhkan pembaharuan ini. Usaha perlu dimulakan dan kesungguhan perlu ditunjukkan, bukan hanya bermain dengan alasan semata-mata yang hanya melambatkan proses ini.

Diharap dengan persetujuan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta pandangan positif oleh Timbalan Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah perkara ini boleh direalisasikan oleh SPR dan pembaharuan segera dilaksanakan bagi melicinkan proses demokrasi dalam negara.


Nasrudin Hj Hasan At-Tantawi
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Pusat

Doktor Cakap Lain.. Saiful Cakap Lain..!!!

Saksi: Saiful dakwa dipaksa lakukan seks oral

Seorang doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengadu dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa telah dipaksa melakukan seks oral.

Pakar jagaan kecemasan HKL Dr Khairul Nizam Hassan berkata, pengadu berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa telah dipaksa berbuat demikian oleh seorang "tokoh terkemuka."

Khairul berkata, Saiful telah memberitahu perkara itu kepadanya ketika beliau membuat pemeriksaan ke atas pemuda itu.

NONEDoktor berkenaan berkata, beliau telah mengambil spesimen daripada bahagian puting dada dan juga daripada mulut Saiful (kiri).

Khairul Nizam berkata demikian ketika disoal balas oleh peguambela S N Nair dalam perbicaraan kes liwat yang bersambung semula hari ini.

Doktor berkenaan ditanya berhubung satu prosedur DNA yang tidak dijalankannya ke atas Saiful.

Jelasnya, prosedur berkenaan tidak dijalankannya ke atas bahagian belakang dan punggung Saiful kerana perkara itu "tidak perlu."

Khairul Nizam berkata, beliau hanya menjalankan pemeriksaan ke atas badan Saiful – dari bahagian pusat ke atas.

Tambahnya, seorang lagi doktor – Dr Razali Ibrahim menjalankan pemeriksaan ke atas anus Saiful memandangkan doktor berkenaan merupakan seorang pakar.

Katanya lagi, beliau tidak mengambil spesimen daripada bahagian lain pengadu berkenaan.

Khairul Nizam menjelaskan, beliau bertindak demikian kerana Saiful memberitahunya bahawa pengadu itu telah mencuci dan membersihkan diri.

Kenyataan itu bercanggah dengan keterangan Saiful pada tahun lalu, ketika bekas pembantu Anwar itu disoal balas oleh peguam Karpal Singh.

Saiful telah memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mencuci anusnya dengan tujuan menyimpan bahan bukti.

Saiful juga memberitahu mahkamah bahawa beliau hanya mandi pada waktu pagi dan tidak membasuh angota sulit badannya.[malaysiakini]

Valentine: Kesal kenyataan Khairy

http://cutestocks.com/wp-content/uploads/2009/02/valentines-day.jpg

SAYA amat terkejut dengan kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 12 Februari 2011 mengenai sambutan Hari Kekasih (Hari Valentine).

Menurut beliau, tidak menjadi kesalahan untuk menyambut hari tersebut selagi tidak melakukan dosa. Malah beliau juga menyambutnya dengan memberi isterinya bunga dan membawa isterinya makan malam pada hari tersebut.

Saya pasti beliau sebagai seorang pemimpin parti terkemuka negara sedia maklum bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-71 yang bersidang pada 24 November 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram di sisi Islam dan tidak membenarkan orang Islam meraikannya.

Malangnya beliau dengan sinis pula menyatakan bahawa hari kelepasan am menyambut Tahun Baru pada setiap 1 Januari setiap tahun sepatutnya diharamkan kerana ia menandakan permulaan Kalendar Gregorian yang diperkenalkan oleh Pope Gregory.

Saya sangat tidak bersetuju dengan kenyataan beliau kerana menunjukkan teladan yang tidak baik kepada masyarakat Islam.

MOHD. ZUBIR ZAKARIA

Taman Melawati, Kuala Lumpur

http://www.utusan.com.my

MSK - Selamat Jalan PKR

PKR pasca 2008, tak sama dengan PKR pra-2008. PKR sebelum menang, tak sama dengan PKR selepas menang.

Sebelum menang, macam-macam janji. Macam-macam harapan yang ditaburkan. Selepas menang, janji entah kemana, harapan entah kemana.

Aku dah baca banyak komen. Aku dah dengar banyak alasan. Aku dah tengok banyak contoh. Dan aku dah rasa banyak pengalaman.

Cukup lah sampai disini. Aku tak mau lagi bersubahat dengan mereka yang mungkir janji. Sebab mungkir janji itu adalah sifat munafik.

Aku tak mau dengar alasan lagi. Sebab alasan hanyalah helah untuk menutup kelemahan.

Aku tak mau kutuk lagi, sebab itu bukan contoh yang baik.

Dengan itu…aku mengambil sikap untuk berundur dari PKR. Aku bukan keluar PKR, sebab aku masih lagi memegang prinsip yang diperjuangkan. Tetapi aku tak sanggup lagi berada dalam PKR yang ada hari ini kerana ianya tidak lagi memegang prinsip yang diperjuangkan.

Maka dengan ini, aku mengisytiharkan, bahawa aku bukan lagi ahli PKR, bukan lagi penyokong PKR dan tidak ada kena mengena dengan PKR. Tetapi bukan bermakna aku memusuhi semua kerabat PKR. Masih ramai mereka yang didalam PKR yang aku hormati. Tetapi oleh kerana ianya dipimpin oleh mereka yang tidak lagi aku hormati, maka aku tidak lagi mahu bersubahat dengan mereka.

Selamat jalan PKR.

http://ureka.asia

Admin - Goodluck brother MSK...

Mat Saman Kati keluar PKR

Akhirnya blogger terkenal yang pakai nama Mat Saman Kati (bukan tok guru saya, Almarhum Tuan Guru Mat Saman Kati) mengambil keputusan keluar dari PKR. Bacalah alasan beliau berbuat demikian di sini.

Tak pa la. Kita sama-sama tak dak parti, Mat. Aku pun takat sokong perkara 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS sahaja. Dasar PAS ialah Islam. Seruan PAS ialah Allahu Akbar. Tujuan PAS juga sangat baik (baca di sini). Dah benda baik, mestilah sokong.

Tetapi, buruk kelaku sebahagian pemimpin PAS, anak menantu pemimpin PAS, pembodek-pembodek pemimpin PAS terutama yang nampak sangat kaya tak fasal-fasal, itu semua aku benci. Ahli-ahli PAS yang ikhlas pula, berdosalah aku kalau aku tak suka kat depa. Lantak pi la walaupun ada dari mereka yang bila tengok aku, muka penuh dengan signs of disapproval macam tengok babi bergerak.

Orang-orang yang ikhlas tidak boleh kita tak suka - walaupun malangnya keikhlasan mereka tersasar menjadi 'asabiyyah tak tentu hala kepada pemimpin-pemimpin PAS. Itu aku tak setuju dan benci.

Kepada Mat Saman Kati, aku dengaq hang banyak projek. Bukan projek buat duit. Tetapi projek menyantuni rakyat miskin. Harap ajak la aku sama. Aku pun teringin nak pahala jugak.

Aku yakin, keluar PKR bukan bermakna sokong Umno Barisan Nasional (BN). Aku cukup benci benda macam tu. Tak suka PKR, jilat Umno. Benci PAS, tenggek atas belakang Umno. Siap cari makan dengan Umno lagi. Kelaku sial macam tu aku benci sungguh!

Kepada para pemimpin PKR dan PAS, komen indraputra80 di bawah posting Mat Saman Kati tu, tolonglah jadikan pengajaran. Saya copy paste:
Gua yg.sama sama Azmin sejak 1999 di Hulu Kelang atau bahasa mudah nya di Pejabat nya di Melawati/Klang gate.,masih ingat lagi betapa kami i.e Ulik,Mat Kawait,Hasnah,Din Perdana d.l.l,bekerja keras utk nya atau dgn maksud utk KEADILAN.,dan kami bersyukur kerana beliau Menang.,

Tahun 2004,beliau kalah dan kami sama sama menanggung kesedihan.

Tapi selepas itu kami di lupakan ,tambah pula ,bila beliau Menang di DUN Bt.Antarabangsa,dan P.Gombak.

Nak jumpa pun susah.,

Kami BUKAN nak minta wang,kami ada wang,bukan nak jumpa pasal minta project, kami pon x menang tangan dgn beberapa project bernilai jutaan ringgit.,kami bukan nak minta tanah, walaupun hati kami sakit melihat Pak Indon yg.conquer.tanah di beberapa kawasan Bukit Antarabangsa berhampiran Sungai Sering,.

Kami nak jumpa pasal lorong di antara jalan berhampiran rumah Siti Norhaliza(Bukit Mulia) menuruni ke Kondo River Dale yang perlu baiki atau di perbesarkan.,kerana keadaan nya sekarang amat berbahaya,di mana terdapat lobang yg.menyukarkan kereta(Berselisih) keluar masuk di situ.

Keadaan ini sudah lama berlarutan dari zaman BN berkuasa, maka pada hemat kami bila YB Azmin mengambil alih ,perkara ini di masukan dalam rancangan bagi kesejahteraan rakyat yg memilih nya.

Tapi hampeehh!!

Habis mcm mana kami nak undi beliau lagi pada PRU13 nanti ,jika perkara sebegini pon tidak di ambil perhatian?

Untuk meninggalkan PKR mcm MSK gek lah” kami masih lagi memegang prinsip yang diperjuangkan”

Jdi sebelum perkara nie menjadi barah, berjumpa dan berbincang bincang lah dgn kami dan sudi sudi lah berjemaah di Surau Bulit Mulia, jika ada kelapangan.,sebelum Zul(Kulim) janggut sejemput masuk jarum.

PLZZZ!!!!

Pondok pengajian jadi produk pelancongan Daerah Sik

SIK – Selain dibangunkan sebagai daerah pelancongan dan industri asas tani, daerah Sik juga mempunyai satu produk pelancongan yang berasaskan ilmu keagamaan melalui sistem pengajian Islam tradisional atau dikenali sebagai ‘pengajian pondok’.

Pegawai Daerah Sik, Datuk Ismail Said berkata, daerah Sik bakal dijadikan sebagai pusat pengajian Islam berteraskan sekolah pondok memandangkan Sik mempunyai beberapa pondok agama yang masih aktif.

“Di Sik ada pondok yang aktif dan mempunyai kemudahan yang lengkap seperti Pondok Tuan Guru Haji Salleh, jadi kita akan gunakan ia sebagai satu tarikan kepada orang luar untuk datang ke Sik dan secara tidak langsung pembangunan sahsiah dan keagamaan di kalangan masyarakat dapat dipertingkatkan.

“Dalam Pelan Strategik Daerah Sik juga kita akan adakan program belia atau pelajar untuk masuk ke pondok.

“Sebelum ini kita juga telah adakan kursus singkat untuk golongan belia mendalami ilmu agama di pondok, dan ianya akan diteruskan dan dipertingkatkan,” ujar beliau.

Terdapat enam pondok di Sik yang masih aktif, iaitu Pondok Tuan Guru Haji Salleh, Pondok Bandar Hilir, Pondok Charok Tok Uban, Pondok Sungai Pau, Pondok Kuala Beris, Pondok Kuala Begia.

Akhirnya ‘bread and butter’ jadi isu penentu memilih kerajaan

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Kebangkitan rakyat Tunisia mengejutkan dunia. Kezaliman Presiden Zainal Abidin dikatakan punca kepada sebuah kebangkitan besar rakyat menggulingkan pemimpin negara.

Jika kezaliman dikatakan menjadi punca rakyat bangkit secara bersepadu, mengapa ia tidak berlaku di beberapa negara Arab yang lain yang juga diperintah secara diktator? Bahkan Sadam Husein yang zalim itu, tidak berjaya dijatuhkan oleh rakyat sendiri. Ia dijatuhkan oleh kuasa luar. Presiden Syria Hafiz Al-Assad melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan rakyat di Hamma, namun kerajaannya tidak tumbang melalui kesepaduan kuasa rakyat.

Presiden Zainal Abidin tidak memulakan kezaliman terhadap rakyat Tunisia pada tahun 2010, sebaliknya sejak 23 tahun yang lalu. Hanya baru sekarang dia dijatuhkan. Ertinya zalim saja tidak cukup untuk sesebuah kuasa dijatuhkan.

Kejatuhannya mula bersemarak dari peristiwa seorang peniaga buah Mohamad Bouazizi membakar diri kerana kesempitan hidup. Dia dilarang berniaga di tepi jalan oleh pihak penguasa, sedangkan sumber pendapatannya yang sedikit itulah diguna untuk menyara keluarga. Api yang membakar Bouazizi rupanya turut membakar hati seluruh rakyat Tunisia yang sedang dihimpit tekanan ekonomi. Isunya ialah tekanan ekonomi rakyat, soal makanan dan perut yang lapar.

Terdapat ramai pemimpin gerakan Islam di Tunisia tapi mereka tidak mampu mengembeling kuasa rakyat menumbangkan kerajaan yang zalim, melalui cara yang sah atau sebaliknya. Kerajaan zalim itu tidak tumbang melalui semangat Islam ataupun semangat isme ciptaan manusia. Namun ia boleh tumbang gara-gara isu ‘bread and butter’.

Terbaru, Mesir turut menerima tempias kebangkitan rakyat menentang kerajaan. Semuanya berpunca dari tekanan ekonomi yang teruk melanda rakyat. Ikhwanul Muslimun boleh dianggap sebagai ‘guru’ kepada semua gerakan Islam di dunia tapi isu ‘bread and butter’ rupanya lebih berkesan menggerakkan rakyat bangkit di jalanraya, berbanding semangat Islam yang dipasak oleh Ikhwanul Muslimun di kalangan rakyat. Perut yang lapar mampu membuat manusia bertindak di luar kenormalan.

Sejak Revolusi Bolshevik di Russia, banyak sudah kerajaan-kerajaan di atas dunia ini yang jatuh kerana isu tekanan ekonomi yang dirasai rakyat bawahan. Kezaliman pemerintah mungkin jadi punca, tetapi isu ‘bread and butter’ yang menyempurnakan kejatuhan.

Hari ini dunia sekali lagi sedang dilanda krisis ekonomi atau lebih tepat lagi isu kenaikan harga barangan makanan. Pertubuhan Makanan dan Pertanian (Food and Agricultural Organisation, FAO) memberi amaran bahawa dunia sedang menghadapi krisis kenaikan harga barang. Kenaikannya melonjak ke aras tertinggi bulan lalu, memecahkan rekod krisis kenaikan tahun 2007-2008.

Pertubuhan itu membayangkan bahawa krisis harga makanan tersebut akan meningkatkan krisis ekonomi dan politik di negara-negara membangun. Krisis seterusnya dijangka merebak ke negara-negara Eropah.

Malaysia sebagai sebuah negara yang banyak mengimport makanan dari luar lebih cepat terasa. Kini kenaikan harga barangan terutamanya makanan sudah tidak terbendung lagi. Ia dijangka berlarutan untuk beberapa tahun. Orang biasa pun menggunakan lebih 50 peratus dari pendapatannya untuk makanan. Orang miskin lebih lagi, mereka mengguna lebih 80 peratus untuk makanan. Habis di mana sumber yang mereka akan gunakan untuk keperluan lain seperti pengangkutan, pendidikan, pakaian, utiliti dan sebagainya?

Setiap orang yang berbelanja di pasar akan keluar dengan dahi berkerut. Tiada apa sangat yang boleh dibeli dengan sehelai wang kertas RM50. Ia cuma lebih baik sikit dari wang Jepun cap pokok pisang. Semua ini adalah satu penyeksaan terhadap rakyat jelata.

Tidak semua rakyat terasa bila orang politik bercerita mengenai PAS berkawan DAP, non Muslim masuk masjid, wakil rakyat lompat parti, baling kerusi dalam mesyuarat agung parti dan sebagainya. Tapi soal kesempitan akibat kenaikan kos hidup akan dirasai semua orang sekalipun orang politik tidak bercerita.

Rakyat Malaysia boleh diberitahu bahawa kenaikan harga barangan makanan adalah disebabkan faktor luaran. Isu global konon-kononnya. Tapi rakyat yang saban hari dimomokkan dengan kehebatan kerajaan BN menjana ekonomi tidak sudi untuk mendengar alasan yang dibuat dalam dua piawaian; bila ekonomi hebat itu kerja BN, jika teruk itu angkara pihak luar. “Kenaikan harga barang pun tak reti nak kawal, jadi kerajaan apa? lebih baik turun bagi orang lain naik.” Begitulah antara kata-kata yang tersusun di forum alam maya.

Mahu tidak mahu, kenaikan harga barangan terutamanya makanan akan memberi impak yang sangat mendalam terhadap penolakan rakyat terhadap BN selaku pemerintah. Sementelahan pula BN sudah terlalu lama memerintah melebihi rekod Zainal Abidin di Tunisia dan Hosni Mobarak di Mesir.

11 kali pilihanraya umum, rakyat kuat menyokong BN lantaran mereka berada di zon selesa. “Buat apa nak tukar kerajaan, ekonomi tiada masalah.” Pilihanraya ke 12, BN hampir tertolak. Antara puncanya ialah kenaikan harga minyak dan barangan.

Ekonomi kini lebih teruk berbanding tiga tahun lalu. BN sedar bahawa retorik ‘ketuanan Melayu’ saja tidak cukup jika rakyat kelaparan. Sebab itu Najib sanggup berhabis-habisan untuk membeli sokongan rakyat.

Bagi Pakatan Rakyat, jika isu ‘bread and butter’ jadi pemangkin terbaik rakyat menolak BN, tunggu apa lagi, gunakan sebaik-baiknya itu tersebut, pemangkin terbaik untuk menamatkan hayat BN.

Cukupkan dengan hukuman ini jika nenek itu nenek anda..???

Buruh rogol, liwat warga emas dipenjara 16 tahun


SHARIEFUDDIN (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Sungai Petani semalam selepas mengaku bersalah merogol dan meliwat seorang warga emas.

SUNGAI PETANI - Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun dan 12 sebatan ke atas seorang buruh apabila dia mengaku bersalah atas tuduhan merogol dan meliwat seorang warga emas dua tahun lalu.

Tertuduh Shariefuddin Arshad, 45, dari Serdang, Bandar Baharu di sini diperintah menjalani hukuman secara berasingan mulai tarikh dia ditahan pada 27 September 2009 setelah mengaku bersalah melakukan kesalahan itu secara berasingan terhadap warga emas berusia 62 tahun di sebuah rumah di Taman Sri Wangsa, Serdang.

Hakim Zainol Saad memutuskan tertuduh dihukum penjara 10 tahun dan enam sebatan bagi pertuduhan pertama manakala penjara enam tahun dan enam sebatan pula bagi pertuduhan kedua.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa merogol seorang warga emas yang merupakan jirannya di sebuah rumah di Taman Sri Wangsa, Serdang, Bandar Baharu dekat sini di antara pukul 7 dan 8 pagi, 6 September 2009.

Malam ini di Std Darulaman : Kedah Vs Perak


Salam Maulidur Rasul dari KedahLanie


Tok Guru dinanti

ALOR SETAR - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Tok Guru dijangka hadir pada Munajat dan Ceramah Perdana 19 Februari (Sabtu) ini sempena program Himpunan 30,000 Pemuda Pas seluruh Malaysia, yang akan diadakan di Kompleks Pas Kedah, Simpang Empat.

Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah, Ahmad Yahya berkata, selain Nik Abdul Aziz, pemimpin Pas yang turut memeriahkan program ialah, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa; dan Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Nasrudin Hassan Tantawi.

“Antara program menarik yang diatur ialah pidato khas yang mengupas topik Motivasi Pilihanraya Pemuda oleh Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Salahuddin Ayub; Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad; dan Datuk Abu Bakar Chik serta Mohamad Sabu,” katanya.

Menurutnya, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan merasmikan program ini pada 10 pagi.

:Ahmad berkata, Himpunan 30,000 Pemuda Pas atau lebih dikenali sebagai Himpunan 30K Pemuda adalah lanjutan kepada perhimpunan sama pada tahun 2006 di Kelantan.

“Pada 2006 Dewan Pemuda Pas anjurkan Himpunan 15K sebagai penanda aras sistem Komuniti Unit Kerja Jemaah (UKJ) yang dibangunkan setahun sebelum itu. Lima pemuda setiap cawangan yang didaftarkan melalui Sistem Komuniti UKJ menyertai himpunan itu,” katanya.

Menurutnya, setelah empat tahun berlalu, perhimpunan yang sama dirancang dengan jangkaan peserta dua kali ganda, dengan menyasarkan 10 pemuda yang didaftarkan melalui sistem Komuniti UKJ.

“Saya yakin sasaran ini akan tercapai. Jika dikumpulkan sebanyak 3,000 cawangan yang berdaftar, seramai 30,000 pemuda mampu dihimpunkan,” katanya.

Ahmad berkata, himpunan ini memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua Ahli Jawatankuasa serta pimpinan bagi merealisasikannya.

“Antara objektif kita adalah untuk melihat kemampuan dan kekuatan pemuda di seluruh negara di samping menggempur Parlimen dan DUN yang disasarkan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13,” katanya.

Menurutnya, program ini juga adalah untuk menonjolkan pemuda sebagai pendokong utama Kerajaan Negeri Kedah selain berikrar untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah.

Ahmad berkata, ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (Pemuda) dari setiap negeri juga akan hadir.

“Saya harap program ini mendapat sokongan padu semua pihak. Mudah-mudahan dengan segala usaha ini menjadi satu persiapan untuk Pas menghadapi PRU-13 yang bakal tiba tidak lama lagi,” katanya.

Selain membincangkan hala tuju Pemuda Pas, program ini turut menyelitkan program selingan khusus untuk tarikan anak muda seperti konsert dan perlawanan bola sepak persahabatan.

BUKIT RAYA – Sup belut makin digemari

BUKIT RAYA – Sepasang suami isteri di Kampung Kubang Jelai dekat sini sanggup berulang-alik selama dua minggu sekali ke pekan semata-mata untuk mendapatkan bekalan belut bagi urusan peniagaan restorannya.

Mohd Subli Ismail, 47, atau lebih dikenali sebagai Bang Mat Sup Belut oleh penduduk sekitar dan pelanggan bersama isterinya Roziah Awang, 42, membuka perniagaan yang menghidangkan belut dari 2001 sehingga kini kerana melihat sambutan terhadap makanan itu terutamanya masakan sup begitu mendapat sambutan.

Menurut Bang Mat, dia bersama isteri membuka restoran kerana mengetahui bahawa haiwan itu mempunyai banyak khasiat yang dikatakan dapat merawat kulit dan kecederaan serta beberapa penyakit lain.

“Saya membuka perniagaan menjual masakan belut terutamanya yang paling digemari pelanggan adalah sup belut yang dicampuri pelbagai herba bukan sahaja untuk mengenyangkan malah dapat merawat penyakit.

“Selepas membuka perniagaan selama tiga tahun, namun disebabkan ketiadaan bekalan belut untuk dimasak menyebabkan saya terpaksa menutup kedai itu sekian lama dan kini sudah dua bulan kedai ini kembali beroperasi,” katanya.

Menurutnya, dia alami kerugian ketika restorannya itu terpaksa ditutup.

“Saya rasakan perniagaan ini jarang sekali di temui terutamanya di sekitar negeri ini kerana ada segelintir orang geli untuk mencuba makanan ini, namun masakan yang disediakan saya ini adalah dicampuri pelbagai herba yang akan menyelerakan lagi rasa belut itu.

“Restoran ini kembali operasi setelah saya mendapat pembekal belut daripada Perak sehinggakan saya terpaksa berulang-alik hampir dua minggu sekali untuk mendapatkan bekalan itu,” katanya.

Bang Mat berkata, dia akan membeli lebih 40 kilogram belut setiap kali ke pekan untuk mendapatkan bekalan itu dan kadangkala menimbulkan masalah apabila ia tidak dapat diperoleh.

“Dahulunya ketika berhijrah ke merata tempat saya melakukan rawatan urat saraf secara tradisional.

“Rawatan tradisional yang dilakukan saya itu menyebabkan saya mengetahui bahawa belut mempunyai khasiat tersendiri,” katanya.

Menurutnya, pelbagai masakan belut yang disediakan di restoran itu seperti tomyam belut, paprika belut, belut goreng kunyit, sup belut dan pelbagai lagi masakan lain yang berasaskan belut.

“Saya menjual masakan dengan harga RM5 semangkuk namun harga itu adalah cukup murah memandangkan harga belut adalah terlalu tinggi kerana sukar diperoleh.

“Bagi mengelakkan perniagaan ini ditutup akibat ketiadaan belut menyebabkan saya merancang ingin menternak belut sendiri pada masa akan datang,” katanya.

Lepas Kena Bantah :akhirnya belakon jadi Hero

Rais sahkan konsert Mohsen Namjoo dibatal

February 14, 2011

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengesahkan bahawa konsert Mohsen Namjoo yang dijadualkan pada Jumaat ini, tidak dibenarkan kerana ia tidak bersesuaian dari segi agama, budaya dan kemasyarakatan pelbagai kaum di negara ini.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau (gambar) berkata permohonan yang diterima daripada pihak penganjur pada Jumaat lepas, telah ditolak hari ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (JK Puspal).

Penyanyi kelahiran Iran yang digelar “Bob Dylan” oleh New York Times satu ketika dulu itu juga mendapat banyak tentangan daripada rakyat Malaysia kerana dikatakan menghina Islam dalam lagu-lagunya. – Bernama

Pemuda Wangsa Maju agih Limau



Dalam memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina, DPPWM dengan kerjasama Nisa' Wangsa Maju bersama-sama turun mengagihkan limau kepada masyarakat sekitar Wangsa Maju khususnya masyarakat Cina. Program pada 29 Januari lalu bermula seawal jam 9.00 pagi tertumpu dikawasan pasar Cina telah menarik minat masyarakat disitu dan ramai dikalangan mereka yang begitu teruja dengan kehadiran kami.
Ucapan Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut dan Selamat Tahun Baru Cina. Syukran Jazilan...

14 Feb 2011 - Guan Eng di Fitnah lagi!!!

Oleh: AnakSgDerhaka

"“KALAU sudah nama parti DAP, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan akan dilihat sudut negatif. Jadi tidak menghairankan apabila kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di dalam The Malaysia Insider mendakwa larangan remaja Islam menyambut Hari Valentine atau Hari Kekasih adalah mainan politik Barisan Nasional (BN) yang mahu menimbulkan kebencian antara kaum dan agama di negara ini…”

Kenyataan diatas adalah fitnah terbaru oleh Lidah Rasmi UMNO terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan dibawah ini pula ialah kenyataan akhbar dari Ketua Menteri Pulau Pinang menjawab fitnah itu..



Utusan Malaysia dicabar siarkan sepenuhnya kenyataan bertulis saya dan jangan putar belit.

Utusan Malaysia sekali lagi membuat fitnah ke atas saya dalam satu rencana pengarang bertajuk “Elok Pas, PKR terangkan hukum 'dosa pahala' kepada Guan Eng”:-

“KALAU sudah nama parti DAP, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan akan dilihat sudut negatif. Jadi tidak menghairankan apabila kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di dalam The Malaysia Insider mendakwa larangan remaja Islam menyambut Hari Valentine atau Hari Kekasih adalah mainan politik Barisan Nasional (BN) yang mahu menimbulkan kebencian antara kaum dan agama di negara ini…”

Rencana ini telah memutarbelitkan kenyataan bertulis saya semalam. Saya tidak langsung menyentuh tentang larangan remaja Islam menyambut Hari Valentine. Sebaliknya saya mahu rakyat lihat hasutan jahat melabelkan amalan orang bukan Islam sebagai berdosa di kalangan orang Islam dan melabelkan Negara-negara Islam sebagai mundur, miskin, korup dan tidak demokratik di kalangan orang bukan Islam.

Tindakan tidak bertanggungjawab Utusan berterusan bukan hanya terhadap pemimpin PR malah terhadap wartawannya sendiri yang mendukung prinsip kebebasan akhbar seperti Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari. Saya cabar Utusan Malaysia membuktikan ia bela kebenaran dangan menyiarkan penuh kenyataan saya untuk menunjukkan hakikat sebenarnya.

“ Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Dalam Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Tahun Arnab Anjuran Cabang Tanjung PKR Pada 13.2.2011

Rakyat Mesti Menolak Hasutan Ekstremis Dan Berbau Perkauman Yang Melabelkan Orang Bukan Islam Sebagai Berdosa Dan Negara-negara Islam Adalah Mundur, Miskin, Korup Dan Tidak Demokratik.

Rakyat mesti menolak hasutan ekstremis dan berbau perkauman yang melabelkan orang bukan Islam sebagai berdosa, khususnya dalam media yang dikuasai BN, kerana menyebarkan maklumat palsu bahawa amalan tradisi Kristian dan Hari Kekasih Valentine Day adalah berdosa. Pada masa yang sama ada pemimpin BN yang melabelkan negara-negara Islam sebagai mundur, miskin, korup dan tidak demokratik.

Jelas sekali permainan perkauman dan ekstremis ini bertujuan untuk pecah-belahkan rakyat dengan melaga-lagakan antara agama agar pemimpin BN boleh terus memerintah dan skandal rasuah yang kian berleluasa. Keengganan BN menjawab skandal tentang RM888 bilion wang yang dibawa curi-curi keluar secara haram dalam 9 tahun di antara 2000-2008, amat tidak bertanggungjawab kerana ia melibatkan jumlah wang besar. Betapa besarnya boleh dilihat sekiranya RM888 bilion diagihkan kepada 27 juta rakyat Malaysia, maka setiap orang akan menerima RM 33,000/-! Atau kini setiap orang dewasa, kanak-kanak dan bayi telah kehilangan RM33,000/-.

Sepenuhnya sila baca di SINI"




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...