TERKINI :

Friday, February 11, 2011

Siapa yang Patut Berasa "Malu", Menteri atau MB?



Menteri yang mengeluarkan kenyataan dalam berita di atas sering menjadi "mangsa belasahan" dalam tulisan di blog pro-UMCO. Alasan utama jurublog UMCO "membelasah" menteri ini kerana dia dikatakan "lembik" mengambil tindakan terhadap sesuatu perkara/isu. Namun, apabila melibatkan pihak pembangkang, nada menteri ini berubah.

Hari ini diberitakan di Utusan bahawa menteri itu mendakwa MB Selangor sepatutnya berasa malu kerana perkara (memohon untuk menubuhkan polis bantuan) tidak akan diluluskan. Saya ulang, harus berasa malu kerana permohonan itu tidak akan diluluskan. Saya ingat malu sebab apa? Perlukah menteri ini mengeluarkan kenyataan yang jelas menunjukkan sikap diskriminasi kerajaan pusat kepada kerajaan negeri?

Isu ini bermula apabila kenyataan MB Selangor tentang hasratnya memohon kepada kerajaan pusat untuk menubuhkan pasukan polis tambahan sendiri kerana mengikut dakwaannya, kadar jenayah di negeri itu semakin meningkat disiarkan di beberapa akhbar dan portal berita.

Namun, hasrat MB Selangor itu disambut dengan nada angkuh oleh menteri berkenaan. Katanya, alasan yang dinyatakan oleh MB Selangor bahawa penubuhan pasukan polis tambahan itu penting kerana peningkatan kadar jenayah di Selangor adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Kata menteri itu, "Kadar jenayah di Selangor telah menurun, malah kerajaan negeri itu tidak pernah sekalipun tampil membantu polis melaksanakan program kepolisan masyarakat selama ini." Wow! Siapa yang percaya kadar jenayah di Malaysia bukan sahaja di Selangor telah turun? Sila angkat tangan! Untuk makluman, Selangor dihuni lebih kurang 5.4 juta warganegara Malaysia dan jumlah itu menunjukkan Selangor memiliki penduduk paling banyak di Malaysia. Selangor juga menjadi tumpuan utama pendatang asing sama ada yang datang secara halal atau haram.

Akhbar yang sama pada 5/2 ada menyiarkan temu bual dengan Ketua Polis Selangor. Dalam temu bual itu, beliau jelas menyatakan bahawa anggota polis di Selangor tidak mencukupi dan pihak polis di negeri itu terpaksa menjalankan pelbagai program/strategi untuk mengatasi masalah itu termasuklah melancarkan Ops Payung dan kad sektor. Jadi berdasarkan kenyataan KP Selangor itu sudah wujud kewajaran MB Selangor memohon penubuhan polis bantuan daripada kerajaan pusat. Jika Selangor kekurangan anggota polis, bagaimana keluar kenyataan indeks jenayah di Selangor menurun?

MB Selangor dalam suatu kenyataannya kepada media sebelum ini menjelaskan bahawa “Saya menulis kepada YB Menteri Dalam Negeri supaya hasrat Kerajaan Selangor untuk menubuhkan Pasukan Polis Bantuan menjadi kenyataan. Keselamatan rakyat adalah keutamaan kerajaan negeri, dan tiada alasan munasabah mengapa kerajaan Persekutuan harus menolak tawaran kami untuk menyumbang sumber tenaga dalam usahasama menjaga keselamatan rakyat.”

Tambahnya, “Kerajaan Selangor komited untuk menubuhkan Pasukan Polis Bantuan ini dengan hasrat menyediakan persekitaran kehidupan yang aman selaras dengan misi Kerajaan Negeri menjadikan Selangor sebagai negeri idaman, tenteram dan berkebajikan.”

Jadi, wajarkah menteri itu menempelak hasrat MB Selangor dengan memintanya berasa malu sedangkan tujuan MB Selangor jelas untuk kepentingan rakyat negeri tanpa mengira kaum dan fahaman politik? Ringkasnya, polis bantuan ini untuk menjaga menteri, tokoh politik dan ahli BN juga. Malah hal ini disokong dengan hakikat bahawa PDRM Selangor kekurangan anggota untuk memastikan rakyat di negeri itu bebas daripada ancaman penjenayah. [http://duniacacamarba.blogspot.com]

Valentine: Biar maksiat banyak, demi pelancong!

Isu Valentine: Menteri terima ratusan panggilan



Cadangan 'kekang aktiviti tidak bermoral' oleh Pemuda PAS menyebabkan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menerima ratusan panggilan telefon daripada mereka yang bimbang dengan perkara itu.

ng yen yenMendedahkan perkara tersebut kepada pemberita di Kota Baharu hari ini, Menteri Pelancongan itu berkata panggilan terbabit datang daripada pelbagai pihak termasuk pelancong asing.

"Para pemanggil berasal dari industri pelancongan luar dan dalam negara. Kenyataan tersebut boleh menyebabkan ketakutan atau kebingungan pada pelancong asing untuk datang ke negara kita dan perkara itu akan membuat mereka berfikir dua kali untuk mempromosikan Malaysia," katanya.

Ng yang ditemui selepas Majlis Riang Ria Tahun Baru Cina, berkata keadaan itu menunjukkan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan tersebut boleh membawa kesan buruk kepada sektor pelancongan negara.

Nasrudin sebelum ini dilapor meminta negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat melaksanakan kempen mengekang gejala tidak bermoral pada Hari Kekasih yang disambut masyarakat dunia pada setiap 14 Februari.

Mengulas lanjut, Ng berkata beliau tidak nampak kewajaran melaksanakan kempen sedemikian yang boleh mencetuskan rasa tidak senang kepada pelancong asing di negara ini.

"Mengapa ada keperluan untuk memiliki polis moral berlari-lari dan meletakkan ketakutan pada pelancong asing yang akan berasa tidak selesa untuk menikmati percutian mereka di Malaysia," katanya.

--Bernama

Video terkini yang bikin orang di Putrajaya tidoq tak lena..!!



Seteru Mustafa Mohamad sudah di bebaskan dari pertuduhan oleh mahkamah.

Apandi Dibebas Dari Tuduhan Rasuah

SELEPAS tujuh tahun yang Dipertua Pas Jeli, Apandi Mohamad menanti keadilan berhubung dakwaan ke atasnya membabitkan pemalsuan dokumen akhirnya hari ini kebenaran berpihak kepadanya apabila Mahkamah membebaskan beliau dari tuduhan berkenaan.

Apandi, 50 (foto) dibebaskan oleh Hakim Nasir Nordin kerana mendapati pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan kes prima facie terhadap bekas ahli Parlimen Jeli 1999 - 2004 itu.

Beliau disiasat oleh SPRM atas beberapa tuduhan memalsukan dokumen semasa menjadi ahli Parlimen. Pertuduhan dikenakan ke atasnya mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Bagi setiap tuduhan, beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara 11 Feb 2002 dan 23 Julai 2003 di Cawangan Kewangan, Pejabat Parlimen Malaysia, Jalan Parlimen di Kuala Lumpur.

Tuduhan itu yang sejak awal dirasakan satu tindakan politik ternyata benar bila mana Mahkamah akhirnya membebaskan Apandi hari ini.

Kelewatan menyelesaikan kes tuduhan itu juga dilihat sengaja diperpanjangkan atas motif-motif tertentu.

Apandi merupakan calon Pas yang berjaya mengalahkan Mustapa Mohamad di kerusi Parlimen Jeli tahun 1999. Kejayaan Apandi menumbangkan Mustapa tahun itu dianggap sebagai The Giant Killer kerana Mustapa seorang menteri. Kejayaan Apandi itu sekaligus melonjakkan namanya dalam arina politik. Ini ditambah lagi dengan kemampuan Apandi menjadi seorang pembahas yang kompeten di Parlimen.

Kekalahan Mustapa ditangan Apandi itu menyebabkan Mustapa bangkit melakukan apa saja untuk merampas balik kerusi berkenaan. Ini termasuklah menambah pengundi di Jeli serta mengenakan pelbagai tindakan politik ke atas Pas.

Hasilnya dalam pilihan raya umum 2004 Mustapa berjaya merampas balik kerusi berkenaan dan sekali lagi dalam pilihan raya umum 2008 lalu dengan kedua-duanya menewaskan Apandi. Apandi yang menghadapi tentangan Mustapa ketika itu persis kedua belah tangannya tergari kerana kes rasuah itu belum selesai.

Pembebasan yang dibuat mahkamah ke atas Apandi hari ini memberi ruang baru kepada Apandi untuk bergerak akrtif dalam parti tanpa dibayang sebarang phobia yang boleh melemahkan semangatnya.

Tahniah kepada Apnadi atas kesabaran menghadapi trubulasi perjuangan selama sepuluh tahun. Tahniah dan syabas juga kepada isteri dan keluarganya yang terus memberi sokongan dan aspirasi kepada Apandi selama menghadapi tempoh meresah dan mencemaskan itu. [wm.kl.12:50 t/hari 11/02/11]

Mohd Sayuti Omar

Bukan Sumpah Tutankhamun, Bukan Salah Jebat Derhaka

Pagi masih awal. Sekumpulan demonstran sedang membuat senaman ringan. Ada yang masih lena tidur, dingin diselimuti hawa pagi. Pihak tentera bertukar giliran mengawal keadaan. Khemah-khemah besar kelihatan merata-rata. Dataran Tahrir telah menjadi tempat tinggal bagi sebahagian besar warga. Begitulah fenomena di Kaherah sekarang ini. Rakyat Mesir sedang menunggu era kegemilangan mereka.

Sumber Gambar: Reuters

Sejak bermulanya revolusi lebih kurang tiga minggu lalu, ekonomi Mesir telah lumpuh. Kedai-kedai, pejabat dan perusahaan telah ditutup. Sebahagian besar pekerja sibuk membuat kerja baru mereka kepada negara; menurunkan pemimpin melalui jalan raya! Kerajaan Mesir mahu "krisis ini dihentikan segera". Rakyat sudah tidak peduli malah makin seronok berdemonstrasi.

Demonstrasi adalah pesta demokrasi. Seorang teman saya melawak. Beliau berkata bahawa demonstrasi di Mesir ini sudah menjadi sebuah budaya yang dilihat cool dan hip. Walaupun protes ini telah mengorbankan sekitar 300 orang, rakyat Mesir sama sekali tidak gentar malah semakin berani dan bersemangat. Perjuangan untuk membebaskan negara dari cengkaman kukubesi harus diteruskan!

Ruang untuk terus berkuasa semakin suntuk buat regim Hosni Mubarak. Kerajaan Mesir melalui Timbalan Presidennya Omar Sulaiman cuba berkompromi dengan para demonstran tetapi menemui jalan buntu. Malah, lebih ramai rakyat dan kesatuan-kesatuan pekerja turun ke jalan raya bersama yang lain. Mereka terdiri dari pekerja-pekerja sektor elektrik, mekanikal, keretapi, pekerja bas, pekerja kilang tekstil, tidak terkecuali para doktor dan sebagainya.

Menurut agensi berita AP, kehadiran semakin ramai demonstator ke jalan raya adalah disebabkan mereka "termotivasi" dengan maklumat terkini yang menyatakan jumlah harta terkumpul keluarga Mubarak! Mubarak dipercayai manusia paling kaya di dunia. Menurut laporan The Guardian; harta keluarga diktator itu bernilai sekitar USD70 billion! Sekiranya di Malaysia; orang Melayulah yang paling suka pemimpinnya kaya walaupun dia hidup melarat. Katanya "...asal Melayu tak apa..."

Hosni cuba rasuah kakitangan awam

Untuk meredakan kebangkitan rakyat, Hosni Mubarak (gambar bawah) dilihat cuba merasuah sebahagian kakitangan awam dan pesara tentera dengan menawarkan kenaikan bayaran dan gaji sebanyak 15% bermula April ini. Malangnya, tawaran ini tidak mendapat tempat di hati. Apalah sangat 15% dengan kesengsaraan yang dihadapi rakyat selama ini. Rakyat Mesir telah sedar. Pemerintahan kuku besi Mubarak selama 30 tahun bukanlah suatu jangka masa yang pendek.

Sumber Gambar: Reuters

Telah lama kebebasan bersuara disekat. Ramai pejuang dan aktivis ditangkap dan dibunuh. Ramai rakyat Mesir yang menderita akibat kemiskinan dan tekanan hidup. Pengangguran mencatatkan kadar sehingga 30%. Apakah semua ini adalah sebab rakyat malas bekerja? Apakah ramai rakyat Mesir menderita kerana sumpah Tutankhamun ribuan tahun dahulu? Tidak. Ini semua berlaku akibat rasuah, salahguna kuasa dan "bad governance".

Rasuah bermaharajalela di Mesir. Sama halnya yang berlaku di Tunisia, Yaman dan negara-negara Arab yang lain. Duit negara dibazirkan dan diselewengkan sewenang-wenangnya. Berbilion-bilion dolar telah masuk ke poket pemimpin tertentu.

Semakin hari semakin ramai rakyat mesir berhimpun di Dataran Tahrir. Jalan-jalan di sekitar Kaherah-Iskandariah dipenuhi dengan lautan manusia yang terus bangkit mendesak regim Mubarak supaya berundur. Penganut Islam dan Kristian bersatu bergandingan tangan. Malah, sejak akhir-akhir ini, anggota tentera dan polis kelihatan sangat akrab dengan demonstrator. Ini merupakan isyarat kepada regim Mubarak agar turun segera!

Demonstrasi solidariti di Malaysia

Sebagai sokongan kepada Revolusi Sungai Nill ini; Jumaat lalu, Kuala Lumpur disaksikan dengan perhimpunan solidariti yang berarak dari masjid As-Syakirin KLCC ke kedutaan AS. Perhimpunan ini lebih disertai lebih kurang 7000 demonstrator yang terdiri dari rakyat Malaysia dan rakyat Mesir sendiri.

Walaupun ini merupakan sebuah demonstrasi aman, kerajaan Malaysia begitu serius menangani demonstrasi ini (malah demonstrasi-demonstrasi lain). Aksi Polis memukul, sepak dan meludah demonstran tidak kurang sama dengan apa yang berlaku di Mesir bahkan Israel. Sebagai negara dunia ketiga yang sedang membangun dengan pesat, kerajaan sepatutnya bertindak matang dalam menghadapi situasi sebegini. Demonstrasi aman merupakan sebuah hak dalam sesebuah negara demokrasi.

Sumber gambar: Reuters

Apa yang berlaku di Mesir sepatutnya menjadi pengajaran kepada seluruh kerajaan yang ada di dunia. Rakyat Mesir telah keluar dari ketakutan yang menghantui diri mereka selama ini. Ugutan pihak kerajaan sama sekali tidak mematahkan semangat mereka untuk terus teguh mendesak regim Mubarak berundur.

Saya masih ingat ketika zaman reformasi 1998. Masa itu saya baru berumur 17 tahun. Pada waktu itu, kadar penggunaan internet agak terhad. Kebanyakan maklumat yang sampai ke tangan adalah melalui fotostat, kaset-kaset dan VCD. Dan sekarang, situasi telah jauh berbeza (sangat jauh); segalanya diketahui melalui internet dengan mudah dan pantas di manapun kita berada. Rakyat Malaysia tahu apa yang sedang berlaku.

Kerajaan Malaysia perlu sedar bahawa saat ini adalah saat kritikal bagi rakyat dalam menghadapi masalah ketidaktentuan ekonomi. Rakyat sedaya upaya berjuang untuk kehidupan mereka yang lebih baik. Apakah ertinya jika saat kritikal ini tidak dikongsi?

Kerajaan perlu tahu bahawa bukan semua rakyat bekerja sebagai kakitangan awam yang boleh dikatakan berada pada skala kehidupan yang berbeza. Malah ramai rakan-rakan saya yang menjawat jawatan sebagai pekerja kontrak dan sambilan di sektor kerajaan telah tidak disambung kontrak mereka. Apakah makna semua ini? Ya. Kerajaan bertindak begini mungkin sebagai langkah berjimat cermat (kononnya).

Dalam situasi ekonomi dunia yang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, saya hairan mengapa kerajaan boleh menamatkan kontrak sebahagian penjawat awam dan berbelanja jutaan ringgit untuk perkara yang membazir? Saya merujuk kepada pendedahan pemimpin pembangkang bahawa pembelian enam kapal tentera laut oleh Kementerian Pertahanan di mana pihak kementerian bersedia membayar RM6 bilion untuk kapal-kapal tersebut. Pada masa yang sama; rakyat mempersoalkan mengapakah pembelian itu 870% lebih mahal dari bayaran negara lain untuk kapal yang sama? Apa yang telah berlaku sebenarnya? Duit rakyat keluar begitu sahaja dengan mudah.

Takkan kita sudah lupa, kerajaan Malaysia dilihat sangat membazir dengan melantik APCO sebagai syarikat perundingan antarabangsa dengan membayar lebih RM76 juta setahun. Isu ini telahpun mendapat liputan meluas. Tak perlulah saya menjelaskan lagi. Ini tidak lagi mengambil kira projek-projek kerajaan yang lain.

Bagaimana pula dengan pendedahan oleh Anwar Ibrahim mengenai "skandal" yang melibatkan RM888 billion yang lesap dalam tempoh sembilan tahun? Selain itu, rakyat juga persoalkan di mana datangnya peruntukan untuk FLOM dan mengapa peruntukan untuk ubahsuai Seri Perdana sehingga RM65 juta?

Duit negara dilihat keluar dengan mudah. Kerajaan mungkin akan berkata bahawa ia adalah satu "pelaburan" untuk masa akan datang. Saya yakin rakyat tahu. Semuanya terang lagi bersuluh. Kita tidak mahu segala penyelewengan ini mengundang kemusnahan untuk Malaysia. Malah kita sebagai rakyatlah yang menanggung beban perbelanjaan oleh kerajaan.

Harga petrol naik beberapa kali dalam satu jangka masa yang dekat. Kenaikan ini disertai dengan kenaikan harga makanan dan barang keperluan yang lain. Kasihan melihat rakyat terutamanya golongan berpendapatan sederhana dan rendah menanggung kesan kenaikan ini. Apabila kadar jenayah semakin berleluasa, apabila tekanan hidup semakin dirasai, apabila rasuah dianggap perkara biasa, apabila pemimpin korup dianggap bersih. Apakah semua ini merupakan petanda kejatuhan sesebuah negara?

Bukan salah kalau Jebat derhaka lagi. Kita berdoa agar Malaysia akan terus aman dan makmur. Kita mahu kekayaan negara dapat dirasai oleh seluruh rakyat. Kita tidak mahu ekonomi Malaysia lumpuh seperti apa yang berlaku di Mesir.

*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas.

Merdeka Review


Isu Jejantas RM70,422 semeter : menteri belum beri jawapan..!!

Jejantas: Menteri Wilayah didesak berikan jawapan

KUALA LUMPUR, 11 Feb: Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail didesak memberikan jawapan tepat berhubung persoalan berbangkit berkaitan pembinaan jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter menghubungkan KLCC dengan Hotel Impian.

Desakan itu dibuat ekoran Raja Nong Chik dan Ahmad Fuad sehingga kini masih diam membisu bagi menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Fasa pertama projek jejantas pejalan kaki berhawa dingin di ibu negara yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ke Hotel Impiana KLCC itu telah dilancarkan oleh Raja Nong Chik dan Ahmad Fuad pada 7 Februari lalu.

Jejantas hanya sepanjang 142 meter yang dilengkapi sistem penghawa dingin dan eksalator itu dibina dengan kos amat tinggi sehingga RM10 juta atau dengan nilai RM70,422 semeter, sehingga menimbulkan pelbagai persoalan kepada pelbagai pihak.

Nurul Izzah Anwar ketika membuat desakan itu berkata, disebabkan kosnya yang terlalu tinggi, Raja Nong Chik dan Ahmad Fuad tidak sepatutnya berdiam diri bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan mengenai jumlah sebenar perbelanjaan jejantas itu.

Menurut beliau, disebabkan jejantas itu berhawa dingin dan melibatkan penggunaan elektrik, bagaimanakah pula dengan kos penyelenggaraan dan pendendaliannya pada masa depan yang pasti meningkat akibat peningkatan unit elektrik.

"Oleh kerana syarikat-syarikat terbabit berkaitan dengan kerajaan dan badan-badan kerajaan termasuk Petronas, KLCC Holdings Sdn Bhd, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Prasarana, adakah proses tender terbuka dilakukan dan apakah ada pilihan-pilihan yang lebih murah?" katanya.

Bercakap kepada pemberita pada sidang medianya di Jalan Pinang, di sini, hari ini, beliau yang juga Naib Presiden PKR turut mengajak pelbagai pihak membuat perbandingan antara jejantas itu dengan jejantas di Singapura yang juga berhawa dingin, tetapi dibina di bawah tanah yang pasti melibatkan kos lebih tinggi dengan mengambil kira kos penggalian dan kos-kos lain.

"Pembinaan jejantas di Singapura diselenggarakan Perbadanan Pembangunan Semula Bandar (Uban Redevelopment Authority, URA. Syarikat swasta yang bertanggungjawab membina jejantas-jejantas di bandar tersebut dipilih menerusi sistem bidaan terbuka," katanya.

Kos pembinaan jejantas di Singapura juga, menurut beliau, dihadkan kepada $14,000 (RM33,400) untuk setiap meter persegi bagi pembinaan di tanah milik kerajaan di kawasan membeli-belah Orchard Road, berbanding kos pembinaan jejantas di KLCC bernilai secara purata RM70,422 semeter.

Sehubungan itu, beliau turut mendesak Raja Nong dan Ahmad Fuad memberikan jawapan bagaimanakah kos pembangunan RM70,422 semeter bagi jejantas itu diputuskan?

"Adakah wujud formula khusus yang menyimpulkan kos sebesar itu yang ditanggung oleh Petronas dan Prasarana, bukan sahaja melibatkan jejantas itu, tetapi juga jejantas-jejantas lain yang melibatkan Petronas dan Prasarana? tanyanya.

Menerusi laporan Belanjawan DBKL 2009, dinyatakan bahawa 72 jejantas pejalan kaki disediakan di bawah seliaan DBKL, manakala 35 buah lagi telah ditaja oleh syarikat swasta.

"Apakah status kesemua 107 jejantas pejalan kaki yang diumumkan bagi tahun 2009 itu? Berapa pula kos purata bagi penyelenggaraan jejantas-jejantas tersebut?" katanya.

Memandangkan kos sara hidup rakyat akan terus meningkat dengan terlaksananya potongan subsidi secara berdikit dan konsisten oleh Kerajaan Pusat, beliau mendesak Raja Nong Chik dan Ahmad Fuad menjawab kesemua persoalan itu supaya rakyat yakin tidak ada satu senpun wang negara dibelanjakan tanpa penelitian serius dan tanpa pembaziran.

Turut hadir pada sidang media itu termasuklah Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun dan pembantu khas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua iaitu Rozan Azen.

Jakim edar 15,000 risalah anti-Valentine

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengedarkan kira-kira15,000 kit anti hari kekasih sempena pelancaran kempennya di Putrajaya Malam ini.

Penolong Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim Zakuan Sawal berkata, dalam program itu, setiap 30 wakil persatuan mahasiswa dan NGO belia daripada seluruh negara akan berikan 500 kit untuk diedarkan di tempat masing-masing.

"Ia (kandungan kit) antaranya keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, pelekat, risalah dan lencana (anti hari kekasih)," katanya kepada Malaysiakini.

"Mereka boleh edarkannya mulai hari ini hingga 14 Februari (hari sambutan). Terpulanglah pada mereka."

NONESementara itu, pengarah bahagian itu Saimah Mukhtar (kiri) pula menjelaskan, kempen anti hari kekasih - yang akan dilancarkan oleh Ketua Pengarah JAKIM Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz - diadakan pertama kali tahun ini ekoran program sebelumnya yang "tidak menonjol."

"Bukanlah tak berkesan, tetapi tak menonjol. Sebelum ini kita buat macam ceramah di masjid, anak orang pergi masjid sahaja yang terlibat.

"Sebab itu kali ini kita buat satu kempen," katanya sambil memberitahu pihaknya turut mengadakan kempen maya bagi membendung aktiviti itu.

Libatkan Imam Muda

Saimah berkata, penganjuran program dan kempen itu dibuat ekoran kebimbangan mereka terhadap gejala negatif yang mungkin muncul akibat sambutan hari kekasih.

"Kalau setakat hendak beri bunga (pada kekasih) kita tidak kisah sangat. Tetapi ada yang hancur pada malam itu.

"Kita ada bukti dan pengakuan terdapat yang terlanjur sampai melahirkan anak luar nikah, bukannya sekadar cakap-cakap sahaja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Semalam, Pegawai Perhubungan Awam Jakim Asian Alkharib Shah memberitahu, kempen itu akan dilancarkan sebagai kemuncak acara "Bicawara dan Pelancaran Kempen Awas! Jerat Velentine's Day" yang melibatkan penyertaan lebih 1,000 orang, kebanyakan mahasiswa.

Menurutny, penganjuran program itu sejajar dengan keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2005 bahawa hari kekasih tidak pernah dianjurkan Islam, mempunyai unsur-unsur Kristian, bercampur dengan perbuatan maksiat serta dilarang Islam.

Forum yang bermula pada jam 8 malam ini melibatkan tiga panel daripada Jakim, rumah kebajikan Raudhatus Sakinah dan juara program televisyen realiti Imam Muda Muhammad Asraf Ridzuan, tambah Asiah.

Ekspedisi Kami Prihatin di malam Hari Kekasih

Saidah Hairan

KUALA LUMPUR, 11 Feb: Sempena sambutan Hari Memperingati Kekasih Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat mengambil kesempatan untuk mendekati dan bermesra dengan golongan remaja dengan membawa pendekatan ekspedisi Kami Prihatin.

Saban tahun Hari Memperingati Kekasih itu disambut oleh golongan remaja di kawasan peranginan, taman-taman bahkan ada yang tidak segan silu di kawasan umum dengan melakukan adegan maksiat.

Bagi mengatasi sambutan Hari Memperingati Kekasih berterusan ditambah dengan perbuatan maksiat, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat di bawah pemangkunya, Dr Siti Mariah Mahmood akan mengadakan ekspedisi tersebut pada malam Isnin 14 Februari ini.

Beliau menyeru semua Lajnah Kebajikan di peringkat Kawasan dan Negeri mesti melakukan ekspedisi Kami Prihatin dengan mendekati golongan remaja dengan penuh kasih sayang.

"Kami akan mendekati golongan remaja untuk berkongsi segala masalah mereka, bercakap seperti kakak dengan adik; ibu dengan anak; abang dengan adik bukan untuk menghukum mereka," katanya.

Di Kuala Lumpur katanya, ekspedisi itu akan bermula selepas solat Isyak dan berkumpul di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Beliau mengalu-alukan sukarelawan yang berminat untuk menyertai ekspedisi Kami Prihatin hadir ke Pejabat Agung PAS atau hubungi terus pihak Sektariat Haji Zainal 012 - 3135471.

Harapannya semua AJK Lajnah Kebajikan di peringkat Negeri mengambil insiatif untuk mendekati golongan remaja dengan penuh kasih sayang bukan menghukum mereka pada malam Hari Memperingati Kekasih, 14 Februari nanti.

30,000 pemuda PAS berhimpun di Alor Setar


http://img130.imageshack.us/img130/3235/himpunan30000banner.jpg

KUALA LUMPUR, 11 Feb: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah bersiap sedia menjadi tuan rumah Himpunan 30 000 Pemuda PAS seluruh negara yang akan diadakan pada 19 Februari ini.

Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Ahmad Yahya (gambar) ketika di hubungi Harakahdaily hari ini berkata, persiapan untuk menganjurkan himpunan tersebut telah dilakukan dengan baik.

"Kita (Pemuda PAS Kedah) dah buat beberapa persiapan dan sekarang hampir 70 peratus persiapan itu dah siap.

"Antaranya kita buat persiapan dari segi tempat berhimpun, dan kita juga membuat persiapan dari segi tempat tinggal peserta himpunan yang datang dari jauh. Makan minum juga kita sediakan untuk makan tengahari," ujar Ustaz Ahmad.

Menurut Ustaz Ahmad, Negeri Kedah di jadikan tuan rumah perhimpunan ini adalah sebagai isyarat bahawa Kedah mesti di pertahankan pada PRU-13 nanti.

Himpunan 30 000 Pemuda itu merupakan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat adalah untuk menyemarakkan semangat jihad pemuda dalam menghadapi PRU-13 serta menonjolkan kekuatan pemuda.

Himpunan tersebut akan diadakan di Kompleks PAS Negeri Kedah, Simpang Empat pada hari Sabtu, 19 Februari nanti menggunakan tema 'Masa Untuk Berubah'.

Pelbagai program telah dirangka untuk program ini untuk dijadikan pengisian.

REJIM YANG ZALIM MESTI DITUKAR!

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)

Dunia Arab bergolak. Dari Tunisia ke Mesir dan biarlah ia menjalar ke seluruh pelusuk daerah yang dikuasai oleh rejim yang zalim; yang menghina agama, menghisap darah rakyat, memundurkan negara, memerintah untuk kepentingan kroni dan keluarga, mengaut kekayaan peribadi sedangkan rakyat dalam kemiskinan. Memang sepatutnya telah lama ia bergolak. Persis seperti kata ‘Ali bin Abi Talib r.a:

“Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Rakus

Dunia Islam adalah dunia yang kaya. Kedudukan negara-negara umat Islam amat strategik. Malangnya, ramai para penguasa yang zalim dan korupsi menguasai politik. Lihatlah Tunisia, walaupun majoriti penduduknya muslim tetapi pemimpinnya di samping zalim dan khianat, mempersendakan agama; memperlekehkan puasa Ramadan, mengharamkan tudung kepala (hijab) ke atas wanita dan pelbagai lagi.

tunisia_first_lady_leila_ben_ali.jpg

First Lady Tunisia - Leila Ben Ali

Isteri Ben Ali bekas Presiden Tunisia yang diusir oleh rakyatnya bernama Leila al-Tarabulusi yang dulu ‘First Lady Tunisia’, dilaporkan oleh media Perancis membawa lari emas Tunisia ke Dubai seberat 1.5 tan. Semasa berkuasa, beliau atas nama suami bermewahan dengan harta negara. Padah perbuatan suami, ditambah dengan sikap ‘berlebihan’ isteri dan keluarga.

Lihatlah Mesir, jika pemimpinnya amanah betapa besar kekayaan yang dapat dikaut dari hasil Suez Canal atau Terusan Suez yang menghubungkan antara Laut Mediterranean dengan Laut Merah. Tax dari terusan tersebut jika diuruskan dengan betul menjadi sumber yang amat besar untuk negara itu. Bahkan dikatakan mampu membiayai setiap warga Mesir.

Mesir ada gas. Mubarak salurkannya kepada negara haram Israel. Israel membeli gas Mesir lebih murah dari rakyat Mesir sendiri. Sungai Nil yang subur tidak diusahakan secara bersungguh oleh Kerajaan Mesir, bahkan mereka masih mengimport makanan dari luar. Rakyat Mesir ramai yang hidup dalam kemiskinan. Dilaporkan lebih 42 peratus dari 81 juta lebih rakyat Mesir berada di bawah paras kemiskinan. Jutaan rakyat hidup tanpa rumah dan makan. Peranan Mubarak hanyalah menjaga kepentingan diri, kroni, Israel dan Amerika!

Itu di Mesir, di sana masih ada lagi Syria, Yaman, Morocco dan lain-lain yang hampir sama keadaannya. Malang sekali, di bawah rejim-rejim yang berkuasa itu media dibisukan, fakta dibohongi dan rakyat diperbodohkan. Nyawa dan darah rakyat begitu murah. Mereka menyeksa dan membunuh pengkritik. Gambar rejim-rejim ini diangkat dan disanjung secara upah ataupun paksa. Rakyat hidup menderita dan kelaparan. Kekayaan dibahagi secara songsang. Harta setiap pemimpin dan keluarga mereka mencecah ratusan billion dolar, sedangkan pendapatan rakyat tidak sampai satu dolar pun sehari. Bahkan ada pendapatan yang tidak sampai seratus ringgit Malaysia sebulan.

Bohong

Para pemimpin yang selekeh dan tidak amanah menguasai kebanyakan Dunia Islam dan Arab. Mereka diagungkan oleh golongan yang berkepentingan dan disokong oleh segelintir rakyat yang diperbodohkan. Barat yang kononnya inginkan demokrasi disebarkan, namun mereka hipokrit dalam masalah Dunia Islam. Mereka membiarkan pemerintah kuku besi terus di tampuk kuasa selagi kepentingan mereka dijaga. Jiwa kapitalis Barat melebihi kehendak demokrasi mereka. Jadi, Dunia Islam bak kata Nabi s.a.w:

“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” (Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Hakim dll. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih dan ini disetujui oleh Al-Zahabi).

Salah Sasaran

Malang sekali, ulama-ulama ‘pro rejim’ seperti Mufti Mesir yang hari ini sibuk menasihati rakyat agar jangan berdemonstrasi dan mengalu-alukan langkah Hosni Mubarak untuk proses pembaharuan, tidak pula selama ini membantah kerakusan kuasa yang berlaku. Pada hari pemerintah mengaut dan menghisap darah rakyat, mereka sibuk membahaskan isu-isu ketaatan rakyat kepada pemimpin dan tidak pula bertegas tentang kewajipan pemimpin menunaikan hak rakyat. Jika Hosni gagal membuat perubahan dalam masa 30 tahun memerintah, apakah mungkin dia boleh melakukannya dalam masa 7 bulan yang dijanjikan?! Jika mampu pun, bererti dia selama ini khianat kerana tidak melakukan pembaharuan itu dalam masa 30 tahun tiba-tiba hari ini dia menyatakan ia boleh dilakukan dalam masa 7 bulan!.

mubarak-image.jpg

Gambar Hiasan

Hari ini golongan agamawan khususnya dari aliran ‘salafi’ sibuk membahaskan tentang demokrasi dan demonstrasi bukan dari ajaran Islam. Bagi saya itu adalah persoalan persepsi bagaimana kita memahami demokrasi dan dalam konteks apa demokrasi itu dilihat. Kita patut bertanya mereka apakah pemerintahan otokrasi atau kukuh besi itu dari ajaran Islam? Apakah membiarkan pemerintah menghisap darah rakyat tanpa membantah itu dibenarkan oleh Islam?

Persoalan falsafah dan konteks demokrasi dan demonstrasi memang patut dibincang dan dihalusi di sudut fekahnya. Namun adalah tidak adil apabila rakyat bercakap soal demokrasi dan demonstrasi lalu fatwa haram atau bid’ah dikeluarkan, sedangkan ketika pemerintah mengamalkan kuku besi, kezaliman, rasuah dan merompak hasil negara, golongan agama ini muncul dalam media untuk hanya mengingatkan rakyat tentang syurga dan neraka, tetapi tidak pula membaca nas-nas agama yang mengingati pemerintah bahawa kezaliman mereka adalah dosa yang amat besar dan neraka yang bakal menanti. Apakah agama hanya candu untuk rakyat bawahan supaya dapat melupakan kerakusan orang atasan?! Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan Ibn Abi ‘Asim. Dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339).

Mengapakah golongan pro-rejim tidak mengingatkan pemimpin mereka tentang hadis Nabi s.a.w: “Allah tidak lantik seseorang hamba itu menguasai sesuatu rakyat kemudian hamba itu mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, melainkan Allah haramkan untuknya syurga” (Riwayat Muslim).

Demonstrasi Aman

Ya, tiada siapa yang bersetuju dengan demonstrasi ganas. Rakyat diharapkan keluar ke jalan dengan aman sebagai tanda bantahan atas kezaliman rejim-rejim mereka. Ia salah satu dari menzahirkan bantahan terhadap kemungkaran. Dalam hadis seorang lelaki datang mengadu kepada kepada Rasulullah s.a.w, katanya:

“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

Demikian, Nabi mengajar bahawa kadang-kala cara menyelesaikan kezaliman dengan mendapat sokongan ramai di jalan. Bantahan orang ramai boleh menakutkan orang yang zalim. Jika sekadar kezaliman jiran kita boleh bertindak sedemikian, apatahlagi kezaliman rejim yang jauh lebih besar dan sukar disingkirkan. Pasti sokongan yang lebih besar dan bantahan di jalan yang lebih hebat diperlukan. Apa yang penting, penunjuk perasaan tidak boleh menumpahkan darah sesama umat Islam dan rakyat, juga tidak merosakkan harta awam dan mereka yang tidak bersalah.

Dunia Arab dan Islam mesti berubah. Eropah telah lama menyingkirkan pemimpin mereka yang korupsi dan kuku besi. Kadang-kala hak binatang yang dinikmati oleh Barat lebih baik dari hak manusia yang hidup di bawah rejim-rejim yang berkuasa di Dunia Arab dan Islam. Jatuh! Jatuh! Jatuhlah segala rejim!.

Isu Roboh Gerai Melayu di Taman Pelangi..??


"Semalam, kebanyakkan blog-blog pro UMNO yang beroperasi dari utara semenanjung iaitu di Pulau Pinang heboh melaporkan kononnya gerai-gerai milik peniaga-peniaga kecil Melayu yang bertempat di Taman Pelangi, Perai, Pulau Pinang telah dirobohkan dengan rakusnya oleh pihak berkuasa tempatan iaitu MPSP.

Mereka menggambarkan seolah-olah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menzalimi para peniaga kecil yang ada di situ.

Rasanya yang mula memutar belitkan isu ini ialah Blog Media Permatang Pauh (korang carilah sendiri..), Blogger atau editor blog tersebut telah menyiarkan beberapa keping gambar dari tempat kejadian dan juga video temuramah dengan beberapa pemilik gerai yang kononnya telah menyokong Pakatan Rakyat semasa PRU yang lalu.Laporan oleh Media Permatang Pauh itu hanya menyatakan gerai milik Melayu tanpa menjelaskan perkara sebenar iaitu Melayu manakah yang dikatakannya itu.. Melayu Malaysia atau Melayu yang datangnya dari Indonesia yang menjalankan perniagaan di situ.

Sekeping gambar dari Media Permatang Pauh kat bawah ni..



Sedikit mengenai Taman Pelangi, merupakan sebuah Taman Perumahan yang terletak berhampiran dengan Kawasan Perindustrian Perai. Suatu masa dulu ketika ianya mula dibangunkan terdapat lebih banyak rumah daripada penduduk sendiri.

Setelah kemasukkan warga asing untuk berkhidmat disektor perkilangan dibenarkan oleh kerajaan, kawasan tersebut mula dipenuhi oleh warga asing.

Ianya bermula dengan kebanjiran warga dari Indonesia terutamanya wanita yang bekerja didalam sector pengeluaran di kilang-kilang yang terdapat di Kawasan Perindustrian Perai.

Kebanjiran mereka ini dalam membantu pengeluaran industry Negara sebenarnya juga mengundang berbagai masaalah social.

Walaupun bukan semua yang terlibat dengan gejala sosial ini, namun tindakan sesetengah mereka yang berpeleseran di waktu malam untuk mengurangkan kegersangan dijiwa mereka telah menyebabkan Taman Pelangi ini juga dikenali sebagai Mini Haatyai.

Setelah kawasan Taman dibanjiri dengan pendatang Indonesia, muncul pula pendatang dari Bangladesh kemudiannya warga Myanmar dan juga Vietnam. Dengan hadirnya warga Vietnam bilangan anjing liar menurun secara mendadak, kerana banyak anjing-anjing itu telah dimakan oleh mereka.

OK.. Berbalik kepada isu kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah merobohkan gerai-gerai milik Melayu.

Perlu diketahui bahawa hampir kesemua gerai-gerai yang telah dirobohkan itu diusahakan oleh pendatang dari Indonesia yang kebanyakkannya tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah, ada antara mereka yang mendirikan gerai secara haram di atas tanah milik kerajaan.

Dan ada juga yang menyewa gerai-gerai yang didirikan juga secara haram oleh penduduk setempat tak kira samada Melayu atau Cina.

Menurut Yang Di Pertua MPSP, pihaknya telah banyak kali menerima aduan dari para penduduk di Taman Tersebut yang mengatakan mereka bimbang dengan keselamatan mereka berikutan dengan terlalu ramai warga asing yang berkampung didalam Taman tersebut.

Mereka juga mempertikaikan mengapa tiada tindakan yang diambil terhadap gerai-gerai yang dimiliki oleh warga asing yang bertaburan di dalam kawasan Taman tersebut jumlahnya dikatakan mencecah ratusan gerai.

Yang lebih bijak mempersoalkan adakah warga-warga asing yang berniaga itu mempunyai lesen? Sedangkan setahu mereka kebanyakkan warga asing yang menjalankan perniagaan itu tidak mempunyai permit masuk ke Negara ini secara sah jadi bagaimana mungkin mereka mempunyai lesen?

Jika mereka berniaga tanpa lesen, jelas mereka tidak perlu membayar sebarang cukai kepada kerajaan negeri dan ini adalah tidak adil buat para peniaga Malaysia yang terpaksa mendapatkan lesen dan juga membayar cukai.

Seterusnya sila sambung bacaan anda di SINI

VD : Kami Pendakwah Bukan Penghukum

1. Biarpun berdepan kritikan pedas dari pelbagai pihak, saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS Malaysia akan terus berjuang dan berdakwah bagi menyelamatkan generasi muda dari terus dimangsakan oleh pelbagai aktiviti tidak bermoral di dalam negara ini. Kami akan turun sebagai Duta penyelamat dan Kasih Sayang dengan membawa misi dakwah untuk mendidik serta membimbing masyarakat khasnya generasi muda muslim hari ini agar tidak hanyut dibawa arus keruntuhan moral.

2. Gerakan dakwah ini akan disemarakkan oleh Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS Malaysia di seluruh negara melalui Dewan Pemuda PAS Negeri - Negeri dengan memilih beberapa lokasi sasaran yang berpotensi berlakunya kegiatan tidak bermoral sempena sambutan Valentine Day .

3. Dakwah atau gerakan mengedar "risalah didikan" serta menyantuni mereka yang terlibat dalam kegiatan tidak bermoral sebenarnya telah menjadi aktiviti rutin Dewan Pemuda PAS Malaysia sejak berzaman lamanya. Sebagaimana Pemuda PAS tegas membenteras kegiatan tidak bermoral didalam politik seperti penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, juga membenteras aktiviti tidak bermoral didalam ekonomi seperti pembaziran dan rasuah, maka Dewan Pemuda PAS juga istiqamah membenteras perlakuan tidak bermoral didalam sosial seperti pergaulan bebas, seks bebas dan vandalisme.

4. Namun kami bukan penghukum, kami juga bukan Polis Moral malah kami bukan penguatkuasa. Kami adalah pendakwah yang bertanggungjawab untuk mendidik rakyat agar tidak terjebak dalam sebarang kegiatan, aktiviti dan perlakuan yang tidak bermoral justeru implikasinya merosakkan maruah diri, nilai tamadun dan nama baik negara.

5. Kami Pemuda PAS sedia menghulurkan kerjasama malah mengharapkan kerjasama dari pihak berkuasa kerajaan negeri khasnya negeri - negeri Pakatan Rakyat untuk turun ke padang menyelamatkan generasi muda dari terjebak dalam kancah moral yang negatif. Kempen No Panties For Valentine Day pada tahun lalu, sebagai contoh kegiatan tidak bermoral yang dibimbangi masih berterusan dalam aktiviti yang pelbagai dan nama yang berbeza untuk mengelirukan orang ramai serta pihak berkuasa.

6. Saya masih percaya bahawa kerajaan negeri - negeri Pakatan Rakyat tidak mahu membiarkan generasi mudanya yang bakal mewarisi kepimpinan negeri dan negara pada masa akan datang terperangkap dalam perlecehan moral yang merosakkan reputasi diri dan nilai maruah mereka. Justeru itulah saya menawarkan kerjasama antara Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan pihak Kerajaan negeri untuk memantau perkembangan dan kegiatan tidak bermoral lalu tampil memberi didikan kepada mereka yang terjebak agar insaf dan tidak membiarkan diri mereka lemas dalam pengaruh nafsu dan syahwat.

7. Suatu sikap yang sangat tidak adil, apabila kita begitu keras dan tegas menentang kegiatan yang tidak bermoral dipentas politik dan ekonomi seperti penyalahgunaan kuasa, pembaziran, rasuah, penipuan dan penindasan tapi kita berdolak dalih dalam usaha memurnikan iklim sosial negara dari kegiatan tidak bermoral seperti seks bebas, vandalism, penyalahgunaan dadah dan sebagainya sedang ia turut membawa kesan yang buruk kepada kesejahteraan, keamanan keharmonian negara.

8. Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak hanya turun pada Valentine Day, tetapi juga pada malam sambutan Ulangtahun Kemerdekaan, Sambutan Tahun Baru dan hari - hari yang dianjurkan pesta atau karnival yang mempromosi atau menggalakkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan tanpa batas . Kami turun sebagai Duta Penyelamat dan Kasih Sayang. Ini adalah sikap Dewan pemuda PAS Malaysia yang diwarisi sejak dulu dan ia bukan pandangan peribadi saya.

9. Kami pemuda PAS tekad akan selamatkan generasi muda muslim dan siapa jua yang mahu dari hanyut dibawa arus maksiat seta mungkar dengan penuh kasih sayang demi masa depan mereka dan juga masa depan negara, biarpun berdepan dengan pihak yang terus mahu menyuburkan aktiviti tidak bermoral dan sengaja tidak mahu memahami hasrat dan tindakan kami.

10. Akhirnya saya terus menyimpan harapan agar Kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat menjadi contoh kepada negara untuk mendidik rakyat bukan sahaja dalam aspek politik dan ekonomi tetapi juga kearah membentuk iklim sosial yang jernih dan harmoni. Bebas dari kegiatan yang tidak bermoral serta meruntuhkan maruah negeri dan negara. Sementara saya tiada authoriti untuk memberi arahan kepada sebuah kerajaan negeri sebagaimana saya juga bukan polis untuk menangkap pesalah. Saya hanya pendakwah bukan penghukum .

Rakaman RTM : Bicara Rakyat - "BUKU JINGGA"



Syabas! YB Husam Dan Pimpinan Exco Kelantan Tutup Mulut Busuk Tok Pa!

Syabas! YB Husam Dan Pimpinan Exco Kelantan Tutup Mulut Busuk Tok Pa! Berita gembira peniaga kecil peniaga Arked Uda dan Bazar MPKB.

KOTA BHARU, 10 Feb: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka membuat pengumuman penting hari ini yang dipercayai mengembirakan para peniaga kecil di Kelantan khasnya peniaga Arked Uda dan Bazar MPKB.

Menurut maklumat tidak rasmi yang diterima Harakahdaily, pengumuman itu dijangka akan dibuat semasa kuliah dhuha beliau di Dataran Ilmu pagi esok.

Dalam mesyuarat kerajaan negeri minggu lepas, Nik Aziz dikatakan bersetuju mengecualikan bayaran apa-apa sewa kepada para peniaga yang berpindah ke Bazaar Tok Guru selama antara 1 - 3 tahun berkuat-kuasa serta merta.

Menurut Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, peniaga di tingkat bawah dijangka akan dikecualikan apa-apa bayaran antara 1 hingga satu setengah tahun.

Peniaga di lot-lot tingkat 1 pula dijangka akan dikecualikan sehingga 3 tahun.

"Perincian mengenainya akan dibincangkan dengan para peniaga nanti," kata Husam.

Nik Aziz dijangka akan bertemu dengan para peniaga kedua-dua pusat perniagaan itu dalam majlis Maulidul Rasul minggu depan.

"Langkah ini adalah sebagai hadiah sempena Maulidul Rasul kepada para peniaga serta dalam rangka kerajaan Kelantan memberikan galakan kepada kepada para peniaga kecil di bandar Kota Bharu," kata Husam.

Low Yat Kelantan

Menurut Husam juga, sejumlah unit lot kedai di tingkat 1 dan 2 akan diperuntukkan kepada para peniaga kecil muda untuk memulakan perniagaan secara percuma.

"Kita akan khaskan untuk peniaga bahan-bahan berasas IT dan Multimedia.

"Tok Guru berharap, Bazar Tok Guru ini akan jadi seperti Plaza Low Yat di Kuala Lumpur," kata Husam.

Tanah Arked Uda

Dalam pada itu, Husam berkata, mesyuarat Exco Rabu lepas telah memutuskan kerajaan negeri mengambil alih semula tanah yang diberi milik kepada Uda di PT 207, Seksyen 11 yang telah diberikan pada tahun 1984 lalu.

Tanah itu sekarang menempatkan peniaga Arked Uda yang terpaksa pindah kerana Uda bercadang membina pangsapuri dan tiga tingkat ruang niaga yang tidak mampu dibeli oleh 115 peniaga Arked Uda sekarang.

"Ruang niaga ini dijangka disediakan Uda dengan kadar harga yang tinggi dan hanya 36 unit sahaja.

"Kerajaan negeri sedia membatalkan tindakan mengambil balik itu jika Uda sedia tempatkan semula kesemua 115 peniaganya di tapak yang sedia ada dalam pembangunan yang dicadangkan oleh mereka," kata Husam.

Husam baru-baru ini telah berunding dengan Pengerusi Uda untuk membincangkan bagi memastikan Uda memasukkan komponen unit-unit kedai peniaga kecil dalam pembangunan mereka.

"Jika Uda enggan, rancangan ambil balik ini akan diteruskan," kata Husam.

Sik promosi pusat pengajian Islam

PEKAN SIK - Keunikan daerah Sik bukan sahaja tertumpu pada keindahan
alam semula jadinya sahaja tetapi turut mempunyai banyak pondok agama
yang masih aktif di sekitarnya.

Pegawai Daerah Sik, Datuk Ismail Said, berkata, pihaknya merancang
untuk menggunakan saluran platform pusat pengajian agama sebagai salah
satu strategi mempromosikan Sik kepada pihak luar seterusnya menarik
mereka berkunjung ke sini.

Menurutnya, pendekatan itu dilihat amat bersesuaian kerana selalunya
bidang promosi lebih tertumpu kepada tempat menarik namun, melalui
pendekatan ini, ia dapat memastikan pondok agama di Sik mempunyai
tarikan tersendiri.

"Selaras dengan perlaksanaan Kempen Sembahyang dan Penghayatan
al-Quran yang diadakan sebelum ini, kami akan berusaha lebih gigih
untuk memastikan pengisiannya lebih padat dan memberi manfaat kepada
masyarakat.

"Jika diikutkan sebelum ini sekretariat kempen itu sering bekerjasama
dengan pondok agama seluruh daerah Sik untuk mengadakan kursus singkat
bagi golongan muda mendalami ilmu agama di situ," katanya pada Majlis
Pelancaran Pelan Strategik Pejabat Daerah Sik (PDS), semalam.

Ismail berkata, sepanjang tahun ini, pihaknya turut menyasarkan
sekurang-kurangnya satu program besar-besaran peringkat daerah pada
setiap bulan, di samping meneruskan pengisian yang diatur sebelumnya.

"Antara program yang dilaksanakan pada bulan Januari seperti Majlis
Bacaan Yasin beramai-ramai di semua masjid, manakala bagi Februari
mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1432 H/2011 M
akan diadakan.

"Selain itu, kami turut mengalu-alukan orang ramai termasuk pelbagai
badan bukan kerajaan (NGO) menyertai perarakan bermula dari PDS
melalui Pekan Sik dan akan berakhir di Pondok Ar-Rahmaniah Tuan Guru
Haji Salleh, Pekan Sik," katanya.

Ismail berharap supaya kakitangan PDS akan menjadikan Pelan Strategik
bagi tempoh 2011 hingga 2015 sebagai panduan terbaik untuk
melaksanakan pelbagai perubahan untuk manfaat bersama.

"Penyediaan pelan ini secara tidak langsung akan dapat memastikan
segala perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan lebih
bersistematik serta tersusun dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan
kepada masyarakat.

"Selain itu, usaha turun padang bertemu sekurang-kurangnya 12 penduduk
bagi seorang kakitangan PDS akan dapat memastikan masalah dapat
disampaikan secara terus serta mengukuhkan silaturahim," katanya.

Azizan sedia bantu isu tanah

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri memberi jaminan akan membantu permohonan
Lembaga Pengelola Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Keat Hwa
berhubung isu pengambilan tanah berstatus rizab Melayu, bersebelahan
sekolah itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Kerajaan Negeri
akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Exco untuk memudahkan
proses pertukaran status tanah (swapping) dengan pihak terbabit
termasuk Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Pejabat Tanah dan
Galian (PTG).

"Sebelum ini lembaga pengelola sudah menyatakan hasratnya dan saya
tiada halangan kerana sekolah berdepan dengan pelbagai masalah jika
gagal mendapatkan tapak itu termasuk untuk membina dewan sekolah dan
elak banjir kilat," katanya.

Menurutnya, memandangkan permohonan tanah berkenaan adalah untuk
menaik taraf kemudahan asas di sekolah itu dan bukannya untuk tujuan
komersil, Kerajaan Negeri bersedia membantu sekolah memiliki tanah
seluas 1.6 hektar itu.

"Kita prihatin dengan masalah mereka kerana sekolah itu mempunyai
pelajar bijak tetapi kemudahan asas amat mengecewakan. Malah dewan
sedia ada hanya mampu menampung sekitar 300 orang sedangkan pelajar
mencecah 2,400 orang," katanya.

Azizan berkata, Kerajaan Negeri amat menitikberatkan isu pendidikan di
negeri ini tanpa mengira kaum, kerana mahu melahirkan generasi Kedah
yang bijak dan berakhlak.

"Kita harus galakkan pelajar dan golongan remaja fokus dalam aktiviti
ko-kurikulum supaya cemerlang. Tidak mustahil jika digilap bakat
mereka, kelak mereka akan mengharumkan nama negeri dan negara,"
katanya.

Sebelum itu, Azizan menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada Pengerusi
Lembaga Pengelola SMJK Keat Hwa, Datuk Teoh Boon Beng untuk menampung
kos pasukan pancaragam sekolah mengadakan persembahan di 'World
Shanghai Music Festival' April depan.

"Pasukan pancaragam ini mengharumkan nama negara, khususnya Kedah
apabila mewakili Malaysia dalam persembahan itu. Saya bangga dengan
pencapaian ini dan mereka berhak mendapat persekitaran sekolah yang
lebih baik atas usaha itu," katanya.

Pengetua SMJK Keat Hwa, Yeoh Chin Seang berkata, 82 ahli pancaragam
itu dijemput mengadakan persembahan di China selepas muncul juara
peringkat kebangsaan dalam pertandingan pancaragam tahun lalu.

Perghh Hebat PakLong nie sanggup berhenti kerja, ternak pokke

BUKIT RAYA – Cicak gecko yang dikenali dalam masyarakat dengan
panggilan gecko, tokek, pokke, tokey dan beberapa nama lain adalah
sejenis cicak besar dan biasa ditemui dalam belukar, semak samun,
rumah tinggal dan timbunan kayu.

Namun, kini haiwan itu diternak secara kecil- kecilan dan besar-besaran.

Sinar Harian difahamkan haiwan itu diternak untuk tujuan kajian
perubatan dan digunakan untuk menghasilkan produk kecantikan. Ini
kerana bendalir yang terdapat dalam badan pokke dipercayai boleh
menjadi antibodi dan pemulih yang cepat kepada penyakit kronik
walaupun sehingga kini masih belum terdapat bukti kukuh khasiat haiwan
itu.

Seorang penggemar dan penternak pokke, Abdul Malik Abdullah yang
berasal di Kampung Rambai di sini berkata, dia sanggup berhenti kerja
bagi menternak haiwan yang dikatakan dapat menjana sumber pendapatan
lumayan.

Menurutnya, dia menternak haiwan itu sambil melakukan perniagaan kopi
campuran untuk menjana pendapatan.

"Saya akui ternakan haiwan ini mampu menjana pendapatan lumayan jika
diusahakan dengan bersungguh-sungguh dan betul.

"Banyak segelintir masyarakat yang beranggapan cerita mengenai pokke
ini adalah dongeng semata-mata namun, bagi penternak pokke yang pernah
memperoleh wang hasil jualan haiwan itu akan beranggapan perkara ini
adalah benar dan akan terus berusaha memburu dan menternak pokke,"
katanya.

Abdul Malik berkata, ramai penternak pokke mengakui memperoleh
pendapatan yang tinggi dan harganya terlalu tinggi kerana melebihi
harga emas.

"Saya berharap masyarakat mengambi peluang menternak pokke kerana
ternakan ini sama seperti perniagaan yang lain seperti burung walid,
gaharu, ikan sangkar, ikan arowana yang mampu memberikan kejayaan
kepada seseorang, " katanya.

Skuad Cakna Terapcare dapat sambutan

PONG MANIS - Penubuhan Skuad Cakna Terapcare (SCTC) mendapat sambutan
baik dalam kalangan remaja dan belia setempat.

Atas sambutan yang diterima itu, penambahan cawangan baru badan
sukarela itu dibuat dan kini ia memiliki 24 cawangan, di sini.

Pengerusi SCTC, Hamizan Amzah berkata, beliau gembira dengan sambutan
yang diberikan remaja setempat dan kepimpinan kampung yang mana pada
awal penubuhannya dahulu keahlian hanyalah sedikit dan hanya di
kawasan tertentu sahaja.

Menurutnya, cawangan yang ke-24 di kampung itu menerima keahlian baru
iaitu seramai 42 anak muda dalam SCTC Padang Terap bagi menggerakkan
aktiviti setempat.

"Sambutan baik terus diberikan anak muda kampung. Keahlian SCTC
dijangka bertambah dari semasa ke semasa kerana masih ada kampung yang
belum menubuhkan cawangan SCTC.

"Banyak aktiviti dan program dirancang dalam SCTC melibatkan program
kebajikan sekitar daerah ini," katanya majlis pertemuan bersama ahli
SCTS.

Hadir sama, Setiausaha Terapcare, Azizan Yusof, kepimpinan peringkat
kampung dan setempat.

Hamizan berkata, sebanyak 23 lagi cawangan SCTC yang ada terdiri
daripada cawangan dari seluruh mukim daerah. Ia juga melibatkan
kawasan Pedu dan Kuala Nerang, antaranya, Kampung Perik, Genting
Palas, Padang Setol, Bukit Buluh, Keda Bukit Kura, Kampung Pokka, Pong
Utara, Bukit Nambua dan banyak lagi.

Hamizan berkata, apa yang dicadangkan dan ditonjolkan selama ini
mendapat respons baik daripada golongan muda setempat.

Hamizan turut mengingatkan golongan muda agar tidak mengetepikan ilmu
agama kerana melalui didikan agama dapat menjadi benteng diri dari
terjebak dalam kancah tidak sihat.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...