TERKINI :

Wednesday, February 9, 2011

Surat Kepada TPM merangkap Menteri Pelajaran

SURAT TERBUKA KEPADA YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN :
TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA.



Perkara: TAWARAN TEMPAT BERTUGAS KEPADA CIKGU-CIKGU BARU DILANTIK.

Terlebih dulu saya mintak maoh kerana saya tak pandai menuleh pasai mengaji tak tinggi.

Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana ataih limpah rahmat dan kurnia-Nya, anak saya telah diterima menjadi sorang cikgu. Saya letakkan harapan yang tinggi semoga anak saya menjadi sorang cikgu yang ikhlaih dalam mendidik murid-murid dia disamping berkhidmat dengan penuh tanggungjawab demi negara.

Walaupun lagu tu, saya ada sikit rasa terkilan tentang pengurusan oleh Jabatan Pelajaran Negeri bab-bab nak hantaq cikgu-cikgu baru dilantik ni bertugaih disekolah dan di kawasan mana.

Saya nak ceritakan pengalaman saya. Kemarin (8/2/2011) anak saya dijemput ke taklimat kepada cikgu-cikgu yang baru dilantik ni di Jabatan Pelajaran Kedah. Bakai-bakai cikgu ni depa tau yang depa akan ditempatkan di Kedah melalui maklumat di internet tapi depa tak di bagitau di sekolah mana dan di daerah mana. Semasa taklimat tu la depa di bagitau yang depa kena pi lapoq diri dan mengajaq di sekolah sekian-sekian pada esok hari.

Pukoi pat petang anak saya pukoi talipon mai kat saya, dia kata: Abah, cek kena mengajaq di Baling. Isok kena pi lapoq diri.

Saya pun jadi kelam kelibut. Sambaq borang cuti, pi sua kat boss. Boss tengok saya mata nin saja. “Ikut peraturan pejabat kita, kalu nak cuti kena isi borang semingu lebih awai. Saya dah plan nak bagi awak buat satu kheja isok.” Kata boss saya. Saya dengan muka belaih kata pulak: “Saya tau boss, tapi ni keh emejensi. Isok nak kena hantaq anak pi Baling. Kena mengajaq disana. Hari ni baru depa bagitau. Jadi pak ni lagu ni la boss. Selagi bab-bab anak pinak ni tak selesai, selama tu la pak jadi seropa cicak putuih ekoq.” Saya cuba bodek boss sikit: “Boss pun tau, bini boss pun cikgu jugak.” Boss pun kata: “Sungguh, bini saya dulu pun lagu tu jugak!”

Hari ni (8/2/2011), bini saya dengan anak yang nak jadi cikgu tu, cerah tak cerah peghecui tala pi Baling bawak segala kain baju, toto dan lain pekakaih penuh dalam kereta seropa orang nak pi meniaga di pekan nat. Saya pulak bo elok cerah tanah, setat mutu tala pi Baling jugak. Dua jam baru sampai. Mutu tu beda anak saya guna nak ulang alik pi mengajaq.

Sampai di sekolah, jumpa dengan sorang warith mai hantaq anak dia mengajaq di sekolah tu jugak. Saya berkenalan dengan dia. Dia kata: “Awat depa buat kalang kabut lagu ni? Nama saja jadi pegawai pejabat pelajaran, tapi buat kheja macam orang tak dak pelajaran!” Jangan marah no, ni dia kata, bukan saya kata. Saya cuma habaq saja.

Saya pun tepikiaq jugak. Pasai apa depa buat kalang kabut? Kalu kita ditawaqkan untuk kheja di sektor awam, kita akan dibagi surat semingu atau dua lebih awai. Dalam surat tu dibagitau, kita kena betugaih di mana dan tarikh bila kena daftat. Bukan hari ni bagi surat, isok kena pi lapoq diri!

Saya ni kira nasib baik jugak. Walaupun dok di Aloq Setaq yang jarak dia dengan Baling lebihkorang 100km, tapi Baling tu bukan asin bagi saya. Saya tau jugak serba sikit jalan dan arah nak ke Baling pasai selalu jugak dok pi mandi ayaq hangat di Ulu Legong. Lagipun adik beradik, pupu poyang ada jugak di Baling.

Walaupun kelam kelibut; tang mana nak cari rumah sewa tapi buleh la takat nak tumpangkan anak semalam dua dirumah pupu poyang. Rumah sewa pulak bukan sa kata pi cari, la la tu buleh dapat macam kita pi beli gula di kedai.

Kalu orang yang tak dak adik beradik, misal kata mai dari Jitra ka, Kola Nerang ka, nak cari rumah tang mana? Takkan nak kena bawak khemah pi tidoq di Lata Bayu atawa Ayaq Hangat Ulu Legong? Kalu nasib baik; ataih ihsan guru besaq buleh la tumpang tidoq dengan budak-budak di asrama buang semalam dua.

Jadi apa yang saya nak kata, YAB tolong la teguq-teguq pegawai pejabat pelajaran. Biaq la depa buat kheja dengan kemaih dan teratoq supaya tak menyusahkan sapa-sapa. Atawa depa buleh jugak atoqkan mana-mana kuaters guru yang kosong untuk bakai-bakai guru ni. Depa ni muda; baru nak masuk alam pekerjaan, baru nak belajaq berdikari. Tentu la depa gelabah bila hadapi hal-hal lagu ni. Saya habaq ni bukan tujuan nak perlekeh sapa-sapa, tapi untuk kebaikan semua pihak.

Saya mintak maoh kalu ada apa-apa silap salah atawa terkasaq bahasa.

Sekian, terima kasih.
Nasir Awang @ facebook

Menteri Cikai...saman blog nyamuk?

Pengendali blog sharpshooter.blogspot, Amizudin Ahmat yang sedang menghadapi saman oleh Menteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim mempersoalkan tindakan menteri itu yang tidak melakukan tindakkan yang sama terhadap NGO Migrant Care, lapor Harakahdaily.

rais yatim pc 020709 01Menurutnya, walaupun WikiLeaks merupakan sumber permulaan yang mendedahkan isu yang dikatakan kejadian rogol terhadap seorang amah warga Indonesia, keengganan Rais menyaman pihak terbabit telah menimbulkan tanda tanya.

Selain WikiLeaks, tindakkan Rais yang tidak menyaman Migrant Care yang mempertahankan kenyataan mereka di media sebelum ini bahawa pernah menemubual amah tersebut di kampung halamannya turut menimbulkan persoalan.

"Kenapa saya yang disaman bukan WikiLeaks atau Migrant Care, padahal WikiLeaks yang mula-mula mendedahkan isu ini dan Migrant Care pula telah mempertahankan kenyataan mereka bahawa pernah menemuramah amah itu.

"Adakah ada sesuatu yang dibimbangkan oleh Rais seperti kemungkinan lebih banyak lagi pendedahahan dibuat oleh Migrant Care di mahkamah?," katanya.

NONE"Begitu juga dengan blog Rocky Bru (kiri) yang mula-mula sekali menaikkan story ini dalam blognya. Adakah kerana blogger ini pro-Umno?," kata Amizudin.

Beliau juga berkata beliau hanya mengetahui tindakan saman terhadap beliau melalui media dan sehingga kini masih belum menerima apa-apa surat perintah dari mahkamah atau peguam yang mewakili Rais.

"Saya cuma tahu perkara ini melalui berita. Sampai sekarang saya masih belum terima apa-apa surat dari mahkamah atau peguam pihak satu lagi itu.

"Jika dipanggil ke mahkamah, saya akan hadir. Kalau takut dipukul badai, usah berumah di tepi pantai, kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan. Sekali melangkah pantang undur," kata Amizudin ketika dihubungi.

Beliau yang enggan mengulas panjang berhubung isu ini ketika dihubungi bagaimanapun telah sempat mengucapkan terima kasih kepada Rais yang telah menyebabkan jumlah pengunjung blog beliau mengalami peningkatan yang ketara.

"Maaflah, setakat ini, itu sahaja yang dapat saya katakan, tak boleh nak ulas panjang tentang isu ini, cuma terima kasih kepada Rais kerana tindakan (saman) dia, pengunjung blog sharp shooter meningkat dengan ketara," katanya dengan nada berseluroh.

pkr congress 281110 shamsul iskandarSementara itu, menurut satu sumber rapat beliau, beberapa peguam termasuk ketua pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin telah menyatakan kesediaan untuk mewakili Amizudin sekiranya beliau diheret ke mahkamah.

"Setakat ini beberapa peguam telah menawarkan diri secara percuma untuk mewakili Amizudin termasuklah Ketua AMK, Shamsul Iskandar," kata sumber itu.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Februari ini untuk sebutan semula kes dan afidavit difailkan oleh kedua-dua pihak sebelum kes itu didengar pada 22 Februari.

Mahkamah yang sama juga turut membenarkan injunksi kepada Rais bagi menghalang Amizudin daripada terus menerbitkan dakwaan bahawa menteri itu telah merogol seorang pembantu rumahnya dari Indonesia.

Hakim Zabariah Mohd Yusof juga membenarkan permohonan ex-parte untuk menghalang Amizudin daripada menerbitkan perkataan-perkataan berunsur fitnah terhadap menteri berkenaan menerusi blognya.

Terdahulu, nama Amizudin Ahmat dan blog yang dikendalikannya itu menjadi terkenal apabila mendedahkan apa yang dianggap sebagai penyelewengan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin berhubung isu kuari sehingga membawa perletakkan jawatan Mohd Fairus.

Itu la ko Ng Yen Yen siapa suruh cari pasal dengan Azizan.. kan dah kena smash..!!

Pelancongan di Kedah menggalakkan, Azizan jawab Ng Yen Yen

ALOR SETAR, 9 Feb: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyatakan kemasukan seramai 50 ribu pelancong ke Langkawi sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini membuktikan permintaan terhadap pusat pelancongan tersebut adalah menggalakkan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pelancongan, Datuk Sei Dr.Ng Yen Yen yang menyelar kerajaan negeri Kedah kononnya kemasukan pelancong ke negeri tersebut merosot.

Menurut Azizan, alternatif bagi menampung kekurangan penginapan sedang giat dilaksanakan oleh kerajaan negeri dengan pembinaan sebuah hotel bertaraf tiga bintang yang mempunyai 300 bilik di Langkawi.

Hotel yang akan dibangunkan oleh anak syarikat kerajaan negeri, iaitu Permodalan Kedah Berhad atau PKB ini mampu untuk mengatasi masalah kekurangan tempat penginapan kepada pelancong yang berkunjung ke Langkawi.

Katanya lagi bagi merealisasikan perkara tersebut, pembinaan hotel bajet juga menjadi fokus utama kerajaan negeri bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelancong tempatan dengan harga yang berpatutan.

Azizan berkata, menjadi harapan utama kerajaan negeri untuk menjadikan Langkawi sebagai sebuah bandar raya pelancongan yang terkenal dalam negara ini.

Disamping itu pulau lagenda ini juga diharapkan akan menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara khususnya sebagai pusat kesihatan pelancong peringkat antarabangsa tidak lama lagi.

Baru-baru ini, Ng telah membidas kerajaan negeri Kedah apabila beliau menyifatkan jumlah pelancong ke negeri Kedah merosot walaupun peruntukan bagi pelancongan dalam Rancangan Malaysia ke-9 adalah tinggi.

AWAS..BERBOGEL kerana dadah...

[HM] KUALA LUMPUR: Tindakan seorang wanita warga Afrika berbogel dan berjoget di tepi jalan raya di Cheras di sini, kelmarin dipercayai bukan disebabkan gangguan mental secara semula jadi, sebaliknya ia kesan sampingan selepas satu daripada puluhan bungkusan kecil dadah ditelannya, pecah dalam perut.

Sumber polis berkata, perkara itu terbongkar selepas hospital membuat imbasan X-ray pada bahagian perut wanita terbabit yang kelihatan agak buncit.

Berikutan itu, polis percaya wanita terbabit ‘keldai dadah’ digunakan sindiket penyeludupan dadah ke negara ini dan dia menelan puluhan bungkusan sebesar ibu jari mengandungi dadah jenis heroin bertujuan menyoroknya daripada dikesan pihak berkuasa.

“Besar kemungkinan satu daripada bungkusan dadah berkenaan terpecah atau bocor di dalam perut wanita itu menyebabkan dia menjadi tidak siuman dan hilang kawalan diri,” katanya.

Menurutnya, sehingga semalam, wanita terbabit yang dirujuk ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) bagaimanapun masih dalam keadaan tidak siuman dan gagal memberi kerjasama ketika keterangannya hendak diambil.

“Setakat ini, hospital memberikan ubat khas bagi membolehkan suspek mengeluarkan bungkusan dadah itu daripada perutnya. Proses mengeluarkan dadah berkenaan masih dilakukan sehingga petang ini (semalam) dan jumlah sebenar dadah dalam perut wanita terbabit juga tidak diketahui,” katanya.

Difahamkan, sehingga petang semalam, lebih 10 bungkusan plastik kecil dadah dikeluarkan dan bakal dihantar ke Jabatan Kimia bagi menentukan jenis dadah berkenaan dan beratnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang yang dihubungi mengesahkan penemuan dadah berkenaan, namun enggan mengulas lanjut berikutan belum mendapat laporan penuh berhubung identiti wanita terbabit.

Menurutnya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada wanita Afrika berkenaan, namun polis meminta bantuan Jabatan Imigresen bagi mengenal pasti identitinya.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin, wanita berusia 20-an itu mencetuskan kegemparan apabila muncul dalam keadaan telanjang bulat sebelum berjoget dan menjerit-jerit di bahu jalan berhampiran persimpangan Taman Cheras menuju Jalan Lingkaran Tengah II, di sini.

Selepas kira-kira 15 minit dipujuk anggota polis dan orang awam, baru dia bersetuju memakai pakaiannya semula sebelum dibawa menaiki kereta peronda polis untuk dihantar ke PPHUKM bagi pemeriksaan kesihatan.

http://kafesantai.blogspot.com

Lim Kit Siang suruh Tun senaraikan nama pemimpin pembangkang tersebut..!!

Lim: Siapa pemimpin pembangkang itu?

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan pemimpin pembangkang yang ditemuinya dan dijanjinya tidak akan ditangkap dalam Operasi Lalang 1987.

NONE"Biar Mahathir namakan pemimpin pembangkang yang beliau temui dan berjanji tidak akan menangkap mereka tetapi telah dilanggar oleh polis dalam tangkapan Operasi Lalang," kata Lim dalam kenyataannya.

Cabaran itu dibuat berikutan kenyataan Mahathir dalam buku "Doctor M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad” oleh Tom Plate.

Dalam buku itu, bekas perdana menteri itu dalam wawancaranya berkata dia telah menemui semua pemimpin pembangkang dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap menjelang Operasi Lalang tahun 1987.

"Dan awak tahu apa yang polis buat? Polis menangkap mereka. Habis kredibiliti saya," kata Mahathir dalam wawancara itu.

ops lalang 261005 star front pageBagi Lim, Mahathir bukan sahaja menghidap penyakit ingatan terpilih dan salah ingatan tetapi juga memutarbelitkan kebenaran sepanjang 22 tahun sebagai perdana menteri.

"Saya tidak pernah bertemu Mahathir dan dia tidak pernah memberikan jaminan kepada saya bahawa saya tidak akan ditangkap sebelum Operasi Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987, walaupun sehari sebelum itu saya telah bercakap di Parlimen bagi membahaskan bajet 1988," kata Lim.

Bagi pemimpin kanan DAP itu, adalah tidak wajar bagi Mahathir untuk melepaskan bebanan Operasi Lalang itu kepada polis.

operasi lalang ops lalangIni kerana, dia bukan sahaja telah mempertahankan tindakan polis menangkap 106 orang di bawah Seksyen 73 ISA itu bahkan juga telah menggunakan kuasanya sebagai menteri dalam negeri untuk memerintahkan 49 daripada mereka ditahan selama dua tahun di Kamunting.

Lim juga mendakwa Mahathir membuat dakwaan palsu terhadap ahli parlimen DAP dengan berkata mereka ditangkap bukan kerana mereka ahli parlimen atau fahaman politik mereka tetapi kerana 'cuba mencetuskan ketegangan kaum'.

Misalnya, Mahathir telah memberitahu Asiaweek 11 November 1988, "Segelintir mereka masih ditahan kerana mereka enggan berhenti daripada mencetuskan ketegangan kaum.

ops lalang 261005 star detainees"(Lim) telah ditangkap bukan kerana dia pemimpin pembangkang tetapi kerana dia mencetuskan ketegangan kaum di negara ini. Mereka akan terus ditahan sehinggalah mereka berubah fikiran untuk membuat perkara yang betul.."

"Mahathir tidak boleh mengelakkan diri dari bertanggung jawab dan meletakkannya di bahu polis tetapi perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana telah menjadi peneraju dalam Operasi Lalang, satu peristiwa gelap dalam sejarah hak asasi manusia di Malaysia," kata Lim.

BN terbukti Pandai Memerintah : Depa hasil RM8juta Azizan cuma RM53juta sahaja..!!


Eishhh biaq betoi Azizan nie.... depa kata dia tak tera perintah negeri... depa kata dia lebai kampung.... dalam depa dok kata tu pon dapat hasil sampai terra nie.. lantak hangpa la nak kata apa... janji dari duit hasil nie dah dapat recover banyak dah antaranya cukai pontu & tanah yg MB lama penaik sampai 300% tuu... serta dah dapat bagi buat Skim Kifalah RM500 bila mati dan lagi dapat penaik elaun JKM sebanyak 100%.. nak nafi apa lagik....

Terbukti POLIS bersalah halang ceramah dalam premis sendiri

Mahkamah tentu jumlah saman Dr Hatta terhadap polis

KUALA LUMPUR, 9 Feb: Mahkamah Tinggi Kuantan akan menetukan jumlah tuntutan saman yang dimenangi Bendahari PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli dan dua rakannya terhadap polis, sebelum 15 Mac ini.

Menurut Dr Hatta yang dihubungi Harakahdaily, hari ini berlangsung perbincangan dengan peguam kedua-dua pihak namun jumlah sebenar tuntutan belum boleh diputuskan.

Dr Hatta, Timbalan YDP PAS Rompin Mazlan Mohamed Yasin dan Ketua Pemuda Rompin Nazri Ahmad menang dalam saman terhadap bekas Ketua Polis Daerah Rompin di Mahkamah Tinggi Kuantan berkaitan kes penangkapan semasa berceramah di premis sendiri pada 2004 lalu.

(Gambar fail: Dr Hatta bersama peguamnya, Mohamed Hanipa menunjukkan dokomen mahkamah yang memutuskan polis perlu membayar ganti rugi kepada Dra Hatta)

Hakim Datuk Mariana Yahya dalam penghakimannya pada 26 Ogos lalu memutuskan Hanapi Daud (pihak polis) telah secara salah menangkap Dr. Mohd Hatta Ramli, Mazlan Mohamed Yasin dan Nazri Ahmad.

Hakim dalam keputusannya berkata, pihak polis telah gagal menyatakan sebab penangkapan di samping ternyata bersalah menceroboh kediaman persendirian semasa penangkapan itu.

Berikutan itu, hakim memutuskan Hanapi selaku defendan dikehendaki membayar ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi tauladan dan ganti rugi melampau kepada tiga aktivis PAS terbabit.

Menurut fakta kes, pada jam 9.15 malam 10 Jun 2004 satu majlis ceramah penerangan telah diadakan di Markas Pas Kawasan Rompin, di nombor 42 Desa Teratai, Muadzam Shah. Ketua Polis Daerah yang mengetuai sekumpulan anggota polis dari Ibupejabat Polis Rompin telah mengeluarkan arahan supaya majlis tersebut dihentikan diatas alasan tiada permit perhimpunan dikeluarkan.

Ketua Polis Daerah juga telah mengarahkan anggota-anggota polis melakukan serbuan keatas premis ceramah tersebut dan telah menangkap plaintif kedua, ketiga dan keempat tanpa menunjukkan sebarang waran tangkapan.

Anggota-anggota polis yang melakukan serbuan dan tangkapan keatas premis tersebut telah merampas segala peralatan sistem bunyi (P.A. System) dan secara kasar yang telah mengakibatkan kecederaan pada plaintif keempat.

Berikutan itu, mereka bertiga telah ditahan, digari dan dibawa ke ibu pejabat Polis Daerah Rompin untuk disoal-siasat sehingga keesokan harinya.

Kes tersebut difailkan oleh ketiga-tiga ahli PAS itu pada 1 Disember 2004 di Mahkamah Tinggi Malaya Kuantan melalui firma guaman Mohamad Hanipa & Associate.

Plaintif memohon deklarasi bahawa penangkapan dan penahanan mereka pada masa ceramah tersebut tidak sah, terbatal, tidak berpelembagaan dan tidak mempunyai apa-apa kesan.

Plaintif juga memohon deklarasi bahawa majlis ceramah yang diadakan di markas PAS Kawasan Rompin (pada 10 Jun 2004) tidak memerlukan permit polis di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Selain itu, plaintif memohon deklarasi bahawa defendan telah bertindak melampaui batas kuasainya di bawah Akta Polis 1967 dan tindakan defendan tersebut adalah satu penyalahgunaan kuasa (abuse of power).

Plaintif turut memohon deklarasi bahawa defendan telah melakukan pencerobohan ke atas markas PAS Kawasan Rompin dan menuntut ganti rugi serta lain-lain relif difikirkan sesuai oleh mahkamah.


Bongkar : MB Kedah beli 50 batang pen dengan harga RM66 ribu...!!

Ini bukan Salah Saya ianya Salah pihak Polis - Tun M

Ops Lalang: Mahathir persalahkan polis

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Dr mempersalahkan polis atas Ops Lalang, yang melnyaksikan 106 orang, termasuk seteru politiknya ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987.

conversations with mahathir tom plateDalam buku terbaru mengenai Mahathir, yang berjudul 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad', bekas perdana menteri yang meneraju Malaysia selama 22 tahun itu mengakui bahawa beliau berang dengan tindakan polis tersebut.

"Ya, saya akan tangani secara berbeza, tetapi polis ingin melakukan hal-hal ini (tangkapan ISA) kerana mereka menyatakan ia perlu...

"Saya sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang (terlebih dahulu) dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap. Dan awak tahu apa yang polis lakukan? Polis menangkap mereka. Kredibiliti saya hilang," katanya.

"Awak pastinya marah!" balas Tom Plate (bawah, kanan), yang mewawancara Mahathir dan mengarang buku berkenaan.

tom plate"Yeah, tapi apa yang boleh saya lakukan? Saya perlu menerima hakikat bahawa mereka adalah orang-orang yang membuat keputusan. Saya memberikan kuasa umum kepada mereka untuk bertindak," kata Mahathir.

NONESemasa penangkapan besar-besaran pada 27 Oktober 1987, lebih seratus orang ditangkap - sebahagian besar mereka terdiri daripada pemipin pembangkang dan segelintir ahli politik dari Umno dan MCA. Selain itu, permit penerbitan untuk akhbar The Star , Sin Chew Jit Poh dan Watan telah ditarik balik.

Kerajaan kemudian menawarkan penjelasan bahawa tangkapan ISA yang kedua terbesar sejak rusuhan perkauman 13 Mei adalah 'perlu' bagi membendung 'ketegangan perkauman' yang semakin memuncak akibat protes besar-besaran berhubung pelantikan pengetua bukan berpendidikan Cina di sekolah-sekolah vernakular Cina.

Umno pula membalas dengan juga mengadakan protes besar-besaran yang diketuai oleh ketua pemudanya ketika itu, Datuk Seri Najib Razak di Kampung Baru, beberapa hari sebelum tangkapan beramai-ramai dibuat.

Banner : Poster Buku Jingga

Sila klik pada gambar untuk memperolehi gambar yang besar
:: BACA - PAHAM - COPY - PRINT - SEBARKAN ::

"Angkat Kaki Secara Pilihan Sebelum Pergi Secara Paksaan " - Sheikh Yusof al-Qaradawi

Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, Syeikh Yusuf al-Qaradawi, meminta Presiden Mesir Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau akan pergi secara paksaan.

Tens of thousands of people gather in Tahrir, or Liberation, Square in Cairo on Tuesday. The call for a million protesters was answered by the largest demonstration in a week of unceasing demands for President Hosni Mubarak to leave after nearly 30 years in power. Photo: AP

Beliau perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali. Syeikh Yusuf al-Qaradawi menggambarkan sistem pemerintahan Mesir sebagai tidak mengerti dan tidak berfikir.Ianya buta tidak melihat, tuli tidak mendengar, serta bodoh tidak memahami.

Army tanks form a check point in Cairo as pro-Mubarak supporters shout slogans during a march. Photo: AP

Al-Qardhawi menyeru Mubarak melalui al-Jazeera katanya, "Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir".

A shadow of an Egyptian army soldier is seen as pro-Mubarak supporters perform prayers during a march in Cairo. Photo: AP

Beliau meminta Mubarak agar merasa belas kasihan terhadap dirinya sendiri serta ahli keluarganya.

Kuasa kerajaan itu jika dianggap sebagai peluang keemasan maka cukuplah tempoh tiga puluh tahun itu, dan jika dianggap sebagai hukuman denda pula, maka cukuplah juga tempoh tiga puluh tahun itu.

Al-Qaradhawi menyarankan Mubarak agar melepaskan kepimpinan serta meninggalkan Mesir yang sudah kerugian dan kehilangan wangberbilion-bilion.

"Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak".

Beliau menambah bahawa puluhan pemuda telah gugur dalam tempoh satu hari dalam menuntut hak mereka, "Tapi kamu dan askar kamu pula telah membalas mereka dengan peluru hidup."

Al-Qaradawi menambah, "Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki", untuk diadili dan dibicara sesudah itu oleh mahkamah awam dan bukannya oleh mahkamah tentera, "yang kamu bina untuk mendakwa pihak lawanmu, lalu kamu menghukum mereka dengan hukuman yang zalim", di bawah undang-undang darurat, dan sesungguhnya "bagi orang zalim itu ada kesudahnnya, dan tidak ada seorang pun yang mampu untuk melawan sejarah. "

Syeikh al-Qaradawi menganggap bahawa Mubarak tidak memahami mesej dari rakyat, malah keluar dengan ucapan yang menunjukkan bahawa ia tidak merasakan apa yang terjadi.

Dia berada "dalam dunia yang bukan dunia kita, tidak merasa kelaparan orang yang lapar, atau kesakitan orang yang terluka," dan mempersoalkan pula faedah untuk membubarkan kerajaan, sementara ia tidak mengatakan apa yang seharusnya dikatakan iaitu membubarkan Dewan Syura dan Dewan Rakyat serta menghapuskan undang-undang darurat.

Rakyat dan Tentera

Dalam ucapannya, al-Qaradhawi mengalu-alukan rakyat Mesir atas kebangkitan mereka melawan situasi korup yang telah banyak mereka bersabar terhadapnya, seperti kesabaran mereka melihat ramai orang mengaut kekayaan negara serta menikmati keuntungannya, sedangkan mereka tidak mampu mencari makanan harian mereka.

Beliau menggambarkan kebangkitan rakyat Mesir sebagai pemberontakan secara aman, tidak ada kayu mahupun senjata, bagi menuntut kehidupan yang lebih baik serta rezeki yang halal, akan tetapi mereka dikejutkan pula dengan peluru hidup dari pihak pengawal keamanan, menyebabkan puluhan orang terbunuh.

Beliau menekankan bahawa para penunjuk perasaan yang sebenar tidak bertanggungjawab menyertai sebarang kes PENCURIAN ATAU PENJARAHAN.

Beliau menasihati mereka, "Janganlah kamu sekali-kali memanjangkan tangan pada mana-mana harta milik institusi awam ataupun swasta, kerana itu adalah HARAM."

Beliau turut menyatakan rasa bangga dan hormat terhadap tentera Mesir serta menyeru mereka untuk melindungi negara Mesir di masa mendatang tanpa campur tangan dalam hal pemerintahan.

Beliau menuntut pihak tentera agar menyerahkan hal kuasa pemerintahan kepada rakyat dan pemilihan presiden dibuat sesuai dengan dasar-dasar syura dan juga demokrasi.

sumber : harakahdaily.net

Ada negeri dah mohon untuk wujudkan Polis Bantuan..

Kerajaan persekutuan perlu terima tawaran kerajaan negeri untuk tubuhkan Pasukan Polis Bantuan

Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein semalam yang meminta pihak kementerian mempertimbangkan permohonan Kerajaan Selangor untuk Menubuhkan Pasukan Polis Bantuan.

Surat ini adalah yang kedua dihantar Menteri Besar (gambar kanan) selepas surat pertama yang dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri dan salinannya dihantar kepada Menteri Dalam Negeri pada Julai tahun lepas, tidak mendapat sebarang maklum balas.

Dalam surat kepada Menteri Dalam Negeri itu, Menteri Besar menyatakan kebimbangan Kerajaan Negeri terhadap kadar jenayah yang semakin meningkat sehingga menimbulkan kebimbangan serius di kalangan rakyat Selangor, serta mengulangi hasrat kerajaan negeri untuk mengambil langkah konkrit demi menangani masalah ini.

"Saya menulis kepada YB Menteri Dalam Negeri supaya hasrat Kerajaan Selangor untuk menubuhkan Pasukan Polis Bantuan menjadi kenyataan. Keselamatan rakyat adalah keutamaan kerajaan negeri, dan tiada alasan munasabah mengapa kerajaan Persekutuan harus menolak tawaran kami untuk menyumbang sumber tenaga dalam usahasama menjaga keselamatan rakyat," kata Menteri Besar.

Kerajaan Selangor pernah memohon kepada Kementerian Dalam Negeri untuk menubuhkan Pasukan Polis Bantuan dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjadi perintis, tetapi ditolak dengan alasan anggota polis mencukupi untuk mengawal keselamatan.

Bagaimanapun, dua kes yang terbaru di mana dua pegawal keselamatan ditetak di Damansara Perdana serta kes wanita hamil yang ditampar dan dirompak jelas membuktikan perlunya ada pasukan keselamatan tambahan untuk membantu polis mengawal keselamatan dan mencegah kejadian jenayah.

Niat Kerajaan Selangor ini murni iaitu menyediakan pasukan keselamatan bagi membantu dan melengkapi rutin harian anggota polis, bukannya mengambil alih tugas penguatkuasaan pasukan polis. Dengan peningkatan bilangan pasukan keselamatan yang diberi tugas rondaan dan pencegahan jenayah, keselamatan rakyat dapat dipertingkatkan.

"Kerajaan Selangor komited untuk menubuhkan Pasukan Polis Bantuan ini dengan hasrat menyediakan persekitaran kehidupan yang aman selaras dengan misi Kerajaan Negeri menjadikan Selangor sebagai negeri idaman, tenteram dan berkebajikan," kata Menteri Besar.

*Kenyataan media daripada sekretariat akhbar, pejabat Menteri Besar Selangor.

- Merdeka Review


Terima Kasih PETRONAS..!!

Petronas sumbang RM2 juta kepada TUDM bagi pemindahan rakyat Malaysia di Mesir

KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menyumbang RM2 juta kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk membantu operasi pasukan itu mengeluarkan rakyat Malaysia dari Mesir.

Sumbangan itu diberikan berikutan gesaan kerajaan baru-baru ini supaya sektor awam dan swasta bekerjasama untuk membawa pulang semua rakyat Malaysia ke tanah air.

"Petronas berbesar hati untuk bersama-sama dengan TUDM dan syarikat Malaysia yang lain termasuk AirAsia Bhd dan Malaysia Airlines Bhd menjayakan usaha murni ini," menurut kenyataan Jabatan Komunikasi Korporat Petronas hari ini.

Petronas juga berkata syarikat itu juga telah memindahkan semua warga kerja dan keluarga mereka dari Mesir dan sedang memantau perkembangan di negara itu.

Sementara itu, Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menyatakan setinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kelancaran operasi pemindahan rakyat Malaysia di negara bergolak itu.

Presiden UNI-MLC Mohamed Shafie Mammal berkata, operasi pemindahan itu dijalankan dengan lancar tanpa mengira kaum, agama atau kecenderungan politik mereka yang berkenaan.

"Hanya seorang pemimpin yang berwibawa dan berjiwa patriotik mampu mengambil tindakan yang sesuai untuk semua rakyatnya dan pihak yang berkenaan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Ops Piramid merupakan satu lagi kejayaan gagasan 1Malaysia.

Ops Piramid ialah operasi bagi membawa keluar rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir yang menyaksikan demonstrasi antikerajaan diadakan di beberapa bandaraya, ke Jeddah, Arab Saudi.
- Bernama

Anak kedua Exco Kedah nekad tak mau pulang..!!

Jangan bimbang keselamatan kami 

ALOR SETAR - “Jangan bimbang keselamatan kami di Mesir kerana keadaan di sini sudah semakin pulih seperti sediakala,” kata Hafizul Hak, 31, anak kedua Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi yang merupakan pelajar tahun akhir jurusan syariah di Universiti Al-Azhar di Mansoura kepada media sewaktu dihubungi bapanya melalui persidangan video semalam.

Hafizul Hak, yang sudah empat tahun menetap di Mesir, berkata rakyat Mesir di kawasan kediamannya di Montazza, Iskandariah mula menjalani kegiatan seharian seperti biasa, manakala bank dan sebahagian besar kedai yang ditutup sebelum ini kembali dibuka seperti sediakala.

Menurutnya, demonstrasi yang sebelum diadakan secara besar-besaran turut kembali tenang dan kini diadakan lebih jauh iaitu di kawasan Mahatorom, terletak lebih kurang belasan kilometer dari kawasan kediamannya.

“Saya bersama tiga lagi keluarga yang berada di sini mengambil keputusan untuk tidak pulang bagi membolehkan kami menamatkan pengajian mengikut jadual ditetapkan.

“Lagipun, keadaan di sini sudah pulih seperti sediakala dan tempoh masa perintah berkurung kini daripada jam 7 malam hingga 8 pagi keesokannya,” katanya sewaktu dihubungi oleh bapanya kelmarin.

Menceritakan kembali keadaan sewaktu di awal demonstrasi berlaku, Hafizul Hak mendedahkan beliau bersama beberapa pelajar Malaysia yang lain tidak berdepan sebarang masalah keselamatan dan bekalan makanan.

Beliau tidak menolak kemungkinan kawasan yang agak pedalaman antara faktor kediamannya tidak menerima kesan besar daripada demonstrasi itu.

“Bagaimanapun, kami bersama beberapa rakyat Mesir yang tinggal di kawasan kediaman itu mengambil inisiatif membuat kawalan 24 jam sehari secara bergilir-gilir untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Bagi saya, keadaan paling kritikal sewaktu talian perhubungan terputus selama tiga hari sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan kami.

“Bagaimanapun, kebimbangan itu lenyap setelah saya dapat menghubungi semula ayah dan keluarga melalui Internet pada hari berikutnya,” katanya.

Hafizul Hak berkata, terdapat desakan daripada pegawai Kerajaan Pusat dan Yayasan Negeri memintanya dan pelajar lain yang enggan pulang untuk menarik balik keputusan dan segera kembali ke tanah air.

Kolam MADA Pendang jadi lokasi 'maksiat'

 
Kaki maksiat guna helah kaburi aktiviti

PENDANG – Beberapa penduduk yang tinggal berdekatan Kolam Lembaga Pertanian Muda (Mada) selalu ‘sakit mata’ apabila sering melihat golongan muda sering melakukan maksiat di tempat rekreasi itu dengan berpura-pura memancing di situ.

Tinjauan Sinar Harian ke kawasan berkenaan mendapati, tempat itu menjadi tumpuan orang ramai terutamanya kaki pancing, namun kadangkala tempat itu ‘dikotorkan’ dengan dijadikan tempat melepaskan nafsu terutamanya pada waktu malam.

Penduduk, Ahmad Md Isa, 52, berkata, penduduk sering melihat golongan muda melakukan maksiat dengan berpura-pura memancing apabila penduduk mendekati kawasan itu.

“Golongan muda sering melakukan maksiat di situ dan saya kesal melihat golongan muda menjadikan tempat rekreasi itu sebagai tempat melepaskan nafsu memandangkan kawasan itu terlalu gelap pada waktu malam.

“Tempat itu menjadi tumpuan golongan muda sekitar jam 8 malam sehingga waktu tengah malam dan kadangkala golongan ini berpura-pura memancing,” katanya.

Menurutnya, ada pengunjung yang datang ke kawasan itu dengan meletakan kereta mereka di situ sambil berdua-duaan antara lelaki dan perempuan di dalam kenderaan terbabit, namun penduduk tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan mereka dapat sedar kedatangan penduduk.

“Saya sudah bosan melihat gelagat mereka di kawasan ini memandangkan pihak berkenaan tidak memantau kawasan ini dan tiada tindakan diambil bagi mencerahkan kawasan ini sedangkan ada lampu, namun tidak dipasang.

“Pihak berkenaan sepatutnya memasang papan tanda seperti dilarang berdua-duaan di kawasan itu supaya golongan muda takut untuk melakukan maksiat,” katanya.

Ahmad mengharapkan pihak berkenaan mengambil tindakan segera bagi mengawasi kawasan berkenaan kerana ia boleh mencemarkan imej daerah ini.

Hulurkan Bantuan - Hutang ibu belum lunas

Hutang ibu belum lunas

LANGGAR - Warga emas, Fatimah Taha, 66, yang pernah dilaporkan menganggung hutang melebihi RM17,000 bagi kos rawatan hemodialisis di sebuah pusat rawatan swasta di Alor Setar kini berada dalam keadaan koma.

Menantunya, Rozairi Pak Wan Chik, 39 berkata, ibu mentuanya dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyiah (HSB) dua hari lalu selepas diserang strok.

Menurutnya, dia difahamkan doktor pakar bahawa terdapat barah beku berada di dalam otak ibu mentuanya dan pemeriksaan susulan masih lagi dijalankan.

“Setakat ini kami masih lagi menunggu keputusan daripada doktor sama ada mahu membawa pulang ibu ke rumah atau terus ditahan di wad.

“Pada waktu sama, kami masih lagi buntu memikirkan bagaimana hendak menguruskan hutang tertunggak rawatan ibu yang kini mencecah RM20,000,” katanya kepada Sinar Harian.

Rozairi berkata, ibunya pernah dilawati petugas Jawatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini, namun sehingga kini tiada maklum balas dari jabatan berkenaan.

Menurutnya, pihaknya hilang punca untuk mencari jalan penyelesaian dan kini ibu mentuanya pula diserang strok dan koma.

“Saya mengharapkan agar ada pihak tampil membantu meringankan beban kami dan sekurang-kurangnya separuh daripada hutang yang tertunggak ini dapat dilangsaikan.

“Pusat rawatan hemodialisis swasta berkenaan meminta kami membayar hutang yang tertunggak berkenaan,” katanya.

Terdahulu, pada 24 Oktober tahun lalu, Sinar Harian melaporkan warga emas itu menaggung hutang di sebuah pusat rawatan swasta di Alor Setar melebihi RM17,000 akibat tidak mampu membayar kos rawatan hemodialisis sebanyak RM280 setiap kali membuat rawatan.

Apa yang menggusarkan keluarga warga emas itu ialah pusat rawatan swasta berkenaan mula meminta bayaran rawatan dapat dijelaskan dengan lebih awal sedangkan mereka tidak mampu untuk berbuat demikian.

Kepada mereka yang mahu menghulurkan bantuan atau meringankan beban perbelanjaan yang ditanggung keluarga Fatimah bolehlah menghubungi di talian 019-5480711.

Kedah destinasi pelancongan perubatan


ALOR SETAR 8 Feb. - Kedah mahu semua hospital awam dan pusat perubatan swasta di negeri ini berusaha mendapatkan Sijil MSQH yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi membolehkan negeri itu muncul sebagai destinasi pelancongan perubatan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, ia penting kerana hospital bukan sahaja tempat masyarakat mendapatkan rawatan bermutu tinggi tetapi juga memberi pulangan kepada negeri dan rakyat menerusi kedatangan pelancong ke Kedah untuk menerima rawatan.

"Sebab itu kerjasama antara hospital dengan Jabatan Kesihatan negeri, Kementerian Kesihatan dan semua pihak adalah penting.

"Setakat ini pelancongan perubatan di utara hanya tertumpu di Pulau Pinang tetapi Kedah juga sebenarnya berpotensi kerana kedudukannya berdekatan dengan Indonesia dan Thailand," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis penyampaian Anugerah Akreditasi MSQH kepada Pusat Perubatan Kedah (KMC) di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Marzhuki Md. Isa dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad, Datin Paduka Siti Sa'diah Sheikh Bakir.

Azizan berkata, kemudahan yang bermutu di hospital dan pusat perubatan swasta menjadi pendorong para pelancong datang ke Kedah dan seterusnya menjana ekonomi negeri.

Beliau berkata, kejayaan KMC mendapatkan Sijil MSQH diharap dapat menjadi pemangkin kepada pusat perubatan lain untuk turut serta mendapatkan sijil tersebut.

Sementara itu beliau berkata, kerajaan negeri bercadang membina sebuah hotel bertaraf tiga bintang di Langkawi bagi menampung keperluan penginapan pelancong domestik di pulau peranginan tersebut.

Menurutnya, dakwaan mengenai Langkawi semakin kurang dikunjungi pelancong adalah tidak tepat kerana kerajaan negeri mendapati jumlah pelancong semakin meningkat hingga terdapat banyak permintaan daripada syarikat swasta untuk membina hotel.

"Permohonan pihak swasta itu adalah untuk membina hotel mewah tetapi kerajaan negeri bercadang membina hotel tiga bintang dengan 300 bilik di kawasan Pokok Asam," katanya tanpa menyatakan kos pembinaan hotel tersebut.

Selain itu beliau berkata, kerajaan negeri juga menggalakkan mana-mana pihak untuk menceburi perniagaan homestay bagi tujuan berkenaan.

Allah sentiasa bersama kita


walau apa pun kerja yang kita lakukan yakinlah bahawa Allah sentiasa melihat dan bersama kita. - Gambar hiasan

Mukadimah

Surah al-Dhuha termasuk dalam surah Makiyyah. Keseluruhan ayatnya berjumlah 11 ayat dan diturunkan selepas surah al-Fajr.

Hubungan surah ini dengan surah al-Lail, dalam surah al-Lail disebutkan tentang (Dan orang yang paling takwa akan dijauhkan daripadanya).

Disebabkan pemimpin daripada orang yang paling bertakwa itu adalah Rasulullah SAW, maka Allah SWT menyempurnakan penjelasan tentang perkara ini dengan menyebut pelbagai kenikmatan-Nya yang telah dianugerahkan kepadanya.

Firman Allah SWT: Demi waktu dhuha.

Ibn Jauzi berkata: Ulama menyebut empat pendapat berkenaan waktu dhuha.

* Terangnya siang hari seperti pendapat Mujahid.

* Awal hari seperti kata Qatadah.

* Awal masa daripada siang hari apabila matahari naik. Inilah pendapat al-Suddi dan Muqatil.

* Siang hari keseluruhannya. Ini pendapat al-Farra’.

Firman Allah SWT: Dan malam apabila ia sunyi-sepi.

Berkenaan dengan maksud ayat ini ada beberapa pendapat:

* Apabila gelap.

* Apabila sudah pergi. Yang kedua-duanya diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a.

* Apabila datang seperti pendapat Sa’id bin Jubair.

* Apabila tenang seperti pendapat ‘Ata, Ikrimah dan Ibn Zaid.

Firman Allah SWT: (bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

Syed Qutub berkata: Allah tidak sekali-kali membiar dan membuangmu sebagaimana dikatakan oleh kaum Musyrikin yang mahu menyakiti hatimu dan merungsingkan fikiranmu.

Sebabnya, Dia adalah Tuhanmu dan engkau adalah hamba-Nya yang dihubungkan kepada-Nya dan disandarkan kepada Rububiah-Nya dan Dialah Penjaga, Pelindung dan Penaungmu.

Limpah kurnia-Nya kepadamu tidak kunjung putus. Balasan-balasan yang disediakan unutkmu di akhirat adalah lebih baik dari limpah kurnia-Nya yang diberikan kepadamu di dunia.

Firman Allah SWT: Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

Al-Maraghi berkata: Keadaanmu pada permulaan masa hidup barumu sekarang lebih baik daripada masa-masa lalu.

Setiap hari engkau akan bertambah mulia. Setiap hari martabatmu akan semakin tinggi jika dibanding dengan sebelumnya.

Setiap saat Aku akan memberimu kehormatan demi kehormatan, ketinggian demi ketinggian.

Firman Allah SWT: Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda berpuas hati.

Ibn Kathir berkata: Yakni, di alam akhirat kelak, Dia akan memberikan kurnia kepada beliau sehingga dia meredainya untuk memberi syafaat kepada umatnya dan menerima apa yang telah disediakan untuk beliau berupa kemuliaan.

Mati Itu Pasti..!!

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Albaraa' bin Aazib r.a. berkata: "Kami bersama Nabi Muhammad s.a.w keluar menghantar jenazah seorang sahabat Anshar, maka ketika sampai kekubur dan belum dimasukkan dalam lahad, Nabi Muhammad s.a.w duduk dan kami duduk disekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung diatas kepala kami, sedang Nabi Muhammad s.a.w mengorek-ngorek dengan dahan yang ada ditangannya, kemudian ia mengangkat kepala sambil bersabda: "Berlindunglah kamu kepada Allah dari siksaan kubur.". Nabi Muhammad s.a.w mengulangi sebanyak 3 kali." Lalu Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggal dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk didepannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malaikulmaut dan duduk didekat kepalanya dan memanggil: "Wahai roh yang tenang baik, keluarlah menuju pengampunan Allah dan ridhaNya."

Nabi Muhammad s.a.w bersabda lagi: "Maka keluarlah rohnya mengalir bagaikan titisan dari mulut kendi tempat air, maka langsung diterima dan langsung dimasukkan dalam kafan dan dibawa keluar semerbak harum bagaikan kasturi yang terharum diatasbumi, lalu dibawa naik, maka tidak melalui rombongan malaikat melainkan ditanya: "Roh siapakah yang harum ini?"

Dijawab: "Roh fulan bin fulan sehingga sampai kelangit, dan disana dibukakan pintu langit dan disambut oleh penduduknya dan pada tiap-tiap langit dihantar oleh Malaikat Muqarrbun, dibawa naik kelangit yang atas hingga sampai kelangit ketujuh, maka Allah berfirman: "Catatlah suratnya di illiyyin. Kemudian dikembalikan ia kebumi, sebab daripadanya Kami jadikan, dan didalamnya Aku kembalikan dan daripadanya pula akan Aku keluarkan pada saatnya."

Maka kembalilah roh kejasad dalam kubur, kemudian datang kepadanya dua Malaikat untuk bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Maka dijawab: Allah Tuhanku. Lalu ditanya: "Apakah agamamu?" Maka dijawab: "Agamaku Islam" Ditanya lagi: "Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengah-tengah kamu?" Dijawab: "Dia utusan Allah". Lalu ditanya: "Bagaimanakah kamu mengetahui itu?" Maka dijawab: "Saya membaca kitab Allah lalu percaya dan membenarkannya" Maka terdengar suara: "Benar hambaku, maka berikan padanya hamparan dari syurga serta pakaian syurga dan bukakan untuknya pintu yang menuju kesyurga, supaya ia mendapat bau syurga dan hawa syurga, lalu luaskan kuburnya sepanjang pandangan mata."

Kemudian datang kepadanya seorang yang bagus wajahnya dan harum baunya sambil berkata: "Terimalah khabar gembira, ini saat yang telah dijanjikan Allah kepadamu." Lalu bertanya: "Siapakah kau?" Jawabnya: "Saya amalmu yang baik." Lalu ia berkata: Ya Tuhan, segerakan hari kiamat supaya segera saya bertemu dengan keluargaku dan kawan-kawanku."





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...