TERKINI :

Tuesday, February 8, 2011

ISU Demontrasi di CNY : Keng Liang yang sudah tu sudah lah.. kenyataan saudara sudah lama dijangka.. jangan jadi 'Trojan Horse'

Gerakan tuduh demonstrasi Solidariti untuk Rakyat Mesir hina tahun baru cina

Mungkin agak terlewat untuk menyatakan pendirian dalam isu ini. Namun bagi pihak Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang merupakan salah satu NGO pendiri yang mendukong Himpunan Aman Solidariti rakyat Malaysia terhadap rakyat Mesir yang bangkit menentang regim mengecam kenyataan dangkal perkauman sempit yang dilontar oleh Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang.

Jika ini pendirian Gerakan maka ia amat memalukan tetapi jika ini pendiran peribadi Keng Liang dia berjaya memalukan Gerakan.

Himpunan aman solidariti terhadap rakyat Mesir berlaku seluruh dunia hampir semuanya aman kecuali dalam negara-negara regim yang bimbang dengan kebangkitan rakyat khususnya negara yang regimnya merupakan sekutu Zinonis, Amerika mahupun Mubaraq secara lansung mahupun tak lansung.

Gerakan yang diwujudkan sejak 1968 oleh antaranya Professor Syed Hussain Alatas ialah sebuah organisasi politik yang menjaja idea progresif dan melihat solidariti dunia dalam perbagai isu sebagai penting. Gerakan wujud sebagai kenderaan politik yang memberi ruang kepada aktivis kesatuan sekerja dan gerakan progresif lain mendapat ruang dalam pentas politik. Gerakan juga merupakan sebuah organisasi yang diwujudkan ke arah penyatuan bangsa ke arah Bangsa Malaysia. Namun tindakan Keng Liang dilihat memalukan Gerakan dan seolah tidak memahami semangat serta roh organisasi Gerakan itu sendiri.

Jika berdasarkan roh tersebut maka Pemuda Gerakan lah yang seharusnya berada di depan menyusun Himpunan solidariti terhadap rakyat Mesir dalam apa jua bentuk.

Dari sisi lain pula apa yang peserta himpunan hina atau susahkan orang yang menyambut Tahun Baru Cina. Kalau berlaku kekecohan pun hanya terjadi apabila himpunan bersurai dan berjalan ke kereta atau kedai makan. Depan mata saya polis meludah dan memukul serta mencarut terhadap seorang warga emas. Saya sendiri telah menegur polis yang meludah warga tua tersebut sebaliknya teguran saya dibalas dengan semburan serbuk lada/pemedih mata tepat ke mata saya.

Sepatutnya Keng Liang lihat kenaikan harga minyak menjelang Tahun baru Cina lebih menghina dan menyusahkan bukan sahaja orang Cina tetapi seluruh rakyat Malaysia. Kenaikan harga, rompakan wang rakyat dan rasuah berterusan oleh regim lebih menyusahkan dan menjejas kemeriahan bukan sahaja tahun Baru Cina tetapi Raya Deepavali, Raya Puasa dan raya - raya yang lain. Pengumuman membeli bot yang bernilai RM6b lebih memeritkan rakyat kerana ketika rakyat susah regim terus memeras dan membazir.

Tahu atau tidak Keng Liang, dalam mood Tahun Baru Cina yang rata-rata terpaksa berbelanja berhati - hati tetapi regim tidak serik atau pun segan silu sekali lagi memboroskan wang rakyat dengan urusniaga yang begitu meragukan membina bot RM6b walau pun sebelum ini pembelian kapal selam Scorpene dan pesawat pejuang Sukhoi juga dikecam hebat.

Pembelian jet Sukhoi bernilai RM3.2 bilion sebelum ini menyaksikan IMT Defence Sdn Bhd, syarikat yang dikuasai bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Adib Adam, dibayar komisen sebanyak RM380 juta .

Pembelian kapal selam Scorpene pula menyaksikan RM500 juta komisen dibayar kepada Syarikat PeriMekar Sdn Bhd seperti diakui di Parlimen tidak lama dahulu.

Keng Liang yang sudah tu sudah lah..... kenyataan saudara sudah lama dijangka... jangan jadi 'Trojan Horse'

http://chegubard.blogspot.com

Dalam dok naik harga minyak ada pulak duit buat jejantas dengan harga RM70,422 semeter..!!

Nurul Izzah: Jejantas apa RM70,422 semeter?

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini mempersoalkan pembinaan jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter yang menghubungkan sekitar KLCC di ibu negara dengan nilai RM10 juta.


"Angka ini bermakna, secara purata RM70,422 digunakan untuk semeter (jejantas), jumlah yang menuntut penjelaskan sama ada wang awam digunakan... dan mesti diambil tindakan," katanya yang juga naib presiden PKR. NONESemalam, ketika perasmian jejantas itu, Ketua Pegawai Eksekutif KLCC Holdings Sdn Bhd Hashim Wahir dilaporkan berkata, RM10 juta digunakan bagi menyiapkan pembinaan fasa pertama jejantas yang menghubungkan KLCC dengan Hotel Impiana itu.

Jejantas itu, yang dibuka kepada orang ramai pada hari yang sama tertutup dengan lapisan cermin dan dilengkapi sistem penghawa dingin dan eskalator bagi kemudahan orang kurang upaya (OKU). Kemudahan itu dilaporkan sebahagian daripada projek menghubungkan jalan-jalan utama di Kuala Lumpur dengan stesen pengangkutan awam bernilai 12 kilometer yang dijangka siap akhir tahun ini.

Projek yang masuk fasa kedua itu, dilaporkan dibiayai Petronas dengan sumbangan RM100 untuk laluan sepanjang enam kilometer manakala bakinya dibiayai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan syarikat-syarikat swasta. NONEDalam kenyataan hari ini, Nurul Izzah berkata, walaupun gembira dengan kemudahan baru beliau berkata, masih banyak persoalan yang perlu dijawab, terutamanya oleh Menteri wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik (kanan) dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail. "Berapa sebenarnya angka pembinaan jejantas itu? Ekoran jejantas itu berhawa dingin, berapa kos pengurusan dan operasi dan apakah kosnya akan sentiasa meninggkan ekoran kenaikan harga elektrik?

"Adakah syarikat berkaitan kerajaan(Petronas, KLCC Holdings Sdn Bhd, DBKL, and Prasarana) terlibat, adakah projek itu dibuat secara tender terbuka yang mana pilihan yang lebih murah dapat dikenalpasti?" soal Nurul Izzah bertubi-tubi.

Beliau bagaimanapun menegaskan mengalu-alukan pembinaan kemudahan asas untuk pejalan kaki di negara ini ekoran kenaikan harga barang dan petrol, selari dengan gesaan "ubah gaya hidup". "Akhir sekali, perkara ini juga menguatkan alasan supaya jawatan datuk bandar boleh dipilih supaya beliau bertanggungjawab sepenuhnya kepada (hal ehwal) Kuala Lumpur," tambahnya.

Rakyat sengsara.. kebanyakan Rakyat hidup dikelilingi hutang..!!

'Rakyat sengsara, hutang isi rumah RM577 bilion'

Pakatan Rakyat akan mencadangkan "penyelesaian radikal" bagi mengurangkan bebanan cukai yang dikenakan ke atas rakyat Malaysia mengikut Dasar Automotif Negara (NAP).

NONETimbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata cadangan itu akan dibentangkan pada Persidangan Ekonomi Pakatan yang dijadualkan pada bulan depan.

Katanya, cadangan berkenaan bertujuan mengurangkan tiga jenis cukai yang sekarang membebankan pembeli dan melipat gandakan harga kereta. Ini termasuk cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.

Katanya, walaupun kenderaan di bawah 1,500 cc, cukai yang dikenakan sekurang-kurangnya 60 peratus untuk eksais, 10 peratus cukai jualan manakala 30 peratus cukai import, 60 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan untuk kereta import.

"Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil yang dijual oleh Perodua pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan.

housing hulu kelang"Oleh itu, masanya telah tiba untuk rakyat menilai dasar-dasar baru yang radikal untuk mengurangkan harga kereta dan rumah," katanya pada sidang media mingguan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pagi tadi.

Beliau turun mendesak kerajaan Umno-BN memohon maaf kepada rakyat dan menjelaskan bagaimana rakyat dibebani dengan hutang sepanjang masa.

Azmin berkata hutang isi rumah yang tinggi sehingga mececah 74 peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada November tahun lalu adalah bukti kurangnya pendapatan rakyat menerusi dasar ekonomi yang dilaksanakan kerajaan persekutuan.

Menurutnya, polisi yang diamalkan tidak lagi relevan memandangkan setiap keluarga terpaksa menanggung hutang negara yang kini melebihi 50 peratus kepada KDNK selain hutang peribadi.

"Kita yakin kalau mahu menjana ekonomi, rakyat perlu ada kapasiti untuk belanja kerana hutang isi rumah yang tinggi," jelas beliau.

NONEAhli parlimen Gombak itu juga menjelaskan prospek malap ekonomi negara dan ketidakupayaan rakyat menikmati taraf hidup baik berpunca daripada tindakan melindungi kepentingan kroni.

Katanya, hutang isi rumah yang dicatat berjumlah RM577 bilion berdasarkan statistik bulanan Bank Negara Malaysia merangkumi bebanan pinjaman kereta (RM118 bilion), pinjaman perumahan (RM225 bilion) dan pinjaman peribadi (RM22 bilion) selain anggaran hutang kad kredit (RM200 bilion).

Ini jelasnya membuktikan kadar perbelanjaan pendapatan rakyat semakin rendah setiap tahun dengan kadar hutang yang tinggi.

"Sikap Umno-BN dalam menangani maslaah harga kereta dan rumah yang mahal dihadapi rakyat adalah bukti mereka tidak mempedulikan kesengasaraan rakyat. Rintihan rakyat selama ini terpaksa menanggung perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan langsung tidak diendahkan," katanya lagi.[Malaysiakini]

Kerajaan Najib Hutang Kerajaan Azizan RM100juta

PULANGKAN !!!

Kerajaan Negeri Kedah tetap menuntut pampasan balak bernilai RM100 juta daripada Kerajaan Pusat sekali pun berjaya meningkatkan jumlah hasil pembalakan daripada RM8juta pada 2008 kepada RM53 juta tahun lalu (2009).

Walaupun sudah banyak kali Kerajaan Negeri menyuarakan perkara itu,Kerajaan Pusat masih tidak memberikan sebarang reaksi terhadap tuntutan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat ( PR).

Menurut Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Kerajaan Negeri akan terus menuntut pampasan itu memandangkan ia merupakan "HAK" rakyat Kedah untuk menjana pembangunan dan ekonomi negeri lebih-lebih lagi dengan kenaikan kos perbelanjaan pada masa kini.

sumber; petikan Sinar Harian Edisi Utara Sabtu 22 Januari 2011 m/s U2 oleh Khairil Anwar Mohd Amin


usinkata;..2 tahun sudah berlalu..rakyat negeri Kedah masih menanti..kepulangan "HAK" rakyat..
Kerajaan Negeri masih berpegang pada janji utk tidak membalak melebihi keluasan yg ditetapkan apatahlagi kawasan tersebut merupakan kawasan tadahan hujan utk tiga empangan yg membekalkan air kepada Perlis,Pulau Pinang dan Kedah sendiri.
Seharusnya Kerajaan Pusat menghargai usaha yg dilakukan dengan membayar pampasan balak bernilai RM100 juta..
Kenapalah dinafikan "HAK RAKYAT" Negeri Kedah ini..adakah Kedah bukan berada di dalam Malaysia dan bernaung dibawah payung slogan 1Malaysia..??

Kami masih belum nyanyuk..
Kami masih ingat..
Kami tidak mudah lupa..
Kami akan tuntut hak kami..

*peringatan(lagu)

"Tiada kemaafan di sini..."
"Kau ragut degupan hati ku ini..."
"Akan ku jejakimu, kemana jua..."
"Hingga akhir masa..sayang..."
Ingatlah...selagi tuntutan ini tidak dipenuhi..

Pulangkan...Pulangkan..HAK KAMI !!!

http://apadianie.blogspot.com/2011/02/pulangkan.html

UMNO PENAKUT : Dulu Suruh Majlis Fatwa Buat Keputusan Bila Orang Nak ajak berjumpa depa pulak kalut tak bagi jumpa..

Hairan saya membaca kenyataan Datuk Dr Jamil Khir Baharom dalam Berita Harian hari ini. Jelas beliau keliru dengan rentetan isu ini. Perlu diingatkan, bukan saya yang mengheret nama Majlis Fatwa Kebangsaan, orang lain yang mencadangkan pandangan saya dibincangkan dengan oleh Majlis Fatwa. Saya hanya menyatakan persetujuan apabila ditanya oleh wartawan. - Nik Aziz

Muzakarah antara Majlis Fatwa Kebangsaan dan Al-Mursyidul AM PAS

KENYATAAN DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
8 Februari 2011
http://4.bp.blogspot.com/_QKuoGQez-ng/TS0We_6FkVI/AAAAAAAAHvM/24DR5vPXMas/s400/NIkAziz-1.jpg
"Pemuda menyokong muzakarah
Majlis Fatwa Kebangsaan dan Al-Mursyidul AM PAS"

Bagi menjernihan kekusutan dan menyelesaikan perselisihan yang berlaku, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyokong dan menggesa agar muzakarah diantara Majlis Fatwa Kebangsaan dengan Parti Islam Se-Malaysia dengan diketuai oleh Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat segera diadakan. Ini kerana DPPP yakin segala pertelingkahan, pertikaian, perselisihan faham mesti diselesaikan secara muzakarah dengan menjadikan AL-Quran dan As-Sunnah sebagai asas penyelesaian.

Ini sangat penting supaya kebenaran dapat ditegakkan dan memastikan sebarang kekeliruan, tohmahan serta fitnah dapat dipadamkan. Malah DPPP ingin menegaskan bahawa bukan sahaja satu atau dua isu yang berkait dengan Al-Mursyidul Am PAS tetapi masih banyak perkara-perkara lain yang menyentuh aqidah ummah perlu dimuzakarahkan.

DPPP juga turut mengalu-alukan penyertaan ulamak-ulamak UMNO justeru mereka adalah pendokong kerajaan yang dipimpin oleh UMNO bagi menyelesaikan isu-isu agama.

DPPP melihat, sekian lama UMNO dan Barisan Nasional menguasai agen penyebaran massa utama seperti televisyen, radio dan akhbar arus perdana di dalam negara sudah terlalu banyak fitnah dan tohmahan telah dilemparkan terhadap Al-Mursyidul Am PAS khususnya dan Parti Islam Se-Malaysia amnya. Inilah peluang dan platform terbaik bagi rakyat menilai apa yang ditohmah oleh media arus perdana ini benar ataupun salah.

Justeru itu, muzakarah antara kedua-dua pihak ini suatu peluang dan platform yang sangat baik sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan atau mufti-mufti bersama ulamak-ulamak UMNO menganggap apa yang pernah disebut atau di praktikkan oleh Al-Mursyidul Am dan kami Parti Islam Se-Malaysia bercanggah dengan Islam.


Nasrudin Hj Hasan At-Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Selagi hayat dikandung badan

Umno Merlimau yang lemau - Aku Tetap Sokong UMNO Walau Rumahku Macam Reban Ayam


Gambar ini bukan di negeri Kelantan, Sabah atau pun Pahang dan bukan juga dipedalaman Sarawak. Tetapi gambar ini terletak lokasinya dekat dengan Bandar Merlimau.

Dan itu juga adalah rumah penyokong tegar Umno. Umno Merlimau. Merlimau itu di mana ye? Melaka Maju 2010 atau di Kampung Baru? Ini wajah Melaka Maju 2010 untuk DUN MERLIMAU yang bakal diadakan penamaan calon pada 26 Feb 2011 dan pengundian pada 6 Mac 2011.

Tidak kisah rumah macam reban ayam atau kandang kambing dan yang paling penting adalah menyokong hasrat kerajaan UMNO/BN dengan slogan "Rakyat Didahulukan". Mungkin tuan rumah ini tidak sedar bahawa Melaka telah diisytiharkan "Melaka Maju 2010" tetapi rumah ini bagaikan reban ayam yang tidak melambangkan Melaka Maju 2010.

Adakah tuan rumah ini telah kenyang dengan pemberian RM200-RM500 dari pihak UMNO/BN supaya menyokong parti yang kononnya memperjuangkan melayu ini. Tuan rumah ini boleh diklasifikasikan sebagai murahan kerana harga seekor kambing pun mencecah harga RM350-RM500 seekor setiap kali untuk dikorbankan.

Bukan setakat itu sahaja, harga diri dan maruah mereka yang disogok oleh UMNO/BN ini seperti pelacur murahan. Apa tidaknya dan cuba kita buat perkiraan untuk tempoh 5 tahun pilihanraya. Harga RM200-RM500 telah dibayar kepada pengundi BN untuk pilihan raya tetapi pilihan raya itu tempohnya 5 tahun. Maka untuk setiap tahun pengundi itu dapat sekitar RM40-RM100 setahun.

Begitu murah harga orang melayu khususnya yang mengundi UMNO/BN. Sedangkan harga seekor lembu setiap kali korban adalah RM2000-RM3000 seekor. Lembu kalo UMNO/BN mahu bayar RM200 pun mereka sanggup lari dan sebab itu bila masa raya korban, lembu yang dibeli oleh orang UMNO/BN selalu jadi liar dan sukar untuk disembelih.

Selain itu juga, kalau diikutkan daripada perkiraan tadi bagi pendapatan yang diterima oleh pengundi UMNO/BN dengan berbekalkan RM40-RM100 setahun, ia tidak mencukupi kerana tahun lepas sahaja harga bahan bakar naik 3-4 kali dalam setahun. Cukupkah dengan pemberian oleh UMNO/BN itu? Maka melayu selalu ditipu oleh melayu sendiri kerana mentaliti orang melayu yang menyokong UMNO/BN ini masih buta dan tuli.(kijang59)

DEBAT - NIK AZIZ PILIH JUMPA HARIMAU DARIPADA BERJUMPA KUCING




Oleh : WFAUZDIN NS

HAJAT untuk menyaksikan perdebatan di antara Ulamak Veteren Umno Kelantan iaitu Mohd Noor Deris dengan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat akhirnya tidak kesampaian.

Ini adalah kerana Tuan Guru Nik Aziz mahu agar tokoh yang lebih berwibawa dan mempunyai peranan penting di dalam kerajaan atau Umno untuk berdebat dengannya.

Sebelum ini akhbar Sinar melaporkan bahawa Tuan Guru Nik Aziz bersedia untuk berdebat dengan Ulamak Umno yang mencabarnya itu. Tetapi laporan akhbar itu disangkal oleh Pejabat MB Kelantan, di antara lain sebab yang diberikan adalah seperti berikut:

" Sukalah diperjelaskan bahawa tajuk dan laporan berita tersebut sama sekali tidak benar. Apa yang berlaku ialah YAB Tuan Guru ditanya berkenaan desakan Mohd Nor Deris agar Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan kenyataan beliau yang di dakwa menjejaskan akidah.

Menjawab pertanyaan tersebut, YAB Tuan Guru bersetuju agar kenyataannya dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Persetujuan tersebut termasuklah mengadakan perbincangan antara beliau dengan Majlis Fatwa Kebangsaan."

"Tidak timbul isu berdebat dengan Mohd Nor Deris yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan sebagai penggubal dasar. Secara logiknya, individu yang layak berdebat dengan Menteri Besar Kelantan yang juga al-Mursyidul Am PAS tentulah tokoh yang mempunyai jawatan berpengaruh di dalam kerajaan atau parti." (Kenyataan Media Pej MB Kelantan)

Tuan Guru Nik Aziz berani menyahut cabaran Mohd Noor yang mahu agar dirinya disiasat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Beliau bersedia untuk berdepan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang tentunya lebih berwibawa daripada Mohd Noor Deris. Sekaligus, Mursyidul Am PAS tersebut memberikan tamparan memalukan kepada Mohd Noor Deris.

Ulamak Veteren Umno Kelantan tersebut boleh mengukur baju di badannya sendiri kerana kesangupan Tuan guru Nik Aziz berhadapan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bukan seorang atau dua ahli, tentunya meletakkan Tuan Guru Nik Aziz sebagai pemimpin yang berani kerana benar.

Namun demikian, Mohd Noor boleh berusaha untuk berdebat dengan anak murid Tuan guru Nik Aziz yang setaraf dengannya. Beliau perlu akur bahawa beliau tidak layak menggantikan PM, TPM atau Menteri seperti Jamil Khir untuk berdebat dengan Tuan Guru Nik Aziz.

Mereka semua itu lah sepatutnya yang bersesuaian untuk berdebat dengan MB Kelantan, bukan Mohd Noor Ulamak yang digelar `ulamak terompah kayu' di Kelantan.

Sekali lagi, tahniah buat Tuan Guru Nik Aziz yang telah memilih berhadapan dengan `dua tiga ekor harimau' daripada berhadapan dengan seekor kucing.

Memandulah secara biasa: jangan Ghalit meleleh ayaq Lioq.

Aksi Racau-Bogel-Berahi di Bahu Jalan






Foto: Pembaca China Press/Ondscene

Seperti yang diberitakan di akhbar, seorang wanita berketurunan Afrika membuka baju sehingga telanjang bulat sebelum menjerit-jerit, menari, dan menyanyi seperti orang hilang akal di bahu jalan berhampiran persimpangan Taman Cheras menuju Lebuh Raya Lingkaran Tengah II.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, wanita berusia 20-an terbabit seolah-olah sengaja menarik perhatian orang ramai apabila enggan memakai semula baju walaupun dipujuk anggota polis dan orang ramai.

Namun, drama mencolok mata itu berakhir apabila seorang wanita (berbaju merah jambu) yang juga pelanggan restoran berhampiran mengarahkan wanita terbabit memakai semula pakaiannya. Wanita tersebut dikatakan "menggugut" akan mengikat wanita Afrika itu jika dia enggan mengenakan pakaiannya.

P/s: "Berpeluh" dan "berdebar" polis dan orang ramai yang menyaksikan adegan tersebut!

Penduduk BMC gagal saman 'keganasan' polis

Oleh: Hazlan Zakaria


Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi hari ini menolak saman sivil oleh penduduk Bandar Mahkota Cheras, yang membantah pembinaan lebuhraya Grand Saga pada 2007. Mereka sebelum ini mendakwa kerajaan dan polis bertindak ganas dalam menyuaraikan perhimpunan aman mereka.

Hakim Mohd Mohzani Mokhtar juga memerintahkan kumpulan berkenaan supaya membayar kos perbicaraan.

NONE"Katannya, (hakim) ia perhimpunan haram, penunjuk perasaan gagal bersurai apabila diarahkan dan polis bertindak dengan munasabah dengan menahan mereka,” kata ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang juga adalah seorang daripada peguam yang mewakili beberapa penduduk.

Hakim Mohd Mohzani membuat penghakiman secara lisannya pagi ini, bagaimanapun belum menetapkan jumlah kos yang perlu dibayar oleh plaintif.

NONEKerajaan persekutuan diwakili oleh pendakwa raya persekutuan Wan Roslan dalam perbicaraan yang berlarutan lebih empat tahun dan puluhan saksi dari kedua-dua pihak tampil memberi keterangan.

"Kita mempunyai sebulan untuk merayu, saya akan bincang dengan plaintif dan maklumkan kepada media jika kami bercadang membuat rayuan,” katanya.

Pada kejadian 21 Januari 2007 itu, 21 orang ditahan kerana berhimpun membantah kenaikkan tol di sekitar Lembah Kelang.

NONEPada kejadian itu, kira-kira 40 orang menyertai demonstrasi yang dianjurkan oleh Protes, iaitu gabungan parti politik, badan bukan kerajaan dan kesatuan sekerja.

Polis kemudiannya mengarahkan orang ramai supaya bersurai tetapi tidak diendahkan.

Empat daripada mereka, termasuk Tian Chua, cedera ketika bergelut dengan anggota polis dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

NONEAntara yang ditahan ielah Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua; pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli dan pemimpin DAP, Ronnie Liu.
Lebuhraya Grand Saga menghubungkan Kuala Lumpur dan Kajang. Ia menjadi isu kepada penduduk Bandar Mahkota Cheras, kerana mereka terpakas membayar tol setiap kali untuk masuk dan keluar dari taman perumahan mereka.

Sebuah jalan pintas yang dibina bagi mengelakkan bayaran tol oleh penduduk kemudiannya disekat oleh pemegang konsesi lebuhhraya tersebut.

1Malaysia Umno Beli Zionis Apco Jual Islam Pada MCA dan Gerakan

Oleh: perangsaraf

" Dah menjadi kebiasaan Parti Asobiah Umno “berdakwah” dan “berjihad” untuk Memusnahkan Islam, Buktinya Umno membeli ideologi zionis Apco dengan harga RM77 juta setahun bagi menggantikan Iman Umat Islam dalam Umno, selanjutnya Umno jual pula Ugama Islam dengan harga rendah (secalit undi) pada parti kafir harbi MCA dan Gerakan,

Buktinya Isu Azan di Masjid Kg Kerinchi dan PRK Tenang menunjukkan dengan Jelas bahawa Umno telah Menjual Islam pada MCA dan Gerakan!

Kerana sepucuk surat sahaja daripada Peguam Cabuk MCA Kafir Harbi Presiden Umno dan Menteri serta JAWI menunduk sujud pada peguam MCA kafir harbi walaupun dalam “permohonan maaf” peguam MCA tersebut mengatakan “tidak tahu” bahawa Laungan Pembesar Suara dari Masjid tersebut ialah Laungan Azan Umat Islam untuk Mengerjakan Solat, walaubagaimanapun tindakan peguam kafir harbi MCA tersebut boleh di maafkan tetapi tindakan Perdana Menteri yang mengaku “islam” dan pemimpin Umno terutama menteri yang mengaku “islam” adalah amat di kesalkan kerana sanggup mengeluarkan arahan supaya Masjid Kg Kerinchi perlahankan azan hanya daripada surat aduan peguam MCA kafir harbi !

Persoalannya di mana Iman pemimpin Umno yang mengikut kehendak hanya seorang peguam MCA kafir harbi ? Umno telah Gadai Maruah Islam pada MCA! Seorang sahaja peguam MCA membuat aduan pada Umno kafir harbi beribu Umat Islam yang bersolat di Masjid di korbankan oleh pemimpin Umno!

PRK Tenang kemudiannya sekali lagi menunjukkan “Islam sudah mampus di dalam Umno” apabila dengan penuh berani Presiden MCA Kafir Harbi (pemimpin tidak bermoral) dan Ketua Wanita Gerakan Kafir Harbi Menghina Agama Islam dalam kempen mereka membantu melayu zionis Umno, peliknya Umno gembira dengan penghinaan yang di lakukan oleh presiden MCA yang tidak bermoral lagi kafir harbi itu terhadap Kebenaran Agama Islam dan ia menyebabkan Wanita Gerakan juga mengambil langkah yang sama Menghina Islam kerana “lampu hijau” daripada Umno!

Umno menang di PRK Tenang di sebabkan MCA dan Gerakan telah membunuh Islam di dalam Umno !

Lebih pelik apabila Umno menyerang DAP dengan bermacam-macam tuduhan Fitnah seperti tindakan samseng yang mengganggu Kempen KM Pulau Pinang dalam PRK Tenang dan Umno sering mengatakan bermacam-macam perihal memburukkan KM Pulau Pinang dan Bapanya seperti “Khalifah Lim Guan Eng” dan DAP “Harbi” seperti dalam PRK Galas Kelantan yang lalu

Hakikatnya kini Fitnah tersebut telah Kembali pada Umno apabila Umno telah Melantik presiden MCA yang tidak bermoral sebagai “Khalifah” iaitu Khalifah Chua Sui Lek dan PRK Tenang Membuktikan MCA dan Gerakan Lebih Kafir Harbi daripada DAP!

Hairan bagaimana Umno lebih “beriman” (Percaya) pada presiden MCA yang tidak Bermoral lebih daripada Orang Islam PAS dan PKR sendiri, presiden MCA sekarang CSL adalah seorang pemimpin/ bapa dan suami yang Curang/Khianat/ Belot pada Institusi perkahwinan, Anaknya dan Isterinya dalam skandal Vcd lucah CSL bersam betina lain

Jika pada Keluarga dan Agama (institusi perkahwinan) dan undang-undang Malaysia presiden MCA boleh Belot/Curang dan Khianat apatah lagi pada “melayu jahilliyah” Umno ? Mungkin Punasihat zionis Apco dah bagi Jaminan syurga pada Umno jika tolong Kafir Harbi MCA dan Gerakan Memusnahkan Islam ?

Maaf cakap dari sudut Moral atau Akhlak/perangai “Khalifah” Lim Guan Eng lebih bagus dan baik daripada “khalifah” chua soi lek ! dari sudut Agama pula dah Terbukti MCA dan Gerakan lebih Kafir Harbi daripada DAP ! tiada pula Gelaran Dato atau Tan Sri pada KM Pulau Pinang ini seperti “khalifah” Umno dato Chua Soi Lek

Adun Seri Muda Selangor YB Shafie telah di kenakan tuduhan atas akta hasutan sebab di katakan “menghina” Sultan tetapi apa Tindakan yang di kenakan pada peguam MCA (isu Azan) dan presiden MCA dan ketua wanita Gerakan apabila Menghina Agama Sultan dan Raja Melayu serta berbillion Umat Islam di serata dunia termasuk saya sendiri ? termasuk juga para Hakim, Pendakwaraya dan Peguambela dan juga Polis dan Tentera serta Semua Umat Islam di Malaysia ?

Nampakkah Umat Islam di Malaysia sekarang bahawa Umno mengupah zionis Apco untuk Membunuh Iman Umat Islam ? Nampakkah kita Umat Islam bahawa Umno Menjual Islam pada MCA dan Gerakan dan MIC (“Ustaz” kamal PRK Hulu Selangor) hanya untuk secalit undi dari kafir harbi ?

Bagaimana pula dengan Namawee yang di agongkan oleh Umno sampai dapat bertemu dengan Menteri Umno di Parlimen ? tiada tindakan terhadap Namawee walaupun beliau Menghina Al Quran dan Kaum Melayu dengan lagu rapnya dalam youtube yang di tonton di serata dunia ? apabila Kaum Melayu dengan ayat yang sikit keras seperti si sengal aduka taruna (kumpulan blogger celaka) maka tindakan keras di kenakan

Nampakkah kita bagaimana zionis Apco sedang Menindas Melayu ? zionis Apco yang menjadi melayu serta memisahkan Islam daripada melayu ?

Bagaimana pula dengan BN (bini najib) yang merampas “wanita pertama” daripada Raja Permasuri Agong ? Dewan Bahasa dan Pustaka serta pakar bahasa di Malaysia sampai sekarang belum lagi mengeluarkan kenyataan Gelaran untuk Raja Permaisuri Agong, gelaran yang lebih tinggi daripada wanita pertama yang di gunakan BN ?

Pencacai Umno menyerang MP Serdang YB Teo Nie Ching sebab berada di atas Surau dan bersenam di perkarangan Masjid, namun melayu jahilliyah Umno tidak sedar pakaian artis Umno pada anugerah skrin yang lepas lebih teruk dan kufur dan mencemarkan Islam daripada pakaian MP Serdang ? bila “tentera jihad” Umno dan pencacai Umno seperti perkasa, pekida dan gaps nak serang melayu yang Mencemarkan Islam atau sebaliknya pencacai Umno perkasa, pekida dan gaps nak tolong zionis Apco zalimi Umat Islam?

Dari sudut Mencemarkan Kesucian Islam kita boleh tengok pada “islamic” fashion festival Monte Carlo sahaja sudahlah, siapa bagi lesen pada IFF untuk gunakan nama “Islamic” Fashion Festival, ulama muda Umno ? ulama tua Umno Kelantan? atau Ayah Pin ? atau rabbi zionis Apco ? pakain model dalam IFF Monte Carlo melencong dari “islamic” sama dengan “Penaung” IFF yang tidak tutup aurat malah ada rekaan (desiagn) yang Menghina Rasullullah S.a.w

Untuk maklumat kita tidak pernah menghina “agama” “khalifah Umno” Chua soi Lek dan Ketua Wanita Gerakan juga Namawee, namun di sebabkan Umno membeli ideologi zionis Apco dan Menjual Islam pada MCA dan Gerakan maka Islam kini menjadi milik MCA kafir harbi manakala zionis Apco menjadi milik MELAYU !

Pengajaran daripada kezaliman Diktator munafik Hosni Mubarak di Mesir ialah munafik (islam beriman palsu) lebih zalim daripada yahudi zionis israel !

Tindakannya sekarang ialah Kita Umat Islam yang Beriman perlu mengukuhkan Persaudaraan dan Berjihad (Berjuang dan Berkorban) Membebaskan Islam daripada Fitnah musuh-musuh ALLAH sebagaimana Firman ALLAH di Dalam Kitab Suci Al Quran Surah Al Baqarah Ayat 1936 dan Surah Al Anfal Ayat 39 !

Biar Badan Hancur Binasa Selagi Iman Terpelihara Selagi Islam Terlaksana

Najib, Siapa Politikkan Isu "Ops Piramid"?


Najib berkata operasi menyelamat pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir menerusi Ops Piramid, merupakan misi untuk kepentingan negara dan tiada unsur politik. Najib berkata kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir, berikutan keadaan yang tidak menentu di negara berkenaan.

tu kamu yang kata,tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Cuba lihat gambar di atas, siap dengan ucapan terima kasih dari rakyat Malaysia yang tiba, terpaksa atau ikhlas ni... Dikhabarkan pesawat yang membawa kumpulan pertama rakyat Malaysia mendarat dahulu tetapi kerana menunggu VVIP(PM,TPM &dif2 jemputan) sampai terpaksalah mereka berada dalam pesawat lagi. Siaran langsung di tv pagi tadi tergendala beberapa kali untuk menunggu mereka sampai.

'Pemimpin didahulukan atau 'rakyat didahulukan' ni, selepas itu Najib pula berucap didepan rakyat Malaysia yang baru tiba, dengan keletihan dan pelbagai masalah mereka lalui sepanjang perjalanan kini mereka terpaksa pula mendengar ucapan Najib. Kalau aku berada tempat diaorang dah lama aku blah..

Media massa : Berubah atau rebah

Oleh LanH

SEJARAH membuktikan kebangkitan rakyat tidak dapat disekat-sekat sekalipun dilakukan penindasan peringkat tertinggi termasuk dalam penyebaran maklumat. Perkembangan terkini di Tunisia dan Mesir membuktikan kuasa rakyat tidak dapat disekat oleh pemerintah zalim yang berselindung di sebalik ‘demokrasi bikinan sendiri’. Yalah, setiap kali pilihan raya diktator-diktator ini mencatat hampir 100 peratus sokongan rakyat.

Pada zaman China purba (Tahun Baru Cina akan disambut dalam beberapa hari lagi) kekangan menyebabkan rakyat kreatif menyalurkan maklumat termasuk memasukkan nota dalam kuih bakul dan ini perlu dijadikan iktibar oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mencadangkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dipinda agar meliputi terbitan internet, Facebook dan perisian.

Tindakan ini dipercayai cubaan mengehadkan penyebaran maklumat kepada masyarakat pada ketika media massa arus perdana tradisional seperti akhbar, televisyen dan radio semakin tidak mendapat tempat di hati rakyat. Jumlah edaran akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian merosot teruk hanya lebih sedikit daripada 100,000 naskhah sehari sedangkan sedekad lalu lebih 200,000 malah pada edisi Ahad seperti Mingguan Malaysia pernah mencatat 600,000 naskhah.

Akhbar-akhbar yang meningkat pengedarannya adalah yang bersifat tabloid sensasi seperti Harian Metro yang kini mencatat edaran lebih 350,000 senaskhah. Akhbar yang kerap memaparkan sisi buruk masyarakat ini akan menyambut ulang tahunnya ke-20 pada Mac ini. Akhbar sensasi Kosmo milik Utusan Melayu juga mencatatkan peningkatan dengan lebih 100,000 naskhah, jadi jelaslah masyarakat tertarik kepada pembaharuan, malangnya paparan sesetengah bahan dalam akhbar-akhbar ini menjurus kepada perkara negatif.

Jika akhbar Harian Metro dan Kosmo menjurus memenuhi kehendak generasi baru, akhbar tradisional seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia yang gagal berubah (asyik-asyik mahu mengampu Umno-Barisan Nasional) akan menemui zaman rebahnya. Perkembangan di belahan lain dunia seperti di Eropah menyaksikan betapa sesetengah akhbar arus perdana gagal bertahan sehingga akhirnya terpaksa diedarkan secara percuma saja. Itu pun orang ramai tidak mengendahkan kehadirannya.

Di negara kita, zaman berubah tetapi ada parti dan akhbar tidak berubah. Mereka menunggu masa untuk rebah. Sewajarnya kejatuhan rejim diktator dunia termasuklah di negara tetangga Indonesia menjadi iktibar. Pada zaman revoulsi, media massa Indonesia berubah 360 darjah daripada prorejim Suharto kepada prorakyat.

Media terutama akhbar menyuntik dan menaikkan semangat rakyat untuk menuntut keadilan bagi semua. Suharto akhirnya tumbang bagi membolehkan pilihan raya yang dianggap telus diadakan membawa kepada kepada pemilihan tokoh seperti BJ Habibie, Gus Dur, Megawati dan kini Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) sebagai Presiden.

Demikian juga jika dikaji perkembangan media massa tanah air sebelum negara mencapai kemerdekaan. Akhbar-akhbar awal Tanah Melayu seperti Jawi Peranakan, Majlis dan Utusan Melayu sendiri menyemarakkan semangat anak watan ke arah pembebasan daripada belenggu penjajahan.

Kini pada ketika negara-negara dunia mengorak langkah ke arah kebebasan maklumat, pemerintah Malaysia mahu membedong (macam bayi) rakyatnya melalui tindakan KDN yang mencadangkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dipinda agar meliputi terbitan internet, Facebook dan perisian. Tentunya langkah yang tersangat ke belakang (apakah rakyat mahu dijadikan katak di bawah tempurung?) ini mempunyai motif tertentu yang boleh diandaikan banyak pihak sebagai tidak mahu mendedahkan rakyat kepada maklumat yang akan membawa kejatuhan pemerintah hari ini.

Namun seperti diperkatakan pada awal artikel ini bahawa ‘kuih bakul’ pun boleh dijadikan alat sebaran maklumat, sekatan tidak akan melemahkan kebangkitan rakyat dan hal ini terbukti melalui peristiwa kebangkitan rakyat Tunisia yang menyaksikan pemerintah kuku besi Zein el-Abidin Ben Ali dan isterinya yang cantik tetapi ibarat pisau cukur rakyat, Leila Ben Ali diguling sehingga terpaksa melarikan diri ke Arab Saudi.

Ketika kapal terbang membawa Zein el-Abidin singgah di Mesir, rakyat Mesir pula berkata: “Kapal terbang ini juga akan membawa seorang lagi diktator iaitu Hosni Mubarak.” Hal ini hampir menjadi kenyataan apabila rakyat Mesir pula berdemonstrasi besar-besaran bagi menggulingkan Mubarak.

Antara tindakan Mubarak dan kuncu-kuncunya bagi menyekat kemaraan rakyat adalah menghalang penerbitan dan penyebaran bahan maklumat mengenai kebangkitan rakyat Mesir. Namun, kuasa rakyat tidak dapat dihalang, Mubarak juga akan tersungkur jua akhirnya!

Media massa negara ini tidak mahukah mengambil iktibar daripada peristiwa di luar negara ini? Nampaknya media massa ini begitu hebat dan terperinci dalam laporan dan paparan mereka mengenai kebangkitan rakyat di luar negara yang terletak ribuan kilometer jauhnya tetapi tidak nampakkah BANGKAI GAJAH (aneka penyelewengan, korupsi, salah tadbir, kenaikan harga barang) di depan mata? Hanya satu pesanan untuk orang media - anda berubah atau anda rebah!

http://lanh14.blogspot.com

Antara Jambatan Bengkok dan Menara Warisan.. mana satu pilihan kalbu?

Mengapa Tun Mahathir beriya-iya mahukan Jambatan Bengkok?


Bekas Perdana menteri, Tun Mahathir bertegas malah menggesa sokongan akar umbi memberi tekanan kepada kerajaan pusat agar meneruskan idea beliau membina jambatan bengkok yang menghubungkan Johor Bahru dan Woodland di Singapura bagi menggantikan jambatan usang Tambak Johor [Mahathir minta sokongan akar umbi].

Idea pembinaan jambatan bengkok ini dilihat akan memberikan keselesaan kepada orang ramai yang keluar masuk antara Singapura dan Johor. Tambak Johor yang menghubungkan kedua-dua buah negara itu sudah terlalu lama, malah terlalu sempit sehingga menyebabkan kesesakan teruk berlaku setiap hari.

Pembinaan jambatan bengkok ini juga dilihat akan merangsangkan ekonomi Malaysia apabila rakyat Singapura tidak lagi perlu bersesak-sesak untuk berbelanja di Negeri Johor setiap hari. Ini akan menguntungkan ekonomi rakyat Johor sekaligus memberi kebaikkan kepada Malaysia apabila puluhan ribu rakyat Singapura keluar berbelanja di Malaysia setiap hari.

Memberikan saingan ekonomi kepada Singapura

Satu lagi sebab yang menjadi faktor utama Tun Mahathir bertegas mahu kerajaan pusat meneruskan pembinaan jambatan bengkok adalah untuk memadam keangkuhan Singapura dan seteru perang sarafnya Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew. Lee Kuan Yew sebelum ini sering kali mengkritik pentadbiran Tun Mahathir.

Pembinaan jambatan bengkok dengan ketinggian 25 meter dari aras tanah dilihat akan menarik kapal-kapal dagang kecil untuk ke perlabuahn Pasir Gudang Johor, tanpa perlu melakukan perjalanan yang lebih jauh melewati Republik Singapura.

Tambak Johor dengan struktur binaan yang rendah pada aras laut dilihat menjadi halangan kapal-kapal dagang untuk ke Pelabuhan Malaysia. Kapal-kapal ini terpaksa melewati republik Singapura dan singgah di perlabuhan negara tersebut. Dengan pembinaan jambatan bengkok ini, negara kita dapat menarik sebilangan besar kapal-kapal dagang ke pelabuhan Malaysia, dan memberikan keuntungan kepada Malaysia sekaligus memberikan tekanan atau saingan ekonomi kepada Singapura.

Rakyat Johor juga sangat menyokong usaha Tun Mahathir mewujudkan jambatan bengkok ini. Bukan sahaja memberikan keselesaan kepada pengguna, malah memberikan keuntungan dari segi ekonomi. Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang Johor pernah menggesa kerajaan meneruskan idea ini [Utusan]

Sekiranya Najib Tun Razak benar-benar mendahulukan rakyat, inilah projek yang sepatutnya diteruskan, bukan menara warisan merdeka yang merapu malah ditentang oleh sebilangan besar rakyat Malaysia.

Tentu sekali sangat menghairankan bila projek yang mendapat tentangan rakyat mahu dilakukan sebaliknya projek yang mendapat sokongan rakyat tidak mahu diteruskan. Adakah Najib tetap tidak mahu meneruskan Jambatan Bengkok kerana takutkan Singapura? Pembinaan jambatan bengkok langsung tidak memerlukan persetujuan dari singapura, kerana projek ini hanya melibatkan wilayah di kawasan Malaysia sahaja, persetan sama itu Singapura!

Antara 2 Janji Najib di Kampung Baru KL & Kampung Sg. Chenang Langkawi

" I dont want banana fruit two times about this Kampung-Kampung ok"

Usinkata;...5 Feb 2011 yang lalu kesungguhan Kerajaan Pusat utk memberikan satu nafas baru buat Kampung Baru terserlah apabila PM Najib mengumumkan bahawa Masjid Kampung Baru akan dijadikan "Ikon Kampung Baru Moden"...Dengan peruntukan RM20juta kerja-kerja menaik taraf Masjid tersebut akan dimulakan dalam tempoh enam bulan dengan peruntukan tersebut disalurkan melalui syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).-sumber;http://bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=561720

"Tahun ini adalah detik permulaan era baru Kampung Baru. Isyarat saya jelas.Saya datang setahun lalu bukan untuk melawat sahaja tetapi dengan niat membangunkan Kampung ini " kata Najib semasa merasmikan Program Ziarah Masjid di masjid berkenaan..

Senang sekali hati ini mendengar khabar berita ini..tetapi jauh disudut hati ..terkenang juga akan nasib golongan nelayan nun jauh diutara di Kampung Sungai Chenang Pulau Langkawi Kedah..

Ceritanya bermula begini...sekitar bulan Feb 2010 ..PM Najib dan isteri sedang menikmati percutian peribadi di Pulau Langkawi kemudian Datuk Jo ( Johari Baharom Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) memalumkan kepadanya beliau tentang masalah yg dihadapi oleh nelayan di Kampung Sungai Chenang.

2 hari kemudian Najib dalam pertemuan tidak rasmi dengan 100 nelayan tempatan mengumukan peruntukan "segera" berjumlah RM7juta utk pembinaan jeti baru dikawasan terbabit..[sumber;http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/2/16/mstar_berita/20100216223142&sec=mstar_berita]

Setahun sudah berlalu..ramai yg sudah terlupa akan hadiah segera yg diumumkan oleh Najib kepada kira-kira 100 nelayan Kampung Sungai Chenang..

Kemudian datanglah seorang wartawan muda bernama Liza Hasan dari Skuad Cakna Sinar Harian melaporkan keluhan Pengerusi Komuniti Pengurusan Sumber Perikanan (KPSP) Sungai Chenang Asri Shaaban ..

"Sejak Perdana Menteri ,Datuk Seri Najib Razak ke pangkalan ini Febuari tahun lalu (2010),hinga kini (2011) keadaanya masih sama.

"Ketika itu beliau berjanji meluluska peruntukan sejmlah RM7 juta dan terdapat pertambahan RM2 juta lagi,namun hingga kini keadaan masih sama", katanya.

Asri berkata, pihak KPSP memohon pihak berkaitan membina pangkalan nelayan lengkap dengan restoran dan kemudahan lain seperti yang dijanjikan dengan segera ketika lawatan Perdana Menteri lalu.

Menurutnya, keadaan pangkalan kini hanya berubah sedikit selepas LKIM menyiapkan pangkalan sedia ada bernilai RM470,000 yang dimohon ketika tahun 2007.

"Projek menaik taraf ini dipohon empat tahun lalu dan siap pada Disember lalu (2010),jika projek bernilai jutaan ringgit seperti yang dijanjikan,tidak tahu bila akan siap.
sumber; http://apadianie.blogspot.com/2011/01/magic-dari-kedah-yang-kantoi.html

Untuk itu..hati ini berasa bimbang sekali akan nasib penduduk Kampung Baru.."i dont want banana fruit two times" ( pisang berbuah dua kali)..

Namun begitu..hati ini merasakan projek Kampung Baru akan berjalan dan siap mengikut jadual..maklumlah..Kampung Baru "tanah-tanihnya" bernilai tinggi..utk memilkinya perlulah dikeluarkan dahulu modal..gula-gula..hadiah-hadiah.

Orang kata kalau hendakan anak daranya..teckel dulu ibu-bapanya..
Org tua-tua ni mudah percaya kalau kita buat baik..sopan santun..hormat orang tua..

Apa lagi kalau dengar saja azan terus amik air sembahyang dan bergerak sepantas kilat ke surau/masjid mengerjakan solat berjemaah..fuhhh..confirm !!!..1 bulan saja buat benda yang sama bulan depan bole masuk meminang hujung tahun depan terus kahwin..dn dapatlah memiliki tanah pusaka kedua mertuanya itu..

Tanah-tanih di Kampung Sungai Chenang ada apa..busuk selut..lumpur dan hanyir bau ikan saja..anak dara disana pon gelap-gelap saja..almaklumlah org pulau..sudahlah rupa paras tadak..miskin pula..kais pagi makan petang..kais petang makan malam..itupun dah kira nasib baik..kalau nasib xberapa baik..posa sunat sajalah..

Inilah dinamakan "perbezaan"...Kampung yg dibandar dan Kampung yg mmg dikampung...dimana 1Kampung 1Malaysia?????

Terkata oleh usinwafer
ketika

Jika dalam negara ianya BIADAP..tapi jika diluar......!!!

‘Kenyataan berat sebelah’

ALOR SETAR - Tindakan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang mengecam Pas dan PKR kerana mengadakan demonstrasi pada hari kedua sambutan Tahun Baru Cina sebagai berat sebelah dan berbaur perkauman.

Naib Pengerusi PKR Kedah, V Arumugam berkata, sekiranya Keng Liang benar-benar meletakkan kepentingan menghormati perayaan sesuatu kaum sebagai asas penghujahan, beliau seharusnya memprotes tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil di Galas pada 4 November lalu, sehari sebelum perayaan Deepavali yang disambut kaum India.

Arumugam berkata, Keng Liang tidak seharusnya melihat sesuatu perkara berdasarkan kepentingan parti dan kaum tertentu, sebaliknya perlu telus dan meneliti kepentingan semua pihak.

“Adakah disebabkan demonstrasi itu berlaku pada sambutan Tahun Baru Cina dan dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR), tindakan itu dianggap biadab? Sekiranya perkara sama berlaku pada hari perayaan lain dan dibuat Kerajaan Pusat, adakah Keng Liang akan mengecamnya atau hanya membisu?

“Saya minta Keng Liang lebih matang dan adil dalam mengeluarkan kenyataan kerana tindakan beliau akan mencerminkan Gerakan sebagai parti yang hanya memperjuangkan kaum Cina dan bukan semua kaum,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kenyataan Keng Liang mengecam Pas dan PKR kerana mengadakan demonstrasi pada hari kedua sambutan Tahun Baru Cina, perayaan utama di negara ini yang dirayakan oleh semua rakyat Malaysia.

Atas sebab itu, Pemuda Gerakan Kedah kesal kerana pemimpin Pas dan PKR serta ahlinya mengadakan demonstrasi sebelum ini bagi menyokong gerakan prodemokrasi di Mesir.

Susu Tin laa pulak - RM2.30, RM2.70, RM2.80 dan RM3.50,

Giliran Kedah pula

ALOR SETAR - Masalah kekurangan minyak masak di negeri ini kembali pulih namun kenaikan harga susu pekat manis yang dilaporkan berlaku di Pulau Pinang, turut melanda negeri ini.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa kedai runcit di sini mendapati satu tin susu pekat manis dijual pada harga berbeza iaitu RM2.30, RM2.70, RM2.80 dan RM3.50, bergantung kepada jenama susu terbabit.

Peniaga, Azman Hussain, 45, berkata, kenaikan harga susu pekat manis itu berlaku sebelum sambutan Tahun Baru Cina lagi.

“Selepas itu, tidak ada lagi kenaikan, tetapi saya ada mendengar desas-desus menyatakan harga Milo akan naik selepas Tahun Baru Cina,” katanya.

Sementara itu, pengguna, Rohaya Salleh berkata, kenaikan harga susu pekat manis hanya diketahuinya apabila membeli barang keperluan harian.

“Akhir Januari lalu, harga bagi satu tin susu yang saya beli ialah antara RM1.80 hingga RM2 sahaja, tetapi minggu ini harganya sekitar RM2.50 hingga RM3.50,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah, Mohd Sakri Salleh ketika dihubungi berkata, sehingga semalam tiada sebarang aduan berhubung kenaikan harga susu pekat manis.

“Bagaimanapun, jika berlaku kenaikan ia mungkin disebabkan kekurangan bekalan kerana masalah penghantaran bekalan khususnya di kedai runcit yang tergendala memandangkan ramai yang bercuti panjang Tahun Baru Cina.

“Mungkin kenaikan hanya berlaku di kedai runcit dan tidak melibatkan pasar raya besar,” katanya.

Ditanya mengenai bekalan minyak masak yang sebelum ini berkurangan, Mohd Sakri berkata, bekalan minyak masak di negeri ini sudah pulih.

“Walaupun bekalan sudah pulih tetapi kuantiti pembelian dihadkan, sehingga hujung minggu lalu seorang individu hanya dibenarkan membeli sehingga lima kilogram minyak masak.

“Kawalan masih perlu dibuat bagi mengelakkan ada pihak yang mengambil kesempatan membeli dalam kuantiti yang terlalu besar sehingga boleh menjejaskan bekalan sedia ada,” katanya.

Sabun & Serbuk Pencuci menjadi makanan utama

Gadis jadi penagih sabun, serbuk pencuci


SERBUK pencuci dijilat oleh Tempestt Henderson.

MIAMI – Seorang gadis berusia 19 tahun menghidap penyakit ganjil kerana dia suka makan serbuk pencuci dan sabun, lapor sebuah akhbar semalam. Gadis itu, Tempestt Henderson dari negeri Florida akan memakan lima ketul sabun dan serbuk pencuci pada setiap minggu.

“Sabun dan serbuk pencuci itu amat manis,” katanya yang merupakan seorang pelajar kejururawatan.

Selepas enam bulan memakan sabun, Tempestt menemui doktor untuk mengubati ketagihannya.

Doktor yang merawatnya memberitahu gadis itu bahawa dia menghidap sejenis penyakit ganjil dikenali sebagai Pica.

Penyakit itu menyebabkan dia suka memakan makanan yang tidak mengandungi zat.

Doktor kini menggunakan kaedah terapi bagi mengubati penyakit Tempestt dengan memintanya mengingati benda lain semasa dia berasa mahu memakan sabun.

Dia juga digalakkan untuk pergi berjalan dan mengelak daripada pergi di tempat yang mengandungi sabun seperti di bilik mandi serta kedai dobi.

Tempestt menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci selepas dia berpisah dengan kekasihnya hanya kerana mereka belajar di kolej yang berlainan.

Gadis itu memberitahu, ketagihannya bermula semasa dia menjilat serbuk pencuci yang terdapat pada jarinya.

Tempestt kini dalam proses pemulihan dan dia berharap tidak lagi akan menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci buat selama-lamanya. – Agensi

Gurun - Taman permainan berbahaya.. mana dia MPSP nie..???

GURUN - Ibu bapa di Taman Lambaian Jerai Indah berharap pihak yang bertanggungjawab tampil menyelesaikan masalah taman permainan yang boleh mengancam keselamatan kanak-kanak.

Pengerusi Penduduk Taman Lambaian Jerai Indah, Abdul Latif Shaari, 39, berkata, terdapat beberapa bahagian taman permainan rosak sehingga menjadikan kawasan itu bahaya untuk bermain.

Menurutnya, perkara itu sudah berlaku sejak sekian lama dan tidak pernah dipantau oleh pihak yang sepatutnya.

“Saya kasihankan kanak-kanak yang pastinya sukakan permainan. Kalau taman permainan mereka tidak sempurna bagaimana mereka nak bergembira,” katanya.

Menurutnya, terdapat lebih dari 50 kanak-kanak di dalam taman ini.

“Mereka terpaksa bermain dalam keadaan yang serba kekurangan disebabkan keadaan taman permainan yang tidak sempurna,” katanya.

Abdul Latif berkata, keadaan kawasan permainan yang tidak sempurna membuatkan kanak-kanak mengambil inisiatif membaiki beberapa permainan yang tidak elok.

“Mereka membuat sendiri tiang supaya dapat meletakkan jaring badminton,” katanya.

Latif berkata, diharap perkara ini akan mendapat respons oleh pihak yang sepatutnya, seterusnya mencari jalan penyelesaian untuk masalah taman permainan ini.

“Saya harap pihak berwajib sudi hadir dan melihat sendiri masalah taman permainan di taman ini,” katanya.

http://www.sportsinjuryclaim.info

Kedah, Perlis perlu darah

ALOR SETAR 7 Feb. - Pusat Darah Wilayah Utara memerlukan lebih 42,000 unit darah dalam tahun ini bagi memastikan kes pembedahan dan kecemasan di sembilan buah hospital di Kedah dan sebuah hospital di Perlis berjalan lancar.

Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Datuk Dr. Juita Ghazalie berkata, permintaan darah untuk kes kecemasan dan pembedahan di setiap hospital juga meningkat setiap tahun.

"Di HSB sahaja kami memerlukan antara 90 hingga 100 unit darah dalam sehari dan kira-kira 150 unit darah diperlukan setiap hari untuk dibekalkan ke hospital di Kedah dan Perlis.

"Oleh itu, kami ingin menyeru orang ramai agar tampil untuk menderma darah bagi membantu pihak hospital," katanya selepas merasmikan kempen derma darah anjuran Hotel Holiday Villa dan Lembaga Pelawat HSB di dewan hotel itu di sini hari ini.

Menurutnya, bekalan darah yang mencukupi diperlukan di HSB kerana hospital tersebut merupakan hospital negeri dan menjadi rujukan pesakit di wilayah Utara.

"Pembedahan utama, kes kemalangan dan kes tumpah darah antara kes yang memerlukan bekalan darah yang banyak setiap hari.

"Tambahan pula sekarang adalah musim perayaan dan banyak kes kemalangan berlaku serta menyebabkan bekalan darah berkurangan di hospital," katanya.

Tambahnya, orang ramai juga perlu membuang perasaan takut untuk menderma darah kerana setiap kali mereka menderma darah ujian saringan tahap kesihatan akan dilakukan.

"Hanya mereka yang benar-benar sihat boleh menderma darah dan setiap kali selepas menderma darah badan akan menjadi lebih sihat.

"Saya nasihatkan kepada mereka yang belum menderma darah supaya berbuat demikian untuk kesihatan diri dan membantu orang lain," katanya.

Syabas, Selangor Bela Adun Seri Muda, Biarkan GAPS Dengan Sakit Hatinya


Oleh: wfauzdin_ns

" Betapa bengangnya GAPS (Gabungan Anti Penyelewengan Selangor) apabila Kerajaan Negeri Selangor akan membiayai kos perundangan Adun Seri Muda, YB Shuhaimi Shafie yang bakal didakwa atas tuduhan menghina Sultan Selangor. Sememangnya puak-puak ini suka melihat Adun tersebut tersungkur di mahkamah dan kemungkinan akan ada lagi PRK di Selangor untuyk mereka merampas kerusi Dun Seri Muda.

GAPS berkata tindakan kerajaan Selangor membiayai kos perundangan ADUN Seri Muda Muda Shuhaimi Shafiei - yang akan dihadapkan ke mahkamah ekoran tulisan berkaitan Sultan Selangor - disifatkan sebagai "pembaziran dan penyelewengan wang rakyat". Pembaziran wang rakyat apanya jika Adun tersebut menulis demi untuk kesejahjteraan rakyat dan kedaulatan raja-raja? Bukankah rakyat dan raja tidak boleh dipisahkan? Raja boleh menitah kepada rakyat, manakala rakyat juga boleh menegur raja untuk membuktikan kasih sayang kita kepada raja.

Membela seorang Wakil Rakyat yang dianggap menderhaka kepada Sultan, sedangkan tiada satu bukti pun kita lihat bentuk penderhakaan itu bahkan Adun berkenaan secara terbuka menyebut sekiranya ada ayat atau frasa di dalam tulisannya yang menyinggung Sultan, beliau rela memohon maaf dan bersedia untuk berjumpa Duli Tuanku. Itu membuktikan betapa ikhlasnya Adun tersebut. Butakah mata GAPS dengan berbagai bentuk penderhakaan kepada raja yang lebih dahsyat sebelum ini?

Cuba tanya Tun Mahathir, tanya Ibrahim Ali dan tanya juga geng-geng Idris Jusoh di Terengganu tentang sejarah Sultan di hina. Mereka semua boleh ceritakan kisah-kisah `keberanian' mereka kepada raja. Ada pernah mereka didakwa seperti Adun Seri Muda ini? Justeru itu, GAPS jangan hipokrit kerana rakyat tidak lagi sebodoh kamu./wfauzdin.blogspot.com"

Selamat Bekerja KUSRIN

MB arah Khusrin jaga hartanah Selangor
malaysia kini: Tan Sri Khalid Ibrahim akhirnya mengadakan pertemuan sulung dengan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri yang baru Datuk Khusrin Munawi di pejabatnya di Shah Alam pada jam 5 petang tadi.

Bagaimanapun, menurut kenyataan daripada Pejabat Menteri Besar sebentar tadi, kerajaan negeri masih berpendirian bahawa Sultan Selangor dan menteri besar seharusnya berperanan dalam pelantikan SUK.

NONE"...pertemuan ini diadakan demi memastikan keperluan rakyat Selangor diutamakan dan pentadbiran negeri terus berjalan dengan lancar," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, dalam pertemuan tersebut, Khalid juga mengarahkan Khusrin memberi keutamaan kepada hartanah milik kerajaan Selangor.

"Seterusnya, menteri besar mengarahkan Khusrin menyediakan laporan dari semasa ke semasa kepada kerajaan negeri mengenai maklumat terkini hartanah milik kerajaan Selangor, demi mengenal pasti nilai tanah yang terbiar dan bermasalah," kata kenyataan itu.

Arahan lain Khalid kepada Khusrin:
  • Menteri besar memberitahu Khusrin bahawa beliau perlu bekerjasama dengan pegawai daerah dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan hartanah milikan Kerajaan Selangor ini dijaga dengan baik.
  • Khalid menyarankan supaya Khusrin mengadakan perjumpaan atau dialog dengan penduduk setinggan yang mendiami tanah milik kerajaan Selangor dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
  • Khusrin diminta meneruskan usaha-usaha Selangor menangani masalah kecurian pasir yang boleh menggangu pendapatan kerajaan negeri.
Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut langsung sama ada Khalid membenarkan Khusrin mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapannya bagi membolehkan SUK yang dilantik secara kontroversi itu menghadiri meyuarat exco dan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor.

yusuf estes

Yang Diberi Kehebatan!-Before & After...



Priests And Preachers Enter ISLAM?
The media classifies Muslims as "terrorists," "highjackers" and "kidnappers."
So why would anyone even look at Islam? Why are so many priests and preachers going to Islam?

Read his search for "Purpose of Life" - before Islam.
"Skip" Estes - Before Islam (1988)
[before]
Background Story - Before Islam
Priests & Preachers
Entering Islam!
Why?
(Good Question)
He learned the truth about Islam - & became a
Muslim
Sheik Yusuf Estes - National Muslim Chaplain (Imam)

[after]
How He Came to Islam
What happened to this man?
Good question. . . .

PATI: Banyak sungguh kerja polis

Amalan Sial Pegawai Polis Menjadi-Jadi !!!

setisab

SANDAKAN: Anggota Polis hari ini di dakwa sebagai dalang bertanggungjawab disebalik kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) dan mendapatkan kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya yang diadakan di negeri Sabah.

Demikian beritahu Presiden Persatuan Keluarga Karanaan Liwan Sabah [SAKAG] Sabah, Haji Masmin Kadad, ketika mendedahkan kepada media dalam satu lawatan beliau ke Kalabakan baru-baru ini.

“Saya mendapat laporan daripada orang awam yang mengadu kepada saya bahawa PATI dari Pulau Sebatik dihantar oleh anggota keselamatan ke Kalabakan dengan membayar pihak anggota keselamatan sebanyak RM350 untuk menjamin mereka masuk dengan selamat ke Sabah,” beritahu Haji Masmin.

Dakwanya lagi, selain menjadikan daerah Tawau sebagai tempat operasi, mereka turut menjadikan Kalabakan dan Lahad Datu sebagai pintu masuk PATI sehingga mencecah 1,000 orang PATI setiap bulan.

Pegawai polis mampu kaut beratus ribu sebulan

“PATI ini sanggup membayar kerana khuatir akan ditangkap oleh pihak yang berkuasa.

“Berdasarkan jumlah PATI yang masuk ke Sabah melalui Kalabakan dan Lahad Datu seramai antara 500 sehingga 1,000 orang sebulan saya percaya pegawai kanan polis yang terlibat mampu mendapat untung beratus ribu ringgit sebulan,” katanya lagi.

Beliau yang sudah lama membuat pemantauan terhadap keadaan ini turut memberitahu sebelum ini beliau turut menerima panggilan berbaur ugutan agar tidak menghebohkan kepada media dan melaporkan kepada pihak berkuasa.

Beliau turut memberitahu, terdapat agen yang akan mengaturkan bagi mendapatkan pekerjaan di ladang kelapa sawit, pembalakan, kontraktor dan juga pembantu rumah atau bekerja di kedai-kedai dengan gaji serendah RM6.00 sehari dan selepas tiga bulan kemudian mereka boleh memilih kerja sendiri.

Tambah memburukkan keadaan apabila kejadian yang telah berlaku semenjak tahun 1980an lagi ini turut membabitkan pihak yang membantu mereka untuk mendapatkan kad pengenalan dengan harga antara RM2,500 hingga RM5,000 seorang.

PATI bantu BN menang pilihan raya

Beliau juga percaya langkah tersebut merupakan satu modus operandi pihak tertentu bagi membantu parti kerajaan bagi memperolehi undi yang tinggi dalam setiap pilihan raya umum.

“Beginilah cara PATI masuk ke Sabah dan begitu mudah mendapat warganegara Malaysia khususnya dari PATI yang mendapat taraf Bumiputera kelas pertama dan mengundi parti kerajaan dalam pilihan raya,” ujar beliau lagi.

Haji Masmin turut menjelaskan pada 2003, mengikut data tidak rasmi, terdapat lebih 1.7 juta PATI yang telah mendapat Mykad dan menjadi rakyat Malaysia untuk mengundi parti kerajaan dalam pilihanraya umum.

Beliau juga turut menjelaskan di sini




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...