TERKINI :

Monday, February 7, 2011

Program Himpunan 30,000 Pemuda PAS Malaysia

http://4.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/TU_wdaG9GII/AAAAAAAAEeo/f-XrkmfpEOc/s1600/Poster%2BHimpunan%2B30000.jpg

Alkisah musuh bernama WWW, FB dan @

Guruh bergema gegak gempita. Alam menjadi gelap-gelita. Tiupan angin makin lama makin kencang. Seolah-olah ada yang terus meniupkan angin sangkakala. Ini disambut pula oleh petir sabung-menyabung.

Sesekali bunyi halilintar memecah bumi. Air sungai semakin deras. Ombak laut mula bergelora. Maka turunlah hujan seperti seperti gajah terkencing berdiri. Inilah tanda sebuah negera yang sedang dilanggar bencana.

Maka tabuh dipalu. Beduk diketuk. Maka segala bala tentera, soldadu jantan dan betina semuanya dipanggil datang mengadap ke Balairung. Di balai kelihatan seorang jantan gemuk, pendek dan hitam sedang mengarahkan soldadu dan laskar untuk tegak berdiri.

Tidak berapa jauh dari pintu kelihatan seorang jantan kepala botak, berambut sejemput, berperut gendut, tidak berbaju, memakai cawat berwarna kuning sedang membakar kemenyan.

Maka gong pun dipalu lagi. Semua senyap dan sepi macam "mat pet" baru selesai berasap. Di saat dan ketikanya maka muncul Tok Seri, terus masuk ke Balairung. Tok Seri diikuti oleh segala para menteri. Apit di kiri Menteri Dalam, apit di kanan Menteri Luar.

Kemudian dibontoti oleh Menteri Beras, Menteri Duit dan Menteri Heboh. Di belakang semua ini ialah juak dan sida, dayang, hamba sahaya, tok penggawa, tok penghulu, tukang kipas dan tukang bodek.

Para soldadu, panglima dan laskar semuanya siap-siaga tegak berdiri, tunduk memandang ke bumi takut untuk melihat muka sang menteri. Maka Tok Seri pun duduklah di tilam pandak untuk menerima semua laporan dan sembah tentang kedudukan negara.

Maka Menteri Dalam membuka kisah bahawa negara sedang kelam lagi resah. Kini negeri sedang diserang bertalu-talu. Hinggakan saham bas mini jatuh mendadak. Hinggakan akhbar Meloya bertimbun-timbun tidak laku.

Menteri Heboh pun turut menyampuk dan menerangkan yang Jabatan Pengheboh dan para juruheboh upahan sedang cuba mengenal segala angkara.

Menteri Duit membuat hitungan jika serangan ini berterusan maka negara ini akan bankrap dalam masa yang tidak lama. Pelabur luar telah ramai lari. Kilang akan ditutup. Dan paling ngeri sekali, duit rasuah sudah tidak masuk lagi.

Ini amat amat menyusahkan ketika ini sedang mengumpul dana persediaan untuk membuat pilihan raya ke-13.

Menteri Beras memberitahu jika keadaan ini berterusan maka besar kemungkinan negara ini terpaksa makan keladi hutan. Ini kerana nilai wang jatuh dan tidak ada modal untuk mengimpot beras.

Bila mendengar laporan ini semakin banyak rambut Tok Seri yang gugur. Tok Seri mengetuk-ngetok kepalanya yang botak dan dia bertempik marah.

Ekornya bergulung-gulung

"Siapa yang berani menyerang kita? Pakatan siapa yang berani menyerang kita. Kita akan bertahan hingga hingus kita kering. Jangan siapa berani mencabar."

"Musuh baru melanggar kita, Tok Seri. Nak katakan geruda bukan geruda. Nak kata unggas bukan unggas. Tapi Musuh ini berkepak. Nak kata hantu bukan hantu. Tapi sekejap hilang sekejap muncul. Nak kata bini puaka pun bukan.

Bila nak ditangkap dia hilang. Kita lari dia datang. Kuman pun bukan hama pun bukan. Bukan ulat bukan binatang. Ada kecil, ada besar. Boleh dilihat tapi tak dapat dipegang. Kadang kadang ramai, kadang kadang sedikit,” sahut Menteri Dalam.

"Musuh jenis apa ni? Jangan buat silap mata dengan aku," Tok Seri bertanya marah, tetapi penuh hairan.

"Ada ekornya bergulung-gulung. Ada kepak macam tiga ekor garuda. Macam rupa bentuk kereta pun ada.Selalu datang dengan kawannya bila menyerang," jelas Menteri Dalam lagi.

Semua dalam balairung senyap. Tidak ada sesiapa yang berani berkata apa-apa. Mereka semua amat sedar yang negara ini sedang diserang oleh sejenis musuh yang baru.

"Apakah ini garuda menyerang kita? Ada kepak, ada ekor bergulung-gulung. Kenapa pula rupa macam jenis kereta? Mana Guru Ji Bomoh Negara yang kita impot dari Bombay? Datang ke sini!" arah Tok Seri.

Maka jantan kepala botak, berambut sejemput dan berperut gendut tidak berbaju serta hanya mamakai cawat berwarna kuning terkedik-kedik datang ke hadapan Tok Seri. Dia menonggeng dan kemudian mencium buku lali Tok Seri.

Guru Ji terus terkumat-kamit mulutnya sambil membakar kemenyan dalam batil. Semua menunggu apakah yang akan ditemui oleh Guru Ji.

Musuh negara numero uno

"Wahai Tok Seri Jantan Mongoli, ada pun musuh ini datang dari negeri atas angin. Ada yang datang mengikut jalan laut. Ada yang datang mengikut jalan udara. Mereka halus tapi bukan polong. Mereka halimunan tapi bukan hantu.

Mereka bahaya tetapi bukan kuman. Mereka ini macam polong tak bertuan. Berkepak bersayap tapi bukan garuda. Mereka telah dilepas bebas oleh Ronald Reagan," terang Bomoh Negara.

"Berkepak macam mana?'" tanya Tok Seri dengan penuh kehairanan.

Yang lain pun turut sama hairan.

"Musuh ini bernama WWW, yang berkepak macam tiga ekor burung enggang terbang jauh di awan. Kawan dia ekornya bergulung. Nak kata A bukan A, nak kata C bukan C, inilah rupanya '@'.

"Inilah musuh yang sedang menyerang negeri kita. WWW ini bukan kereta Wok Wigan dari Jerman, wahai Tok Seri Jantan Mongoli," kata Guru Ji sambil meneran dan kemudian terus berundur.

"Menteri Dalam, kalau begitu, tangkap segera WWW dan kawan dia yang bernama @. Kita haramkan WWW,kita tangkap WWW, tangkap dan bunuh dengan senjata beracun kita.

"Apa jadi dengan Akta Mesin Cetak kita? Kita boleh hapuskan WWW dengan akta ini," perintah To Seri dengan bengis.

Maka semenjak petang itu, diketahui oleh para menteri siapa sebenarnya musuh negara ini. Maka segala bala- tentera, soldadu jantan dan betina telah di kerah untuk mencari dan menangkap WWW dan kawanya yang berekor-ekor, yang bernama @.

Jika sesiapa ada menemui WWW dan tidak melaporkan kepada polis maka orang ini akan ditahan untuk disoal-siasat di tingkat 14.

Tabuh dipukul, canang dipalu. Menteri Heboh masuk kampung, keluar kampung sambil menerangkan kepada sesiapa yang masih dalam gelap tentang siapa sebenarnya musuh negara ini.

Manakala Menteri Dalam dengan tergesa-gesa, belum pun sempat berfikir panjang telah meluluskan satu akta baru untuk mengetatkan lagi Akta Mesin Cetak.

Akta dan undang-undang baru telah diluluskan tanpa bantahan dalam parlimen.

Maka dengan akta baru ini, sesiapa sahaja yang kenal, yang tahu, yang melihat, yang ternampak, yang membaca, yang menghidu, yang menggunakan atau yang berfikir tentang WWW, atau kawan WWW yang bernama @, maka orang ini akan ditangkap.

Sesiapa sahaja, tidak kira jantan atau betina, tua atau muda, jika dituduh oleh akhbar sebagai pengikut ajaran sesat dan boleh ditangkap. WWW secara rasmi telah dinobatkan sebagai musuh negara numero uno.

Menyuarat sulit

Sepurnama setelah akta ini diheboh-hebohkan, kelihatan serangan agak kendur dan mula reda. Tetapi yang menjadikan suasana bertambah pelik apabila serangan berkurangan, rakyat seantero negeri kelihatan resah, sugul dan gelisah macam gian dadah.

Tidak diketahui kenapa rakyat satu negara suka negeri mereka diserang. Bila musuh menyerang rakyat jadi gembira. Ada sesutu yang amat pelik sedang berlaku di negeri ini.

Tiga purnama satelah akta baru dijalankan, maka sekali halilintar memecah bumi. Hujan turun bergantang-gantang. Angin puting-beliung datang menyapu.

Kali ini berita baru diterima oleh Menteri Dalam bahawa rupa-rupanya WWW ada seorang lagi kawan yang wujudnya dahulu tidak disedari. Tok Seri menyinga marah. Dia memanggil Menteri Heboh dan Menteri Dalam datang mengadap.

Menurut laporan tiga badan risikan negara - Jawi, Jakim dan Juwiee - kawan kepada WWW ini lebih ganas lagi. Kawan WWW ini agak muda umurnya dan tugasnya hanyalah meracun kepala anak-anak muda seluruh negara untuk membenci kerajaan Tok Seri.

Guru Ji dipanggil sekali lagi untuk menentukan siapakah kawan baru WWW ini.

Dari tilikan Guru Ji, musuh baru yang meracun anak-anak muda ini bernama FB. Jangan silap dan jangan salah sangka, FB ini bukan jenama sabun yang boleh membersihkan pakaian. FB ini cukup lincah dan cukup licik.

Dari satu FB boleh menjadi seratus FB, dari seratus FB boleh menjadi seribu. Dan FB ini terus berganda- ganda. Amatlah susah hendak dikalahkan. Apabila Menteri Dalam sedar hal ini maka akta Mesin Cetak dipinda dan dimasukkan sama FB sebagai musuh negara.

Mengikut tuan empunya cerita, apabila rakyat mengetahui adanya serangan baru dari FB, maka sekali lagi rakyat bergembira. Anak-anak muda bukan membantu kerajan menumpaskan FB malah mereka merayakan kesampaian FB.

Bila berita kegembiraan anak-anak muda ini diketahui oleh Menteri Dalam, maka satu persidangan sulit telah diadakan.

Ketika mesyuarat sulit para menteri sedang berjalan - untuk menyedapkan cerita - ada satu lagi musuh baru akan datang. Musuh ini juga adalah suku sakat kepada WWW.

Musuh baru ini lagi amat merbahaya kerana tidak diketahui letupan apa yang akan dibawanya.

Musuh baru ini bernama www.wikiliks yang rupanya adalah sepupu kepada WWW dan ada pertalian saudara juga dengan @. Ketika riwayat ini diturunkan dari mulut ke mulut, menyuarat sulit para menteri masih lagi berjalan.

Dari berita yang didengar, belum ditemui lagi satu senjata untuk mengalahkan WWW dan suku sakatnya.

Oleh kerana itu, walau pun hujan turun macam gajah kencing berdiri, guruh berbunyi memekakkan telinga dan guruh berdentam-dentum, rakyat satu negara masih bergembira.

http://tukartiub.blogspot.com/

Misi Di Mesir : Dedahkan lagi apa kelaku k'jaan 1Malaysia seaktu misi tersebut..

Mesir: Mengapa wakil Kelantan disisih

PENGKALAN CHEPA, 7 Feb: Benarkah operasi menyelamat pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir menerusi Ops Piramid, merupakan misi untuk kepentingan negara dan tiada unsur politik?

Kalau betul, mengapa wakil Kelantan yang ditawarkan pada awalnya menyertai misi menghantar bantuan ke Kaherah 2 Febuari lalu diketepikan?

Bekas Presiden Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Zulkapli Yaacob berkata, pada awalnya beliau ditawarkan menyertai misi Mercy bagi menghantar bantuan ke Mesir.

“Saya telah serahkan passport kepada pihak penganjur biar pun tahu di belakangnya ada Kelab Putera Malaysia.

“Ketika taklimat diadakan di Kuala Lumpur setiap peserta yang akan menyertai misi berkenaan diberi t-shirt berlambang 1Malaysia.

“Saya kata saiz badan saya XL tetapi mereka beri saiz L jadi saya kata tidak padan, kalau pakai akan jadi macam pembalut nangka. Namun mereka minta ambil juga,” katanya sambil mempamerkan baju itu pada ceramah solidariti kebangkitan di Timur Tengah di Putik malam tadi.

Sebelum itu diadakan solat hajat yang disertai ribuan rakyat Kelantan diimamkan anggota jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Mohamad Mustafa.

Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata misi bantuan ke Mesir untuk kepentingan negara dan tidak ada pertimbangan politik sama sekali.

Zulkapli berkata, selepas pihak penganjur tahu beliau membawa sejumlah wang untuk diberi kepada pelajar Kelantan di Mesir, ada sahaja helah dilakukan bagi menghalangnya.

Katanya, duit sejumlah RM120,000 diberi kerajaan negeri untuk dibawa ke Kaherah bagi membantu pelajar Kelantan di sana. Ini kerana mereka menghadapi masalah kewangan berikutan bank tidak beroperasi.

”Pihak penganjur memberitahu saya tidak boleh terbang bersama kumpulan pertama kerana kapal terbang penuh dengan barangan bantuan.

”Saya pun hairan barangan bukan diletak di tempat duduk penumpang sebaliknya dalam perut kapal terbang. Mereka minta saya tunggu penerbangan keesokan harinya.

”Dan selepas berjam-jam menunggu dan tidak mendapat sebarang respons saya mendapatkan sendiri tiket menggunakan penerbangan SIA yang mengambil masa 25 jam untuk sampai ke Kaherah,” katanya.

Beliau bersyukur dapat sampai juga ke Mesir biar pun diketepikan dalam rombongan misi tajaan kerajaan Malaysia.

Katanya, ketika sampai di sana beliau disambut pelajar dan diagihkan wang untuk mereka membeli bekalan makanan.

”Saya hairan Perdana Menteri kata misi bantuan tidak ada unsur politik, sedangkan usaha wakil kerajaan Kelantan menyertai sama misi bantuan disisihkan,” katanya.

Hadir sama pada ceramah itu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

Selain itu Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, anggota jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa dan Pengerusi Teras, Azmi Abdul Hamid serta wakil Palestin.

Ribuan penduduk tempatan mengikuti ceramah tersebut. Difahamkan Kelantan satu-satunya negeri yang menghantar bantuan kewangan kepada pelajar di Mesir. Zulkapli kembali dari Kaherah pagi semalam.

Admin - kan kata najib bukan agenda politik..pierahhhhhhhhhhhhh..!!!

Hamba Pulak Naik Tocang!!

Oleh Ustaz Saiful Bahri

Wakil Rakyat adalah wakil kepada rakyat. Bertugas dan berkhidmat untuk rakyat. Kerajaan adalah pengurus kepada rakyat untuk kesejahteraan rakyat. Polis untuk menjaga nyawa dan kemaslahatan rakyat. Tentera untuk menjaga tanah-air dan keselamatan rakyat. Gaji mereka dari pelbagai cukai yang diambil dari rakyat. Mereka sebenarnya berkhidmat dan rakyat sebagai tuan.

Tetapi apa yang berlaku nampaknya sebaliknya. Apabila mereka naik menjadi pemimpin, rakyat diperhambakan. Mereka menjadi pemimpin yang pekak badak. Tak dengar suara rakyat

Menzalimi dan memenjara rakyatnya sendiri. Mereka hidup mewah dan membiarkan rakyat miskin dan merempat agar mudah diperhambakan. Polis dan tentera menjadi hamba pulak kepada pemimpin untuk memeras rakyat. Ianya bukan sekarang tetapi sejak Firaun, Namrud sehingga ke hari kiamat.

Apakah mereka lahir dari buluh betung? Apakah mereka turun dari buih kayangan dan anak Tuhan? Apakah darah mereka tidak merah??? Mereka menjadi kaduk naik junjung. Tidak sedar diuntung. Siapa yang mampu menurunkan mereka?... Rakyat!!! Kenyataan Mubarak apabila didesak supaya turun. pandai pulak dia mengelak... "Kalau dia turun jawatan, negara akan huru-hara"... Negara huru-hara sebab beliau tak turun le.. Pemimpin apabila jadi pemimpin dirasakan beliau sahaja yang pandai... semua rakyat bodoh???

Begitu jugalah manusia dengan Tuhannya. Semua mewarisi dari ni’mat Tuhan tetapi akhirnya menjadi penderhaka tegar kepada Allah Swt. Layaklah mereka ini diazab didunia dan akhirat.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta demontrasi di Kuala Lumpur dan dimana-mana tempat kelmaren. Umat Islam seperti satu jasad. Rasulullah saw memerintah saling membantu dan mengukuhkan sesama mereka. Baginda mengumpakan jari jemari yang disilangkan antara satu sama lain. Solodariti yang ditunjukkan menggambarkan kebersamaan umat Islam dengan rakyat di Mesir yang menentang pemerintahan Zalim di Mesir.

Demontrasi aman sebenarnya ada dimana-mana tetapi tugas pegawai keselamatan pula sebaliknya. Mereka ini berperangai dimana-mana. Kematian dan kekacaun di Mesir adalah provokasi mereka.

Munasabahlah tiada siapa mengeluarkan air-mata diatas kematian mereka!!!


Polis melepaskan tembakan meriam air ke atas kira-kira 3,000 rakyat Malaysia (wartawan yang hitung ni…) yang menyertai perhimpunan di luar kedutaan Amerika hari ini, menuntut supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletak jawatan.

Selepas solat Jumaat di Masjid Al-Shakireen Masjid di taman KLCC dan masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak, para jemaah berarak membawa kain rentang yang mengecam Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Dengan memanggilnya "Yasqut Mubarak" (Mubarak turun!) Dan "Yahya al-Sha`ab! "(hidup rakyat!), kedua-dua kumpulan tersebut berarak menuju ke Jalan Tun Razak.


Mereka menuju ke arah Kedutaan Amerika beberapa ratus meter dari masjid Tabung Haji di mana mereka berusaha untuk menyerahkan memorandum kepada pegawai kedutaan tersebut.

Mereka semua ini jangan sekadar menyebut: "Saya diarah". Saya hanya mengikut perintah" Saya hanya menjalankan tugas". Ingatlah mereka bahawa mereka akan turut sama dipertanggungjawabkan sebagaimana Firman Allah bahawa mereka semua akan turut sama terpalit dan termasuk dikalangan orang yang terkena siksa...

إِنَّ فِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَجُنُودَهُمَا كَانُوا خَاطِئِينَ
"Sesungguhnya Firaun dan Haman berserta tentera-tentera keduanya, semuanya tergolong dikalangan orang yang bersalah". Surah al-Qasas: 8.

Kaedah Umno di Perak tak berjaya di Selangor

KUALA LUMPUR, 7 Feb: “Apakah tindakan ini merupakan fasa kedua dalam usaha BN merampas balik Negeri Selangor?” tanya Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

“Kita tahu bahawa semenjak Najib menjadi Pengerusi Umno Selangor, maka tindakan-tindakan biadap membelakangkan kerajaan negeri dan Sultan sendiri semakin menjadi-jadi,” tulis Khalid di dalam blognya.

Katanya, perlantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri diusahakan dengan begitu bersungguh-sungguh dan semestinya ada perancangan durjana di sebaliknya.

Menurutnya, bukan sekadar untuk menempelak kerajaan negeri dan Sultan, tetapi semestinya ada perancangan yang lebih dari itu.

Tambahnya, tindakan terbaru ekoran krisis perlembagaan melihat bagaimana Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafie pula diarah melapor diri ke balai polis pada hari Khamis untuk terus didakwa pada hari ini.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam berkata, ianya satu tindakan yang begitu laju dan cepat tidak seperti kebiasaan di Malaysia.

Katanya, pertuduhan yang bakal dikenakan ke atas Shuhaimi adalah tuduhan menghasut yang sekiranya didapati bersalah boleh membawa hukuman penjara dan/atau denda yang memungkinkan kerusinya terpaksa dikosongkan.

Ianya, kata beliau bermula dari tulisan Shuhaimi di blognya yang mana, sekiranya dibaca, jauh lebih ‘kecil’ isunya dibandingkan dengan apa yang pernah dinyatakan dan dilakukan oleh Umno terhadap institusi Sultan Melayu di beberapa negeri sebelum ini.

“Tidak perlu saya ulangi tindakan pemimpin Umno yang telah menjadi pengetahuan umum semenjak sidang Dun Selangor yang lalu.

“Namun apa yang ingin saya timbulkan ialah persoalan perancangan jahat pihak Umno BN yang sentiasa berusaha untuk menafikan hak rakyat untuk memilih kerajaan selain dari mereka,” ujarnya.

Mereka, ujarnya menggunakan segala agensi kerajaan untuk menggagalkan kerajaan PR pilihan rakyat seperti pernah mereka lakukan di Perak.

Dewasa ini, katanya seolah-olah perkara yang sama sedang mereka lakukan di Selangor dan melalui kaedah yang seakan-akan serupa.

“Persoalannya, adakah perancangan jahat yang sama sedang diaturkan oleh Umno BN untuk Negeri Selangor?” soalnya.

Setelah menghalang pengembalian kuasa dan peranan Sultan dan Menteri Besar dan seterusnya melantik SUK pilihan mereka, maka soalnya lagi adakah ini merupakan fasa kedua perancangan jahat BN untuk menjatuhkan kerajaan PR di Selangor.

“Kita yakin, insya Allah bahawa kaedah yang digunakan mereka di Perak tidak akan berjaya di Selangor,” tegasnya.

Malahan, katanya tindakan itu akan menyebabkan rakyat Selangor semakin menolak Umno dan BN kerana mereka menyedari kejahatan tindakan Umno dan BN dalam peristiwa seperti ini.

“Kita juga yakin bahawa YB-YB kita di Selangor tidak akan dapat dibeli atau ditipu semudah itu, lebih-lebih lagi apabila mereka semua menyedari betapa rakyat telah berkorban untuk mempertahankan kemenangan PR di Selangor,” ujarnya lagi.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini, Shuhaimi didakwa mempersoalkan kuasa Sultan Selangor dalam blognya pada 30 Disember tahun lalu melalui artikel berjudul "Pandangan saya berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959".

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana didakwa menulis pendapatnya mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru pada 31 Disember lalu.

Jika didapati bersalah, beliau boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun.

Wahai Rakyat Kedah..e-Idaman dapat tong sampah baru jadi pakat pergi mintak cepat..

Akta sisa dikuatkuasakan walaupun ada negeri tak setuju

ALOR SETAR 7 Feb. – Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 atau Akta 672 dijangka mula dikuatkuasakan April depan, walaupun terdapat negeri yang tidak menerima dasar penswastaan pengurusan sistem pepejal yang ditetapkan kerajaan Pusat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berkata, apabila akta itu dikuatkuasakan barulah kerajaan dapat menguatkuasakan pelaksanaan penswastaan perkhidmatan kutipan sisa pepejal isi rumah dan pengambilalihan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan sepenuhnya dan dijalankan berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di seluruh Semenanjung.

Katanya, penswastaan perkhidmatan kutipan sisa pepejal ketika ini yang telah diputuskan kerajaan sejak 15 tahun lalu, masih berada di tahap interim yang menyebabkan ia berhadapan dengan pelbagai masalah dan kekangan.

"Bila Akta 672 dikuatkuasakan, kita akan ada KPI yang turut melibatkan pemantauan yang berterusan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Waktu itu pengurusan sisa pepejal akan dijalankan dengan lebih lancar dan diyakini semua rakyat.

"Ketika ini saya terima banyak aduan mengenai masalah pengurusan sisa pepejal. Saya minta jasa baik kerajaan-kerajaan negeri untuk terima keputusan yang ditetapkan 15 tahun lepas, iaitu penswastaan pengurusan sisa pepejal.

“Kita mahukan sistem yang seragam dan lebih sistematik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kompaktor baru syarikat Environment Idaman (E-Idaman) Sdn Bhd dan penyerahan tong sampah baru kepada PBT Kedah di sini hari ini.Bernama

Menjawab Hujah Blogger UMNO kata Naik Aziz takut kena telanjang..!!

blog mana tak yah tahu janji kita jawab isu mereka

Apa autoriti Ustaz Nor Deris dalam hiraki kuasa kepimpinan UMNO? Bolehkah Ustaz Nor Deris mencorak halatuju UMNO jika terdapat apa2 resolusi yang dicapai semasa debat tu nanti?

Bagi PAS tiada masalah untuk terima sebarang resolusi debat/muzakarah/syura, sekiranya mana2 hujah yang disepakati secara syarie, Mursyidul Am PAS berautoriti dan boleh mengarah semua peringkat organisasi dalam PAS menerima resolusi ijmak ulamak yang terkini.

Kalau benar kedudukan Ustaz Nor Deris, ustaz2 & ahli2 agama UMNO sekarang berautoriti dalam parti UMNO sudah tentu suara para alim dalam UMNO diberi perhatian serius. Tiadalah keputusan & tindakan parti UMNO yang menyanggahi syarak selama ini.

Pada saya, "mufti", alim & ahli agama dalam UMNO sekadar "boneka" dan "gurka" untuk pertahankan kedudukan pemimpin2 sekular assobiyyah UMNO saja terutama bila berdepan dengan golongan Islamis!

Amat mustahil bagi UMNO untuk meletakkan taraf alim ulamak ditempat yang sewajarnya- untuk menjadikan alim ulamak sebagai penentu dasar dan halatuju parti UMNO! Tapi struktur parti PAS telah meletak Majlis Syura Ulamak yang dipimpin oleh Mursyidul Am sebagai badan kuasa tertinggi dalam parti.

Itulah beza PAS dan UMNO dari sudut penghayatan Islam. Maka sewajarnyalah semua umat Melayu Islam, alim ulamak, ustaz & aktivis Islam mengambil PAS sebagai wadah politik yang lebih utama dan benar untuk masakini.

Hamba Allah yang tak bernama

Kebangkitan Rakyat Mesir dan Wawasan Politik UMNO

Sambil mengikuti perkembangan kebangkitan rakyat Mesir, saya merasakan teramat kagum terhadap kesanggupan mereka untuk turun ke jalan raya menuntut hak mereka. Setelah dibelenggu selama berpuluh tahun, 30 tahun darinya di bawah Hosni Mubarak, rakyat Mesir telah menyedari bahawa perubahan perlu dilakukan dan tiada cara lain melainkan mereka sendiri berdiri teguh menuntutnya. Persoalan keadilan, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya menjadi isu yang mendorong mereka untuk menuntut perubahan. Semua persoalan ini merupakan persoalan yang cukup releven di dalam sebuah masyarakat yang bertamaddun dan bermaruah.

Lantaran dari itu, saya terfikir adakah mungkin ahli-ahli UMNO kebinggungan dengan semua yang sedang berlaku? Mungkin ada yang tertanya, “Apa masalahnya? Tidakkah mereka semua satu bangsa dan majoriti besar mereka itu orang Islam?” Dan pasti juga tertanya lagi, “Hai, bukankah pemimpin mereka tu orang Islam? Jalan raya sudah siap dibina, begitu juga hotel-hotel bertaraf antarabangsa yang didatangi manusia dari seluruh dunia! Apa lagi yang rakyat Mesir itu inginkan?” Dan sudah pasti juga ada yang menyampuk sambil berkata, “Sungguh tidak pandai berterima kasih rakyat Mesir ini!”.

Maka, bagi otak UMNO yang tidak memahami persoalan keadilan, menentang rasuah serta salah guna kuasa, apa yang sedang berlaku pasti sesuatu yang tidak dapat mereka fahami. Akhirnya pasti dirumuskan, “Ini mesti kerja ‘penderhaka’ dan sebagainya”. Rakyat yang baik tidak mungkin menentang kerajaannya walau zalim mana sekalipun.

Untuk pengetahuan tuan-tuan sekalian, otak UMNO ini telah dididik untuk melihat dunia ini secara mudah. Nombor Satu soal kaum dan bangsa. Nombor Dua soal taat dan setia kepada pemimpin. Nombor Tiga bersyukur kepada pemimpin ke atas segala pemberian yang diperolehi. Kalau sedikit, itu soal rezeki yang ditentukan Allah. Rezeki secupak tidak akan jadi segantang, tambah mereka lagi.

Di Mesir, kaum dan bangsanya satu. Semuanya Arab. Kalau dikaji dari agihan kekayaan tempatan, 100% milik Arab kerana semuanya Arab. Dari sudut kepimpinan pula, Arab juga! Dari segi rasuah, biarlah yang rasuah itu, rezki mereka, jangan kita dengki dan jangan kita cemburu. Berdosa. Lagipun, penerimanya pun Arab juga maka apalah masalahnya?

Oleh itu, otak mereka tidak mampu memahami apa yang sedang berlaku. Mengapa ya, tertanya-tanya orang UMNO diantara satu sama lain. Apa yang rakyat Mesir ini hendak?

Ada yang secara bergurau menghantar SMS kepada saya, ‘Pemuda UMNO mendesak rakyat Arab Mesir bersatu. Takut-takut sekiranya berpecah, maka Cina akan ambil alih kuasa dan jadikan Mesir seperti Singapura!’ Saya tergelak apabila menerima SMS tersebut dan terus di saya hantar ke twitter kerana saya tahu bahawa sebenarnya, itulah pemikiran politik orang UMNO, termasuk para Pemudanya.

Begitu juga apabila disebut bahawa Mubarak mengaut harta Negara dan memiliki asset peribadi bernilai hampir USD 30 Billion, maka sudah hampir pasti reaksi pemuda PAS dan pemuda UMNO akan berbeza. Pemuda PAS akan menyerang Mubarak dan membidasnya kerana melalui amalan rasuah dan kronisma Berjaya mengkayakan diri sambil rakyat Mesir dibiar terus miskin. Pemuda UMNO pula sebaliknya akan membincang dan memerah otak sambil menyusun strategi bagaimana hendak jadi kroni Mubarak supaya mendapat manfaat dari hartanya! Kena jadi Arabkah kita? Soal seorang Pemuda UMNO kepada seorang rakannya yang turut kebingungan.

Persoalan keadilan, kebenaran, menentang penindasan dan kezaliman semua itu hanya retorik politik bagi UMNO. Tiada makna. Ianya ungkapan-ungkapan Pembangkang. Dan oleh kerana itu, mereka terngangga melihat apa yang berlaku di Mesir. Namun, hakikatnya rakyat Mesir sememangnya ditindas dan dizalimi selama ini. Pemimpin-pemimpin Negara membolot kekayaan Negara dan rakyat kebanyakan dibiarkan dalam kemiskinan. Siapa yang pernah ke Mesir memahami apa yang saya maksudkan.

Sekiranya datang individu-individu yang menuntut keadilan demi rakyat, menuntut supaya kekayaan Negara diagihkan dengan cara yang lebih adil, mereka-mereka ini akan ditangkap dan dipenjarakan. Dalam penjara mereka akan diseksa dan ada yang dibunuh. Apa yang baru bermula di Malaysia telah lama diamalkan di Mesir.

Oleh itu, saya sanjung keberanian rakyat Mesir dan menyokong usaha mereka untuk mendatangkan perubahan kepada yang lebih baik. Hosni Mubarak, sekiranya mengasihi Negara dan rakyatnya lebih dari dirinya sendiri, harus berundur dengan baik. Cara bagaimana, saya yakin rakyat Mesir lebih mengetahuinya. Biarlah mereka berbincang dan menentukan cara mereka.

Namun, apa yang jelas, setelah melangkah kedepan dengan berani, mereka tidak boleh berundur. Maka amat benar apa yang dikatakan oleh salah seorang penunjuk perasaan di dataran Tahrir, “Sekiranya kami berundur dalam keadaan Mubarak masih berkuasa, dia akan tentukan setiap seorang dari kami ditahan dan dibunuh. Kami tahu, kami pernah laluinya sebelum ini”.

Oleh yang demikian, sama sama kita doakan semoga perubahan itu akan berlaku dan Hosni Mubarak tidak akan terus mengkhianati Negara dan rakyatnya lagi. Sebaliknya akan berundur secara terhormat supaya rakyat Mesir dapat bernafas dan hidup bebas dari cengkamannya.

Begitu juga, supaya ummat Islam di Malaysia, akan dapat membebaskan diri mereka dari corak politik sempit dan ‘pemikiran terhad’ seperti persoalan kaum dan kedudukan; serta mampu menghargai persoalan politik yang lebih utama seperti persoalan memperjuangkan keadilan dan kebenaran serta menolak dan menentang kezaliman. Hanya dengan itu akan ummat Islam dan bangsa Malaysia menjadi ummat dan bangsa yang bermaruah dan disegani dunia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Iklan Klik : Time to get products from Apple. RM10,000 worth of it. Here's how.

Ceramah Perdana 19/2 - Bersama DSAI : Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia

17 anak Kedah enggan pulang, 133 tidak dapat dikesan

Ditulis oleh AMELIA HASHIM

ALOR SETAR, 6 Februari - Kumpulan pertama iaitu seramai 154 pelajar Kedah yang sedang menuntut di Mesir telah berjaya dipindahkan ke Jeddah pada 4 Februari lalu.

“Sehingalah awal pagi tadi kumpulan terakhir terdiri daripada 155 pelajar Kedah selamat dipindahkan dari Mesir ke Jeddah,” kata Pengerusi Jawatankuasa Agama Pelajaran, Koperasi Negeri YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul pada sidang media yang diadakan pejabat Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) di sini.

Menurutnya, kini seramai 866 daripada 1,016 pelajar Kedah yang belajar di Mesir selamat dipindahkan ke Jeddah, Arab Saudi dan kini sedang menunggu giliran untuk dibawa ke Malaysia.

Semua pelajar dilaporkan dalam keadaan selamat dan sihat dan beliau menasihatkan agar ibu bapa dan waris pelajar supaya jangan bimbang.

Katanya, pihak YINK turut menerima laporan mengenai 17 pelajar enggan pulang dan mahu menetap di Kaherah dengan kebenaran keluarga masing-masing sementara 133 orang lagi tidak diketahui statusnya.

Ujarnya lagi, 17 pelajar ini mempunyai pelbagai alasan untuk terus tinggal di situ kerana masalah pengajian, kewangan selain berasa selamat kerana kawasan penginapan Asrama Darulaman agak jauh dari lokasi pergolakan.

Sehubungan itu mengenai 133 pelajar Kedah yang tidak dapat dikesan ini dipercayai sudah pulang sendiri ke tanah air atau sedang bercuti di luar negara.

Beliau menasihatkan semua pelajar itu menghubungi YINK bagi memaklumkan status mereka bagi memudahkan urusan membawa pulang mereka ke Malaysia

“Sejak tercetusnya pergolakan di Kaherah, Mesir pihak YINK menerima banyak panggilan daripada ibu bapa yang risau akan keselamatan anak-anak mereka disebabkan terdapat segelintir di kalangan mereka tidak dapat menghubungi keluarga masing-masing.

“Jadi dengan memaklumkan status mereka dapat memudahkan pihak YINK mengatur persediaan membantu mereka,” katanya.

Ekoran kejadian itu YINK menghantar empat pegawainya ke Kaherah sejak 3 Februari lepas bagi memantau dan membantu Kedutaan Malaysia terutama pelajar dari Kedah.

Sementara itu Pengurus Besar Yink Haji Abdul Rahman Ismail pula berkata, YINK membuka Bilik Gerakan di pejabatnya 31 Januari lepas bagi membantu ibu bapa mendapatkan maklumat semasa tentang keselamatan anak-anak mereka di Mesir.

Ibu bapa yang mempunyai masalah untuk menghubungi anak mereka atau ingin mendapatkan status terkini tentang anak-anak mereka boleh datang ke YINK di Jalan Telok Wanjah atau hubungi di talian 04-7302703.[WartaKedah]

Baguihnya BN buat kontrak.. Baguih kena kat depa..!!


ADUN Sri Muda mengaku tak bersalah atas tuduhan menghasut

ADUN Sri Muda didakwa menghasut

ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan menyiarkan artikel berbentuk hasutan dalam blog peribadinya.

Beliau didakwa mempersoalkan kuasa Sultan Selangor dalam blog pada 30 Disember tahun lalu melalui artikel berjudul "Pandangan saya berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959".

NONEShuhaimi tiba di mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan kerana didakwa menulis pendapatnya mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru pada 31 Disember lalu.

Jika sabit kesalahan ia membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000, atu penjara sehingga tiga tahun bagi kesalahan pertama.

Hakim Latifah Mohd Tahar membenarkan beliau diikatjamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Shuhaimi diwakili tujuh peguam, diketuai peguam hak asasi manusia terkenal Edmund Bon.

Peguam lain, termasuk Lateefa Koya, Yusmaidi Yusoff, N Surendran, Amer Hamzah, Fahri Azzat dan Nizam Bashir.

Manakala pihak pendakwaan pula dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya Mohamad Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof.

Mahkamah menetapkan kes itu akan disebut pada 28 Mac ini.

Turut hadir pada prosiding di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar ialah wakil rakyat Pakatan Rakyat, termasuk Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar dan Yaakob Sapari. [Malaysiakini]

Debat dengan Nik Aziz: PAS minta Umno kumpul ulama

PAS berharap cadangan dialog antara mursyidul amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan boleh menjadi kenyataan, bahkan disiarkan secara langsung supaya orang ramai boleh menghakimi dan menilainya.

Ketua penerangannya Idris Ahmad berkata, kesediaan Nik Aziz itu menepati amalam dalam sejarah peradaban Islam untuk mencari kebenaran. "Sebenarnya tindakan Tuan Guru Nik Aziz merupakan ulangan yang berkali-kali diajak oleh pemimpin PAS bagi menyelesaikan kemelut yang ada di negara ini dengan cara ilmiah.

Pihak Umno sering menuding jari kepada PAS dengan tuduhan, PAS membawa ajaran yang sesat, parti anti perpaduan, menafsir Islam yang salah, parti yang menyekat kemajuan. "Malangnya segala tuduhan terhadap PAS hanya disiarkan sebelah pihak melalui media BN.

Segala tuduhan ini tidak diberikan peluang untuk PAS menjawab balik," kata Idris Ahmad. Dalam satu kenyataan semalam, Idris juga menyindir parti lawannya Umno supaya "mengumpul ulama yang ada dalam parti Umno untuk turut serta".

Beliau berharap, selepas ini tidak berbangkit lagi tuduhan yang sering dilemparkan kepada PAS. [Malaysiakini]

Kumpulan Kedua Proses Evuakasi Pelajar Kedah Sedang Menunggu Untuk Berlepas




KAHERAH, 6 Feb. 2011 [11.20 tengah hari waktu Mesir]

-Seramai 180 orang pelajar Kedah bagi kumpulan kedua proses evuakasi ke Jeddah sedang menunggu untuk menaiki pesawat penerbangan mereka.

-Mereka dijangka berlepas ke Jeddah dengan pesawat Charlie-130H 9 pada jam 1.30 petang.

-Suasana di khemah di perkarangan Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah cukup sesak dengan kebanjiran warga Malaysia yang akan dipindahkan ke Jeddah.

-Pihak Yayasan Islam Negeri Kedah melalui delegasi YIKED yang hadir kelmarin turut menyediakan bekalan makanan dari Malaysia kepada pelajar-pelajar Kedah di sini. Makanan tersebut seperti popia goreng, kekacang, kerepek dan lain-lain lagi. Makanan dari tanah air sedikit sebanyak menghilangkan rasa resah di hati anak-anak Kedah di sini.

-Dato' Dr. Fakhruddin Abdul Mukhti, Duta Besar Malaysia ke Kaherah dilihat turut hadir meninjau keadaan warga Malaysia yang akan dipindahkan pada hari ini di sini.

lagi berita - http://www.mymkkk.org

Tu dia RUMAH nak reban sampai macam nie MKK & JKKKP lena kaa??

Wan Chik mohon baiki rumah


Wan Chik Wan Salleh dan Chik Nen Awang Yik menujukkan sebahagian atas dinding rumah mereka roboh dan memerlukan bantuan untuk membaikinya di Kampung Hutan Setali, Kubang Pasu, semalam.


KUBANG PASU 6 Feb. - Setiap malam, tidur 12 sekeluarga di sebuah rumah di Kampung Hutan Setali, Mukim Padang Perahu di sini sering terganggu kerana bimbang keadaan rumah mereka yang hanya menunggu masa menyembah bumi.

Bahagian tingkat atas rumah milik Wan Chik Wan Salleh, 61, itu sudah reput dimakan anai-anai serta mulai roboh sedikit demi sedikit sejak awal Januari lalu.

Tambah memburukkan keadaan, cuaca berangin di kawasan utara membuatkan rumah tersebut tidak selamat didiami kerana jika angin bertiup kencang, habuk-habuk kayu yang reput terjatuh ke ruang tamu yang juga menjadi ruang tidur separuh daripada ahli keluarga tersebut.

Wan Chik berkata, sebagai ketua keluarga, dia memang ingin menyediakan kediaman yang lebih selesa buat isteri, tujuh anak, tiga cucunya serta bapa mertua yang tinggal di rumah itu namun pendapatannya sebagai pengawal keselamatan tidak mengizinkan.

"Rumah yang saya duduk sekarang adalah rumah pusaka dan saya tinggal di rumah ini sejak kecil lagi.

"Kami semua memang tidak berani naik ke tingkat atas kerana lantai kayunya reput dan apabila angin kuat, kami gerun kerana mungkin kayu-kayu di tingkat atas ini boleh tercabut," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini.

Menurutnya, tiga anaknya berusia antara 12 hingga 17 tahun masih bersekolah dan dia mengharapkan anak-anaknya itu dapat mengulang kaji pelajaran dalam keadaan rumah yang lebih selesa.

"Saya sudah mohon kepada pihak berwajib untuk membantu membina semula rumah saya, namun sehingga kini masih tiada jawapan.

"Ada beberapa pihak datang mengambil gambar rumah saya dan mereka kata akan baiki rumah ini selepas Aidilfitri tahun lalu tetapi rumah saya tetap tidak dibaiki," katanya.

Dalam pada itu, isterinya, Chik Nen Awang Yik, 56, berkata, dia berada di rumah bersama bapanya yang sedang uzur sewaktu dinding tingkat atas rumahnya tercabut kerana ditiup angin, awal Januari lalu.

"Bunyi kayu-kayu dinding jatuh memang menakutkan dan jika musim hujan pula air memasuki rumah ini.

"Saya berharap rumah saya dibaiki segera kerana setiap malam saya tidak dapat tidur nyenyak memikirkan keselamatan anak-anak yang tidur di ruang tamu rumah ini," katanya.

Ingat KEDAH saja depa buat kelaku nie.. Tapi rupa-rupanya di KELANTAN dah 20 tahun dah..!!

@ fb Mohd Nor Yahya

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/datoseri%20azizan%20abdul%20razak.jpghttp://pantheraleo1982.files.wordpress.com/2008/04/nik-aziz52.jpg
Apapun yang kita ingin kupaskan mestilah berlandaskan fakta, justeru itu biarpun umno atau PAS, mereka sering berpolitik sehinggakan ada yang melupakan tugas utama sebagai peneraju negara maupun negeri....

umno di Kelantan seharusnya sedar, kini sudah 20 tahun lebih PAS menerajui Kelantan, tetapi mereka masih lagi tidak dapat menerima hakikat ini.

Saya amat terkilan bila ada anak kawan saya yang baru berpindah ke Kelantan melahirkan rasa hairan mengapakah tiada gambar Menteri Besar Kelantan di sekolah mereka.

Soalan amat mudah saja " Papa, Kelantan ni kan ada Menteri Besar macam negeri yang dulu jugak, tetapi mengapa gambar beliau tak ada di sekolah saya"....

Papanya menjawab " Ini negeri PAS memerintah, gambar Tok Guru tak boleh diletak di sekolah sebab bimbang pelajar akan mengikut perangai Tok Guru tu, tok Guru tu sering ke masjid, cakapnya lemah lembut, banyak ilmu agama dalam dirinya,, Kerajaan umno ni amat takut kalau ramai yang akan ikut macam dia"

Kesimpulan yang dapat ialah umno amat bodoh sombong laaaaaa.....

Alahai RAIS.. Jika betul cerita FITNAH awat tak saman WIKILEAKS..!!

AMKPP kecam tindakan Rais Yatim

PENANTI – Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), semalam, mengecam tindakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyaman blogger, Amizudin Ahmat daripada terus menerbitkan perkataan berunsur fitnah terhadap beliau menerusi blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Ketuanya, Amir Mohd Ghazali berkata, mengapa Amizudin yang perlu disaman dan bukannya Datuk Ahirudin Attan atau Rocky's Bru kerana beliau yang mula mendedahkan isu berkenaan melalui tulisannya di blog.

Menurutnya, ia disusuli pula dengan artikel yang menyokong tindakan Ahirudin oleh beberapa blog lain seperti BigDogDotCom selang beberapa hari selepas artikel berkenaan disiarkan.

“Jadi, mengapa Amizudin yang dikenakan tindakan mahkamah dan bukannya Ahiruddin sedangkan yang memulakan isu ini adalah Ahiruddin. Adakah ia sebagai petanda untuk menakut-nakutkan blogger PR dari membangkitkan artikel berhubung isu melibatkan pemimpin UMNO?,” katanya pada satu sidang media yang diadakan di Yayasan Aman, di sini.

Hadir sama, Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Syed Mikael Rizal Aidid.

Amir berkata, tindakan Rais kali ini jauh berbeza dengan tindakannya sebelum ini yang pernah menyaman Ahiruddin selepas beliau menyiarkan satu artikel berkaitan pemberian tender bernilai RM1 bilion kepada anaknya yang kemudiannya dinafikan dan dilabel sebagai fitnah.

Katanya, mengapa tidak tindakan sama sekali lagi diambil ke atas Ahirudin selepas tersiarnya artikel di Rocky's Bru, sebaliknya Sharpshooter yang mencedok artikel itu dari Harakahdaily dikenakan tindakan.

Terdahulu, pada 2 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan injunksi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim bagi menghalang blogger Amizudin Ahmat daripada terus menerbitkan dakwaan bahawa menteri itu merogol seorang pembantu rumahnya dari Indonesia.

Hakim Zabariah Mohd Yusof membenarkan permohonan ex-parte untuk menghalang Amizudin daripada menerbitkan perkataan berunsur fitnah terhadap Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu menerusi blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Hakim menetapkan 11 Februari ini untuk sebutan semula kes dan afidavit difailkan oleh kedua-dua pihak sebelum kes berkenaan didengar pada 22 Februari ini.[Sinar Harian]

K'jaan Negeri sumbangkan RM100,000 bantu pelajar Kedah di Mesir

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri memperuntukkan bantuan kewangan RM100,000 kepada pelajar Kedah di Mesir bagi membeli makanan dan barangan keperluan sepanjang mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Jeddah.

Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi Negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, bantuan itu dihantar bersama empat pegawai Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) Khamis lalu, untuk memantau keselamatan pelajar yang terkandas di sana.

“Sebagai permulaan peruntukan itu adalah bagi membeli makanan dan keperluan harian pelajar yang belum pasti bila akan jejak ke tanah air. Difahamkan, seramai 835 pelajar Kedah sedang mengikuti pengajian di Mesir,” katanya.

Menurutnya, ibu bapa diminta bersabar kerana proses penghantaran pulang pelajar Malaysia sedang dilakukan Wisma Putra dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kerajaan Negeri turut memantau perkembangan menerusi pegawai YINK yang berada di sana.

“Kita beri keutamaan pada pelajar yang berkeluarga, ada anak kecil, ibu mengandung, kurang sihat akan dibawa pulang terlebih dahulu. Bagaimana pun setakat semalam, dilaporkan keselamatan pelajar terjamin,” katanya.

Mohamed Taulan berkata, buat masa ini kesemua pelajar Kedah berkumpul di Jeddah dan kerajaan Arab Saudi memberi tempoh transit selama sebulan.

“Mungkin ambil masa sedikit untuk bawa mereka pulang ke Malaysia. Bagaimana pun mereka tetap akan dibawa pulang sama ada melalui pengangkutan udara mahupun laut. Mereka dijangka tiba di Pulau Pinang atau Port Kelang tapi tarikhnya saya tak pasti,” katanya.

Mohamed Taulan berkata, beberapa pegawai di Iskandariah turut memaklumkan situasi di sana tidak lagi genting seperti minggu lalu, dan sebahagian kedai runcit dan institusi bank telah beroperasi.

“Perintah berkurung masih berjalan. Pada waktu siang, sudah ada yang keluar membeli makanan, cuma waktu malam mereka tidak berani keluar rumah,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa terdapat pemimpin pembangkang mempolitikkan pelan tindakan menyelamat rakyat Malaysia di Mesir, yang dikatakan lambat bertindak, Mohamed Taulan berkata, isu ini mungkin dimanipulasikan pihak lain yang berkepentingan peribadi.

“Saya percaya isu itu bukan dipolitikkan oleh parti Pas, sebaliknya diprovokasi pihak tertentu yang sengaja mahu memburuk-burukkan parti pembangkang. Mungkin dakwaan bantuan lewat itu sekadar luahan ibu bapa yang bimbangkan keselamatan anak mereka,” katanya.

Mohamed Taulan berkata, Kerajaan Negeri mahupun pemimpin pembangkang tidak pernah mempertikai sama ada bantuan lewat diberikan atau sebaliknya, kerana yang penting kerjasama semua pihak bagi melancarkan proses perpindahan pelajar.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...