TERKINI :

Sunday, February 6, 2011

Siapa Kata Duit Kerajaan Pusat.. Itu sebenarnya Duit Rakyat...


Tiba Masanya nak tekan Nik Aziz rapat-rapat.. Itu pun kalau berani laa...!!??

FIKIRAN, PERASAAN & PERUT RAKYAT

oleh Nobisha


Di Bolivia, gula dicatu walaupun harganya naik sebanyak 64%. Di Amerika Syarikat, restoran termasuklah McDonald menaikkan harga makanan berikutan kenaikan harga daging (klik di sini). Di Kanada, harga barang dijangka naik sehingga 5% pada tahun ini.

Di seluruh dunia, harga barang naik sebanyak 45% sejak penghujung 2006. UN Food and Agriculture Division menyatakan harga barang sekarang adalah yang paling tinggi sejak 1990 dan meramalkan ia akan kekal untuk beberapa bulan lagi.

Kenaikan harga barang boleh mempengaruhi kestabilan politik terutama sekali di negara-negara yang selama ini dikenali sebagai mempunyai pemimpin "bermasalah" dan governans yang meragui. Kenaikan harga barangan dan pengangguran disebutkan sebagai tambah menyemarakkan rusuhan di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti Tunisia, Algeria, Yamen dan Mesir.

Kesusahan hidup yang teruk menyebabkan mereka bangun melawan pemerintah yang dilihat hidup mewah dan rasuah. Di Mesir, sebagai contoh, sebanyak 19.6% atau 14.2 juta orang rakyatnya hidup di bawah US$1 sehari. Akibatnya, Presiden Hosni Mubarak berjanji tidak bertanding lagi dan anaknya, Gamal Mubarak yang disebut-sebut sebagai pengganti beliau meletakkan jawatan dalam parti.

Ditambah dengan kenaikan harga barang dan pengangguran, anak-anak muda di negara-negara tersebut yang selama ini merasakan mereka tidak berpeluang untuk bersuara secara bebas dan pandangan mereka tidak diambilkira dalam proses membuat keputusan memilih untuk keluar beramai-ramai di jalanan. Mereka berpendapat itulah satu-satunya cara membuat pemimpin parti-parti politik mendengar suara anak muda. Malah, di negara seperti Arab Saudi pun, sudah ada suara-suara penentangan yang semakin keras.

Ahmed Maghib, antara anak muda yang berdemonstrasi menyimpulkan apa yang sedang berlaku: "The old opposition parties don't represent the young people. Everyone needs to realize that it was the young people who brought about this change. We need to be heard."

Kesemua insiden ini menunjukkan kepada tiga perkara: fikiran (mind), perasaan (heart) dan perut (stomach). Pemimpin politik yang baik harus menentukan ketiga-tiga perkara ini diuruskan dengan baik - walaupun ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Mungkin Hosni Mubarak lupa: "A hungry man is an angry man." Dan, pemimpin-pemimpin politik perlu diingatkan kata-kata Mahatma Gandhi: "Earth provides enough to satisfy every man's need, but not every man's greed!"

http://www.nobisha.com

Anwar Jawab pasal isu di katak lompat Sabah

Anwar jelaskan peletakan jawatan Pajudin

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini kelihatan bersungguh-sungguh menjelaskan soal berhubung peletakan jawatan Pajudin Nordin sebagai pengerusi perhubungan Sabah semalam.

"(Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dijadual ke Sabah pagi ini. Ia tiada kena mengena dengan peletakan jawatan Pajudin kerana ia telah dirancang lama dahulu.

anwar keadilan network launch 230111"Lawatannya bertujuan menemui ketua cabang Sabah dan untuk mengumumkan pembekuan sementara pelantikan tajudin sebagai pengerusi perhubungan Sabah. Belum sempat membuat pengumuman, dia (Pajudin) letak jawatan.

"Beliau (Wan Azizah) sepatutnya mengambil alih pengerusi perhubungan Sabah daripada Pajudin untuk sementara, kemungkinan beberapa bulan sehingga semuanya disusun dengan baik," kata Anwar dalam sidang media yang padat dengan wartawan sehabisnya lawatan dua harinya di Sarawak hari ini.

"Mungkin dia (Pajudin) rasa pembekuan itu tamparan yang hebat, jadi dia tinggalkan (parti)."

Semalam, PKR Sabah yang dilihat sedang dibelenggu masalah menerima satu lagi tamparan apabila Pajudin Nordin mengumumkan keluar dari parti dan berhasrat menyertai Umno.

Pajudin, 42, yang belum sebulan memegang jawatan tersebut, membuat pengumuman itu dalam satu sidang akhbar bersama ketua menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, di kediaman rasmi ketua menteri di Sri Gaya, petang semalam.

Pajudin dilaporkan berkata keputusan itu dibuat kerana kecewa dengan kepimpinan pusat iaitu Anwar dan Dr Wan Azizah yang didakwa tidak serius menangani masalah dan isu-isu berkaitan Sabah.[Malaysiakini]

Benarkah Angin dari Papua New Guinea membawa terbang RM7 juta duit Kerajaan Negeri??

Ku sangkakan hujan hingga ke petang rupanya panas ditengah hari


Berjumpa lagi di alam siber dimana saya sekarang berada di Port Moresby, PNG. Pagi ini diberitakan sekumpulan pelabur dari Kedah telah mendarat di kota ini tetapi bukan berita pasti.

Akhbar disini pagi ada menyiarkan tentang nasib anak syarikat kerajaan negeri disini iaitu MAS Incorporated (PNG) Ltd telah diarah keluar dari mengusahakan tanah pertanian seluas 42,000 hektar oleh pihak Baina Agro Forest Limited. Sebelun itu berita penyingkiran MAS sudah diiklan didalam sebuah akhbar melalui Pengerusi syarikat, En. Joe Bogoro dan pagi ini berita ini disahkan lagi melalui AGM syarikat tempatan .

Didalam laporan tersebut beberapa nama seperti Daniel Mona, John havi Kora, Michael Mogo telah mengeluarkan kenyataan bersama bermaksud MAS tiada lagi tempat disana. Menurut Michael Tama, MAS telah mengingkari perjanjian dan tidak menepati janji. Ini turut memalukan kerajaan Malaysia dan PNG serta Wilayah Tengah disini.

Selepas bermesyuarat di Inaia, sebuah kampung disini, perkara pemecatan telah dibuat melalui satu resolusi dan pemecatan tersebut telah disiarkan di The National, iaitu surat khabat tempatan disini dan telah ditandatangani oleh Chairman, Joe Bagoro.

Dan selepas ini, menurut Mr. Mona, tiada lagi sesiapa dari syarikat tempatan boleh membuat perjanjian dengan MAS berkenaan dengan projek tersebut dan mereka bebas mencari pemaju yang lebih berpotensi dan berminat dengan projek pertanian disini.

Kesimpulan yang dapat dibuat adalah ada sesetengah pihak mengambil keuntungan daripada projek ini dan yang menanggung rugi adalah kerajaan negeri Kedah. Menurut sumber tidak rasmi, sebanyak RM7 juta sudah dihabiskan untuk projek tersebut dan pulangan entah bila bakal digapai. Tuhan lebih mengetahuinya.[@KedahLanie.info]

terima kasih.... salam buat haji yusrin dan dato' amer

http://lantaat.blogspot.com

PEMIKIRAN PEMIMPIN UMNO DAH SEWEL KE ?

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menggesa Najib memberi respons kepada kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Malaysia hanya milik orang Melayu dan kaum-kaum lain perlu menghormati kedaulatan orang Melayu di negara ini. Najib perlu menyatakan pendiriannnya mengenai isu itu sama ada beliau turut menerima kenyataan Dr Mahathir atau berpandangan sebaliknya. Pendirian tegas itu perlu diambil kerana kenyataan Dr Mahathir sama sekali bercanggah dengan konsep 1 Malaysia.

Pada satu wacana anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan Selasa lalu, Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia mesti mengakui negara ini adalah milik orang Melayu. Oleh sebab itu, mereka mesti menerima budaya dan bahasa masyarakat itu. Bekas perdana menteri itu turut menyatakan bahawa nenek moyang negara ini memberikan orang Cina dan India taraf kewarganegaraan sebab mereka mengharapkan kedua-dua komuniti itu akan menghormati kedaulatan orang Melayu. Selaras dengan itu, Dr Mahathir juga menekankan, bukan Melayu mesti menerima konsep Bangsa Malaysia untuk membantu memperkukuhkan perpaduan nasional.

Beliau yang menyandang jawatan perdana menteri selama 22 tahun berkata, masyarakat Cina dan India mesti mengutamakan kepentingan negara berbanding soal kaum dan identiti mereka sebagai rakyat Malaysia. Sehubungan itu Dr Mahathir menambah, jika orang Cina dan India terus melihat diri mereka berdasarkan negara asal mereka, bermakna mereka adalah imigiran di negara ini. Najib tidak boleh kekal berdiam diri dalam perkara ini. Dia perlu memberi respons kepada kenyataan Dr Mahathir.

Semua rakyat Malaysia ingin melihat apa pendirian yang hendak diambil oleh Najib, dan sama ada beliau bimbang dengan kesan sekiranya beliau tidak bersetuju dengan pendirian Dr Mahathir itu. Harus diingat bahawa pandangan ahli politik veteran itu secara konsisten memperlihatkan bahawa beliau menentang dasar-dasar yang dibawa oleh Najib seperti konsep 1 Malaysia.

Dari sudut pandangan yang lain, kita dengan jelas boleh melihat bahawa Dr Mahathir tidak gembira dengan Najib. Dari satu segi, Najib telah gagal untuk memahamkan rakyat tentang konsep 1 Malaysia. Jika Dr Mahathir sendiri tidak boleh menerima atau memahaminya, bagaimana rakyat jelata boleh memahami perkara itu? Oleh sebab itu, PR tidak mengiktiraf atau menyokong sebarang pandangan yang tidak menghormati hak kaum-kaum lain dan yang tidak menyumbang kepada proses pembinaan negara.

Kes terbaru ini menyebabkan DAP melabelkan Dr Mahathir sebagai ‘supremacist’. Pada hakikatnya, tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyokong pandangan bekas presiden Umno itu. Jika ada, Najib dan Mahathir harus menunjukkan kepada rakyat Malaysia di mana letaknya konsep ‘supremacist’ dalam Perlembagaan Persekutuan yang dirangka oleh nenek moyang kita. Najib juga perlu menjelaskan bagaimana konsep 1 Malaysia beliau secocok dengan pandangan yang dibawa oleh Dr Mahathir.

Menurut DAP lagi, Dr Mahathir memperlihatkan “percanggahan” memandangkan beliau bukan sahaja bertindak bertentangan dengan konsep 1 Malaysia, tetapi juga gagasan “Bangsa Malaysia” yang diperkenalkan ketika era kepimpinannya. Dakwaan terbaru itu penuh dengan percanggahan sama ada dengan gagasan Bangsa Malaysia (dibawa Dr Mahathir sendiri) mahupun 1 Malaysia.

Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan rakyat yang komited kepada negara. Kesemua negara bekerja menerusi platform yang sama. Di samping itu, Dr Mahathir berkata gagasan 1 Malaysia dan Wawasan 2020 berbeza kerana beliau mahu mewujudkan satu identiti nasional yang bersifat inklusif. Apabila kita bercakap mengenai 1 Malaysia, orang ramai bercakap mengenai kesaksamaan bagi semua kaum. Mungkin bagi Melayu maksudnya menghapuskan sekolah-sekolah vernakular. Bagi orang Cina dan India pula, 1 Malaysia bermakna menghapuskan hak orang Melayu. Jika begini keadaannya, apa sudah jadi?

Para pemimpin UMNO sudah hilang pertimbangan sekarang ini. Mereka diserang sindrom melalut-lalut sejak dipinggirkan oleh orang Melayu. Apabila orang Melayu tidak menyokong UMNO, mereka mencipta satu istilah untuk menakut-nakutkan orang Melayu, iaitu perpecahan Melayu. Mitosnya ialah kuasa politik Melayu terancam dan bukan Melayu semakin naik tocang. Penyebab-penyebabnya ialah Tuk Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim. Hakikatnya perebutan kuasa dalam UMNOlah yang menyebabkan perpecahan itu. Parti Melayu Semangat 46 muncul apabila Team B pimpinan Tengku Razaleigh kalah. Parti Keadilan muncul kerana Anwar disingkirkan. Orang lain makan nangka, orang lain yang kena getahnya.

Orang Melayu sudah hilang kepercayaan kepada parti yang dikatakan busuk hingga ke usus itu. Mereka bukan sahaja tenggelam dalam rasuah, pengkhianatan, dan penyalahgunaan kuasa malahan juga berpegang kepada nasionalisme sekularis yang mencorakkan jahiliah moden. Kini mereka cuba memperjuangkan suprimasi Melayu pula. Harus diingat bahawa assabiah juga merupakan satu lagi ciri jahiliah. Mengapa UMNO tidak mahu menjadikan Islam sebagai asas perjuangan? Sekularisme mengajar mereka mengesampingkan dosa dan pahala serta syurga dan neraka.
Semakin hari semakin ramai orang Melayu yang mencintai Islam. Semakin hari semakin ramai golongan non-Muslim yang memahami Islam. Situasi ini menjadikan sokongan terhadap PAS semakin meningkat. Mereka meyakini keadilan Islam. Mereka meyakini tiada perjuangan bangsa dalam Islam. Hanya golongan yang sependapat dengan Dr. M sahaja yang masih mempertahankan perkauman sempit. Ketika semua rakyat Malaysia memperjuangkan keadilan untuk semua, UMNO terus memutarkan isu Ketuanan Melayu tanpa memperhitungkan rakyat telah mengetahui tembelang mereka sebagai pengkhianat bangsa sendiri.

UMNO telah mengetahui orang Melayu tidak sukakan mereka lagi. Jika ada pun yang suka, kewujudannya terhad kepada rebung yang sudah menjadi buluh. Hal ini dapat dilihat di merata tempat. Johor yang menjadi kubu UMNO pun telah mula berubah. Petempatan FELDA dan FELCRA pun tidak lagi menjadi fix deposit UMNO. Kesemua inilah yang mendorong mereka dihinggapi histeria politik ketika ini.

Posted by Drs. Harun Jaafar

Tugas Wajib Kerajaan Jaga Keselamatan Rakyat

A Kadir Jasin

SAYA tidak mahu membuat andaian baik atau buruk membawa balik atau membawa keluar penuntut kita dari Mesir atau mana-mana negara dalam keadaan darurat.

Tetapi saya prihatin terhadap kecemasan dan kegusaran ibu bapa dan ahli keluarga mereka kerana tiga orang anak-anak saya yang sudah dewasa pun belajar di luar negara. Tetapi mereka belajar di negara di mana situasi seperti di Mesir tidak berlaku. Dua belajar di Amerika dan seorang di New Zealand. Kini anak yang keempat baru ke luar negara juga.

Mungkin situasi di Mesir sekarang genting dan unik. Genting kerana kita tidak tahu berapa lama dan apa kesudahannya tunjuk perasaan massa terhadap Presiden Hosni Mubarak dan unik kerana banyak institusi pengajian ditutup sementara.

Adalah menjadi tanggungjawab semua kerajaan di dunia memastikan keselamatan rakyat mereka ketika berada di luar negara. Yang berbeza hanyalah ada negara yang mampu dan banyak pula negara yang tidak mampu.

Jadi bagi saya, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa yang perlu dipuji dan dipuja kerana itulah tugas sebuah kerajaan. Apatah lagi jika kerajaan itu dipilih dan dibiayai oleh rakyat jelata.

Yang penting sekarang ialah sebahagian daripada penuntut kita di Mesir sudah dikeluarkan. Isu seterusnya adalah mendoakan agar keadaan di Mesir menjadi tenang dan selamat semula dan mereka boleh kembali menyambung pengajian. Bagi ibu bapa pula, mereka kenalah berfikir dan mencari jalan mengatasi kemungkinan krisis di Mesir berlarutan dan menyediakan tambang untuk anak-anak mereka balik semula ke Mesir apabila keadaan pulih.

Kita bukan tidak pernah mengalami keadaan begini, tetapi apa yang berlaku di Mesir menjadi begitu mencemaskan kerana kita dapat melihatnya secara langsung dan terus menerus dari kaca TV dan kita pula berhubung dengan anak-anak kita secara ‘virtual’ melalui emel, Skype, Twitter, Facebook dan sistem pesanan ringkas (sms).

Jadi apabila Kerajaan Mesir dalam kepanikan mereka untuk menyekat rakyat jelata berhubung antara satu sama lain dan menyemarakkan lagi protes terhadap Presiden Mubarak itu, telah menutup semua saluran komunikasi.

Ini secara spontan dan menyeluruh menjadikan Mesir ‘lenyap’ dari peta dunia. Dalam situasi itu, tentulah ibu bapa penuntut kita di Mesir sangat bimbang dan tertanya-tanya apa yang berlaku kepada anak-anak mereka. Inilah fungsi dan kesan dunia tanpa sempadan dan komunikasi di hujung jari.

Dulu pun keadaan cemas begini, berlaku. Bukan sahaja di luar negara malah di dalam negara pun berlaku. Saya ingat lagi bagaimana perhubungan telefon, telegraf dan pos terputus buat beberapa ketika apabila berlaku rusuhan kaum 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur.

Ramai ibu bapa yang anak-anaknya bekerja atau belajar di Kuala Lumpur tidak mendapat khabar berita hingga berminggu-minggu lamanya kerana gangguan sistem perhubungan dan komunikasi.

Daripada pengalaman Mesir ini eloklah diwujudkan pelan kontingensi tetap di Kementerian Luar bagi menangani dan menguruskan kebajikan rakyat jelata Malaysia, khasnya penuntut di luar negara, terutama sekali di negara-negara di mana situasi politik dan bencana alam sering berlaku.

Dengan semakin ramainya penuntut kita belajar di luar negara, sama ada atas tajaan kerajaan, swasta atau perbelanjaan sendiri, dan pergi pula ke tempat-tempat yang kurang selamat dan sering dilanda bencana alam, maka eloklah diwujudkan pelan seperti itu.

Inilah pun tugas asas Kerajaan dalam dunia virtual di mana maklumat mengalir pantas dan berterusan. Dan ini jugalah tanggungjawab baru Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khasnya Tentera Udara dan Tentera Laut yang mempunyai aset jarak jauh seperti kapal terbang dan kapal laut.

Jadi janganlah kita hilang asas perkiraan kerana menjaga keselamatan rakyat jelata, sama ada di dalam negara atau ketika mereka berada di luar negara, adalah menjadi tanggungjawab asas dan fundamental sesebuah kerajaan yang sah. Yang sepatutnya mendapat pujian dan pengiktirafan adalah elemen-elemen dari sektor swasta yang menyumbangkan aset serta kemudahan milik mereka untuk turut sama membantu penuntut kita itu.

Dah berbuih dah orang habaq bab Pilihanraya Dan Penipuan...tapi rakyat tak paham situ laaa..!!

Pilihanraya Dan Penipuan

Oleh Mohamad Sabu

Setiap kali pilihanraya kecil atau pilihanraya besar yg berlaku di malaysia, rakyat hanya ingin mengetahui siapa yg menang siapa yg kalah. Parti-parti politik yg bertanding menunggu dgn penuh debaran akan keputusan pilihan raya yang dibuat oleh rakyat dlm pilihan raya kecil atau pilihan raya umum. Rakyat dan parti-parti politik jarang memerhatikan perjalanan pilihanraya, sama ada ia berjalan dgn adil dan saksama.

Sejauh mana pihak pemerintah menggunakan media dan pengawalan berita semasa pilihanraya kurang diperhatikan oleh rakyat. Sebelum berkempen sehingga hari pilihanraya, parti pemerintah BN menyalahgunakan media sepenuhnya seperti RTM, TV3, dan akhbar2 utama seperti Utusan, Berita Harian dan STAR, parti pembangkang tidak berpeluang menjawab atau memberi penjelasan terhadap sesuatu tuduhan yang dilemparkan oleh media yang disalahgunakan oleh BN.

Perjuangan untuk mendapatkan kebebasan, keadilan, terutama dlm pilihanraya amat perlu dititik beratkan oleh rakyat dan parti-parti politik. Rakyat yang berfikiran waras akan menerima keputusan pilihanraya jika ianya dikendalikan secara adil, bukan keputusan pilihanraya yang menentukan keadilan, sebaliknya perjalanan pilihanraya menentukan keadilan.

Undi pos masih dipertikai oleh parti-parti politik dan NGO di Malaysia. lebih 80% undi pos selalunya memihak kepada pemerintah BN. Kita amat ragu dengan keputusan undi pos keran ia tidak selaras dengan perkembangan corak pengundian rakyat malaysia. Sebab itulah himpunan rakyat BERSIH memintak supaya undi pos dihapuskan, diganti dengan cara yang lain.

Polis menjadi jentera barisan Nasional untuk menghalang ceramah-ceramah parti-parti pembangkang terutama di Johor, khasnya di kawasan FELDA. Polis sewajibnya bertugas menjaga keselamatan rakyat sudah bertukar untuk menjaga 'keselamatan' BN.

Penyalahgunaan jentera kerajaan, rasuah, peruntukan segera kepada kawasan pilihanraya kecil yg ada pertandingan menjadi lumrah bagi pemerintah BN. Menteri-menteri bergilir ganti datang ke kawasan pilihanraya untuk memberi habuan kepada rakyat dan bukan lagi menceritakan dasar kerajaan BN.
Dengan undi pos, rasuah, pemberian habuan segera dari kerajaan BN, sekatan polis untuk parti-pari yang tidak memerintah untuk memberi penerangan, media yang dikongkong oleh kerajaan BN, apakah yg diharapkan tentang perjalanan demokrasi yang bersih di Malaysia?

Kira-kira 2 bulan yg lau, parti pemerintah Mesir pimpinan Hosni Mubarak menang LEBIH 97% kerusi parlimen. Apakah kemenangan yang diukur atau perjalanan pilihanraya? Sekarang jutaan rakyat Mesir keluar ke jalan raya dan memberitahu dunia bahawa pilihan raya di Mesir penuh dengan penipuan, kerajaan Mesir penuh dengan amalan rasuah, nepotisme, zalim dan diktator. Mereka tidak percaya lagi dgn sistem pilihanraya yg tidak adil.

Apakah perkara yang berlaku di Tunisia dan Mesir satu hari nanti akan berlaku di Malaysia? Keadaan ini dapat di elakkan sekiranya kerajaan BN sedia membuat perubahan sebelum rakyat meruap dan meluat. Keadilan dan demokrasi mesti ditegakkan demi untuk keamanan.

Debat bukan budaya Islam: Mufti Pahang


KUANTAN – Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman menolak sebarang aktiviti perdebatan yang melibatkan soal akidah kerana ia bukan budaya dalam Islam.

Menurutnya, cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu isu adalah melalui majlis syura atau bermesyuarat kerana ia lebih baik daripada berdebat sehingga mengaibkan pihak yang kalah.

“Dalam al-Quran tidak ada perdebatan, cuma sekiranya ada sebarang ketidaksefahaman terutamanya melibatkan isu-isu akidah atau apa jua isu berkaitan Islam, cara terbaik adalah melalui majlis syura kerana ia lebih mudah dibincangkan berlandaskan al-Quran dan Sunnah Rasulullah,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Abdul Rahman berkata, tidak ada gunanya berdebat kerana berdebat sekadar mahu menonjolkan siapa yang lebih hebat dan yang kalah akan mendapat malu.

Menurutnya, dengan berlandaskan al-Quran, apa jua isu yang melibatkan Islam mampu diselesaikan secara bermuafakat.

“Saya memang tidak bersetuju dengan perdebatan ini dan sekiranya kedua-dua pihak masih lagi hendak berdebat, biarlah ia diadakan secara tertutup,” katanya.

Salam Ustaz Azizan.. Itu puak Blogger UMNO/BN yang bangang dok jaja cerita tuu..!!

MB kesal blogger politikkan isu

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyifatkan tindakan sekumpulan blogger cuba mempolitikkan isu pelajar Malaysia yang sedang menghadapi krisis di Mesir sebagai tidak berperikemanusiaan.

Menurutnya, kenyataan blogger berkenaan yang menyindir Pas supaya membawa pulang sendiri pelajar yang menyokong parti itu dan tidak mengharapkan bantuan Kerajaan Pusat adalah sangat tidak wajar.

“Ini jelas menunjukkan bukan pemimpin atau ahli Pas yang cuba meniupkan sentimen kepartian dalam isu ini seperti disuarakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin, sebaliknya apa yang berlaku di Mesir cuba dimanipulasi oleh mereka yang menyokong BN untuk memburukkan Pakatan Rakyat (PR),” katanya.


Azizan yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, kesan krisis di Mesir yang melibatkan rakyat Malaysia adalah masalah bersama, tidak kira sama ada pemerintah atau pembangkang.

“Jadi, kita perlu ada kerjasama bagi memastikan rakyat Malaysia di Mesir selamat. Ia tidak wajar diputar belit dan disensasikan,” katanya.

Azizan berkata, dakwaan kononnya Mesir adalah kilang untuk Pas melahirkan pelapis parti itu juga adalah tuduhan yang dilempar secara membuta tuli.

“Pelajar ke sana untuk belajar bukan untuk berpolitik, tetapi bila kembali ke tanah air, mereka ada hak memilih parti politik mana sebab selepas itu mereka perlu mengundi. Itu di luar kawalan kita,” katanya.

Pemimpin UMNO kantoi memBODEK di Sinar Harian hari nie..

Pelancong terlalu ramai, penginapan di Langkawi penuh

LANGKAWI 5 Feb. - Kehadiran begitu ramai pelancong dari dalam dan luar negara ke sini sempena cuti Tahun Baru Cina sejak Khamis lepas menyebabkan ramai pengunjung tidak mendapat tempat penginapan.

Kehadiran pelancong yang difahamkan melebihi 50,000 orang menyebabkan semua bilik hotel, resort, chalet dan inap desa habis ditempah.

Keadaan itu menyebabkan ada pengunjung terpaksa menjadikan kereta yang disewa sebagai penginapan untuk melepaskan mengantuk pada waktu malam dan ada yang tidur di tepi pantai, tempat lapang dan di masjid.

Beberapa pengusaha feri berkata, Khamis lepas adalah yang paling sibuk kerana mereka terpaksa mengendalikan kira-kira 20,000 pengunjung.

Jurucakap Kumpulan Baron yang mempunyai rangkaian resort dan hotel di Langkawi, berkata, semua bilik penginapan mereka habis ditempah untuk tempoh beberapa hari semasa cuti Tahun Baru Cina.

Sementara itu, pengurus syarikat perkhidmatan feri penumpang, Wong Sie Kiong berkata, perkhidmatan feri ulang-alik dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah ke Langkawi mencukupi bagi menampung kebanjiran pelancong ke pulau bebas cukai itu.

"Perjalanan tambahan turut diadakan membabitkan 40 perkhidmatan pergi balik mengikut permintaan," katanya.

Maybankard 2 Cards. 2 is all you need. Find out more.

Katanya lebih 40 feri sedang mengadakan perkhidmatan mengikut laluan Kuala Perlis, Kuala Kedah dan Pulau Pinang ke Langkawi.

Tinjauan Bernama di pusat membeli-belah, kedai, gerai dan restoran turut mendapai lokasi terbabit dipenuhi pelancong.

Selain itu, kereta kabel, tempat tarikan seperti Under Water World, pantai Cenang turut menjadi tumpuan pelancong. - BERNAMA

Ketua ulama Umno Kelantan mahu debat hanya dengan Nik Aziz


KOTA BARU, 5 Feb — Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan Prof Mohd Noor Deris akan menghantar surat untuk mengadakan debat dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mohd Noor berkata beliau gembira dengan reaksi positif Nik Aziz (gambar) yang mahu mengadakan dialog dengan mana-mana pihak dan ianya merupakan peluang kepadanya untuk menghuraikan pandangannya kepada Menteri Besar Kelantan itu.

“Saya akan hantar surat dalam beberapa hari lagi untuk mengadakan debat dengan Nik Aziz. Saya mahukan debat itu diadakan hanya antara saya dan dia saja tiada pihak lain di tempat awam. Kini Cabaran saya sudah disahut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Nik Aziz semalam bahawa beliau bersetuju untuk bersemuka serta berdialog dengan semua pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan jika tidak berpuas hati terhadap kenyataannya dalam usaha menjernihkan isu berbangkit yang dianggap kontroversi.

Isu berkenaan berbangkit apabila Nik Aziz mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang baru-baru ini, dengan mengatakan mereka yang tidak menyokong PAS ialah jahiliah.

Berikutan tindakan Nik Aziz itu, Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Nik Aziz itu yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini. — Bernama

Harta Presiden Mesir AS$70 bilion?


SEBUAH rumah Presiden Hosni Mubarak berhampiran Terusan Suez di Mesir.

KAHERAH - Lebih kaya daripada pengasas bersama Microsoft, bilionair Bill Gates, malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya.

Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.

Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari Amerika Syarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah Forbes.

Anggaran kekayaan Hosni juga hampir setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Guatemala, negara rantau Amerika Tengah yang bersempadan dengan Mexico.

Mengulas mengenai perkara tersebut, beberapa pakar kewangan Asia Barat berkata, sebahagian besar kekayaan Hosni, 82, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.

Sebahagian lagi kata mereka, telah dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta kawasan peranginan pesisir Laut Merah termasuk hotel-hotel di Sharm El Sheikh.


KEDIAMAN mewah enam tingkat berharga AS$13.6 juta (RM41.6 juta) milik anak Hosni, Gamal Mubarak di barat London.


Rangkaian berita ABC menyatakan, kebanyakan harta Hosni diperoleh menerusi kontrak usaha sama ketenteraan, yang bermula semasa beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai Tentera Udara Mesir.

Semasa beliau memerintah Mesir, Hosni terus memperoleh pendapatan besar dipercayai melalui amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat di samping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan juta dolar.

Namun, kebanyakan harta itu didepositkan ke dalam beberapa akaun bank asing termasuk bank UBS dan Bank of Scotland atau dilabur dalam dalam sektor pembinaan seperti hotel.

Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, Al Khabar pada tahun lalu, Hosni memiliki hartanah di Manhattan, New York dan di Beverly Hills, Los Angeles, AS.


ANAK kedua Hosni, Gamal Mubarak dan isterinya, Khadija El-Gamal.


Dua anak lelaki presiden berkenaan, Gamal dan Alaa, bertaraf bilionair dengan anggaran kekayaan kedua-duanya melebihi AS$25 juta (RM76 bilion).

Gamal turut memiliki dua kapal pesiaran mewah berharga sekitar AS$81 juta (RM248 juta).

Seorang profesor sains politik Universiti Princeton, AS, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan Hosni adalah munasabah kerana rata-rata pemimpin rantau Teluk memiliki kekayaan mencecah AS$40 (RM122 bilion) atau lebih besar.

"Usaha sama perniagaan semasa beliau (Hosni) berkhidmat dalam tentera dan pentadbiran negara melonjakkan kekayaan peribadinya," kata profesor berkenaan.

Seorang lagi pakar politik Asia Barat, Christopher Davidson dari Universiti Durham, Britain, memberitahu, Hosni dan isterinya, Suzanne mengumpul harta menerusi usaha sama dengan para pelabur dan firma asing sejak beliau memegang jawatan tinggi dalam tentera Mesir.

Menurutnya, kebanyakan negara Teluk mewajibkan warga tempatan memiliki sehingga 51 peratus kepentingan dalam sesuatu projek usaha sama. - Agensi

Jangan tunggu sampai rakyat marah dan memberontak !!!

APABILA rakyat sudah mula marah akibat kesempitan hidup dan sudah bosan dengan pemerintahan kuku besi, maka banyak perkara buruk akan berlaku. Itulah yang terjadi di Tunisia, apabila rakyat bangkit memberontak sehingga membawa kepada tumbangnya kerajaan Presiden Zine El Abidine Ben Ali, yang terpaksa membawa diri ke Arab Saudi untuk mendapatkan perlindungan.

Insiden di Tunisia itu membawa implikasi besar kepada dunia Arab apabila ia kemudian mempengaruhi penduduk negara-negara Arab di Afrika utara dan rantau Asia Barat untuk bangkit memberontak menuntut perubahan pucuk pimpinan.

Apakah insiden di Tunisia akan membawa Order Baru di dunia Arab yang sudah lama dahagakan perubahan dan membawa kebaikan kepada penduduknya, sekali gus akan mengubah imej dunia Islam?

Ketakutan pemimpin-pemimpin Arab terhadap insiden di Tunisia yang membawa kejatuhan Presiden Ben Ali, 74, yang terkenal dengan pemerintahan kuku besinya selama 23 tahun akan mempengaruhi negara mereka, akhirnya benar-benar berlaku apabila insiden serupa berjangkit ke Algeria dan seterusnya ke beberapa negara Arab lain termasuk di Mesir, Yemen, Jordan dan Syria.

Namun, insiden pemberontakan di Mesir merupakan yang paling sengit dan ganas sehingga lebih 300 orang telah terkorban setakat ini sejak tunjuk perasaan antikerajaan bermula di negara itu pada 25 Januari lalu bagi menuntut Presiden Hosni Mubarak, 82, meletak jawatan, manakala hampir 4,000 lagi cedera.

Apa yang aneh dalam tunjuk perasaan di Tunisia, Algeria, Yemen, Jordan, Syria dan Mesir ialah pemberontakan rakyat bukanlah kerana faktor politik ataupun kudeta tentera tetapi ia didorong oleh faktor ekonomi semata-mata.

Ia berpunca apabila rakyat mula menjadi marah akibat 'kebuluran' dan terpaksa menjalani kehidupan yang sukar selama berdekad-dekad di bawah pemerintahan kerajaan kuku besi, ketiadaan pekerjaan dan tidak ada pembangunan serta peluang-peluang ekonomi yang adil.

Keadaan ini semakin memuncak sejak kebelakangan ini berikutan kenaikan harga barangan yang melonjak, harga minyak yang melambung kesan kemelesetan ekonomi global dan inflasi yang semakin tinggi.

Pada masa yang sama, perasaan tidak puas hati yang membelenggu rakyat jelata selama berdekad-dekad akibat penindasan kerajaan, gejala rasuah yang berleluasa, penyelewengan di kalangan ahli politik dan pegawai atasan kerajaan meningkatkan lagi kemarahan rakyat terhadap pemimpin sehingga mendorong mereka untuk bangkit memberontak.

Apa yang menarik tentang krisis politik di Tunisia ialah manifestasi yang ditunjukkan oleh penduduk di negara itu merupakan gambaran manifestasi yang sedang berlaku di hampir seluruh dunia Arab termasuk di Afrika utara dan rantau Asia Barat.

Seperti rejim Presiden Ben Ali, yang merupakan sebuah kerajaan autoritarian dan disifatkan tidak demokratik oleh kumpulan hak asasi antarabangsa termasuk Amnesty International, Freedom House dan Protection International, begitulah juga keadaan di kebanyakan negara Arab yang lain.

Kebanyakan negara Arab di utara Afrika dan rantau Asia Barat sama ada diperintah oleh kerajaan beraja dan presiden yang mengamalkan pemerintahan autoritarian serta mengamalkan rasuah.

Mengikut Indeks Demokrasi dalam laporan Economist 2010, Tunisia diklasifikasikan sebagai rejim autoritarian di tangga ke-144 daripada 167 negara yang dikaji. Pada 2008, daripada segi kebebasan media pula, Tunisia menduduki tangga ke-143 daripada 173 negara yang dikaji.

Ben Ali dan anggota keluarganya turut dituduh terlibat dalam rasuah, malahan semasa melarikan diri ke Dubai, isterinya, Leila Ben Ali dan keluarga dilaporkan membawa lari 1.5 tan emas dari Bank Pusat.

Selain itu, kebanyakan pemimpin-pemimpin Arab telah berada di 'takhta' pemerintahan begitu lama sehingga beberapa dekad. Misalnya, Mubarak telah memerintah Mesir selama 30 tahun, begitu juga dengan Presiden Ali Abdullah Saleh yang telah memerintah Yemen selama tiga dekad.

Maka tidak hairanlah jika pemberontakan boleh meletus di negara-negara Arab lain termasuk di Arab Saudi dan Maghribi yang mengamalkan pemerintahan beraja selama berkurun-kurun lamanya.

Penduduk Arab juga sudah lama dahagakan pembangunan, demokrasi terbuka dan kebebasan bersuara.

Sikap sesetengah pemimpin Arab yang condong kepada Amerika Syarikat (AS) seperti Mesir, Arab Saudi dan Jordan serta negara-negara yang pro-Israel seperti Mesir dan Jordan turut menyumbang kepada meningkatnya sentimen kebencian rakyat terhadap pemimpin mereka.

Apa yang berlaku di Mesir sekarang adalah manifestasi kebencian rakyat sudah sampai ke kemuncaknya.

Seluruh dunia kini mengikuti perkembangan di Mesir dengan penuh minat dan prihatin dengan nasib penunjuk perasaan yang mempertaruhkan keselamatan mereka demi membawa perubahan yang sekian lama dinantikan.

nukilan Oleh MUSTAFA KAMAL BASRI

Al- Qaradhawi: Peserta Demonstrasi Yang Terbunuh Mati Syahid!

Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menyifatkan Presiden Mesir, Husni Mubarak sebagai ‘mula menyembelih rakyatnya sendiri’ selepas tercetusnya pertempuran berdarah antara penyokong presiden Mesir itu dan para peserta demonstrasi pada Rabu, 2 Februari 2011 di Medan Tahrir.

Beliau menyifatkan sedemikian kerana pertempuran itu berlaku selepas 9 hari majoriti rakyat Mesir berdemonstrasi menuntut pengunduran Husni Mubarak daripada kerajaan.

Mubarak, menurut al-Qaradhawi lagi “telah mula menyembelih tanahairnya sendiri dan bertindak seperti tindakan Firaun serta menjadikan sebahagian rakyat Mesir berkuasa ke atas sebahagian yang lain”.

Syaikh al-Qaradhawi turut berdoa supaya Allah membebaskan rakyat Mesir daripada penderitaan mereka dan membebaskan mereka daripada ‘para taghut’.

Ketegasan dan kelantangan al-Qaradhawi

Ketegasan dan kelantangan Syaikh al-Qaradhawi berhubung situasi semasa di Mesir begitu terserlah apabila beliau, melalui stesen satelit al-Jazeera pada 2 Februari 2011, menegaskan adalah menjadi kemestian ke atas setiap rakyat Mesir menyertai ‘Perarakan Jutaan Umat’ yang akan diadakan pada jumaat depan. (telah berlalu -GB)

Perhimpunan tersebut yang diadakan bagi menguatkan tekanan ke atas Presiden Husni Mubarak, disifatkan oleh para peserta demonstrasi sebagai ‘Jumaat Pemutus’ yang merupakan kesinambungan kepada perarakan pada Jumaat lepas yang dinamakan sebagai‘Jumaat Kemarahan’.

Lebih daripada itu, Al-Qaradhawi yang tinggal dalam buangan di Qatar itu, menganggap bahawa “turun ke jalan raya khususnya hari Jumaat, untuk menyertai bantahan merupakan kewajipan syarak ke atas setiap yang mampu pergi ke tempat-tempat perhimpunan dan tidak ada keuzuran yang menghalangnya”.

Sehubungan itu, beliau menggesa para ulama al-Azhar dan lepasan universiti itu agar memimpin dan menyertai perarakan membantah kezaliman regim Husni Mubarak di seluruh Mesir.

Dalam ucapan yang ditujukan kepada Husni Mubarak, al-Qaradhawi memberi amaran kepada Presiden Mesir itu bahawa “kami akan menghadapi kamu dengan doa diwaktu sahur dan dengan setiap orang yang kusut rambutnya dan berdebu tubuh badannya yang jika dia berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan memperkenankan doanya”.

Beliau merujuk kepada hadis Nabi s.a.w yang memperihalkan kewujudan sebilangan manusia yang sangat mustajab doanya, meskipun mereka pada zahirnya kusut masai rambutnya dan berdebu tubuh badannya.

Sebagi ingatan kepada Mubarak, al-Qaradhawi menegaskan bahawa “doa orang yang dizalimi akan diangkat oleh Allah melepasi awan dan akan dibukakan untuknya pintu-pintu langit sambil Dia berkata, “demi keagungan dan ketinggianKu, Aku akan menolongmu walau pun selepas beberapa ketika”.

Peserta demonstrasi yang terbunuh mati syahid

Di akhir ucapannya, al-Qaradhawi memperlihatkan sikap dan pandangannya berhubung rakyat Mesir yang menyertai demonstrasi membantah regim Mubarak dan kedudukan mereka yang terbunuh dalam demonstrasi tersebut pada pandangan syarak.

Dalam ucapan yang ditujukan kepada para pemuda yang menggerakkan demonstrasi di Mesir, al-Qaradhawi menyatakan, “saya mengucapkan syabas kepada para pemuda yang menyertai siri-siri demonstrasi di atas keberanian, kecekalan, kemahuan dan sikap tidak berganjak mereka daripada lokasi-lokasi demonstrasi. Saya katakan kepada mereka, samada kamu menjadi orang-orang yang mulia dan bahagia, atau kamu mati sebagai para syuhada’”.

Terdahulu, dalam perutusan khas, al-Qaradhawi di atas nama Kesatuan Ulama Islam Sedunia, memfatwakan bahawa rakyat Mesir yang terbunuh dalam tunjuk perasaan di Mesir sebagai mati syahid.

Asas kepada fatwa ini ialah hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, “sebaik-baik orang-orang yang mati syahid ialah Hamzah r.a dan seorang lelaki yang pergi kepada pemimpin yang zalim, lantas menyuruhnya melakukan makruf dan menegahnya dari kemungkaran, lantas dia dibunuh”.

Perutusan ini disiarkan oleh laman rasmi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, iumsonline.net.

Difahami daripada fatwa ini, rakyat Mesir yang berdemonstrasi membantah regim Mubarak, pada hakikatnya sama seperti seorang yang tampil membantah pemimpin yang zalim yang mengakibatkannya dibunuh, seperti yang disebutkan dalam hadis yang dinyatakan.

Sumber : onislam.net & iumsonline.net

Ulasan GB

Fatwa Dr. Yusof Al-Qaradawi di atas menutup terus pintu-pintu penghinaan dan cemuhan UMNO dan juak-juak mereka terhadap demonstrasi ke atas pemimpin yang zalim.

Ulamak2 UMNO? Apa kata tuan-tuan semua?

Dan ingat, Dr Yusof Al-Qaradawi adalah Tokoh Ma'al Hijrah Malaysia 2009 yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia sendiri.

ADUN Umno Pulau Betong: HERO baru Penang ????

Risalah 'hina Melayu': Lim mahu ADUN minta maaf
Feb 5, 11 12:36pm


Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menuntut ADUN Pulau Betong Muhammad Farid Saad agar memohon maaf atas tuduhan bahawa kerajaan negeri itu bertanggungjawab ke atas satu risalah yang didakwa "menghina orang Melayu."

Lim berkata, ADUN berkenaan perlu menarik balik kenyataan berkenaan yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada hari Khamis lalu.

"ADUN Umno Pulau Betong didesak menarik balik dan meminta maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri (Pulau Pinang) atas fitnah jahat ini. Sekiranya beliau gagal pada minggu depan maka tindakan tegas akan diambil," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim menjelaskan, risalah 'My Balik Pulau' itu sebenarnya dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan dan bukannya oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Sekiranya betul 'My Balik Pulau' lupa sejarah dan hina Melayu, maka yang lupa sejarah dan hina Melayu tidak lain tidak bukan adalah Umno dan kerajaan persekutuan sendiri," kata Lim lagi.

Lim berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar harian tersebut pada Khamis lalu yang menyebut risalah berkenaan "mengandungi fakta sejarah tidak tepat" dan "disifatkan sebagai berbahaya kerana boleh mengundang perbalahan kaum."

Muhammad Farid dipetik dalam laporan tersebut sebagai berkata, "meskipun tidak diketahui niat sebenar risalah tersebut diedarkan, dipercayai ia merupakan cubaan pihak tertentu untuk mengaburi rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti orang Melayu itu."

ADUN berkenaan turut mendakwa, risalah berkenaan "seolah-olah mahu menggambarkan bahawa Balik Pulau bukan dibuka oleh orang Melayu."

Dalam laporan sama, Muhammad Farid turut mendakwa, bahan dalam risalah berkenaan turut "menghina orang Melayu."

Sehubungan itu, Lim Guan Eng berkata, Muhammad Farid bertindak "meludah ke langit" dengan mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai satu "pembohongan dan fitnah" itu.

"ADUN Umno ini telah menggembar-gemburkan risalah 'My Balik Pulau' dengan sentimen perkauman di Utusan Malaysia yang membuat laporan besar bertajuk 'Lupa sejarah, hina Melayu'.

"ADUN Umno ini telah membuat tuduhan melulu dan dakwaan palsu bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang bertanggungjawab atas isi kandungan (risalah ini).

"Sebenarnya ADUN UMNO ini meludah ke langit kerana yang mengeluarkan risalah 'My Balik Pulau' bukanlah kerajaan negeri PR Pulau Pinang tetapi adalah dari Umno dan kerajaan persekutuan.

Lim turut mendakwa, risalah berkenaan turut mencatatkan nama penyumbangnya iaitu kementerian pelancongan serta pemimpin Umno Balik Pulau "termasuk pusat sumber Muhammad Farid sendiri."

"Akan tetapi semua jentera media massa Umno dan blog sertaUtusan Malaysia terus menyebarkan fitnah terhadap kerajaan negeri (Pulau Pinang) kerana terus pinggirkan orang Melayu," katanya lagi.

Kroni Sapa la yang beruntung dapat Durian Runtuh nie

PM umum RM20 juta untuk Masjid Kg Baru
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi membiayai pengubahsuaian Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur.

Najib berkata peruntukan tersebut akan disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad.

Katanya, pembiayaan ke atas masjid itu adalah langkah pertama ke arah pembangunan kawasan yang didiami majoriti penduduk Melayuitu.

Jelasnya, kawasan Kampung Baru akan dibangunkan dengan menukar status hartanah berkenaan kepada kawasan komersil bagi meningkatkan nilainya.

Tambahnya, penukaran status tanah di kawasan itu kepada status komersil akan diteliti oleh Perbadanan Kemajuan Kampung Baru yang akan dibentuk.

Katanya, badan berkenaan merupakan satu badan kerajaan dan wakil penduduk kampung itu akan dilantik ke lembaganya bagi memastikan ketelusan dan kepentingan penduduk kampung itu dijaga.

Tegasnya, tidak ada pihak ketiga yang akan dibenarkan mendapatkan keuntungan daripada aktiviti pembangunan di kawasan itu.

Katanya lagi, penduduk di kawasan itu tidak perlu berpindah apabila pembangunan dijalankan kelak.

Langkah berkenaan ditetapkan bagi semua pembangunan yang akan dijalankan di kawasan itu.

[Baca berita penuh]

jahil ka jahiliah ka jahil ka jahiliah... ?

Mohd Noor Mahu Debat Hanya Dengan Nik Aziz

KOTA BAHARU: Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan Prof Mohd Noor Deris akan menghantar surat untuk mengadakan debat dengan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mohd Noor berkata beliau gembira dengan reaksi positif Nik Aziz yang mahu mengadakan dialog dengan mana-mana pihak dan ianya merupakan peluang kepadanya untuk menghuraikan pandangannya kepada Menteri Besar Kelantan itu.

"Saya akan hantar surat dalam beberapa hari lagi untuk mengadakan debat dengan Nik Aziz. Saya mahukan debat itu diadakan hanya antara saya dan dia saja tiada pihak lain di tempat awam. Kini Cabaran saya sudah disahut," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Nik Aziz semalam bahawa beliau bersetuju untuk bersemuka serta berdialog dengan semua pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan jika tidak berpuas hati terhadap kenyataannya dalam usaha menjernihkan isu berbangkit yang dianggap kontroversi.

Isu berkenaan berbangkit apabila Nik Aziz mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang baru-baru ini, dengan mengatakan mereka yang tidak menyokong PAS ialah jahiliah.

Berikutan tindakan Nik Aziz itu, Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Nik Aziz itu yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.-BERNAMA

SPRM ,Jangan SIASAT mamat NIE : DIA IKHLAS!!!!

KUALA LUMPUR, Feb 5 — Newly-appointed Sabah PKR chief Pajudin Nordin resigned from the party today and announced his intention to join Umno.

The unpopular Tuaran division vice-chief made the announcement in Kota Kinabalu with Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

Since his appointment on January 10, Pajudin has been facing fierce opposition ... Read More

Najib oi Najib awat jadi lagu nie?

Najib mungkir janji Veteran Tentera, ada pihak Sabotaj PM?


Oleh: amkns

"Najib menjanjikan macam-macam kepada veteran tentera dan guru KAFA. Guru KAFA dijanjikan kenaikan elaun RM200 atau RM300 bermula Januari 2011, tapi masih belum dapat. Veteran tentera dijanjikan pelbagai manafaat, tapi janji tinggal janji. Adakah Najib hanya pandai berjanji tapi tak pandai tunaikan, atau ada pihak sengaja nak sabotaj Najib?

MANA KADAR BARU KHAIRAT KEMATIAN
Utusan Malaysia 5 Feb 2011

SAYA ingin merujuk pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berucap sempena perhimpunan raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Stadium Bukit Jalil pada 10 Oktober 2010.

Beliau mengumumkan dua khabar gembira kepada kami veteran tentera iaitu sumbangan khairat kematian sebanyak RM3,000 berbanding RM500 sebelumnya dan bayaran sagu hati kepada anggota yang cacat anggota badan dalam operasi sebelum 1994 akan segera diselesaikan dalam masa terdekat.

Setakat ini, saya difahamkan cawangan Jabatan Hal Ehwal Veteran di negeri-negeri belum menerima sebarang arahan pembayaran terutama berkaitan sumbangan khairat kematian yang dikatakan berkuat kuasa serta-merta.

Adalah diharapkan Perdana Menteri memastikan perkara ini dapat disegerakan kerana kebanyakan kami sudah berusia lebih 60 tahun. Takut ada di antara kami sudah tiada lagi.

VETERAN HILANG UPAYA
Ipoh, Perak
utusan.com.my


Kisah sebelum ini BEKAS TENTERA JUMPA NAJIB BELUM DAPAT ELAUN di
amkns.blogspot.com

KISAH GURU KAFA BELUM DAPAT KENAIKAN ELAUN DIJANJIKAN KERAJAAN BN DI
amkns.blogspot.com
Utusan Malaysia 25 Okt 2010

SAYA adalah antara ribuan bekas tentera yang telah hadir ke perhimpunan raksasa yang diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 10 Oktober lalu. Untuk mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas saya serta beberapa rakan telah menaiki LRT dari Stesen Sentul.

Sambutan yang diberikan oleh bekas-bekas tentera amat menggalakkan. Tapi saya serta rakan- rakan amat kecewa kerana hanya bekas-bekas tentera yang menaiki bas yang disediakan oleh pihak PBTM sahaja yang mendapat ganjaran wang tunai.

Sumber: utusan.com.my

PM umum insentif baru untuk bekas tentera
10/10/2010 5:04pm

BUKIT JALIL 10 Okt - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sumbangan khairat kematian kepada bekas tentera melalui Yayasan Veteran dinaikkan daripada RM500 kepada RM3,000.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan akan segera menyelesaikan tuntutan ex-gratia anggota tentera yang cacat anggota sebelum 1994.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Perhimpunan Raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Stadium Putra Bukit Jalil di sini hari ini. - Utusan


Bekas tentera bakal terima dua insentif

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan dua insentif yang akan menggembirakan kira-kira 300,000 bekas anggota tentera yang selama ini sanggup mengorbankan nyawa demi memastikan keamanan negara.

Dua perkara itu ialah sumbangan khairat kematian sebanyak RM3,000 daripada RM500 sebelum ini yang akan berkuat kuasa serta-merta.

Selain itu, bayaran ex-gratia kepada anggota yang cacat anggota badan kerana terlibat dalam pertempuran sebelum 1994 akan segera diselesaikan dalam masa terdekat.

"Pasukan keselamatan sama ada yang masih dan berhenti berkhidmat kepada negara merupakan kumpulan masyarakat yang amat penting. Kerajaan memang menjaga kebajikan kumpulan ini mengikut kemampuan kewangan kita.

"Semasa menjadi Menteri Pertahanan pada 2001, saya telah menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia dan sejak itu sebanyak RM197 juta dibelanjakan bagi membantu kebajikan bekas tentera.

"Namun usaha ini perlu disemak mengikut kemampuan kewangan negara, tentu sekali jika kita mampu bantuan akan ditambah, sebab itulah hari ini saya umumkan dua insentif besar ini," katanya

Najib mengumumkan demikian semasa berucap sempena Perhimpunan Raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Stadium Putra Bukit Jalil di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis yang julung kali diadakan itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PBTM, Datuk Muhammad Abd. Ghani serta hampir 20,000 bekas anggota dan pegawai tentera dari seluruh negara.

Sementara itu, Ahmad Zahid ketika ditemui selepas majlis itu memberitahu bahawa terdapat kira-kira 2,000 anggota tentera yang cacat anggota kerana terlibat dalam pertempuran bermula pada zaman darurat hingga 1994.

Katanya, kumpulan yang akan mendapat ex-gratia ini, senarai nama mereka akan dikemas kini oleh PBTM, JHEV dan Kementerian Pertahanan, pembiayaan sepanjang hayat mereka akan dibuat setelah Perdana Menteri menelitinya kerana ia melibatkan jumlah yang besar.

Mengenai khairat kematian pula, Ahmad Zahid berkata, ia akan dilaksanakan tanpa perlu menunggu Akta Veteran diluluskan dan JHEV telah diarahkan untuk membuat penelitian jumlah sebenar yang terlibat.

"Komitmen Perdana Menteri itu merupakan penghargaan beliau dan kerajaan terhadap bekas anggota tentera, beliau amat memahami kesukaran yang terpaksa ditanggung apabila berlakunya kematian.

"Berdasarkan kepada keadaan semasa, RM500 itu tidak mencukupi dan kenaikan ini memang sesuatu yang diharapkan oleh veteran tentera dan keluarga mereka. Harap ia dapat melega dan meringankan sedikit beban mereka," katanya.

Sumber: utusan.com.my "

Tok AI : mana hang pi?

Apa nak diucap melainkan 'Padan Muka!' kepada para pengundi khususnya peneroka jahiliyah Felda yang telah memangkah parti Tok Ai. Selesai PRK, banjir pun surut tapi ADUN yang baru dipangkah telah dihanyutkan banjir entah ke mana. Tinggallah segala sampah-sarap, kerosakan di sana-sini.

Musibah yang diturunkan Allah tidak mengira siapa. Kita bersimpati kepada mereka-mereka yang sanggup keluar meranduk dan meredah banjir untuk mengundi Cikgu Mala, walaupun beliau tidak menang.

Amerika pon suka Al -Jazeera

Warga Amerika Pun Ramai Yang Tonton Al-Jazeera

Nama stesyen television Aljazerra kembali disebut-sebut seiring dengan krisis politik di Mesir. Bahkan masyarakat di Amerika Syarikat lebih memilih Aljazeera sebagai stesyen television dunia untuk mengetahui perkembangan terkini dari bumi Mesir itu.

Pengarah Urusan stesyen television yang beribu-pejabat di Qatar itu, Al Anstey, menyatakan pihak White House (Rumah Putih) banyak yang menonton Aljazeera edisi bahasa Inggeris.


Artikel Penuh




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...