TERKINI :

Saturday, February 5, 2011

Alahai petugas di Wisma Putera ada pulak boleh tanya 'Encik datang dari UMNO Bahagian mana?'

Encik datang dari Umno bahagian mana?
Khaulah Azwar

SELAYANG, 5 Feb: Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) merasa kecewa kerana selain pelajar sakit dan bekeluarga, pelajar pro parti politik tertentu didakwa didahulukan dalam misi menyelamat bagi memindahkan pelajar dari Mesir ke Jeddah.

Timbalan ketuanya, Ahmad Zaidy Abdul Mutalib berkata, pihaknya mendapat maklumat dari pelajar Malaysia masih lagi berada di Mesir, bahawa terdapat pelajar lain dikemudiankan.

Menurutnya, hal ini mengecewakan kerana bantuan dihantar atas nama Malaysia dan hasil wang rakyat, tidak wajar dipolitikkan apatah lagi dalam keadaan getir sekarang.

“Pihak kami menggesa supaya kerajaan menafikan hal ini dengan dibuktikan dalam bentuk tindakan, bukan omongan janji kosong semata. Maklumat menyatakan pelajar perlu menampung sendiri kos tambang balik ke Malaysia dari Jeddah atau pulang semula ke Mesir sekiranya keadaan pulih, juga menyebabkan ramai pelajar di Mesir tidak mahu berganjak dari kediaman mereka di Mesir.

“Ini disebabkan keadaan ekonomi pelajar dan keluarga mereka yang tidak mengizinkan menyebabkan proses memindahkan pelajar Mesir ke Jeddah menjadi bertambah sukar,” katanya dalam kenyataan kepada Media.

Menurut Ahmad Zaidy, untuk itu DPPNS mendesak supaya kerajaan mengeluarkan belanja bagi menampung kos penghantaran balik pelajar ini ke Malaysia. Katanya, ini berikutan jika dibandingkan kos sewaktu menyambut Hari Wilayah baru-baru ini begitu juta dengan perayaan-perayaan lain dilaporkan menelan jutaan ringgit, kos membawa pulang pelajar dikatakan hanya kurang daripada itu.

“Kami juga mendapat maklumat ada ibu bapa pelajar datang ke Bilik Gerakan Bantuan Kemanusian Mesir membuat aduan mereka ditanya oleh petugas di Wisma Putera, 'Encik datang dari UMNO Bahagian mana?'.

“Hal ini cukup mengguris hati ibu bapa yang kesedihan dan mengharapkan bantuan dan maklumat mengenai nasib anak mereka di Mesir. Sepatutnya soalan sebegini sama sekali tidak wajar saat-saat sebegini,” katanya.

Menurutnya lagi, sebahagian pelajar Mesir membuat aduan juga didakwa diugut diambil tindakan sehingga menamatkan bantuan pembelajaran, sekiranya mereka datang berkumpul bersama ibu bapa di Wisma Putera pada Rabu (2 Feb 2011) lepas bagi mendesak kerajaan supaya tindakan segera diambil bagi membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Mesir.

Tegas Ahmad Zaidy, DPPNS berharap agar pihak berwajib mendahulukan kebajikan pelajar tanpa mengira fahaman politik dan menyarankan semua orang Islam di negara ini berdoa supaya semua selamat dan kemelut di Mesir akan berakhir dengan kesudahan baik.

“Kepada ibu bapa ingin membuat semakan dan mengetahui perkembangan lanjut berkaitan pelajar di Mesir khususnya berasal dari Selangor, boleh berhubung di Bilik Operasi Bantuan Mahasiswa Mesir Selangor, Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Shah Alam. “Talian 24 jam turut dibuka iaitu di 03-55143520/ 3534/ 3538/ 3539/ 3576,” katanya.

Menteri digesa tarik balik hina pelajar agama

KOTA BHARU, 5 Feb: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin disifatkan menghina pelajar agama di Mesir apabila berkata pihak kementerian menghadapi kesulitan menghubungi pelajar bidang agama di Mesir disebabkan tidak berdaftar dengan kementerian.

Kenyataan itu yang disiarkan dalam Akbar semalam bertajuk “Tiada Pilih Kasih Bawa Pulang Pelajar Dari Mesir” yang boleh disifatkan sebagai tidak benar dan berniat memburuk-burukkan pelajar pengajian bidang agama di Mesir.

Demikian kata Setiausaha Alumni Kesatuan Pelajar Kelantan Mesir (KPKM), Ustaz Md. Asri Mat Daud dalam satu Kenyataan mereka hari ini.

Menurut beliau, Kenyataan Khalid adalah tidak benar sama sekali kerana semua pelajar yang melamjutkan pelajaran di Mesir mestilah melalui Kementerian Pengajian Tinggi dan mereka tidak boleh belajar sekiranya dokumen mereka tidak diuruskan oleh pihak kementerian dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK).

Tambahan pula, semua nama pelajar-pelajar yang berada di Mesir adalah di bawah pengetahuan persatuan pelajar di setiap negeri dan pihak mereka telah menghantar nama-nama tersebut kepada JPMK.
Pelajar Malaysia pula mestilah memiliki kad pelajar daripada pihak JPMK setiap kali ingin berurusan dengan Jabatan Penuntut.

Oleh itu, tidak timbul isu mereka yang tidak berdaftar tetapi apa yang pasti kesulitan yang dihadapi adalah kegagalan pihak kementerian dan Jabatan Penuntut Malaysia di Mesir melaksanakan tugas dengan baik dan mengabaikan urusan kebajikan pelajar sehinggalah keadaan menjadi kelam kabut apabila situasi getir seperti sekarang berlaku.

Pihak Alumni KPKM mendesak agar menteri berkenaan tidak sewenang-wenang melemparkan tuduhan dan emnadikan perara tersebut sebagai alasan yang boleh mengesahkan lagi diskriminasi terhadap pelajar agama yang telah lama wujud.

Sementara itu, Gerakan membantu pelajar Mesir (GETIR) Alumni KPKM terus memberikan bantuan kepada pelajar di Mesir.

“Terkini, pengerusi GETIR Ustaz Zulkifli Yusuf telah berlepas dari lapangan terbang Kota Bharu menuju ke Mesir dengan kapal terbang Singapore Airlines untuk menyampaikan sumbangan ibu bapa kepada pelajar di sana khususnya yang berasal daripada Kelantan.

“Sebelum ini kerajaan negeri Kelantan telah menghantar bantuan kewangan sejumlah RM 120,000 melalui wakilnya ustaz Zulkifli Yaacob yang telah bertolak beberapa hari yang lepas,” katanya .

Mesir: Anwar Kecewa Kerajaan Tidak Dengar Rintihan Rakyat

PULAU PINANG, 5 FEB: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan seharusnya mendengar atau bertanya sendiri dengan pelajar dan rakyat Malaysia di sana bagi mengetahui keadaan sebenar, bukan sekadar mendengar kenyataan rasmi yang dikeluarkan kerajaan Mesir.

Menurutnya Anwar, keadaan terkawal di sana sepertimana yang disuarakan kerajaan Mesir nyata tidak sama dengan luahan pelajar di internet yang mahukan mereka segera diselamatkan.

Anwar berkata, kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) seolah-olah menutup mata apabila hanya mendengar suara rasmi daripada Mesir padahal keadaan sudah tidak terkawal dan ramai orang bangkit memberontak.

"Sebelum itu kementerian mengatakan semua keadaan terkawal. Ini satu masalah di mana pemerintah atau kerajaan itu dia hanya dengar suara rasmi daripada Mesir. Keadaan terkawal, jutaan orang bangkit berontak dan kenyataan rasmi keadaan terkawal. Rakyat mengeluh, pelajar dan rakyat Malaysia kurang makan dan kurang diambil perhatian lambat diambil tindakan. Malaysia diantara negara yang lambat mengambi tindakan," katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, rata-rata keluarga pelajar yang ditemui di Kuala Lumpur kelmarin melahirkan rasa kebimbangan mereka terhadap nasib anak-anak dan ahli keluarga yang berada di Mesir.

"Saya ketemu juga keluarga semalam di Kuala Lumpur dan tadi di sini yang melahirkan kebimbangan terhadap kedudukan anak-anak mereka kerana sekatan, kurang makanan dan tiada maklumat," tambahnya.

Begitupun, Anwar menerima baik langkah-langkah segera memindahkan segera rakyat Malaysia keluar dari Mesir sebagai jaminan keselamatan mereka.

"Walaubagaimanapun saya terima baik langkah-langkah segera untuk memindahkan mereka,"jelasnya.

Beliau bercakap demikian kepada pemberita pada satu sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama pemimpin PKR Negeri, di Yayasan Aman, Pulau Pinang, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman.
-tvsnews-

UMNO sekarang ibarat perjuangan taik kucing jee

Hikmah di sebalik kekalahan di Dun Tenang

Oleh Suhaimi Mokhtar

Tenang, di Labis, Johor berkocak dan bergolak dengan gelora politik selama lebih seminggu apabila pilihanraya kecil DUN itu berlangsung. Kini ia kembali tenang dan keputusan pilihanraya kecil itu telah memihak kepada Umno-BN yang dapat mengekalkan kubu kuat gabungan parti itu.

Percubaan PAS untuk mengganti Umno-BN diDun itu dengan meletakkan calon muslimat yang masih muda, Cikgu Normala Sudirman gagal membuahkan hasil, tetapi kegagalan pertama Cikgu Mala ini bukan bererti segala-galanya telah berakhir.

Dalam usia yang masih muda Cikgu Mala mempunyai masa depan politik yang cerah dan masih panjang. Pilihanraya kecil yang baru berlalu merupakan satu permulaan yang baik untuk perjuanganseterusnya dengan mengarap pengalaman yang ditempuhi untuk mengatur langkah, strategi yang lebih mantap dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.

Kemenangan Umno-BN dalam pilihanraya kecil tidak membawa erti bahawa Umno-BN boleh merasa lega dan selesa dalam pilihanraya umum nanti kerana dalam pilihanraya umum suasana, iklim dan persekitaran politik jauh berbeza berbanding dalam pilihanraya kecil.

Umno-BN sepatutnya mendapat undi lebih besar dari yang didapatinya dengan tektik kotor kempen pilihanraya yang diselenggara mereka. Umno-BN melakukan kempen dengan merasuah rakyat dan pengundi dengan projek-projek segera berjumlah ratusan juta ringgit yang ditumpukan kepada kawasan itu untuk meraih undi. Tiap-tiap kaum dikawasan Dun itu dirasuah dengan diberi projek segera bagi menafikan sokongan pengundi kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

PAS tidak berkemampuan untuk berbuat demikian, lebih-lebih lagi sebagai sebuah parti yang bersandarkan kepada perjuangan Islam, etika dan akhlak Islam melarang perbuatan merasuah pengundi dengan projek-projek segera untuk membeli undi.

PAS kalah dikubu kuat Umno-BN tetapi pada masa yang sama PAS telah membuatkan kehadirannya dirasakan di Dun Tenang khususnya dan di Negeri Johor umumnya. Sepanjang negara ini mengenali sistem demokrasi melalui pilihanraya, PAS tidak pernah diterima baik di negeri Johor, bahkan tiap kali pilihanraya ramai calon-calon PAS kehilangan wang pertaruhan dalam pilihanraya.

Bagaimanapun, segala-galanya bertukar dalam dua penggal pilihanraya lalu. Dalam pilihanraya 2004 PAS dapat menghantar wakilnya di Dun Johor apabila calonnya memenangi satu kerusi tanpa bertanding kerana kesilapan teknik calon Umno-BN dalam pilihanraya itu. Dalam pilihanraya 2008, PAS buat pertama kalinya memenangi dua kerusi di Dun Negeri Johor.

Harapan PAS untuk menambah satu kerusi lagi dalam pilihanraya kecil melalui Cikgu Mala kecundang tetapi ia membawa hikmah bahawa PAS perlu berkerja lebih kuat dan gigih bersama komponen Pakatan Rakyat untuk menebus kekalahannya di Dun Tenang dalam pilihanraya umum akan datang.

Umno-BN mungkin merasa selesa dan puas kerana bukan sahaja mengalahkan PAS dan Pakatan Rakyat tetapi meraih undi majoriti lebih besar. PAS pula, walaupun kalah dan tidak dapat mengurangkan majoriti Umno-BN, tetapi masih kekal dan utuh dengan undi yang diperolehinya dalam pilihanraya umum lalu. Ertinya PAS tidak kehilangan pengaruh di Dun Tenang dan di Johor umumnya.

Dalam pilihanraya umum nanti PAS mampu merampas kembali Dun Tenang. Hakikat ini sering berlaku, apabila berlaku pilihanraya kecil disesuatu kawasan, Umno-BN memenangi pilihanraya kecil tetapi dalam pilihanraya umum kemenangan boleh bertukar tangan.

Hakikat yang terpancar dari pilihanraya kecil mencerminkan bahawa PAS telah memberikan saingan terhadap Umno-BN di Johor, sama seperti saingan yang diberikan PAS terhadap Umno-BN dinegeri-negeri lain. Kisah calon PAS kehilangan wang pertaruhan di Johor kini menjadi sejarah. Era baru PAS diJohor ialah memberi saingan di negeri tempat Umno lahir.

Impak dari pilihanraya kecil itu ialah keberkesanan dakwah PAS di Johor dikesempatan pilihanraya kecil itu, apabila tazkirah Tok Guru Nik Aziz mendapat sambutan luarbiasa dinegeri kubu kuat Umno itu. Ceramah-ceramah politik PAS dalam pilihanraya kecil itu oleh pimpinan PAS dari presidennya hinggalah kebarisan pimpinan PAS yang lain telah meninggalkan kesan untuk digembelingkan seterusnya sehingga pilihanya ke-13 diadakan.

Momentum yang digerakkan perlu diteruskan kerana PAS berpotensi melakari sejarahnya yang tersendiri di Johor yang diungkapkan sebagai ‘negeri Umno’. Bukanlah sesuatu yang mustahil Johor menjadi ‘negeri PAS-Pakatan’ selepas pilihanraya ke-13 nanti. Kalau dulu calon-calon PAS sentiasa kehilangan wang pertaruhan dalam pilihanraya tetapi dalam dua pilihanraya umum yang lalu fenomena itu telah tidak lagi berlaku. Ertinya ia bukanlah sesutu yang mustahil PAS akan membuat kebangkitannya di Johor, paling kurang menambah kehadirannya di Dun Johor.

Sebenarnya banyak yang positif berlaku dalam pilihanraya kecil Dun Tenang apabila PAS meletakkan Cikgu Mala. Ia memberi persepsi bahawa PAS mendapat dokongan kalangan muda yang terpelajar, mempunyai minda terbuka dan sentiasa berlapang dada berbanding dengan calon Umno-BN yang dipilih bukan dari kalangan pimpinan Umno tempatan kawasan itu.

Walaupun Umno-BN memenangi pilihanraya itu, tetapi dendam kesumat menyelubungi kemenangan calon Umno itu kerana pimpinan Umno negeri yang diketuai Menteri Besar, Abdul Ghani Othman membelakangi bahagian dan cawangan Umno dalam pemilihan calon itu. Keadaan ini akan menyebabkan pergolakan dalam Umno setempat akan tercetus sehinggalah menjelang pilihanraya ke-13 nanti. Siapakah calon Umno-BN di Tenang dalam pilihanraya umum akan datang? Mungkin calon yang sama yang telah memenangi pilihanraya kecil, tetapi ia tentu tidak disenangi banyak pihak dikalangan pimpinan bahagian yang merasakan mereka juga layak.

Kemenangan Umno-BN diTenang memang dijangkakan seperti juga dalam pilihanraya kecil Dun Galas di Kelantan sebelumnya. Ia kerana kawasan-kawasan itu kubu Umno-BN dan dengan menguasai seluruh media dengan saluran TV-nya, maka kemenangan itu tidak bolehlah dibanggakan sangat.

Kemenangan Umno-BN di beberapa pilihanraya kecil tidak bererti PAS tidak mampu mengganti Umno. PAS mampu dan berupaya menggantikan Umno dan slogan keramat ‘PAS ganti Umno’ memerlukan penghayatan yang lebih segar dari seluruh pendokong PAS dari pimpinan tertingginya sehinggalah kepada pendokong dan aktivis parti diperingkat akar umbi.

Di kawasan-kawasan PAS dan Pakatan, kemenangan berpihak kepada PAS dan Pakatan dalam pilihanraya kecil dan keputusan pilihanraya kecil dikubu Umno-BN langsung tidak memperlihatkan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat kehilangan pengaruhnya. Pengaruh PAS dan Pakatan terus kukuh dan kental.

Kekalahan di Dun Tenang hendaklah diterima dengan berlapang dada kerana ia adalah suatu hikmah mengajak PAS dan Pakatan bermuhasabah diri dan melangkah dengan lebih berani dengan menyusun tektik, stratiji yang lebih bersepadu untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya ke-13 nanti.

Pilihanraya dinegara ini sentiasa berlangsung dalam padang yang tidak samarata. Antaranya wujudnya elemen undi pos;SPR yang tidak bebas sepenuhnya;pembawaan peti-peti undi dari tempat mengundi ke tempat pengiraan tidak dikawalselia dengan baik apalagi dalam pilihnraya kecil Dun Tenang berlaku banjir kilat;pertukaran tempat pengundian dan lain-lain ;semuanya tidak memperlihatkan ia pilihanraya yang adil dan saksama.

PAS dan Pakatan Rakyat perlu mendesak SPR membenarkan pemerhati antarabangsa membuat pemerhatian dalam pilihanraya ke-13 nanti bagi menentukan satu pilihanraya yang demokratik dan adil dengan meminimakan elemen-elemen yang boleh membawa kepada penyelewengan dalam pilihanraya.

Eishh Biaq Betoi parti Kat Mesir dan Kat Mesia ada pertalian adik beradik..??

Propaganda UMNO dan Mubarak Sama Sahaja
Dalam percubaan terakhir beliau mahu mempertahan kuasa, Mubarak memberi jaminan mahu mengembalikan kestabilan kepada negara Mesir.

MAsaalahnya, sebelum ini, kestabilan yang dikecapi oleh rakyat Mesir adalah melalui penyiksaaan tahanan, korupsi, nepotisma, kronisma, kebuluran dan sebagainya.

Saya teringat sewaktu kita mengadakan Himpunan Bersih sebelum 2008. UMNO dengan otomatik menubuh kita cuba mencetuskan huru-hara dan keadaan tidak stabil.

Padahal, protes BERSIH itu dilakukan kerana pihak SPR bersikap TIDAK ADIL dan BERAT SEBELAH. SPR telah menjadi parti komponen Barisan Nasional yang ketigabelas.

Baik Mubarak mahupun UMNO, mereka menjual idea kestabilan kerana mereka mahu rakyat negara masing-masing menerima segala yang dilakukan oleh mereka tanpa soal. Bila kita protes dan marah, mereka tuduh kita mahu mencetuskan huru hara.

Namun, apabila kita ikut mereka, kita terus menerus dirompak dan ditipu oleh mereka. Harga barang makin naik, pendapatan kita tidak berubah, pemikiran kita terus dikongkong.

Itu yang di Malaysia, rakyat Malaysia terpaksa bayar tol semata-mata mahu menyelamatkan Bangunan PWTC dari dilelong oleh Bank Bumiputra.

Sebagai penutup, sedarlah. Apabila UMNO atau MUbarak menyebut perkataan "kestabilan", mereka hanya mahu kita mengikut telunjuk mereka tanpa soal supaya mereka boleh terus merampok kekayaan negara untuk kroni-kroni mereka sahaja.

Tulang Besi

SUARAM: Masa untuk penubuhan IPCMC

SUARAM sekali lagi berasa kecewa terhadap satu lagi kes keganasan polis yang lebih kurang sama seperti kes Chia Buang Hing (gambar kanan bawah) yang berlaku pada 18 Desember tahun lepas.

Kami mengutuk dan memandang serius terhadap tindakan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan keganasan, mengancam dan disyaki merampas wang bernilai RM 20,000 milik mangsa Chow Soo Meng (36 tahun) hanya kerana disyaki memiliki dadah.

Kejadian ini berlaku pada 31 Januari yang lalu semasa mangsa sedang bekerja di kedai telefon bimbitnya pada pukul kira-kira jam 5 hingga 6 petang di Sungai Buloh. (Laporan Malaysiakini, 2 Februari 2011).

Chow sebagai seorang wanita yang mengandung lapan bulan mendakwa bahawa dia telah ditampar dan dirompak serta ditangkap dengan gari selepas 10 orang lelaki polis berpakaian preman memecah masuk ke dalam kedainya. Antara harta benda yang dirampas dan masih belum dipulangkan termasuk rokok, minuman keras, minuman tin, oren mandarin dan sim card telefon bimbit.

Dalam insiden ini, kelihatan jelas pengawai polis yang terlibat melakukan penyalahgunaan kuasa apabila pengawai yang melakukan operasi hanya memakai pakaian preman dan bertindak keras terhadap seorang wanita yang sedang mengandung. Melalui insiden ini, jelas menunjukkan pihak polis langsung tidak pernah berinisiatif untuk menangani isu penyalahgunaan kuasa dalam anggotanya sendiri malah menjatuhkan maruahnya yang kononnya bersifat profesional dan bermesra rakyat.

SUARAM menuntut Kerajaan dan Ketua Polis Negara memberi penjelasan terhadap isu penyalahgunaan kuasa yang kian hari berlaku pada masa kini. Selain itu, Ketua Polis Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed perlu meletak jawatan sekiranya terbukti kes keganasan polis semakin meningkat di Bandaraya Petaling Jaya dengan tanpa sebarang langkah untuk menangani isu tesebut.

Memandang isu penyalahgunaan kuasa polis semakin serius, SUARAM akan meneruskan kempen kesedaran kepada masyarakat mengenai penubuhan Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Polis pada tahun 2005. SUARAM mengutuk tindakan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP) yang hanya sebagai bahan kosmetik yang tidak dapat menyakinkan rakyat untuk menjalankan reformasi terhadap badan penguatkuasa. Kami berpendapat penubuhan IPCMC masih diperlukan walaupun kerajaan ingin wujudkan SIAP kerana IPCMC lebih bersifat adil dan spesifik berbanding dengan SIAP.

Isu kepolisian akan menjadi penentuan undian rakyat terhadap pilihanraya umum yang akan datang sekiranya kerajaan pemerintahan Barisan Nasional gagal menunai tuntutan rakyat dan kurang inisiatif menangani isu tersebut dengan segera. SUARAM menuntut supaya kepolisian negara menjadi bebas daripada kongkongan kerajaan pemerintahan dan polis perlu taat setia serta berkhidmat untuk rakyat jelata.

*Kenyataan media oleh Yap Heng Lung selaku penyelaras SUARAM pada 4 Februari 2011.

Menjawab ISU BIADAD berdemontrasi di CNY oleh Pemuda Gerakan...


GAMBAR RAKYAT MESIR DAN ARAB YANG
BIADAP MENGIKUT CHINA GERAKAN


DARI YEMEN WARGA BIADAP



nota:
dua puluh ribu rakuay yamen
telah biadap turuin ke jalan raya
di waktu cuti tahun bari china

rakyat yemen ini cukup biadap
kerana tidak ddudk dirumah
waktu tahun baru china


GAMBAR- GAMBAR RAKYAT MESIR YANG BIADAP


BIADAP BERDEMO MASA TAHUN BARU CHINA

BIADAP BERDEMO MASA TAHUN BARU CHINA

BIADAP BERDEMO MASA TAHUN BARU CHINA

BIADAP BERDEMO MASA TAHUN BARU CHINA
http://tukartiub.blogspot.com

Alahai "sahabat" dulu kecoh bab Salam Laki Pompuan Kini Kecoh Pulak bab Beri Salam...!!

Tiada masalah bukan Islam beri salam

KUALA TERENGGANU – Ketua Penerangan Pas Terengganu, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menganggap tindakan Naib Presiden PKR, Tian Chua mengucapkan salam, adalah sebagai menghormati orang Islam.

Menurutnya, orang Islam seharusnya berbangga dengan perkembangan itu yang memperlihatkan orang bukan Islam sudah mula mendekati agama suci itu.

“Kita harap dia dekati Islam dan kita berdukacita dengan mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan itu, sedangkan sepatutnya kita berbangga.

“Ini adalah hasil kesedaran dia dan rasa dekat dengan Islam. Kita harap suatu masa nanti dia akan bersama-sama dengan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu ucapan ‘Assalamualaikum’ oleh Tian Chua ketika berceramah di Taman Gunung Emas di Labis 22 Januari lalu sebagaimana yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

Nik Zawawi berkata, tidak menjadi sebarang masalah kepada orang bukan Islam untuk memberi salam kerana ia dianggap tidak bercanggah dengan prinsip Islam selagi tidak mempermainkan agama.

“Lainlah kalau dia kata ‘Assamualaikum’ kerana ‘Assa’ itu bermaksud celaka. Apa yang disebut Tian Chua tiada masalah,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai tanggapan sesetengah pihak yang beranggapan ucapan tersebut sebagai mainan, beliau menganggap kenyataan sedemikian tidak berasas.

Beliau berkata, masyarakat Islam seharusnya mempelajari berhubung pengucapan salam sama ada ia diucap secara mengejek ataupun sebagai menghormati orang Islam.

“Bagaimanapun, tidak menjadi satu kewajipan kepada orang Islam untuk menjawab salam sekiranya orang bukan Islam yang memberinya tetapi hukumnya harus dan sebaik-baiknya kita jawab,” katanya.

Nik Aziz sahut cabaran ulama UMNO


KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyahut cabaran Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Profesor Mohd Noor Deris untuk berdebat berhubung dakwaan beliau membuat kenyataan yang merosakkan akidah selain memecahbelahkan umat Islam.

Nik Aziz berkata, debat adalah cara terbaik bagi menyelesaikan kekusutan sekali gus memberi kefahaman kepada umat Islam.

“Saya setuju kerana apabila berlaku kekusutan, kita diminta berdebat dengan cara baik bagi mencari jalan penyelesaian.

“Boleh (berdebat), tidak menjadi masalah asalkan kita menjadikan al-Quran sebagai ‘orang tengah’,” katanya selepas mengimami solat hajat pada Program Solat Hajat Selamatkan Siswa dan Rakyat Mesir Bersama Tok Guru di Medan Ilmu di sini, semalam.

Menurutnya, setiap perkara yang berlaku perlu dirujuk kepada Allah SWT yang menurunkan al-Quran serta mengirimkan Nabi Muhammad SAW.

Dalam satu kenyataan disiarkan media kelmarin, Mohd Noor yang juga bekas ahli Pas menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja Melayu supaya mengkaji beberapa kenyataan Nik Aziz yang dilihat bercanggah dengan syarak selain menjejaskan kestabilan politik dan keselamatan negara.

Antara lain, Menteri Besar Kelantan itu didakwa pernah mengeluarkan kenyataan sesiapa yang mengundi Pas masuk syurga dan tidak mengundi Pas disifatkan sebagai jahiliah ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor baru-baru ini.

Bagi Mohd Noor, kenyataan itu tidak boleh dibiarkan kerana ia akan menyebabkan ramai orang mati kerana murtad atau keluar dari Islam.

Sehubungan itu, beliau mencabar Nik Aziz untuk berdebat secara terbuka mengenai perkara itu.

Menurutnya, Nik Aziz kerap kali melakukan fitnah antaranya dengan mengatakan Malaysia bukan negara Islam, UMNO tidak mahu Islam dan imam UMNO tidak sah diikuti.

Demo - Polis Mesir Tak Seganas Polis Malaysia

Penangkapan tujuh lelaki dalam himpunan besar-besaran membantah campur tangan Amerika Syarikat ke atas pentadbiran Mesir disifatkan tindakkan melampau polis ke atas perhimpunan rakyat oleh Peguam Hak Asasi Manusia, Fadiah Nadwa Fikri.

Fadiah berkata, selain menangkap tujuh orang berkenaan selepas perhimpunan, polis juga dilaporkan bertindak memukul dan meludah ke arah peserta perhimpunan ini.

"Tindakkan polis ini memang salah disisi undang-undang, kerana peserta-peserta perhimpunan telah pun bersurai pada ketika itu, Polis kemudian datang dan membelasah beberapa orang, kita dapat maklumat ada beberapa saksi melihat ada polis yang membelasah dan meludah ke arah mereka yang bersurai ini, di tangkap dan ada yang dipukul sebelum di muatkan ke dalam trak.


"Di mana polis memang bertindak diluar kawalan, tidak langsung mengikut undang-undang dan tidak memastikan hak-hak mereka yang berhimpun ini dijaga," katanya.

Tambahnya lagi, perhimpunan tersebut berlangsung aman dan peserta perhimpunan bersurai setelah berjaya menyerahkan memorandum tersebut.

Namun pihaknya kecewa dan tidak faham kenapa polis bertindak ganas sedangkan kesemua peserta sedang bersurai.

"Semua sedang bersurai dan saya sendiri ada dalam perhimpunan tadi, dan semasa saya bersurai itu, tiba-tiba polis datang dan membelasah peserta-peserta perhimpunan, kita pun tidak faham kenapa pihak polis perlu bertindak macam itu," katanya.

Kira-kira 5,000 orang yang diketuai oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor bagi menyerahkan memorandum di Kedutaan Amerika Syarikat, membantah campur tangan kerajaan itu terhadap pentadbiran Mesir.

Memorandum itu untuk mendesak Amerika Syarikat di bawah pimpinan Barack Obama menggunakan kuasa 'memaksa' Hosni Mubarak supaya melepaskan jawatannya segera.

Setelah berjaya menyerahkan memorandum tersebut, peserta perhimpunan kemudiannya mengambil keputusan bersurai.

Mengulas situasi yang berlaku, Fadiah berkata beliau juga nyaris ditangkap polis ketika dalam cubaan berjumpa Ketua Polis bertugas bagi mendapatkan butiran anak guamnya yang ditahan.

"Ketika saya pergi ke trak polis bersama dengan ahli keluarga mangsa yang ditangkap untuk berjumpa OCPD bagi mendapatkan butiran anak guam saya, di hadapan FRU itu juga dia menjerit supaya saya sendiri ditangkap, walaupun saya sebagai peguam," katanya.

Laporan Asal oleh Karat E-jau

Saran Dr M bantu gerakan Islam

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan kebijaksanaannya membantu gerakan Islam.

“Saya akui Mahathir seorang yang bijak dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam.

"Nasihat saya kepada Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir kepada beliau ekoran keengganannya turut menyerang Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, yang meminta umat Islam mengurangkan keIslaman mereka.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau sedar terdapat pihak mahukan beliau memberi kenyataan yang sama untuk mengutuk tindakan Kuan Yew sebagaimana yang dilakukan pemimpin UMNO.

“Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan Kuan Yew,” katanya, sambil mempertahankan kenyataannya sebelum ini walaupun mendapat kr:itikan pelbagai pihak.

Nik Aziz mendakwa, sejarah membuktikan UMNO menzalimi orang Melayu seperti mana tindakan pada 1961, iaitu dengan menculik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas dari Terengganu sehingga kerajaan digulingkan.

“Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat Pas dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpin Allahyarham Datuk Asri Muda, tetapi usaha mereka gagal.

“Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikit pun perbincangan dengan Menteri Besar,” katanya.

Mengapa majoriti pelajar dari Mesir menyokong PAS?

Dalam artikel sebelum ini, ramai di kalangan blogger pro kerajaan yang mempersoalkan sokongan politik pelajar-pelajar Malaysia di Mesir di dalam usaha kerajaan membawa pulang mereka dari negara bergolak itu. Kebanyakkan blogger pro kerajaan dilihat mempolitikkan nyawa pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir rujuk link ini [Krisis Mesir]

Persoalan tentang mengapakah majoriti pelajar-pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Mesir meyokong Parti Islam se-Malaysia, PAS bukan sesuatu yang sukar untuk dijawab. Jawapannya adalah serupa dengan persoalan mengapakah majoriti golongan ahli agama seperti ustaz-ustaz, ustazah-ustazah dan cikgu-cikgu Agama lebih cenderung menyokong PAS.

Gambar di atas Sebahagian pelajar Malaysia kumpulan pertama seramai 356
yang dibawa dari Mesir dengan pesawat MAS dan AirAsia tiba
di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah hari ini

Negara Mesir sangat sinonim sebagai tempat pengajian Agama Islam, di mana terdapat Universiti (Al-Azhar) tertua, terkenal, dan diiktiraf oleh semua negara Islam di dunia yang menyediakan pengajian Agama Islam untuk pelajar-pelajar dari seluruh dunia. Majoriti pelajar Malaysia ke sana untuk mendalami Islam.

Sebut sahaja belajar di Mesir, kita akan tergambar seorang ustaz yang alim berkopiah dan warak. Golongan ini faham agama, faham Islam. Para pelajar Malaysia di Mesir menghabiskan masa bertahun-tahun untuk menjadi bijak, mendalami ilmu agama Islam.

Begitu juga golongan ahli Agama yang sering dilihat di kaca televisyen yang sangat dihormati oleh rakyat Malaysia sebelum ini seperti Dato Dr Harun Din, Dr Hassan Ali, dan Ustaz Ismail Kamus, mereka ini juga telah bersama-sama mengikuti perjuangan Parti Islam se-Malaysia, PAS.

Mengapakah majoriti ilmuan Islam yang bijak dan pakar tentang ilmu agama di atas menyokong PAS? Jawapannya mudah, kerana mereka faham Islam, tahu hukum hakam agama dan sayangkan Islam, ingin melihat kegemilangan tamadun Islam suatu masa dulu dikembalikan di muka bumi Malaysia dan seluruh dunia.

Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional mendakwa mereka pejuang Islam yang sebenar, mereka lebih Islam berbanding PAS ternyata syok sendiri. Golongan ahli agama dan ilmuan yang pakar terhadap Islam nampaknya berbondong-bondong meninggalkan mereka dan memilih untuk bersama PAS.

source: http://milosuam.blogspot.com

Isu kesukaran penduduk Siam beli rumah dirujuk pada MB

Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR – Masalah yang dihadapi oleh hampir 50 penduduk berketurunan Siam di sekitar enam kawasan perkampungan di Daerah Padang Terap akan dibawa kepada Menteri Besar.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, YB. S. Manikumar, perbincangan mengenai masalah itu akan diputuskan oleh Menteri Besar melalui Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Menurutnya, Rang Undang-Undang yang termaktub di bawah Kerajaan Negeri perlu mendapat ulasan jelas dari Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah.

“Pihak terbabit juga diminta bersabar dan kita perlu mengkaji perundangan itu secara teliti dan mereka boleh mengadakan perbincangan dengan saya,” ujarnya.

Beliau turut meminta Ketua Komuniti di kawasan terbabit termasuk Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen di situ untuk turut bersama dalam menyelesaikan masalah itu.

Hampir 50 penduduk berketurunan Siam di sekitar enam kawasan perkampungan di Daerah Padang Terap mendakwa hak mereka sebagai Bumiputera dinafikan Kerajaan Negeri kerana tidak dibenarkan membeli rumah dibina di atas Tanah Rizab Melayu (TRM).

Penduduk terbabit mendakwa, permohonan mereka untuk membeli rumah di Taman Sri Naka, kira-kira 45 kilometer dari sini yang dibangunkan atas TRM itu tidak diterima Pejabat Tanah dan Daerah Padang Terap sejak sebulan lalu.

Berikutan itu, penduduk di perkampungan Siam Naka, Cheng Deng, Lam Din, Tandop, Lubok Rambai dan Kampung Padang meminta Kerajaan Negeri mengkaji semula sekatan dikenakan ke atas mereka.

RAJA DI MALAYSIA: sapa ha?

Polis Malaysia melampau tahan penunjuk perasaan - peguam




[TVS] KUALA LUMPUR 4 FEB: Penangkapan tujuh lelaki dalam himpunan besar-besaran membantah campur tangan Amerika Syarikat ke atas pentadbiran Mesir disifatkan tindakan melampau polis ke atas perhimpunan rakyat oleh Peguam Hak Asasi Manusia, Fadiah Nadwa Fikri.


Fadiah berkata, selain menangkap tujuh orang berkenaan selepas perhimpunan, polis juga dilaporkan bertindak memukul dan meludah ke arah peserta perhimpunan ini.


"Tindakan polis ini memang salah disisi undang-undang, kerana peserta-peserta perhimpunan telah pun bersurai pada ketika itu, Polis kemudian datang dan membelasah beberapa orang, kita dapat maklumat ada beberapa saksi melihat ada polis yang membelasah dan meludah ke arah mereka yang bersurai ini, di tangkap dan ada yang dipukul sebelum di muatkan ke dalam trak.


"Di mana polis memang bertindak diluar kawalan, tidak langsung mengikut undang-undang dan tidak memastikan hak-hak mereka yang berhimpun ini dijaga," katanya.


Tambahnya lagi, perhimpunan tersebut berlangsung aman dan peserta perhimpunan bersurai setelah berjaya menyerahkan memorandum tersebut.


Namun pihaknya kecewa dan tidak faham kenapa polis bertindak ganas sedangkan kesemua peserta sedang bersurai.


"Semua sedang bersurai dan saya sendiri ada dalam perhimpunan tadi, dan semasa saya bersurai itu, tiba-tiba polis datang dan membelasah peserta-peserta perhimpunan, kita pun tidak faham kenapa pihak polis perlu bertindak macam itu," katanya.


Kira-kira 5,000 orang yang diketuai oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor bagi menyerahkan memorandum di Kedutaan Amerika Syarikat, membantah campur tangan kerajaan itu terhadap pentadbiran Mesir.


Memorandum itu untuk mendesak Amerika Syarikat di bawah pimpinan Barack Obama menggunakan kuasa 'memaksa' Hosni Mubarak supaya melepaskan jawatannya segera.


Setelah berjaya menyerahkan memorandum tersebut, peserta perhimpunan kemudiannya mengambil keputusan bersurai.


Mengulas situasi yang berlaku, Fadiah berkata beliau juga nyaris ditangkap polis ketika dalam cubaan berjumpa Ketua Polis bertugas bagi mendapatkan butiran anak guamnya yang ditahan.


"Ketika saya pergi ke trak polis bersama dengan ahli keluarga mangsa yang ditangkap untuk berjumpa OCPD bagi mendapatkan butiran anak guam saya, di hadapan FRU itu juga dia menjerit supaya saya sendiri ditangkap, walaupun saya sebagai peguam," katanya.


TERIMA KASIH POLIS MESIR OPS SILAP POLIS MALAYSIA

cukup aman..tanpa kehadiran POLISSSSSSSSS...


Aku dan la pi semayang Jumaat kat Masjid tabung Haji Jalan Tun Razak tengahari kemarin. Sampai sana kul 12.30, uisy.. awai sangat ka aku... jalan lengang gila. Polis bukan setakat bercupak bergantang lagi, malah berblack- black maria.Geng 2 SB (baca Siput Babi ) saja dok tengah berbaris 36 org. Ketua dia Sigh berserban jingga.. Fuih semangat Buku jingga PR jugak nie.. steady la Singh... ada 2 ekoq budak kanyaq dlm baris depa tu. baru passing out kot.

Yg lawaknya sorang SB tu pakai t-shirt Caltex. sure org tak perasan punya yg dia tu SB. ingat kot bangla stesen Caltex sebelah bgn PNB tu.. heeee. Hat polis GD nie berkepoi kepoi. PGA tak mai pulak. Hat pelik lagi sibelatuk kepala merah (FRU) tak nampak kelibat.. Cuma 2 biji water canon dok berselindung dekat USA embassy .

Kalau ginilah ghamainya polis, org awam hat nak semayang jumaat kat sini takat ujung kuku depa ja.. cuakk jugak aku..Jumaat masuk lambat hari nie 1:29 tghari. Lepas azan baru ghamai org mai. Yg tak sangka nya... pak2 arab pon ghamai. abih semayang kami lepak2 kat depan masjid TH tu. Dok tunggu group dari Masid KLCC mai. Sambil2 tu ada la 2,3 ustaz dok bakaq semangat

Cerita lain pasai demo berikutnya tu hangpa baca artikel org lain la. kalau aku nak taip pon nanti hangpa kata aku copy paste jugak....

yang aku nak ceritanya, lepas Doa dibaca oleh ustaz Taliban, kami pon diarah bersurai secara aman damai menuju ke masjid TH. tot-tot sampai ja sebelum jejambat dekat Singapore Embassy, org ghamai dok kena halang dgn si burung belatuk kepala merah (FRU) la tu. aku pon tak ketahwan punca tiba2 ja keadaan jadi cempegha. Polis tiba2 bersungguh dok balun org awam. sorang kakak tu (dlm lingkungan 50-an) kena spray ngan gas petih mata. Unit amal cuba tenteram keadaan. alih- alih sorang unit amai berambut paras bahu dari JOHOR (ghasanya) terk dibelasah. dia cuba gelepaq. kena penerajang pulak , terus jatus. masa jatuh tu la aku takleh nak cerita mcm mana beradabnya polis Raja Di Malaysia melayan brader unit amal nie. Tak kurang dari 10 polis , GD, FRU & SB bakat pijak sepak terajang dan balun dia bertubi- tubi. kami cuba bantu. sama ja kena henjak dgn barua2 kembaq siam Husni Mubarak yg ada di Malaysia nie.

Puas dok gentap bibiaq saja . nak pi buat mcm demontrator Mesir aku ghasa masa di sini belum sampai kot. Sakit hati gila. bro. kami dah dihambat sampai masjid TH dan bersiap nak balik dah pon diligan, dipukui, ditangkap dan disembuq ayaq pedih & gatai lagi.

Terpikiaq pulak aku, kalaulah Demo nie dianjur oleh UMNONgok ka Perkasam ka GELIman, ka atau pon puak2 yg belarak kepala lembu di selangoq ka atau puak yg dok hingut pagaq DUN P. Pinang ka, atau puak2 yg tak puas hati kerajaan kedah naik harga ayaq dulu ka.... Sure LaGI aman DAMAI Suasana perhimpunan ini. PAS dan PR kena belajaq banyak dari depa kot nooo....
Harakahdaily







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...