TERKINI :

Friday, February 4, 2011

80 % suara anak muda: Demontrasi "Black Friday" petang tadi didominasi anak-anak muda yang prihatin

oleh :Tarmizi Md Jam


gambar ada banyak lagi klik bawah

PAS cabar Najib kutuk Hosni Mubarak

1 Rabiul Awal 1432H.
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 4 Feb: PAS mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian terhadap Presiden Mesir Hosni Mubarak dan kerajaannya yang kini sedang berdepan penolakan rakyat di negara teluk itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, sehingga kini Najib dilihat mengambil sikap berkecuali biarpun keangkuhan Hosni Mubarak berundur telah membangkitkan penentangan rakyat negara itu sehingga negara lain termasuk Malaysia terpaksa bersusah membawa pulang rakyat masing-masing.

"Kita menuntut Najib menyatakan sikap yang jelas sama ada mahu mempertahankan Hosni Mubarak dan kerajaannya atau sebaliknya.

"Kita kecewa sehingga kini Najib tidak berani memberi tekanan kepada Hosni Mubarak," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Tambahnya, Perdana Menteri sepatutnya malu apabila Tokoh Ma'al Hijrah Malaysia 2009, Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi dengan begitu tegas menggesa Hosni Mubarak berundur dengan segera.

"Orang yang kita bagi anugerah pun boleh buat macam tu sedangkan dia tidak ada apa-apa kepentingan politik pun, malu la kita," ujarnya lagi.

Sebelum ini, al-Qaradawi yang juga Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, turut meminta Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau pergi secara paksaan.

Katanya, presiden Mesir itu perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali.

"Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir.

"Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak," katanya.

"Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki," tambahnya lagi.

Sehubungan itu, PAS dan seluruh rakyat negara ini ujar Mahfuz sedang menanti pendirian Najib dalam isu ini.

"Rakyat sedang menunggu Najib untuk mengutuk Mubarak yang enggan tunduk kepada tuntutan rakyat sendiri," katanya

Harakahdaily/-

Dalam rakyat dok bangkit lawan diktator ada lagi yang sanggup jadi balaci Mubarak..

oleh AnakKedah007
Inilah akibatnya jika terlalu mengejar duniawi tanpa mengira hukum hakam dan dosa pahala serta apa perjuangan rakyat... rasanya belambak kelaku macam nie dok ada kat negara kita.. dimana sanggup membuat kerja terkutuk tersebut sedangkan mereka tahu apa yang mereka lakukan itu rakyat tidak suka dan meluat serta perbuatan yang tidak betul dan salah.

jika di Mesir sana mereka sudah menerima balasan diatas kerja bodoh mereka lakukan selama ini tak mustahil kepada musang-musang yang berbulu ayam di negara kita... jadi pakat-pakat beringatlah dimana bumi dipijak dan dimana langit dijunjung...

lain kali nak buat kerja buat cara orang islam....

Peserta himpunan disembur, 8 ditangkap!!

KUALA LUMPUR, 4 Feb: Satu memorandum hari ini diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat melalui satu himpunan membantah campurtangan negara itu terhadap pemerintahan Mesir.

Penyerahan memorandum tersebut disertai wakil-wakil parti politik dari Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan NGO.

Mereka termasuk Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin, Presiden PSM Dr. Nasir Hashim dan Penyelaras PSM, S. Aruchelvan dan lain-lain.

Dianggarkan hampir 10 ribu menyertai himpunan kali ini selepas kali pertama himpunan sama dibuat Isnin lalu di hadapan Kedutaan Mesir bagi mengutuk kekejaman kerajaan negara itu dibawah Presidenya, Hosni Mubarak.






Beberapa wakil pemimpin yang hadir turut menyampaikan ucapan ringkas, dan kesemuanya antara lain turut mengingatkan kerajaan Malaysia agar mengambil iktibar dari apa yang ditunjukkan rakyat Tunisia dan Mesir.

Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh antaranya berkata himpunan hari ini adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan mana-mana kerajaan terhadap rakyatnya.

"Kita benci kepada mana-mana kerajaan yang melakukan kezaliman... Kita mahu kerajaan merealisasikan kehendak rakyat skiranya tak ingin jadi seperti kerajaan Tunisia dan Mesir,"katanya.

Mohamad Sabu pula dalam ucapannya turut memberi amaran bahawa rakyat Malaysia juga akan bangkit jika dizalimi sedemikian rupa.

Selain mereka, turut serta menyokong memorandum bantahan itu Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Citizens International, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).

Himpunan itu bagaimanapun dicemari dengan insiden tangkapan dan semburan watercanon oleh pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan FRU.

Beberapa petugas Unit Amal PAS dan orang ramai ditangkap di hadapan Masjid Tabung Haji ketika pihak polis cuba menyuraikan himpunan tersebut selepas selesai menyerahkan memorandum.

Terdahulu, lebih 7000 rakyat berarak dari Masjid As-Syakirin KLCC ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Himpunan memulakan diketuai Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor.

Biarpun pihak polis menghalang laluan menuju ke bangunan kedutaan tersebut, peserta himpunan bagaimanapun berjaya melepasinya.

Himpunan yang menggabungkan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini dinamakan Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir.

Mereka membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat iaitu menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.

Kesemua mereka berarak selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi di Masjid As-Syakirin KLCC.

Sekurang-kurangnya 50 NGO turut sama dalam himpunan tersebut.





















Lensa DPPWM: Demo Anti Husni Mubarak


Di hdapan kedutaan US




Padan muka Mubarak!!


Akibat selama ini yakin bahawa diri dilindungi oleh Amerika, hari ini Parti Demokratik Nasional yang dipimpin oleh Hosni Mubarak rasa kecewa dan berkata, "Barat mengkhianati Mesir". Itulah yang dikata oleh wakil parti tersebut apabila ditanya tentang tindakan Barat mengutuk Mubarak dan berhasrat untuk memaksa beliau meletakkan jawatan dengan segera.

Ini adalah bukti bahawa selama ini, Barat yang di sanjung dan kini ketika Mubarak dikutuk oleh rakyat Mesir, dia dibiarkan sendiri. Ini lah yang dilalui oleh sebilangan pemimpin negara yang tidak mementingkan soal rakyat kerana rasa dirinya dilindungi oleh barat dan boleh membuat apa saja, sehingga menyiksa rakyat.

Dalam pada itu, Ayatollah Khamenei, Pemimpin Revolusi Islam Iran, mengutuk Mubarak dengan berkata, "Selama 30 tahun Mesir berada di tangan seseorang yang tidak berjuang untuk kebebasan tetapi musuh kepada mereka yang memperjuangkan kebebasan," Khamenei juga berkata," Dia bukan sahaja tidak anti-Zionist, tetapi dia bersekongkol dan menjadi barua Zionis."

Ini adalah pengajaran buat pemimpin dunia yang bersekongkol dengan Amerika dan Israel lalu menekan rakyat sendiri. Kerana terlalu percaya pada kuasa besar itu, Mubarak sekarang keseorangan. Padan muka ![wartamaya]

Al-Quran Sebagai Pembela Di Hari Akhirat

http://mthago.files.wordpress.com/2010/03/al-quran-yang-mulia.jpg

Abu Umamah r.a berkata : “Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Quran. Telah bersabda Rasulullah S.A.W : “ Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya.”

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, “ Kenalkah kamu kepadaku?” Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : “Siapakah kamu?” Maka berkata Al-Quran : “Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.” Kemudian berkata orang pernah membaca Al-Quran itu : “ Adakah kamu Al-Quran?” Lalu Al-Quran mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : “ Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?” Lalu dijawab : Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran.” [kedahlanie.info]

Kerajaan Selangor akan bantu Shuhaimi Shafie

Kerajaan Selangor kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Suhaimi Shafie semalam dan dijangka menghadapi pertuduhan mengikut Akta Hasutan pada Isnin ini.

Sekali lagi, senario yang kita bimbangkan telah berulang apabila pihak berkuasa berat sebelah dalam mengambil tindakan dan hanya cepat menyelesaikan siasatan jika ia membawa keuntungan kepada Barisan Nasional (BN) dan memburukkan imej wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Persoalan yang perlu dijawab oleh pihak berkuasa, mengapakah tindakan tegas dan cepat tidak diambil terhadap kes-kes yang melibatkan kepentingan ramai seperti kes kematian Teoh Beng Hock, Kugan dan adik Aminulrashid?

Kerajaan negeri memberi sokongan penuh kepada Suhaimi dan tidak percaya beliau mempunyai sebarang niat untuk memburukkan institusi Raja-raja Melayu.

Ini dapat dibuktikan apabila Shuhaimi dan semua ADUN Pakatan Rakyat yang lain, menyokong dalam sidang Dewan Negeri pada 24 Januari lalu untuk mengembalikan Perlembagaan Negeri kepada bentuk asalnya yang memberi kuasa kepada DYMM Sultan Selangor dan Menteri Besar untuk memilih tiga pegawai ex-officio kerajaan negeri.

Sebaliknya, kesemua ADUN UMNO/BN pula menolak pindaan ini yang sekali gus menghalang pengembalian kuasa pelantikan tiga ex-officio kepada DYMM Sultan.

Dalam hal ini, rakyat boleh menilai sendiri siapakah sebenarnya penderhaka yang tidak menghormati langsung institusi Raja-raja Melayu tetapi dengan lantang melabelkan orang lain sebagai penderhaka.

Rakyat juga dapat melihat berlakunya ketidakadilan pihak berkuasa apabila kes yang tidak mengancam keselamatan negara diberi keutamaan untuk diselesaikan sedangkan banyak lagi kes-kes jenayah yang meragut nyawa dan menjejaskan kualiti hidup rakyat gagal diselesaikan dengan kadar segera walaupun banyak aduan telah dibuat.

Dalam kes Shuhaimi (gambar kiri), Kerajaan negeri negeri tidak akan membiarkan beliau berseorangan dalam menghadapi tuduhan tidak berasas ini. Kerajaan Negeri akan membantu beliau dengan pembiayaai kos perundangan untuk Shuhaimi dan menyokong usaha beliau untuk menegakkan keadilan.

Apa yang berlaku hari ini menguatkan lagi iktizam dan komitmen Pakatan Rakyat untuk mengembalikan integriti institusi penguatkuasaan termasuk kehakiman, Pejabat Peguam Negara dan polis sekiranya diberi mandat untuk memerintah negara pada pilihan raya umum akan datang.

*Kenyataan media dari sekretariat akhbar pejabat Menteri Besar Selangor.

[Merdeka Review]

MAKLUMAN PROSES EVAKUASI RAKYAT KEDAH 1

Sukacita dimaklumkan, sejumlah 160 orang peserta Kedah untuk evakuasi rakyat Malaysia akan dipindahkan ke Jeddah, Arab Saudi seperti butiran berikut:

Hari dan tarikh : Jumaat, 4 Februari 2011

Waktu berkumpul : Jam 3.00 petang

Waktu berlepas : Jam 5.00 petang

Tempat berkumpul : Asrama Darul Aman 3, H7

Berat maksima bagasi : 7kg sahaja (termasuk laptop)

Pengangkutan ke Jeddah : Pesawat Charlie C-130 milik TUDM

Lokasi berlepas : Terminal 1, L. Terbang A’bangsa Kaherah

Disarankan untuk membawa bekalan makanan sendiri dan sentiasa dalam keadaan berwhuduk. Pastikan membawa pasport, dokumen penting dan barang-barang berharga.

Pengangkutan ke lapangan terbang disediakan oleh pihak penganjur.

Sila senarai nama di lampiran yang disertakan.

Sebarang permasalahan, sila hubungi En. Wan Tarmizi (010-1101004), Shazril Hanis (014-6568848) atau Mohd Fairuz (011-4665326).

senarai Nama sila klik link dibawah..

Jawapan anak muda kepada Tun Dr M

Anak Muda
http://3.bp.blogspot.com/_hCDRExJXDK0/SzMUdLpJVdI/AAAAAAAAAxU/42s1TfW1iRY/s400/che+det.jpg
Tun Dr M yang dihormati,

Kami adalah golongan muda yang membesar di bawah kepimpinan Tun. Dahulunya kami mengenali Tun sekadar sebagai Dr M. Bahkan pernah pada suatu ketika, Perdana Menteri pada kami, hanyalah Tun sahaja. Sewaktu kami membesar, mungkin Tun lah orang pertama yang memperkenalkan kepada kepada perkataan-perkataan seperti 'mega', 'wawasan', 'visi', 'yang pertama' dan sebagainya. Walaupun kita tidak pernah sampai ke Everest, namun semangat kita pernah bersama-sama menawan puncak dunia. Walaupun kita tidak pernah berlayar mengelilingi dunia, namun semangat kita pernah bersama-sama mengiringi Jalur Gemilang merentas lautan dan benua.

Dari segi umur, Tun boleh dianggap sebagai abang kepada Tok Guru Nik Aziz. Kami pula ialah cucu kepada Tun dan Tok Guru. Usia kita jauh berbeza, pengalaman kita juga tidak setara. Kami mungkin tidak sempat melalui zaman-zaman sejarah lalu yang ditempuh oleh Tun dan Tok Guru, dan seolah-olah tidak layak berhujah dengan Tun. Namun kami merasakan kami perlu bangkit menyatakan pendapat kami selaku golongan yang akan mewarisi kepimpinan negara daripada Tun dan Tok Guru pada suatu ketika nanti.

Tun seorang yang bijak, lalu Tun suruh rakyat membaca, dan kami pun membaca. Pepatah pun ada mengatakan, banyak membaca , luas pengetahuan. Dan syukur kepada Allah, kami tidak rugi daripada membaca dan mencari kefahaman.

Tulisan ini bukan untuk menyokong mana-mana pihak. Sebagai pihak ketiga, kami keliru pada mulanya apabila Tun mendakwa bahawa Tun menegakkan Islam, dan Tok Guru juga berdakwah memperjuangkan Islam. Namun mengapakah tidak ada titik pertemuan? Ada angin, ada pokoknya. Pastinya ada perbezaan yang nyata yang membezakan Tun dan Tok Guru, dan pasti salah seorang berkata benar kerana mesej Islam yang dibawa oleh Rasulullah hanyalah satu, dan kesemua Nabi dan Rasul termasuk Adam, Ibrahim, Musa dan Isa sebelum baginda membawa mesej Islam yang sama.

Seruan-seruan kepimpinan Tun nampak hebat, tapi kami mendapati ianya tidak lengkap. Kita sudah ada segala macam 'mega', namun sehingga ke hari ini, isu-isu utama seperti perpaduan nasional, rasuah, pemerintahan yang tidak adil dan tidak bersih, kemiskinan rakyat dan jenayah masih belum ada penyelesaiannya. Rumah siap, pahat berbunyi. Kami berpendapat pastinya ada 'missing piece of jigsaw puzzle'.

Rupa-rupanya kami mendapati kehebatan Tok Guru ialah pada politik beliau yang juga merupakan ibadah kepada Allah swt. Tiada pengasingan antara keduanya. Ucapan-ucapan pembangunan dan kesatuan kepada kami sebagai rakyat tidak pernah lari daripada peringatan persiapan akhirat. Tun mencanangkan 'Wawasan 2020', namun Tok Guru mendidik kami lebih daripada itu, iaitu 'Wawasan Akhirat'. Inilah wawasan yang jelas dan lengkap, yang memberikan kami kejayaan dunia dan akhirat. Hari esok belum pasti bagaimana bentuknya bagi kita, namun mati menjadi satu-satunya perkara yang pasti buat kita semua. Sebab itulah setelah memerintah, Tok Guru tidak semakin kaya, bahkan rakyat menjadi lebih kaya daripada beliau.

Tun ada membangkitkan persoalan pengharaman arak di dalam majlis rasmi kerajaan. Kami merasakan tidak perlu Tun selak satu persatu 'kejayaan' nasionalis zaman lalu, cukup sekadar jika Tun menjawab mengapa ada di kalangan pemimpin negara yang masih bergelumang dengan arak pada hari ini? Kami musykil mengapakah masih ada para teknokrat Melayu Muslim yang masih 'setia' dengan arak pada hari ini? Kami keliru mengapakah masih ada teknokrat Melayu Muslim yang tanpa segan silu mengetuai syarikat-syarikat dan perusahaan judi yang masyhur seantero Asia Tenggara? Kita tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja anak-anak Tun dan San Miguel, apa cerita? Katanya 'nilai-nilai Islam', 'negara Islam', 'Islam Hadhari', tapi kami musykil dan keliru kerana bunyinya serba tidak kena.

Jika Tun benar-benar ikhlas kepada seruan persaudaraan sesama Muslim, mengapakah setelah kami, rakyat, mengundi pemimpin secara sah di dalam pilihanraya, secara tiba-tiba dilantik dan 'ditauliahkan' JKKK Persekutuan di negeri-negeri yang tidak diperintah Barisan Nasional? Sewaktu berlakunya Tragedi Sauk pada 2001, mengapakah Tun gagal memimpin semua pihak untuk duduk semeja, berdiskusi bagi memperoleh cara terbaik menangani isu keselamatan nasional pada ketika itu? Sebaliknya beduk perbezaan terus dipalu dan pemimpin parti Islam dituduh bersubahat. Pada ketika Islam dituduh sebagai pengganas di Amerika dan seluruh dunia, Tun menambah api kemarahan masyarakat dunia kepada agama Islam kita. Adakah ini seruan yang wajar daripada pemimpin utama negara? Bahkan Barrack Obama yang usianya separuh daripada usia Tun komited mengajak Democrat dan Republican untuk sama-sama menghadapi cabaran nasional yang lebih besar, namun semangat jiwa besar ini gagal Tun jadikan contoh tauladan kepada pengganti Tun.

Antara 'tragedi' terbesar Tun sewaktu menjadi Perdana Menteri ialah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada 2002, yang akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun hadapan. Kami di luar negara meggunakan medium bahasa Inggeris, namun kami dukacita melihat nasib bahasa kita ini. Analoginya, bahasa Melayu kini ibarat peminta sedekah yang hidup melarat di kampung sendiri. Dato' Najib dan kerajaan hari ini kini acuh tidak acuh dengan mepertahankan keutuhan bahasa kita, kerana sibuk dengan politik dalaman dan mempertahankan kedudukan UMNO yang semakin rapuh. Buktinya jelas nyata daripada iklan-iklan di jalan raya, kaca televisyen, drama-drama tempatan dan sebagainya. Rakyat pula ditanam dengan pemikiran 'dengan bahasa kebangsaan, anda tidak mampu maju'. Bahasalah yang menjadi jiwa bangsa Malaysia. Barangkali Allahyarham Tan Sri Dol Ramli ingin menyuarakan pendapat yang sama, namun lidahnya kelu di hujung usia. Persoalan bahasa Melayu bukan tanda kami ini pro-Melayu atau anti mana-mana kaum, bahkan inilah tanda kami cintakan perpaduan dan mahukan keharmonian negara. Kami mahukan bahasa sepunya yang mampu menjadi menyatukan kami di dalam komunikasi dan percakapan seharian diperkukuh, namun jelas sekali bahasa Melayu semakin rapuh.

Ini berbeza dengan pendekatan Tok Guru yang benar-benar membawa Islam. Walaupun Kelantan bukanlah negeri yang paling kaya, namun negeri Kelantan telah diiktiraf oleh SPRM yang tahap rasuahnya amat kecil. Lain ceritanya dengan barisan kabinet Tun yang sehingga ke hari ini masih dibicarakan dengan tuduhan rasuah. Walaupun dilemparkan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah melalui media-media pro-Tun dan rakan-rakan, namun Tok Guru terus menjadi titik penyatuan masyarakat berbilang kaum di Kelantan dan seluruh negara. Serban Tok Guru beliau tidak menambah ketakutan kaum India, Melayu dan Cina, bahkan bertambah kasih dan yakin dengan pemerintahan yang bersih dan cekap yang ditunjukkan Tok Guru. Tun mengilhamkan slogan 'Bersih, Cekap, Amanah', namun Tok Guru lah yang berjaya merealisasikan slogan ini dalam bentuk praktikal di dalam kepimpinan beliau. Dulunya Tun pernah berkata Rasulullah menyimpan janggut kerana tiada pisau cukur pada zaman tersebut, namun hakikatnya janggut sejemput Tok Guru tidak menjadi penghalang kepada kepimpinan yang adil untuk semua kaum dan agama, dan kami dapat hidup dengan harmoni. Lantas selayaknya Tok Guru digelar Bapa Perpaduan sebenar pada abad ini, kerana kekuatan beliau bukan pada slogan, tapi beliau berjaya untuk 'walked the talk'.

Akhir kata, sebagai anak muda, kami berharapkan agar Tun menyahut seruan Tok Guru Nik Aziz agar menggunakan kebijaksanaan Tun untuk Islam. Apabila Islam ditegakkan, semua kaum dan agama boleh hidup harmoni dan bahagia tanpa sengketa, kerana Islam itu adil untuk semua. Anggaplah ini sebagai nasihat daripada si adik yang ikhlas mahukan kebaikan buat si abang, lantas kami cucu-cucu yang sedang membesar ini dapat menjadikannya sebagai suri tauladan dalam mewarisi pemerintahan negara yang kita cintai.

Kami sayang Tun dan Tok Guru. Semoga Allah memanjangkan usia Tun dan Tok Guru, untuk menyumbang kepada Islam.

Yang benar,

Anak Muda

Khidmat Radio Rakyat.net untuk warga malaysia di mesir dan asia barat

Pengumuman:

assalamualaikum,

Kepada rakyat atau pelajar malaysia yang berada di Mesir dan sekitar negara arab, kirimkan khabar anda/komuniti anda kepada yang tersayang di malaysia melalui Radio Rakyat.net - web: www.radiorakyat.net

anda boleh tinggalkan pesanan atau ucapan untuk siaran di radio rakyat

Anda boleh rakam suara anda dalam handphone/microfon komputer dan email kepada kami ke radiorakyat@gmail.com untuk kami siarkan secara berulang dalam siaran 24 radio rakyat.net yang boleh didengari di seluruh malaysia dan dunia.

wassalam

www.radiorakyat.net

Radio Internet Hak Milik Rakyat

Retro: Dah Teruk Negara Kita Ni Weh!

Artikel ini telah ditulis dan diterbitkan lebih setahun yang lalu namun dirasakan masih relevan untuk dibuat rujukan dan semakan semula. Angka-angka yang dinyatakan sudah pasti mengelembung dalam tempoh setahun yang lalu tanpa memberi banyak makna kepada Rakyat.
Ambil satu contoh, Bajet 2010 telah memperuntukkan RM100 juta kepada suami Najib, Rosmah (Rosmarkus) Mansor untuk anak patung PERMATAnya. Apa kesannya kepada Rakyat terbanyak? Dalam Bajet 2011, peruntukan untuk membiayai siPERMATA anak patung Rosmah dinaikkan ke RM111 juta. Setiap tahun Rosmah menerima 'duit poket' ratusan juta Ringgit untuk dibelanjakan.

Dengan sokongan dan undi sebahagian besar warga Felda, Rosmah tak akan bimbang akan kehilangan 'duit poket' untuk dibelanjakan pada setiap tahun. Jom kita baca semula apa yang telah ditulis oleh Dr. Nologareng kira-kira setahun yang lalu.

Dah teruk negara kita ni weh!
Kali ini kita ingin menumpukan tentang ekonomi secara pandangan orang kecil yang melayari kehidupan sehari-hari membanting tulang empat kerat. Kita tidak cuba membicarakan gaya hidup ‘jet set’ atau ranggi ala-ala pemimpin Umno dan golongan Korporat yang sekufu mereka.

Keperluan asas manusia bukanlah banyak sangat pun. Makan minum, tempat tinggal, kenderaan, kemudahan kesihatan, pelajaran, pekerjaan dan ruang hidup yang aman (bukan Umno). Rasanya itu sahaja. Yang lain itu cuma aksesori yang bukan keperluan pun. No hal lah kata orang kalau tak ada pun. Akan tetapi, perkara yang disebut terdahulu itu amat penting dan menimbulkan kekecohan, kacau ganggu sosial serta ketidakamanan jika tidak dapat dipenuhi. Lihat sahaja apa yang terjadi setelah berlaku tsunami di Asia dan gempa bumi di Haiti baru-baru ini.

Orang masih boleh hidup tanpa Mercedes Mata Belalang atau rumah banglo. Orang juga masih selesa jika tak dapat mengunjungi KFC atau Pizza Hut seminggu sekali. Rakyat masih selesa kalau mereka tidak dapat mengunjungi bioskop atau gedung-gedung pasaraya yang besar gedang. Akan tetapi rakyat akan melompat dan melenting kalau keperluan asas mereka tergugat atau keupayaan beli mereka tersagat! Hakikatnya, inilah yang sedang menimpa rakyat secara halus dan istiqamah.

Kuasa membeli kita semakin mengecil berbanding dengan perolehan pendapatan setiap bulan. Keadaan ini lebih parah di kawasan bandar dan pinggir bandar berbanding desa dan kampong. Orang kampong membuat dua tiga pekerjaan dalam satu hari untuk keperluan menabung manakala orang bandar pula terpaksa melakukannya semata-mata untuk menampung keperluan seharian hidup ia dan keluarga. Itupun belum tentu mencukupi.

Cuba lihat apa yang boleh dijinjing dari Pasar Tani dengan bermodalkan RM50. Berapa pula belanja yang dikeluarkan setiap kali musim sekolah bermula? Untuk meladeni perayaan berapa urat rantai (kalau ada) yang perlu digadai. Berapa isi rumah yang tiada pekerjaan walau kelulusannya berjela? Soalan terakhir, berapakah agaknya simpanan yang mereka ada untuk kegunaan pada waktu kecemasan?

Ringkasnya, taraf hidup rakyat semakin jatuh dan menghimpit. Apabila bangun setiap pagi otaknya ligat mencari jalan untuk memenuhi tuntutan keperluan. Sang isteri pula tidak lagi mengidam rantai dan gelang. Cukuplah sekiranya usaha suami berjaya dan rezeki dibawa pulang untuk memastikan dapurnya berasap. Bagi yang bergaji tetap boleh tahan keadaannya jika berjimat, manakala bagi mereka yang kais pagi makan pagi tentu sahaja menghadapi cabaran yang hebat!

Inilah suasana yang dialami rakyat jelata. Terkecuali pimpinan UmnoBn, kroni dan saudara rapat mereka. Bagi kita yang kecil lagi marhaen, inilah dia kehidupan kita. Aku, kamu, mereka sedang melalui zaman getir ini.

Ulamak Dunia bukan sahaja ada di Malaysia tapi di Mesir pun ada..!!

TINDAKAN MUFTI MESIR MENGECEWAKAN

Saya ingin melahirkan rasa kecewa ke atas kenyataan Mufti Mesir ‘Ali Jum’ah –yang muncul dalam TV Mesir- yang meminta rakyat Mesir menghentikan tunjuk perasaan (sila rujuk di sini) . Ya, memang selama ini ‘Ali Jum’ah adalah benteng Hosni Mubarak, dia dilantik oleh Mubarak sekalipun ramai tokoh-tokoh ilmuwan Mesir lain yang jauh lebih terserlah keilmuan dibandingkan beliau. Malang sekali, selama beliau dilantik, apa yang sering beliau bangkitkan hanyalah isu sekitar perselisihan pendapat dalam kalangan umat Islam seperti masalah perbezaan mazhab dalam aliran kalam dan fekah. Beliau tidak lantang seperti al-Syeikh al-Qaradawi, Muhammad al-Ghazali r.h dan lain-lain dalam mengkritik kezaliman dan kerakusan Mubarak. Beliau tidak berfatwa tentang tindakan-tindakan Mubarak menipu rakyatnya.

mufti_mesir.jpg

Gambar: Mufti Mesir ‘Ali Jum’ah

Tiba-tiba hari ini, ketika rakyat keluar menuntut hak mereka, tanpa menumpahkan darah, hanya demonstrasi jalanan, beliau mengeluarkan pandangan agama tentang larangan keluar membantah Mubarak. Bahkan mengalu-alukan langkah Mubarak yang kononnya ingin membuat pembaharuan dalam masa tujuh bulan. Jika 30 tahun Mubarak gagal membuat pembaharuan, apakah dia mampu melakukannya dalam masa tujuh bulan seperti yang dia janjikan? Jika beliau mampu bererti selama ini beliau ternyata seorang pengkhianat besar! Jika tidak mampu, beliau mesti berhenti dan berikan laluan kepada pilihan rakyat. Jika rakyat berhenti membantah, regim itu akan kembali berkuasa.Kenapa ‘Ali Jum’ah tidak mengeluarkan fatwa tentang penyokong Mubarak yang membunuh rakyat awam dalam demonstrasi tersebut, dan juga selama 30 tahun Mubarak membunuh para penentangnya secara zalim! Dunia Islam menjadi mundur disebabkan pemerintah yang zalim dan korupsi, dibantu pula oleh ulama yang bersekongkol.

Tahniah kepada al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam temubual al-Jazeera yang menyatakan pejuang yang mati berdemonstrasi aman di Mesir adalah syahid dan demonstrasi itu mesti disokong! Inilah contoh ulama yang berani dan berkata tanpa kepentingan diri.

Akhirnya, semoga golongan agama tidak menjadikan tindakan Mufti Mesir ini sebagai teladan positif, sebaliknya ia adalah contoh yang negatif seorang yang memakai gelaran agama.

-Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

http://drmaza.com/home/?p=1354

Cerita isteri dok doggy dengan ketua UMNO la pulak...!!!

PANAS : Suami tangkap isteri sedang 'doggy' dgn Ketua UMNO

Assalamualaikum wr wb,

Nor Aishah Binti Samah,

Saya ingin memaklumkan bahawa seorang Pembantu Am Rendah di organisasi pihak Puan telah melakukan perbuatan sumbang dan memalukan masyarakat. Nama beliau ialah Rosli Bin Alias dari Centre For Foundation Studies In Science.

Pada pukul 2.am malam tadi 2 Februari 2011, pasangan Rosli Alias yang merupakan Pengerusi Rukun Tetangga dan Ketua UMNO, Puchong Perdana, telah ditangkap oleh masyarakat disini. Ketika ditangkap bersama pasanganya yang juga merupakan isteri saya, beliau sedang bersetubuh dalam keadaan posisi dari belakang. Beliau, Rosli juga mengugut untuk membunuh saya disaksi oleh anak perempuan saya yang berumur 18 tahun.

Bagaimana pun beliau sering mendakwa mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa dan polis, meluru pergi ke Balai Polis Bukit puchong untuk membuat "laporan".

Beberapa minit kemudian masyarakat yang menangkapnya juga membuat laporan di balai polis yang sama. Ketika di Balai Polis beliau sengaja berpeluk cium didepan khalayak ramai untuk membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan keberaniannya yang "luar biasa"

Saya membuat laporan ini agar pihak Universiti Melaya mengambil tindakan terhadap beliau kerana memalukan. Beliau juga sering memberitahu orang, bahawa beliau adalah kakitangan pensyarah. Sokongan masyarakat terhadap terhadap UMNO di sini, diambil kesempatan oleh Tuan Pengerusi Rukun Tetangga ini untuk melempiaskan nafsu luar biasanya kepada isteri orang.

Saya sempat mengambil gambar dan akan menunjukkan kepada Puan jika diperlukan. Kes ini juga menyebabkan image UMNO tercalar di mata masyarakat. Saya juga ahli UMNO sebelum ini.

Saya boleh membawa anak perempuan saya dan masyarakat sebagai saksi. Jika inginkan maklumat lanjut boleh terus menghubungi saya Alangzizsham 019 3501242.

Berita kehilangan isteri saya sebelum ini terjawab. Kehilangannya rupanya dipangkuan Rosli

Yang Benar
Alangazizsham -
sumber - bujang susah

Islam Versi Dr. Mahathir: Beri Lesen Judi pada VInsetan

http://www.malaysiawaves.com

Loya tekak saya membaca serangan Dr Mahathir pada TOk Guru Nik Aziz dalam isu Islam. Kononnya Dr Mahathir mendakwa:
Dalam tulisan blognya semalam, Dr Mahathir mendakwa Islam dibawa oleh Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, “lebih teruk dari Islam nasionalis” dan menjadi penyumbang kepada perpecahan orang Melayu Islam negara ini.
Justeru, kata bekas perdana menteri, Nik Aziz rela mempertahankan Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan bekas perdana menteri Singapura itu supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu.
Hairan saya. Apakah Islam Dr. Mahathir itu benar? Bukankah Dr Mahathir meluluskan lesen judi bola pada Vinsetan beberapa bulan selepas beliau mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam?

Apa hak Dr Mahathir mempersoalkan Tok Guru Nik Aziz dari segi Islam sedangkan Islam Dr Mahathir jelas terpesong?

Serangan kepada Tok Guru Nik Aziz adalah kerana Tok Guru menolak penyatuan PAS-UMNO. Ini kerana Tok Guru tidak mahu sebuah perpaduan dengan perompak, penyokong judi dan pendusta.

Adakah itu satu dosa?

Tulang Besi

Menyedarkan Chua Soi Lek

Hishamuddin Rais

Kalau tidak ada pilihan raya kecil di Tenang, tidak mungkin aku akan bermalam di Yong Peng. Aku sampai ke pekan kecil ini sesudah lewat tengah malam. Sebenarnya aku telah memesan kamar tidur dua minggu lebih awal , sebaik sahaja aku dengar ada YB yang meninggal dunia.

NONEPagi itu, aku hanya mencari di mana bangunan hotel ini. Memang nasib baik kerana hanya ada dua buah hotel sahaja di pekan ini. Pekan kecil ini hanya ada dua deretan bangunan kedai yang selari dengan jalan raya. Jadi, aku tidak perlu hura-hara ke hulu ke hilir di tengah malam buta yang senyap dan sunyi.

Yong Peng, seperti Taiping, bermakna "wilayah aman damai" dalam bahasa Tionghua. Aku mengerti kenapa pekan ini dipanggil sedemikian. Ini kerana wilayah ini sering berlaku bentrokan di antara pejajah dan nasionalis. Di wilayah ini adalah kawasan politik Mat Indera - seorang nasionalis yang telah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British.

NONEAhmad bin Indera atau Mat Indera berasal dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak. Mat Indera bergerak di Lenga, Labis, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan di sekitar Muar. Mat Inderalah yang telah memimpin pasukan gerila Tentera Pembebasan Malaya yang menyerang rumah pasong British di Bukit Kepong.

Ketika aku ditahan dalam Penjara Air Molek Johor Bahru pada September 1974 dahulu, ada seorang wadar Melayu - yang aku rasa bersimpati - dengan berbangga menunjukkan kepada aku sel Mat Indera. Kemudian si wadar ini telah membawa aku ke satu kawasan di sebelah belakang dan menunjukkan kepada aku kawasan tiang di mana Mat Indera mati digantung British.

Esoknya jam enam pagi aku telah meninggalkan Yong Peng menuju ke Labis untuk bersama puluhan ribu yang lain sebagai penyataan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat. Lalu aku berhenti di pertengahan jalan - di Chaah - kerana dari maklumat yang diterima, di sini ada sebuah kedai yang kopinya dianggap baik. Sarapan aku di pagi ini gagal. Mungkin aku tersalah kedai.

Kawat berduri

Sesampainya ke pekan Labis aku hampir pengsan kerana pekan ini telah ditawan oleh kelompok-kelompok kecil - bukan seperti gerila Mat Indera - tetapi oleh perempuan yang seragam memakai kain tudung merah. Mereka berjalan berkumpulan menuju entah ke mana. Aku tidak ada pilihan dan terpaksa menyelam sama dalam kumpulan ini, berjalan ke hadapan tanpa satu tujuan yang jelas.

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 police barrierSesampainya ke satu simpang aku ternampak seorang abang yang di bajunya ada gambar bulan. Dia melintasi jalan dan berpecah dari kumpulan perempuan ini. Aku juga keluar dan meninggalkan kumpulan ini untuk mengekori si abang. Akhirya kami berkenalan. Abang ini datang dari Melaka bersama sang isteri. Mereka telah memulakan perjalanan dari Bukit Katil seawal jam 4 pagi. Dia bertanya ini dan itu. Sesekali dia mengeluarkan ayat-ayat berbahasa Inggeris. Lalu aku membuat kesimpulan pastilah si abang ini seorang profesional yang menyokong PAS.

Hampir tiga kilometer kami berjalan menuju ke arah di mana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membenarkan warga dan penyokong Pakatan berkumpul. Aku rasakan kami seperti dalam suasana perang. Kawat-kawat berduri dipasang di sana-sini. Ini mengingatkan aku Kem Kamunting. Atau lebih tepat lagi seperti filem Hollywood tentang perang dunia kedua. Setiap lima kaki di sepanjang jalan yang aku lalui menuju ke kawasan Pakatan, ada sahaja anggota polis tercegat berdiri lengkap bersenjata.

NONEAku perhatikan mereka memiliki senapang bermuncng besar bersedia dengan peluru gas pemedih mata. Di pinggang terselit sepucuk pistol. Aku mencuri-curi pandang dan cuba mengira jumlah peluru hidup ini. Mungkin 12 butir atau mungkin 24 butir. Lalu aku terseyum, tikus mondok mana yang ingin ditembak.

Untuk aku, apa yang jelas soldadu ini memberi tekanan kepada berpuluh ribu penyokong Pakatan yang setiap kali ada pilihan raya kecil, mereka akan datang berkumpul. Penyokong Pakatan ini datang tanpa diajak dan tanpa diberi duit saku. Sikap sukarela sedemikian cukup menakutkan sesiapa sahaja yang berniat jahat.

Akhirnya kami sampai ke simpang di tepi bangunan bilik gerakan PAS. Di sini kami berpisah. Aku menuju ke kedai kopi di mana aku ternampak muka anak-anak muda dari Selangor. Kami bersalaman dan bertanya khabar. Aku memesan kopi kali kedua untuk pagi ini. Jam belum lagi melintasi sembilan pagi dan orang yang datang ke kawasan ini tidak putus-putus dan bertali arus.

Ponco hijau

Di kedai kopi ini aku bertemu pula dengan sekumpulan anggota PKR dari Perak. Mereka ini pekerja parti dan telah datang lebih awal lagi. Aku nampak juga satu meja yang dipenuhi oleh anggota DAP. Sedang kami bersembang dan minum kopi, tiba-tiba ada suara yang kuat melaungkan "Allahu Akbar". Aku keluar dari kedai dan berdiri di gigi jalan untuk melihat ribuan penyokong Pakatan sedang berarak mengiringi calon.

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 normala sudirmanBendera PAS, PKR dan DAP kelihatan berkibar berselang seli. Laungan "Allahu Akbar" dan "reformasi" bertukar ganti. Aku hanya berdiri di gigi jalan untuk melihat pesta demokrasi. Tiba-tiba nama aku dipanggil. Dalam lautan manusia itu rupa-rupanya ada Ronnie Liu. Dia menarik tangan aku. Lalu aku pun masuk ke jalan raya. Rupa-rupanya aku termasuk ke dalam barisan para 'gedebe'.

Sebaris di belakang aku ialah Cikgu Mala yang memakai ponco hijau ala Clint Eastwood. Di sebelahnya Teresa Kok, Zuraida Kamaruddin dan ketua Muslimat PAS Nuridah Salleh. Tidak jauh dari barisan ini ialah sang suami yang juga memakai sepasang baju Melayu hijau.

Aku mencuri-curi pandang ke belakang untuk melihat sejelas mungkin Cikgu Mala. Nah, memang cun! Jauh lebih bergaya dari semua perempuan-perempuan yang aku temui awal tadi. Tapi yang aku lihat hanya bentuk. Aku masih belum tahu isinya lagi. Untuk seni politik, isi dan bentuk wajib sama kukuh.

NONETak sampai satu kilometer kami berjalan, semua terhenti kerana ada kawat duri yang direntang di tengah-tengah jalan. Kami hanya dibenarkan berarak hingga ke had ini sahaja. Hanya calon dan mereka yang bersangkutan dibenarkan melintasi kawat berduri untuk urusan mengisi borang di pejabat kerajaan. Aku mengundur diri dan berpusing kembali.

Kini jalan raya tidak lagi penuh dengan orang berpusu-pusu. Maka dengan jelas aku dapat melihat, di tebing jalan penuh dengan barang dagangan yang bersangkutan dengan perjuangan. Perjuangan kini telah menjadi satu industri yang besar. Baju kemeja-T Nik Aziz Nik Mat dan Anwar Ibrahim kelihatan bergantungan. Dan yang paling baru dan hot aku ternampak satu kumpulan anak muda sedang menjaja baju kemeja-T dengan muka Cikgu Mala.

Debat kisah peribadi pun tiada halangan
Aku semakin ingin tahu siapa calon yang telah dipilih ini. Lalu aku ingin mencari di mana Cikgu Mala akan berceramah malam. Aku diberitahu bahawa pada malam ini ada ceramah kelompok di Kampung Sawah Baru. Aku diyakinkan bahawa Cikgu Mala pasti akan ke sana.

tenang by election 220111 anwar speech 02Kampung Sawah Baru di Labis? Wow, Ini samalah seperti mencari durian dalam kota New York! Jauh sekali kampung ini dari pekan Labis. Aku melintasi kawasan gelap, kawasan hutan, kawasan kampung tetapi masih tidak bertemu juga kampung ini. Dua tiga kali terdorong ke jalan yang salah. Sekali kami terdorong ke daerah di mana pihak musuh sedang menayangkan filem untuk memastikan orang kampung akan lalai dan tidak akan pergi mendengar ceramah.

Akhirnya aku sampai juga. Kampung ini agak gelap. Kawasan ceramah juga tidaklah terang-benderang sangat. Hanya lampu biasa yang dihalakan ke halaman rumah . Ini kampung Melayu tradisional - kampung jalan mati kalau mengikut peta Google. Ini bukan Bukit Bintang. Jadi aku terpaksa berjalan berhati-hati dalam gelap. Dari jauh aku terdengar suara Anwar. Anwar sedang mengulangi jemputan untuk berdebat dengan Najib. Di sana-sini dalam ceramahnnya, Anwar membuat lucu. Dalam gelap aku terdengar suara hilai ketawa menyambut lawak si Anwar.

tenang by election day 1 230111 chua soi lek campaigning 3Anwar juga berkata, kalau hendak berdebat tentang kisah peribadi pun dia tak ada halangan. Selesai ceramah si Anwar mengundur diri. Tak lama kemudian sampai orang yang aku tunggu-tunggu.

Normala Sudirman - yang berbaju hijau ponco ala Clint Eastwood - mula berucap. Ucapan ini bukan tentang syurga atau neraka, tetapi tentang realpolitik. Cikgu Mala memberitahu para pengundi kenapa mereka di Tenang wajib melakukan perubahan. Ucapannya jelas, terang dan penuh dengan keyakinan. Lalu aku terfikir, inilah pemuka-pemuka baru dalam PAS yang bukan heboh-heboh tentang api neraka, tetapi heboh tentang api eletrik yang harganya naik.

Cikgu Mala tidak berucap panjang kerana dia perlu bergerak lagi. Di kampung Sawah Baru ini adalah tempat kelima yang dikunjunginya. Dari dalam gelap aku bergerak menghampiri kawasan ceramah untuk melihat sejelas mungkin sosok yang semakin berani mencabar kubu United Malays National Organisation.

Dari dalam gelap aku melihat bayangan Cikgu Mala berundur dengan penuh keyakinan. Maka aku teringat akan kesah Mat Indera. Baginilah juga caranya Mat Indra berkempen untuk Angkatan Pemuda Insaf. Mat Indera berpindah dalam gelap dari satu kampung ke satu kampung untuk menyedarkan orang ramai tentang pentingnya berjuang untuk menghalau penjajah British untuk merdeka. Malam ini Cikgu Mala berkempen mahu menyedarkan Dr Chua Soi Lek agar memberi contoh yang baik kepada generasi muda.

Lambat Bertindak Bawa Pulang Rakyat, Bermewah Untuk Lawatan Rosmah

SHAH ALAM 3 FEB: Ketua Sri Kandi PKR menyindir Datuk Najib Razak dan kerajaan Malaysia yang cepat mengatur perjalanan ke luar negara Datin Sri Rosmah Mansor yang menelan belanja ratusan ribu ringgit dengan begitu mudah, namum apabila melibatkan rakyat ia seolah-olah diketepikan.

Namun setelah didesak dan dikritik lantang beberapa pihak kerana lambat membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir barulah ada tindakan daripada kerajaan.

Perkara ini jelas Siti Aisyah Shaik Ismail menunjukkan kerajaan tidak prihatin dan mengambil berat dengan keadaan para pelajar dan rakyat Malaysia di sana.

"Perjalanan Rosmah Mansor ke luar negara itu lebih tersusun dan lebih disegerakan tetapi bila bercakap soal rakyat yang kononnya menggunakan slogan rakyat didahulukan tapi kita tak lihat dalam konteks ini, rakyat kita di Mesir diutamakan terlebih dahulu," katanya lagi.


Beliau menambah Perdana Menteri harus peka dan juga menjawab isu ini kerana bukan isu yang melibatkan pelajar-pelajar sahaja tapi melibatkan nyawa dan masa depan mereka di sana.

"Kerajaan Malaysia pada peringkat awal tidak mengeluarkan kenyataan permulaan, kemudian pada peringkat setelah didesak dan dikritik baru mengeluarkan kenyataan bahawa belum lagi berada dalam keadaan genting dan selepas Selangor mengumumkan untuk memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar di Mesir, kerajaan baru mengeluarkan kenyataan akan membawa pulang pelajar di Mesir tapi hanya menggunakan kapal tentera laut dan bukan pengangkutan yang lebih cepat dan efektif," katanya kepada Tv Selangor.

Aisyah juga mempertikaikan tugas duta kerajaan Malaysia di sana yang langsung tidak menunjukkan kredibiliti sebagai wakil kerajaan sedangkan Malaysia sepatutnya mengambil langkah proaktif dalam proses memindahkan mereka dengan kadar segera.

"Kita mempersoalkan Kerajaan Malaysia mengambil tegas isu ini kerana kita tahu bahawa sesebuah kerajaan itu dia mempunyai duta yang dihantar ke sesebuah negara dan kerana itu kita merasakan bahawa kerajaan itu mempunyai kabel yang kuat untuk melakukan transaksi pelajar-pelajar dari Mesir ke tanah air begitu cepat dengan mengikut prosedur lebih baik," katanya.

Sebelum ini, pelbagai negara mengambil tindakan membawa pulang rakyat mereka dari Mesir dengan menyewa atau menjadualkan pesawat ketika penunjuk perasaan semakin rancak mengadakan demonstrasi mendesak peletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak.

Dua syarikat penerbangan China, Air China dan Hainan Air awal-awal lagi menjadualkan penerbangan membawa keluar rakyatnya dari Mesir.

Jepun pula, menyewa pesawat yang yang membawa 500 rakyatnya yang terkandas dari Kaherah ke Rom.

Amerika Syarikat (AS) dan Turki turut menawarkan untuk membawa pulang rakyat mereka dan syarikat penerbangan utama termasuk Lufthansa dan Air India berikrar menghantar lebih banyak pesawat ke Kaherah dan Iskandariah. - tvs

Luahan Hati Pelajar Malaysia Di Mesir

http://www.perisik-rakyat.com

http://i.cdn.turner.com/cnn/2011/WORLD/africa/01/30/egypt.what.next/t1larg.egypt.protests.tanks.jpg

Salam. aku student mesir. kawasan yang masih 'hijau'. aku ni jarang tulis note, tapi sebab aku rasa ni perlu, maka aku tulis, dan korang tolonglah sebar2kan.

takda yang lebih tahu pasal mesir ni kecuali kami. kebanyakan berita di malaysia hanyalah 'lebat'2 belaka. kami taklah seteruk itu. berita2 macam ni akan membuatkan mak ayah kat sana risau, kan?

betul.

ada satu lagi yang anda semua tak tahu. kami bukan risaukan bunyi2 bom di waktu malam. belum terjadi lagi. tapi kami risau benda ni akan jadi worse. ah, kelakar aku rasa bila baca blog2 macam ni,

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/02/krisis-di-mesir-utamakan-bawa-pulang.html

http://blogserius.blogspot.com/2011/02/serius-fakta-fakta-tentang-pelan.html

apa yang korang tahu pasal kami di sini? bank dah banyak yang kena beku, kedai banyak dah tutup, harga barang naik mendadak, penjenayah terlepas. nak tunggu sorang pelajar kami maut kat kawasan 'hijau' ni baru nak menggelabah ke?

betul, kami tak boleh menggelabah. kerajaan sedang keluarkan pelajar malaysia perlahan2. kami di kawasan 'hijau' ni perlulah bersabar.

aku, secara peribadi, boleh bersabar. orang lain aku tak tahu.

yang kami risau sekarang, kerajaan terlalu lambat ambil tindakan. embassy sekarang ni sgt susah nak dihubungi. pegawai2 negeri pun susah nak dikontek jugak. siapa kata kami terurus? lawak, lawak. macam korang pulak yang kat sini, kan?

aku harap, ambiklah. walaupun sedikit lambat. asalkan jangan terlampau lambat. apa kerajaan nak tunggu zioonis campur tangan ke? nk tunggu amerika baling bom guna jet?

ok, ingat tak, dulu2, ada satu kerajaan ni di pegang oleh parti Islam (algeria kot.) then, tiba2 perancis datang untuk jatuhkan balik kerajaan tu. macam tulah yang aku takut sebenarnya. jangan sampai diorang masuk campur. sekarang ni tentera macam menyokong pro-mubarak ni. saja nak laga2kan golongan anti dan pro. kalau dah sampai macam ni situasinya, susah dah kita nak keluar dari sini.

sekejap, kami gembira kami akan keluar dari kancah ni. tapi, kejap sangat. datang balik rumours kata kawasan kami takkan keluar. u pun tak cuti. hakikat, kitorang sekarang ni cuak gila bila tahu ada kemungkinan kami tak keluar ke mana.

ada pihak yang cuba telefon embassy. sejujurnya, kami tak dikompemkan lagi kami akan keluar dari sini.

ada pihak2 yang yang dah gelabah semacam, termasuklah aku.

bukan apa, ini bukan perang agama, utk aku masuk campur. ini hal kerajaan. aku takda hak pun nak bersuara.

kerajaan, kalaulah kos nak selamatkan kami ni tinggi sangat, akan merugikan ekonomi negara, duit2 petronas tak mampu cover, nak majukan sangat negara, maka, buatlah kutipan derma. walaupun kemungkinan separuh tu masuk kat poket sesiapa, sekurang2nya adalah jugak duit. kalau taknak jugak, claimlah duit kami nanti, macam ALONG buat!!!

sekarang ni takda apa. tapi sampai bila? kami tak perlukan golongan2 doktor yang bawak ubat, supply2 makanan tu semua. sini ada doktor dan makanan dah. keluarkan kami segera dan terancang.

kami tak cukup berharga, kan?

lagi sekali.

sampai bila?

nak tunggu kami yang di kawasan hijau ni kena rompak ke? kena peluru? lawak.

kami tak kata kerajaan abaikan kami. kami tuduh melulu. tapi dah memang hakikat, embassy pun tak mampu nak kompemkan kami ni akan keluar dari sini. jadi, macamana kami tak risau?

kawasan 'hijau' yang korang kata tu, dah buat aku rasa gas pemedih mata. kat malaysia pun aku tak rasa.

well, the truth is, kami ada makanan. tak perlulah nak bawak makanan banyak sgt. dan kami kesempitan. makanan ada la seminggu dua lagi, tapi keamanan dan ke'hijau'an kami pun tak tahu lagi sampai bila. kerajaan tak mampu nak comfirmkan situasi kami lagi. kelak kaherah dan iskandariah dan di evakuasi, kami terkapai2 tanpa pegawai sebab semuanya nak balik malaysia jugak. lagi2lah kami di kawasan yang bukan kawasan utama.

sebarkanlah benda ni. sebarkan sehabis daya kalian. TV3, akhbar, facebook, blog, sebarkanlah, tolong. kami tak harap kami diselamatkan sekarang jugak. tapi bagi kami jaminan kami akan keluar. dan kami diselamatkan SEBELUM US dan yahudi masuk campur lebih teruk lagi. tunjukkanlah tanda2 kalian prihatin terhadap nasib kami. kami tidak tuduh anda tidak ambil tahu, tapi tunjukkanlah bukti bahawa anda ambil tahu hal kami.

kami di kawasan hijau tinggal sikit. banyak senior dah gerak ke cairo. tinggallah kami segelintir kami yang terkontang kanting di sini tak tahu apa akan terjadi. sebab tulah kemungkinan kami akan diabaikan semakin tinggi.

kalau betul kami diabaikan, sebahagian besar kami akan lari ke mansurah atau kaherah dengan risiko sendiri. andai kata ajalnya di sini, doakanlah rohnya diredhai.

banyak yang di atas hanyalah rumours. tapi jangan pernah main2 dengan rumours. masakan pokok bergoyang kalau tiada angin, kan?

terima kasih kerana sudi membaca.

wassalam.

Abrar Shafir (http://www.facebook.com/profile.php?id=1598799542)

Celah Mana Yang Dok Kata 'Rakyat Didahulukan'?

Oleh Muhammad Hafizuddin

Di saat menyambut kemenangan Barisan Nasional di DUN Tenang, pada masa yang sama kerajaan sekali lagi menaikkan harga minyak petrol RON 97. Kemenangan diraikan sehingga melupakan rakyat lebih kurang 11,000 orang yang berada dalam trauma dan ketakutan di Mesir akibat daripada rusuhan rakyat Mesir memprotes kerajaan Husni Mubarak.

Kelembapan Kerajaan Malaysia bertindak untuk menyelamatkan rakyat Malaysia di Mesir mendapat kritikan yang hebat daripada pelbagai pihak khususnya ibu bada serta kaum keluarga mahasiswa-mahasiswa yang sedang melanjutkan pelajaran di Bumi Anbiya tersebut. Hal ini dilihat bertentangan dengan prinsip "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".


Kerajaan korupsi Malaysia telah memperlihatkan kekejaman mereka apabila cuba mengaburkan mata rakyat dengan meletakkan keadaan di Mesir sebagai masih selamat. Retorik kerajaan Najib Rajak semakin kritikal apabila menyatakan bahawa membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir tidak menjadi keperluan.

Di kala rakyat sangat memerlukan pertolongan dan mendambakan bantuan, Kerajaan China berusaha menghantar beberapa buah pesawat penerbangan untuk membawa pulang rakyat China yang berada di sana. Jepun pula telah menyewa pesawat bagi membawa 500 rakyatnya yang terkandas di Kaherah untuk diterbangkan ke Rom. Manakala Greece pula telah bersedia dengan 2 buah pesawat tentera untuk mengeluarkan rakyatnya dari bumi Mesir. Begitu juga dengan Iraq dan Jerman yang mengambil tindakan cepat untuk menyelamatkan rakyat masing-masing.

Setelah keadaan semakin meruncing, barulah Kerajaan Malaysia mengambil inisiatif untuk menghantar pasukan TUDM ke Mesir untuk memindahkan rakyat Malaysia ke beberapa buah negara terdekat. Kebimbangannya sekarang, keterjaminan keselamatan berada di negara sekitar Mesir masih boleh dipertikaikan. Kerajaan Malaysia diseru untuk berusaha keras membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di Mesir. Desakan ini dibuat demi nyawa sahabat-sahabat serta kaum kerabat yang berstatus warganegara Malaysia. Biarpun habis berjuta-juta Ringgit Malaysia, satu nyawa pun tidak mungkin dapat digantikan.

Keselamatan rakyat adalah menjadi amanah dan tanggungjawab sesebuah kerajaan untuk dijaga. Tiada guna kebanggaan memenangi hati rakyat diagung-agungkan andai rakyat di negara orang berada dalam risiko kehilangan nyawa.

Diharap Kerajaan Malaysia mempunyai nilai kasih sayang yang sangat tinggi untuk bersungguh-sungguh demi menyelamatkan rakyat Malaysia yang berhadapan dengan risiko yang sangat tinggi di bumi Mesir. Doa berterusan serta solat hajat jangan sekali-kali ditinggalkan memohon perlindungan hakiki daripada Allah Taala.

WE UNITE FOR ISLAM

Muhammad Hafizuddin Bin Muhamed Noor
Mahasiswa UIAM
*Mempunyai 2 orang adik yang melanjutkan pelajaran di Mesir

Nik Aziz akan terus bersuara

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan ‘menutup mulut’, sebaliknya akan terus mengkritik biarpun mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk pemimpin UMNO.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau telah lali dengan kritikan sepanjang sepanjang karier politiknya dan tidak pernah berasa tergugat dengan tindakan yang dilakukan pihak tersebut.

“Satu cara UMNO nak tutup mulut saya ialah dengan menukar dasar Islam, selesai masalah... selagi tak tukar benda ini, mulut saya terus bercakap.

“Saya tidak kisah dihentam, tidak ada apa, kalau orang kampung saya maafkan, kalau menteri saya tidak maaf, akhirat kelak dia kena mintak maaf saya. Baik mereka ini minta maaf di dunia lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan bernilai RM120,000 kepada pelajar Malaysia di Mesir bagi membantu mengurangkan beban berikutan krisis pemerintahan yang melanda negara itu.

Sebelum ini, Nik Aziz mendapat kecaman pelbagai pihak, termasuk Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu Pas mengambil tindakan supaya menteri besar itu ‘menutup mulut’ daripada pelbagai kenyataan kontroversinya.

Mengulas kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya baru-baru ini pula, Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak kisah dan setiap orang berhak mengeluarkan pendapat masing-masing.

“Biar Tun nak bercakap. Kalau kita tidak benarkan orang bercakap nanti jadi macam Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang digulingkan rakyat sendiri,” katanya.[sinarharian]

Jom Petang nie selepas jumaat...!!

‘Perlumbaan arnab dan kura-kura di jalanraya’

Ditulis oleh AMELIA HASHIM

GURUN, 1 Februari - Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan YB Tan Chow Kang mengibaratkan pengguna jalan raya yang gemar berlumba ketika memandu seperti ‘arnab dengan kura-kura’.

Menurutnya, arnab yang kelihatan pintar dan cantik itu dikalahkan oleh kura-kura kerana sikapnya sendiri yang sombong dan angkuh.

“Begitu juga dengan pengguna jalan raya, hendaklah membuang sikap sombong ketika berada di atas jalan raya sekiranya mahu selamat,” nasihatnya secara bergurau kepada pengguna jalan raya ketika Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena musim perayaan tahun baru Cina 2011.

Katanya, pemandu dan pembonceng motosikal adalah mangsa terbanyak yang terlibat dengan kemalangan maut.

“ekiranya mereka memandu dengan cermat, tidak berlumba dan memakai topi keledar dengan betul boleh mengurangkan kadar kemalangan maut ini,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya berkata, Ops Sikap 2009 berjaya mengurangkan kadar kematian disebabkan kemalangan jalan raya di Kedah sebanyak 20 nyawa dan pada tahun 2011 ini tumpuan akan diberikan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti sebagai lokasi penting berlaku kemalangan maut.

Lokasi itu termasuklah jalan Sungai Petani ke Baling, Alor Setar ke Butterworth dan dari Kulim ke Sungai Petani.

“Dari Alor Setar ke Butterworth pemandu hendak berhati-hati di kilometer 45, 47, 52, 57, 60 dan kilometer 62 yang kerap berlaku kemalangan maut. Begitu juga dengan selekoh-selekoh pengguna hendaklah berwapada apabila tiba di tempat itu,” katanya.

Kempen yang diadakan di Dataran Rehat dan Rawat (R&R) Gurun ini ianjuran bersama Majlis Keselamatan Jalan Raya dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Kedah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar kedah yang diwakili oleh YB S. Manikumar.[WartaKedah]

Pelajar Kedah di Mesir selamat

Ditulis oleh AMELIA HASHIM

ALOR SETAR, 2 Februari - Semua 800 pelajar Kedah yang sedang menuntut di Mesir berada dalam keadaan selamat, kata Pengarah Yayasan Islam Negeri Kedah Tuan Haji Abdul Rahman Ismail.

Katanya, 200 pelajar yang tinggal di Asrama Darulaman berada dalam keadaan selamat dan makanan masih mencukupi.

Menurutnya 600 pelajar lagi yang tinggal di Asrama Melayu di Abassiyah dan rumah-rumah sewa sekitar sudah diarah berkumpul di Asrama Darulaman sementara menunggu masa untuk dibawa pulang ke tanah air.

Ujarnya, walaupun sekarang ini keadaan dalam asrama sedikit padat dan tidak selesa tetapi ini memudahkan pemantauan kselamatan mereka dan proses membawa balik semua para pelajar berkenaan sekiranya keadaan memaksa.

Menurutnya, Yayasan telah membuka Bilik Gerakan pada 31 Januari lalu bagi memantau keselamatan pelajar menerusi pegawai yang berada di sana.

Bilik Gerakan ini beroperasi siang dan malam bagi menjawab pertanyaan dan menyalurkan berita kepada keluarga waris pelajar terbabit.

Beliau menasihatkan kaum keluarga serta waris pelajar supaya jangan panic, kerana katanya, keadaan di sana masih terkawal dan para pelajar berada dalam keadaan selamat, sihat serta ada makan dan minum.

“Buat masa sekarang semua para pelajar ini di bawah pemantauan pihak Kedutaan Malaysia di Mesir. Mereka cuma sedikit tertekan kerana sebelum ini mereka bebas bergerak ke mana sahaja dan boleh membeli apa sahaja makanan kegemaran mereka,” katanya.

Ujarnya lagi, malam ini Yayasan Islam akan menghantar empat orang pegawai ke sana termasuk Pegawai Hal Ehwal Pelajar Timur Tengah bagi membantu mereka dalam segala sudut yang diperlukan. Namun begitu mereka dinasihatkan supaya bertenang dan bersabar sementara menunggu masa untuk berangkat pulang.

Proses menghantar pulang semua pelajar di Mesir tertakluk kepada arahan Kerajaan Persekutuan dan katanya, kemungkinan besar melalui penerbangan Air Asia, Penerbangan Mas atau melalui jalan laut dengan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kebetulan sudah berada di sana.

Seramai 83 pelajar Kedah di bawah tajaan Yayasan Islam Negeri Kedah yang belajar di sana dalam jurusan Perubatan dan Pengajian Islam dan selebihnya atas biaya sendiri dan lain-lain. [WartaKedah]




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...