TERKINI :

Thursday, February 3, 2011

Kenyataan Media : 21 NGO menolak sekatan internet

m


Kami merupakan kumpulan masyarakat madani yang amat bimbang mengenai niat kerajaan persekutuan untuk menyekat Internet, mengikut laporan akhbar baru-baru ini yang mengungkap pegawai kanan kementerian berkenaan "peraturan hasutan siber" dan perluasan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan untuk meliputi media dalam talian

Kami membantah sekeras-kerasnya sebarang percubaan untuk memperluaskan skop Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan sekali lagi menggesa kerajaan supaya memansuhkan akta ini berserta Akta Hasutan dan undang-undang lain yang terlalu menyekat dan yang tiada tempatnya dalam masyarakat moden dan demokratik yang menjadi cita-cita negara kita.

Keberkesanan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dalam membelenggui akhbar selama berdekad-dekad begitu nyata, amat mengerikan jika peruntukan drastiknya dikenakan terhadap penerbitan dalam talian, justeru menyebarkan kesan "seram" yang sama kepada ruang Internet. Tidak mustahil bahawa permit disyaratkan untuk laman sesawang berita, seperti yang berlaku di negara China. Dan melihat kepada jumlah buku yang diharamkan setiap tahun di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, besar kemungkinan penulisan dan bahan multimedia yang tertentu dalam Internet dicop "penerbitan yang tidak diingini", manakala pengguna Facebook dan Twitter pula dituduh menyebarkan "berita palsu".

Ciri Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang paling membimbangkan ialah kekurangan sekatan dan imbangan - terutamanya peruntukan yang menyatakan keputusan Menteri adalah muktamad, berbanding dengan Akta Komunikasi dan Multimedia yang sekurang-kurangnya mengandungi rujukan penghakiman.

Jika Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dikenakan kepada Internet, ruang siber kita akan menjadi lembab dan ia mungkin meradikalkan pendapat yang berbeza.

Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein (gambar kiri) berkata pindaan tersebut masih di tahap perbincangan dan masih "terlalu awal" untuk dipersoal oleh pihak media dan orang awam. Namun bagi kami, kekurangan ketelusan dan rundingan awam juga merupakan sebahagian daripada masalahnya. Kami membantah sekeras-kerasnya pendekatan kerajaan yang tidak telus dalam memperkenalkan undang-undang dan pindaan dengan mendedahkan sedikit sahaja maklumat mengenai intipatinya, justeru menimbulkan kerunsingan orang awam. Ketiadaan rundingan awam dalam perkara-perkara yang memberi kesan yang besar terhadap masyarakat menunjukkan bahawa hal-hal ini besar kemungkinannya bermasalah, namun kerajaan masih berkeras mahu meneruskannya tanpa mengendahkan pendapat orang awam.

Justeru, kami percaya bahawa ancaman kawalan Internet memang wujud, seperti yang nyata dengan tertubuhnya kumpulan merentasi kementerian - yang terdiri daripada Menteri Dalam Negeri; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim; Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz; and Peguam Negara Abdul Gani Patail - yang menumpu kepada sekatan kebebasan ekspresi dalam talian.

Tujuannya ketara - untuk mengawal media bebas yang terakhir.

Kebangkitan isu ini ketika seluruh negara menanti-nanti pilihanraya umum yang dijangka pada tahun ini menunjukkan motivasi politik wujud di sebaliknya kerana Internet dikatakan faktor penyumbang kepada keputusan pilihanraya kerajaan persekutuan yang paling teruk dalam empat dekad pada tahun 2008. Malah, kerajaan persekutuan nampaknya mencontohi negera jiran seberang selat, di mana kerajaan yang dipimpini Parti Tindakan Rakyat meningkatkan gangguan dan kawalan terhadap media dalam talian menjelang pilihanraya.

Kami ingin memperingatkan kerajaan bahawa sebarang pelanggaran jaminan "tiada sekatan Internet", yang diwar-warkan kepada pelabur asing supaya mereka menyertai projek Koridor Raya Multimedia sejak ia dilancarkan pada tahun 1996, akan memburukkan nama Malaysia dan memudaratkan pelaburan.

Sebarang percubaan untuk menyekat kebebasan Internet akan mendesak kumpulan masyarakat madani dan orang awam untuk membawa isu ini ke pilihanraya. Kami menyeru masyarakat, yang sudah lama dikekang dari segi kebebasan akhbar, berpersatuan dan berhimpun, untuk bangkit dan mempertahankan sempadan terakhir untuk kebebasan ekspresi - pastikan suara anda didengari dalam ruang bebas yang masih ada atau tunjukkan bantahan anda di peti undi.

Kenyataan bersama ini diusahakan oleh:
Pusat Kewartawanan Bebas Malaysia (Centre for Independent Journalism)
Charter 2000-Aliran
Writers Alliance for Media Independence
1 Muted Malaysia

Dan disokong oleh:
All Women's Action Society (AWAM)
Civil Rights Committe of KL-Selangor Chinese Assembly Hall (CRC-KLSCAH)
Civil Society Committee of Lim Lian Giok Cultural Development Centre
Coalition of Anti-Genetically Modified Mosquitoes
Community Action Network
Community Development Centre (CDC)
Gabungan NGO Kelantan(Coalition Of NGOs Of Kelantan)
Health Equity Initiatives
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
Lawyers for Liberty
Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA)
Pekan Frinjan
Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan (PERMAS)
Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM
Women's Aid Organisation (WAO)

ADUN Sri Muda Hadapi Pertuduhan Isnin Ini

SHAH ALAM: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sri Muda, Shuhaimi Shafiei akan menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini Isnin ini, berhubung satu entri di dalam blognya yang didakwa telah menghina Sultan Selangor.

Beliau hadir ke balai polis hari ini untuk menyerah diri dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.

Semalam beliau telah diarahkan untuk hadir ke balai polis bagi ditahan.

Kira-kira 11.15 pagi ini, beliau dilihat memasuki perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan meninggalkan IPD tersebut lima minit kemudian.

"Saya menerima panggilan daripada polis kira-kira pukul 7 malam semalam untuk hadir ke IPD Shah Alam untuk ditahan," katanya kepada pemberita setelah keluar daripada IPD itu.

Shuhaimi turut memberitahu bahawa beliau akan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pukul 9 pagi Isnin ini bagi menghadapi pertuduhan.

Peguam beliau, Latheefa Koya berkata jaminan dengan seorang penjamin itu diberikan agar anak guamnya dapat hadir untuk menghadapi pertuduhan yang akan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan, Isnin ini.

"Jaminan ini ialah sebagai jaminan mulut iaitu sekiranya Shuhaimi gagal hadir ke mahkamah Isnin ini, maka penjaminnya harus membayar RM2,000," katanya.

Shuhaimi yang juga Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Kota Raja mencetuskan kontroversi berikutan kenyataan di dalam blognya pada 30 Disember tahun lepas yang didakwa telah mempertikai keputusan Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Beliau menafikan kenyataannya itu bertujuan untuk menghasut rakyat dan menghina Sultan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Zahedi Ayob mengesahkan Shuhaimi dibebaskan dengan jaminan polis. BERNAMA

Penipu Besar - Gobala Kata PKR Anti India, Zul Kulim Kata PKR Anti Melayu


Oleh: wfauzdin_ns

"GOBALA menjadi `katak hitam' melompat keluar dari PKR, manakala Zul Kulim `firaun besar' pula di`tendang' keluar dari PKR. Gobala kata PKR pinggirkan kaum India, manakala Zul Kulim pula kata PKR pingirkan kaum Melayu. Mana satu betul? Jawapannya, kedua-duanya tidak boleh pakai langsung.

PKR telah menjawab secara fakta angka dan peratusan keahlian PKR, berbanding dengan `dua ekor' MP yang tidak berani mengosongkan kerusinya itu. Ini fakta yang dikeluarkan oleh PKR, jauh sekali apa yang didakwa oleh Gobala tentang keahlian kaum India di dalam PKR. PKR hari ini memperbetulkan laporan sebuah portal berita yang menyebut 40 peratus ahli parti itu adalah kaum India serta kenyataan ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan bahawa 90 peratus pimpinan PKR adalah Melayu. Dalam kenyataan hari ini, pengarah komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, daripada 371,612 ahli PKR, 45 peratus adalah Melayu, Cina 11 peratus, India 23 peratus, Bumiputera Sabah, Sarawak dan lain-lain pula sebanyak 21 peratus. Manakala Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bagi sesi 2010-2013 terdiri daripada Melayu 62 peratus, Cina 20 peratus, India 12 peratus dan Bumiputera Sabah, Sarawak serta lain-lain 4 peratus (Malaysiakini).

Jelas kepada kita, kedua-dua MP yang saban masa menyalak terhadap PKR gagal menunjukkan kewibawaan mereka sebagai Ahli Parlimen. Mereka gagal buktikan sebarang salah laku dan ketidak adilan terhadap mereka. PKR telah mengadili Gobala dan memberinya peluang untuk bela diri, namun Gobala telah menetapkan niatnya lebih awal untuk menjadi `katak hitam'. Zul Kulim pula, telah dibawa untuk pengadilan namun mencari alasan lain untuk menolak peluang membela diri kerana niat awalnya sudah ada. Jelas, PKR tidak menzalimi mereka tetapi kerana sikap mereka yang sememangnya ego, sombong dan merasa hebat akhirnya menjadi pencacai murahan.

Adakah PKR sudah bersih sekarang? Jawapannya tidak, masih ada saki baki yang mencari masa yang sesuai untuk `mencari makan' di luar. PKR harus memantau mereka ini dan bertindak lebih awal sekiranya terbukti mereka menjalankan kerja berunsur sabotaj kepada parti./

wfauzdin.blogspot.com"

Berita Fasiq Media Tentang Situasi Mesir

Oleh: abu_zaim

"Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menggesa kepada pihak media di Malaysia supaya memastikan kebenaran berita yang diperolehi tentang keadaan pelajar Malaysia di sini.

KAHERAH, 2 Feb - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menggesa kepada pihak media di Malaysia supaya memastikan kebenaran berita yang diperolehi tentang keadaan pelajar Malaysia di sini.

Hal ini berikutan beberapa media tempatan menyiarkan berita situasi pelajar Malaysia di Mesir yang jelas bersalahan dengan apa yang berlaku di sini.

Selain itu, sumber berita yang diterima perlu dikaji dengan teliti agar tidak menimbulkan pelbagai spekulasi pelbagai pihak.

Pihak PMRAM yang merupakan persatuan induk bagi pelajar Malaysia di Mesir, sentiasa menerima perkembangan pelajar-pelajar tanah air yang berada di serata Perlembahan Nil.

Semoga perkara ini diambil perhatian sewajarnya oleh pihak yang berkenaan.

Sumber: pmram.org - Media Perlu Saring Berita

setakat ni berita rogol, bunuh dll adalah palsu

Padam Hansard: Maruah DUN S'wak tergugat

S Pathmawathy
Feb 3, 11
Jika ada bahagian-bahagian dalam Hansard yang dipadamkan secara sengaja, ia akan mengaibkan reputasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Hansard adalah cetakan transkrip persidangan Parlimen dan DUN.

NONEMenegaskan demikian, Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang
Khim berkata sejak penubuhan institusi Parlimen dan dewan undangan negeri di negara ini, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku .

Teng (kanan) mengulas insiden di DUN Sarawak di mana ADUN Pending, Violet Yong Wui Wui mendakwa sebahagian daripada ucapannya dalam persidangan dewan November lalu, tidak termasuk di dalam Hansard.

Yong telah menulis kepada Speaker DUN Sarawak, Datuk Awang Asfia Nasar mengenai perkara itu, tetapi beliau belum lagi menerima sebarang jawapan.

Menurut Yong, sebahagian daripada ucapannya menyentuh tentang keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr George Chan, telah dikeluarkan dari hansard.

[Baca berita penuh]

Rais Yatim vs Sharpshooter isu amah....

February 02, 2011

Datuk Seri Dr Rais Yatim.
KUALA LUMPUR, 2 Feb — Mahkamah Tinggi membenarkan injunksi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim bagi menghalang blogger Amizudin Ahmat daripada terus menerbitkan dakwaan bahawa menteri itu telah merogol seorang pembantu rumahnya dari Indonesia.

Hakim Zabariah Mohd Yusof hari ini membenarkan permohonan ex-parte untuk menghalang Amizudin daripada menerbitkan perkataan-perkataan berunsur fitnah terhadap Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu menerusi blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Hakim menetapkan 11 Februari ini untuk sebutan semula kes dan afidavit difailkan oleh kedua-dua pihak sebelum kes itu didengar pada 22 Februari.

Dalam permohonannya, Rais berkata perkataan-perkataan yang digunakan dalam artikel blog itu menunjukkan beliau merogol pembantu rumah dan seolah-olah beliau boleh membunuhnya.

Awal bulan lalu, laporan portal berita detik.com menyebut pembantu rumah berkenaan menafikan dakwaan tersebut.

Dalam pernyataan bertulis yang ditandatanganinya, pembantu rumah itu menegaskan tidak pernah terjadi cubaan gangguan seksual oleh majikannya selama beliau bekerja di Malaysia.

“Saya bekerja selama lapan tahun di rumah Datuk (Rais). Selama itu baik-baik saja, tidak pernah ada permasalahan, apalagi terkait perlakuan kasar serta tidak senonoh terhadap saya,” katanya dalam kenyataan itu.

Beberapa hari sebelum itu, Rais menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di Internet dan parti pembangkang terhadapnya.

“Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga mempertikaikan mengapa perkara tersebut ditimbulkan sekarang.

Penafian Rais muncul beberapa minggu selepas dakwaan itu dilaporkan dibawa oleh pendedahan WikiLeaks.

Bagaimanapun tiada dokumen berkaitan diperoleh di laman web WikiLeaks.

Rais memfailkan kes terhadap Amizudin pada 31 Januari lalu dengan mendakwa blogger itu menerbitkan atau menyebabkan penerbitan artikel berunsur fitnah di bawah tajuk “Hei Pak Menteri . . . mana mau lari . . .” pada 28 Disember lalu.

Dalam kenyataan tuntutan, Rais berkata tulisan bersama gambarnya dipaparkan dengan ketara dan mempunyai perkataan-perkataan yang memfitnah beliau.

Malah tulisan blog itu juga menunjukkan beliau seorang individu yang berkuasa mengambil kesempatan ke atas pekerja-pekerja, seorang suami yang tidak setia dan pemimpin tidak bermoral.

Kata beliau, artikel fitnah itu disiarkan tanpa terlebih dahulu mengambil langkah untuk memeriksa fakta dengannya. - The Malaysian Insider

Manakala Mstar pula melaporkan

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini mendapat injunksi daripada Mahkamah Tinggi yang memerintahkan seorang penulis membuang makalah berbaur fitnah terhadap beliau daripada laman blognya.

Ketika membenarkan permohonan Rais itu, Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof memerintahkan Amizudin Ahmat, atau ejennya, membuang perkataan atau makalah berunsur fitnah dan foto plaintif (Rais) daripada blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Hakim juga membenarkan permohonan Rais untuk menghalang Amizudin atau ejennya daripada terus menyiarkan makalah berbaur fitnah itu atau mana-mana makalah berbaur fitnah lain terhadap beliau dalam blog penulis itu atau mana-mana blog dan medium lain sehingga selesai pendengaran injunksi inter-parte pada 22 Februari ini.

Peguam Azad Bashir daripada Tetuan Shafee & Co mewakili Rais.

Pada 31 Januari, Rais memfailkan saman fitnah terhadap Amizudin, yang juga anggota jawatankuasa Sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat, berhubung makalah berkenaan yang tersiar dalam blog penulis itu berserta foto Rais pada atau kira-kira pada 28 Disember tahun lepas.

Dalam saman yang difailkan melalui Tetuan Shafee & Co, Rais menuntut ganti rugi umum, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi punitif, faedah dan injunksi terhadap defendan supaya membuang dan menghalang defendan daripada terus menyiarkan makalah berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rais, 69, berkata kesemua perkataan dalam makalah berbahasa Melayu itu berniat jahat dan berbaur fitnah terhadap beliau.

Rais berkata perkataan dalam makalah itu bermaksud dan/atau boleh difahamkan bermaksud bahawa beliau melakukan satu kesalahan serius iaitu merogol dan berkemampuan membunuh pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia.

Dalam pernyataan tuntutan berkenaan, Rais berkata perkataan yang berbaur fitnah itu juga bermaksud beliau seorang manusia dan/ atau pemimpin yang tidak bermoral.

Kata Rais, berikutan penyiaran makalah itu, nama baik beliau secara peribadi dan/atau secara profesional telah tercemar teruk di peringkat nasional dan/atau antarabangsa, daripada segi ketokohan dan kredit, dan telah diseretkan ke dalam skandal, kebencian dan kehinaan di mata umum serta mengalami keaiban, tekanan dan kerugian.

Rais, yang juga Anggota Parlimen Jelebu, menafikan tuduhan itu bulan lalu selepas nama beliau disebut oleh seorang penulis blog.

Selepas itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah beliau selama lapan tahun dilaporkan sebuah portal berita Indonesia telah menafikan yang dia pernah dilayan secara kejam atau dirogol oleh majikannya. BERNAMA

Sharpshooter - Anda boleh baca artikal yang dimaksudkan oleh Rais Yatim itu di sini.

Sharpshooter pernah menjadi wali hukum yang mewakili negeri Perak, P.Pinang, Kedah, Perlis dan Kelantan, berurusan dengan konsulat Republik Indonesia, yang kerja saya menguruskan kes-kes yang melibatkan pekerja Indonesia di Malaysia.

Jika dipanggil ke mahkamah, saya akan hadir. Kalau takut dipukul badai, usah berumah di tepi pantai, kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan. Sekali melangkah pantang undur.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Mahathir gagal tapi nak salahkan Nik Aziz, kata PAS

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
February 03, 2011

KUALA LUMPUR, 3 Feb — Pemimpin-pemimpin PAS membidas Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mendakwa bekas perdana menteri itu sengaja menyerang Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana mahu menutup kegagalan pentadbiran negara ketika zaman pemerintahannya.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, selain mahu menutup kegagalan pentadbirannya, kenyataan Dr Mahathir itu juga mahu memecahkan sokongan orang Melayu yang kini memihak kepada PAS-Pakatan Rakyat.

“Jadi jangan nak tebus kesalahan itu dengan meletakkan di atas kepala Nik Aziz, PAS dan Nik Aziz bukan penyebab tapi Umno-BN sendiri.

“Jangan letakkan beban kegagalan ketika beliau memerintah dan punca masalah pada Nik Aziz dan PAS,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menegaskan, tindakan Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan yang menyerang peribadi Nik Aziz ekoran kegagalan beliau mendapat kepercayaan orang Melayu.

“Jadi saya harap beliau hentikan propaganda dan usaha-usaha untuk cuba memomokkan isu perpaduan orang Melayu demi kepentingan politik Umno-BN.

“Semua penghakisan sokongan orang Melayu ini berpunca pada zaman beliau yang mana kita lihat orang Melayu bangkit kerana kepincangan dan penyelewengan yang berlaku di zaman beliau,” katanya.

Tambah Mahfuz (gambar), kenyataan Dr Mahathir itu bersifat menghasut yang boleh menjejaskan perpaduan kalangan orang Melayu.

“Saya harap beliau dapat bercakap secara rasional, saya anggap kenyataan beliau itu bersifat menghasut tanpa sebarang fakta tentang masalah perpaduan orang Melayu.

“Bagi saya orang Melayu tidak berpecah, orang Melayu tiada masalah di peringkat biasa (akar umbi) kerana yang jadi masalah apabila Umno-BN berhadapan dengan hakisan sokongan orang Melayu.

“Sekali lagi saya tegaskan orang Melayu tidak berpecah... orang Melayu tak berpecah. Jadi jangan mengheret kerana perbezaan politik sebagai punca perpecahan,” kata beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan orang Melayu negara ini boleh disatukan jika dapat “ketuk kepala” Nik Aziz dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan masalah itu berpunca daripada kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat itu.

Dr Mahathir juga menyifatkan usaha menyatupadukan orang-orang Melayu itu menemui jalan buntu kerana tidak adanya keinginan daripada kedua-dua pemimpin tersebut untuk ke arah itu.

Beliau berkata demikian pada wacana “Kaum Melayu dan Masa Depan” anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan kelmarin.

Sementara dalam tulisan blognya Isnin lalu, Dr Mahathir mendakwa Islam dibawa oleh Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, “lebih teruk dari Islam nasionalis” dan menjadi penyumbang kepada perpecahan orang Melayu Islam negara ini.

Beliau seterusnya berkata, Nik Aziz dan PAS hanya berperanan untuk memecahbelahkan orang Melayu Islam di negara ini.

Seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan Dr Mahathir menyerang dasar Islam yang dibawa PAS seolah-oleh membayangkan Islam yang menyebabkan perpecahan orang Melayu di negara ini.

“Beliau (Dr Mahathir) sebut punca perpecahan Melayu daripada PAS tapi saya tengok dari sudut PAS kita berpegang kepada prinsip Islam.

“Kalau beliau tuduh dasar PAS sebagai punca perpecahan ini bermakna beliau tuduh Islam sebagai punca perpecahan, sepatutnya beliau tidak serang kita, kita sudah banyak kali cakap kepada Umno supaya kembali kepada Islam,” katanya.

Tambah Pesuruhjaya PAS Pahang itu, punca perpecahan orang Melayu bukan disebabkan PAS tetapi Umno-BN.

“Saya nak tanya di sini, siapa yang menyebabkan perpecahan di Kelantan? Sudah 20 tahun PAS memerintah tapi kenapa kerajaan persekutuan tidak mengiktiraf Kelantan selain menafikan hak Kelantan? Punca perpecahan bukan disebabkan PAS tapi kerajaan perseketuan di bawah Umno-Barisan Nasional.

“Kenyataan kata Nik Aziz punca perpecahan terang-terang salah, yang menyebabkan punca perpecahan adalah Umno-BN, malah tidak tanduk Umno-BN mewujudkan perpecahan,” katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, serangan yang dibuat Dr Mahathir itu tidak akan menjejaskan sokongan orang Melayu terhadap PAS.

“Serangan macam ini tidak akan jejaskan PAS kerana serangan peribadi ini bukan perkara baru dalam politik Malaysia.

“Walaupun Umno-BN cuba menjatuhkan maruah Nik Aziz tapi ia tidak akan berjaya,” katanya.

Mesir: bagaimana Malaysia?

Oleh nik mohamad abduh

Saat saya menggerakkan anak-anak jari untuk memulakan penulisan ini, saya tahu saya sedang berkongsi dengan seluruh dunia untuk melihat satu hukum karma yang maha pasti itu berlaku di bumi Mesir. Hukum karma pemiliknya adalah Allah. Kerana itu setiap muslim tidak betah menyebutnya, bahkan menamakannya sebagai sunnah Allah di muka bumi. Sunnah Allah bererti ketentuan dan hukum yang tetap daripadaNya.

Antara sunnah Allah yang mudah difahami dan dilihat ialah hukum pergantian atau silih berganti di antara dua yang berlawanan. Baik berganti buruk dan sebaliknya. Zalim berganti adil dan sebaliknya. Mulia berganti hina dan sebaliknya. Pergantian ini tidak berganti sendiri atau semudahnya. Ia mesti memuncak dan klimaks. Tali apabila sudah memuncak tegangannya, ia pun putus. Maka berlakulah pergantian, kental berganti kendur. Gagah berganti lembik.

Tiada malam yang kelam kecuali kemuncaknya adalah fajar nan menyinsing. Tiada panas yang memuncakkan teriknya kecuali bumi berpusing pantas ke sebelah timur meninggalkan matahari menggelongsor ke hujung barat. Begitu Allah memudahkan kita memahami sifir-Nya itu.

Presiden Husni Mubarak sedang cuba berhelah dengan sunnah ini. Sunnah Allah adalah keruntuhan dan kehinaan ke atas setiap penzalim dan thaghut di bumi-Nya. Firaun telah terhumban lemas di Laut Merah. Bani Israel kembali ke tangan keadilan nabi Musa alaihissalam. Semalam, Husni Mubarak, ketika rakyatnya menyerunya keluar dari Mesir di awal perhimpunan, dia melawan dan berusaha untuk tidak terbang melintasi Laut Merah ke Jeddah atau Dubai. Nah, hari ini rakyatnya meminta lebih daripada itu. Husni Mubarak untuk diadili, bukan untuk dihalau lagi. Kini, patungnya telah diangkat di Medan Tahrir ke tali gantung. Maut untuk penzalim dan thaghut!

Kata seorang penyair agung Tunisia, ‘Satu hari, apabila rakyat mahukan kehidupan (perubahan), maka pasti sekali al qadar (ketentuan tuhan) akan menjawab!’ Maka selepas puluhan tahun, al qadar menjelmakan dirinya, menyambut rakyat Tunisia yang bangkit menuntut kehidupan daripada hangus nyawa putus asa seorang anak mudanya yang dibakar kezaliman Ben Ali yang menjarah di bumi tuhan.

Fajar apabila ia bangkit, ia tidak hanya bangkit di Tunisia. Ia kini bergerak ke Mesir. Kemudian, malam yang kelam sedang menuju pula di Israel, negara haram di bumi Arab. Malam akan memuncak. Apabila fajar membunyikan locengnya, ia enggan kecuali menunggu azan yang akan berkumandang gagah di bumi al Quds.

Kata al imam al Qaradhawi,’Wahai Husni Mubarak, jika pemerintahan itu bagai ghanimah untukmu, maka 30 tahun itu sudah cukup. Jika pemerintahan itu adalah bebanan ke atasmu, maka 30 tahun itu juga sudah cukup. Turunlah kamu!’ Siapakah Husni Mubarak untuk menolak kalam karamah ini?

Kala para mustadhafin di seluruh jemari saraf bumi sedang menanti – nanti keajaiban sunnah Allah ini, kala itulah Allah membeliakkan mata seluruh para penjarah darah dan air mata di bumi-Nya mengarah ke bumi Mesir yang sedang mengumandangkan kalimah ‘La ilaha ilaLlah’ buat membakar sekutu syaitan dan Israel laknatuLlah itu.

Kezaliman memuncak. Kesabaran juga memuncak. Ia kini di medan pertembungan. Adakah anda menyangka kesabaran hujungnya adalah kehancuran? Tidak dan tidak!

Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir

Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya. Firman Allah SWT :

يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi. Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya. Firman Allah SWT :

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya.

Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh? Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46. Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Alahai Rais.!! Yang Ko Saman blogger apahal.. Saman je lah Wikileaks & Migrant Care..



Hairan kita dengan Pak Menteri yang seorang ini. Macam cacing kepanasan. Sepatutnya beliau mengambil injunksi terhadap Wikileaks yang telah mendedahkan kes beliau. Namanya tempampang beberapa di dalam laporan berkenaan. Begitu juga Rais sepatutnya menyaman Migrant Care yang telah mewawancara perempuan yang mendakwa dirinya dirogol oleh Rais.

Saya tertanya-tanya kenapa Rais tidak mebersihkan namanya mengheret Migrant Care ke muka pengadilan sedang Migrant Care telah menyatakan lebih awal bahawa mereka mempertahankan dakwaan mereka itu? Apakah Rais takut lebih banyak akan terburai di mahkamah jika beliau melakukan demikian?

Greenboc
http://greenboc.blogspot.com

SharpShooter Vs Rais Yatim : See You In Court

Sharpshooter - Anda boleh baca artikal yang dimaksudkan oleh Rais Yatim itu di sini.

Sharpshooter pernah menjadi wali hukum yang mewakili negeri Perak, P.Pinang, Kedah, Perlis dan Kelantan, berurusan dengan konsulat Republik Indonesia, yang kerja saya menguruskan kes-kes yang melibatkan pekerja Indonesia di Malaysia.

Jika dipanggil ke mahkamah, saya akan hadir. Kalau takut dipukul badai, usah berumah di tepi pantai, kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan. Sekali melangkah pantang undur.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/


Admin KedahLanie - Tahniah dari kami atas keyakinan anda.

Banner : Alahai kembar seiras nie...!!


Fatwa Nik Aziz; "Tuhan Mencarut"."Undi PAS masuk Syurga"..dan "Golongan Jahiliyah"

"Adakah TGNA akan "kepanasan" dengan isu terbaru yg dimainkan oleh Ulama Umno ?"

Ulama Umno: Raja Melayu, Majlis Fatwa perlu kaji ‘fatwa’ Nik Aziz

KOTA BARU, 2 Feb — Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja Melayu supaya mengkaji kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa merosakkan akidah serta memecah-belahkan perpaduan umat Islam.

Pengerusinya Prof Mohd Noor Deris berkata kenyataan Nik Abdul Aziz seperti mengundi PAS masuk syurga dan tidak mengundi PAS disifatkan golongan jahiliyah dilihat bercanggah dengan syarak kerana boleh menjejaskan kestabilan politik dan keselamatan negara.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ulama-umno-raja-melayu-majlis-fatwa-perlu-kaji-fatwa-nik-aziz/

Usinkata;...Berdasarkan laporan MalaysianInsider diatas maka dengan rasa rendah diri dibawah ini adalah satu jawapan yan paling mudah utk menjawab gesaan yg dibuat oleh Ulama Umno itu..

Apa yang membezakan ialah isu yg sedang dimainkan oleh UMNO utk memburukan imej PAS di mata umat Islam dinegara ini serta mengherat-paksa-memaksa Majlis Fatwa ke arena politik .

Dibawah ini dipaparkan apa yang berlaku ketika isu "Tuhan Mencarut" dimainkan lidah rasmi Umno dan "Firaunya"..

Datuk Hashim Yahya dilantik menjadi Mufti Wilayah Persekutuan ke empat, selama enam tahun bermula 1997 hingga 2003.Kontark beliau tidak disambung kemungkinan kerana sikap tegas beliau berhubung isu"TUHAN MENCARUT" yang dilontarkan oleh Menteri Besar Kelantan ,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut beliau, Perdana Menteri,Datuk Seri Mahathir Mohammad(Tun) ketika itu meminta para muft mengeluarkan beberapa perkataan mengatakan ucapan Datuk Abdul Aziz Nik Mat itu tidak betul.

"Walaupun dua tiga perkataan tetapi kita kalau apa yang kita beritahu itu tidak betul, dosanya nanti neraka."


"Jadi para mufti minta dipertemukan dengan Nik abdul Aziz untuk mendengar sendiri penjelasan beliau yang diucapkan itu"


"Atau sekurangnya kaset.Kita tidak boleh menghukum berdasarkan laporan akhbar.Kita mesti mendapat penjelasan yang sebenar.Baru boleh buat hukum."


"Loghat bahasa pun satu hal juga.Macam orang Melaka bahasa sumpahan dan seranahan itu perkara yang menunjukan kemesraan mereka.Jadi ini semua kena kaji,baru boleh buat hukum."


"Hukum berasaskan kepada tasawur kita terhadap masalah itu.Sebenarnya akhbar pulak penyokong kerajaan.Jadi hakikat sebalik itu kita tidak tahu dengan sebab itu kita tidak boleh komen kalau kita tidak tahu."

"Kita minta nak jumpa Nik Abdul Aziz untuk mengetahui ucapan sebenar atau ucapan kaset,mereka tidak bagi maka kita tidak dapat tasawur yang betul maka dengan sebab itu saya tidak boleh bagi komen maka ini menyebabkan mereka tidak senang hati"

Menurut beliau para mufti kena ada syaksiah diri untuk mengelak tekanan tersebut.Kalau tidak ada integriti maka ia mudah hanyut dan dipergunakan oleh pihak lain.

sumber; petikan temuramah wartawan Siasah keluaran 28Jan-03Feb 2011 m/s 39 ( BERANDA MINDA)
Terkata oleh usinwafer

Umur 23 & 26 pun dah jadi penyamun...



Dua penyamun tegar dipenjara

ALOR SETAR - Dua sahabat yang melakukan kegiatan menyamun menggunakan senjata di stesen minyak tahun lalu dijatuhkan hukuman penjara berasingan selama 66 tahun dan 21 sebatan ke atas kes yang berasingan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Nor Sharidah Awang berkata, bagaimanapun hukuman penjara secara serentak dikenakan kepada Abdullah Mat Daud, 26, dan Mohd Azrul Ashwar, 23, selama 10 tahun dan 21 sebatan.

Menurutnya, hukuman berasingan yang diberikan itu adalah setelah mengambil kira kes samun yang semakin berleluasa.

“Jika kedua-dua tertuduh melakukan satu kesalahan, ia boleh dipertimbangkan tetapi kedua-dua tertuduh melibatkan 10 kes.

“Hukuman setimpal yang diberikan ini adalah mencerminkan kepentingan awam,” katanya sewaktu keputusan dibuat.

Nor Sharidah berkata, hukuman yang dikenakan diharap dapat muhasabah diri kedua-dua tertuduh dan mereka tidak mengulangi kesalahan itu kerana kerana tiada jalan mudah untuk kaya.

Berdasarkan kertas pertuduhan yang dibacakan ke atas kedua-dua tertuduh yang kelihatan tenang dalam kandang, mereka melakukan kesalahan dengan menggunakan modus operandi yang sama iaitu menggunakan pistol dan parang bagi menakutkan mangsa.

Kegiatan yang dilakukan dua sahabat itu bermula sejak Jun hingga Oktober tahun lalu setelah Abdullah ditangkap di kawasan rumahnya di Kampung Panchur, Pokok Sena pada 7 Oktober manakala Mohd Azrul di hadapan Balai Bomba Jalan Raja pada keesokan harinya.

Sewaktu proses rayuan dibuat, Abdullah memohon agar hukuman singkat diberikan kerana dia mempunyai anak yang masih kecil manakala Mohd Azrul juga memohon rayuan yang sama bagi membolehkan penangguhan perkahwinannya dapat dibuat dengan segera.

Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Hashim berkata, hukuman yang diberikan ke atas tertuduh perlulah mengambil kira senjata yang digunakan kerana menimbulkan ketakutan kepada mangsa.

Azlina berkata, sebanyak 39 barang kes iaitu satu parang, dua pistol, dua topi keledar, kasut, tiga motosikal, seluar jean, empat rangkai anak kunci, tiga helai kemeja T, tiga papan nombor pendaftaran dan dokumen.

“Saya mohon agar hukuman yang dikenakan mesti mencerminkan kepentingan orang awam dan mengambil kira pengadu berlainan,” katanya. [sinarharian]

Al-Azhar tawar tanah bina asrama

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Universiti Al-Azhar untuk membina asrama baru bagi menempatkan pelajar Kedah yang menuntut di Timur Tengah dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihaknya peka dengan kesulitan yang dialami sebahagian besar pelajar Kedah di sana berikutan asrama yang terhad, sehingga memaksa mereka menyewa bilik atau rumah sewa.

“Kita bercadang menambah apartmen di sana untuk dijadikan asrama pelajar Kedah. Pada masa sama bercadang membina asrama baru dalam kawasan kampus dengan kerjasama Universiti Al-Azhar,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri kini sedang mempertimbangkan tawaran daripada Universiti Al-Azhar yang menawarkan sebidang tanah dalam kawasan kampus untuk dibina asrama pelajar.

“Ia masih dalam perundingan awal, dan saya akan minta Pegawai Kewangan Negeri berbincang dengan pihak Kedutaan bagi melancarkan projek ini demi untuk manfaat pelajar. Namun bila projek ini akan siap sepenuhnya belum dapat dipastikan,” katanya.

Azizan yang juga Pengerusi Yayasan Islam Negeri Kedah berkata, berdasarkan perbincangan lalu, pengurusan Universiti Al-Azhar bersetuju menyediakan sebidang tanah, membekalkan makanan kepada pelajar selain menanggung kos penyelenggaraan asrama berkenaan.

“Setakat ini lokasi yang dijanjikan adalah di Kaherah cuma butiran terperinci belum dapat saya dedahkan. Saya akan usahakan agar projek ini dapat disegerakan kerana prihatin dengan kekurangan kemudahan asrama pelajar kita di sana,” katanya. [sinarharian]

Laman web aduan rakyat Kedah dah ada...


Assalamualaikum

Alhamdulillah nampaknya Kerajaan Negeri Kedah sudah setapak lagi maju kedepan... oleh itu kepada semua rakyat Kedah yang mana tak puas hati dan nak komplain berkenaan negeri Kedah bolehlah gunakan laman web di bawah... Anda tanya dan beritahu akan masalah yg melanda di kawasan negeri kita... TAHNIAH sekali lagik....

nie laman web nya - http://www.aduankedah.com

Mula Ulama muda La nie Ulama tua pulak buat kelaku

Ulama UMNO cabar nak berdebat dengan TG Nik Aziz..

Salam sejahtera..

Makhluq inilah sewaktu dalam PRK DUN Galas yang dok maki hamun TGNA sewaktu dalam kempen di Galas tahun lepas,,

Menurut cerita dulu-dulu, makhluq ni adalah penceramah tersohor PAS, dia nilah yang rajin dok mengkafirkan ahli-ahli UMNO....

Tup-tup dengan takdir Allah dia pulak yang masuk UMNO,, hairankan kuasa Allah...
Entah kenapa pulak, terasa hati rindu dendam dengan TGNA,, nak ajak berdebat, tak cukup nak berdebat siap nak lapor kat Polis, kemudian Majlis Raja-raja Melayu pulak...ish-ish..

Dah rupa perangai budak tadika KEMAS aja... he he macam ni rupa jenis standard Ulamak Veteran UMNO... khahk...pthuiih..

Oii hari ini baru aku dengak Ulamak Veteran pulak,,, sebelum ini ulama Muda,,, macam-macam ulama UMNO,,, Ulamak MCA pun ada.... .

BUKTI APCO & UMNO


Inilah buktinya,kata DSAI sambil menunjukkan surat perjanjian di antara Kerajaan BN dengan APCO dan perjanjian hubungan APCO dengan kerajaan Israel Laknatullah.Sehingga menyebabkan beliau digantung selama 6 bulan dari menghadiri sidang parlimen."Inilah Umno pengecut"katanya,"saya akan wujudkan beribu-ribu parlimen di negara ini dalam setiap ceramah yang saya hadiri,"tegas beliau.

Ceramah DSAI dan Haji Nizar di Gopeng baru-baru ini menarik kehadiran ribuan pendengar yang ingin mengetahui perkembangan tentang isu-isu semasa.Walaupun berbagai halangan yang cuba dilakukan oleh Umno melalui salah satu cawangan mereka iaitu PDRM namun ceramah pada malam tersebut dapat berjalan dengan lancarnya.

Sekali lagi DSAI mengulangi penderiannya sanggup berdebat dengan Najib Altantuya tanpa mengira tajuk yang ditetapkan oleh pihak Najib..ada beraniii..??Beliau menyeru orang melayu jangan jadi "Bodoh" dan "Pak angguk" dengan gula-gula yang disajikan oleh Umno demi untuk mempertahankan kuasa mereka yang semakin mereput.

Mengapa kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak,ini kerana kewangan negara sudah kehabisan sebab digunakan untuk perkara-perkara yang membazir,rasuah,penyelewengan dan projek-perojek yang menguntungkan kroni.

Apakah kita mahu menjadi seperti negara Nigeria yang kaya dengan Minyak tetapi rakyatnya susah dan menderita dengan kenaikan harga barangan keperluan disebabkan berlaku penyelewengan yang menyebabkan rakyat bangun dan menentang kerajaan Nigeria sehinggakan Presidennya terpaksa lari dengan membawa wang 20 bilion keluar negara.

jangan takut yeob..kita ambil balik Perak pada PRU 13

kita kasi jatuh ini BN dalam PRU 13 maa...

adik comel ni pun tak ketinggalan...

Ribuan pendengar yang setia...

Para belia Umno yang hadir untuk mendengar walaupun
berada di luar pagar..

cenderahati untuk Anuar..

Otai Pakatan Rakyat..ada beraniii...

Ceramah yang disampaikan oleh para penceramah pada malam
tersebut telah memberikan kepuasan dan hadirin telah mendapat
maklumat yang betul dan tepat.

MUUUUU BaraK?????

Pro-government supporters of Egyptian President Hosni Mubarak (L) clash with anti-government protesters in Tahrir square in central Cairo February 2, 2011. Egypt's army denied firing any shots in Cairo's Tahrir Square, where pro- and anti-government protesters were clashing, state television said on Wednesday.

Reuters Pictures 39 minutes ago

Pro-government supporters of Egyptian President Hosni Mubarak (L) clash with anti-government protesters in Tahrir square in central Cairo February 2, 2011. Egypt’s army denied firing any shots in Cairo’s Tahrir Square, where pro- and anti-government protesters were clashing, state television said on Wednesday.

Pro and anti-Mubarak supporters clash at Tahrir Square in Cairo February 2, 2011. Opponents and supporters of Egypt's President Hosni Mubarak fought with fists, stones and clubs in Cairo on Wednesday in what appeared to be a move by forces loyal to the Egyptian leader to end protests calling for him to quit.

Reuters Pictures 27 minutes ago

Pro and anti-Mubarak supporters clash at Tahrir Square in Cairo February 2, 2011. Opponents and supporters of Egypt’s President Hosni Mubarak fought with fists, stones and clubs in Cairo on Wednesday in what appeared to be a move by forces loyal to the Egyptian leader to end protests calling for him to quit.

Pro-Mubarak protesters captured by anti-government supporters are handed over to the army during rioting between pro and anti-Mubarak supporters at Tahrir Square in Cairo February 2, 2011. Opponents and supporters of Egypt's President Hosni Mubarak fought with fists, stones and clubs in Cairo on Wednesday in what appeared to be a move by forces loyal to the Egyptian leader to end protests calling for him to quit.

Reuters Pictures 39 minutes ago

Pro-Mubarak protesters captured by anti-government supporters are handed over to the army during rioting between pro and anti-Mubarak supporters at Tahrir Square in Cairo February 2, 2011. Opponents and supporters of Egypt’s President Hosni Mubarak fought with fists, stones and clubs in Cairo on Wednesday in what appeared to be a move by forces loyal to the Egyptian leader to end protests calling for him to quit.

Anti-government supporters throw stones over a barricade at pro-Mubarak supporters during clashes at Tahrir Square in Cairo February 2, 2011. Opponents and supporters of Egypt's President Hosni Mubarak fought with fists, stones and clubs in Cairo on Wednesday in what appeared to be a move by forces loyal to the Egyptian leader to end protests calling for him to quit.

Reuters Pictures 20 minutes ago

Anti-government supporters throw stones over a barricade at pro-Mubarak supporters during clashes at Tahrir Square in Cairo February 2, 2011. Opponents and supporters of Egypt’s President Hosni Mubarak fought with fists, stones and clubs in Cairo on Wednesday in what appeared to be a move by forces loyal to the Egyptian leader to end protests calling for him to quit.

An injured demonstrator has blood wiped off his face during clashes between pro and anti-Mubarak supporters clash at Tahrir Square in Cairo February 2 , 2011. Opponents and supporters of Egypt's President Hosni Mubarak fought with fists, stones and clubs in Cairo on Wednesday in what appeared to be a move by forces loyal to the Egyptian leader to end protests calling for him to quit.

Reuters Pictures 30 minutes ago

An injured demonstrator has blood wiped off his face during clashes between pro and anti-Mubarak supporters clash at Tahrir Square in Cairo February 2 , 2011. Opponents and supporters of Egypt’s President Hosni Mubarak fought with fists, stones and clubs in Cairo on Wednesday in what appeared to be a move by forces loyal to the Egyptian leader to end protests calling for him to quit.

Pro and anti-Mubarak supporters clash at Tahrir Square in Cairo February 2, 2011. Opponents and supporters of Egypt's President Hosni Mubarak fought with fists, stones and clubs in Cairo on Wednesday in what appeared to be a move by forces loyal to the Egyptian leader to end protests calling for him to quit.

An injured demonstrator holds his head during clashes between pro and anti-Mubarak supporters at Tahrir Square in Cairo February 2, 2011. Opponents and supporters of Egypt's President Hosni Mubarak fought with fists, stones and clubs in Cairo on Wednesday in what appeared to be a move by forces loyal to the Egyptian leader to end protests calling for him to quit.

An army soldier on the roof of Egypt's national museum watches as pro-government supporters of Egyptian President Hosni Mubarak (L) clash with anti-government protesters in Tahrir Square in central Cairo February 2, 2011. Egypt's army denied firing any shots at protesters in Cairo's Tahrir Square, where pro- and anti-government protesters clashed, state media and the Defence Ministry said.

Reuters Pictures 38 minutes ago

An army soldier on the roof of Egypt’s national museum watches as pro-government supporters of Egyptian President Hosni Mubarak (L) clash with anti-government protesters in Tahrir Square in central Cairo February 2, 2011. Egypt’s army denied firing any shots at protesters in Cairo’s Tahrir Square, where pro- and anti-government protesters clashed, state media and the Defence Ministry said.

An army soldier on the roof of Egypt's national museum watches as pro-government supporters of Egyptian President Hosni Mubarak (L) clash with anti-government protesters in Tahrir Square in central Cairo February 2, 2011. Egypt's army denied firing any shots at protesters in Cairo's Tahrir Square, where pro- and anti-government protesters clashed, state media and the Defence Ministry said.

Pro-government supporters of Egyptian President Hosni Mubarak clash with anti-government protesters in Tahrir square in central Cairo February 2, 2011. Egypt's army denied firing any shots in Cairo's Tahrir Square, where pro- and anti-government protesters were clashing, state television said on Wednesday.

Anti-government demonstrators carry an injured man during clashes with supporters of Egyptian President Hosni Mubarak at Tahrir Square in Cairo February 2, 2011. Opponents and supporters of Mubarak fought with fists, stones and clubs in Cairo on Wednesday in what appeared to be a move by forces loyal to the Egyptian leader to end protests calling for him to quit.

A pro-Mubarak supporter is held by anti-Mubarak demonstrators during clashes at Tahrir Square in Cairo February 2, 2011. Opponents and supporters of Egypt's President Hosni Mubarak fought with fists, stones and clubs in Cairo on Wednesday in what appeared to be a move by forces loyal to the Egyptian leader to end protests calling for him to quit.

Pro-government and supporters of Egyptian President Hosni Mubarak (top) and anti-government demonstrators (bottom) clash at Tahrir Square in Cairo February 2, 2011. Opponents and supporters of Mubarak fought in central Cairo on Wednesday in what appeared to be a move by the strongman to stamp out nine days of protests calling for him to quit.

Reuters Pictures 5 minutes ago

Pro-government and supporters of Egyptian President Hosni Mubarak (top) and anti-government demonstrators (bottom) clash at Tahrir Square in Cairo February 2, 2011. Opponents and supporters of Mubarak fought in central Cairo on Wednesday in what appeared to be a move by the strongman to stamp out nine days of protests calling for him to quit.

An injured anti-government protester is helped during clashes between pro and anti-Mubarak supporters clash at Tahrir Square in Cairo February 2, 2011. Opponents and supporters of Egypt's President Hosni Mubarak fought with fists, stones and clubs in Cairo on Wednesday in what appeared to be a move by forces loyal to the Egyptian leader to end protests calling for him to quit.

Supporters of embattled Egyptian President Hosni Mubarak (top) clash with opposition protestors in Cairo's Tahrir square on February 02, 2011.

An Egyptian  cries in front of on army tank in Tahrir, or Liberation square, in Cairo, Egypt, Wednesday, Feb. 2, 2011. Several thousand supporters of President Hosni Mubarak, including some riding horses and camels and wielding whips, clashed with anti-government protesters Wednesday as Egypt's upheaval took a dangerous new turn.

AP Photo 13 minutes ago

An Egyptian cries in front of on army tank in Tahrir, or Liberation square, in Cairo, Egypt, Wednesday, Feb. 2, 2011. Several thousand supporters of President Hosni Mubarak, including some riding horses and camels and wielding whips, clashed with anti-government protesters Wednesday as Egypt’s upheaval took a dangerous new turnM

Benarkah kita gagal?

oleh Roslan SMS

“Sidang DUN gagal” itulah tajuk pilihan Utusan Malaysia hari ini. Berita berkenaan merujuk kepada kegagalan Dewan Selangor semalam mendapatkan majoriti dua pertiga untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

Sebagaimana kita ketahui kerajaan negeri Selangor semalam berusaha meminda Perlembagaan Negeri iaitu Perkara 58 Fasal 5 (Bahagian 2) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa DYMM Tuanku Sultan Selangor dan MB Selangor dalam melantik 3 pegawai eksekutif negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri, ketiga-tiga penjawat jawatan ini duduk dalam Mesyuarat EXCO Negeri.

Isu ini berbangkit ekoran perlantikan SUK yang baru iaitu Datuk Khusrin Munawi yang tidak melalui proses amalan biasa sebaliknya dicadang dan dikemukakan terus oleh kerajaan Pusat tanpa berbincang dengan kerajaan negeri yang telah pun mengambil inisiatif menyaring dan mengenal mpasti calon-calon yang paling baik dan layak menjawat jawatan tertinggi awam negeri ini.

Benar sidang DUN gagal meluluskan pindaan ini kerana setelah undian 34 menyokong manakala 20 menolak (satu tidak hadir kerana kerusi Pelabuhan Kelang telah dikosongkan). Kerajaan negeri perlukan sokongan dari sekurang-kurangnya 38 ADUN bermakna kekurangan 4 undi.

Apakah pengajaran dari episod ini?

Umno Selangor tidak mahu kembalikan kuasa Sultan dan rakyat. Umno Selangor hari ini masih pekat dan tebal menyokong cita-cita Tun Dr Mahathir di tahun 1993 lalu yang ghairah menghakis, mengekang dan merampas kuasa Raja-raja Melayu. Di Selangor ketika itu ada seorang pemimpin Umno semasa berbahas di Perhimpunan Agung Umno sehingga menyerang Almarhum Sultan Selangor kononnya membazir dan menghabiskan kewangan negeri. Itulah Umno dahulu dan inilah Umno yang sama yang melaung kononnya mahu berjuang mempertahan kedaulatan Raja-raja Melayu tetapi hakikatnya merekalah penderhaka terbesar.

Hakikatnya Pakatan Rakyat lah walau dihamburkan dengan pelbagai tohmahan yang sesungguhnya berusaha memartabatkan kembali kuasa Sultan dan rakyat tetapi ditolak mentah-mentah oleh Umno dan BN Selangor.
Rakyat Selangor perlu kembalikan Pakatan Rakyat pada PRU akan datang dengan majoriti dua pertiga. Jangan izinkan Umno dan BN menyalahgunakan bilangan kecil mereka untuk menyekat kebangkitan kuasa dan suara rakyat. Tolak terus Umno dan BN di Selangor.

Syabas kerajaan negeri dan MB Tan Sri Kahlid Ibrahim, walau kita gagal kali ini insyallah rakyat Selangor melihat dan tahu menilai, kita akan kembali mengukuhkan kerajaan negeri pada PRU akan datang dengan majority yang lebih besar dan selesa.

Dadah : Vokalis Rock : anak 4 tahun

Ayer Keroh: Seorang vokalis kumpulan rock terkenal tanah air ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini atas dakwaan memiliki dadah jenis ganja dan syabu di sebuah hotel bajet di Taman Melaka Raya, dekat sini, jam 5.20 petang semalam.

Beliau yang berusia 42 tahun ditahan reman bersama isterinya yang berusia 41 tahun, mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1)(a), akta sama.

Kebenaran menahan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Aishah Hijriah Arshad, kira-kira jam 12 tengahari tadi.

Mengikut fakta, pasangan ini ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Melaka Raya 3, dalam satu serbuan yang dilakukan sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, susulan makluman awam.

Hasil serbuan itu, polis menemui 122 gram ganja dan satu gram syabu.

Turut bersama pasangan ini adalah seorang anak lelaki mereka berusia empat tahun.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...