TERKINI :

Sunday, January 30, 2011

Tenang : bertenang.. Kita Jangan Lemah Semangat

Pada waktu posting ini ditulis, Tulang Besi mendapat maklumat PAS akan kalah di Tenang dengan majoriti sekitar 3500+. Tulang Besi ingin meminta para pendokong dan penyokong keadilan dan kebenaran supaya jangan patah hati.

Mesti diingat, kerusi Tenang ini adalah KUBU KUAT BN. Dengan segala wang dan sogokan yang dicurah sepanjang kempen, saya tak terkejut majoriti BN naik. Tak perlu isu lain, cukup dengan isu MENJAMIN SURVIVAL UMNO sudah boleh mengaut undi yang ramai dari orang Melayu

Yakni, faktor sentimental kepada UMNO itu adalah isu yang besar di Johor.

Malah, sedari awal lagi saya sudah agak majoriti BN akan naik lebih dari PRU2008. Tidak mungkin jentera kita mampu berhadapan dengan wang dan sogokan yang bertali arus dari BN dan UMNO.

Ditambah dengan kempen fitnah dan serangan pribadi yang tiada henti, tidak hairanlah pengundi2 Melayu ada yang kembali pada BN

Namun, harus diingat, pada 2008 terdapat pengundi Melayu yang mengundi protes pada Pak Lah. Pengundi2 ini telah kembali pada UMNO dan BN.

Keputusan ini tidak boleh diulang di negeri-negeri lain kerana orang2 Melayu di tempat lain bukan totok UMNO seperti di Johor.

Namun, ia juga mendedahkan kelemahan Pakatan Rakyat yang utama: "Program-program Melayu Pakatan Rakyat masih belum sampai maklumatnya kepada majoriti orang2 Melayu".

Persoalan seperti kedudukan Dasar Ekonomi Baru, MARA, ITM, kuota kemasukan universiti, biasiswa dsbnya MESTI DISELESAIKAN dari sekarang.

Dalama masa yang ada, kalau isu2 yang sensitif kepada Melayu dapat diselesaikan saya yakin UMNO akan kalah di merata-rata tempat.

Kepada saudara-saudara ku, jangan patah hati. Inshaalah, kita akan menang balik selepas ini.

Tulang Besi

Final Terbuka Korea: Chong Wei tumpas kepada Lin Dan

30/01/2011 8:12pm
http://www.hot-screensaver.com/wp-myimages/lee-chong-wei-vs-lin-dan.jpg

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan badminton Terbuka Korea selepas tumpas di tangan musuh tradisi, Lin Dan pada perlawanan akhir di Seoul, sebentar tadi.

Chong Wei, pilihan pertama kejohanan bagaimanapun mempamer permainan menarik sebelum akur 19-21, 21-14, 16-21 dalam pertarungan 1 jam, 15 minit di tangan juara Olimpik, Lin Dan. – Utusan

Tak Rasmi: BN dahului PAS

Jan 30, 11 5:46PM
7.15pm Seperti dijangka, BN berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang. Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam laman Twitternya, mengucapkan tahniah kepada BN.

Gambar untuk tatapan.. Satu pesanan - jangan lupa bila dah menang rakyat tenggelam air nie..!!







ada lagi kat Facebook nie
Klik 1
Klik 2
Klik 3

Tenang : 71.8% mengundi



Proses pengundian ditutup, 71.8% mengundi

Sebanyak 71.8 peratus daripada sejumlah 14,753 pengundi berdaftar bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata jumlah peratusan itu lebih rendah daripada pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.

"Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk sehingga laluan ke beberapa pusat pengundian dinaiki air serta kawasan seperti Pekan Lama Labis dilanda banjir," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Proses pengundian bagi kerusi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang, ditutup pukul 5 petang ini.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya berkata kesemua 12 pusat pengundian yang dibuka pukul 8 pagi tadi telah ditutup dan peti-peti undi akan dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini.

Keputusan dijangka akan diumumkan pada pukul 8 malam ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandang Datuk Sulaiman Taha, 59, meninggal dunia pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Pilihanraya dalam banjir di Tenang




Pilihan Raya Banjir Di Tenang

Kesemua 12 pusat pengundi di Tenang sudah pun ditutup. Pilihan raya Tenang yang mula dijangka akan mencatat pilihan raya terbaik dengan sasaran 80% pengundian oleh SPR sebaliknya bertukar menjadi sebaliknya. Inilah dikatakan ketentuan Tuhan mengatasi segala tadbir manusia.

Peratus keluar mengundi tidak sampai 70%. Kadar mengundi rendah memberi petanda buruk kepada pihak pembangkang. Beberapa kawasan terputus menyebabkan pengundi tidak boleh keluar.

Keadaan ini ditambah lagi dengan bantuan kepada pengundi yang disedikan oleh agensi tertentu tidak adil. Mudah difahami pengundi Pas tidak dibawa ke pusat pengundian sedangkan Pas pula tidak mempunyai kelengkapan yang banyak. Agensi penyelamat sudah semestinya akan memberi keutamaan kepada pengundi UBN.

Suasan alam di Tenang hari ini berpihak kepada UBN.

Ini bukan alasan untuk menghalalkan kekalahan Pas. Keadaan ini, banjir juga menyebabkan sasaran UBN hendak campai 3,000 hingga 5,000 majoriti mungkin tidak tercapai.

Dengan kadar hanya 67% keluar mengundi ini bermakna sebanyak 9,800 orang pengundi saja yang keluar. Dari angka ini dapat dikira UBN akan meraih sekitar 5,000 manakala Pas pula paling tinggi 3,500. Dijangkakan majoriti bakal diperolehi UBN sekitar 1,500.

Jika ini berlaku sasaran Pas untuk mengurangkan majoriti diraih UBN dalam pilihan raya kira-kira 2,400 berjaya.

Ini rumusan awal berdasarkan jumlah pengundian yang belum diumumkan secara rasmi SPR. Angka berkenaan akan berubah sekiranya peratus pengundian melebihi 70%.

Kemalangan yang menimpa pilihan raya berkenaan, dibajiri, maka bolehlah disifatkan pilihan raya kecil Tenang itu adalah pilihan raya banjir.[*** 5:10 pm 30/01/11]

Mohd Sayuti Omar,

Depa Kata : Buku teks salah cetak.. Rugi sampai RM4juta..!!


DENGAQ KATA BUKU TEKS "ENGLISH YEAR 1" NIE SILAP CETAK - 400,000 NASKAH DITARIK BALIK DENGAN KERUGIAN MENCECAH RM 4 JUTA

ADAKAH MENTERI PELAJARAN MAHYUDDIN YASSIN MESTI BERTANGGUNG JAWAB .... apa macam?

Rakyat Membara menolak Mubarak..!!




BN dah tak TENANG...


Ramai yang kata, buat la macamana pun, buat la apa pun... BN tetap menang mudah di Tenang. Bukan saja kata di Tenang malah seluruh negeri Johor sekalipun adalah merupakan kubu kuat BN sejak dulu kala lagi. Jarang pembangkang dapat sua kaki kat sana. Hinggakan pilihanraya, terlupa nak letak calon terletak kopiah sejengkal tinggi pun gerenti menang.

Pagi ni nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan tu. Depa akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

Tapi hari merayakan demokrasi kat Tenang jadi sedikit kelam kabut dan gusar kerana hujan lebat, hujan rahmat telah menyerang kawasan sekitar sejak awal pagi lagi. Walaupun hujan, proses pengundian tetap diteruskan walaupun agak lembab dan kurang lancar.

Mengikut perkiraan aku, PAS dalam keadaan tenang menghadapi suasana semasa... PAS ni dah mangli dengan kekalahan, PAS dah biasa dengan sikap bertahan, PAS underdog dalam PRK Tenang nih.... tapi yang tak TENANGnya adalah BN.

BN tak TENANG kerana ni kawasan depa, kalau ramai mak cik pak cik felda yang tak keluar mengundi pasai hujan, depa akan kalah nanti. BN tak TENANG kerana ni kubu kuat depa, kalau majoriti cina dah segan nak tengok muka BN, BN akan kalah di tangan PAS. BN tak TENANG kerana Tenang ni merupakan penunjuk aras sokongan BN di Johor, kalau depa kalah di Tenang bermakna kubu terakhir mereka di Semenanjung dah bocor. Alamat kata, poket ramai kroni BN Johor akan bocorlah lepas PRU ke 13 nanti... haha...

PAS hanya mencuba memberi pilihan pada rakyat Tenang, tapi BN tertekan untuk mengekalkan kemenangan dengan majoriti besar kerana ini adalah negeri TPM berbangsa Umno mereka...
  • http://shalehudin.blogspot.com

Laman web : Depa takut Jadi Adakah kita pon takut juga..??

Musuh Baru Rezim Mesir: Facebook dan Twitter

VIVAnews - Pihak berwenang Mesir memutus akses internet sejak Kamis, 27 Januari 2011, demi mencegah munculnya kembali demonstrasi besar-besaran anti pemerintah.

Tampaknya tindakan preventif itu tidak berhasil, karena demonstrasi massal kembali pecah secara serentak di penjuru Mesir, Jumat 28 Januari 2011, untuk menuntut rezim Hosni Mubarak mundur.

Bagi kalangan pengamat, langkah pemerintah Mesir memutus akses internet menandakan bahwa laman-laman sosial media telah berperan penting dalam menciptakan pergolakan massal. Maka, bagi rezim Mubarak, jejaring sosial seperti Facebook dan Twitter harus diblokir, bahkan semua akses internet jangan sampai tetap beredar.

Menurut kolumnis Computerworld, Jaikumar VijayanRezim, Mubarak tidak ingin mengulang kejadian di Tunisia sekaligus ingin mengadopsi langkah-langkah China dan Iran dalam membendung gerakan populer yang dibantu oleh media-media sosial di internet.

Selama ini. para aktivis dan kubu oposisi bisa dengan mudah memobilisasi massa dan melakukan koordinasi gerakan unjuk rasa melalui akun di Facebook dan Twitter. Mereka juga bisa menjadi media alternatif dengan menayangkan video-video bentrokan yang segera tersebar ke seluruh dunia melalui laman YouTube dan blog.

Data dari laman pemantau media sosial, Social Bakers, menunjukkan bertambahnya jumlah pengguna Facebook di Mesir. Enam bulan lalu, jumlah pengguna jejaring sosial itu tidak sampai 3,2 juta. Namun, hingga pekan lalu, pengguna Facebook di Negeri Piramid ini berjumlah lebih dari lima juta orang. Sekitar 85 persen pengguna masuk dalam angkatan usia produktif, yaitu 18 hingga 44 tahun.

Berdasarkan data tersebut, tidak heran bila jejaring sosial seperti Facebook menjadi alat perjuangan para aktivis untuk berkoordinasi dan memobilisasi massa. Grup-grup di Facebook pun bermunculan. Walau menonjolkan tema-tema yang berbeda - dari kesulitan ekonomi hingga kekerasan aparat - tujuan grup-grup itu sama, yaitu bersatu menggulingkan pemerintahan Mubarak melalui gerakan massa.

Harian The Guardian mencatat, salah satu grup di Facebook yang populer adalah "We are all Khaled Said." Grup itu mengadopsi nama seorang pemuda di Kota Alexandria yang dipukul hingga mati oleh polisi tahun lalu.

Grup online itu membawa pesan solidaritas melawan aparat keamanan yang semena-mena atas kaum muda. Dengan cepat, grup itu diakses oleh ratusan ribu pengguna Facebook di Mesir.

Kaum oposisi tradisional pun akhirnya ikut pola kaum muda dalam menyampaikan pesan ke banyak orang melalui media sosial. Itulah yang dilakukan Mohamed El Baradei, salah seorang tokoh oposisi.

Peraih Nobel Perdamaian 2005 ini memanfaatkan Twitter untuk menyampaikan pesan-pesan politiknya. "Dukung penuh seruan untuk demonstrasi damai melawan represi," demikian kicau ElBaradei di Twitter, seperti yang dipantau majalah Newsweek.

Kedatangan ElBaradei ke Kairo untuk mendukung demonstrasi pada 28 Januari itu disebarluaskan melalui internet.

Perkembangan pesat jumlah pengguna media sosial di Mesir itulah yang membuat rezim Mubarak memutuskan melakukan tindakan frontal, yaitu memutus semua akses internet.

Richard Stiennon, pengamat dari IT-Harvest, menilai bahwa upaya pemerintah Mesir itu menunjukkan bahwa stabilitas pemerintahan, pengambilan kebijakan, bahkan pemilihan umum bisa dipengaruhi oleh akses yang bebas dan terbuka atas informasi dan publik.

"Pemerintah punya kemampuan untuk menggunakan teknologi dalam memblokir semua akses ke layanan-layanan tertentu. Masalahnya, sampai seberapa lama tindakan itu bisa dilakukan," kata Stiennon seperti dikutip laman Computerworld.

Menurut dia, pihak berwenang harus memutus semua akses internet secara serentak di semua wilayah untuk mencegah massa berkoordinasi satu sama lain.

Pemblokiran itu sukses dilakukan oleh Iran ketika menghadapi gelombang demonstrasi massal pada 2009. Saat itu kubu oposisi sukses menghimpun massa melalui berbagai pesan di Twitter dan Facebook untuk menentang hasil pemilu, yang mereka anggap sarat kecurangan sehingga memenangkan kembali Presiden Mahmoud Ahmadinejad.

Namun, Iran saat itu bertindak sigap dengan memblokir semua akses internet untuk publik. Massa demonstran pun kesulitan berkoordinasi di berbagai kota dan akhirnya gerakan anti Ahmadinejad berhasil ditangkal.

China pun menerapkan kontrol yang ketat atas penggunaan internet. Bahkan, pengguna internet di China tidak bisa mengakses jejaring sosial yang populer seperti Facebook, Twitter, dan Youtube. Ini berkat upaya serius pemerintah China dalam mengendalikan teknologi informasi di negeri mereka dengan mengerahkan dana yang besar dan kampanye yang terus-menerus.

Namun, China dan Iran berbeda dengan Mesir. Kedua negara itu bisa melakukan kontrol internet yang ketat karena memiliki infrastruktur dan keuangan yang memadai. Sebaliknya, Mesir tengah mengalami krisis ekonomi. Harga-harga kebutuhan pokok naik, begitu pula tingkat pengangguran.

Memutus jaringan internet di hampir penjuru Mesir selama berhari-hari bisa turut memperburuk situasi ekonomi di negara itu. Di hampir semua negara, teknologi informasi seperti internet telah menjadi elemen penting untuk menggerakkan perekonomian.

"Cuma masalah waktu sebelum internet kembali berfungsi di Mesir," kata Sherif Mansour, pengamat dari Freedom Watch, seperti dikutip Wired.com. "Pemerintah pun butuh internet untuk menggerakkan ekonomi, investasi, dan beroperasi," lanjut Mansour.

Mesir lagu nie.. Malaysia lagu mana..??

facebook Mahadzir Ab Malek

CERDAS MINDA
(Sila Cari Persamaan Dan Perbezaan Dengan Malaysia Dari Kenyataan Di Bawah..)


Kepincangan Mubarak

* Tidak pernah menarik balik perintah darurat yang dikeluarkan selepas pembunuhan presiden sebelum ini, Anwar Al-Sadat pada 1981. Di bawah undang-undang darurat yang berlarutan hingga 30 tahun, kerajaan boleh menahan dan memenjarakan sesiapa sahaja tanpa had tempoh, tanpa sebab dan tanpa perbicaraan

* Menindas parti pembangkang dan menolak sebarang perubahan politik walaupun dengan campur tangan Amerika Syarikat yang menjadi sekutu kuat Mubarak selepas Mesir menjadi negara Arab pertama berdamai dengan Israel pada 1979

* Berterusan menindas parti Ikhwan Islam-sebuah pergerakan Islam dan pertubuhan parti pembangkang terbesar dalam dunia Arab dan menahan anggota parti itu tanpa sebab

* Diramal mahu melantik anaknya, Gamal Mubarak sebagai Presiden dengan berlakon kononnya kerajaan Mesir mengamalkan demokrasi

* Seorang pembangkang Mesir, Ayman Nour bertanding dalam pilihanraya pada 2005 yang sekali lagi menyaksikan Mubarak menang besar. Nour menuntut proses pengundian dijalankan semula. Pada 24 Disember tahun sama, Nour disabitkan bersalah atas penipuan dan dijatuhi hukuman lima tahun kerja keras

* Rejim Mubarak mengawal ketat media negara itu dan secara terbuka mengakui tidak salah untuk menipu kepada 80 juta rakyat negara itu. Mesir berada pada kedudukan 133 daripada 168 negara dalam kebebasan bersuara.


Cakap-cakap pemimpin UMNO yang mana blogger tolong jawapkan !!

leh: azhrddn

"Terbaru dalam kehangatan kempen di Tenang, Umno meneruskan siri ceramahnya memburuk-burukkan PR: Malaysiakini

Kalau benar cakap-cakap mereka tu saya tak kisah. Tapi ianya semacam membodohkan rakyat khususnya rakyat melayu. Sedih rasanya… Jadi saya cuba jawab balaskan.

1- Cakap-cakap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam membidas PAS."Bila PAS sertai DAP, mereka hilang nilai-nilai Islam.
"Di Bukit Beruntung, mereka tidak lagi melaungkan takbir selepas cermah," perlinya.

= Apa yang hilangnya Datuk. Cerita la sikit. Inilah gaya UMNO takda perincian dalam menuduh. Rosmah tu banyak melacurkan nilai-nilai islam. Tu si Rais Yatim dan kisah rogol. Tu si Mahadhir kata-katanya yang menghina islam seperti soal hudud. Tak terkira Datuk....

= Datuk !...laungan takbir tu sunat bukan wajib. Buat dapat pahala tak buat tak dosa...adoi laa....

2- Cakap-cakap Ali lagi : Menteri Besar Kelantan itu, memaafkan golongan kafir atas kesalahan yang dilakukan."Sebagai contoh, semasa bulan puasa MP Serdang, Teo Nie Ching masuk ke sebuah surau menyampaikan tazkirah. Macam mana seorang bukan Islam boleh beri tazkirah di masjid tanpa rambutnya ditutup. "Bila kita tegur, mereka kata Umno tak faham Islam.

= Datuk ! dalam islam tak salah non muslim masuk surau atau masjid asal jaga syarat-syaratnya. Majlis Fatwa Negara pun ada enekmen yang benarkan benda ni.

Datuk ! non muslim tak wajib tutup rambut. Muslimah macam Rosmah tu yang wajib tapi dia tak tutup la pulak. Haram tu. Tu belum kira isteri pembesar-pembesar UMNO lain.MP tu wakil rakyat pastu dia dijemput ahli kariah. Diapun cakapla kata-kata aluan. Kalau Datuk nak kata itu tazkirah, apa kandungan tazkirah tu ?...adoi laa......

Jelas kenyataan Datuk memang jenis tak faham islam !!! ..nak wat lagu mana lagi datuk...!

3. Cakap-cakap Ali lagi : "Sama juga dengan (ecxo Selangor) Elizabeth Wong. Bila skandalnya didedahkan, PAS terus mempertahankannya dan berkata kesian. Malah Nik Aziz juga dilaporkan memaafkannya dan berkata dia boleh sambung tugasnya."

"Ini jelas maksiat dan dia sepatutnya boleh dirotan 100 kali. Dia telah bawa malu yang besar kepada PAS, PKR dan Pakatan Rakyat dan semua ini salah Nik Aziz," kata Ali dan seterusnya melancarkan serangan ke atas Wong.

= Masya Allah...saya dah cakap Datuk jahil bab islam tapi buat-buat pandai. Datuk ! non muslim tak boleh dikenekan hukuman hudud. Hudud hanya untuk orang islam la Datuk oi !. Jangan bikin malu pada bangsa melayu muslim la Datuk !.

Maaf la saya tak pasti, apa sebenarnya skandal Elizabeth ni. Yang saya tahu sekadar dia tidur dengan gambar suku bogel. Orang tangkap gambar dia tengah tidur kat rumah. Bukan dia suka bogel tapi waktu tu tertidur. Kalau saya curi gambar Datuk waktu tido kain terselak atau ternampak takkan saya kecoh dengan menuduh Dato' ada skandal lucah.Yang saya pasti President MCA tu main dengan pelacur, siap ada rakaman lagi.

Cukup la sekadar itu sahaja jawab balas saya. Saya tidak memaksa sesiapa bersetuju dengan saya. Cuma saya harapkan jadilah pemimpin yang tidak memeperbodohkan diri sendiri dan carilah pemimpin yang benar-benar terbukti cakap-cakapnya.

Kalau begini mentalitinya tak hairan pemimpin UMNO memang kecut berdebat depan rakyat. Mereka hanya boleh berkokok berderai-derai tapi buntut penuh najis tahi. Buruk sungguh tingkah laku.

Runtuhan Teori Domino : Ianya akan tiba jua..



http://2.bp.blogspot.com/_yDg0MSymnd0/SRZafQzkjDI/AAAAAAAADQw/fLoGYySeP-M/s400/bersih_31.gif

http://geramm.org/wp-content/uploads/2009/11/010652940.jpg

http://4.bp.blogspot.com/_2F9nTcAJr7c/TP38bFc8CEI/AAAAAAAAWWU/UvWPjaGfu1c/s1600/subsidycuts.jpg

Depa Kata : Ooo betoi ka ini pasal Go-BALA boleh lompat..??

http://4.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/TUTEukuHrrI/AAAAAAAAEbk/FxLE_UoNmeM/s1600/2011-01-30_095321.jpg

Beku kenaikan 2 TOL.. he he takut demam ka bro..!!

Kenaikan tol lebuh raya Karak, Pantai Timur dibeku lima tahun

Najib
PUTRAJAYA, 28 Jan — Tarif tol melibatkan dua laluan — lebuh raya Karak dan Pantai Timur tidak akan dinaikkan selama lima tahun, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Najib juga mengumumkan bahawa tol bagi lebuh raya Timur-Barat di persimpangan Salak dan Taman Connaught dijangka akan dimansuhkan Mei ini.

Ketika membentangkan Bajet 2011 tahun lalu, Najib mengumumkan tol bagi lebuh raya kendalian Plus akan ditangguhkan selama lima tahun.

Pemegang konsesi Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 ialah MTD Prime Sdn Bhd manakala syarikat konsesi Lebuhraya Hubungan Timur-Barat, yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught adalah Metramac Corporation Sdn Bhd.

Mengenai tiada kenaikan tol bagi dua lebuh raya berkenaan, Najib meminta supaya tempoh konsesi tidak dilanjutkan dan tiada pampasan diberikan oleh kerajaan bagi semakan tol yang tertunggak itu.

Bagi penamatan konsesi tol untuk Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat pula, beliau berkata, ia adalah penutupan lebih awal daripada tempoh yang sepatutnya iaitu pada 2018.

Katanya langkah itu juga tidak membabitkan pemberian sebarang pampasan.

Perdana Menteri berkata inisiatif penutupan awal tol itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 39 juta pengguna lebuh raya tersebut.

“Ini bermakna pengguna lebuh raya tersebut tidak perlu lagi membayar tol. Tarikh implementasi penutupan tol, bagaimanapun akan berkuat kuasa setelah urusan dokumentasinya selesai, dijangka dalam bulan Mei 2011,” katanya.

Najib berkata inisiatif itu juga adalah manifestasi kesungguhan kerajaan untuk mencari penyelesaian berhemah berkaitan isu tol.

“Saya juga ingin menyeru agar inisiatif sebegini dapat dicontohi oleh syarikat pemegang konsesi yang lain demi kepentingan rakyat,” katanya.

Ditanya sama ada inisiatif-inisiatif yang diumumkan itu turut akan dilakukan di Lebuh Raya Utara-Selatan, yang dikendalikan oleh syarikat konsesi PLUS Expressway Berhad dan menjadi laluan utama pengguna di negara ini, Najib berkata perkara itu juga masih dalam pertimbangan kerajaan.

“Nanti dulu, satu persatu. Ada lagi. Saya ada banyak pengumuman akan datang” kata beliau.

Seloka DUN Tenang


25 SAFAR 1432, AHAD
30 Januari 2011

SELOKA OLEH : IBN ABDULLAH AL AWAB

Kerupok losong keropok lekor
Tok Ai menggoreng ditepi tangga,
Walau sepuloh jong bercawat ekor
Sekalipun digeruni PRK mai juga.

Memalu gong menibai canang
Tersentak lari kijang dan kacil,
Berentap gasak PRK Dun Tenang
PR bertemu BN dipilihanraya kecil.

Menjala ikan di Teluk Kempas
Menebar jala terseliuh sendi,
Cikgu Mala pilihan PR dari PAS
Calun terbaik mesra pengundi.

Bergotong royong mendiri balai
Beratap nipah tiangnya sagu,
Besar sanjungan tingginya nilai
Walau pun bersara dipanggil Cikgu.

Mendayong perahu mudiknya salah
Haluan tersasar ke Tanjung Buaya,
Cikgu Mala tekun mengajar disekolah
Didikasi mengajar muridnya berjaya.

Regim zalim Hosni Mubarah akan tumbang juga akhirnya

Oleh KALAM REVOLUSI

http://2.bp.blogspot.com/_OjacuFzxd14/TCTDkPgDuYI/AAAAAAAAAsc/Uxf8ZkzjBNE/s1600/1.jpg

Melihat demonstrasi besar-besaran rakyat Mesir yang berazam kuat untuk menggulingkan Presiden Hosni Mubarak, saya yakin revolusi Jasmin yang mula tercetus di Tunisia akan berjaya melebarkan sayapnya di Kaherah. Regim yang menindas selama 30 tahun itu akan berakhir tidak lama lagi percayalah, sama-samalah kita berdoa agar saudara seagama dan mereka yang tertindas akan dapat mengusir elit pemerintah kuku besi dan autoritarian itu.

Apa yang berlaku kepada diktator Zine El Abidin Ben Ali akan berjangkit bukan ke negara-negara rantau Arab, malah mampu menggerakkan rakyat di negara-negara lain yang juga diperintah oleh pemimpin zalim.

Kita juga harus mengambil iktibar daripada situasi di Tunisia, Yemen dan Mesir itu agar perubahan yang positif dapat dimanfaatkan juga di negara ini. Malaysia juga amat perlukan perubahan segera. Negara kita mesti diselamatkan daripada kerakusan pemimpin zalim yang menghanguskan wang dan kekayaan rakyat.

Kalau isteri Ben Ali, Leila Trabelsi terkenal kerana ketamakannya dan pembeziran melampau, apa bezanya dengan pemimpin di negara kita. Oleh itu, sama-samalah kita fikirkan apa yang terbaik untuk Malaysia ini.

Semut menggulingkan gajah - blog family-marsis

Bahang iklim politik di Tunisia baru-baru ini kian membakar. Kes penggulingan kerajaan di Tunisia telahpun menjadi peristiwa pembuka tirai tahun baru 2011 apabila Kerajaan Tunisia digulingkan menerusi gelombang kebangkitan rakyat. Sememangnya peristiwa ini merupakan salah satu peristiwa revolusi yang berlaku kini. Seperti mana peristiwa penggulingan Ferdinand Marcos di Filipina, Juan Peron di Argentina, Jeneral Chun Doo Hwan di Korea Selatan dan juga Shah Reza Pahlevi di Iran, Zeine El Abidin Ben Ali juga turut digulingkan melalui gelombang kebangkitan rakyat.

Kisah pengulingan di Tunisia ini bermula seorang pemuda berusia 26 tahun yang berdagang sayur dan buah-buahan membakar dirinya apabila pihak polis bertindak ganas merampas barang dagangannya pada 17 Disember 2010. Peristiwa itu telah menjadi pemangkin kepada kebangkitan rakyat di Tunis untuk keluar daripada cengkaman pemerintahan yang zalim dan mengamalkan korupsi. Nama Mohamed Bouazizi memang tidak dapat dilupakan oleh keluarga Ben Ali kerana telah menjatuhkan kerajaan yang diperintah oleh Ben Ali selama 23 tahun ini.

Gerakan yang bermula akibat daripada insiden pembakaran Mohamed Bouazizi ini telah menggerakkan satu gerakan demonstrasi besar-besaran. Demonstrasi ini bermula daripada daerah Sidi bouzid yang terletak kira-kira 265 Kilometer daripada ibukota Tunis. Golongan reformis pada mulanya mengkritik keadaan ekonomi dibawah pemerintahan Ben Ali agak teruk dan kadar pengangguran yang tinggi di Negara tersebut. Gerakan anti-kerajaan telahpun merebak ke beberapa daerah seperti merebaknya jangkitan virus pada komputer.

Pemerintahan yang zalim di bawah Zeine El Abidin Ben Ali dilakukan sejak mulanya rampasan kuasa terhadap Habib Bourquiba. Kudeta tidak berdarah itu menyaksikan Zeine El Abidin Ben Ali menjatuhkan Habib Bourquiba dengan alasan Habib Bourquiba mempunyai masalah kesihatan dan perlembagaan yang mengantinya sebagai presiden Tunisia yang kedua.

Pencabulan hak asasi oleh pemerintah merancakkan lagi peristiwa tunjuk perasaan ini. Kebebasan bersuara rakyat disekat apabila beberapa orang blogger ditahan akibat daripada menyebarkan risalah anti-pemerintah di internet. Laporan menyatakan bahawa lebih kurang enam orang blogger telah ditahan dan kemudiannya dibebaskan. Ada yang menyatakan bahawa rusuhan ini dirancakkan lagi oleh laman sosial seperti facebook dan twitter. Gambar polis yang melakukan penyalahgunaan kuasa disebar luas di laman facebook.

Pemerintahan yang mengamalkan korupsi ini telahpun menjatuhkan ekonomi di Negara pengeluar kurma terbesar dunia ini. Hal inilah yang menyebabkan kepada kejatuhan ekonomi Negara terbabit dan hasilnya mengakibatkan kepada kadar penganguran yang tinggi. Menurut laporan daripada Al Jazeera, kadar pengangguran yang berlaku di Tunisia ini melebihi 30 peratus. Dengan kuasa membeli yang berkurangan, ditekan lagi dengan harga barangan yang melonjak naik mengakibatkan kekecewaan rakyat. Kekecewaan inilah mencetuskan semangat ingin berubah oleh golongan penunjuk perasaan.

Laporan daripada wikileaks juga ada melaporkan bahawa keluarga Ben Ali pernah menerbangkan Yogurt dari St Tropez menggunakan pesawat peribadi beliau kerana ingin meraikan sebuah parti. Isterinya, Leila Ben Ali sering ke luar Negara terutamanya Dubai untuk membeli belah dan dicop sebagai Imelda Ali di negara Arab oleh rakyat Tunisia. Pembaziran yang dilakukan oleh keluarga Ben Ali ini membuatkan rakyat jijik dengan apa yang dilakukan oleh keluarga Ben Ali. Tidak hairan lah kalau ada yang menyatakan revolusi Jasmine/Melati ini sebagai revolusi wikileaks atau media sosial.

Presiden Zine El Abidine Ben Ali pada mulanya melarikan diri ke Perancis untuk bersama dengan anaknya yang kini menetap di hotel mewah di Disneyland tetapi kapal terbang yang membawa Presiden Ben Ali itu tidak dibenarkan mendarat di Perancis oleh Presiden Sarkozy. Kesannya, Presiden Ben Ali ke Jeddah, Arab Saudi. Kerana kerajaan Arab Saudi memberikan suaka politik kepada Presiden Ben Ali.

Sejarah terkadangnya bermula daripada perkara yang remeh-temeh. Penulis yakin bahawa Mohamed Bouazizi tidak pernah merancang revolusi bagi menjatuhkan presidennya sendiri. Dia mungkin mengiginkan kehidupan yang lebih baik untuk dirinya dan keluarga. Namun, apa yang beliau lakukan telahpun mengubah wajah orang disekelilingnya, corak pemerintahan negaranya dan sekali gus melakar sejarah dalam peristiwa revolusi dunia. Perbuatan yang kecil telahpun mengakibatkan impak yang besar. Mohamed Bouazizi bermula sebagai Mahasiswa menganggur dan menjual sayur bagi menyara hidupnya akhirnya dapat menumbangkan pemerintahan yang kejam dan zalim.

Rupa - Rupanya Ali Rustam Tak Tahu Politik Tu Apa

Oleh Angkasanuri

Ketua Pemuda Pas Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek sebelum ini mempersoalkan tindakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Muhd. Ali Rustam yang mengadakan perjumpaan dengan jentera pilihanraya Umno/BN di Dewan Politeknik Merlimau.

Politeknik Merlimau merupakan premis kerajaan yang dibina hasil daripada duit rakyat tanpa mengira fahaman politik.Jika Umno/BN boleh guna maka PAS,PKR dan DAP sepatutnya boleh guna sama. Namun, semua tu mustahil selagi Umno/BN berkuasa yang menganggap semua premis dan prasarana serta aset milik kementerian, jabatan dan agensi kerajaan adalah milik Umno/BN.

Saya tak nak sentuh isu Umno/BN guna premis kerajaan kerana kita tahu kalau Umno/BN tak boleh guna premis kerajaan seperti di negeri ditadbir Pakatan Rakyat mereka akan melalut dan meragam tak tentu pasal.

Apa yang saya hendak bangkitkan, Umno/BN menafikan bahawa perjumpaan di Dewan PoliteknikMerlimau bukan program politik tetapi dialog pemimpin bersama rakyat.

Perkara itu turut dinafikan Setiausaha Khas IPTA/S Majlis Belia Malaysia, Shahrul Azuwar Abdul Aziz.

Cuma saya nak tanya yang ramai-ramai bertudung dan berbibir pink dan merah serta berbaju biru dengan cop keris tak bersarung dan dacing senget sebelah tu apa? Kalau bukan perjumpaan dengan jentera Umno/BN, perjumpaan apa pula? Perjumpaan dengan hantu raya?

http://angkasanuri.blogspot.com

Tindakan Gobalankrishnan bukan satu kehilangan

Tindakan Gobalankrishnan bukan satu kehilangan kepada PKR: Tian Chua

LABIS - Keputusan Anggota Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas sudah dijangkakan, kata naib presiden PKR Tian Chua.

Menyifatkan Gobalakrishnan sebagai anggota yang tidak menjalankan kerja, katanya, bekas naib presiden itu cuba 'melarikan diri' daripada dikecam kerana mengkritik kepimpinan parti secara terbuka.

"Kami sudah merancang untuk menggantung dia daripada parti kerana mengkritik. Orang seperti dia bukan satu kehilangan bagi parti," katanya. - Bernama

Tu dia Mad Bashah kata PKR Kedah akan berkuboq.. hangpa caya ka nie??

PKR Kedah akan berkubur begitu sahaja: Ahmad Bashah

ALOR SETAR - Tindakan Anggota Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan meletakkan semua jawatannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini sememangnya sudah dijangkakan kerana parti itu tidak ada kekuatan dalam perjuangannya.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, keputusan bekas anggota Majlis Tertinggi PKR itu mengesahkan apa yang sudah lama didengar tentang parti pembangkang itu.

Ahmad Bashah yakin dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti PKR tidak akan mendapat sokongan pengundi kerana di Kedah kekuatan PKR bergantung kepada PAS.
.
Menurutnya, apa yang berlaku menunjukkan kepercayaan terhadap kepimpinan PKR semakin goyah dan rakyat dah mula tengok apa yang berlaku dalam kepimpinan parti itu sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan. - Bernama

PRK Tenang: Pusingan akhir pergelutan

Oleh Hafiz Zainuddin

Hari paling sibuk dalam pilihanraya biasanya adalah hari-hari akhir menjelang pengundian. Di sinilah "senjata akhir" akan digunakan oleh parti-parti yang bertanding. Hari terakhir berkempen bermakna hari kritikal bagi kedua-dua pihak.

Hari "panas" untuk mengambil seberapa banyak peluang berkempen! Bagi pengundi, ini mungkin hari terakhir mereka mendapat sebarang bentuk hadiah dari langit. Tangan-tangan yang memangkah dalam pilihanraya merupakan tangan yang amat berkuasa menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan.

Dalam konteks Tenang; rakyat diberi pilihan samada memilih PAS ataupun BN. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Kurang dari 24 jam lagi, tempoh berkempen akan tamat. Jentera kedua-dua parti bertungkus lumus berperang memenangi psikologi dan hati rakyat. Ada banyak cerita dapat didengar, ada banyak emosi boleh dikongsi. Para pengundi semestinya telah ada pilihan di hati. Semangat kerja berpasukan dengan moral dan disiplin yang tinggi terutama dari jentera Pakatan Rakyat boleh diberi salut! Ia bukan disebabkan upah atau nasi bungkus. Harapan dan sokongan dalam merintis jalan kesepaduan PAS, DAP dan PKR tidak lain hanya untuk Malaysia yang lebih adil dan berkebajikan.

Malaysia dengan sinar yang begemerlapan!

Pakatan Rakyat mantap

Tidak dapat dinafikan, BN dibantu dengan jentera kerajaan. Akan tetapi, jentera sahaja tidak cukup kalau tanpa isu yang baik. Kempen politik boleh jadi sangat menjengkelkan dengan isu peribadi yang "terlalu remeh" dan dilihat tiada maruah. Penganalisis politik melihat BN ketandusan isu sejak mula berkempen lagi. Sehingga saat-saat akhir tempoh berkempen, BN dilihat gelabah apabila telah mempolitikkan MC suami calon PAS Makrof Abd Mutalib.

Selain itu, kes lelong tanah yang menyeret calon BN Mohd Azahar Ibrahim secara langsung dan tidak langsung dikatakan sedikit sebanyak telah mempengaruhi mood sebahagian pengundi yang bersimpati. Jelas, Azhar Ibrahim punya rekod kurang baik untuk difikirkan warga Tenang. Isu ini merupakan kredit percuma untuk PAS.

Harapan Malaysia Baru untuk Tenang

Seluruh Malaysia sedang memerhati perkembangan politik di Tenang. Kita diperlihatkan dengan Kugan, Teoh Beng Hock dan Amirulrasyid yang meninggal dunia akibat salah laku dan kerakusan pihak berkuasa. Apakah tragedi yang meragut nyawa ini tidak menjadi sentimen rakyat di Tenang?

Atau; harga minyak harus dinaikkan lagi supaya rakyat Tenang sedar? Apa yang akan berlaku? Adakah keputusan pilihanraya nanti akan memihak kepada rakyat? Sekiranya BN menjaja isu Negara Islam, "salam", hudud PAS, ketuanan Melayu dan percaturan Saiful dengan bekas bosnya; Pakatan Rakayat lebih mendahului dengan senarai panjang isu-isu lokal dan nasional melibatkan keadilan dan intergriti yang masih segar dan bermaruah. Tak perlulah saya senarikan semuanya di sini. Anda lebih sedia maklum. Saya yakin PRK kali ini akan memperlihatkan sejauh mana jentera Pakatan Rakyat berjaya membebaskan pemikiran rakyat Tenang khususnya masyarakat FELDA mengenai isu-isu nasional atau; rakyat Tenang selesa dengan keadaan sekarang.

Akbar Sinar Harian bertarikh 28 Januari 2011 memetik Mashitah Ibrahim; Ketua Wanita UMNO Baling memberi ingatan kepada BN supaya jangan memandang remeh strategi PAS meletakkan "pemidato" sebagi calon. Apatah lagi calon PAS adalah calon dari kalangan kaum wanita. Penulis melihat Cikgu Mala punya aura tersendiri sebagai seorang yang penuh semangat, tabah dan "tidak gemuk". Beliau tidak kekok bercakap, tidak lekang senyuman. Untung nasib. Tangan yang menghayun buaian ini mampu menggegarkan DUN Johor!

*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas.

Pas Kedah perlu berhati-hati

PENDANG – Bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Pendang, Abdullah Abdul Rahman atau lebih dikenali Tuan Guru Haji Abdul Rahim melihat parti UMNO kurang menyerang Kedah namun, Pas di Kedah harus berhati-hati.

Menurutnya, walaupun fitnah dan tuduhan dilemparkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak oleh parti itu terutamanya isu banjir namun, tindakan itu tidak menunjukkan UMNO menyerang Kedah.

“Walaupun begitu, Pas di Kedah tidak boleh leka dan perlu berhati-hati agar keinginan parti itu untuk mentadbir negeri ini tidak akan berjaya.

“Bagi saya Kedah yang terdiri daripada penduduk berbilang kaum perlu ditadbir Datuk Seri Azizan kerana beliau adalah seorang yang terbuka dan mesra,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sementara itu, beliau turut memuji pengisian berita yang diterbitkan akhbar ini kerana ia adalah akhbar yang paling bijak memuatkan berita tempatan di setiap daerah.

Beliau berkata, akhbar ini tidak pernah memutar belitkan fakta yang diberitahu dan begitu yakin dengan laporan yang dilaporkan.

POKOK SENA - Masa niaga terhad, untung kecil

POKOK SENA - Baru sahaja selesai isu rasa tidak puas pihak peniaga dengan tindakan tegas penguat kuasa Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang merobohkan gerai haram dan mengangkut peralatan berniaga di pasar Pekan Pokok Sena, di sini, isu lain pula timbul.

Bagaimanapun rata-rata mengakui bahawa tindakan tegas yang dilaksanakan penguat kuasa bertujuan mendidik selain menjaga keselamatan pengguna jalan raya berdekatan pasar berkenaan.

Namun kini, peniaga bingung memikirkan tempoh perniagaan yang dikatakan terhad iaitu bermula sekitar jam 7 pagi hingga 12 tengah hari dan memohon agar ia dipertimbangkan.

Peniaga sayur yang enggan dikenali berkata, masa berniaga yang dihadkan sehingga waktu tengah hari hanya membuatkan mereka meraih keuntungan yang kecil.

Menurutnya, dia difahamkan bahawa tempoh dihadkan bertujuan memberi ruang kepada pihak berkaitan membersihkan pasar.

“Kami amat mengalu-alukan usaha membersihkan pasar berkenaan agar berada dalam keadaan selesa baik untuk peniaga dan pelanggan yang datang ke sini tetapi tempoh berniaga sehingga tengah hari sahaja dilihat tidak relevan.

“Rata-rata pelanggan kami terdiri daripada penduduk kampung seperti petani dan penoreh getah, mereka akan pergi bekerja dahulu pada waktu pagi dan balik pada waktu tengah hari untuk membeli barangan basah di pekan ini,” katanya kepada Sinar Harian, ketika ditemui, disini.

Peniaga itu berkata, masa yang dihadkan juga akan membebankan peniaga yang akan cuba menjual barang seawal mungkin untuk meraih pulangan modal sebelum memperoleh keuntungan.

Peniaga ikan yang juga enggan dikenali berkata, dia berharap pihak berkenaan dapat menimbangkan kembali arahan itu agar tidak membebankan peniaga dan juga pelanggan yang setiap hari datang ke pekan berkenaan.

Menurutnya, dia juga terpaksa memikirkan alternatif lain bagi memastikan ikan yang diambil dapat dijual kepada pelanggan yang datang pada waktu petang.

“Sebelum ini, semua peniaga dapat berniaga sehingga waktu petang dan mereka mampu meraih pendapatan yang agak baik tetapi sekiranya dihadkan sehingga waktu tengah hari sahaja, kadangkala masa yang diperuntukkan tidak cukup untuk peniaga mendapatkan kembali modal perniagaan mereka pada hari itu,” katanya.

umNObn CEMAS BERGELORA DI PRK N5 TENANG 30 JANUARI 2011.

umNObn CEMAS BERGELORA DI PRK N5 TENANG 30 JANUARI 2011.
BN BUKAN SEKADAR BARANG NAIK, MENJURUS ANCAMAN BENCANA NEGARA.

24 Safar 1432, Sabtu
29 Januari 2011
RENCANA OLEH : IBN ABDULLAH AL AWAB

umNO yang diputerakan dalam istana Johor Bharu, Johor kira-kira 64
tahun yang lampau, direkodkan sebagai negeri tegar karat dan tumang
umNO negara 1Malaysia. Dalam mengiringi menyambut tahun-tahun baru
hijrah 1432 dan masihi 2011. umNO Johor telah melakar sejarah dengan
membuka gelanggang PRK peringkat Dun termasuk Merlimau Melaka.
Disebabkan kematian Adun. Datuk Sulaiman Taha telah meninggal dunia
kerana mengidap penyakit jangkitan kuman dalam darah dan penyakit
kencing manis di Hosipital Pakar Ampang Putri, Kuala Lumpur pada 17
Disember 2010 yang lalu (Al Fatihah untuk Allahyarham dan ucapan
takziah kepada keluarganya). Sejajar dengan kekosongan tersebut, pihak
SPR telah mengumumkan yang tarikh penamaan calon untuk PRK N5 Tenang
dah berlalu pada 22 Januari 2011 hari Sabtu dan hari mengundinya pada
30 Januari 2011 hari Ahad. Pertandingan 2 penjuru, diantara calun
PR-PAS bertembung calon dari umNObn.

Hakikatnya melampau lebih setahun, 1umNO 1Malaysia pimpinan DS NTR RM
pengecut untuk menghadapi PRK Kota Seputih, Kedah. Walau YB Speaker
Dun Kedah telah mengistiharkan Dun Kota Seputih kosong dan tidak lagi
diwakili oleh Adun dari umNObn. Kerana mantan Adunnya melanggar
undang-undang bersabit culas hadhir kemesyurat Dun dengan sengaja,
tanpa diizinkan oleh Speaker. Disini SPR sekali lagi menjadi belacu,
sinonim sikap bias keringat usaha menyelamatkan Dun tersebut. Pertama
kali sejarah 1Malaysia tercatat apabila Pengerusi SPR dan SPR
bertindak membuka pintu kamar mahkamah tinggi mendahului umNO membuat
bantahan, bukan istiharkan Dun Kota Seputih kosong. Ajaib binti heran
SPR ni, menggunakan mahkamah 1Malaysia menghalang keputusan muktamat
speaker. Hatta mahkamah juga menjadi pelana, kekangan tunggangan
kepada 1umNO 1Malaysia. Disana mereka menemui hakim yang buta dan
pekak, untuk membuat keputusan tersendiri yang bebas adil. Kerana tuan
yang menyuapnya terpaksa dijagai, dibelai seada-adanya.

Belum langsai PRU N5 Tenang, suasana dan suhu politik negara menjadi
membara tidaklah sampai seperti Tunisia, Mesir dan Yaman. umNO
terpaksa juga menghadapi PRK Dun Merlimau Melaka. Kerana Adun-Exconya
meninggal dunia pula. Manakala di Selangor Speaker Dun Selangor YB
Teng Chang Kim telah membuat peristiharan Dun Pelabuhan Klang kosong
tidak diwakili setelah mantan Adun katak jadi spesis umNO Badrul
Hisham Abdullah. Sama seperti perlakuan culas mantan Adun Kota
Seputih Kedah juga umNO. Kini rakyat Selangor, negara dan dunia sedang
memerhati dan sedang membuat penilaian. Adakah sekali lagi Pengerusi
SPR akan naik tangga mahkamah. Juga bertindak muafakat bergandingan
untuk berterusan manipulasi undang-undang semata-mata untuk
menyelamatkan 1umNO walau pun edahnya kira-kira 2 bulan lagi. Walaupun
Presiden 1umNO 1Malaysia NTR RM mendakwa kini umNO dalam genggamannya
dah kembali puleh mendapat sokongat rakyat. Kerana seronok terhibur
dengan slogan 1Malaysia dengan pelbagai rencah herba disumbat
ketelinga setiap masa azimat RM dikaca TV.

Kabel telefon sering dicuri

BALING – Penduduk Kampung Tandop Simpang Empat di sini, merungut apabila sering menghadapi masalah talian telefon dan Internet berikutan kabel telefon yang sering dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kejadian terbaru berlaku, apabila kabel sepanjang 200 meter hilang. Penduduk mendakwa, ia dilakukan oleh individu atau sindiket yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan lori untuk mengaburi mata penduduk.

Penduduk, Khanit a/l Din Udun, 56, berkata, sebelum menyedari kabel itu dicuri, dia telah menghubungi Telekom Malaysia Cawangan Baling bagi membuat aduan mengenai gangguan talian telefon rumahnya.

“Dalam perjalanan untuk pergi ke Pekan Baling, saya ternampak wayar kabel di tepi jalan dipotong dan mengesyaki ia telah dilakukan sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab hingga menyusahkan kami.

“Saya syak mereka yang melakukan perbuatan ini dengan menaiki lori kerana terdapat kesan tayar pada rumput di kawasan kabel ini di sepanjang jalan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia percaya kegiatan itu dilakukan pada waktu malam sehingga awal pagi ketika penduduk masih tidur.

Menurutnya, penduduk sering merungut berikutan masalah itu yang kerap kali berlaku.

“Kita tidak sedar kecurian ini berlaku kerana jalan itu sering dilalui kenderaan berat setiap masa yang sering keluar masuk untuk menghantar bahan binaan.

“Kebanyakan penduduk menggunakan talian tetap untuk berhubung memandangkan liputan untuk telefon bimbit sukar diperoleh,” katanya.

Dia berkata, aduan kepada TM Baling juga telah dibuat agar tindakan segera dapat diambil.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Taman Seri Baling, Che Basah Ahmad, 50, kecurian kabel itu bukan sahaja berlaku di kawasan kampung, malah ia turut berlaku di taman perumahan.

Menurutnya, disebabkan masalah berkenaan, banyak pengguna telah terputus hubungan termasuk pengguna kemudahan Internet.

Sementara itu, jurucakap Telekom Malaysia (TM) berkata, pihaknya sering menerima laporan kecurian itu dan tindakan segera sentiasa diambil bagi mengatasi masalah berkenaan.

Namun, ia juga melibatkan kos yang tinggi untuk menggantikan wayar kabel yang hilang.

Menurutnya, TM sentiasa berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik tetapi berikutan tindakan kumpulan yang tidak bertanggungjawab menyulitkan urusan penduduk dan juga pihaknya.[Sinar Harian]

Yang tak pernah disiar oleh media DEPA

PROGRAM 1


Ribuan penyokong menyertai ceramah perdana yang diadakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Cikgu Mala sempena ceramah mega di Tenang .







PROGRAM 2

UNTUK SEBARAN

Maruah Islam tercalar di bumi Tenang: Banner/poster 'panas' untuk tujuan sebaran!





























baca lagi [click here]...

FITNAH ITU TIDUR : celakalah org yg membangunkannya

Takkan Kementerian Pelajaran pun bangang?

Semalam rata-rata blog pencacai Umno termasuk Gomo yang kantoi dengan Puteri Umno sendiri, telah keluarkan satu sijil keputusna SPM yang didakwa milik calon PAS, Cikgu Mala. Saheh ka dak sijil tu kepunyaan Cikgu Mala aku tak pasti.

Dalam sijil keputusan tu tercatat nama Normala Sudirman dengan kelulusan S.A.P. (Sijil Am Pelajaran) S.A.P ni kira gagal laa...

Yang aku mushkilnya, takkan Kementerian Pelajaran macam tu punya BANGANG macam yang depa dakwa, benarkan Gikgu Mala masuk maktab guna keputusan ni, dengan menggunakan pengaruh ayah dia. Takkan sampai macam tu punya BANGANG pegawai di Kementerian Pelajaran.

Cuma ada kemungkinan. Yang pertama sijil tu memang milik Cikgu Mala. Tapi aku yakin dia ada sijil SPM yang lebih terkini dari yang tu, dia ulang ambil SPM dan dapat keputusan cemerlang yang melayakkan dia masuk maktab.

Kemungkinan kedua, sijil tu bukan sijil SPM Cikgu Mala. Aku tak heran langsung kalau sijil tu blogger pencacai Umno yang buat. Kalau ikut track record blogger Gomo, kerja memfitnah. ni dia memang hebat.
Tengok isu zina Adun Selinsing yang dia sungguh-sungguh jaja, siap reka saksi tapi tak pernah memunculkan diri kecuali seorang yang dikatakan sebagai orang kuat PAS tapi dia tak sebut pun yang mamat tu dah masuk Umno dan jadi JKKK Umno. Akhirnya isu tu senyap terus setelah dibongkar oleh blogger Pria Malaya.

Nasihat aku kepada Gomo, kalau nak main perang saraf, jangan la main macam saraf tahap zaman wordpress, buat malu ja. Sekarang ni zaman dah blackberry, main la saraf macam zaman ada blackberry.

Aku lebih yakin dengan kemungkinan yang pertama. Pasainya selain dari sekolah di Sekolah Menengah Paduka Tuan, Cikgu Mala juga bersekolah di Sekolah Menengah Datuk Bentara Dalam. Kalau dia tak mengulang SPM pun mungkin dia ambil STPM, maknanya Cikgu Mala ni lebih patut dipuji, dari seorang yang pernah dapat S.A.P masa SPM boleh menjadi Guru Cemerlang.

Kalau nak banding dengan cikgu Umno macam blogger Taiping Mali yang penakut tu, memang jauh panggang dari api.

Kalau la Bendera tu Cap Bulan??????

tengoklah dlm PRK Tenang, UMNO tanpa segan-silu mengeksploit masjid sebagai tempat berkempen politik...Tengoklah kejinya politik UMNO ini,bila depa guna masijd, itu tidak jadi hal..selalunya UMNO tuduh PAS guna masjid utk berpolitik..

DOAKAN BULAN BERSINAR DITENANG HARI INI.

Cina nyanyi 'The moon is my heart' bersama Nizar
Harakahdaily

LABIS, 30 Jan: Walaupun hujan lebat namun kira-kira 800 penduduk Cina pekan Labis setia mendengar ceramah yang diberikan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat malam tadi.

Yang menariknya, mereka dengan penuh ghairah turut menyanyi bersama Datuk Seri Nizar Jamaludin apabila beliau menyanyikan lagu Cina, "The moon is my heart" (Bulan adalah hatiku).

Walaupun jam sudah menunjukkan waktu 11.30 malam namun mereka masih setia mendengar ucapan demi ucapan dari para pemimpin DAP, PAS dan PKR di pusat operasi DAP di pekan Labis itu.

Di seberang jalan, MCA juga mengadakan majlis ceramah namun hanya kira-kira 30 penonton menyertainya.

Jika suasana sokongan ini boleh diterjemahkan dengan undi esok, nescaya calon Pakatan dari PAS, Cikgu Normala Sudirman akan mendapat majoriti undi Cina esok.

Teresa Kok yang turut berada di situ menyifatkan hujan yang turun ini umpama kerja tuhan membersihkan segala daki rasuah di atas bumi Labis ini.

Selain beliau, turut berada di situ adalah Teng Chan Khim dan Tony Pua.

Mesir Oii Mesir: Firaun pun mampuih

Tunjuk perasaan besar-besaran masih berterusan di Kaherah selepas perintah berkurung kerajaan sepanjang malam berakhir. Anggota tentera terpaksa memperketatkan kawalan keselamatan selepas insiden keganasan pada Jumaat.

KAHERAH: Stesen televisyen kebangsaan Mesir berkata, Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Ahmed Nazif meletakkan jawatan atas arahan Presiden Hosni Mubarak di sini, Sabtu.

PAS seeks more Chinese support in Tenang

By Adib Zalkapli

January 29, 2011

Datuk Seri Abdul Hadi Awang speaking at the DAP organised event last night. — Picture by Choo Choy May

LABIS, Jan 29 — PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang made a personal plea for the Chinese vote for tomorrow’s by-election as Malays continue to shun the party's candidate, Normala Sudirman.

Speaking at a 100 table dinner organised by DAP here Hadi was hopeful that the Chinese votes, which form 39 per cent of the 14,753 voters would lead to an electoral upset in the staunchly Barisan Nasional (BN) state seat.

“In 2008, the Chinese had supported Pakatan Rakyat. PAS and DAP won in Chinese areas. Hopefully we will see a bigger win this time,” said Hadi to about 1,000 people who attended the dinner at a Labis restaurant.

Also present were top Pakatan Rakyat (PR) leaders PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim and DAP secretary-general Lim Guan Eng, on his second visit drumming up support for Normala.

In 2004 BN won the seat with a majority of more than 5,517 votes but it was reduced to 2,492 votes in Election 2008, which was largely attributed to the shift of Chinese support to the opposition.

There are three Chinese majority polling districts in the Tenang constituency; Labis Tengah, Labis Timur and Labis where in 2008 PAS secured 50 to 67 per cent of the votes.

Hadi’s remarks came as the PR campaign has been unable to make any inroads among the Malay voters who make up 49 per cent of the electorate. Members of the community reside largely in the Felda settlements and traditional villages known to be Umno fortresses.

Normala’s colleagues from the Pas Muslimat have resorted to wearing red headscarves or tudungs, similar to the Umno colours, in a bid to enter and campaign in the Felda schemes.

“I am confident all of you will work hard in defeating BN in Tenang for us to make another step to Putrajaya,” said Hadi.

In his 20-minute speech, the former Terengganu mentri besar also sought to convince the Chinese community that PAS’s victory would not lead to marginalisation of the minority.

The crowd showing their support at the dinner. — Picture by Choo Choy May
“We are in one coalition, despite our religious and racial differences. PAS is an Islamic party and Islam encourages politics and politics in Islam is different from what has been practiced by Umno and Barisan Nasional,” said Hadi.

PAS and DAP have been under attack from MCA for the Islamist party’s Islamic state agenda. Normala’s refusal to shake hands with has also been made a campaign issue by the BN’s second largest party.

“We reject racism, we unite based on a common goal of upholding justice and ending cruelty. We are fair to all regardless of race or religion, just look at Kelantan,” said Hadi.

Normala is facing an uphill battle against BN’s Azahar Ibrahim, whose father Datuk Ibrahim Daud was a former Tenang assemblyman.

Umno sources say Azahar is assured of a win despite initial local opposition to his candidacy but his majority will depend on the number of Chinese voting for BN or PR.

Polling tomorrow will start at 8am and end at 5pm. Election Commission (EC) officials expect results to be announced by 8pm. This is the country’s 14th by-election since Election 2008.

Another by-election will be held in neighbouring Malacca where the Merlimau state seat fell vacant on January 20 when incumbent Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan died.

Both Umno and Pas are expected to renew their battle in the Merlimau vote which has been fixed for March 6.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...