TERKINI :

Saturday, January 29, 2011

Habis modal tolak debat, Najib alih isu pengganas

LABIS, 29 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan kehilangan modal untuk menolak debat pelawaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kini mengalihnya kepada isu kononnya Anwar pengganas.

Mengulas isu itu, Anwar semasa berceramah di Dataran Cikgu Mala dekat sini 29 Jmalam tadi berkata, Najib pada tahun 2010 telah bertemu dengan pemimpin Arab Saudi bagi menyiasat dakwaan kononnya Anwar ada menerima dana dari negara teluk untuk kempen pada pilihan raya umum ke-13.

Turut serta dalam ceramah tersebut ialah, Presiden PAS, Datuk seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa; Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Pengerusi KeADILan Johor, Dr Chua Jui Meng; Adun Sungai Abong, Dr Syed Ibrahim dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin.

Anwar berkata, stesyen televisyen antarabangsa Cable News Network (CNN) telah melihat laporan rahsia dari siasatan Arab Saudi itu menunjukkan tiada bukti menunjukkan adanya tokoh-tokoh negara teluk membiayainya.

Laporan CNN itu juga menyebut, tidak ada bukti pegawai Arab Saudi yang pernah menyokong Anwar Ibrahim dan dakwaan sokongan dari keluarga diraja Saudi yang disebutkan dalam laporan awal [nama diubah] adalah tanpa asas.

Anwar sendiri menyatakan laporan itu bukan suatu yang mengejutkannya, malah bagi Ketua Pembangkang itu, tindakan tersebut menunjukkan bahawa Najib takut berdepan dengannya menjelang pilihan raya umum ke-13.

Sehingga kini Najib belum mampu menyahut cabaran debat Anwar, tetapi membuka gelanggang lain untuk menyerangnya dalam isu dana pengganas, katanya.

Anwar juga tidak pelik dengan laporan Najib ke luar negara bukan atas urusan pelaburan, sebaliknya sanggup singgah untuk memfitnahnya.

“Saya tidak terkejut sekiranya Perdana Menteri sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmah saya. Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin perubahan yang bakal melanda.

“Mereka sedar rakyat Malaysia mulai mual dengan segala macam kebobrokan. Kepimpinan Umno Barisan Nasional (BN), sebenarnya fobia dengan kemaraan rakyat,” katanya pada satu kenyataan media hari ini.

Anwar berkata, laporan itu memperlihat reaksi Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang saban hari membina sokongan rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari kepincangan pentadbiran BN yang lemah mentadbir negara dan tiris akibat rasuah yang membarah.

Ujat Anwar, Buku Jingga adalah dokumen mengandungi saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno BN hingga menyebabkan Najib berasa takut.

Akhirnya kau pergi jua.. Go-Bala Go....

MP Padang Serai umum keluar PKR

Bekas naib presiden PKR, N Gobalakrishnan, yang juga ahli parlimen Padang Serai, hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam parti itu.

Pengumuman itu dibuatnya menerusi laman sosial twitter.

"Selamat pagi kepada semua rakyat Malaysia. Saya dengan ini letak semua jawatan dalam PKR dan teruskan kerja saya melalui NGO baru," katanya dalam mesej yang diposkannya jam 10.50 pagi tadi.

Namun Gobalakrishnan, tidak menyebut nama badan bukan kerajaan (NGO) baru yang akan disertainya bagi meneruskan kerja-kerjanya.

NONEDi Kulim, Bernama melaporkan Gobalakrishnan, juga mengisytiharkan dirinya keluar daripada PKR dan
kini menjadi ahli parlimen Bebas berkuat kuasa serta merta.

Gobalakrishnan, 50, mengumumkan keputusan itu pada sidang media yang diadakan di pejabatnya di Paya Besar Lunas, dekat Kulim.

Dengan keputusannya itu, katanya beliau turut melepaskan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Padang Serai.

Bagaimanapun, katanya beliau tidak akan mengeluarkan sebarang surat mengenai perkara itu kepada PKR.

Sudah fed up

"Saya sudah fed up (bosan) dengan (Penasihat PKR) (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) serta (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali, yang kini telah mengawal 100 peratus pentadbiran PKR," katanya.

Katanya beliau bersama beberapa orang temannya terdiri daripada peguam, jurutera, doktor dan lain-lain akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperjuangkan dan menjaga kepentingan pengundi di kawasan Parlimen Padang Serai.

Beliau juga sempat membidas Anwar yang dakwanya bukan sahaja memperkudakan kaum Melayu dan Cina sahaja dalam mencapaikan cita-citanya tetapi kaum India juga tidak terkecuali.

azlanKatanya beliau yakin hasrat Anwar untuk menakluk Putrajaya akan tersasar sekaligus gagal kerana bagaimana mahu mentadbir negara dengan masalah dalaman parti pun semakin teruk.

"Kerana itulah saya membuat keputusan keluar parti yang saya juga menjadi salah seorang pengasas ketika penubuhannya. Nampaknya parti ini sudah nak runtuh, jadi biarlah saya keluar sebelum “rumah” ini runtuh," katanya.

Gobalakrishnan berkata tindakannya keluar parti adalah tindakan bersendirian dan terpulanglah kepada penyokong-penyokongnya sama ada mahu ikut bersamanya atau kekal sebagai anggota PKR.

Sementara itu, Setiausaha PKR Cabang Padang Serai S Nagalingam yang turut hadir pada sidang media itu berkata timbalan pengerusi cabang berkenaan Johari Ismail akan memangku jawatan ketua cabang yang dilepaskan Gobalakrishnan.

Majoriti 2/3

Empat ahli parlimen telah meninggalkan PKR sejak pilihan raya umum 2008 - Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) manakala seorang lagi Zulkifli Nordin (Kulim-Bandar Bahru) dipecat dari parti.

azlanPKR kini mempunyai 23 kerusi di Dewan Rakyat, berbanding 30 yang dimilikinya selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Selain yang dipecat dan berpaling tadah, mereka juga gagal mempertahankan kerusi Hulu Selangor berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad.

DAP mempunyai 29 kerusi dan PAS pula, 23.

BN hanya memerlukan tiga lagi wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk berpaling tadah untuk mendapatkan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Jumlah yang diperlukan adalah 148 kerusi dan ini boleh dicapai menerusi 138 kerusi yang dimenanginya bersama sokongan tujuh ahli Bebas yang mesra BN (termasuk MP Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali) berserta tiga yang lain.

Sudah diduga

Keputusan yang diambil Gobalakrishnan bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana beliau dikatakan enggan menjawap surat tunjuk sebab PKR yang dikemukakan pada 4 Januari lalu.

Sebaliknya dalam jawapan angkuhnya di Twitter pada 21 Januari lalu, Gobalakrishnan berkata, "Kenapa mesti saya jawab surat tunjuk sebab? Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim dan parti mesti jawap soalan saya dulu. Saya tak akan berhenti sehingga mereka jawab.”

Kemarahan Gobalakrishnan memuncak apabila beliau tewas pada pemilihan PKR yang didakwanya dicemari penyelewengan.

Beliau semakin berang apabila kepemimpinan parti itu, melantik pendatang baru, N Surendran sebagai naib presiden. Gobalakrishnan mendakwa ahli politik novis itu tidak mampu mewakili kepentingan masyarakat India.

NONESerangan terakhirnya ke atas PKR apabila dia mengecam pemimpin parti itu kerana terbabit dengan perasmian Kuil Sivan di Petaling Jaya dan mendakwa Awnar secara peribadi mengarahkan kuil itu ditutup menyaksikan beliau diberi amaran.

Namun, Gobalakrishnan enggan menutup mulut tetapi sebaliknya, beliau banyak memuat-naikkan beberapa ulasan di Twitter di mana beliau membidas pemimpin parti, khususnya Anwar dan timbalan presiden, Azmin Ali.

Bangsatt..!! Umno Larang Petugas PAS Berkempen Di Felda!!

Petugas PAS kesal tidak dibenarkan masuk berkempen di beberapa tempat Unit Peti Undi (UPU), kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Zulkefly Ahmad sidang media harian parti itu pagi tadi.

"Petugas tidak boleh masuk di Felda Ladang Labis Utara. Pagi ini juga dimaklumkan Felda Ladang Bukit Dato' yang petang semalamnya kita boleh masuk sudah dikawal ketat oleh sekuriti yang bertugas pagi ini," jelasnya.

Apabila ditanya petugas parti, sekuriti itu diberitahu ini adalah arahan itu daripada tuan punya ladang.

PAS kemudiannya menghubungi Pengerusi SPR Negeri Johor bertanyakan hal tersebut. Respon yang diterima memaklumkan,kebenaran berkempen di kawasan itu adalah hak pemilik ladang.

PAS bagaimanapun mempersoalkan lagi pengerusi SPR, kenapa petugas dari BN boleh dibenarkan masuk dan petugas Pakatan Rakyat dihalang masuk berkempen.

"Ini berlaku satu diskriminasi yang kita rasa ketidakadilan,

"Sepatutnya semua 14, 753 pengundi di Dun Tenang mempunyai hak untuk mengekses maklumat daripada PAS ataupun BN bagi mereka membuat keputusan yang bermaklumat,"

Sehingga waktu berita ini ditulis, beliau memaklumkan PAS membawa dua orang peguam selama tiga hari ini bagi mendapatkan hak berkempen di tempat-tempat tersebut.

Tindakan menyekat kempen itu katanya amat dikesali oleh PAS. Malah ianya tidak menyuburkan demokrasi di Malaysia .

"Kita minta Felda Ladang Bukit Dato' yang semalam kita boleh masuk, hari ini juga petugas kita dibenarkan masuk,

"Tetapi setakat ini maklumat memberitahu, petugas PAS masih tidak dibenarkan masuk...," jelasnya lagi.

Ladang Bukit Dato' mempunyai 300 pengundi berdaftar yang layak mengundi esok.

http://karatijau.blogspot.com/2011/01/bangsatt-umno-larang-petugas-pas.html

Pemimpin Umno, tak dapat Normala.. tibai suami dia pun jadilah...

Umno hilang punca serang suami calon PAS
Harakahdaily

LABIS, 29 Jan: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa Umno kini terpaksa defensif berdepan kempen Pakatan Rakyat pada PRK Dun Tenang sehingga terpaksa membuat serangan peribadi terhadap calon PAS, Normala Sudirman.

Katanya, kerana tersepit dengan serangan Pakatan Rakyat, Umno terpaksa membangkitkan isu rumahtangga terdahulu Normala dan menyerang suami calon, Maarof Abd Mutalib berhubung isu cuti sakit.

"Saya fikir ini sejarah lah. Ini menggambarkan ketidaktamadunan pemikiran Umno BN.

"Kita tidak sentuh pun soal isteri calon BN, sebab yang bertanding dia, bukan isteri dia," katanya pada sidang media PAS hari ini.

Mengulas isu serangan perkahwinan dahulu Normala, Mahfuz berkata ianya satu perbuatan melampau kerana boleh mengaibkan keluarga yang terlibat.

"Saya sebut kepada kawan-kawan jangan bangkit isu Rosmah (Datin Seri Rosmah Mansor) bercerai dengan bekas suami dia, isu Najib (Datuk Seri Najib Razak) bercerai dengan bekas isteri dia, kemudian mereka berkahwin bersama.

"Saya kata jangan sebut, itu tidak baik, itu satu perkara peribadi," katanya.

Dalam kempen di Tenang kali ini, Mahfuz mendakwa Umno secara gelap membangkitkan soal perkahwinan terdahulu Normala.

Beberapa kain rentang turut dipasang berhubung perkara itu yang mempersoal siapa Maarof.

"Termasuk juga isu Chua Soi Lek berkenaan kes dia, VCD dia sebab yang akan malu bukan sahaja dia, anak dia, isteri dia dan keluarga dia," tambah Mahfuz lagi.

Menyentuh isu cuti sakit Makrof yang dimainkan Umno pula, Mahfuz berkata Umno sebenarnya hilang punca setelah gagal menyerang peribadi calon PAS.

"Pemimpin Umno, tak dapat calon suami calon jadi mangsa.

"Banyak program yang dihadiri oleh cikgu-cikgu termasuk perhimpunan agung Umno yang yang difahamkan berpakat dengan cikgu besar untuk ambik cuti, ini juga mesti disiasat," katanya.

Orang Tenang Tanya..Apa Khabar Orang Sg Buaya?


Masih ingatkah lagi janji Najib Razak untuk melunaskan pampasan pendahuluan sebanyak RM50,000 kepada bekas warga Felda Sungai Buaya ketika pilihan raya kecil Parlimen Kuala Selangor?

Sejumlah RM1,000 telah pun dibayar secara tunai ketika kempen PRK tersebut berlangsung dan Najib telah berjanji untuk menjelaskan bakinya yang sebanyak RM49,000 itu melalui bank draft.

Soalnya, adakah bekas warga Felda Sungai Buaya telah menerima bank draft yang dijanjikan tersebut. Menurut maklumat yang diterima dari satu sumber baru-baru ini, bank draft yang dijanjikan tersebut masih belum diterima oleh mereka.

Kepada pengundi-pengundi di DUN Tenang, diingatkan agar berhati-hati dengan janji manis yang ditaburkan oleh BN. Memang dari segi kemampuan kewangan, BN sebagai parti yang menerajui kerajaan mampu melunaskan janji-janji mereka.

Bagaimanapun sikap kurang mempedulikan rakyat kebanyakkan kecuali apabila ada pilihan raya, sikap yang sukakan pembaziran ke atas projek-projek yang kurang memberi manfaat kepada rakyat, rasuah dan masih yakin rakyat mudah diperbodohkan telah menyebabkan BN kurang mengambil berat untuk menunaikan janji yang telah dibuat.

Pastikan anda tidak tersilap memilih calon! Pilihlah calon yang sedia berkhidmat kepada masyarakatnya dengan jujur dan amanah berbanding calon yang lebih berminat untuk menjadi juru lelong!

Jahiliyyah Bukan Jahil.. itu orang suruh pie mengaji...

Jahiliyyah Bukan Jahil

TPM pening lalat apabila MB Kelantan menyebutkan bahawa sesiapa yang tidak undi PAS adalah orang jahiliyyah. Ya, dia memang wajar pening lalat kerana perkataan jahiliyyah sering dikaitkan dengan zaman jahiliyyah, zaman kegelapan orang Arab.

Mana ada orang yang mahu dirinya dikaitkan dengan zaman itu, walau pun ada orang yang perangainya seperti perangai sebahagian orang yang hidup di zaman itu.

Jahiliyyah memang daripada perkataan Arab, jahala, maksudnya bodoh. Kalau jahil, maksudnya orang bodoh. Jahiliyyah pula bermaksud disandarkan atau dinisbahkan kepada kebodohan.

Orang-orang Arab jahiliyyah sendiri tidak bodoh dari sudut penguasaan ilmu. Mereka mahir ilmu bintang, ilmu keturunan, ilmu syair, ilmu pelayaran, ilmu penternakan dan ramai di kalangan meraka adalah ahli perniagaan.

Secara individu, ramai orang yang cerdik di zaman itu. Kalau mereka cerdik, mengapa masyarakat mereka digelar masyarakat jahiliyyah dan zaman mereka disebut zaman jahiliyyah?

Secerdik mana pun seseorang itu, kalau dia buat kerja bodoh, dia akan dipanggil orang bodoh. Orang waras, tetapi berpakaian compang-camping, menyelongkar tong sampah, kencing tepi jalan, seluar tidak berzip, orang akan panggilnya orang gila.

Walau pun dia berusaha menafikan bahawa dia orang gila, orang akan tetap kata dia orang gila. Malah orang kata, orang gila memang begitu, tidak mengaku dirinya gila. Itulah nasib orang waras yang buat kerja orang gila. Dia dipanggil majnuniyy – orang waras yang perangai macam orang gila.

Justeru, masyarakat zaman itu dikatakan masyarakat jahiliyyah walau pun ramai orang cerdik kerana mereka melakukan kerja masyarakat bodoh. Maknanya, mereka bukan bodoh tetapi dikatakan bodoh kerana melakukan kerja orang bodoh.

Dalam Umno memang ramai orang cerdik. PM dan TPM juga cerdik, menteri di JPM pun cerdik, menteri pertahanan cerdik, kalau tak cerdik takkan mereka dilantik jadi menteri.

Mereka cerdik tetapi mereka buat kerja orang tidak cerdik. Orang cerdik yang buat kerja tidak cerdik disebut syakhsun jahiliyy – individu yang dinisbahkan kepada kebodohan. Masyarakat cerdik yang buat kerja masyarakat bodoh disebut mujtamak jahiliy – masyarakat yang dinisbahkan kepada kebodohan.

Apabila MB Kelantan kata orang undi BN jahiliyyah, maknanya, bukan orang itu bodoh tetapi dia buat kerja orang bodoh. Benar, mengundi BN memang buat kerja bodoh. Apa tidak bodohnya, parti yang busuk dengan rasuah dan penyelewengan itu diundi, bukankah itu kerja bodoh?

Orang Umno patut buat kerja orang cerdik sesuai dengan kecerdikan mereka. Tetapi kalau mereka buat kerja orang bodoh, lalu orang sandarkan mereka kepada kebodohan, mereka tidak boleh marah. Orang kata mereka bodoh kerana buat kerja bodoh, walau pun mereka cerdik.

Kesimpulannya, mengundi BN memang JAHILIYYAH. Terima kasih Tok Guru kerana membikin Muhyiddin pening-pening lalat. Harap Tok Guru buat banyak lagi macam tu dalam tempoh yang masih berbaki ini.

Selamat pening buat Muhyiddin.

http://sauhdibongkar.blogspot.com/2011/01/jahiliyyah-bukan-jahil.html

Undi Pas untuk erat perpaduan: Nik Aziz

LABIS – Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang perlu memilih calon Pas, Normala Sudirman bagi mengeratkan perpaduan antara orang Islam dan bukan Islam negara ini.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan pimpinan Pas di negerinya, Kelantan telah melakukan pelbagai kaedah untuk merapatkan jurang antara orang Islam dan orang bukan Islam.

“Bila ada pilihan raya kita perlu pilih (calon), tapi tidak tahu pilih, sekarang kita ada calon Pas.

“Di Kelantan ada orang kata kalau undi Pas, kita akan potong kamu punya. Ini saya panas hati, kita satu bangsa... berasal daripada seorang bapa iaitu (Nabi) Adam kemudian lahir pelbagai bangsa,” katanya malam, kelmarin.

Menteri Besar Kelantan itu mengatakan Kerajaan Kelantan tidak pernah membezakan antara orang Islam dan bukan Islam.

“Sebagai orang Islam semua tahu di Kelantan kita buat macam-macam untuk satukan rakyat, kita buat masjid di Rantau Panjang tapi bentuk seperti di China dengan tujuan untuk meredakan antara orang Melayu dan orang Cina.

“Tahun lalu kita buat Ekspo Cheng Ho, dia orang China tapi Muslim yang datang (ke Melaka) untuk redakan perasaan orang Melayu dengan orang China dan orang China dengan orang Melayu,” katanya.

Sebelum itu, Normala yang turut memberikan ceramah berkata, sudah tiba masa pengundi di DUN Tenang membuat perubahan besar selepas 53 tahun BN memerintah.

“Sudah tiba masa kita buat perubahan selepas 53 tahun merdeka, kita harus memiliki jiwa yang bersih daripada penjajahan.

“Buatlah satu perubahan dan keazaman demi masa depan, saya percaya pengundi bijak membuat pilihan, pilihlah seorang wakil rakyat yang boleh membawa suara di sidang DUN Johor.

“Saya merayu kepada pengundi untuk buat satu perubahan dan keazaman dalam memilih wakil rakyat,” katanya.

Perjuangan wanita zaman Rasulullah

Wanita Islam pada zaman Rasulullah SAW mempunyai peranan istimewa dalam melaksanakan amal kebajikan bagi melengkapkan peranan kaum lelaki. Bahkan peranan mereka mengatasi peranan lelaki dalam sesetengah bidang yang didominasi oleh kaum wanita.

Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustazah Norsaleha Mohd Salleh berkata, kaum wanita mempunyai beberapa keistimewaan dari sudut kesediaan, kemampuan, sifat-sifat keperibadian, kejiwaan dan perasaan yang berbeza daripada kaum lelaki (Muhamad Uthman al-Khatht 1984).

“Walaupun ciri-ciri ini turut dimiliki oleh lelaki, tetapi ia menjadi kelebihan kepada kaum perempuan. Ia disebabkan oleh pengaruh dalaman yang menjadikan wanita mudah menerimanya berbanding dengan lelaki.

“Kajian dilakukan Sally Chautz dan Beat (al-Wasat 1995) mendapati kaum wanita mudah terdedah dengan pengaruh perasaan apabila membuat keputusan berbanding lelaki yang mengetepikan perasaan apabila membuat sesuatu keputusan atau hukuman,” katanya.

Institusi-Institusi wanita pada zaman Rasulullah

Penubuhan Badan Kebajikan (Suffah Wanita)

Ustazah Norsaleha yang juga pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) memberitahu, penubuhan badan kebajikan yang dikenali sebagai Suffah Wanita itu merupakan satu bumbung yang dikhususkan untuk wanita di Masjid Nabawi (al-Umariyy (1991).

Beliau berkata, tempat itu menjadi perhimpunan sekumpulan wanita yang berkasih sayang, bersaudara dan bertekad sesama mereka untuk melakukan beberapa amal kebajikan yang bermanfaat.

Wanita pertama yang mencadangkan penubuhan badan kebajikan itu dikenali Asma’ Yazid al-Ansariyah. Beliau antara wanita yang melakukan baiah dengan Rasulullah SAW di Aqabah. Beliau mempunyai akal pintar dan pendirian agama yang teguh menyebabkan wanita Madinah melantiknya sebagai wakil mereka untuk menyampaikan pandangan dan pendapat wanita kepada Rasulullah SAW. Ini terbukti melalui kata-kata Asma’ Yazid “Sesungguhnya aku adalah utusan kepada kumpulan wanita di belakangku. Mereka semua sependapat denganku” (Layth al-Su’ud Jasim). Peranan Asma’ ini telah diikuti pula oleh Kaulah Qays yang turut serta dalam pembukaan kota Kabul bersama suaminya Hisyam Amir.

Dalam situasi ini, Ustazah Norsaleha berkata, wanita pada zaman Rasulullah SAW dibenarkan berpersatuan dan mengeluarkan pendapat dan pandangan. Ini menunjukkan aktiviti wanita yang dijalankan secara berkumpulan atau individu bagi mencapai objektif dan kepentingan yang selari dengan tuntutan syarak.

Rujukan: Petikan daripada al-Jami’ al-Sahih li al-Bukhari pada bab menyatakan adakah Rasulullah SAW memperuntukkan hari tertentu buat kaum wanita, jil 1. hlm 34.

Penjara wanita

Penjara wanita terletak berdekatan dengan masjid. Ia digunakan bagi mengurung tawanan wanita selepas berlaku peperangan antara umat Islam dengan kaum musyrikin sehingga keputusan dibuat untuk menentukan kedudukan mereka seterusnya. Antara wanita yang pernah dikurung di penjara itu ialah Saffanah Hati mal-Ta’iyy yang menjadi tawanan sewaktu Perang Tabuk. Sewaktu Rasulullah melalui kawasan penjara tersebut, beliau meminta baginda membebaskan beliau kerana kedudukannya sebagai seorang puteri kepada ketua kabilah. Permintaan Saffanah diterima oleh Rasulullah SAW di mana baginda meminta wanita itu dibebaskan kerana bapanya seorang yang baik dan berakhlak mulia.

Kisah ini menunjukkan keprihatinan umat Islam terhadap mereka yang dipenjarakan, terutamanya golongan wanita. Kurungan itu dipilih untuk didirikan berhampiran dengan masjid kerana ia merupakan tempat paling selamat. Di samping itu, mereka dilayan dengan penuh kemuliaan oleh Rasulullah SAW menyebabkan Saffanah dan abangnya akhirnya memeluk agama Islam (Ibn Hajar).

Institut Kesihatan dan Khidmat Masyarakat

Menurut Ustazah Norsaleha, golongan wanita pada zaman Rasulullah sememangnya terkenal dengan sikap suka bantu-membantu. Mereka sanggup menggadaikan nyawa dalam memastikan kehidupan umat Islam selesa.

“Sebagai contoh, sebuah khemah Rufaydah al-Aslamiyah telah dibina. Ia merupakan hospital pertama dibina pada zaman Rasulullah SAW. Khemah dibina seorang srikandi terbilang, Rufaydah Ka’ab al-Aslamiyah. Beliau mempunyai ilmu perubatan dan telah mewakafkan dirinya untuk membantu umat Islam yang memerlukan bantuan, terutama tentera yang mengalami kecederaan sewaktu perang. Rasulullah SAW menganugerahkan kepada Rufaydah sejumlah harta rampasan Perang Khaibar sebagai mengiktiraf sumbangan Rufaydah dan saudara beliau yang bernama Ku’aibah dalam merawat tentera Islam yang cedera.

Utusan Malaysia Akhbar Minda Kelas Ketiga

Isu Kenyataan Lee Kuan Yew : Utusan Malaysia Akhbar Minda Kelas Ketiga

Untuk kesekian kalinya, Utusan Malaysia berjaya membuktikan dirinya sebagi akhbar minda kelas ketiga. Barangkali dikekang oleh statusnya sebagai akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia terpaksa bertindak di luar batas etika kewartawanan. Semalam 27 Januari 2011, muka depannya memaparkan satu fitnah yang maha besar terhadap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Di bawah tajuk besar, “Kuan Yew Takut Jiran”, Utusan memetik kenyataan bekas Perdana Menteri Singapura itu yang mencadangkan agar umat Islam mengurangkan pegangan terhadap Islam. Apa yang menjadikan laporan itu hebat ialah ayat ringkas Nik Aziz pertahan Kuan Yew dan juga ruangan Senyum Kambingnya yang mengembek dengan dialog, Apa nak buat, dia Tok Guru celaru.

Nampaknya Utusan Malaysia berusaha bersungguh-sungguh untuk memutarkan fakta yang barangkali sukar untuk dipercayai hatta oleh ahli-ahli UMNO sekalipun. Munasabahkah pada pemikiran seorang yang waras, seorang Menteri Besar yang dikenali sebagai orang yang paling kuat berusaha memahamkan rakyat tentang nilai Islam, menjadi orang yang menyokong supaya nilai Islam dikurangkan? Logikkah seorang yang saban minggunya berkuliah menghuraikan tafsiran al-Quran tiba-tiba cenderung agar nilai Islam dikurangkan? Untuk mempercayai premis inipun sudah sukar, lainlah jika pemimpin yang dikenali sebagai tahi judi, kaki rasuah atau sekurang-kurangnya gagal membimbing ahli keluarganya patuh pada agama berkata demikian.

Saya tidak berada di dalam sidang media tersebut yang didakwa dibuat selepas Mesyuarat Exco Kelantan pada 26 Januari 2011. Bagaimanapun, hasil bantuan rakan-rakan wartwan yang lain, rakaman membuktikan bahawa apa yang disebut oleh Nik Aziz ialah,”Tidak pelik jika Lee Kuan Yew menolak Islam, kerana dia bukan Islam. Apa yang pelik ialah orang Melayu yang tolak Islam dan mengambil fahaman nasionalis..” Itu saja. Barangkali tahap penguasaan bahasa Melayu yang rendah di kalangan wartawan Utusan Malaysia menyebabkan mereka gagal memahami premis semudah ini. Mungkin wartawannya lebih baik membuat liputan berkenaan isu-isu kebersihan sahaja kerana ia barangkali lebih mudah dan tidak memerlukan daya penguasaan bahasa yang mantap. Laporan kawan media saya, saudara Yulpisman di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini 28 Januari 2011 boleh dirujuk.

Mudah sahaja mahu memahami hasrat hati media sebegini, mereka mahu Nik Aziz menari seirama dengan mereka. Apabila Lee Kuan Yew dilaporkan mengucapkan kata-kata demikian, mereka mahu Nik Aziz bangkit menentang seperti pemimpin-pemimpin UMNO yang akan bangun menentang. Barangkali akan adanya kata-kata Jangan jolok sarang tebuan, jangan main api dan sebagainya sebagaimana budaya geng-geng songkok yang tinggi. Jika NIk Aziz seirama dengan mereka, dilihat seolah-olah masyarakat Islam di Malaysia bersatu di bawah kepimpinan UMNO menghadapi apa yang disebut sebagai ancaman luar. Sayangnya, Nik Aziz tidak begitu. Mereka pula dibidas lebih dahsyat daripada Lee Kuan Yew sendiri!

Sewajarnya Utusan Malaysia sebagai akhbar yang ‘paling prihatin’ terhadap nilai-nilai Islam ini melihat kepada kenyataan yang lebih merbahaya yang dikeluarkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang terkenal dengan aksinya satu ketika dahulu. Jika Utusan Malaysia terlepas pandang, sukalah saya memaklumkan bahawa orang itu telah berkata di dalam isu bersalaman bukan mahram, "So what is so great about that? That is your religious value which I don't know. How am I to know about the... religious values when I'm not practising that religion? I have the right to say that it's basic manners to shake hands with people. That's my values. Understand? You also must value my value, which is good manners, which includes shaking hands,"

Barangkali, kanta Utusan Malaysia terlampau besar sehingga terlihat ‘kuman’ di seberang sehingga terlupa ‘gajah’ di Johor.

Ahmad Fadhli bin Shaari
28 Januari 2011.

-penulis ialah Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.

UMMI HAFILDA - Di antara nyamuk Raja Namrud atau nyamuk pembawa penyakit?

Oleh: wfauzdin_ns

"SEMAKIN hampir tarikh mengundi di PRK Dun Tenang, maka muncul lagi wanita ini. Ummi Hafilda yang juga adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang juga dikatakan telah di`buang' dari status anak kepada Arwah ayahnya hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia Bukit Aman untuk berjumpa dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dan membuat laporan polis tentang beberapa isu fitnah yang dihadapinya.

Ummi bagaimanapun gagal berjumpa mahupun membuat laporan polis dengan Bakri kerana beliau difahamkan Bakri mempunyai urusan penting yang lain. “Kita sudah buat temu janji hari ini dengan Datuk Seri (Bakri) malangnya beliau ada urusan penting lain dan kita akan buat satu lagi temu janji yang baru pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak,” kata peguam mewakili Ummi Mohd Khairul Azam Abdul Aziz ketika ditemui FMT.

Mengapa Ummi memilih untuk berjumpa terus dengan Datuk Bakri? Apa salahnya beliau membuat laporan Polis sahaja dan sertakan apa yang patut beliau sertakan tanpa berbincang dengan Pegawai Atasan Bukit Aman ini? Perlu bincang apa lagi, buat laporan dan biarlah Polis lakukan siasatan sepertimana orang lain tanpa berjumpa dan berbincang terlebih dahulu dengan Pegawai tersebut.

Kisah `nyamuk' dengan Raja Namrud kununnya dijadikan alasan untuk wanita berumur ini untuk menjatuhkan karier politik DS Anwar. Beliau lupa, nyamuk yang diutuskan Allah bagi menghapuskan Raja Namrud adalah kerana raja tersebut zalim. Itu bukan nyamuk biasa jauh sekali untuk dibandingkan dengan wanita yang mengaku Islam tetapi tidak menutup aurat ini. Beliau boleh menjadi `nyamuk' tetapi mungkin sebagai `nyamuk' pembawa penyakit iaitu penyakit fitnah.

Wanita tua yang malang ini terus membuat fitnah ke atas abang dan kakak iparnya. Beliau mendakwa Azmin telah melacurkan isterinya kepada DS Anwar. Baca di sini. Untuk pengetahuan, wanita malang ini telah diberi kesempatan untuk menjadi Saksi Pendakwa semasa kes Liwat 1 dahulu, tetapi tiada apa pun yang mampu beliau buktikan untuk mensabitkan salah laku samada DS Anwar mahupun abangnya Azmin dan kakak Iparnya Shamsidar. Malahan, Azmin tampil dengan berani untuk mengadakan ujian DNA ke atas salah seorang anaknya yang dituduh adalah hasil kecurangan isteri beliau bersama DS Anwar, namun terbukti anak itu adalah anak Azmin dan Shamsidar. Keterangan wanita tua ini hancur lebur di mahkamah.

Kini beliau muncul kembali dengan membuka semula cerita lama yang diperbaharui. Meloyakan tekak bila melihat wanita tua ini membuat muka sedih menceritakan dirinya yang kununnya telah hilang maruah dan diaibkan. Siapa yang aibkan diri kamu jika bukan kerana perbuatan kamu sendiri? Baru-baru ini dikatakan Azwan Ali juga adik beliau turut meloya dengan perangai wanita tua ini. Kesihan nasibnya seperti sampah terbuang di lorong Hj Taib./wfauzdin.blogspot.com"

Isu cuti sakit : Jangan samakan Normala dengan Rosmah


24 Safar 1432H.
Oleh: WFAUZDIN NS

TIADA isu lagi untuk Umno menyerang kredibiliti calon PAS, Puan Normala Sudirman yang jauh lebih baik daripada calon Umno/Bn, Azhar yang tercemar akibat kes kecuaian dan salahguna kuasa di dalam kes lelongan tanah itu. Akhirnya, Umno mensasarkan suami calon PAS iaitu Ma'arof Abd Talib kununnya menyalahgunakan cuti sakit.

Ini merupakan satu tekanan buat calon PAS dan suaminya yang kini dilihat semakin mendapat sokongan dari pengundi-pengundi di Dun Tenang. Apakah benar cuti sakit itu disalahgunakan? Di dalam peraturan cuti sakit bagi kakitangan kerajaan, apakah ada larangan tertentu buat mereka yang mendapat cuti sakit sehingga menemani isterinya melakukan lawatan pun diangap salah?

Adakah selama ini sesiapa yang mendapat cuti sakit mesti berada di rumah berehat atau tidor sepanjang masa? Siapa boleh menafikan tugas dan tanggungjawab suami adalah berada di sisi isteri bagi menjaga keselamatannya? Isteri pula mesti ditemani suami ataupun muhrimnya hatta menunaikan fardhu Haji sekalipun. Apatah lagi, jika si isteri berjuang dan terpaksa menemui berbagai jenis manusia di merata pelosok kampung, wajarkah si suami membiarkan si isteri keseorangan?

Puan Normala Sudirman tidak tergamak meniru Rosmah Mansor yang merayap merata luar negara dan menginap di hotel mewah tanpa sang suami. Biarlah Rosmah berperangai begitu kerana Najib `redha'.

Sebelum ini, jabatana pelajaran negeri mengeluarkan notis menukarnya ke sebuah sekolah di Johor Bahru, selepas tercetus spekulasi yang isterinya bakal dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang. Apa pun, kita mengharapkan ini semua tidak melemahkan semangat Puan Normala dan suaminya.

Kita berbangga kerana suami Puan Normala amat bertanggungjawab terhadap isterinya. Muhyiddin jelas menghina profesyen kedoktoran yang memberikan cuti sakit seolah-olah pengesahan dari doktor kerajaan itu diragukan./wfauzdin.blogspot.com

YB Mati Vs YB Hidup

Alhamdulillah..inilah dinamakan rezeki YB Mati... bila saja ada election maka berjuta-jutalah RM akan turun dari langit.... Cepat-cepatlah semua berdoa semoga kwsn anda ada YB yang akan mati..

Bye Bye Gobala...!!


Tenang - Blog-blog pro BN macam hilang punca.. last serangan peribadi yang dilancarkan..

  
 
saya baru balik dari melawat blog2 pro BN

memang pendedahan dan taraf penceritaan mereka lebih teruk daripada murid yang ada masalah pembelajaran...@ terencat akal...

yang dihebohkan dan diumpatkan adalah;

i. isu kawen lebih daripada sekali
ii.isu suami isteri romantik
iii. isu MC
iv. isu suami sakit
v. isu fesyen cg mala
vi. isu melepaskan anjing tersepit
vii. isu banjir
viii. isu sijil
ix. isu pergaulan

semua isu menunjukkan mereka tak da isu konkrit...

..walau bagaimanapun...aku ingat penasihat politik BN ni sangatlah caca-marba! Dah tak keruan!

Orang dah muak dengan serangan peribadi! Strategi yang hanya orang-orang BN saja pakai...

Dah lah tu...silap strategi...mesti orang simpati sang suami yang sakit kritikal pun sanggup meranduk banjir untuk bersama sang isteri demi berkempen untuk rakyat.....

BN ni tak tau ke konsep gelas separuh penuh atau separuh kosong?


Trojan Mafia 
Pengkalan Kunduq

Pilihan Raya Kecil Merlimau 6 Mac, Penamaan Calon 26 Februari

24 Safar 1432H.
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

LABIS: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Jumaat menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau telah ditetapkan pada 6 Mac sementara penamaan calon pada 26 Februari ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

"SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan.

"SPR telah bersetuju melantik seorang Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan tiga orang Penolong Pegawai Pengurus bagi menjalankan pilihan raya kecil berkenaan," katanya.

Menurutnya, SPR juga telah bersetuju untuk menubuhkan tiga Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang diketuai oleh seorang Pegawai Penguat Kuasa bagi setiap pasukan.

Bagi menjalankan pilihan raya kecil Merlimau, SPR akan menggunakan Dewan Platinum Politeknik Merlimau sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Undi Rasmi.

"Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan dengan 21 saluran mengundi.

"Seramai 248 orang petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya ini dengan anggaran belanjawan sebanyak RM830,000," katanya.

Abdul Aziz berkata, Daftar Pemilih Induk Pilihan (DPI) 2009 bagi pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010.

Seramai 10, 679 pemilih berdaftatr yang terdiri daripada 10, 643 pemilih biasa dan 36 pengundi pos.

Daftar pemilih pilihan raya bagi pilihan kecil berkenaan akan mula dijual pada 11 Februari 2011.

"Semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengndi boleh dibuat melalui laman web SPR, www.spr.gov.my atau melalui khidmat pesanan ringkas.

"Selain itu pengundi juga boleh menelefon ibu pejabat SPR di Putrajaya dan pejabat pilihan raya negeri Melaka untuk membuat semakan tersebut, " katanya.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20 Januari lalu. Mstar/-

GURUN - Jambori Basikal Bukit Jerai (JMJ) 2011 mendapat sambutan luar biasa

JMJ 2011 dapat sambutan luar biasa

GURUN - Jambori Basikal Bukit Jerai (JMJ) 2011 mendapat sambutan luar biasa setelah menerima penyertaan hampir 2,000 orang dari seluruh Malaysia dan juga luar negara.
 
Program yang bertempat di Perfect Channel Sdn Bhd, Gurun itu adalah anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Perwaja (Kesurep) bersama Kelab Maountain Bike Perwaja.

Tempat pertama JMJ dimenangi peserta dari Terengganu iaitu Mohd Iskandar Fitri, naib johan, Azizan Manaf dan ketiga adalah Mohd Shafari Abdul Malik.

Presiden Kelab Kakitangan Perwaja Gurun, Azirohemi Aziz berkata, program ini mendapat sambutan menggalakkan oleh penggemar aktiviti berbasikal bukit sejak kebelakangan ini.

“Konsep asal Pertandingan Basikal Bukit secara individu kebanyakan ditukarkan kepada bentuk yang lebih santai iaitu sukan dan riadah secara Jambori. Dengan cara ini ahli kelab berbasikal yang ada di negara ini disatukan dalam pertemuan dengan ahli kelab yang lain semasa jambori ini diadakan.

“Penggemar basikal bukit turut terdiri daripada peserta yang berusia melebihi 60 tahun. Ia kini menjadi satu gaya hidup yang sihat bagi masyarakat Malaysia daripada semua golongan,” katanya.

Menurutnya, jambori ini menerima sokongan padu dari pihak pengurusan Perfect Channel Sdn Bhd dan PFC Engineering Sdn Bhd dan penajaan beberapa syarikat lain di kawasan utara tanah air.

“Laluan untuk kayuhan Jerai Mountainbike Jamboree merangkumi jarak sejauh 48 kilometer melibatkan kawasan ladang getah dan kelapa sawit sekitar Ladang Permaipura, Sungai Puntar, Kampung Bongkok dan Ladang Sime Plantation.

“Kawasan tersebut dipilih kerana kesesuaiannya sebagai medan kayuhan. Laluan berbukit yang mencabar ini dapat menguji ketahanan mental dan fizikal peserta disamping menjalin semangat berpasukan dan kesukanan,” katanya.

Pelepasan peserta untuk acara ini disempurnakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping Shou.

Pembunuhan Kugan Masih Lagi Misteri.. tertuduh dah pun dibebaskan..

Konstabel Navindran Bebas Tuduhan Cederakan Tahanan Polis

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini melepaskan dan membebaskan Konstabel V. Navindran daripada dua tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang tahanan polis, A. Kugan, dua tahun yang lalu.

Hakim Aslam Zainuddin berkata setelah meneliti hujah pihak pendakwaan dan pembelaan, beliau mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie dalam pertuduhan terhadap Navindran.

Beliau tidak memberikan sebarang alasan penghakiman.

Navindran, 28, dituduh melakukan kesalahan itu di bilik soal siasat Balai Polis Taipan USJ, Subang Jaya antara 7 pagi dan 4 petang pada 16 Jan 2009.

Kugan, 23, suspek kes curi kereta mewah, meninggal dunia ketika dalam tahanan polis.

Kedua-dua pertuduhan terhadap Navindran itu adalah mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Navindran, yang jelas kelihatan tersentak dan terharu dengan keputusan mahkamah, memberitahu pemberita bahawa beliau amat gembira dengan keputusan itu dan ingin kembali bertugas semula secepat mungkin.

"Saya amat berterima kasih kepada keluarga, peguam dan rakan yang memberi sokongan moral kepada saya sepanjang perbicaraan sejak awal tahun lalu," katanya.

Navindran, yang kini digantung kerja, mempunyai seorang anak lelaki berumur tiga tahun. Isterinya adalah seorang guru.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Abazafree Mod Abbas berkata beliau akan mendapatkan arahan seterusnya daripada Pejabat Peguam Negara sebelum membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah hari ini.

Kugan telah diwakili peguam Datuk P.M. Nagarajan. - BERNAMA

Tandas Awam sekitar Pekan SIK kurang memuaskan


http://frankyzamzani.files.wordpress.com/2008/05/tandas-awam.jpg

TANDAS awam di sekitar Pekan Sik termasuk yang disediakan ditapak Pekan Selasa wajar diselenggarakan oleh pihak berkenaan dengan baik demi kemudahan orang ramai. Sekarang ini kemudahan tersebut bagaikan terbiar, kotor dan suatu pemandangan yang amat memalukan terutama kepada pelawat dari luar daerah.

Adalah lebih baik sekiranya tandas yang rosak dibaiki kemudian pengendaliannya diserahkan kepada pihak swasta dengan mengenakan sedikit bayaran. Cara ini lebih mudah dan orang ramai juga berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan. - MURBA KELANA, SIK KEDAH

KUALA NERANG - Penduduk mohon lampu isyarat



KUALA NERANG - Simpang empat yang terletak di jalan utama pekan Kuala Nerang adalah berbahaya kepada kenderaan terutamanya ketika waktu puncak.

Peniaga berhampiran, Riduan Ahmad berkata, kemalangan kerap berlaku di simpang berkenaan, apabila ada sesetengah kenderaan gagal mengesan kehadiran kenderaan lain apabila mahu keluar dari simpang terbabit.

Menurutnya, sikap pemandu kenderaan dan pengguna motosikal turut mengundang kemalangan di kawasan itu, apabila ada sesetengah kenderaan tidak memberikan lampu isyarat belok apabila mahu ke simpang terbabit.

“Simpang ini dahulunya kecil dan sudah menjadi laluan utama pengguna dan penduduk sekitar Kuala Nerang. Apatah lagi terdapatnya penempatan taman perumahan dan deretan kedai.

“Pihak bertanggungjawab diharap dapat mencadangkan lampu isyarat di simpang tertentu sekitar pekan ini, kerana jalan semakin sibuk,” katanya.

Sementara itu, pengguna jalan raya, Ani Alyas berkata, ada segelintir pemandu kereta memakir kenderaan mereka di bahu jalan menyebabkan pemandu kenderaan yang mahu keluar dari simpang jalan, gagal melihat aliran kenderaan di jalan utama.

“Ini sungguh membahayakan kerana ada sesetengah kenderaan yang terpaksa teragak-agak untuk keluar dari simpang itu, kerana terlindung oleh kenderaan yang di parkir di bahu jalan. Sikap pemanduan juga harus diubah,” katanya.[Sinar Harian]

BALING – Ambulans baru lancar operasi

BALING – Kelengkapan lebih lengkap dan canggih setanding ambulans hospital, diharap mampu melancarkan lagi operasi menyelamat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Baling selepas menerima ambulans baru pada Disember tahun lalu.

Ketua Cawangan Operasi, Saad Bakar berkata, van ambulans yang diterima itu menggantikan kenderaan lama yang kini hanya digunakan semasa latihan sahaja.

Menurutnya, dengan ambulans baru itu diharap anggota dan sukarelawan JPAM mampu meningkatkan produktiviti kerja mereka terutama dalam operasi menyelamat yang memerlukan penggunaan kenderaan itu.

“Peralatan menyelamat dalam ambulans baru ini juga lebih lengkap dan canggih selaras dengan kemajuan teknologi sekarang.

“Kita ingin memantapkan lagi operasi yang dijalankan melibatkan skop menyelamat apabila menerima kenderaan baru ini sejak lebih sebulan tahun lalu,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Mengenai bidang tugas JPAM, Saad berkata, di bilik gerakan JPAM Baling sahaja terdapat tiga syif kerja yang mana setiap syif selama lapan jam itu akan melibatkan lapan anggota yang akan bersedia menerima sebarang panggilan kecemasan.

Menurutnya, selain melakukan tugas kemasyarakatan, JPAM juga bertanggungjawab untuk menjalankan kerja penangkapan ular dan memusnahkan sarang tebuan termasuk berlaku kemalangan atau pokok tumbang apabila menerima panggilan orang awam.

“Dengan keahlian sukarelawan seramai 500 orang dan bilik gerakan yang beroperasi 24 jam ini, saya harap JPAM dapat membantu masyarakat yang ditimpa kesusahan.

“Malah, talian kecemasan kita juga sentiasa dibuka untuk orang ramai membuat aduan dengan menghubungi perkhidmatan JPAM di talian 04-4705508,” katanya.

Selain talian berkenaan, orang awam yang menghadapi masalah dan inginkan bantuan segera boleh menghubungi 04-4706578 atau 04-4706608 atau 04-4703387.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...