TERKINI :

Friday, January 28, 2011

Tenang : Siapa kata PR tak dapat terjah kawasan Felda..

Nik Aziz, Anwar 'terjah' Felda Chempelak Barat


Dulu bukan main 'merak' cabaq orang berdebat.. bila orang ajak dia pulak mahu dialoq tertutup..!!

Tak mahu debat tetapi hanya mahu dialog tertutup?

LABIS, 28 Jan : Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, menyifatkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan sebagai pengecut ekoran beliau menolak untuk berdebat mengenai masalah peneroka Felda.

Mazlan turut mempersoalkan cadangan baru dikemukakan Ahmad agar dialog tertutup diadakan bersama pegawai Felda.

“Kita mahu beliau debat secara berdepan dengan rakyat, jika setakat mahu adakan dialog tertutup, 15 tahun lalu kita sudah berbuat demikian namun tiada sebarang hasil.

“Ini masalah peneroka, jika dia betul maka tidak perlu takut".

Ahmad sudah dua kali menolak tawaran berdebat secara terbuka pada 7 Julai 2010 dan kali kedua, katanya pada 25 Januari Naib Presiden Anak, Samsul Bakri serta Setiausaha, Zabidie Abas telah menyerahkan surat debat di Pejabat Felda Wilayah Segamat.

Menurut Mazlan kepada sidang media semalam, Ahmad Maslan diberi masa sehingga 28 Januari (hari ini) untuk berdebat dan Ahmad Maslan berhak untuk menentukan tempat yang sesuai berdebat tetapi dalam Dun Tenang

Ahmad Maslan sebelum ini pernah menolak untuk berdebat secara terbuka sebaliknya, beliau mengemukakan cadangan kepada Mazlan untuk berdialog secara tertutup bersama beliau dan pegawai Felda dengan harapan dapat menyelesaikan 20 perkara yang dibangkitkan oleh presiden Anak itu.

Anak berperanan sebagai pemudah cara bagi warga peneroka, mahukan maklumat lanjut berhubung pelbagai masalah yang membelenggu mereka selama ini.

Menurut Mazlan lagi selama ini pemimpin Barisan Nasional (BN) terutama Ahmad melemparkan kenyataan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Anak ini hanya berperanan memecahbelahkan peneroka.

Namun Mazlan berkata, pelbagai isu seperti perumahan, hutang, wang tanam semula, perahan gred, sosioekonomi generasi kedua tidak diendahkan, inilah maklumat yang perlu dijelaskan daripada pihak kerajaan.

“Pemimpin BN terutama Ahmad tuduh kami (Anak) membawa fitnah untuk pecah-belahkan peneroka. Tindakan Ahmad Maslan semakin melampau dan tidak mengutamakan perkara utama iaitu masalah para peneroka Felda.

“Malah pihak kerajaan tidak mencerminkan keikhlasan untuk selesaikan isu yang menjadi persoalan. Anak hanya pemudah cara, sampaikan hasrat rakyat. Jika mereka (kerajaan) ikhlas mahu membantu, dengar segala masalah warga Felda ini,” katanya.

Tujuan utama Ahmad dicabar debat terbuka tersebut bukanlah cabaran untuk memalukan sesiapa tetapi adalah mahu rakyat khususnya peneroka mendengar sendiri penjelasan Ahmad, dan boleh bertanya terus tentang segala permasalahan peneroka.


Tenang : PAS 10 - 0 BN

Wawancara mStar dengan Cikgu Mala dan Tok Ai
Anak Johor

mStar: Adakah anda mempunyai blog atau akaun laman web sosial seperti Facebook?

Tok Ai: Saya tidak mempunyai blog, tetapi saya mempunyai akaun Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan saya sejak enam bulan yang lalu.

Cikgu Mala: Saya ada laman blog dan akaun Facebook. Saya akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk mengemaskini medium online ini. Kedua-duanya saya gunakan untuk berkomunikasi dengan masyarakat mengenai pandangan serta masalah mereka.

Ulasan : Tok Ai hanya ada facebook, Cikgu Mala ada kedua-duanya, kemas kini pula setiap hari. Toi Ai hanya berhubung dengan kawan-kawan, tapi Cikgu Mala berkomunikasi dengan masyarakat

Pemenang : Cikgu Mala


Mstar: Adakah anda meminati apa-apa cabang seni?


Tok Ai: Kalau menari dengan main alat muzik rasanya tak ada. Tapi kalau menyanyi adalah, saya suka karaoke. Saya suka dengan muzik R&B.

(GAMBAR: Azhar kelihatan segan-segan untuk harungi air banjir manakala Cikgu Mala dilihat melakukannya dengan gembira)

Cikgu Mala: Saya tidak pernah belajar bermain apa-apa alat muzik tetapi saya suka dengar muzik nasyid kerana melodi dan liriknya memberi ketenangan kepada saya. Kumpulan nasyid yang saya gemari ialah, In Team dan Hijjaz.

Ulasan : Tok Ai kaki karaoke R&B sedangkan Cikgu Mala minat lagu ketuhanan

Pemenang : Cikgu Mala


Mstar: Adakah anda suka menonton wayang?

Tok Ai: Kadang-kadang, saya suka menonton filem aksi terutamanya Die Hard 3, End of Days dan 2012.

Cikgu Mala: Saya bukan kaki tengok wayang dan saya tak ada filem yang betul-betul saya minati. Ini disebabkan tugas saya sebagai seorang ibu dan sibuk dengan aktiviti parti menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk menonton wayang.

Ulasan : Haha Tok Ai kaki wayang sedangkan Cikgu Mala lebih memperuntukkan masa kaki wayang untuk mendidik anak-anak

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Anda suka membaca? Buku apa yang anda gemari?

Tok Ai: Majalah Asia Week, Civil War dan buku berkaitan politik seperti Kronologi Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Obama.

Cikgu Mala: Saya suka baca buku agama dan perjuangan nasionalisme kerana di sini saya mendapat inspirasi untuk amalan kehidupan seharian.

Pemenang : Seri


mStar: Makanan kesukaan anda?

Tok Ai: Ikan baung masak lemak cili api.

Cikgu Mala: Saya suka makan nasi goreng kampung dan ikan siakap masak stim.

Pemenang : Seri


mStar: Apakah yang anda gemar lakukan pada waktu lapang?

Tok Ai: Saya suka melancong dengan keluarga pada masa lapang. Antara tempat yang pernah saya lawati, Sydney, England, Ireland, Russia, Dhaka, Scotland dan Beijing.

Cikgu Mala: Saya suka membaca buku pada waktu lapang dan saya suka pergi sauna selepas melalui aktviti yang meletihkan. Namun disebabkan oleh jadual yang padat, saya hanya dapat tidur tiga jam sehari dan yang mengejutkan ini tidak langsung memenatkan saya kerana saya sentiasa teruja untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Ulasan : Tok Ai kaki melancong dan bangga tempat-tempat luar negara yang dilawati. Banyak tempat dilawati (duit ambik mana ni), tapi sayang Makkah tiada dalam senarai. Cikgu Mala lebih guna masa terluang untuk aktiviti bermanfaat dan khidmat pada masyarakat

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Sukan apa yang anda gemari?

Tok Ai: Saya suka main golf dengan kawan-kawan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Cikgu Mala: Saya suka bermain bola jaring dan aktif di sekolah. Saya juga suka menyaksikan pelajar saya bermain bola jaring ketika saya menjadi guru.

Ulasan : Golf permainan untuk orang malas dan buncit perut, bukan sukan untuk masyarakat. Tok Ai suka bersama kawan-kawan kaya, Cikgu Mala lebih bersama masyarakat

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Bahasa yang anda kuasai?

Tok Ai: Bahasa Melayu dan Inggeris.

Cikgu Mala: Selain Bahasa Malaysia. Saya boleh berbahasa Inggeris dan cakap bahasa Jawa. Selalunya saya lebih banyak bercakap dalam Bahasa Malaysia.

Ulasan : Jelas Cikgu Mala kuasai 3 bahasa

Pemenang : Cikgu Mala


Mstar: Adakah anda mempunyai nama samaran atau timbangan?

Tok Ai: Arwah ayah saya dulu Ketua Kampung. Ketika saya darjah lima, kawan-kawan dan orang kampung mula panggil saya, ‘Tok Ai’. Gelaran itu dipanggil kerana gabungan nama ayah sebagai ketua kampung, ‘Tok’ dan ‘Ai’ itu merujuk kepada saya sebagai anaknya. Sampai sekarang gelaran itu lekat pada saya.

Cikgu Mala: Teman rapat dan ahli keluarga memanggil saya Nor tetapi sejak saya menjadi cikgu mereka panggil saya Cikgu Mala dan gelaran itu kekal hingga hari ini.

Ulasan : Tok 'dot dot' adalah gelaran kuno untuk golongan atasan, sedangkan cikgu adalah gelaran mulia orang berilmu

Pemenang : Seri


mStar: Binatang peliharaan yang anda sukai?

Tok Ai: Saya tak suka bela haiwan, tapi sejak anak saya suka bela sepasang kura

-kura, ‘Lulu dan Lala’ saya jadi suka kepadanya.

Cikgu Mala: Saya suka haiwan dan saya ada bela kucing namanya ‘Mickey’.

Ulasan : Kucing adalah haiwan yang Rasulullah SAW minta kita sayangi. Juga mencontohi sifat sahabat nabi, Abu Hurayrah. Kura-kura? Heheh, haiwan yang suka mencari kelemahan orang untuk tonjolkan kepadanya!

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Siapakah idola anda?

Tok Ai: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya meminati gaya kepimpinan dan kebolehan beliau mentadbir negara selama lebih 21 tahun.

Cikgu Mala: Idola saya, Nabi Muhammad SAW. Baginda sumber insipirasi kepada saya dan kegigihan, ketabahan serta kepayahan yang dihadapinya merupakan contoh kepada orang Islam.

Ulasan : Allahu Akhbar! Jawapan ini menghurai segala-galanya untuk insan bernama manusia

Pemenang : Cikgu Mala (2 kali menang untuk soalan ni)


Mstar: Pelakon yang anda sukai?

Tok Ai: Kalau artis saya minat pelakon aksi, Steven Seagal.

Cikgu Mala: Saya suka P. Ramlee. Dia seorang legenda dan salah seorang artis tempatan yang paling berbakat kita pernah miliki.

Ulasan : Jelas siapa yang mengagungkan mat saleh kera di hutan dan siapa yang bangga dengan produk tempatan

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Perkara yang anda sukai tentang Malaysia?

Tok Ai: Saya suka tempat-tempat pelancongan menarik yang ada di Malaysia terutamanya taman negara, air terjun, pulau-pulau cantik seperti Pulau Langkawi.

Cikgu Mala: Kepelbagaian budaya, agama serta adat resam yang kita miliki. Kepelbagaian budaya dan masyarakat menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa dan unik untuk dikunjungi.

Ulasan : Jawapan Cikgu Mala sekali lagi menonjolkan ciri-ciri pemimpin kepada mayarakat

Pemenang : Seri

PRK Dun Tenang, buka wajah sebenar Umno

Oleh Majdan Yahya

Tindakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam - merujuk calon PAS-Pakatan Rakyat (PR) kerusi DUN Tenang, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini. Sekaligus memperlihatkan kegagalan Umno menerangkan Islam yang sebenar kepada sekutunya itu.

Walaupun ucapan Chua itu berlaku dalam perjumpaannya dengan masyarakat Cina bukan Islam, namun Umno tindak mengambil langkah proaktif untuk mengajak MCA berbincang agar isu tersebut dijawab dengan lebih berhemah.

Bahkan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan tentang agenda PAS yang mahu menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat (PR) berkuasa.

Umno bukan sahaja tidak membantu MCA menghormati agama Islam malah mereka sendiri turut sama mempersendakan agama rasmi Malaysia itu. Apakah Umno begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan 5,766 pengundi masrakat Cina sehingga sanggup menjual agama?

Jumlah pengundi Cina tersebut merupakan 38.6 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di Tenang. Dalam pilihanraya umum 2008 yang lalu, PAS memperolehi sokongan lebih daripada separuh pengundi di tiga kawasan majoriti Cina, iaitu bandar Labis Timur, bandar Labis Tengah dan Labis.

Sebelum ini PAS dituduh oleh Umno dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang pro-Umno bahawa parti Islam itu telah menggadai prinsipnya kerana berkawan dengan DAP yang didakwa anti Islam. Pelbagai tohmahan dan demontrasi dibuat mengutuk tindakan PAS itu. Ditambah pula isu kenyataan "over my dead body" oleh Karpal Singh.

PAS dan DAP didakwa tidur sebantal tetapi mimpi yang berlainan. Tetapi isu ini telah membuka wajah sebenar Umno dan NGO tersebut. Mana perginya suara lantang mereka? Mana jaguh-jaguh pendemo mereka? Mana perginya ketuanan Melayu-Islam yang mereka bangga-banggakan selama ini? Di mana Umno yang gah mengatakan merekalah juara membela agama? Di mana JAKIM dan di mana IKIM? Semuanya menunduk kepala tatkala MCA dan Gerakan mula mencemuh PAS sekaligus menghina Islam kerana pematuhan kepada suruhan agama.

Dalam hal ini, jelaslah bahawa Umno sebenarnya yang menjual agama demi politik mereka. Walaupun Muhyiddin meminta isu ini tidak dipanjangkan oleh MCA, namun sehingga kini tiada suatu dialog khusus antara ulama Umno dengan pimpinan MCA bagi meleraikan isu ini.

Rakyat yang cerdik dan celik tidak kira sama ada Islam atau bukan Islam telah dapat melihat dengan jelas bahawa PAS secara istiqamah meneruskan suruhan agama walaupun difitnah dan dihalang melalui pelbagai cara oleh Umno dan konco-konconya.

Dalam hal ini DAP lebih menghormati Islam setelah berkawan dengan PAS dan tidak pernah mempersoalkan kenapa seorang muslimah perlu bersarung tangan untuk bersalam dengan pengundi yang bukan muhrim. Yang lebih menyedihkan sikap tidak menghormati Islam ini disiarkan ke seluruh negara oleh media pro-Umno.

Isu ini sepatutnya mencelikkan mata dan hati rakyat Johor khususnya di Dun Tenang yang masih beranggapan Umno lah pejuang agama Islam. Sebahagian rakyat Johor telah pun membuat perubahan, dan pengundi Johor sewajarnya memulakannya di Tenang. Perkara ini tidak mustahil kerana Johor terkenal dengan sekolah agama rendahnya. Secara logik, hampir semua anak-anak Johor mempunyai asas agama.

Mereka sewajarnya sedar bahawa Umno yang mempunyai JAKIM dan IKIM hanya mampu bersetuju dengan MCA dan Gerakan dalam perkara perkara yang mencabar dan menghina Islam. Berbanding PAS yang tegas mempertahankan Islam walaupun pernah hilang sekutunya pada pilihanraya 1999.

Walau apapun keputusan PRK Tenang, PAS sudah menang dan membuktikan mereka tidak pernah meninggalkan perjuangan untuk menegakkan Islam dan memberi kefahaman tentang Islam kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia ini. Berbanding Umno yang berselindung disebalik agama dan apabila keadaan terdesak untuk mendapatkan sokongan Melayu-Islam. Tetapi, tanpa disangka, Dun Tenang telah mendedahkan watak hipokrit mereka.

Strategi mengekalkan perpecahan dalam Umno Kedah

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Lagi catatan rekod Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Kedah iaitu berjaya melangkau paras defisit bagi tahun ini sebanyak RM19 juta. Maknanya, bila tengok dalam akaun pada hujung tahun masih ada lebihan wang.

Kerajaan negeri tidak perlu menadah tempurung pada kerajaan Pusat untuk membayar gaji atau membiayai pembayaran menampung defisit. Cerita tadah tempurung ini pernah berlaku semasa kerajaan negeri di bawah pentadbiran BN dulu. Sekarang pun masih berlaku, cuma bukan Kedah sebaliknya kerajaan negeri yang dibawah pentadbiran BN.

“Ini juga adalah hasil usaha kerajaan negeri yang mengawal ketat pengaliran wang keluar, belanja berhemah dan hasil cukai pendapatan.

“Awal tahun saja kita telah melangkaui defisit, jadi apa yang dirancangkan dalam Bajet 2011 dapat kita laksanakan, jika kerajaan persekutuan tak bagi pun kita boleh buat,” jelas Menteri Besar, Dato’ Seri Azizan Abdul Razak.

Ada lagi catatan menarik ialah hasil negeri Kedah tahun 2010 meningkat sebanyak 17.32 peratus, berbanding 2009. Hasil balak bagi tahun 2010 meningkat 562.5 peratus berbanding tahun 2007, walaupun diusahakan di atas keluasan yang sama. Peningkatan hasil bertambah dari tahun ke tahun sejak Pakatan mengambil alih.

Sultan Kedah dalam titah ucapan sempena Sambutan Hari Keputeraan baginda mengucap tahniah kepada Menteri Besar Kedah kerana berjaya menerajui pentadbiran dengan baik dan berjaya melaksanakan beberapa pembaharuan bagi meningkatkan tahap kesejahteraan hidup rakyat negeri ini.

Suasana ini, menurut baginda, telah memberi keyakinan kepada pelabur dan masyarakat perniagaan dengan kemasukan pelaburan asing dan tempatan bagi memajukan sektor pembuatan. Selain itu Langkawi Permata Kedah turut menjadi pilihan pelabur untuk memajukan produk pelancongan bertaraf antarabangsa.

Sultan sebagai Payung Negeri turut mengakui kehandalan Menteri Besar.

Baru-baru ini satu kajiselidik telah dibuat oleh sebuah badan bebas menunjukkan bahawa majoriti pengundi di Kedah masih mahu mengekalkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Ertinya dari bawah hingga ke atas, semuanya menyenangi kerajaan yang ada. Itulah barangkali yang sangat memeningkan BN sehingga memaksa orang nombor satu parti itu turun ke Kedah melancarkan serangan.

Presiden Umno turun ke Sungai Petani melancarkan slogan ‘BN Menang, Kedah Senang’. Semua ahli Umno seluruh Kedah dikerah untuk hadir, malangnya kehadiran tidak sampai lima ribu orang. Apa yang dicanangkan Najib adalah bahan temberang lama yang diulang-ulang.

Agak melucukan apabila berkali-kali Najib bertanya hadirin, “Adakah kerajaan negeri (Pakatan) menunaikan janji yang dibuat dalam pilihanraya?” orang ramai buat tidak peduli. Mungkin kerana kasihan melihat dia bertanya soalan berulangkali, barulah soalannya dijawab dengan terpaksa oleh pemimpin-pemimpin Umno negeri sendiri dengan perkataan “Tidak.” Lemah bunyinya, kerana BN sendiri sedar bahawa sebahagian besar janji-jani manifesto Pakatan Rakyat telah ditunaikan.

Seperti Dr. Mahathir, Najib juga mengakui bahawa BN sukar merampas Kedah jika mereka berpecah sesama sendiri. Pengerusi BN itu tidak akan menyebut isu perkelahian dalaman parti mereka jika ianya tidak wujud. Faktor perpecahan dalaman terbukti menjadi sebab penting BN kalah pada 2008. Perpecahan yang sedang dan bakal berlaku lebih sengit. Jangan harap pihak yang disabotaj dulu sehingga kalah, akan datang menyondol dengan tebal untuk menyokong seterunya dalam parti yang pernah mengkhianatinya dulu.

Harus diingat bahawa tahun 2008, PAS dan rakan Pakatan hanyalah pembangkang, modal cuma air liur. Sekarang PAS sudah boleh bersama rakyat di mana-mana kerana mempunyai rangkaian lengkap di semua peringkat, dari atas hingga ke akar umbi iaitu; exco, ahli majlis kerajaan tempatan dan Majlis Ketua Kampung. Rakyat sudah merasai air tangan kerajaan Pakatan Rakyat. Maka laluan untuk BN menjadi gelap, sempit dan berliku.

Najib turun ke Sungai Petani, kawasan di mana ahli-ahli Umno membaling kerusi dalam mesyuarat agung bahagian. Dia mengakui secara jujur bahawa semua pemimpin yang bertelagah itu adalah ‘orang-orangnya’. Itu baru cerita dalam satu kem iaitu kem Najib. Orang Muhyiddin Yasin atau lain-lain pemimpin Umno belum masuk campur. Kalau bertempur semua kem-kem dalam Umno, maka lagi hancur berkecailah Umno Kedah.

Isu yang berlegar dalam Umno sekarang ialah jika BN menang, Menteri Besarnya ialah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Pengerusi Perhubungan Umno kini. Ia sudah menjadi bahan persendaan sebahagian besar kakitangan kerajaan negeri kerana mereka kenal siapa Mat Bashah. Dalam Umno sendiri beliau telah dibelasah habis-habisan oleh penyokong BN dalam medan maya. Itulah untung ruginya revolusi informasi melalui media kedua, segala isu dalaman organisasi tidak boleh dibendung. Seantero dunia tahu bahawa Umno Kedah sedang berpecah dan Mat Bashah tidak dapat diterima secara solid oleh seluruh kepimpinan Umno negeri.

Perkembangan terbaru semua ceramah politik Pakatan Rakyat secara terbuka dilarang di Kedah. Sewaktu Najib berkempen di atas pentas BN di Sungai Petani, ratusan polis berkawal di Tualang, Pokok Sena untuk menghalang Datuk Mahfuz Omar dari berceramah. Ruang demokrasi makin disempitkan.

Pilihan yang ada sewaktu segala maklumat benar disekat dari sampai ke pemikiran rakyat, maka menyemarakkan perpecahan dalam Umno sepatutnya menjadi alternatif untuk meraih ‘undi tidak ikhlas’ (undi protes).

Soalnya bagaimana untuk mengekal dan menyemarakkan lagi perpecahan dalam Umno/BN? Ia perlukan perancangan.

Laman web LUCAH haram tak kalut..tapi laman web POLITIK macam-macam nak di sekatnya..!!

BN bimbang media baru dedah maklumat
Hazayani Zakaria @ harakah

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Cadangan pindaan memperluas skop Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) kepada internet hanyalah persiapan awal BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13, kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim.

Beliau yang juga seorang penulis blog politik berkata, cadangan itu sangat tidak masuk akal dan langkah yang mundur ke belakang.

"Apapun alasan yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk meminda Akta Mesin Cetak, saya lihat ianya tidak lebih dari persiapan awal BN menghadapi PRU ke 13," kata beliau.

Khalil yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak juga berkata, cadangan kerajaan itu kerana pemimpin BN mula bimbang dengan keberanian pengamal media baru mendedahkan maklumat sebenar kepada pengguna internet.

"Jika dikira dari segi bahan pemberitaan dan segala fakta yang disiarkan oleh blogger Pakatan Rakyat, saya lihat ianya merupakan sesuatu yang bertanggungjawab.

"Kita keluarkan sesuatu yang sebenarnya dan inilah yang membimbangkan pemimpin BN," katanya yang juga Adun Titi Serong.

Tambah Khalil lagi, Malaysia yang mengaku sebagai negara demokrasi seharusnya bersikap terbuka dalam perkara ini dan mencontohi negara lain yang mengamalkan kebebasan bersuara.

"Malaysia sepatutnya malu kepada negara lain yang lebih bersifat terbuka demokrasinya.

"Hak rakyat untuk bersuara di media internet yang hendak dikawal membuktikan demokrasi di Malaysia hampir terkubur," katanya.

Tambahan pula ujarnya, rakyat sudah bosan dengan cara pemberitaan media cetak pro BN yang lebih bersifat mengampu daripada menyatakan kebenaran.

"Media cetak yang pro BN juga berada di tahap lama dan telah lama tidak diminati bahan beritanya yang lebih kepada "ampu sana ampu sini"," katanya.

Beliau juga berpandangan, cadangan itu kerana BN sudah tidak mampu membayar penulis blog pro BN yang meminta bayaran tinggi untuk menaikkan nama mereka.

"Saranan itu juga bagi saya menggambarkan BN sudah letih melayan karenah blogger pro BN yang terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi.

"Apa lagi melihat kepada laman sesawang pro BN banyak yang saya anggap "sampah" dan pengfitnah yang sengaja diada-adakan," katanya.

Sehubungan itu, Khalil menyeru rakyat agar tidak teragak-agak menolak BN pada pilihan raya umum akan datang bagi menghalang mereka daripada terus melakukan tindakan yang tidak munasabah.

"Oleh itu saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak menunggu lama bagi menghentikan pelbagai tindakan yang sudah tidak masuk akal ini," katanya.

Kelmarin, KDN mengumumkan untuk memperluas penguatkuasaan undang-undang ini merangkumi ruang maya termasuk laman web, blog, facebook dan twitter.

Akankah Tunisia Menjadi Keping Domino yang Pertama?

Dari Blog Jalan Telawi

Oleh Anwar Ibrahim

Awal bulan ini, warga Tunisia telah berjaya menyingkirkan presiden mereka menerusi satu revolusi popular yang pertama dalam sejarah moden negara-negara Arab. Kepantasan revolusi ini merebak semestinya memberikan isyarat jelas kepada negara-negara Muslim lain yang masih lagi tegar mempertahankan kerajaan otokratik dan diktator.

Jangka hayat panjang rejim sebegini dijamin menerusi keupayaannya dalam menekan suara-suara bantahan dengan jentera-jentera kerajaan yang dikawal, terutamanya institusi ketenteraan. Apa yang berlaku di Tunisia menzahirkan bahawa bila mana salah satu jentera kerajaan tidak berfungsi – seperti yang berlaku kepada pihak tentera ketika mereka gagal bergerak secara efektif – jentera-jentera lain seperti media dan kehakiman akan turut gagal berfungsi.

Apakah ini merupakan detik seperti runtuhnya Tembok Berlin bagi warga Timur Tengah? Apakah negara-negara Arab lain yang mengguna pakai modus operandi yang sama dalam amalan penindasan politik bakal ditumbangkan juga?

Pada tahun 2005, dalam satu ucapan di Forum Dunia Amerika Syarikat (AS) – Islam di Doha, saya mengungkapkan bahawa pendemokrasian bakal muncul di Timur Tengah jauh lebih awal dari yang diramalkan, dan saya mengkritik dasar luar AS dengan menyifatkannya sebagai “dasar talam dua muka.” Ketika pentadbiran Bush mendukung kebebasan dalam melancarkan perang melawan keganasan, AS tetap teguh bersekutu dengan negara-negara yang secara terang-terangan mengamalkan dasar penindasan untuk mengekang masyarakat awam dan menggagalkan demokrasi.

Di bawah pentadbiran Obama, dasar talam dua muka ini masih lagi wujud. Walaupun dalam ucapan bersejarahnya di Kaherah di mana beliau secara khusus memuji wakil kerajaan, pentadbiran Rumah Putih masih terus bekerjasama dengan pelbagai otokrat dari Timur Tengah. Dari perspektif para demokrat di rantau itu, dasar talam dua muka AS ini adalah disebabkan pendemokrasian akan mengakibatkan wujudnya kerajaan yang kurang cenderung menyokong agenda dan tuntutan AS terutamanya pentadbiran yang disifatkan Islamik oleh AS.

Merujuk kepada Tunisia, adalah mustahil Zine el Abidine Ben Ali mampu kekal menerajui negara selama 25 tahun tanpa dukungan dari Amerika. Kenyataan bahawa rejim kleptokratik pimpinan beliau akhirnya tumbang merupakan peringatan keras bahawa sesebuah kerajaan yang ditegakkan melalui penindasan ke atas rakyat takkan bertahan lama. Kita telah menyaksikannya di Iran pada tahun 1979 menerusi kejatuhan dramatik Shah, dan juga pada tahun 1998 ketika rakyat Indonesia mengecap nikmat demokrasi secara aman setelah hampir tiga dekad ditadbir di bawah kepimpinan tentera.

Masalah yang menghantui dunia Arab tetap mengejutkan: monopoli kekayaan dan kuasa oleh segelintir elit politik, kemerosotan infrastruktur, sistem pendidikan yang jumud, kepincangan dalam perkhidmatan kesihatan serta bebanan pendapatan dalam menghadapi kenaikan harga barang dan kos hidup. Rasuah dan nepotisme menjadi raja di sebalik tiadanya kebertanggungjawaban dan ketelusan.

Sememangnya semua ciri tersebut merupakan acuan terbaik sebuah pergolakan politik: peminggiran politik dan ekonomi ke atas rakyat serta perompakan kekayaan negara oleh elit pemerintah. Ianya merupakan satu realiti yang tidak dapat disucikan oleh propaganda – kerana rakyat boleh menyaksikannya di YouTube dan Facebook – walaupun dicuba dengan pelbagai kaedah oleh pemerintah. Pastinya, tiada seorang pun pemimpin Arab yang akan mengakui kebejatan ini, sebaliknya akan menzahirkan kewarakan dan menabur janji untuk terus memperbaiki tahap ekonomi rakyat.

Adalah sesuatu yang bodoh bagi kerajaan di rantau itu sekiranya menganggap bahawa apa yang berlaku di Tunisia ini sebagai kes terpencil. Permasalahan ekonomi dan politik yang mencetuskan revolusi merupakan sesuatu yang luar biasa terhadap negara tersebut. Seseorang hanya perlu berjalan di sepanjang kaki lima di Kaherah dan Karachi, atau merayau-rayau di pekan-pekan terpencil di Algeria dan Afghanistan untuk melihat bagaimana sengsaranya kemiskinan dan penindasan sehingga mampu memusnahkan martabat diri seseorang.

Pemerintah otokratik yang telah terbiasa dengan kedaulatan mutlak barangkali akan mengubah fikiran mereka. Kebangkitan di Tunisia didorong oleh hasrat untuk mencapai kebebasan dan keadilan, dan bukan kerana ideologi tertentu. Faktor keganasan Islam, yang sering dijadikan kambing hitam oleh para diktator di Timur Tengah untuk menghalalkan kezaliman mereka, perlu dipertimbangkan semula atau dibakulsampahkan terus. AS juga harus mengambil pengajaran tentang mitos bahawa diktator yang sekular merupakan taruhan terbaik dalam melawan golongan Islamis. Revolusi, sama ada yang bersifat sekular atau keagamaan lahir dari keinginan sejagat untuk memartabatkan hak. Persamaan di antara revolusi di Iran dan pergolakan di Tunisia adalah kebangkitan rakyat yang telah sekian lama menderita di bawah pemerintahan yang menindas.

Apakah revolusi di Tunisia ini mampu menjana kebangkitan warga Arab dan mengubahnya kepada pembebasan Timur Tengah? Tatkala Tunisia bergerak ke dalam kelompok negara-negara Timur Tengah yang memartabatkan demokrasi seiring dengan negara seperti Turki, namun untuk kebanyakan negara Islam lain, demokrasi masih lagi merupakan sesuatu yang sukar dikecap. Pakatan pembangkang di negara-negara seperti Mesir kini sudah menemui harapan baru menerusi perkembangan yang berlaku di Tunisia. Bantahan-bantahan di Kaherah dan di wilayah-wilayah sekitarnya telah mengubah tanggapan yang selama ini menganggap bahawa bangsa Arab dan umat Islam bersifat pasif dalam politik dan senantiasa cenderung terhadap otoritarianisme. Namun, apakah mereka akan diberi peluang yang adil? Rakyat Palestin pernah memilih pemimpin mereka menerusi pilihan raya namun kuasa Barat telah campurtangan dan mengubah peraturan pilihan raya tersebut.

Kenyataan asasnya adalah jelas iaitu AS mesti menghentikan sokongan terhadap pemimpin-pemimpin diktator dan kuku besi sama ada di Timur Tengah, Pakistan atau di Asia Tenggara. Apa yang berlaku di Tunisia sewajarnya diamati sebagai fajar baru bagi demokrasi di dunia Arab dan Islam.

*Diterjemahkan oleh Najwan Halimi dari artikel berjudul “Will Tunisia Be the First Domino?” tulisan Anwar Ibrahim yang diterbitkan di laman The Wall Street Journal pada 26 Januari 2011*

Tu dia.. nak Kibaq bendera kat kereta pun kena ambik permit dah..!!!

Perlu permit kibar bendera parti pada kenderaan

LABIS - Polis memaklumkan tindakan mengibarkan bendera parti pada kenderaan menyalahi
undang-undang kerana menyamai aktiviti berkempen.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Abdul Majid Mohd Ali berkata, parti politik perlu mendapat permit terlebih dahulu untuk berkempen.

Beliau mengingatkan pengguna supaya berhenti melakukan perbuatan itu sebelum dikena tindakan.

Selain itu katanya, polis turut mempunyai senarai nama individu yang dijangka melakukan kekacauan menjelang hari mengundi Ahad ini.

Individu tersebut, menurut beliau, akan diperhatikan setiap masa dan akan ditahan jika didapati menggugat ketenteraman awam.- Bernama

nak tanya sikit..
Pak Cik Van nie agak2 hangpa ada apply permit tak..??
http://www.keruak.com/diariyb/media/1/20070817-Bendera_A.JPG

Mahaguru58 terjebat permainan politik kotor blogger cybertropper?

Pilihan raya kecil di Tenang, memang kucar sedikit, apabila Pakatan Rakyat nampak begitu meriah menguasai keadaan dan situasi. Walaupun Johor adalah kubu kuat UMNO suasana PRK ini sedikit sebanyak telah mengubah pandangan harian masyarakat 'karat UMNO' ini.

Memang sukar untuk memangi PRK apatah lagi berada dalam situasi tempat 'tanah tumpah' kelahiran UMNO. Kesungguhan PAS, kesungguhan calon PAS cikgu Mala sangat besara. Apatah lagi digabungan dengan rakan Pakatan makin erat iaitu DAP selain daripada PKR sendiri.

Cikgu Mala bukan sahaja mendapat sokongan padu daripada masyarakat tapi suaminya adalah pengerak utama kepada kekuatan ini. "Mahram" dalam erti sebenar.

Saya membaca satu artikel daripada Mahaguru58 bertajuk N5 Tenang By-Election ~ Guess who's on MC at the taxpayer's expense and yet out campaigning?

Saya hairan bagaimana seorang yang begitu bagus dalam penulisan dan analisis boleh terjebak dengan peneyebaran maklaumat tidak benar yang sudah pasti menjadi penyeber dusta.

Cybertropper UMNO dikalangan blogger telah diberikan sumbangan dan pembiayaan khusus dalam usaha menjatuhkan musuh dan lawan. Dulu usaha ini tidak terancang tetapi sekarang mereka telah mendapat didikan khusus di bawah pemantau khas. Mereka di ajar untuk bertindak dan mereka juga dilindungi bagi mengelakkan tindakan diambil jika maklumat tersebut boleh memudaratkan.

Saya rasa tidak perlu saya panjang pasal cybertropper ini.

Mahaguru58 memberikan fokus tentang M.C. suami calon PAS N06 Normala Sudirman, iaitu Ma'aruf Abd Muatalib selama 21 hari.

Paparan M.C. yang di tujukkan dalam blog Malaguru58 yang dipetik daripada bloger cybertropper UMNO ialah;


M.C. dua hari daripada Pusat Perubatan Keluarga boleh dipertikaikan kerana tidak menyatakan sakit suami Cikgu Mala. Ini menunjukkan M.C. ini adalah rekaan.


Sijil Cuti Sakit (M.C.) yang dikatakan dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat ini juga melucukan. Penipuan yang jelas dan tidak mudah diperdaya oleh orang awan sekalipun.

Bagaimana cuti 14 hari dikeluarkan oleh sebuah klinik sahaja, tanpa merujuk kepada Hospital? Sepatutnya sakit yang melibat bilangan hari yang lebih perlu dirujuk ke Hsopital.

Kedua, dalam M.C. ini tidak dinyatakan sama sekali sakitnya. Sepatutnya M.C. mestilah jelas menyatakan apa jenis penyakit yang dihidapi apatah lagi melibatkan bilangan hari yang lebih.


Sijil Cuti Sakit (M.C.) yang ketiga ini paling melucukan, kerana tulisannya berlainan dengan M.C. yang kedua tetapi tandatangan pada Dr yang sama.

Kemudian M.C. dikeluarkan pada Klinik yang sama sedangkan doktor tidak pun merujuk penyakit yang dihadapi ke Hospital. Adakah tindakan ini benar?

Pada M.C. ketiga ini terdapat diagnosis penyekit yang sebenarnya tidak layak dibuat oleh pegaai perubatan yang berada di Klinik. Yang layak hanyalah Hospital sahaja.

Saya berpendapat semua ini adalah konspirasi yang cuba mengaibkan suami calon PAS N05 Tenang, cikgu Normala Sudirman.

Satu perkara yang perlu juga diambil kira dalam hal ini, adalah pengetua SMK Tenang Stesen sekolah suami cikgu Normala begitu mudah membenarkan M.C. tanpa sebarang pertikaian? Ini saya ambil kira begitu hebat cybertropper blogger UMNO yang menjadi rujukan blogger Mahaguru58 boleh menyelip masuk mengambil semua M.C berkenaan.

Tapi saya lebih berpendapat.

M.C.-M.C. ini adalah konspirasi yang jahat untuk memburukkan suami cikgu Normala Sudirman, Ma'aruf Abd Muatalib. Diagnosis yang dibuat pada M.C. ketiga menjukkan murung adalah bersifat untuk mengaib dan menjatuhkan martabat suami calon dan calon PAS sendiri.

Kata-kata Mahaguru58 pada akhir penulisannya dipetik;

Hope they don't teach their students this special art of going on fraudulent medical leave!
This is just so disheartening! I'm truly disappointed!

Saya berpendapat, sepatutnya kata-kata ini dipulangkan kepada Mahaguru58, jangan kita mengajar masyarakat menjadi penerima dusta dan fitnah membuta tuli. Saya juga kecewa dengan Mahaguru58 begitu mudah diperdaya oleh perkara yang kecil sebegini.

http://polispencen.blogspot.com/2011/01/mahaguru58-terjebat-permainan-politik.html

Pelukis Kartun JURAGAN hina Umat Islam di Malaysia dlm H.Metro semalam.


JURAGAN HINA UMAT ISLAM NEGARA.

Penghinaan dan sindiran tidak henti-henti sejak kebelakang ini terhadap Islam,bermula dengan kata-kata menakutkan kaum cina jika tertubuh negara Islam oleh MB Johor,kemudian di tambah pula penghinaan tentang apakah hebat-nya nilai Islam itu oleh Chua Soi Lek.

GERAKAN pun turut sama mempertikai-kan hukum tatasusila cara Islam kemudian di-tegur TPM (Setelah dia pun hina Islam seperti MB Johor). Chua Soi Lek tetap dengan pendirian.. tidak akan menarik balik segala kata-katanya.

*** Hari ini seorang kartunis lama dalam dalam dunia kartun(jURAGAN) menyindir Islam mengenai "Isu Salam" di Tenang. Disiarkan oleh sebuah akbar media massa arus perdana Harian Metro. Pengarah dan Editor Harian Metro seolah-olah sengaja memainkan isu ini semula...walaupun dalam sindiran berunsur kartun,ia-nya tetap menghina Umat Islam negara ini...

****Inikah gagasan 1Malaysia yang najib war-warkan..??? Islam dihina,dipermainkan,dipertikai hukumnya dengan luas di media-media massa arus perdana...

****Janganlah kerana sebuah kerusi DUN N5 TENANG Islam menjadi sindiran media...

****Kementerian Dalam Negeri adakah hanya berpeluk tubuh..???

Madzamtoklah's Profile

Santa Claus dah turun MERLIMAU

Depa dah start taboq dah.. ambik jangan tak ambik....tak tau nak buat apa duit mai bagi kat kami....
Bantuan kepada golongan kurang bernasib baik


MERLIMAU - Seramai 1,046 golongan kurang bernasib baik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, bantuan bulanan diberikan itu membabitkan peruntukan RM279,500 sebulan.

Menurutnya, ini adalah sebahagian daripada RM6.3 juta disalurkan setiap bulan oleh JKM untuk membantu golongan berkenaan.

“Pada tahun ini, JKM memohon RM65 juta daripada Kerajaan Persekutuan, sementara RM11 juta menerusi Kerajaan Negeri sebagai bantuan kepada mereka,” katanya selepas Majlis Penyampaian Bantuan Bulanan dan Bantuan Perayaan Tahun Baru Cina JKM Negeri DUN Merlimau di Dewan Datuk Md Ithnin, di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Ab Karim Sulaiman; Timbalannya, Datuk Hasan Abd Rahman; Penolong Pengarah Kanan JKM negeri, Mohd Zamry Abulis dan Ketua Wanita UMNO Jasin, Zaleha Bujang.

Kerajaan Negeri Kedah janji teliti masalah masyarakat Siam

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri akan meneliti masalah permohonan tanah untuk tujuan pertanian oleh masyarakat Siam di negeri ini bagi mengetahui punca sebenar kesukaran mereka mendapatkannya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, aduan masyarakat Siam mengenai kesukaran memperoleh Sijil Pertanian Siam yang diperlukan bagi membolehkan mereka memohon Tanah Rizab Melayu perlu diberikan perhatian memandangkan perkara itu kebiasaannya diuruskan bahagian Pentadbir Tanah dan Daerah di setiap kawasan.

Menurutnya, kebiasaannya permohonan yang dibuat di bahagian itu tidak dipanjangkan ke pengetahuan Kerajaan Negeri setelah dianggap tidak layak.

“Setakat ini, saya masih tidak dapat sebarang aduan berkenaan perkara itu daripada mana-mana individu berketurunan Siam.

“Saya juga meminta mereka datang menemui saya di pejabat bagi memberi penjelasan lanjut berkenaan isu ini,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.

Phahrolrazi berkata, pihaknya tidak menafikan terdapat ramai individu dari golongan Siam yang memperoleh Tanah Rizab Melayu dengan menggunakan Sijil Pertanian Siam.

“Bagaimanapun, Kerajaan Negeri tidak menolak kemungkinan untuk menyerahkan tanah kepada masyarakat Siam bukan melalui Rizab Melayu sebagai alternatif untuk mengurangkan bebanan kepada mereka,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri digesa menyelesaikan masalah Sijil Pertanian Sian yang menjadi penghalang kepada masyarakat keturunan itu meneruskan bidang pertanian yang menjadi sumber ekonomi negeri.

Sementara itu, Ahli Dewan Negara, Senator Boon Som Inong berkata, masyarakat Siam percaya tempoh menunggu yang lama bagi mendapatkan sijil itu antara satu hingga tiga tahun tidak wajar dan perlu dipercepatkan.

“Permintaan masyarakat Siam dianggap wajar kerana mereka mahu diberi peluang sama seperti rakyat lain yang menyahut seruan kerajaan membangunkan ekonomi negara melalui sektor pertanian,” katanya yang juga Penasihat Penyelaras Pembangunan Masyarakat Siam Pendang.

DUN Pelabuhan Kelang akan senasib dengan Dun Kota Seputeh..!!

PERKARA BADRUL HISHAM PERNAH BERLAKU DI KOTA SEPUTEH KEDAH

http://selangor2u.com/blog/wp-content/uploads/2010/08/tembikai-kembar-2.jpg
Persidangan khas DUN Selangor bukan sahaja menarik perhatian ramai untuk melihat sama ada pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri itu diluluskan, tetapi juga kedudukan ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah.

Bagi pengamal undang-undang Datuk Mohd Hafarizam Harun katanya walaupun Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim mempunyai kuasa mengosongkan kerusi itu, ia hanya boleh disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Sama ada kerusi itu kosong atau tidak, ia akan hanya ditentukan oleh SPR. Jadi tindakan menghalang Badrul Hisham menghadiri sidang DUN adalah tidak wajar.

KOMEN HALIK :- Saya masih ingat perkara yang sama dialami oleh Badrul Hisham di DUN Kota Seputeh Kedah juga pernah berlaku. SPR bawa perkara tersebut Kemahkamah Tinggi. Keputusan Mahkamah Tinggi bahawa PRK mesti diadakan di DUN Kota Seputeh Kedah.

SPR difahamkan telah membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan tapi hingga kini Mahkamah Persekutuan belum bersidang lagi ?

Mengikut Mahkamah Tinggi Speaker punya bidang kuasa bukan SPR.

Halik Zaman

Ada "SALAM" untuk ketua AMK...!!!


http://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2010/12/ShamsulIskandar-289x300.jpg

kami pon heran KETUA AMK si Shamsul Iskandar nie yg dok galak nak buat statement dalam tengah dok perang nie apahal...gila jawatan sangat dah kaa..dah dapat balik jawatan Ketua AMK tu jaga la elok2..nie dok berebut kerusi DUN MERLIMAU pulak..

Lembu pegang pada tali, manusia pegang pada janji..kita dah setuju itu kerusi PAS...biarlah PAS bertanding....usah diguris sahabat seperjuangan.....

Sama Tapi tak serupa

Ca kita pakat perati dua gambaq nie. lepas tu pandai- pandai la komen....


Tok Ai cicit ulama.

http://dppwm.blogspot.com/2011/01/tuk-ai-cicit-ulama-kelebihan-tue.html

Sekarang nie puak-puak UMNO dok canang akan Tuan Haji Muhammad Arifin (bulatan) atau dikenali sebagai 'Tok Tenang' adalah orang yang membuka sebuah perkampungan Tenang adalah moyang kepada Tuk Ai. Kirenya cicit ulama' la Tuk Ai nie... POWER! POWER! POWER!

... gambar di atas pula adalah Tuan Guru Haji Abdullah bin Ibrahim bin Haji Abdullah (bulatan) merupakan datuk Tun Abdullah .Beliau merupakan seorang cendekiawan Islam dan juga ahli astronomi (falak).

Kire puak-puak UMNO nie ade darah ulama la...POWER! POWER! POWER!
...tapi cucu dia... membujur lalu...melintang disapu...wakakakakaka... kalu Tuk Ai pulak cicit lagi je jahanam.... cucu pun jahanam...cicit lagi le...

*kredit gambo kepada blog pencacai UMNgOk...

AURA nie boleh sampai ke Malaysia ka?

Bayangan Tunisia: Anak Presiden Mesir Lari Ke London?

SEORANG penunjuk perasaan melaungkan slogan anti-Presiden Mesir, Hosni Mubarak di Kaherah semalam.

Anak Presiden Mesir bawa 100 beg

KAHERAH 28 Jan 11: Seorang anak lelaki Presiden Mesir, Hosni Mubarak melarikan diri ke London dengan membawa 100 bagasi, lapor beberapa buah akhbar semalam. Anak lelaki Hosni itu, Gamal berusia 48 tahun melarikan diri selepas sjeumlah para penunjuk perasaan yang mendapat ilham dari kejadian di Tunisia menuntut peletakan jawatan bapanya.

Bapanya telah memerintah Mesir selama 30 tahun selepas kematian Anwar Sadat yang mati ditembak dalam satu majlis ketenteraan. Gamal kerap dikatakan akan menggantikan bapanya sebagai Presiden Mesir. Sementara itu, para penunjuk perasaan melakukan protes pada hari ketiga semalam bagi menuntut peletakan jawatan Hosni.

Mereka menuntut peletakan jawatan itu kerana menganggap pemerintahan Hosni dicemari rasuah, penindasan dan masalah penggangguran. Ekoran perkembangan itu, Parti Demokratik Kebangsaan yang dianggotai Hosni mengadakan mesyuarat semalam untuk menilai situasi di negara tersebut.

Anggota-anggota prodemokrasi yang dikenali sebagai Pergerakan 6 mendesak tunjuk perasaan akan diadakan selepas solat Jumaat hari ini. Menurut seorang pegawai keselamatan Mesir, sekurang-kurangnya 1,000 orang ditahan sejak tunjuk perasaan itu bermula pada Selasa lalu.

Sementara itu, pemenang Hadiah Nobel Keamanan dan bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Mohamed Elbaradei semalam berkata, beliau bersedia untuk mengetuai perubahan di Mesir jika diminta. Beliau dalam perjalanan pulang ke Kaherah dari Vienna, Austria semalam.

Kehadiran Elbaradei ke Mesir akan memberikan semangat baru ke atas para penunjuk perasaan yang menuntut peletakan jawatan Hosni. - Agensi

Laku lagi ka pelakon Recyle Bin nie?

Umi Hafilda Nafi Dirinya "Nyamuk", Ingin Heret Blogger Ke Mahkamah

Anwar, jangan anggap saya ‘nyamuk’: Ummi

Ummi Hafilda berkata dirinya mungkin menjadi salah satu penyumbang utama kepada kejatuhan karier politik Anwar.

KUALA LUMPUR: Saksi kes Liwat I membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, Ummi Hafilda Ali memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak meganggap dirinya sebagai ‘nyamuk’.

Malah Ummi berkata dirinya mungkin akan menjadi salah satu penyumbang utama kepada kejatuhan karier politik Anwar.

“Kalau kaji sejarah Raja Namrud yang menganggap dirinya Tuhan pada zaman Nabi Ibrahim, nyamuk yang kecik itu boleh membawa kemudaratan.

“Jadi Anwar jangan aggap saya nyamuk kerana dia boleh hilang kuasa, kedudukan, integriti sebagai pemimpin, dan segala-galanya.

“Apabila kembalinya ‘nyamuk’ ini, mungkin ‘nyamuk’ ini mungkin akan membawa kepada ‘kematiannya’ dari segi karier politik,” katanya kepada pemberita ketika mengulas respon Anwar apabila dipelawa berdebat berhubung kebenaran kes salah laku seks.


Ummi Hafilda yang juga adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia Bukit Aman untuk berjumpa dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dan membuat laporan polis tentang beberapa isu fitnah yang dihadapinya.

Fitnah jenayah

Antaranya, menurut Ummi berhubung fitnah jenayah yang dilakukan saksi kes yang sama 13 tahun lalu, Baginda Minda dan Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid yang dikenali sebagai ‘Raja Komando’ terhadap dirinya.

Katanya, Baginda yang tidak pernah dikenalinya secara peribadi telah memfitnah beliau berzina dengannya dilaman blog dan media arus perdana walaupun dirinya telah melakukan sumpah laknat 10 tahun yang lalu.

Begitu juga dengan ‘Raja Komando’ yang mengheret setiausaha politik perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohammad, Datuk Aziz Shamsudin yang beliau kononnya menggelarkan dirinya pelacur namun dinafikan Datuk Aziz, katanya.

“Saya menganggap Baginda dan Raja Komando adalah saksi palsu yang telah dibawa oleh Anwar dalam mahkamah dan kita akan bongkarkan imbuhan yang mereka peroleh setelah mengaibkan dan memfitnah saya.

“Saya ada bukti dimana Raja Komando ini dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang menguruskan semua projek pasir di Selangor. Saya juga mendapat maklumat Baginda diberikan tanah di Selangor,” katanya.

Selain itu, Ummi juga mahu membuat laporan polis bersama bukti yang akan diserahkan supaya siasatan dijalankan terhadap kekayaan yang diperoleh Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin dalam keadaan yang ‘mencurigakan’.

“Saya memohon polis menyiasat segala kekayaan Azmin dan Shamsidar yang melampaui batas luar biasa di mana Azmin dengan rela telah melacurkan isterinya kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu yang merangkap Menteri Kewangan bagi tujuan mendapatkan kekayaan secara haram melalui pemberian peruntukan saham yang bernilai jutaan ringgit.

“Saya mencabar Azmin dan Anwar bahawa saya pernah menerima apa-apa imbuhan daripada mana-mana tokoh politik sedangkan saya mempunyai bukti dia yang sering berkonspirasi dan sering memberi upah kepada mana-mana individu untuk bersubahat dengan mereka,” katanya.

Sumpah laknat

Saya mencabar Azmin dan Amwar membuat laporan polis fitnah jenayah ke atas saya sekiranya apa yang akan saya laporkan ini hanya fitnah semata-mata. Saya dah buat sumpah laknat, Saiful (Bukhari) dah buat, kenapa mereka tak berani buat?,” katanya.

Ditanya pemberita tujuan membuat laporan polis setelah 13 tahun berlalu, Ummi berkata dirinya selama ini sudah cukup bersabar kerana isu ini membabitkan abangnya sendiri.

“Pada ketika Anwar dipenjara saya fikir cukuplah, sebolehnya saya tak mahu heret abang dan (kakak) ipar saya tetapi mereka melampaui batas malah kesabaran saya itu diambil kesempatan untuk memfitnah dan menghina saya.

“Saya bersabar dan fikir mungkin selepas lima atau enam tahun, Azmin akan datang kepada saya dan berkata “Ummi, I am sorry” sudah cukup.

“Saya tidak akan buka mulut lagi selepas itu tetapi sampai hari ini orang masih memfitnah saya sebagai perempuan jalang, pelacur dan tidak bermaruah. Saya inginkan kebenaran supaya yang benar ditegakkan dan yang bersalah itu didakwa dimahkamah.

Telah sampai masanya saya membersihkan nama saya…cukuplah, ini maruah saya yang akan saya bawa sampai akhir hayat saya,” katanya.

Ummi, penulis surat “Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri” bertarikh 5 Ogos 1997, turut mahu membuat laporan fitnah jenayah terhadap beberapa blogger pembangkang yang memfitnah dirinya.

Blogger itu termasuk ‘Tukar tiub’, ‘Tranungkite’, ‘Ruang bicara pria malaya’, dan akhbar Media Rakyat yang berniat jahat menyiarkan gambarnya dimuka depan akhbar bertajuk ‘Kisah dalam kain diselak’.

“Saya memberi amaran kepada mana-mana blogger supaya lebih bertanggungjawab kerana saya akan heret mereka ke muka pengadilan.

Buktikan saya perempuan sedemikian. Buktikan atau sama ada kamu tarik balik kenyataan atau kamu akan berhadapan dengan saya, atau ke penjara,” katanya.

Sementara itu, Ummi selepas bercakap dengan pemberita bagaimanapun gagal berjumpa mahupun membuat laporan polis dengan Bakri kerana beliau difahamkan Bakri mempunyai urusan penting yang lain.

“Kita sudah buat temu janji hari ini dengan Datuk Seri (Bakri) malangnya beliau ada urusan penting lain dan kita akan buat satu lagi temu janji yang baru pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak,” kata peguam mewakili Ummi Mohd Khairul Azam Abdul Aziz ketika ditemui FMT. -FMT

HARAP PAS TIDAK GILA.

di ceduk dari blog : Pak Bakaq

"Kita gentleman. Kita teruskan kerja-kerja kita dan berkempen dengan sebaiknya, tanpa terikut-ikut dengan pembangkang yang membuat serangan peribadi," kata calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim.

Dengan heboh bagai nak rak di Tenang bahawa BN sedang melakukan persiapan habis-habisan untuk memburuk-burukkan peribadi calon PAS, Normala Sudirman, saya suspen untuk melihat sejauh manakah gentlemannya BN. Benarkah BN tidak akan dan tidak pernah membuat serangan peribadi?

Tertanya-tanya juga di hati saya, bagaimanakah kalau PAS dapat memanggil bekas suami Datin Seri Rosmah Mansor dan dapat membikin sidang akhbar dengan memanggil wartawan tempatan dan antarabangsa untuk mendengar pelbagai cerita yang selama ini tersorok?

Bagaimana pula kalau PAS dapat menyihir serta membodohkan bekas suami Rosmah itu dan dapat mendorong beliau membikin pelbagai cerita fitnah terhadap Rosmah?

Harap PAS tidak gila dan membuat kerja bodoh itu. Jangan bagi peluru percuma kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ada masalah dengan E-Idaman contact no. ini segera...

E-Idaman segera atasi masalah

KUALA KETIL – Selepas Sinar Harian edisi 20 Januari di halaman U30 menyiarkan aduan bergambar mengenai masalah longgokan sampah di Kampung Songkiar, Batu Dua, di sini, masalah berkenaan segera diselesaikan Syarikat Idaman Sdn Bhd (E-Idaman).

Pengurus Unit Perkhidmatan Sungai Petani, Kamarulzaman Yahya berkata, masalah sampah itu sudah diselesaikan pada hari sebelum siaran akhbar berkenaan.

Menurutnya, ketika kerja pembersihan itu dijalankan, didapati sebahagian besar sampah dibuang ialah sampah bukan domestik, kerana terdapat banyak perabot lama, almari buruk dan barangan lain yang tidak sepatutnya dibuang di tempat itu.

“Dalam operasi pembersihan ini, kita menggunakan tiga lori muatan terbuka (open tipper) dan sebuah jengkaut.

“Malah, kita juga mendapati terdapat pihak yang menggunakan lori pada waktu malam untuk membuang pelbagai jenis sampah di sekitar tong sampah yang disediakan,” katanya.

Kamarulzaman berkata, pihak industri sepatutnya membuang sampah mereka di tapak pelupusan yang dikendalikan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan bukannya di tong sampah yang dikhaskan untuk penduduk.

“Kita juga mengharapkan kerjasama orang ramai agar tidak sesuka hati membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya bagi mengelak timbulnya masalah lain,” katanya.

Jika anda mempunyai aduan dan pertanyaan, hubungi talian bebas tol iaitu 1800-88-ENVI (3684) atau menghantar emel ke aduan@e-idaman.com.

MB di Kuala Kedah hari ini..

Mula buat persiapan sambut MB

KUALA KEDAH - Penduduk Taman Sri Putra gembira apabila mendapat pusat komuniti baru yang bakal dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Jumaat ini di Padang Kilat.

Pengarah Program Perasmian Pusat Komuniti Taman Sri Putra, Abdul Razak Osman berkata, pada majlis perasmian itu juga, jamuan makan malam bersama rakyat turut diadakan pada jam 8 malam sebelum perasmian berlangsung.

Menurutnya, pusat komuniti tersebut sudah siap dibina dan kini dijadikan sebagai kelas menggaji al-Quran kepada kanak-kanak sejak awal bulan lalu.

“Kita juga berharap dengan adanya pusat komuniti ini ia akan memberi kemudahan kepada penduduk untuk melakukan pelbagai aktiviti berbentuk kemasyarakatan.

“Bersempena dengan perasmian pusat komuniti tersebut, penduduk mengambil beberapa inisiatif dengan mengadakan gotong-royong di kawasan padang dengan mendapat kerjasama daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Environment Idaman, Majlis Ketua Kampung (MKK) Parlimen Kuala Kedah, Pusat Khidmat Kubang Rotan dan Pejabat Daerah,” katanya.

Abdul Razak berkata, majlis gotong-royong yang diadakan itu dirasmikan ADUN Pengkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan turut dihadiri Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim.

Menurutnya, gotong-royong yang diadakan di kawasan padang berkenaan bukan sahaja diadakan bertujuan untuk jamuan rakyat malahan ia dilakukan untuk memberi keselesaan kepada penduduk yang menggunakan padang tersebut untuk tempat beriadah.

Menurutnya, padang yang sebelum ini terbiar sehingga ditumbuhi lalang, kini dibersihkan atas kerjasama yang diberikan penduduk.

“Semua pihak memberikan kerjasama yang terbaik untuk membersihkan kawasan sekitar dan berharap supaya kerjasama yang sama akan diberikan pada majlis perasmian nanti,” katanya.

Berita dari Tenang ...

1) UMNO tersepit untuk dapatkan undi dari Pengundi Cina

2) Undi Melayu bukan Felda lebih kepada PAS

3) Pengundi2 Felda pula sudah pandai melawan UMNO dan mungkin
undi dari Felda kepada UMNO akan merosot dengan drastik

4) Pengundi India masih 50:50

5) MCA dan Gerakan ibarat api dalam sekam buat UMNO di Tenang

6) PR belum menurunkan pemimpin2 atasan untuk pukulan kali terakhir,
UMNO gerun bila pemimpin2 atasan PR turun buat pukulan terakhir nanti.

7) Isu tanah dan ketelusan calon UMNO sudah meluas diketahui umum
bukan saja di Tenang tapi 1 Malaysia. Imej telah tercalar.
Ada suara2 dari UMNO pusat yg mula mempertikaikan pemilihan
calon UMNO, kenapa tidak diselidiki latar-belakang kes beliau dan
beliau pula bukanlah pemimpin yg dipilih oleh ahli2 UMNO Tenang

9) UMNO amat merasai tekanan sebab kalau majoriti kurang pun, UMNO
akan risau sebab Johor adalah negeri penyokong kuat UMNO.
Pepatah lama pun ada menyebut, " Kalau letak tunggul kayu guna
lambang dacing di Johor, pasti org pangkah".

10) PAS telah menghidu kemenangan di Tenang, strategi seterusnya
amat ditakuti oleh UMNO kerana UMNO sudah ketandusan idea untuk
mengelakkan gelombang tsunami 2008 melanda Johor pulak.

ADMIN : kepada petugas teruskan bekerja... jangan rasa selesa w/pon seminit
anggapkan jika kita leka dan lalai musuh akan mengambil kesempatan...
Ayuh teruskan perjuangan JIHAD ANDA....
ALLAHUAKBAR


KedahLanie Sokong KJ..!!

Akta penerbitan, jangan jumud dan undur belakang

Sebagai seorang yang sentiasa menggesa kerajaan agar memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA), saya begitu terkejut dan memandang serius kenyataan Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berhubung kemungkinan perluasan skop dan bidang kawal selia akta berkenaan.

NONEBeliau menjelaskan bahawa kementeriannya telah meminta Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji PPPA bagi melihat sama ada definisi penerbitan di dalam akta tersebut boleh juga meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

Bagi saya ia bukan sahaja suatu langkah yang mengundurkan kita ke belakang, malahan memberi isyarat yang negatif terhadap komitmen kerajaan kepada pengukuhan sistem demokrasi, kemesraan negara sebagai destinasi pelaburan dan perkembangan teknologi terkini.

Sekiranya tujuan bagi pindaan PPPA adalah bagi tujuan pemantauan dan tindakan ke atas maklumat ataupun siaran yang berbaur hasutan, penghinaan atau bersifat jenayah - bukankah kita sudah memiliki pelbagai akta dan undang-undang samaada di bawah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 mahupun peruntukan undang-undang yang lain?

NONEMalah, pihak yang teraniaya juga boleh mengambil tindakan mahkamah menerusi Akta Fitnah 1957.

Sehubungan dengan itu, saya membantah cubaan bagi meminda suatu akta yang saya sendiri berpendapat tidak relevan lagi bagi peredaran zaman serta generasi muda masa kini. Malahan, saya sendiri telah mencadangkan di Dewan Rakyat kepada pihak kerajaan agar ditubuh suatu badan Suruhanjaya Aduan Media bebas bagi mengawal selia industri media bagi menggantikan peranan PPPA.

Jika kita melihat kepada statistik siber, 84 peratus daripada hampir 8.5 juta pengguna Facebook di Malaysia adalah mereka dalam lingkungan usia 35 tahun ke bawah.

azlanMereka ini pastinya tersinggung dan tidak dapat menerima pindaan yang mengongkong saluran media dan rangkaian sosial yang sudah menjadi seperti sebati dengan mereka.

Lantaran itu, janganlah kita bersifat jumud dan mengambil jalan mudah dengan mengetatkan kekangan serta mengeluarkan undang-undang apatah lagi apabila masyarakat semakin bijak dan matang.


Penulis adalah ahli parlimen Rembau dan ketua pergerakan pemuda Umno

http://www.malaysiakini.com/news/154650





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...