TERKINI :

Thursday, January 27, 2011

Peneroka di Tenang perlu jadi ’superman’

M Faqih (mfaqihfikri@yahoo.com)

TIDAK payah untuk menjangka siapa yang akan menjadi juara di Tenang Ahad ini. Kalau anda baca media harian Melayu, nampaknya calon Barisan Nasional (BN) boleh menang mudah.

Sebaliknya kalau kita baca akhbar oposisi dan media baru, kedudukan BN pula kelihatan tergugat.

Itu resepi mudah untuk mengetahui pemenang dalam setiap perlawanan pilihan raya di tanah Malaya. Soal kerajaan pusat lawan parti politik jarang orang ambil kisah.

Samalah seperti beribu kali kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) - tidak wujud pengundi hantu. Sedangkan dalam satu rumah terbukti ada didaftar sehingga 70 pengundi, namun ia tidak dikira pengundi hantu.

Ada pemilih baru menggunakan alamat wakaf di kubur pun tidak dikira sebagai pengundi hantu. Inilah tabiat di sebalik tabir SPR sejak dahulu sehingga akhir zaman.

Kalau ada sedikit rasa insaf apabila kontrak perkhidmatan tidak disambung lagi. Tengok apa yang berlaku ke atas bekas pengerusi SPR sebelum ini. Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berlainan nada sekarang.

Begitu juga kalau diconggak dengan pendirian politik pengundi Melayu. Kawasan Felda lagi ’prior’ kemelayuan mereka.

Orang Melayu seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad, mudah lupa. Ketika harga barang keperluan harian naik, mereka marah. Ketika harga sawit merundum mereka mengeluh.

Ketika hendak bayar yuran anak sekolah, mereka garu kepala. Namun ingat.. mereka lupa segalanya itu ketika ada orang datang ke rumah bawa kain pelikat, atau duit warna kelabu.


Manek Urai dan Galas

Sejarahnya berlaku di Manek Urai pada Julai 2009 dan Galas pada November 2010. Orang Melayu Kelantan dikatakan orang ada ideologi, namun jadi haru biru angkara ’sedekah’ pilihan raya.

Mungkinkah situasi ini juga sudah berjangkit ke Tenang. Di situ ada Felda Chemplak Barat, Felda Chemplak dan Felda Tenang.

Kesemuanya orang Melayu. Persoalan sekarang mengapa peneroka Felda menjadi seperti makmun ketika solat di bekalang imam, kata ’amin’ apa sahaja.

Di Gua Musang, Kelantan - Dun Paloh merangkumi kawasan peneroka di bawah Felda dan Kesedar. Kawasan itu sejak diadakan pilihan raya tidak pernah dimenangi bukan BN kecuali pilihan raya umum 1990 dan 1995, ketika Semangat 46 bersama PAS.

”Usahkan hendak sokong parti lain, hendak buang bendera dacing kat dinding rumah pun takut. Bukan apa.. takut dibuang jadi peneroka,” kata Pak Mat dari Kesedar Paloh.

Itu sindrom diajar pemimpin Umno dan pegawai atasan di tanah rancangan. Kelainan hanya berlaku di Felda Kemahang, Tanah Merah apabila peneroka di situ ada jati diri.

Maka tidak hairanlah mereka menang saman terhadap Felda sehingga mendapat RM11 juta. Selepas lebih 10 tahun, akhirnya 354 peneroka Felda Kemahang 3 mendapat RM11 juta. Arahan dibuat Mahkamah Persekutuan Ogos tahun lepas terhadap Felda.

Kesnya kerana Felda menipu peneroka berhubung gred buah kelapa sawit. Kejayaan seperti itu hanya mampu dicatat apabila peneroka ada jati diri.

Peneroka di Felda Chemplak Barat, Felda Chemplak dan Felda Tenang juga boleh menikmati faedah serupa kalau mereka ada integriti.

Belajarlah dari rakan-rakan di Felda Kemahang. Percayalah, Felda tidak boleh singkir sesuka hati tanpa ada kesalahan jenayah atau salahlaku.

Perjanjian ditandatangani ketika mula-mula menyertai tanah rancangan tidak ada klausa berkaitan politik. Tiada ungkapan tidak sokong BN boleh disingkirkan.

Peneroka di Tenang perlu berani seperti Cikgu Normala Sudirman.

Beliau sanggup berhenti kerja dengan gaji agak besar kerana mahu menegakkan kebenaran. Cikgu Mala perempuan, bukan lelaki seperti peneroka di Dun Tenang.

Kalau peneroka lelaki tidak mampu menyatakan kebenaran, bermakna tidak gentle-lah kita.

Alahai ADO

Nampaknya ada dua isu yang perlu mereka perhalusi sebelum memangkah calon mana Ahad ini. Pertamanya integriti calon BN, Mohd Azahar Ibrahim dikait dengan isu lelongan tanah semasa menjadi ADO.

Akibat tidak mengikut prosedur, Mahkamah Tinggi Muar memerintahkan dikembalikan tanah itu kepada pemiliknya, Mansor Mohamad bersama kos pada 2008.

Mohd Azahar juga merupakan defendan pertama tuntutan saman Norhana Mohd Ali yang dikatakan ’terpedaya’ membeli tanah Mansor yang dilelong secara tidak sah.

Kesan perbuatan calon BN itu kerajaan menghadapi risiko menanggung kerugian sehingga RM1.5 juta kerana gantirugi dituntut Norhana.

Lebih mendebarkan lagi tarikh pendengaran kes tuntutan Norhana pada 7 Februari ini. Seandainya Azahar ’dimenang pilih’ pada Ahad ini, beliau mungkin kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat kalau didapati bersalah dalam kes Norhana.

Dakwaan Azahar kekalahan pihaknya dalam kes Mansor hanya kesilapan teknikal pada notis 16 D dan 16 G, Kanun Tanah Negara, tidak lebih sekadar alasan.

Pada perbicaraan di mahkamah mana sekali pun masalah teknikal menjadi kata pemutus.

Maka bagi mengelakkan pilihan raya kecil berulang, lebih baik pilih Cikgu Mala bagi menyelamatkan keadaan.

Keduanya, isu Datuk Seri Najib Razak tidak menjengok jenazah Setiausaha Umno Cawangan Kolam Air, Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd Din ketika datang ke Tenang sebelum penamaan calon. Ia bukan perkara kecil.

Imam Masjid An Nur, Mohd Sharif Hassan juga dilaporkan mengakui hakikat itu. Malah imam itu memberi alasan kena pecah pintu rumahnya hendak salin baju untuk ke masjid bagi mengimamkan solat jenazah bukan alasannya.

Akibat mahu meraikan kedatangan perdana menteri berbanding mengurus jenazah anak mukim, menyebabkan wajah pemimpin Umno di situ menjadi herot.

Dua isu tersebut sudah mampu dibuat kayu ukur. Selepas ini apabila perdana menteri datang lagi ke Tenang, imam dan pemimpin Umno akan tinggalkan anak mukim.

Bagaimanapun kalau diambil kira pada pilihan raya umum lalu, sokongan kepada BN di kawasan Felda kira-kira 98.5 peratus. Di Chemplak Barat PAS mendapat sokongan 18.6 peratus, manakala 18.7 peratus di Chemplak.

Pengundi Melayu mewakili 90 peratus di Kampung Rendong, Pekan Ayer Panas dan Sawah Baru. Undi dipungut PAS di situ kurang 32 peratus.

Sebaliknya di Ladang Bukit Dato’ dan Ladang Labis Utara, kekuatan BN dan PAS agak seimbang di kalangan pengundi India.

Namun dengan perkembangan yang berlaku sehari dua ini, lanskap seperti pilihan raya kecil di Kuala Terengganu pada Januari 2009 boleh berulang di Tenang.

Pada pilihan raya itu, calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi.

Sedangkan pada pilihan raya umum Mac 2008, calon BN, Datuk Razali Ismail mengalahkan calon PAS, Mohamad Sabu dan Maimun Yusuf (Bebas) dengan majoriti 628 undi.

Mungkin situasi Kuala Terengganu atau Galas berulang di Tenang. Prasyaratnya pengundi di Felda kena berani seperti ’superman’ buat keputusan.

Jom Kita ber Solat hajat untuk Tenang malam ini

LABIS, 27 Jan: PAS meminta dan merayu semua ahli dan penyokongnya agar menunaikan solat hajat khas malam ini iaitu malam Jumaat agar calon parti itu berjaya dalam pilihan raya kecil Tenang.

Pengarah Pilihan Raya PAS Tenang, Salahudin Ayub berkata, permintaan itu ditujukan kepada seluruh peringkat organisasi PAS agar menganjurkan solat hajat khusus malam ini.

"Saya memohan agar semua ahli dan penyokong PAS menunaikan solat hajat khas malam ini iaitu pada Jumaat yang mulia ini, memohon agar diberikan kekuatan oleh Allah kepada jentera kita yang sedang bertungkus lumus di Tenang ini yang kini hampir sampai ke garisan penamat.

"Minta pohonkan juga kepada Allah agar perjuangan dan calon kita diberikan perlindungan dari sebarang perbuatan khianat atau rancangan jahat atau sebarang gangguan dari pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Pengundi Tenang akan membuang undi Ahad 30 Januari ini selepas penamaan calon berlaku 22 Januari lalu.

PAS meletakkan Normala Sudirman atau Cikgu Mala (gambar) manakala BN meletak Mohd Azahar Ibrahim atau Tok Ai.

Sehingga ini, segla perancangan jentera PAS berjalan dengan baik bahkan banyak isu-isu yang datang membantu mereka.

Menurut Salahudin, banyak kawasan-kawasan yang selama ini kubu Umno berjaya ditembusi dan penduduk menerima baik kunjungan jentera dan juga calon PAS sendiri.

Sebelum ini, Mazlan Aliman dalam kenyataannya kepada media berkata, berdasarkan beberapa perkembangan baru yang diperolehinya, calon PAS serta jentera Pakatan Rakyat berjaya mendapat reaksi “positif” khususnya di kawasan perkampungan tradisi dan di masyarakat Felda yang sebelum ini sukar ditembusi.

Kampung tradisi yang terdapat di DUN Tenang adalah Kampung Redong, Air Panas dan Kampung Tenang.

“Di kampung tradisi kita mengambil pendekatan 'sentuhan peribadi'. Oleh kerana rumah di kampung tradisi tidak banyak, ia lebih mudah untuk kita terus berjumpa dengan pengundi.

“Perkampungan tradisi tidak terikat dengan badan-badan tertentu. Persepsi mereka berubah tentang PAS yang dikatakan sebagai kumpulan radikal atau ekstrem. Jadi mereka melihat kita berbeza.

“Kita berkampung di sana dan bahkan bila adanya kematian, mereka menyuruh kita memimpin tahlil,” katanya ketika ditemui Malaysiakini selepas satu sidang media.

"Arahan" dari CheGuBard kepada semua di Dun Tenang


Angin Perubahan Mula Bertiup Kencang

Beberapa minggu dahulu diktator Tunisia telah ditumbangkan. Anak muda Tunisia bangun menentang kezaliman dan keborosan yang dilakukan oleh isteri ketua negara tersebut. Ratusan ribu telah bangkit menentang regim tersebut. Akhirnya tumbang.

Hari ini dan detik ini, kebangkitan sedang berlaku di bumi Mesir. Ratusan ribu anak muda sedang bertempur dengan hebatnya dengan para tentera dan aparat polis. Gas pemedih mata dan tembakan peluru hidup sedang dilepaskan. 3 orang gugur syahid menentang regim Mobarak yang disokong penuh oleh Yahudi Zionis.

Apa tanggungjawap kita sekarang? Kita sedang dihimpit kesusahan. Barang semakin naik. Sedangkan isteri perdana menteri kita iaitu Rosmah sedang enak dengan makanan yang sihat - sihat. Pergi melancong sana - sini. Satu jabatan baru diwujudkan atas nama First Lady Of Malaysia di Jabatan Perdana Menteri. Isteri perdana Menteri sedang rakus mengaut kekayaan negara. Intan permata dipakai dengan harga jutaan ringgit.

Tapi kita sedang mengikat perut. Kita sedang mengeluh harga barang yang semakin naik. Harga makanan di gerai - gerai dan di restoran sedang melambung naik. Sedangkan gaji kita masih seperti itu. Apakah kita sekadar sanggup membiarkan nasib kita dihina sebegitu rupa. Maruah kita, hak kita, periuk nasi kita sedang dirampas oleh isteri perdana menteri kita. Wang kita dibelanjakan untuk tujuan yang tidak mendatangkan keuntungan.

Oh, anak muda Malaysia. Dimana kalian semua. Tidakkah kalian semua tidak kasihankan orang kampung. Oh anak muda Malaysia. Aku menyeru agar kalian tidak lagi tidur. Bangunlah..bangkitlah. Acukan tangan mu keudara. Perjuangan kita bukan sekadar pilihanraya tapi jalanraya yang sedang terbentang luas.

Oh anak muda Malaysia, kasihanilah generasi yang akan datang. Mereka terpaksa menanggung beban yuran pembelajaran yang tinggi. Mereka terpaksa hidup dengan kos sara hidup yang terlampau tinggi jika kita tidak bangun dan bangkit menuntut hak kita.

Angin perubahan sedang berlaku di dunia Arab maka kita juga harus bangkit sama!!

Untuk memberi komen / maklumbalas, sila ke Drag Super Star

Umno Diingat Jangan Perkecil Kebijaksanaan Sultan

Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan pimpinan Umno BN agar jangan sesekali memperkecilkan kebijaksanaan Sultan dan Raja-Raja Melayu.

Menurutnya, tindakan pimpinan Umno BN memainkan isu Raja-Raja Melayu demi kepentingan politik seolah-olah memperkecilkan minda dan kebijaksanaan sultan dalam menilai sesuatu perkara.

“Raja-raja Melayu dan sultan tahu, siapa yang benar-benar membela dan berjuang mengembalikan hak dan peranan Tuanku. Tindakan pimpinan Umno BN memainkan sentimen ini dengan demonstrasi dan pelbagai kenyataan yang mengelirukan rakyat merugikan rakyat Malaysia secara keseluruhan,” katanya pada sidang media selepas berucap di Forum Subsidi : Bebankan Negara atau Bebankan Rakyat di Kelab Shah Alam, Shah Alam hari ini.

Sehubungan itu, beliau memuji tindakan kerajaan Selangor yang dipimpin Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berusaha untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kuasa dan peranan sultan di negeri itu.

“Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri Selangor yang tetap berusaha mengadakan pindaan undang-undang walaupun berterusan diganggu dan dihalang oleh pimpinan Umno BN.

“Pimpinan Umno BN kononnya berjuang untuk Raja-raja Melayu tetapi merekalah yang menghilangkan kuasa raja-raja Melayu sejak 1993.

“Walaupun usaha untuk meminda undang-undang (perlembagaan negeri) itu tidak berjaya, sekurang-kurangnya ada usaha (kerajaan negeri) ke arah itu,” ujarnya.

Semalam, kerajaan Selangor tidak berjaya meminda undang-undang tubuh negeri bagi mengembalikian kuasa kepada Sultan dan menteri besar dalam pelantikan tiga jawatan tertinggi negeri.

Selepas pengundian dijalankan, hanya 34 ADUN mengundi bersetuju dengan pindaan itu manakala 20 lagi mengundi menentangnya. Kerajaan Selangor memerlukan 38 undi (sokongan 2/3) bagi membolehkan undang-undang itu diluluskan.

BN mempunyai 21 kerusi yang mana kesemuanya menolak cadangan menteri besar itu sekaligus menolak untuk mengembalikan kuasa sultan yang ‘dihadkan’ sejak 1993.

Dari KeadilanDaily

Ro$mah Dapat Tajaan Lagi Dari Raja.

Ro$mah dapat tajaan sepenuhnya dari Kerajaan Oman atau pihak Istana... ehhmmm.. yang mana satu betul ceritanya.. kena tanya anak2 tadika Permata lah... hahaha...

Jika setahun dua yang lepas rakyat digemparkan Ro$mah mendapat hadiah dari Putera Raja Saudi yang bernilai RM7 juta kerana menjumpai kotak hitam dalam kapal persiaran Putera Raja tersebut... tahun ini kita digemparkan pula dengan tajaan Istana Oman.

Hakikatnya... itulah kisah dongeng seorang pompuan yang berangan berkehendakan status dan layanan di Raja, atau mungkinkah masa kecik2 dulu dia suka main princes... princes... kah...kah..kah.... aaahhh... mampuih pi kat dia laaaa....

Di sini gua pulak dengan hati yang ikhlas ingin menaja Ro$mah laki bini, Hishamudin Keris, Ahmad Maslan, Muhyiddin Yasin dan semua kepimpinan umnoapco... termasuklah Chua Seks Lek kalau dia pun berminat untuk bersama2 merasai pengalaman di bawah ni...

Bukannya apa... sekadar nak bagi kesedaran sikit kat diorang tu.... kalau nak kempen politik tu... politik jelah jangan sampai jadi bengong dan haprak dengan perlekehkan agama dan tuduh pembangkang (PR) suka buat fitnah... apa diorang ingat parti umnoapco tu baik sangat ke... itulah parti paling haramjadah dalam Malaysia. Penuh dengan maksiat dan kebejatan.... So... gua nak taja diorang semua untuk merasai pengalaman di bawah ini.... jeng...jeng...jeng...


Tajaan ikhlas ini boleh di kategorikan sebagai jemputan di Raja jugak, sebelum sampainya Jemputan yang sebenar dari Raja Sekalian Alam.... hahahaha...
  • http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2011/01/romah-dapat-tajaan-lagi-dari-raja.html

Mengapa Setiausaha Negeri Harus Dipilih Oleh Kerajaan Negeri

Ketika pada 23 Januari 2011, saya telah bercakap tentang kepentingan bahawa Kerajaan Negeri untuk menentukan calon Setiausaha negeri dan bagaimana Setiausaha Negeri memainkan peranan penting dalam mensabotajkan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Raja Petra Kamarudin


Terjemahan Daripada:
http://malaysia-today.net


Kekejaman UMNO dI Tenang...!!!!

LABIS, 26 Jan: Kerana bimbangkan bilik gerakan mereka terlindung oleh sebuah kedai di Felda Tenang, kedai makan milik seorang peniaga ikan telah dirobohkan baru-baru ini.



(GAMBAR ATAS: BONGKAK...Keadaan tapak kedai selepas dirobohkan iaitu gambr pada 23 Januari. Semacam satu penyataan Umno berjaya menjajah tapak ini apabila bendera parti itu dipacakkan sekeliling tapak kedai yang disewa Norehan selepas dirobohkan.)

Kejadian yang berlaku pada 21 Januari lalu itu sampai kini masih tidak boleh dilupakan oleh Encik Norehan, 39 bersama isterinya. Ini kerana, kedai makan petang dan malam ini menjadi sumber rezeki utama bagi keluarga mereka.

Kedai tersebut telah disewa oleh Norehan dan dikendalikan oleh isterinya untuk berniaga kedai makan bermula petang (minum petang seperti goreng pisang, kuih muih dan sebagainya) sehingga malam (masakan panas).

Ia telah dirobohkan pada 20 Januari lepas tanpa pengetahuan mahupun perbincangan dengan Norehan dan isterinya selaku penyewa kedai makan tersebut apatah lagi diberikan pampasan yang sewajarnya.


(GAMBAR: SEDIH...Sampai kini, Norehan sedih dengan apa yang berlaku.)

"Saya penyewa di situ, sepatutnya paling-paling tidak pihak yang ingin merobohkan kedai saya mestilah meminta pandangan dan berbincang terlebih dahulu dengan saya sebagai tuan penyewa kedai," katanya.

Apabila ditanya bagaimana detik-detik situasi perobohan kedai makan tersebut dilakukan, Norehan dengan penuh kesal memberitahu "Jam 2 petang, seorang yang bernama En. Raub datang ke rumah saya dan mengarahkan supaya mengeluarkan barang-barang di kedai segera. Katanya, jentolak sudah siap untuk merobohkan kedai tersebut!," ceritanya.

Selepas bersiap-siap dan bergegas ke kedai makan tersebut, beliau amat terkejut dan sebab sekali apabila mendapati kedainya sudah dirobohkan semuanya! Alatan memasak dan barang-barang yang masih berada di dalam kedainya telah dilonggokkan di satu sudut tidak jauh daripada situ.

Kedai makan yang beroperasi dari petang sehingga malam dan dikendalikan oleh isteri beliau sendiri merupakan sumber penting pendapatan keluarga di samping beliau turut menjadi penjual ikan dan sayur-sayuran di Felda Tenang ini bagi menampung perbelanjaan harian keluarga.

"Kedai saya diroboh tanpa diberi sebarang pampasan atau ganti rugi. Tahu-tahu, dah dirobohkan. Kejam! Saya dan isteri bersusah payah mencari sesuap nasi melalui hasil pendapatan dari kedai makan ini yang sudah beroperasi lebih kurang dua tahun.

"Walaupun sekadar menyewa, saya dan isterilah yang memasang wiring, memasukkan api air, memasang lampu dan kipas dan semua kelengkapan2 tambahan yang lain untuk kesempurnaan kedai makan ini. Belanjanya bukan sedikit," tambahnya dalam nada penuh kesal.



(GAMBAR: HAPUS...Pada 24 Januari, kesan-kesan tapak kedai ini ditimbus dengan batu dan pasir untuk memberi ruang kepada bilik gerakan Umno.)

Menurut Norehan, pendapatan bersih hasil jualan di kedai makan tersebut mampu mencecah RM80 hingga RM100 sehari.

Apabila ditanya beliau lagi, adakah isu perobohan kedai makan ini ada kaitannya dengan Pilihanraya Kecil yang sedang berjalan di DUN Tenang, beliau menjawab;

"Saya tak mahu komen lebih-lebih. Tetapi semua orang di Felda Tenang ini pun sudah sedia maklum bahawa kedudukan kedai saya terletak berhadapan dengan Bilik Gerakan Umno Cawangan Kolam Air. Ada khabar angin menyatakan, petugas-petugas Umno di sini berasa tidak senang apabila Bilik Gerakan mereka terlindung oleh kedai saya ini," beritahu Norehan.

Mangsa banjir kecewa kerana tertipu dengan Kerajaan BN

ALOR SETAR – Lebih 50 mangsa banjir dari Taman Lumba Kuda, Taman Malaysia dan Taman Golf menyerbu Pusat Khidmat DUN Bakar Bata, YB Dato’ Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah ekoran terdapat maklumat menyatakan mangsa banjir boleh menuntut wang bantuan yang dijanjikan oleh Kerajaan Persekutuan di pejabat itu.

Memetik laporan yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian, penantian mereka seawal jam 8.30 pagi bagi mengambil cek hampa apabila petugas Pusat Khidmat Bakar Bata memaklumkan kononnya berita itu adalah tidak benar dan tiada sebarang bantuan disampaikan pada hari ini.

Kira-kira dua jam berlakunya perselisihan itu, mangsa banjir akhirnya mengambil keputusan untuk merujuk perkara tersebut di pejabat MCA yang menerima borang pendaftaran terbabit.

Seorang mangsa banjir, Liza Hassan, 40, berkata, beliau tidak menolak kemungkinan wujud salah faham dalam hal ini kerana mereka belum menerima surat pemberitahuan bila wang itu akan diberikan.

“Rakan-rakan kata ambil duit itu di pejabat ini, jadi saya datang lah. Bila sampai di sini, petugas di sini maklumkan apa yang saya dengar itu tidak betul,” katanya.

Menurutnya, borang pendaftaran mangsa banjir telah diisi dan diserahkan melalui wakil MCA, dan namanya turut tersenarai sebagai penerima, namun agak keliru apabila sebahagian rakannya pula tercicir ekoran kegagalan mendapat pengesahan di borang.

“Ada juga mangsa banjir yang keciciran sebab mereka tidak dapat cop pengesahan pada borang pendaftaran. Bila ditanya nak cop di mana, mereka suruh minta di pejabat UMNO Alor Setar,” katanya.

Tan Peck Chong, 50, berkata, lebih 100 slip pendaftaran mangsa banjir tidak disahkan walaupun tarikh akhir untuk berbuat demikian adalah 6 Januari lalu.

“Sejak November lepas, asyik ulang alik ke sana ke mari. Kami diperlakukan seperti bola. Ada slip yang masih tidak dicop, bila kita tanya kenapa, mereka kata kena ambil di pejabat UMNO, tapi kami serah borang pada wakil MCA. Kami keliru sebab Majlis Keselamatan Negara (MKN) kata bayaran akan dibuat sebelum 15 Januari, ada pula kata 29 Januari,” katanya.

Najib mesti dipaksa juga ke pentas debat

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Kes jenayah mutakhir cukup mengejutkan dan tidak terjangkau dek akal. Perlakuan di luar batas undang-undang itu bukan saja semakin berleluasa, malah membingungkan. Cuba selak lembaran akhbar harian, pasti terbaca berita-berita menyayat hati. Misalnya, tergamak seorang cucu lelaki bersekongkol dengan tiga rakannya, termasuk seorang remaja perempuan merompak dan membunuh datuknya di sebuah rancangan Felda.

Dalam perkembangan lain, di Raub, seorang ibu, 46 tahun, yang mahu mengejutkan anak perempuan tirinya, 16, pelajar tingkatan empat, untuk bersiap ke sekolah dilaporkan hampir pitam, apabila mendapati seorang remaja lelaki berusia 18 tahun tidur bersama pelajar terbabit. Dalam kejadian jam 7.10 pagi itu, si ibu naik ke tingkat atas rumah terperanjat apabila melihat remaja lelaki itu tidur berpelukan bersama anaknya. Remaja lelaki itu mengaku kepada wanita itu dia sudah meniduri anak perempuannya.

Manakala di Ampang, seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat ditahan polis selepas disyaki merogol rakan sekolahnya, pelajar perempuan berusia 13 tahun di rumah mangsa. Suspek sedang melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah pelajar perempuan apabila diserbu bapa dan bapa saudara mangsa, pada jam 1 tengah hari. "Pasangan itu mengaku sering menjalinkan hubungan haram di rumah pelajar perempuan itu ketika ibu bapa mangsa tiada di rumah,” kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya.

Ada guru disiplin di sebuah sekolah di ibu kota, melaporkan banyak kes sumbang mahram melibatkan pelajar perempuan dengan abang ipar yang tinggal serumah. Akhbar jugapernah melaporkan seorang budak perempuan berusia 12 tahun maut selepas terjatuh dari pangsapuri 6 tingkat kerana mengelak dicekup buat maksiat dengan tiga remajalelaki.

Tanpa perlu menyenaraikan lebih panjang kes-kes lain yang tidak kurang tragisnya, ia sudah cukup menyesakkan dada dan pemikiran kita. Ramai melihatnya sebagai satupetaka serius. Solusinya harus pelbagai dimensi dan bersifat holistik. Ia turut menuntut pembabitan semua pihak agar turun padang dan saling membahu menangani krisissosial yang cukup parah ini.

Ibu bapa semakin cemas dan sebahagiannya buntu. Dengan tekanan hidup menyara keluarga yang kian menghimpit, mereka terpaksa menyerahkan tanggungjawab mendidikanak-anak kepada institusi formal. Anak-anak pula begitu terdedah dan terpengaruh dengan "persekitaran ganas", malah rumah sendiri bukan lagi tempat selamat.Perwatakan dan akhlak anak-anak diceroboh sewenang-wenangnya.

Justeru, tidak hairanlah apabila sekolah-sekolah agama, terutama di peringkat menengah, mendapat perhatian luar biasa. Difahamkan untuk sesi persekolahan 2011, diLembah Klang sahaja, permohonan memasuki sekolah agama ini meningkat berkali ganda. Sekolah-sekolah agama terkemuka, misalnya di Kelantan, turut menerima limpahanpermohonan dari Kuala Lumpur. Sedangkan jumlah yang ditawarkan cukup kecil dan mengakibatkan ramai ibu bapa kecewa serta marah.

Mereka mendesak agar sekolah-sekolah agama menengah ini diperbanyakkan lagi dalam kadar segera. Senarai menunggu begitu panjang termasuk membabitkan pelajar paling cemerlang. Sekolah-sekolah swasta juga tidak mampu menampung permintaan yang mendesak. Biarpun yuran bulanan hampir mencecah RM400, ia langsung tidak membantut hasrat murni ibu bapa menyediakan asas pendidikan agama secukupnya. Sekolah tahfiz juga bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Banyak masjid menyediakan ruang dan peruntukan khusus untuknya.

Kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat wajar melihat keterbatasan peluang melanjutkan pelajaran di sekolah agama ini sebagai cabaran utama yang perlu ditangani. Kalau dahulu sekolah agama mungkin menjadi pilihan terakhir untuk pelajar yang agak lembab tetapi kini ia tersenarai sebagai pilihan utama di kalangan anak-anak yang cerdas dan terbaik pencapaian akademiknya.

Dengan itu, bukan lagi Kelantan yang terus dikenali sebagai Serambi Makkah, atau juga Kedah dengan pondok-pondok pengajian dan sekolah agamanya, malah saya yakinSelangor lebih berkeupayaan untuk membangunkan institusi pendidikan Islamnya secara lebih tersusun. Sekurang-kurangnya daripada segi kemudahan kewangan dan sokonganibu bapa di bandar-bandar besar. Lagipun sekolah agama menengah (SAM) di bawah Iabatan Agama Islam Selangor (Jais) sudah makin popular dan menjadi rebutan.

II.

Berbeda dengan dua pilihan raya kecil (PRK) terakhir yang disertai PAS di Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan Galas, Kelantan, nampaknya suasana di Tenang lebih menarik dan panas. Biarpun diadakan di kubu kuat Umno -- di negeri Johor pula -- tumpuan masyarakat luar untuk mengikuti perkembangan secara langsung di sana cukup tinggi. Ada-ada saja berita kontroversi yang dikutip dan menjadi bualan hangat.

Agak ramai yang menelefon saya untuk mendapatkan situasi terkini meskipun mereka mengetahui keadaan kesihatan tidak memungkinkan saya membuat liputan dari Labis.Memang personaliti calon PAS, Cikgu Normala Sudirman lebih menonjol dan sentiasa menjadi buruan media, terutama untuk mendapatkan sudut menarik rakaman foto. Mungkinada benarnya tanggapan bahawa tangan Cikgu Mala yang menghayun buaian bisa menggoncang persada politik Malaysia.

Berdepan Umno dalam PRK cukup memeritkan. Segala kekuatan dan kemudahan kerajaan BN dihadapkan untuk melumpuhkan potensi saingannya. Proses pilihan raya di Malaysiatidak pernah berubah. Etika, malah undang-undang berkempen, langsung tidak dipedulikan, atau hanya ditafsirkan daripada sudut kepentingan BN semata-mata.

Namun, ia tidaklah bermakna BN akan menang mudah. Dalam beberapa kes tertentu, seperti dalam PRK di Telok Pasu, Terengganu dan Arau, Perlis, juga yang terbaru di KualaTerengganu, calon PAS memahat sejarah menewaskan penyandang BN. KeADILan turut mengejutkan BN di Lunas, Kedah. Semuanya didahului oleh suasana kempen yang agakistimewa dan sensasi, apabila BN terpaksa lebih banyak bertahan dan PAS kelihatan selesa dalam posisi menyerang, baik dari segi calon mahupun isu-isu semasa.

Soalnya, apakah sebenarnya yang berlaku semasa kempen di Tenang? Apakah gelora yang dibangkitkan media, terutama dalam dunia maya, memang dirasai segenap pelosokkawasan PRK itu? Apakah majoriti pengundi di kawasan Felda umpamanya, yang khabarnya disekat daripada ditemui petugas Pakatan Rakyat, dapat akses kepada segalainformasi yang diperlukan sebelum mereka memangkah? Bagaimana dengan keupayaan saluran maklumat alternatif seperti laman web, blog mahupun laman-laman sosial sepertiFacebook, di kawasan Felda dan pinggir bandar, untuk menyanggah momokan media tradisi yang dikawal ketat BN?

Saya lebih melihat bekalan pengalaman dalam PRK yang hampir diadakan di semua negeri itu, termasuk di Merlimau, Melaka tidak lama lagi, amat bermanfaat untuk mengesankelemahan, selain membantu untuk "membaca realiti" dengan lebih tepat. Ia lebih penting daripada mencatatkan kemenangan. Bukankah begitu banyak kawasan Felda yangmenjadi "simpanan tetap" BN demi mengekalkan kuasanya? PRK Tenang ini dapat menjadi peta panduan lebih terperinci buat mengatur strategi. Trend kecenderungan pengundiCina di kawasan pinggir bandar juga boleh dianalisis.

III.

Abdullah Ahmad Badawi mempunyai jasa tersendiri terutama dalam proses pendemokrasian di negara ini. Menghadapi keputusan PRU 1999 yang menyaksikan kekalahan ramaicalon Umno dan tersungkurnya Terengganu membuatkan Dr Mahathir Mohamad bertindak garang mengurangkan penerbitan Harakah daripada dua kali seminggu kepada dua kalisebulan. Selain itu, banyak lagi tindakan represif Mahathir ke atas pembangkang dan NGO yang tidak selari dengannya.

Sedangkan Abdullah, meskipun diasak kepedihan lebih dahsyat apabila hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan hilang empat negeri dalam PRU12, namun bersediamengembalikan kekerapan Harakah. Malah, tempoh kempen pilihan raya, Mac 2004 dilanjutkan sehingga dua minggu.

Di hujung pemerintahan Abdullah juga, ditengah-tengah desakan dalaman Umno agar beliau berundur daripada jawatan Perdana Menteri, beliau masih sempat membenarkan debatsecara langsung melalui televisyen, membabitkan Anwar Ibrahim dan Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan. Debat yang dianjurkan portal berita, Agendadaily, disiarkanterus-menerus oleh TV9, Astro Awani dan Bernama TV, manakala siaran tertunda oleh TV3, pada malam 15 Julai 2008.

Tajuknya pula cukup sensasi, "Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak". Dari awal lagi, sebelum debat berlangsung, ramai menjangkakan ia memberi kelebihanbesar buat Anwar, tokoh yang dianggap penggerak utama pembangkang.

Sengaja saya imbas peristiwa bersejarah itu sebelum mengulas sikap berdolak-dalik Najib Razak ke atas cabaran debat Anwar mengenai Buku Jingga. Mulanya Najibmenyifatkan pelan 100 hari Pakatan Rakyat memerintah itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan negara muflis.

Di Tenang, Najib sekali lagi menegaskan, Anwar tidak perlu mendesaknya untuk berdebat kerana beliau mempunyai pelbagai maklumat yang boleh menyebabkan ketuapembangkang itu 'demam' jika dibongkarkan ketika berdebat. Katanya, beliau tidak gentar berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan tindakan berkenaan hanya membuang masakerana pembohongan Ketua Umum KeADILan itu dan kegagalannya menunaikan janji.

Anwar segera memberi reaksi: "Ok Najib kita debat soal peribadi. Awak nak aibkan saya boleh aibkan dah banyak kali (kena aib). Tapi saya nak ingatkan kalau serangperibadi dan saya dizalimi saya berhak pertahankannya. Jadi saya nak bagi ingatan kepada Najib kalau sekali lagi ulang soal peribadi. Saya cabar kamu debat soalperibadi dengan saya."

Bagaimanapun, Anwar berkata sebagai pemimpin politik yang bertanggungjawab beliau tidak mahu meneruskan debat isu peribadi kerana soal ekonomi adalah perkara utamademi memastikan kesejahteraan rakyat.

Mengulas sindiran Najib bahawa beliau akan demam, Anwar membidas bahawa beliau akan tetap hadir walaupun diserang penyakit itu. "Tak apa, saya telan Panadol, kitadebat. Tak apa, deman pun saya akan hadir. Demam pun saya mampu debat. Insya-Allah," tegasnya semasa berkempen di Tenang.

"Oh Anwar ini, akhlak rendah, peliwat, ya, tak mengapa tapi bawa bukti. Saya nak sebut cerita rampas bini orang, saya nak sebut pasal rasuah RM500 juta, saya nak sebutpasal pembunuhan Altantuuya, jawab," tambah Anwar.

Bagi saya, isu debat ini perlu dibangkitkan terus. Politik baru menuntut ketelusan dan keterbukaan. Najib akan terus tertinggal sekiranya didedahkan gentar menjawabpertuduhan yang dimulakannya sendiri. Perdana Menteri mesti digasak terus sehingga bersedia bersemuka di pentas debat.

Di Tenang Rupanya Ada Kumpulan Belum Tamadun


MALAM tadi UBN telah menunjukkan lagak semula jadi mereka, merasa negara ini adalah hak mereka. Sekumpulan lelaki yang memakai t shirt BN telah menganggu ceramah Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh Lim Guan Eng.

Khabarnya macam-mnacam kata-kata nesta dan kesat dilaungkan kepada Guan Eng. Tujuannya supaya Ketua Menteri Pulau Pinang itu henti memberi ceramah. Antara kata-kata yang boleh mengguriskan hati dan melampau ialah melarang orang ramai mendengar ceramah kafir. Kejadian ini berlaku di Felda Cempelak.

Memang Guan Eng kafir. Tetapi apakah bezanya kalau si Islam juga bercakap bohong, menipu rakyat dan merogol undang-undang. Rsanya lebih baik kafir daripada Islam yang munafik sedemikian.

Guan Eng tidak mempedulikan cemuhan dan jeritan sekumpulan pemuda BN yang liar dan celika itu. Mungkin kalau di zaman dulu cemuhan itu boleh menghentikan ceramah pembangkang. Tetapi zaman ini zaman orang semua berani dan celik undang-undang. Perbuatan biadap dan liar begitu sudah tidak digeruni lagi. BN jangan merasakan pihaknya saja yang berani tetapi harus merezabkan keberanian itu juga ada dalam kalangan pemuda Pakatan Rakyat.

Nasib baik malam tadi pemuda Pakatan Rakyat dapat menahan diri. Apa kata kalau ada seorang dua pemuda Pakatan Rakyat yang gila dan naik angin tentu meletus kejadian buruk malam tadi. Kalau meletus pastilah Tenang tidak akan tenang lagi.

Hendaknya pemimpin BN mengajar pemudanya agar bersikap profesional dan tahu menghormati orang lain. Ajar juga bahawa negara ini bukan kepunyaan mereka seratus peratus dan selamanya. Tindakan pemuda BN semalam juga menunjukkan BN sudah merasakan tentangan terhadap semakin hebat dan sengit.

Kalau BN masih merasakan harapan untuk menang masih ada mungkin kerja-kerja gila yang selalu dibuat oleh manusia tidak tamadun begitu tidak akan berlaku. Percayalah tindakan dilakukan seperti semalam bukan lagi satu startegi yang baik sebaliknya menjadikan orang semakin benci kepada UBN khasnya Umno. [ttdi.kl 9:12 pm 26/01/11]

Mohd Sayuti Omar

Apa pengundi Tenang mahu?

Subky Latif

KEMPEN Pilihan Raya Kecil DUN Tenang, Johor antara Cikgu Normala Sudirman dari PAS dengan ADO ‘Tok Ai’ Azahar Ibrahim dari BN bermula dengan parti yang bertahan mendakwa pencabarnya, PAS menabur dan menyebar fitnah serta menyerang peribadi calon.

Mengepalai dakwaan itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin sendiri. Ia dikut oleh semua termasuk calon Tok Ai.

Kempen BN itu bermula dengan giar empat, sedang PAS baru giar satu.

Fitnah adalah asing bagi PAS. Tetapi sebelum wujud arena media baru – Facebook dan laman sesawang, Umno sudah pesat dengan sebaran surat layang. Dari kempen pemilihan cawangan hingga ke Majlis Tertinggi orang ramai menerima surat layang yang sesarat-saratnya yang sarat dengan fitnah dan serangan peribadi.

Ia budaya Umno dan orang Umno mahir dengan teknologi itu.

Tidak mustahil tektik itu diguna bagi memerangkap PAS supaya PAS habis masa untuk menjawabnya hingga terabai kerja kempen yang lain.

Dari laporan media arus perdana yang tentunya memihak kempen BN, semua telah ada. Segala yang dinamakan pembangunan telah memenuhi semua penjuru DUN Tenang dan Parlimen Labis. Tidak lagi yang tidak maju di kawasan-kawasan Felda di situ.

Apabila semua telah ada, apa lagi yang pengundi Tenang mahu? Jika Cikgu Mala menang tidak banyak lagi kekurangan hingga PRU 13 nanti. Jika Tok Ai menang, tidak banyak lagi yang hendak ditambah menjelang PRU 13 nanti kerana semuanya telah ada.

Maka apa lagi yang dimahu oleh rakyat?

Apa yang baru yang rakyat Tenang mahu ialah perubahan. Dalam PRU 12, Mac 8, 2008 dulu hampir separuh pengundi yang mengundi mahukan perubahan. Kebanyakan yang tidak mengundi dipercayai mahukan perubahan.

Hanya orang Melayu dalam Umno tidak mahukan perubahan. Yang di luar Umno mahukan perubahan. Pengundi Cina amat positif dengan perubahan. Yang tidak jadi pengundi tentu berkongsi pendirian dengan pengundi Cina itu.

Kemahuan kepada perubahan itu amat ketara di kalangan pengundi India. Hatta Samy Vellu dan orang nombor duanya di Hulu Selangor tewas bersama calon MIC yang lain. Semua calon pembangkang yang bertanding dengan MIC kecundang.

Kejayaan agen perubahan itu tidak cukup untuk membawa perubahan disebabkan ia hanya dapat mengurangkan majoriti dua pertiga BN di Parlimen. Ia belum dapat majoriti. Di negeri-negeri yang Pakatan kuasai tidak dapat melakukan perubahan total kerana cengkaman kerajaan pusat masih menyengat.

Laporan odit negara memberi kredit kepada perubahan di negeri-negeri Pakatan. Cuma media arus perdana tidak mengakui perubahan itu sudah bermula.

Apakah rakyat masih mahukan perubahan yang belum sepenuhnya dicapai itu?

Tanda-tanda menunjukkan kemahuan mahukan perubahan di kalangan orang Melayu sama kuat dengan yang berpuas hati dengan keadaan yang ada. Tidak berubahpun tidak mengapa asal bersama Umno. Pengundi-pengundi Cina bersabar menunggu perubahan. Sekalipun ia tidak dapat dicapai sepenuhnya sebelum ini, tetapi ia tidak berputus asa untuk mencuba lagi.

Tetapi apa yang berlaku di PRK Bagan Pinang dan di Hulu Selangor menunjukkan pengundi India mulai berubah balik ke belakang. Samy Vellu sendiri sanggup melepaskan pimpinan MIC asal pengundi India kembali menyokong Barisan Nasional.

Malah Perdana Menteri Najib sendiri bersedia untuk memberi apa saja kepada pengundi India bagi menghalang perubahan menyeluruh yang dituntut oleh rakyat.

Jika pengundi India mahu balik ke belakang, apa sebenarnya yang dikehendaki oleh pengundi India dalam pilihan kecil dan pilihan raya umum? Adakah pengundi India mahu apa yang masyarakat India boleh dapat saja atau ia mahu melihat perubahan total yang dihendaki oleh rakyat secara menyeluruh?

Tahun 2008 dulu pengundi India adalah bersama sekalian yang mahukan perubahan. Perubahan itu ialah mendapatkan kehidupan yang lebih baik melalui pemerintahan yang adil, memecahkan kebuntuan perkauman yang membelenggu penduduk, memerangi rasuah dan membasmikan penyelewengan, menyekat amalan boros dan pembaziran; meletakkan polis, SPR, kehakiman termasuk Jabatan Peguam Negara di landasan yang betul.

Adalah wajar pengundi India bertanya apa yang masyarakat India boleh dapat dari perkembangan politik yang ada? Dan sememangnya wajar bagi semua kaum bertanya apa yang kaum masing-masing boleh dapat dari sebuah pilihan raya.

Adalah mustahak sekolah-sekolah Tamil dapat bangunan baru dengan peralatan lengkap dan prasana yang sentiasa terurus. Tetapi ia tidak sama dengan tuntutan membebaskan perkhidmatan polis, mahkamah, jabatan penguam negara, SPRM dan lain-lain dari belenggu kebekuan yang mematikan ruh profesionalismanya.

Belenggu itu menjadikan rakyat, negara dan jenteranya beku, mundur dan hamba.

Memang semuanya sudah ada dalam negara sekarang tetapi keadaan sama seperti rakyat Hong Kong di bawah British. Mereka tidak ada kedaulatan, kebebasan dan kemerdekaan untuk menentukan nasib sendiri. Mereka mahu maruah dan kedaulatan.

Kita ada semua tetapi kita mahukan perubahan supaya kita ada maruah dan kedaulatan. Perubahan itu perlu dituntut oleh semua seperti menuntut kemerdekaan dulu. Ia bukan dituntut oleh orang Melayu saja. Ia ikut dituntut bersama oleh Cina dan India. Perubahan tidak berlaku kalau sekadar dituntut oleh Cina dan Melayu. Penyertaan India perlu seperti yang ditunjukkan tahun 2008 dulu.

Pengundi India di Tenang ada peranan bagi meneruskan perubahan yang sudah dimula itu. Mereka perlu ditanya apakah mereka mahukan perubahan untuk semua? Balik ke zaman sebelum 2008, bererti mengekalkan rasuah, penyelewengan, pembaziran, perkauman, penindasan dan tiada perubahan.

Menuntut perubahan seperti menuntut kemerdekaan semula, mesti dituntut bersama Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Kerajaan Negeri Kedah peruntukkan RM1.5 juta untuk aktiviti perpaduan antara kaum


ALOR SETAR - Kerajaan Negeri mengotakan janji apabila RM1.5 juta yang diperuntukkan untuk penganjuran program berunsurkan perpaduan kaum akan diagih dalam masa terdekat, setelah pengumuman dibuat pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) November lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, aktiviti untuk menyuburkan perpaduan dan menyemarakkan hubungan antara kaum amat penting untuk memastikan kemakmuran negeri terus dicapai.

“Sebelum ini saya sudah umumkan, dan janji itu akan ditunaikan dalam masa terdekat. Kerajaan Negeri bersetuju mengagihkan RM500,000 masing-masing kepada masyarakat Cina, India dan Siam. Keseluruhan peruntukan mencecah RM1.5 juta dan ini adalah bajet yang pertama kali diperkenalkan,” katanya.

Menurutnya, peruntukan ini akan disalurkan menerusi Exco Perpaduan, Lim Soo Nee untuk mengatur pelbagai program yang difikirkan sesuai.

“Peruntukan ini hanya untuk jalankan aktiviti bagi sepanjang tahun ini. Program hendaklah berkaitan hubungan antara kaum dan perpaduan sahaja,” katanya.

Azizan berkata, pihaknya tidak mahu peruntukan itu disalah guna bagi tujuan lain oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.

“Ingin saya tegaskan bahawa peruntukan ini bukan untuk bina rumah ibadat dan sebagainya, ia hanya untuk aktiviti kemasyarakatan,” katanya.

Milikilah Sifat MALU

Oleh Shahmuzir Nordzahir

Zaman mutaakhir telah menampakkan kita akan banyak kepincangan perilaku, merosotnya akhlaq dan tersebarnya kemaksiatan. Sebahagian manusia telah hilang rasa malunya kepada orang lain. Disebabkan hilangnya perasaan malu, pelbagai tingkah laku tidak senonoh telah ditonjolkan ke tengah-tengah masyarakat.

Malu adalah sebahagian daripada iman. Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim. Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang sangat pemalu. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.

Pentingnya memiliki sifat malu. Kerana dengan perasaan malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang. Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat. Dia akan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Dia akan malu untuk cuba-cuba sesuatu yang mungkar. Dia akan malu menzahirkan perilaku buruknya. Kerana malu telah menjadi perisai dirinya.

Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri rodhiyallohu ‘anhu Dia berkata: Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

“Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: ‘Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.”(HR Bukhari)

Ajaran para nabi sejak dulu hingga nabi terakhir, Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam ada sebahagiannya telah luput. Namun, malu adalah antara ajaran yang tidak luput hingga sekarang. Ini menunjukkan bahawa malu mempunyai nilai yang tinggi di dalam agama.

“Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu” bukanlah kata-kata galakan untuk manusia berbuat sesuka hati. Tetapi ia bermaksud ancaman buat manusia yang tidak mempunyai perasaan malu untuk berbuat kerosakan dan kemaksiatan. Maksud ayat tersebut juga adalah ingin memberitahu bahawa malu adalah perisai kepada diri seseorang. Tanpa malu, seseorang akan terdedah untuk melakukan kemaksiatan.

Pernah diriwayatkan bahawa terdapat seorang Ansar yang memberikan nasihat kepada sahabatnya tentang malu. Beliau menyalahkan sahabatnya yang selalu malu dalam banyak hal. Kebetulan ketika itu Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sedang lalu dan terdengar perbualan mereka berdua. Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam telah memberi pesan kepada orang yang memberi pesan kepada sahabatnya, dengan berkata: “Biarkanlah dia, kerana malu itu sebahagian daripada iman.”

Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda tentang malu yang mafhumnya:

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman.” (Shahih Muslim No.50)

Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda: “Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.” (Shahih Muslim No.53)

Muslimin-muslimat sekalian,

Antara faktor kepincangan nilai di dalam masyarakat adalah hilangnya rasa malu dari dalam diri. Anak akan mula mengangkat suara dan kurang ajar terhadap ibubapa akibat lunturnya malu. Pelajar mula tidak hormat kepada gurunya apabila sudah hilang malu. Lelaki mula melangkah ke tempat maksiat akibat dia membuang perasaan malu. Perempuan mula tidak sopan di khalayak ramai kerana pudarnya malu. Si gadis mula mempamerkan diri di khalayak ramai apabila kendurnya malu. Pasangan bercinta mula berjumpa dan bercanda kerana mereka sudah tidak malu.

Orang ramai mula meminta-minta jawatan apabila cairnya malu. Pengguna jalan raya mula melanggar peraturan jalan raya dan bersikap tidak beradab apabila kurang rasa malu. Masyarakat mula dihinggapi perasaan ingin popular seperti artis dan menyanyi melalak terlolong akibat tidak malu. Pemimpin mula menganggap jawatan dan amanah sebagai batu loncatan mengaut keuntungan apabila pudarnya malu. Pemerintah mula melakukan kezaliman, juga akibat dari hilangnya rasa malu. Dan macam-macam lagi.

Pendek kata, apabila rasa malu mula sedikit demi sedikit hilang dari seseorang, maka terbukalah pintu kemaksiatan dan fitnah bakal bermaharajalela. Sebab itu sifat malu penting untuk seseorang jaga dan pelihara. Jangan terpengaruh dengan sistem pendidikan barat yang mengajar anak-anak mereka agar tidak malu. “Just Do It” antara kata-kata popular di kalangan remaja dan masyarakat. Walaupun ada kebaikannya kepada diri dan masyarakat akan kata-kata itu, namun ia perlu diperhalusi. Agar kaum muslimin tidak lari dari nilai agama yang diajar Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.

Walaupun kita ummat ISLAM disuruh untuk memiliki sifat malu, namun dalam bab menuntut ilmu dan menyatakan yang haq kita seharusnya tidak terlalu dikongkong malu. Malah, wanita-wanita ketika zaman Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tidak menghalangi diri mereka dari bertanya dan mendalami ilmu pengetahuan. Mereka tidak malu dalam menuntut ilmu. Sifat ini wajar kita contohi.

Malah dalam pepatah Melayu juga ada mengatakan bahawa “Malu bertanya sesat jalan”. Ini menunjukkan bahawa dalam mengeluarkan diri dari kejahilan dan kekaburan, jangan kita malu untuk bertanya dan menimba ilmu. Selain itu, rasa malu untuk melakukan kebaikan juga tidak patut ada di dalam diri manusia. Kerana ALLAH subhanahu wata’ala menyuruh hamba-hambaNYA agar berlumba-lumba membuat kebaikan.

Letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya. Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita. Namun, sifat malu tidak boleh juga dibuang apabila membuat ketiga-tiga perkara kebaikan tersebut. Ini kerana malu akan menjadi sempadan diri agar tidak melampaui batas, walaupun dalam hal membuat kebaikan.

Mudah-mudahan ALLAH subhanahu wata’ala memberikan hidayah dan taufiqNYA kepada kita semua, amin.

Sumber: http://muzir.wordpress.com/2009/11/04/milikilah-sifat-malu/





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...