TERKINI :

Tuesday, January 25, 2011

sebenarnya bukan tokey facebook yg mahu tutup tapi puak2 yg ketaq kaki nie yg nak tutupnya..!!

KDN kaji akta penerbitan kawal bahan Internet termasuk Facebook

TERKINI @ 06:45:25 PM 25-01-2011
January 25, 2011

PUTRAJAYA, 25 Jan — Kementerian Dalam Negeri akan membuat pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya menjadi lebihkomprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Selama ini akta berusia lebih dua dekad itu hanya mengawal selia penerbitan bahan-bahan cetak dan terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Ini kali pertama peruntukan itu dikaji sejak dasar Koridor Raya Multimedia diperkenalkan pertengahan 1990-an.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam, berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan Internet, Facebook dan perisian.

“Kita harap pindaan ini dapat dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun ini. Kita perlu mengatasi kelemahan yang ada terutamanya apabila berdepan dengan bahan-bahan multimedia,” katanya dipetik Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan surat pelantikan Anggota Lembaga Penapisan Filem, Anggota Jawatankuasa Rayuan serta anggota-anggota bersekutu, di sini hari ini.

Katanya pihaknya juga bercadang mengemaskini garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) penapisan filem, selari dengan teknologi memuat turun filem yang ada sekarang.

Mahmood berkata walaupun garis panduan sedia ada ditetapkan pada 2010 dan hanya digunakan kira-kira setahun, ia perlu diubah bagi memenuhi kepentingan rakyat.

“Pengubahsuaian garis panduan antaranya bertujuan memastikan kita mampu mengawal kemasukan filem melalui teknologi terkini seperti melalui pemacu pena.

“Ramai orang tidak lagi membawa masuk filem dalam bentuk cakera padat video (VCD) tetapi ia mungkin disembunyi dalam komputer. Kita perlu melihat dan mengatasi masalah ini,” katanya.

Mengenai kawalan bahan dalam laman YouTube, beliau berkata pihaknya bersama wakil dari Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa melakukan pemantauan terhadap laman web tersebut.

Tenang : Mamat PORNO terus menyerang bab ISLAM...

Amaran Soi Lek: Undi PAS hanya kukuh kedudukannya di Pakatan


LABIS, 25 Jan — MCA, rakan Umno dalam Barisan Nasional (BN), terus menyerang PAS dengan hari ini memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat (PR).

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam PR parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.

“Jika Pakatan menang di peringkat persekutuan, yang saya rasa tidak mungkin, PAS akan menjadi ketua, selaku parti yang ada lebih banyak sumber berbanding DAP dan Keadilan," kata Dr Chua pada sidang media di sini hari ini.

Baru-baru ini Dr Chua berhadapan dengan kecaman PAS kerana mendakwa calon PAS Normala Sudirman enggan bersalaman dengan pengundi-pengundi lelaki.

Perkasa dan Mufti Perak menggesa Dr Chua memohon maaf atas alasan kenyataannya menghina umat Islam negara ini.

Pagi tadi PAS menerusi Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali meminta Umno menasihatkan MCA supaya menghormati adat dan tatatertib orang Islam.

Semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan komponen BN termasuk MCA supaya tidak bergantung kepada isu bersalam calon wanita PAS, sebaliknya memberi tumpuan ke atas isu-isu lain.

Isu negara Islam dibawa PAS juga menjadi bahan kempen di Tenang, sebagaimana disaksikan dalam kebanyakan pilihan raya umum sebelum ini dan ketika kebanyakan pilihan raya kecil sejak Mac 2008.

PAS, DAP dan PKR membentuk Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Bekas menteri kesihatan itu turut merujuk kepada kerajaan negeri Perak di mana Adun PAS Datuk Seri Nizar Jamaluddin dijadikan menteri besar meskipun DAP menguasai 18 kerusi negeri manakala PAS pula enam dan PKR tujuh.

“Gabungan kerusi Keadilan dan PAS juga tidak dapat mengatasi DAP, tetapi PAS menjadi MB,” kata Dr Chua.

“Jadi, PAS berupaya untuk memperluaskan sayapnya dari Kelantan ke Kedah dan Perak walaupun di Perak, saya pasti sekurang-kurangnya 45 peratus penduduk adalah Cina,” kata beliau.

PAS memerintah Kelantan sejak 1990.

Ditanya mengenai kemajuan dicapai MCA di kawasan-kawasan masyarakat Cina sejak kempen bermula Sabtu lalu, Dr Chua berkata, beliau tidak suka membuat spekulasi.

“Jangan buat spekulasi, kami perlu fokus pada perkara-perkara yang konkrit. Apa gunanya membuat spekulasi 60 peratus, 75 peratus, yang paling penting jentera mesti terus bekerja kerjas,” kata bekas ahli Parlimen kawasan Labis.

Pada 2008 beliau digantikan oleh anaknya bertanding di Labis.

MCA dikatakan berhadapan dengan tekanan untuk menguasai untuk menguasai sokongan komuniti Cina menjelang hari pengundian Ahad ini.

Pada pilihan raya umum 2008, BN memenangi kerusi DUN Tenang dengan hanya 42 peratus sokongan pengundi Cina.

Daripada lebih 14,000 pengundi, seramai 39 peratus merupakan pemilih kalangan masyarakat Cina.

Pengundi Melayu terdiri daripada 47 peratus manakala orang India pula 12 peratus.

Calon BN cuai sebagai ADO

LABIS, 25 Jan: Calon BN untuk Pilihan Raya Kecil Dun Tenang didakwa cuai dalam menjalankan tugasnya sebagai pegawai kerajaan sebelum ini dan pernah disaman kerana melelong tanah tanpa pengetahuan tuan tanah.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub mendedahkan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim didapati cuai dan lalai ketika memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat sehingga disaman pada tahun 2004 oleh tuan tanah, Mansor Mohamad.

Katanya, Azahar yang dikenali dengan panggilan Tok Ai telah disaman di Mahkamah Tinggi Muar melalui Saman Pemula No: 24 (L) - 674-2004 berkaitan kes siasatan hartanah HS (M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat.

Menurut beliau, disebabkan kecuaian dan kelalaian Azahar yang ketika itu sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah mengakibatkan satu Perintah Jualan ke atas hartanah Mansor Mohamad pada 18 September 2009.

"Kerana kecuaian Tok Ai tanah tersebut secara tidak sah telah dilelong pada 1 Disember 2003 dengan harga RM70,000," ujarnya.

Beliau kesal dengan kecuaian Tok Ai yang menyebabkan tuan tanah, Mansor menjadi mangsa kezaliman kerana hartanahnya dilelong kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan beliau.

Justeru kata beliau, disebabkan kecuaian dan kelalaian itu telah mengakibatkan nama baik dan intergriti Pejabat Pentadbir Tanah Segamat terjejas teruk sekaligus menghakis keyakinan rakyat pada ketelusan Pejabat Tanah Daerah Segamat.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar, Yang Arif Hakim Dato' Asmadi Asnawi telah membenarkan tuntutan Mansor ke atas Pentadbir Tanah Daerah Segamat pada 29 Januari 2008 dengan kos akibat kecuaian Tok Ai mengendalikan isu tersebut.

Salahudin yang juga Pengarah Pilihan Raya Dun Tenang mempersoalkan mengapa calon yang telah dibuktikan oleh Mahkamah cuai dan lalai dalam melaksanakan tugas awam masih dicalonkan untuk PRK Dun Tenang.

"Tidakkah tindakan Umno ini membuktikan Umno tidak menghiraukan isu integriti dan kompetensi seorang calon bagi mewakili rakyat atau pengundi Dun Tenang," tegasnya.

Beliau yakin dengan pendedahan itu membuktikan bahawa Umno memang sengaja menyembunyikan fakta-fakta tersebut kerana bimbang pengundi Dun Tenang akan menolak calon Umno-BN.

Merujuk rekod buruk Tok Ai, Azahar Ibrahim, PAS yakin dan percaya rakyat Dun Tenang tidak akan tertipu dengan janji-janji manis beliau untuk menyelesikan maalah tanah di Labis.

Ini kerana katanya, fakta dan keterangan tersebut jelas menunjukkan tanah rakyat dengan mudah telah dilelong dengan secara tidak sah.

"Kami menyeru pengundi Dun Tenang jangan gadaikan maruah dan masa depan anak bangsa dengan memilih calon Umno yang terbukti didapati bersalah oleh Mahkamah kerana menganiayai rakyat," tegasnya.

Salahudin menegaskan pendedahan itu bukan merupakan serangan peribadi calon tetapi ia menyentuh isu integriti dan kelayakan Azahar (Tok Ai) untuk menjadi calon di Dun Tenang.

Che Det berbalas pantun dengan KAUM MELAYU SINGAPURA pulak...

KAUM MELAYU SINGAPURA
http://chedet.co.cc

1. Tan Malaka yang namanya amat terkenal di zaman Sukarno mendakwa Melayu Singapura lebih disiplin (daripada Melayu Malaysia). Ini memang benar. Bahkan rakyat Singapura tanpa mengira bangsa juga amat disiplin.

2. Sebagai contoh mereka tidak akan buang sampah di jalan. Dengan itu jalan-jalan di Singapura amat bersih.

3. Tetapi apabila mereka menyeberang ke tanah besar Malaysia mereka akan buang sampah dari kereta mereka dalam perjalanan.

4. Ada pelawak yang memanggil Singapura "a fine city". Sebabnya kerana bagi tiap kesalahan kecil rakyatnya akan dikenakan denda iaitu "fine".

5. Rakyat Malaysia pun bila ke Singapura akan berjaga-jaga supaya tidak dikenakan fine.

6. Di Malaysia buang sampah selori di tepi jalan pun tidak diambil apa-apa tindakan. Sudah tentu rakyat Malaysia di Malaysia tidak disiplin dalam soal kebersihan dan lain-lain.

7. Mungkin ini kerana kita demokratik. Parti-parti politik takut rakyat tidak akan sokong mereka jika mereka bertindak terlalu keras supaya rakyat berdisiplin.

8. Parti pemerintah Singapura tidak takut kepada rakyat. Jika rakyat pilih bukan calon PAP, dia akan diheret ke mahkamah, didenda dan dijadikan bankrap. Selepas itu dia tidak dapat ke Parlimen untuk membantah perlakuan pemerintah.

9. Jika dia dibenar mengambil tempat di Parlimen, dia tidak akan berani berkata apa-apa.

10. Mungkin Tan Malaka lebih senang jika amalan di Singapura didapati di Malaysia.

11. Jika "demokrasi" ala Singapura diamal disini saya yakin bukan sahaja Melayu Malaysia akan disiplin tetapi semua kaum akan disiplin.

12. Sesungguhnya keadaan di Singapura amat mengagumkan sesetengah daripada kita di Malaysia. Apa tidak. Masalah Kampung Baru dapat diselesaikan dengan mudah. Pindahkan sahaja penduduk Kampung Baru, dan bangunkan rumah pangsa yang akan diduduki oleh sesiapa sahaja. Seperti hilangnya Geylang dan Pasir Panjang akan hilanglah Kampung Baru.

13. Menteri-Menteri pun lega kerana jika dicalonkan semula oleh parti, kemenangan terjamin walaupun menidakkan hak bersuara rakyat.

Blogger UMNO "PAPA GOMO" penipu.. dan diakui sendiri oleh Puteri UMNO

Puteri Umno pun Benci dgn Blogger Papagomo


Sape Papa Gomo? Baca Di [ SINI ]
Cerita berkaitan di [ milosuam.blogspot.com ]

Tenang : Bapak porno anak cakap semberono..


Kenapa jual arak?: Anak Chua buat pusingan 'U'

Setelah diberi tempoh 24 jam daripada PAS supaya membuktikan kenyataannya bahawa calon PAS, Normala Sudirman mempersoalkan pemilik kedai bukan Islam berhubung penjualan arak, ahli parlimen Labis, Chua Tee Yong cuba berdolak-dalih.

Jika pagi semalam, Chua berkata kepada sebuah portal berita beliau tetap dengan kenyataanya tetapi enggan menamakan pemilik kedai berkenaan tetapi pada lewat petang, Chua menukar nadanya.

NONELaporan The Malaysian Insider memetik Chua sebagai berkata,” Sudah tentu, saya tidak boleh menamakan kedai itu, pemiliknya tidak mahu dikenali”.

Namun apabila diasak wartawan di sebuah majlis ketika kempen pilihan raya kecil Tenang di Labis, Chua memberi jawapan dalam versi yang berlainan.

"Semasa berkempen, ada pengundi tanya sama ada penjualan arak akan menjejaskan peluang calon PAS dipilih, saya jawab mungkin.”

Berikutan kenyataan itu, PAS memberi Chua 24 jam bagi membuktikan bahawa Normala mempersoalkan jualan arak ataupun berhadapan dengan saman fitnah jika gagal berbuat demikian.

Menurut sebuah laporan China Press, Chua dilaporkan berkata, "Mengikut maklumat yang saya terima, semasa kempen Normala, dia bertanya kepada seorang pemilik kedai kopi mengapa bir dijual. Pemilik kata itu adalah haknya untuk berbuat demikian.”

tenang by election day 1 230111 normala greets public"Kami mahu beliau (Chua) memberikan nama kedai kopi itu (dan juga), tarikh dan masa Normala berkata demikian sebelum tengahari (esok).

"Jika tidak, kita akan memfailkan saman fitnah ke atasnya,” kata timbalan pesuruhjaya PAS Johor yang juga penyelaras pilihan raya kecil parti itu, Dzulkefly Ahmad, kepada wartawan.

Chua berkata beliau belum membaca laporan China Press kerana sibuk dengan kemp[en pilihan raya kecil.

"Saya mesti tunggu surat dari mereka (PAS) sebelum boleh beri ulasan.”

Diasak wartawan, Chua berkata, beliau tidak secara langsung menafikan laporan berkenaan tetapi meminta wartawan melaporakan apa yang dikatannya.

Mengampu punya pasai ULAMAK SEDAKA nie sampai hina parti yang BAPAK dan KELUARGA dia sokong..!!

Tengok nii..Kenyataan "Bangang" Ulamak Yang Pentingkan "Perut dan Bawah Perut"...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, semalam mempersoalkan tindakan PAS meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, sedangkan sebelum ini parti itu berpendirian bahawa pemilihan wanita sebagai calon pilihan raya adalah tidak mengikut syariat Islam.

Katanya, sebelum ini PAS pernah menuduh UMNO sentiasa melakukan perkara tidak mengikut syariat Islam dengan memilih wanita sebagai calon setiap kali pilihan raya diadakan di negara ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, pada pilihan raya kecil DUN Tenang, parti berkenaan memilih calon wanita atas alasan sebagai penghormatan kepada kaum hawa.
"Kenapa dulu mereka (PAS) cakap lain? Mereka juga cakap haram memilih calon BN dan saya perlu ingatkan mereka perlu bertanggungjawab terhadap tuduhan itu.

"Malaysia sudah aman damai dan ia hasil kesungguhan BN untuk memajukan negara ini dan masyarakat secara keseluruhan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Mini Karnival Islam di pekarangan Masjid Jamek Labis di sini, semalam.

Beliau berkata, sudah menjadi kebiasaan kepada parti pembangkang apabila adanya pilihan raya kecil, mereka mula menabur fitnah.

Jamil Khir berkata, isu agama menyentuh perasaan orang ramai dan PAS sendiri tidak pernah mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku.
Katanya, agama Islam tidak boleh `dijual beli’ atau dipergunakan semata-mata untuk meraih sokongan politik dengan mengelirukan masyarakat yang akhirnya berlaku pergaduhan dan perpecahan.

“Bila datang saja pilihan raya ia menjadi satu medan untuk orang menabur fitnah dan membangkitkan isu sensitif agama,” katanya.

Jamil Khir berkata, rakyat perlu berwaspada kerana bagi pilihan raya kecil, fokus kempen itu menjurus kepada satu tempat dan pelbagai isu akan ditimbulkan tetapi isu agama adalah isu yang amat menyentuh perasaan.

“Saya nasihatkan orang ramai supaya memahami dalam suasana ketika ini, kita mendapat pelbagai sumber yang boleh membawa kepada fitnah," katanya.

Sebagai seorang Ulamak...Tragedi Big Mama ini yang wajib di tegur oleh Jamil Khir kerana benar-benar menyakitkan hati dan perasaan Rasullullah s.a.w...

Juragan : Jangan hanya memikirkan Habuan Perut dan Bawah Perut braderr,jadilah Ulamak seperti kata Rasulullah "Ku Lil Haq,Wa Lau ka Na Muro" Katakanlah kebenaran islam itu,walau pun pedih (Iaitu Orang ramai terutamanya pemimpin yang berkuasa membencimu).

Hangpa tau ka FLOM tu apa dia..???

relax sat....






cerita pasai apa dia nie hangpa klik sini laa nooo
http://milosuam.blogspot.com

Dr Aziz : Pindaan Untuk Keseimbangan Kuasa.. Itu yang UMNO tak faham..!!

SHAH ALAM 24 JAN : Sidang Khas Dewan Negeri Selangor yang bersidang hari ini membuka lembaran sejarah baru apabila satu keseimbangan kuasa dicadangkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat tanpa menyisihkan komitmen terhadap institusi Raja Beperlembagaan dan suruhanjaya yang ada.

Justeru itu, pindaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 untuk melantik tiga pegawai eksekutif kerajaan negeri Selangor iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri adalah relevan dan bertepatan, kata Pensyarah Undang-udang, Prof Dr Abdul Aziz Bari.


" Apa yang berlaku ialah satu perseimbangan, tidak ada siapa yang rugi, tidak ada siapa yang mendapat kuasa, tidak ada siapa yang boleh monopoli seperti kalau kita perhatian peruntukan yang asal. Sebab itu, malang kita katakan sebab Umno tidak nampak perkara ini," jelas Aziz kepada Tv Selangor berhubung tindakan Umno membantah pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang dicadangkan kerajaan negeri.

Jelas Aziz, kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat telah mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan segala kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan Umno dahulu.

" Saya fikir Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar telah memberikan kita suatu imbasan kembali walaupun ringkas tetapi jelas kepada apa yang berlaku, apa yang dibuat oleh Umno, khususnya pentadbiran Mahathir Mohamad pada tahun 80-90-an terhadap kuasa Raja-raja,"kata Aziz.

Oleh yang demikian katanya,idea supaya kuasa perlantikan tiga pegawai ex-officio yang terlibat secara langsung dalam pentadbiran negeri Selangor perlu diletakkan pada tempat yang sebenar, seperti sebelum ia digubal dalam Krisis Perlembagaan 1993.

Ini katanya untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak boleh mengambil kesempatan atau memonopoli mana-mana suruhanjaya atas kepentingan politik.

" Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Tan Sri Khalid soal perkongsian pintar yang disebut tentang kuasa Sultan yang menerima cadangan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan kemudian mendengar nasihat dari menteri besar.Ini satu kerangka di mana Sultan terlibat, perkhidmatan awam terlibat melalui suruhanjaya dan menteri besar sebagai wakil rakyat dan rakyat juga turut dilibatkan," ujar beliau lagi.

Malah ujar Aziz, apa yang lebih penting ialah, pindaan perundangan 1993 oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membawa kepada satu perubahan besar dalam institusi Raja Berperlembagaan apabila kuasa Raja-raja Melayu terus dipinggirkan oleh pentadbiran Umno.

" Raja (hanya) setuju soal pindaan kekebalan tetapi yang Dr Mahathir dan kawan-kawan Umnonya lakukan turut melibatkan perkara lain. "

" (Malah) Dr Mahathir pernah berjanji bahawa pindaan itu hanya terhad kepada perkara yang berhubung soal kekebalan dan kuasa mengampun pada tahun 1993. Jadi mengapa mereka lajakkan dan mereka cuba ambil kesempatan daripada itu untuk meminda juga mengenai perlantikan pegawai kanan di peringkat negeri yang tidak masuk langsung dalam persetujuan ketika itu?," soal Aziz pula.

UMNO/BN Kencing lagi - Ahli ada 22 orang tapi pie umum 1Malaysia kata keluaq 120 orang.

“120 Ahli PKR Ladang Mayfield Keluar Parti;
UMNO-BN Iktiraf Satu Pembohongan Besar!”

24 Januari 2011

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Tasek Gelugor pada hari ini terpanggil membuat sidang media untuk menjawab fitnah jahat yang tersiar di dalam Akhbar Sinar Harian (Bertarikh Isnin, 24 Januari 2011 / Bahagian Seberang Perai Utara, m/s: U26). Artikel berita yang bertajuk “120 Ahli PKR Keluar Parti” itu jelas merupakan satu pembohongan besar yang direka-reka untuk memburuk-burukkan KEADILAN secara am, dan KEADILAN Tasek Gelugor secara khususnya.

KEADILAN Tasek Gelugor dengan ini menafikan sekeras-kerasnya laporan tersebut, yang dinyatakan sendiri oleh Sdr. S. Thevadas yang mewakili “kumpulan 120 ahli PKR yang keluar parti” tersebut. Sebagai bukti & rekod bertulis, KEADILAN Tasek Gelugor hanya memiliki 22 orang ahli sah yang berdaftar di Ladang Mayfield. Dan yang bermasalah dan mengepalai ‘Majlis Keluar Parti’ itu hanyalah S. Thevadas seorang dan 10 orang yang bersamanya pada hari tersebut, bukanlah dari ahli KEADILAN Ladang Mayfield, tetapi mereka semuanya adalah penyokong-penyokong MIC! Persoalan terbesar adalah, dari mana datangnya sampai 120 orang ahli yang keluar dari parti ini sepertimana yang didakwa oleh S.Thevadas?

KEADILAN Tasek Gelugor juga menyelar tindakan UMNO & Barisan Nasional Tasek Gelugor yang diwakili oleh AJK UMNO Tasek Gelugor, Dr. Mohd. Radzi Yusof yang bertindak menerima ‘pembohongan’ tersebut semalam. Adalah dipercayai, tindakan UMNO mengiktiraf penipuan ini, adalah berkait rapat dengan agenda jahat mereka untuk menjadikan isu ini sebagai bahan kempen BN di PRK DUN Tenang. Tindakan terdesak UMNO ini adalah bukti jelas, bahawa mereka akan buat apa saja, walaupun sampai ke tahap mengiktiraf pembohongan & fitnah demi meraih kembali sokongan, terutama dari komuniti India yang telah lama lari dari mereka.

Sdr Lim, wakil dari DUN Telok Ayer Tawar menyerahkan 60 borang
keahlian baru KEADILAN kepada Ketua Cabang KEADILAN Tasek Gelugor, Sdr. Mohd. Nasir.

Akhir sekali, KEADILAN Tasek Gelugor akan tetap menjalin hubungan baik & akan meneruskan program-program pembangunan, khususnya pembangunan ekonomi mikro di kawasan-kawasan India di Parlimen Tasek Gelugor, demi manfaat komuniti tersebut. KEADILAN Tasek Gelugor dalam masa yang sama juga akan terus komited membantu usaha murni Kerajaan Negeri dalam membangunkan sosio-ekonomi Kaum Melayu & Cina di parlimen ini. Walaupun dilanda pelbagai dugaan, kami tetap yakin Parti KEADILAN akan terus berkembang dengan keahlian yang makin rancak dan akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat memimpin Malaysia selepas PRU akan datang.

“UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA”


Sekian, terima kasih.

SYED MIKAEL RIZAL AIDID
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK),
KEADILAN Cabang Tasek Gelugor

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Khalid cadang bawa isu pindaan perlembagaan untuk semakan kehakiman

SHAH ALAM, 24 Jan — Isu pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor nampaknya belum selesai walaupun kerajaan negeri gagal mendapat undi majoriti dua pertiga untuk meminda undang-undang itu dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri hari ini.

Ini kerana Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau bercadang membawa isu pindaan berkenaan untuk semakan kehakiman.

“Saya mahu buat perubahan. Perubahan ini perlu. Saya tahu politik banyak permainan tapi pengurusan (berlainan), kalau tidak, tak dapat ukur kecekapan (pentadbiran),” katanya semasa menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan pada sidang itu di sini.

Khalid berkata beliau akan pergi ke seluruh Selangor termasuk di kawasan kerusi Barisan Nasional (BN) untuk menerangkan isu pindaan itu yang mana kerajaan pakatan pembangkang sudah berusaha sedaya upaya untuk memartabatkan institusi raja dengan mengembalikan kuasa Sultan tapi gagal.

“Saya berharap kita bersama-sama belajar. Mengapa kita tak buat perubahan. Kita jaga Selangor, kita wakil rakyat. Takkanlah kita nak benarkan (kerajaan) persekutuan halang pembangunan (negeri ini), katanya.

Beliau berkata apa yang berlaku hari ini adalah sejarah dan akan direkodkan dalam hansard Dewan dan akan dikenang dan boleh dibuat rujukan supaya masa depan negara kita akan lebih baik dan terbuka.

“Kepada Anggota Dewan yang tak bersetuju dengan pindaan, tak mengapa, tak ada masalah.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Adun BN yang turut hadir dan mengambil bahagian dalam perbahasan,” katanya. — Bernama

Nah ambik ko SPR.. Aziz Bari kata hangpa "GILA KUASA"

PRK Pelabuhan Klang: Prof Dr Aziz Bari anggap SPR makin "gila kuasa"

Kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Khamis, 20 Januari lalu menunjukkan badan bebas kerajaan itu "gila kuasa" dan hendak memberi keuntungan kepada BN dengan menekankan "soal kerusi itu soal Badrul dan Speaker". Pakar Perlembagaan, Prof. Dr Abdul Azi Bari hairan, apabila SPR akan meneliti notis itu dan memutuskan sama ada akan melangsungkan pilihan raya atau tidak.

Tegasnya, itulah yang SPR lakukan dalam kes di Perak apabila mereka tidak menerima keputusan Speaker, V Sivakumar yang mengisytiharkan tiga kerusi Jelapang, Behrang dan Changkat Jering kosong atas alasan kuasa memutuskan ialah SPR bukan Speaker.

"Sama juga dengan di Kedah dalam kes Kota Siputeh," ujarnya. Semalam, peguam Umno menyebut kes Perak untuk menghujah yang kuasa pemutus sama ada kerusi kosong atau tidak ialah kuasa SPR bukannya Speaker dan hujah yang digunakan oleh peguam ini ialah kes yang telah diputarbelit, yakni kes yang sebenarnya salah di sisi undang-undang, tegas Aziz.

Katanya, undang-undang yang betul ialah kuasa itu hak Speaker dan atas dasar inilah kuasa Speaker apabila Fong Po Kuan, Gobind Singh, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim digantung dan ia tidak boleh dicabar. Tetapi jelas Aziz lagi, Umno hanya ikut undang-undang bila ia menguntungkan mereka dan beliau berpendapat sepatutnya Umno sudah kalah di Perak dan Kedah jika undang-undang sebenar dipatuhi mereka.

Dalam kes Badrul Hisham di Dun Pelabuhan Klang, katanya, ia sama dengan kes Bukit Siputeh di Kedah; Speaker hanya mengisytiharkan status Adun itu sebagaimana yang tertera dalam Undang-undang Tubuh Kedah dan Selangor.

"Kalau Badrul tak puas hati dia boleh ke mahkamah kerana ia melibatkan tafsiran perlembagaan. SPR tak ada kena mengena," tegas beliau. Aziz menjelaskan, tugas SPR di sisi Perlembagaan hanya dua yakni (i) menjalankan pilihan raya dan (ii) mengemaskini daftar pemilih. SPR tak perlu mengada-ngada dan cuba mentafsir Perlembagaan kerana itu adalah bidang kuasa mahkamah.

"Sekiranya Speaker beri notis, SPR kena jalankan pilihan raya, bukan mentafsir notis itu," bidas beliau lagi.

Alhamdulillah... akhirnya PERKASA sokong cara Tok Guru...

...Alhamdulillah... akhirnya PERKASA sokong cara Tok Guru... tapi ini statement Ketua wiranya... bukan Presiden yang melompat tue... apakah dia tau statement ini...
Ketua Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah (gambar bawah) berkata, isu melibatkan calon PAS Normala Sudirman yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu...

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan pendekatan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung isu keengganan calon PAS bersalam dengan lelaki di Tenang.

Arman berkata, isu melibatkan Normala Sudirman yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berpunca akibat kegagalan memahami Islam.

"Macam pendekatan Tuan Guru Nik Aziz, (apabila) mereka ini tidak faham (Islam), jadi kita mesti fahamkanlah mereka," katanya.

"(Contohnya) macam isu melibatkan DAP juga, (berlaku) kerana mereka tidak faham."

Dalam pengalaman Pakatan Rakyat, Nik Aziz antara pemimpin PAS yang kerap berbeza pandangan dengan pemimpin lain daripada DAP dalam isu agama, khususnya negara Islam.

Beliau juga sering dilapor menyimpulkan apa yang berlaku akibat pemimpin berkenaan tidak memahami Islam dan perlu dimaklumkan tentang ajaran agama yang sebenar.


Di Tenang, kenyataan Chua kelmarin mengundang reaksi keras pelbagai NGO dan tokoh Islam, antaranya Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM), Harussani dan PAS sendiri.

Senada dengan peguam Muslim


Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Arman Azha berkata menjadi tanggungjawab parti-parti komponen lain dalam BN menjelaskan "apa yang salah, apa yang tidak" kepada Chua secara matang.

"Kalau kita marah pun, mereka semakin jauh. Kalau perkara itu salah, Rasulullah suruh panggil dan nasihati cara yang betul daripada kita bertindak tidak tentu arah," katanya.

Bagaimanapun, Arman Azha tetap beranggapan bahawa tindakan Chua itu salah dan menghina Islam.

Justeru, menurutnya, ahli politik veteran itu patut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

"Bukan hanya minta maaf, tetapi dia juga kena memahami konteks Islam yang sebenar," katanya, senada dengan tuntutan PPMM semalam.

... gambar ketua wira perkasa masa dulu-dulu...
mungkin kini beliau dah insaf... xnak dah camni...
  • http://dppwm.blogspot.com/2011/01/isu-salam-1st-time-perkasa-sokong-tok.html

Sidang DUN Selangor : Benarkah kita gagal?

http://3.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/TT4nweQpuZI/AAAAAAAAEbE/UrxYFpUnsKQ/s1600/2011-01-25_071251.jpg

Benarkah kita gagal?

“Sidang DUN gagal” itulah tajuk pilihan Utusan Malaysia hari ini. Berita berkenaan merujuk kepada kegagalan Dewan Selangor semalam mendapatkan majoriti dua pertiga untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

Sebagaimana kita ketahui kerajaan negeri Selangor semalam berusaha meminda Perlembagaan Negeri iaitu Perkara 58 Fasal 5 (Bahagian 2) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa DYMM Tuanku Sultan Selangor dan MB Selangor dalam melantik 3 pegawai eksekutif negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri, ketiga-tiga penjawat jawatan ini duduk dalam Mesyuarat EXCO Negeri.

Isu ini berbangkit ekoran perlantikan SUK yang baru iaitu Datuk Khusrin Munawi yang tidak melalui proses amalan biasa sebaliknya dicadang dan dikemukakan terus oleh kerajaan Pusat tanpa berbincang dengan kerajaan negeri yang telah pun mengambil inisiatif menyaring dan mengenal mpasti calon-calon yang paling baik dan layak menjawat jawatan tertinggi awam negeri ini.

Benar sidang DUN gagal meluluskan pindaan ini kerana setelah undian 34 menyokong manakala 20 menolak (satu tidak hadir kerana kerusi Pelabuhan Kelang telah dikosongkan). Kerajaan negeri perlukan sokongan dari sekurang-kurangnya 38 ADUN bermakna kekurangan 4 undi.

Apakah pengajaran dari episod ini?

Umno Selangor tidak mahu kembalikan kuasa Sultan dan rakyat. Umno Selangor hari ini masih pekat dan tebal menyokong cita-cita Tun Dr Mahathir di tahun 1993 lalu yang ghairah menghakis, mengekang dan merampas kuasa Raja-raja Melayu. Di Selangor ketika itu ada seorang pemimpin Umno semasa berbahas di Perhimpunan Agung Umno sehingga menyerang Almarhum Sultan Selangor kononnya membazir dan menghabiskan kewangan negeri. Itulah Umno dahulu dan inilah Umno yang sama yang melaung kononnya mahu berjuang mempertahan kedaulatan Raja-raja Melayu tetapi hakikatnya merekalah penderhaka terbesar.

Hakikatnya Pakatan Rakyat lah walau dihamburkan dengan pelbagai tohmahan yang sesungguhnya berusaha memartabatkan kembali kuasa Sultan dan rakyat tetapi ditolak mentah-mentah oleh Umno dan BN Selangor.

Rakyat Selangor perlu kembalikan Pakatan Rakyat pada PRU akan datang dengan majoriti dua pertiga. Jangan izinkan Umno dan BN menyalahgunakan bilangan kecil mereka untuk menyekat kebangkitan kuasa dan suara rakyat. Tolak terus Umno dan BN di Selangor.

Syabas kerajaan negeri dan MB Tan Sri Kahlid Ibrahim, walau kita gagal kali ini insyallah rakyat Selangor melihat dan tahu menilai, kita akan kembali mengukuhkan kerajaan negeri pada PRU akan datang dengan majority yang lebih besar dan selesa.

Hallo BN.. Macam nie laa kalau mau kawan dengan bukan ISLAM.. sapa yg kena cucuk hidung nie??

PAS bangga DAP, PKR jawab isu bersalam

Umno yang memperdagangkan Islam dan memperkudakan mereka yang arif dalam agama untuk menghalalkan apa sahaja tindakan pemimpinnya.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyatakan demikian sebagai mengulas ucapan Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menuduh PAS memperdagangkan agama kerana telah melanggar fatwa dengan mencalonkan wanita menjadi calon di pilihan raya kecil Tenang.

“Nampaknya fikiran menteri yang jaga urusan agama sama seperti Tun Dr Mahathir yang membangkitkan isu yang sama.

“PAS tidak hairanlah dengan Tun yang sudah berada di hujung senja, jika dibandingkan dengan Datuk Jamil Khir yang masih muda dan arif berkenaan agama,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, mungkin Jamil buat-buat lupa, kerana PAS pernah melantik Khatijah Sidik di Parlimen Dungun pada tahun 1959.

“Sila buka balik sejarah, baru boleh beri komen dan keluar hukum,” ujarnya.

Katanya, kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan diikuti pula oleh Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang memainkan isu Cikgu Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan lelaki adalah lambang orang agama dalam Umno gagal menerapkan Islam dalam BN.

PAS, ujarnya boleh memaafkan dua pemimpin daripada parti komponen BN yang tidak memahami situasi itu.

“Persoalannya apa yang tokoh-tokoh agama buat sepanjang 53 tahun berkawan dengan MCA dan Gerakan untuk menerangkan masalah hukum asas. Mungkin mulut orang agama dalam Umno sudah penuh dengan sagon,” katanya.

Justeru, tegasnya PAS merasa bangga isu bersalam itu dijawab oleh rakan-rakan DAP dan PKR yang bukan Islam.

Orang UMNO tanya Orang Sokong Azizan Jawab...

oleh AnakKedah007

AKU NAK JAWAB PASAI MAMAT SENGAL NIE SAT...

wanzal said...

AWAT HANG TAK CERITA PAS KEDAH KENCING RAKYAT.
1. JANJI NAK HAPUS ARAK ..KENCING
2. BIL AIR NAIK...KENCING
3. KONON PERJUANG ISLAM - NAK
BUAT LADANG BABI DI BUKIT SELAMBAU....KENCING
4. NAK HAPUS JUDI....KENCING
5. NAK HAPUS MAKSIAT
PELACURAN....KENCING
6. BANTUAN BANJIR .....KENCING
7. LAMBAT BAYAR CUKAI,
SITA.....KENCING
8. BANTU WARGA TUA....KENCING
9. ROBOH GERAI2 ORG ISLAM....KENCING
10. NAK PEJUANG ISLAM...JILAT CINA ADALA....KENCING DERAIH
11. TAK LARAT NAK TAIP DAH....MASA CERAMAH SEMUA HEBAT ALIH2 SEMUA KENCING KENCING KENCING

January 25, 2011 12:12 AM

Delete
Anonymous AnakKedah007 said...

bro apa lu merawit nie bro pergi ke isu utama laaa yg pie dok smash kedah apasala... isu jawab isu laa...

mai wa jawab mana yg boleh wa jawab..jika yg tak boleh kira halal laa.. dan kalau wa boleh jawab 75% dari masalah lu nie kira masalah selesai laa.. baru perintah 3 tahun dah buat manifesto 75% kira ok laa dari perintah 50thn sekadar buat 30% apa barang...

1- BN 50thn perintah kedai arak tak ditutp pon buka banyak ada laa lagik... PR 3 thn so far kedai dok ada yg tu jaa tak bertambah pun dan proses nak kurang sedang berjalan...dan benda nie makan masa dimana nak tutup kena suruh tuan kedai buat bisnes lain bukan main tutup camtu jaa..jadi lu kena faham laa cakap bab kedai arak nie gua pon kalau boleh mau semua tutup tapi gua KIV lagik sebab gua boelh bagi masa.. 50thn gua boleh tunggu takan 3tahun gua dah panas telinga...

2- BIL AYAQ naik.. apa bagi penaik..hg paham ka SPAN tu apa dia..hg paham ka hutang ayaq peninggalan BN berapa.. naik pu bukan banyak mana sekupang jaa dan benda nie org boleh terima jika kena gayanya..kos rumah pump yg pakai karan dan diesel..2 benda nie pusat dah naik...ayaq tak naik2..habih apa cerita...lu tanya NAJIB dulu pasaipa pie penaik yg kepala....

3- LADANG BABI BUKIT SELAMBAU - buat dak lagi...dan yg lulus pun kerajaan UMNO dulu bukan azizan...dan ladang tu tak buat pon... pindah pie ke bedong.. kawasan bedong hang mau tau la sapa dok sana..habih apa kecoh2nya...tgk sejarah dulu kesah ladang babi nie.. mula2 dok tang mana dan..nu kat aloq staq sana babi keliling sedangkan pasaq melayu..50thn UMNO/BN buat apa usik pon tak sebab takut kat cina tapi mai azizan masalah seattle....

4- bab judi suruh najib batal lesen laa habih cerita..lesen najib yg bagi..

5- maksiat nie bab jiwa manusia..yg mampu kerajaan buat bagi tarbiah ilmu dan penerangan...belambak majlis ilmu tumbuh skrg nie...pie la tadah telinga.. selain tu majlis agama pertingkatkan rondaan..baca sinar dak hari2 ada org kena tangkap...ok laa tuu

6- baca sinar semalam tak..sapa kencing mat bashah la bro

7- sapa suruh lambat bayaq... hutang along hutang astro.. hutang hp..kalau potong line cepat2 hangpa pie bayaq.. hutang bro hutang...tak mampu jgn hutang...

8- Tu yg MB turun dok bagi bantuan kepada warga tua, misi bidan kg tu apa dia..dan penaikkan bantuan JKM dari RM70 ke Rm200 tu apa dia...buta kaa

9- ROBOH GERAI nie mana dia bro... dah pie buat salah tempat tak kra la ISLAM KA CINA KAPIAQ KA INDIA ka roboh laa...pedulik apa aku..kalau nak meniaga ikut law laa..ingat negeri nie tak ada undang2 kaa

10- sapa jilat cina..UMNO jilat MCA & Gerakan ada laa..nak cerita bab hukum sentuh lelaki pompuan pon tak selesai2

11- taip la lagi aku nak jawab....
-------------------------------

mai aku taip pulak..
1- Sapa buat perjanjian bodo bagi kontrak proses ayaq dilangkawi kena bayaq 30juta setahun..lampsam

2- mana pie tanah rezab melayu sebanyak 2000 hektar yg tak berganti sepanjang 50thn lepas

3- Mana pie hasil balak yg sekarang nie dapat dipungut 50juta setahun.. dulu cuma 8-10juta saja..40juta x 50thn pie mana??

4- Siapa yg penaik cukai tanah dan pintu 250% sebelum azizan naik dia bawak turun semula

5- Siapa yg bagi duit kat rakyat yg mati skrg nie sebanyak RM500 dulu mana ada...??

ok dah jawab yg nie dulu...

Tu dia depa kata MP Merbok tak wujud.. biaq betoi..??

Ronda-ronda di Selatan Kedah sempena lawatan DS Najib ke Sungai Petani

MR berkesempatan mengikuti program lawatan DS Najib ke Sungai Petani, Kedah semalam walaupun terlewat sedikit kerana terlepas penerbangan ke Pulau Pinang.

Kelangsungan berada di Kedah MR mengambil kesempatan meronda beberapa kawasan seperti Parlimen Jerai, Sungai Petani, Merbok dan Baling.

Di antara semua kawasan ini yang menarik perhatian MR ialah di Merbok kerana kawasan ini satu ketika dahulu memang hebat dan tidak banyak politiking dalaman.

Hebat kerana kawasan ini dahulunya diwakili oleh bukan calang-calang tokoh sebagai Ahli Parlimen mereka seperti YBhg Tun Daim Zainudin bekas Menteri Kewangan yang sangat dihormati dan berjasa kepada negara.

Selepas Ybhg Tun Daim sebagai Ahli Parlimen kawasan ini diwakili pula oleh seorang lagi tokoh iaitu Tan Seri Zainudin Maidin bekas Menteri Penerangan dan Tokoh Wartawan Negara juga bukan calang-calang ketokohannya.

Tetapi hari ini Kawasan Merbok seperti kontang dan tandus, Ahli Parlimen mereka Datuk Rashid Din bekas CEO Modenas langsung seperti tidak wujud atau dalam lain perkataan “ada seperti tiada”.

Rata-rata tempat dan beberapa kampong yang MR turun mereka berkata masih tidak nampak batang hidung Ahli Parlimen mereka. Malah yang melucukan masih banyak yang bercakap-cakap tentang kesan-kesan hasil peninggalan jasa-jasa Tun Daim dan Tan Seri Zainudin Maidin.

Tun Daim kata mereka telah membawa dua buah universiti iaitu UiTM dan Asian Institute of Medical Science, MRSM dan hospital besar. Tan Seri Zainudin katanya walaupun satu penggal menjadi Ahli Parlimen telah membina beberapa jambatan, riadah dalam kampong dan banyak aktiviti-aktiviti rakyat sehinggakan kata seorang imam "kain putih nak mati pun Datuk Zam bagi percuma". Entah imam itu perli MR tidak tahu, ini belum disiasat lagi.

Malah salah satu jambatan kata mereka yang dibawa oleh Tan Seri Zainudin telah di"hijack" oleh PAS mengatakan mereka yang membawa pembangunan tersebut. *(Maaf, MR tak sempat lagi turun untuk mengambil gambarnya kerana kesuntukan masa).

MR mendapat banyak lagi maklumat-maklumat yang terperinci dan MR akan karau maklumat ini untuk posting yang terdekat kalau ada masa.

Hakikatnya Kawasan Merbok seperti dilanggar garuda. Rakyat mengharapkan pembaharuan kepada pemimpin yang mereka undi dalam PRU12 yang lepas tidak melaksanakan tanggung jawab yang sewajarnya.

Datuk Rashid Din wakil dari PKR yang MR temui masih seperti dibuai mimpi tidak tahu apa tugasnya sebagai Ahli Parlimen mungkin pengalaman beliau menjadi CEO syarikat motosikal MODENAS maka rakyat pun nak ditunggang beliau seperti motosikal juga.

Jika DS Najib mahukan “winnable candidate” mungkin dipanggil balik Tun Daim dan Tan Seri Zainudin kalau mahu dicalunkan semula atau pun dipanggil memberi nasihat. Ini kerana pengaruh dan jasa mereka masih kuat dan mantap jika ditanya kepada rakyat, tetapi jika ditanya kepada UMNO awal-awal lagi mereka akan diselinap tinggal tulang.

Surat pelajar kepada Najib: Pelan pemusnahan generasi masa depan?

Assalamualaikum Dato’ Seri.

Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).

Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.

Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

Tenang : Alahai Puak BN mai Pak Long hang nak bagi tazkirah sikit..!!


DUN Tenang: 'Hantu' berkeliaran di depan rumah anda!!

AWAS pengundi Felda DUN Tenang: 'Hantu' berkeliaran di depan rumah anda!!



STIKER DACING DI FELDA TENANG

Pada mula sampai di Dun Tenang saya dikejutkan dengan stiker dacing yang tertampal di rumah-rumah peneroka ...saya berfikir betapa birunya darah orang-orang sini...75% rumah peneroka tertampal stiker dacing...

Pada tarikh saya balik Pahang saya ronda semula dan stiker sudah tidak ada lagi dirumah-rumah peneroka ...yang tinggal sekitar 15 % sahaja .

Dari sumber peneroka disitu dia sendiri tidak tahu siapa yang pasang stiker dan rumah dia pun ada stiker dacing sedangkan dia ahli Pas.

Ini yang dikatakan perang saraf...

Pada muslimah PAS jangan percaya dengan stiker yang tertampal Dacing tersebut...

Teruskan perjuangan.....Allah bersama-sama kita...






http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com

Puak derhaka kepada Sultan yang tak reti bahasa

Sidang Khas DUN Selangor: BN bidas k'jaan Selangor 'syok sendiri'

Ketua pembangkang DUN Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman - ketika membahaskan cadangan meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri - mendakwa kerajaan negeri 'syok sendiri'.

Katanya, Umno Selangor tidak akan sesekali menyokong cadangan itu kerana menurutnya ia bertentangan dengan perlembagaan persekutuan dan bermotifkan politik.

Menurutnhya lagi, kerajaan BN terdahulu tidak pernah membelakangi Sultan, berbeza dengan menteri besar baru yang didakwa tidak dapat menerima pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK yang telah mendapat perkenan Sultan.

Satim mula membahaskan usul tersebut selepas selesai ucapan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketua pembangkang itu turut mempersoalkan tindakan Speaker Datuk Teng Chang Khim memanggil sidang DUN tanpa notis 14 hari.

Teng bagaimanapun menegur kembali Satim supaya mengingat peraturan tetap dewan sebelum membangkitkan sebarang perkara atau beliau akan diminta keluar untuk mengingatinya.


Penyokong Pakatan ketawa besar.

Dewan mula bersidang jam 10 pagi. ADUN Pelabuhan Kelang Badrul Hisham Abdullah - yang kerusinya diisytihar kosong oleh speaker - duduk di bilik yang dikhaskan kepada petugas media, tingkat atas di dalam dewan.

Setiausaha dewan membacakan ucapan diraja bagi pihak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam ucapannya, Sultan bertitah supaya ADUN membahaskan cadangan pindaan itu dengan sebaiknya tanpa beranggapan pekenan yang diberikan baginda sebagai menyokong mana-mana pihak dalam dewan.

Baginda juga memberitahu ADUN supaya tidak menariknya sama dalam politik. Istana sentiasa tidak mencampuri urusan politik, titahnya lagi.

Ia diikuti dengan ucapan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurutnya, berdasarkan perkara 10(3) peraturan dewan, kerajaan Selangor membentangkan pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Selangor 1959 terhadap perkara 52(1).

Katanya, pindaan itu dicadangkan supaya generasi akan datang tidak lagi tertanya-tanya dan tiada pihak yang berani melanggar kuasa kerajaan negeri dan Sultan, kata Khalid.

Pakatan Rakyat, tegas Khalid lagi, memberikan komitmen menjunjung perlembagaan negara dan undang-undang tubuh negeri serta Rukun Negara, yang menjadi asas kepada kerajaan Selangor hari ini.

Pakatan juga, tambahnya, berhasrat menegakkan kedudukan dan peranan Raja-raja Melayu yang dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan.


Ulasan GB

Siapa yang sebenarnya syok sendiri?

Yang syok sendiri pakai gelaran Dr walaupun dengan PhD palsu tu siapa ya?

Menyentuh Sidang Khas Sultan sudah pun megizinkan DUN bersidang malah memberikan titahnya yang telah dibacakan oleh Setiauaha Dewan.

Justeru itu tindakan wakil rakyat UMNO jelas tidak menghormati Sultan Selangor. Begitu juga 500 orang yang berarak ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini untuk menyerahkan memorandum bantahan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Jenis tak reti bahasa. Noh Omar punya kerja.

Untuk memberikan komen atau maklumbalas, sila berkunjung ke Green Boc

Edaran Kad Tahun Baru Cina MB , MP Jerai & Buah Limau Kawasan Jerai




Pada tarikh 24, 25 dan 26 Januari 2011, sempena dengan Sambutan Tahun Baru Cina yang akan di sambut oleh Kaum Tionghua, satu program edaran buah limau dan edaran kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina oleh YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan bin Abd Razak selaku Menteri Besar Kedah serta YB Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus bin Jaafar diadakan. Program ini merupakan anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Jerai, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Jerai dengan kerjasama Majlis Ketua Kampung (MKK) yang terlibat secara langsung dalam program ini.

Program ini bermula di DUN Gurun, Sg. Limau & Guar Chempedak yang meliputi premis-premis perniagaan di dalam pekan. Ahli Parlimen Jerai, YB Ustaz Mohd Firdaus bin Jaafar di iringi Pegawai Khas Kawasan YAB Menteri Besar, Encik Muzaini bin Azizan serta MKK sempat meluangkan masa menyampaikan buah limau serta kad ucapan sambil beramah mesra dengan kaum tionghua dan masyarakat setempat di sekitarnya. Setiap penerima sumbangan ini merasa amat bertuah dan gembira dengan kehadiran Ahli Parlimen Jerai serta pimpinan masyarakat yang bersama-sama meraikan kedatangan Tahun Baru Cina.

Ini adalah merupakan acara tahunan PAS kawasan serta Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jerai. Program ini dapat merapatkan lagi hubungan diantara kaum tanpa mengira fahama politik dan agama.

PKWR Jerai

20 ADUN Barisan Nasional DERHAKA !!

SHAH ALAM 24 Jan: Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Satim Diman hari ini berkata, Adun BN menolak usul Pindaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959, khususnya Perkara 52(1) untuk mengembalikan kuasa melantik pegawai kanan kerajaan negeri kepada Sultan dan Menteri Besar kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Satim Diman dalam ucapannya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khas Selangor hari ini menegaskan beliau dan 20 Adun dari Barisan Nasional serta Adun Bebas tidak akan menyokong usaha Kerajaan Negeri untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri seperti yang di bentangkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.
EDYES wrote:

Mana PERKASA?? Mana dia pembela raja dan sultan tersohor ???

Dulu, Kini Dan Selamanya, bila masa UMNO tidak menderhaka kepada raja? UMNO tidak pernah menghormati institusi raja melayu merujuk apa yang berlaku zaman Mahathir dulu, malah mereka mempergunakan raja untuk kepentingan mereka bagi mengekalkan kuasa !!

Sebenarnya, Pakatan Rakyat dan Sultan Selangor hanya memerlukan 3 undi dari pembangkang negeri untuk meluluskan usul meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Tetapi tiada keberanian dalam setiap wakil rakyat BN, ini menunjukkan betapa mereka hanya ADUN yang menjaga periuk nasi semata-mata.

Sekarang siapa penderhaka sebenar ?

http://edyesdotcom.blogspot.com

Kenapa Tak Bayaq Sewa Bang.. Kan dah kena sita??

Kaunter bas ekspres kena sita


ZAKARIYA (kiri) menyita sebuah kaunter tiket bas ekspres yang gagal melunaskan tunggakan
sewa di Bandar Darulaman, Jitra semalam.

JITRA - Seorang petugas di kaunter tiket bas ekspres di Bandar Darulaman di sini tergamam apabila menerima 'kunjungan' penguat kuasa Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) yang bertindak menyita premis itu kerana gagal melunaskan tunggakan sewa lebih empat bulan di sini semalam.

Ketika tindakan sita dilakukan di kaunter itu, beberapa petugas kaunter lain bergegas mengemas barangan mereka serta menutup pintu kaunter dan berlegar-legar di kawasan tersebut dengan melihat dari jauh operasi penguat kuasa tersebut.

Operasi sita yang bermula pukul 10.30 pagi itu berjalan dengan baik, biarpun ada antara pengusaha kedai dan petugas kaunter tiket cuba merayu agar premis mereka tidak disita.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa dan Tunggakan Hasil MDKP, Zakariya Ahmad memberitahu, dalam operasi itu pihaknya menyita tujuh kaunter tiket bas dan tujuh gerai makan di medan selera berhampiran stesen bas tersebut.

Santapan Pagi : Siapa DERHAKA sebenarnya..???






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...