TERKINI :

Monday, January 24, 2011

Terdedah..Calon BN Tenang kaki kencing rakyat...


Pada siri pendedahan yang lalu, CiLiK© telah mengutarakan kisah lelongan yang menyebabkan tanah berkenaan terlepas ke tangan pihak ketiga akibat Keculasan Datuk Ai, Calon BN semasa menjawat jawatan Penolong Pentadbir Tanah Segamat ketika itu, sila rujuk link ini [Penyelewengan Calon BN].

Sebelum ini, Datuk Ai (Calon BN DUN Tenang) mengatakan bahawa dia tidak bimbang dengan serangan pembangkang kerana "beliau tidak ada perkara yang disembunyikan" [Utusan]. Nampaknya Datuk Ai sudah lupa dengan salah guna kuasa yang pernah dilakukan malah sudah diketahui oleh seluruh warga di Segamat! bangkai gajah mahu ditutup dengan tudung saji "Pelanduk mudah lupakan jerat". CiLiK cabar Datuk Ai! Sila nafikan pendedahan ini!

Pendedahan diteruskan

Walaupun pelbagai cara telah dilakukan oleh tuan tanah, sehingga terpaksa bergolok bergadai untuk mempertahankan tanahnya daripada dilelong, namun proses lelongan tetap juga berlaku.

Sebagai jalan terakhir, tuan tanah yang terlalu terdesak telah menawarkan wang RM 3000 kepada pembida agar menarik diri daripada lelongan tersebut. malangnya pihak pembida menolak, sebaliknya meminta wang sebanyak RM 30,000 jika mahu pihaknya menarik diri dari pembidaan tersebut.

Akhirnya terlepaslah tanah seluas 8 ekar ini kepada pembida tersebut. Tuan tanah yang berasa dianiaya oleh masaalah birokrasi Datuk Ai selaku PPT pada waktu itu telah melantik peguam bagi memastikan perkara ini dibawa ke mahkamah.

Keadilan harus dituntut! Salah guna kuasa Calon BN, Datuk Ai harus didedahkan kepada masyarakat! Ini bukan isu peribadi, tetapi isu penyelewengan yang melibatkan tanah rakyat yang teraniaya.

Sebagai bukti dakwaan ini, di bawah ini CiLiK© dedahkan dokumen-dokumen yang berkaitan, [Sila klik untuk membesarkan imej]






Nantikan pendedahan seterusnya, apabila pembeli tanah telah mengambil tindakan saman ke atas Kerajaan Johor akibat dari keculasan Calon BN DUN Tenang, si Datuk Ai ini.

CiLiK© "Datuk Ai cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji walaupun bau busuknya sudah lama dihidu oleh seluruh warga di Segamat Johor!"

Pakatan Rakyat Menyokong Pindaan Mengembalikan Kuasa Sultan, BN Menolak

KENYATAAN AKHBAR
24 JANUARI 2011

http://ijok2007.files.wordpress.com/2007/04/tsk-2.jpg

Saya ingin menekankan di sini bahawa sidang Dewan Negeri Selangor yang diadakan hari ini bukan sidang tergempar. Mesyuarat ini diadakan di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk membincangkan perkara-perkara spesifik, mendesak dan berkepentingan awam. Hari ini Dewan membincangkan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang melibatkan kepentingan awam.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker, Dato Teng Chang Kim dan kakitangan Dewan Negeri kerana berjaya menganjurkan mesyuarat hari ini. Kebijaksanaan dan pendekatan profesional Tuan Speaker telah membimbing satu pembentangan usul yang sihat dan bermanfaat.

Hari ini Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah mencipta sejarah apabila semua wakil rakyat Pakatan Rakyat bersatu menyokong cadangan pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor bagi mengembalikan kuasa DYMM Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan tiga pegawai ex-officio yang telah dimansuhkan selepas pindaan Perlembagaan 1993.

Dalam pada itu, semua wakil Kerajaan memberi perbahasan baik dan bernas berkenaan satu isu begitu penting kepada rakyat yang gagal disentuh oleh pentadbiran sebelum ini. Perbahasan Pakatan Rakyat hari telah berjaya memartabatkan kesucian Dewan Negeri Selangor dan Eksekutif.

Ini selari dengan keinginan rakyat Negeri Selangor yang mahukan satu pentadbiran professional bagi dua institusi tertinggi – Dewan dan Eksekutif – yang tidak diamalkan di peringkat Persekutuan.

Dari asas ini, usul hari ini adalah untuk meminda Fasal 52(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor supaya satu prosedur dibuat bagi pelantikan tiga pegawai ex-officio demi memastikan dasar-dasar kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan cekap dan sempurna.

Kami kesal dengan keputusan wakil-wakil Umno/Barisan Nasional untuk menolak usul ini. Lebih kesal lagi, Barisan Nasional gagal memberikan hujah-hujah yang konkrit dan berkualiti untuk menolak cadangan pindaan ini. Tiada satu pun soalan atau hujah yang kami kemukakan dijawab dengan baik dan professional.

Jelas, penolakan ini dibuat atas nama politik dan kesetiaan mereka kepada pihak-pihak yang berkuasa di Putrajaya. Sepatutnya sebagai wakil rakyat, keputusan mereka perlulah berdasarkan kepentingan rakyat.

Penolakan usul juga membuktikan bahawa Umno yang sebenarnya tidak menghormati sama sekali institusi Raja-raja Melayu dan tetap menghalang Raja-raja Melayu daripada memainkan peranan yang sepatutnya dalam institusi Raja Berperlembagaan.

Sikap hipokrit pihak Umno kini jelas ternampak dalam rekod mereka yang secara konsisten menafikan kuasa Raja-raja Melayu, terutamanya pada tahun 1983, 1993 dan kini, 2011.

Sidang Dewan hari ini membuktikan pemimpin Umno sebenarnya tidak layak untuk menyentuh soal kedaulatan Raja-Raja kerana belang mereka telah terbongkar. Mereka menuduh Pakatan Rakyat tidak menghormati peranan Raja-raja tetapi sebenarnya Umno yang menghakis kuasa Raja-raja melalui pindaan-pindaan Perlembagaan yang telah dilakukan.

Walaupun kita mungkin tidak berjaya untuk membuat pindaan, majoriti ahli Dewan telah menyokong. Ini tidak akan mematahkan semangat Pakatan Rakyat. Malah, isu ini telah menguatkan lagi tekad Pakatan Rakyat untuk membuktikan kewibawaan kami dan memperolehi majoriti dua pertiga dalam pilihan raya kelak supaya pindaan ini dapat dibangkitkan semula.

Kami masih berpendirian bahawa DYMM Sultan Selangor dan Kerajaan Negeri berhak untuk memainkan peranan dalam pemilihan 3 pegawai ex-officio demi memastikan dasar-dasar kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Walaupun pihak Persekutuan nampaknya terus mengenepikan suara rakyat Selangor dan enggan menghormati semangat federalisme atau bertemu setengah jalan, Kerajaan Negeri akan berusaha untuk memastikan pentadbiran negeri akan terus dijalankan dengan baik dan selancar mungkin demi kebajikan rakyat Selangor.

Bersama menjunjung amanah yang diberi oleh rakyat, Kerajaan Pakatan Rakyat akan terus menggandakan usaha untuk melaksanakan tugas dan meneruskan agenda “Merakyatkan Ekonomi Selangor” yang memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Memang dasat 'JILAT' betul Zok Kulim nie..

DEBAT ANWAR - NAJIB, GILIRAN ZUL KULIM MEMBELA NAJIB PULA


Oleh: WFAUZDIN NS

ZUL Kulim `firaun besar' telah lama kita ketahui memang kaki temberang semasa berada diu dalam PKR lagi. Beliau sendiri pun mengaku bahawa beliau memang suka temberang kununnya atas arahan Anwar semasa berada di dalam PKR. Bayangkan seorang `ustaz' pejuang Islam yang berani kununnya, boleh melakukan pembohongan dek kerana arahan Anwar. Pelik apanya sekarang dia temberang lagi tapi atas arahan bos baru sekutu Apco?

Zul Kulim yang menenggek di atas kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru yang tidak diredhai oleh majoriti pengundi kawasan tersebut, di dalam tulisannya di sini, cuba membela Najib agar tidak berdebat dengan Anwar. Beliau mahu Najib setaraf dengan dia yang penakut lagi bacul kerana beliau sendiri pun takut berdebat dengan YB Khalid Samad tentang isu Kalimah Allah. Banyak kali dicabar, kecut peguam tak ada kelas ini.

Menariknya, Zul Kulim alih perhatian pada isu liwat DS Anwar. Beliau cabar Anwar berdebat dengan Saiful. Lepas tu cabar Anwar berdebat dengan Karpal Singh dan juga YB Gobala. Sedangkan beliau sendiri penikus dengan debat. Kenapa tidak sahut cabaran YHB Khalid Samad untuk berdebat? Mengapa sibuk mahu bela Najib? Ada udang balik kopiah dia kot.

Lagi menunjukkan beliau jahil lagi kaki temberang, apabila beliau mengulas mengapa Anwar tidak mahu bersumpah seperti Saiful. Mengapa Anwar mematuhi fatwa Ulamak Dr Yusof Qhardhawi yang tidak mermbenarkan Anwar bersumpah dan tidak memakai nasihat Dr Asri. Maknanya, Zul Kulim ini tidak iktiraf keilmuan Dr Yusof Qardhawi. Zul Kulim menulis, katanya, " Heran ya, kalau pasal sumpah cepat pulak nak berfatwa, ikut Islam konon tak boleh bersumpah. Sedangkan kalau diikut hukum, berdebat-debat ini dilarang Rasulullah saw."

Lihat betapa `cerdik'nya MP Kulim Bandar Baru yang dipecat dari PKR ini. Saya yang tidak sebodoh beliau pun tahu bahawa perdebatan ini sudah lama dipraktikkan di kalangan Ulamak dahulu kala, bahkan dipraktikkan juga oleh Imam dari 4 mazhab. Banyak kisah hasil dari perdebatan antara Ulamak ini ada yang membawa kerahmatan. Ada Paderi yang memeluk Islam setelah berdebat dengan Ulamak atau ilmuan Islam. Zul Kulim tidak tahu kah di dalam Al-Quran ada menyebut tentang perdebatan atau berhujah dengan musuh Islam? Atau sebenarnya beliau tahu, tetapi disebabkan perangainya yang kaki temberang, beliau sanggup temberang demi membela Najib?

Sepanjang tulisannya itu, paling kelakar apabila beliau sebut Anwar suruh beliau berjumpa Najib untuk selesaikan masalah liwat. Siapa Zul Kulim di sisi Anwar sehingga kuat sangat pengaruhnya itu? Beliau pun Anwar yang `kasi makan' bertanding di Kerusi Parlimen setelah PAS `campak'kannya. Perasan sungguh si kaki temberang ini. Baru-baru ini beliau mahu serang DAP dan PAS juga PKR di dalam isu Azan. Akhirnya, beliau kelu tidak berkata apabila mengetahui yang menentang suara Azan itu adalah peguam ahli dari MCA. Di situ kita boleh tahu standard otak Zul Kulim.

Saya nasihatkan Zul Kulim, beliau kena banyak mengaji semula. Semenjak beliau dipecat dari PKR, apa jua yang beliau dedahkan sedikit pun tidak menguntungkan Najib, jauh sekali merugikan Anwar, malahan lebih menampakkan kebodohannya sendiri. Seperti yang beliau nasihatkan Anwar, saya yang tidak sebodoh beliau ingin menasihatkannya agar sahut cabaran YB Khalid Samad dahulu sebelum sibuk mahu campor urusan debat Anwar - Najib./wfauzdin.blogspot.com

Sarung Tangan lawan Rasuah

Oleh Tok Pepijat

Pelik apabila Presiden "seks" MCA menyentuh tentang perkara bersalam dalam PRK Tenang. Tiada diketahui samada pelakon "video seks" itu sengaja menyentuhnya untuk mempersendakan atau sememangnya jahil akibat mendapat fahaman "ajaran Islam ala UMNO'.

Barangkali Chua Soi Lek bertujuan agar pengundi Cina seramai 5,635 di Tenang menjauhi PAS.Kita melihat pencalonan wanita oleh PAS dalam PRK Tenang ini mempunyai banyak hikmat. Kita tahu bumi Johor adalah "gersang dan kering kontang" dengan pengaruh PAS. Untuk menang barangkali amat tipis mengikut perkiraan logik.

Tetapi PAS banyak mendapat manafaat dalam beberapa perkara di PRK Tenang. Antaranya :

1) Medan dakwah.

Kali ini dengan dengan isu bersalam antara lelaki perempuan. Dengan tercalonnya wanita sebagai calon PAS, banyak pihak terutama non Muslim mempelajari adab dan hukum Islam dalam bab bersalam. Disini berlakunya penyebaran dakwah dan ilmu Islam kepada non muslim.

Lagi penting, tidak bersalam itu tidak menjejajaskan kerja wakil rakyat berbanding boleh bersalam lelaki-perempuan(ajaran UMNO) tetapi banyak "lahap" duit rakyat!


Semakin orang lelaki Cina dan India tahu, jika calon wanita PAS tidak bersalam dengan mereka bukan penghinaan tetapi satu kepatuhan agama. Kepatuhan agamalah yang menjauhi PAS dari rasuah.

2) Satu penghormatan kepada Wanita.

Tentunya Majlis Syura tahu dengan tercalonnya wanita sebagai calon bakal mengundang fitnah. Tetapi kita boleh mempelajarinya bagaimana dapat mengelakkan, menangkis dan "menyerapkan" fitnah itu. Ini melahirkan percambahan idea dan pelbagai buah fikiran untuk memikirkannya. Bahan hasilnya nanti boleh dipratikkan dalam PRU 13 di kawasan-kawasan yang ada calon wanita PAS.

Kini, orang Cina dan India tahu oleh kerana ramai pemimpin UMNO/BN suka bersalam dengan perempuan atau sebaliknya dengan membelakangi hukum agama maka terjadinya banyak skandal seks di kalangan pimpinan BN seperti raba meraba , rogol, video seks dan sewaktu dengannya.


Betul tak Chua Soi Lek?

http://tokpepijat.blogspot.com/

SPR serupa macam HEP di kampus

Oleh Mohd Aizat Mohd Salleh

Ketika kepanasan bahang pilihan raya kecil DUN Tenang, rakan-rakan mahasiswa kita di kampus kini sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi pilihan raya kampus (PRK) yang bakal menjelang akhir bulan Januari atau awal Februari ini.

Dalam pilihan raya umum, Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) adalah sebagai badan yang menguruskan pilihan raya. Mereka bolehlah dianggap sebagai badan bebas yang melancarkan serta mentadbir urusan pilihan raya.

Jika dalam pilihan raya kampus, maka yang menguruskan pilihan raya itu adalah Jawatankuasa Pemilihan MPP yang biasanya yang menjadi ketua adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP). Peranannya sama, iaitu menguruskan pilihan raya kampus agar berjalan lancar.

Peranan

Kedua-dua badan atau jawatankuasa ini jika diperhatikan, sama tugasnya. Malah kadang-kadang turut sama 'perangainya'. Kedua-dua badan ini juga dipertikaikan kewibawaannya. Jika di luar, rakyat mempertikaikan, manakala di kampus adalah mahasiswa.

SPR dilihat seringkali menjadi alat kepada parti pemerintah (UMNO-BN), sedangkan sepatutnya badan bebas yang menguruskan pilihan raya sewajarnya tidak memihak mana-mana parti.

Misalnya, dalam ketetapan terbaru yang dinyatakan SPR ketika taklimat kepada parti bertanding di DUN Tenang bertarikh 21 Januari 2011, bahawa hanya parti yang bertanding sahaja yang dibenarkan meletakkan gambar dan lambang mereka.

Selain itu, tindakan SPR memindahkan pengundi berdaftar yang majoritinya berbangsa Cina ke pusat pengundian yang baru pada 17 Januari 2011 turut memperlihatkan tindakan menyelamatkan BN yang kehilangan sokongan pengundi Cina.

Ia serupalah apa yang berlaku di kampus. Dan peranan itu diambil oleh Jawatankuasa Pemilihan MPP untuk menyelamatkan calon-calon Aspirasi yang tidak disokong mahasiswa.

Misalnya di dalam pilihan raya kampus tahun lalu (2010) di Universiti Malaya, mereka memperkenalkan sistem pengundian yang baru iaitu e-voting. Dengan alasan ia lebih memudahkan pengiraan sedangkan tidak melalui perbincangan dengan mahasiswa.

Selain daripada itu, calon-calon Pro-Mahasiswa disekat daripada berkempen di kolej-kolej kediaman, dengan alasan bahawa kawasan berkempen di kolej hendaklah mendapat kebenaran pihak kolej yang mana keseluruhan pentadbir kolej adalah 'orang-orang' mereka.

Semua peraturan itu dicipta bagi memudahkan kemenangan mereka. Serupa saja apa yang dilakukan SPR kepada Pakatan Rakyat, dan HEP kepada mahasiswa di kampus.

PRK sendiri

Oleh kerana itu sejak dahulu lagi, mahasiswa menuntut agar pilihan raya kampus di universiti dikendalikan sendiri oleh mahasiswa. Bukan tidak percaya kepada pentadbiran mahupun HEP, bahkan rekod-rekod buruk mereka telah menghakis keyakinan mahasiswa kepada mereka.

Begitu juga yang berlaku kepada rakyat. Mana mungkin organisasi seumpama MAFREL dan badan antarabangsa perlu turun memantau pilihan raya jikalau pilihan raya itu telus dan adil.

Saya teruja dengan pendirian Pro-mahasiswa UPM yang mendesak pentadbiran agar pengurusan pilihan raya kampus dikembalikan kepada mahasiswa. Biarlah mahasiswa yang menentukan masa hadapan politik kampus mereka.

Peringatan

Parti pemerintah pada hari ini harusnya perlu bersyukur dengan sikap dan pendirian parti dan rakyat di Malaysia. Kita masih lagi 'sopan' dan 'lembut' dalam menangani soal-soal demokrasi dan penipuan parti pemerintah.

Justeru, pengiktibaran perlu diambil daripada apa yang berlaku kepada pemerintah Ben Ali di Tunisia. Rakyat bangkit melalui revolusi, bukan lagi demokrasi. Namun apa yang lebih membanggakan, ia dicetuskan oleh seorang mahasiswa atau anak muda yang membakar dirinya kerana kenaikan memeritkan harga barang.

Mungkin pilihan raya kampus akan datang ini medan menukarkan demokrasi kepada revolusi, andai jalan demokrasi disekat lagi? Ayuh bangkit anak muda dan mahasiswa!

Selangkah ke Putrajaya, jangan asyik buat silap

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Dalam perlawanan bolasepak, mana-mana pasukan yang mempunyai kelebihan gol biasanya akan mengutamakan benteng pertahanan dari memikir untuk menambahkan lagi jaringan apabila tiba waktu-waktu terakhir wisel penamat ditiupkan. Perkara yang lebih penting dari itu ialah pasukan mestilah berhati-hati, jangan bermain kasar sehingga dikenakan kad kuning, merah atau penalti.

Wisel pilihanraya umum ke 13 belum ditiupkan, tetapi senario politik menunjukkan pilihanraya semakin hampir. Baki masa yang tinggal sebelum perbubaran Parlimen akan menjadi lebih pendek berbanding tempoh yang telah dilalui.

Dalam situasi yang ada Pakatan Rakyat mempunyai kelebihan dari segi sokongan pengundi muda dan pengundi bukan Melayu. Walaupun jentera utama BN iaitu 3M (money, machinery dan media) masih memihak kepada BN, keputusan dalam setiap pilihanraya kecil yang diadakan masih tidak berbaloi dengan apa yang mereka laburkan. Jika pilihanraya umum diadakan sekarang, belum tentu BN mampu mempertahankan kedudukan mereka di Pusat.

Maka dalam tempoh permainan yang berbaki ini, parti mana pun dalam Pakatan Rakyat sangat perlu berhati-hati dan hendaklah mengelak dari melakukan kesilapan. Kita tidak boleh menyalahkan musuh kerana memanipulasi apa-apa insiden politik, kerana kesan yang berlaku hampir dengan pilihanraya adalah kuat berbanding tempoh yang jauh dari pilihanraya. Maklumlah bukan sahaja Melayu, malah rakyat 1Malaysia adalah bangsa yang mudah lupa akan perkar yang jauh.

Tindakan dan percakapan ahli politik akan menjadi input dalam penilaian rakyat jelata terhadap mana-mana parti politik. Ia menentukan arah kecenderungan rakyat dalam memilih atau membuat keputusan.

Di kesempatan ini, saya ingin menyenaraikan beberapa contoh pembaziran perbuatan dan perkataan yang berlaku di kalangan ahli politik Pakatan Rakyat.

Di saat seluruh kekuatan Pakatan di Selangor digunakan untuk menghadapi percaturan jahat BN, melalui pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri pro Umno, tidak perlu rasanya ADUN Seri Muda Shuhaimi Shafiei membuat apa-apa ulasan mengenai istana dalam konflik tersebut. Ia boleh dimanipulasi. Dalam kaedah politik, tidak bijak untuk mengumpul semua seteru dalam satu masa untuk dihadapi. Lagipun kita tidak mempunyai kekuatan untuk menghadapi pihak tersebut, bahkan tidak menjadi keutamaan langsung untuk ‘melayan’ kerenah mereka. Nah, sekarang tak fasal-fasal musuh berjaya mengalih isu pokok kepada isu lain yang lebih merumitkan. Betul, apa yang dinyatakan Shuhaimi tidak lebih teruk dari penghinaan Umno terhadap raja-raja Melayu pada tahun 1993 tapi soalnya semua media utama masih dikuasai BN dan mereka mempunyai kelebihan untuk memanipulasi isu.

Ramai tertanya-tanya apa perlunya ADUN Komtar, Ng Wei Aik turun bersama penguatkuasa merampas peralatan perniagaan restoran yang didakwa melanggar peraturan. Itu bukan kerja orang politik! Beliau bukan setakat tidak wajar mengarahkan penguatkuasa bertindak, bahkan berada di tempat kejadian pun tidak perlu. Biarkanlah penguatkuasa yang dibayar gaji itu menjalankan tugasnya. Ng Wei Aik adalah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, lantas dia membawa imej Lim Guan Eng, DAP dan Pakatan Rakyat. Tindakan ahli politik DAP dalam isu yang remeh itu langsung tidak akan menambah undi, bahkan boleh dimanipulasi lawan untuk memburukkan imej kerajaan Pakatan Pulau Pinang.

Dalam menghadapi kemelut di Selangor, Exco Kerajaan Negeri Dr. Halimah Ali memberitahu rakyat seluruh negara bahawa “kami dah tak larat untuk lakukan semua perkara…”. Sungguh tidak wajar pemimpin politik menuturkan perkataan yang begitu pasif. Rakyat sukar nak menghormati sebuah kerajaan yang semacam ‘mengaku kalah’ dalam apa-apa isu pun. Ungkapan yang patut disemarakkan kepada rakyat ialah, “biar patah sayap bertongkat paruh, namun perjuangan tetap kami teruskan!”

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan memberitahu media bahawa mereka memberi tumpuan kepada pengundi muda dan akan menghantar sekurang-kurangnya 500 ahli Pemuda ke Tenang. Beliau memberi butiran aktiviti yang akan dijalankan satu persatu kepada media. Musuh tahu semua bentuk peluru yang akan digunakan.

Perbuatan Nasrudin mengingatkan kita kepada pilihanraya kecil Lunas tahun 2000. Ketua Pemuda masa itu, Datuk Hishamudin Hussein turun memberitahu bahawa Pemuda BN akan bertemu dengan setiap orang pengundi muda. Selepas itu beliau lesap keluar negeri sedang apa yang dicanang tidak dilakukan pun. Pihak lawan yang mendengar pendedahan strategi BN itu, merancang program balas. Ia antara sebab calon KeADILan, Saifudin Nasution menang di Lunas.

Jadi apa perlu Nasrudin mendedahkan strategi Pemuda PAS kepada musuh? Ini pun satu contoh pembaziran perkataan yang merugikan parti.

Banyak lagi contoh tindakan dan perkataan yang merugikan parti yang dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat di saat kita cuma selangkah dari Putrajaya. Tersalah langkah boleh memanjangkan jarak perjalanan menjadi lima atau sepuluh tahun.

Ia mengingatkan kita kepada Operasi Lallang Oktober 1987, Ustaz Nakhaie Ahmad dan Ustaz Abu Bakar Chik yang dikatakan tersenarai dalam tangkapan ISA menghilangkan diri ke luar negeri. Mereka tidak kena ISA kerana muncul setelah keadaan menjadi reda. Tapi ada seorang pemimpin PAS yang bersembunyi berhari-hari. Beliau tersalah langkah kerana keluar untuk pulang ke rumah pada masa yang salah, lalu dicekup. Jarak dari tempat persembunyian dengan rumah hanya kira-kira 5 kilometer tetapi mengambil masa dua tahun untuk sampai ke rumah kerana tersalah langkah.

Luahan Seorang Insan yang 13 Tahun di aniaya oleh system Politik Malaysia


Tenang : YB Firdaus [Jerai] - Rakyat Tanggung Akta Zalim yg di buat oleh Pemimpin BN






Tenang : 2X5 ja Puak BN nie.. Tak Salam dia suruh MCA tembak kalau salam UMNO pulak tembak..

'Dia salam, peluk, tapi tipu sama kita'

Kempen Pakatan Rakyat pada hari kedua di Tenang menyaksikan pendekatan baru apabila isu calon PAS Normala Sudirman yang tidak berjabat tangan dengan lelaki dipertahankan habis-habisan dalam ceramahnya.

Malah pada masa yang sama, tinjauan Malaysiakini di beberapa lokasi ceramah Pakatan malam tadi mendapati isteri perdana menteri Rosmah Mansor dan presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek kini menjadi sasaran utama kritikan pembangkang dalam siri ceramahnya.

Di Bilik Gerakan DAP di Pekan Labis, ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo menempelak tindakan Chua yang membangkitkan isu bersalam, sekali gus mempertahankan tindakan Normala yang bertindak menurut ajaran Islam. "Jangan bangkitkan isu ini. Tumpu kepada isu yang lebih besar. Chua Soi Lek, jangan cakap banyak," katanya yang mendapat tepukan gemuruh kira-kira 200 pengundi Cina.

Sebaliknya Gobind yang juga seorang peguam menyindir Chua yang terlibat dengan skandal seks suatu ketika dahulu. "Semua orang tahu. (Tapi) Kalau betul-betul mahu tengok..." katanya sambil disambut pekikan seorang hadirin "CD", menyebabkan hadirin yang lain ketawa.

Berucap dalam majlis yang sama, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad pula berkata, tindakan BN itu lebih baik daripada sikap BN yang didakwa "dia salam, dia peluk tapi dia tipu sama kita". Anggota biro politik PAS itu berkata, sekiranya Normala bersalam sekali pun, BN akan tetap "memusing" isu berkenaan. "Mereka akan kata, tengok perempuan itu, dia pakai tudung, tapi sama lelaki dia bersalam... Dia pusing, dia cakap lain, buat lain," katanya dengan telor Cina.

Sementara itu, dalam ceramah di Kampung Bukit Mambai tidak jauh dari situ, ahli jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu pula mengambil pendekatan menempelak Rosmah yang didakwa "mencampuri urusan politik dan menghabiskan wang rakyat". Penceramah popular itu berkata, tindakan Rosmah itu berbeza sekali dengan isteri-isteri perdana menteri sebelum ini. "Kenapa kita hentam Rosmah? kerana dia campur tangan dalam (urusan) politik dan menghabiskan wang rakyat.

Dia enjoy merata dunia, dengan wang kita," katanya di hadapan kira-kira 100 hadirin. Mohamad Sabu juga mendakwa sidang wanita pertama yang dinaungi oleh Rosmah, termasuk lawatan ke Oman dan Arab Saudi baru-baru ini, menelan belanja berjuta ringgit, yang disifatkan sebagai "membazir" Mohamad Sabu yang juga bekas naib presiden PAS menegaskan, perkara barkaitan dengan urusan hal ehwal antarabangsa sepatutnya boleh diuruskan oleh menteri luar yang dilantik.

"Bukan kritikan kita terhadap peribadinya sama ada (beliau) pendek atau tinggi, bukan. Tetapi kerana (beliau) menghabiskan wang negara. Kerja-kerja yang dibuat tidak berfaedah, kerana menteri ada tugasnya," katanya.
  • http://www.malaysiakini.com/news/154246

Tenang: Muhyiddin cincang kejayaan bloggers Umno

Tidaklah berani sama sekali saya mendakwa kempen PAS di Tenang macam bagus sangat. Tetapi Umno lagi teruk.

Mula-mula Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pergi ke Tenang untuk bersungguh-sungguh mempamerkan dia tak ada otak. Tak payah ulas lagilah kisah membadutkan diri sendiri tu. Apalah yang nak diharapkan sangat dari Najib dalam zaman kepuanan Melayu ni.

Lepas tu, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menghina perintah Allah yang terkandung dalam Surah al-Maidah, ayat 38. Kalau pemimpin Umno hina hukum Allah, itu bukan news. Itu perkara biasa. Dah tak larat nak dengar dah.

Tetapi yang paling bodoh sekali nampaknya ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Berita Malaysiakini semalam bertajuk "Negara Islam: Ada baik Cina diingatkan, kata TPM" melaporkan:
Timbalan Perdana Menteri Tan Srti Muhyiddin Yassin berkata tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka.

NONESambil menyifatkan isu berkenaan bukan satu perkara baru, Muhyiddin berkata PAS masih menympan hasrat mereka untuk membentuk negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya.

"Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada.
Teringat sungguh kata-kata seorang kawan yang tegar habis dengan Umno kepada saya: "Muhyiddin bodoh..." Pada masa itu ternganga saya sebab saya pernah diberitahu oleh seorang sasterawan yang juga wartawan yang pernah menginterview Najib, Muhyiddin dan Tun Abdullah Ahmad Badawi bahawa Muhyiddin lebih cerdik dari dua orang tu. Saya pun percaya.

Sebab itulah saya ternganga apabila Mamat Umno tu kata gitu kat saya. Akhirnya, kempen pilihan raya di Tenang menyebabkan saya berkata dalam hati, agaknya memang sungguh Muhyiddin tu bodoh.

Alahai... Kalau ya pun nak undi Cina, janganlah cincang-cincang senjata Umno. Selepas pilihan raya 2008, bersungguh-sungguh orang-orang Umno, termasuk bloggers Umno, cybertroopers dan puak-puak totok Umno, sama ada yang berhujah atau yang bercakap merapu men'Joseph Goebbels'kan orang-orang Melayu bahawa PAS dah lempaq jauh-jauh negara Islam kerana takutkan DAP.

Rasa-rasanya, tinggal sikit lagi dah nak berjaya usaha depa. Sikit sangat lagi.

Tiba-tiba, selamba ja Muhyiddin cincang-cincang penat jerih depa yang dah dekat sangat dah nak berjaya tu. Sedap-sedap mulut dia kata "PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada".

Kalau PAS yang mendakwa bahawa ia tidak pernah nak pinda perlembagaannya dan itu (membentuk negara Islam) masih ada, cakap-cakap seperti itu tak ada currency. Tapi kalau Timbalan Presiden Umno yang kata gitu, ia memang satu publisiti percuma kepada PAS bahawa "Itu (membentuk negara Islam) masih ada".

Selepas ini senang-senang PAS boleh kata Timbalan Presiden Umno pun iktiraf bahawa PAS tak pernah nak pinda perlembagaannya dan membentuk negara Islam masih ada.

Kesian jentera propaganda Umno termasuk bloggers dan cybertroopersnya. Penat jerih mereka dan kebijakan propaganda mereka yang dah dekat sangat dah nak menjadi dah dikencing gitu-gitu ja oleh Muhyiddin. Saya tak sampai hatilah nak kata memang dia bangang. Tak elok kata gitu.

Selangkah ke Alam Pondok

Baru-baru ini, sewaktu berbincang dengan rakan-rakan untuk aktiviti amal NGO wargakilang kami seterusnya, seorang rakan mencadangkan kami pi visit sekolah pondok, pi tengok apa yang boleh kami bantu.

Saya tanya kenapa pilih sekolah pondok? Apa istimewanya sekolah pondok sampai nak kena pi bagi bantuan? Ya lah, bagi saya yang dibesarkan di daerah Baling yang banyak terdapat sekolah-sekolah jenis pondok ini, bila sebut kata “sekolah pondok” itu tidak ada apa yg istimewanya buat saya, sejak dari kecil lagi, tiap kali lalu kat kawasan sekolah pondok itu mcm lalu kat kawasan sekolah menengah dan kebangsaan saja, tidak apa-apa yang specialnya sekolah pondok ini.

Pernah suatu ketika waktu saya lalu kat depan sebuah sekolah pondok di Kg Pisang Kupang Baling Kedah, terlintas di padang pemikiran saya: awat la mak pak depa pi hantaq anak-anak pi mengaji sekolah pondok ini, besaq esok apa la depa nak jadi? Tak tau lah sapa yang dok brainwash saya, tapi sejak kecik lagi mcm ada org habag kat saya kata ngaji pondok ni tak boleh pi mana, tak boleh jadi engineer, tak boleh jadi doctor, tak boleh jadi arkitek tak boleh jadi apa.

Itulah antara persepsi awal mengenai dunia “sekolah pondok” yang ada dalam benak saya yg menyebakan saya jadi agak skeptical bila kawan-kawan di NGO Wargakilang ajak saya pi turun buat kerja amal bantu sekolah pondok ini.

Lalu, antara berat hati; di malam weekend yang lalu saya ikut juga 2 orang rakan NGO Wargakilang dari Pulau Pinang ke sebuah sekolah pondok di pedalaman Sik, yang diberi nama Sekolah Pondok Bandar Hilir, Teloi Tua, Sik Kedah nak pi riki tengok apa yang kami boleh buat untuk bantu depa nie.

Sampai sana lebih kurang jam 11 malam, kami terus ke rumah Pengetua di situ yang diperkenalkan oleh sahabat-sahabat saya itu sebagai Ustaz Ismail Mahmud. Depa kata: “Munir, kalau hang nak tanya apa pasal sekolah pondok ini, hang tanyalah Ustaz ini, insyaallah dia boleh habag kat hang dari A sampai Z”.

Saya tak pasti apa yang saya tanya atau pun yang saya sembang dengan Ustaz Ismail ini, tapi bila jam dekat pukul 2 pagi, baru saya perasan bahawa saya dah dekat 3 jam dok berdialog dan berlawan hujah dengan dia pasal sekolah pondok dan sejarah serta persepsi negetif sesetengah kalangan masyarakat mengenai institusi pengajian agama tradisional ini.

Diringkaskan cerita, malam itu buat pertama kalinya - selepas dah beruban pun rambut saya ini - barulah saya tau cerita sebenar mengenai institusi sekolah pondok ini dan sebab musabab mengapa orang-orang seperti Ustaz Ismail Mahmud dan mereka yang seangkatan begitu komited sekali berjuang untuk mempastikan sistem pengajian islam tradisional dalam bentuk sekolah pondok ini terus hidup dan berkembang subur hingga ke hari ini.

Saya tak mau tulis panjang apa yang kami berlawan hujjah malam itu, tetapi cukuplah kalau saya katakan orang-orang seperti Ustaz Ismail, Pengetua Sekolah Pondok Bandar Hilir Teloi Tua yang bergaji RM500 sebulan dengan anak murid seramai 200 orang lebih ini memang patut diberi bantuan, dorongan dan sokongan.

Tak tau lah macam mana depa survive, guru-guru kat situ cuma bergaji RM400 sebulan, kurang RM180 daripada Maid Indonesia di rumah saya, dan pastinya juga jauh lebih kurang daripada gaji+OT Bangla di kilang-kilang Industri. Nak buat macam mana, budak-budak yang ngaji kat situ rata-ratanya adalah anak-anak orang susah, anak-anak yatim dan juga mereka-mereka yang tidak berkemampuan, yuran bulanan cuma sekedar RM20 sebulan, itu pun kalau mampu bayar, kalau tak mampu, tak apa lah.



Bila saya tanya Ustaz Ismail, apa benda yang motivate dia, yang bagi dia kekuatan untuk menghidupkan juga Sekolah Pondok Bandar Hilir dengan segala kekurangan dan kepayahan yang ada ini; dia termenung seketika. Lama selepas itu, dalam nada yang penuh ikhlas, saya dengar dia kata:

“ISLAM”

Apa maksud Ustaz?

“Yang Ana nampak ISLAM saja. ISLAM perlu dibela; Islam perlu dibela dari sudut pendidikan. Walaupun sudutnya nampak kecik saja, tapi dari sudut yang kecik ini, dalam kubu kita yang kecik ini, kita wajib berjuang mempertahankan kubu kita, walaupun nampak kecik tapi impaknya besar”

Tambah Ustaz lagi:

“Lagipun sekolah pondok ini adalah benteng terakhir Akidah Ummat Islam di Malaysia ini. Kalau Munir nak tahu, sekolah pondok ini akar umbi dia adalah berasal dari Masjid Nabawi, Madinah. Waktu itu, ada sekumpulan sahabat-sahabat yang dikenali sebagai Ahli Suffah, depa ni dok terima pelajaran, dok ngaji tiap-tiap hari, direct kat Rasulullah SAW di Masjid Nabawi itu. Kebanyakan depa-depa ini macam juga budak-budak kat pondok ini, orang-orang miskin dan org-org susah, tapi depalah yang akhirnya jadi penghafal hadith macam Abu Hurairah RA itu. Maknanya, system sekolah pondok ini adalah kesinambungan daripada system pengajian Islam yang diasaskan oleh Rasulullah SAW sendiri di Masjid Nabawi itu; atau dengan kata lain Sekolah-Sekolah Pondok yang dok ada la nie ini adalah merupakan ranting-ranting daripada institusi pendidikan Islam asal yang diwarisi daripada Ulamak-Ulamak silam. “

Bila saya tanya apa matlamat sekolah pondok ini, apa yang dia nak tengok budak-budak itu jadi bila besar nanti (soalan standard yang cikgu tanya kita masa darjah satu dulu; besaq esok hang nak jadi apa?). Ustaz Ismail cakap, matlamat dia ialah ISLAM, dia cuma nak anak-anak murid dia jadi seorang ISLAM yang benar-benar Islam, yang mempunyai asas yang kukuh sebagai seorang Islam. Ustaz kata kalau tak dak asas yang kukuh, kalau dia jadi Engineer dia akan jadi Engineer yang rasuah, kalau jadi pekerja, akan jadi pekerja yang menipu dan sebagainya.

Kata Ustaz, hari ini kita gagal melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia kerana faktor kegagalan system pendidikan kita. Sistem pendidikan yang kita warisi ini tidak lagi berpaksikan kepada system pendidikan yang digariskan oleh Ulamak-Ulamak silam seperti Imam Ghazali dan juga Al-Imam Syafie.

Falsafah pendidikan pula hanyalah setakat kata-kata, yang sekadar menjadi hiasan dan mati terpahat di dinding-dinding sekolah, tidak mampu diserap ke dalam jiwa anak-anak sepenuhnya.

(Saya terus teringat kepada dua tiga buah sekolah anak-anak saya yang penuh dengan berbagai misi dan visi serta kata-kata falsafah tercatat megah di bangunan sekolah; dan benar kata Ustaz, kata-kata itu hanya tinggal sebagai kata-kata yang terpahat di dinding-dinding sekolah, nanti dalam mesyuarat agong PIBG saya dok ingat nak timbulkan perkara ini, insyaallah).

Sebabnya adalah kerana sistem pendidikan kita hari ini diwariskan daripada penjajah yang mengajar kepada kita konsep “Bila dah habis belajar nanti nak kerja apa?”. Sebab itu graduan-graduan yang dilahirkan hanya mementingkan dunia dan kosong dengan sifat-sifat kemanusiaan berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh agama.

Di pondok Bandar Hilir ini pelajar-pelajarnya diberi penekanan dari segi rohani sepanjang waktu, daripada bangun pagi hinggalah masuk tidur di waktu malam. Mereka digalakkan beristighfar dan berselawat. Tiap-tiap pagi jam 5:30 sebelum Subuh semua mesti berada di Surau, beristighfar paling kurang 70 kali sehari. Solat Dhuha tak boleh tinggal, solat fardu wajib berjemaah di Surau setiap waktu.

Di sini mereka diberikan asas Akidah yang kukuh melalui kuliah-kuliah yang berteraskan kepada kitab-kitab tradisi yang diwarisi daripada ulamak zaman berzaman.

Bila saya tanya pasal gaji yang tak seberapa itu pula, macam mana Ustaz dan guru-gurunya boleh istiqamah; Ustaz jawab:

“ISLAM ini kerja kita – tiap kali kita solat kita dok sebut Innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillah hi taala – sesungguhnya solatku ibadahku hidup dan matiku hanya untuk Allah SWT – kita kena ingat Orang Yang Berjuang ini Balasannya Tidak Ada Lain Melainkan SYURGA!!”

Waktu kami pi tu kami nampak ada sorang guru tengah dok suluh torchlite sini sana. Ustaz kata semua guru-guru di pondok ini telah ditanam dengan sifat KHUWAIDIN, iaitu pada hari mereka bersetuju menjadi GURU maka secara otomatik pada hari itu juga mereka bersetuju menjadi KHADAM/HAMBA/KHUWAIDIN kepada sekolah. Kalau tak ada sifat KHUWAIDIN itu kata Ustaz, seorang guru itu tak akan sanggup mengorbankan masa tidur dia nak mai bawa torchlite pi cek tengok pelajar-pelajar tidur ok ka tak ok tengah-tengah malam buta itu.

(Saya dok rasa kalau sifat KHUWAIDIN ini boleh diserapkan ke dalam jiwa seluruh guru-guru di Malaysia ini, insyaallah anak-anak kita pakat score 10A, tak payah kita semua dok kelam kabut balik kerja nak pi hantar anak-anak pi tusyen sini-sana).

Meringkaskan cerita, di penghujung lawatan saya malam itu, dapat saya simpulkan bahawa nun jauh di pedalaman Sik sana, di sebuah pondok bernama Bandar Hilir Teloi Tua ada seorang manusia bernama Ustaz Ismail Mahmud dan guru-gurunya sedang berada dalam kepayahan, menjadi khadam kepada sebuah perjuangan yang diwariskan daripada Ulamak silam, demi mempastikan institusi pendidikan Islam yang ber-akar umbi dari Masjid Nabawi di zaman Rasulullah SAW ini akan terus kekal hidup hingga ke akhir zaman.
Mereka perlukan bantuan: antara yang paling utama ialah dalam bentuk kitab-kitab pengajian yang agak sukar diperolehi kerana faktor permintaan dan juga harga yang agak tinggi.

Selain itu, sekolah mereka yang dibina hasil sumbangan orang ramai masih belum siap sempurna sepenuhnya, perlukan bantuan dalam bentuk Cat Bangunan dan beberapa perkara yang lain.
Ustaz Ismail Mahmud di hadapan bangunan sekolah yang masih belum bercat.

Untuk itu, insyaallah pada 19 hb Feb 2011 ini, team NGO Wargakilang akan ke sana, bercadang mengadakan program sehari bersama sekolah Pondok; antara isi agendanya ialah sessi Motivasi untuk para pelajar yang akan disampaikan oleh saya dan rakan-rakan insyaallah, aktiviti cat bangunan, gotong royong membersihkan rumah org-org tua, dan akan diakhiri dengan majlis sumbangan kitab-kitab daripada kawan-kawan sekelian kepada pihak sekolah. Sesiapa yang berminat nak turut serta, sila hubungi aktivist Wargakilang, saudara Shukri untuk tujuan koordinasi at ees_herbs@yahoo.com.

Moga kerja buat kita yang tak seberapa ini akan dikira sebagai satu pahala yang berkekalan olehNya di akhirat kelak. Mudah-mudahan.

moniermatdin@yahoo.com
23 Jan 2011
http://www.moniermatdin.blogspot.com
Visit us at facebook/wargakilang

Mufti ulas penemuan 'otak'

ALOR SETAR - Kejadian otak manusia yang ditemui masih elok dalam liang lahad oleh dua penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu, Penaga di Seberang Perai, Pulau Pinang 12 Januari lalu bukan perkara mustahil.

Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, kejadian hampir serupa turut berlaku di Beris, Kedah sewaktu pembinaan empangan Beris kira-kira lapan tahun dahulu apabila kakitangan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) yang sedang melaksanakan kerja menggali kubur di sebuah kawasan perkuburan untuk memindahkan mayat dikejutkan dengan penemuan mayat yang masih elok.

Menurutnya, hasil siasatan pihak Jaik mendapati mayat itu merupakan seorang wanita yang meninggal dunia 12 tahun terdahulu dan arwah dikatakan merupakan guru al-Quran dan bidan dihormati di kawasan itu.

“Apa yang berlaku di Penaga tempoh hari perlu dijadikan pengajaran dan peringatan, terutama umat Islam akhir zaman untuk kembali bertakwa kepada Allah dan mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya.

“Selain itu, fenomena ajaib itu juga perlu dijadikan perangsang kepada kita untuk menanamkan sepenuh keyakinan dan keimanan kepada Allah memandangkan hanya iman yang kukuh yang melayakkan kita memperoleh syahid,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, kebanyakan masyarakat umum tidak menyedari terdapat manusia yang secara zahirnya dianggap sudah mati, namun hakikatnya masih ‘hidup’ dan terpelihara jasadnya daripada dimamah bumi.

Menurutnya, manusia yang menerima manfaat sedemikian merupakan golongan syahid yang meletakkan agama Islam mengatasi perkara yang lain dan perkara itu turut dijelaskan dalam al-Quran dan hadis.

“Kejadian sedemikian juga terbukti benar berlaku ketika banjir melanda satu kawasan tanah perkuburan golongan syuhada dan sahabat Rasulullah SAW di Madinah, didapati mayat yang dikeluarkan untuk ditanam semula di kawasan lain, kelihatan seperti baru dikebumikan dan berkeadaan segar, sedangkan kesemuanya ditanam lebih 80 tahun dahulu.

“Kejadian sama juga berlaku sewaktu Saidina Jaafar mati syahid dalam peperangan mu’tah dan keadaan dua tangannya terputus sewaktu dikebumikan, Nabi Muhammad SAW bersabda kepada sahabat ‘Aku melihat Jaafar digantikan dua tangan itu dengan sayap dan dia sedang berterbangan dalam syurga dan sejak itu Jaafar diberi gelaran ‘Jaafar yang sedang berterbangan’,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan kejadian ajaib seperti penemuan otak ‘segar’ itu akan mengundang perbuatan syirik dalam kalangan umat Islam, Sheikh Muhamad Baderudin menegaskan terpulang kepada keimanan seseorang untuk menilainya.

3-D penyebab sakit kepala

NEW YORK - Pengusaha industri perfileman dunia menjangkakan teknologi 3-D akan menjadi jenis hiburan masa depan walaupun ia mempunyai satu kekurangan besar Menyebabkan jutaan penonton sakit kepala.

Pakar mata melaporkan, satu daripada empat individu menghadapi masalah apabila menonton filem atau televisyen dalam bentuk 3-D sehingga menyebabkan keletihan mata dan tidak dapat menentukan jarak sebenar objek dalam kehidupan seharian.

Dalam kes yang lebih kronik, menonton rancangan 3-D juga membuatkan penonton berasa mual dan hampir pitam serta menyebabkan sakit kepala.

Kajian terhadap 115 penduduk Korea Selatan yang menggunakan teknologi 3-D mendapati mereka mengalami sakit mata kronik berbanding televisyen biasa.

Menurut pakar, teknologi 3-D menimbulkan kekeliruan pada cara mata memfokus kepada objek dan jarak sebenar objek itu, menyebabkan kesakitan mata.

Kodiang simpan pelbagai sejarah


Pembangunan yang wujud akhirnya menyebabkan Kampung Kodiang yang dahulunya menjadi pusat pentadbiran berubah kepada Pekan Kodiang yang ada sekarang.

Nama Kampung Kodiang Lama berasal daripada sebuah bukit iaitu Bukit Kodiang.

Jika diteliti daripada penerokaan awal, pinggir Bukit Kodiang menjadi tapak pertama yang dibuka secara rasmi, justeru tidak hairan jika nama Kodiang diambil sempena nama bukit tersebut.

‘Kodiang’ berasal daripada perkataan bahasa Thai iaitu ‘Kokding’ yang bermaksud Bukit Merah.

Bahasa Thai pula sememangnya tidak asing kerana terdapat beberapa rangkaian bukit dan nama tempat juga dalam bahasa Thai antaranya Bukit Keplu dan Changlun yang bermaksud Bukit Sireh dan Gajah Jatuh.

Pengaruh bahasa Thai adalah disebabkan hubungan politik yang rapat dengan kerajaan Siam di utara.

‘Lama’ muncul apabila wujudnya Pekan Kodiang yang baru terletak ke utara sedikit dari kampung tersebut.

Kewujudan Pekan Kodiang adalah selaras dengan pembangunan yang dialami iaitu pembinaan jalan raya yang menghubungkan Jitra dengan Arau, Perlis dan juga Pekan Sanglang dan Pekan Changlun di sebelah timur dan barat.

Pertemuan persimpangan ini dapat memusatkan penduduk dan aktiviti seharian serta memungkinkan kewujudan pekan kecil yang baru.

Bagaimanapun akhirnya Kampung Kodiang hilang kepentingan sebagai pusat tumpuan dan persinggahan.

Sementara itu, perkataan ‘Dalam’ lahir apabila sekali lagi projek pembangunan melalui kampung ini.

Pada 1967, merujuk kepada pembinaan terusan di Kampung Kodiang yang dinamakan Terusan Utara dibina melalui dan merentasi kampung ini dan menyebabkan Kampung Kodiang terbelah kepada dua iaitu sebelah dalam dan luar.

Akhirnya ia membawa kepada pengasingan pentadbiran kampung iaitu Kampung Kodiang Lama Luar dan Kampung Kodiang Lama Dalam.

Berdasarkan sejarah, kawasan Kampung Kodiang dianggarkan dibuka sejak pertengahan kurun ke 14 lagi.

Ini berdasarkan fakta sejarah iaitu Kota Siputeh pernah menjadi kota pemerintahan kerajaan Kedah selama 300 tahun (1321- 1619) iaitu seramai enam keturunan kesultanan Kedah pernah bersemayam dan mangkat di kota ini sebelum berpindah ke Kota Naga.

Sumber ini daripada Penulis dan Penyelidik Sains Sosial Universiti Sains Malaysia, Mahazir Ramlee.

Apa kata orang lama

Generasi keempat yang berasal daripada Kampung Kodiang Lama, Harun Husain, 72, ketika ditemui Sinar Harian menceritakan serba sedikit apa yang diketahuinya mengenai asal usul kampung itu yang banyak nilai sejarahnya.

Bukti penemuan sejarah yang mengatakan bahawa Gua Kerbau yang terletak di Kampung Kodiang Lama pernah menjadi pusat melatih tentera Kedah untuk menentang kerajaan Siam semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin (1804- 1843).

Tengku Anom adalah tokoh yang memainkan peranan dalam mengembalikan takhta kerajaan Kedah kepada Tengku Ahmad Tajuddin dengan menjadikan Daerah Kubang Pasu sebagai pusat serangan.

Harun berkata, seperti yang dia tahu, orang lama terdahulu pernah menceritakan bahawa asal usul nama Gua Kerbau wujud apabila terdapat seekor kerbau yang kalah dalam acara berlaga kerbau lari masuk ke dalam gua berkenaan.

“Dahulu terdapat orang berlaga kerbau di sebuah padang di Kodiang Lama, kata mereka kerbau yang kalah telah lari masuk ke gua dan hilang selepas itu.

“Kemudian beberapa lama selepas itu dipercayai terdapat satu batu yang menyerupai bentuk kerbau yang sedang tidur di pintu masuk gua berkenaan dan dari situlah agaknya timbul nama gua tersebut sebagai Gua Kerbau berdasarkan cerita-cerita orang lama,” katanya.

Bagaimanapun Harun berkata, sejak Gua Kerbau dinaikkan taraf sekitar 1995, ia mula membangun dan menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar negara sekali gus menjadikan Kodiang sebagai destinasi pelancongan.

Alahai UMNO... bab AURAT pon kawan2 hangpa masih tak faham..!!

Mahasabah Mingguan - Chua Soi Lek
Tanya Din Kenapa Isterinya Pakai Tudung, Kenapa Isteri Jib Tidak Pakai Tudung

SOAL kenapa 'Shopia Loren' (Islam) tidak bersalam dengan lelaki bukan muhram rasanya sudah difahami sedalam-dalamnya oleh pengundi beragama Islam di Tenang, Johor. Sepatutnya perkara itu tidak menjadi masalah. Adalah menghairankan kenapa pemimpin Islam dalam UBN tidak menjelaskan perkara itu kepada Chua Soi Lek atau Ng Yen Yen atau mana-mana pemimpin kafir yang jahil murakab mengenai Islam.

Kafir ertinya makhluk yang enggan beriman kepada Allah s.w.t. Dalam konteks Islam mereka yang enggan beriman kepada-Nya tidak akan memasuki syurga sehinggalah ia mengakui akan keagungan Allah.

Normala Sudirman calon Pas di Tenang adalah orang Islam yang mengambil berat kepada perintah agamanya. Jadi sebagai orang Islam dia wajib patut kepada peraturan dan hukum hakamnya. Mereka yang tidak mematuhi kepada hukum hakamnya bermakna ia tidak memathui hukum yang diturunkan Allah. Munafik. Sebenarnya juga menjaga aruat diri lebih penting dari menjadi calon dalam pilihan raya.

Jadi kalau Normala tidak bersalam dengan lelaki bukan disengajakan tetapi ia adalah perintaha Allah dan larangan agamanya. Sepatutnya hakikat ini difahami dan tidak mudah untuk mengecerkan kejadian itu sebagai isu dan modal politik murahan.

Johor adalah negeri yang kuat agamanya! Ewah.... Semua rakyat di negeri itu diwajibkan bersekolah di sekolah agama pada peringkat pre sekolah lagi. Ini kehebatan negeri Johor. Saya tidak tahu kalau agama Islam di Johor berbeza dengan agama Islam di tempat lain termasuk di Arab Saudi, Iran, Iraq dan Kelantan.

Rasanya ia sama, sebab Quran dan Hadith yang sama digunapakai sebagai panduan. Tetapi bila Muhyiddin Yassin tidak menegur Chua Soi Lek yang tidak faham ('jahil zindik') mengenai hukum hakam Islam adalah satu kesilapan dan sesuatu yang tidak patut berlaku. Tindakan Muhyiddin itu boleh dianggap sebagai membiarkan agamanya diratah oleh kafir. Kafir ertinya mereka yang tidak beriman kepada Allah.

Sebelum ini Umno menuduh Pas memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Menjadikan agama sebagai topeng dan sebagainya. Nampaknya kali ini tuduhan itu terbalik kepada Umno. Ke mana perginya Ustaz Seri Ganding untuk memberi petunjuk dan menunjukkan kebenaran kepada Soi Lek. Apa yang Jamil Khir lakukan bila Soi Lek mempersoalkan hal itu? Apa sudah dihalal dengan duit ke?

Orang Cina Johor termasuk Chua Soi Lek tidak sepatunta mempersoalkan kenapa Normala tidak bersalam dengan jantan bukan muhram. Tetapi dia sepatutnya mempersoalkan kenapa Puan Sri Noraini isteri Muhyiddin memakai tudung. Beliau kena tanya Noraini atau Muhyiddin sendiri. Ada perbezaan di antara isteri Timbalan Perdana Menteri, Noraini dengan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

Rosmah tidak pakai tudung. Noraini pakai tudung. Ini yang perlu Soi Lek tanya dulu baru dia boleh persoalkan kenapa Normala tidak bersalam. Belajarlah mengenali Islam dari hal Rosmah dan Noraini ini. Belajarlah menghormati agam Islam seperti mana orang Islam menghormati agama anda.

Untuk pengetahun Soi Lek atau Yen Yen itu bukan kebetulan. Bukan bermakna kepala isteri Muhyiddin botak dan dia mahu lindungi dengan bertudung dan kepala Rosmah tidak botak maka dia tidak perlu pakai tudung dan boleh lowos begitu saja. Pemakaian tudung itu juga bukan fesyen tetapi tuntutan agama yang diyakninya. Soi Lek dan Yen Yen kena tahu ini. Malanglah kalau hidup bersama orang Islam berabad-abad tetapi masih jadil mengenai adat Melayu dan adat agama.

Dalam agama Islam berzina, bermukah adala berdosa. Ia berbeza dengan agama Soi Lek yang boleh berzina dengan sesiapa saja. Hak asasi yang Soi Lek sebagai manusia tidak boleh disamankan dengan hak seorang muslim. Misalnya Soi Lek boleh melakukan seks di mana-mana dia suka dan rakam dengan video. Tetapi perbuatan begitu tidak boleh bagi orang Islam.

Begitu juga Soi Lek boleh minum arak, makan babi, masak atau mentah, tetapi orang Islam tidak boleh, haram.

Soi Lek atau mana-mana bukan Islam kena faham keadaan ini. Jangan kerana menerima slogan 1 Malaysia maka kita hendak samakan apa yang kita boleh lakukan atau apa yang kita makan kita juga beranggapan orang lain boleh berbuat begitu. Jangan.. kerana kita boleh makan babi kerana tidak loya, maka kita hendak ajak orang tidak boleh makan babi makan sama.

Kejahilan Soi Lek mengenai soal bersalam dengan bukan mahram ini sepatut diajar oleh orang Umno yang Islam. Jangan biarkan Soi Lek mempertikaikan apa yang Allah telah tetapkan. Dan jangan pula kerana isu itu boleh dijadikan modal untuk menang pilihan raya maka dibenarkan. Jangan pula kerana Pas menggunakan agama untuk memang, maka Umno yang mempertikaikan membenarkan juga kerana untuk menang. Mufti yang selalu bercakap itu juga patut buat fatwa khas untuk Soi Lek.

Saya cukup bimbang kerana inginkan kuasa dan mengekalkan kedudukan kita akan membiarkan apa saja tektik dan strategi dilakukan hatta ia bertentangan dan diharamkan Islam. Jangan! Jagalah kesucian agama Islam. Jangan sesekali membiarkan agama kita diperkotak katikkan oleh rakan bukan segama dengan kita. Benar boleh berkawan tetapi kalau kawan jelas mengkhianti kita maka ia perlu diperangi. [wm.kl.8:00 pm 23/01/11]

Mohd Sayuti Omar,




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...