TERKINI :

Sunday, January 23, 2011

Malaysia ada PM dan Menteri yang lebai malang..!!

Kabinet Najib jadi pemimpin lebai malang

KUALA LUMPUR, 23 Jan: PAS mengharapkan Datuk Seri Najib Tun Razak menerima debat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, jangan banyak helah dan cuba mengalih isu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Anwar sudah mengemukakan fakta mengenai kemampuan Pakatan Rakyat jika diberi mandat untuk memerintah.

Katanya, sumber yang Pakatan Rakyat perolehi dengan memerangi rasuah yang menyebabkan negara rugi RM28 bilion setahun dan memotong balik RM19 bilion subsidi yang diberikan kepada IPP.

Tambahnya, subsidi untuk rakyat RM10 bilion akan diberi semula supaya minyak dan makanan dapat dikawal dan menstruktur semula tol di Malaysia dengan kos RM23 bilion dan elaun tambahan kepada guru RM3.2 bilion setahun.

Menurutnya, jika dijumlah dengan anggaran pendapatan hasil daripada memerangi rasuah dan memerangi kroni ialah RM47 bilion dan perbelanjaan hanya RM32.2 bilion, maka Pakatan Rakyat mampu malahan lebihan.

Ini, tambahnya tidak masuk lagi hasil balak, minyak, sawit dan sebagainya di mana sekarang rakyat hendak dengar hujah Datuk Najib yang kata kalau laksana janji Pakatan Rakyat maka negara akan bankrap.

“Malangnya Datuk Najib cuba mengalih isu debat kepada isu liwat.

“Nampaknya saf kabinet negara memang pemimpin lebai malang,” ujarnya.

Tan Sri Muhyiddin Yasin suruh Pakatan Rakyat naikkan gaji guru yang berkhidmat di negeri Pakatan.

Manakala Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno merangkap Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri menyuruh negeri Pakatan Rakyat menurun harga barang di negeri pakatan.

Katanya, kesemua pemimpin tertinggi Umno fikiran mereka satu skima sahaja gagal menjawab soalan yang berbentuk fakta.

“Sepatutnya menjawab masalah, bukan lari daripada masalah yang dibangkit,” katanya.

PAS, ujarnya yakin Najib bimbang dengan kadar inflasi pada tahun ini dijangka berada sekitar 2.5 hingga tiga peratus dan peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia.

Penganalisis ekonomi AmResearch, Manokaran Mottain tidak menolak inflasi bakal meningkat lebih pantas sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan di bawah rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu).

Eishh 10 org saja yg berdemo kat kawasan TG Nik Aziz tu.. sah puak UMNO karat je nie..!!

Demo 10 orang petanda p’raya umum sudah dekat
Salmah Mat Husain

PENGKALAN CHEPA, 23 Jan: Demonstrasi yang hanya dihadiri oleh 10 orang masyarakat kampung termasuk beberapa orang luar dari Kampung Sabak berhubung kerosakan jalan di situ petanda pilihan raya umum tidak lama lagi.

Pegawai Khas Adun Chempaka, Hassan Mamat, ketika dihubungi memberitahu, perhimpunan aman yang berlaku di kampung berkenaan juga bertujuan untuk memburukkan imej Adun Chempaka, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan.

Hasan berkata, demonstrasi aman yang dilaporkan oleh beberapa buah akhbar harian hari ini berhubung kerosakan jalan berkenaan hanya berunsur fitnah.

“Jalannya tidak rosak teruk sebagaimana yang digambarkan oleh media, sebaliknya hanya berlaku kerosakan kecil sepanjang 500 meter.

“Ianya juga berlaku akibat kenderaan berat yang membawa cerucuk besi keluar masuk untuk pembinaan Sekolah Kebangsaan Pulau Gajah,” ujarnya.

Katanya, jalan berkenaan tidak seteruk sebagaimana yang digambarkan, memandangkan ianya telah dibaiki awal tahun lalu.

Pada masa yang sama, menurutnya saluran air paip AKSB rosak menyebabkan jalan turut terjejas.

Beliau juga turut menafikan beberapa buah laporan akhbar harian hari ini yang mendakwa demonstrasi aman itu ada yang dihadiri 50 orang atau 2,000 malah 10,000 orang.

Tegasnya lagi, bagaimana kehadiran peserta demonstrasi sehingga 10,000 sedangkan pengundi hanya 1,000 sahaja.

Beliau juga tidak menolak demonstrasi berkenaan dianjurkan oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk memburukkan imej Tuan Guru.

Katanya, beliau sendiri telah meninjau perkembangan jalan terbabit bersama Setiausaha Sulit Menteri Besar, Rosdi Abdullah.

Hassan bagaimanapun mengucapkan terima kasih pada pihak Jabatan Kerja Raya kerana telah membaiki jalan di Pulau Gajah.

Anwar Sanggup di londeh kali ke 3.. mai la Najib londeh Anwar skrg..!!

Anwar sedia balas taktik 'londeh' Najib

Memulakan kempen pertamanya dalam pilihan raya DUN Tenang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap bertegas mahu berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung rancangan 100 Pakatan Rakyat sekiranya menawan Putrajaya.

Mengulas sindiran Najib bahawa Anwar akan demam, dengan nada tegas, ketua pembangkang membidas bahawa beliau akan tetap hadir walaupun diserang penyakit itu.

tenang by election 220111 anwar speech 01"Kenapa (beliau) tidak mahu (berdebat)? Kenapa tidak berani? Kenapa menjawab dengan menghina saya. Oh, kalau saya jawab, saya ada maklumat, saya akan londehkan Anwar dan demam," katanya Anwar mengajuk kenyataan Najib.

"Tak apa, saya telan Panadol, kita debat. Tak apa, deman pun saya akan hadir. Demam pun saya mampu debat. Insya-Allah," katanya sewaktu menyampaikan ucapan sulungnya di Felda Tenang malam semalam.

Malah katanya, sekiranya Najib yang juga presiden Umno memilih tidak bercakap berkaitan ekonomi dan menyentuh peribadi, beliau juga bersedia menyahut cabaran tersebut.

"Oh Anwar ini, akhlak rendah, peliwat, ya, tak mengapa tapi bawa bukti. Saya (juga) nak sebut cerita rampas bini orang, saya nak sebut pasal rasuah RM500 juta, saya nak sebut pasal pembunuhan Altantuuya, jawab.

"Saya nak tanya, saya tak mahu buat tuduhan. (Kita) nak tengok siapa kena londeh," sindirnya disambut dengan gelak ketawa kira-kira 250 hadirin yang hadir di Felda Tenang.

'Rais, Allah bayar tunai'

Anwar berkata demikian bagi membalas kenyataan Najib yang menggesa Anwar terlebih dahulu 'menyelesaikan masalah peribadinya' khususnya tuduhan liwat sebelum campur tangan dengan urusan lain.

Sebelum ini Anwar mengutarakan cadangan debat apabila apabila perdana menteri memperlekeh rancangan reformasi 100 hari Pakatan sekiranya berjaya berkuasa di peringkat pusat.

tenang by election 220111 anwar speech crowdDalam ucapan di Felda tersebut, Anwar turut menyindir Menteri Komunikasi, Kebudayaan dan Warisan Datuk Seri Rais Yatim yang dikatakan merogol, seperti yang 'didedahkan' WikiLeaks.

"Saya tuduh dia? Tidak. Ini (pendedahan) WikiLeaks. Ada siasatan dahulu tetapi siasatannya sekarang ditarik. Itu soal dia.

"Tapi saya nak tunjuk, kamu rasa bagaimana pedihnya bila diaibkan, difitnah, dimalukan di khalayak umum," sindir Anwar.

"Kamu tolong sebarkan, sekarang dengan sendirinya tercampak dan terpalit ke muka kamu," tegasnya Anwar sambil mendakwa sebelum ini Rais didakwa pernah menuduhnya seorang yang "rendah budi pekerti dan akhlaknya".

Sehubungan itu, Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri mengingatkan hadirin supaya jangan bersikap takbur dengan orang lain kerana Allah akan membayar "tunai" kepada perbuatannya.

Buah-buahan dan khasiatnya

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Dari aspek botani, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau jambak bunga. Definisi atau takrifan ahli botani ini merangkumi buah-buahan berisi yang wujud dari bahagian ovari bunga seperti reseptaker atau daripada penyangga (buah epal, strawberi ), brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel (nenas). Walaupun begitu majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak.

Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.

1. Delima Hilangkan Masalah Cacing


Delima, sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.

Buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Walaupun begitu buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.

Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat dijadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan, caranya dengan mengambil biji-biji delima di tumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.

2. Kurma Hindar Gangguan Usus

Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah.

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.

Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.

Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Firman Allah:
Maksud: "Dan gegarlah kearahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. "Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan."

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya: "Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.”

Sekiranya Allah ada menjadikan sesuatu buah yang lebih baik daripada tamar sudah tentu Allah telah memberikan (kepada Siti Maryam)

Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajian menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Kajian menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Orang Johor Tak Dapat Salam Najib..!!!

Chegu Bard : Umno-BN 'Tidak Hirau' Rakyat Johor, Sebab Dakwa Kubu Kuat

17 Safar 1432H,

LABIS 22 JAN : Umno-Barisan Nasional sudah tidak menghiraukan kepentingan rakyat di negeri Johor kerana beranggapan bahawa negeri itu adalah kubu kuat parti itu sejak sekian lama,kata Badrul Hisham Shaharin.

Badrul yang juga Ketua Cabang PKR Rembau berkata, waktu pilihanraya kecil ini menjadi medan Umno-Barisan Nasional untuk menunjukkan parti itu menabur bakti kepada rakyat namun realitinya hendak menutup segala kelemahan membela nasib rakyat.

"Hendak salam Datuk Seri Najib pun tidak dapat, sebab ini kubu kuat (Umno) tidak payah pening kepala. Bila BN menang esok, dia tinggalkan semua, tidak ada aspek perubahan," katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan pusat terpaksa menubuhkan pasukan yang dilantik untuk berhubung dengan masyarakat di negeri-negeri Pakatan Rakyat kerana tidak berjaya untuk mendapat perhatian masyarakat umumnya.

"Ada tak India yang susah? Ada, ada tak Cina yang susah? Ada. Tapi bila tiba pilihanraya tiada lagi orang susah. Bantuan datang bercurah-curah. Maksudnya ialah perubahan. Apa kita takut, yang untung adalah saudara.

Jadi saudara, demi kepentingan orang Tenang, untuk Umno-BN tabur lagi duit untuk rampas DUN Tenang, saya ajak semua, ayuh buat perubahan, menangkan calon PAS kali ini demi perubahan supaya rakyat akan lebih senang dan Tenang akan lebih bermakna pada kacamata Perdana Menteri Malaysia," ujar beliau.

Badrul Hisham juga menggesa masyarakat Melayu khusunya bijak mengambil pendekatan politik yang digunakan oleh kaum Cina untuk meningkatkan taraf kehidupan.

Justeru bersandarkan parti yang memerintah, katanya rakyat tidak perlu takut membuat perubahan memilih pemimpin baru agar mendapat manfaat.

"Besarkan Hospital Tampin sebab apa? DAP kuat di Tampin dan DAP menang kerusi di Tampin. Rembau tidak dapat apa. Kerana itu saya mengajak saudara belajar politik daripada orang Cina. Politik berdasarkan kepentingan dan keperluan mereka.

"Hakikat sekarang saya hendak beritahu, kawasan paling maju di Malaysia adalah Bukit Bintang Kuala Lumpur. Di situ berapa banyak penggal sudah DAP jadi ahli parlimen dan menang di Bukit Bintang. Ada longkang tersumbat? Ada lampu tidak menyala? Tidak, semua benda elok.," jelas beliau ketika menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira tiga ratus orang rakyat di Felda Tenang malam tadi.

Badrul menegaskan kawasan yang dipimpin Pakatan Rakyat kini terhindar dari sebarang masalah pembangunan justeru katanya bukan alasan pengundi Melayu untuk menolak PAS di DUN Tenang.


Benarkah Najib Bapa Anak Haram?


SUDAH saya ramal dan katakan Anwar akhirnya menjawab dan terus mencabar Najib untuk berdebat. Anwar terpaksa berbuat demikian kerana sindiran dan penghinaan Najib kepada Anwar untuk menolak perdebatan agak keterlaluan. Najib semasa bercakap depan ribuan orang peneroka yang diangkut dengan bas, lori dan van dan dibayar di Tenang memperli Anwar dengan mengatakan ketua pembangkang itu akan demam kalau berdebat dengannya.

Kata Najib sebagai PM dia tahu segala maklumat mengenai Anwar. Katanya Anwar demam kerana dia mengetahui banyak rahsia peribadi Anwar.

Semalam semasa berkempen di Tenang Anwar menajawab sindiran dan penghinaan Najib ke atasnya dengan mengatakan beliau akan mampu berdepan kalau pun dalam keadaan demam. Kata Anwar dia akan telan penadol asalkan dapat berdebat dengan Najib. Anwar tidak mudah untuk merasa gerum dan kecut perut dengan Najib.

Kata Anwar kini dia tidak kisah topik mana yang Najib setuju berdebat dengannya. Kalau dhaif sangat untuk berdebat mengenai ekonomi Anwar setuju untuk berdebat fasal isu peribadi.

Anwar membuat cabaran itu bila Najib menyimpang dari topik asal untuk ikut sama mengheret isu periabdi. "Pilih mana yang Najib hendak, ekonomi atau peribadi," kata Anwar.

Kalau Najib mempunyai maklumat peribadi mengenainya, kata Anwar dia juga ada maklumat peribadi tentang Najib. Dia mahu tanya dan ceritakan siapa yang merampas isteri orang, siapa yang membunuh Altantuya dan siapa yang ambil rasuah RM500 juta untuk pembelian untuk peralatan perang negara.

Mungkin juga Anwar tahu mengenai tragedi seorang pemimpin yang tertangkap bahasa dengan seorang artis di Port Dickson Negeri Sembilan. Kalau tidak silap MB Negeri Sembilan ketika itu ada menelefon Anwar mengenai kejadian itu.

Cabaran dan kesanggupan Anwar itu menyebabkan Najib akan terkucil kali ini. Bagi rakyat tidak kira sama ada isu peribadi relevan atau tidak elok kalau mereka berdua duduk atas pentas dan berdebat dan mendedahkan segala yang ada dalam kain kalau itu yang mereka mahu. Tetapi ingat politik membawa kepada peribadi adalah politik kampungan.

Bila Anwar sebut siapa yang rampas isteri orang, ramai yang tertunggu-tunggu untuk mendengtar cerita sebenar macam mana proses pernikahan Najib dengan Rosmah. Apakah ketika itu Rosmah sudah berstatus janda, sudah habis edah atau tidak. Kalaulah ketika itu Rosmah masih isteri orang, berkahwin sebelum bercerai dan belum lepas edah, macam mana status kedudukan anak Najib dengan Rosmah. Bukankah itu bermakna mereka melahirkan anak haram?

Elok Najib kena jawab dan kena jelas apa yang diutarakan oleh Anwar itu. Kalau Najib tidak menjawabnya menyebabkan persoalan itu bermain dalam kepala orang ramai. Sangatlah malang bagi Najib dan juga nasib rakyat negara ini kalau Perana Menterinya bapa haram! Kita dengar apa pula balas Najib selepas ini!

Seekolknya Najib menjawab dan menjelaskan perkara ini semasa proses kempen pilihan raya kecil ini. Kalau perlu Najib kena tunjukkan surat perkahwinan dengan Rosmah. Bila perkara itu sudah disebut maka hendak tak hendak suka atau tidak suka ia perlu dijelaskan.

Sebenarnya bila Najib menyetuh soal peribadi Anwar ia telah melakukan kesilapan. Tindakan itu seperti menjolok sarang tebuan. Mengenang ini saya teringat kepada kata-kata seorang tua di kampun saya, namanya Munah. Katanya kalau tubuh kita penuh dengan kurap kerapu, jangan sesesekali kita nak menjual ubat kurap dan kerapu! Nampaknya itulah terjadi kepada Najib... baik-baik generasi mudah tidak tahu status perkahwinan beliau dengan Rosmah kini ia sudah 'terkobek'. Meow.... [wm.kl.11:30 am 23/01/11]

Mohd Sayuti Omar,
http://msomelayu.blogspot.com

Politik Bangang UMNO 50thn punya berkawan sama MCA belum tahu mana yang haram bagi orang Islam

Tenang terus tertumpu pada tangan Cikgu Mala

Mata pemimpin BN nampaknya terus tertumpu seputar isu sama ada calon PAS Normala Sudirman bersalam atau tidak dengan lelaki, khususnya bangsa Cina.

Pagi ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe hari ini terus menyelar pendirian muslimat PAS itu.

tenang by election day 1 230111 ismail sabri and tan lian hoe at pasar labis"Ini perkara paling asas... Bukan hanya lelaki, tetapi bila dia (Normala) bersalam dengan wanita, dia juga pakai sarung tangan. Ini tidak mesra. Adakah dia fikir tangan kita kotor,"kata pemimpin GERAKAN itu.

"Saya harap pengundi Cina berhati-hati. Kita amat bimbang berhubung isu negara Islam. Mereka mahu mengamalkan negara Islam yang ekstrim."

Isu itu mulai timbul apabila Presiden MCA Chua Soi Lek sebelum ini dilaporkan berkata, tindakan Normala enggan bersalam dengan lelaki tidak diterima oleh masyarakat Cina.

Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) pula menyatakan kegusarannya terhadap permainan politik yang didakwa tidak mengira sensitiviti agama dan adab tatasusila masyarakat.

"Isu tidak bersalam antara lelaki dan wanita bukan mahram tidak patut dijadikan bahan politik oleh mana-mana pihak," katanya sambil menambah perkara itu adalah tuntutan agama.

subashini mohd shafi court case pc 030407 zainul rijal"Saya sendiri tidak akan menghulurkan tangan bersalam dengan wanita bukan mahram. Malah saya juga akan menggunakan lapik untuk bersalam dengan isteri saya ketika berwuduk."

Dalam kenyataannya hari ini, Zainul Rijal (kiri) menasihat semua pihak agar menghormati pegangan agama seseorang kerana ia bukanlah "kecacatan" malah menggambarkan prinsip utuh yang dipegangnya.

Katanya, dalam Islam sendiri perkara itu sudah maklum dan "hanya orang yang mengambil Islam secara terpilih sahaja yang tidak mengamalkannya."

Zainul Rijal juga menggesa Chua memohon memohon maaf kerana "memperlekehkan ajaran Islam" ini dengan "cuba menggambarkan pengamal ajaran Islam adalah anti sosial dan tidak boleh berkhidmat kepada masyarakat".

ADMIN : Politik Bangang UMNO 50thn punya berkawan MCA belum tahu mana yang haram mana yg halal bagi orang Islam... bila dah tak tahu mula la pertikai kenapa cikgu mala tak salam dengan LELAKI... gila UMNO nie... Pelakon PORNO hina sampai terra tu ISLAM pun depa boleh dok nganga saja... Jika DAP yg bunyi macam tu habis ustaz dan tok mufti digunanya...

Dua buah helikopter TUDM mendarat cemas di Tenang?

Satu ketika dulu, iaitu pada 15 Ogos 2009, Muhyiddin Yasin pernah menggunakan pesawat NURI milik TUDM itu untuk mempengerusikan mesyuarat UMNO Bahagian Kudat dan kemudian menggunakan heli yang sama untuk pergi merasmikan mesyuarat Umno bahagian Penampang di Sabah.

Beliau menggunakan kemudahan kerajaan untuk urusan parti atas kapasiti sebagai Timbalan Presiden UMNO untuk pergi mempengerusikan mesyuarat UMNO.

Jika beliau pergi atas kapasiti sebagai Timbalan Perdana Menteri yang akan mempengerusikan mesyuarat kerajaan Negeri, itu lainlah. Memang ada peruntukan untuk beliau menggunakan kemudahan helikopter atas urusan negara.

Perkara ini mungkin tidak terdedah kepada pengetahuan umum sekiranya helikopter berkenaan tidak melakukan pendaratan cemas akibat cuaca buruk seperti yang dilaporkan dalam media arus perdana.

Sehubungan itu, Lim Kit Siang telah menimbulkan perkara itu dalam Parlimen dan minta SPRM melakukan satu siasatan. Seperti biasa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bertindak untuk 'meredakan keadaan' dengan mengarahkan satu siasatan oleh SPRM atas dakwaan penyalahgunaan Helikopter Nuri milik TUDM itu untuk tujuan tidak rasmi.

Dan hasil siasatan, pun macam biasalah, membersihkan sebarang salahlaku dengan memberikan jawapan Muhyiddin layak menggunakan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berdasarkan garis panduan yang ditetapkan. Garis panduan hanya meliputi tugas sebagai TPM bukan sebagai Timbalan Presiden Umno! Namun akhirnya, kes berkenaan disenyapkan begitu saja.

Pada hari ini, dilaporkan terdapat dua buah helikopter milik TUDM, sebuah helikopter eksekutif dan sebuah lagi daripada kelas amfibia, berada di Tenang, Johor dan hari ini adalah merupakan Hari Penamaan Calon PRK DUN Tenang. Memandangkan penamaan calon melibatkan parti-parti politik, kita tidak nampak keperluannya dua buah helikopter milik TUDM untuk 'hadir' di Tenang. Semua yang datang ke Tenang adalah atas urusan parti semata-mata.

Yang mempunyai urusan rasmi pada ketika itu hanyalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Bapak menteri ataupun Datuk menteri yang hadir ke Tenang adalah atas kapasiti ahli parti politik semata-mata. Nampaknya ada yang tidak kena sekali lagi. BN-umno apco tidak dapat membezakan tugas rasmi penjawat awam dan tugas rasmi parti politik.

Semoga ada pihak yang akan membawa isu penyalahgunaan harta kerajaan ini dalam usaha mereka berkempen untuk calon parti yang bertanding dalam PRK DUN Tenang ini. Janganlah nanti Nazri Aziz memaklumkan bahawa kedua-dua helikopter milik TUDM ini terpaksa melakukan pendaratan kecemasan secara serentak kerana kehabisan bekalan bahan api hingga menggoncang ketenangan Hari Penamaan Calon di DUN Tenang. Menteri 'pak lawak' umno-apco ni memang terkenal dengan jawapan 'melepaskan bewak daripada dalam guni'.

Gambar-gambar helikopter berikut dikirimkan oleh seorang pengguna FaceBook ke FaceBook M@RHAEN menunjukkan dua buah helikopter berkenaan sedang berada di padang Sekolah Menengah Kamarul Arifin dalam DUN Tenang pada jam 2.09 petang tadi.

Berkaitan:

http://blog.marhaen.info

- BlogMaster

Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia


• 12 tahun berturut-turut kerajaan Malaysia mengalami belanjawan defisit

• 10 tahun berturut-turut Malaysia gagal mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi.

• 4.7% purata pertumbuhan ekonomi 2001 – 2005, sedangkan sasaran adalah 7.5%.

• 4.2% purata pertumbuhan ekonomi 2006 – 2010, sedangkan sasaran adalah 6%.

• KDNK negara adalah lebih kecil dari KDNK Singapura bermula dari tahun 2009, kali pertama dalam sejarah ia berlaku.

• RM325 bilion ringgit wang PETRONAS diambil antara tahun 2007 hingga 2010. Ini bermakna purata setahun adalah 81.25 billion ringgit.

• 53.3% adalah kadar hutang negara berbanding KDNK dalam tahun 2009, melonjak naik berbanding kadar 35.1% dalam tahun 1998.

• 3 kali ganda peningkatan perbelanjaan kerajaan yang ditampung oleh wang PETRONAS dan hutang, dari RM68 bilion (1998) kepada RM214 bilion (2010).

• Malaysia jatuh 26 anak tangga dalam indeks integriti institusi awam dalam laporan Daya Saing Global oleh World Economic Forum dari tahun 2007 ke 2009

• 2.6% purata kenaikan gaji rakyat Malaysia antara tahun 2000 – 2010, berbanding 3.2% purata kenaikan gaji dunia (termasuk negara-negara miskin).

• 4% penurunan kuasa beli pengguna jika dibandingkan nisbah gaji dan inflasi antara tahun 1990 dan 2009.

• 40% dari rakyat Malaysia berada dalam lingkungan isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan, menjadikan mereka golongan paling miskin di Malaysia.

• 3 dari 4 keluarga yang berada dalam kategori ini (golongan paling miskin) adalah keluarga Melayu/Bumiputra.

• 34% dari pekerja Malaysia (dianggarkan seramai 4 juta orang) dibayar gaji kurang dari RM700 sebulan, iaitu bayaran dibawah paras kemiskinan.

• 62% dari jumlah RM39 bilion bayaran subsidi dan pampasan yang ditanggung kerajaan setiap tahun adalah subsidi kepada sektor korporat (penjana bebas, konsesi lebuhraya).

• RM4 bilion adalah subsidi makanan (gula, gandum, beras) yang cuba ditarik balik UMNO/BN, berbanding RM19 bilion subsidi gas kepada penjana bebas dan RM4 bilion pampasan kepada konsesi lebuhraya setiap tahun.

• RM19 bilion subsidi diberikan kepada penjana bebas milik kroni setiap tahun, berbanding hanya RM11 bilion subsidi minyak kepada rakyat yang cuba ditarik balik.

• RM466 bilion hutang peribadi yang ditanggung oleh isi rumah rakyat Malaysia, paling buruk di Asia.

• RM28 bilion kerugian yang ditanggung negara setiap tahun akibat ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa.

• 3 kali ganda hasil negara hilang melalui rasuah, berbanding yang dibelanjakan untuk subsidi minyak rakyat.

• 4.4 skor dalam kedudukan Indeks Persepsi Rasuah Negara tahun 2010, sedangkan sasaran UMNO/BN adalah 4.9. Skor ini lebih rendah dari tahun 2009.

• 46% dari rakyat yang ditinjau oleh Transparency International menyatakan bahawa gejala rasuah semakin berleluasa dalam tahun 2010 berbanding 2009.

• 57 anak tangga dalam senarai Laporan Pembangunan Dunia UNDP 2010 mengenai kadar pembangunan insaniah di dunia, jauh ditinggalkan Korea Selatan (12), Hong Kong (21), Singapura (27) dan Brunei (37).

• 68.7% sahaja rakyat Malaysia yang menamatkan pendidikan menengah antara tahun 2001 dan 2009, berbanding Korea Selatan (96.4%), Hong Kong (75.2%) dan Brunei (88.2%).

• 1 orang dari setiap 4 orang rakyat Malaysia tercicir dari pendidikan menengah dan tidak menamatkan pendidikan menengah antara tahun 2001 dan 2009.

• 29.7% sahaja rakyat Malaysia yang memasuki alam pendidikan tertiari, berbanding Korea Selatan (96.1%).

Tenang : Janji penyedap bapak buat 'janda' dan anak-anaknya




ANAK kata... jangan percaya pada Bapak 1Malaysia. Dia suka 'main kayu tiga'. Setelah dapat apa yang dia mahu, dia akan tinggalkan mereka terkapai-kapai. Dia menghilangkan diri, blah begitu saja.

Sekarang, Bapak 1Malaysia datang ke Tenang. Tenang sudah jadi 'janda' 'Janda' ini ada 3 anak Melayu yang bernama Felda Tenang, Felda Chempelak dan Felda Chempelak Barat. Dia cuba bermain 'kayu tiga' dengan 'janda' di Tenang.

Dia cuba seduce 'janda' beranak tiga itu dengan wang RM1.6 billion. Dengan wang sebanyak itu, pelbagai perancangan dibuat. Semuanya hebat-hebat belaka. Dia buat begitu kerana dia tahu Melayu cepat gelap mata dengan duit. Lebih-lebih lagi, Melayu yang susah dan miskin. Sebab itu, puak-puak Bapak 1Malaysia, terus abaikan Melayu agar mereka terus miskin. Ini akan memudahkan mereka me-kunta-kinte-kan Melayu.

Kesian Melayu... Mereka hanya diperlu untuk dipergunakan sebagai 'penyedap' kepada puak-puak Bapak 1Malaysia untuk mendapatkan undi terutama ketika pilihan raya.

Kini... pilihan raya berlaku di Tenang yang baru saja menjadi 'janda'. Bapak 1Malaysia datang untuk tackle dan seduce 'janda' melalui tiga anaknya tadi.

Namun ANAK, yang rasa bertanggung jawab untuk menjaga kebajikan anak-anak 'janda' Tenang, menasihati anak-anak tersebut agar jangan terpedaya dengan janji RM1.6 bilion Bapak 1Malaysia. Sebabnya..... ramai yang sudah ter'kena'. Apabila Bapak 1Malaysia sudah dapat 'penyedap'.... janji hanya akan tinggal janji. Atau... kalau pun ada janji yang ditunaikan, ia tak seberapa. Taik gigi saja.... Takda maknya!!

Baca apa kata ANAK....



Lantaran itu... berhati-hatiler. Jangan terpedaya dengan janji 'penyedap' Bapak 1Malaysia. Berilah kepercayaan kepada mereka yang benar-benar ikhlas untuk membantu dan menjadikan kita lebih bahagia dan lebih sejahtera di dunia dan akhirat.

Undi anda untuk siapa?? Ketuk kepala, tanya akal....

[sumber]

Anwar Ibrahim@Labis : Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia




Anwar sedia berdebat dengan Najib bukan sahaja dalam soal ekonomi tetapi di dalam isu peribadi.

UMNO Bagi Bukit Pada Cina – Anwar

Anwar memegang dokumen yang dikatakan perjanjian APCO dengan Kerajaan Malaysia

YB. Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat malam tadi diberi kesempatan untuk memberi ceramah politik di dalam kawasan Felda Tenang sempena kempen Pilihanraya Kecil DUN Tenang.

Anwar berucap selama hampir 40 minit di hadapan 500 orang penyokong dan pemerhati.

Antara isu yang dibawa oleh Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat ialah bagaimana UMNO telah memberi Bukit Tinggi dan Genting Highlands kepada orang Cina.

UMNO juga menurut Anwar telah memberi sebanyak RM19 billion kepada Vincent Tan, Francis Yeoh, Ananda Krishnan dan Syed Mokthar Al Bukhary bagi projek Pembekal Sumber Tenaga Bebas yang bagi Anwar adalah satu pembaziran.

Anwar turut berjanji sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Pusat dan beliau menjadi Perdana Menteri harga minyak akan diturunkan dalam tempoh 24 jam. Selain itu beliau juga akan memastikan harga tol juga tidak akan naik.

Anwar berkata beliau mampu dan berkelayakan melakukan semua itu bersandarkan pengalamannya selama 8 tahun sebagai Menteri Kewangan Malaysia ketika di dalam UMNO. Sepanjang tempoh tersebut, menurut beliau di atas kebijaksanaannya, rakyat Malaysia tidak pernah berdepan dengan kenaikan harga minyak dan harga tol walaupun sekali. Sebaliknya, menurut Anwar selepas sebulan beliau dipecat, Kerajaan Malaysia telah terus menaikkan harga tol.

Anwar juga memberitahu semua yang hadir beliau bersedia untuk berdebat dengan Najib bukan sahaja dalam soal ekonomi tetapi di dalam isu peribadi.

“Kalau saya demam tak apa, saya makan panadol dan pergi berdebat juga,” kata Anwar merujuk kepada muka hadapan akhbar Utusan Malaysia pada 19 Januari 2011. Berita utama Utusan yang bertajuk “Jangan Cabar Saya” memetik antara lain Najib berpesan supaya tidak mencabarnya berdebat kerana dia boleh melondehkan orang yang mencabarnya itu dan ini akan membuat orang itu demam.

Anwar menegaskan agenda utama debat itu ialah soal ekonomi dan selepas berdebat soal ekonomi, mereka berdua boleh berdebat soal peribadi dan beliau bersedia untuk bertanya beberapa soalan peribadi kepada Perdana Menteri Malaysia apabila membiacarakan soal peribadi.

Di dalam ceramah itu juga Anwar yang turun untuk berkempen bagi Calon PAS dalam PRK DUN Tenang menunjukkan sebuah dokumen yang menurutnya adalah perjanjian APCO dengan Kerajaan Malaysia. Perjanjian itu menurut Anwar ditandatangani oleh Perdana Menteri dan disaksikan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri.

Namun Anwar tidak pula memaklumkan kepada yang hadir isi kandungan dan skop tugas APCO seperti yang termaktub di dalam dokumen tersebut.

Bagaimanapun Anwar mengaitkan APCO dengan pemilikan Israel dan mengaitkan slogan Satu Malaysia dengan APCO dan Ehud Barak, Perdana Menteri Israel.

http://kickdefella.wordpress.com

Kenapakah selepas 2007 LTDL Tidak di buat di Langkawi?

Mahathir gembira Langkawi kembali


DR. MAHATHIR (kiri) diperkenalkan kepada pasukan yang membuat penampilan pertama
di LTdL, Terengganu Cycling Team di Dataran Lang, Langkawi semalam.

SELEPAS tiga tahun 'menyepi', Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) kembali memeriahkan bumi Langkawi, Kedah.

Ia ibarat sirih pulang ke gagang selepas kali terakhir kejohanan berprestij di pentas Asia itu diadakan pada tahun 2007.

Situasi itu jelas sekali menggembirakan seluruh peminat sukan tempatan khususnya warga Langkawi yang selama ini begitu ghairah menantikan kembalinya LTdL di pulau legenda itu.

Berita gembira itu turut dikongsi bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi pencetus idea kepada kejohanan yang telah memasuki edisi ke-16 tahun ini.

"Alhamdulillah. Saya gembira kerana akhirnya LTdL kembali diadakan di Langkawi. Selepas beberapa tahun tidak diadakan di Langkawi, tahun ini LTdL dapat diadakan semula di Langkawi.

"Tak kena kalau LTdL tidak diadakan di Langkawi kerana kejohanan ini memang bermula di Langkawi.

"Saya mahu mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur (Kementerian Belian dan Sukan) kerana kembali mengadakan LTdL di Langkawi," katanya selepas majlis pengenalan pelumba LTdL 2011 di Dataran Lang, Langkawi semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran, Datuk Mohid Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif, Mohamed Salleh dan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Abu Samah Wahab.

Terdahulu, Mahathir sempat meluangkan masa bagi menghadiri majlis memperkenalkan barisan pelumba setiap pasukan yang bertanding pada saingan LTdL 2011 yang akan membuka tirainya secara rasmi di Dataran Lang hari ini.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, penganjuran LTdL edisi ke-16 tahun ini telah mencapai satu standard yang cukup tinggi dan boleh dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

"Perlumbaan LTdL bukan sahaja disaksikan oleh rakyat tempatan, malah ditonton kira-kira 350 juta peminat sukan lumba basikal di seluruh dunia.

"Jadi inilah peluang kepada kita untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan. Dengan penganjuran LTdL melibatkan beberapa buah bandar yang menarik di negara ini, ia sekaligus memberikan gambaran yang baik kepada pelancong luar," katanya.

MB Johor sudah terasa bahang gelombang Pakatan Rakyat di negerinya


Debat Najib-Anwar Penting Pastikan Malaysia Tak Muflis

oleh ustnik

Janji 100 hari Pakatan Rakyat jika memerintah Malaysia tiba-tiba merungsingkan BN. Bagi Pakatan Rakyat, ia adalah janji realistik yang mampu dilakukan. Najib pula mengatakan ia boleh membawa Malaysia bankrap. Melalui berita radio, saya dengar ucapan Najib (lebihkurang ayatnya): ‘Dalamasa 2 tahun laksanakan janji itu, Malaysia boleh bankrap macam Greece.’ Ayat ini sangat penting

Anwar dan PR kata tak muflis. Najib dan BN kata janji 100 hari boleh muflis. Tak mungkin kedua-duanya benar. Salah seorang berbohong. Tapi siapa?

Malaysia menuju muflis juga sangat penting. Ertinya kalau Pakatan Rakyat memerintah dan menunaikan janjinya itu, ucapan Najib itu mungkin menjadi kenyataan, iaitu Malaysia boleh bankrap dalamasa 2 tahun.

Tapi dari fakta yang ada yang disiarkan dalam pelbagai media alternatif, termasuk ucapan terakhir Dato' Mustafa Ali dan Anwar di program Himpunan Kebangkitan Rakyat: PAS Ganti UMNO, PR Ganti BN di Geliga, Kemaman pada hari Sabtu 15 Jan 2011 menunjukkan janji itu mampu ditunaikan dengan izin Allah.

Justru, apa penyelesaian terbaik? Ia tidak lain melainkan satu debat terbuka antara Najib dan Anwar mesti diadakan.

Di Amerika, UK dan beberapa negara lain, termasuk negara haram Israel, rasanya, boleh mengadakan debat antara pemimpin tertinggi parti. Kalau begitu, mengapa Najib takut? Kalau sungguh rakyat tidak akan terpengaruh dengan janji kosong PR, mengapa tidak bersedia berdebat?

Kalau janji PR boleh bawa negara muflis, di atas dasar mempertahankan negara dari muflis, maka sepatutnya Najib bersedia mempertahankan Malaysia dari menjadi muflis dengan sebab janji kosong PR itu?

Najib ada pakar ekonomi. Anwar ada pakar ekonomi. Masing-masing sediakan fakta dan angka. Bentangkan dalam debat itu. Apa takut?

Najib kata debat tidak mendatangkan hasil. Siapa kata? Atau takut kalah dengan janji ‘kosong' PR itu. Kalau sungguh BN mendahulukan rakyat, Najib mesti bersedia berdebat dengan Anwar, dan biarkan rakyat yang menonton secara langsung melalui TV itu menjadi hakimnya. Masih takut?

Tiada kebebasan rakyat bersuara dalam negara merdeka

Ditulis oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Negara sudah merdeka, namun kebebasan rakyat untuk bersuara masih belum merdeka. Jika ada yang berani, pasti hukuman menanti.

Parlimen, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa kebebasan bersuara diberi jaminan dalam Islam, diharuskan dan dibenarkan sebagai satu prinsip utama dalam maqosid syariah.

“50 tahun kita sudah merdeka, masih ada lagi polemik, dan saya juga melihat ada juga orang-orang agama, iaitu mereka yang punyai pendidikan agama, yang mengatakan kita 50 tahun merdeka, kita belum bersedia memberi kebebasan kepada rakyat.

“Tetapi semata-mata orang pertikai suatu dasar, mengungkit isu penyalahgunaan kuasa, rasuah, itu tak boleh menyebabkan orang itu dihukum, ini yang disebut maqosid syariah,” ujar beliau pada program Bicara Tokoh yang diadakan di dewan Kolej Universiti Insaniah, di sini.

Islam tidak membicarakan soal kebebasan sebagai sama dengan apa yang ditekankan dengan pengalaman barat. Kebebasan itu dikaitkan dengan keadilan yang berteraskan maqosid.

“Sebagai contoh, saya ajukan kes fitnah terhadap saya ke mahkamah syariah, siap siasatan, tetapi dihalang oleh menteri agama.

“Jadi bagaimana saya nak boleh terangkan maqosid syariah begini di tengah-tengah rakyat, bila mahkamah syariah sendiri dipermainkan sebagai alat politik yang jijik dan kotor.

“Sebab itu cabaran kita ini bukan kerana politik kepartian atau semasa, tetapi soal keyakinan kita untuk keselamatan semua rakyat di negara ini,” ujar beliau yang berpengalaman dalam beberapa dialog dan perbahasan di universiti-universiti barat.

kepada Geng KOLA hangpa pie 'skodeng' sat puak-puak anak haram nie..!!

Pemandangan pantai tercemar

KUALA KEDAH - Sebut sahaja daerah Kuala Kedah pasti ramai yang akan membayangkan jeti untuk ke Pulau Langkawi dan pemandangan tepi laut yang sememangnya menjadi daya tarikan pelancong ke negeri ini.

Tinjauan Sinar Harian ke kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai melihat matahari terbenam itu sememangnya menarik perhatian pelancong apatah lagi dapat melihat pemandangan laut yang merupakan laluan ke Pulau Langkawi.

Namun di sebalik keindahan tersebut, kawasan itu turut dicemari bukan sahaja dengan bungkusan makanan yang dibuang malahan Sinar Harian turut menemui coli yang terselit di celah batu kerana ia turut menjadi lokasi pelepas nafsu.

Pengunjung, Mohd Akmal Zulkif Ahmad Jamil, 26, berkata, dia sering menjadikan kawasan itu sebagai lokasi memancing pada waktu petang sehingga malam.

Menurutnya, sewaktu memancing dia sering terlihat pasangan remaja menjadikan lokasi itu sebagai tempat untuk mereka berdua-duaan tanpa menghiraukan pengunjung di sekeliling.

“Kawasan ini gelap terutama pada waktu malam, jadi peluang yang ada itulah mereka gunakan untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

“Kadangkala saya teringin untuk membawa keluarga melihat pemandangan di sini, namun saya merasakan ia tidak sesuai apabila adanya golongan yang tidak bertanggungjawab melakukan maksiat di tempat terbuka,” katanya.

Mohd Akmal berkata, kawasan itu tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja oleh pihak yang bertanggungjawab kerana ia mampu menjadi daya tarikan pelancong.

Menurutnya, kesedaran dalam kalangan masyarakat juga perlu terutama bagi membanteras golongan yang gemar menjadikan lokasi itu untuk melakukan maksiat.

Bagi Ibrahim Zakaria, 43, kawasan yang bersebelahan dengan bangunan Marina Harbour yang turut dikenali dengan Pantai Leman seharusnya dipelihara dan selenggara dengan baik bukannya dibiarkan begitu sahaja.

Menurutnya, lampu perlu diletakkan di kawasan berkenaan supaya kawasan itu lebih terang dan sekali gus dapat mengelak golongan tidak bertanggungjawab melakukan kegiatan maksiat.

“Rondaan daripada pihak berkuasa juga perlu dilakukan bagi memantau kegiatan maksiat di kawasan ini kerana saya yakin apabila tindakan itu diambil kegiatan ini dapat dibanteras.

“Pihak bertanggungjawab seharusnya peka dengan masalah ini kerana jika dibiarkan ia akan menambahkan lagi masalah sosial dalam kalangan remaja di kawasan tersebut,” katanya.

Menurutnya, selain daripada kegiatan tidak bermoral, pihak berkuasa tempatan (PBT) seharusnya mengambil inisiatif meletakkan tong sampah di kawasan berkenaan sebagai kemudahan kepada pengunjung.

Menara 135m mercu tanda baru Langkawi


GAMBAR model menara setinggi 135 meter yang dianggarkan menelan belanja lebih RM10 juta akan
dibina di Kuah, Langkawi.

LANGKAWI - Sebuah menara setinggi 135 meter dengan dua ciri istimewa, iaitu menara peninjau dan sebuah restoran, yang dianggar menelan kos lebih RM10 juta akan dibina sebagai mercu tanda baru pulau peranginan ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin pembinaan menara yang dirancang sejak lebih 20 tahun itu bakal menjadi tarikan baru pelancongan.

"Saya diberi penghormatan menamakan menara itu, tapi belum dapat nama yang sesuai sehingga kini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pecah tanah di tapak pembinaan menara itu di Pantai Kuah semalam.

Beliau berkata, menara itu akan membolehkan lebih 50 pengunjung berada di tingkat atas pada satu-satu masa, dan pelancong dapat melihat pemandangan indah di sekelilingnya, termasuk ketika matahari terbenam.

Pengerusi Eksekutif Syarikat Blackrock, Datuk Abu Hassan Mohamed sebagai pemaju projek itu berkata, tanah seluas 11.33 hektar di pesisir pantai berhampiran Kuah akan ditebus guna pada bulan depan.

Beliau berkata projek pembinaan menara itu akan bermula Mac ini dan dijangka siap dalam tempoh 24 bulan. - Bernama

Jika Semuanya Milik Allah.. Apakah Sebenarnya Yang Aku Ada ?



Suatu hari sang guru bertanya kepada murid-muridnya.

Siapa yang jadikan mata kita?

Mereka menjawab : Allah

Lalu sang guru katakan : Lalu apakah yang telah kita perbuat dengan dua biji mata ini ? Adakah sebagai alat untuk melihat perkara yang baik ataupun perkara yang jahat ?

Mereka : (terdiam)

Sang guru tambahi lagi : Apa yang akan jadi sekiranya penglihatan ini diambil oleh-Nya? Selama ini Allah memberi nikmat mata untuk melihat pemandangan yang cantik dan indah. Alam ini dilimpahi dengan pelbagai warna yang menarik hati serta pelbagai hidupan yang menghiasinya.

Suatu hari nanti... jika kita bangun. Alam ini terasa gelap dan pekat. Rupa-rupanya sudah hilang nikmat penglihatan yang diberikan. Sedangkan selama ini kita tidak bersyukur dengan pemberian-Nya. Adakah selepas ini baru hendak menyesal?

Cuba awak rasa lidah dengan menggunakan jari.

Mereka : (memegang lidah masing-masing)

Sang Guru berkata : Allah memberi rasa masam, masin, manis, pahit dan pelbagai lagi rasa yang berlainan melalui lidah.

Mereka kata : Ya Ustaz.. benar (masing-masing menganggukkan kepala).

Sang Guru berkata : Tetapi mengapa kita gunakan lidah untuk berkata kesat, memaki hamun dan berkata bohong? Bukankah dengan lidah ini kamu pernah menghina guru-guru yang mengajarkanmu? Bukankah dengan lidah ini kamu telah membentak dan menjawab kata-kata ibu dan ayahmu serta berkali-kali membohongi mereka berdua?

Bukankah sudah diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. agar menjaga lidah ? Bukankah kita perlu menjaga apa yang ada di antara 2 rongga mulut manusia iaitu lidah ? Dengan lidah ini juga boleh menyebabkan kita dicampakkan ke dalam neraka?

Mereka : (tertunduk dan perlahan-lahan mengalirkan air mata)

Cuba lihat dua tangan yang Allah beri, dan lihat baik-baik alangkah cantiknya kurniaan Allah.
Dia memberi tangan agar kita dapat merasa, memegang, menyentuh dan sebagainya.

Mereka : (melihat tangan masing-masing, diperhati telapak tangan sambik berfikir)

Sang guru berkata : Adakah kita sudah menggunakan tangan dengan betul? Bukankah ada tangan-tangan yang merosakkan meja sekolah? Memukul kawan? Menulis surat cinta? Mencuri ?

Mereka : Benar ustaz... ya Allah... ampunkanlah dosa kami....

Sang Guru : Allah memberi sepuluh jari tangan, sepuluh jari kaki dalam keadaan yang sempurna. Sudahkah kita menadahkan tangan meminta keampunan kepada-Nya? Menyatakan syukur terhadap-Nya atas segala nikmat yang tidak mampu ditulis hatta kering 7 lautan?

Mereka : (Air mata semakin meluncur laju). Ya Allah... Aku sudah banyak buat dosa kepada-Mu.. Aku sombong pada-Mu Ya Allah.....

Lihatlah pula kedua kaki yang dikurnia oleh Allah. Kita boleh berjalan, berlari, bergerak dengan mudah ke sana sini.

Mereka : (memegang kaki masing-masing sambil mengusap-usap jejari kaki).

Sang Guru : Lalu apa yang kita perbuat dengan kaki yang ada? Kita gunakan untuk ponteng sekolah, pergi ke tempat-tempat maksiat, menendang kawan dan sebagainya. Adakah itu tujuan kaki kita dijadikan?

Mereka : (Menutup mata sambil teresak-esak, semakin kuatlah jerit tangis memikirkan kesalahan yang telah dilakukan selama ini).

Sang Guru : Jika Allah ambil balik mata kepunyaan-Nya? Jika Allah tarik balik kaki yang dipinjamkan-Nya? Jika Allah hilangkan rasa pada lidah? Jika Allah ambil satu jari dari apa yang kita ada?

Wahai diri... engkau faqir dan Allah itu Maha Kaya. Maka mengapa engkau masih menyombongkan diri kepada-Nya?

- Artikel iluvislam.com





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...