TERKINI :

Saturday, January 22, 2011

Macamana Orang Tak Kata UMNO sesat.. ILMU bab pakaian pun belajaq tak habih-habih lagik..!!

Bukti Gambar...Siapa "Sesat" Di Tenang..??

Ramai dikalangan penyokong Umno tak faham bab sesat ni,alih-alih
main hentam somborono ngatakan Nik Aziz sesat dan para penyokong
PAS sesat.Nak tahu macam mana katakan sesat..maka sabda Rasulullah..

إني خلـّفـت فيكم شيئين، لن تضلوا بعدهما أبدا، كتاب الله وسنتي
Aku tinggalkan pada kamu dua perkara,yang jika kamu pegang teguh pasti
kamu tidak akan sesat selamanya iaitu Kitabullah dan SunahKu.

Jadi lu orang cuba tengok gambar kat atas tu siapa yang sesat Umno
atau PAS ?? Allah telah berfirman dalam surah An Nur 31 dan Al Ahzab 59
supaya kaum wanita WAJIB menutup aurat sehingga melabuhkan
tundungnya melebihi paras dada.

Maka inilah pimpinan yang Zalim (Tidak meletakkan sesuatu hukum
pada tempatnya) Untuk itu Allah melarang manusia daripada
menyokong pemimpin yang Zalim ini dalam ayat yang bermaksud
"Barang siapa yang cenderung kepada pimpinan yang zalim kelak
disambar oleh api neraka"..Nauzubillah

http://karatijau.blogspot.com

Pengasas Umno kecewa dengan Umno

Khairil Abdul Rahim

ROMPIN, 22 Jan: "Saya ni pengasas Umno Rompin, saya bersama-sama berjuang menuntut kemerdekaan tapi dalam hati dan jiwa saya kini sudah tidak ada lagi Umno.

“Perit kami berjuang untuk menuntut kemerdekaan demi maruah bangsa, tapi hari ini saya sedih melihat pemimpin Umno sekarang ini berjuang hanya untuk kaya dan memewahkan diri sendiri.”

Demikianlah luah pengasas Umno Rompin, Tuan Haji Nik Ahmad Bin Nik Hassan, 81, kepada Naib Ketua Pemuda PAS Pahang Fadzli Ramly ketika menziarahi tokoh tersebut bersama Pengarah Jabatan Pilihan Raya (JPN) PAS Pahang, Abdul Majid Hassan, di rumahnya di Kampung Pulau Helang dekat sini baru-baru ini.

"Fadzli teruskanlah perjuangan demi anak bangsa dan agama," katanya kepada Fadzli yang juga bekas calon PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Tioman pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Pesara guru yang mesra dengan panggilan Cikgu Nik itu merupakan pejuang awal kemerdekaan dari Rompin sejak menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris (STIC) bersama dengan Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Sebaik pulang dan berkhidmat di Rompin, beliau telah menubuhkan Umno Kuala Rompin dan rapat dengan bekas Perdana Menteri Allahyarham Tun Razak Hussein.

Ketika perisytiharan darurat pada 1948, beliau sendiri berkawal di bandar Kuala Rompin.

Kini Cikgu Nik sudah tidak kuat lagi kudratnya dan terpaksa bertongkat akibat kaki yang agak lemah kerana diabetes.

Namun dalam kelemahan fizikalnya beliau tetap mengikuti perkembangan politik tanah air. Paling membimbangkannya ialah penghakisan tanah rizab Melayu serta ramainya bangsa Melayu yang terjebak dengan gejala sosial.

Difahamkan, ahli Umno sendiri kurang menziarah Tokoh Guru dan isterinya yang juga sedang sakit itu menyebabkan beliau merasa terpinggir dan berkecil hati.

Usul pindaan: Speaker DUN minta Umno jangan jadikan isu

SHAH ALAM, 21 Jan — Speaker Teng Chang Khim meminta Umno tidak mempolitikkan kegagalan Dewan Undangan Negeri (DUN) mengedarkan draf usul pindaan Perlembagaan negeri sambil menegaskan, ia berpunca daripada kekangan masa.

Teng (gambar) berkata berdasarkan Peraturan Mesyuarat 10(3), dokumen-dokumen berkenaan boleh diedarkan kepada wakil rakyat pada hari persidangan, sebelum sidang bermula.

“Saya berharap perkara ini tidak dijadikan isu.

“Malah, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sudah pun membuat pengumuman mengenai pindaan dan kesemua akhbar sudah pun menyiarkan laporan mengenainya,” kata beliau pada sidang media hari ini.

Justeru, kata beliau, maklumat mengenainya sudah pun diedarkan dan tiada agenda tersembunyi.

DUN Selangor mengadakan sidang khas Isnin ini bagi membahaskan pindaan Perlembagaan Negeri.

Teng berkata pegawai-pegawai DUN hanya menerima salinan draf pindaan kelmarin dan bekerja keras dalam waktu yang singkat untuk dikemukakan pada sidang Isnin ini.

“Saya dimaklumkan oleh setiausaha Dewan pagi ini bahawa kesemua wakil rakyat telah diminta untuk mendapatkan pindaan perlembagaan dan Aturan Mesyuarat hari ini,” kata beliau.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak memberikan kerjasama agar dokumen dapat diterima oleh mereka pada masanya.

Semalam, Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Nor Omar mengadu pegawai-pegawai Dewan telah gagal membekalkan draf pindaan perlembagaan kepada Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman.

Noh menyelar sikap kerajaan negeri dengan berkata tidak telus meminda perlembagaan negeri kerana sehingga kini tiada sebarang draf pindaan itu diberikan kepada Adun BN.

Katanya, Mohamad Satim telah mengemukakan surat kepada Setiausaha DUN, pada Isnin lalu tetapi tidak ada sebarang mendapat maklum balas.

“Di mana ketelusan kerajaan negeri, mereka kata nak pinda perlembagaan negeri atas dasar kepentingan umum. Sepatutnya mereka berikan draf pindaan lebih awal untuk kita teliti dan bahaskan dalam sidang DUN.

“Namun hingga ke hari ini tidak diberikan seolah-olah kerajaan negeri mahu ‘menyerang hendap’ Adun BN pada sidang dewan itu nanti,” ujarnya.

Kompom DEBAT jadi....

oleh AnakKedahoo7
http://media1.malaysiakini.com/91/fec08ab3f891ebeda3363e88c3c2acf8.gif
ha ha ha.. memang jadi pon.. tapi jadi kat AMERIKA sana laaa....Alahai apa la punya penakut PM sebuah negara antah berantah nie... bila dia punya perti pembangkang buat satu perancangan bila memerintah nanti apa mereka akan buat lalu hidup dia macam cacing kepanasan...

Macam-macam beliau berkata dengan perancangan buku jingga itu... negara bangrap laa.. nak ambik duit mana... retorik laa.. macam2 lagilah PM negara tersebut memperkecilkan cadangan tersebut..

Nah bila Tok Ketua pembangkang mencabar PM itu supaya berdebat dengan beliau berkenaan apa yg akan dilakukan itu maka beliau pun menikus.... Bila orang cabaq lagi...terus dia serang peribadi... orang ajak pasai tajuk perancangan tersebut tapi dia dok kemas dengan kata nanti akan ada orang demam bila berdebat..

Aku heran laa dengan PM negeri nie.. awat yang takut sangat... kan hang dah kata belakang hang macam-macam support ada sehingga raksia luaq dalam pun hang ada... habis bila semua dah ada awat hang tak sahut cabaran tersebut.. dok sembang belakang hang berani...

Kat negara luaq... kalau sembang bab debat nie dah lama dah rakyat mereka didedahkan dengan benda2 macam nie...contoh semasa kat AMERIKA sewaktu pemilihan Presiden depa dulu... Barack Obama dengan selamba jaa bercerita ideologi diwaktu debate tersebut...

Awat laa kuno sangat negara kita nie... benda mcm nie bukan ada apa pon...tapi yg takut sangat tu apahal... Selalunya yg takut berdepan nie tentu ada salah....he he he


Dari Perak ke Selangor: Layakkah Najib sebagai PM?

Hampir dua tahun kerajaan katak bertahan di Perak. Misteri kematian Teoh Beng Hock di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berakhir dengan keputusan "open verdict" selepas 18 bulan. Kini, Selangor pula dilanda krisis perlembagaan, di mana "perisik" diletakkan secara terang-terang dalam kerajaan negeri. Ketiga-tiga kejadian ini menjurus kepada satu persoalan: Apakah Najib Razak masih layak sebagai Perdana Menteri?

Dalam kejadian pertama, kerajaan yang ditubuh dengan undi rakyat tumbang kerana ADUN katak. Sultan sebagai simbol dalam sistem raja berperlembagaan enggan membubarkan DUN untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri. Maka terbentuknya kerajaan palsu di negeri Perak, yang dijayakan ADUN katak.

Dalam peristiwa kedua, untuk "mengorek kesilapan" kerajaan negeri Selangor, SPRM sanggup menyoal-siasat seorang saksi bernama Teoh Beng Hock selama 11 jam, dalam kes pembelian bendera yang melibatkan kos hanya RM2400. Jentera negara telah meragut nyawa - Sama ada membunuh, tersalah bunuh ataupun bunuh diri kerana tekanan. Namun, tiada orang yang memikul tanggungjawab politik, pentadbiran, jenayah sekian lama peristiwa ini berlaku - cuba lepas tangan dengan satu penghakiman "open verdict".

Oleh itu, tidak kira sama ada Najib pernah memberi arahan agar Teoh Beng Hock disoal-sisat - selagi kebenaran tidak diberikan kepada keluarga Teoh, maka Najib tidak boleh mengelakkan diri dari tanggungjawabnya sebagai pimpinan tertinggi dalam jentera negara.

Mewarisi strategi menekan pembangkang

Dalam kes ketiga, kerajaan negeri langsung tidak dirunding ketika perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) yang bertindak di bawah arahan kerajaan negeri. Ia seolah-olah ibu mertua yang memilih pembantu rumah anda - mestilah kecoh satu rumah selepas itu. Lebih-lebih lagi, negeri Perak mempunyai pengalaman yang perit dengan SUK sebelum ini. Bagaimana kita boleh diyakini bahawa kerajaan negeri akan beroperasi dengan sewajarnya selepas ini?

Kini, untuk menekan kerajaan negeri Selangor, hulubalang UMNO pula mengheret institusi Raja, meniru apa yang dilakukan ketika rampasan kuasa Perak pada tahun 2009. UMNO cuba menjadikan sistem kita dari sistem raja berperlembagaan kepada sistem raja mutlak.

Jelas, Najib cuba mengubah peraturan permainan - menjejaskan sistem raja berperlembagaan, federalisme, dan kerajaan yang dipilih rakyat. Najib pernah berikrar secara terbuka, bahawa Putrajaya akan dipertahankan walaupun apa yang terjadi. Dan kita harus ingat, "Program Transformasi Kerajaan"-nya tidak menjanjikan sebarang reformasi dalam sistem politik.

Tuntutan agar Najib menerima pendemokrasian tidak semestinya bermakna beliau harus menyerahkan kuasa kerajaannya. Pendemokrasian, bukan semestinya "pertukaran kerajaan" sebagaimana yang diperkatakan pembangkang, tetapi "kerajaan dari peti undi". Dengan kata lain, seandainya UMNO-BN sudi berubah menjadi satu parti yang menerima demokrasi, bersaing secara adil dengan pesaingnya politiknya; maka, jikapun pertukaran kerajaan tidak berlaku, sekurang-kurangnya Malaysia memenuhi makna demokrasi pada tahap minimum.

Namun, dari rampasan kuasa di Perak, kematian Teoh Beng Hock hinggalah krisis perlembagaan Selangor, jelas Najib tidak cukup bertoleransi ketika berdepan dengan pembangkang, seperti ayahandanya Razak. Pada zaman ayahandanya, dari Sarawak, Pulau Pinang, Perak hinggalah Kelantan - Razak cuba menarik kuasa kerajaan tempatan (sama ada kerajaan negeri mahupun kerajaan tempatan) yang dikuasai pembangkang, untuk memastikan kuasa kerajaan disatukan dari seluruh negara di bawah Barisan Nasional.

Najib kini menyasarkan kerajaan negeri Selangor, malah menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang dengan medianya - selepas menelan Perak. Jelas, beliau mahu menawan semula negeri di pantai Barat Semenanjung yang separuh atau hampir separuh penduduknya yang terdiri daripada bukan Melayu, untuk tampil sebagai wira yang memenuhi retorik Ketuanan Melayu-nya.

Untuk berlaku adil, perbuatan "mengubah peraturan permainan" bukan dimulakan Najib, tetapi Anwar Ibrahim dengan rancangan 16 September-nya. Jadi kerumitan yang menimpa kerajaan negeri PR pada hari ini sebahagiannya berpunca daripada Anwar.

Risiko apabila demokrasi terjejas

Namun, dari perspektif kepentingan awam, pembangkang bukan satu-satunya mangsa sekiranya demokrasi terjejas, tetapi semua pembayar cukai.

Seandainya "kerajaan tidak semestinya datang dari peti undi", maka rakyat perlu berdepan dengan dua risiko. Pertama, kerajaan tidak takut kepada suara rakyat, maka rasuah dan penyalahgunaan kuasa semakin berleluasa. Dasar yang mengingkari hasrat rakyat akan bertambah. Maka pertentangan juga bertambah dalam masyarakat.

Keduanya, seandainya kerajaan ditentukan kuasa yang bukan berasaskan pemilihan rakyat, sama ada istana mahupun tentera, maka negara akan menjadi medan pertempuran antara beberapa kuasa yang bukan ditentukan rakyat. Pergelutan ini semestinya tidak kurang sengitnya daripada pertarungan antara parti politik.

Apa yang harus direnungi rakyat Malaysia adalah, seandainya Najib terus bermain api - adakah ia terlalu bahaya untuk mengekalkan beliau sebagai PM - kerana beliau akan meletakkan negara dalam keadaan yang tidak tenang, walaupun ekonomi mungkin memulih?

Mereka yang menggoyah teras negara harus berundur

Mempertikaikan kewajaran Najib untuk terus menyandang jawatan PM tidak bermakna menafikan keabsahannya sekarang. Menurut hasil soal selidik Merdeka Center pada akhir tahun lalu, Najib kini mencatat populariti 74% pengundi Melayu, 54% pengundi Cina dan 85% pengundi India. Rekod ini hampir setanding populariti Abdullah Ahmad Badawi yang baru menyandang jawatan ketika zamannnya.

Namun, keabsahan Najib sebagai Perdana Menteri pada masa kini gagal menutup persoalan kewajaran Najib untuk terus menyandang jawatan PM. Sejarah memberitahu kita, bahawa pemerintah yang menjejaskan sistem negara, menggoyah teras negara harus berundur, atau negara akan binasa.

Adolf Hitler mungkin contoh yang jauh untuk kita. Hitler bangkit dengan undi, malah dilambung sokongan rakyat. Tetapi, adakah beliau sesuai untuk menjadi Ketua Kerajaan? Apabila seorang demi seorang rakyat Jerman mempertikaikan tindakan jenayah ditaktor ini terhadap demokrasi, apakah Jerman hancur berkecai dalam medan peperangan kemudiannya?

Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon pada tahun 1972 mungkin lebih dekat dengan kita. Beliau terpilih sebagai Presiden AS dengan peratusan undi yang mencecah kira-kira 60%, satu catatan yang agak tinggi mengikut kayu ukur Amerika Syarikat. Mengapa beliau perlu meletak jawatan untuk memohon maaf ke atas kesalahannya dalam skandal watergate? Kerana negara demokrasi tidak membenarkan kerajaannya untuk menyalahgunakan jentera negara untuk menyerang musuh politiknya.

Raja berperlembagaan dan federalisme adalah teras dalam sistem politik Malaysia. Perubahan ke atasnya akan menghuru-harakan negara, dan risiko ini terlalu tinggi untuk ditanggung Malaysia pada hari ini.

Seandainya Najib (gambar kiri) enggan menerima sistem negara, maka kita perlu membuang undi tidak percaya terhadap Najib dalam pilihan raya kecil dan pilihan raya umum akan datang, demi kesejahteraan negara. Jangan ragu-ragu, sehingga kita dimangsakan.

Kereta wajib ada beg udara 2012

RANTAU PANJANG 21 Jan. – Mulai tahun depan, semua kenderaan termasuk kereta keluaran Proton Holdings Bhd. (Proton) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) akan diwajibkan memasang beg udara bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kematian akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.

Katanya, walaupun tidak ada penguatkuasaan yang dibuat berhubung peraturan itu, ia perlu dilaksanakan untuk memastikan keselamatan setiap pemandu dan penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya lebih terjamin.

“Kita telah melakukan kajian bersama termasuk dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan terbukti beg udara merupakan aksesori keselamatan yang paling penting,’’ katanya kepada pemberita pada Majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran MCA Rantau Panjang di sini hari ini.

Peraturan baru itu bagaimanapun tidak melibatkan kenderaan pacuan empat roda.

Lebih baik Rosmah saja jadi PM

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Kolumnis terkemuka, A Kadir Jasin mengulas beberapa respons dalam blognya, mengenai pembabitan aktif isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, terutama dalam lawatan terbaru ke Asia Barat (kunjungan empat hari ke Oman). Rosmah ke sana bukannya kerana mengiringi Najib Razak. Ini bukan kali pertama Rosmah bertindak atas kapasitinya sebagai "First Lady", yang sebenarnya jawatan itu tidak diperuntukkan dalam sistem pemerintahan di negara kita.

Melalui blognya, kadirjasin.blogspot.com, terdapat pembahas yang mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan bertanding pilihan raya umum akan datang. Menurut Kadir, seorang bekas menteri kanan yang diketahui cukup akrab dengan Najib dan Rosmah berkata isteri Perdana Menteri itu berpengaruh dan berpotensi memanfaatkan kedudukan istimewanya untuk satu peranan yang lebih besar.

"Rosmah sudahpun mempunyai profil yang cukup tinggi dan mempunyai kedudukan de facto dalam sistem pemerintahan negara melalui projek Permata Negara yang mendapat peruntukan langsung dari Perbendaharaan sebanyak RM111 juta dalam Belanjawan 2011. Beliau juga memperoleh dan menikmati liputan berita yang cukup rapi dan meluas daripada media," tulis Kadir.

Puluhan Ribu Iringi Calon PAS di Tenang



LABIS, 22 Jan: Berpuluh-puluh ribu penyokong Pakatan Rakyat terutama dari PAS membanjiri pekan Labis untuk mengiringi calon mereka, Cikgu Normala Sudirman ke pusat penamaan calon Pilihan raya Kecil Tenang.

Mereka berkumpul di sana sejak sebelum subuh bagi menyertai majlis solat hajat di tanah lapang yang disewa khas oleh PAS untuk digunakan sepanjang kempen pilihan raya ini.

Mereka dikatakan menerima arahan agar terus ke kawasan yang terletak di perkarangan markas besar PAS itu kerana beberapa masjid yang berdekatan dikatakan dikunci sejak malam tadi.

Perarakan calon bermula seawal jam 8.20 pagi menuju pusat penamaan calon yang terletak di Dewan Majlis Daerah Labis yang terletak kira-kira 2 km dari situ. Ketika itu, kira-kira 5,000 orang menyertainya.

Perarakan itu menjadi semakin besar apabila kumpulan kecil sepanjang jalan menyertai mereka.

Perarakan yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib-naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub turut disertai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Presiden PKR, Datuk Sri Dr Wan Azizah Ismail dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan menyertai perarakan itu kira-kira jam 8.50 pagi.

Adakah SPR akan akur dengan keputusan Speaker Selangor?

Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Kim mengumumkan bahawa kerusi DUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah kosong setelah ADUN itu tidak hadir ke sidang DUN sejak Julai 2010.

Keputusan itu diumumkan oleh Teng sebentar tadi.Teng berkata Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) boleh memanggil satu pilihanraya kecil untuk DUN tersebut.

Jika PRK ini dijalankan ia merupakan pilihanraya kecil ke-15 sejak pilihanraya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 lepas.

Sebelum ini, khabar angin mengenai kekosongan itu bertiup kencang apabila Badrul Hisham Abdullah didakwa telah gagal menghadiri sidang DUN selama lebih setengah tahun.

Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

Tingginya keperibadian Tuanku Sultan Kedah

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Sultan Kedah, Tunku Abdul Halim Muadzam Shah mengingatkan rakyat negeri ini supaya berwaspada dan menolak apa-apa percubaan pihak tertentu untuk melibatkan baginda di dalam apa-apa isu yang berbangkit.

Menurut baginda, peristiwa seperti ini telah berlaku di beberapa tempat lain dan akan menyebabkan timbulnya perpecahan di kalangan rakyat kerana kadang kala permainan politik tidak mengambil kira ketenteraman awam dan kecetusan huru hara.

Baginda bertitah demikian di Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-Darjah serta Bintang-Bintang Kebesaran sempena Ulangtahun Hari Keputeraan baginda yang ke 83 di Istana Anak Bukit.

Apa yang dititahkan baginda itu adalah lahir dari ketulusan dan kebijaksanaan seorang raja yang menyedari cubaan pihak tertentu yang gemar menggunakan istana bagi menjayakan agenda tersirat, terutamanya agenda politik.

Ucapan baginda tidak ditujukkan kepada sesiapa, baik PAS, Umno atau KeADILan. Sejak sekian lama Tunku Abdul Halim terkenal sebagai seorang Sultan yang meraikan rakyat jelata tanpa mengira siapa pun yang menerajui kerajaan ketika itu.

UMNO TAGIH EHSAN DI PAGAR ISTANA – BEKALAN PRU13 MENGELAK REPUT MENJADI PEHUI.

29 MUHARRAM 1432, RABU
4 Januari 2011

RENCANA OLEH : IBN ABDULLAH AL AWAB

Pemimpin 1umNO menjadi rakus dan sikap keras hati, panik dan takut menyaksikan bayang-bayang sendiri dan bayang musoh tradisi dari sumber dalam umNO sendiri. Iaitu dari jenis kabilah-puak, kroni, taket dan cah keting; ampu suap dan beri terima rasuah yang dibudayakan sekian lama. Apalagi musoh lawan politik yang hakiki terkini, digeruni oleh pemimpin umNObn iaitu tekad solid persefahaman dan kebangkitan jenama PR dalam persada politik negara. Terdiri dari PAS, DAP dan PKR. Ianya mengundang pemimpin perdana 1umNO yang beradu di singgahsana PWTC ketar punggong dan lemah longlai sendi lutut.

Sebenarnya lama dah, dah usang penyakit berjangkit itu menjalar dan berlengkar meresapi kepada pemimpin umNO betis dan umNO kaki dinegeri-negeri 1Malaysia sampai keperingkat ahli dan penyokongnya. Kerana kesannya kalau tersilap langkah ditangani oleh pemimpin perdana 1umNO; PUTRAJAYA pula goyang dan akan di tawan oleh PR pada PRU13. Ianya tidak mustahil dan tidaklah hayalan. Itulah hakikat gerunnya 1umNObn kepada PR sekarang. Pemimpin umNO di negeri yang sah umNO dah bertukar, berhijrah menjadi pembangkang sebaik ditolak rakyat pengundi pada 8 Mac 2011 di PRU12 masih menolak kenyataan yang melanda mereka terbalik terkalih menjadi pembangkang.

MBAS dah tak ada duit dah kaa..??

Assalamualaikum,

http://1.bp.blogspot.com/_bmT22lzcILw/SLtZFPcfJaI/AAAAAAAAB8U/WL8kXbJ-L5s/s400/IMG_3247.JPG
Gambar Hiasan

Kawan dengaq kata lanie MBAS tengah dok pulon ligan peniaga2 di kaki lima jalan di pekan Aloq Setaq. Dengaq kata depa ambik ufti sebanyak RM50 sebijik kedai dan charge lagi setiap kepala pembantu dalam kedai-kedai tersebut.

Kawan bukan apa kekadang tu terpikiaq jugak.. pasai paa 'kasaq' sangat nie... pada2 lah nak buat undang2 dan tindakan tuuu... bukan apa takut rakyat terkejut.. dulu zaman UMNO BN depa tak kacau pun peniaga2 yg dok meniaga di kaki jalan nie...

Memang betoi pon depa meniaga salah.. tapi kena ingat depa pon cari makan nak bela anak bini... dan kita kena ada sifat toleransi dimana kalau nak ambik tindakan biaqlah kena caranya... awat pulak dok pie charge depa pulak... suruh depa ambik lesen dah laaa...

Kubu Kuat BN di Kuala Sala kawasan MB telah roboh



oleh SriTambak

Walau pun sekatan di buat di segenap lorong dan jalan masuk ke Kuala Sala, dan orang ramai dimintak pulang kunun nya cerama Tuan Ibrahim Tuan Man dan Yb Amiruddin Hamzah Exco Kerajaan Negeri Kedah, tak jadi dan dibatalkan, namun ceramah tersebut mendapat sambutan yang luar biasa,orang kampong keluar beramai2 kerana ingin tahu apakah yg sebenarnya berlaku apabila melihat bagitu rasmai Polis menghadiri majlis tersebut.

Alhamdulilah PAS Kawasan Jerai berjaya menyampaikan maklumat dan isu2 semasa sekaligus dapat menjawab segala fitnah2 yang dilimparkan oleh BN terhadap PR yang memerintah Kedah dan Kawasan tersebu adalah Kawasan MB Kedah,Kuala Sala merupakan kubu kuat BN yang sukar ditembusi.

Ikutilah ceramahnya :

SPR dah dok buat kerja nak ubah tiang gol dah...

Tukar Lokasi: PAS Dukacita Sikap SPR

LABIS 21 Jan : Pakatan Rakyat menyuarakan rasa dukacita dengan keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menukar lokasi tiga pusat mengundi DUN Tenang sehari sebelum tarikh penamaan calon berlangsung.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali yang ditemui TVselangor dipetik sebagai berkata, keputusan tersebut memberi masalah kepada pengundi-pengundi di kawasan itu berikutan lokasi yang lebih jauh.

"Saya pernah menyatakan perubahan di saat akhir tidak begitu baik. Sepatutnya ini dimaklumkan lebih awal kepada kami supaya boleh membuat persiapan. Jadi apabila saat akhir tidak begitu bagus kepada pengundi sebab perubahan tempat ini lebih satu kilometer," jelas beliau selepas perasmian Jentera Muslimat PAS di sini petang tadi.

Tiada rombakan GLC Kedah


ALOR SETAR - Kerajaan Negeri tidak bercadang membuat sebarang rombakan membabitkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik negeri ini dalam masa terdekat .

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan hampir kesemua GLC, bagaimanapun tidak menafikan terdapat sebahagian daripadanya yang masih belum mencapai sasaran ditetapkan.

Menurutnya, satu usaha penambahbaikan akan dilaksanakan terhadap mana-mana GLC yang didapati kurang memberangsangkan bagi memastikan tahap keberkesanannya meningkat sekali gus membantu Kerajaan Negeri menambahkan hasil pendapatan.

Harga ayam naik lagi...pangkah lagik....

BUKIT MERTAJAM – Harga ayam naik lagi. Itu keluhan sebahagian besar peniaga ayam di Pasar Awam Bukit Mertajam.

Tinjauan Sinar Harian ke pasar berkenaan semalam mendapati, rata-rata peniaga terpaksa menjual dengan harga maksimum RM8 bagi sekilogram ayam berikutan kenaikan secara mendadak oleh pembekal kebelakangan ini.

Peniaga, Hafizi Mat Saad,30, berkata, kenaikan itu bukan sahaja membebankan mereka sebagai peniaga, tetapi juga pembeli yang merungut mengenai harga ayam yang tidak masuk akal.

Menurutnya, jika dahulu harga ayam proses yang diambil daripada pembekal hanya sekitar RM5.50, tetapi hari ini ia mencecah RM6.90 ke RM7 sekilogram.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...