TERKINI :

Thursday, January 20, 2011

Blogger UMNO/BN yang bangsat.. Tak ada kerja melainkan 'fitnah'..


Hari penamaan calon masih berbaki tiga hari dan Umno hanya akan mengumumkan calon mereka hari ini.Tatkala Umno masih berteka-teki dalam soal calon,sama ada mencalonkan calon lelaki ataupun wanita,Pas sudah terkehadapan dalam meletakkan calon muslimat di Dun Tenang iaitu Normala Sudirman atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala.

Khabar angin di pihak Umno menampakkan lobi-melobi yang kuat terhadap dua nama calon iaitu wakil wanita iaitu Ketua Wanita Bahagian Labis,Haslinda Salleh selain nama ADO bagi Daerah Kecil Rengit,Azhar Ibrahim. Selain dua nama tersebut,nama Timbalan Ketua Umno Labis,Rusdin Mahmud dan Naib Ketuanya Hashim Daud turut diperkatakan orang untuk menjadi calon Umno di kerusi tersebut.Apapun,dalam masa beberapa jam sahaja daripada sekarang,lawan kepada calon Pas bakal terjawab di Tenang.

Kita tengok siapa yang akan derhaka..!!??

Sultan beri perkenan sidang DUN Selangor

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberikan perkenan baginda untuk persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor diadakan pada 24 Jan ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini mengesahkan baginda telah menandatangani perisytiharan pada 14 Jan lalu untuk persidangan itu diadakan selepas mendapat permohonan daripada pihak Dewan Undangan Negeri.

DENGAR, HAYATI DAN SAHUTLAH SERUAN AZAN

1. Selepas isu non muslim memasuki dan mengunjungi masjid, kini timbul pula isu azan yang dianggap mengganggu ketenteraman awam oleh sebahagian dari penduduk negara kita. Sedang azan adalah syiar agama Islam yang telah berkumandang diangkasa sejak ummat Islam wujud di negara ini. Malang jika masih ada yang belum memahami nilai seruan azan yang cukup luar biasa ini. Mungkin juga buat - buat tidak faham sedang azan adalah seruan rutin yang boleh didengari melalui menara masjid, radio dan televisyen saban waktu malah di televisyen lengkap dengan subtitle nya.

2. Barangkali masyarakat kita samada muslim atau non muslim masih gagal menghayati dan mendalami nilai spiritual dan saintifik yang tersirat disebalik seruan azan yang dikumandangkan. Lebih malang jika kegagalan memahami seruan azan itu bertolak dari rasa benci dan jengkel terhadap agama Islam itu sendiri. Bukan sahaja non muslim, malah orang yang mengaku Islam juga pernah memaki hamun muazzin [ tukang azan ] kerana mengganggu tidurnya sehingga terdapat perbahasan hukum seorang muslim yang mencela seruan azan boleh membawa kufur atau batal aqidahnya didalam kitab - kitab Islam .

Hangpa nak kata apa kata laa..aku pedulik apa...

Rosmah tidak risau dengan pengkritik

MUSCAT 20 Jan. - Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau tidak terganggu dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap beliau berhubung lawatannya ke seberang laut.

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata, semua lawatannya diatur selepas beliau menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita sesebuah negara yang terlibat.

Bercakap kepada wartawan Malaysia pada akhir kunjungan empat hari ke Oman pada Rabu, Rosmah berkata, beliau akan membuat lawatan itu apabila diperlukan bagi menyampaikan ucaptama di majlis-majlis tertentu.

"Jadi, biar mereka kata apa yang mereka nak kata, tapi saya rasa bahawa lawatan ini sangat berfaedah bukan sahaja kepada kita tetapi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau malah parti apapun yang mereka wakili," katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.

"Saya berada di sini bukan untuk mewakili seksyen tertentu masyarakat tetapi kami di sini mewakili rakyat Malaysia," kata Rosmah menjelaskan bahawa beliau dan anggota rombongannya diterima baik di sini dan pemerintah Oman, Sultan Qaboos Bin Said, sendiri mengambil berat lawatan itu. - Bernama

YB GOBALA TIDAK SABAR LAGI UNTUK DIUPECAT OLEH PKR?

 
Gobala di dalam Majlis Pelancaran Parti KITA
Oleh: WFAUZDIN NS

MENARIK untuk kita memerhatikan tingkah laku YB Gobalakrishnan seorang MP dari PKR yang kununnya hebat dan berani mengkritik Ketua Umum PKR. Berbagai tuduhan sebelum ini beliau lemparkan kepada DS Anwar sehingga ke tahap yang tidak masuk akal langsung iaitu menuduh DS Anwar anti Hindu.

Semalam beliau hadir di dalam Majlis Pelancaran Parti KITA yang diterajui oleh Dato Zaid Ibrahim sekutu YB Gobala yang sama-sama mahu melihat DS Anwar jatuh di dalam politik. YB Gobala telah ditanya tentang perkembangan politiknya di dalam PKR setelah berbagai kontroversi yang beliau wujudkan di dalam parti. Beliau di dalam kenyataannya menegaskan bahawa beliau masih lagi ahli PKR dan Anwar Ibrahim tidak boleh memecat beliau.

Khir dan AG...ehemmmm ehermmmmm


14 safar 1432H.

Khir Toyo enggan menjawab sebarang dakwaan mengenai dakwaan pemberian projek bernilai RM273 juta secara runding terus kepada sebuah syarikat ketika beliau menjadi menteri besar Selangor sebelum ini seperti dipetik dari satu sms yang disiarkan oleh malaysiakini hari ini

"Saya telah diarah oleh AG (peguam negara) untuk diam (berhubung dakwaan itu)," kata Khir Toyo.

Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin mendedahkan beberapa syarikat milik seorang tertuduh dalam kes melibatkan tuduhan rasuah Kes Khir toyo didakwa menerima projek lebih RM273 juta dalam tempoh pentadbiran BN.

Pendedahan mengejutkan itu melibatkan lima kontrak yang didakwa telah diberikan secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat milik individu bernama Shamsudin Hayroni.

Parti Cinta Malaysia lebarkan sayap ke Kedah


SUNGAI PETANI 18 Jan. - Parti Cinta Malaysia (PCM) yang sebelum ini bergiat aktif di Pulau Pinang, kini melebarkan sayapnya di negeri ini apabila ia menubuhkan bahagian pertamanya di Sungai Petani di sini, baru-baru ini.

Pelancaran PCM itu akan disusuli pembukaan empat lagi bahagian di Padang Terap, Alor Setar, Padang Serai dan Merbok dalam tempoh terdekat.

Setiausaha Agungnya, Loo Kien Seang berkata, walaupun parti itu masih baru, penerimaan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum di seluruh negara setakat ini amat menggalakkan.

"Golongan muda khususnya kalangan profesional semakin yakin dengan komitmen PCM untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang mementingkan perpaduan.

Noh Omar Penderhaka...



Menurut Saari Sugib,"Kalau ikutkan memang ada dikalangan ADUN BN yang berjanji akan mengundi pindaan tersebut,tetapi telah di beri amaran keras oleh YB Noh Omar dan barang siapa yang didapati mengundi maka pada PRU kelak nama mereka tidak akan dicalonkan kembali."katanya.

Pakatan Rakyat walaupun diluluskan dengan 24 undi di mana kesemua ADUN PR mengundi namun ia tetap tidak akan berlaku pindaan kerana 4 undi lagi tidak mencukupi untuk mendapat 2/3 undi.

Masa untuk komplain.. e-Idaman bersama rakyat

E-Idaman turun padang didik soal kebersihan

POKOK SENA - Bagi mewujudkan persekitaran kediaman yang indah dan bersih, syarikat pengurusan sisa pepejal, Environment Idaman Sdn Bhd (E-Idaman) dengan kerjasama Majlis Ketua Komuniti (MKK) Taman Pertama menganjurkan majlis gotong-royong di taman berkenaan.

Program itu dilakukan bagi membersihkan longkang tersumbat akibat sampah plastik makanan ringan yang dibuang oleh kanak-kanak selain semak-samun di beberapa kawasan terutamanya di sekitar padang bola.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat E-Idaman, Afzainizam Ab Rahim, berkata, pihaknya menyediakan sebuah lori bagi mengangkut sampah yang dihasilkan ketika gotong-royong itu berlangsung.

Pemimpin diguling kerana isteri

Oleh Mummy Rokiah

Nesrine Ben A
Presiden Tunisia Zine el-Abidine Ben Ali (ejaan Melayu Zainal Abidin bin Ali) telah digulingkan melalui kebangkitan rakyat yang sudah jijik dengan keserakahan isteri beliau Leila Trabelsi, 52.

Leila bekas pereka rambut berumur 20 tahun lebih muda dari Zine el-Abidine, sangat cintakan kekayaan dan kemewahan sehingga beliau disamakan dengan Imelda Marcos Arab.

 

Ben Ali, 74, telah diberikan perlindungan di Arab Saudi, isterinya tidak turut sama malah telah bersembunyi di Dubai – bandaraya mewah untuk beliau shopping.

Dua anak perempuan mereka Nesrine Ben Ali, 24, dan adiknya Cyrine telah melarikan diri ke Hotel Disneyland di Paris, di mana mereka bersembunyi di suite VIP £300 untuk satu malam.

Hasil korup keluarga ini dianggarkan sebanyak £3.5billion telah disimpan di Peranchis bekas penjajah Tunisia.

Antara punca GOBALA Meracau

Gobalakrishnan bimbang kedudukan

ALOR SETAR – Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan didakwa terpaksa mengambil pendekatan menentang parti disebabkan bimbang kedudukannya sebagai wakil rakyat bakal terjejas berikutan kes mahkamah yang sedang dihadapinya ketika ini.

Seorang pemimpin kanan PKR Kedah mendakwa, Gobalakrishnan yang didapati mengaku salah terhadap pertuduhan menghalang tugas polis dan dihukum denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang tahun lalu bimbang permohonan yang dibuat di Mahkamah Rayuan ditolak berikutan pernah melakukan perbuatan serupa pada 2007.

Menurutnya, peluang Mahkamah Rayuan menerima permohonannya dianggap tipis dan Gobalakrishnan kini terpaksa menentang parti bagi membolehkan beliau mengekalkan kepentingannya sekiranya bertindak melompat parti.

“Bagi saya, Gobi (Gobalakrishnan) membuat kesilapan apabila mengaku salah di atas pertuduhan ke atasnya kerana ianya membatasi peluang beliau untuk mengemukakan rayuan hingga ke Mahkamah Persekutuan.

Kebebasan bersuara mahasiswa di bawah kerajaan negeri Kedah

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) yang kelihatan tenang selama ini, tiba-tiba dikejutkan dengan demonstrasi oleh kira-kira dua ribu mahasiswanya. Insaniah adalah sebuah institusi pengajian tinggi milik penuh kerajaan negeri Kedah.

Apabila mahasiswa secara solidariti bangun serentak menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap beberapa isu, khususnya mengenai isu kebajikan pelajar, maka ia secara tidak langsung semacam mempertikaikan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri.

Tapi berlainan pula dengan reaksi oleh Menteri Besar Kedah. “Saya cukup gembira dengan tunjuk perasaan itu dan saya nak latih mereka untuk bercakap dan saya juga berterima kasih kepada mereka,” ujar beliau.

Komen yang diberikan oleh Menteri Besar itu adalah konsisten dengan sikap pemimpin PAS yang menjadi pembangkang di Pusat lebih separuh abad, iaitu memberi kebebasan kepada mahasiswa untuk bersuara menuntut hak.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...