TERKINI :

Wednesday, January 19, 2011

Alahai Facebooker UMNO.. ZINA ZINA ZINA.. buat malu UMNO ja bro..!!

AMARAN: Fitnah BERZINA terhadap calon PAS, Cikgu Normala Sudirman oleh facebooker Umno!!

oleh: Pria Malaya

Lagi fitnah berzina terhadap pemimpin2 PAS oleh penyokong (blogger/facebooker) Umno..kini seperti dijangka, calon PAS N.05 Tenang, Cikgu Normala Sudirman menjadi sasaran jahat mereka!


Alahai Puteri UMNO ku sayang.. Yang nak nasihat orang bab dosa pahala tuu...!!!

Mak Cium Jantan, Puteri Peluk Jantan... kah..kah..kah... umnGok...!!!!



Gua godek sana... godek sini... gua terjumpa gambar puteri umno bergambar baeeekkkk punya dengan seorang pelakon lelaki. Gua tak kisah kalau puteri umno yang dah bersuami dan beranak sorang nih... nak bergambar dengan pelakon puuuuujaaaaaan hatinya... tetapi biarlah berjarak sedikit, tak lah melekat macam tu... perggghhhhh.....

Ini baeeeek punya peluk sampai berlaga dada dengan dada pelakon tu.... betul2 Islam Hadhari wa cakap luuuuu.... dah tak kenal halal haram... ishhh...ishhh..ishhh... laki dia tak cemburu kaaaa...???

ISA SAMAD TIDAK FAHAM AGAMANYA SENDIRI ?

Oleh: WFAUZDIN NS

ISA Samad, Pengerusi Felda berbangsa Melayu dan mungkin berugama Islam , seorang manusia tidak cukup tinggi dan tahap otaknya juga rendah telah hadir dalam satu Majlis Jamuan bersama kaum Cina di Tenang, Labis, Johor disertai dengan hiburan tarian dari penari yang seksi, majlis yang rata-rata pengunjungnya meneguk arak.
Di dalam ucapannya di hadapan kaum Cina Non Muslim itu, beliau berbangga apabila menghina Tuan Guru Nik Aziz selaku Ulamak merangkap Mursyidul Am PAS dan MB Kelantan. Memetik ucapannya seperti yang disiarkan di dalam Malaysiakini, insan pendek ini berkata, "(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan,” kata Isa./Malaysiakini
Saya ingin memetik satu ulasan dari pengunjung blog saya terhadap ucapan si pendek dari Port Dickson ini. " Nampak sangat Isa Samad Islam atas nama , sbb mak bapak dah Islam, lahir pun Islam...aku marah dia kata "Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham pasal islam"...ni satu lagi sebijik mcm Ibrahim katak...sebut pasal "bangsa" dalam Al-Quran...

"Mintak tolong skit yek...ALLAH dah nyatakan tentang USAHA..kalau tak paham pasal Islam tu mmg Isa Samad je..sbb dia sendiri tak berUSAHA nak faham Islam.

Wahai PM.. Jangan Hampakan 1Malaysia untuk melondeh Anwar.. Ayuh Sahut Cabaran cepat..!!

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

DATO’ SERI NAJIB JANGAN HAMPAKAN RAKYAT UNTUK
BERDEBAT DENGAN ANWAR IBRAHIM

(19 Januari 2011)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak Dato’ Seri Mohamad Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia agar menerima pelawaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan beliau mengenai ‘Janji 100 hari Pakatan Rakyat’. Debat ini penting bagi melihat hujah dan fakta yang dilontarkan antara Perdana Menteri mewakili kerajaan Malaysia dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang di Parlimen.

DPPWP merasakan rakyat berhak mengetahui apakah kandungan yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat dalam buku Jingga benar-benar realistik ataupun retorik semata-mata. Perdana Menteri pula boleh mengemukakan hujah balas dengan mengemukakan apakah sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh kerajaan selama ini terhadap rakyat.

BN umum calon hanya depan 500 penyokong.. Mohd Azahar Ibrahim gerangannya..!!

Bekas bendahari Pemuda Umno Labis Mohd Azahar Ibrahim diumumkan mewakili BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang hujung bulan ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di kawasan lapang di belakang Pejabat Umno bahagian Labis, petang ini di hadapan 500 penyokong.

Azahar (kiri) juga merupakan anak kepada bekas ADUN Tenang sebelum ini.

Isteri keluar urusan negara Suami bermesra dalam negara..!!

Premis arak: Umno mahu kutip untung, bukan ikhlas dengan Islam

http://wfauzdin.blogspot.com

MENGULAS tindakan YB Ronnie Liu yang juga Exco Perumahan dan Kerajaan tempatan yang mengarahkan MPSJ menarik balik larangan terhadap orang Islam bekerja di premis menjual arak, kita patut bersyukur kerana PAS Selangor bertindak ke hadapan di dalam menangani isu ini. Tindakan segera PAS Selangor sama sekali menutup mulut pemimpin Umno Selangor untuk mempolitikkan isu ini kerana Umno sudah kita kenali tidak pernah ikhlas di dalam memperjuangkan Islam.

Semua tahu dan maklum, siapakah pemberi lesen arak terbesar di kilang arak di Shah Alam. Kita juga tahu siapakah yang bertanggungjawab meluluskan lesen judi terbesar di Genting, bahkan pernah bercita-cita untuk meluluskan lesen judi Bolasepak Piala Dunia yang lalu. Kita tidak lupa siapakah yang terlibat di dalam penganjuran Festival Busana Islam yang mendedahkan tubuh badan itu di mana isteri Presiden Umno memainkan peranan penting penganjurannya. Tangan siapakah yang menulis surat kepada Kerajaan Negeri Kelantan suatu ketika dahulu yang memberi amaran agar Kerajaan Negeri di bawah PAS itu tidak melaksanakan Hukum Hudud? Apa pemimpin Umno mahu jawab dengan isu ini? Di mana keikhlasan mereka? Mengapa Umno masih redha dengan akta zalim ISA sekiranya mereka ikhlas dengan perjuangan Islam?

Mana anak Pak Ngah Baharom Sedaka.. Takan tak mau suruh Najib buat mcm nie..!!

Elak kerja di tempat arak: S'gor peruntuk RM10 juta

Kerajaan negeri Selangor mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu umat Islam yang terbabit dengan urusan penjualan arak mencari pekerjaan alternatif, kata exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari.

NONE“Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan.

“Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, larangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang menghalang umat Islam melibatkan diri dalam urusan penjualan arak merupakan satu langkah untuk membendung mereka daripada terjerumus kepada pekerjaan yang tidak halal.

Akhirnya Sekolah Agama Bertapak di Putrajaya


1. Pemuda Putrajaya ingin mengucapkan tahniah diatas desakan dan usaha yang dilakukan oleh semua pihak termasuk PAS Kawasan dan Persatuan-persatuan penduduk di Putrajaya, maka Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Menengah Agama Putrajaya telah beropeasi bermula 1hb Januari yang lepas. Sekolah Rendah Agama Putrajaya telah beroperasi sepenuhnya bangunan sendiri di Presint 9. Manakala, Sekolah Menengah Agama Putrajaya pula hanya beroperasi dengan menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaaan Presint 11 (2). Sesi pertama yang bermula pada 1hb Januari, hanya mengambil pelajar baru dari tingkatan satu dan hanya menghadkan kepada 3 kelas sahaja dengan seramai 15 orang kakitangan termasuk kakitangan am.

2. Pemuda Putrajaya melihat usaha ini adalah sebahagian daripada tanda-tanda Pilihanraya Umum akan datang semakin hampir. Ini juga di lihat usaha terdesak daripada UMNO-BN bagi menghadapi Piliharaya Umum akan datang. Ini kerana , tidak terdapat suatu perancangan teliti telah dilakukan oleh Tengku Adnan, selaku ahli Parlimen Putrajaya dan PihakPerbadanan Putrajaya bagi merealisasikan kewujudkan sekolah terbabit terutamanya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya. Malah menurut matlumat yang diperolehi, tiada suatu kawasan pun yang telah diwarta sebagai tapak untuk Sekolah tersebut.

Zaid : Ini baru best.. Ini parti KITA yang punya.. Jadi ikut suka aku la nak buat apa..

Zaid terus-terang KITA sekular

Ketua parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau percaya parti itu akan dapat menarik sokongan masyarakat Islam dengan pendekatanNONE sekular yang diambil parti itu.

Beliau juga berkata, parti itu tidak berselindung dalam menyatakan pendirian sekular dalam menangani isu-isu antara kaum dan agama.

"Orang Melayu tak faham perkataan sekular, sebab itu jadi masalah. (Ada pihak) putar belit perkataan itu seolah-olah sekular itu menukar agama. Maka orang Melayu takut, orang Islam takut," katanya.

Jelasnya, perlembagaan Malaysia menetapkan negara ini sebagai sekular, berbeza seperti negara seperti Iran yang dipimpin oleh ketua agama.

Nampaknya DUN KEMBAQ Kota Seputih dah muncul....

Speaker isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong

NONESpeaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

Pengumuman itu dibuat petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Sebelum ini, khabar angin mengenai kekosongan itu bertiup kencang apabila Badrul Hisham Abdullah didakwa telah gagal menghadiri sidang DUN selama lebih setengah tahun.

Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

ADUN kontroversial Pelabuhan Klang itu meninggalkan PKR pada tahun Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.

Sebelum itu, beliau juga 'menghilangkan diri' buat seketika dan muncul semula dengan berita yang beliau akan berpaling tadah.

Malaysia bankrap jika laksana program Buku Jingga?

Dalam laporan berita Utusan Malaysia bertarikh 13 Jan 2011, Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin berkata bahawa Program 100 Hari Pakatan Rakyat akan hanya menghancurkan ekonomi negara kerana tidak menyumbang sebarang kebaikan terhadap pertumbuhan ekonomi.[1]

Kritikan beliau berasaskan tiga perkara, iaitu: 1) Program tersebut semata-mata bersifat agihan dan tiada usaha untuk mencambah ekonomi; 2) Subsidi dberikan secara besar-besaran sehingga mengalami hutang yang besar seperti Greek dan Itali; serta 3) Menyerahkan pengurusan ekonomi kepada kerajaan dan menolak sektor swasta.

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) telah membuat perbandingan terperinci dengan mendalami Buku Jingga Pakatan Rakyat untuk meneliti kritikan-kritikan tersebut. Secara kesimpulannya, KPRU berpendapat bahawa ketiga-tiga hujah yang menjadi asas kritikan ISIS adalah songsang dan tidak berasas.

Parti dirasmi: KITA tidak lagi berseorangan [macam parti orang kaya ja nie??]

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang diterajui Datuk Zaid Ibrahim dirasmikan pagi ini dengan dibarisi nama-nama terkenal daripada pelbagai parti.

Antara mereka termasuk ahli parlimen Padang Serai dari PKR, N Gobalakrishnan dan presiden PPP Datuk M Kayveas. Selain itu perwakilan daripada Snap dan bekas pemimpin PKR yang lain termasuk bekas setiausahanya, Datuk Salahuddin Hashim dan bekas timbalan setiausahanya yang dipecat P Jenapala juga hadir.

"Kita tidak lagi berseorangan," kata Zaid dalam ucapan perasmiannya.

Najib Masih Takut Untuk Berdebat Dengan Anwar

oleh Tulang Besi

Sedih hati Tulang Besi. Perdana Menteri MAlaysia MASIH TAKUT untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim setelah mengeluarkan kata-kata nista terhadap cadangan Pakatan Rakyat yang terkandung dalam "Buku Jingga".

Kalau saya jadi Najib pun saya takut jugak nak berdebat sebab saya tahu saya akan kalah. Polisi UMNO dan BArisan Nasional adalah menjadikan kekayaan Malaysia sebagai hak milik UMNOPUTRA serta kroni-kroni mereka.

PM Santa Klaus.....sekarang beroperasi di TENANG..

Projek Tenang PAS Johor ejek PM Santa Klaus

PAS Johor dukacita dengan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa menjadi "Santa Klaus" kerana mengumumkan projek bernilai tinggi kepada masyarakat Felda di DUN Tenang.

"Masyarakat Felda digula-gulakan sekali lagi oleh pemimpin (kerajaan) yang datang, gambaran mereka seperti Santa Klaus yang mengumumkan projek berbilion ringgit kepada rakyat Felda.

"Mungkin bagi orang awam, pengumuman perdana menteri dilihat sebagai pengumuman hebat dan dibanggakan tanpa mengetahui kedudukan perkara yang sebenarnya," kata ketua penerangan Johor Mazlan Aliman dalam satu sidang media.

Mazlan berkata pihaknya rasa dukacita berhubung kos persiapan sambutan kehadiran Najib semalam.

KEDAH SENANG dah..kami nak kekalkan KEDAH SEJAHTERA

oleh UsinWafer

http://3.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TJjQTMuojaI/AAAAAAAABWg/pg5CELyG3DY/s1600/kedah%2520sejahtera%25202.png

usinkata; Perdana Menteri Malaysia Najib Razak ke Kedah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan menghadiri majlis sambutan Thaipusam 1Malaysia yang akan diadakan di Kuil Subramania Swami Devastanam, Pekan Lama, Sungai Petani pada hari Khamis 20.1.2011(esok).

Dengan itu banyak sekali banner yg tertera slogan "BN MENANG KEDAH SENANG" yang menjadi propoganda terbaru UMNO Kedah dinaikan dan dipasang di beberapa lokasi strategik.

Kehadiran Najib ke Kedah esok bagaikan menyuntik "dadah steriod" kepada UMNO Kedah.Begitu bersemangat sekali Ahmad Bashah dan Mukhriz utk memastikan PRU13 Kedah kembali ke tangan UMNO dan seharusnya Pakatan Rakyat khususnya PAS tidak memandang enteng keghairahan kedua-dua pemimpin UMNO yg baru dilantik oleh UMNO Pusat didalam usaha UMNO merebut kembali "bendang" yg bertuah ini

Ini dapat dilhat dengan program 'Gelombang Merah" serta kewujudan "Bilik Perang" yang akan "dikerah" pada bulan hadapan (Feb2011)utk memastikan Kedah Senang-Senang Dirampas Kembali..

Masa atas dunia macam-macam di kata kat PAS.. Tapi mai mati orang PAS jugak suruh jadi imamnya..!!

PM lupa ziarah jenazah Setiausaha Umno Cawangan Tenang 

LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan
Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.

(Gambar: Cikgu Normala Sudirman mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham ketika menziarahi jenazah Setiausaha Umno cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi, di masjid Felda Tenang tengahari semalam.)

Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.

Ayuhhh.. Cepat Najib.. kami nak tengok ANWAR demam..

Berdebatlah Najib, nak lihat Anwar demam


Abdul Aziz Mustafa 

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jangan terus menikus kerana rakyat benar-benar ingin melihat beliau mengakibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim demam kerana berdebat dengannya.

"Berdebatlah. Cakap besar dari jauh apa gunanya.

"Kalau betul Najib ada semua maklumat mengenai Anwar dan kalau dia dedahkan, Anwar akan demam, tunggu apa lagi?

"Janganlah menikus tak habis-habis. Sambutlah cabaran Anwar untuk berdebat dan dedahkan semua maklumat itu. Rakyat pun nak tahu juga," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sebelum itu, ketika berucap kepada para peneroka di Felda Chemplak, Tenang, Najib berkata: "Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam".

"Isa Samad Hilang Kewarasan" | Layan Tarian Seksi

KENYATAAN MEDIA
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
19 Januari 2011 (Selasa)
"Isa Samad Hilang Kewarasan"

1. Datuk Isa Samad yang baru sahaja dinobatkan sebagai Pengerusi Felda yang baru kelihatan hilang waras apabila melemparkan kata - kata kesat kepada Al Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai gila sewaktu berkempen di Tenang Johor.

2. Apa yang diungkap oleh Datuk Isa Samad Persis ucapan dan tindakan yang dilakukan oleh orang - orang jahiliyyah yang gagal menyangkal hujjah Nabi saw ketika mengajak mereka beriman kepada Allah swt Tuhan yang Maha Mencipta. Inilah sifat jahiliyyah sepanjang zaman, setelah gagal berhujjah lalu mereka akan melemparkan sumpah seranah dan caci maki sekaligus menunjukkan betapa rendahnya keperibadian serta tahap berfikir.

Pelan 100 hari: PRU-13 masanya untuk rakyat buat penilaian

oleh melikapakjangak


WALAUPUN belum tentu tarikhnya, namun para pengunmdi di negara ini berdepan denangan hakikat natijah bahawa Pilihanraya Umum Ke13 (PRU-13) semakin dekat dan mereka akan membuat pengadilan dan penghukuman melalui kuasa undi.

Sebagai antara strategi memancing pengundi, pihak pembangkang mengutarakan 'Pelan 100 Hari' yang pada dasarnya akan sangat melabakan rakyat. Bagaimanapun ianya amat meragukan, kecuali kepada kalangan yang taksub dan jumud mendukung dan menyokong pembangkang.

Bila kerajaan terajuan Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan.Program Tranformasi Ekonomi (ETP), pihak pembangkang menganggap kerajaan mencedok 'Pelan 100 Hari' mereka,.

Apa tanggapan pembangkang dan pantulan serta anjlan pihak kerajaan terhadap isu 'cedok dan tiru' idea atau pelan pihak pembangkangkan, bukan masalah rakyat selaku pengundi. Yang penting, faedahnya kepada rakyat sama ada pelan dan prigranm bersifat retorik atau realiti.

Patuhi Etika Kewartawan | Dah sampai tak ada tajuk dah kaa.. payudara pun hangpa nak cerita..!!

KENYATAAN MEDIA MPP GMUKM:
Patuhi Etika Kewartawan

Tarikh : 18 Januari 2011

Majlis Perwakilan Pelajar Gabungan Mahasiswa UKM (MPP GMUKM) mengecam sekeras-kerasnya tindakan Penerbit rancangan 'Wanita Hari Ini' di saluran televisyen TV3 yang kelmarin menerbitkan segmen bual bicara tersebut bertajuk , "Salahkah Besarkan Payudara?".

Selaku jurubicara masyarakat Malaysia yang sensitif, kami di peringkat MPP GMUKM amat kecewa di atas tindakan Penerbit rancangan tersebut yang kurang sensitif dengan isu-isu yang masih menjadi taboo dan kurang beretika untuk dibincangkan secara terbuka seperti rancangan bual bicara tersebut.

Maahad Tahfiz terbakar, mohon dana bantuan

http://www.wartakedah.net/images/bakaq.jpg 

ALOR SETAR: Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zalifah di Lorong Pak Mat Kastam, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, di sini, terbakar pagi 16 Januari lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, beberapa bilik di tingkat atas bangunan dua tingkat itu terbakar dipercayai akibat litar pintas.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku di Maahad yang menempat sejumlah 65 pelajar, termasuk 11 perempuan yang berusia antara 13 dan 25 tahun.

Golongan yang banyak menyumbang kepada LHDN anda tahu dari mana???

Golongan menengah dan pembayar cukai perlu dibela kerajaan..

SAMA ada sedar atau tidak golongan pertengahan adalah golongan teramai di Malaysia dengan mempunyai berpendapatan sederhana tinggi. Golongan ini kebanyakannya bekerja makan gaji sama ada sebagai penjawat awam atau pekerja swasta.

Golongan pertengahan ini juga adalah pembayar cukai terbanyak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) walaupun kadangkala lebihan pendapatan mereka setiap bulan tidak seberapa dengan pelbagai tanggungan wajib dan beban kenaikan harga barangan.

Bagi mereka berjawatan tinggi yang tentunya berpendapatan tinggi mungkin tidak merasakan masalah ini kerana pelbagai jenis elaun diterima. Mereka tidak memikirkan bagaimana untuk sampai ke sesuatu destinasi jika diarahkan bertugas di luar. Tiket penerbangan, tempat penginapan dan sebagainya sudah tersedia tapi bagaimana dengan golongan pertengahan?

Yuran pengajian Insaniah yang terendah di Malaysia

oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHI @ wartakedah

ALOR SETAR – Yuran pengajian yang dikenakan kepada pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) merupakan yang terendah antara kolej-kolej di Malaysia.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak memaklumkan bahawa pelajar-pelajar KUIN merupakan pelajar paling hebat di negara ini, iaitu dari segi elaun yang mereka terima paling tinggi di Malaysia.

“Mereka (pelajar) terima PTPTN RM8,000 per semester, yuran pengajian yang dikenakan adalah RM1,000 bagi satu semester, jadi duit poket mereka ada lagi RM7,000 di mana RM1,150 bagi sebulan.

“Jika dibandingkan dengan kolej lain, yuran KUIN adalah rendah, jika kolej lain, satu semester pun sudah mencecah hingga RM7,000,” ujar beliau yang juga Pengerusi KUIN.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...