TERKINI :

Tuesday, January 18, 2011

Jika geng BN main mintak ampun macam tu jee.. Jika Pakatan Rakyat.. ISA laa jawabnya..

DAP hari ini membidas kerajaan kerana cara mereka menangani isu laungan azan yang didakwa oleh seorang peguam bukan Islam terlalu kuat sebagai dwi standard.

NONE“Saya berpendapat permohonan maaf (daripada pengadu) harus diterima semua dan tidak sepatutnya dieksploitasi,” kata setiausaha publisiti kebangsaannya, Tony Pua yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara.

“Namun, hanya satu isu yang Pakatan Rakyat kurang senang adalah amalan dwi standard dalam menyelesaikan isu ini,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Menurut Pua soalnya bukan mengenai permohonan maaf dibuat oleh peguam yang membuat aduan tetapi sikap pilih kasih diamalkan Umno.

Najib hanya berani berkokok di sebalik skrin tv..

MOHD Najib Razak memperli Anwar Ibrahim di Labis hari ini. Dia berkata Anwar akan demam kalau berdebat dengannya. Tambahnya lagi, Anwar tidak perlu berdebat sebaliknya selesaikan dahulu isu peribadi yang mengelilingi diri ketua pembangkang itu.

Najib juga dipetik sebagai bertanya kepada hadirin pada himpunan di sebuah tanah rancangan Felda itu sama ada wajar atau tidak beliau berdebat. Mereka yang hadir dilaporkan sebagai berkata, "tidak perlu".

Minggu lepas Anwar mengajak Najib berdebat mengenai ekonomi negara dan juga pelan 100 Hari Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Buku Jingga. Hari ini Anwar telah menulis sepucuk surat meminta Najib berdebat dengannya.

Keenggnan Najib menyahut cabaran Anwar itu disifatkan oleh penyokong pembangkang PM itu sebagai penakut, pengecut, bacul, takut bini dan tidak berani untuk mendedahkan fakta sebenar mengenai ekonomi negara sebaliknya hanya berani bercakap di layar televisyen sahaja.

BN Menang Betoi Ka Kedah Senang..!!

http://umno-online.com/wp-content/uploads/2010/10/bn_menang_kedah_senang.jpg

BN menang Kedah senang
Selogan, ketua Bahgian baru
Negeri Kedah sememangnya dah senang
Cuma Rakyat yang dok tungkat dagu
Semasa Bn Perintah dulu

Macam2 janji yang ditaborkan
Lebeh2 lagi masa Pilihanraya
Bila Bn Bentuk Kerajaan
Rakyat ditinggal bagitu saja

50 th BN perintah Kedah
Kedah senang Rakyat susah
Pemimpin UMNO Kenyang Keroni mewah
Rakyat melarat tak di indah

Bila rakyat mula berubah
Bn tersungkur menerima padah
Lani, rakyat Kedah cukup mewah
Di bawah perintaha perpaduan ummah

Lani UMNO BN macam Gila talak
Sesama mereka pakat betokak
Rakyat perati mereka punya lagak
Pilihanraya ni tersungkur pulak. 
 
http://3.bp.blogspot.com/_6d7Ig9gJXgs/SvzdlQpDRCI/AAAAAAAAAws/JyzDV2dRzhg/s400/bn+kalah+kedah+sejahtera.JPG
 
Nukilan : Kassim@KedahLanie.info

Hait, tak kan la baru nak bising... dulu tak kalut pon pasai org kerja kilang arak nie..???

oleh MP Pendang

Ana tertarik membaca apa yang diulas oleh WFauzdin dalam blog dia pasal MPSJ dan pekerja Islam bekerja dikilang arak.

Apa yang menghairankan bila pula nampaknya geng DS Noh Omar dan Jamil khir ni prhatin dan ikhlas dengan pekerja Islam dikilang arak ni. Masa hampa perintah dulu ada apakah yang hampa fikir danbincang mengenai nak ambil tahu dan nak ubah depa ni pergi kerja ditempat lain.

Ana ucapkan syabas kepada TS Khalid yang sedang berusaha nak cari tempat kerja kepada mereka melalui penubuhan tabung khas membantu mereka.

Kita tak kisahlah apa yang YB Ronnie liu nak kata kerana semeamngnya kita tahu dia bukan Islam, tetapi kita heran kenapa masa UMNO perintah dulu tak terfikirkah depa pasal hal pekerja Islam ini, sampai Datuk Ismail Kamus pun hairan dia pernah dijemput untuk beri ceramah ugama oleh perkerja Islam dikilang arak yang diberi lesen dah berpuluh tahun oleh pemimpin UMNO dan diresmikan kilangnya oleh pemimpin UMNO juga .

1malaysia - Penari seksi, Bir Free, Makan Free itulah depa..!!!

hang pa pie baca sini laaa

Jom makan FREE bersama PM...

apa dia bg kita tibai ja.. pangkah jgn sekali.. hahaha

'PAS zaman dulu'


Oleh JOHARI M

Pencalonan Normala Sudirman sebagai calon PAS merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang di Labis, Segamat, Johor mengingatkan kembali kepada suasana PAS satu ketika dulu, sebelum memperoleh kemenangan besar di Kelantan pada 1990 dan sebelum memenangi beberapa negeri dan menjadi "kerajaan menanti."

Normala telah meletakkan jawatan sebagai guru sekolah untuk menjadi calon PAS, membuat satu pengorbanan besar yang semakin asing dalam PAS pada era kemenangan dan menuju Putrajaya hari ini.

Nasib Normala, sama ada menang atau kalah, terutama kalah, akan menjadi sukar sekiranya tidak ada persediaan dan tidak memperolehi sumber pendapatan yang secukupnya nanti.

Inilah yang mengimbau kembali satu suasana PAS dahulu, ketika pengorbanan menjadi sesuatu yang norma, dan cerita ditukar dan diganggu pihak berkuasa menjadi cerita yang biasa.

Mintak maaf tidak cukup, BN dan UMNO mestilah disungkurkan

dari DRS. KHALIL IDHAM LIM
14 Safar 1432H.

Hari ini, 17 Januari 2011 ada hari yang dihiasi dengan permohonan maaf dari pihak tertentu atas ketelanjuran mereka sehingga menimbulkan sedikit kecelaruan dalam masyarakat dan negara Malaysia yang kita sayangi.

Namun begitu perlulah diingat bahawa permohonan maaf itu hanya boleh menyelesaikan perkara tersebut buat sementara waktu sekiranya BN masih lagi memegang tampuk pemerintahan negara. Oleh itu untuk memastikan permohonan maaf dibawah ada jaminan untuk tidak berulang lagi, BN dan UMNO mestilah disungkurkan dalam PRK Tenang dan PRU ke 13 tidak berapa lama lagi..

Dalam satu peristiwa, 2 isu besar politik Malaysia bertemu


Komuniti Syiah di Malaysia menuntut bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan agamawan Datuk Abu Hassan Din didakwa kerana "menghina, menghasut dan memfitnah" komuniti tersebut.

Kumpulan itu, yang ditahan Jais dalam serbuan ke atas pusat aktiviti mereka Disember lalu diwakili Kamil Zuhairi Abdul Aziz yang hadir bersama peguam Mohd Haidar Mohd Hashim dan lebih 20 orang ahli komuniti itu di Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur pada Isnin, 17 Januari.

Laporan polis tersebut dibuat Kamil Zuhairi dan turut ditandatangani 13 orang Syiah lain.

Dalam kenyataan media empat perenggan yang diedarkan, Kamil Zuhairi turut mendakwa pihak berkuasa agama yang terlibat dalam serbuan 15 Disember lalu telah mencuri kain pemidang Syarikat Majma Ahlulbait Resources di Hauzah ar-Ridha di Sri Gombak, Selangor.

Kedah Sato: YB Dato’ Mahfuz Omar bakal di-saman..?

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/mugshots/mahfuz-omar-aug2.jpg

Belum reda rupanya isu perletakkan jawatan YB Dato' Mahfuz Omar sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn. Bhd. Sememang tidak akan mudah reda, kerana isu nya membabitkan pelaksanaan polisi (dasar) dan prinsip yang menjadi teras kepada perjuangan.

Pertembungan yang berlaku bukan sekadar hanya bersifat kepentingan peribadi, ianya melibatkan amanah yang dipikul dan janji yang menjadi pertanggungjawaban.

Dengan jelas, YB Dato' Mahfuz menyatakan beliau tidak menentang perlantikan IJM Corp.; sebalik beliau tidak boleh bersetuju dengan kaedah perlantikan yang diguna-pakai kerana bertentangan dengan polisi (dasar) yang diputuskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh PAS yang mana beliau adalah Naib Presiden dan Tim. Pesuruhjaya (2) PAS Negeri Kedah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen, berusaha mempertahankan prinsip ketelusan yang diperjuangkan di Dewan Rakyat dan harus diaplikasikan disemua peringkat.

MB Kedah tinjau perkembangan Kampus Insaniah


http://www.wartakedah.net/images/saniah.jpg
KUALA KETIL: Tidak betah duduk diam mahupun sekadar mendengar berita semata, Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan sentiasa turun padang untuk memastikan segala projek kerajaan berjalan lancar dan siap seperti yang ditetapkan.

Terbaru, beliau melawat Tapak Kampus Baru Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil, 13 Januari lalu untuk sekian kalinya bagi mendapatkan perkembangan mutakhir projek yang dijangka siap 2012 nanti.

Laman web dan facebook KFA


Persatuan Bolasepak Kedah sudah mempunyai laman sesawang rasmi. Sila layari www.kfa.org.my dan klik butang LIKE di laman rasmi Facebook KFA di http://www.facebook.com/pages/Persatuan-Bolasepak-Kedah-KFA-/179345575431261 Semoga kedua-duanya memberi manfaat yang berguna kepada semua penyokong bolasepak Kedah dan pencinta bolasepak Malaysia.. [HKC]





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...