TERKINI :

Monday, January 17, 2011

Mulakan proses pelaksanaan Islam dengan dakwah

Harakahdaily

SHAH ALAM, 17 Jan: Anggota Parlimen Shah Alam, Khalis Samad mencadangkan agar kerajaan negeri Selangor memulakan proses untuk pelaksanaan syariah di negeri ini dengan pendekatan dakwah dari bawah bukannya terus melaksanakannya tanpa penerangan yang jelas.

Bagi beliau, apa yang berlaku di Selangor sebelum ini sudah cukup baik apabila seluruh masjid dan surau negeri ini begitu aktif memberikan penerangan dan kuliah agama.

"Kita tidak mahu apabila kita laksanakan terus apa yang kita hendak ia akan menimbulkan fitnah kepada Islam," katanya dalam temubual beliau dengan RTM.

Rakaman temubual itu disiarkan dalam blognya, www.khalidsamad.com.

Khalid dipercayai mengulas perbezaan pendapat yang berlaku di Selangor sekarang ekoran keputusan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang mahu menguatkuasakan larangan terhadap orang Islam dari bekerja di pusat hiburan yang menghidangkan arak.

"Pada dasarnya kita bersetuju dengan undang-undang ini dan tidak ada salah padanya, hukumnya jelas tidak boleh dipertikai, cuma dari segi pelaksanaan perlu ada siasah syariahnya," kata Khalid.

Video: Interview RTM Isu MPSJ dan SUK


Part 1

SISTEM UNDI PROKSI BAKAL MEROSAKKAN SISTEM PILIHANRAYA DI MALAYSIA!

KENYATAAN MEDIA
SISTEM UNDI PROKSI BAKAL MEROSAKKAN SISTEM PILIHANRAYA DI MALAYSIA!
17 Januari ’11 / 12 Safar 1432


http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/berita/15-21mac/mohd%20firdaus%20jaafar.jpg 

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membantah cadangan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang mahu mewujudkan sistem undi proksi. Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, sistem undi proksi ini dibuat bagi membolehkan seseorang pemilih diwakili oleh mana-mana individu yang layak pada hari pengundian.

DPPM merasakan cadangan SPR untuk mewujudkan undi proksi ini tidak wajar dilaksanakan. Ini kerana undi proksi mudah terdedah dengan pelbagai manipulasi dan penipuan. SPR tidak menjelaskan siapakah proksi yang layak dilantik bagi menggantikan pemilih yang tidak dapat hadir pada hari mengundi.

Tembak UTUSAN punya pasai.. Presiden NUJ mahu meniaga Nasik Lemak

Presiden NUJ mahu jadi 'saudagar' nasi lemak

NONEPresiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari kini berkira-kira membuka gerai nasi lemak dekat rumahnya di Puchong dan kaunter aduan di depan pejabat Utusan Malaysia di Cheras, Kuala Lumpur.

Ini ekoran penggantungan kerja terhadapnya masih tidak pasti tempohnya dan sama ada bergaji atau tidak.

"Saya tidak pasti, saya kena tunggu dan lihat hingga hujung bulan ini untuk lihat sama ada mereka masukkan gaji saya atau tidak. Jika tidak saya kena pergi ke Jabatan Buruh.

"Oleh kerana saya tiada apa hendak dibuat dan tidak bergaji, saya berkira-kira membuka gerai nasi lemak," kata wartawan kanan akhbar milik Umno itu sambil ketawa.

Rosmah sebok mengalahkan menteri..!!


Biasa kita dengar perdana menteri atau menteri-menteri lain melakukan lawatan kerja ke luar negara atas urusan negara. Bukan sesuatu yang pelik kalau menteri melakukan lawatan kerja keluar negara. Tapi jadi pelik bila isteri PM buat kerja yang sepatutnya dilakukan oleh menteri.

Punyalah banyak menteri di dalam kabinet yang sememangnya diberikan jawatan dan diberikan gaji untuk mentadbir Malaysia oleh kerajaan, namun ada pula si penyebok yang masuk campur dalam urusan negara berlagak bagaikan menteri walhal tiada apa-apa jawatan yang disandang.

Dia ingat dia siapa? Apa jawatan Rosmah Mansor isteri Najib ini? Mengapa dia yang menyebok dan sentiasa sibuk mengalahkan menteri? Berapa gaji yang diberikan kerajaan untuk si pendek gemuk ini melakukan tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh menteri? Mungkin kerajaan patut potong gaji menteri berkaitan yang menyerahkan tugasnya kepada Rosmah.

Tenang : Ucapan sulung calon PAS sewaktu pengistiharan calon


Apabila PAS letak calon wanita......Umno dah menggelabah beruk.

Nak diletaknya calon wanita terutama dari Puteri sebagai saingan kepada PAS......Mak Cik-Mak Cik dari Wanita kuat jeles.....bukan jels-jelas sayang tahu tapi sudah sampai peringkat dengki yang boleh mengundang 'nahas politik'......dan yang paling memeningkan ialah lobi dari kaum Pak Cik-Pak Cik teramat kuat.....takut nanti politik cantas mencantas berlaku.

Kalau diiletaknya calon lelaki......takut nanti tewas kepada calon wanita.....lagi parah malunya kerana calon wanita(Muslimat) PAS ada aura tersendiri. Jika kalau kepada Wanita.....maka 'rangking' Presidennya main menurun.

Lobi-melobi di kalangan calon lelaki amat kuat sebab tu Presidennya sudah beri 'hint'......'Kita mahu letak calon yang boleh menang,' katanya.

"Ianya tiada ada kaitan dengan politik," - Markom | Yaa! Kami Percaya apa kata Pengarah Pelajaran Johor !!

Pengarah Pelajaran Johor Markom Giran mengakui jabatannya ada mengeluar notis pertukaran suami calon PAS di Tenang, Normala Sudirman, tetapi membatalkannya buat sementara selepas mendapat tahu isterinya mungkin dicalon dalam pilihan raya kecil di situ.

NONEKatanya, notis pertukaran yang bertarikh 27 Disember itu meminta suami Normala - Makrof Abd Mutalib - bertugas di sebuah sekolah di Pasir Gudang, Johor Bahru, bermula 1 Januari tahun ini.
Makrof mengajar di SK Tenang manakala sekolah baru itu pula terletak kira-kira 200 km dari situ.

Pada waktu itu, kata Markom (kanan), pihaknya tidak tahu yang isteri Makrof akan dipilih sebagai calon PAS.

Tetapi, katanya, selepas mendapat tahu mengenai pencalonan isterinya- Normala - pihaknya memutuskan untuk membatalkan buat sementara pertukaran Makrof.

"Kami tidak mahu ia menjadi isu politik," jelas Markom ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Normala Sudirman and husband Makrof Abd MutalibMalam tadi, PAS mengumumkan Normala sebagai calon yang mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari depan.

PAS dan Makrof telah mendakwa notis pertukaran itu, yang hanya memberi masa tiga hari untuk membuat persiapan, bermotifkan politik dan bertujuan untuk menghukum seorang guru yang anggoat keluarganya menyokong pembangkang.

Notis tersebut telah ditarik balik selepas pasangan tersebut membuat aduan kepada jabatan pelajaran daerah, kata Makrof (kiri sekali).

Sementara itu, Markom berkata, notis pertukaran tersebut tiada kaitan dengan politik tetapi kerana Pasir Gudang kekurangan 457 orang guru.

"Ianya tiada ada kaitan dengan politik," tegasnya sekali lagi.


http://www.malaysiakini.com/news/153643

UMNO Kedah - Dok siap bilik perang ka atau dok cari cara nak masuk duit dalam poket..!!

Umno Kedah mahu siapkan 672 'bilik perang'

 Jangan jadi kosong camnie sudah laa noo..
sekadar gambar hiasan..

Umno Negeri Kedah akan mula menggerakkan jentera pilihan rayanya bulan depan bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya umum diadakan pada tahun ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Umno perlu bersedia dan bersiap dengan segera bagi memperlihatkan kesungguhan untuk menawan semula Kedah kerana masa sudah suntuk.

Katanya program Gelombang Merah akan dikerahkan bulan depan dan melakukan penambahbaikan terhadap program-program sebelum ini dengan slogan "BN Menang Kedah Senang".

Kepada pimpinan PR & Rakyat Malaysia..cepat ambik formula nie untuk jadi kaya dalam 3 tahun..!!

INILAH FORMULA JADIKAN SEMUA RAKYAT JADI KAYA DALAM MASA 3 TAHUN !

Pakar Matematik Gunaan, Profesor Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin menyangkal dakwaan di sebalik alasan-alasan yang dikemukakan berhubung kenaikan harga petrol dan barang harian. Dalam wawancaranya bersama akhbar Sinar Harian, beliau menegaskan harga bahan api boleh diturunkan sehingga 30 sen seliter. Perkara itu katanya, boleh dilakukan dengan menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barangan. Dengan itu juga katanya, sekaligus dapat menghapuskan kemiskinan.

Katanya, Malaysia sebagai negara pengeluar minyak boleh menjual dengan harga murah untuk dalam negara tetapi menjual harga pasaran untuk luar negara. Malah jelasnya, kenaikan harga minyak di pasaran dunia bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, sebaliknya mendapat untung berganda.

Beliau mengemukakan perkiraan anggaran keuntungan jualan minyak negara disebabkan kenaikan harga minyak di pasaran dunia pada tahun 2007 hingga Jun 2009 di mana perolehan untung tambahan dari RM44 bilion setahun meningkat hingga RM78 bilion setahun.

Terima Kasih SETPOL atas keperihatinan kepada KedahLanie

http://4.bp.blogspot.com/_EsPNB1_wFz0/SoPQwSYpMQI/AAAAAAAAAKM/vABUaUuWRvw/S259/view.jpg
Takziah Kedahlanie

Agak lama juga saya tidak mengakses internet dan meneliti perkembangan blog dan website. Setelah beberapa kali gagal masuk, saya tertanya-tanya apa terjadi...hingga MB tanya apa jadi dengan KedahLanie? Aik! Saya heran juga...bila MB tau pasal KedahLanie! Rupanya anak lelakinya selalu dok buka bagi bos tengok. Saya email tanya apa jadi...ooooo dah kena bom pulak dah. Takziahlah kepada KedahLanie... tentu ada kesan besaq yang dicetuskan oleh team kedahlanie hingga orang hantaq bom mai.

Saya dapat akses Kedahlanie hari ni melalui http//kedahlanie.co.cc Tahniah sebab dapat cover cepat. Moga dapat hit angka lama yang berjuta-juta tu. Jangan bom tu dari pada iklan 'barang besaq' sampai meletup! Kalau sampai melembong, tentu boleh meletup.

"Forum Janji 100 Hari Pakatan Rakyat (PR)" - Mana wakil BN nie..???

KENYATAAN MEDIA
Dewan Pemuda PAS Pusat
17 Januari 2011


"Forum Janji 100 Hari Pakatan Rakyat (PR)"

Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan suatu forum Janji 100 Hari PR pada hari selasa 18hb Januari 2011 bermula jam 9 malam diChinese Assembly Hall, Kuala Lumpur. Forum ini bertujuan untuk membahaskan pro dan kontranya cadangan PR selepas 100 hari memerintah. Bagi mendapat pandangan yang seimbang daripada semua pihak Dewan Pemuda PAS, telah dan sedang berusaha untuk menjemput parti-parti komponan Barisan Nasional(BN), NGO dan ahli akademik. Walaubagaimana pun setakat ini belum ada sebarang jawapan daripada mereka. Antara pimpinan parti politik dan NGO yang telah dihubungi samaada melalui surat, email, talipon, sms atau orang perantaraan adalah :

Tenang : BN tak tenang guna kementerian tukaq suami calon Dun Tenang

Usaha tukar suami kerana gagal 'kawal isteri'

Kementerian Pelajaran Johor cuba menukar suami kepada calon PAS di Tenang Normala Sudirman daripada kawasan itu ke Johor Bahru atas alasan beliau tidak dapat "mengawal isterinya".

Arahan tiba-tiba itu, yang mengarahkan Makrof Abd Mutalib dipindahkan dalam 24 jam bagaimanapun ditarik semula selepas beberapa bantahan.

Guru besar beritahu, ia kerana saya gagal kawan isteri, merujuk kepada penyertaan politiknya dalam PAS," kata Makrof yang telah mengajar di Tenang sejak 13 tahun.

Ditemui ketika PAS mengumumkan calon malam tadi, Makrof memberitahu Malaysiakini bahawa beliau menerima notis pertukaran beberapa hari lagi apabila spekulasi isterinya akan bertanding pada 30 Januari ini bertiup kencang.

Dulu DAP takut, kini DAP boleh terima dasar PAS..Kira OK dah la tuu..!!

Tok Guru Nik Aziz sangkal tuduhan PAS takut DAP: Dulu DAP takut, kini DAP boleh terima dasar PAS

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan PAS semakin lembut dalam dasar Islam sejak kebelakangan ini seolah-olah ia sudah mula takut dan tunduk kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat. Sehubungan itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS kekal berpegang kepada pendiriannya, malah dasar parti itu juga sudah mula diterima oleh DAP, lapor The Malaysia Insider.
 
Kata Nik Aziz, perkembangan itu sudah mula kelihatan sejak kebelakangan ini termasuk ketika Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Kedua di Pulau Pinang bulan lalu. Kata Nik Aziz, DAP pernah meminta PAS menggugurkan dasar Islam lebih dua dekad yang lalu tetapi sudah mula memahami dan menerima pendirian parti itu.
 
“Ketika APU (Angkatan Perpaduan Ummah) dulu, DAP minta kita gugurkan (dasar) Islam, kami kata kalau gugur bukan lagi parti PAS, dan mereka kata mereka mahu keluar, mereka buat sungguh (keluar) tetapi mereka datang balik, kita tidak berubah pendirian.

Presiden Bekas Vs Presiden Veteran aka Datuk Betoi Vs Datuk Beli

Muhammad dakwa Mohd. Ali hanya nak cari glamor

KOTA BHARU 16 Jan. - Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abd. Ghani menegaskan, beliau tidak gentar dengan ugutan saman RM100 juta yang dibuat oleh Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM), Mohd. Ali Baharom dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai mahu mencari glamor.

Beliau turut menyifatkan tindakan Mohd. Ali itu telah memalukan bekas tentera kerana bergerak dengan persatuan yang belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"PBTM tidak ada masalah dengan mana-mana persatuan bekas tentera asalkan mereka diluluskan ROS, cuma kita tidak mahu masyarakat hilang keyakinan dan kepercayaan dengan persatuan yang ditubuh bekas tentera tidak mengikut peraturan ditetapkan undang-undang.

"Sebaliknya, saya sendiri telah membuat laporan polis dengan kenyataan fitnah Mohd. Ali dalam laman facebooknya minggu lalu yang menuduh saya memburukkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pendaftaran Penolong Pendaftar Pemilih PBTM bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri di sini hari ini.

Revolusi Tunisia Vs Blogger aka 1Malaysia

Revolusi Tunisia Dijana oleh Blogger

Akhirnya, salah sebuah kerajaan diktator zalim berasaskan sistem yang ditinggalkan oleh penjajah Perancis jatuh dan hancur. Presiden Tunisia, Zine al-Abidine Ben Ali, terpaksa melarikan diri tengah malam buta ke Saudi Arabia untuk menyelamatkan diri mereka dari dibunuh oleh rakyat sendiri.

Kerajaan Ben Ali juga telah runtuh serta seorang polis pun sudah tidak kelihatan lagi di jalanraya Tunisia. Dengan kata lain, kerajaan Diktator Ben Ali telah sama sekali musnah.

Kerajaan Ben Ali ini sudah terkenal dengan korupsi mereka. Mengikut pendedahan Wikileaks:

'Jual beli' anugerah 'datuk' amat mengaibkan

Oleh Syed Imran
 

Pengakuan seorang perajurit bersara yang mengetaui sebuah persatuan yang tidak berdaftar bahawa dia membayar RM250 ribu untuk mendapat anugerah gelaran 'datuk' dari sebuah negeri di utara Semenanjung, bukan sahaja mengaibkan tetapi memperlihatkan kegelojohan manusia untuk mendapat gelaran dan anugerah.
Ia bukan perkara baru bahkan dikatakan berlaku sejak beberapa tahun lalu dan membabitkan beberapa buah negeri.
Isu 'pembelian' gelaran datuk hangat diperkatakan pada tahun 2003 semasa saya bertugas di pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Pada waktu itu, hampir semua pentadbiran negeri menafikannya walaupun ianya berlaku. Pengakuan perajurit bersara itu membuktikan kebenaran dakwaan tersebut.

Saya masih ingat betapa pihak kami, iaitu Pejabat Menteri, menerima banyak maklumat dan maklum balas dari seluruh negara berkaitan isu 'jual beli' anugerah datuk yang dibangkitkan dalam akhbar. Hasil daripada maklumat dan maklum balas itulah yang mendedahkan sekurang-kurangnya 10 negeri terlibat.

Juara Piala Malaysia rebah di bumi Darulaman dalam perlawanan persahabatan kelmarin

Kedah kekal rekod tanpa kalah di Darulaman

SKUAD Hijau Kuning berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 7 siri perlawanan persahabatan yang dilangsungkan di gelanggang keramat mereka Stadium Darulaman.

Yang terbaru Kedah berjaya membenam jaguh pantai timur, Kelantan 1-0 di Alor Setar malam tadi.

Gol tunggal perlawanan tersebut disumbangkan menerusi gol sendiri pemain Kelantan iaitu Khairan Eroza Razali dan jaringan sendiri tersebut memisahkan kedua-dua pasukan hingga ke wisel penamat.

Ketua Jurulatih Kedah, Haji Ahmad Yusof sudah mula memberi bayangan akan kesebelasan utama yang bakal menggalas cabaran skuad Kenari pada musim baru ini apabila menampilkan hampir 100% kesebelasan utama yang beraksi bagi musim lalu dalam menghadapi cabaran Kelantan dalam perlawanan persahabatan ini. Bermula dengan Mohd Al Hafiz Hamzah selaku penjaga gawang, V.Thirumurugan sebagai pertahanan kanan, Khairul Helmi Johari dan Mohd Fauzie Nan bergandingan sebagai pertahanan tengah, Azmi Muslim sebagai pertahanan kiri, Wan Asraf Wan Ali sebagai sayap kanan, Amar Rohidan dan Ahmad Fauzi Shaari bergandingan di tengah padang, Mohd Faizal Abu Bakar sebagai sayap kiri dan Baddrol Bakhtiar serta Azlan Ismail bergandingan sebagai penyerang.

TAHNIAH Blogger PR Kedah yang berjumpa beberapa hari lepas.

Pertemuan blogger Kedah

Pada hari Khamis yang lalu, 13 Januari 2011 satu perjumpaan telah diadakan dengan para blogger penyokong Pakatan Rakyat dari negeri Kedah di Alor Setar.

Beberapa ADUN yang terlibat dalam bidang penerangan dan ICT turut hadir mewakili parti.

Perjumpaan diadakan dalam penuh semangat ukhuwah.

Semoga dengan pertemuan ini beberapa strategi akan dirangka dan dapat dilaksanakan secara bersepadu.

Admin - TAHNIAH kepada yg hadir... w/pun ianya perjumpaan tertutup dan blogger yang hadir adalah yang mendapat jemputan namun kami berharap ada sesuatu yang dapat dihasilkan dari perjumpaan tersebut. Kami memohon maaf sebab tidak dapat turut serta memandangkan pada waktu tersebut kami team KedahLanie terpaksa berhempas pulas untuk menghidupkan kembali website KedahLanie. TAHNIAH sekali lagi dari kami....

Tahfiz al-Fityan 'produk' baru Pemuda PAS Kedah



Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah melangkah ke tahun baru 2011 dengan menampilkan satu lagi ‘produk’ pendidikannya apabila berjaya membuka Maahad Tahfiz al-Fityan (Fityan) di Kampung Setar, Yan

yang perasmiannya telah disempurnakan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.

Dengan pembukaan tersebut bermakna Pemuda PAS Kedah kini mempunyai lima institusi pendidikan Islam yang diasas dan diurus tadbir sendiri bermula daripada Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) diikuti Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (Sridu) di Alor Setar, Sekolah Integrasi Faizin (Saif) di Guar Chempedak dan Sekolah Menengah Agama al-Baqiyatus Solehat (Smart) di Pulau Langkawi.

Normala Sudirman calon PAS di Tenang


LABIS, 16 Jan: Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.

Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. -harakahdaily






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...