TERKINI :

Sunday, January 16, 2011

Gempar - Suami calon DUN Tenang telah diberikan notis berpindanh 24jam...

Prebet Jamil buat malu orang sedaka ja.. tegoq pun macam pondan..!!

oleh Madzamtoklah's Profile 

Isu arak: Prebet Jamil Khir kata Ronnie Liu hina Islam.
Bernama hari ini melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Prebet Jamil Khir Baharom berkata exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu yang mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menarik balik larangan tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis menjual arak sebagai menghina menghina Islam. Prebet Jamil Khir dahulu seorang tentera yang tersilap masuk ke Kor KAGAT yang sepatutnya beliau memasuki tentera U.S dan bertugas sebagai pengampu APCO.


Sedar atau tidak Si-Prebet Jamil Khir tentang teguran-nya itu??? Sedang beliau seorang Menteri diJabatan Perdana Menteri dan pejabat-nya tentu tidak jauh dari pejabat "Fest Last Lady".

Ronnie Liu tu bukan islam. Prebet Jamil tahu. Ronnie Liu tak amik subjek Pendidikan Islam dalam SPM@MCE. Prebet Jamil pun tahu. Rosmah itu orang islam. Prebet Jamil tahu. Rosmah juga pernah belajar pendidikan islam sewaktu di sekolah. Prebet Jamil pun tahu.

Rosmah sebagai orang islam tak bertudung, dedah rambut sana sini. Prebet Jamil tahu. Tapi tak pernah bising-bising dan tak pernah tegur. Tapi yang herannya, pencacai sibuk duk tegur aurat orang kafir lebih2 pulak.

Tak bertudung tak hina islam? ini bini kepada pemimpin islam. Tak ada contoh moral langsung...

Nampak sangat anak menakan BN nie dok pulun nak bagi menang kat keluarga depa..!!!

SPR kaji undi proksi, 30 pindaan ditimbang sebelum PRU-13

Abdul Aziz meletakkan sasaran untuk meminda undang-undang pilihan raya tahun ini
bagi membolehkannya ia diguna pakai ketika pilihan raya umum ke-13. — Foto oleh Jack Ooi

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mengkaji sistem undi proksi bagi membolehkan seseorang pemilih diwakili oleh mana-mana individu yang layak pada hari pengundian, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Ia sebahagian daripada pindaan-pindaan yang dipertimbangkan untuk dibawa suruhanjaya itu, dipercayai akan diguna pakai jika diluluskan semasa pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut bakal diadakan akhir tahun ini.

Isu Debat : ta alif kaf wau ta.....betul laa PM 1Malaysia nie...!!!

oleh manjungmari

Jangan lah ingat sebagai PM Menteri maka nak cakap sesuatu main sedap mulut aja,, walau pun cakap-cakap tu tak perlu bayar insurance..

Bila dah terlepas cakap, orang ajak berdepan, bersemuka janganlah bagi dalih dengan bermaca alasan...

Tak cukup dengan alasan-alasan, dipergunakan pula menteri, ketua pemuda dan betina jalanan untuk menggantikan diri...

Inikah standard KPI seorang perdana menteri... Jangan pandai mengeluarkan bermacam-macam petunjuk, sedangkan yang empunya diri..aduhai.....

Sekarang lu tengok kehendak rakyat.... jadi tak perlulah nak bagi alasan..

Banyak tu... 68% lebih, negara demokrasi.. kena ikut mana yang lebih....he he.. berani ka.... aku gerenti PM 1Malaysia ta alif kaf wau ta.....

Tolak cubaan heret Sultan dalam isu berbangkit

ALOR SETAR, 16 Jan: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah meminta rakyat di negeri ini agar berwaspada dan menolak sebarang percubaan pihak tertentu mengheret institusi raja-raja dalam isu-isu yang berbangkit.

Baginda mengingatkan rakyat supaya sentiasa memelihara keamanan serta menumpukan usaha untuk meningkatkan taraf hidup dan tidak perlu gusar tentang ancaman atau gangguan keselamatan ke atas mereka.

"Peristiwa yang berlaku di beberapa tempat lain akan menyebabkan timbulnya perpecahan di kalangan rakyat kerana kadangkala permainan politik tidak mengambil kira ketenteraman awam dan kecetusan huru-hara.

"Beta yakin ikatan perpaduan yang erat di kalangan penduduk berbilang kaum dapat menjadi benteng untuk memelihara keamanan dan usaha kerajaan beta untuk terus mengeratkan perpaduan hendaklah disokong sepenuhnya,” titah baginda.

Malapetaka jika Utusan pecat Hata

oleh Shaharul Shafie

Esok adalah merupakan permulaan kepada hari penentu kepada Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari yang sebelum ini telah digantung tugasnya di Utusan Melayu (M) Bhd di atas dakwaan ‘mencemarkan’ imej syarikat. Rata-rata melihat omong-omong perbicaraan dalaman yang dibuat oleh pengurusan Utusan ini hanyalah sebagai satu cara langkah biasa yang perlu dipatuhi sebelum memecat beliau secara selamat dan ‘profesional’ dari syarikat berkenaan.

Langkah mengadakan siasatan secara ‘rasmi’ ini hanyalah bagi menyelamatkan Utusan daripada tersilap prosedur sehingga memberikan Hata dengan sebab yang memudahkannya untuk membawanya ke mahkamah kemudian hari di bawah perlindungan akta berkaitan dengan ‘penyingkiran konstruktif’ atau constructive dismissal.

Pemberian kontrak bina Insaniah bersih dari rasuah

Ditulis oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM @ wartakedah

ALOR SETAR – Bina Darulaman Berhad (BDB) menafikan dakwaan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang menyatakan terdapat unsur rasuah dalam pemberian kontrak untuk membina kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil.

Pengerusi BDB, Dato’ Paduka Mohd Saad Endut berkata, pemberian kontrak itu adalah mengikut prosedur yang ditetapkan, dakwaan berlakunya salah aturan dalam pemberian kontrak itu adalah tidak benar.

Pelantikan Kedah Sato Sdn Bhd (KSSB) sebagai kontraktor kecil bagi pembinaan kampus KUIN adalah sebulat suara dan diperakui sepenuhnya oleh lembaga.

Dasar Islam: Jika tak boleh bawa seguni ambil secupak, kata Nik Aziz

Nik Aziz berkata PAS tetap berpegang kepada pelaksanann dasar Islam


KUALA LUMPUR, 16 Jan — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan PAS semakin lembut dalam dasar Islam sejak kebelakangan ini seolah-olah ia sudah mula takut dan tunduk kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS kekal berpegang kepada pendiriannya, malah dasar parti itu juga sudah mula diterima oleh DAP.

Kata Nik Aziz, perkembangan itu sudah mula kelihatan sejak kebelakangan ini termasuk ketika Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Kedua di Pulau Pinang bulan lalu.

Alahai Zul Nordin.. Nampak sangat ko nie kaki 'JILAT'

KEBODOHAN ZULKIFLI NORDIN TERSERLAH DALAM KES AZAN PEGUAM MCA

Menangguk di air yang keruh.Begitulah apa yang boleh diperkatakan terhadap tulisan terbaru Zulkifli Nordin dalam isu seorang peguam Cina di kawasan Pantai Hill Park yang telah mempertikaikan bunyi azan yang terlampau kuat dari Masjid Ikhlasiah,Pantai Permai Kerinchi terutamanya pada waktu Subuh.

Mengimbau kembali ke belakang,hanya selepas dua hari isu azan itu dikatakan heboh di internet,pihak yang berkuasa (dipercayai Jawi dan Jakim) telah mengarahkan pihak pentadbiran Masjid Al-Iklasiah untuk memperlahankan bunyi azan pada setiap kali waktu azan di masjid berkenaan.

Tinjauan Malaysiakini sebelum itu juga telah menemuramah beberapa orang penduduk setempat mengenai kekuatan azan di kawasan tersebut.Hasil tinjauan tersebut,kesemua penduduk mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang masalah,tidak mengganggu tidur dan mereka sudah biasa dengan bunyi azan tersebut.

Taktik Selit Nama nie dah lama dah berlaku.. Tapi takan tak jumpa lagi cara nak atasinya..??

Pengundi Cina dikesan di Felda Tenang
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Jan: Beberapa nama pengundi Cina dikesan dalam senarai pemilih Felda Tenang yang mana peneroka di situ sendiri tidak mengenali mereka.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, jika ia senarai lama yang 'tersilap' tentu ia melibatkan pengundi saluran satu sahaja, tetapi turut tersenarai pengundi muda.

“Sekurang-kurangnya setakat dikesan kira-kira 20 orang pengundi Cina dikesan di Felda Tenang,” tulisnya di dalam blog.

Justeru, beliau mempersoalkan apa sebenarnya yang berlaku dan SPR harus tampil memberikan penjelasan.

Tambahnya, penemuan itu adalah hasil gerak kerja kecil yang dilakukan pihaknya termasuk berjumpa dengan para pengundi sebelum hari penamaan calon pada 22 Januari ini.

Blogger & Pakatan Rakyat.. Biarlah Selangkah Seiringan..!!


Gembleng blogger Pakatan hadapi PRU 13

KUALA LUMPUR, 16 Jan: Tidak ada satu perkara yang paling diharapkan daripada dunia blogger Pakatan Rakyat melainkan untuk melihat BN dan Umno disungkurkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang dan PRU 13 akan datang.

Justeru, Drs Khalil Idham Lim mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dengan kejayaan kerajaan Negeri Kelantan menganjurkan Majlis Mesra Menteri Besar Kelantan Bersama Blogger Pakatan yang diadakan di Kuala Lumpur malam tadi.

“Sebenarnya saya adalah antara orang yang sentiasa menunggu program seumpama ini bagi memastikan orang seperti kami yang duduk di hadapan komputer di mana sahaja kami berada dihargai bukan dengan kalimat yang tinggi menggunung namun sanggup dipanggil untuk bertatap muka dan diberikan sedikit makanan pengalas perut walaupun setahun sekali, itu rasa sudah memadai,” ujarnya yang mengendalikan blog Cina Islam.

Tolak cubaan libatkan sultan dalam sebarang isu - Sultan Kedah



ALOR SETAR 16 Jan. - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini bertitah meminta supaya rakyat negeri ini sentiasa berwaspada dan menolak sebarang percubaan pihak tertentu untuk melibatkan baginda dalam apa-apa isu berbangkit.

Baginda sebaliknya mengingatkan rakyat agar terus memelihara suasana aman damai dan menumpukan kepada usaha meningkatkan taraf hidup tanpa berasa bimbang mengenai ancaman atau gangguan ke atas keselamatan masing-masing.

Ceramah 19.01 - DSAI | Phahrolrazi | Amirudin | Ahmad Kasim | Nasir Mustaffa

Saman Petronas: Pelik Pusat pohon jadi defendan

KUALA LUMPUR, 16 Jan: Langkah kerajaan Persekutuan yang mahu mencelah dan seterusnya menjadi defendan kedua dalam kes saman kerajaan negeri Kelantan terhadap Petronas menimbulkan tanda tanya.

Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, permohonan kerajaan Pusat memohon untuk mencelah dalam kes itu akan didengar pada 27 Januari ini di Mahkamah Tinggi Perdagangan.

"Kita bantah permohonan itu. Biasanya defendan pohon untuk dikeluarkan tetapi dalam kes ini pihak yang tidak dijadikan defendan mahu (jadi defendan) pula," kata Husam.

Husam berkata demikian dalam majlis perhimpunan bersama bloggers anjuran kerajaan negeri Kelantan. Turut sama adalah Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan para exco Kelantan yang lain.

Dirgahayu Tuanku..Selamat Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang ke-83


Dirgahayu Tuanku.

Semoga Allah SWT memberi taufik & hidayahNya 
serta memberkati Baginda bagi terus mentadbir negeri Kedah dibawah 
pemerintahannya dan Kerajaan Negeri. 
Barakallahu Fi Umrik. Amin.

"Tuanku Berbudi, Rakyat Bahagia, Kedah Sejahtera"
Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

Interlok layak digunakan pelajar - Azizi Abdullah




http://karyawanluarnegara.com/blog/wp-content/uploads/2010/12/Interlok.jpg
SHAH ALAM - Sesebuah novel yang mahu dijadikan buku teks bagi tujuan pembelajaran di sekolah perlu mempunyai ciri-ciri ke arah kebaikan dan bukan sebaliknya.

Novelis terkenal tanah air, Azizi Abdullah berkata, seseorang penulis tidak pernah menulis untuk menjadikan karyanya sebagai buku teks di sekolah, sebaliknya mereka menulis hanya untuk tatapan pembaca umum.

Penulis novel Seorang Tua di Kaki Gunung ini berkata, novel yang layak dijadikan buku teks perlulah mempunyai nilai perpaduan, tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama, serta kaya nilai yang membina bangsa.

Mini i-City kini di Alor Setar

ALOR SETAR - Jika sebelum ini dataran berhadapan dengan Masjid Zahir dipenuhi dengan golongan remaja yang melepak, namun bermula awal bulan lalu suasananya berubah apabila dipenuhi dengan semua peringkat umur.

Tinjauan Sinar Harian Harian pada malam minggu mendapati, keadaan itu berubah setelah terdapatnya pokok tiruan yang dihiasi dengan cahaya lampu berhampiran Balai Nobat dan Galeri Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Pokok lampu bercahaya dipasang sebanyak 14 batang yang diwarnai dengan warna merah, biru, putih dan hijau yang menggamit lebih daripada 500 pengunjung yang bukan sahaja daripada penduduk tempatan malahan dari negeri jiran iaitu Perlis dan Pulau Pinang.

Pengunjung dari Perlis, Syazwani Abdul Karim berkata, dia mengetahui mengenai keindahan malam di bandar raya ini apabila dimaklumkan rakannya yang tinggal di sini.

Syazwani berkata, pemandangan yang dihiasi dengan lampu itu memukau pandangannya dan menyebabkan dia tidak melepaskan peluang merakamkan kenangan di dataran yang turut dipanggil sebagai ‘Mini i-City’.

Menurutnya, sebelum ini ramai yang tertumpu di Shah Alam untuk melihat keindahan lampu, namun apabila kemudahan ini disediakan di sini pastinya akan menjadi tarikan terbaru bagi Kedah.

83 penerima darjah kebesaran sempena Ulang tahun Keputeraan Sultan Kedah ke-83.

Mahdzir dahului senarai penerima darjah

ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu, Datuk Seri Mahdzir Khalid mendahului senarai 83 penerima darjah kebesaran sempena Ulang tahun Keputeraan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ke-83.

Mahdzir dikurniai kebesaran Orang Besar Lapan yang membawa gelaran Dato Seri Mahawangsa pada majlis penganugerahan darjah kebesaran itu yang berlangsung di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, hari ini.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad mendahului penerima Darjah Seri Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (DHMS) membawa gelaran Datuk Paduka.

Tiga penerima lain ialah Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Wira Rasli Basir; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail.

Ceramah & Tayangan Multimedia Bajet 2011 di Pdg Awam Kuala Sala





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...