TERKINI :

Friday, January 14, 2011

Wahai Zul mana yang derhakanya..

"Sidang derhaka ***"

Apabila si mulut busuk ini berbicara,maka ianya tidak lebih dari untuk mempertahankan populariti beliau di kalangan rakyat yang sama-sama membusuk sepertinya.Hanya mahu mencari talian hayat dalam politik agar tidak pupus di persada politik tanah air.

Apakah untuk mengembalikan kuasa sultan yang telah dihapuskan oleh UMNO dahulu dianggap menderhaka kepada sultan???? Siapa penderhaka sebenarnya?? Menghapuskan kuasa sultan atau mengembalikan kuasa sultan????Hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan berkata bahawa mengembalikan kuasa sultan itu sebagai penderhaka kepada sultan!!!" 

HARAMKAN PEKERJA ISLAM BEKERJA DI PREMIS JUAL ARAK

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

HARAMKAN PEKERJA ISLAM BEKERJA DI PREMIS JUAL ARAK
(14 Januari 2011)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong pandangan YB Dato’ Dr Hassan Ali yang mahukan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menguatkasakan larangan umat Islam bekerja di premis menjual arak. Sebelum ini, MPSJ telah menguatkuasakan larangan umat Islam bekerja di tempat menjual minuman keras namun arahan itu telah ditarik balik oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Ronnie Liu.

Dalam hal ini, DPPWP merasa kagum terhadap YB Dato’ Dr Hassan Ali yang bertegas dengan prinsip Islam. Hukum Islam telah jelas menyatakan haram bagi umat Islam bekerja di premis yang menyediakan minuman keras apatah lagi meminumnya. Tindakan beliau dengan jelas membuktikan bahawa PAS tidak pernah menggadaikan prinsip dan maruahnya meskpiun bersahabat dengan pelbagai parti politik. Dasar PAS yang berjuang untuk Islam sejak dahulu hingga kini tidak pernah berubah walaupun bermacam halangan yang melanda. Ini juga membuktikan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat jauh bezanya dengan UMNO dan Barisan Nasional. 

S'gor bantu orang Islam henti kerja di premis arak

Kerajaan Selangor akan menubuhkan sebuah tabung khas untuk membantu pekerja beragama Islam yang sedar untuk meninggalkan pekerjaan di premis dan pusat hiburan yang menjual minuman keras.

NONEMenteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaaan Selangor prihatin dengan perbincangan mengenai pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah yang tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis berkenaan.

"Kami telah meminta ahli Exco negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali dan Hajjah Rodziah Ismail untuk menubuhkan satu sekretariat yang akan mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membincangkan isu ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, menteri besar berkata, LZS akan diminta untuk bersama-sama menubuhkan tabung khas tersebut.

Katanya, kerajaan negeri sedar kebanyakan orang Islam yang bekerja di tempat sedemikian membuat keputusan tersebut atas sebab ekonomi.
Rezeki halal

Oleh itu, tegas menteri besar lagi, tabung ini akan memainkan peranan agar mereka tidak akan terbeban dengan penguatkuasaan undang-undang ini.

"Kami menghormati Enakmen Jenayah Syariah yang bertujuan memelihara umat Islam untuk mencari rezeki yang halal.

Ha! Ha! Ha! Pelakon veteran hangpa panggil minah tuu..!!

Umno bawa 'pelakon veteran' serang Anwar



KUALA LUMPUR, 14 Jan: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim menyifatkan Umno BN semakin terdesak apabila menampilkan kembali Ummi Hafilda Ali untuk menyerang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khalil yang menyifatkan Ummi sebagai 'pelakon vateran' Umno bagaimanapun yakin dia tidak akan berjaya mengheret Anwar ke penjara.

"BN semakin terdesak dengan cuba mendatangkan pelakon veteran Ummi Hafilda untuk serang Datuk Seri Anwar.

"Saya yakin lakonan Ummi Hafilda tidak akan menjadi untuk sekian kalinya," kata beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

Menurutnya, tindakan menampilkan kembali Ummi ke medan fitnah ini menunjukkan Umno BN tidak yakin dengan dakwaan liwat membabitkan bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan.

HANYA KERANA SATU ADUAN, MARUAH ISLAM DIKORBANKAN

KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
HANYA KERANA SATU ADUAN, MARUAH ISLAM DIKORBANKAN
(14 Januari 2011)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa kesal dan kecewa dengan tindakan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang tunduk kepada permintaan seorang ahli MCA yang mahukan suara azan di Masjid Al Ikhlasiah, Pantai Dalam diperlahankan. Apakah malang bagi sebuah negara Malaysia yang majoritinya beragama Islam apabila Perdana Menterinya tidak mempunyai wibawa dan ketegasan bagi membela syiar dan syariat Islam.

Umat Islam seluruhnya juga merasa terpukul dengan arahan ini yang menganggap ia adalah satu penghinaan terhadap agama Islam yang menjadi agama rasmi negara ini. DPPWP dan umat Islam tidak boleh menerima hakikat arahan ini, kerana azan adalah kaedah dakwah Islam kepada masyarakat bukan Islam bagi mengajak mereka terhadap keindahan Islam. Azan juga adalah sebagai seruan kepada umat Islam agar menjaga ibadah dan seterusnya mengimarahkan masjid.

Hari tu bising suruh mintak maaf..Lepas dah mintak bising kosong kerusi pulak..apa dia nie??

ADUN mohon maaf pada peniaga nasi kandar

NONE
ADUN Komtar, Ng Wei Aik akhirnya tunduk kepada desakan sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka Suara Anak-Anak Mamak Pulau Pinang dan memohon maaf kepada seorang pengusaha restoran.


Permohonan maaf kepada Syed Kassali Mohammed Aliyar itu dibuatnya pada sidang media di bangunan Komtar, pagi ini.

ADUN DAP itu melahirkan kekesalan kerana bertindak kurang sopan ketika mengiringi sekumpulan pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang menjalankan operasi ke atas restoran-restoran yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Pertemuan Muhibah Interlok

http://3.bp.blogspot.com/_WjoOlj-Sj04/TQmJkD6jNxI/AAAAAAAAF1c/wBgi6JhnJWM/s1600/interloknovel.jpg
Pemuda PAS Pusat telah berjaya mempertemukan kumpulan budayawan dengan NGO masyarakat India di PKNS Bangi pada khamis 13hb Januari 2011 mulai jam 2.30 petang sehingga 5.00 petang. Pertemuan bersejarah ini merupakan kali pertamakan di adakan bagi membincangkan isu Novel Interlok yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Kumpulan Budayawan adalah terdiri daripada Senimana Paksi Rakyat Malaysia(PAKSI), Budayawan Bertindak (BB), Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM), Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa & Pustaka, pensyarah universiti dan individu. Sementara kumpulan NGO masyarakat India adalah terdiri daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP), Makkal Sakti, Malaysian Indian Voice(MIC) , Indian Movement, peguam dan individu. Perbincangan dalam pertemuan ini berjalan dengan lancar . Setiap wakil mengemukakan pandangan dengan penuh kematangan. Mereka saling hormat menghormati antara satu sama lain walaupun membincangkan isu yang sensitif.

Menteri kita hantar ke tak anak ke Kelas Agama?

Oleh: rozmal

"Menteri-menteri kita kat Malaysia ni, bila buat sesuatu dasar tu, turun padang ke tidak, tengok keberkesanan dasar baru? Tuan-tuan dan puan-puan yang ada anak sekolah rendah dan hantar anak ke Kelas Agama Petang atau KAFA perasan ke tidak anak-anak kita sekarang ni pergi sekolah jam 6.30 pagi, balik rumah jam 6 petang. Yang naik bas mungkin ada yang balik Maghrib, pergi sebelum Subuh.

Jangan nanti ada ibu bapa dan pelajar tidak hantar anak ke KAFA sebab dah terlalu lama masa di sekolah.

Bila masa nak buat kerja sekolah di rumah? Bila masa nak ulangkaji? Bila masa nak bawa anak berjemaah Maghrib dan Isya di Surau? Bila masa nak ajar anak kemas baju, kemas tempat tidur? Bila masa aktiviti Koko di sekolah, atau cukup minum air koko je?

Antara ayat glamour pemimpin BN tolak hendak berdebat

WarkahDaily – Usah buang masa tunggu jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dengan ajakan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan debat secara terbuka berkaitan isu Program 100 Hari Pakatan Rakyat (PR) yang didakwa Najib akan memufliskan negara.

Semalam, Anwar mencabar Najib untuk berdebat secara terbuka berkaitan sikap prejudis Najib terhadap Program 100 Hari PR.

Sebelum itu, Najib cuba memperolokkan rakyat kononnya Program 100 PR itu sebagai pelan populis serta tidak bertanggungjawab dan boleh memufliskan negara.

“Saya mencabarnya kerana beliau (Najib) berkata kita memperolokkan rakyat, maka sebaiknya Najib sebagai seorang tokoh negara tampil secara berani menyahut dan mempertahankan hujah masing-masing, “ cabar Anwar terhadap Najib.

Cerita Khir Toyo Kembalikan Anugerah

Oleh Mohd Sayuti Omar

SEMALAM Khir Toyo tidak lagi boleh dipanggil Datuk Seri kerana beliau telah mengembalikan (sementara) darjah kebesaran yang membolehkan beliau dipanggil Datuk Seri Mohamad Khir Toyo. Khir mengembalikan darjah berkenaan kerana nak jaga nama baik darjah berkenaan. Beliau tidak mahu bau busuk yang mengelilingi dirinya kini kerana didakwa atas kesalahan rasuah terpalit kepada darjah berkenaan.

Khir lalu mengajar orang yang hendak memanggilnya dalam majlis rasmi tanpa menyebut Datuk Seri dan panggil saja Dr Khir Toyo. (Rasanya tak payah ajar sebab orang sudah tahu..)

Lama juga gelaran Datuk Seri itu terpegang kepada nama Khir Toyo. Asalnya Khir Toyo sama dengan nama-nama rakyat, petani dan pencuci longkang yang lain. Tanpa ada apa-apa marga atau status di awal namanya. Tiada Dr dan tiada juga datuk dan 'datang'.

Tetapi kerana usaha Khir Toyo, kejayaannya dalam pengajian beliau memperolehi gelaran doktor. Doktor gigi. Dan bila bernasib baik jadi Menteri Besar Selangor dipilih oleh Dr Mahathir maka beliau dianugerahkan gelaran Datuk Seri.

Khairy, Nazri Bukan Tandingan Anwar

Dari Dr Mohd Zuhdi Marzuki

Sebagai seorang warganegara Malaysia, saya begitu berharap debat antara Najib Tun Razak dan Anwar Ibrahim akan menjadi kenyataan, terutama menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13). Debat seumpama ini akan menjadi perintis kepada politik yang lebih sihat, supaya rakyat diberi peluang yang seluasnya bagi mengetahui agenda-agenda parti yang bakal dipilih oleh mereka untuk meneraju negara. Oleh sebab itu, sesiapa sahaja sama ada dalam Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) seharusnya berlapang dada dan mengharapkan debat antara kedua-dua tokoh tersebut akan berlangsung.

Kedua-dua Najib dan Anwar mempunyai pengalaman yang hampir seimbang dalam memimpin negara. Najib mempunyai kelebihan dari segi kejayaannya sehingga ke kemuncak kuasa, di samping laluan politiknya yang tidak berliku-liku. Anwar pula mempunyai kelebihan dari segi jaluran politiknya yang penuh berwarna-warni, bermula daripada politik Islam sehingga politik plurality. Kini kedua-dua mereka seperti berada di persada yang seimbang, Najib sebagai Perdana Menteri manakala Anwar sebagai Ketua Pembangkang. Dengan melihat kepada aspek-aspek tersebut sememangnya debat antara kedua-dua mereka begitu dinanti-nantikan.

Hukum menerima wang sumber tidak jelas

www.zaharuddin.net
 http://www.zakat.sabah.gov.my/pungutan/images/banyak_duit.jpg
Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. 
 
Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

TAHNIAH wahai UMNO PERKASA dan PERKASAM...MCA hebat...

TAHNIAH wahai umat Islam UMNO PERKASA dan PERKASAM semua... Aku bukan apa kalau benda nie hangpa kata keluaq dari mulut DAP aku agak kompom dah terbalik kuang dah bumi Malaysia hangpa riuh sekampung namun bila benda nie keluaq dari mulut MCA maka hangpa semua boleh terkancing gigi tak reti nak buka mulutnya....

Kali pertama Kedah berjaya melangkau paras defisit sebanyak RM19 juta


Ditulis oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Kerajaan negeri berjaya mencatat sejarah kerana berjaya melangkau paras defisit bagi tahun ini sebanyak RM19 juta yang telah dibentangkan pada Bajet 2011 pada November 2010.

Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, kerajaan negeri telah melangkaui paras defisit bagi tahun 2011 walaupun tahun 2010 belum berakhir.

“Menjadi sejarah di Kedah apabila kita (kerajaan) telah berjaya mengumpul semua wang yang ada bagi melepasi defisit RM19 juta bagi tahun 2011, belum pun habis tahun 2010, kita lihat pada akaun, kita dah tak ada defisit, malah kita ada lebihan wang.

Program Bicara Tokoh bersama MB Kedah, DS Anwar & Dr. Siddiq Fadzil

 

MCA Pendang mengaku tanah milik Bomba Sukarela hak depa

‘Kami ada hak’

PENDANG – Pasukan Bomba Sukarela Pendang kecewa terhadap tindakan MCA Bahagian Pendang yang membantah penyambungan pembinaan balai bomba berkenaan dan turut menuntut tanah itu yang didakwa milik mereka.

Sinar Harian difahamkan pertelingkahan antara Pasukan Bomba Sukarela Pendang dengan MCA bahagian itu berlaku sejak tahun lalu apabila pasukan bomba sukarela ingin menyambung pembinaan balai bomba itu apabila mendapat tahu bahawa sebahagian tanah lagi dekat balai itu adalah milik mereka.

Aduhai Ikan Temenung pon sampai RM14/kg

Oleh: mohdnoorawang

"Cukup sengsara, derita, zalim. Itulah ungkapan digambarkan. Apakan tidak seluruh barang runcit dipasaran naik sampai melangit. Kerajaan BN/UMNO dan kementerian yang jaga harga barang Datuk Ismail Sabri GAGAL DAN TIDAK MAMPU mengawal harga barang runcit di pasaran.

Menteri Ismail Sabri sepatutnya diberi nama baru "KEMENTERIAN NAIK HARGA BARANG MALAYSIA.

Kerajaan BN/UMNO membisu dan pekak malah tidak berfungsi. Untuk rekod selepas harga bahan bakar naik seluruh bahan runcit pengguna naik harga tanpa kawalan dan respon dari kerajaan.

Di Terengganu harga sayur dan ikan naik cukup tinggi. Ikan kembong dipasaran terbuka dijual dengan harga RM14.00 satu kilo. Harga bawang, cka, telur, sehinggga asam jawa naik harga.

Rayuan kami sebagai pengguna dan berpendapatan tidak tetap "wahai kerajaan BN/UMNO dan Kementerian yang jaga barang naik bertindaklah dan mencari jalan untuk mengatasinya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...