TERKINI :

Thursday, January 13, 2011

Pengumuman kepada yg beriklan dengan kami di kedahlanie.blogspot

Assalamualaikum,

Sebelum itu kami mahu mohon kemaafan sebab website kedahlanie.blogspot
telah pun di block dan sudah tak dapat access dah... dengan itu kami
mengalami masalah untuk mengesan iklan2 sahabat2 yg sebelum ini...

sehari dua ini kami banyak tertumpu untuk menaikkan semula website
kedahlanie yg mana kami terpaksa buat rumah baru di www.kedahlanie.info
sebab itu kami tertinggal sebentar dalam mengurus iklan nie...

insya'allah jika semua dah selesai dlm bab website kami akan menumpu
semula kebhgn iklan tetapi dalam masa yg sama kami berharap semoga
sahabat yg telah beriklan dgn kami bolehlah menghubungi kami dan
memberitahu akan bila tarikh mereka beriklan dan jika nak cantik lagi
boleh bagi semula banner yg telah diiklankan tuuu...

Jika ini diberikan semula insya'allah kita dapat masukkan semula
dengan secepat mungkin... tetapi jika hendak menunggu kaedah kami buat
skrg dimana kami terpaksa trace semmula iklan2 lama dan ini akan
mengambil masa... jadi kami berharap akan kerjasama pengiklan semua
sudi untuk membantu kami...

dan jika anda merasakan hendak semula wang insya'allah kami akan cuba
berikan kembali wang iklan anda...janji semua berpuas hati....nak tambah hari yg tertinggal
itu sudah semestinya akan diganti jika masih terus berminat...

Sebelum itu maaf sekali lagi atas apa yg berlaku.....
sila kontact kami di kedahlanie@gmail.com

Risalah berkenaan Penyelarasan Air di Kedah

Krisis Yang DiSengajakan Di Selangor

Oleh Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

Asalamualaikum dan salam hormat!


Krisis yg berlaku di negeri Selangor kini seakan2 mirip krisis negeri Perak apabila berlaku rampasan kuasa yg di dalangi oleh SS Perak ketika itu. Cuma beza sedikit kerana di Selangor ia terjadi kerana SS lama bersara. Di Perak pula SS tidak bersara hingga kini masih SS Perak dengan gaji lumayan dan segala kemudahan JUSA A yg dinikmatinya, tapi masih buat kerja SS Perak (Jusa B) dan kini dianugerah pingat Dato' Seri atas tungkuslumusnya dlm mendalangi rampasan kuasa Perak pada sepanjang tempoh hampir 11 bulan sehingga penghakiman mahkamah persekutuan.

Namun apa yang perlu diberi perhatian adalah pelanggaran konvensyen, protokol, adatkebiasaan semangat perlembagaan yang amat ketara. Plotnya sama berserta pelakun sekali cuma lenggok tarianya sedikit berbeza kerana di Selangor pelakun utama adalah PM,Presiden UMNO tapi tetap Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor. Manakala rampasan kuasa di Perak didalangi pelakun utama yang ketika itu hanya sebagai Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri tetapi dia adalah Pengerusi UMNO negeri Perak.

Kenyataan media Dr Hasan Ali


Dr Hasan Ali

PAS Selangor terpanggil untuk membuat kenyataan rasmi berhubung dengan isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Isu ini telah berlarutan selama beberapa minggu dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada berbagai pihak. PAS Selangor bersukacita untuk membuat kenyataan dan meletakkan kemelut ini dalam perspektif yang rasional dan bijaksana.

PAS Selangor berpendapat bahawa dalam menangani isu ini semua pihak yang terbabit harus memberi pertimbangan kepada empat unsur yang terpenting dalam pengurusan pembangunan negeri ini. Unsur-unsur tersebut ialah istana, kerajaan negeri, jentera pentadbiran melibatkan pegawai dan kakitangan kerajaan dan rakyat jelata. Keempat-empat unsur ini mesti diharmonikan supaya Pakatan Rakyat yang telah diberi amanah untuk mengurus negeri ini terus diberi kepercayaan oleh kesemua unsur yang disebutkan.

Dalam bersama-sama menerajui negeri, saya dan PAS Selangor sering diingatkan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti supaya pada setiap masa menjalin hubungan yang baik dengan pihak istana, pegawai dan kakitangan kerajaan serta rakyat jelata.

100 Hari: Dulu perlekeh, kini takut debat

KUALA LUMPUR, 13 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak nampaknya membuat alasan yang bukan-bukan untuk mengelak daripada berdebat dengan Datuk Seri Anwar, kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim.

Najib dipetik berkata tidak nampak apa-apa hasil daripada debat yang dicadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim "Pelan 100 hari" Pakatan Rakyat.

“Saya menyokong dengan kenyataan Perdana Menteri yang berkata yang penting ialah penilaian daripada rakyat dan biar rakyat yang menentukannya.

“Dan inilah alasan yang sebenar kepada Najib yang takutkan rakyat menilai hujah yang dikemukakan olehnya yang mewakili BN dan menilai hujah dari Anwar yang mewakili Pakatan Rakyat,” kata Khalil dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tawaran "Pelan 100 hari" Pakatan Rakyat jika menang pada pilihan raya umum ke-13 dengan menjanjikan antara lainnya pemansuhan tol dan kenaikan elaun untuk guru adalah tawaran yang ditakuti oleh Najib sehingga ianya menjadi perhatian sejak dibentang pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang awal Disember tahun lepas.

Terdedah kini bahawa 50% pekerja kedai arak adalah orang Islam

 http://4.bp.blogspot.com/_tmcEWJLorK0/Sog_aFU9BjI/AAAAAAAABlE/SuvfUGZkT1k/s400/Arak.jpg



MPSJ larang umat Islam kerja di tempat jual arak

Garis panduan terbaru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras menimbulkan pelbagai reaksi.

Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.

Video ucapan Kontraktor Melayu tarik balik kenyataan terhadap Lim Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang mengadakan dialog bersama ahli-ahli dari Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Neger Pulau Pinang. Di dialog itu, YB Abdul Malik dan YBhg Dato' Farizan bin Darus Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang dan pihak media juga turut bersama.

Yang Di Pertua Persatuan Kontraktor Melayu, YBhg Dato' Haji Mohamed Fadzill Bin Hassan juga mengambil kesempatan memohon maaf berikutan laporan sesetengah pihak media yang menyiarkan berita yang negeri Pulau Pinang 'blacklist' 46 kontraktor Melayu.
Saksikanlah video yang dirakan sewaktu majlis tersebut dan anda buatlah keputusan sendiri selepas menyaksikannya siapa bercakap benar atau salah..

Duta GMUKM Difitnah


Bangi, 11 Jan – Hari ini merupakan kali ke-2 Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) digemparkan dengan poster-poster yang bertaburan pada pagi tadi. Poster-poster tersebut dilihat bertebaran di sekitar kawasan UKM terutamanya di ‘Bus Stop’ kawasan kolej kediaman.

Dalam poster tersebut terkandung gambar duta-duta Gabungan Mahasiswa (GMUKM) iaitu Mohamad Fariq Fitri Bin Mohd Saleh (duta bagi tahun 2) , Muslimah Binti Marsi (duta bagi tahun 3) , dan Wah Ahmad Fahmi Bin Wan Abd Hamid (duta bagi tahun 3). Namun begitu, setiap daripada gambar-gambar tersebut dikaitkan dengan perkataan-perkataan yang berbaur fitnah seperti  Gay Malaya (Fariq Fitri), Bohsia Ronggeng (Muslimah) dan Sotong Kering (Wah Ahmad Fahmi). Tambahan, GMUKM juga ditukar kepada “Ganyang Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia”

‘Maafkan saya...datuk saya nie cuma saya beli sahaja...!!'


Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Jan. – Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), (Datuk) Mohd. Ali Baharom memohon maaf kepada semua pihak yang mengenalinya dengan gelaran ‘Datuk’ sebelum ini kerana ia sebenarnya palsu dan tidak diperakukan.

Menurutnya, kesilapan itu perlu diakui dan diperbetulkan segera memandangkan beliau kini bergiat aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan tidak mahu ia disalah anggap pada masa depan.

“Hari ini saya mahu membersihkan nama saya dengan memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak termasuk media kerana menggunakan gelaran ‘Datuk’ yang telah saya ‘beli’ pada 2006 dengan RM250,000.

“Selain untuk saya sendiri, saya juga membelikan gelaran ‘Datuk’ buat seorang lagi kawan dengan harga sama dan kos keseluruhan termasuk menyediakan hiburan kepada penjual adalah sekitar RM1 juta,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Akibat menjerat, Umno-apco kini terjerat


Hukum karma kini mula menghimpit umno-apco-BeEnd. Bak kata mat salleh 'What goes around, comes around'. Terlalu banyak hukum undang-undang hinggalah ke Perlembagaan yang telah dipinda bagi disesuaikan dengan kehendak umno-apco-Be End untuk mencengkam kuasa.

Jika pun ada undang-undang yang didapati tidak menyebelahi mereka, pengamal undang-undang termasuk hakim akan diumpan, diupah dan ditekan bagi membuat penghakiman yang menyebelahi kehendak mereka. Sebagai contoh, kes kuasa Speaker DUN Perak ketika umno-apco-BeEnd merampas negeri Perak daripada PR, kerajaan pilihan Rakyat. 

Jelas dalam Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri, tidak ada mana-mana pihak termasuk mahkamah boleh mencabar apa-apa keputusan yang dibuat oleh Speaker di dalam Dewan Undangan Negeri.

Shamsul cabar Khairy berdebat

Saya mengikuti perkembangan mengenai cabaran debat Anwar Ibrahim ke atas Perdana Menteri Najib Razak mengenai isu isu ekonomi khusus mengenai Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat vs Program Transformasi Ekonomi Kerajaan (ETP).

Sangat mendukacitakan apabila Najib kelihatan berdolak dalih dalam cabaran ini, dengan mengandaikan debat ini sekadar "membuang masa" beliau.  Mungkin beliau kurang arif bahawa budaya debat polisi seumpama ini merupakan amalan puluhan tahun lampau yang diamalkan pemimpin negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Lebih mengejutkan apabila Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar kanan) pula yang kelihatan begitu bernafsu untuk berdebat dengan Anwar.  Ini ternyata pelik kerana sudah puluhan cabaran debat yang dikeluarkan oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) kepada beliau tetapi tiada satupun yang bersahut.

Harus diingat, berdasarkan beberapa prestasi beliau di dalam rancangan forum-forum sebelum ini, nyatanya beliau belum sampai ke tahap untuk berhadapan dengan tokoh seperti Anwar Ibrahim.

PETRONAS untung RAKYAT rugi...!!!

Petroleum: Hanya ikut naik tapi tak ikut turun bila harga pasaran turun 
Oleh Nazli Ibrahim  
 
PETALING JAYA: Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak yang memperolehi keuntungan berganda di atas kenaikan harga petroleum sekali gus membolehkan subsidi harga petrol di pasaran tempatan ditingkatkan.

Sudahlah harga minyak sentiasa mahal, kerajaan juga didapati tidak menurunkan harga petroleum di saat harga global bahan bakar mentah itu berada di paras terendah. 

Demikian menurut Pakar Matematik Gunaan, Profesor Madya Hamid Yeop dan Pensyarah Ekonomi, Profesor Dr Amir Hussin Baharudin ketika bercakap mengenai impak kenaikkan minyak terhadap ekonomi negara dan rakyat negara ini.

UMNO/BN AKAN KALAH TERUK DALAM PRU KE13 JIKA NAJIB BERDEBAT DENGAN ANWAR

Oleh Angkasanuri


Perdana Menteri DatoSeri Najib dalam ucapan perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri menyifatkan Janji 100 hari Pakatan Rakyat sebagai tindakan populis. Najib berkata, negara akan bangkrap jika janji Pakatan Rakyat dilaksanakan.

Bagi menunaikan Janji 100 Pakatan Rakyat, RM 19 bilion diperlukan. Jumlah yang kelihatan agak besar tetapi bukan sukar untuk diperolehi. Tak perlu pakar ekonomi untuk terangkan....PKZ tak berlaku penyelewengan, pembelian kapal selam dan peralatan ketenteraan lain tidak diberi kepada kroni serta melibatkan komisyen, projek pembangunan melibatkan kewangan kerajaan dilaksanakan secara adil dan telus, pembaziran dapat dielakkan ( lawatan 'rasmi' Rosmah ke Timur Tengah sebagai contoh ??), perkhidmatan kepada syarikat Yahudi Apco Worlwide RM 77 juta setahun dimansuhkan, kos baiki rumah PM RM 66 juta dibatalkan....paling ketara projek Menara 100 tingkat ditolak tepi...RM 19 bilion senang-senang boleh diperolehi.


Janji 100 Hari Untuk Rakyat, Bukan Untuk Kroni najib

oleh Ustaz Idris Ahmad

http://3.bp.blogspot.com/_pcl0ZyDNESo/TRQLt3akT_I/AAAAAAAAAzQ/9xn12_7U28g/s320/buku+jingga.jpgParti Islam Semalaysia Pas merasa hairan dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan janji 100 hari Pakatan Rakyat akan membawa anak cucu merana kerana tidak ada kemampuan kewangan.

Sepatutnya seorang Perdana Menteri mesti berfikiran positif apabila perancangan baik untuk rakyat di negara ini. Apakah salah apabila Pakatan Rakyat mengemukakan rancangan untuk manfaat majoriti rakyat?

Salahkah Pakatan Rakyat hendak menghapuskan Felda Plantation dan membuka ladang-ladang baru kepada generasi kedua dan ketiga? Salahkah Pakatan Rakyat hendak menyusun kembali tol yang dianggap sebagai penyebab bebanan terpaksa ditanggung oleh rakyat dengan peningkatan kos operasi. Salahkah Pakatan Rakyat untuk memberi imbuhan bulanan tambahan kepada guru RM500 sebulan?.

Seandainya Surat protest Azan nie ditulis oleh DAP kompom riuh satu dunia..!!

Berdasarkan surat rasmi di bawah ini, seorang peguam yang mendakwa sebagai ahli seumur hidup MCA tidak berpuas hati dengan bunyi azan yang didakwanya terlalu kuat di Masjid Al-Khadijah Pantai Dalam, berdekatan dengan tempat tinggalnya, iaitu Pantai Hill Park. Justeru, ahli MCA ini telah menulis surat kepada PM Najib untuk mengadu tentang hal itu.

Selain Najib, surat bertarikh 20 Disember 2010 ini turut dihantar kepada Hishamuddin, Raja Nong Chik, Jamil Khir, Nazri Aziz, dan Koh Tsu Koon melalui faks dan e-mel.

UMNO Kedah suka hayun golok sesama sendiri rupa-rupanya

 
Budaya 'Cantas' Penghalang BN Tawan Semula Kedah - Dr Mahathir - Bernama

JITRA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) mampu menawan semula Kedah sekiranya budaya 'cantas' dihapuskan pada kalangan pucuk pimpinan khususnya dalam Umno.

Beliau berkata selagi budaya itu subur dalam Umno Kedah, BN tidak akan berupaya memenangi semula negeri tersebut.

DPPP : "Debat janji 100 Hari Pakatan Rakyat"

Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Pusat
"Debat janji 100 Hari Pakatan Rakyat"

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia sememangnya telah merancang untuk menganjurkan Forum Janji 100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat antara Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat pada 18 january 2011 di Chinese Assembly Hall KL pada jam 9.30 malam.

2. Sehingga kini pihak Dewan Pemuda PAS belum mendapat kesanggupan dari pihak UMNO dan BN. Maka saya berharap Yb Khairy Jamaludin yang kini beria - ia benar mahu mendebatkan janji 100 Hari kerajaan Pakatan Rakyat sanggup menjadi panel forum tersebut. Adapun Anwar Ibrahim, biarlah ia berdepan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.


UMNO Kedah nak buat kejutan... tunggu...!!!

Kejutan UMNO Kedah buat rakyat - Sinar Harian

JERLUN - UMNO Kedah bakal memberi kejutan kepada rakyat, terutama golongan muda berdasarkan pendekatan yang digunakan dengan menilai kepada minat dan kecenderungan mereka.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, perkara itu sudah dibincangkan dengan Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah baru-baru ini.

“Selepas ini, rakyat hanya perlu menunggu dan melihat apa yang bakal dilakukan sebagai kejutan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang di sini, semalam.

Ada orang Yan tanya, “Kerajaan Negeri buat apa?”

Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR @ WartaKedah

YAN: Kerajaan Negeri terus memberikan penekanan dalam usaha membangunkan Daerah Yan dengan menyediakan peruntukan bagi kemudahan infrastruktur yang lengkap untuk kesejahteraan rakyat sepanjang tahun 2010 melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Yan dan Pendang.

Pegawai Khas Kawasan Kepada Menteri Besar Kedah, Muzaini Azizan berkata, antara perbelanjaan Kerajaan Negeri bagi tahun 2010 ialah menaik taraf jalan serta lain-lain kerja yang berkaitan di Jalan K 146 Guar Chempedak/Yan (Titi Serong), Yan dengan peruntukan sebanyak RM469,000.

“Penjelasan ini perlu untuk menjawab soalan yang sering dilontarkan oleh pihak tertentu iaitu, Kerajaan Negeri buat apa?” ujarnya.

Antara kerja lain ialah membersihkan semak samun, memotong rumput dan tumbuh-tumbuhan di kawasan bahu jalan di sepanjang jalan Negeri bagi Daerah Yan dengan peruntukan sebanyak RM119,000.


Rektor KUIN beri jaminan atasi masalah


ALOR SETAR - Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Profesor Datuk Dr Jamil Osman memberi jaminan akan memberi perhatian terhadap tuntutan pelajar dan mengambil tindakan segera menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan pada Perhimpunan Mega Mahasiswa.

Beliau berkata segala aduan berkaitan penginapan asrama, pengangkutan, yuran pengajian dan sebagainya akan diperincikan bagi memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Sebahagian sudah selesai, sebahagian pula dalam perancangan. Isu tidak cukup kelas akan selesai dalam masa terdekat apabila bangunan baru siap kelak. Buat masa ini mereka gunakan dewan sebagai kelas kerana tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai,” katanya.

MB gembira, pelajar Insaniah berani bersuara!



ALOR SETAR, 12 Januari – “Saya cukup gembira dengan tunjuk perasaan itu dan saya nak latih mereka untuk bercakap dan saya juga berterima kasih kepada mereka”.

Itulah penjelasan Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak ketika diminta mengulas mengenai tunjuk perasaan secara aman yang dilakukan oleh 2,000 penuntut Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di sini semalam.

Menurutnya, mereka tidak berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan dan Kerajaan Negeri memahami pendirian mereka kerana kampus baru KUIN sedang dibina di Kuala Ketil.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...